Isnin, 28 Januari 2013

AMARAN Rakyat Malaysia kepada Pendatang Asing

Menjawab isu 'perang saraf' Umno mengenai DAP

Oleh Zulkifli Yahaya
ADA beberapa persoalan menarik dicetuskan Umno di kalangan masyarakat Melayu dalam usaha mengelirukan mereka agar tidak menyokong PAS. Persoalan dilontarkan isu semenangnya isu perang saraf yang dijalankan oleh Umno secara berperancangan. Ia dikatakan strategi yang diatur oleh Biro Tata Negara, hasil rumusan meja bulat para pemikir mereka; bagaimana mahu menguasai minda orang Melayu agar terus menyokong Umno-BN dalam PRU13.

Isu tersebut dianggap berkesan kerana agak dekat di hati orang Melayu Islam. Orang Melayu luar bandar atau kalangan mereka yang tidak terdedah dengan maklumat kedua, tidak pelik jika termakan dengan propaganda perang saraf yang bersifat rasis itu. Peliknya segelintir yang berpendidikan seperti guru dan pensyarah juga boleh termakan dakyah songsang Umno dan golongan ini antara yang turut berkempen memanjangkannya. Maka ia perlu diberi penjelasan. 1.PAS sanggup berkawan dengan DAP kafir harbi tapi tak mahu kerjasama dengan Umno yang sebangsa seagama

Memerangi zombie: Satu perjuangan melawan UMNO

PILIHAN raya sudah terlalu hampir. Kehangatan nafasnya sudah boleh dirasa di balik tengkuk. Najib Razak sudah tidak punya banyak pilihan. Badan legislatif Negeri Sembilan bakal terbubar secara automatik pada 28 Mac nanti. Mustahil Najib Razak mahu negeri yang hampir ditawan Pakatan Rakyat pada PRU-12 melalui pilihan raya sendirian.
Najib mesti bubar Parlimen sekitar tarikh itu juga. Tidak kiralah apa pun yang terjadi atau apa pun tilikan ahli nujum Putrajaya; Najib Razak sudah tidak punya banyak alasan.
Namun apalah sangat yang kita nantikan untuk mula berkempen. Barisan Nasional (BN) pimpinan United Malays National Organisation hari demi hari berkempen di kaca televisyen dan surat khabar. Kalau itu tidak dipanggil kempen, takkan nak dipanggil iklan cucur pisang?

Najib pun jenis bangang tak paham bahasa rupanya

Kalau nak bela Ust Nasha pun, agak-agak sama la, fakta biar la tepat. Malu kat orang luar kalau depa tau Perdana Menteri Malaysia pun main belasah langsung tak semak fakta.

Malaysiakini melaporkan:
Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tetap menganggap bahawa pengguguran Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura PAS ada kena mengena dengan lawatan bekas timbalan presiden PAS itu bersamanya ke Gaza.
Katanya, beliau percaya demikian memandangkan isu berkenaan timbul sekembalinya Nasharudin kembali ke Malaysia.

"Walaupun dikatakan disebabkan kegagalan beliau menghadiri majlis syura, tetapi masa pemecatan beliau itu setelah kembali ke tanahair selepas membuat lawatan Gaza memberikan gambaran bahawa ia ada kaitan dengan lawatan tersebut," kata Najib. - Mkini.

Najib Razak Amat Prihatin Dengan Nasib Yang Menimpa Nasharuddin Mat Isa

Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tetap menganggap bahawa pengguguran Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura PAS ada kena mengena dengan lawatan bekas timbalan presiden PAS itu bersamanya ke Gaza.

Katanya, beliau percaya demikian memandangkan isu berkenaan timbul sekembalinya Nasharudin kembali ke Malaysia.

Iktibar lawatan Najib ke Gaza

Dalam minggu ini ada dua lawatan dilakukan oleh tokoh besar politik negara ini. Satu lawatan ke luar negara melibatkan Perdana Menteri Mohd Najib Razak, melawat ke Gaza, Palestin, kedua lawatan Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Penang, Malaysia. Kedua lawatan itu membawa signifiken tersendiri dan ia bersifat politik namun tetap ada cebisan-cebisan kebaikannya.
Najib menamakan lawatan ke Gaza sebagai lawatan kemanusiaan, untuk melihatan kesangsaraan umat muslim di sana yang diserang oleh Israel. Lawatan Najib adalah pertama kali dan dicatatkan sebagai satu sejarah buat dirinya dan Malaysia, kerana menjadi perdana menteri pertama melawat bumi Gaza.
Najib menghabiskan masa enam jam untuk melihat dengan mata kepala sendiri kesangsaraan dan kekejaman Israel terhadap Gaza dan penghuninya. Najib melahirkan rasa “kemanusiaannya” dan menggali erti humaniti terhadap apa yang dilihat itu. Dalamn kunjungan itu beliau berjumpa dengan Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh sempat bergambar dengan kanak-kanak menjadi yatim piatu akibat keganasan Israel laknatullah.
Nampak juga dia berdoa di hadapan sebuah bangunan atau jentera rosak akibat keganasan Israel. Lokasi itu bagi menunjukkan betapa kejam dan ganasnya Israel.  Lawatan Najib tentunya menggembirakan penduduk Palestin. Bagi rakyat Paletin lawatan Najib itu sebagai kesenimbungan kepada lawatan dan kunjungan ribuan rakyat Malaysia ke Gaza sebelum ini. Lawatan yang didambakan akan membawa sinar perdamaian dan keharmonian di bumi Palesatin?
Sebenarnya sebelum Najib memberanikan diri ke Gaza sudah berbagai puak dan NGO serta individu yang berulang alik ke Gaza untuk memberi bantuan kepada umat Islam di sana. Jadi sebenarnya pemergian Najib ke Gaza bukan sejarah dan pertama kali rakyat negara ini, tetapi sudah yang entah ke berapa kali. Cuma sebagai perdana menteri, iya yang pertama. Kejayaan Najib menjejak kaki ke Palestin (mungkin tidak ditimbus debu) bukan sesuatu yang perlu diangkat sangat.

Pengguguran "Ahli Majlis Syura Ulama" Perkara Biasa


 Nasharudin Mat Isa
Pengguguran bekas timbalan presiden PAS, dari menjadi ahli Majlis Syura Ulama tidak perlu diberi ulasan panjang. Pemecatan itu adalah perkara biasa. Seperti mana kata Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat suami isteri pun bercerai jadi pengguran itu adalah perkara biasa.

Orang PAS tidak perlu menangis dan bersedih, apa lagi tercabut kain, terimalah semua itu sebagai takdir. Cuma ingat satu sahaja, PAS adalah sebuah jemaah dan bukan milik individu. PAS lebih besar dari sesiapa hatta Nik Aziz. Siapa pun dia namun jemaah mengatasi segala-galanya.

Seorang pergi meninggalkan PAS ribuan yang memasukinya. Selagi PAS tetap atas perjuangan asal ia tetap menjadi pilihan. Jangan ambil kira yang melarikan diri kerana mereka mengejar sesuatu yang PAS tidak dapat berikan kepada mereka. Ini sudah terbukti sejak penubuhannya tahun 1952 PAS terus membesar dan disokong hingga apa yang wujud hari ini.

Justeru isu bekas timbalan presiden itu hanya sebesar tahi cicak terpotong dua saja.

Jika Najib & UMNO Mahukan Nasha, Lamarlah Secara Baik, Itupun Jika Beliau Mahu...


Najib kata Nasha dipecat lepas pulang dari Gaza

Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menganggap pengguguran Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura PAS ada kena mengena dengan lawatan bekas timbalan presiden PAS itu bersamanya ke Gaza.

Katanya, beliau percaya demikian memandangkan isu berkenaan timbul sekembalinya Nasharudin kembali ke Malaysia.

"Walaupun dikatakan disebabkan kegagalan beliau menghadiri majlis syura, tetapi masa pemecatan beliau itu setelah kembali ke tanahair selepas membuat lawatan Gaza memberikan gambaran bahawa ia ada kaitan dengan lawatan tersebut," kata Najib.

Pemuda Sabah pengsan dibelasah polis, kembarnya disimbah air panas

KUALA LUMPUR 28 Jan: Seorang pemuda Sabah berketurunan Bajau cedera parah dibelasah ala samseng oleh lima anggota polis hingga pengsan ketika ditahan jam 2 pagi di sebuah siber kafe di Telipok Ria, Tuaran, 19 Januari lalu.
Peguam mangsa, Erveana Ansari Ali dalam kenyataan berkata, menurut seorang saksi, sekumpulan polis masuk ke kafe tersebut dan menangkap Asrul Nordin sebelum mangsa diheret ke satu sudut, digari dan dibelasah hingga pengsan.
Menurut Erveana, dalam kejadian itu, bapa saudara mangsa yang dikenali sebagai Zul mendesak polis berhenti membelasah dan meminta penjelasan tetapi salah seorang polis, Inspektor Mazli menengking dan memberi amaran supaya beliau tidak masuk campur.
“Mazli dan beberapa polis turut memukul dan menghalang ibu bapa mangsa yang cuba menghalang polis membelasah anak mereka,” kata Erveana.
Beliau berkata, tindakan ganas polis terhadap mangsa dipercayai ekoran raut wajah beliau serupa dengan kembarnya, Nazrul Nordin yang pernah ke Balai Polis Tuaran pada 16 Januari lalu.

Belakang Nazrul melecur akibat disimbah air panas oleh polis
“Nazrul pergi ke balai polis untuk beri keterangan dan membuat pengecaman polis yang menuang air panas di belakang badannya ketika dalam tahanan semasa diberkas pada 6 Julai lalu kerana disyaki memecah masuk rumah. Tetapi tiada bukti mensabitkan beliau dengan tuduhan itu.

JUST LIKE IN THE LINGAM TAPE? Govt will act on Sabah RCI's findings - A-G

JUST LIKE IN THE LINGAM TAPE? Govt will act on Sabah RCI's findings - A-GTAWAU - The government will act on any report or resolution by the Royal Commission of Inquiry (RCI) on Illegal Immigrants in Sabah, said Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail.

In giving this assurance, he said, where there were criminal elements involved, action would be taken, and wrongs would be righted.

"Yes, if there are criminal offences, we will act. This is the government's promise. That is why, the RCI was set up.

"However, we must remember, if we talk about criminal prosecution, we have to see whether there is sufficient evidence. In the RCI, everything that people say is acknowledged, but without evidence, we cannot accept. We can accept hearsay evidence.

"To enable us to go to court, we have to look at admissible evidence. This is not an excuse not to take action against those who committed a crime. We will take action, but according to the law," he told reporters after attending the Opening of the Legal Year 2013 at the Tawau Court here today.

Lucut Nasha 'gembirakan' parasit dalam Pas - Hassan Jati


Hasan Ali SHAH ALAM – Tindakan Majlis Syura yang menggugurkan keahlian bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dari badan itu sudah dijangka malah turut dinanti-nantikan oleh pimpinan ‘parasit’ dalam parti itu.

Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali mendakwa, berita pemecatan itu sudah lama dinantikan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang tidak menyenangi tindak tanduk Nasharudin yang sebelum ini menghentam secara terbuka Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh kerana didakwa menghina Islam secara terang-terangan.

“Parasit dalam pimpinan Pas memang sudah lama mencari ruang dan peluang untuk mencantas beliau (Nasharudin). Golongan ini tidak dapat berbuat apa-apa disebabkan keputusan Majlis Syura adalah di luar bidang kuasa mereka.

“... keputusan Majlis Syura ini sudah tentu menjadikan puak-puak parasit dan Anwarinas begitu lega dan menarik nafas panjang kerana cita-cita mereka sudah tertunai,” dakwanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kantoi : Inilah 10 000 rakyat yang menyambut Najib pulang dari Gaza


Heboh satu dunia yang dihebohkan oleh media milik dan kawalan UMNO/BN terutamanya BERNAMA, UTUSAN, BERITA HARIAN, TV3, RTM kononnya hampir 10,000 rakyat sambut kepulangan Najib dan Rosmah dar Gaza sampai nada yang menobatkan Najib sebagai WIRA ISLAM yang cukup gagah berani tidak takut mati.

TG Nik Aziz terharu terima kek harijadi dari Karpal


(TG Nik Aziz memotong kek harijadinya yang ke 82 yang disediakan Karpal Singh)

PENGKALAN CHEPA: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengakui beliau begitu teruja apabila dihadiahkan sebiji kek yang tertera tiga parti di bawah Pakatan Rakyat sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya yang ke-82.

Hadiah kek berkenaan diberikan Pengerusi DAP Karpal Singh, semalam ketika bertandan ke rumah pemimpin parti itu di Jalan Kebun Bunga, Pulau Pinang semalam.

Kek yang tertera hiasan logo tiga parti di bawah Pakatan Rakyat itu, tertera tulisan di atasnya, Selamat Hari Ulang Tahun Tuan Guru ke-82.

Dengan perpaduan yang harmoni itu sekaligus membuktikan pakatan kerjasama parti itu tidak pernah goyah walaupun sering disensasikan oleh media terhadap dua orang pemimpin tertinggi dua-dua parti itu.

Menteri Besar Kelantan itu ketika mengenang kembali saat-saat gembira itu berkata, kunjungan pertama kali ke kediaman Karpal Singh memberikan pengertian yang cukup bermakna.

“Saya begitu terkejut di atas penghormatan yang diberikan kepada saya yang langsung tidak saya duga selama ini.

Dalam tegang, pertemuan TG Nik Aziz dengan Bishop bawa ketenangan


PULAU PINANG: Pertemuan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat bersama Bishop Katolik Sebastian Francis semalam memberikan satu ketenangan mendalam kepada rakyat Malaysia.

Ia amat bermakna kepada yang cintakan keamanan tatkala ada pihak bertanggungjawab cuba menangguk di air keruh dalam polemik perbezaan agama.

“Alhamdulillah, dengan izin-Nya, misi mengharmonikan hubungan antara agama berjaya ketika berkunjung ke negeri Pulau Pinang. Amat gembira kerana sempat menerima kunjungan Father Sebastian Michael Uskop Roman Katholik bagi negeri Pulau Pinang, Perak, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Terima kasih YB Dr Mujahid yang menguruskannya,” tulis Nik Aziz di Facebooknya.

Dalam pertemuan bersejarah semalam, Nik Aziz menghadiahkan satu kek kepada Bishop Sebastian, yang menerajui Penang Diocese yang meliputi Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan.

Di atas kek itu tertera perkataan mudah tapi penuh bermakna: “Kpd: Yg Mulia Bishop, Daripada: Tn Guru Dato Nik Aziz, Mursyidul Am PAS.”

Konvensyen Pakatan pertengahan Feb, fokus penyelesaian masalah rakyat

KUALA LUMPUR 23 Jan: Pakatan Rakyat bakal menganjurkan konvensyen menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) pada pertengahan Februari ini, kata Pengarah Stategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Menurutnya, penekanan terhadap aspek ekonomi serta permasalahan rakyat menjadi fokus utama pembentangan manifesto dalam konvensyen itu nanti.
“Jawatankuasa Manifesto dan Dasar Pakatan Rakyat sedang giat melakukan persiapan akhir konvensyen serta meneliti kandungan manifesto,” kata Rafizi kepada Keadilan Daily.
“Kita memberi penekanan utama kepada aspek ekonomi, dan permasalahan rakyat. Ada antara perkara dalam manifesto tersebut yang sudah diisytihar sebagai dasar Pakatan dan ada lagi perkara baru yang akan kita umum nanti,” jelasnya.
Jawatankuasa tersebut dianggotai Rafizi sendiri, Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dari KEADILAN.
Sementara PAS diwakili Ahli Jawatankuasa Kerjanya, Khalid Samad dan Naib Presiden, Datuk Husam Musa. Manakala Ronnie Liu dan Tony Pua mewakili DAP.

Dedah penglibatan Dr M dalam projek IC, Ketua P’raya KEADILAN Sabah diheret RCI

 KUALA LUMPUR 28 Jan: Ketua Biro Keselamatan, Imigresen dan Reformasi Pilihan Raya KEADILAN, Dr Chong Eng Leong dipanggil menjadi saksi dalam Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai pemberian kewarganegaraan kepada warga asing di Sabah.
“Bermula esok saya akan tampil sebagai saksi. Minggu ini ada empat sidang sebelum disambung semula pada 22 Februari,” kata Chong Eng dihubungi.
“Saya tak boleh beri apa-apa komen sehingga selesai memberi keterangan dalam siasatan tersebut,” katanya lagi ketika ditanya perkembangan lanjut berhubung siasatan itu.
Beliau sebelum ini mendedahkan dalam Suara Keadilan edisi 28 Ogos 2012 berhubung keterlibatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam memberi kewarganeraan kepada warga Filipina dan Indonesia di Sabah.
Menurutnya, Projek IC Mahathir atau ‘Projek M’ telah menambah secara drastik jumlah penduduk Sabah dan membenarkan pendatang asing menjadi pengundi sah.
Chong Eng turut mendedahkan terdapat 200,000 nama warga asing hasil dari ‘Projek IC’ dalam senarai pemilih di Sabah dari jumlah keseluruhan 950,000 pengundi berdaftar.

Forum 'Kebebasan Akademik dan Hak' - Part 9

M-C-M': Utopia Milik Siapa? by Boon Kia Meng

Syrian army seeks to retake Idlib prison

Embargo education blueprint until after GE, urge parents

Egyptians, Police Clash Over State of Emergency

ANAK cabar Ahmad Maslan 'buktikan kejantanan'

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman, yang disekat daripada memasuki kawasan tanah rancangan untuk mengadakan ceramah, sekali lagi mencabar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan untuk berdebat.

"Bila ANAK nak buat penjelasan, dia sekat. Kembara Oren dihalang. Ceramah tidak dibenarkan. Peralat Pengurus Felda, kononnya ia di bawah Akta GSA (Kawasan Penempatan Berkelompok) .

"Justeru, kalau dia pemimpin yang berani, jom kita berdebat secara terbuka. Buktikan kejantanan kamu, wahai Ahmad Maslan," kata Mazlan dalam kenyataan yang dimuatkan di laman Facebook lidah parti PAS, Harakahdaily hari ini.

Katanya, debat itu juga bagi menjawab dakwaan Ahmad yang menyifatkan beliau sebagai "pemfitnah bersiri".

Police say not enough evidence for Sugumaran murder probe..???

Sugumaran’s family lawyer N. Surendran (2nd left) speaks to relatives at Serdang hospital last week. — file pic
KUALA LUMPUR, Jan 28 — There is not enough evidence to launch a murder investigation into the death of security guard C. Sugumaran, police said today. Selangor deputy police chief Datuk A. Thaiveegan also asked eyewitnesses who allegedly saw policemen and a mob beating the 39-year-old to death last Wednesday to come forward.
“You have said that the family has got the evidence. Such evidence if they have, then they should provide them to the police and assist in their investigations,” Thaiveegan told The Malaysian Insider today via a text message.
“It’s only proper that the family to (sic) communicate with the police directly. An inquest is provided for under the law and the police will comply with the provisions of the law,” he added.
Sugumaran’s family has rejected the police’s suggestion that an inquest be held into Sugumaran’s death, demanding instead for a murder investigation under Section 302 of the Penal Code.

PRU13 : Pakatan Rakyat akan stabilkan harga sawit yang merudum

KUALA LUMPUR 28 Jan: Penurunan harga sawit yang berterusan sejak setahun lalu menjejaskan pekebun sawit dan peneroka Felda secara keseluruhan.
Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said berkata, satu mekanisme mengkaji dan menetapkan harga sawit boleh dilaksanakan Pakatan Rakyat.
Katanya, dilema yang dihadapi pekebun kecil hari ini gagal diselesaikan oleh kerajaan kerana enggan berunding secara dua hala dengan Indonesia.
“Harga sawit dan getah tertekan. Kos pengeluaran di Indonesia terlalu rendah. Jadi negara itu boleh jual sawit lebih murah.
“Dalam hal ini Malaysia perlu turunkan kos sekiranya ingin jual sawit. Termasuk beberapa jenis cukai yang relatif tinggi berbanding negara pesaing,” jelasnya.
“Harga getah turut tertekan. Dulu RM6.80 sekilo sekarang RM3.80. Kita perlu menetapkan harga lantai dalam industri getah (bantuan akan diberi jika melepasi had harga tersebut),” katanya kepada Keadilan Daily.

Rafizi gempur Parlimen Zahid Hamidi, dedah penyelewengan LTAT

KUALA LUMPUR 28 Jan: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli bakal gempur Bagan Datoh, Parlimen Datuk Zahid Hamidi Februari ini bagi menerangkan isu salahguna dan penyelewengan dana Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di bawah pentadbiran Menteri Pertahanan itu.
“Saya bersetuju beberapa tarikh untuk turun ke Bagan Datoh dalam bulan Februari.
“Saya juga masih menunggu saman Zahid Hamidi yang belum dihantar kepada saya. Tapi saya dah setuju turun habis-habisan gempur Bagan Datoh,” tulis Rafizi pada twitternya hari ini.
Zahid 25 Januari lalu memfailkan saman fitnah terhadap Rafizi berhubung satu artikel di dalam laman blognya.
Tegas Rafizi, saman Zahid akan dijawab di mahkamah kerana isu salahguna dan penyelewengan dana LTAT dan kebajikan anggota tentera yang diabai tidak boleh dipadam dengan tipu helah teknologi.

Gagal hadir mesyuarat punca Nasharudin digugur

KUALA LUMPUR: Pengguguran keanggotaan Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama PAS tidak ada kena mengena dengan tindakan beliau menyertai lawatan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Gaza, Palestin 22 Januari lalu.

Menurut Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh, pengguguran itu sebaliknya dibuat 13 Januari lalu lagi selepas Nasharudin yang juga ahli parlimen Bachok itu tidak mampu mematuhi beberapa peraturan yang ditetapkan Majlis Syura terhadap ahli-ahlinya.

Pada 13 Januari lalu itu, Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri telah mempengerusikan mesyuarat tersebut.

"Beliau tidak memberi komitmen yang baik kepada Syura termasuklah kerap tidak hadir ke mesyuarat.

"Ianya langsung tidak ada kena mengena dengan lawatan ke Gaza tempoh hari kerana pengguguran keanggotaan beliau dibuat lebih awal dari itu," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas putar belit media arus perdana kononya Nasharudin digugurkan kerana mengiringi Najib ke Gaza Selasa lalu.

Mengulas lanjut Nik Zawawi berkata, Majlis Syura pernah membuat teguran terhadap komitmen Nasharudin beberapa kali ketika beliau masih hadir ke mesyuarat Majlis itu sebelum ini.

Nik Aziz gembira dengan misi hubungan antara agama

Nik Aziz Nik Mat and Penang bishop Sebastian Francis cake 2Mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau gembira dengan kunjungannya ke Pulau Pinang dalam misi untuk bertemu pemimpin Kristian dan mewujudkan keharmonian agama di negeri itu.

"Alhamudlillah, dengan izin-Nya, misi mengharmonikan hubungan antara agama berjaya ketika berkunjung ke negeri Pulau Pinang.

"Amat gembira kerana sempat menerima kunjungan Father Sebastian Michael Biskop Roman Katholik bagi negeri Pulau Pinang, Perak, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu," katanya dalam satu tulisan di Facebook.

Pertemuannya dengan pemimpim Kristian itu dilihat oleh pemerhati sebagai usaha untuk memperbaiki hubungan antara penganut Islam dan Krisitan di negeri itu, yang menjadi tumpuan ekoran kontroversi berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible.

Uskup temui Nik Aziz redakan ketegangan bakar Injil di P. Pinang

KUALA LUMPUR, 28 Jan — Uskup Katolik Sebastian Francis mengadakan lawatan mengejut bertemu pemimpin utama PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sempena ulang tahun kelahiran ke lapan puluh dua tahun pemimpin PAS tersebut semalam di Pulau Pinang, lapor akhbar parti tersebut Harakah Daily hari ini — langkah yang dianggap bertujuan meredakan ketegangan antara penganut Kristian dan Islam melibatkan isu penggunaan kalimah “Allah”. Uskup Pulau Pinang tersebut dilaporkan oleh laman berita PAS berkata negara perlu mencontohi Musyidul Am PAS tersebut yang bukan seperti pemimpin Perkasa, Datuk Ibrahim Ali atau penyokongnya yang berterusan mengapi-apikan sentimen berunsur kebencian.
Sebastian turut dilaporkan telah menghadiahkan Nik Aziz sebiji kek ulang tahun sebagai tanda pertemuan buat kali pertama kedua-dua pemimpin tersebut.

Sifar Pembangkang : MB yakin BN akan sapu bersih di Perlis


Md Isa Sabu KANGAR - Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu yakin Barisan Nasional (BN) akan mencatat kemenangan 100 peratus di negeri itu pada pilihan raya umum ke-13.
  
Md Isa yang juga Pengerusi BN Perlis, berkata ini berdasarkan sokongan masyarakat terutama golongan muda yang memberangsangkan terhadap program anjuran BN dan parti komponen, terutama Umno.
  
Selain mengekalkan tiga kerusi parlimen, kami juga yakin dapat merampas kembali dua kerusi dewan undangan negeri iaitu Simpang Empat dan Sanglang daripada Pas, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Jelajah Gelombang Biru Dewan Undangan Negeri (DUN) Bintong, di sini hari ini.
  
Menurut Md Isa, BN Perlis giat memberi penjelasan kepada rakyat mengenai perancangan yang dilaksana kerajaan untuk kepentingan masyarakat.
  
Sementara itu, sebanyak 120 anggota Pemuda Umno kawasan Bintong menyertai program Jelajah Gelombang Biru dengan menunggang motorsikal sambil membawa bendera BN mengelilingi kawasan DUN Bintong.
  
Konvoi itu juga akan singgah di enam bilik gerakan peti undi kawasan tersebut bagi menyemarakkan gelombang BN dalam kalangan masyarakat.  - Bernama

Nasha: 'Hak parti ambil balik jawatan'


 Nasharudin Mat Isa
SHAH ALAM - Nasharudin Mat Isa berkata, menjadi hak parti jika mahu mengambil balik jawatan lantikan termasuk sebagai anggota Majlis Syura Pas.
"Jawatan (anggota Majlis Syura) tersebut adalah lantikan parti, bukan pilihan saya, jika parti ambil kembali jawatan itu, itu adalah hak parti," kata beliau yang turut berkata tidak dimaklumkan secara rasmi lagi.

"Cuma setakat ini saya hanya tahu tentang pemecatan tersebut melalui media dan tidak melalui saluran rasmi parti," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Semalam, Sinar Harian Online membawa laporan pelucutan Nasharudin sebagai anggota Majlis Syura diputuskan pada mesyuarat 13 Januari lalu.

Nasharudin yang juga bekas timbalan presiden berkata, berorganisasi hanya wadah tetapi berpegang pada prinsip adalah satu tuntutan.

"Saya akan terus berikan sumbangan terbaik kepada mana mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam," katanya.

Nik Aziz: Nasharuddin tidak tersenarai calon Pas


Nik Aziz
KOTA BHARU - Anggota Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa tidak disenaraikan sebagai calon Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13, kata Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
 
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bagaimanapun tidak menjelaskan sebab bekas Timbalan Presiden Pas itu tidak dicalonkan lagi.
  
"Seingat saya nama dia tidak disenaraikan dalam pencalonan kawasan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di sini, hari ini.
  
Nik Abdul Aziz diminta mengulas laporan mengenai pengguguran Nasharuddin dalam Majlis Syura Ulama Pas pada 13 Januari lalu.
  
Menyifatkannya sebagai bukan satu tindakan yang pelik, Nik Abdul Aziz menyamakan pemecatan itu sebagai perceraian suami isteri dan persatuan sukan.
  
"Pelik apanya? Suami isteri lagikan bercerai. Persatuan bola sepak pun ada orang pecat. Jurulatih pun kena pecat," katanya, sambil menambah bahawa Nasharuddin masih kekal sebagai anggota parti itu.
  

Gugur Nasha: Saya tidak suka sebut keburukan orang lain, kata Nik Aziz


 Nasharudin Mat Isa KOTA BHARU - Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan menyatakan kesalahan dilakukan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sehingga menyebabkan beliau dilucutkan sebagai anggota Majlis Syura.

Sebaliknya Nik Aziz mahu semua pihak memikirkan sendiri perbuatan dan sikap pemimpin itu terhadap parti selama ini.

“Saya tidak suka sebut keburukan orang lain. Awak fikir sendiri mana boleh seorang suami ceraikan isterinya kalau tidak ada masalah.

"Semua benda kena ikut kaedah,  kalau  di syarikat pekerja boleh dibuang jika buat hal, begitu juga  pemain bola sepak boleh  juga dibuang kalau tidak tunjuk prestasi baik, ini  lebih-lebih lagi kalau bercakap soal Islam, lagi  kena cermat," katanya di sini hari ini.

Semalam, Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh mengesahkan Nasharudin digugurkan dari jawatan Majlis Syura, setelah didapati melanggar peraturan-peraturan berjemaah seperti yang ditetapkan parti.

Anwar mahu KEADILAN perkemas jentera hadapi PRU 13

PETALING JAYA 28 Jan: Mensasarkan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13), KEADILAN hari ini mengadakan mesyuarat khas bersama Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) sebagai persiapan terakhir misi menawan Putrajaya.
Menurut Ahli MPP, Fariz Musa, mesyuarat yang dipengerusikan Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat parti memfokuskan gerak kerja jentera menghadapi pilihan raya.
“Fokus utama dalam mesyuarat pagi tadi tumpuan diberikan kepada gerak kerja parti. Semuanya berkaitan persiapan pilihan raya supaya memfokuskan persiapan jentera.
“Memandang kepada mood rakyat, kita (Pakatan Rakyat) ada harapan besar ke Putrajaya. Malang jika kita tidak perkuatkan jentera. Perkemaskan gerak kerja jentera adalah perkara paling penting,” kata Fariz ketika dihubungi.

PRU13 : Umno guna sentimen agama untuk api-apikan rakyat

KUALA LUMPUR 28 Jan: Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng berkata, setelah taktik murahan dan jahat, Umno memilih pula sentimen agama untuk menghasut dan mengapi-apikan rakyat.
Beliau mengulas insiden khianat di Batu Pahat Johor apabila bendera KEADILAN dan PAS dicalitkan dengan lambang salib, Jumaat lalu.
Bendera tersebut juga ditulis dengan perkataan-perkataan buruk menghina kedua-dua parti.
“Strategi jijik Umno menggunakan sentimen agama untuk mengapi-apikan orang Melayu supaya marah kepada Pakatan Rakyat,” kata Jui Meng ketika dihubungi.
Menurutnya, Umno mencuri bendera-bendera yang dipasang penyokong Pakatan, kemudian menconteng dan kibarkan semula untuk menimbulkan isu agama dan perkauman.
“Itu cara Umno untuk hasut masyarakat luar bandar. Orang Kristian sendiri marah dengan perbuatan jijik itu tetapi mereka tidak marah Pakatan. Mereka tahu hanya Umno yang ada motif nak buat begitu,” jelasnya.
“Kita harap orang Melayu tidak termakan taktik dan politik murah Umno itu,” katanya.

Hishammuddin penyebab kejatuhan BN pada PRU-13?

KUALA LUMPUR, 28 JAN: Tidak ada pemimpin UMNO lain, kecuali hanya Ketua Propagandanya, Datuk Ahmad Maslan yang secara terbuka menyatakan keyakinan BN akan menang dengan majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, tidak ada pemimpin BN lain yang menyatakan keyakinan sedemikian termasuk Naib Presiden MCA, Datuk Seri Chor Chee Heung yang dipetik dalam laporan The Malaysian Insider.
“Saya hairan bagaimana hanya Datuk Ahmad Maslan yang menyatakan BN yakin menang dua pertiga majoriti di Parlimen iaitu lebih baik daripada PRU 2008.
“Antara alasan Ahmad Maslan adalah kerana rekod memerangi rasuah dan mengurangkan jenayah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,” katanya dalam kenyataan media mengenai Pengiraan Detik 75 hari ke PRU-13, semalam.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur itu berkata, kenyataan Ahmad itu cuba menolak pandangan terbaru Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) bahawa 78 peratus undian menyatakan integriti dan penyalahgunaan kuasa pemimpin BN memberi kesan kepada sokongan pengundi pada PRU-13 nanti.

Kes William: 30 diambil keterangan, belum ada suspek


Kes William: 30 diambil keterangan, belum ada suspek
SUBANG JAYA – “Belum ada suspek dapat dikaitkan dengan  kes kehilangan dan penemuan mayat William Yau."

Demikian menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli.

Namun katanya, pihak polis sudah mengambil keterangan daripada lebih 30 individu yang berkaitan.

Katanya, ibu bapa kanak-kanak berkenaan juga akan dipanggil semula selepas upacara pengebumian mendiang anaknya selesai.

Yahaya berkata, pihaknya ada menerima laporan namun belum mendapat mengesahkan kononnya mangsa pernah didera sebelum ini.

Berdasarkan laporan perubatan ketika bedah siasat dijalankan terhadap mayat mendapati tiada kecederaan baru pada tubuh mangsa, namun terdapat beberapa parut lama.

Yahaya berkata, doktor belum dapat mengesahkan sama ada kesan di luar tubuh badan itu yang menyebabkan kematian mangsa atau sebaliknya kerana laporan bedah siasat sepenuhnya belum diterima dan dijangka keluar dua minggu lagi.

“Parut itu mempunyai dua kemungkinan iaitu sama ada mangsa adalah hiperaktif atau kemungkinan dipukul, kita akan siasat.

GE13 : Taib to resign, Jabu to move up?

Prime Minister Najib Tun Razak’s plans for an overwhelming win in Sarawak hinges on Chief Minister Taib Mahmud’s resignation 'just before' the general election. 

KUCHING: Rumours are rife that Sarawak Chief Minister Abdul Taib Mahmud will step down after the general election and succeeding him will be his deputy Alfred Jabu Numpang.
Taib is expected to announce his decision just before the 13th general election to thwart any attempt by the opposition to flog his alleged malpractices and power abuse.
It is also a bid to wrest lost Chinese support in the state.
Jabu’s tenure as chief minister will, however, last only until the next state election in 2016.
Taib, meanwhile, will move up to become Sarawak governor or Yang di-Petrtuan Negri, a position that he has been wanting in exchange for relinquishing his chief minister’s post.
Taib’s main concern is his RM46 billion business empire.
According to state Barisan Nasional sources, rumours began circulating after Taib met Prime Minister Najib Tun Razak about two weeks ago.
Najib, the sources said, was firm with Taib and insisted he stepped down as his continuity was affecting BN’s position as a whole in Sarawak.
Najib apparently advised Taib to announce his resignation just before the 13th general election so that the opposition could not exploit Taib’s long contentious tenure as chief minister.
Taib was appointed chief minister on March 26, 1981.
The strategy

Saksi lihat kejadian sebelum kematian Sugumaran

 
Mayat C Sugumaran terbujur kaku di satu kawasan semak dengan tangannya bergari di belakang badannya ketika menjelang senja 23 Januari lalu.

Wajahnya dipenuhi serbuk berwarna kuning namun kelihatan tenang. Anak bongsu daripada empat adik beradik itu sudah meningal dunia.

Sejam sebelum itu, Sugumaran baru selesai minum di sebuah warung di Taman Sri Nanding, Hulu Langat.

Beliau menunggang motosikalnya, yang kemudiannya diparkir di luar sebuah kedai runcit di Persiaran Intan – pada kira-kira jam 5.15pm.

Beliau kemudiannya berjalan ke dalam kedai dan bercakap sendirian dalam dialek Minangkabau.

Pembantu kedai berkenaan bagaimanapun tidak mengendahkannya kerana keluarga yang mengendalikan kedai runcit tersebut sudah biasa dengan gelagat Sugumaran.

MAHARAJA LAWAK Edisi PALESTIN? En.N Disambut Meriah!


Bernama melaporkan: Lebih 10,000 rakyat berbilang kaum termasuk menteri kabinet dan orang kenamaan membanjiri Kompleks Bunga Raya bagi menyambut dan menunjukkan sokongan kepada PM yang mengadakan lawatan ke Semenanjung Gaza dan menghadiri mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2013 di Davos, Switzerland.

Antara sepanduk dan kain rentang yang dibawa bertulis "Selamat Pulang Pejuang Umat", "PM Wira Negara", "We Are Proud To Have A Brave PM" dan "We Love PM".


(Tetapi) Kenyataan kerajaan Abbas yang dibacakan pegawai berita WAFA menyebut "Presiden Palestin menolak dan mengecam kunjungan PM Malaysia ke Gaza"

Dan menambah "kunjungannya merendahkan pemerintahan Palestin yang sah dan menyebabkan perpecahan serta tidak menguntungkan Palestin".

Keputusan pilihanraya 'predictable'. UMNO menjadi pembangkang yang baik

Majlis Bekas Wakil Rakyat, MUBARAK, telah meminta pucuk pimpinan menamakan bakal menjadi Menteri Besar Selangor lebih awal.. Dalam temuramahnya dengan Presiden Mubarak, Tan Sri Aziz Abdul Rahman, Sinaran Harian on-line melapurkan yang Mubarak mencadangkan nama bakal menjadi Menteri Besar Selangor dinamakan lebih awal untuk mengelakkan ada beberapa orang yang berminat untuk jawatan itu tidak berasa hati dan kecewa jika nama calon MB itu diumumkan di saat akhir.
Tan Sri Aziz mengingatkan ini sangat penting diambil perhatian kerana ramai yang berminat untuik menjadi Menteri Besar negeri Selangor itu. Jika diumumkan nama bakal Menteri Besar untuk menyaingi Khalid Ibrahim dari Pakatan Rakyat maka ada banyak masa untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit dari pengumuman bakal MB itu. Pihak pimpinan Persekutuan akan mempunyai masa untuk memberikan jawatan gantian kepada sesiapa yang tidak dapat menjawat jawatan MB itu sebelum pilihanraya diadakan.
Sememangnya isu siapa yang bakal dinamakan sebagai Menteri Besar merupakan isu besar bagi Selangor jika BN berjaya kembali menguasai kerajaan negeri Selangor itu. Isu inilah yang menjadi masalah besar dan itu jugalah isunya kenapa kemungkinan BN gagal untuk merampas kembali kuasa dari PR di negeri terkaya dalam negara ini. Selain dari itu BN menghadapi masalah kerana pentadbiran Selangor yang lebih ‘efficient’ dari pentadbiran BN dahulu amat jelas sejak Selangor diperintah oleh Pakatan Rakyat dengan Menteri Besar nya Tan Sri Khalid Ibrahim sejak lima tahun yang lalu. Tidak payah disentuh kejayaan-kejayaan yang di capai sejak lima tahun dahulu kerana rakyat Selangor sedang merasainya sekarang.

Silent Riot-Nadira Ilana



Model baru SPAD: Hamid Albar sekali lagi menipu pemandu teksi

Halatuju sebenar Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam industri teksi “terserlah” pada Majlis Ramah Mesra bersama pemandu teksi yang diadakan di pejabatnya di KL Sentral pada 21/01/2013 yang lalu.
Menerusi kenyataan akhbar Pengerusi SPAD yang masih mengkaji isu permit individu, harapan pemandu teksi untuk memilikinya menjadi hancur berkecai sama sekali, walaupun ianya pernah dijanjikan oleh Perdana Menteri sendiri.
Tan Sri Hamid Albar ternyata terpaksa tunduk kepada pihak yang berkepentingan berasaskan alasan “SPAD perlu meneliti secara menyeluruh mengenai pengeluaran permit individu perana pengusaha teksi menyatakan kebimbangan mereka”. Bermakna, pengusaha teksi perlu diutamakan manakala pemandu pula kekal sebagai ‘nobody in this industry’.
Walaupun tidak di jemput, Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB) dihujani dengan rungutan dari ‘rakan-rakan’ Pengerusi Persatuan serta Koperasi yang turut serta dalam majlis tersebut. Rata-ratanya tidak bersetuju akan ‘berita baik’ dari Pengerusi SPAD itu.
Bagi BBPTB, Tan Sri Hamid Albar cuba ‘memadam’kan beberapa perkara penting dalam membuat pertimbangan, antaranya :-

Bishop hadiah kek harijadi untuk TG Nik Aziz


(Bishop Francis menghadiahkan kek harijadi untuk TG Nik Aziz)


PULAU PINANG: Selepas bertemu dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Aziz bertemu pula dengan Bishop Pulau Pinang, Sebastian Francis di hotelnya dekat sini.

Di majlis itu, Francis Sebastian telah memberikan sebuah kek sempena hari lahir Tuan Guru Nik Aziz yang ke 82.

Pertemuan ini tidak termasuk dalam jadual lawatan Tuan Guru Nik Aziz ke Pulau Pinang tetapi acara spontan ini memberi kesan mendalam kepada keharmonian antara agama di negara ini.

Pertemuan ini berlaku ketika masih panas ancaman yang dibuat Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali agar Bible yang mempunyai perkataan Allah dibakar.

Ancaman ini dibuat Ibrahim ketika konvensyen Perkasa yang diadakan di Pulau Pinang juga.

Keluarga Sugumar tolak inkues, mahu siasatan bawah kes bunuh

KUALA LUMPUR 28 Jan: Keluarga C Sugumar menolak sepenuhnya inkues polis terhadap kematian mendiang sebaliknya mendesak kes disiasat di bawah siasatan pembunuhan.
Peguam N Surendran dan Latheefa Koya berkata, inkues di bawah Seksyen 328 Kanun Prosedur Jenayah hanya perlu apabila ada keraguan serius tentang punca kematian.
“Inkues bukanlah pengganti kepada satu siasatan jenayah yang betul,” kata mereka dalam kenyataan bersama.
“Kenapa cadangkan inkues sedangkan ada bukti cukup untuk buat pendakwaan jenayah bunuh? Dalam kes ini, ada saksi yang tampil dan kata Sugumar dikejar, digari, dilumur dengan kunyit dan dipukul sampai mati oleh anggota polis,” kata mereka.
Tegas mereka, ia sepatutnya menyebabkan kes itu segera diklasifikasi di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, kerana inkues semata-mata tidak konsisten dengan bukti yang ada.
Pada 27 Januari lalu, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Thaiveegan berkata, polis Selangor mencadangkan satu inkues di mahkamah terbuka untuk mengenal pasti punca kematian Sugumar ketika dalam tahanan.

Wasatiyyah Najib bertentangan amalan Rasulullah – Anwar

GEMAS 28 Jan: Konsep wasatiyyah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal menggambarkan keperibadian pemimpin Islam kerana kaedah pelaksanaannya bertentangan syiar Islam dan amalan Rasullullah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata, wasatiyyah yang menjadi ungkapan politik Umno dijadikan umpan Najib untuk mendapat sokongan pengundi Melayu, diguna untuk menzalimi rakyat.
“Tengok pemimpin Islam, pukul orang, bunuh orang. Nak tengok rasuah, tengoklah pemimpin Islam. Cakap dengan angkuh, ambil balak (pun) pemimpin Islam. Surat khabar Islam (kerjanya) fitnah orang. Utusan Malaysia, bapak segala fitnah di Malaysia. Siapa punya, Melayu punya.
“Melayu mana, Melayu Islam, siapa ketua, Najib! Wasatiyyah apa, wasatiyyah fitnah yang dipertahankan. Ini bukan soal politik, tapi soal hukum, soal akhlak, tapi jika tanya ustaz Umno inilah wasatiyyah (namanya),” katanya depan kira-kira 10,000 rakyat pada Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Pekan Pasir Besar, Gemas, Negeri Sembilan, di sini malam tadi.
Anwar berkata, tempoh beliau dipenjara lapan tahun hanya ujian kecil jika dibandingkan perjuangan Rasulullah menegakkan syiar Islam.
Beliau mengimbas kembali perjuangan Rasullullah yang penuh onak duri berhadapan puak penentang Islam.
“Ada orang cakap, kamu dah solat hajat, tapi kenapa tidak menang lagi…punyalah jahil. Nabi pun ambil masa 13 tahun, sehingga luka pipinya. Nabi itu kekasih Allah, manusia terulung. Jadi sebab itu menghadapi ujian kita kena sabar, ujian ini macam-macam, wang ringgit, ugutan dan sebagainya,” katanya.
“Saya masuk penjara lapan tahun. Bila masuk penjara jangan ingat kita besar. Semasa zaman Rasulullah, ada sahabat bertanya siapa yang paling banyak terima ujian, Rasulullah jawab para nabi. Ini derita kecil. Kata Tok Guru, ini ujian untuk jadi baik,” sambung beliau disambut tepukan hadirin.
Katanya, hasil wasatiyyah Umno BN itu patut menjadi contoh kepada bukan Islam, tetapi berlaku sebaliknya.

PRU13 : Najib tabur bantuan ‘mee segera’ beli undi rakyat

GEMAS 28 Jan: Terdesak untuk menawan pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13), Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menabur program bantuan ‘mee segera’ kepada rakyat.
Pengerusi KEADILAN Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abbas ketika berceramah di Pekan Pasir Besar, Gemas berkata, program itu terpaksa dilakukan Umno BN berikutan sokongan rakyat semakin merudum.
“Macam-macam program mee segera Najib. Anak-anak sekolah dapat RM100, BR1M dapat RM500, tentera dapat RM1,000.
“Walaupun kita dapat maklumat daripada Putrajaya mengatakan wang sudah tiada, timbul persoalan dari mana datangnya wang tersebut,” katanya dalam loghat Negeri Sembilan malam tadi.
Ahli Parlimen Telok Kemang itu berkata, Najib sebenarnya tidak sedar walaupun rakyat ditabur wang ringgit, namun undi rakyat tetap tidak boleh dibeli kerana mereka sudah muak perilaku jahat Umno.
“Rakyat yang datang ambil bantuan itu sekadar ambil duit kerana mereka tahu itu hak mereka. Mereka tahu perangai Umno yang suka menipu. Mereka pura-pura baik kerana nak undi rakyat.
“Najib dah terlambat. Tak ada guna tunjuk baik. Rakyat sudah beralih arah, Umno tidak boleh bela rakyat,” katanya.

Gugur Nasha: Majlis Syura buat keputusan tepat


Mustafa Ali SHAH ALAM - Majlis Syura Pas telah membuat keputusan tepat apabila menggugurkan keanggotaan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dari menganggotai badan tertinggi parti itu.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, Majlis Syura tahu apa yang pihaknya putuskan kerana keputusan yang dibuat adalah berdasarkan alasan kukuh selepas membuat kajian menyeluruh.

“Majlis Syura sudah membuat kajian dan tahu mengapa Nasharudin perlu dilucutkan. Justeru keputusan pengguguran ini sangat wajar. Semua pihak perlu menerimanya dengan terbuka,” katanya.

Ketika ditanya adakah di sebalik keputusan ini Pas melabel Nasharudin sebagai duri dalam daging dan membahayakan parti, beliau enggan memberikan komen lanjut. 

“Saya tidak mahu komen hal itulah.  Apa yang pasti pengguguran Nasharudin ini tidak akan menggugat parti.

PRU13 : Lajim yakin 18 kerusi Parlimen Sabah bakal ditawan Pakatan

GEMAS 28 Jan: Ahli Parlimen Beaufort, yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lajim Ukin, yakin 18 kerusi Parlimen negeri itu akan berjaya dirampas pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).
Katanya, rakyat Sabah berani membuat perubahan walaupun diugut pelbagai cara oleh Umno BN.
“Sudah lama saya sertai politik, daripada umur 31 tahun. Kali ini melihatkan kebangkitan rakyat Sabah, saya yakin sekurang-kurangnya 18 kerusi Parlimen Umno akan tumbang.
“Kalau kamu ke Sabah sekarang, tanya mood mereka, moodnya seperti tahun 1995 ketika berlaku perubahan kuasa,” katanya ketika menyampaikan Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Pekan Pasir Besar, Gemas, Negeri Sembilan, malam tadi.
Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, perjuangannya dalam karier politik untuk menentang Umno berlandaskan prinsip keadilan demi rakyat Sabah.
“18 tahun saya bersama Umno, tapi langsung tiada kemajuan dan pembangunan. Dulu gaji saya RM40,000 tapi sekarang 4 sen pun tak ada.

Salahguna Dana Awam, JASA Perlu Dibubar


SHAH ALAM 28 JAN : Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Penerangan, Datuk Fuad Hassan perlu dipecat dan keseluruhan jabatan itu hendaklah dibubarkan kerana didakwa menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya.
Ia kerana beliau sebagai kakitangan awam didakwa menyalahgunakan dana awam apabila mempromosikan capaian media sosial untuk pihak Umno-BN yang sepatutnya dibayar oleh dana parti dan bukannya menggunakan dana awam.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, Fuad dan JASA hanyalah sebahagian daripada penyalahgunaan terang-terangan jentera awam dan penyalahgunaan dana awam untuk memenuhi matlamat dan objektif pemimpin Umno-BN.
Sebelum ini, Fuad dalam Majlis Perjumpaan Rakan Media Sosial Negeri Johor di Pusat Konvensyen Persada Antarabangsa Johor menyatakan BN berkemampuan mencapai kemenangan dua pertiga pada pilihan raya umum ini.
Fuad menjelaskan bagi memperoleh majoriti dua pertiga, BN perlu menarik sekurang-kurangnya 30 peratus undi daripada pengundi Cina dan masing-masing 65 peratus undi daripada pengundi Melayu dan India di seluruh negara.

DON'T WORRY DR M, you will escape: Sabah RCI meant to whitewash & suppress the truth!

With the Sabah Royal Commission of Inquiry (RCI) into illegal immigrants beginning its second week of public hearings tomorrow, the question posed by the former Kuala Lumpur CID chief Datuk Mat Zain Ibrahim deserves attention – whether the RCI  would prove to be “an exercise in futility” as it is merely intended as a whitewash and a “sandiwara” by the Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and the Attorney-General Tan Sri Gani Patail to suppress the truth in the “citizenship-for-votes” scandals in the Land Below the Wind?
DON'T WORRY DR M, you will escape: Sabah RCI meant to whitewash & suppress the truth!None of the RCI’s eight terms of reference is directed to identity those responsible for the treacherous acts against the country or for the RCI to propose any action to be taken on those responsible.
So far, there is no response to Mat Zain’s call on the Inspector-General of Police  to open investigation papers following the revelations in the RCI that the late Megat Junid Megat Ayob and Abdul Aziz Shamsuddin were involved in Ops Durian Buruk, as they involved betrayal and acts of treason of the highest order.
Citing his own case in June 2000, when he was heading the KL CID, Mat Zain said the police initiated investigations against  the Prime Minister, Datuk Seri Dr. Mahathir immediately after Datuk Seri Anwar Ibrahim lodged a report on the day the former director-general of the Anti-Corruption Agency, Shafee Yahaya, gave his evidence during a civil trial, citing the then PM for abuse of power for closing its probe on former Economic Planning Unit director-general Ali Abul Hassan.

Mat Zain said: "What I intend to emphasise here is that police investigations commenced immediately in that instance, without having to wait for the trial to be over or for a decision to be made by the court.
"Similarly, in the revelations made during the current Sabah RCI, the IGP need not wait for any clearance from anybody to investigate the matter.

AG : Kerajaan sedia ambil tindakan berdasarkan laporan RCI

TAWAU, 28 Jan – Kerajaan bersedia mengambil tindakan terhadap apa jua laporan dan resolusi daripada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang sedang menyiasat kehadiran pendatang asing tanpa izin di Sabah,  kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Beliau berkata sekiranya terdapat unsur jenayah, maka tindakan akan diambil dan jika didapati terdapat sesuatu yang tidak betul ia akan diperbetulkan.
“Ya (kita sedia ambil tindakan). Kita semua mesti ingat, kalau kesalahan jenayah, kita akan ambil tindakan. Kalau ada perkara yang tak betul akan dibetulkan. Itu janji kerajaan. Itu sebab kita ada RCI. Kalau kerajaan tak mahu buat (RCI), tak ada RCI.
“Tetapi kita mesti ingat, apabila kita bercakap tentang pendakwaan jenayah ini, kita kena tengok lagi adakah cukup bukti. Dalam RCI ini apa-apapun orang cakap boleh diterima, tanpa buktipun kita terima. Bukti keterangan khabar angin pun kita terima.