Jumaat, 18 Januari 2013

Hangout with Tricia Yeoh, director of The Rights of the Dead"

TGNA & TG Dr Harun Din : Pencerahan & Penjelasan Isu Kalimah ALLAH.

KS Bawani – Small town girl, with big aspirations


KS Bawani 5KUALA LUMPUR (Jan 18, 2013): Bawani Kanniappan or better known as Bawani KS (pix), a widely mentioned name on social networks and in the public sphere, for her courage in championing for free education, is no stranger to activism.
The 27-year-old student from Air Kuning, Kampar has been actively involved in grassroot NGO movements and has been exposed to activism in her teens, where she championed the welfare of plantation workers and the urban poor.
Bawani, who obtained a degree in Psychology from Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) in 2006 is currently a second-year law student in Universiti Utara Malaysia (UUM).
“I have always supported the call for free education because education is a fundamental need and right just like food, clothes and a place to live.
“This is the reason why I felt compelled to speak up during the forum. I believe that Malaysia can offer free education from primary right up to tertiary level.
“Many people say if everything is given free then the people will be complacent and lazy, but it is in the system to provide everything that people need in good quality,” she told theSun after meeting the media at the KL Selangor Chinese Assembly Hall today.
Bawani became an internet sensation after a 20-minute video showing her being insulted by forum panelist Sharifah Zohra Jabeen from Suara Wanita 1Malaysia went viral. In the video, Bawani is shown asking a question on free education in Malaysia and clarifying the court’s decision on the Bersih 3.0 rally, during a forum on students and politics at UUM on Dec 8.

Kuliah Jumaat Ustaz Hj Mohd Amar | 18 Jan 2013

Siti Aishah : Najib Ingat Putrajaya Bapak Dia Punya

Siti Aishah: Najib dan pemimpin UMNO/BN curi duit rakyat!

Ceramah : Siti Aishah - Umno Bagi BR1M Utk Tipu Rakyat & Jutaan RM Utk Bela Kroni

CERAMAH : SITI AISHAH SERIKANDI PKR - KG GONG KULIM SEMERAK, KELANTAN

Ungkapan ‘listen, listen, listen’ jadi bahan satira, parodi

KUALA LUMPUR 18 Jan: Ungkapan ‘listen’, ‘listen’ ‘listen’ yang ‘dipopularkan’ Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin ketika forum kontroversi di Universiti Utara Malaysia baru-baru ini, menjadi isu hangat dibincangkan di internet.
Tidak kurang juga menjadikan ungkapan berkenaan sebagai bahan hiburan dan lawak jenaka sejak video berkenaan didedahkan di laman maya.
Malah, terdapat pengguna internet mengubahsuai rakaman forum itu secara kreatif dan memuatnaiknya di You Tube, dengan tujuan menyindir Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) itu.
Video bertajuk ‘Dance Remix: Listen! Listen! When I Speak, Listen!’ sehingga kini, ditonton hampir 1 juta pelayar internet.
Penggiat filem bebas, Namewee dan personaliti internet, Mat Luthfi juga tidak ketinggalan mengolah isu itu secara satira menerusi video mereka.
Ada juga pengguna You Tube menjadikan ungkapan berkenaan sebagai parodi dengan mengubahsuai lirik lagu artis tempatan seperti lagu Kosong nyanyian Najwa Latif.

Jakarta floods forces tens of thousands out of their homes

Diari 3 YB - Bersama ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad

Projek IC Sabah : Mahathir Mohamad Tempelak Tunku Abdul Rahman Bagi 1 Juta IC Kepada Cina & India. Dia Lebih Teruk Daripada Saya!

Mahathir Projek IC Sabah Projek IC Sabah : Mahathir Mohamad Tempelak Tunku Abdul Rahman Bagi 1 Juta IC Kepada Cina & India. Dia Lebih Teruk Daripada Saya!
Orang asal Sabah lebih mengetahui apa yang berlaku daripada dahulu sehingga sekarang. Kalau nak diikutkan rentak politik di Sabah “unpredictable” sukar dijangka ibarat bom jangka yang bila-bila masa boleh meledak dan meletus.
Tetapi apa yang berlaku sekarang di mana berlangsungnya Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat dakwaan Projek IC Sabah boleh kami katakan isu nasional. Sepatutnya diketahui oleh semua rakyat Malaysia kerana ia melibatkan isu keselamatan dan kedaulatan negara sepertimana diperjuangkan oleh “sesetengah pihak”. Sekitar bulan September 2011, Wikileaks telah membongkar berdasarkan satu kabel rahsia seperti yang mana kami laporkan (DI SINI) mengenai projek IC Sabah ini. Itu cerita setahun setengah yang lalu di mana anda boleh semak dokumennya di sini…..
Wikileaks IC Sabah Projek IC Sabah : Mahathir Mohamad Tempelak Tunku Abdul Rahman Bagi 1 Juta IC Kepada Cina & India. Dia Lebih Teruk Daripada Saya!
Sumber : Wikileaks (projek IC Sabah)
Kemudian kami sempat melakukan semakan terhadap data yang kami perolehi daripada laporan bancian penduduk Malaysia melibatkan (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak antara tahun 1970 sehinggalah 2010). (DI SINI SAMBUNGANNYA)
Bancian Penduduk Sabah 2013 Projek IC Sabah : Mahathir Mohamad Tempelak Tunku Abdul Rahman Bagi 1 Juta IC Kepada Cina & India. Dia Lebih Teruk Daripada Saya!
Melihatkan data yang disediakan seperti grafik di sebelah ini, berlaku peningkatan sehingga 390% satu lonjakan pertambahan yang cukup besar dan sangat mendadak bersamaan pertambahan sebanyak 2.48 juta orang penduduk Sabah. 

Sedangkan negeri sebesar Sarawak pun, hanya mengalami penambahan penduduk sebanyak 148 peratus sahaja. Ini bermakna bilangan pertambahan penduduk negeri Sabah sebanyak 242% lebih daripada negeri Sarawak
Dan…sekarang ini sedikit demi sedikit maklumat mula didedahkan semasa berlangsungnya Suruhanjaya Diraja menyiasat disebalik dakwaan Projek IC Sabah ini.

Kronologi Suruhanjaya Di Raja Projek IC Sabah

Mesir : Apabila Imam Memberikan Ucapan Di Dalam Gereja Ketika Krismas..!!

20 hari lagi Najib Kena Bubar Parlimen..??

Oleh: mohdnoorawang

"Walaupun tarikh pilihanraya umum di Malaysia menjadi teka teki dan hak peribadi setiap perdana menteri Hakikatnya parlimen wajib dibubarkan dalam tempuh yang terdekat. Negeri Johor tempuh akhir DUN BN/UMNO berkuasa sekitar 12/3/March2013.

Untuk rekod tempuh kerajaan korup BN/UMNO akan tamat atau terbubar 28/April 2013. Suruhanjya Pilihanraya Malaysia (SPR) telah bersedia untuk menipu rakayat Malaysia dalam setiap pilihanraya umum. Ahmad Mazaln ketua penerangan UMNO/BN telah mengarahkan membuka/mengerakkan  semua kawasan peti undi dan cawangan UMNO melalui penegrusi JKKKKK yang mendapat gaji bulanan RM800.00

Pulak Dah : SPRM tidak ambil keterangan Deepak, arah serah bukti minggu depan

Deepak Jaikishan di luar pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya, 18 Januari 2012. – Gambar oleh Choo Choy May
PUTRAJAYA, 18 Jan – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mengambil sebarang keterangan daripada usahawan karpet Deepak Jaikishan hari ini sebaliknya mengarahkan beliau untuk menyerahkan semua dokumen dan bukti melibatkan Pengakuan Bersumpah (SD) kedua oleh P Balasubramaniam untuk mereka meneliti dan membuat siasatan. Deepak yang ditemui di pejabat agensi tersebut di Putrajaya memberitahu kepada wartawan bahawa semasa pertemuan dengan pegawai SPRM beliau telah diarahkan untuk menyerahkan bukti pada Selasa atau Rabu minggu depan.
“Hari ini tiada keterangan diambil oleh SPRM, saya pada mulanya ingatkan mereka akan ambil keterangan hari ini.
“Tetapi, pegawai yang mengendalikan kes saya menyuruh saya untuk pulang dan datang semula pada minggu depan untuk menyerahkan semua bukti dan dokumen,” kata Deepak kepada The Malaysian Insider.
Apabila ditanya bentuk dan jenis dokumen yang akan diserahkan, Deepak akan menyerahkan beberapa bentuk dokumen perjanjian dan juga kewangan yang melibatkan SD kedua Bala.
“Dokumen yang akan diserahkan mungkin seperti perjanjian dan kewangan,” terang beliau.
Dalam laporan The Malaysian Insider awal hari ini, Deepak menyatakan telah menerima arahan supaya hadir ke pejabat SPRM bagi memberikan keterangan melibatkan SD kedua oleh Bala berkenaan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.

Tidak Perlu Mahfuz Bermurah Hati Dengan Deepak

Niat baik Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar untuk menjadi perantara bagi mendapatkan imuniti kepada taukeh karpet Deepak Jaikishan patut dipuji tetapi tawaran atau keperluan itu wajar dipertimbangkan sebaik mungkin. Mafuz tidak sepatutnya bermurah hati menawarkan dirinya untuk membantu Deepak.  Buat apa, dan sudahkah beliau membuat kajian dan penelitian untung dan laba dengan cara itu?


Deepak Jaikishan
Memberi jaminan untuk mendapatkan imuniti kerpada Deepak, bermakna Mahfuz cuba memberi perlindungan - 'suaka' politik kepada Deepak di atas apa yang kononnya beliau akan dedahkan. Sebelum apa-apa ada eloknya kalau Mafuz membuat pemeriksaan ke atas DNA Deepak.

Apakah yang bakal diperolehi dari Deepak untuk kepentingan PAS. Apakah Deepak akan memberi sesuatu lonjakan untuk PAS? Dan relevankah rahsia atau dokumen-dokumen atau maklumat akan diberikan Deepak untuk dijadikan isu.

Tanpa menafikan pendedahan Deepak berhubung urusniaga termasuk pembelian tanah dengan Raja Roopiah dan juga hubung kaitnya dengan Rosmah Mansor dan Najib Razak, rasanya Mahfuz atau mana-mana pihak dari Pakatan Rakyat tidak perlu ghairah dengan apa yang didedahkan itu. Mereka perlu berwaspada dan melihatnya dari berbagai dimensi.

TGNA : Terima keputusan Majlis Syura

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini dengan tegas meminta semua pihak termasuk pemimpin Pakatan Rakyat  (PR) menerima keputusan Majlis Syura bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

Nik Aziz berkata, perkara itu tidak perlu ditimbulkan semula setelah Majlis Syura pada Ahad lalu menetapkan larangan penggunaan kalimah yang eksklusif bagi orang Islam itu diterjemahkan mana-mana kitab agama bukan Islam kerana salah dari segi maknanya.

Menurutnya, biarpun ada yang beranggapan wujudnya percanggahan pendapat selepas keputusan ditetapkan Majlis Syura itu terpulang kepadanya untuk membuat dakwaan.

“Itu ikut dia, tetapi saya tidak mahu cakap benda yang terang dan jelas ini, benda ini  sudah jelas dah dan kenyataan bertulis telah dikeluarkan.

“Sampai bila nak selesaikan isu ini, kalau tutup buka, tutup buka. Majlis Syura sudah membuat keputusan bertulis dan saya sendiri telah menandatanganinya,” katanya kepada media ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmi Ali semalam, yang menegaskan Pakatan Rakyat mempunyai keputusan sebaliknya daripada ketetapan Majlis Syura dan berpegang kepada kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 8 Januari lalu.

Pengkhianat Negara : Musa Aman beritahu media jangan mainkan isu RCI Sabah

Musa Aman memberitahu akhbar arus perdana agar tidak memainkan isu Suruhanjaya Di Raja berkenaan pendatang haram. – Gambar fail

KOTA KINABALU, 18 Jan – Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman memberitahu akhbar arus perdana berbahasa Inggeris Rabu lalu agar tidak memainkan isu Suruhanjaya Di Raja (RCI) berkenaan pendatang haram.

RCI yang bermula Isnin lalu menyaksikan bekas pegawai kerajaan mendedahkan bagaimana pendatang dari Filipina dan Indonesia diberikan kad pengenalan biru dan dokumen lain bagi mengesahkan status mereka sebagai pengundi pada pilihan raya negeri Sabah.
“Ia adalah permintaan agar tidak memainkan terlalu banyak,” kata seorang sumber kepada The Malaysian Insider hari ini akan tetapi tidak mahu dinamakan kerana takut kehilangan kerja.
“Mereka takut kepada kesan buruknya,” tambah beliau.

Sumber tersebut memberitahu, Musa telah memanggil mesyuarat dengan media negeri termasuk wakil daripada New Sabah Times, Daily Express, The Borneo Post dan akhbar dikawal oleh Barisan Nasional seperti New Straits Times dan The Star, termasuk agensi berita nasional, Bernama.

Najib....Buktikan Dakwaan Deepak Tiada Asas Kukuh!

Perdana Menteri, Najib Altantuya dicabar membuktikan segala pendedahan ahli perniagaan, Deepak Jaikishan terhadapnya dan isteri tiada kewibawaan.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, penafian Najib berhubung pendedahan Deepak yang mengaitkannya dengan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibuu hanya sia-sia kerana menambah kesangsian rakyat.
“Tiada erti kalau setakat nafi. Itu tak menjawab namanya. Ini tuduhan berat kerana melibatkan kes jenayah yang didakwa dilakukan oleh pemimpin nombor satu negara.
“Saya cabar Najib Altantuya buktikan semua pendedahan Deepak itu tidak kredibel. Mengikut lunas undang-undang, saya juga cabar Najib Altantuya saman atau gesa polis tahan Deepak untuk siasatan,” katanya ketika dihubungi.
Najib Altantuya juga berkata Shamsul perlu menjelaskan pendedahan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkenaan dakwaan Deepak bahawa dia membayar RM13 juta untuk membeli isteri Perdana Menteri itu barang kemas.
“Apakah dokumen-dokumen yang didedahkan menunjukkan pembelian barang-barang kemas Rosmah Mansor itu tidak kredibel?

NAJIB CAKAP DIA PANTANG JANJI TIDAK DITEPATI....

DULU UMNO JANJI PENDIDIKAN PERCUMA DIPERINGKAT SEKOLAH RENDAH... YANG INI APA CERITA NAJIB!!!!!!!.. CUBA CITE SIKIT!!!!!



PADA YANG RABUN MAUKAN PAPARAN YANG LEBIH BESAR DAN JELAS, SILA KLIK PADA FOTO.


UMNO janji menipu... pendikan percuma diperingkat Sekolah Rendah....yang surat dari Sekolah Kebangsaan padang Tembak (1) Jalan Semarak, Kuala Lumpur ini apa ceritanya beb!!!!

Kena bayar berjumlah RM305 kepada penuntut Darjah 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR.

Macam-macam ibu bapa pelajar kena bayar...Termasuk satu botol air mineral bacaan Yassin berharga RM5 sebotol...Pelajar bukan Islam adakah dikenakan juga?.. Sebab tidak pengecualian disini nampaknya.

Lagi teruk kena bayar untuk kelas tambahan pula sebanyak RM120....

Rakyat digula-gula dengan RM100 tapi kena tampung lagi RM205.

Ini dinamakan, hulur tangan kanan rembat tangan kiri.

Kalau Najib Razak ingat kepantangan dia mungkir janji...Rakyat lagi pantang kalau UMNO menipu dalam tabur janji.

Kepantangan rakyat ini akan diterjemahkan dalam bentuk undi pada PRU 13 yang sudah hampir menjelang ini.

CAKAP DAN JANJI UMNO KALAU BOLEH DIPERCAYAI... KERBAU BOLEH PANJAT POKOK KELAPA.

Mahfuz: PM harus saman Deepak....Ada berani..??


Datuk Mahfuz Omar KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan perundangan ke atas Deepak Jaikishan susulan kenyataan beliau berkenaan dengan usahawan itu semalam.

"PM harus ambil tindakan saman kerana tidak cukup hanya sekadar kata, 'apa yang dikatakan Deepak itu benar' dan tidak ada kewibawaan... ini kerana apa yang dikatakan Deepak melibatkan pemimpin negara," kata Mahfuz hari ini.

Mahfuz berkata demikian susulan kenyataan Najib malam tadi, menyangkal dakwaan Deepak sambil menegaskan, beliau tidak ada sebarang kaitan dengan tindakan detektif bebas P. Balasubramaniam mengeluarkan akuan bersumpah kedua berhubung kematian wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2008.

Justeru, tegas Najib, pengedar karpet itu bukan seorang yang ada kredibiliti.

Anwar mahu jaminan SPR warga asing tidak undi PRU13

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpuas hati dengan pengakuan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung dengan pemberian kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah yang mengikut undang-undang semasa pentadbiran beliau.

Bagaimanapun, beliau mempertikaikan pemberian kad pengenalan kepada pelarian Filipina yang melanggari undang-undang termasuklah penyalahgunaan kuasa dan melakukan penipuan yang membabitkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), yang didakwa bersengkongkol dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) demi memastikan survival Barisan Nasional.

"Kalau betul ikut peraturan dan berhak, itu kita tidak pertikaikan, tapi yang kita pertikaikan sekarang ialah tidak mengikut peraturan, isu rasuah, dan yang lebih mengejutkan apabila SPR terlibat dalam proses penipuan ini.

"Persoalannya ialah terdapat rasuah dalam proses, jelas ada konspirasi untuk membawa masuk (warga asing), dengan bekerjasama pihak SPR,” katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja bertajuk Malaysia Palm Oil: Meeting Challenges Through Change di sini hari ini.

RCI revelations could drown Musa, Umno

The disclosures in the current RCI hearing in Sabah may lead to more damaging testimonies implicating the state's top leadership.

KOTA KINABALU: Sabah Chief Minister Musa Aman, who is also the state’s Umno chief, could be in for some uncomfortable moments soon as those involved in handing out Malaysian documents to illegal immigrants in Sabah continue to expose the high and mighty.
So far, one ex-chief minister, Osu Sukam has been implicated by the testimony of a former director of Sabah’s National Registration Department (NRD) at the ongoing investigation by Royal Commission of Inquiry (RCI) on illegal immigrants problems in Sabah here.
Ramli Kamaruddin, in his testimony said Osu was present with then federal deputy home minister Megat Junid Megat Ayob at a hotel here in 1994 when he was given instruction “to issue NRD receipts using the name and identity card numbers of voters already in the electoral roll, with the sole purpose of allowing them to vote to help ensure that a state government endorsed by the federal government would win” in Sabah.
A former right-hand man of ex-premier Dr Mahathir Mohamad, Abdul Aziz Shamsudin, was also mentioned at the RCI hearing which, going on current disclosures, promises to expose one of the biggest scandals in Malaysia’s history involving members of the ruling Umno-led Barisan Nasional (BN) coalition government.
Another former chief minister, Harris Salleh, who testified before the five-member RCI, tried to shield himself from the scandal by saying that it was the federal authorities that gave immigrants Malaysian documents like IC, and not him or even the state government he led.
He also denied any knowledge of a project to parcel out ICs in exchange for votes.

Pendatang haram diberi IC, 300,000 rakyat tempatan ‘merempat’

PUTARAJAYA 18 Jan: Naib Presiden KEADILAN, N Surendran mengutuk keras Tun Dr Mahathir Mohamad yang memberi kerakyatan kepada warga asing, tetapi menindas ratusan ribu rakyat mendapatkan kad pengenalan (IC).
Katanya, mantan Perdana Menteri itu boleh dianggap penderhaka ekoran membenarkan pendatang asing menjadi warganegara.
“Mahathir dan pemimpin Umno yang terbabit dalam pemberian IC kepada orang asing adalah penderhaka kerana mengizinkan perkara ini berlaku,” katanya kepada pemberita selepas bertemu pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), di sini bagi mendapat respon berhubung masalah 300,000 masyarakat India tidak memiliki kad pengenalan.
Surendran mendesak PDRM segera menyiasat Mahathir ekoran skandal pemberian beratus ribu status kerakyatan kepada warga asing di Sabah dan memberi keadilan kepada rakyat yang menjadi mangsa kezaliman Umno BN.
“Situasi ini serius, anak yang lahir di Malaysia sukar mendapat kad pengenalan atas alasan tidak munasabah, sebaliknya warga asing dapat kerakyatan.

Rosmah berani sumpah pada Allah, tak ada cincin itu



Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata beliau berani bersumpah kepada Allah bahawa beliau tidak ada cincin bernilai RM24 juta seperti yang didakwa oleh pembangkang.

NONEBagaimanapun, Rosmah mengakui beliau ada melihat cincin tersebut apabila ia dibawa masuk ke Malaysia untuk dipamerkan "kepada orang yang ada duit".

"Saya berani bersumpah, saya berani bersumpah kepada Allah, saya tak ada cincin itu di tangan saya langsung.

"Memang cincin itu masuk untuk dipamer kepada orang yang ada duit. Saya tak ada duit tapi saya tengok saja, very nice, very nice,
habis cerita," katanya ketika berucap di Majlis Makan Malam Bersama Balu-balu Tentera dan Perasmian Persatuan Peniaga-peniaga Bekas Tentera Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi.
Rakaman ucapan Rosmah itu telah dimuatnaik di Youtube
Walaupun Rosmah tidak menyatakan secara khusus tetapi dipercayai beliau merujuk kepada dakwaan bekas ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shaharin pada 2011.

Badrul Hisham, yang juga dikenali oleh nama blognya - Chegubard - membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa beliau menerima maklumat bahawa sebentuk cincin bernilai RM24,458,400 telah diterbangkan ke Kuala Lumpur dengan Rosmah sebagai penerimanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz kemudian menjelaskan bahawa walaupun cincin itu dibawa masuk ke negara ini, ia tidak dijual dan akhirnya dikembalikan kepada syarikat yang memilikinya.

Rosmah kemudian menafikan dakwaan tersebut, dan menyifatkannya sebagai fitnah, tetapi tidak mendedahkan sama ada beliau pernah melihat cincin itu sebelumnya.

Saifuddin: 'Sharifah Zohra patut hujah dengan bijaksana'


Datuk Sai­fuddin Abdullah SHAH ALAM - Sambil menyifatkan KS Bawani sebagai seorang yang "komited dan sopan", Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini membidas Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) yang disifatkan beliau telah memperkecilkan mahasiswa undang-undang dari Universiti Utara Malaysia (UUM) itu.

"Tak perlu mengguna ayat-ayat yang boleh membawa maksud mencadangkan Bawani keluar dari Malaysia dan UUM.

"Adalah lebih baik kalau Sharifah berhujah dengan bijaksana, dengan pengajaran yang baik, berdebat dengan cara yang terbaik," katanya menerusi SMS kepada Sinar Harian Online.

Terdahulu, beliau mengadakan sesi pertemuan "teh tarik" dengan KS Bawani di ibu negara.

Sudah Sediakan PAS Kelantan Untuk Berdepan Dengan UBN?

Oleh Mohd Sayuti Omar
Mungkin masa masa ada sedikit lagi untuk PAS Kelantan memperbetulkan mana-mana yang tidak betul dan menyempurnakan mana-mana yang cacat. Gunanya untuk memantapkan semua jentera bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13. Saya tidak tahu apakah PAS sudah berada dalam keadaan siap sedia seratus peratus dari semua segi atau macam mana. Logistiknya, bilik gerakannya, petugas-petugas pilihan raya ataupun senarai calon-calonnya.

Mustapa dan Nik Aziz: Kedua-duanya harapan rakyat.
Sebagai parti yang menerajui kerajaan yang berusia 22 tahun dan sudah melalui beberapa kali pilihan raya, saya  mahu menganggap PAS sudah pun siap sedia mengenai perkara itu. Kesiapsiagaan PAS barang kali jauh lebih baik dari UBN. Apa lagi PAS Kelantan yang dianggap sebagai universiti kepada PAS negeri-negeri lain, tentulah PAS Kelantan lebih bersedia dan mantap.

Saya tampak hari ini PAS Kelantan masih steady dan selesa saja. Kenapa saya berkata begitu, kerana kalau PAS masih belum siap sedia tentulah PAS tidak ralik dengan beberapa program yang saya fikir tidak memberi impak bear kepada PAS dalam persiapan menghadapi pilihan raya. PAS akan mulai serius dan mengaturkan gerak kerja memantap dan mengemaskan pasukan untuk berdepan dengan ketumbukan musuh kalau PAS tidak dalam zone selamat kini? PAS boleh melupakan program-program lara atau pun bersifat kosmetik hiburan.

Misalnya pada 20 Januari 2013 ini khabarnya satu lagi program hiburan menerusi slot acara Bicara Seleberiti akan diadakan. Dalam program kali ini katanya selain menampilkan artis jelita dari Indonesia ia juga melibatkan seleberiti sukan.

Tahun 2013 : Masa Untuk Melakukan Perubahan

Oleh Dr.Syed azman Syed ahmad
Tahun baru 2013 membuka tirai dengan berlakunya banjir besar di negeri Terengganu. Rakyat dikejutkan dengan kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said , bahawa sebahagian dari benteng Empangan Paya Peda yang terletak di Besut dan masih dalam pembinaan terpaksa dipecahkan untuk melepaskan takungan air demi keselamatan penduduk kawasan sekitar.

Tindakan itu telah menyebabkan kawasan sekitarnya dilanda banjir besar yang menenggelamkan banyak kampung. Himpunan meraikan kedatangan detik tahun baru 2013 pula terpaksa diadakan secara kecil-kecilan akibat hujan lebat dan cuaca yang tidak menentu. Namun, yang lebih penting adalah tahun 2013 ini juga membuka tirai bagi menilai kepimpinan kerajaan negeri yang diterajui oleh Menteri besar Dato Sri Ahmad Said sepanjang beliau mentadbir negeri ini. Seluruh rakyat termasuk di Terengganu kini tertunggu-tunggu untuk melakukan perubahan besar di negari ‘Darul Iman’ ini menjelang Pilihan raya Umum (PRU) ke 13 akan datang.
Di bawah kepimpinan beliau, kerajaan negeri terus menerus berbelanja mewah dengan bajet melebihi RM2 bilion setiap tahun. Malah sepanjang sepenggal beliau menjadi Menteri Besar, kerajaan negeri telah berbelanja lebih RM10 bilion. Persoalannya untuk apa dan untuk siapa?
Rakyat negeri ‘penyu bertelur’ ini pula pada umumnya terus berhadapan dengan kesempitan hidup dan kemiskinan yang amat ketara. Bebanan kenaikan harga barang keperluan harian dan peningkatan kos hidup cukup-cukup memeritkan golongan miskin di di seluruh negeri. Namun kepimpinan yang sedang mentadbir negeri ‘Kuwait Malaysia’ ini terus bersikap angkuh dalam mereka berhadapan dengan kesusahan rakyat sehinggakan begitu berani ‘meluluskan’ tanah-tanah yang strategik kepada anggota exco dan wakil-wakil rakyat Umno/BN.

Makna Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka

Oleh Beruang Hijau

Ketegasan penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat supaya acara itu diadakan di Stadium Merdeka dan tidak di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 12 Januari mempunyai makna tersendiri.
Sememangnya dari segi logistik, strategik dan historikal, Stadium Merdeka adalah lebih baik daripada Stadium Nasional sebagai venu perhimpunan rakyat. Namun di sini hendak diceritakan lebih mendalam lagi makna Stadium Merdeka berbanding Stadium Nasional.
Pertamanya, nama stadium itu sendiri mempunyai keistimewaannya. Merdeka adalah perkataan keramat yang bukan saja bermaksud terlepas daripada penjajahan tetapi bebas dalam kehidupan dan pemikiran. Kata-kata merdeka itu adalah inti demokrasi.

Sementara nasional juga adalah perkataan istimewa. Ia bermaksud kebangsaan. Namun perkataan merdeka itu lebih istimewa daripada nasional. Mungkin adalah suatu kebetulan, tetapi tidakkah gabungan parti yang memerintah sekarang namanya Barisan Nasional?

Sedangkan gabungan parti yang hendak menentang Barisan Nasional bernama Pakatan Rakyat. Justeru adalah lebih manis bagi Pakatan Rakyat untuk mengadakan perhimpunan di stadium yang tidak bernama nasional.

Bukanlah nama nasional itu salah. Cumanya perbezaan nama memudahkan untuk pengenalan. Seperti di Amerika Syarikat, Republikan dan Demokrat sedangkan kedua-duanya menyokong gagasan republik dan demokrasi.

Buat apa yang tidak pernah dibuat dalam himpunan rakyat

Oleh ARIF ATAN
Stadium Merdeka pada 12 Januari lalu amat 'gembira'. Sudah lama bangunan warisan berusia lebih setengah abad itu berduka ditinggal sepi anak pertiwi.
Namun, bermula malam menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), lebih 700,000 rakyat mahu menghampiri dan menyantuninya semula.
Lucu, mengapa kanak-kanak dilarang hadir HKR tetapi himpunan bersama Najib di Klang esoknya pula bayi pun bukan sahaja hadir malah kalau boleh dipaksa tunjuk jari telunjuk lambang '1Malaysia'!
HKR ada jasa mengembalikan warga kita mengenal sejarah. Seorang rakan saya baru tahu Stadium Merdeka dan Stadium Negara (dibuka 1962) adalah dua binaan yang berbeza!
Itu keadaan kontang maklumat sejarah mereka daripada angkatan bayi tahun 1980-an, belum lagi generasi yang lahir era K-Pop hari ini.
Di Masjid Negara, Solat Subuh pada hari itu menjadi begitu hidup dengan para makmum segenap usia kerana hari-hari biasa hanya ada beberapa saf sahaja.
Kalau tiada himpunan seperti itu, mustahil kita dapat merasai nikmatnya menghadap Ilahi dalam dingin dan hening waktu di masjid yang siap dibina pada 27 Ogos 1965 itu.
Semakin meninggi mentari kian berpusu-pusu anak watan menapak menghampiri Kuala Lumpur. Meminjam tajuk novel Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain, pendek kata Sabtu itu "Kuala Lumpur Kita Punya" (1967).

Listen : Kumpulan pelajar cabar Sharifah berdebat dengan Bawani

Pengkhianat Negara : Pendedahan RCI Buktikan SPR Terlibat Proses Beri Kerakyatan

KUALA LUMPUR 18 JAN : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didakwa terlibat dalam proses pendaftaran memberikan hak kerakyatan kepada warga asing sepertimana dilaporkan dalam siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai isu yang berlaku di Sabah.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendedahan dalam siasatan RCI itu membuktikan penglibatan SPR dalam isu tersebut dan ini meragukan kerana perkara sama turut berlaku kini di Selangor.
“Yang dipertikaikan sekarang ialah tidak mengikut peraturan, isu rasuah dan lebih mengejutkan ialah peranan SPR dalam proses penipuan ini.
“Kita mahukan respon segera daripada SPR kerana ia berlaku pada masa lalu dan kita mempunyai bukti berhubung perkara ini,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Sebelum ini, bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Mohd Nasir Sugip memberi keterangan berhubung dakwaan kerjasama pihak berkuasa untuk mengubah demografi pemilih Sabah pada 1990-an.
Mohd Nasir ketika memberi keterangan kepada RCI mengenai masalah imigrasi Sabah mendakwa jabatannya pernah menerima arahan daripada SPR Sabah untuk memberi kad pengenalan kepada pendatang asing untuk membolehkan golongan itu mengundi.
Beliau yang pernah ditahan di bawah ISA mendakwa operasi yang digelar “Ops Durian Buruk” itu dijalankan antara tahun 1992 hingga 1995.
Dakwanya, pengarah SPR Sabah pada masa itu, Wan Ahmad Wan Yusof menyerahkan senarai 16,000 nama untuk diklasifikasikan sebagai pengundi ‘Bumiputera Islam’.

Sampul Angpau Percuma : Najib Razak ada peminat setia rupanya..!!!

Wahhhhhhhhhhhhhhhhhh

Hebatlah PM kita. Hebat gile. Kagum aku. Ramai peminat2 dia ek. Disebabkan Najib sayang peminat2 dia maka dia bagi korang sampul raya percuma. Kot ini pun tak bersyukur lagi tatau la aku nak kata apa.

Dalam pada itu aku nasihatkan agar korang baca dulu statement kat bawah neh oke. Lepas baca nak gelak ke nak terjun bangunan ke nak lompat2 sampai pengsan ke nak termuntah ke nak terberanak ke nak berguling2 ke apa ke lantak korang la. Janji masa korang buat tue tak babitkan aku sudah la.

kah kah kah

HKR KL112 : Kemuncak Kejayaan Semua Perhimpunan Dan Demonstrasi

KLSCAH HKR 112 02
KUALA LUMPUR 18 JAN: Kehadiran ratusan ribu rakyat di Stadium Merdeka sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat 112(HKR112) pada 12 Januari lalu merupakan kemuncak kejayaan kepada semua perhimpunan sejak tahun 1998 kerana akhirnya polis tunduk kepada kehendak rakyat untuk berhimpun secara aman.
KLSCAH HKR 112 Azmin AliMenurut Ahli Jawatankuasa HKR112, Hishamuddin Rais polis terpaksa akur dengan kehendak rakyat yang ingin berhimpun yang mana tidak pernah berlaku dalam mana-mana perhimpunan sebelum ini.
“Jika sebelum ini tindakan berhimpun dikecam hebat kerana boleh menggugat keselamatan negara tetapi akhirnya atas perjuangan selama 15 tahun kita menuntut keadilan, polis terpaksa akur terhadap hak kita yang selama ini dinafikan,” kata Hishamuddin.
HKR 112 kali ini berbeza dengan perhimpunan Bersih 3.0 kerana ketika itu wujudnya keganasan apabila polis cuba menyekat rakyat menyuarakan hak mereka.
KLSCAH HKR 112 Hishamuddin Rais“Kejayaan HKR 112 bukanlah disebabkan transformasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tetapi kehadiran rakyat pelbagai bangsa dan peringkat umur yang turun dan dibenarkan menyuarakan hak mereka,” kata Hishamuddin.
Jelasnya, erti perhimpunan sebenar bukan hanya bergelut melawan keganasan polis simpanan persekutuan (FRU) tetapi melawan pemimpin yang zalim dan tidak mempedulikan hak rakyat.
Ketika ditanya adakah perhimpunan sedemikian akan dianjurkan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memerintah di Putrajaya dan masih tidak menunaikan janji yang dituntut HKR, Hishamuddin menjawab ya dan rakyat berhak menolak siapapun pemimpin dan kerajaan yang zalim.
Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel Forum Pasca KL112 ‘Impak dan Halatuju Rakyat’ yang dianjurkan oleh Akademi Pak Sako yang bertempat di Selangor Chinese Assembly Hall, Kuala Lumpur (KLSCAH) malam tadi.
KLSCAH HKR 112 03Kejayaan penganjuran Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR 112) lalu yang berjalan tanpa insiden keganasan adalah merupakan kesinambungan semua perhimpunan dan demonstrasi yang diadakan sejak zaman reformasi pada tahun 1998.
Ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilucutkan jawatan daripada Timbalan Perdana Menteri serta dituduh terbabit dengan kes liwat yang menyebabkan rakyat membuat demonstrasi jalanan terhadap Kerajaan Umno-BN yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Turut hadir sebagai ahli panel adalah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali serta penulis lirik lagu Awan Nano, Hasmi Hashim dan dihadiri seramai lebih 200 orang peserta.

MB : Kerajaan Pusat Memihak Kepada SYABAS Bukan Rakyat

Konvensyen Days Saing Komoditi 01
KUALA LUMPUR 18 JAN : Kerajaan Pusat dilihat lebih berminat menjaga kepentingan kroni dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) berbanding rakyat dalam isu air di Selangor sehingga masalah itu berlarutan tanpa penyelesaian.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perkara tersebut boleh diselesaikan cepat sekiranya Kerajaan Pusat mengutamakan rakyat dan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri.
“Ia bukan isu politik tetapi isu rakyat. Kembalikan hak air kepada rakyat. Jangan diswastakan lagi, itu yang paling penting.
“Undang-undang bersetuju hak air boleh dikembalikan tetapi ada tiga pihak mesti bersetuju, Kerajaan Negeri, Kerajaan Pusat dan pemegang saham.
“Kerajaan Pusat tidak memihak kepada rakyat tetapi memihak kepada kroni. Kalau Kerajaan Pusat kata setuju ambil, esok kita boleh selesaikan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Turut hadir, Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Abdul Khalid berkata, penswastaan air dilakukan itu adalah satu kesilapan kerana diserahkan kepada syarikat yang tidak mempunyai keupayaan dan kebolehan untuk mengendalikan operasi air.

RM24mil ring again: Don't listen to slander, if there's any issue, I can explain - Rosmah

RM24mil ring again: Don't listen to slander, if there's any issue, I can explain - RosmahApparently taking a leaf from her husband Najib Abdul Razak's book, the premier's wife, Rosmah Mansor, said she can swear to god that she had never owned the RM24 million luxury ring as alleged by the opposition.

However, Rosmah admitted that she saw the ring when it was brought into Malaysia to be displayed to "those who have money".

"I dare to swear, I dare to swear to Allah that I don't have the ring on my hand at all.

"Indeed, the ring was brought in to be shown to those who have money. I don't have money, so I just viewed (and felt) it was 'very, very nice', that's all," she said during a dinner with veterans last night.

A footage showing the speech has been uploaded on Youtube

Although Rosmah did not specify, it is believed that she was referring to the allegation by former PKR central committee member Badrul Hisham Shaharin in 2011.

Badrul Hisham, who is also known by his blog name Chegubard, lodged a report with the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) alleging that he received information that a ring tagged at RM24,458,400 was flown into Kuala Lumpur with Rosmah as the receiver.

Minister in the Prime Minister's Department Mohd Nazri Abdul Aziz later clarified that although the ring was brought into the country, it was not sold and was eventually returned to the company which owns it.

Rosmah had then denied the allegation, calling it slander, but did not reveal whether she had seen the ring before.
Kurang ajar

Rosmah 'terlalu sibuk' untuk jawab Deepak

Walaupun dikaitkan dengan dakwaan menutup kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tetap enggan untuk menjawab tuduhan yang dibuat oleh peniaga permaidani Deepak Jaikishan.

NONEKetika diasak sewaktu beliau menghadiri satu majlis kebajikan di Kuala Lumpur petang ini, Rosmah menegaskan beliau sangat sibuk dengan Pandu Puteri dan tidak mahu ditanya sebarang soalan.

Rosmah yang juga Presiden Persatuan Pandu Puteri Malaysia, menjadi
tetamu kehormat di majlis amal makan tengah hari anjuran Persatuan Pandu Puteri Wilayah Persekutuan.

Malaysiakini cuba untuk mendekati Rosmah sebanyak tiga kali, tetapi setiap kali dihalang oleh pembantu dan pengawal peribadi beliau.

Yang pertama ialah selepas makan tengahari, semasa persembahan pentas. Pembantu Rosmah bergegas cepat dan menghalang penulis daripada tanya soalan.

Percubaan kedua ialah ketika Rosmah hendak meninggalkan majlis, dan Malaysiakini bertanya sama ada beliau mahu mengulas dakwaan Deepak yang mengaitkan beliau dengan dakwaan menutup kes pembunuhan Altantuya.

PRU13 : Jentera muslimat perlu hadam tawaran Pakatan

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mengarahkan setiap ahli jentera dewan itu memahami susur galur tawaran-tawaran Pakatan Rakyat, termasuk enam tuntutan wanita.

Ketua Penerangannya, Aiman Athirah al-Jundi, menegaskan semua tawaran itu, termasuk tuntutan Agenda Perubahan Wanita wajib dikuasai setiap jentera kempen PAS dan Pakatan Rakyat agar mudah difahami rakyat.

"Jentera parti perlu faham, bukan sahaja tawaran kita, tetapi apa sebab tawaran itu dikemukakan serta kesannya kepada rakyat," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Tambah beliau, apa yang berlaku, terdapat kesilapan yang kerap dilakukan jentera parti apabila hanya 'menghafal' tawaran tanpa memahami intipatinya yang menyebabkan rakyat tidak dapat memahami secara tuntas mengenainya.

Bawani : ‘Saya Bukan Hero, Saya Cuma Mahu Rakyat Dapat Pendidikan Percuma’

Mahasiswa Malaysia Bersatu Bersama Bawani 03
KUALA LUMPUR 18 JAN : Pendidikan adalah hak setiap rakyat sama seperti tempat tinggal dan makanan dan saya juga bukan hero yang perlu disanjung tinggi kerana saya percaya ramai lagi pejuang yang melakukan pelbagai usaha, lebih hebat dari saya demi rakyat, ungkap KS Bawani dengan rendah diri.
Bawani yang kini menuntut di tahun kedua jurusan Undang-undang di Universiti Utara Malaysia (UUM) menerima pelbagai sokongan daripada pelbagai lapisan masyarakat atas keberaniannya menyuarakan idea pendidikan percuma dalam satu forum.
Rakaman forum tersebut menyaksikan bagaimana hujah Bawani dimatikan oleh tindakan moderator forum, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin yang bertindak menarik mikrofon di hadapan Bawani yang sedang menyampaikan hujah-hujahnya.
Susulan insiden itu, beliau kini menjadi sebutan dan diangkat sebagai ikon mahasiswa yang dilihat berani dalam menyuarakan pandangan yang nyata bertentangan dengan polisi kerajaan pemerintah.
“Jangan pandang saya seolah-olah saya di langit kerana saya hanyalah insan kerdil yang hanya bersuara untuk menuntut keadilan buat semua.
“Saya yakin Malaysia mampu memberikan pendidikan percuma sepertimana yang dlaksanakan negara-negara seperti Cuba, Brazil, Argentina yang mempunyai pendapatan negara kurang daripada Malaysia.
“Pendidikan bukanlah satu bentuk perniagaan, komoditi atau barangan untuk dijual beli, ia adalah hak setiap insan,” tegas Bawani.
Beliau yang turut memiliki Ijazah Sarjana Muda Psikologi daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini menghadiri sidang media anjuran pertubuhan yang dinaunginya sendiri, Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor di sini pagi tadi.
Menurutnya lagi, mahasiswa perlu dibebaskan daripada kepompong pemerintah atau kerajaan bagi menjamin hak mahasiswa dalam menyuarakan pandangan serta idea baru demi kemajuan negara sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Negara.

"Very busy" Rosmah snaps: DON'T ASK ME ANY QUESTIONS (on Altantuya murder)!

"Very busy" Rosmah snaps: DON'T ASK ME ANY QUESTIONS (on Altantuya murder)! Despite being linked to an alleged cover-up in the murder of Mongolian Altantuya Shaariibuu, the prime minister's wife Rosmah Mansor continues to refuse to respond to the accusations made by carpet trader Deepak Jaikishan.

Cornered at a charity function she attended in Kuala Lumpur this afternoon, Rosmah snapped when asked if she could respond to Deepak's allegation: "I am very busy with the Girl Guides. Don't ask me any questions."

Rosmah, who is president of the Girl Guides Association of Malaysia, was the VIP at a charity luncheon hosted by Federal Territory Girl Guides Association.

Malaysiakini tried to approach Rosmah three times, but was each time blocked by her personal assistants and bodyguards.

The first was after lunch, during a stage performance. Rosmah's aide moved in quickly and stopped this writer from asking questions.

The second attempt to question Rosmah was when she was leaving the function. Swiftly following behind her, I asked: "Datin Seri, would you like to respond to Deepak's allegation, linking you to the cover-up of the murder (of Altantuya)?"

Once again, one of Rosmah's aides appeared and said, "she will respond in another press conference". Rosmah said nothing and moved on.

Mahasiswa Malaysia Bersatu Bersama Bawani

Mahasiswa Malaysia Bersatu Bersama Bawani 01
KUALA LUMPUR 18 JAN : Kumpulan mahasiswa daripada seluruh tanah air hari ini menyatakan sokongan terhadap KS Bawani yang semakin dikenali ekoran satu rakaman video petikan forum ‘Seiringkah Mahasiswa dan Politik?’ di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di sini pagi tadi, pelbagai wakil kumpulan mahasiswa memenuhi ruang sidang media ‘Solidariti Mahasiswa Bersama Bawani’ anjuran Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) bagi menzahirkan sokongan padu terhadap pelajar tahun kedua jurusan Undang-undang UUM itu.
“Kami mengucap tahniah kepada saudari Bawani atas semangat sosialismenya yang tinggi dalam menentang budaya pembodohan yang dibentuk rejim kerajaan di pusat-pusat pengajian tinggi sejak sekian lama.
“Semangat beliau juga kita anggap sebagai salah satu pencetus kebangkitan rakyat secara seluruhnya untuk melawan kezaliman dan penindasan rejim,” ujar seorang aktivis mahasiswa, Khalid Ismath dalam ucapan solidaritinya pagi tadi.
Sementara itu, wakil Malaysia Youth and Student Democratic Movement (DEMA), Lee Kok Wai menuntut Presiden Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin memohon maaf secara terbuka kepada Bawani atas tindakannya merampas hak bersuara Bawani sebagai seorang mahasiswa.
“Kami menuntut beliau memohon maaf atas sikap sombong dan angkuhnya itu.

R : "Listen Listen Listen" untuk Petronas dan Najib

#KL112 : Wave - Gelombang Rakyat Stadium Merdeka

Kebangkitan Polis Dan Tentera Petunjuk Umno-BN Dipenghujung Kuasa

MB ceramah bandar tasik selatan 01
BANDAR TUN RAZAK,18 JAN : Kesedaran politik dan kebangkitan yang ditunjukkan anggota polis dan tentera mutakhir ini adalah petunjuk bahawa kekuasaan Umno-BN berada di penghujung.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, anggota tentera adalah kunci perubahan di negara ini yang akan memainkan peranan penting dalam proses keamanan.
“Kita akan buktikan di ambang kejatuhan Umno-BN, anggota keselamatan sudah bersama-sama dengan Pakatan Rakyat(PR).
“Apabila mereka bersama PR maksudnya jika ada samseng di kalangan Umno yang akan mencetuskan kekacauan dan mengapa-apakan rakyat Malaysia maka anggota tentera dan polis yang akan melindungi rakyat Malaysia,” kata Rafizi.
Ujarnya, PR komited menjaga dan memperjuangkan kebajikan dan pengorbanan anggota tentera.
“Jika PR menang, kita akan tingkatkan caruman kerajaan pada setiap anggota tentera di tambah lima peratus lagi menjadi kepada 20 peratus yang akan dicarum dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera(LTAT),” katanya.
Jelas Rafizi juga penyelewengan penggunaan dana LTAT dalam transaksi penjualan tanah yang melibatkan Ketua Umno Selangor, Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah merupakan pengkhianatan kepada pengorbanan anggota tentera.

Pencen tentera naik lima peratus jika Pakatan menang – Rafizi

KUALA LUMPUR 18 Jan: Pakatan Rakyat (Pakatan) menawarkan lima peratus wang caruman tambahan kepada anggota tentera melalui Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, wang itu akan dicarum menerusi tabung khas pencen LTAT.
“Atas keprihatinan melihat keutamaan kebajikan bekas anggota tentera, Pakatan menawarkan untuk menambah lima peratus caruman kerajaan ke dalam tabung pencen tentera.
“Sekarang anggota tentera dapat 15 peratus. Kalau Pakatan Rakyat menang, kita akan tambah lima peratus. Bermakna sebulan 20 peratus dari jumlah gajinya dicarum dalam LTAT,” kata Rafizi.
“Lima peratus ini akan kita gunakan untuk dilaburkan dalam tabung khas dalam LTAT. Keuntungan ini kita akan beri sebagai imbuhan kepada mereka yang tidak mempunyai pencen dan belum diselaraskan,” jelasnya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin sempena Ceramah Jelajah Penyelewengan LTAT di PPR Bandar Tasek Selatan, Sungai Besi malam tadi.

Melayu Johor paling miskin, Melayu mana kaya?

Kenyataan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas yang menyifatkan Melayu Johor paling miskin di Malaysia menarik perhatian ramai.

Hujahnya kerana kos sara hidup di Johor semakin meningkat ekoran ramainya orang asing datang ke negeri itu dan menduduki Iskandar Malaysia sehingga lebih 80 peratus.

Katanya Orang Melayu Johor sudah ketinggalan dari sudut ekonomi dan tidak mampu lagi untuk menetap di kawasan terbabit kerana harga rumah melambung tinggi.

Dakwaan Datuk Syed Ali seharusnya dipandang serius kerana faktanya berasas. Kerajaan perlu melihat semula dasar mereka selama ini terhadap Iskandar Malaysia.

Ternyata tindakan mereka membuka Iskandar Malaysia kepada warga asing merugikan rakyat tempatan di negeri itu. Ibarat senjata makan tuan, akhirnya Iskandar Malaysia memundurkan ekonomi umat Melayu sendiri.

Jika selama ini, negeri Kelantan sering ditohmah sebagai negeri paling mundur dan miskin, kini negeri yang dimilik sepenuhnya oleh UMNO (sehingga dijuluki sebagai negeri UMNO paling kuat di dunia) pula merudum jatuh.

Kalaulah Kelantan dipinggirkan kerana ia dipimpin PAS dan pembangkang, Johor yang dipimpin sepenuhnya oleh UMNO juga terpinggir. Apa sudah jadi?

Listen: Bawani tidak tuntut Sharifah mohon maaf

KUALA LUMPUR: Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) Bawani KS tidak mahu menuntut permohonan maaf daripada Presiden Suara Wanita 1 Malaysia Sharifah Zohra Jabeen sebaliknya mengingatkan beliau bahawa mahasiswa ada hak untuk menyuarakan pandangan mereka.

Katanya, kebebasan mahasiswa bersuara tidak mengira umur, taraf, dan agama kerana itu adalah hak mereka seharusnya diberi layanan dan didengari.

Malah katanya, pihak universiti perlu bebas dan tidak boleh dikongkong oleh mana-mana pihak termasuk pemerintah.

"Di universitilah mahasiswa perlu diberi peluang untuk menilai diri sendiri tanpa di pengaruhi oleh pihak berkepentingan," katanya.

Hari ini, Bawani tampil dalam sidang media selepas klip video yang menunjukkan panalis Sharifah Zohra  menghalang beliau untuk memberi pandangan dalam sebuah forum di UUM, menjadi video terhangat di Facebook.

Hampir keseluruhan wakil mahasiswa yang bersama dalam sidang media Solidariti bersama Bawani 'Anak Muda Kuasa Perubahan' menuntut agar Sharifah Zohra memohon maaf secara terbuka kepada Bawani.

Masing-masing mengecam tindakan Sharifah Zohra yang seolah-olah tidak menghormati hak mahasiswa dalam melontarkan pandangan mereka.

Ianya termasuklah, Transformasi Mahasiswa UUM, Gerakan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis), Kami, Dema, SAMM, Ameerah Wanita Muda PAS, PSM, Suaram, Jerit, dan Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP).

Bolasepak, Annuar, Komando & Anak Raja Johor

Dunia bola sepak negara ini bukan saja kontroversi dengan pertukaran pemain dari satu pasukan ke satu pasaukan menerusan perdagangan pemain, tetapi ia juga menjadi kontroversi dengan elemen-elemen lain yang setengah tidak ada kena mengena langsung dengan dunia bola sepak.


Komando yang dikatakan ternampak di stadium.
Misalnya perpindahan pemainan bernama Mat Yo dari Kelantan ke Johor menimbulkan sedikit kegawatan, iaini perasaan marah penyokong Kelantan. Mereka tidak boleh menerima perpindahan Mat Yo itu kerana dengan ketiadaan penyerang itu mereka merasakan Kelantan tidak akan menyengat  lagi.

Nama Mat Yo itu sendiri sudah sebati dengan budaya orang Kelantan dalam memanggil nama seseorang yang disukainya dengan sebutan pendek dan ringas. "Mat Yo", adalah nama manja dan kesayangan. Jadi bila Mat Yo ini dibeli oleh Johor dan Mat Yo pula setuju timbullah kemarahan. Penyokong Kelantan tidak bersikap profesional dalam hal ini dan mereka tidak tahu bahawa bola sepak di Malaysia hari ini bukan lagi bersifat kenegerian.

Perkara ini tidak membimbangkan kerana ia fenomena biasa. Ia seperti hujan musim banjir. Lepas banjir fobia kepada hujan akan berhenti. Demikian dengan Mat Yo (nama sebenarnya NorAzlan Talha... betul ke?) apabila Kelantan menggantinya dengan pemain lain sebagai pengganti, lama kelamaan isu Mat Yo dan rasa marah kepadanya pun akan sirna. Selebat mana hujan semua air akan mudik ke lautan.

Dalam konteks bola sepak di negara ini, kontroversi juga berlaku dalam pengurusan atau teknikal pentadbiran dalam organisasi bola itu sendiri. Contohnya apabila Presiden KAFA, Annuar Musa dikenakan hukuman gantung oleh FAM disebabkan kesalahan (yang sebenarnya boleh dialpakan), iaitu kerana memberi pandangan untuk kebaikan bola sepak Malaysia, tetapi ia dikenakan tindakan kerana bercakap melampau persatuan.

Siap dengan senjata. Nak tembak siapa? 
 FAM tidak boleh dikritik. Status itu samalah dengan status raja-raja Melayu yang dilindungi oleh undang-undang di mana ianya tidak boleh dikritik. Raja-raja Melayu tidak boleh ditegur atau diberi pandangan (secara terbuka) kerana mereka ada imuniti. Saya sendiri pernah disoal siasat oleh polis berhari-hari kerana memberi pandangan kepada seorang sultan, walhal pandangan saya itu hakikatnya untuk memperteguh dan mensucikan institusi itu.

Demikain  dengan FAM. Bila Annuar memberi pandangan untuk kemajuan bola sepak, beliau dikenakan tindakan. Annuar dirujuk kepada perlembagaan FAM kononnya ianya manifestasi tindakan diizinkan FIFA. FIFA membenarkan tindakan diambil ke atas Annuar. Apa salahnya kalau pandangan Annuar itu diterima dengan penuh keinsafan. Tidak semua ketegasan FIFA itu perlu dituruti asalkan ia bukan percanggahan memudaratkan kemajuan bolasepak negara.

Peanuts for landowners, millions for cronies

The moment your land is eyed by the greedy Umno cronies, that’s it. It will be taken away from you in the name of development.

By Chua Jui Meng
Now the Malays are beginning to see through Umno’s 55 years of misleading the community to enrich themselves, their families and cronies.
It sure took a long time for the Malay Chamber of Commerce Malaysia and several non-governmental organisations to finally see the real problem – the super corrupt and greedy Umno.
Chamber president Syed Ali Alattas lamented that the Malays in Johor are the poorest in Malaysia, with cost of living skyrocketing due to the significant presence of foreigners (Singaporeans) residing in the state.
He also pointed to the fact that 80% of the former Malay-majority owned Iskandar land was now foreign-owned.
Syed Ali said even the Malays in Kelantan were richer because one can buy more with the ringgit in the east coast state.
The Malays can buy a bungalow for RM200,000 in Kelantan but the same would cost RM1.5 million in Johor.
In the past two decades, thousands of acres of Malay ancestral land had been “robbed” by former Menteri Besar Muhyiddin Yassin and now the Ghani Othman-led Johor government is using the Land Acquisition Act 1960.

SPAN tidak tegas ambil tindakan ke atas SYABAS, Puncak Niaga, kata CAWP

CYBERJAYA, 18 Jan — Gabungan Menentang Penswastaan Air (CAWP) mengkritik Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kerana tidak tegas mengambil tindakan ke atas dua syarikat konsesi air, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan Puncak Niaga, di atas masalah bekalan air di negeri tersebut.
Menurut pengerusinya, Charles Santiago (gambar), pihaknya kecewa atas sikap SPAN yang lambat mengambil tindakan dan seharusnya mengetahui masalah ini sebelum ia berlaku.
“Mereka sudah mengaudit pusat pemprosesan air SYABAS, dan apabila kita tanya apa keputusannya, mereka enggan untuk komen,” kata Santiago dalam sidang media selepas pertemuannya dengan pegawai-pegawai SPAN di sini.
“Sebagai regulator bekalan air, SPAN mesti bertindak cepat.”
Turut hadir dalam pertemuan dengan pegawai SPAN ialah Senator Syed Shahir Syed Mohamud, dan Exco NGO Aliran Sarajun Hoda.
Sementara itu, Syed Shahir berkata, masalah bekalan air di Selangor dapat diselesaikan dengan cepat sekiranya SPAN melakukan kerjanya pengawal selia syarikat pembekalan air.
“Soal yang berlaku sekarang boleh diatasi sekiranya SPAN lakukan tugasnya, iaitu mengambil tindakan ke atas syarikat konsesi yang gagal membekalkan air dengan baik.

Beranikah Najib buktikan Deepak tak kredible?

Dr Dzulkefly Ahmad,
1.Akhirnya PM Najib memecah kesunyiannya tentang satu isu yang buat beberapa minggu ini telah menjadi kebingungan rakyat. Akbhbar BN media-arus perdana menggelapkan samasekali isu ini. Hanya sebuah majalah kewangan berwibawa ‘The Edge’ (24 Dis) ada membuat sedikit liputan dalam bentuk komentar ringkas. Itu pun bersabit urus-tadbir kontroversi yang sangat diralatkan olih plebagai pihak ‘analysts’ dalam bidang kewangan korporat. Ketelusan dan pertanggungjawaban korporat nyata di langgar dalam urusniaga ini.
2. Najib semalam tiba-tiba memecah ‘gag-order’ atau ‘tutup mulut’nya sendiri dengan secara tiba-tiba membuat kenyataan bahawa dakwaan Deepak tidak punya kredibiliti. Setelah banyak kali penafian yang dibuat dek PM ini dalam pelbagai isu termasuk paling mutakhir dalam kes pemberian kontrak LRT Ampang dan George Kent, maka untuk kesekian kalinya dan sebesar isu ini, penafian beliau ditanggapi umum sebagai agak tidak mencukupi dan agak kelewatan..’too little too late’.. untuk merelaikan kegusaran dan memuaskan umum.

3. Setelah seorang yang bernama Deepak Jaikishin, peniaga permaidani yang kini membuat pelbagai dakwaan serta tuduhan salah laku terhadap diri, isteri dan adiknya, maka bersediakah PM Najib, yang kini menuduh Deepak tidak kredible, untuk membuat beberapa penafian secara terbuka seperti berikut:

A. Beranikah Najib membuat penafian bahawa beliau tidak kenal atau tidak tahu menahu tentang Deepak?

B. Beranikah Najib membuat penafian tidak tahu menahu tentang urus-niaga antara Deepak dan Raja Roopiah tentang pembinaan Puspahanas, yang berakhir dengan Deepak ditipu oleh Ketua Wanita Umno Selangor itu yang menjual tanah yang sama yang dijual ke Deepak kepada pihak ketiga?

RM23m for Umno company to play middleman

Wujudkah 'Projek IC' di S'gor, Anwar tanya SPR

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut penjelasan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sama ada modus operandi untuk memberikan kewarganegaraan dan hak mengundi, seperti yang didedahkan dalam siasatan suruhanjaya diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah, juga berlaku di Selangor .

Beliau berkata, kerajaan negeri Selangor telah menjalankan kajiselidik mengenai pengundi baru di negeri itu pada suku keempat tahun 2011, dan terdapat kira-kira 134,000 pengundi baru yang tidak dapat dikesan.

Anwar bertanya adakah mereka ini tergolong di bawah kategori yang sama seperti yang dijelaskan dalam RCI.

"Kita perlu respons segera dari SPR, kerana ia telah berlaku pada masa lalu dan kami mempunyai bukti untuk menyokong hujah tersebut.

"Bolehkah kita mendapatkan jaminan mutlak daripada SPR bahawa ini tidak akan berlaku?" Beliau mempersoalkan semasa sidang akhbar hari ini.

Siasatan RCI: Komander Moro jadi pemastautin tetap

Seorang komander pemberontak dari Filipina yang kini menjadi  pemastautin tetap di Malaysia hari ini berkata dia dan enam komander lain dan pegawai-pegawai dari Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) memasuki Sabah pada tahun 1975.

Memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah, Abdul Khalil Arani, yang juga dikenali sebagai 'komander Janggut' berkata kumpulannya tiba di Sandakan, Sabah, dari Mindanao dalam motorbot MNLF.

"Kami telah kehabisan peluru dan makanan dan kita mahu mencari bantuan dari sebuah negara Islam," kata Khalil merujuk kepada konflik antara kerajaan Presiden Ferdinand Marcos ketika itu dengan penduduk Islam di selatan Filipina.