Khamis, 17 Januari 2013

Amaran: Tipu PRU, Rakyat Bangkit Humban Kamu

PRU13 sebelum tamat mandat DUN Johor


Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan meminta Parlimen dibubarkan untuk membuka laluan bagi pilihan raya umum ke-13 sebelum 21 Mac .Spekulasi terkini bahawa Perdana Menteri akan mendapatkan persetujuan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Mu’adzam Shah Halim untuk pembubaran pada bila-bila masa antara Feb 20 dan Mac 20.Malah pada 21  Mac juga  adalah hari tempoh tamat mandat bagi Dewan Undangan Negeri Johor selepas tempoh lima tahun.
“Dewan Undangan Negeri Johor mengambil sumpah mereka pada 21 Mac. Oleh itu, istilah  tamat mandat adalah pada tarikh yang sama tahun ini.
“Kami menjangkakan Perdana Menteri akan mengadap YDP Agong dan meminta perkenan baginda bagi Parlimen  dibubarkan cara sebelum itu,” kata sumber.

Seorang pegawai Barisan Nasional berkata bahawa dengan membenarkan DUN Johor tamat mandat akan menghantar mesej yang salah bahawa parti pemerintah tidak bersedia untuk menghadapi pengundi.

Kerajaan BN rompak pampasan Jepun?

Subky Latif,
KERAJAAN BN pimpinan Najib tidak menjawab kes pampasan Jepun terhadap mangsa buruh paksa maut keretapi Siam-Burma dari Tanah Melayu musim Jepun dulu.
Mengikut surat dari Kementerian Kewangan kepada Persatuan Bekas Buruh Paksa itu yang ditanda tangani oleh Dato Hajah Zalekha  Hassan pada 29 Mac, 2011 bahawa tuntutan persatuan itu telah diangkat untuk tindakan kerajaan dan prosesnya dimaklumkan kepada Peguam Negara dan Kementerian Sumber Manusia.

Jumlah pampasan itu dikatakan RM207 bilion, dikatakan sudah dijelaskan oleh kerajaan Jepun kepada kerajaan Malaysia.

Surat kementerian itu tidak menafikan wujudnya jumlah pampasan RM207 bilion  dan tidak juga menafikan ia telah dijelaskan oleh kerajaan Jepun.

Persoalannya khazanah untuk 72,000 hamba Jepun itu tidak diketahui apa telah jadi. Waris hamba itu tidak mendapat apa-apa dari duit yang banyak itu. Duit itu jika ditunaikan dalam not kertas RM10 digantung di tali macam poster pilihanraya, digantung bersambung dari Malaysia ke Jepun dan disambung lagi dari Jepun ke arah timur nescaya sampai semula ke  Malaysia masih belum habis lagi. Ia boleh disambung berbelit-belit entah berapa kali sekeliling globe. Demikianlah banyaknya duit RM207 bilion itu. Atau lebih dari separuh hutang Malaysia sekarang.

Siapa kata mereka bukan pendatang asing yang di upah UMNO

Rais Yatim Menteri Yang Membahayakan Masa Depan Najib

Oleh Shahbudin Husin
Di antara menteri kabinet yang ada sekarang, rasanya Rais Yatim adalah yang paling banyak disebut namanya, baik oleh penyokong UMNO mahupun penyokong pembangkang, selepas Najib dan Muhyiddin. Dalam semua agenda politik negara, jarang benar nama beliau tidak terselit sama.

Sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Rais dianggap mengendali kementerian yang kanan berdasarkan ruang lingkup tugas kementeriannya yang agak luas dan penting kepada kerajaan. Kementeriannya bukan saja bertanggungjawab kepada program penerangan, berkaitan industri komunikasi serta pelbagai aspek seni dan budaya tetapi juga mengendali pelbagai sambutan seperti Hari Kemerdekaan, Rumah Terbuka Aidil Fitri, Rumah Terbuka Hari Raya Cina, Rumah Terbuka Krismas, Rumah Terbuka Deepavali dan juga terlibat dalam pelbagai acara penting kerajaan yang lain.

Yang lebih penting ialah peranannya sebagai jentera induk penerangan kerajaan yang memiliki televisyen, radio dan pelbagai jentera penerangan yang lain. Tetapi paling banyak beliau dikaitkan ialah berkenaan dengan prestasi RTM dan siaran Berita TV1 yang tidak banyak kemajuan daripada dulu.

Sebagai menteri penerangan yang bertanggungjawab memberi penerangan kepada rakyat, Rais juga bebas bercakap apa saja. Apa saja yang difikirkannya perlu diterangkan, maka beliau boleh bercakap. Dengan menguasai RTM pula, apa saja yang dicakapkannya pasti akan tersiar di dalam Berita TV1 dan radio. Bahkan dalam Berita Bahasa Tamil dan Berita Bahasa Cina kerap terpacul wajah dan suaranya. Akhbar juga turut melihat Rais dengan jawatannya itu sebagai pemimpin yang dikira ada nilai berita dan turut memberi liputan kepadanya.

Itulah antara hebatnya menduduki kementerian yang diduduki oleh Rais sekarang ini.

Kenapa gambar bapa Mahathir tak pernah disiarkan?

Cara Mahathir melepas jerat di leher. Katanya Tunku Abdul Rahman lebih teruk darinya dalam memberi IC kepada orang asinng. Begitulah cara Mahathir untuk menyapu najis di ponggeknya. Memanglah tujuan Tunku beri IC kerana ia adalah satu ketetapan atau syarat negara sebagai membalas budi kepada orang asing yang berada di Malaysia sebelum merdeka.

Menerusi dasar apa dinamakan Jus soli Malay Union 1945 yang mahu semua orang asing yang berada dan hidup Tanah Melayu sebelum merdeka automatik mendapat IC. Ia adalah satu syarat atau anugerah kerajaan kepada orang asing. Pemberian itu bukan bertujuan politik seperti Mahathir lakukan di Sabah itu.

Mahathir jangan hendak samakan pemberian beliau dengan Tunku. Pemberian beliau yang dilakukan secara tektikal, secara menjual negara ternyata lebih buruk dari cara Tunku. Cara Tunku jelas dan tidak main sembunyi atau memproses pemberian itu di rumah Mahathir atau Aziz Shamsuddin.

Orang ramai jangan terperangkap dan termakan ludah Mahathir dalam hal ini. Mahathir dengan Tunku jauh bezanya dan jauh kemuliaan kepada negara. Sekarang sudah jelas lagi bersuluh bahawa pencemaran di dalam senarai SPR kotor dan jijik salah satunya ia dilakukan oleh Mahathir. Selamat, Tukar.~ Mso

P/S:
Kenapa gambar bapa Mahathir tak pernah disiarkan?
Kerana tak mahu identiti sebenar MELAYU bernama Mahathir ni didedah... Hilang periuk nasi beb...

Yang Mana Satu Kita Hendak Percaya?

Oleh A Kadir Jasin
ZAMAN saya kanak-kanak dan remaja dulu, hidup susah tetapi hati kita umumnya senang. Ada makan, ada pakai dan ada rumah robek cukuplah. Itu zaman penjajah dan zaman awal merdeka.
Alhamdulillah, hasil kemerdekaan hidup menjadi lebih senang. Makan lebih daripada mencukupi. Kita tidak sehelai sepinggang lagi.
Rumah robek masih ada tetapi tidaklah sebanyak zaman dulu. Robek-robek pun rumah juga. Yang kita takuti ialah semakin ramai orang kita tidak mampu lagi memiliki sebarang bentuk kediaman – terpaksa menyewa sepanjang usia.
Hari in, yang nampak lebih ketara ialah ramai orang mengeluh, tidak senang hati, marah dan menyampah. Rasa ketidakberdayaan seperti ini adalah negatif dan berbahaya. Boleh membawa kepada gangguan mental.
Mungkin punca ramai orang celaru ialah maklumat yang terlalu banyak, terlalu pelbagai, terlalu pantas dan disalurkan pula melalui terlalu banyak medium – arus perdana, pro pemerintah, anti perintah, pro pembangkang, anti pembangkang, bebas, berkecuali dan macam-macam lagi. Zaman saya hanya ada Radio Malaya, Utusan Melayu, Warta Negara, Straits Times dan Straits Echo.
Kemelut Nilai RM
Ambil contoh akhbar arus perdana The Star hari ini. Satu laporan mengatakan harga keperluan perayaan Tahun Baru Cina naik kerana kadar tukaran mata wang ringgit.
Antara lain, laporan dari Georgetown itu berkata, harga barangan perayaan TBC yang diimport dari China dan Negeri Thai naik antara 5% dan 10% “kerana perbezaan mata wang”.

Zohra 'Listen" cetus masalah

Oleh Syed Imran
Dek keceluparan dan kesombongan seorang perempuan keturunan India Muslim, beberapa pihak terkena tempiasnya termasuk UMNO, Barisan Nasional, Universiti Utara Malaysia (UUM) dan tidak terlepas mereka yang bergelar 'Sharifah' atau 'Syarifah' ikut ejaan baku Bahasa Melayu.


Wanita yang pernah memegang jawatan timbalan ketua wanita Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) itu bernama Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin. Namanya itu membawa masalah kepada Sharifah atau Syarifah yang bernasab kepada Sayidina Hussein r.a.
Sharifah/Syarifah berkenaan terkena tempias itu semata-mata kerana nama sedangkan ia tiada kaitan sama sekali. Mungkin ada yang berkata apa ada pada nama dan gelaran atau nama Sharifah/Syarifah kerana ia bukan hak mutlak sesuatu kaum atau keturunan. Benar, ia bukan ekslusif tetapi lazimnya ia dikaitkan dengan nasab atau silsilh/salasilah perempuan keturunan Sayidina Hussein r.a. 
Yang pasti, Sharifah Zohra Jabeen bukan keturunan Arab tetapi India Muslim dan kita sedar ada India Muslim yang mempunyai nama bermula dengan "Syed" walaupun bukan bernasab kepada Sayidina Hussein r.a.. Mungkin ada sebab atau alasan tertentu yang mereka berbuat demikian.

IC warga asing: Gantung tugas Timbalan Pengerusi SPR!

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) memandang serius akan pendedahan dua orang saksi yang memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung dakwaan pemberian kewarganegaraan untuk jadi pengundi di Sabah.

Kedua-dua saksi yang merupakan bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negeri Sabah mendedahkan bagaimana wujud campurtangan langsung melibatkan tokoh-tokoh Umno termasuklah Tun Dr Mahathir Mohamad serta Tan Sri Abd Aziz Shamsuddin dan Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob.
 Modus operandi yang dilaksanakan ialah dengan memproses kad pengenalan biru kepada pendatang asing bagi membolehkan mereka mengundi selaku 'pengundi berdaftar'.
Beban pembuktian paling besar kini berada di tangan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Isu pengundi hantu merupakan isu yang secara konsisten diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat di dalam kempen saban waktu.
Dan dalam setiap keadaan juga, SPR konsisten mempertahankan bahawa tidak ada pengundi hantu di dalam sistem pilihanraya Malaysia usai 55 tahun kemerdekaan.
Pendedahan di dalam Suruhanjaya Di Raja ini membuktikan secara jelas bahawa Projek IC yang didakwa sebelum ini ternyata wujud.
Terdahulu pada tahun lepas tersebar luas pendedahan oleh seorang bekas staf Jabatan Pendaftaran Negara yang juga merupakan tahanan ISA, Yakub Damsah mengenai Ops Gembleng yang dilaksanakan untuk memastikan pertambahan pengundi melalui pemberian Kad Pengenalan Biru kepada warga asing untuk memastikan Barisan Nasional menang dalam PRU 1995.

SUDAH KANTOI....UMNO JANJI MENIPU KATA NAK BERI PELAJARAN PERCUMA MENJELANG 1982!!!!


KERATAN AKHBAR UTUSAN MELAYU SEBAGAI SAKSI BERBICARA....
JANJI DICAPATI!!!

Janji sudah 30 tahun berlalu.

UMNO/BN kata akan berikan pendidikan percuma menjelang tahun 1982 apabila semua dasar pelajaran kebangsaan terlaksana sepenuhnya.

Ini janji Menteri pelajaran ketika itu Dr Mahathir Mohamad.

Kalau bab pelajaran pun UMNO sanggup menipu dan mungkiri..Apa lagi perkara lain beb!!!

Sebab itu janji dan kata-kata UMNO langsung tidak boleh dipakai.

JANJI DAN KATA UMNO BOLEH DIPERCAYAI...KERBAU BOLEH PANJAT POKOK KELAPA.

Dr Mahathir: Saya beri kerakyatan ikut undang-undang...ha..ha...satu dunia tahu ler tok ki det..!!! hang dah kantoi...!!

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah semasa pentadbirannya. Namun katanya, pemberian kerakyatan itu dilakukan mengikut undang-undang. Menurutnya, apabila menjadi perdana menteri, beliau berkuasa dalam menentukan pelaksanaan dasar- dasar kerajaan.
“Malaysia menerima rakyat asing menjadi warganegara jika mereka memenuhi syarat- syarat tertentu dan ramai (rakyat asing) yang berada di Sabah melebihi 20 tahun dan bercakap dalam Bahasa Melayu.
“Mereka( rakyat asing) berhak menjadi rakyat dan yang menjadi masalah ialah ada orang tidak senang jika ada orang lain menjadi rakyat Malaysia walaupun mereka (rakyat asing) memang tinggal di Malaysia. Itu yang menimbulkan masalah,” katanya pada sidang media selepas program Bicara Minda Tun Dr Mahathir Mohamad di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.

240,000 petugas SPR terlibat pada PRU13....1,000 ribu pengundi awal setiap parlimen..????

KUALA LUMPUR - Seramai 240,000 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan terlibat dalam memastikan kelancaran proses Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.
  
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata jumlah itu meningkat daripada kira-kira 180,000 petugas SPR pada PRU-12 tahun 2008.
  
Beliau menjelaskan pertambahan petugas itu disebabkan beberapa faktor seperti jumlah pengundi yang bertambah saban tahun.
  
"Sehingga suku ketiga 2012, terdapat seramai 13.1 juta pengundi berdaftar dengan SPR. Sekiranya pilihan raya diadakan selepas bulan Mac, kita menjangkakan pertambahan seramai 164,000 pengundi lagi yang didaftarkan pada suku keempat tahun lepas," katanya.
  
Beliau berkata demikian pada sesi taklimat PRU-13 dan isu-isu berkaitan proses pilihan raya kepada petugas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Wisma Bernama di sini, hari ini.

TMJ nafi anggota Timbalan Setia Negeri berada di Stadium Sultan Muhammad IV


Gambar Askar Timbalan Setia Negeri Johor 150x150 Isu JMF: Gambar JMF di Perlawanan Johor VS Kelantan. Perlawanan Bola Sepak @ Perang? JOHOR BAHRU - Anggota tentera yang kelihatan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baharu ketika perlawanan bola sepak antara Johor Darul Takzim dan Kelantan dua hari lepas merupakan anggota komando Rejimen 21 Grup Gerak Khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan mereka yang lengkap bersenjata itu merupakan anggota tentera daripada pasukan Timbalan Setia Negeri Johor (TSN).
"Mereka (anggota Gerak Khas) berada di stadium kerana menerima arahan yang menyatakan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan mencemar duli menyaksikan perlawanan itu," titah baginda pada sidang media di kediaman baginda di sini hari ini.
Baginda bertitah kehadiran anggota Gerak Khas itu merupakan persediaan keselamatan sekiranya Sultan Johor, yang juga Kolonel Komandan GGK menyaksikan perlawanan terbabit.
Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor bertitah kehadiran anggota Gerak Khas itu merupakan prosedur biasa yang telah ditetapkan dan tidak perlu dijadikan isu oleh mana-mana pihak.
"Kita boleh tanya kepada para pegawai mereka (Grup Gerak Khas), mereka ditugaskan bersedia untuk kehadiran Sultan Johor," titah baginda.

Dr M: Jika terima sepina, saya akan hadir dalam inkuiri RCI

SHAH ALAM, 17 Jan — Tun Dr Mahathir berkata sedia memberikan keterangan dalam inkuiri Suruhanjaya Diraja pemberian kad pengenalan kepada pendatang haram di Sabah sekitar 1993-1994 jika beliau disepina dan menegaskan tidak akan menolaknya.
Menurut Mahathir perkara tersebut pernah dilakukannya sebelum ini semasa memberikan keterangan dalam inkuiri suruhanjaya siasatan video Datuk V.K. Lingam beberapa tahun lalu.
“Belum. Belum lagi tapi jika mereka suruh saya pergi, saya akan pergi.
“Saya tidak pernah menolak sebarang sepina terhadap saya. Saya pernah menghadiri semasa memberikan keterangan sebelum ini, tapi melibatkan siasatan lain,” kata Mahathir dalam sidang media di Karangkraf petang tadi.
Mantan perdana menteri sebelum itu turut menyatakan pendiriannya memberikan status kewarganegaraan kepada warga asing di Sabah adalah mengikut undang-undang dan tidak menyalahi mana-mana peruntukan.
“Semasa saya jadi perdana menteri, memanglah saya berkuasa menentukan pelaksanaan dasar kerajaan.
“Kerajaan menerima warga asing jadi warganegara jika memenuhi syarat tertentu, malahan mereka yang berada di sana bukan satu dua hari tetapi sudah 20-30 tahun dan mereka bercakap bahasa Melayu, berhak jadi rakyat Malaysia,” kata beliau.

PRU13: Tun M ramal BN ‘menang kosong’..Kerajaan Najib lemah..!!!

Beliau melihat kerajaan sedia ada agak lemah kerana masih takut dalam isu demokrasi.

SHAH ALAM: Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan Barisan Nasional tidak mungkin  memenangi undi majoriti tetapi  masih diberi mandat memerintah kerajaan pusat selepas pilihan raya umum 13 (PRU13).
Menurut Dr Mahathir, beliau melihat kerajaan sedia ada agak lemah kerana masih takut dalam isu demokrasi.
“Kalau PRU katalah merosot lagi, kalau pun menang lagi ia adalah ‘empty victory’.
“Kalau nak perintah negara,  saya berpendapat negara membangun seperti di sini perlu pada kerajaan yang berwibawa dan kuat.
“Pemimpin kenalah berani sikit. Kalau pemimpin pun penakut maka habislah,” katanya dalam program Bicara Minda Tun Dr Mahathir Mohamad bertajuk “Masa Depan Melayu & Islam Selepas PRU13″ di sini.
Katanya, kerajaan dilihat agak bimbang kalau bertindak salah dalam menentukan isu demokrasi, mereka mungkin akan kalah lebih teruk dan hilang kuasa.
Beliau berkata, ini jelas dilihat apabila kerajaan tidak berani bertindak menggunakan kekerasan, bahkan terus menghapuskan segala kuasa yang dimiliki seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
‘Bila kuat orang tak berani cabar’
“Ini soal kuat dan lemah…Bila kita kuat orang tak berani cabar kita, bila kita kuat kita ada autoriti (dan) majoriti sokong kita .

PRU13: Orang Melayu ada 2 pilihan, kata Mahathir...!!! Sokong Pakatan Tinggalkan BN.....

SHAH ALAM – Di sebalik demam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin dirasai, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan orang Melayu bahawa mereka bukan sekadar bakal berhadapan dengan pilihan raya umum biasa, sebaliknya bakal menentukan percaturan survival masa depan.

Dalam mencapai matlamat itu, bekas Perdana Menteri berkata, orang Melayu sebenarnya boleh membuat keputusan sama ada yang akan mendatangkan kebaikan ataupun keburukan terhadap masa depan bangsa mereka sendiri.

PRU13 dilabel sebagai ibu kepada segala pilihan raya umum negara ini.

Malah katanya, “orang Melayu boleh membuat pilihan yang akan memberi kebaikan hanya pada masa ini tetapi masa depan yang akan terkubur.

“Jadi, apa yang kita nak ramal untuk masa depan kita?

“Saya berpendapat, orang Melayu cuma mempunyai dua pilihan.

"Bagi yang sedar, mereka akan mempertahankan kedudukan mereka dan bagi yang tidak sedar, mereka akan berkata keadaan adalah biasa... kami orang Malaysia dan kita tidak perlu kaitkan diri kita dengan Melayu lagi, kita juga akan berjaya,” kata negara ini yang dilihat akan memainkan peranan penting dalam menentukan arah aliran sokongan pada PRU13.

Mali: African generals fast-track regional force

French troops engage with militants in Mali

Syria and Iran in bank deal as UN condemns University attack

Perubahan KL Dulu Vs Sekarang

PENDIDIKAN PERCUMA : BN JANJI TAHUN 1982....JANJI DICAPATI


Terkuburnya Kompenan BN : Mahkamah kekal keputusan ROS batal pendaftaran SNAP

Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini mengekalkan keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan pendaftaran Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) pada 2002.

Keputusan itu diputuskan panel hakim lima anggota selepas parti politik itu gagal mematuhi notis ROS meminta parti itu mengemukakan bukti krisis kepimpinan parti itu telah selesai.

Mahkamah membenarkan rayuan ROS untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada Jun 2010 yang mengekalkan pendaftaran parti itu.

Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong yang mengetuai panel itu memutuskan ROS mempunyai bidang kuasa mengikut Seksyen 16 (1) Akta Pertubuhan 1966 untuk mengarahkan parti menyelesaikan pertikaiannya.

Abdull Hamid berkata keputusan membatalkan pendaftaran SNAP berikutan kegagalan SNAP mematuhi notis ROS dan menambah tiada alasan diperlukan di bawah undang-undang itu.

"Tiada bukti wujud niat buruk atau berat sebelah terhadap SNAP apabila ROS bertindak mengikut Seksyen 13(1)(c)(ix) (Akta Pertubuhan). Tindakan (ROS) lebih bersifat pentadbiran berbanding kuasi-kehakiman, walaupun hak SNAP terjejas," katanya.

Listen : Hujah Bawani jauh lebih baik - Ambiga


KUALA LUMPUR: "Hujah dia jauh lebih baik dari moderator," kata Pengerusi Bersih 2, Datuk Ambiga Sreenevasan (gambar) ketika mengulas hujah yang diberikan  Bawani KS dalam video klip popular, Listen..listen..listen.

"Her argument outdid the moderator’s (Sharifah Zohra)," tulis bekas Pengerusi Majlis Peguam itu dalam sms nya kepada The Malaysian Insider.

Bawani, pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) ketika bercakap dalam forum 'Seiringkah mahasiswa dan politik?' anjuran Kelab Wanita 1 Malaysia (KW1M) berkata tidak wajar Ambiga dituduh punca 'anarkis' di negara ini.

Beliau juga membela Datuk A Samad Said yang juga diberikan nama buruk dalam forum itu. Akibatnya, moderator forum itu, Sharifah Zohra yang juga Pengerusi KW1M menyekat beliau dari terus bercakap dengan menyebut perkata 'Listen' berulang kali.

Video itu menjadi klip video paling top di Malaysia dengan lebih setengah juta iaitu 665,651 telah menontonnya sehingga berita ini ditulis.

Perkataan 'Listen...listen...listen' kini menjadi trend dalam politik Malaysia dan pelbagai pihak mengaitkan pendapat mereka dengan perkataan ini.

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan telah membuat satu sajak khas mengenainya bertajuk 'Listen...Listen to Me ! Let Me Speak ..'.

Selain itu, baju T (gambar) juga direkabentuk menggunakan perkataan ini.

Fitnah Pisau.net untuk tutup skandal Zambry


KUALA LUMPUR: Tindakan blogger Umno menarik balik tuduhan terhadap Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham dan Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Meng berhubung pemberian tanah membuktikan cubaan Umno BN untuk memburukkan-burukan Pakatan Rakyat.

Berminggu-minggu akhbar Umno Utusan Malaysia memainkan isu ini untuk memfitnah Pakatan Rakyat adalah semata-mata untuk menutup skandal yang membabitkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin percaya Umno sengaja membuat fitnah itu untuk mengalih pandangan masyarakat dari skandal melibatkan pemberian projek kepada pegawai khas Zambry.

Sebelum ini, Nizar pernah mendedahkan di sidang Dun Perak berhubung satu perjanjian antara pemilik tanah Rumah Perak iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dengan Syarikat Al Creative Developers Sdn Bhd di mana ianya mempunyai hubungan dengan pegawai khas Zambry.

Beliau menjelaskan, perjanjian pembangunan tersebut berdasarkan kepada BOT (build operate transfer) di mana pemaju akan diberikan konsesi selama 30 tahun untuk mengurus Rumah Perak.

Pengkhianat Negara : Mahathir mengaku beri IC pada warga asing

SHAH ALAM 17 Jan: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengaku bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah semasa mentadbir negara.
Beliau bagaimanapun cuba mengalih kesalahan tersebut dengan mendakwa bapa kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman melakukan perkara “lebih teruk” dalam tindakan berkenaan.
“Kita patut tengok balik dan ingat. Tunku Abdul Rahman lebih teruk daripada saya. Dia beri sejuta kewarganegaraan kepada mereka yang tidak layak. Jadi kenapa apa yang dia (Tunku Abdul Rahman) buat tak salah dan apa yang saya buat ini salah?
“Ya saya memang buat (beri kad pengenalan), tetapi mengikut undang-undang,” katanya dalam sidang media selepas program Bicara Minda Tun Mahathir di Shah Alam, lapor Malaysiakini.
Turut hadir pada program itu ialah bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Semalam, dua bekas orang kanan Mahathir ketika memberi keterangan dalam siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah, mengaku memberi kewarganegaraan kepada mereka untuk menjadi pengundi.

ANALISA PILIHAN RAYA UMUM: Melayu Wajib Baca.. !

"Orang Melayu wajib fahami fakta ini. Mamak bodoh sombong macam si Sharifah Zohra Jabeen tu, tak perlu baca.

Kalau si Sharifah Zohra Jabeen tu baca sekalipun, dia tidak akan faham kerna kepala otak dia telah dirasuk oleh fahaman syaitan jenama Umno.

Perhatikan fakta di sini

MELAYU SEMAKIN BERKUASA BILA PAKATAN RAKYAT MENANG.

- Semasa pilihan raya umum ke-11, BN bergaya dengan kemenangan 198 kerusi, manakala pembangkang hanya memenangi 21 kerusi. Wakil rakyat (parlimen) Melayu pada masa itu hanya 123 orang.

- Semasa pilihan raya umum ke-12, BN menang hanya 140 kerusi, manakala Pakatan Rakyat berjaya memenangi 81 kerusi. Hasilnya wakil rakyat (parlimen) dari bangsa Melayu bertambah menjadi 130 orang!

- Carta di atas dengan jelas menunjukkan bilangan ahli parlimen Melayu bertambah bila kerusi untukPakatan Rakyat bertambah. Dalam masa yang sama kerusi untuk BN berkurang. Ini membuktikanMELAYU SEMAKIN BERKUASA BILA PAKATAN RAKYAT MENANG.

Kepada Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin, kalau kamu bukan perempuan murahan, kalau kamu perempuan yang punya harga diri, kamu sambut cabaran ini.. !

Ingat baik-baik, menipu itu budaya Umno!
Tak percaya? Baca buktinya di sini.

KEHADIRAN JOHOR MILITARY FORCE (JMF) DISTADIUM SULTAN MUHAMMAD IV, KOTA BHARU

SIAP BERSENJATA DALAM PERLAWANAN BOLASEPAK ANTARA JOHOR DENGAN KELANTAN CETUS KONTROVERSI!!!!!!.

Gambar Johor Military Force JMF Isu JMF: Gambar JMF di Perlawanan Johor VS Kelantan. Perlawanan Bola Sepak @ Perang?
Isu JMF Johor : Omakkau fikirkan dengan ada FRU cukup untuk menjaga keadaan dan persekitaran di dalam stadium ketika perlawanan berlansgung. Sangkaan kami meleset. Rupanya ketika berlangsungnya perlawanan Johor VS Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke IV tempoh hari memerlukan kelibat “tentera swasta” merujuk kepada Askar Timbalan Setia Negeri Johor (Johor Military Force JMF) sekitar 6 orang lengkap beruniform dan bersenjata rifle M4 carbin untuk menjaga keselamatan pegawai dan pemain Johor. Hebat…..
Pasukan bola sepak Angkatan Tentara Malaysia (ATM) sendiri pun tidak bertindak sebegitu rupa. Mengapa JMF pula….? Ini hanya perlawanan bola sepak bukannya peperangan. Berlawanan bola sepak pun dengan bangsa sendiri dan rakyat Malaysia. Jadi?
Nampaknya, kelihatan apabila melibatkan “tugas luar”, mereka menggunakan uniform Regimen Gerak Khas (RGK). Siapa berikan mereka kebenaran untuk menggunakannya semasa mereka ini dihantar ke Kelantan? Jika tahu siapa pemerintah Kem Iskandar, anda akan tahu jawapannya……
Regimen Gerak Khas RGK Johor Isu JMF: Gambar JMF di Perlawanan Johor VS Kelantan. Perlawanan Bola Sepak @ Perang?
Berdasarkan semakan Omakkau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai hak dan kuasa untuk menahan JMF semasa berada di Kelantan. Boleh ditahan atas 3 sebab :
  1. memiliki senjata tanpa permit
  2. membawa senjata tanpa permit/kebenaran
  3. memasuki negeri Negeri Kelantan tanpa kebenaran apatah lagi dilihat beruniform lengkap dan bersenjata
Dan kerajaan negeri Kelantan mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang melarang “tentera swasta” ini (merujuk kepada JMF) daripada memasuki negeri Kelantan.
JMF hanya untuk negeri Johor sahaja. Jikalau diikutkan JMF in hanyalah di dalam kategori Perkhidmatan Sokongan di dalam Senarai Perkhidmatan Kerajaan. Jadi timbul 3 persoalan kami di sini…
  1. Bagaimana pendirian FAM dalam perkara ini?
  2. Apa kelebihan JMF kerana dibenarkan masuk ke stadium dengan bersenjata?
  3. Adakah kuasa JMF lebih tinggi dari Polis & tentera Diraja Malaysia?
Mengapa masuk negeri orang dengan cara yang sebegini rupa? Setiap pemegang senjata api kena PATUH pada terma dan syarat yang diberikan oleh PDRM. Tidak kira ADUN atau Ahli Parlimen atau….

Orang Melayu perlu merdekakan jiwa dan minda

Kita sudah sampai ke penghujung penggal pilihanraya dan pemilihan itu akan diadakan dalam beberapa minggu sahaja lagi. Kali ini merupakan pilihanraya yang berkeadaan yang paling rumit dan mencabar bagi BN dan masa yang paling baik bagi Pakatan Rakyat untuk menunjukkan mereka (PR) sebagai ‘coalition’ alternatif yang akan menjadi pengganti kepada pemerintahan BN. UMNO sudah dianggap terlalu usang oleh sebahagian besar rakyat negara ini.
Tanda yang paling jelas UMNO itu usang ialah ketidak-mampuan untuk mengubah keadaan dan persepsi buruk rakyat terhadap parti itu dengan keseluruhan kepimpinannya. Banyak pihak telah mengkritik dan memberikan pandangan yang berbagai-bagai untuk memperbaiki parti itu tetapi UMNO tetap dengan sikap dan perangai yang sama tanpa ada tanda-tanda untuk berubah kepada kebaikan.
Segala kesalahan moral dan jenayah yang dilakukan oleh UMNO dan BN selama ini tetap terus berlaku dan rakyat sudah tiada pilihan selain dari melakukan yang drastik terhadap parti pemerintah itu. Betul lah kata setengah pendapat orang, keadaan ini adalah kehendak yang ‘natural’ dan ianya berlaku kepada semua parti-parti dan pertubuhan siasah yang sudah lama dan usang dimana-mana.

Dakwaan lantik Nizar kerana rasuah diadu ke Istana Perak

“Rakyat itu tuan” - Ketua Pemuda DAPSY


Profil
Nama : Teo Kok Seong
Umur : 33 tahun
Jawatan : Ahli Dewan Undangan Negeri Bahau (N8) Negeri Sembilan
Jawatan dalam parti: Ketua Pemuda DAPSY
Pengalaman: Pegawai Pemasaran Antarabangsa Kolej Stamford
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Pemasaran Kolej Stamford

Dalam usia awal 30-an serta sudah berumahtangga, Teo Kok Seong mempunyai pelbagai pengalaman sebagai tokoh muda yang boleh dikongsi dengan golongan muda yang berminat untuk menceburi bidang politik. Ikuti wawancara khas wartawan Roketkini.com, Hafiz Zainuddin mengenali dan mengintai sudut pandang dari pengalaman beliau menempuh rintangan dalam perjuangan demi Malaysia tercinta.


Bila saudara mula menceburi bidang politik?
Saya menyertai parti sejak tahun 2002, selepas tamat belajar di universiti dan pada tahun 2008 saya dipilih menjadi calon pilihanraya dan memenangi kerusi DUN Bahau.
Sejak bila dan faktor yang menarik saudara untuk berpolitik?
Memang sejak saya masih belajar, saya sudah mula aktif dengan politik dalam kampus. Dan ketika itu, kita pun sudah tahu ramai pemimpin-pemimpin parti oposisi dipenjarakan seperti Lim Guan Eng, Karpal Singh,dan lain-lain semata-mata mempertahankan hak rakyat Malaysia.
Ini adalah antara faktor yang mendorong saya untuk lebih berminat dengan politik.
Pada masa yang sama, tidak boleh dinafikan ada juga pengaruh dari keluarga saya. Ayah saya sendiri adalah penyokong DAP. Kalau ada ceramah, biasanya dia akan bawa kami bersama.
Apabila kita menyertai parti politik, kita boleh lakukan sesuatu untuk membela dan membangunkan masyarakat selama ini, bukan semua rakyat terbela. Ramai yang tertinggal, atau tidak diberi perhatian.
Masalah utama generasi muda?

“Listen”: UMNO-BN runtuh budaya intelektual, AUKU jadi alat perbodoh mahasiswa


KUALA LUMPUR, 17 JAN:Setelah 40 tahun Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)  dikuatkuasakan ke atas semua institusi pengajian tinggi di Malaysia, dunia akademik yang sepatutnya merayakan perbezaan pemikiran, percambahan idea kritis dan intelektual, telah menjadi terbantut.
Setiausaha Eksekutif  Biro Pendidikan Politik DAP, Mazir Ibrahim, berpendapat insiden dalam satu forum di Universiti Utara Malaysia (UUM) Disember lalu yang bertukar menjadi ‘majlis serang mulut’ moderator Sharifah Zohra Jabeen terhadap seorang pelajar, KS Bawani, yang hanya bertanya soalan.
Dalam insiden itu, Sharifah Zohra telah memalukan dirinya sendiri apabila mengherdik, memandang hina serta memberi jawapan dangkal terhadap soalan dan komentar Bawani sehingga ia menjadi bahan jenaka di kalangan rakyat Malaysia khususnya golongan mahasiswa negara ini.
“Beliau (Sharifah) sebagai pembimbing seharusnya memperagakan nilai intelektual dan terbuka, baik sebagai fasilitator atau pensyarah. Malangnya, sikap yang ditunjukkan beliau memperlihatkan hegemoni akademia yang selama ini dibelenggu AUKU.
“Tindakan Sharifah Zohra secara tidak langsung mencerminkan sikap pemimpin Barisan Nasional (BN) yang angkuh untuk menerima perbezaan pendapat atau kritikan secara terbuka apa lagi ia dari kalangan orang muda yang terpelajar,” jelas Mazir.
Menurut beliau, pusat pengajian tinggi negara ini bukan saja gagal mengamalkan sifat keterbukaan malah bertukar sebagai pusat indoktrinasi minda mahasiswa.

Najib, nak dengar kata rakyat atau nak rakyat ubah kerajaan?

Oleh Lim Kit Siang

Apabila klip video “listen, listen, listen!” seorang pendokong 1Malaysia Sharifah Zohra Jabeen memandang rendah pelajar tahun dua undang-undang Bawani KS  tersebar luas, ia mencerminkan mencerminkan dua kegagalan dasar Datuk Seri Najib Razak sepanjang empat tahun menjadi perdana menteri.
Pertama, kegagalan program “transformasinya”, sama ada kerajaan, ekonomi, politik, pendidikan atau sosial yang semuanya bersandarkan prinsip ”era kerajaan tahu semua telah berlalu”.
Kedua, kegagalan dasar 1Malaysia untuk mewujudkan negara yang mana rakyatnya melihat diri mereka rakyat Malaysia dahulu kemudian barulah kaum, agama, tempat atau latar belakang ekonomi.
Sekiranya pelbagai program transformasi Najib berharap untuk berjaya, ia haruslah bersandarkan komunikasi dan dialog dua hala antara pemerintah dengan yang diperintah dan bukannya “listen, listen, listen!” secara satu hala dipaksakan ke atas yang diperintah oleh pemerintah.
Kes Azrul dan Bank Islam
Adakah Najib dan kerajaan UMNO-BN bersedia untuk “listen, listen, listen”?
Jelas sekali tidak. Jika benar bersedia untuk mendengar pastinya Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin pasti tidak akan digantung kerja berikutan laporan media berkenaan pembentangannya di Regional Outlook Forum Singapura Khamis lepas yang meramalkan kemenangan tipis Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ke-13.
Sebenarnya, media melaporkan hanya SATU daripada TIGA senario yang dikemukakan oleh Azrul tentang PRU13 berdasarkan kajiannya, iaitu:
* Senario “kemungkinan besar” – Kemenangan yang tipis untuk PR (115 hingga 125 kerusi Parlimen), PR memenangi lapan negeri, iaitu: Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu and Perlis;
* Senario “kemungkinan sederhana” – Kemenangan yang tipis untuk BN (112 hingga 122 kerusi Parlimen), PR memenangi enam negeri, iaitu: Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan; dan
* Senario “kemungkinan kecil” – Kemenangan besar PR (130 hingga 140 kerusi Parlimen),PR memenangi sembilan kerajaan negeri, iaitu: Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu, Perlis dan Pahang; BN secara tipis mengekalkan Johor dan Melaka.
Azrul serta merta digantung daripada Bank Islam apabila media melaporkan senario “kemungkinan besar” bahawa Barisan Nasional akan kalah PRU13 memandangkan BN hanya dapat mempertahankan hanya 97 hingga 107 kerusi Parlimen, tanpa menyatakan ramalannya untuk pilihan raya negeri – bahawa BN akan gagal untuk mendapatkan semula Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan dan akan kalah di empat negeri lain seperti Perak, Negeri Sembilan, Terengganu dan Perlis sementara “mengekalkan Pahang dan Johor dengan tipis”.

Pengarah #KL112 bantah lokasi khusus himpunan awam


Mohamad Sabu KUALA LUMPUR - Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112), Mohamad Sabu berkata saranan supaya veneu untuk mengadakan perhimpunan awam diwartakan oleh kerajaan sebagai tidak sesuai.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Pas berkata, hal ini kerana, himpunan yang lazimnya diadakan bagi tujuan membantah atau pun mengemukakan tuntutan tertentu kepada mana-mana pihak, mestilah diadakan di lokasi yang bersesuaian dengan agenda himpunan itu dianjurkan.

"Kita mahu pelbagai tempat. Tak boleh satu tempat sahaja. Misalnya ada masa kita mahu buat di Petaling Jaya, ada masanya di Kuala Lumpur kita mahu adakan perhimpunan itu. Kadang kita perlu di Stadium Bukit Jalil.

"Ia kena mengikut kepentingan dan suasana. Kalau hendak buat tuntutan tentang royalti minyak, tentu lah di Petronas, kalau kepada polis, mesti kena buat di hadapan Bukit Aman. Jadi tempat tak boleh statik," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Listen : ‘Umno woman’s remark stupid, personal’

Barisan Nasional leaders have distanced themselves from Umno Wanita member, Norhayati Saiddin's attack on law undergraduate KS Bawani.
PETALING JAYA: Umno has distanced itself from the racially charged rants of a member of its Wanita wing against law undergraduate KS Bawani.
Umno supreme council member Saifuddin Abdullah said that Norhayati Saiddin’s post, on her Facebook page yesterday, telling Bawani to study in India if she wanted free education was “personal opinion.”
Norhayati had also posted that the Indian community were making too many demands, claiming Indians living in estates in the past never knew what a toilet was before Barisan Nasional came along.
Said Saifuddin: “This lady’s statement is her personal opinion and does not reflect Umno or BN’s stand.
“Her statement is unbecoming, especially in the context of 1Malaysia.”
Other BN leaders have also distanced themselves from Norhayati’s statement.
“It’s uncalled for and a very stupid statement,” said an angry Gerakan secretary-general Teng Chang Yeow.
Calling it an unnecessary comment, Teng said that Norhayati’s statement only reflected the latter’s mentality.
“She should go read the nation’s history before opening her mouth,” said Teng, who added that he would take up the matter with Umno leadership.
MIC secretary-general S Murugesan concurred with Teng’s assessment, saying he did not expect such comments to come from a fellow member of component party.

Don't try to blame Anwar: Sabah RCI confirms Dr M is the 'REAL TRAITOR'

PKR deputy president Azmin Ali called on former premier Mahathir Mohamad to own up and take responsibility for the the influx of illegal immigrants into Sabah, where Mahathir's administration has been accused of "selling" citizenship to economic and social migrants mainly from the Philippines and Indonesia during the 1980s in exchange for them voting in the latter's Umno-BN coalition during elections.
Don't try to blame Anwar: Sabah RCI confirms Dr M is the 'REAL TRAITOR' - Azmin"The special operations was headed by Dr Mahathir and if you look at the testimony by the witnesses, they confirm that the officers and all those involved were directly under the PM's office - the Home Ministery, the NRD, the Immigtaion. All these agencies were under the leadership of Dr Mahathir and so Dr Mahathir must be responsible," Azmin told a press conference on Thursday.
He was referring to a recently-begun Royal Commission of Inquiry into the issue, which has been a sore point with the Sabah people for decades. Not only have the influx of migrants presented a myriad of social and infrastructure problems, Sabahans believed their economic heritage has been threatened as well.
Plot to stymie PR's advance in Sabah: Dr M should "forever shut up"
Azmin, who called on Mahathir to clear his name to the RCI, also revealed a plot to implicate Opposition Leader Anwar Ibrahim in the scandal.
In the past year, Anwar and his Pakatan Rakyat coalition have scored several major breakthroughs in the Land Below Wind, with Umno Supreme Council member Lajim Ukin, who is also the Beaufort MP, and Wilfrid Bumburing, the Tuaran MP and deputy president of Upko, quitting the BN and crossing over to the Opposition along with thousands of supporters.
“I also received information the ultimate goal will relate to Datuk Seri Anwar Ibrahim also.  All the problems in this country is burdened on the de-facto leader and we also expect,” said Azmin.
Meanwhile DAP adviser Lim Kit Siang told Mahathir to "forever shut up" if he is not prepared to volunteer to appear before the Sabah RCI to clear the allegations against him.
"Azmin has raised a very apt and pertinent question – was former Prime Minister, Tun Mahathir guilty of treason in the “IC receipts-for-votes” and “citizenship-for-votes” scams in Project IC or Project M in Sabah in the nineties," Kit Siang said in a statement issued later in the day.
Dr M's confidantes' included his pol sec Aziz Shamsuddin?

Two of Mahathir's closest confidantes - Abdul Aziz Shamsuddin, his political secretary at that time, and Megat Junid, the late former Deputy home Minister - were implicated by witnesses who testified before the RCI a day ago.
"After receiving instructions from then-Sabah NRD chief Abdul Rauf Sani, we were ordered to go to KL and were placed at Pak Aziz Shamsuddin's residence in Kampung Pandan," Malaysiakini reported Yakup Damsah, who was the Tamparuli NRD chief at that time, as saying.
According to Yakup, they were tasked to sign the identity cards that were to be issued to the immigrants, which were subsequently laminated at the NRD headquarters in Petaling Jaya and shipped to the Kota Kinabalu NRD for distribution. "We were briefed about our special assignment by a person not known to us, named 'Mat Nor'. He told us to issue blue identity cards to the immigrants," Yakup added.

Listen : ‘I’ve said worse things about Ambiga’

Wanita Umno member Norhayati Saiddin says this in an apparent apology to law undergraduate KS Bawani and the Indian community.
PETALING JAYA: In an apology for her remarks, Wanita Umno member Norhayati Saiddin said she had posted “worse comments” about Bersih chairperson S Ambiga in the past.
“Since you all demanded an apology…okay…I’m sorry if it made everyone uncomfortable. In fact, I have already apologised earlier and explained the matter,” she wrote on her Facebook.
Norhayati said that she never meant to insult law student KS Bawani or the Indian community.
In her Facebook comments that drew criticism, the Wanita Umno member had said that Bawani should “go to India” if she wanted free education.
She also said the Indian community was making excessive demands, claiming that the community never knew what toilets were before Barisan Nasional came into power.
In her defence, Norhayati said that she never told Bawani to “go back to India” but merely told her to study in India if she wanted free education.
“On the toilets, we must admit that in the early days of our Independence, we never knew what is a toilet. Only when our nation developed did we enjoy such facilities,” she added.
Norhayati said that she never meant to sound racist as she grew up in a multi-racial environment.
“It’s just that some of people of my own race but with different political leanings have made a big fuss out of my comments,” she added.

Forum Pasca #KL112: “Impak dan Halatuju Rakyat” 17 Jan (Khamis)

Sebuah forum bertajuk Pasca #KL112: Impak dan Halatuju Rakyat anjuran Akademi Pak Sako akan berlangsung pada Khamis, 17 Januari bermula jam 8.30 hingga 11 malam.
Forum yang akan diadakan di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) itu akan dibarisi Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali; aktivis politik, Hishamuddin Rais dan penulis lirik, Hasmi Hashim sebagai panelis manakala, Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Najwan Halimi sebagai moderator.
Bagi mereka yang tidak dapat hadir ke KLSCAH boleh mendengar secara langsung melalui Radio Bangsar Utama sebagai penyiar rasmi forum berkenaan.

Listen : Sekat mahasiswa bukti kerajaan mahu kekal berkuasa

KUALA LUMPUR 17 Jan: Pengerusi Biro Pendidikan KEADILAN, Abbas Awang berkata, tragedi KS Bawani bukti kerajaan Umno BN mahu kekal berkuasa dengan menyekat kebolehan anak muda yang kritis walaupun pandangannya baik untuk kemajuan negara.
Selain dihalang meneruskan pendapat tentang isu pendidikan percuma, mahasiswa jurusan undang-undang itu juga dimalukan oleh Pengerusi Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dalam forum mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM).
Abbas menganggap sikap angkuh Sharifah itu tidak beradab dan tidak profesional malah membantutkan pemikiran pelajar.
“Dua aspek perlu dinilai dalam tragedi ini. Pertama, hilangnya adab dalam diri pemimpin seperti beliau (Sharifah). Mengapa angkuh dengan pelajar tersebut sedangkan itu bukan sikap profesional? Ini menunjukkan pimpinan Umno BN mundur ketika berdepan dengan perbezaaan pendapat. Ia akan merugikan masa depan negara.
“Kedua, ruang kebebasan berpendapat perlu diberikan secukupnya. Dengar dengan baik semua hujah berkenaan dan jika tidak bersetuju, bawalah berbincang,” katanya kepada Keadilan Daily.
Kata Abbas, tragedi itu bukan melanda universiti sahaja tetapi semua sektor termasuk peringkat kampung.
“Dalam sektor kerajaan, penjawat awam tidak boleh memberi pandangan berbeza dengan kementerian. Begitu juga di kampung. Jika tidak, mereka terpaksa hadapi pelbagai hukuman atau sekatan bantuan,” jelasnya.

PRU13 : Tarikh-tarikh Dun akan terbubar secara automatik





21 Mac : Johor
26 Mac : N.sembilan
7 April : Pahang
22 April : Selangor
24 April : Perak
26 April : Melaka
28 April : Perlis & Kelantan
29 April : Sabah
2 Mei : Penang & Kedah
5 Mei : Terengganu
28 April Parlimen Malaysia Automatik terbubar.

Salute : Ibu bapa pakai baju BERSIH terima bantuan RM100

Sekumpulan ibu bapa menarik perhatian umum apabila tampil ke sekolah petang semalam untuk menerima bantuan persekolahan RM100 dengan memakai baju berwarna kuning sempena perhimpunan BERSIH 3.0.
Tindakan sekumpulan 15 ibu bapa pelajar itu turut menjadi buah mulut di laman sosial hari ini apabila gambar mereka dengan pakaian berkenaan dimuatkan oleh pengguna.

NONESeorang daripadanya Wong Chai Soon ketika dihubungi Malaysiakini hari ini berkata, beliau bertindak demikian untuk menyatakan bahawa mereka bukan menerima bantuan itu dengan senang hati.

"Sebenarnya saya memakai baju BERSIH untuk menarik perhatian pihak berkuasa bahawa (apakah) dengan pemberian wang ini membuatkan kita perlu tunduk, bersetuju dan senang hati.

"Sebaliknya, saya menerimanya dengan hati risau dan memikirkan mengenai keadaan negara kita pada masa akan datang," kata Wong Chai Soon yang menerima bantuan tersebut di SMJK(C) Chan di Seremban semalam.

Wong, 45, berkata sekumpulan ibu bapa lain turut memakai baju kuning pada majlis tersebut.

"Saya hanya menerima SMS. Ini inisiatif daripada kawan. Saya hanya terima SMS dan majukan kepada kawan lain. Kawan di pejabat saya pun saya suruh pakai baju kuning. Saya sendiri pakai baju BERSIH," katanya.

Pengkhianat Negara : Bekas pegawai JPN pertahan beri IC kepada pendatang tanpa dokumen

KOTA KINABALU, 17 Jan — Bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini mempertahankan tindakannya memberi kad pengenalan biru kepada pendatang tanpa dokumen, menegaskan penduduk di pendalaman turut tidak mempunyai dokumen.
Bekas pengarah JPN Sabah Datuk Abdul Rauf Sani memberi tahu inkuiri Suruhanjaya Di Raja berkenaan pendatang haram hari ini bahawa kebanyakannya yang tinggal di kawasan pendalaman Sabah seperti Kampung Buaian, Terian dan Ulu Pensiangan tidak mempunyai surat beranak.
“Status mereka seperti pendatang,” kata Rauf kepada RCI hari ini.
“Apa bezanya mereka dan pendatang haram? Kesemua mereka tidak mempunyai dokumen,” tambahnya.

Pengkhianat Negara : Tunku lebih teruk dari saya beri IC pada pendatang, kata Dr M

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bapa kemerdekaan Tunku Abdul Rahman melakukan perkara "lebih teruk" dalam tindakan memberi kad pengenalan kepada warga asing.

Mahathir ketika ditanya pemberita, mengakui bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing semasa pentadbirannya.
NONENamun beliau mendakwa tindakan berkenaan dijalankan mengikut undang-undang.

"Kita patut tengok balik dan ingat. Tunku Abdul Rahman lebih teruk daripada saya. Dia beri sejuta kewarganegaraan kepada mereka yang tidak layak. Jadi kenapa apa yang dia (Tunku Abdul Rahman) buat tak salah dan apa yang saya buat ini salah?
"Ya saya memang buat (beri kad pengenalan), tetapi mengikut undang-undang," katanya dalam sidang media selepas program Bicara Minda Tun Mahathir di Shah Alam hari ini.

Turut hadir pada program itu ialah bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Pasca #KL112 : BN tak takut hadapi PRU13


Kerajaan Barisan Nasional dan komponen parti sepatutnya berasa lega. Kerana perhimpunan pembangkang kali ini gagal. 
Oleh kerana itulah media BN tidak perlu bersusah payah menyiarkan berita-berita yang terpesong dari fakta dan kompas kebenaran seperti apa yang sebenarnya berlaku di Stadium Merdeka. Mereka tidak lagi perlu mencipta angka yang merapu-rapu habuan untuk menyedapkan hati penyokong mereka.

Oleh kerana “kegagalan” himpunan ini terlalu ketara, BN langsung tidak perlu mengadakan “himpunan” diversion untuk cover malu dan tebal muka kerana kehadiran peserta HKR amatlah sedikit. Hinggakan budak pra-sekolah pun boleh mengira dengan tepat jumlah kehadirannya.

Begitu juga dengan para penyokong sejati BN. Mereka tidak lagi perlu mempertahankan maruah mereka yang sememangnya tidak tercalar dengan jumlah angka kehadiran di himpunan HKR ini. Malahan ramai pengikut pembangkang terpaksa memencilkan diri kerana risau diri mereka mendapat malu. 

PRU13 - BN Akan Menang Tiga Negeri Sahaja

KUALA LUMPUR, Bekas Bendahari Umno, Tun Daim Zainuddin (gambr) meramalkan Umno BN hanya menang di Johor, Melaka dan Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan selainnya dimenangi Pakatan Rakyat.

Daim berkata demikian dalam wawancara eksklusif bersama akhbar harian Cina, Nanyang Siang Pau yang diterbitkan hari ini, seperti dilaporkan Malaysiakini. Daim turut dipetik sebagai berkata, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak kini umpama “jeneral tanpa askar” dalam berdepan cabaran PRU.


“Perdana Menteri dan pemimpin utama lain sudah pun melakukan lebih dari cukup. Maka situasi semasa mereka umpama ‘jeneral tanpa askar’.
“Di manakah askar-askar BN? Pemimpin di peringkat cawangan dan bahagian perlu lebih proaktif melibatkan diri dengan orang ramai,” kata Daim.

Daim turut meramalkan agak sukar untuk Umno BN mengekalkan Sabah dan Terengganu ekoran krisis dalaman parti itu di kedua-dua negeri itu. Mengenai Negeri Sembilan, Daim tidak menolak bahawa Pakatan Rakyat berpeluang cerah untuk menang di situ ekoran gabungan KEADILAN, PAS dan DAP hanya memerlukan sekurang-kurangnya enam kerusi untuk membentuk kerajaan.

Apahal sampai 25 syarat yang dikenakan untuk adakan ceramah ni?

Polis Daerah Serdang menetapkan 25 syarat kepada Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok untuk mengadakan ceramah politik di Bandar Puchong Jaya, dekat sini yang dijadualkan hari ini.

Adun Kinrara itu berkata, syarat itu ditetapkan oleh Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Abd. Razak Elias tiga hari lalu dan beberapa daripadanya amat tidak munasabah

Tokoh DAP itu juga mendakwa, pihak polis mencetak 1,500 naskah notis kepada penduduk persekitaran tapak ceramah bagi menggalakkan orang ramai membantah ceramah berkenaan.

Antara syarat yang dikenakan oleh polis Serdang ialah unit amal PAS tidak dibenarkan mengawal kenderaan lalu-lintas kerana boleh membangkitkan perasaan provaksi masyarakat awam yang tidak terlibat dengan program tersebut.

Ketua polis daerah mempunyai kuasa untuk menyuraikan perhimpunan jika peserta melebihi anggaran.

Kerajaan Selangor Sekat Capex Kerana Syabas Didakwa Gagal Patuhi Prosedur

Himpunan end-of-year anti-Lynas 'bash'

SPR: Pendaftaran pemilih naik lebih 100%, dipamer mulai hari ini....naik lebih 100% dalam tempoh 3 bulan..!!!!

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempamerkan Rang Daftar Pemilihan Tambahan (Rang DPT) bagi Suku Tahun 4/2012 di 949 lokasi seluruh negara selama 14 hari bermula hari ini.

SPR telah menerima 243,751 permohonan baru untuk menjadi pengundi pada suku akhir tahun lalu iaitu peningkatan lebih 100 peratus berbandung suku ketiga.

Pada suku pertama tahun lalu, suruhanjaya itu menerima 288,901 permohonan, 154,015 (suku kedua) dan 106,168 (suku ketiga).

Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said dalam kenyataan hari ini berkata, Rang DPT itu melibatkan urusan permohonan pendaftaran sebagai pemilih bagi Oktober, November dan Disember tahun lepas.

"SPR telah menerima sebanyak 295,122 pemohonan pendaftaran sebagai pemilih yang terdiri daripada 243,751 pemilih baharu dan 51,371 pemohonan pertukaran alamat pusat mengundi pemilih yang telah berdaftar dengan SPR.

"Pemohon dinasihatkan menyemak Rang DPT itu. Bagi permohonan pendaftaran baharu jika pemohon mendapati namanya tidak tersenarai, bolehlah membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B dan diserah kepada Pendaftar (Pengarah Pilihan Raya Negeri) bagi kawasan pendaftaran berkenaan," katanya.

Pasca #KL112 : Ia hanya riak-riak air, bukan gelombang kata penyokong BN


Himpunan Kebangkitan Rakyat
Pemandangan dari udara lautan peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka dan kawasan sekitar Sabtu lalu
 
KUALA LUMPUR - Meskipun pembangkang menggambarkan bahawa Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung Sabtu lalu sebagai satu kejayaan besar, yang membawa petanda baik kepada mereka menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), pemerhati melihat ia dari sudut pandang berbeza.

Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara, Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, apa yang berlaku sebenarnya menzahirkan tsunami politik 2008 semakin menjauh.

"Dalam sastera Melayu ada bincang tentang riak-riak yang membawa gelombang. Jadi saya tengok dari segi itu, (memang ada) riak-riak kecil, mungkin ia tidak jadi gelombang tetapi riak sahaja.

"Jadi untuk pilihan raya akan datang, ia soal riak-riak, bukan soal tsunami," katanya pada sidang media Wacana Pra-PRU13: Siapa Jadi Pilihan, di sini, hari ini.

Listen : SW1M was trying to brainwash, says Bawani

She claims this was obvious from the visuals used and the comments that panellists made.

PETALING JAYA: Overnight sensation KS Bawani claims that the Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) seminar that made her famous was an attempt to brainwash university students into harbouring contempt against opposition and anti-establishment figures.
She said this was evident from the visuals used and the comments offered by panel speakers.
“If you see the full recording of the forum, it clearly shows that the forum was an attempt to brainwash students,” said Bawani in an interview with the video portal YobTV.
Bawani, a law student at Universiti Utara Malaysia, shot to fame with the spread in cyberspace of a video showing her being berated by SW1M president Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin for asking a question.
Among other things, Sharifah Zohra told Bawani to go to Cuba or Argentina if she was looking for free education.
Bawani told YobTV that speakers at the SW1M forum labelled Bersih chief S Ambiga an anarchist and questioned Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar’s Islamic credentials.

Ng Suee Lim Minta Polis Siasat Risalah Fitnah

risalah 2
SHAH ALAM 17 JAN : Pakatan Rakyat (PR) Selangor mahu polis menyiasat risalah berunsurkan fitnah terhadap Kerajaan Negeri Selangor yang kini diedarkan kepada ketua-ketua kampung tradisi.
Timbalan Setiausaha DAP negeri, Ng Suee Lim berkata sebaran risalah fitnah yang disebar itu memaparkan berita memburukkan pentadbiran Kerajaan Negeri dengan fakta yang tidak berasas.
Katanya, risalah itu diperolehi melalui kiriman pos kepada tujuh ketua kampung di DUN Sekinchan dan dua ahli majlis DAP dua minggu lalu.
Risalah berbahasa Melayu bersiri itu, mengandungi 10 muka surat, hanya memaparkan nama wartawan dan tidak memaparkan sidang pengarang alamat pencetak dan juga penerbit.
Kandungan risalah itu memaparkan berita mengenai isu-isu semasa yang dimainkan media Pro BN antaranya krisis air.
“Setakat ini, kami dapati ia sudah dikeluarkan sebanyak 21 siri. Kami percaya risalah ini diterbitkan oleh Umno-BN. Tujuannya sama dengan ‘Selangor Terkini’ yang diterbitkan mereka dua tahun lalu.
“Kami kesal dengan apa yang dilakukan pihak mereka. Jika mahu menyerang Pakatan Rakyat biarlah secara sihat, berpolitik secara tertib. Tindakan mereka ini seperti ‘baling batu sembunyi tangan’,” katanya yang juga Adun Sekinchan dalam sidang media di Bangunan Annex, SUK, di sini.
Hadir sama Ketua Penerangan PKR negeri, Shuhaimi Shafei dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman.
Sementara itu, Shuhaimi berkata tindakan yang dilakukan Umno-BN seolah-olah kehilangan modal untuk menyerang Kerajaan Negeri.
“Jika begini cara demokrasi yang diamalkan Umno-BN, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak layak untuk meminta peluang rakyat untuk mentadbir kembali negeri ini.
“Permintaan Najib adalah permintaan kelakar, tidak mungkin rakyat akan memberi peluang itu kerana sudah 11 kali diberi peluang tetapi Umno-BN yang menghancurkan sendiri,” katanya.
Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat oleh Ketua-ketua kampung tradisi DUN Sekinchan semalam di Balai Polis Sekinchan pada jam 3.30 petang.
risalah 1

Nafi tarik balik fitnah terhadap Anwar, Khairy bohong, angkuh & sombong

Kenyataan Khairy Jamaluddin yang dipetik oleh Sinar Harian[1] menyebut bahawa “beliau tidak menarik balik kenyataannya berkenaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tetapi cuma berkata apa yang dipetik itu tidak betul dan tidak tepat”.
Seterusnya, beliau juga cuba memberi gambaran seolah-olah Dato’ Seri Anwar memohon perkara itu diselesaikan di luar mahkamah kerana bimbang dengan perbicaraan penuh.
Kedua-dua kenyataan ini bukan sahaja angkuh dan satu pembohongan, ia juga bertentangan dengan syarat penyelesaian (Settlement Terms) yang dimeterai di dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh kedua-dua pihak pada 16 Januari 2013. Tindakan Khairy yang memutar belitkan persetujuan beliau sendiri di hadapan hakim boleh dikira menghina mahkamah.
Syarat penyelesaian menyebut seperti berikut:
“Since the defendant (Khairy Jamaluddin) is now prepared to say that he did not say the offending words as opposed to the position taken earlier, the matter ends there and stands resolved.”
Khairy dan Pemuda Umno sebelum penyelesaian ini bertegas bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah “pengkhianat perjuangan Melayu” dan “boneka Amerika Syarikat dan Yahudi”.
Malah, dalam transkip ucapannya yang menjadi bahas kes di mahkamah, secara jelas beliau menyebut perkara-perkara ini.
Muka surat 10 transkrip ucapan yang dikemukakan dalam mahkamah:

Barua UMNO : Utusan alat penipuan Umno

Bukan sekali tetapi sudah banyak kali Utusan Malaysia didapati menipu oleh mahkamah dan diarahkan membayar denda, namun ini tidak langsung mengendurkan peranannya untuk terus menipu.

Dalam satu artikel yang boleh dicapai secara online di sini dengan jelas bukan sahaja menulis dengan memutar belit fakta untuk mengelirukan sebaliknya terus menipu.

Dalam keghairahan menipu penulis artikel tersebut dengan selamba menyatakan Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung PKR sebagai pengerusi majlis dalam himpunan di Stadium Merdeka, fakta sebenar acara petang itu menampilkan 4 orang juru acara dan yang pasti bukan Saifuddin.

Penulis juga menulis nama che'GuBard dengan menyatakan pada sebelum itu telah membuat pengumuman pada awal majlis bahawa kutipan derma pada malam menjelang himpunan ialah RM30,000. Di mana faktanya che'GuBard hanya masuk ke stadium selepas mengetuai perarakan ribuan anak muda dari Kg. Baru masuk ke stadium berada di padang langsung tidak ke pentas utama, bagaimana che'GuBard boleh dikatakan membuat pengumuman. Nampak sangat pembohongnya.

Utusan sememangnya alat penipuan tanpa batasan, selepas dari peristiwa 'mogok utusan' di mana menyaksikan parti regim menguasai Utusan, sejak itu Utusan sudah hilang roh.

Sekian.

Solidariti Anak Muda Malaysia

Pengkhianat Negara : RCI mungkin akhirnya selesaikan masalah pendatang tanpa izin, kata BN Sabah

KUALA LUMPUR, 17 Jan — Beberapa pemimpin Sabah mengatakan masalah pendatang tanpa izin di negeri tersebut dapat diselesaikan, sambil mengenepikan tuduhan dari parti pembangkang mengenai kontroversi “Projek IC” pada sekitar 1980an.
Bercakap kepada The Malaysian Insider malam semalam, mereka mengetahui bahawa dakwaan wujudnya “pemberian kewarganegaraan untuk undi” kepada pendatang tanpa izin mungkin menyukarkan peluang mereka dalam pilihan raya akan datang.
Tetapi mereka mengatakan ini adalah bukti keikhlasan Datuk Seri Najib Razak dan kejujuran BN untuk mengakhiri masalah selama empat dekad ini. Selepas bertahun-tahun parti-parti BN Sabah, pembangkang dan kumpulan badan bukan kerajaan melobi, akhirnya perdana menteri bersetuju untuk menubuhkan inkuiri Suruhanjaya DiRaja (RCI) untuk menyelesaikan masalah itu.
Semasa sesi inkuiri semalam, dua bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengakui tentang “Projek IC” adalah wujud, dan digunakan untuk meningkatkan penduduk Islam dan membantu kerajaan untuk kekal dalam kuasa.
Inkuiri diberitahu kira-kira 100,000 kad pengenalan biru diberikan kepada pendatang di Sabah, yang juga diberi resit JPN, iaitu dokumen sementara untuk membenarkan mereka mengundi dalam pilihan raya negeri 1994.