Selasa, 15 Januari 2013

MENGAPA SHARIFAH LISTEN SEKAT SERIKANDI KS BAWANI DARI TERUS BERCAKAP?????



Patutlah Sharifah Listen listen listen Zohrah Jabeen beriya-iya tak mau Mahasiswi KC Bawani meneruskan soalannya...

Sila baca kaji selidik yang dilakukan oleh Bawani sendiri...Membuktikan yang beliau bukan bercakap kosong tetapi berisi padat dan padu yang bersalut dengan fakta lagi sahih.

Berikut hanyalah sebahagian kecil punca segala masalah yang melibatkan kehilangan wang dan harta negara sejak umno/BN berkuasa lebih setengah abad yang lalu. Namun, jika dikumpul, ianya mencecah ratusan billion Ringgit wang milik Rakyat yang telah diselewengkan oleh kerajaan umno/BN.

1. Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7 billion.

Tun Dr Ling Liong Sik mengaku tidak bersalah di atas dua pendakwaan di bawah Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan atas tuduhan memperdayakan Jemaah Menteri berhubung projek bernilai RM12.7 bilion itu. Bekas Presiden MCA ini dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk bersetuju meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah milik koperasi nelayan Melayu di Pulau Indah pada harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5 peratus, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di pasaran. Beliau juga mengeluarkan surat sokongan mengarahkan projek PKFZ ini diserahkan kepada syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd, milik Pengerusi Kelab Penyokong BN, Dato Seri Tiong King Sing.

 2. Komisen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta.

LISTEN : PRESIDEN KIMMA PUN MALU NAK MENGAKU SHARIFAH ZOHRAH AHLI KIMMA

"Ya, kami memang tahu tentang sikap liar dan agresif beliau (Sharifah Zohra)

 ini dan susah nak kawal beliau ini," 

Listen : Sharifah Zohra Jabeen bukan lagi Ahli KIMMA.. ha..ha..semua pakat2 tak kawan dia dah..!!!

Seperti dengan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang menafikan suara Syarifah mewakili Umno BN begitu juga dengan Presiden KIMMA.

Awal hari ini ketika Sharifah Zohra Jabeen menjadi sasaran kritikan dari pelbagai pihak angkara kebiadapannya terhadap seorang Mahasiswa UUM, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam twitternya telah menafikan suara Syarifah mewakili UMNO/ BN.



Siapa agaknya yang Khairy cuba nak perbodohkan?.. sedangkan jawatan yang disandang oleh Syarifah sebagai Presiden Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M) sendiri jelas membuktikan bahawa dia adalah sebahagian daripada jentera besar 1 Malaysia Najib.

Presiden KIMMA Senator Datuk Syed Ibrahim Kader pula mendakwa Sharifah Zohra Jabeen bukan lagi ahli Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA).

Lebih malang lagi buat Sharifah kerana dalam masa yang sama dirinya diperburukkan oleh presiden KIMMA sendiri yang menyatakan tingkahlaku bekas timbalan Ketua Wanita KIMMA Kebangsaan itu tersebut sukar dikawal… orang utara kata ketegarx..

Listen : Warkah terbuka buat Menteri Pengajian Tinggi

Salam Kebangkitan Rakyat, Pak Menteri

Pertamanya, saya ingin nyatakan rasa dukacita dengan isu video ‘listen,listen, listen’ uum yang sekarang hangat ditonton dan dibicarakan 1 Malaysia.  Ada beberapa persoalan yang ingin saya kemukakan dan diharap mendapat response dari tuan.

1. Siapakah penganjur program tersebut?
2. 2  Apakah objektif atau matlamat program? Manfaat mahasiswakah atau talian hayat BN?
3. 3  Atas kapasiti apakah Syarifah Zohra Jaben diangkat sebagai Jurucakap program berkenaan?
4. 4  Apakah yang diharapkan kementerian melalui program seumpama ini? Memandulkan minda golongan mahasiswa ?
5. 5 Apakah pihak universiti dan NC nya faham hala tuju pendidikan pengajian tinggi dan pengisian yang sewajarnya dalam pembentukan jatidiri siswa-siswi merdeka?

Apa yang dapat dilihat dalam video yang memalukan itu- nyata ianya tersasar dari tajuknya “Seiringkah Mahasiswa dan politik”. Sama ada penganjurnya pihak universiti, maupun pihak persatuan pelajar, objektif penganjurannya sewajarnya ke arah membuka minda mahasiswa, memantapkan daya fikir mereka, menggalakkan pemikiran kritis khususnya dalam membicarakan isu-isu semasa . Sesungguhnya golongan siswa adalah pemimpin muda masakini dan bakal pewaris pimpinan Malaysia akan datang. Mahasiswa dan politik adalah satu keperluan.

Listen ~ Ayam NANDO'S Takde MASALAH


Listen...listen...listen...listen...listen...listen...listen...listen...listen...listen

Nampaknya fenomena 'listen' tidak sekadar bermain di alam facebook dan internet sahaja. Berikutan ungkapan "ikan pun ada masalah, ayam pun ada masalah..." yang dikeluarkan oleh Zohra Jabeen Presiden Pertubuhan Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M) di dalam sebuah forum mahasiswa UUM, sebuah syarikat makanan Nando's membalas kenyataan itu bahawa 'ayam' mereka tidak ada masalah.

Ohh..malangnya Presiden SW1M ini. Kenyataan super serious ini nampaknya hanya menjadi bahan lelucon pada seluruh rakyat Malaysia. Termasuklah syarikat-syarikat besar!.

Listen : Peristiwa di UUM gejala pembodohan mahasiswa


Peristiwa yang berlaku di UUM yang sekarang ini heboh diperkatakan di media sosial perlu difahami dengan teliti punca berlakunya masalah tersebut. Pertama begitu sedikitnya mahasiswa yang sanggup bangkit mempertahankan pendapatnya dan hanya menjadi tukang angguk. Tahniah ke atas saudari Bawani yang berani dan juga berhujah menggunakan bahasa yang elok dan tidak emosional.

Kedua adalah pentingnya mahasiswa (dan juga pensyarah) diberi peluang meluahkan pendapat. Apatah lagi dalam sebuah program yang mahu dilihat sebagai forum intelektual. Pada masa kini memang telah banyak program seperti ini namun kebanyakannya menjadi semacam pseudo-intelektual dan orang yang dipanggil bukan daripada ahlinya. Sepatutnya program seperti forum ini adalah gelanggang pertentangan idea di mana orang yang berkenaan berbincang secara aman dan bukan menjadi tempat menyerang individu tertentu dan memaksakan pendapatnya ke atas orang lain. Ini namanya gejala pembodohan mahasiswa.

Malaysians Must #Listen to Bawani

Srikandi KEADILAN hari ini kesal dengan insiden yang tercetus diantara ahli panel jemputan Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dan Saudari Bawani KS yang merupakan pelajar jurusan undang-undang di UUM apabila pelajar itu dimalukan dalam satu sesi Forum Dialog Mahasiswa Suara Perubahan yang dianjurkan oleh pihak universiti.
Malaysians Must #Listen to BawaniSemua sedia maklum bahawa program yang dihadiri oleh Saudari Bawani KS ialah sesi forum dialog yang pengisiannya pastilah berkisar kepada pemahaman dan sesi soal jawab. Srikandi yang meneliti persoalan yang cuba dibangkitkan oleh saudari Bawani KS dalam program itu melihat bahawa Bawani cuba untuk menyuarakan pendapat dan persoalan yang jelas berkaitan dengan pemasaalahan yang dekat dengan generasi muda hari ini. Puan Sharifah telah memperlihatkan ketidakmatangan beliau dalam berhadapan dengan kenyataan dan persoalan yang diberikan oleh Bawani. Srikandi melihat ia sebagai satu sikap yang biadap,tidak matang dan tidak profesional. Persoalannya jelas,Bawani bicara soal isu yang menekan mahasiswa ,isu yang membelenggu mahasiswa namun jawapan yang diberikan hanyalah #listen!
Untuk itu dalam ruang demokrasi di negara ini yang dilihat semakin tercemar dengan budaya “Diam dan Dengar” ia menjelaskan bagaimana suara rakyat tanpa mengira siapa pun jika yang dibangkitkan itu ialah soal kelemahan kerajaan maka ia harus “ didiamkan”.Srikandi mengambil pendirian bahawa Bawani berhak diberikan ruang tanpa dimalukan dan mendesak Sharifah Zohra dalam kadar segara memohon maaf kepada Bawani dan seluruh mahasiswa. Puan Sharifah Zohra yang merupakan Presiden Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M) adalah lambang kepada budaya pembodohan BN-UMNO yang selama ini menanam rasa ego kuasa yang akhirnya melenyapkan kesantunan bahasa dan budaya Melayu. Mungkin Puan Sharifah harus diingatkan bahawa dia bakal berhadapan dengan ribuan anak muda yang tidak akan hanya “diam dan dengar” tetapi akan bangkit bersama dalam mempertahankan Hak mereka.

Listen : Sharifah Zohra memang bersikap liar - Presiden KIMMA

Pembicara kontroversi Sharifah Zohra Jabeen yang menyerfahang seorang mahasiswi secara terbuka dalam satu forum di Universiti Utara Malaysia (UUM) bukan lagi ahli Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) kata presidennya Senator Datuk Syed Ibrahim Kader dan mendakwa tingkahlaku bekas timbalan Ketua Wanita KIMMA Kebangsaan tersebut sukar dikawal.
Pembicara tersebut adalah presiden sebuah pertubuhan tidak pernah didengari dikenali sebagai Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) yang dilihat rapat dengan BN, dilihat didalam video mencaci seorang mahasiswi yang bangkit menyatakan pendiriannya mengenai perhimpunan aman anjuran Bersih 2.0 dan pehimpunan menuntut pendidikan percuma - dengan mengeluarkan kenyataan "bila dalam program kami, kami benarkan anda bercakap" dan "apabila saya bercakap, anda dengar."
"Banyak panggilan telefon saya dapat yang bertanyakan perkara sama.
"Jadi, saya ingin tegaskan beliau sudah tidak bersama KIMMA lagi. Segala yang beliau lakukan dan katakan sekarang tidak lagi melibatkan kami dan bukan pendirian kami," tegas Syed Ibrahim yang tidak menyatakan secara terperinci sama ada Sharifah Zohra dibuang daripada parti atau sudah meletak jawatan.

Listen : Dato Dr Maza dan Dato Saifuddin memberi komen berapi .berkaitan Pelajar UUM Bawani

+1 RT ": "Listen listen listen" itu mmbangkit jiwa yg merdeka bhw keadaan spt ini mesti diubah segera demi kebebasan intelek."
 Patutny benarkn Bawani habis brcakap,lps tu jawab dgn bijaksana(ikut an Nahl 125).Sy fon Bawani mlm td,dia in high spirits.


+1 RT " ..dia spatutny tunjuk qudwah yg baik. Nasihatkn Bavani tanya dgn nada perlahan dan benarkan diteruskan."
   Shaikhuna maszlee. Kasi poin2 utama utk manfaat semua. Malu sgt tengok film Listen tu. Lizard gayanya
DR Mohd Asri  berharap Bawani menghubunginya dan menjemput beliau menjadi tetamunya.. dna juga komen dari Dato Saifudin dan Dr Juanda [Mufti Perlis ]

The Age Australia : Najib Razak Terlibat Kes Pembunuhan Altantuya, Seks & Rasuah Scorpene?

Najib Altantuya The Age Australia Akhbar The Age Australia : Najib Razak Terlibat Kes Pembunuhan Altantuya, Seks & Rasuah Scorpene?
Kalau sebelum ini Taib Mahmud pernah popular di Switzerland, Jerman dan Britain apabila akhbar utama di sana membuat liputan penuh mengenai skandal melibatkan diri Tan Sri Taib mahmud sendiri, ahli keluarga dan kroninya di Sarawak (KLIK SINI BUTIRANNYA). Kali ini giliran cerita mengenai pembunuhan Altantuya yang sehingga kini masih lagi misteri dan kes ini terus menjadi tumpuan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di serata dunia…
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak diberikan sekali lagi publisiti melibatkan skandal yang terus menjadi misteri ini dan dikatakan sarat dengan elemen drama salahguna kuasa, rasuah, seks dan pembunuhan. Kalau sebelum ini Asian Sintinel pernah beberapa kali membuat liputan berita mengenai kes pembunuhan dan pembelian kapal selam Scorpene ini. Nama Malaysia terus popular apabila Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak terus dikaitakan skandal Scorpene & Altantuya termasuklah di akhbar & portal berita utama di Kemboja (The Phnom Penh Post), Berita Harian Hong Kong (Ming Pao) dan juga kanada (Vancouver Sun). (SEMAK BUTIRANNYA SINI)

The Age Australia : Najib Razak VS Altantuya VS Scorpene

Dan kali ini akhbar The Age Australia mengambil tempat dengan membuat liputan mengenai skandal pembunuhan gadis Mongolia pula, Altantuya Shariibuu. Dan laporan berita The Edge Australia dan juga Sydney Morning Herald Australia itu mengaitkan nama Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Razak dengan skandal pembunuhan ini. Di Malaysia, akhbar-akhbar utama di Malaysia lebih suka memfokuskan kepada personaliti dan kelibat Sirul Azhar Omar dan Azilah Hadri. Walaubagaimanapun, rakyat Malaysia masih tertanya-tanya dua soalan utama yang masih belum terjawab sehingga kini….
  1. Siapa yang berikan arahan untuk pembunuhan Altantuya Shaariibu ini
  2. Dan yang keduanya adalah motif pembunuhan

Pasca #KL112 : Apa Yang Rakyat Mahukan?

Video Himpunan Kebangkitan Rakyat Pasca Himpuan Kebangkitan Rakyat : Gambar + Video. Apa Yang Rakyat Mahukan? Pendapat Anda?
Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari 2013 telah pun selesai. Tidak sekecoh seperti berlangsungnya Perhimpunan Bersih 3.0 yang lepas yang mana daripada sebekum sehinggalah selepas berakhirnya Perhimpunan Bersih ada sahaja cerita yang “kurang enak” didengar. Untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat kali ini tiada kita dengar lagi tuntutan serius mengenai kerugian berjuta-juta daripada peniaga, pemandu teksi, kereta polis dirosakkan & diterbalikkan dan macam-macam lagilah seperti (DI SINi)
Sebaliknya, laporan media mengatakan Himpunan Kebangkitan Rakyat kali ini berlangsung aman, tiada sebarang gangguan. Semuanya atas bantuan pihak polis. Bermakna di sini…
Foto Himpunan Kebangkitan Rakyat Pasca Himpuan Kebangkitan Rakyat : Gambar + Video. Apa Yang Rakyat Mahukan? Pendapat Anda?
Bermakna di sini, kami yakin tidak kira siapa pun penganjurnya, jikalau tanpa provokasi, segalanya akan menjadi aman-aman sahaja. Jadi kesempatan yang ini juga, kami ucapkan terima kasih dan tahniah kepada pihak kerajaan, pihak polis kerana memberikan ruang dan pelaung kepada rakyat Malaysia untuk berhimpunan sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan tanpa sebarang gangguan.

MELAYU DINEGERI JOHOR ADALAH YANG PALING MISKIN DALAM MALAYSIA KATA DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA (DPMM)



RAKYAT DINEGERI KELANTAN JAUH LEBIH KAYA DAN BERADA DARI MELAYU JOHOR... NEGERI KELAHIRAN UMNO SERTA NEGERI UMNO PALING KUAT SEKALI DALAM DUNIA!!!!

KUALA LUMPUR, 15 Jan — Orang Melayu di Johor adalah orang Melayu paling miskin di Malaysia, kerana kos hidup meningkat kerana orang asing yang semakin ramai datang ke Iskandar Malaysia, kata presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas.


Menurut Syed Ali, 80 peratus dari tanah di Iskandar Malaysia dimiliki orang asing menyebabkan Melayu di Johor kian terpinggir.


“Pada tahun 1800, Melayu Johor adalah paling kaya di negara ini, tetapi kini yang paling miskin, kerana kedatangan orang asing yang membeli tanah di sini, kita tidak lagi mampu untuk menampung kos hidup, terutamanya di Johor Bahru.

Pasca #KL112 : Muhyiddin pun macam blogger Umno



KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajar rakyat berbohong kerana masih mengatakan Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari lalu sebagai Himpunan Shamsidar.

“Rakyat tidak hairan jika yang bercakap itu blogger upahan Umno yang tidak takut dosa dan pahala sedangkan Muhyiddin ialah Timbalan Presiden Umno merangkap Menteri Pelajaran,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Justeru, katanya tidak hairan jika murid sekolah bercakap bohong kerana menterinya seorang pembohong dan lebih memalukan lagi Muhyiddin adalah anak seorang tuan guru.

“Adakah layak seorang menteri terikut-ikut rentak Utusan Malaysia dan akhbar pro Umno yang menamakan Himpunan Shamsidar?

Cerita demokrasi ekonomi dan pasar malam


Pasar malam adalah contoh persaingan ekonomi yang sihat, dengan peluang yang saksama. Memang, ada yang mendapat untung yang lebih dan mengalami kerugian kerana produk yang mereka tawarkan bukanlah pilihan kebanyakan para pengguna. Ini lumrah berniaga. Pasti ada pasang surutnya.
Cuma, soal peluang yang sama rata ditekankan para peniaga. Sekurang-kurangnya, mereka sebagai peniaga lebih senang untuk menerokai peluang-peluang baru tanpa dikawal oleh ‘elit’ peniaga yang lain.
Cerita pasar malam
Saya kira, pasar malam menjanjikan keseronokan yang tersendiri. Pengalaman saya, pasar malamlah yang menjadi tempat untuk membeli pelbagai jenis juadah makanan, dengan keasyikan dan kesedapan yang pelbagai. Ibu-bapa saya juga memilih untuk membeli ‘barang basah’ dan ‘kering’ sebagai kegunaan di dapur. Bagi mereka, di sana, mereka menerima peluang untuk tawar-menawar dengan alternatif yang banyak.
Kos untuk membeli barang dapur juga lebih murah, kerana harga dan kualiti yang menentukan murah atau mahalnya sesuatu barang dapur. Dari satu sudut yang lain, koleksi permainan seperti ‘patung askar’ dan ‘pistol air’ tetap menjadi kesukaan saya semasa kecil. Saya bolehkan mendapatkannya dengan harga-harga yang lebih murah berbanding di pasaraya kerana di sana, sudah pasti harganya  jauh lebih mahal dan tetap.
Jadi, itu cerita pasar malam. Sekarang, cuba kita tukarkan konsep ‘pasar malam’ ini sebagai kerajaan dan rakyat.
Cerita kerajaan dan pasar malam

Pasca #KL112 : Himpun lebih 30,000 langgar syarat!, kata polis

 
Perlukah polis bersungut kerana penganjur langgar syarat 30,000? Amat tak manasabah kalau polis cuba nak melimitkan lautan semangat yang mahu ditonjolkan oleh rakyat.  Kehadiran rakyat prihatin hampir 700,000 sudah pun berlaku dan berlalu..  majlis berjalan dengan aman dan tak ada sebarang kerosakan atau kekecuhan yang berlaku. Adalah lebih baik kita semua termasuk polis mengucapkan banyak-banyak syukur kepada Allah. Kalau pihak polis bersungut itu maknanya tidak ikhlas dan tidak redha,, sedangkan Allah telah meredhakannya!! 
Di sebalik kejayaan Pakatan Rakyat dan badan-badan NGO merealisasikan HKR/ Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari 2013 yang lalu  di mana jumlah kehadirannya telah mencecah lebih 500,000 orang,, rupa-rupanya ada juga rungutan dari pihak polis.  Mereka mendakwa HKR 112 yang diadakan di Stadium Merdeka kelmarin telah melanggar syarat,, kerana kehadiran peserta telah melebihi 30,000 orang.  
Kah, kah, !  kah!  rumah sudah siap, pahat berbunyi pula !.  Majlis sudah pun selesai,,, berjalan dengan baik dan aman, tak ada gaduh, tak ada yang cedera, tak ada yang mati, tetapi masih ada kedengaran suara-suara sumbang. Sepatutnya syukurilah kejayaan perhimpunan ini ,  kerana tidak ada seorang pun anggota polis yang membelasah atau dibelasah, tak ada kereta polis yang diterbalikkan.  Begitu juga stadium,, tak ada sedikit pun yang retak,,  jauh sekali pecah atau runtuh,, malangnya terkeluar juga rungutan-rungutan remeh yang tidak perlu.  
Seperkara lagi,, bukankah kebenaran untuk berhimpun ini tertakluk di bawah Akta perhimpunan aman?  sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang negara. Justeru, apa yang polis nak sibuk sangat pasal jumlah kehadiran? sama ada 30,000 ke atau 500,000 ke atau 1 juta ke?.  Di mana ruginya polis kalau kehadiran orang ramai lebih dari 30,000?.  Tidakkah kehadiran 500,000 atau 1 juta itu jauh lebih penting dan lebih bermakna buat rakyat ?  Seluruh rakyat Malaysia termasuk polis,  insyaallah akan dapat nikmat hasil dari perjuangan murni ini  
 
 -  rahimothman

" Bumi Dipijak Milik Orang ": DPMM mahu 30% projek Nusajaya milik Bumiputera


Nusajaya Kerajaan digesa mengkaji semula projek Iskandar Malaysia dengan menyediakan memperuntukkan kira-kira 30 peratus projek di Nusajaya kepada orang Melayu.
  
Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas berkata, langkah itu adalah berikutan semakin merosotnya hak milik tanah kepunyaan kerajaan, yang diswastakan tanpa mengira harga dan mudaratnya kepada bangsa Melayu dan rakyat Johor khasnya.
  
Rumusan kongres Majlis Yayasan Kajian dan Pembangunan DPMM dan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu mendapati bahawa kedudukan orang Melayu terutama di negeri Johor jauh ketinggalan dan jurang perbezaan ekonomi orang Melayu semakin besar, katanya kepada pemberita di sini.
  
Sehubungan itu, beliau mencadangkan satu meja sidang bulat diadakan antara agensi-agensi dan jabatan serta perwakilan DPMM dan beberapa tokoh-tokoh dari negeri Johor untuk bagi membincangkan isu tersebut.
  
Secara keseluruhannya, projek Iskandar Malaysia mempunyai keluasan kira-kira 200,000 hektar atau kira-kira empat kali ganda saiz Singapura. - Bernama

Rafizi yakin royalti 20% tidak lumpuh Petronas


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli SHAH ALAM – Dakwaan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussain bahawa operasi Petronas akan lumpuh jika membayar royalti minyak 20 peratus tidak berasas sama sekali kerana kenyataan itu tidak berpandukan kepada prestasi semasa syarikat tersebut, kata Pakatan Rakyat (PR).

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, pembayaran royalti 20 peratus sebenarnya satu kadar munasabah berbanding hasil diterima Kerajaan Persekutuan iaitu sebanyak RM30 bilion.

“Sejak 2008, Petronas menyumbangkan hampir RM70 billion setiap tahun iaitu RM30 bilion dalam bentuk dividen tetap dan selebihnya dalam bentuk cukai pendapatan, cukai petroluem, duti dan lain-lain kepada Kerajaan Persekutuan.

“Jumlah dividen tahunan yang diambil Barisan Nasional di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu RM30 bilion setahun adalah jauh lebih tinggi berbanding di zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim dahulu iaitu hanya RM3 bilion setahun,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini.

#Listen #Listen #Listen

 Oleh Izmil Amri
MUSTAHIL anda tidak faham lawak tajuk di atas . Mustahil! Dalam dunia serba canggih dan maklumat di hujung jari ini, tipulah kalau anda kata anda tak tahu apa yang saya maksudkan. Begitu pantas sekali lelucon ‘listen, listen, listen’ ini tersebar di ruang maya sehinggakan dalam kurang 24 jam, Presiden Suara Wanita 1Malaya (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin berjaya menumpaskan seorang warga siber sensasi ‘Shasha Mendoza’ yang menjadi sumber hilai tawa ketika berlangsungnya himpunan KL112.
Saya tidak sanggup menonton video forum ‘Seiringkah Mahasiswa Dengan Politik’ yang berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM) itu. Satu kerana saya rasa tajuk forum itu bodoh. Dan kedua, saya tak sanggup tengok orang bodoh memperbodohkan diri.
Apa yang saya tahu ialah Sharifah Zohra bertindak merampas mikrofon daripada seorang mahasiswi UUM bernama Bawani, mungkin kerana sudah tidak dapat menahan lagi keperluan untuk mematahkan soalan Bawani mengenai perkara sensitif, termasuk perihal ekonomi dan pendidikan.
Lumrah orang yang tidak boleh menjawab soalan, akan membalas soalan dengan meroyan. Itulah yang dilakukan Sharifah Zohra. Bukan sekali, malah SEPULUH kali beliau berkata ‘Listen’ (dengar) kepada Bawani, ketika belum sempat mahasiswi itu menghabiskan soalannya. Sambil memegang mikrofon yang dirampas, Sharifah Zohra harus pula menuturkan ‘Let me speak’ (bagi saya bercakap) sehingga tujuh kali. Kau dah pegang mikrofon, siapa lah yang nak halang kau bercakap.

Pasca #KL112 : PR mahu bangkit melalui undi PRU-13, bukan tiru kebangkitan Arab

KUALA LUMPUR, 15 JAN: DAP dan parti lain dalam Pakatan Rakyat tidak berhasrat meniru Kebangkitan Arab untuk menumbangkan kerajaan yang ada sebaliknya mahukan Kebangkitan Malaysia menerusi pengundian dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) secara aman dan demokratik.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad itu tidak boleh dipakai kerana bekas Perdana Menteri itu masih membuat tuduhan liar bahawa KL112 bertujuan meniru Kebangkitan Arab untuk menumbangkan kerajaan BN yang dipilih rakyat.
Beliau yang menyifat Tun Mahathir sebagai manusia berkuasa tanpa jawatan di dalam tempoh Najib menjadi Perdana Menteri mendakwa KL112 “meniru” apa yang berlaku di beberapa negara Arab untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada kerana rasa tidak memenangi pilihan raya.
“Mahathir juga mengatakan perkara sama mengenai perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012 apabila mendakwa perhimpunan itu untuk “kebangkitan” menumbangkan kerajaan kerana tahu melalui pilihan raya, rakyat tidak akan memberi mereka kuasa membentuk kerajaan,” katanya dalam kenyataan media mengenai Pengiraan Detik 86 hari ke PRU-13.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, bukan saja Mahathir, malah pemimpin UMNO/BN lain turut mengutuk perhimpunan Bersih 3.0, termasuk Najib yang mendakwa “duduk bantah” Bersih 3.0 di Dataran Merdeka sebagai percubaan kudeta oposisi untuk menumbang kerajaan.

Listen Listen Listen : Brave Miss Bawani VS Arrogant Sharifah Zohra Jabeen

Panas : Gambar Bukti Peserta HKR #KL112 dibayar

Blogger-blogger UMNO dan surat khabar pro UMNO menuduh Pakatan Rakyat membayar sejumlah wang kepada peserta himpunan. Itula kerja mereka fitnah tak habis-habis.

Peserta tidak dibayar, malah peserta turut membayar kos sewa stadium melalui kutipan derma yang sewaannya ialah RM100,000. Malah Mat Sabu semasa mengumumkan kutipan derma sempat lagi bergurau "Hang pa datang, hang pa la bayar

Tetapi rakan-rakan FB sempat merakamkan ada orang sedang membahagi-bahagikan "duit kroni" berupa sebuah karikatur ...lihat gambar.

IT'S TOO LATE! Najib woos Chinese tycoons to help BN regain S'gor

With the 13th general election predicted to be held soon after the Chinese New Year, Prime Minister Najib Abdul Razak met with Chinese tycoons and organisation leaders at a private dinner last night.
Najib's aim was to woo Chinese support to help BN to win back its two-thirds majority in Parliament, and particularly to recapture the state of Selangor.
Malaysiakini learnt that the dinner was held at the mansion of business tycoon Abu Sahid Mohamed in Kuala Lumpur.
About 80 tables were packed with leaders from various Chinese business circles and organisation leaders, among them the president of the Federation of Chinese Associations of Malaysia (Hua Zong) Pheng Yin Huah and the former president of The Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia (ACCCIM) William Cheng.
As the special guest of honour for the night, Najib tossed 'Yusheng' together with the other guests before delivering his speech.
According to a Merdeka Centre poll recently, Najib's popularity rating has dropped two points to 63 percent, from the 65 percent of last November.
The drop among Chinese voters was most significant, falling by 12 percent.

Hormati suara pelajar, FB gesa Sharifah Zohra minta maaf

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan berkata, adalah penting suara mahasiswa diberi perhatian apabila ia menyentuh mengenai pembaharuan pendidikan dan pembangunan negara.
  
Pendapat mereka perlu didengar kerana ia akan membantu mengubah persepsi dan menyediakan idea kreatif bagi menambah baik masa depan mereka di negara ini.

Beliau menegaskan, sistem pendidikan dan negara boleh memenuhi keperluan kebanyakan mahasiswa dengan menggalakkan kebebasan dan berdikari dan mampu menyuarakan pendapat dengan bebas.

"Bagaimana kita nak harap mereka menjadi warganegara yang boleh didekati pada masa depan jika kita tidak membenarka mereka turut serta dalam perbincangan mengenai dasar-dasar yang memberi kesan kepada mereka hari ini," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Suhakam opts for internal report on KL112

A public report is not necessary because no violence was reported, says commissioner Nayagam.

PETALING JAYA: Suhakam’s report on last weekend’s Himpunan Kebangkitan Rakyat will be for internal use only.
Suhakam commissioner James Nayagam said today that the human rights watchdog had opted not to make the report public because no human rights violation took place during the rally.
“We are in the midst of compiling our findings on the Himpunan Kebangkitan Rakyat rally that took place in Kuala Lumpur and Kota Kinabalu on Saturday,” Nayagam told FMT.
“It is meant for internal purposes since there were no incidents of human rights violation. If there are complaints from the public, then we will use the report as reference.”

PRU13 : Pemilih dinasihat semak maklumat pendaftaran, kata SPR

KUALA LUMPUR, 15 Jan — Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) hari ini menasihati orang ramai yang telah mendaftar sebagai pemilih supaya menyemak maklumat pendaftaran bagi memudahkan mereka mengundi pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata sehingga September tahun lepas terdapat 13,105,407 pemilih berdaftar di seluruh negara. Beliau berkata pemilih berdaftar boleh membuat semakan melalui telefon di talian 03-8885 6565 pada waktu pejabat, menerusi laman web www.spr.gov.my atau menggunakan SMS dengan menaip SPRSEMAKNO.KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888.
Katanya pemilih juga boleh menulis surat ke SPR atau hadir sendiri ke ibu pejabat badan itu di Putrajaya atau pejabat-pejabat pilihan raya negeri.

Bank Islam mengatakan gantung staf adalah polisi jika terlibat dalam aktiviti politik

KUALA LUMPUR, 15 Jan — Bank Islam hari ini berkata menjadi amalan bank tersebut untuk menggantung pekerja yang terlibat dengan aktiviti politik atau membuat kenyataan politik. "Berdasarkan polisi Bank Islam Malaysia Berhad, sebarang staf tidak kira apa jawatannya, termasuk bahagian pengurusan, yang pihak Bank merasakan melanggar polisi dalaman Bank, akan digantung dengan dibayar gaji penuh, untuk meneruskan siasatan," kata bank dalam kenyataan satu perenggan bertarikh hari ini.
Kenyataan Bank Islam ini dikeluarkan sebagai respon kepada pertanyaan The Malaysian Insider berkenaan dengan penggantungan ketua penganalisis ekonomi Azrul Azwar Ahmad Tajudin (gambar) mengenai ramalan keputusan Pilihan Raya 2013.
Apabila dihubungi hari ini, pegawai Bank Islam berkata "polisi dalaman" bank tidak membenarkan pekerjanya menyertai aktiviti politik.
"Kami adalah entiti komersil, kita tidak dibenarkan [untuk menyertai] dalam kegiatan politik."
Pegawai tersebut berkata staf bank tidak boleh bercakap tentang hal politik apabila bercakap di khalayak ramai.
"Kami tidak memberi komen tentang isu politik atau yang berkaitan dengan perkara tersebut," kata pegawai tersebut.
Apabila dihubungi The Malaysian Insider hari ini, Azrul Azwar mengesahkan spekulasi bahawa Bank Islam telah menggantung perkhidmatannya sebagai ketua penganalisis ekonomi selepas ramalannya tentang keputusan Pilihan Raya 2013.
Apabila ditanya berapa lama penggantungan tersebut, beliau menjawab "Saya tidak pasti, mungkin selepas notis yang berikutnya."
Azrul Azwar minggu lalu dilaporkan akhbar Singapura The Straits Times menjangkakan kemenangan tipis kepada Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya 2013 dan memberitahu tiga senario yang mungkin berlaku.
Selepas laporan berita tersebut disiarkan The Straits Times dan The Malaysian Insider, Bank Islam menjauhkan dirinya dari pandangan Azrul Azwar.

Bekas Ketua Menteri Sabah nafi ‘Projek IC’

Tan Sri Harris Salleh menafikan kewujudan 'Projek IC'.
KOTA KINABALU, 15 Jan — Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh menafikan kewujudan “Projek IC” dimana kewarganegaraan dikatakan diberi kepada pendatang haram. Harris yang mentadbir negeri Sabah dari 1976 hingga 1985 menegaskan kepada Suruhanjaya Di Raja untuk pendatang haram (RCI) kerana beliau tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang.
“Apa yang saya tahu, secara rasmi atau tidak rasmi, tiada 'Projek IC',” kata Harris kepada RCI hari ini.

Jumlah pendatang 28 peratus dari penduduk Sabah, RCI diberitahu

Gambar fail penduduk di Pulau Gaya, Sabah.
KOTA KINABALU, 15 Jan — Lebih dari suku penduduk Sabah adalah pendatang, seorang pakar statistik memberitahu inkuiri Suruhanjaya Di-Raja (RCI) tentang pendatang tanpa izin hari ini. Pengarah Jabatan Statistik Sabah Norezan Wahid berkata hari ini sejumlah 889,000 orang asing dari 3.2 juta penduduk Sabah, atau 28 peratus, berdasarkan bancian tahun 2010.
"Kita tak pasti sama ada mereka ini sah atau tidak," kata Norezan dalam inkuiri RCI hari ini.
Beliau menambah pegawai banci tidak mempunyai kuasa untuk bertanya tentang dokumen menunjukkan mereka adalah warga negara.
"Dalam bancian, kita tanya dua soalan, sama ada anda warganegara atau bukan," katanya lagi.
Timbalan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bahagian kewarganegaraan Nik Norashikin Nik Mansur berkata 66,682 orang di Sabah menerima kewarganegaraan Malaysia dari 1864 hingga Oktober 2012.

Malaysia hilang kepentingan pada mata Jepun


KUALA LUMPUR: Malaysia disifatkan telah hilang kepentingan pada pandangan gergasi ekonomi dunia iaitu Jepun apabila tiada dalam pilihan lawatan pertama Perdana Menteri Jepun yang baru, Shinzo Abe (gambar).

Demikian kata Datuk Kamarudin Jaffar dalam kenyataanya kepada Harakahdaily ketika mengulas langkah PM baru Jepun yang tidak menyenaraikan Malaysia dalam negeri pertama yang hendak di lawati.

Bagi beliau, selaion hilang kepentingan, boleh jadi juga tindakan ini diambil ekoran Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) baru-baru ini.

"Mungkin himpunan yang sangat hebat baru-baru ini menyebabkan Jepun tidak mahu membuat apa-apa komitmen dengan kerajaan yang ada sekarang," kata Kamarudin, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS.

PM Jepun yang baru, Shinzo Abe memilih untuk melawat Asia Tenggara berbanding Amerika Syarikat minggu depan sebagai negara pertama yang hendak dilawatinya.

TG Nik Aziz minta 'R' teruskan perjuangan


PENGKALAN CHEPA: Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengingatkan aktivis R dan rakyat Kelantan meneruskan perjuangan menuntut hak royalti walaupun sering berhadapan dengan perkara di luar jangkaan.

Menurutnya, orang yang sering berhadapan dengan serangan akan mendapat ganjaran pahala yang besar kerana kesabarannya berbanding mereka yang sering mengancam orang lain.

Tegasnya, golongan ini akan mendapat balasan yang pedih di akhirat nanti.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung kejadian cermin kereta Setiausaha R dipecahkan oleh pihak tidak bertanggungjawab, di kediamannya di Pulau Melaka petang semalam.

Cermin kereta milik Setiausaha Gabungan Profesional Menuntut Royalti Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R), Hishamuddin Ghazali dipecahkan di Greenwood, Gombak, baru-baru ini.

Keputusan Majlis Syura tepati realiti semasa - Dr Dzulkefly


KUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan keputusan Majlis Syura berhubung dengan nama Allah baru-baru ini adalah paling tepat (arjah) untuk masa dan realiti setempat di Malaysia.

"Bagi saya keputusan Majlis Syura itu adalah paling wajar dalam isu ini," kata beliau yang juga Anggota Parlimen Kuala Selangor.

Menurut beliau, keputusan itu telah memperkukuhkan pandangan yang telah diberikan oleh Presiden dan juga Mursyidul Am PAS sebelum ini.

"Bagi saya, keputusan ini jame' dan mani' (sempurna dan tepat), tidak memberat-berat (la ifradh) dan tidak meringan-ringan (la tafridh) dalam mahfumnya dalam mengambil kemaslahatan dakwah secara menyeluruh," tegas Dr Dzulkefly Ahmad yang juga AJK PAS Pusat.

Majlis Syura Ulamak PAS baru-baru ini membuat keputusan, nama Allah boleh digunakan oleh bukan Islam tetapi tidak bersetuju nama Allah menjadi terjemahan kepada perkataan God dalam Bible kerana ia tidak tepat, mengelirukan dan boleh membawa kepada silap faham.

Sebelum ini, Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kenyataan bertulisnya berkata, orang bukan Islam boleh menggunakan nama Allah tetapi jangan disalahgunakan.

Namun ia tidak dihurai secara terperinci apa maksud jangan disalahgunakan itu.

Gangguan bekalan air langsung tiada kaitan Langat 2 – MB S’ngor

SHAH ALAM 15 Jan: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menegaskan, gangguan bekalan air di Lembah Klang tiada kaitan langsung dengan pembinaan loji Langat 2.
Sebaliknya beliau berkata, ia berpunca kelemahan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang dilanda krisis pengurusan.
Menurutnya, Syabas diberi konsesi selama 30 tahun oleh Barisan Nasional untuk memonopoli agihan air terawat kepada pengguna Lembah Klang tetapi syarikat ini tidak mempunyai kemampuan kewangan serta gagal mematuhi perjanjian konsesi.
Katanya, Syabas gagal menurunkan kadar air tidak berhasil (NRW) di bawah 30 peratus seperti yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi.
“Masalah kekurangan air terawat tidak akan selesai walaupun Langat 2 dibina kerana ketidakmampuan Syabas menurunkan kadar NRW,” kata Khalid menerusi kenyataan sekretariat akhbarnya.

Harga Makanan Mahal Tidak Berkualiti : Ibu Bapa Tuntut Penyelesaian Kementerian Pelajaran

Harga Makanan Mahal Tidak Berkualiti 01
PETALING JAYA, 15 JAN: Ibu bapa dan wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menuntut Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) menyelesaikan isu harga jualan makanan dan minuman di kantin sekolah yang disifatkan mahal dakwa, Pengerusi Biro Kepenggunaan PKR, Yahya Sahri.
Selain itu, mutu kualiti makanan yang rendah turut menjadi rungutan ibu bapa.
Yahya berkata, harga makanan dan minuman di semua kantin sekolah perlu diselaraskan dengan kualiti yang standard.
Keadaan ini sekaligus dapat memastikan keselesaan pelajar dan meredakan tekanan yang dihadapi ibu bapa.
“Sebagai contoh, beberapa sekolah menjual seketul nugget goreng dengan harga RM0.50 sedangkan di pasar malam boleh didapati pada harga RM1.00 untuk empat atau tiga ketul.
“Segelas air pelbagai perisa yang dibancuh pula dijual dengan harga RM1.00.
“Bila ibu bapa ajukan soalan kepada peniaga kantin mereka menyatakan apa nak buat semua harga barang dah naik,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR.
Tegas Yahya, perkara ini dapat diselesaikan sekiranya pihak kementerian yang terlibat serta pihak sekolah berbincang secara baik memandangkan perkara ini melibatkan perbelanjaan ibu bapa dalam menguruskan sesi persekolahan anak-anak.

Najib guna isu air UGUT rakyat Selangor - MB

Najib guna isu air UGUT rakyat Selangor - MB Khalid
Kerajaan Negeri kesal dengan kenyataan Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak yang telah menggunakan isu air untuk mengugut rakyat.
Ketika rakyat mengadapi masalah bekalan air, Perdana Menteri sepatutnya bekerjasama dengan semua pihak termasuk kerajaan negeri demi memastikan perkara ini tidak berulang.
Sebaliknya, beliau telah mengugut rakyat Selangor bahawa mereka akan terus berhadapan dengan masalah air jika tidak menyokong Barisan Nasional.
Jelas, beliau telah merendahkan martabatnya sebagai Perdana Menteri untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Namun, kerajaan negeri percaya rakyat Selangor tahu janji Najib adalah seumpama ‘meludah ke langit’ kerana masalah air ini berpunca daripada kegagalan dasar penswastaan air oleh BN yang memberikan konsesi selama30 tahun kepada syarikat kroni yang tidak berkemampuan.
Jika kerajaan Pakatan Rakyat tidak mengambilalih pada 2008, rakyat Selangor sekarang akan dibebani kenaikan tarif air yang tinggi sebanyak 37% pada 2009, 25% 2012, dan 20% pada 2015.
Isu air jadi polemik

`Tanah sendiri dimiliki orang asing’ : Kedudukan Melayu Johor membimbangkan

Tanah kerajaan diswastakan tanpa mengira harga dan mudaratnya kepada bangsa Melayu serta rakyat Johor keseluruhannya. 

KUALA LUMPUR: Masa depan hak ekuiti masyarakat Melayu Johor kini didakwa semakin merosot dan jurang perbezaan prestasi ekonominya kian membesar akibat lambakan pelabur asing masuk ke negeri itu.
Kebimbangan itu dinyatakan wakil agensi kerajaan, perwakilan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPPMM) dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam satu resolusi Kongres Ekonomi Melayu Peringkat Zon Selatan.
Presiden DPMM Datuk Syed Ali Alattas ketika membentangkan resolusi yang tercapai pada 6 Januari lalu itu berkata, kongres turut kesal
dengan isu hak milik tanah orang Melayu Johor apabila tanah kerajaan diswastakan tanpa mengira harga dan mudaratnya kepada bangsa Melayu serta rakyat Johor keseluruhannya.
Syed Ali berkata, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Johor akan ditentukan daripada projek pembangunan Iskandar Malaysia di mana 80 peratus daripadanya dikuasai pelabur asing.
“Projek Iskandar memundur dan memiggirkan orang Melayu dari segi ekonomi sekaligus meningkatkan jurang kemiskinan,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.
Katanya, pendapatan perkapita penduduk Johor juga semakin rendah apabila kebanyakan masyarakat Melayu kini tidak mampu lagi membeli rumah di sekitar kawasan Iskandar.

Pasca #KL112 : IGP puas hati SOP Himpunan #KL112

KUALA LUMPUR - Polis akan mengguna pakai dan menambah baik Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat  Sabtu lalu, pada himpunan seperti itu pada masa akan datang.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, menerusi kaedah baru, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) tidak dikerah bagi mengawal keadaan kerana pihaknya percaya penganjur akan mematuhi segala perjanjian seperti yang dipersetujui.
"Kehadiran polis yang minimum juga membuahkan hasil positif. Tindakan polis pada perhimpunan itu menepati semangat Akta Perhimpunan Aman (PPT) 2012.
"Polis, penganjur serta peserta telah bekerjasama dengan satu sama lain dalam semangat berhimpun secara aman," katanya pada sidang media selepas menghadiri Persidangan Transformasi Perundangan
Berhubung dengan Keselamatan dan Hak Asasi, di sini, hari ini.
Dalam perkembangan lain, polis akan menyiasat penganjur KL112 yang dipercayai melanggar tiga syarat.
"Saya mahu siasatan itu dilakukan secepat mungkin sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara," katanya.

Pasca #KL112 : Akta Perhimpunan Aman hasil desakan rakyat, bukan ihsan BN


Mat Sabu: Terima kasih kerana #KL112 aman SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) yang menganjurkan Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka dengan aman Sabtu lalu menegaskan, penggubalan Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 lebih setahun lalu adalah hasil perjuangan panjang yang terpaksa ditempuh rakyat.

Pengarah Himpun Kebangkitan Rakyat, Mohamad Sabu berkata, jelas sekali APA 2012 adalah atas desakan dan tuntutan rakyat yang tidak kenal erti penat lelah dan patah semangat dalam memastikan hak kebebasan bersuara di negara ini didengari oleh pemerintah.

"Ia melalui perjuangan rakyat. Bukan kerajaan pemerintah sengaja beri. Untuk mendapatkan perhimpunan ini, ia terpaksa melalui perjuangan yang panjang.

"Dapat akta ini kerana perjuangan rakyat, bukan ihsan daripada pemerintah," ujarnya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Pasca #KL112 : Tahniah HKR! Penganjur ucap penghargaan kepada semua pihak

Pihak Sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah ke atas rakyat Malaysia yang telah sama-sama melakar sejarah pada 12 Januari 2013 lalu.
Perhimpunan yang dihadiri oleh 500,000 peserta tersebut adalah bukti apa yang diperjuangkan selama ini oleh Pakatan Rakyat iaitu rakyat perlu diberikan peluang berhimpun secara aman dan bebas menyatakan pendapat.
Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Himpunan ini terutamanya anggota keselamatan dari PDRM, pengurusan Stadium Merdeka, pasukan Unit Amal serta para pimpinan NGO dan parti politik.
Kami juga menghargai kesabaran orang ramai yang terpaksa menghadapi kesesakan jalanraya pada hari tersebut.