Sabtu, 12 Januari 2013

#KL112 : HKR lambang rakyat merdeka dari Umno – Guan Eng

KUALA LUMPUR 12 Jan: Setiusaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka adalah lambang untuk memerdekakan rakyat dari Umno BN.
Katanya, stadium bersejarah adalah tempat keramat kemerdekaan Malaya diisytiharkan kembali mengukir detik kebangkitan rakyat.
“Kini kita bukan lagi ingin merdeka dari penjajah. Kita ingin merdeka dari rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan Umno BN.
“Bukan hanya Melayu boleh jaga Melayu, Cina jaga Cina, India jaga India, Iban jaga Iban. Kita ingin buktikan (semua) rakyat Malaysia boleh jaga satu sama lain,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu disambut sorakan peserta di dalam dan luar stadium.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan supaya rakyat berterusan memberikan sokongan padu kepada Pakatan Rakyat (PR) bagi mencapai misi mentadbir negara.
“Ulangi impian kita, hari ini kita buktikan kenapa BN perlu dikalahkan. Sudah sampai masa selepas 55 tahun bahawa rakyat Malaysia cintai keharmonian, jangan dengar ucapan BN.
“Hari ini hari bersejarah untuk ke arah Malaysia bersatu di mana rakyat hidup bermaruah dan integriti untuk seluruh negara,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih.
Antara pemimpin yang hadir bersama dalam HKR itu antaranya, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Pengerusi DAP, Karpal Singh dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

#KL112 : Masya Allah! Perhimpunan Apakah Ini?









#KL112 : HKR yang memeningkan kepala media PB


Saat ini sudah tentu bilik berita beberapa agensi berita PB kalut dan para wartawannya sibuk sedang menyiapkan berita atau laporan mengenai Himpunan Kebangkitan Rakyat yang baru berakhir sekejap tadi untuk disiarkan malam atau pagi esok.


Nik Aziz berdoa menutup himpunan.
Sudah tentu ada wartawan yang tergaru-garu kepala untuk membuat intro berita masing-masing mencari sudut atau angle mana yang hendak diambil agar ia menarik dan menyeronokkan hati taukeh mereka dan dalam masa sama menyakiti hati penyokong Pakatan Rakyat.

Yang penting juga berita itu nanti memberi damage kepada Pakatan Rakyat dan biarlah kalau boleh rakyat membenci Pakatan Rakyat. Kalau perlu direka, mereka perlu merekanya sebaik mungkin kandati najisnya 'berbolot sampai ke atas belakang. Itu tidak menjadi masalah, dalam dunia media massa di negara ini soal kebenaran, sumber yang sahih dan kod etika itu tidak penting itu adalah perkara nombor dua.

#KL112 : Tak payah tulis panjang-panjang, cukuplah dengan foto ini

Himpunan Kebangkitan Rakyat petang tadi merupakan himpunan yang paling berjaya dalam sejarah penganjuran perhimpunan. Kebangkitan rakyat kali ini bukannya kebangkitan yang calang-calang kebangkitan. Ia merupakan perhimpunan terbesar dan ia melebihi dari perhimpunan semasa menyambut kemerdekaan negara pada tahun 1957 dahulu. Pada jangkaan saya himpunan ini lebih besar dari humpunan Bersih 3.0 pada 24 April tahun lepas.


Ada yang telah mengatakan jumlah kehadiran melebihi 700,000 dan ada yang menganggap jumlahnya lebih besar dari itu. Bagi saya jumlah kehadiran hari ini sudah cukup untuk meyakinkan yang perubahan akan tetap berlaku jika di izin Tuhan.

Tidak perlu lagi kita menulisnya dengan panjang lebar. Tatap sahaja beberapa gambar yang saya petik dari beberapa pihak dan ia sudah cukup untuk memberikan gambaran tentang kemahuan rakyat terhadap perubahan.

Lautan manusia ini akan diterjemahkan kepada undi di dalam pilihanraya nanti. Apa yang perlu kita lakukan hanya bermohon kepada Tuhan agar segala gerakan rakyat ini sentiasa berada di dalam keredhoanNya selalu.

Apa yang perlu dilakukan oleh pihak yang mencari perubahan ini, ialah dengan menumpukan segala usaha untuk menjolok rahmat Yang Maha Esa itu selain dari usaha zahiriah yang sudah nampak kejayaannya.

Jauhi dari sifat takbur dan berazam lah untuk menjaga rakyat dan negara dengan penuh bertanggungjawab dan tidak lari dari kehendak dan tuntutan agama, adab dan adat kita sebagai orang Malaysia yang penuh dengan sifat dan nilai itu.

Aspan Alias

#KL112 : PAS yakin Pakatan dapat tunai janji




(Puluhan ribu yang penuh sesak di dalam Stadium Merdeka)

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang penuh keyakinan Pakatan Rakyat akan dapat melaksanakan janjinya untuk penghapusan tol kerana ia pernah dilaksanakan di Terengganu.

"Sebelum ini, apabila kita menang di Terengganu, kita telah berjaya menghapuskan tol," katanya ketika berucap di hadapan puluhan ribu peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat HKR112 di Stadium Merdeka.

Puluhan ribu peserta lagi berada di luar stadium kerana tidak dapat memasuki stadium yang telah penuh sesak itu.

Ustaz Hadi berkata, perhimpunan ini sangat bersejarah kerana di sinilah kemerdekaan negara diisytiharkan.

Katanya, telah lebih 50 tahun rakyat negara ini memberi peluang kepada BN.

"Namun apa erti 50 tahun merdeka jika rakyat merempat di tanah air sendiri, anak muda menganggur, harta negara disapu," katanya.

Ustaz Hadi seterusnya memberikan satu pantun yang berbunyi:

Sila belah buah kedondong

Biji dibelah dengan lidi

Bukan salah ibu mengandung

Yang silap memangkah undi

#KL112 : Saya bukan nak bayar, saya nak minta - Mohd Sabu


(Mohamad Sabu, pengarah himpunan memberikan ucapan)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112), Haji Mohamad Sabu  berkata, ada pihak yang mendakwa setiap peserta himpunan ini dibayar RM150.

"Mereka kata, setiap peserta himpunan ini dibayar RM150 seorang. Betul atau tidak," tanya Mohamad Sabu dengan disambut "tidak" oleh peserta perhimpunan.

"Saya bukan nak bayar tuan-tuan, tetapi saya nak minta duit dari tuan-tuan. Boleh atau tidak," yang disambut dengan "boleh" oleh ratutsan ribu yang memenuhi stadium ini.

Beliau kemudiannya melancarkan kutipan derma dari semua yang hadir dengan sasaran setengah juta ringgit.

Kata beliau, derma ini diperlukan untuk membayar bil penggunaan Stadium Merdeka dan sebagainya.

#KL112 : Umno dan BN yang habis jika Pakatan menang


(Stadium Merdeka penuh sesak...ramai yang tidak dapat masuk dan berhimpun di luar)

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberi jaminan, rakyat yang akan menang dengan kejatuhan Umno dan Barisan Nasional.

"Kita nak bagi tahu, jika Pakatan menang bukan Melayu, Cina atau India yang habis tetapi jika Pakatan menang, Umno dan BN yang habis," kata Lim Guan Eng.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat HKR112 di Stadium Merdeka hari ini.

Menurut Lim Guan Eng, pemimpin Umno dan MCA dalam BN sentiasa menipu rakyat dengan permainan perkauman mereka.

"Di depan Melayu, mereka kata, bila Pakatan menang, Melayu akan habis.

"Di depan Cina pula, bila Pakatan menang, mereka kata Cina yang habis.

"Yang sebenarnya, jika Pakatan menang, Umno dan BN yang habis," kata Lim Guan Eng.
Dalam ucapan itu juga, Lim Guan Eng memberikan jaminan, Pakatan akan menyediakan Wifi percuma kepada rakyat dengan menyediakannya di tempat-tempat awam jika Pakatan menang.

#KL112 : Deepak muncul di Stadium Merdeka

Ahli perniagaan Deepak Jaikishan muncul di kalangan penyokong Pakatan Rakyat di Stadium Merdeka pagi ini, kira-kira tiga jam sebelum Himpunan Kebangkitan Rakyat dijadualkan bermula.

Deepak yang mengenakan baju-T dan berkasut sukan pada mulanya berarak bersama dengan pemimpin dan penyokong PAS dari ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laun pada jam 11 pagi.

NONE"Saya ke sini untuk menunjukkan sokongan saya kepada semua rakyat Malaysia. Kami datang bersama-sama untuk menuntut bahawa kerajaan perlu mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil. Orang ramai telah sedar - ini bukan tsunami, ini adalah gempa bumi.

Apabila ditanya sama ada dia mahu berucap di atas pentas lewat  petang ini, beliau menjawab: "Jika saya diberi peluang, ya."

Kehadiran Deepak menarik perhatian orang ramai, yang antaranya mengambil peluang untuk bergambar dengannya.

'Beri saya imuniti, saya dedah semuanya di stadium'
  

#KL112 : Himpun lebih 30,000 langgar syarat - Polis

Ketua Polis Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat didapati tidak mematuhi syarat untuk mengumpulkan hanya 30,000 orang.
Beliau berkata perkara tersebut merupakan salah satu daripada tiga syarat yang tidak dipatuhi, yang dikesan oleh pihak polis jika dibandingkan dengan 27 syarat yang telah dipersetujui sebelum ini.

"Seperti yang dipohon 30,000 ribu orang (untuk) berhimpun, tetapi lebih daripada apa mereka kehendaki. Lebih daripada syarat-syarat yang telah dikenakan oleh Ketua Polis Daerah," katanya.

Menurutnya lagi, dua syarat lagi tidak dipatuhi apabila pihak polis mendapati terdapat peserta membawa kanak-kanak dan membawa plakad yang berbentuk "menghasut, membawa kemarahan atau mengembang perasan permusuhan".

"Kita akan menjalankan siasatan (berhubung perkara ini)," katanya dalam sidang media di Balai Polis Tun H S Lee berhampiran Stadium Merdeka.

Mengulas mengenai sama ada insiden yang tidak diingini berlaku, Zainuddin berkata tidak ada insiden atau tangkapan yang dibuat sehingga berakhirnya perhimpunan tersebut.

Cuma, katanya, terdapat dua individu yang telah berusia telah pengsan dalam stadium dan dihantar ke hospital.

Mengulas mengenai anggaran jumlah peserta yang hadir, Zainuddin berkata pihaknya menganggar 40,000 hingga 45,000 orang yang hadir.

#KL112 : Laungan Merdeka @ HKR #KL112

#KL112 : Polis kecilkan kiraan peserta dari 80,000 ke 45,000

Suasana di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka Kuala Lumpur, 12 Januari 2013. — Gambar oleh Saw Siow Feng
KUALA LUMPUR, 12 Jan — Polis telah mengurangkan jangkaan awal mereka tentang jumlah kehadiran peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat dari 80,000 ke 45,000 orang, di dalam dan di luar Stadium Merdeka. Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asst Comm Zainuddin Ahmad memberitahu pemberita dalam sidang media bahawa terdapat anggaran 10,000 peserta perhimpunan beradadi luar stadium semasa acara itu berlangsung, manakala selebihnya bersesak dalam stadium.
"Kami jangkakan terdapat lebih kurang 40,000 orang... diantara 40,000 dan 45,000," katanya.
Stadium Merdeka dikatakan boleh memuatkan sejumlah 40,000 orang ditempat duduk dan padang.
Terdahulu polis mengumumkan di laman Twitter rasmi mereka bahawa stadium dipenuhi seramai 80,000 orang.
Tidak berapa lama selepas itu, @PDRMsia mengeluarkan Tweet tersebut dengan mengatakan ianya disebabkan oleh "kesilapan teknikal" dan angka rasmi akan diumumkan oleh ketua polis daerah.
"Crowd datang dari pelbagai arah ... calculation kita tak betul," ACP Zainuddin menjelaskan.

Lensa #KL112 : Koleksi Pilihan





















Sumber : abah anas, mkini dll.

#KL112 : Perhimpunan berlangsung aman, Polis kata hadir 45 000 orang..???

#KL112 : Uncut Video from Stadium Merdeka

#KL112: What do they say?

#KL112 : Ucapan TG Ustaz Hadi Awang

#KL112 : Ucapan YAB Lim Guan Eng

#KL112 : Ucapan Safwan Anang Talib - Student Power

#KL112 : Ucapan Suhaizan Kayat - NGO Tanah Johor

#KL112 : Ucapan Hasni Abas - Mahsuh PPSMI

#KL112 : Stadium Merdeka penuh

#KL112 : Himpunan Kebangkitan Rakyat- Situasi Petang

#KL112 : Rally leaders take to the podium to rally followers

#KL112: Anwar 'Give us a chance'

#KL112 : Kejayaan himpunan lambang kebangkitan rakyat


(Datuk Seri Anwar berucap di HKR112 di Stadium Merdeka)

KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin perhimpunan hari ini adalah lambang kebangkitan rakyat negara ini.

"Dengan semngat kebangkitan rakyat, saya tabik kepada saudara sekalian.

"Rakyat bangkit bukan kerana parti atau NGO, tetapi kesedaran mereka untuk merobah sistem yang bobrok dalam negara kita. Saya rasai sendiri derita rakyat, saya tahu kemarahan rakyat.

"Oleh yang demikian kami dalam Pakaran Rakyat berikrar dengan stulus hati dalam pentadbiran kami, kerajaan baru nanti, percayalah kami tidak akan izinkan rasuh dan rompakan dari negara yang tercinta ini. Tiada tolak ansur dengan rasuah dan rompakan," kata beliau ketika berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat HKR112 di Stadium Merdeka hari ini.

Bagi beliau, Umno dan BN sudah diberi peluang dan rakyat sudah cukup sabar selama ini.

"Kita mintak dan rayu kepada rakyat beri peluang kepada suara rakyat menjadi suara keramat," kata beliau di majlis itu.

Anwar mewakili seluruh pimpinan Pakatan turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat khasnya pihak polis yang memberikan kerjasama untuk menjayakan himpunan ini.

"Kita juga berterima kasih kepada polis yang merasakan ada aliran perubahan dalam negara ini. Media cakap lah apa pun. Rakyat tahu inilah masanya untuk rakyat bangkit membuat perubahan," kata beliau.

Anwar menutup ucapan dengan laungan "Merdeka" dan disambut "Rakyat" sebanyak tujuk kali mengulangi sejarah perisytiharan merdeka di tempat sama pada tanggal 31 Ogos 1957 dahulu.

#KL112 : Azan Asar, tuntutan 10 perkara tutup HKR112

(Stadium Merdeka penuh sesak begitu juga di luar stadium)

KUALA LUMPUR: Himpunan Kebangkitan Rakyat HKR112  melabuhkan tirainya dengan lagu Negaraku dan laungan azan Asar yang berkumandang.

Sebelum itu, doa dibacakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menutup ucapannya dengan mengajak ratusan ribu yang hadir dengan berteriak MERDEKA  sebanyak tujuh kali dengan disambut sekelian yang hadir dengan 'RAKYAT'.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail pula memimpin bacaan ikrar atau Deklarasi HKR #KL112.

Deklarasi yang mengandungi lapan perkara itu dibacakan Saifudin dan diulangi oleh sekalian yang hadir termasuk kesemua pemimpin Pakatan yang berada di atas pentas.

Deklarasi itu adalah:

1) Menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

2) Menuntut reputasi dan wibawa Felda di selamatkan.

3) Menuntut supaya Sabah dan Sarawak diberikan layanan adil dan setara dengan Semenanjung.

4) Menuntut 20 peratus royalti minyak dikembalikan kepada negeri pengeluar petroleum.

5) Mengiktiraf dan meningkat profesionalisme kakitangan awam.

6) Menuntut alam sekitar yang bersih dan sihat.

7) Menuntut agar Bahasa Kebangsaan dimartabatkan dan Bahasa Inggeris dipertingkatkan.

8) Menuntut pembebasan tahanan politik.
9) Menuntut agar kampung2 tradisi dan tempat-tempat warisan dipelihara, dilindungi dan dipertahankan.

10) Menuntut kehidupan yang lebih baik untuk wanita sebagaimana termaktub di dalam Agenda Wanita Malaysia.

#KL112 : Lebih 100,000 banjiri stadium, himpunan lancar



 
Pusat bandar Kuala Lumpur dibanjiri 100,000 penyokong Pakatan Rakyat yang hadir ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka - himpunan paling besar anjuran gabungan parti tersebut bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.Penganjur mengharapkan kehadiran besar ke perhimpunan itu akan mempengaruhi golongan pengundi atas pagar.
NONEPentadbiran Datuk Seri Najib Razak dilihat mengambil pendekatan berbeza bagi perhimpunan kali ini dengan memastikan tiada insiden tidak diingini.
Pihak berkuasa membenarkan Pakatan menggunakan lokasi bersejarah Stadium Merdeka, dan polis turut mensasarkan "kecelakaan sifar" bagi perhimpunan berkenaan.
Penganjur menguji sikap baru yang ditunjukkan pihak berkuasa ini dengan berjalan kaki dalam kumpulan besar menuju ke Stadium Merdeka, bermula dari tujuh lokasi, sebelum perhimpunan  bermula pada jam 2 petang.
LAPORAN LANGSUNG
5pm: Anggota sekretariat penganjur Hishamuddin Rais mendakwa perhimpunan hari ini berjaya mengumpulkan 500,000 orang.
NONE4.51pm: Azan Asar berkumandang ketika acara sampai ke penghujungnya.
Para peserta menyanyikan lagi Negaraku sebelum bersurai.
4.43pm: Mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memimpin bacaan doa bagi mengakhiri Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka.

4.38pm:
MP PKR Datuk Saifuddin Nasution mengetuai bacaan Deklarasi Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diikuti para peserta di dalam stadium.

NONEDeklarasi berkenaan antara lainnya menyentuh tuntutan untuk pilihan raya bersih dan adil, tindakan untuk "menyelamatkan Felda" serta menjamin hak untuk warga Sabah dan Sarawak.
Ia juga menyenaraikan tuntutan untuk bayaran 20% royalti minyak, serta menjamin masa depan penjawat awam.
Selain itu, ia menggariskan tuntutan untuk alam sekitar yang bersih dan siihat, memperkukuh bahasa kebangsaan dan bahasa ibunda, membebaskan tahanan politik, menyelamatkan kampung warisan dan kampung tradisi, dan juga meningkatkan kualiti hidup golongan wanita.
4.20pm: Ketua polis daerah Dang Wangi Zainuddin Ahmad mendakwa jumlah peserta perhimpunan pada hari ini dianggarkan antara 40,000 hingga 45,000 orang.
Jumlah itu berkurangan hampir separuh daripada anggaran sebelumnya, sebanyak 80,000 yang diumumkan PDRM di Twitter.

#KL112 - Stadium Merdeka - part3

#KL112- Stadium Merdeka - part2

#KL112 - Stadium Merdeka - part1

#KL112 - Ucapan Dato Seri Anwar Ibrahim - Merdeka Rakyat

#KL112 : Peserta perhimpunan puji kerjasama PDRM

#KL112-Deklarasi HKR #KL112 - YB Dato Saifuddin Nasution

#KL112 - Doa Penutup TG Nik Abd Aziz

#KL112 - Komen YB Tian Chua Selepas HKR-2

#KL112- Komen YB Tian Chua Selepas HKR-1

#KL112- Komen Tan Sri Kadir - Selepas HKR

#KL112 : Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya

#KL112 : Suasana Perkarangan Stadium Merdeka

#KL112 : Reaksi Peserta HKR

#KL112 : Peserta patuhi syarat perhimpunan

#KL112 : Ucapan Kasthuri Patto

#KL112 : Ucapan Yb Anthony Loke

#KL112 : Ucapan Dato' Mahfuz Omar

#KL112 : People talk while on 'Uprising Rally' walk

#KL112 : Large UM crowd moving towards Stadium Merdeka

#KL112 : Festival-like atmosphere at Jalan Sultan

#KL112 : Abby Abadi joins the crowd

#KL112 : Large crowd from Masjid Negara

#KL112 : Sekitar Perhimpunan

#KL112 : Kehadiran Pengunjung Memenuhi Stadium Merdeka

#KL112: VIdeo PDRM - Suasana sekitar Stadium Merdeka selepas perhimpunan selesai

#KL112 : Sekitar HKR

#/KL112 : ANAK and Royalti gather at KLCC

#KL112 : Lebih 100,000 hadiri HKR

Countdown #KL112 : Pak Monggol dan Scorpene di KSS

Countdown#KL112 - 1 Juta Rakyat @ Datuk Fauzi Saari

#KL112 : Juham Sedia 100 Peguam Dan 3 Nombor Hotline.

Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda PAS Malaysia menyediakan 100 peguam untuk bertugas sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR#KL112).
Pengarahnya Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi, berkata pihannya bersedia untuk membantu para peserta dari sebarang tangkapan jika berlaku namun menasihatkan peserta sentiasa berwaspada dari sebarang tindakan yang boleh menimbulkan provokasi.

"Juham menasihatkan para peserta HKR#KL112 untuk sentiasa berwaspada dengan sebarang provokasi yang mungkin dicetuskan oleh agen-agen UMNO/BN sepanjang perhimpunan aman tersebut berlangsung.

"Juham percaya perhimpunan pasti akan berjalan dengan aman dan lancar sekiranya ia bebas daripada sebarang provokasi jahat agen-agen tertentu sepertimana yang berlaku pada perhimpunan-perhimpunan aman sebelum ini," katanya.

Bagi memudahkan para peserta untuk membuat laporan terhadap sebarang insiden mahupun tangkapan, Juham juga telah melancarkan tiga nombor Hotline untuk dihubungi.

Peserta dinasihatkan menyalin nombor-nombor berikut bagi memudahkan mereka menghubungi peguam jika berlaku sebarang tangkapan.

"Juham mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk turun beramai-ramai ke HKR#KL112 tanpa rasa gentar dalam menuntut keadilan dan juga suatu pilihanraya yang adil dan bersih di Malaysia," katanya.

Nombor HOTLINE Bilik Gerakan Peguam PAS adalah seperti berikut:
1. 01-112-835421
2. 01-112-835485
3. 01-112-836139

LENSA #KL112: MASJID NEGARA DIPENUHI MANUSIA BERJEMAAH SOLAT SUBUH

 

https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/385179_522164277816851_564991856_n.jpg