Ahad, 13 Januari 2013

#KL112 : Himpunan 112 - Your Say

#KL112 : Perarakan dari masjid negara ke stadium negara

#KL112 : Pakcik ni masih gagah berjalan salute habis

#KL112 : Moments of Himpunan 112

#KL112 : Di luar stadium ribu ribang anak muda

#KL112 : Those Little Moments During Himpunan 112

#KL112 : AMARAN TEGAS DAN KERAS DARI RAKYAT!!!!....TIPU PRU, RAKYAT BANGKIT HUMBAN KAMU!!!!!



#KL112: Sokongan BN tak terjejas..ha..ha..sekor lagi pengampu yang dah nak dipadamkan..!!!!


 #KL112: Tahniah semua! MIRI - Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka anjuran parti pembangkang semalam tidak menghakis sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13, kata Presiden Parti Rakyat
Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.
  
Beliau berkata, anggaran kehadiran 50,000 hingga 60,000 peserta pada perhimpunan itu tidak boleh dijadikan ukuran tentang sokongan yang diterima pembangkang.
  
"BN tidak perlu takut, apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada Kabinet pada 1998, perhimpunan serupa dihadiri 50,000 hingga 60,000 peserta, tetapi sokongan terhadap BN tidak terjejas," katanya kepada pemberita selepas melawat sebuah rumah kebajikan untuk warga tua kelolaan pihak swasta di sini, menjelang sambutan perayaan Tahun Baharu Cina, di sini hari ini.
  
Chin, yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkata, daripada mengadakan demonstrasi jalanan, adalah lebih baik sekiranya pakatan pembangkang cuba turun padang untuk memberi penjelasan kepada orang ramai tentang kemampuan mereka.
  

Himpunan #KL112 hapus kuasa Melayu, kata Rais Yatim...kesian anak yatim nie..!!!!


SHAH ALAM - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mendakwa penganjuran Himpunan Kebangkitan Rakyat di lokasi bersejarah Stadium Merdeka semalam akan "melarutkan kuasa" kolektif Melayu, kaum terbesar negara ini.

"Semua yang dilakukan oleh penunjuk perasaan di Stadium Merdeka tadi (petang semalam) akan melarutkan kuasa kuasa kolektif Melayu," kata beliau dalam mesej Twitter yang ditulis kira-kira 3 jam selepas berakhirnya Himpunan Kebangkitan Rakyat, yang dianjurkan Pakatan Rakyat (PR).

PR menggunakan platform itu menaikkan 'mood' menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang disebut-sebut akan diadakan bila-bila masa dari sekarang.

PRU13 perlu diadakan menjelang akhir April ini.

Malah dalam mesej terdahulu, Rais mempersoalkan rancangan penganjur yang mahu menghimpunkan sejuta orang.

"Mananya yang satu juta nak himpun di stadium tu? 50,000 pun tak smpai," katanya lagi.

Kedua-dua mesej itu menerima kritikan daripada penyokong dan pengikut PR.

Menjawab kritikan itu, pagi ini Rais berkata, "Gunalah medium Twitter ini dengan berhemah. Berhujah secara profesional bukan guna emosi dan pak turut."

#KL112 : Syabas Mohd Sabu

Saya masih mahu menulis tentang Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka semalam kerana kejayaannya menarik sejuta rakyat untuk berkumpul di dalam dan di luar Stadium bersejarah itu. Pertamanya saya ingin mengambil kesempatan kepada sahabat saya Hj Mohamad Sabu kerana berjaya mengetuai jawatankuasa yang telah berjaya menyempurnakan himpunan itu dengan begitu berjaya dalam sejarah politik negara.
Tidak juga lengkap jika kita tidak mengucapkan syabas kepada pihak Polis yang telah menjaga keselamatan perhimpunan itu. Keadaan aman ini juga telah membuktikan yang menjaga perhimpunan dengan jujur adalah baik dan menjauhi dari melakukan provokasi seperti yang dilakukan pada perhimpunan-perhimpunan yang terdahulu adalah perkara terpuji dan ia sedikit sebanyak memperbaiki imej PDRM dari kaca mata rakyat bukan sahaja dari dalam negara tetapi juga baik dari segi pandangan masyarakat antarabangsa. .
Saya juga mengucapkan syabas kepada PAS kerana mempunyai unit amal yang sangat berkesan untuk menjaga keselamatan peserta perhimpunan kerana memang di ketahui umum. PAS adalah parti yang begitu berpengalaman yang telah membentuk dan membina unit amalnya yang bekerja dengan jujur dan ikhlas untuk mempastikan perjalanan apa-apa program parti itu berlaku dengan lancar.

#KL112 : Instead of brickbats, police praised for restraint at rally

The Royal Malaysian Police force earns endless praise from the public and key leaders from both the opposition and BN for exercising restraint during the KL 112 rally yesterday - file pic
KUALA LUMPUR, Jan 13 — In the aftermath of the “KL112” rally, it is the Royal Malaysian Police (PDRM) that has come under the spotlight, earning endless praise from the public and key leaders from both the opposition and Barisan Nasional (BN) for exercising restraint during the event.  Beginning yesterday, PDRM’s social network pages were inundated with messages of gratitude from people thanking the force for carrying out their duties well despite the massive 45,000 turnout at Stadium Merdeka for the Himpunan Kebangkitan Rakyat rally.
Twitter user Mohd Aidil Mansor even labelled PDRM as “the best police force in the world”, adding to the many other thank you notes from others.
The response was a far cry from the scorn and biting criticism that PDRM received after the violent clashes that plagued previous rallies in the capital.
“Thank you for all your tweets. PDRM appreciates your views, opinions and appreciation,” said the official PDRM Twitter account today.
MPs across the political divide also expressed their gratitude over the handling of the event, with Home Minister Datuk Seri Hishamuddin Hussein giving full credit to Inspector-General of Police (IGP) Tan Sri Ismail Omar and his team.
“So many people are appreciating the role of PDRM in tackling the rally yesterday. Kudos and congratulations to all the police force!” Prime Minister Datuk Seri Najib Razak tweeted today.
“Previously, after every rally, the police will (only) be tired, hungry and thirsty like us. Now they also smile like us,” PAS’ MP for Shah Alam Khalid Samad tweeted.

HISHAM MUST APOLOGIZE & RESIGN: The people at peaceful rally have proved you wrong - Gobind

Tens of thousands of Malaysians gathered today at Stadium Merdeka. Contrary to what the Minister of Home Affairs would like to believe, there was no unrest, no chaos and no violence which would go down in history to yet again mark this day with the likes of earlier demonstrations in the city.
HISHAM MUST APOLOGIZE & RESIGN: The people at peaceful rally have proved you wrong - GobindThe police were not required to assemble in thousands in the city. They did not have to stand in line in the sun up against their own fellow Malaysian's. The water canons didn't have to be used. Not only that, there were no arrests. There was no make shift police station specifically set up to house the thousands of people arrested. There was no need for the police to send out teams of investigating officers who would need to work tirelessly taking down statements from all those arrested.
There was also no need for lawyers to be lined up outside these stations all night waiting for access to those detained. There was no need for the families of those detained to worry about their safety not knowing their whereabouts or what was to happen to them next.
There were no incidents in which anyone was injured. There was no overturning of cars, no scenes of persons being shot at by water canons or running in fear or being chased or beaten by the police.
There were no scenes of people, old or young, drenched with chemically laced water, with their eyes swollen, having difficulties breathing. There were no reported incidents of people dying on the streets.
All in all there are no news reports published to the rest of the world wherein we the people of Malaysia are depicted as criminals who run riot in our own country in need of attack from our own police.
There are no scenes of drenched streets, closed businesses and destruction of public property.
The people have proved Hisham wrong

Umno: #KL112 bukti kerajaan tunai janji..ha..ha...UMNO nak dapat nama juga kah..!!!


Himpunan Kebangkitan RakyatBATU PAHAT – Himpunan Kebangkitan Rakyat, yang turut dikenali dengan nama #KL112, anjuran Pakatan Rakyat (PR) di ibu negara semalam menunjukkan Akta Perhimpunan Aman 2012 adil untuk semua lapisan masyarakat.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, pemimpin pakatan pembangkang selepas ini perlu menutup mulut daripada mengkritik akta itu kerana ia telah memberi ruang kepada mereka untuk mengadakan perhimpunan dengan lebih mudah daripada sebelum ini.
Menurutnya, hasil daripada perhimpunan itu, Pakatan Rakyat (PR) sebenarnya gagal menghormati hak rakyat apabila melanggar sebahagian daripada 27 syarat yang digariskan pihak berkuasa.
Katanya, penganjur gagal mengikut peraturan yang ditetapkan dengan membenarkan peserta membawa kanak-kanak, selain kain rentang bercorak provokatif.
“Daripada perhimpunan itu juga jelas menunjukkan bahawa pembangkang gagal menarik perhatian rakyat untuk menghimpunkan seramai satu juta orang apabila ia hanya dihadiri oleh hampir 40,000 ahli parti mereka,” katanya kepada media, semalam.
Penganjur mendakwa mereka berjaya menghimpunkan lebih 100,000 orang, dengan mengambil kira peserta yang berada di luar Stadium Merdeka.
Pengurusan Stadium Merdeka hanya membenarkan peserta 30,000 memasuki kompleks bersejarah itu.
Puad berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada anak yatim, pelajar sekolah, warga emas dan golongan kurang upaya bagi Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bakau Condong, hari ini.
Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata, perhimpunan itu juga membuktikan bahawa pembangkang kehabisan modal kerana sering menimbul isu lapuk seperti pilihan raya bersih, pelajaran percuma dan menurunkan harga minyak.

#KL112 : Himpunan Sabah lempar bunga mawar ke ‘keranda kezaliman’

KOTA KINABALU 13 JANUARI: Lebih 500 orang menyertai Himpunan Sabah
Bangkit di Red Square, Taman Chong Thien Vun, semalam.
Pada himpunan itu, mereka membaling bunga mawar ke arah keranda yang
tertulis ‘Keranda Kezaliman’sebagai simbolik melawan kezaliman
pemerintah.
Dianjurkan gabungan NGO Menuntut Hak Rakyat Sabah (GEGAR) berakhir
jam 3 petang itu, himpunan itu mengemukakan 11 tuntutan untuk rakyat
Sabah.
Ia meliputi isu peluang pekerjaan, rumah mampu milik, kos sara hidup rendah, liputan jalur lebar percuma, kadar jenayah minimum, kemudahan pendidikan berkualiti dan percuma, pilihan raya bersih dan adil, negeri hijau dan bersih, lebih royalti minyak dan balak, hak tanah
adat dan pembangunan insfrastruktur.

#KL112 : Rakyat Malaysia berarak dari Trafalgar Square ke Parlimen

LONDON, 13 Jan : Sekumpulan rakyat Malaysia di bandar raya ini menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat sebagai tanda solidariti kepada ratusan ribu rakyat Malaysia yang berhimpun d Stadium Merdeka semalam.
Mereka membawa bendera Malaysia, melaungkan slogan menuntut pilihan raya yang bebas dan adil serta kain pemidang bertulis, ‘bebaskan media Malaysia, ‘bersihkan senarai undi’, ‘kerajaan Malaysia paling rasuah di dunia’ dan ‘Jom balik undi’.
Mereka berarak sejauh satu kilometer dari Trafalgar Square melalui Downing Street menuju ke tapak himpunan di depan bangunan Parlimen Westminster.
Perhimpunan yang turut disertai kanak-kanak itu berlangsung aman, dengan polis trafik London mengawal lalu lintas sepanjang perjalanan.
Dalam jemputan facebook Himpunan Kebangkitan Rakyat London KL112, penganjur menetapkan jam 12 tengah hari waktu London untuk berkumpul di Trafalgar Square dan menggalakkan peserta memakai baju kuning.
Penganjur turut menyatakan rasa gembira apabila mengetahui Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 berlangsung aman di Stadium Merdeka di Kuala Lumpur.

#KL112 : PoliTweet estimates KL rally crowd at 150,000

PoliTweet estimates the crowd attending yesterday’s opposition-backed Himpunan Kebangkitan Rakyat rally at Stadium Merdeka could have hit the 150,000 mark. - file pic
KUALA LUMPUR, Jan 13 — The crowd attending yesterday’s opposition-backed Himpunan Kebangkitan Rakyat rally at Stadium Merdeka could have hit the 150,000 mark, independent online research house PoliTweet.org said today in its preliminary study of the event.  PoliTweet.org, which tracks social media use in Malaysian politics, wrote on its Facebook page here that the estimate was based on photographs of the rally in the media and shared by netizens online.
It said that according to visual proof from the photos, the crowd had covered an area of nearly 40,000 square meters inside the stadium (excluding the bleachers) and in the surrounding areas outside the venue.
“Crowd density varies, but if you take an average of 3.5-4 sq.ft. per person, the total is 10,6037 — 12,1185 people outside the stadium.
“Including the 30K reported capacity of the stadium, the estimated size of the crowd is: 13,6037 — 15,1185 people,” the research house wrote in its posting, which included an aerial photograph of Stadium Merdeka.
“Each area will be evaluated separately to determine a more accurate crowd density. Please expect this figure to be revised later this week,” PoliTweet.org added.

#KL112 : Suhakam puas hati kejayaan himpunan KL112



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berpuas hati dan ingin mengalu-alukan kejayaan perhimpunan aman ‘Himpunan Kebangkitan Rakyat’ yang diadakan di Stadium Merdeka di Kuala Lumpur dan di Kota Kinabalu, semalam.

“Kejayaan ini jelas menunjukkan bahawa dengan adanya sifat keikhlasan dan tolak ansur di kalangan parti yang berkenaan, hak demokratik berhimpun secara aman boleh dilaksanakan dalam negara ini dan bukannya seperti mana yang diragui oleh skeptis,” ujar Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam.

Tambahnya, Suhakam memuji sikap profesional yang ditunjukkan oleh pihak polis, penganjur dan peserta dalam mengendalikan perhimpunan itu yang mana mencerminkan imej yang baik terhadap negara.

Suhakam, ujarnya dalam kenyataan semalam turut memuji pemimpin atasan polis atas kecerdasan dan kebijaksanaan mereka dalam menangani keadaan berkenaan perhimpunan.


HKR112 berjaya, rakyat bakal ubah pada PRU13



KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengharapkan perubahan murni di atas 10 tuntutan yang diisytiharkan pada Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) petang semalam adalah titik bermula perubahan yang bakal dilakukan oleh rakyat pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Setiausaha agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, perhimpunan yang berjalan dengan tertib dan sifar dari kejadian yang tidak diingini itu adalah sangat terpuji kerana itulah realiti yang sebenar apabila rakyat diberi ruang untuk berhimpun dengan aman tanpa sebarang provokasi.

Tambahnya, jelas segala tohmahan dan fitnah terhadap HKR112 oleh pihak yang menganggap ia akan menjejaskan keamanan adalah ternafi.

#KL112 : 500 rakyat Malaysia di Kaherah berhimpun



Kaherah: Kira-kira 500 orang rakyat Malaysia di Kaherah, Mesir berhimpun sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur semalam.

Perhimpunan itu berjaya diadakan walaupun mendapat ancaman yang tidak profesional daripada pihak kedutaan.

Ancaman itu tidak menghalang semangat anak-anak muda ini untuk menyatakan hasrat mereka melihat negara mereka dipimpin oleh mereka yang amanah, keadilan dan demokrasi.

Anak-anak muda ini tampil dengan menutup muka, membawa sepanduk dan melaungkan seruan kebangkitan rakyat.

Himpunan ini sepatutnya dihadiri oleh pimpinan ikhwan Muslimin Dr. Kamal Helbawi tetapi di minit-minit akhir, beliau mempunyai komitmen yang lain.

#KL112 :Gambar-gambar Menarik Sekitar HKR 112 Vol. 6

HKR 112 67 HKR 112 61 HKR 112 68 HKR 112 65 HKR 112 64 HKR 112 62 HKR 112 66 HKR 112 63 HKR 112 69

#KL112 : Gambar-gambar Menarik Sekitar HKR 112 Vol. 5

HKR 112 54 HKR 112 51 HKR 112 53 HKR 112 56 HKR 112 55 HKR 112 59 HKR 112 52 HKR 112 57 HKR 112 60 HKR 112 58

#KL112 : Gambar-gambar Menarik Sekitar HKR 112 Vol. 4

HKR 112 41 HKR 112 42 HKR 112 43 HKR 112 44 HKR 112 45 HKR 112 47HKR 112 48 HKR 112 49HKR 112 50

#KL112 : Gambar-gambar Menarik Sekitar HKR 112 Vol. 3

HKR 112 21 HKR 112 22 HKR 112 23 HKR 112 24 HKR 112 25 HKR 112 26 HKR 112 27 HKR 112 28 HKR 112 29 HKR 112 30