Ahad, 27 Januari 2013

Sejarah Kejahatan UMNO : Peristiwa Lubuk Merbau 1985

http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/196420_157442037740133_2062606887_n.jpg Peristiwa Lubuk Merbau 1985 berlaku apabila seorang jentera pilihan raya PAS bertembung dengan penyokong UMNO di Felda Lubuk Merbau,Padang Terap,Kubang Pasu,negeri Kedah. Ketika itu kedua-dua belah parti sedang sibuk berkempen dalam Pilihan raya kecil Padang Terap 1985.

Lebih kurang 2 km dari tempat ceramah Ustaz Fadhil itu adalah ceramah UMNO dan penceramahnya ada Ketua Pemuda UMNO iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak yang diadakan di Balai Raya Felda Lubok Merbau.

Dua petugas bergelimpangan di dalam longkang. Salah seorang daripadanya telah dibawa ke hospital dan telah meninggal dunia. Beliau adalah Othman Talib. Rupa-rupanya beliau telah dipukul atau dihentak diatas kepalanya, walaupun tidak berdarah tetapi hentakan itu adalah sangat parah. Suhaimi Said dan Syed Ibrahim, iaitu AJK PAS Pusat yang juga seorang peguam, telah pergi ke Balai Polis Lubuk Merbau untuk membuat laporan polis. Antara mereka yang hadir ialah Man Kadir (Pak Jabit) dan Pak Harun. Buku bertajuk 'Peristiwa Berdarah Felda Lubuk Merbau' dan 'Peristiwa bergambar Felda Lubuk Merbau' telah diharamkan. Penulis dua buku ini Suhaimi Said telah ditahan di bawah ISA.[1]

Antara mangsa dalam tragedi Felda Lubuk Merbau pada 18 Januari 1985 ialah :
Ibrahim bin Tahir - ditetak dengan senjata tajam
Nasir bin Muhammad- dipukul dengan besi di kepala
Shamsuddin bin Sulaiman - ditetak dua liang di kepala dan ditikam di muka dan dahi.
Ayub Mat Shah - dihentak dengan bata dan ditikam dengan botol pecah dan dipukul dengan kayu.
Ahmad bin Tahir - dipukul dengan kayu,dibaling dengan batu-bata di muka.
Osman bin Talib - retak di kepala dan terbunuh.
Sehingga kini, kes tersebut tidak dapat diselesaikan.[2]

JMR : RIBUAN RAKYAT PASIR BESAR GEMAS N9 BANGKIT BERSAMA PAKATAN..!!!



PUNCA PAHANG KALUT NAK JUAL AIR KEPADA LANGAT 2 TERBONGKAR !!!

Langat 2 adalah projek untuk menyalurkan bekalan air dari Sungai Pahang melalui sungai dan terowong buatan manusia ke Lembah Klang. Dengan penjualan air mentah itu Pahang akan mendapat hasil antara RM80 juta setahun bagi menampung projek bekalan air di Pahang yang agak kritikal. 

RM30j atasi masalah air di Felda


 Merujuk Berita Sinar Harian bertarikh 20hb. Oktober 2010, Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri mengatakan kerajaan akan menaik taraf dan menggantikan paip lama di Felda-Felda sekitar Bera.

 Masalah bekalan air paip yang dihadapi warga Felda sejak 20 tahun lalu di beberapa tanah rancangan di Felda Gugusan Bera akan berakhir tidak lama lagi apabila kerajaan memperuntukkan RM30 juta bagi menangani masalah itu.

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peruntukan itu adalah untuk menaik taraf dan menggantikan paip lama dan uzur yang sering bocor yang sering dihadapi 30,000 peneroka di kawasan terbabit.

SYABAS Guna RM700 juta Bukan Baiki Paip, Tapi Beli Kereta & Baiki Rumah Pejabat

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) didakwa mengunakan dana awam untuk kepentingan sendiri dan tidak untuk tujuan menjaga kepentingan rakyat dalam urusan membekalkan air secukupnya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ini menunjukkan kegagalan Syabas memberikan perkhidmatan kepada masyarakat berikutan tindakan sepatutnya dilakukan, tidak dilaksanakan.

Menurutnya, seharusnya Syabas memberikan perkhidmatan kepada rakyat termasuk memastikan semua peralatan dalam keadaan baik.

“Tiga tahun lepas, dia belanja hampir RM700 juta bukan membetulkan paip tetapi dia membeli kereta, membaiki rumah pejabat. Pejabat tidak boleh membetulkan paip.

“Jadi duit rakyat digunakan untuk perkara yang tidak sepatutnya,” katanya dalam ucapan meraikan jentera pilhanraya Ijok dan Bandar Tun Razak di sini malam tadi.

10 soalan yang di tanyakan oleh PENCARUM kepada KWSP..!!!

1. Sejak bila KWSP diiktiraf atau diwartakan sebagai bank?
2. Sejak bila pula KWSP boleh memberi pinjaman kpd syarikat korporat?
3. Brp peratuskah faedah yang dikenakan oleh KWSP kepada peminjam?
4. Kenapa tidak diberi kemudahan pinjaman tersebut kepada pencarum-pencarum tetapi berbillion ringgit diberikan kepada syarikay kroni?
5. Bolehkah KWSP senaraikan peminjam2 yg telah diluluskan dan tempoh syarikat tersebut membayar balik pinjaman?
6. Bolehkah KWSP senaraikan syarikat2 korporat yang gagal membayar balik pinjaman yg telah diluluskan dan berapa kalikah jumlah NPL tersebut?
7. Apakah cagaran atau jaminan dan siapakah yg memberi kuasa atau kelulusan pinjaman tersebut?
8. Apakah tindakan KWSP kepada syarikat2 yang gagal membayar ansuran bulanan yang ditetapkan?
9. Apakah jumlah minima atau maksima sesuatu pinjaman tersebut?
10. Kenapa syarikat tersebut tidak membuat pinjaman terus kepada pihak bank yang berdaftar di Malaysia?

Lagi taktik kotor UMNO dibongkar.. 3000 risalah ditemui dan dibakar di Perak


Kempen kotor Pencacai UMNO kini semakin menjadi jadi, sebelum ini kita dikejutkan dengan penyebaran bendera Pas dan Pkr berlambang salib.

Terkini kempen dan modus operasi Pencacai UMNO ini bertambah kotor.. gambar bendera PKR dan PAS dicalit dengan Salib.

Mereka seperti terdesak kini hingga sanggup mengeluarkan belanja yang besar untuk mencetak dan menyebar risalah berwarna berunsur fitnah yang melaga lagakan kepimpinan PR Perak.

Kejadian berlaku di kawasan persekitaran kawasan Bendang Kering, Sayong dan Kota Lama Kanan berhampiran bandar Kuala Kangsar Perak .

Pahang : Pusat judi berhampiran rumah Exco Agama



(Penduduk Keratong berdemo bantah judi)

ROMPIN: Kecewa dan marah dengan aktiviti judi yang berleluasa di kawasan mereka, seramai 200 penduduk sekitar gugusan Keratong berhimpun membantah selepas Solat Jumaat di masjid Felda Keratong 2 di sini kelmarin.

Mereka kesal dan merasa tercabar, kerana empat pusat judi itu terus dibiarkan beroperasi sejak lebih setahun lalu walaupun laporan polis telah dibuat, memorandum kepada Jabatan Agama Islam Daerah telah dihantar serta pendedahan media telah tersiar.

Lebih mengecewakan, salah satu pusat judi berkenaan hanya terletak sekitar satu kilometer dari rumah keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Ibam Datuk Mohamad Sahfri Ab. Aziz yang juga merupakan Exco Agama kerajaan negeri.

Perhimpunan aman sekitar setengah jam itu diisi dengan pidato penduduk, bacaan doa oleh imam masjid dan pelbagai sepanduk ditunjukkan oleh penduduk.

Zahid jauh lebih berani dari Najib


KUALA LUMPUR: Tindakan undang-undang yang akan dibuat oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke atas Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hakikatnya adalah satu tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya bersifat berani.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, sepatutnya Najib juga berani seperti Zahid untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelbagai tuduhan ke atasnya, terutama tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh ahli perniagaan, Deepak Jaikishan.

Zahid yang juga Naib Presiden Umno meminta Rafizi memohon maaf berhubung dakwaannya bahawa terdapat penyelewengan dalam dana Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Zahid juga telah melantik peguam bagi mendakwa Rafizi di mahkamah berhubung kes itu, jika tidak memohon maaf dalam masa terdekat.

Rafizi nafi mohon maaf, lawan di mahkamah


PETALING JAYA: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar) menafikan beliau ada memohon maaf kepada Naib Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi bahkan beliau akan bertemu di mahkamah dengannya.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang kenyataan maaf. Saya tetap dengan pendirian sebelum ini bahawa perkara ini akan diteruskan di mahkamah," kata Rafizi dalam satu kenyataannya hari ini.

Menurut Rafizi, beliau dimaklumkan bahawa laman-laman Facebook yang berkaitan dengan beliau ada menyiarkan satu kenyataan maaf terhadap Datuk Seri Zahid Hamidi sekitar jam 7 petang ini.

Sejurus selepas itu juga, laman-laman blog pro-Umno menyiarkan berita melaporkan kononnya kenyataan maaf tersebut.

Bagi beliau, kenyataan tersebut adalah palsu, berniat jahat dan direncanakan oleh laman-laman blog pro-Umno bertujuan memfitnah saya dan mengelirukan rakyat.

"Saya tidak akan berganjak dari terus membawa soal salahguna dana Angkatan Tentera Malaysia," kata Rafizi.

TG Nik Aziz sambut harilahir di rumah Karpal Singh


JELUTONG: Bagi menyatakan kesatuan dan hubungan erat dalam Pakatan Rakyat, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengunjungi pengerusi DAP Karpal Singh di Pulau Pinang.

(Karpal menyambut kedatangan TG Nik Aziz di rumahnya - foto Malaysiakini)

TG Nik Aziz tiba di kediaman Karpal pada kira-kira jam 3 petang dan meluangkan masa selama 20 minit di kawasan yang meriah dengan sambutan Thaipusam, di Jalan Scotland, lapor wartawan Malaysiakini di Pulau Pinang, Sosan Loone.

Tuan Guru Nik Aziz dalam rangka lawatan ke Pulau Pinang untuk memenuhi beberapa program anjuran PAS di negeri itu.

Dato Tuan Ibrahim Tuan Man | Isu Kalimah Allah | 26 Jan 2013

Forum 'Kebebasan Akademik dan Hak' - Part 7

PRU13 : Perkasa tidak berhasrat mahu bakar Injil lagi..!!!

KUALA LUMPUR, 27 Jan — Selepas bantahan dari orang ramai mengenai ugutan membakar kitab Injil minggu lalu, kumpulan Melayu berhaluan kanan Perkasa berkata mereka tidak lagi mahu membakar buku suci itu. "Kami tidak bercadang lagi untuk bakar (kitab Injil)," kata setiausaha agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali memberitahu The Malaysian Insider hari ini.
"Kami tak pernah bercadang untuk anjurkan (bakar kitab Injil)," katanya lagi.
Minggu lalu, pemimpin Perkasa Datuk Ibrahim Ali (gambar) menyeru umat Islam membakar kitab Injil yang mengandungi perkataan "Allah" atau sebarang kalimah Arab.

PRU13 : Puluhan ‘hantu’ muncul di Bukit Gasing, Petaling Jaya


PETALING JAYA, 27 JAN: Satu demi satu bukti wujudnya pengundi hantu di Selangor terbongkar apabila seorang pemilik rumah mendedahkan beliau menerima 28 surat daripada Barisan Nasional (BN) walaupun tidak mengenali pengirim surat itu.
Bukti terbaru itu sekaligus mengukuhkan laporan dan aduan orang awam, NGO dan Pakatan Rakyat mengenai ratusan ribu pertambahan pengundi berdaftar yang meragukan.
Dalam satu sidang media, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, antara yang mengejutkan ialah terdapat 37 nama orang yang tidak dikenali didaftar menggunakan alamat itu apabila disemak dalam daftar pemilih.
“Kami mahu tanya Najib dan penyelaras BN Selangor, Datuk Mohd Zin Mohamed adakah ini pengundi hantu mereka?
“Dengan pembongkaran itu, BN umpama “menyumbat gol sendiri,” katanya kepada media.
Turut hadir pada sidang media itu ialah ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San dan Setiausaha Politik kepada Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Kasthuri Patto.
Menurut beliau, pendedahan itu jelas menunjukkan wujudnya motif politik BN.

PRU13: Kenapa Hanya 4 Pemimpin BN Disytihar Tidak Bersih?

Oleh Shahbudin Husin
Ramai yang tertanya-tanya siapakah empat pemimpin BN yang tidak berjaya melepasi tapisan SPRM serta dianggap tidak bersih dan dinasihat digugurkan sebagai calon dalam pilihanraya akan datang ini. Mereka itu, sebagaimana yang dilaporkan oleh Sinar Harian, ialah dua menteri, seorang menteri besar dan seorang lagi ketua menteri.

Sinar Harian yang dilaporkan memetik sumber-sumber memberitahu, bahawa keempat-empat pemimpin itu didapati gagal melepasi tapisan SPRM kerana mempunyai masalah undang-undang dan akan memberi implikasi kepada parti jika dicalonkan.

Bagaimanapun laporan itu tidak menyebut parti mana dan negeri mana asal keempat-empat pemimpin itu.

Ramai juga yang tertanya-tanya, jika sudah dianggap tidak bersih dan ada masalah dengan undang-undang oleh SPRM, kenapa keempat-empat pemimpin itu tidak didakwa saja di mahkamah?

Sebenarnya banyak lagi persoalan dan tanda-tanya yang timbul di sebaliknya berita mengenai empat pemimpin BN yang didakwa gagal melepasi tapisan SPRM itu. Meskipun usaha itu dianggap berniat baik tetapi ia dianggap tidak praktikal dan lebih terdedah kepada masalah lain yang lebih merimaskan.

Air : Syabas gagal urus, kenapa Selangor dipersalah?

 Oleh ARIF ATAN
KRISIS air sengaja dicipta Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bagi meracuni pemikiran pengundi di negeri ini supaya menolak kepimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat dalam PRU13 nanti.Buktinya, dapat dilihat pada kawasan-kawasan yang mengalami keputusan bekalan air.

Walaupun, rumah pam Wangsa Maju dilaporkan rosak pada 29 Disember 2012 lalu tetapi penempatan bandar padat penduduk di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat iaitu Ampang, Bandar Tun Razak dan Pandan antara kawasan yang menjadi mangsa percaturan politik jahat Umno-BN. Akibatnya, rakyat yang sudah sedia susah jadi mangsa pada ketika gaji Ketua Pegawai Eksekutif Puncak Niaga yang memiliki SYABAS mencecah RM425,000 sebulan selain sudah tentu mahligainya tidak pernah putus bekalan air.
Misalnya, seorang surirumah dari Flat Taman Dato' Ahmad Razali di Ampang mengeluh kepada Harakah 21 Januari lalu, air di sana hanya ada pada waktu siang sahaja manakala setitis air pun tiada apabila tiba waktu malam.
"Lori tangki ada hantar air tapi tak larat nak angkut air setiap hari," kata warga emas yang tinggal di tingkat 3 salah satu blok di flat empat tingkat tersebut.
Projek Loji Langat 2 alasan paling popular Syabas danUmno-BN yang sanggup menzalimi rakyat di kawasan terbabit.
Ketua Pemuda Umno Selangor, Ungku Md. Salleh Ungku Abdul Jamal dalam Sinar Harian, 20 Januari lalu dipetik mendakwa isu air tersebut sebenarnya mudah diselesaikan tetapi baginya Menteri Besar Selangor sengaja mahu menyusahkan rakyat.

Najib resah PRU13 menyentap kuasa Umno

Oleh SAFAR JUMAAT
TIDAK mustahil, Parlimen dibubarkan hujung Januari. Penamaan calon sebelum sambutan Tahun Baru Cina, 10 Februari dan hari pengundian, 10 hari berikutnya.Ada juga yang mengatakan 22 Februari hari pembubaran Parlimen, 16 Mac hari penamaan calon dan 30 Mac, pengundian berlangsung.

Ahad, 20 Mac lalu, Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dilihat berada di Ibu Pejabat BN bersama-sama beberapa pemimpin kanan Umno, dikatakan mendengar taklimat akhir dari "war room" Umno, mengenai calon-calon Umno. Beberapa hari sebelum itu, Najib selaku Pengerusi BN mengadakan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di PWTC.
Semua Presiden parti-parti komponen dikatakan sudah menyerahkan senarai calon kepada Najib sejak dua bulan yang lalu.
Pengerusi-Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri-negeri dikatakan turut berbuat demikian, sebulan yang lalu dan Najib dikatakan sudah meneliti kesemua senarai calon yang diserahkan, dengan sedikit pindaan dibuat di saat-saat akhir.
Khabarnya, BN mempunyai keyakinan penuh memenangi semula PRU-13, berdasarkan rekod dan akujanji semua parti-parti komponen BN.
Satu sumber yang rapat dengan Umno Selangor memberitahu, Najib sebenarnya mahu membubarkan Parlimen hujung 2012 yang lalu.
Namun, bimbang beberapa negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat (PR) tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) masing-masing, menyebabkan Najib dinasihatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya membawa tarikh pembubaran ke penghujung hayat Parlimen dan Dun bagi membolehkan Parlimen dan Dun terbubar sama.

Habislah : Najib Razak mengaku bercinta dengan pelakon Rozita Che Wan

BERITA panas hari ini, disiarkan di Metro Ahad muka surat S21 ruangan selebriti. Metro Ahad menyiarkan pengakuan Najib Razak yang mendakwa beliau sama-sama suka dengan pelakon Rozita Che Wan.
"Kami sama-sama suka, dan Rozita balas cinta saya" kata Najib Razak seperti yang dipetik dari Metro Ahad hari ini, 27 Januari 2013 dalam sebuah artikel dua muka di akhbar itu yang bertajuk "bukan syok sendiri".

Habislah : Metro Ahad kata kekasih Rozita Che Wan ialah Najib Razak bukan Zain ?


Pembaca Harian Metro AHAD pagi ini digemparkan dengan berita hiburan di ruangan Selebriti muka surat 21 apabila Rozita Che Wan mengumumkan percintaannya dengan seorang pemuda, Zain Saidin dan akan berkahwin tidak lama lagi. Namun yang lebih mengejutkan ialah ayat-ayat balas pemuda ini  bertulis :

" Kami sama-sama suka dan Rozita balas cinta saya " - Najib Razak 

Siapa Najib Razak ini? PM Malaysia ialah Najib Razak

Tapi  orang muda  di dalam gambar ialah Zain Saidin.

Adakah ini kesilapan typo atau disengajakan oleh Harian Metro ?

Adakah wartawan hiburan ini tidak takut mati ?

Kalimah ALLAH : Pas gesa mufti panggil muzakarah


SHAH ALAM – Pas menggesa mufti di setiap negeri supaya mengadakan muzakarah terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyentuh hukum agama Islam bagi mengelakkan kekeliruan umat Islam.
Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, langkah itu perlu diperhalusi dan pemegang fatwa perlu lebih berhati-hati khususnya dalam memberikan maklum balas terhadap isu kalimah ALLAH yang kembali menjadi kontroversi sejak akhir-akhir ini.

"Kenyataan ini saya ditujukan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Husseinyang telah memberikan kebenaran untuk menggunakan nama ALLAH dalam Bible berbahasa Melayu.

"...sebagai mufti dia sepatutnya menjadi penasihat bagi kerajaan kerana bidang kuasa mufti hanya terhad kepada negeri yang diwakili sahaja,” dakwanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semalam yang menyifatkan umat Islam akan menjadi kafir sekiranya membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH.

Cuba menakutkan Mahathir dengan SPRM? Najib, jangan cuba bergurau!

Cuba menakutkan Mahathir dengan SPRM? Najib, jangan cuba bergurau!Menyampah, jengkel dan jelik. Inilah antara pendapat ramai tentang cadangan terbaru Najib Razak, presiden Umno yang juga pengerusi BN dalam percubaan meminta bantuan SPRM dalam memastikan calon-calon yang akan bertanding dalam PRU ke-13 bersih dari sebarang aktiviti rasuah.
Bekas bosnya yang juga mantan PM Malaysia, Mahathir Mohamad juga tidak memberi apa-apa ulasan tentang cadangan Najib itu. Ini semestinya sesuatu yang tidak baik baginya kerana dia mempunyai agendanya tersendiri.
Anaknya, Mukhriz sebenarnya tidak mempunyai peluang yang begitu cerah walaupun ayahnya dikhabarkan memiliki aset yang bernilai AS $ 44 billion dan AS $ 200 billion dalam bentuk pengaliran keluar wang haram pada tahun yang lalu. Sebenarnya, tidak ramai juga dalam Umno yang memiliki peluang yang cerah untuk menang, lebih-lebih lagi apabila rakyat mula mencemuh cadangan Najib yang dikatakan hanya untuk mengaburi mata dan seperti menganggap mereka adalah anak-anak kecil sahaja.
Cuba menakutkan ‘syaitan’ atau cari cara baik untuk ‘keluar’.

Apakah yang patut dilakukan oleh Najib? Bagi rakyat biasa, Najib dan Mahathirlah yang sepatutnya mengundur diri berikutan kes rasuah besar Scorpene dan skandal pembunuhan Altantuya Shariibu. Adakah Najib begitu naïf dengan memikirkan jika dia cuba melibatkan SPRM yang sendirinya mempunyai integriti yang dipersoalkan, akan menaikkan imejnya dimata rakyat?
Tidakkah dia tahu bahawa pengundi sudah serik dan letih dengan segala perbuatan rasuah dan rompakan yang tiada berpenghujung oleh Umno-BN? Jadi apakah tujuan Najib? Adakah dia cuba memberi amaran kepada Mahathir dan timbalannya sendiri yang juga terlibat dengan rasuah? Sumber dalam Umno sedang sibuk bercakap tentang Mahathir dan Muhyiddin yang sedang berpakat untuk menjatuhkan Najib sebelum PRU ke-13. Najib sedang member isyarat bahawa dia tidak akan menyerah kalah dengan begitu sahaja. Dia akan lawan sehingga habis-habisan.
Mereka yang sedang memerhatikan perkembangan dalam Umno akan tahu tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, jika dibandingkan sifat Mahathir yang jahat dan Najib yang kurang bijak, tidak ramai yang percaya Najib akan berjaya menakutkan Mahathir. Ia umpama anak kucing yang cuba menakutkan serigala yang jahat.
Paling tidak, ia akan memanjangkan tempoh PM dan isterinya untuk beberapa bulan lagi bagi membolehkan mereka mengundur diri dengan cara yang lebih terhormat. Daripada menamatkan pemerintahannya sebelum PRU ke-13 seperti yang dimahukan oleh Mahathir dan Muhyiddin, Najib mungkin akan memimpin UMNO-BN semasa PRU ke-13 nanti sebelum meletak jawatan sebagai Presiden UMNO semasa pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada 2013.
Mahathir menjalankan ‘pembersihan’ dalam Umno dan calon BN

DAP akui ada 'lamar' Tunku Zain, bidas Tunku Aziz tidak beretika


Anthony Loke SHAH ALAM – Tindakan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan kepada umum yang beliau pernah diminta Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke agar memujuk Tunku Zain Al’Abidin Tuanku Muhriz menyertai parti itu disifatkan sebagai tidak berintegriti dan beretika.

Loke yang juga Setiuasaha Pengelola DAP berkata, tindakan Tunku Abdul Aziz itu tidak menghormati perbincangan yang bersifat peribadi dan sepatutnya ia tidak diungkit balik demi menghormati status Tunku Zain Al’Abidin.

“Saya amat kesal dengan tindakan beliau (Tunku Abdul Aziz). Perkara itu dinyatakan dalam satu perjumpaan yang tidak formal dan tertutup, sepatutnya ia bersifat peribadi. Jadi mengapa perlu nak hebah-hebahkan?

“Sepatutnya beliau perlu menghormati privasi individu tersebut kerana baginda yang dikaitkan itu bukannya orang biasa, sebaliknya orang bangsawan,” kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Semalam, dalam satu ceramah di Seremban, Tunku Abdul Aziz mendakwa Loke pernah meminta beliau untuk memujuk Tunku Zain Al-'Abidin, anakanda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menjadi calon parti itu dan
bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Selangor : Pembangunan Untuk Semua Kaum Bukan Untuk Pilihan Raya

Sambutan Thaipusam 08
BATU CAVES 27 JAN : Pakatan Rakyat (PR) menjalankan pembangunan secara berterusan demi kepentingan rakyat semua kaum dan tidak sekadar menghadapi pilihan raya.
Sambutan Thaipusam 03Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, apa dikatakan sudah dikotakan gabungan itu sejak mengambilalih pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sejak 2008.
“Pakatan Rakyat tunai janji sejak 2008. Kita buktikan kita bukan buat program kerana mahu pilihan raya.
“Dari 2008 kita sudah janji mahu buat pembangunan untuk semua kaum dan kaum India sendiri kita telah berikan peruntukan untuk sekolah, kuil, tempat beribadat dan program kebajikan.
“Ini bukan saja hari ini tapi ini adalah satu kerja yang berterusan”, katanya ketika berucap dalam majlis sambutan Hari Thaipusam di sini malam tadi.
Majlis tersebut dihadiri lebih 5,000 orang termasuk barisan pemimpin Pakatan Rakyat.
Dalam majlis itu, Menteri Besar menyampaikan peruntukan Kerajaan Negeri kepada rumah ibadat bukan Islam (Hindu) Selangor sebanyak RM375,000 dan sekolah Tamil Selangor (RM927,500).

Kejayaan rakyat, pelabur terbesar Rapid Pengerang tarik diri

KUALA LUMPUR 27 JANUARI: Firma minyak dan gas dari Jerman, Badische Anilin und Soda Fabrik (BASF) menarik diri dari projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang, Johor.
Setiausaha Gabungan NGO Pengerang (GNP), Kapten Hasnul Ahmad, berkata BASF selaku pelabur terbesar projek kontroversi berkenaan, menarik diri kerana memikirkan reputasi syarikat pada masa depan.
“Isu alam sekitar, pemilikan tanah dan kampung warisan punca BASF tarik diri. Isu Rapid bukan saja jadi isu nasional tapi sudah menjadi isu dunia.
“Mungkin tak tahan dengan tekanan dan himpunan (anti-Rapid), (maka) BASF tarik diri,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.
Beliau juga menyifatkan penarikan syarikat berpangkalan di Eropah itu sebagai kejayaan rakyat hasil tekanan badan bukan kerajaan (NGO) dan  penduduk tempatan dan sokongan Pakatan Rakyat.

French forces in Mali capture Gao

Egypt Gripped by Turmoil, Deadly Rioting

Patriot missile set up in Turkey

Indonesia begins 'cloud seeding' in Jakarta

Dewan Himpunan Penyokong Pas sedia kemuka calon wibawa


 Hu Pang Chaw KOTA BHARU - Dewan Himpunan Penyokong Pas Pusat (DHPP) akan mengemukakan  calon-calon berwibawa dan diterima penyokong untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sebagaimana dicadangkan Pas Pusat.

Bagaimanapun Ketuanya, Hu Pang Chaw berkata, pemilihan dan keputusan tetap itu diserahkan sepenuhnya kepada Pas Pusat untuk menentukannya sama ada layak atau sebaliknya.

Katanya, ini bagi memastikan calon dipilih bertanding atas tiket Pas seperti diharapkan parti itu diterima oleh masyarakat di kawasan tersebut sekali gus dapat menewaskan parti-parti lain.

“Kita akan letak calon yang boleh membawa kemenangan kepada Pas dan seterusnya realisasikan matlamat Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya,” katanya.

Katanya, yang menyambut baik hasrat dinyatakan Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man iaitu sedia meletakkan calon dari kalangan bukan Islam untuk bertanding.

SPR: Syarat pengundian luar negara munasabah..??


KUALA LUMPUR, 27 Jan — Syarat kelayakan pengundi luar negara yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), antaranya mesti pernah kembali ke tanah air dalam tempoh lima tahun terakhir dan tinggal tidak kurang 30 hari, adalah munasabah.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, syarat itu cukup ringan dan sesuai kerana negara-negara Komanwel seperti Australia dan Kanada turut menetapkan syarat sama manakala di Singapura menetapkan syarat tiga bulan.
“Tiga puluh hari dalam tempoh lima tahun, bukan 30 hari sekali gus. Jadi, perkara ini adalah logik. Takkan lah rakyat Malaysia yang duduk di luar negara lupa langsung negara, tetapi bila tiba masa hendak mengundi, mereka hendak mengundi.
“Mengundi ini bukan saja hak tetapi juga tanggungjawab kepada negara. SPR turut melihat satu sudut menampakkan kecintaan kepada negara dengan mempunyai pertalian dengan tanah air,” katanya kepada Bernama selepas ditemu bual dalam rancangan ‘Selamat Pagi Malaysia’ terbitan RTM di Wisma TV, Angkasapuri di sini hari ini.

Acara 'bakar Bible' di P Pinang tiada sambutan



 
Acara membakar bible yang didakwa akan berlangsung pada jam 10 pagi di Butterworth, Pulau Pinang hari ini didapati tidak berlaku seperti digembar-gemburkan.

burn bible event at dewan ahmad badawi 270113Wartawan hadir ke Dewan Datuk Ahmad Badawi – tempat acara itu didakwa akan dilangsungkan – sejak jam 9.30 pagi dan mendapati ia dikawal beberapa orang anggota polis.

Setengah jam kemudian, seorang pegawai polis membertahu wartawan bahawa ketua polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi akan mengadakan satu sidang media.

"Sah, tak jadi (acara bakar Bible)," kata pegawai tersebut yang meminta wartawan menuju balai polis Butterworth untuk sidang media berkenaan.

Abdul Rahim dalam sidang medianya selepas itu berkata beliau bersyukur kerana acara berkenaan tidak berlaku pada hari ini.

Anwar Ibrahim: Ayah Mahathir Dari Mana?

Anwar Ibrahim: Berpolitik Perlu Ada Prinsip

PRU13 : Ciri-ciri sebagai pembangkang sudah terbentuk dalam UMNO

 
Strategi terakhir UMNO dan BN untuk memenangi pilihanraya kali ini ialah dengan memisahkan PAS dengan DAP dan telah saya sebut dalam posting saya yang lepas. BN menggunakan isu agama, siapa yang mengudakan dan dikudakan di antara PAS dengan DAP dan juga isu kononnya kaum Cina akan menguasai kerajaan jika PAS dan DAP mendapat mandat bersama Parti Keadilan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang.
Tetapi cara ini tidak berkesan lagi kerana kali ini. Buat pertama kalinya hampir keseluruhan rakyat bercakap dan mentelaah tentang politik. Rakyat tahu yang tuduhan orang Cina dan DAP akan menguasai politik dan kerajaan itu ialah untuk menakutkan orang Melayu untuk bersama DAP dalam memperjuangkan kerajaan yang bersih dan matlamat PAS yang mahukan sebuah kerajaan yang mampu untuk mengaddinkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya.
Matlamat BN untuk memecahkan DAP dangan PAS itu adalah satu tektik yang berkesan dalam pilihanraya-pilihanraya yang lalu tetapi isu itu tidak lagi diterima oleh rakyat sekarang kini. PAS pula telah membuktikan bahawa parti itu mampu untuk menjadi pilihan yang menggantikan UMNO sebagai parti Islam yang dikuasai oleh orang Melayu.
DAP pula merupakan parti yang diminati oleh orang Cina dan  kaum-kaum lain kerana sifatnya sebagai parti berbilang kaum dan bangsa. Lagi pun jika DAP memenangi semua kerusi pun ia tidak akan mampu untuk membentuk kerajaan sendirian seperti yang dimomokkan oleh BN dalam siri kempennya keseluruh negara. DAP tetap mengakui bahawa orang Melayu merupakan kaum yang terbesar dan perlu mendapatkan sokongan kaum Melayu untuk menjadi parti yang berkesan di dalam kerajaan setelah Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya nanti.

PRU13 : 200,000 mahasiswa layak mengundi..14,000 ahli Umno...!!!



Razali Ibrahim MUAR - Lebih 200,000 mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan terbabit dalam politik selepas Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 dipinda hujung tahun lalu.

Pengerusi Biro Institusi Pengajian Tinggi Umno, Datuk Razali Ibrahim berkata, daripada jumlah itu, 14,000 daripadanya adalah ahli Umno yang boleh terbabit secara langsung dalam politik selain pelbagai lagi terlibat dengan kerja kesukarelaan yang disertai parti-parti politik.

Menurutnya, jika dulu mahasiswa tidak boleh terbabit secara langsung dalam politik, namun kini sudah dibenarkan yang memberi peluang kepada golongan berkenaan menyertainya secara lebih serius.

“Dulu nak masuk politik tidak boleh kerana mengikut peraturan hanya pemimpin selain mahasiswa dibenarkan, akhirnya yang boleh masuk kepimpinan ialah rakyat, tetapi bukan mahasiswa.

“Bukan kita nak mahasiswa masuk politik, tetapi apabila Auku tarik balik sekatan terhadap politik, kita rugi jika tidak melakukannya kerana ia sudah dipinda. Sekarang mahasiswa sudah ada pilihan, kecemerlangan akademik adalah paling utama, tetapi adalah lebih baik jika mereka boleh kendalikan dua-duanya,” katanya ketika sidang media selepas menyertai Majlis Ramah Mesra Pusat Daerah Mengundi (PDM) Muar, dekat Parit Keroma, semalam.

Masyarakat perlu berjaga-jaga dan lindungi kanak-kanak, kata presiden PKR

KUALA LUMPUR, 27 Jan — Masyarakat perlu sentiasa berjaga-jaga bagi memastikan kanak-kanak sentiasa dilindungi dari penjenayah, kata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Dr Wan Azizah (gambar) bersimpati dengan keluarga William Yau Zhen Zhong, kanak-kanak yang ditemui mati di jeti Sungai Sireh pada Jumaat lalu, dan berkata kematian kanak-kanak tersebut adalah satu tragedi, sama seperti kehilangan Nurin Jazlin Jazminin, Sharlinie Mohd Nashar dan Tin Song Shen yang menyayat hati.
“Kita tidak seharusnya hanya bertanggungjawab kepada keluarga kita semata-mata, tetapi membiarkan yang lain begitu sahaja. Terdapat banyak bahaya di luar sana, bagi memastikan anak-anak selamat, kita hendaklah saling bantu membantu antara satu sama lain.
“Ini adalah cara tradisi yang diamalkan di kampung, kita mesti cari jalan supaya ia boleh dilakukan dalam kawasan bandar juga,” kata Dr Wan Azizah dalam satu kenyataan hari ini.

We miss you William. We will remember you : MALAYSIA, NO LONGER SAFE

We miss you William. We will remember you : MALAYSIA, NO LONGER SAFE Our children are the most precious things in our lives. I am deeply upset learning about the death of William Yau Zhen Zhong. My heart goes out to his parents, I pray they find the strength to carry on in this difficult time.
Things are not fine when a six-year-old dies tragically like this, more so when it is far from being the first case of its kind.
Who cannot remember the heartrending saga of 5-year-old Nurin Jazlin, who went missing in 2008, and whose body was found in a sports bag a month later, emaciated, battered and showing the marks of sexual assault with a foreign object -- so violent that it had seriously damaged her inner organs.
There have been other cases where young children survived rape, and have to live the rest of their lives scarred by the trauma.
Those who disappeared without a trace
Hardly less haunting for the affected parents are the cases where young children have disappeared from their schools or neighbourhoods, and have never been traced; among them, Tin Song Shen, who disappeared in Klang 17 long years ago, and Sharlinie Mohamad Nashar, who disappeared not long after the body of Nurin was discovered. One can only imagine the agonising thoughts endlessly playing on the hearts and minds of their parents.
I am among the Malaysians who are upset that we, as fellow citizens, allowed something like this to happen in our midst. We must take collective responsibility whenever any child is in harm’s way. It is encouraging that so many, irrespective of political leanings, age and ethnicity, lent a hand via social media and also in the physical search for William, but the work is not complete.
Citizens, neighbours must play a more active role

Anwar Ibrahim: Najib Berani Hari-Hari Marah Kita, Debat Tak Berani

Politik Tapis calon: SPRM tidak wajar terlibat, patut buat kerja tangkap orang yang rasuah..!!!


Tian Chua JOHOR BAHRU - PKR tetap dengan pendirian untuk tidak menyerahkan senarai nama calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Naib Presidennya, Tian Chua berkata, SPRM seharusnya bebas daripada politik sekali gus tidak terlibat dalam pemilihan calon.

“Kita tidak setuju dan tidak akan buat sebab SPRM kerja mereka tangkap orang melakukan rasuah.

“SPRM diwujud bukan untuk bantu parti politik pilih calon, tetapi mereka bertanggungjawab tangkap orang terlibat rasuah. Oleh itu, parti politik tidak sepatutnya hantar nama kepada SPRM malah tidak diwajibkan,” katanya.

Kata beliau, SPRM diminta mengambil tindakan tegas terhadap beberapa pemimpin yang didakwa gagal dalam ujian tapisan kerana mempunyai masalah dengan undang-undang.

“Kenapa hanya gugur nama sahaja? SPRM perlu bertegas dan siasat serta tangkap jika terbukti pemimpin digugurkan ini bersalah,” katanya.

‘They keep insulting Indians’

Ponggal rice is 'bountiful" and different from raw rice. PM Najib gave away handouts of raw rice as if "we are beggars" and Indian political parties to blame.

Prime Minister Najib Tun Razak insulted the Indians in Klang.
G Kathirvelu, an Indian I encountered in the Jalan Mohet, in the vicinity of where Najib was attending a Ponggal event on Jan 12 said: “This is an insult to the Indian community, he (Najib) came to give us a handout of rice, that is what we in the community do to beggars.
“And if this was paid for by the shopkeepers and the MIC (then) there is a lot to answer for, we are no beggars.
“Ponggal rice and raw rice are two different things, the Indians gave him Ponggal rice not raw rice.”
Kathirvelu, who is from Sungei Pelek, told me this was the common way Barisan treated Indians.
Kathirvelu’s father, who used to work in Tumbok estate, was a member of the MIC and during those days they used to promise to pay the Indian estate workers RM5 each if the Alliance won.
And the poor workers, Kathirvelu said, would oblige. A few elections later he said, “the voters were split on this amount and as a result Cikgu Jaabar the independent won the seat.
“Later to unseat Cikgu Jaabar in Sungei Pelek they paid the Indians RM10 each on the insistence of the MIC. Umno won on Indian votes then.
“Even now they do the same and our people (the Indians) continue behaving like beggars, a culture brought about by the MIC.
“It is a shame how they treat us and we allow ourselves to be treated too,” said Kathirvelu.
Blame the Indian NGOs