Rabu, 23 Januari 2013

Terbukti UUM merupakan UNIVERSITI UMNO MALAYSIA..!!!

UMNO memperalatkan kampus untuk kepentingan parti.
Poster di atas adalah program yang dianjurkan oleh MPP UUM yang mana diberi nama Bakti Siswa, program ini diatur oleh pihak pentadbiran UUM iaitu pihak HEP dan digerakkan oleh MPP UUM, perlu diketahui program bakti siswa ini dijalankan secara berkala dan merupakan program wajib kepada pihak MPP UUM.
Program Bakti Siwa ini bertujuan untuk mendekatkan mahasiswa dengan masyarakat dan merupakan salah satu cara untuk menerap nilai prihatin kepada masyarakat. Program ini dipromosikan secara langsung oleh pihak MPP UUM di kampus untuk menarik golongan mahasiswa untuk turun bersama dalam program ini. Program yang dianjurkan oleh pihak MPP sebelum ini sering dicurigai kerana dilihat ada anasir-anasir politik luar kampus yang ingin didoktrinkan kepada mahasiswa dan peserta program terbabit. 
Perkara ini dilihat bertentangan dengan pendirian yang sering mereka war-warkan iaitu pihak MPP bebas dari kawalan politik luar kampus. Namun kali ini, program ini dapat dilihat dengan jelas telah disalah guna oleh pihak UMNO sebagai alat untuk mereka berkempen menjelang pilihanraya umum ke 13 (PRU 13). Masakan tidak, jika lambang dan nama mereka dicanang dengan “zahir” sekali di dalam program ini, jika pihak mereka ingin menafikan keterlibatan mereka dengan UMNO, kami mahasiswa prihatin terbuka untuk memberi ruang kepada mereka untuk menjelaskan perkara ini walaupun sudah terang lagi bersuluh.

Sajak : Oki Merindui Kelantan Lagi | Oki Setiana Dewi [Bicara Selebriti 7]

Fakulti Penjanaan Bebalisme: Sebutir satira

Oleh Muhammad Nazreen
Pakar pengajian sosiologi terkemuka, Allahyarham Prof Syed Hussein Alatas pernah mengemukakan konsep ilmiah bagi merungkai kitaran gejala pembodohan yang berlegar-legar di medan masyarakat. Beliau mencipta suatu istilah yang digelar ‘bebalisme’ di dalam bukunya, “Intelektual Masyarakat Membangun”  yang diterbitkan lewat tahun 1992.
Bebal tidak bermaksud bodoh dan jahil akan sesuatu keilmuan dan kemahiran. Bebal bermaksud sejenis penyakit yang merebak di kalangan orang cerdik pandai, yang tidak mahu memanfaatkan pengetahuan yang ada pada dirinya. Konsep ‘bebalisme’ menerangkan gejala pembodohan yang menjangkiti golongan bijak-pandai, kerana sikap mereka yang malas berfikir dan melakukan sesuatu perkara yang tergesa-gesa, khususnya kerana takut atau mahu mengampu pemerintah.
Kuasa hegemoni minda ‘lebih kurang’ yang bermula daripada zaman Dr Mahathir Mohamad kini meninggalkan penyakit ‘la’ih minda’, ‘bodoh sombong’, ‘egoistik’ dan kadang-kadang ‘biadap’ seperti seorang manusia yang menjerit ‘listen, listen, listen, listen…”.
Untuk mendalami ilmu wasilah tentang epidemik ‘bebalisme’, penulis bercadang untuk menghayati psiki ‘bebalisme’ yang ketara dan kelihatan di bawah projek penjanaan bebal Barisan Nasional.
Bayangkan jika ada iklan kemasukan pusat pengajian tinggi sebegini:

Anwar the choice of new & 1st-time voters, Najib not that popular despite HYPE

Anwar the choice of new & 1st-time voters, Najib not that popular despite HYPE
There is only one percentage point separating Prime Minister Najib Abdul Razak and Opposition Leader Anwar Ibrahim in a survey as the two go head-to-head in an election expected to be called within weeks.
The survey conducted by Universiti Malaya Centre for Democracy and Elections (Umcedel) gives Najib a slight lead of 43 percent against Anwar's 42 percent as the 'most qualified to be prime minister'.
Two other leaders were included in the survey, with PAS president Abdul Hadi Awang ranked third (26 percent) while Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin finished last (22 percent).
Abdul Hadi ranked highest in negative votes among those survey (46 percent), followed by Muhyiddin (42 percent).
NONE
Among the Malays, Najib is the most popular (46 percent), followed by Abdul Hadi (36 percent), Anwar (34 percent) and Muhyiddin (26 percent).
The results are different among the Chinese. Anwar is by far the most popular (61 percent), followed by Najib (35 percent), Muhyiddin (15 percent). Abdul Hadi is the least popular, garnering a mere two percent.
Umcedel survey team leader Prof Mohd Redzuan Othman also noted that Najib's approval rating is on the slide, garnering 54 percent in this latest survey compared with 61 percent in March-April 2012 and 58 percent last September.

TGNA : PERUTUSAN MAULIDUR-RASUL 1434H

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Firman Allah SWT yang bermaksud :

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) - Surah al-Ahzab, ayat 21


Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi berpeluang untuk berada di dalam bulan Rabiul Awwal tahun 1434 Hijrah ini. Sekali lagi kita sama-sama berada dalam suasana menyambut Maulidur-Rasul yang merupakan satu rutin tahunan kepada umat Islam bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia.


Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik untuk manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Sengaja Allah SWT, melantik rasulNya dari kalangan manusia agar boleh dicontohi dan dijadikan tauladan. Allah SWT tidak melantik rasulNya dari kalangan malaikat kerana malaikat ialah makhluk yang tidak mempunyai nafsu. Bagaimana manusia yang mempunyai nafsu mahu menjadikan malaikat yang berlainan fitrah sebagai tauladan?


Sesungguhnya, apabila Rasulullah SAW menjadi tauladan, ia bukan sahaja contoh di dalam ibadat tetapi dalam semua apsek kehidupan. Aspek rumahtangga sebagai contoh, Rasulullah SAW terkenal sebagai seorang suami yang suka bergurau dengan isterinya. Gurauan ini tidak pernah melunturkan nilai nubuwwah yang ada pada diri Baginda bahkan ia merupakan penyeri kepada kehidupan berumahtangga yang diperlukan oleh setiap manusia. Kadang-kadang sudut ini yang dicuaikan oleh sebahagian daripada kita yang menjadikan kehidupan kita kaku dan beku tanpa gurau senda.


Demikian juga dalam aspek muamalat dengan rakyat. Rasulullah SAW terkenal sebagai seorang yang gemar menuturkan kata-kata manis sehingga menyenangkan pendengar. Bahkan terdapat juga situasi Rasulullah SAW bergurau dengan gurauan yang benar sehingga menjadikan dirinya lebih dikagumi dan disayangi.


Apa yang lebih penting ialah kejayaan Rasulullah SAW merubah paradigma pemikiran masyarakat jahiliyyah yang tebal dengan tradisi karut dalam tempoh perjuangan baginda selama 23 tahun. Sekalipun baginda merupakan seorang nabi yang juga kekasih Allah SWT, tetapi tempoh yang diambil oleh baginda untuk menjayakan misi dakwah di Mekah dan Madinah tidak mengambil masa sekelip mata. Sirah inilah yang mengajar kita bahawa setiap perjuangan memerlukan tempoh masa yang tersendiri. Inilah lumrah dalam perjuangan yang wajib diterima oleh semua pendokong perjuangan Islam hari ini.


Hakikatnya, maulidur-rasul bukan hanya setakat meraikan kelahiran baginda Rasulullah SAW tetapi juga menjunjung tinggi syariat yang dibawa olehnya. Syariat ini perlu diletakkan di tempat yang tertinggi dalam pelbagai aspek kehidupan. Jika semangat ini dipupuk, insya-allah kita akan melihat suasana sambutan Maulidur-rasul yang benar-benar bermakna akan wujud di negara ini, Insya-Allah.


Sekian.


Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1434H


Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,

Al-Mursyidul Am,

Parti Islam Semalaysia (PAS)



Bertarikh : 10 Rabiul Awwal 1434H

Ahli akademik perlu ada keberanian

Abd Shukur Harun,
Ada sebuah puisi yang muncul di zaman kemuncak reformasi Indonesia menentang rejim Presiden Soeharto di tahun 1998. Puisi itu yang bertemakan ‘takut’, ditulis oleh penyair ternama, W.S. Rendra, antara lain menyebut:


Siswa takut kepada pensyarah,
Pensyarah takut kepada dekan,
Dekan takut kepada Rektor,
Rektor takut kepada Menteri,
Dan menteri takut kepada Presiden.

Puisi ini saya ingat kembali ketika pelbagai pihak menimbulkan fenomena bagaimana sesetengah kakitangan akademik di pelbagai universiti di Malaysia sendiri, masa kini, mengalami sindrom takut-takut untuk mengeluarkan pendapat, takut menentang arus, takut tidak naik pangkat, takut tidak mendapat gelar professor, malah takut tidak mendapat gelar datuk atau datuk seri, takut itu dan takut ini.

Namun begitu, masih ramai di kalangan ahli akademik, termasuk khususnya kalangan professor yang berani mengeluarkan pandapat apa yang dikiranya benar. Justru tidak semua kalangan ahli akademik yang ‘diserang sindrom takut’ di samping masih ramai ahli akademik yang berani menyuarakan kebenaran. Sebab itu percayalah bahawa di mana-manapun keadaan seperti ini tetap berlaku.

Sebagai contoh, ketika berlaku ‘Arab Spring’ yang menjatuhkan dektator Hosni Mubarak tahun lalu, demikian ramai ahli akademik di sana, termasuk segelintir pensyarah di Universiti Al-Azhar sendiri, seperti yang dilaporkan, menjadi begitu ‘penakut’ untuk bersuara menyokong demonstrasi anti Hosni Mubarak, termasuk sesetengah ulama sendiri.

Demikian juga yang berlaku ketika Revolusi Jasmine di Tunisia dan Libya dan beberapa tempat lain di mana ada ahli akademik juga diserang sindrom ‘takut’.

Husam ajak media pertingkat intergriti


KOTA BHARU: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) mengajak semua media di negara ini supaya menjaga intergriti masing-masing kerana dengannya mereka sendiri akan untung.


“Kalau kita jujur, duit pun dapat, surat khabar kita tidak jatuh nama, orang suka baca dan macam-macam lagi perkara yang baik akan kita dapat,”katanya.

Beliau mengulas kemenangan demi kemenangan yang dicapai pemimpin Pakatan Rakyat ketika mereka berdepan dengan akhbar Umno, Utusan Malaysia di mahkamah.

Terbaru, Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kesnya melawan Utusan Malaysia.


Beliau berkata, akhbar arus perdana sama ada cetak atau eletronik akan ‘mempergiatkan’ usaha fitnah mereka menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang terhadap Pakatan Rakyat.

Menurutnya, media masa berkenaan melakukan demikian untuk menjatuhkan pihak lawan dengan mengikut ‘telunjuk’ pemimpin kerajaan BN.

TV3 MALUKAN NAJIB TENTANG ISU AIR PAHANG

UMCEDEL: Integriti dan salahgunakuasa BN akan beri kesan buruk dalam PRU

KUALA LUMPUR, 23 Jan — Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya (UMCEDEL) dalam pembentangan kajian mengenai pengundi menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 menekankan isu integriti dan salahguna kuasa melibatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) antara punca utama akan menjejaskan sokongan rakyat kepada mereka.
Menurut pengarahnya, Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman hasil penemuan terkini daripada 26 Disember 2012 hingga 11 Januari 2013 mendapati masyarakat masih lagi peka dan mengambil tahu tentang skandal melibatkan pemimpin BN.
"Dalam kajian kami, isu-isu melibatkan pemimpin kerajaan seperti Deepak Jaikishan, NFC dan lain-lain yang melibatkan ketelusan pemerintah masih lagi menjadi perkara utama yang diperkatakan," kata Mohammad Redzuan semasa membentang kajian hari ini.
Dalam tinjauan terbaru UMCEDEL yang melibatkan 1,400 orang responden mendapati sebanyak 78 peratus bersetuju bahawa isu integriti dan salahguna kuasa akan memberikan kesan kepada prestasi BN, manakala 11 peratus berkata tidak dan 11 peratus lagi tidak pasti.
Lebih menarik lagi, penemuan UMCEDEL tersebut mendapati majoriti 95 peratus masyarakat kaum Cina mengatakan isu integriti dan salahguna kuasa akan menyebabkan sokongan kepada kerajaan BN akan merosot, sekaligus memberikan petanda bahawa parti komponen MCA berdepan dengan kesukaran untuk mendapat semula kerusi mereka.
Selain itu juga, rata-rata masyarakat kaum Cina menyatakan kelemahan kerajaan mengurus ekonomi negara sehingga berlakunya peningkatan hutang, isu kilang nadir bumi Lynas dan kenaikkan harga barang juga faktor utama akan menjejaskan sokongan kepada BN.

'What the f**k Malaysia' ignites protest

Listen! : Ustaz Azhar Idrus,Dataran Surau An-nur Bandar Uda Utama Johor

Activists protest against Dr M's RCI proposal

Police report lodged against Ibrahim Ali Bible-burning call

RCI Sabah: SPR & kerajaan UMNO@BN wajib jawab semua tuduhan

BERSIH 2.0 terperanjat dengan tuduhan-tuduhan terbaru yang dibuat dihadapan Siasatan Suruhanraya DiRaja Sabah – RCI Sabah. Kenyataan-kenyataan dari bekas pegawai kerajaan yang menuduh Jabatan Pedaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersubahat memberikan status warga negara dan dokumen kerakyatan kepada beribu-ribu warga asing tanpa proses yang sah. Warga asing ini menjadi ‘warga baru’ untuk diletakkan di kawasan-kawasan seluruh Sabah dengan tujuan untuk menambahkan lagi jumlah ‘Pengundi Muslim’.
Kami sedar RCI Sabah masih berjalan. Walau bagaimanapun, BERSIH 2.0 menyeru Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menjawab tuduhan-tuduhan ini dengan segera. Orang ramai sedang menunggu jawapan SPR terhadap tuduhan-tuduhan ini. Tuduhan-tuduhan ini amat berat. Keyakinan orang ramai terhadap SPR amat rendah. Tuduhan-tuduhan baru ini semakin menghakiskan lagi keyakinan orang ramai terhadap SPR. Tuduhan ini akan memperlekeh keupayaan SPR untuk menjalankan pilihan raya.
Kami menyeru SPR untuk menjawab:
- Bersihkan senarai pengundi. Sebelum RCI SABAH selesai, kita akui bahawa ini bukanlah kali pertama tuduhan dibuat tentang senarai pengundi Sabah yang tidak diyakini. Pada tahun 2001, bekas ketua menteri Sabah, Yong Teck Lee telah mengosongkan kerusinya di DUN Likas setelah Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu membuat keputusan mengharamkan senarai pengundi Likas yang penuh dengan ‘pengundi hantu’ dan pengundi bukan warga Malaysia. MERAP – the Malaysian Electoral Roll Analysis Project, yang dikepalai oleh Dr Ong Kian Ming, tahun lalu telah mempertikaikan ketelusan senarai pengundi Sabah. Ini sesudah lebih dari satu dekad kes Likas disebut di mahkamah Kota Kinabalu.
- Sila beri pandangan yang serius terhadap tuduhan ini. SPR wajib dengan segera mengambil langkah untuk membersihkan senarai pengundi.

Kajian UM: Pengundi muda, kaum Cina tertinggi dikategorikan sebagai ‘tak pasti’

KUALA LUMPUR, 23 Jan — Pengundi muda dalam lingkungan 21 hingga 30 tahun dan masyarakat kaum Cina antara mereka yang masih lagi belum membuat sebarang keputusan untuk mengundi Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum (PRU)  ke-13 tidak lama lagi, menurut kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya(UMCEDEL).
Hasil daripada kajian UMCEDEL mendapati pengundi muda berusia 21 hingga 30 tahun dan masyarakat kaum Cina merupakan yang tertinggi dikategorikan sebagai “tidak pasti”. — Gambar AFP
Hasil daripada kajian UMCEDEL tersebut mendapati dua golongan tersebut merupakan yang tertinggi dikategorikan sebagai “tidak pasti”. Daripada kajian tersebut,  sebanyak 51 peratus pengundi muda (21-30 tahun) masih “tidak pasti” sama ada akan memilih BN atau PR, manakala pengundi berumur 41-50 tahun pula 15 peratus, pengundi 31-40 tahun sebanyak 13 peratus, 51-60 tahun sebanyak 9 peratus dan 61 tahun ke atas sebanyak 12 peratus.
Menurut pengarah UMCEDEL, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman jumlah tertinggi tersebut boleh dihubungkan dengan penemuan satu lagi di mana pengundi muda ini rata-ratanya merupakan pengundi kali pertama yang baru mendaftar.
“Peratusan pengundi muda adalah yang paling tinggi ‘tidak pasti’.
“Jadi, perkara ini boleh dihubungkan dengan satu lagi penemuan yakni pengundi muda ini adalah paling tinggi terdiri daripada mereka yang mengundi buat kali pertama pada pilihan raya tidak lama lagi,” terang beliau.
Berdasarkan penemuan UMCEDEL, pengundi muda “tidak pasti” terdiri daripada 48 peratus yang merupakan pengundi kali pertama.
Dalam kajian tersebut juga, UMCEDEL mendapati kaum tertinggi yang masih “tidak pasti” dalam membuat keputusan di peti undi terdiri daripada masyarakat Cina dengan 53 peratus, manakala kaum Melayu sebanyak 37 peratus dan India sebanyak 10 peratus.
Menurut Mohammad Redzuan, pengundi kaum Cina paling sukar untuk menentukan sama ada mereka menyokong atau tidak dan terlalu berahsia.

Husam: Kelantan temui minyak di KB, akan usaha sendiri


Pengerusi Jawatankuasa, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa
Pengerusi Jawatankuasa, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa
 
KOTA BHARU - Ura-ura mengatakan terdapat rizab minyak dalam jumlah besar di Kota Bharu dan beberapa lokasi berhampiran di Kelantan bakal terjawab apabila kerajaan negeri bersetuju untuk melantik sebuah syarikat yang akan mengkaji secara sah kewujudan hasil bumi itu.

Pengerusi Jawatankuasa, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, kelulusan berkenaan perkara itu dicapai pada Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri hari ini dan proses pelantikan syarikat berkenaan akan dilakukan dalam waktu terdekat.

“Kerajaan negeri hari ini memutuskan untuk melantik satu syarikat bagi mengkaji isu ini.

“Bila ia disahkan satu hari nanti, bahawa kita mempunyai rizab minyak di darat, apakah Kerajaan Pusat bersetuju bahawa 100 peratus milik kerajaan negeri sebagaimana hujah digunakan sekarang, iaitu jika ditemui telaga minyak di daratan pusat tidak mempunyai hak,” katanya kepada media  selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, hari ini.

Calon PM: Najib dan Anwar jadi pilihan


najib-anwar-B KUALA LUMPUR - Penemuan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) mendapati Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pilihan untuk menyandang jawatan perdana menteri jika perikatan masing-masing, Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR) menang Pilihan Raya Umum ke-13.

Najib selaku perdana menteri akan mengetuai BN pada PRU13 manakala Anwar mengepalai PR selaku Ketua Umumnya.

Pengarah Umcedel, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, hasil kajian mendapati pilihan pengundi lebih cenderung memilih salah seorang daripada dua pemimpin itu.

"Najib mendapat 43 peratus manakala Anwar mendapat 42 peratus (sokongan responden).

"Manakala (Timbalan Perdana Menteri) Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya mendapat 22 peratus dan (Presiden Pas) Datuk Seri Abdul Hadi Awang 26 peratus," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Kajian ini membabitkan 1,049 responden di Semenanjung Malaysia dan, dijalankan bermula 26 Disember 2012 hingga 11 Januari lalu.

Kajian pertama dibuat pada 2010 manakala kedua dan ketiga pada 2012.

There is a Better Life after and without UMNO.

The signals are all there. Mahathir, the man who can walk on water has said it again- Najib is a weak leader. Daim was more perceptive- saying that Najib, despite an army of advisers working often at cross purpose, protecting turfs hasn’t got what it takes to run the country.
There was also an earlier attempt to sound out Najib that his time is up. He was reported to be ill. Najib seems to be forgetting that to Mahathir, kicking out Najib  is just like eating kuaci cap helang.
Because the missus is screaming- don’t give up darling. The world for us will come to an end if you do.  So Najib puts on a show- he is made of steel and his nerves of titanium. He goes to Gaza, Palestine probably not before asking USA to tell Israel not to launch any plane attacks while he is there. And the UMNO paid bloggers, the mental retards hiding behind anonymous names scream, Najib is great.
Najib is in Gaza, the Palestinian territory. He is where no one had gone before therefore he is a great leader. He must be thinking, we live in a planet where there are no signs of intelligence. We will humour him if he wants to reprise the role of Captain Kirk and also allow him to say the popular line- Mr Scotty- beam me up. There are no signs of intelligent life here.
Or maybe Najib wants to appear more hip to the Y generation; he can rap and dance to Nicky Minaj’s, Scotty Beam me up.
Ahh beam me up scotty
my wa-wa wine my wine it too dutty
Beam me up scotty
my wa-wa wine my wine it too dutty

Usaha mengenepikan Najib dari kepimpinan UMNO macam 'real' nampaknya

Terperanjat juga saya mendengar ‘rumors’ yang berkisar hebat dikalangan UMNO yang Najib sudah sampai masa untuk di ketepikan untuk menyelamatkan UMNO dari di humbankan oleh rakyat dalam pilihanraya ini. Malahan isu ini telah pun ditulis oleh beberapa pihak dalam 'cyber space' yang usaha untuk memaksa Najib meninggalkan jawatan atau membuangnya mengikut saluran parti sedang berjalan rancak.
Ada penafian di buat di kalangan UMNO tetapi penafian di kalangan UMNO itu selalunya adalah cara untuk mengiyakan apa yang di khabarkan itu adalah perkara benar. Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim menafikan ada pertelingkahan di antara mereka dahulu, tetapi akhirnya terjawab yang berita yang dikatakan sebagai khabar angin itu adalah perkara yang benar, malahan lebih benar dari apa yang di beritakan itu. Sekarang kedua-duanya telah berputus arang dan tidak boleh memandang di antara satu dengan lain.
Saya sendiri acapkali berkata yang musuh Najib yang sebenarnya bukannya parti pembangkang tetapi musuh beliau sebenarnya adalah dari kalangan UMNO sendiri. UMNO tidak terbuka dan apa yang berlaku pun selalunya akan terjadi di dalam gelap buat seketika. Berlainan dari parti-parti dalam Pakatan. Mereka (parti-parti Pakatan) terbuka dan menunjukkan perbezaan mereka secara terbuka dan ini merupakan satu perkara yang sihat.
Ada yang tidak sama pendirian tentang isu dalam Pakatan, tetapi perbezaan itulah yang membuatkan mereka berusaha untuk bermuafakat dan ini tidak dapat dilakukan oleh BN. Masakan ada permuafakatan jika tidak ada perbezaannya? Sebaliknya kebaikan ini diambil sebagai perpecahan oleh BN dan media massa memainkan isu ini sebesar yang mungkin bagi memecahkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Aku maafkan kamu

Tak perlu kita bertemu, Cukup kau tahu
Yang aku, maafkan kamu,
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku.

 
Begitulah lirik lagu yang dinyanyikan secara berduet oleh Jamal Abdillah bersama Malique. Secara mudah difahami bahawa orang yang disalahi tidak ingin bertemu muka dengan orang yang menyalahi, namun memaafkan kesalahan orang itu sambil menyuruhnya pergi jahanam dengan cara yang paling lembut. Sambil jangan memetik nama orang yang disalahi itu lagi.
Ini kelaziman manusia yang mudah tertekan dengan konfrontasi. Meskipun yang didepaninya itu sudah nyata mahu meminta maaf dan mengaku salah. Selalunya kalau kita sudah menyampah dengan orang yang berbuat salah kepada kita, kita maafkan saja silapnya tanpa mahu menatap wajahnya lagi.
Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin telah melanggar kelaziman dan fitrah di atas. Ada sebuah karikatur yang sedang popular di laman Facebook yang memberi analogi paling baik itu tindakan Zohra Jabeen ini. Digambarkan dua manusia sedang hampir bertembung di satu penjuru.
Seorang daripadanya yang kelihatan persis si Zohra Jabeen digambarkan telah memijak kaki insan yang seorang lagi. Sambil berlalu pergi dari situ, karakter yang memijak kaki itu dengan selamba berkata ‘Saya maafkan kamu’. Silakan tepuk dahi sekarang. Kebodohan dan ketidaksedaran diri sedang menular dalam rejim pimpinan United Malays National Organisation.
Zohra Jabeen, setelah menjadi selebriti lantaran video ‘listen’nya itu kelihatan tenang dan tidak berganjak sedikit pun daripada pendiriannya yang satu – bahawa dia saja yang betul –  ketika melakukan sidang media untuk menjelaskan tindakannya di Universiti Utara Malaysia (UUM) bulan lalu. Zohra Jabeen menuduh Bawani, pelajar yang diherdik dan dimalunya itu sebagai ‘pengacau’ yang menyusup masuk ke programnya untuk mencetuskan provokasi.

“Universiti kita mandul, mahasiswa dibonsaikan”

Dr Maszlee Malik

KUALA LUMPUR, 23 JAN:  Akibat campur tangan politik sempit kerajaan UMNO-BN, universiti di Malaysia mengalami sindrom “mandul” menyebabkan gagal melahirkan intelek yang berupaya membimbing masyarakat dan memperjuangkan nasib golongan tertindas.
Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik berkata, “kemandulan” universiti tempatan adalah disebabkan pemerintah menyemai budaya takut dan budaya ‘bodek’ di kalangan masyarakat meliputi golongan mahasiswa atau pensyarah melalui ugutan, tekanan dan sebagainya.
Katanya, budaya takut dan bodek menyebabkan ahli akademik termasuk mahasiswa hilang keberanian, jati diri dan kebolehan berfikir secara kritis dan progresif.
“Apabila sudah takut, wujud pula “pembonsaian pemikiran” melalui program brainwashing. Bila pemikiran mahasiswa dibonsaikan menjadi “ketot” maka berlaku insiden “listen, listen, listen, when I speak you listen”.
“Ingin saya katakan, ini bukan saja ‘pembonsaian’, ini pemerkosaan pemikiran mahasiswa,” ujar beliau sambil disambut sorakan hadirin pada Forum Kebebasan Akademik dan Hak Asasi di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur (KLSCAH), malam tadi.

“Pensyarah penakut, jadi barua, mahasiswa di brainwash”

Dr Aziz Bari
KUALA LUMPUR, 23 JAN: Pakar Perlembagaan Persekutuan, Professor Dr Abdul Aziz Bari berkata, Akta Hasutan adalah antara sebab ramai kalangan ahli akademik takut menyuarakan pandangan selain karenah birokrasi pentadbiran universiti dan tekanan kerajaan UMNO-BN.
Katanya, biarpun kebebasan akademik boleh dikategorikan dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang memberi kebebasan bersuara dan berekspresi, tetapi tidak ada jaminan perlindungan diberi kerana dikongkong akta itu sambil memberi contoh apa yang pernah berlaku terhadap dirinya.
“Selain itu kalau ada pensyarah atau pelajar yang berani, maka mereka akan dapat  macam-macam, termasuk surat amaran, tak dapat research grant dan banyak lagi.
“Itu yang jadi masalah, kita tak dapat ruang untuk bercakap, bila bercakap dianggap subversif dan sebagainya. Akhirnya ditekan supaya meninggalkan universiti,” jelasnya.
Menurut beliau, sikap sebahagian ahli akademik negara ini juga boleh dipersoalkan kerana menganggap tugas pensyarah itu sekadar untuk “cari makan”.

Selepas AUKU dimansuh, apa cabarannya?

Oleh Mazir Ibrahim

Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) belum dimansuhkan. Ini adalah kerana UMNO-Barisan Nasional masih menjadi pemerintah. AUKU hanya akan dimansuhkan selepas Pakatan Rakyat dipilih rakyat sebagai kerajaan persekutuan yang baru.
Selepas dimansuhkan, adakah budaya pengajian, pembelajaran dan pengumpulan ilmu akan kembali tumbuh subur? Atau mahasiswa menjadi kucar-kacir kerana tiada undang-undang mengawal mereka?
Kebebasan untuk main politik?
Sesetengah orang melihat AUKU sebagai satu tembok halangan untuk mahasiswa berpolitik dengan parti politik. Justeru tidak hairanlah selama ini parti politik baik kerajaan mahupun oposisi sering dilihat menghimpit golongan mahasiswa.
Masalahnya ialah jika AUKU hanya dilihat halangan kepada mahasiswa untuk menyertai parti politik, ia boleh dianggap sebagai satu kefahaman yang kurang matang dan cetek. Ia samalah dengan kefahaman bahawa bermain muzik hanya kerana mahu jadi popular. Tidak salah tetapi tidak betul.
Memanglah apabila wujud kebebasan dalam kampus, tiada siapa dapat menyekat mahasiswa untuk melibatkan diri dengan parti politik dalam apa jua bentuk aktiviti kemahasiswaan.
Tetapi parti politik itu bukanlah tujuan akhirnya, sebaliknya tujuan kebebasan dalam kampus itu adalah hak autonomi mahasiswa, bukan sahaja untuk bergiat dalam apa jua bidang tetapi juga menentukan halatuju cita-cta mereka, termasuk kebebasan akademik dan menentang campurtangan pemerintah dalam hal-ehwal universiti.
Seperti perumpamaan bermain muzik tadi, jika sudah bikin muzik, bikin album dan persembahan,  memang tidak boleh lari dari kemungkinan untuk jadi popular. Tetapi adakah mahu jadi popular itu matlamat akhir seorang pemuzik atau dia punya cita-cita yang lebih jurni dan agung daripada itu?
Uji kematangan mahasiswa

Minyak Pula Tersimpan Di Bawah Bandar Kota Bharu?

Kebergantugan negeri Kelantan kepada royalti petroleum untuk pembangunan Kelantan mungkin tidak akan wujud lagi sekiranya Kelantan didapati mempunyai rezeb minyak di daratan seperti mana yang dijelaskan oleh Exco Kanan Kerajaan Kelantan, Husam Musa hari ini.


Najib meninjau aktiviti peniagaan di pinggir pasar Khadijah.
Sudah parti nilai rezab di darat itu lebih senang untuk diuruskan daripada mengharap royaliti petroleum 5% yang terikat dengan perjanjian Petroleum 1975 yang sengaja telah disalah tafirkan oleh Petronas dan kerajaan Pusat bagi menafikan hak rakyat Kelantan.

Sekiranya apa yang dinyatakan Husam hari ini satu kebenaran ia merupakan satu lagi anugerah Allah kepada Kelantan yang tidak ada nilainya. Apakah ini juga termasuk dalam 'maunah' dan 'keramah' Tokguruku Nik Aziz sebagai pemimpin utama kerajaan Kelantan kini?

Sebelum ini Kelantan telah dianugerahkan Allah selain minyak, berbagai bahan mineral termasuk emas dan biji besi yang sedikit sebanyak kini menjana pendapatan kerajaan Kelantan.

Kemungkinan ada tersimpan rezeb minyak di bawah Pasar Siti Khadijah ini ini sudah dimaklumkan kepada mesyuarat Exco hari ini serta cadangan untuk membawa pakar mengenali pasti bahan berkenaan.

Universiti ‘mandul’ lahirkan bebalisme & pandir negara – Dr Maszlee

KUALA LUMPUR 23 Jan: Sistem pendidikan negara sekarang melahirkan golongan bebalisme yang akhirnya hanya tahu mengampu kerajaan tetapi gagal menyelesaikan masalah dihadapi rakyat, kata Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik.
Katanya, golongan berwatak pandir itu terbentuk melalui dua budaya yang subur dalam universiti iaitu naungan (patronage) dan takut (fear).
“Ahli akademi berkepentingan hanya melihat kepada ahli politik untuk mendapatkan pangkat Datuk Seri, profesor dan takut mendapat surat amaran.
“Kedua, budaya takut menyebabkan ahli akademi dan mahasiswa hilang sifat berani, hilang jati diri dan kebolehan berfikir kerana takut dengan pelbagai ancaman dan ugutan.
“Akhirnya, kedua-dua budaya negatif itu membentuk ‘pembonsaian’ (pembantutan) pemikiran warga universiti dan hanya tahu ‘listen’.
“Pembonsaian ini sebenarnya satu bentuk ‘pemerkosaan’ hak berfikir mahasiswa dan ahli akademi. Mereka akhirnya membebankan negara,” jelasnya pada Forum Kebebasan Akademik dan Hak Asasi di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), malam tadi.
Panel lain adalah bekas Pensyarah Undang-undang (UIAM), Prof Dr Aziz Bari dan mahasiswa pencetus fenomena ‘listen’ dari Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani.
Forum itu dipenuhi kira-kira 300 hadirin walaupun tanpa kehadiran Presiden Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen, yang menolak jemputan itu sejak awal.

UMCEDEL: Sokongan Pakatan meningkat, BN turun


(Keputusan kajian yang dibuat oleh UMCEDEL)


KUALA LUMPUR: Kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya menunjukkan sokongan kepada Pakatan terus meningkat dari masa ke semasa dan kini hampir dengan Barisan Nasional.

Ini menghasilkan, persaingan antara Pakatan Rakyat dengan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini dijangka paling sengit dalam sejarah politik negara.

Hasil kajian yang dibuat Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) hari ini menunjukkan hanya perbezaan kecil antara sokongan terhadap kedua-dua kumpulan politik yang bertanding itu.

Dalam hasil kajian yang didedahkan hari ini, daripada 1409 responden, 42 peratus menjangkakan BN akan menang, 37 peratus pula yakin kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat manakala 21 peratus tidak pasti.

Dalam kajian sebelum ini, sokongan untuk Pakatan hanya bermula dengan Pakatan 18%, BN 43% (Disember 2011), Pakatan 21%, BN 49% (April 2012) dan Pakatan 30%, BN 44% (September 2012)

Yang terbaru, sokongan kepada Pakatan sudah 37% dan BN turun kepada 42% manakala 21% lagi masih atas pagar.

Populariti: Anwar makin hampiri Najib - Umcedel


 
Hanya satu peratus sahaja yang memisahkan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kajiselidik menjelang pilihan raya umum dijangka diadakan beberapa minggu lagi.

Hasil kajiselidik yang dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) menunjukkan Najib memperolehi 43 peratus berbanding 42 peratus untuk Anwar sebagai calon pilihan utama bagi jawatan perdana menteri.

Ketua Kajiselidik Umcedel itu, Prof Mohd Redzuan Othman berkata rating penerimaan terhadap Najib merosot kepada 54 peratus daripada 61 peratus pada kajiselidik Mac-April 2012 dan 58 peratus pada September tahun lepas.

Kajiselidik terbaru ini dijalankan antara 26 Disember dan 11 Januari, dengan 1,409 responden di semenanjung yang ditemuramah secara bersemuka.

Al Jazeera World - Kill Him Silently: Part 1

Bekas jeneral kecewa prasarana ATM

Kena ubah sistem pilihan raya – Tan Sri Rashid

KOTA BHARU: “Kena ubah sistem pilihan raya yang ada sekarang, saya cadangkan kita daftar semula pemilih buat macam banci penduduk.

“Sekarang timbul macam-macam orang yang mati pun didakwa mengundi,” kata bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Menurutnya dengan langkah tersebut barulah daftar pemilih betul-betul bersih.

“Daftar pemilih sekarang saya tak kata tak bersih. Ini kerana daftar pengundi tidak boleh bersih dengan undang-undang yang ada dan keadaan sekarang,” ujarnya pada forum pemantauan PRU-13, “Kuasa Rakyat dan Menangani Isu-Isu Semasa” anjuran Gabungan NGO Kelantan di sini, kelmarin.

Turut bertindak sebagai panelis Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan anggota jawatankuasa Bersih 2.0, Dr Wong Chin Huat. Manakala Pengerusi Mafrel Syed Ibrahim Syed Noh bertindak sebagai moderator.

Saya tanding di mana arahan parti - TG Nik Aziz


KOTA BHARU: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata keputusan untuk bertanding pada setiap pilihanraya tidak boleh dibuat keputusan sendiri oleh mana-mana individu.

Sebaliknya ia adalah keputusan pucuk pimpinan parti yang menentukan siapa bertanding dan di mana seseorang itu layak bertanding.

Beliau berkata demikian kepada media ketika mengulas permintaan sekumpulan masyarakat dalam Parlimen Bachok, yang mahu beliau bertanding dalam parlimen itu.

Beliau kini adalah Adun Chempaka, Pengkalan Chepa yang dimenangi beliau sejak sekian lama.

Tuan Guru berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Hari Mesra AKSB, di Kompleks Perniagaan Saidina Ali, Kok Lanas, semalam.

PAS jalan operasi kesan pemilik IC palsu


KUALA LUMPUR: PAS Selangor sedang mengadakan operasi mengesan pemilik-pemilik kad pengenalan (IC) yang diragui di negeri itu.

Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Selangor, Khairuddin Othman (gambar kiri) berkata, operasi tersebut dilakukan dengan pergi dari rumah ke rumah mengikut alamat di IC.

Ia berikutan pertambahan mendadak pengundi di Selangor yang mencecah 450,000, manakala 130,000 pula tidak dapat dikesan berdasarkan alamat yang didaftarkan.

"PAS memang meragui peningkatan luar biasa pengundi di selangor ini jadi jentera PAS mengadakan operasi mengesan pengundi-pengudi yang diragui ini.

"PAS juga meminta SPR memberi kerjasama mengesan pengundi yang diragui ini yang kebanyakannya dikesan di Hulu langat dan Subang," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Anugerah doktor kehormat untuk projek RM1.15 bilion?


KUALA LUMPUR: Penganugerahan doktor falsafah kehormat (PhD) kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin oleh sebuah pengajian sukan yang tidak terkenal di Amerika Syarikat telah dikaitkan dengan kontrak lumayan kepada kolej berkenaan.

(Muhyidin di hari menerima ijazah doktor kehormat dari USSA)

Ketua strategi pilihanraya DAP Ong Kian Ming hari ini mendedahkan bahawa kontrak itu diberikan melalui agen kolej berkenaan, KH Sports Sdn Bhd, yang diketuai ketua Puteri Umno bahagian Langkawi.

United States Sports Academy (USSA) sedang dalam cubaan membida untuk melatih kesemua 50,000 guru sukan di Malaysia dalam sebuah kontrak bernilai RM1.15 bilion.

Presiden USSA Thomas Rosandich telah mempertahankan penganugerahan doktor falsafah kehormat (PhD) kepada Muhyiddin dengan hujah bahawa ia berdasar prestasi cemerlang Timbalan Presiden Umno.

Samakan projek IC Sabah dengan era Tunku, Dr M nyanyuk – Mipas

KUALA LUMPUR 23 Jan: Tun Dr Mahathir Mohamad dianggap menghina parti Perikatan apabila menyamakan pemberian kad pengenalan (IC) di Sabah pada zaman beliau dengan pemberian kerakyatan kepada masyarakat bukan Melayu sebelum merdeka.
Presiden Malaysian Indian Progresive Association (Mipas), A Rajaretinam berkata, dalam isu ini, Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman bertindak berlandaskan perjanjian kontrak sosial yang dipersetujui komponen parti utama Perikatan iaitu Umno, MIC dan MCA.
Mengikut syarat tuntutan kemerdekaan, katanya, hak kerakyatan mesti diberi kepada bangsa Cina dan India sebagai pra-syarat tuntutan kemerdekaan.
“Tetapi hari ini, Mahathir menyamakan perbuatannya memberi IC di Sabah dan kerakyatan kepada warga pelarian dari Selatan Filipina dan Indonesia dengan tindakan Tunku. Ini penghinaan dan penderhakaan.
“Mahathir yang dianggap negarawan ulung bersikap kurang ajar dan biadab. Nampaknya beliau sudah tua dan nyanyuk,” jelasnya kepada pemberita pada ‘Protest Gathering Against Mahathir’ di Little India, Brickfileds tengah hari tadi.

KDN diseru selesaikan polemik kalimah Allah


KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengingatkan rakyat agar jangan bertindak secara emosi dalam isu sensitif khasnya agama seperti dalam isu kalimah Allah.

“Fokus pada hujah dan berdebatlah secara matang dan jangan sesekali terikut-ikut dengan sentimen yang cuba dibakar pihak tidak bertanggungjawab,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar kanan) hari ini.

Beliau juga mengingatkan rakyat agar jangan mengambil undang-undang di tangan sendiri seperti yang disarankan oleh beberapa pemimpin yang tidak bertanggungjawab yang ingin mendapatkan modal politik tatkala kekeringan isu.

Kenyataan beliau dipercayai merujuk kepada saranan provokatif Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyeru umat Islam membakar kitab Injil berbahasa Melayu yang mengandungi nama Allah.

Presiden Mahmoud Abbas kecam kunjungan Najib ke Gaza

GAZA: Di tengah kehebohan Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Gaza semalam, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengkritik lawatan Perdana Menteri Malaysia itu.


“Presiden Palestin menolak dan mengecam kunjungan Perdana Menteri Malaysia ke Gaza,” kata kenyataan kerajaan Abbas yang dibacakan pegawai berita WAFA.

“Kunjungannya merendahkan pemerintahan Palestin yang sah dan menyebabkan perpecahan serta tidak menguntungkan Palestin,” tambah kenyataan itu lagi.

Pemerintah Palestin menyatakan akan meminta penjelasan dari Malaysia.

Najib adalah pemimpin kedua yang mengunjungi Gaza dalam beberapa bulan terakhir. Sebelum ini Emir Qatar, Sheik Hamad bin Khalifa al-Thani mengunjungi wilayah ini pada bulan Oktober dan menjanjikan bantuan untuk infrastruktur sebesar US$400 juta.

Lawatan Najib ke Gaza semalam sebagai bentuk solidariti Malaysia pada rakyat Gaza yang menderita akibat sekatan Israel.

'Kita satu umat’

Kalimah ALLAH: PR kekal dengan keputusan 8 Jan

PETALING JAYA - Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan, perikatan pembangkang itu tetap dengan pendirian yang diputuskan oleh Majlis Pimpinan Presiden 8 Januari lalu bersabit isu penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu.

Meskipun begitu kata Anwar, pihaknya tidak menolak untuk mengadakan sebarang perbincangan susulan berikutan keputusan Majlis Syura Pas.

"Boleh, kenapa tak boleh bincang. Tapi setakat ini tidak timbul. Setakat ini, ini pendirian Pakatan Rakyat berdasarkan kenyataan yang dibentangkan oleh Hadi Awang dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang lalu (8 Januari)," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Awal minggu lalu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa semua pihak termasuk pimpinan PR menerima keputusan Majlis Syura bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

Nik Aziz berkata, perkara itu tidak perlu ditimbulkan semula setelah Majlis Syura menetapkan larangan penggunaan kalimah yang eksklusif bagi orang Islam itu diterjemahkan mana-mana kitab agama bukan Islam kerana salah dari segi maknanya.

Majlis Syura membuat keputusannya pada mesyuarat 13 Januari.

Menurut Anwar, pihaknya bagaimanapun tetap dengan kenyataan yang dibentangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini di mana kalimah ALLAH boleh digunakan selagi ia tidak disalahgunakan.

Gerakan: Ibrahim 'anarkis' kerana seru bakar Injil BM

Timbalan presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn menuntut polis mengambil tindakan ke atas presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali yang digelarnya sebagai seorang "anarkis" kerana menyeru supaya membakar kitab Injil menggunakan kalimah Allah dalam bahasa Melayu.

Katanya, seruan MP Pasir Mas itu akan menyebabkan "ketegangan" akan berlanjutan kepada "huru-hara di jalanan".

"Cadangan ekstrem ini pasti akan memprovokasi kemarahan masyarakat Kristian kerana mereka melihat ia sebagai penghinaan besar kepada agama mereka.

"Saya percaya tiada agama di dunia yang menggalakkan pengkhutbah mereka untuk menghina agama lain," kata Chang dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, beliau juga mahu polis bertindak ke atas kumpulan yang didakwa menyebarkan risalah bagi mempromosi satu acara mambakar Injil pada 27 Januari di Pulau Pinang.

Umat Islam harus menolak ugutan Perkasa bakar Injil

PETALING JAYA, 23 Jan — Umat Islam harus menolak ugutan Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa) untuk membakar kitab Injil, kerana itu perbuatan yang melampau untuk melindungi kalimah Allah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua pembangkang itu berkata, Pakatan Rakyat (PR) tegas dalam melindungi kesucian agama Islam, dalam masa sama menolak sikap mempolitikkan agama dan perkauman.
“Kita boleh membantah jika Bible diedarkan kepada umat Islam, kita bersikap tegas dengan mahu mereka dibawa ke mahkamah tetapi perbuatan mengugut membakar Bible adalah melampau,” kata Anwar dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
“Sebagai orang Islam, kita perlu menjaga akidah kita, dalam masa sama akhlak kita seperti membanteras rasuah dan penipuan.”
Dalam sebuah perhimpunan Perkasa di Pulau Pinang, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyeru umat Islam bersatu dan membakar kitab Injil yang menggunakan nama Allah atau mana-mana perkataan Arab yang dikatakan khas untuk umat Islam.

Injil kalimah Allah: Tak perlu berlagak samseng


KUALA LUMPUR: Hasutan supaya dibakar Injil berbahasa Melayu dengan kalimah Allah menjauhkan lagi orang bukan Islam dari pengertian sebenar kalimah Allah, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali sebelum ini menghasut supaya dibakar Injil berbahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah.

"Umat Islam seharusnya merasa malu dengan perbuatan Presiden Perkasa itu.

"Perbuatan beliau bukannya mendekatkan orang bukan Islam kepada kalimah Allah malah menjauhkan lagi mereka dari pengertian sebenar kalimah tersebut," kata Mahfuz.

Bagi Ahli Parlimen Pokok Sena itu, apa jua masalah sepatutnya dibincangkan dengan matang dan tenang dan bukan dijadikan peluang untuk menunjuk samseng sehingga memberikan imej yang buruk kepada Islam.

Anwar slams Perkasa's Bible-burning call: Another BN conspiracy against Guan Eng exposed?

Opposition Leader Anwar Ibrahim condemned the Najib administration for staying silent on the call by extremist group Perkasa to "seize and burn" Malay-language Bibles, describing the inaction as an "abdication of responsibility and governance".
"We are not afraid to be called pro-Christian because it is not our role to denigrate any religion. To burn the Bible is something that should be condemned by all Malaysians including the Muslims," Anwar told a press conference on Wednesday.
Anwar slams Perkasa's Bible-burning call: Another BN conspiracy against Guan Eng exposed?Since the shock call by Perkasa chief Ibrahim Ali last weekend to Muslims to unite and burn all Malay-language Bibles that contain the word “Allah”, Christian groups and other social activists have lodged police reports against the Umno-backed group.
Pakatan Rakyat leaders, especially the Muslim ones, too have lost no time in making police complaints despite jeers and insinuations from Najib's Umno party that to do so was to be 'disloyal' to islam.
“We can condemn and disagree all we want, but if there is proof of any Christian trying to proselytise to a Muslim, then we bring this to court. But to burn or threaten to burn that which those of another faith consider it to be their holy book, this is an extreme act that should be rejected by all Malaysians, including Muslims,” said Anwar.
Umno-BN media roped in to stir up another Christian conspiracy?
Meanwhile, DAP secretary-general Lim Guan Eng whom the BN-controlled media has repeatedly accused of stirring up the Allah issue during an event on Christmas day last year, has urged the police to take swift action against any group wishful of burning the Bible.
Guan Eng's statement comes as Pakatan Rakyat watchers warn of a possible conspiracy to further blow up the issue and make the DAP leader and his party the scapegoats.
They point to an anonymous pamphlet notifying that there would be a "festival" to burn the Malay Bible this Sunday at 10am in front of the Dewan Ahmad Badawi at the Bagan Luar municipality field in Butterworth and questioned what if a provocateur was used to burn the Quran.
"It would be unimaginable if someone really burned the Quran in Malaysia. Not only is it possible for violence to flare up and get the Muslims here all worked up, it can easily become an international issue like the Bible burning in the US, Salman Rushdie who has to go into exile and the recent anti-Prophet Muhammad movie which led to the US ambassador in Libya being assassinated," PKR head of disciplinary committee Tan Kee Kwong told Malaysia Chronicle when asked to comment about the possibility and its ramifications.
Pre-emptive action

Umno-Perkasa alliance to boost votes?

The public should not be blamed for thinking that Perkasa is playing up the Malay bible issue to benefit Umno, says a scholar.
PETALING JAYA: With Chinese voters having turned their backs on the ruling coalition and the Indian votes hanging in the balance, is Umno working with Perkasa to shore up Malay support ahead of the polls?
Nottingham University communication professor Zaharom Nain said the public cannot be faulted for making such an assumption.
“You can’t blame the thinking people because it appears to be so,” he told FMT.
Zaharom was commenting on Perkasa president Ibrahim Ali’s call on Muslims to burn the Malay bibles containing the term Allah.
While some viewed this as an attempt to rally Malay/Muslim sentiments, there were also those who claimed that it could be an attempt to divert attention from the Royal Commission of Inquiry in Sabah.
Zaharom said that Umno should clear the air about its links with Perkasa.
“Barisan Nasional component parties have also failed to come out strongly against Ibrahim because he is backed by former premier Dr Mahathir Mohamad who is still influential,” he added.
Alliance would backfire

Nallakarupan penyokong amalan fitnah jahat BN – Surendran

KUALA LUMPUR 23 Jan: Kegagalan Senator Datuk S Nallakaruppan dalam rayuannya bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati dia bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukti beliau antara penyokong amalan fitnah jahat BN ke atas Ketua Umum KEADILAN itu.
“Nallakarupan kalah di kedua-dua mahkamah. Ini jelas membuktikan dia hanya salah seorang dari penyokong BN yang sememangnya ditugaskan untuk memfitnah Anwar,” kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran ketika dihubungi.
Surendran yang juga peguam mengulas keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak rayuan Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP) itu berhubung kenyataan fitnah terhadap Anwar lima tahun lepas.
Pada 25 Ogos 2008, Anwar memfailkan saman berhubung dakwaan Nallakarupan dalam satu artikel bertajuk “Anwar terima RM60 juta” yang disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia dan Sinar Harian.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Su Geok Yiam pada 19 Jun tahun lalu memutuskan Nallakarupan bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan fitnah tersebut.

Pertikai Kerakyatan Kaum Cina, India : Aziz Bari Saran Polis Siasat Mahathir

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
KUALA LUMPUR 23 JAN : Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari menyarankan polis menjalankan siasatan ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu memberi kerakyatan kepada warga asing di Sabah bagi tujuan pilihan raya.
Malah, tindakan Dr Mahathir mengaitkan Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra memberikan kerakyatan kepada orang Cina, India dan bangsa lain ketika sebelum merdeka adalah tidak relevan serta mengarut.
Tegasnya, isu itu juga pasti menimbulkan rasa kurang senang kepada rakyat Malaysia berbangsa Cina dan India.
“Ia macam mempertikaikan orang Cina dan India ini mendapat hak kerakyatan, macam ia tidak mengikut undang-undang.

Program Orang Tanpa Kerakyatan di Pulau Pinang

Sepetang Bersama Kak Wan - Salam Selangor

Kempen: Henti guna jabatan kerajaan

Ex-serviceman claims soldiers continue to live in deplorable condition

Anwar: No problem testifying in RCI

Projek IC dibuat task force Dr M tanpa pengetahuan Kabinet – Anwar

KUALA LUMPUR 23 Jan: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia beri keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pemberian kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah jika dipanggil.
Anwar menegaskan, sepanjang menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau tidak pernah terlibat secara langsung dalam projek tersebut.
Menurut beliau, bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu adalah peneraju utama projek tersebut.
“Ia (kewarganegaraan untuk warga asing) disebabkan penglibatan Abdul Aziz Shamsuddin dan Megat Junid Megat Ayub, dengan sokongan Perdana Menteri pada masa itu (Mahathir),” katanya pada sidang media di Ibu pejabat KEADILAN di sini hari ini.
“Saya sedia beri keterangan jika dipanggil. Saya yakin saya tidak terlibat dalam apa-apa perkara dan tidak mempunyai kaitan langsung,” katanya.
Menurut Anwar, projek IC tersebut tidak melalui Kabinet kerana ia adalah satu ‘task force’ di bawah Mahathir selaku Perdana Menteri pada ketika itu.
“Bahkan semasa saya memangku jawatan Perdana Menteri selama dua bulan itu, saya tidak menerima sebarang laporan apa-apa mengenai projek IC ini,” kata Anwar.
Beliau turut menegur Datuk Seri Najib Razak kerana membiarkan proses pemberian kewarganegaraan diteruskan semasa pentadbiran Perdana Menteri itu.

Pakatan cadang pengurusan LTAT dirombak, naikkan caruman tentera

PETALING JAYA, 23 Jan — Pakatan Rakyat (PR) mencadangkan pengurusan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dirombak semula dengan meletakkan perwakilan dari tentera sebagai anggota terbanyak, disamping meningkatkan caruman yang disumbangkan kerajaan dari 20 peratus, berbanding 15 peratus setiap bulan sekarang.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keuntungan dan perolehan LTAT wajar diagihkan lebih adil, termasuk peruntukan skim mikrokredit khas anggota tentera bagi memastikan mereka mendapat perhatian selepas meninggalkan perkhidmatan.
“Peningkatan 5 peratus caruman ini perlu diuruskan secara berasingan dalam dana LTAT dan dikhususkan kepada program imbuhan berbentuk bantuan bulanan kepada bekas anggota tentera,” kata Anwar dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
“Kerajaan Pakatan Rakyat wajar perkenalkan dividen khas kepada bekas anggota yang tidak berpencen dan hanya bergantung kepada keuntungan LTAT setiap tahun, dividen khas ini perlu bagi membantu anggota keselamatan yang tidak mempunyai pencen berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup yang meruncing.”
Anwar hari ini hadir bersama Leftanan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, bekas pegawai pemerintah batalion Malbat ke Namibia, yang berada di sidang media hari ini.

Rasuah Scorpene, Najib khianati pengorbanan tentera

PETALING JAYA 23 Jan: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Perdana Menteri ekoran pembelian senjata oleh kerajaan Malaysia secara rasuah.
Katanya, tindakan Datuk Seri Najib Razak itu mengkhianati pengorbanan tentera yang bergadai nyawa mempertahankan keselamatan negara.
“Apabila peruntukan yang sepatutnya dibelanjakan dengan berhemah bagi keperluan dan kebajikan anggota tentera (baik persenjataan, kelengkapan, perumahan dan pendidikan) dihabiskan sebagai habuan rasuah, ini menyebabkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak dapat berbelanja bagi keperluan-keperluan yang lebih mendesak kerana kekurangan peruntukan.
“Cemuhan rakyat terhadap perlakuan rasuah yang bersabit dengan pembelian persenjataan turut terpalit kepada ATM yang mencalarkan imej ATM, walaupun skandal itu tiada kena mengena dengan anggota keselamatan,” katanya merujuk skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.
Terdahulu, bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Lt Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid mendedahkan, Kementerian Pertahanan (Kementah) membeli senjata mahal melalui rundingan terus dan melibatkan rasuah.

Anwar nafi terlibat dalam Projek IC, bersedia untuk jawab di RCI

PETALING JAYA, 23 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan bahawa beliau terlibat dengan projek IC di Sabah, dan bersedia untuk menjawab jika inkuiri Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) mengenai pendatang asing di Sabah itu memanggil beliau untuk memberi keterangan.
Menurut ketua pembangkang itu, sepanjang beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau tidak pernah terlibat secara langsung dalam hal tersebut dan menamakan bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Aziz Shamsuddin, dan bekas timbalan menteri dalam negeri, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, sebagai peneraju utama projek tersebut.
“Saya sedia memberi keterangan jika dipanggil, saya yakin bahawa tidak ada apa-apa dengan saya,” kata Anwar (gambar) dalam sidang media di ibu pejabat PKR  di sini hari ini. “Saya yakin saya tidak mempunyai kaitan langsung.”
Menurut ahli parlimen Permatang Pauh itu, projek IC tidak melalui Kabinet kerana ia adalah satu ‘task force’ dibawah Dr Mahathir selaku perdana menteri pada ketika itu.
“Bahkan semasa saya memangku jawatan Perdana Menteri selama dua bulan itu, saya tidak menerima sebarang laporan apa-apa mengenai projek IC ini,” kata Anwar.
Anwar menjawab soalan wartawan mengenai kenyataan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang mengatakan terdapat beberapa pihak yang cuba mengaitkan dirinya dengan pemberian kewarganegaraan kepada pendatang asing dalam usaha memenangi Sabah dari tangan Parti Bersatu Sabah (PBS) pada pilihan raya negeri 1994.

Umno melalui Mahathir gadai maruah negara


KUALA LUMPUR: Pengakuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkaitan pemberian kad pengenalan kepada warga asing menunjukkan Umno menggadaikan maruah negara.

Pengakuan tersebut yang turut menyeret Perdana Menteri Pertama, Almarhum Tuanku Abdul Rahman juga dilihat untuk mengalih isu kebobrokan yang dilakukan Tun Mahathir.

Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, Firdaus Jaafar (gambar), berkata dengan menyeret Tuanku dalam perkara itu, Mahathir cuba berselindung di sebalik salah laku yang dilakukannya.

"Sedangkan apa yang dibuat Tuanku ketika itu sudah dipersetujui, tetapi bila pendedahan mengaitkan beliau (Mahathir), cepat sahaja menyeret pihak lain," kata beliau yang juga anggota Parlimen Jerai ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Tambah beliau, tindakan yang dilakukan Tun Mahathir itu wajar membuka mata rakyat untuk menilai bagaimana pemimpin negara mentadbir dengan menggadaikan negara.

Kementah beli senjata secara rasuah – Bekas Pegawai Tinggi Tentera

PETALING JAYA 22 Jan: Bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Lt Jen (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid hari ini pertama kali ke program dihadiri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membongkar kepincangan dasar keselamatan negara di bawah Kementerian Pertahanan (Kementah).
Pada sidang media bermula jam 11 pagi ini di ibu pejabat KEADILAN, Ghafir mendedahkan pelbagai penyelewengan dan kelemahan urustadbir kementerian itu.
Sebahagiannya disebut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dalam twitternya sejurus didedah Ghafir.
Rafizi turut hadir mendengar penjelasan tersebut.
Menurut Ghafir, kebanyakan kem di Malaysia adalah kem sementara peninggalan British dan tidak dinaiktaraf.
Tentera juga katanya tidak diberi kelengkapan cukup.
Tulis Rafizi, Ghafir semasa bertugas di Namibia, dalam cuaca sejuk, Kerajaan Malaysia tidak bekalkan baju sejuk kepada petugas, tetapi mereka dipaksa menggunakan tuala untuk menahan sejuk.
“Datuk Ghafir persoalkan kenapa kerajaan Malaysia yang kaya, tetapi kelengkapan dan kem tentera sangat daif sedangkan RM75 bilion sudah dibelanjakan ikut belanjawan,” kata Rafizi.