Sabtu, 26 Januari 2013

Umat Islam jadi kafir jika benarkan pihak lain guna kalimah ‘Allah’, kata Harussani

IPOH, 26 Jan — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria hari ini mengingatkan umat Islam di negara ini bahawa mereka akan menjadi kafir sekiranya membenarkan pihak lain menggunakan kalimah Allah.

Beliau menjelaskan jika umat Islam membenarkan kalimah Allah digunakan oleh agama lain, bermakna mereka bersetuju dengan tindakan pihak berkenaan mempersekutukan Allah.

"Maka persetujuan itu juga menjadikan kita (umat Islam) kafir. Justeru kita mesti bersatu mempertahankan aqidah kita.

"Kita tak boleh terima dan tidak boleh berkompromi dengan orang yang mempersekutukan Allah," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian pejabat Damara Care and Herbs Sdn Bhd di sini hari ini.

Harussani berkata hanya umat Islam jahil sahaja yang sanggup berkompromi dalam isu berkenaan. Justeru beliau meminta pihak berkenaan menghentikan cadangan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Melayu kerana ini akan mencabar kesabaran umat Islam di negara ini.

Jika cadangan ini diteruskan, beliau bimbang akan menjejaskan keharmonian beragama serta perpaduan kaum di negara ini. — Bernama

Muhyiddin enggan ulas IPCMC selepas Hisham mendiamkan diri

SUNGAI BESAR, 26 Jan — Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan mengulas mengenai Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) yang dicadangkan selepas dakwaan polis membunuh seorang pengawal keselamatan. Timbalan perdana menteri adalah pemimpin tertinggi yang enggan mengulas selepas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein menolak untuk memberi komen, walaupun Majlis Peguam, badan bukan kerajaan serta parti pembangkang sejak 2006 menyeru agar IPCMC ditubuhkan untuk mengubah institusi polis.
"I'm not gonna answer that (Saya tidak akan jawab soalan itu). Soalan lain," katanya (gambar) pada sidang media hari ini apabila ditanya apakah IPCMC perlu diadakan selepas kematian C.Sugumaran Rabu lalu.
Saksi berkata pada Khamis lalu polis menggari Sugumaran sebelum dikatakan diserang oleh sekumpulan lebih dari 20 orang di rumahnya di Batu 12, Hulu Langat pada Rabu lalu.
Ketua polis daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab mengatakan tidak ada siasatan polis ke atas kematian Sugumaran di mana bedah siasat menunjukkan beliau mati akibat sakit jantung.
Tetapi Hishamuddin menolak kenyataan Abdul Rashid dan mengatakan mungkin ada siasatan berasingan tentang kematian misteri Sugumaran.

Keluarga Sugumar mahu bedah siasat kedua disegera

Tidak yakin bahawa Sugumar Chelliah, 39, mati akibat serangan jantung selepas dikejar polis, keluarganya mahukan bedah siasat kedua untuk menentukan kebenarannya.

NONEKetika dihubungi, seorang peguam keluarga mangsa, Latheefa
Koya (kanan) berkata keluarga Sugumar berharap bedah siasat kedua dilakukan secepat mungkin.

"Kami pasti mengatur bedah siasat kedua. Kami sedang mencari hospital lain dan seorang pakar patologi yang bersedia melakukannya. Kami tidak pasti bila ... harap-harap hari ini," katanya.

Latheefa menambah keluarga itu tidak yakin dengan bedah siasat pertama oleh Hospital Serdang kerana mendakwa institusi itu mempunyai sejarah memalsukan bedah siasat seperti dalam kes kematian A Kugan yang mati dalam tahanan.

Dalam kes Sugumar, bedah siasat Hospital Serdang membuat kesimpulan dia meninggal dunia akibat saluran jantung tersumbat dan tiada sebarang kecederaan lain.      

Majlis Peguam mahu inkues siasat kematian Sugumaran

KUALA LUMPUR, 26 Jan —  Majlis Peguam hari ini mahu inkues dijalankan bagi menyiasat kematian pengawal keselamatan C Sugumaran, insiden terbaru melibatkan polis yang mencalarkan keyakinan rakyat terhadap institusi tersebut. Dalam kenyataan hari ini, presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata insiden ini perlu diketahui orang ramai kerana kematian Sugumaran adalah kematian ditangan pihak polis.
"Kematian ini mestilah tidak dianggap sebagai statistik," kata Lim. Tetapi Lim turut mengatakan perubahan struktur diperlukan, dimana antaranya inkues diperlukan.
Beliau berulang kali berkata tuntutan Majlis Peguam untuk memperkenalkan "Akta Koroner" dan menubuhkan "Mahkamah Koroner" bagi menyiasat kematian dan kecederaan dalam tahanan.
Beliau berkata inisiatif harus datang dengan menyasarkan ketepatan dalam mencari identiti yang terlibat, punca kematian, bila dan bagaimana kematian berlaku, menubuhkan jabatan koroner, yang dilantik perdana menteri atas nasihat Ketua Hakim Negara, koroner itu bertanggungjawab untuk menjalankan penyiasatan dan memantau polis, dan pakar patologi untuk menjalankan bedah siasat.

Keluarga Sugumaran akan berdemonstrasi depan Bukit Aman, tuntut bedah siasat kedua

KUALA LUMPUR, 26 Jan — Keluarga C Sugumaran dan penyokong akan berdemo di hadapan ibu pejabat polis di Bukit Aman pada 29 Januari ini untuk menuntut bedah siasat kedua diadakan selepas pihak polis enggan memberikan kerjasama ke atas tuntutan mereka, kata peguam N Surendran.
Naib presiden PKR itu berkata, beliau sudah menulis surat kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar tetapi tidak menerima balasan.
"Pihak keluarga Sugumaran kecewa tentang perkara ini kerana pihak polis masih menghalang post mortem kedua.
"KPN pula masih enggan membalas surat menuntut post mortem kedua dijalankan," kata Surendran apabila dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Sokong PR ke Putrajaya selesai isu Rapid Pengerang, Lynas


Anwar IbrahimPENGERANG – Isu Pengerang (Rapid) dan juga Lynas yang dibangkitkan pembangkang selama ini bukan kerana hendak menang kerusi, sebaliknya adalah untuk menyelesaikan dan membela nasib rakyat, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, hanya mengejar kemenangan kerusi pilihan raya manakala rakyat pula berada dalam keadaan sengsara, bukan cara betul parti dan pemimpin politik.

Katanya, seperti isu perpindahan kubur dan pampasan bagi penduduk yang terlibat dengan projek Rapid, pihak kerajaan tidak mahu menjawab isu tersebut, sebaliknya mereka sengaja memperbesarkan isu lain.

“Buat apa jadi pemimpin rakyat jika masalah rakyat semua tidak kena. Pasal apa pampasan orang kaya (yang terlibat projek Rapid) lebih tinggi manakala orang miskin dapat rendah. Kenapa penduduk Melayu di kampung tidak dijaga, sebaliknya Melayu yang kaya raya sahaja yang dijaga?

Saman Zahid: Ini jawapan berani Rafizi...

Rafizi tidak akan tarik balik kenyataan, lawan saman Zahid

26 Jan — Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar) tidak akan tarik balik kenyataannya berkenaan Kementerian Pertahanan menggunakan dana awam untuk membeli saham Astacanggih, milik peniaga permaidani Deepak Jaikishan berharga RM30 juta dan membeli tanah Raja Roopiah bernilai RM160 juta di Bukit Raja.

Beliau yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, rakyat Malaysia secara umumnya sudah mengetahui kes ini dan beliau sedia ke mahkamah menghadapi saman dari Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Ya, saya akan hadapi saman tersebut. Saya akan go through dengan lawyer saya mengenai isu ini," kata Rafizi.
Semalam, Ahmad Zahid berkata beliau akan menyaman Rafizi berkenaan tulisannya di dalam blognya, yang didakwa berunsur fitnah, palsu dan tidak benar.

PRU13 : Anwar tidak risau kempen aktif Dr Mahathir


 Anwar tidak risau kempen aktif Dr Mahathir
SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan kesejahteraan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini dilihat kembali aktif di pentas politik dalam usahanya membantu Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasa di Putrajaya.

"Itu hak dia. Walaupun dia bekas perdana menteri, doakan dia sihat. Dia bantu kempen, tak apa," katanya ketika ditanya sama ada faktor tersebut akan menjejaskan peluang Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Anwar telah dipecat oleh Dr Mahathir sebagai Timbalannya pada 1998 atas dua alasan iaitu tidak sesuai untuk meneruskan khidmat dan menggantikannya sebagai Perdana Menteri.

Anwar dijatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi kesalahan rasuah pada 1999 dan sembilan tahun bagi kes liwat pada 2000. Bagaimanapun beliau dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan daripada tuduhan liwat pada 2004.

Pada tahun lalu, Anwar sekali lagi dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

SYABAS Guna Dana Awam Untuk Kepentingan Sendiri

Kediaman Rasmi MB Majlis Ramah Mesra dengan Dun Ijok dan Bandar Tun Razak 08
SHAH ALAM 26 JAN : Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) didakwa mengunakan dana awam untuk kepentingan sendiri dan tidak untuk tujuan menjaga kepentingan rakyat dalam urusan membekalkan air secukupnya.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ini menunjukkan kegagalan Syabas memberikan perkhidmatan kepada masyarakat berikutan tindakan sepatutnya dilakukan, tidak dilaksanakan.
Menurutnya, seharusnya Syabas memberikan perkhidmatan kepada rakyat termasuk memastikan semua peralatan dalam keadaan baik.
“Tiga tahun lepas, dia belanja hampir RM700 juta bukan membetulkan paip tetapi dia membeli kereta, membaiki rumah pejabat. Pejabat tidak boleh membetulkan paip.
“Jadi duit rakyat digunakan untuk perkara yang tidak sepatutnya,” katanya dalam ucapan meraikan jentera pilhanraya Ijok dan Bandar Tun Razak di sini malam tadi.
Menteri Besar berkata, Syabas juga sudah diberikan peruntukan secukupnya termasuk memperoleh hasil pendapatan tinggi daripada orang ramai.
Maka itu, katanya tindakan Kerajaan Negeri tidak menyalurkan perbelanjaan modal (Capex) tidak harus dipersoalkan.

Khalid Samad : Masa Terbaik Kuasai Putrajaya

Kediaman Rasmi MB Majlis Ramah Mesra dengan Dun Ijok dan Bandar Tun Razak 07
SHAH ALAM 26 JAN : Pakatan Rakyat (PR) memiliki peluang keemasan untuk menguasai dan mengambilalih Putrajaya daripada Umno-BN dalam Pilhan Raya Umum Ke-13 (PRU13) berdasarkan sokongan rakyat kuat ketika ini.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, PR seharusnya menggunakan kesempatan yang ada kerana Umno-BN ternyata tidak dalam kedudukan selesa berikutan pilhan raya perlu diadakan dalam tempoh terdekat.
“Ini adalah peluang terbaik bagi PR untuk mengambilalih pentadbiran di Putrajaya. Kalau kita melepaskannya, lima tahun kita akan menyesal dan kita tak tahu sama ada suasana seperti ini, boleh kita wujudkan kembali.
“Sekarang ini masyarakat bersama kita. Kita yakin himpunan kebangkitan rakyat di Kuala Lumpur. Kata seorang profesor matematik yang kita yakin dia lebih bijak dari Rais Yatim. Anggaran dia 700,000. Kita yakin inilah jumlah yang sebenarnya.

Tuan Ibrahim: Pas anggap isu kalimah ALLAH selesai....yang tak selesai UMNO@BN..adu-domba...!!!


Pesuruhjayanya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
KUALA TERENGGANU - Pas menganggap isu berkaitan kalimah ALLAH sudah selesai dan mengharap ia tidak diperbesarkan lagi kerana boleh menggugat keamanan dan keharmonian di negara ini.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mana-mana pihak yang memperbesarkan isu itu dilihat hanya kerana ingin mengalih isu lain.

Menurutnya apabila keputusan sudah dibuat oleh Majlis Syura Ulama Pas, pimpinan parti mesti mendokongi keputusan yang dibuat dan tidak boleh bercanggah dengan Majlis Syura.

“Kita tidak mencampuri agama lain, bahkan kita mempertahankan prinsip beragama. Macam orang yang bernama Ali, orang Melayu akan panggil Ali, orang lain pun tetap panggil Ali. Begitu juga kalimah ALLAH.

“Kalau nama kita tidak diterjemah, bagaimana pula dengan nama ALLAH?  Kita harus sensitif dengan agama dan kita pertahankan prinsip beragama, kita tidak akan ganggu agama mereka, sebagaimana kita minta mereka tidak ganggu agama kita.

Isu kalimah tidak gugat Pakatan Rakyat, yang tergugat UMNO@BN...!!!!


Nik Abduh Nik Abdul Aziz KOTA BHARU - Percanggahan pendapat mengenai kalimah ALLAH tidak sesekali menggugat hubungan Pas dalam pakatan biarpun terdapat desakan supaya parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR), kata Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat itu berkata, beliau yakin perkara tersebut tidak mungkin akan menjejaskan hubungan yang sedia terjalin selama ini walaupun Majlis Syura Pas, 13 Januari lalu menetapkan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam bible versi bahasa Melayu.

Sehubungan itu, beliau mengecam mana-mana desakan yang dilakukan terhadap Pas berikutan timbulnya tidak sehaluan pendapat mengenai isu dibangkitkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada Krismas tahun lalu.

“Keputusan Majlis Syura itu untuk ahli Pas dan mereka wajib mengikutinya. Keputusan itu (Majlis Syura) adalah untuk menyatukan umat Islam.

Anwar: Asas Islam, Melayu Pakatan kuat

Anwar Ibrahim IKUTI bahagian kedua dan akhir temu bual eksklusif bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabatnya Rabu lalu.


SINAR HARIAN: Baru-baru ini Tan Sri Muhyiddin kata, Datuk Seri apabila bangkit isu Felda, dia kata sabotaj ekonomi negara, sabotaj negara dan minta Bursa Saham siasat?

ANWAR: Tak apalah. Tan Sri Muhyiddin itu kawan lama saya. Jadi kalau dia berucap tu, dia tidak teliti.


SINAR HARIAN: Termasuk kata Datuk Seri sebagai seorang pembohong?

ANWAR: Saya belum pernah jawab dia menggunakan bahasa yang dia gunakan terhadap saya dan saya pernah beritahu dia di Parlimen. Bezakan. Saya belum pernah. Saya cuma hendak tumpukan kepada isu dasar. Apakah dia sudah baca kenyataan kita tentang kelapa sawit dan tentang Felda? Saya katakan, mengapa saham Felda untuk semua peneroka itu dengan had, tak boleh jual sehingga pasaran itu turun, mengapa diberikan lebih kepada yang bukan peneroka? Siapa yang khianat?

Peneroka 30, 40 tahun dapat jumlah kecil dan yang bukan peneroka, ahli lembaga, ketua-ketua Umno, itu diagih sikit-sikit. Tak setuju? Dedahkan siapa yang dapat. Mustahil hendak didedahkan.

Permit teksi, siapa yang khianat? Apalah salahnya bagi pemandu yang bawa sendiri. Bagi sahajalah permit. Kamu carilah. Saya gunakan istilah ‘mentekedarah’, maknanya nak kaya ambillah dari syarikat-syarikat besar. Apa makna ‘mentekedarah’ istilah Kedah. Muntah sampai ke darah. Ini rompakan. Jadi tak payahlah nak marah saya lebih-lebih sangat.

Khianatlah, khianat Melayu, pembohong, apa yang saya bohong, patutnya Sinar tanya pada dia, apa saudara Anwar bohong? Apa kenyataan dia kata yang kata bohong. Kalau tak betul, kalau saya silap, saya boleh betulkan. Tak ada masalah.

MB Selangor: Kajian dapati rakyat lebih percaya Kerajaan Negeri PR


MB Selangor: Kajian dapati rakyat lebih percaya Kerajaan Negeri PR
Nurul Izzah menyampaikan ucapan. Hadir sama Khalid Samad dan Dr Dzulkefly Ahmad. - Foto Sinar Harian oleh NIZAM ZAIN
MB Selangor: Kajian dapati rakyat lebih percaya Kerajaan Negeri PR
Lebih 400 sukarelawan jentera pilihan raya bahagian Parlimen Bandar Tun Razak dan Dun Ijok yang hadir malam tadi. - Foto Sinar Harian oleh NIZAM ZAIN
SHAH ALAM – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa sebanyak 60 peratus rakyat di Selangor semakin meyakini Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) yang beliau terajui sejak Mac 2008.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata, kajian dijalankan Kerajaan Negeri sejak Ogos lalu mendapati tahap kepercayaan rakyat terhadap beberapa kepimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) di negeri itu merosot kepada 20 peratus.

“Tiga bulan kita (Kerajaan Negeri) buat kira-kira sama ada boleh menang dan tawan Putrajaya atau tidak.

“... graf penerimaan rakyat terhadap PR lebih tinggi daripada BN.

Pembunuhan, pencolekan dan rompakan dimana-mana. Benarkah negara kita selamat?

Setidak-tidaknya dua kes yang amat menyedihkan berlaku di negara ini yang melibatkan kematian. Kes yang pertama ialah kes kematian William Yau seorang kanak-kanak yang berumur enam tahun yang dilarikan oleh orang yang tidak dikenali di Putra Heights minggu lepas. Mayatnya dijumpai di Pelabuhan Kelang dan dikenal pasti oleh ibunya sendiri Goh Ying Ying semalam sebagai anaknya yang telah hilang dicolek sejak seminggu yang lalu.
Kes yang kedua ialah kematian C Sugumar yang dikatakan dipukul oleh beberapa orang anggota Polis semasa C Sugumar  tangannya masih digari. Yang lebih menyedihkan ialah C Sugumar telah ditaburkan dengan serbok kunyit di muka yang ini menyebabkan C Sugumar menghadapi masalah jantung dan akhirnya meninggal dunia. Kejadian ini berlaku di Serdang dan dengan kejadian ini ramai yang bertanya samada negara kita ini benar-benar sebuah negara yang aman dan damai.
Setiap hari ada sahaja berita manusia dibunuh dan mayatnya dijumpai merata-rata samada di dalam semak atau di dalam longkang serta di kebun-kebun kelapa sawit dan dimana-mana. Bangkai kucing pun susah untuk ditemui tetapi mayat manusia bergelempangan di mana-mana seolah manusia ini lebih rendah dari haiwan seperti kucing dan anjing. Jumlah kematian manusia dibunuh dalam tempoh dua tiga tahun ini sahaja mungkin melebihi jumlah kematian di dalam peperangan Iran Iraq dahulu walaupun peperangan itu melibatkan penggunaan senjata berat dan berbagai-bagai alat peperangan yang canggih-canggih. .

RCI: Najib juga perlu disiasat

BATU PAHAT 26 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga perlu disiasat berhubung pemberian kad pengenalan (IC) kepada warga asing di Sabah, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Najib, Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) juga perlu disiasat, kerana ini projek terus menerus dari era Mahathir, dan tidak pernah berhenti IC terus diberikan,” kata Anwar di Majlis Dialog bersama penduduk Batu Pahat di Hotel Garden, semalam.
Anwar turut membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang mahu menutup kesalahan beliau dengan mempertikai kewarganegaraan penduduk Cina dan India yang diberi Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.
“Sekarang dia (Mahathir) nak salahkan ‘Jus Soli’ pula, nampak tak bagaimana dia pertikai kewarganeraan penduduk Cina dan India yang sememangnya layak menjadi warganegara?
“Semua anak Cina, India, Kadazan, Dayak, yang lahir di tanah ini sebelum kemerdekaan adalah warganegara dan semua akan kita lindungi!” kata Anwar disambut tepukan 300 tetamu.
“Kewarganegaraan ini kalau mengikut prosedur, undang-undang tidak menjadi isu, tapi ini melibatkan korupsi Perdana Menteri ketika itu,” katanya lagi.

Betulkah Senarai Calon PAS Kelantan Dirombak?

Seharusnya untuk memastikan kemenangan dan kejayaan di dalam pilihan raya, keputusan serapi mungkin perlu dibuat dari semua sudut. Ia bukan saja dalam persiapan jentera pilihan raya, persiapan isu, peruntukan yang mencukupi, tetapi juga soal calon.

Calon merupakan aspek paling penting dalam pilihan raya. Selalunya selepas orang memilih dan menilai parti untuk disokong, mereka akan melihat siapa dia sosok atau individu yang akan jadi calonnya.

Walaupun apa yang hendak dipaparkan oleh sesebuah parti itu mengenai dasar, matlamat ataupun agenda perjuangannya tetapi aspek calon juga akan diambil kira. Selepas semua aspek tadi dihitung dibandingkan, maka calon adalah perkara terakhir akan ditilik oleh pengundi. Sekurang-kurang 20% peribadi dan syaksiah calon menjadi penyumbang ke arah kemenangan.

Mungkin atas peri penting dan mustahaknya perkara itu menyebabkan PAS Kelantan diberitakan telah merombak semula calon-calonnya. Senarai yang sudah dikatakan sudah lengkap, dipinda sedikit untuk memastikan persiapan dibuat secara rapi dan calon tidak menimbulkan masalah. Tindakan ini patut dipuji dan menunjukkan PAS kali ini benar-benar menghalusi mengenai calon dan bukan tangkap muat saja atau dibuat atas nasihat dari satu sumber, bukan kolektif.

Peristiwa atau kejadian tahun 2004 mungkin dijadikan iktibar, di mana salah satu faktor kekalahan PAS ialah apabila urusan calon tidak begitu lendik. Calon-calon yang lemah yang sudah dipertikaikan oleh pengundi diambil semula atas alasan mereka adalah 'orang kita'. Kerana mereka adalah orang hampir dengan pihak yang memilih calon maka mereka dikutip. Natijahnya calon-calon yang sudah dikenal pasti tidak berdaya maju itu kalah.

PIPE DREAM: Najib, Umno pin GE13 hopes on 127 Malay, Bumi-majority seats

The general election is coming. The atmosphere, however, is different this time. The FBM KLCI drastically plunged, as investors cashed in their positions ahead of the general election.
Investors are worried about the uncertainty of the election. The index once hit an intra-day low of 1,631.40, down 45.04 points on Monday and plunged 33.51 points to near the psychological important 1,600 level the next day.
PIPE DREAM: Najib, Umno pin GE13 hopes on 127 Malay, Bumi-majority seatsInvestors are worried that once the BN loses the power, there might be changes to the contracts and projects approved and issued by the government, particularly huge projects like the MRT and the recently inked West Coast Highway, causing a drastic plunge in political, banking and blue chip stocks.
There is another argument saying that some people are raising general election funds and thus, try to push up stocks to gain profit. Therefore, it would be better for small stock players to wait and see, to avoid becoming the victims of big players.
It is the stock market's concern about the election.
Meanwhile, entrepreneurs and politicians also have their worries. Would the Pakatan Rakyat change the entrepreneur-friendly policies if it takes over the office? As every new sovereign brings his own courtiers, many people will lose their jobs for sure.
Mixed constituencies the king maker
Back to reality, the unpredictable voting tendency is more agonizing.
Based on last election's voter structure, there are 127 Malay- and Bumiputera-majority parliamentary constituencies, 43 Chinese-majority constituencies and 52 mixed constituencies. The Chinese has taken a very clear stand while the number of Indian voters is small. However, there is no definite answer for how serious is the split of Malay votes.
According to polling expert Datuk Seri Prof Syed Arabi Idid of the International Islamic University, mixed constituencies would be the most intense competition between the BN and the Pakatan Rakyat as each has 30% of basic support, while the remaining 40% swing voters will be the key that decides the results.
127 Malay & Bumi-majority seats may not be enough to save Umno or Najib
Based on the current trend, the BN has made too many mistakes and most swing voters actually tend to support the Pakatan Rakyat. Even if the BN is able to win big in Malay constituencies, it would still not be able to get two-thirds of seats.

PR Mampu Pertahan Selangor Dan Ambilalih Putarajaya

Kediaman Rasmi MB Majlis Ramah Mesra dengan Dun Ijok dan Bandar Tun Razak 01
SHAH ALAM 26 JAN : Pakatan Rakyat (PR) mampu mempertahankan Selangor berdasarkan sokongan rakyat ketika ini yang memihak kepada gabungan itu berbanding Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan diadakan dalam masa terdekat ini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perkembangan semasa di dalam negara membuktikan rakyat mula menaruh harapan kepada PR untuk terus mentadbir Selangor malah tidak terkecuali mengambilalih pentadibiran negara di Putrajaya.
Menurutnya, kajian beberapa pihak juga jelas memberi gambaran sokongan rakyat lebih kepada PR berbanding Umno-BN.

Takut Hilang Kuasa Punca Umno-BN Tangguh Pilihan Raya

Kediaman Rasmi MB Majlis Ramah Mesra dengan Dun Ijok dan Bandar Tun Razak 05
SHAH ALAM 26 JAN : Umno-BN didakwa menangguhkan pilihan raya beberapa kali kerana kajian dijalankan membayangkan gabungan itu akan kehilangan kuasa di Putrajaya.
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard berkata Umno-BN kini kelihatan dalam keadaan terdesak bagi mengekalkan kuasa diperolehnya.
Katanya, maklumat dari sumber yang boleh dipercayai menyatakan Umno-BN pernah cuba mengadakan Pilihan Raya Umum Ke -13 (PRU13) tetapi melupakannya kerana tidak yakin bagi memenanginya.
“Untuk pengetahuan semua, empat kali Umno-BN pernah cuba panggil pilihan raya. Tanya pihak Kemas, tanya cikgu sekolah, tanya polis dan tanya pimpinan Umno, mereka telah diarah bersedia empat kali sebelum ini.
“Tetapi ternyata keempat-empat kali mereka tidak boleh panggil pilihan raya sebab kajian menyatakan kalau dia panggil pilihan raya iaitu Umno-BN bukan saja gagal merampas Selangor tetapi dipaksa keluar dari Putarajaya,” katanya ketika berucap dalam majlis meraikan jentera pilihanraya Ijok dan Bandar Tun Razak di sini malam tadi.

Anwar kecam rampasan tanah Pengerang, pindah kubur

PENGERANG 26 Jan: Pemimpin rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam rampasan tanah penduduk dan tindakan mengalihkan kubur untuk projek Rapid Pengerang  yang disifatkan tidak bertimbangrasa.
“Kerana apa mereka sanggup rampas tanah begitu saja? Kerana mereka fikir penduduk Pengerang hanya rakyat di bawah, suka hati mereka nak gali kubur semata-mata untuk projek pembangunan yang diberi kepada kroni,” kata Anwar di Majlis Makan Malam dan Ceramah Jom Ubah dekat sini, semalam.
“Kita bukan menolak pembangunan, tetapi perlu kah sampai mengenepikan rakyat begitu saja? Kenapa ada layanan berbeza antara orang mereka (Umno), yang kaya dengan rakyat miskin?” katanya.
“Cuba kita tanya mana-mana Exco, Ketua Pemuda atau Menteri Umno, adakah antara mereka yang boleh benarkan kubur arwah datuk atau nenek mereka digali hanya untuk pembangunan? Tak ada!” tegasnya disambut tepukan 1000 tetamu yang hadir.
Anwar pada Oktober tahun lalu menegaskan Pakatan Rakyat tidak menolak program pembangunan tersebut, namun membantah pelaksanaan projek berkenaan.
Pertama, kawasan yang diambil alih seperti kampung tradisional dan tanah perkuburan, sedangkan ada kawasan alternatif.

Forum 'Kebebasan Akademik dan Hak' - Part 4

PRU13 : 'Asalkan menang alhamdulillah, tak terlalu tipis'


Anwar Ibrahim
SHAH ALAM - Meskipun pelbagai pihak meramalkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat, masing-masing berhadapan laluan sukar dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin perikatan itu akan menang dengan agak selesa.

Walaupun tidak membuat kiraan jumlah kerusi yang akan dimenangi, Anwar optimis jika pembangkang menang, ia bukan dengan majoriti terlalu mudah.

"Saya tak buat kiraan ikut kerusi. Asalkan menang Alhamdulillah. Tak terlalu tipis. Insya-ALLAH," katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Harian di pejabatnya baru-baru ini.

Selain penganalisis politik yang membuat pelbagai ramalan, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali sebelum ini berkata, mana-mana parti yang menang dalam pilihan raya kali ini, kemenangan itu hanyalah dengan majoriti mudah.

Najib’s Gaza trip a political gimmick for GE13 but it BACKFIRED!

Saying prime minister Najib Razak’s highly publicised visit to Gaza in Occupied Palestine was nothing more than political ploy to boost support of the Malay-Muslim electorate, two political experts however dismissed its impact on the target group's voting pattern. An associate professor of political science at Singapore Management University described the visit as being “primarily a political ploy aimed at winning Malay-Muslim support” in the looming general election.
“(It’s just a pattern of Najib) trying to seek international legitimacy for a [Malaysian] regime that is being challenged at home,” said Bridget Welsh, as quoted by news portal World Politics Review (WPR).
Welsh however opined that the impact should not be overstated, though she said Islam and issues of morality play a part in Malaysia politics, as is the issue of Palestine which is considered an important Muslim cause.
Welsh said the angry outburst by Mahmoud Abbas, the president of Palestinian Authority alligned to Hamas's rival Fatah, showed how the Palestinian cause was “used symbolically” for political purposes in Malaysia “with limited attention to its actual reality”.
Joseph Liow, associate dean of the School of International Studies at Nanyang Technological University Singapore echoed her point, saying Najib’s visit may not have any impact on Malaysian electorate.

Pengundi Hantu : BN akui kesilapan, akan hantar semula surat Selamat Tahun Baru

 ( 1 Alamat 28 Nama...!!!)



 SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) Selangor mengakui terdapat kesilapan kecil yang berlaku dalam proses penghantaran surat Selamat Tahun Baru bersimbol ‘Sayangi Selangor’ kepada sebilangan kecil pengundi di Dun Selat Klang seperti didakwa Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus berkata, tidak mustahil kesilapan kecil sebegini terjadi ketika penghantaran surat dalam jumlah yang besar.
“Ya, saya mengaku BN Selangor ada menghantar surat ini kepada rakyat Selangor bertujuan mengucapkan Selamat Tahun Baru. Jadi dalam penghantaran pukal sebegini pasti berlaku kesilapan teknikal seperti ini.
“Atas rasa tanggungjawab, BN Selangor akan mengirim semula surat pembetulan dan permohonan maaf kepada pengundi berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Dalam perkembangan sama, Abdul Shukor yang juga Adun Kuang turut menjelaskan bahawa kesilapan teknikal seperti ini hanyalah kesalahan kecil yang tidak disengajakan dan tiada niat untuk mengaburi atau mengelirukan pengundi seperti didakwa.

Orde Melayu Baru...!!!

Anuar Mohd Nor

Kiblat kaum sudah runtuh. Mungkin itu yang ada hari ini. Isu perkauman tidak lagi wujud – perbezaan kaum tidak lagi menjadi isu – siapa memimpin dari kaum mana bukan lagi bahan besar tetapi yang penting kualiti kehidupan.
Apa peduli siapa kepimpinan kita, kata seorang anak muda Melayu bila berbicara dengan saya baru-baru ini. Kalau di bawah pemerintahan Cina kita lebih baik – apa salahnya.
Kita tidak perlu takut dan kita selama ini pun hidup di bawah kepimpinan Melayu – Melayu cam itu juga, ujarnya lagi. Saya bertanya semula – hidup di bawah pemerintahan Melayu – cam tu juga, apa maksud nya.
Beliau menjawab, apa yang istimewa sangat untuk orang macam saya ini, dari saya melihat Melayu yang istimewa itu buat berlipat kali ganda – angkuh dengan kuasa dan merasakan mereka saja yang betul biar sekali mereka dihukum kepimpinan Cina yang lebih adil.
Mereka tidak ada lagi demarkasi kaum dalam menceritakan politik. Mereka tidak lagi memikirkan bahawa perjuangan Melayu itu relevan dan mereka kini hanya mahu membalas – pendedahan yang timbul akibat kepincangan kepimpinan yang ada dalam menyeret nama perjuangan Melayu kemudiannya meninggalkan nama Melayu sehingga ia perlu digunakan semula pada PRU akan datang.
Ini adalah apa yang mahu mereka katakan dan merebaknya idealis kumpulan ini dan sejauh mana ia sudah berkembang masih belum dapat kita pastikan lagi.
Adakah ini sebenarnya apa yang dikatakan liberalis Melayu. Adakah ini orde baru masyarakat Melayu di negara kita atau pun ini adalah liberalis persepsi yang terbentuk akibat gelodak dan gelombang politik yang terbit sejak 1998 – sejak gelombang reformasi yang juga merupakan pertempuran politik yang terbit dalam UMNO sendiri.

Henti provokasi agama, pelihara kerukunan hidup

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa agar semua pihak menghentikan provokasi agama serta tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menegangkan suasana demi memelihara kerukunan hidup antara agama di negara ini.

Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, mengungkit isu agama yang diketahui akan menyentuh sensitiviti penganut agama masing-masing sangat merbahaya dan tidak bertanggungjawab.

“Kami kesal terhadap pemimpin politik yang tidak berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan persepsi yang tidak baik terhadap Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Dalam masa yang sama, katanya Mapim menegaskan pihak pemimpin agama harus menghormati kedudukan Islam di negara ini terutama soal menarik orang Islam kepada agama lain yang dilarang dalam undang-undang Persekutuan.

Menurutnya, pemimpin-pemimpin agama perlu mengambil berat mengenai sensitiviti yang sangat tinggi di kalangan orang Islam terutama dalam isu murtad dan apa sahaja yang dilakukan oleh penyebar agama lain yang boleh menyebabkan orang Islam murtad.

Kematian Sugumar, polis ambil keterangan 11 individu

(Bilik mayat yang menempatkan mayat Sugumaran dikawal ketat krn takut mengamuk lagi..!!!)

Polis mengambil keterangan 11 individu bagi membantu siasatan kes seorang pengawal keselamatan yang dikategorikan sebagai mati mengejut dalam kejadian amuk dekat Kajang, kelmarin.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata saksi yang melihat insiden itu berkata C Sugumar, 39, mula mengamuk dari Taman Sri Nanding sebelum ke Taman Desa Raya dan Taman Lagenda Suria.
  
"Saksi melihat lelaki itu terjatuh di Taman Lagenda Suria dan seterusnya tidak sedar selepas itu.

"Tiada seorangpun dalam insiden itu nampak pihak polis memukul lelaki berkenaan sebelum dia ditahan," katanya pada satu sidang akhbar di Shah Alam semalam.

Dalam insiden pada kira-kira 6.30 petang Rabu itu, Sugumaran dikatakan menggunakan palang besi untuk merosakkan harta benda awam.
  
Mohd Adnan berkata siasatan awal mendapati lelaki itu mengalami sakit mental dan polis akan mendapat pengesahan berhubung perkara tersebut daripada pihak hospital.
  

PRU13: 40% calon muda, bukan Islam pertama kali guna simbol Pas

KUALA TERENGGANU - Pas akan menampilkan lebih 40 peratus calon daripada golongan muda yang berusia 40 tahun ke bawah, di samping penambahan kerusi Muslimat dan menampilkan calon bukan Islam buat kali pertama dalam sejarahnya, pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13).
Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, secara keseluruhannya lebih kurang 25 peratus calon muda itu adalah calon baru bagi parti itu.
Menurutnya, antara pembaharuan terbesar yang dibuat ialah menampilkan calon bukan Islam daripada Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), atas tiket Pas dan menampilkan ramai calon Muslimat, sebagai pengiktirafan kepada golongan itu.
“Sebelum ini ada penyokong Pas yang bertanding tetapi mereka menggunakan lambing parti lain. Tetapi untuk PRU13 ini, Majlis Syura Ulama Pas sudah bersetuju untuk membenarkan non-Muslim mewakili dewan himpunan.
“Rasionalnya pemilihan calon bukan Muslim ini ialah mereka adalah calon daripada DHPP dan mereka sudah menerima prinsip-prinsip dasar perjuangan Pas. Selain itu, kita sudah semak latar belakang mereka dan jika elok dan mampu jadi pemimpin, kita pilih,” katanya ketika ditemui Markas Pas Kuala Ibai di sini, semalam.

Siasat kes Sugumaran secara menyeluruh

(Bilik mayat yang menempatkan mayat Sugumaran dikawal ketat)

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) membuat siasatan menyeluruh dibuat ke atas kematian C. Sugumaran.

Kes ini telah menimbulkan polemik yang menggemparkan masyarakat ekoran terdapatnya dakwaan beliau dipukul semasa ditahan oleh pihak polis, kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor.

Terdapat dakwaan daripada saksi yang melihat kejadian tersebut yang mendakwa mangsa dibelasah hingga mati dalam keadaan tangannya bergari.

Malah ada dakwaan saksi melihat pihak polis memijak leher Sugumaran serta membiarkan beliau dipukul oleh orang ramai.

Sekiranya dakwaan tersebut benar, kata Riduan, DPPM mempersoalkan apakah Standard Of Procedure (SOP) yang digunakan oleh pihak polis semasa menahan mangsa.

"Meskipun mangsa dikatakan mengamuk dan merosakkan harta benda awam, apakah itu suatu lesen untuk pihak polis membelasah atau membiarkan mangsa dibelasah sehingga mati?" soalnya.

Tidak Pernah Lantik Paradiselink Urus Daftar PATI, KDN Di Gesa Jujur Dan Usah Terus Tipu Rakyat

Belum pun habis cerita tentang projek IC di Sabah, kini heboh pula diperkatakan projek IC menjelang pilihanraya umum ke-13 di Semenanjung Malaysia. Walau pun ia cuba dinafikan oleh kerajaan, namun pendedahan demi pendedahan yang dibuat ternyata ribuan warga asing kini telah memiliki IC dan layak mengundi BN pada pilihanraya umum nanti. Kerajaan terutamanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) beberapa kali cuba menafikan tentang adanya projek IC untuk memastikan BN terus kekalkan kuasa mereka kali ini, namun berbagai bukti dan pembongkaran terus dilakukan oleh rakyat yang prihatin. Tidak cukup dengan pendedahan mengenai begtiu ramai pengundi hantu pada daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kini tersebar pula maklumat berkenaan projek mendaftar warga asing untuk mendapat IC bagi membolehkan mereka mengundi pada PRU-13 ini. Sebelum ini sudah banyak kali didedahkan isu berkenaan tetapi dianggap fitnah semata-mata oleh pihak yang berkenaan. Biar pun penyokong UMNO BN sendiri tahu begitu ramai warga asing mendapat kerakyatan bagi membolehkan mereka mengundi BN namun mereka masih  mahu berdolak dalih lagi. Terbaru, satu surat edaran berkenaan Pendaftaran dan Sesi Taklimat Khas oleh sebuah syarikat mendaftar warga asing iaitu Paradiselink Sdn Bhd yang berpejabat di Temerloh Pahang telah tersebar. Walau pun  Kementerian Dalam Negeri menjelaskan pihaknya tidak pernah melantik Syarikat Paradise Link/Linx Sdn. Bhd. atau mana-mana syarikat lain untuk menguruskan proses pendaftaran pendatang asing tanpa izin (PATI) atau menyediakan program khidmat imigran. Namun semua itu hanyalah sekadar alasan semata-mata   kerana rahsia dan modus operandi syarikat itu sebenarnya sudah lama diketahui umum. Cuma ia menunggu masa untuk didedahkan kepada rakyat. Maka, kini tibalah masanya yang paling sesuai!.

Pemilik banglo terkejut terima 28 surat PM tertera nama pengundi tidak dikenali..?? SPR kena jawap nie..!!!!


Hannah (dua, kanan)
Hannah (dua, kanan) menunjukkan 28 surat mengandungi mesej politik BN dengan nama penerima berlainan yang dihantar ke alamat seorang pengundi di Petaling Jaya, dua minggu lalu.
 
SUBANG JAYA – Seorang pemilik banglo terkejut apabila 28 pucuk surat berbeza nama penerima yang mengandungi mesej tahun baru dan politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dihantar ke rumahnya di Petaling Jaya.

Surat berkenaan didakwa mula diterima sejak dua minggu lalu tertera nama penerima yang langsung tidak dikenalinya.

Hairan dengan perkara itu, pemilik rumah berkenaan mengadukan perkara itu kepada Adun angkat Bukit Gasing, Hannah Yeoh Tseow Suan.

Hannah berkata, berikutan aduan berkenaan, pemeriksaan dilakukan menerusi senarai daftar pengundi suku tahun pertama 2012 dan hasil mengejutkan apabila mendapati 28 nama berkenaan didaftarkan di alamat pengadu.

SPR: Salah daftar pengundi bagi pihak orang lain...??

Undang-undang tidak membenarkan seseorang itu didaftarkan sebagai pengundi tanpa pengetahuan mereka, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pemohon mesti menandatangani sendiri borang permohonan dan menyertaikan salinan kad pengenalan mereka.

Beliau mengulas dakwaan seorang bapa Tiruchelvam Vallipuram, yang mengadu nama anak perempuannya ada di daftar pemilih walaupun dia tidak pernah mendaftar.
Menurut Tiruchelvam, beliau mendapat tahu mengenai perkara itu apabila menerima kad ucapan Deepavali tahun lepas dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang menandatanganinya sebagai pengerusi BN Selangor.

Ia juga mengandungi butiran pengundian untuk anak perempuan berusia 22 tahun itu, seperti daerah mengundi dan kawasan pilihan raya.

Sehubungan itu, Abdul Aziz meminta Tiruchelvam memberikan nama penuh dan nombor kad pengenalan anak perempuannya itu untuk membolehkan SPR menyemak borang permohonannya yang disimpan oleh suruhanjaya tersebut.

"Memang ada aduan seperti ini tapi sedikit saja, apabila ditunjukkan borang permohonan menjadi pengundi, baru mereka memahaminya (apa yang berlaku)," katanya dalam jawapan melalui SMS kepada Malaysiakini semalam.

"Eloklah SPR semak dulu untuk mengetahui kedudukannya. Kalau sah berlaku penipuan, boleh diambil tindakan yg lain, mungkin membuat laporan polis," katanya.

NEGERI UMNO PALING KUAT DIDUNIA SUDAH GOYAH TUNGGU REBAH



Jelajah Merdeka Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jalan Sagu, Taman Daya, Johor Baharu, malam tadi membuktikan yang Johor sudah tidak boleh lagi dinobatkan sebagai negeri UMNO paling kuat gagah perkasa didalam dunia.

Dulu apabila parti pembangkang mau membuat ceramah sambutan amatlah dingin sekali..

Itu dulu.. kini suasana sudah jauh berubah.

Ribuan rakyat tempatan sudah mula berjinak-jinak untuk mendengar pidato dan amanat yang disampaikan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya dari Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Rakyat sudah bertekad mau melakukan perubahan.. 56 tahun diberikan mandat dan amanah sudah dikira terlalu lama.

Dulu rakyat tiada pilihan.... kini pilihan yang terbentang luas didepan mata ternyata jauh lebih baik, mantap dan hebat dari UMNO, gagasan yang terdiri dari PAS/PKR/DAP dinamakan Pakatan Rakyat.

UMNO lahir di Johor Bahru.. maka rakyat mau kuburkan UMNO jua di Johor Bahru.. INS'YALLAH.

Clashes mark Egypt revolution anniversary

Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz | Kuliah Jumaat 25 Jan 2013