Selasa, 8 Januari 2013

Krisis air: Rakyat merana kerana kegagalan Syabas


PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) merasa kecewa di atas kegagalan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) di dalam menyelesaikan krisis air Selangor dan Kuala Lumpur sehingga menjejaskan kehidupan ribuan penduduk yang terlibat.
Tinjauan PAS WP mendapati ramai penduduk di kawasan Ampang, Pandan, dan Cheras menerima kesan sehingga penduduk terbabit terpaksa menggunakan pelbagai kaedah bagi menampung keperluan air di rumah mereka.

Dengan penjelasan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengenai masalah air tersebut yang tiada kaitan dengan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat2) kerana bekalan air sebenarnya mencukupi dan ia hanyalah kegagalan Syabas menyelenggarakan Rumah Pam Wangsa Maju dan Hulu Pudu Baru menunjukkan kegagalan ini bukan berpunca dari kerajaan Selangor, tetapi kerana kegagalan Syabas sendiri.

Apa yang dikesalkan adalah mengapa Syabas tidak mengenal pasti punca masalah kerosakan di rumah pam Wangsa Maju dan Hulu Pudu Baru lebih awal sebelum insiden ini berlaku? Syabas pula seakan tidak mengambil langkah efektif bagi memastikan masalah ini tidak berlaku.

Kase sokong cadangan Pakatan batal saman AES


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menyokong cadangan Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat yang mahu membatalkan semua saman membabitkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sejak ia dilaksana September 2012.

Menurut Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar, cadangan itu adalah satu kebaikan kepada rakyat memandangkan pelaksanaan AES oleh kerajaan Umno BN dibuat secara tergesa-gesa.

Sambil merayu rakyat agar terus mematuhi undang-undang meskipun AES suatu hari nanti ditangguh sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, Mahfuz juga menegaskan satu kajian akan dilakukan terhadap pelaksanaan AES .

"Kajian termasuklah dalam isu perjanjian dengan dua syarikat yang mendapat kontrak AES ini," katanya lagi.

Kata beliau lagi, Kase memandang serius isu AES membabitkan rakyat kerana sehingga kini lebih 400,000 saman telah dikeluarkan.

IGP minta penganjur patuhi Akta Perhimpunan Aman

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar meminta penganjur perhimpunan yang didokong pembangkang di ibu negara Sabtu ini
agar mematuhi peraturan Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.  
Ia adalah antara perkara yang ditekankan Ismail ketika bertemu dengan pihak penganjur perhimpunan selama sejam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.
Pihak penganjur diwakili Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Naib Presiden PKR, N Surendran; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali; Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff dan Aktivis Hak Asasi Manusia, Maria Chin Abdullah.
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf yang turut serta dalam pertemuan itu memberitahu Bernama, Ismail turut mengingatkan pihak penganjur perhimpunan agar memberi kerjasama kepada polis termasuk mematuhi larangan dalam akta tersebut.
"Seseorang itu melakukan kesalahan jika, bukan warganegara menyertai perhimpunan, menganjurkan perhimpunan di tempat larangan dan dalam jarak 50 meter dari had larangan, menyertai dan menganjur protes jalanan, seseorang bawah umur 21 tahun menganjurkan perhimpunan, kanak–kanak menyertai perhimpunan (bawah 15 tahun), merekrut atau membawa kanak-kanak untuk perhimpunan," katanya.

Ismail turut menegaskan jika sabit kesalahan individu terbabit boleh
dikenakan denda antara RM10,000 dan RM20,000.

Polis Beri Jaminan HKR Akan Berlangsung Aman?

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pakatan Rakyat lewat petang ini mengenai Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari nanti menggembirakan semua orang. Menurut kenyataan itu pihak polis memberi jaminan akan mengawal himpunan berkenaan dan mahukan ia menjadi satu sejarah? Sejarah apa masih kabur?


Ismail: Bagi jaminan HKR aman?
Perkara ini dinyatakan oleh Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan bersama Timbalan Presiden PAS Muhammad Sabu serta Setiausaha Agung Pas, Mustapa Ali.

Menburut mereka perkara itu dinyatakan oleh Ketua Polis Negara, Ismail Omar dalam pertemuan dengan mereka petang ini yang dikatakan dalam keadaan kondusif.

Saifuddin menegaskan IGP (Ketua Polis Negara) berhasrat ini akan menjadi himpunan berkenaan detik bersejarah, untuk belajar dari kelemahan dan kekurangan program-program terdahulu.

Dalam pada itu jelasnya Polis akan memberi servis terbaik untuk memastikan semua hak yang termaktub dalam undang-undang dan Perlembangan dihormati. Sekiranya ini menjadi kenyataan satu tabik hormat dua belah tangan kepada polis boleh diberikan.

Semua rakyat berharap di sepanjang himpunan itu nanti tidak akan ada lagi cemuhan dan kata nesta kepada anggota polis seperti sebelum ini yang diciskan oleh orang ramai kerana sikap tidak profesional mereka memukul dan membelasah orang ramai sewenang-wenangnya.

Ribut tropika Sonamu menghala ke Bintulu, Sarawak

Penerbitan Novel Black Rose Berdasarkan Kisah Benar - Deepak

Kerajaan Kelantan tolak pemimpin yang merokok

Susulan warga asing takluk pusat kusta

Perkasa Buat Laporan Polis Bantah Himpunan Kebangkitan Rakyat

TG Hj Hadi: Islam tak halang orang lain guna kalimah 'Allah'

Bukti ~ Surat tulisan Zeti Aziz minit mesyuarat dana RM207 bilion wang pampasan sudah terbongkar!

Satu mesyuarat ketua board antara Gabenor Bank Negara Zeti Aziz,big bos Maybank En Abdul Rahman bin Hj Kamisan dan menteri kewangan pada masa itu iaitu Abdullah Ahmad Badawi telah berlangsung pada 13 -12-2004 bagi membincangkan berkaitan wang pampasan yang telah di bayar oleh kerajaan jepun sebanyak RM207 billion .

Dalam mesyuarat itu,iaitu pada jam 2.00 petang pada 16-12-2004 satu cek dari bank negara bernilai 107 bilion telah di keluarkan.Ianya berbaki sebanyak 100 bilion ada pada Syer Maybank dan didaftarkan pada 13-12-2004.



Anti Yahudi : Israel waspada dengan pencalonan Chuck Hagel

Kedah : Kampus Induk KUIN

Operasi mengesan 7 tahanan lari diteruskan

Perkembangan terkini ancaman Sonamu di Kemaman

Bekas IGP : Saya bukan anti kerajaan dan tidak masuk politik....

Pakatan: IGP promised to facilitate Jan 12 rally

HKR : Polis akan beri kerjasama - Pakatan Rakyat

HKR 112 : Diharap Polis Kotakan Janji Jadi Fasililator, PERKASA Jangan Nak Jadi Popular!


Himpunan 12 Jan: Pakatan gembira dengan jaminan polis

Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat yang mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini gembira dengan jaminan polis untuk berperanan sebagai pemudahcara dalam pada perhimpunan pada 12 Januari di ibu negara.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata Ismail dalam mesyuarat berkenaan turut menyatakan kesediaan untuk menjadikan perhimpunan pada hari tersebut sebagai "detik bersejarah" selepas "belajar daripada kekurangan" yang berlaku semasa perhimpunan sebelum ini.

"Tan Sri Ketua Polis Negara sebut peranan polis sebagai fasilitator. Hubungan polis dan wartawan pada perhimpunan itu, mereka akan menyediakan marsyal untuk memandu petugas media berdasarkan (peruntukan) seksyen Akta Perhimpunan Aman.

Pemindahan Tentera, Anwar Minta Penjelasan Pimpinan ATM

pc-pr
PETALING JAYA, 8 JAN: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta penjelasan pimpinan Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhubung dakwaan berlaku pemindahan batalion tentera ke beberapa kawasan ibu kota dan luar bandar.
Anwar memaklumkan maklumat berkenaan menunjukkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)  makin hampir.
Beliau berharap perkara ini bukan bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat memandangkan terdapat lonjakan sokongan positif kepada Pakatan Rakyat.
“Saya anggap perkara ini sebagai gerakan biasa dan saya harap pimpinan tentera memberikan penjelasan supaya ini tidak dikaitkan dengan percubaan menakut-nakutkan sebahagian penduduk di negara ini,” katanya pada sidang media Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.
Tegasnya, perkara penting adalah tiada pihak akan memanipulasikan pasukan keselamatan terutama menjelang PRU-13.
“Jadi kita tidak mahu mana-mana pihak menggunakan pasukan keselamatan untuk tujuan pilihan raya,” katanya lagi.

PR Desak PM Tubuh Suhanjaya Bebas Siasat Pampasan ‘Wang Darah’

PC PR 1
PETALING JAYA, 8 JAN: Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menubuhkan satu suruhanjaya bebas bagi menyiasat kes berhubung pampasan ‘Wang Darah’  berjumlah RM207 bilion daripada kerajaan Jepun kepada rakyat Malaysia.
Wang berkenaan diberikan sebagai pampasan kepada rakyat negara ini  yang terlibat di dalam pembinaan landasan maut sepanjang 415km daripada Siam ke Burma ketika perang dunia kedua 1942-1946.
Menurut Anwar, beliau sekali lagi menegaskan sekali lagi bahawa kewangan tersebut tidak diagihkan kepada Perbendaharaan Negara ketika beliau masih bertanggungjawab sebagai Menteri Kewangan.
“Saya dah sebut bahawa ia tidak diagihkan melalui Perbendaharaan.
“Saya seru Perdana Menteri, Najib Abdul Razak supaya melakukan siasatan bebas ke atas isu ini kerana RM207 bilion ialah satu jumlah yang besar.

MORE THAN RM800 BILLION IN DEBT: Where did our money go, Dr M?

MORE THAN RM800 BILLION IN DEBT: Where did our money go, Dr M? AT PRESS TIME, so to speak in the print media, the man who ruled Malaysia with an iron fist for 22 years have still remained silent on reports that his accumulated wealth is about US$44 billion (more than RM132 billion).
That makes him the second richest former head of government in the world.
With such a gross wealth accumulated at his disposal, it is no wonder people like the racist Ibrahim “Perkasa” Ali and his Taliban-like followers are blind to facts and reality.
They are willing to do whatever Mahathir Mohamad orders and Mahathir is willing to do whatever it takes to ensure multi-racial multi-religious Malaysians remain divided or disunited politically.
As long as Malaysians are divided, political manipulation and abuse of power are peanuts to Mahathir.

Mahathir blogged that giving five years to Pakatan Rakyat (PR) to rule is dangerous because the Umno-led Barisan Nasional (BN) will have no chance to return to power.
Mahathir must think that in this 21st century, where information is borderless in a digital world, Malaysians are country bumpkins.
After 55 years of BN (formerly Alliance Party) misrule, it is now all open to Malaysians to make an informed decision in the next 13th General Election.
A simple yet telling question that Malaysians must ask is: “Why is Malaysia’s federal debt at more than RM800 billion, breaching well over the legislated 55% of Gross Domestic Product (GDP) debt ceiling?”
You must remember that Malaysia is a blessed country with vast and rich natural resources, including oil and gas.
Where have all our wealth gone to?

Saman Felda: Mazlan sedia kemuka bukti di mahkamah

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman bersedia menghadapi tindakan saman oleh Felda dengan hujah dan bukti yang beliau ada.


Ketika dihubungi Harakahdaily, Mazlan berkata, sekiranya saman Felda ini dibawa ke mahkamah beliau akan dedahkan apa yang dinyatakan bukan fitnah tetapi kenyataan berdasarkan bukti yang ada.

"Bukan itu sahaja, saya bersedia tampilkan mereka yang akan menjadi saksi-saksi dalam kes ini," katanya.

Mazlan yang menerima notis saman daripada Felda sejak empat minggu lalu pada awalnya meminta beliau memohon maaf dan membayar ganti rugi, malah mahunya menarik balik artikel mengenai penjualan minyak kepada Israel.

Bagaimanapun beliau tetap mempertahankan bahawa kenyataannya itu bukan fitnah dan tidak perlu ditarik balik.

"Selagi mana perbicaraan belum bermula, saya akan terus memperkatakan isu penjualan minyak kepada Yahudi, "katanya.

Pandangan Kangkung Dan Pengampu : Tiada justifikasi adakan perhimpunan Sabtu ini

KUALA LUMPUR -  Perhimpunan atau protes jalanan yang sering didalangi pembangkang tidak mempunyai kaitan dengan isu nasional sebaliknya ia semata-mata untuk meraih keuntungan politik dengan menagih perhatian rakyat, menurut tokoh-tokoh akademik.
  
Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, 'kesihatan' pembangkang kini boleh diibaratkan seperti dalam situasi tenat dan terdesak untuk meraih undi rakyat dan sehingga memaksa mereka mengadakan perhimpunan haram.
  
Dr Mohamed Mustafa, yang juga Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara berkata, isu-isu yang cuba dibangkitkan pembangkang telah dijawab dan diselesaikan oleh kerajaan, manakala beberapa isu lain masih dalam prosiding mahkamah.
  
"Bukannya ada isu nasional dan tiada justifikasi untuk membawa isu-isu ke dalam satu perhimpunan haram semata-mata untuk menjejaskan keselamatan dan ekonomi negara," katanya kepada Bernama hari ini.
  
Apabila bertembung dengan pihak berkuasa, nanti mereka dakwa hak kebebasan disekat dan kelak mereka salahkan kerajaan pula dan mahu rakyat membenci kerajaan dan memilih mereka, jelasnya.

Dekan Kolej Undang-undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa UUM Prof Madya Dr Martadar Mohamed berkata, kebebasan bersuara yang diberikan kepada setiap lapisan rakyat tidak harus disalah guna sehingga mendatangkan 'bencana' kepada negara.
  
"Kebebasan bersuara bukan hak untuk melakukan apa yang kita rasa betul, sebaliknya ia perlu dilakukan dalam kerangka pemikiran rasional serta tidak mengganggu atau menyusahkan orang lain," katanya.
  

Latihan Mengundi BN : Orang Asli berhimpun tuntut KP Jakoa letak jawatan

Orang Asli berhimpun tuntut KP Jakoa letak jawatan

 
Sekumpulan 50 orang termasuk pemimpin Orang Asli Perak berhimpun di hadapan bangunan pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Perak bagi menuntut ketua pengarahnya Datuk Mohd Sani Mistam meletak jawatan.Timbalan setiausaha PKR Perak Tan Kar Hing yang menyertai perhimpunan itu berkata Mohd Sani perlu meletak jawatan ekoran latihan mengundi yang dijalankan ke atas sekumpulan masyarakat Orang Asli di Tapah bulan lalu.
NONETindakan itu didakwanya menunjukkan Mohd Sani "gagal melindungi hak orang asli malah mencabuli hak bangsa Orang Asli".
"Pengerusi Umno bahagian Tapah merangkap ADUN Air Kuning, Datuk Samsudin Abu Hassan telah mengakui bahawa kursus latihan mengundi dijalankan di perkampungan Orang Asli di Tapah dengan kerjasama Jakoa Perak.
"Ini telah menunjukkan bahawa Jakoa berpihak kepada Umno BN serta dijadikan alat kempen pilihan raya Umno BN," dakwanya dalam satu kenyataan.

Pakatan Rakyat Perak pada 26 Disember lalu mendedahkan Jakoa menjalankan latihan mengundi itu dengan kerjasama BN Perak.

Stadium Merdeka: Penganjur HKR tunggu hingga tengahari esok

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan pihaknya akan menunggu sehingga tengahari esok untuk pihak pengurusan Stadium Merdeka membuat keputusan sama ada membenarkan perhimpunan Kebangkitan Rakyat diadakan di stadium tersebut pada 12 Januari ini.

Setakat ini, kata beliau, pihaknya masih belum menerima apa-apa berita berhubung kelulusan untuk menggunakan Stadium Merdeka.

NONE"Kita tunggu sehingga jam 1 tengahari esok sama ada diizinkan atau tidak. Sebarang pengumuman akan dibuat dalam sidang media esok, jam 4 petang di pejabat agung PAS.

"Kita akan adakan mesyuarat (sebelum itu) dan buat keputusan di situ," katanya dalam sidang media selepas mengetuai delegasi Pakatan Rakyat dan NGO bertemu dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar di Bukit Aman hari ini.

Mohamad berkata pihaknya memilih stadium tersebut bagi memenuhi cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini sewaktu perhimpunan BERSIH 3.0 yang meminta perhimpunan itu diadakan di stadium itu atau Stadium Bukit Jalil.

"Kita memilih Stadium Merdeka. Kita berharap perdana menteri akan menunaikan janjinya. Janji Ditepati," katanya.

'Larangan MAIS hanya kepada PR, tidak Umno'

PETALING JAYA – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulas titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang penggunaan kalimah ALLAH di kalangan orang bukan Islam di negeri ini hanya terpakai kepada Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, walaupun titah tersebut dikeluarkan melalui Majlis Agama Islam Selangor (Mais), ia tidak semestinya mewakili kerajaan negeri.

“Mais bergerak bebas dan tak ada kena-mengena dengan kerajaan negeri Selangor, bahkan beberapa kenyataan Mais itu tidak semestinya mewakili kerajaan negeri.

“Sebab itu semua larangan berkenaan hanya terpakai kepada PR dan tidak kepada Umno,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.

Pagi tadi, Setiausaha Mais, Datuk Mohd Misri Idris dalam satu kenyataan berkata, Sultan Sharafuddin melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini yang menggesa Kerajaan Persekutuan membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.

HKR : Rakyat Bangkit Kerana SPR & Kerajaan Pekakkan Telinga Terhadap Tuntutan BERS✔H


Walaupun Tidak Diendahkan, Rakyat Perlu Terus Tekan SPR

Orang ramai perlu terus mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meskipun badan itu masih tidak mengendahkan tuntutan agar pilihan raya bebas dan adil dilaksanakan.

Ini kerana, pilihan raya bebas dan adil merupakan hak rakyat yang perlu diperjuangkan oleh semua lapisan masyarakat dengan memberikan tekanan berterusan kepada pihak berkuasa kata Mohamad Sabu.

Oleh itu kata Mohamad, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), orang ramai diseru agar datang ke himpunan tersebut di Stadium Merdeka Sabtu ini.

Katanya SPR harus memulihkan keyakinan rakyat terhadap sistem pilihanraya negara ini sebelum rakyat memilih cara lain bagi menyuarakan kehendak mereka.

“Kerana itulah kita dapat lihat kerajaan di dunia ketiga akhirnya dijatuhkan melalui jalanraya seperti Iran, Filipina, Indonesia, Poland dan terbaru seperti Tunisia, Mesir, Yaman semuanya melalui jalan raya.

“Kita tak mahu berlaku begitu, kita harap di Malaysia berlaku pertukaran kerajaan melalui pilihan raya.

Muhyiddin: Himpunan Shamsidar hanya buang masa

SEREMBAN -  Himpunan Shamsidar Sabtu ini disifatkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai membuang masa kerana dilihat menjadi tempat untuk melindungi pemimpin tertentu.

Beliau berkata, rakyat tidak seharusnya didesak memperjuangkan kepentingan sesuatu individu, semata-mata untuk mendapatkan sokongan moral.

“Perhimpunan ini bukan memperjuangkan isu nasional mahu pun kepentingan dalam parti, tetapi semata-mata soal peribadi individu tertentu. Mungkin kerana mereka ada
muslihat mahu melindungi pemimpin mereka dan takut apa yang berlaku di mahkamah, sebab itulah mereka mengheret penyokong dan rakyat jelata untuk berhimpun.

“Sepatutnya hal seperti ini kita serahkan kepada mahkamah. Jika mahkamah fikirkan ada keperluan individu itu di bawa ke kandang saksi untuk membuat sebarang kenyataan bagi menyokong kes tertentu, itu adalah hak mahkamah,” katanya hari ini.

Hishammuddin : Penganjur Himpunan 12 Jan harus pastikan tiada rusuhan

SEREMBAN - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini berkata pakatan pembangkang harus memastikan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dicadang dianjurkan mereka Sabtu ini tidak bertukar menjadi rusuhan.

Mereka patut memohon kepada Stadium Merdeka jika ingin menganjurkan perhimpunan di situ dan memastikan kapasiti yang ditetapkan dipatuhi, katanya.

Dipetik Bernama, beliau berkata, semua pihak harus memastikan perhimpunan itu tidak mencetuskan rusuhan seperti yang berlaku semasa perhimpunan Bersih tahun lepas.
 
Dalam hal ini Hishammuddin berharap pihak penganjur mengadakan perjumpaan dengan polis mengenai langkah keselamatan yang perlu dipatuhi.
 
"Saya cukup yakin bahawa Ketua Polis Negara telah memantau keadaan ini dan boleh memastikan apa yang kita bimbang tidak akan berulang. Yang penting sekarang kita belajar daripada apa yang berlaku pada perhimpunan Bersih dahulu di mana berlakunya huru-hara dan rusuhan jalanan," katanya kepada pemberita di sini, selepas majlis taklimat persediaan Barisan Nasional menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

Polis Mahu “Lakar Sejarah” Kerjasama Dengan Penganjur Himpunan 12 Jan

saifuddin ceramah grey 01
SHAH ALAM 8 JAN : Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar  berjanji bahawa polis akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat agar perhimpunan itu dapat berlangsung secara aman dan sejahtera.
Jaminan tersebut disambut dengan optimis dan terbuka oleh pihak penganjur yang mengadakan pertemuan selama sejam setengah dengan Ismail di Bukit Aman petang tadi.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang menyertai pertemuan itu berkata, pihak polis kali ini berjanji untuk memainkan peranan sebagai fasilitator.
Ini selaras dengan garis panduan yang ditetapkan dalam Akta Perhimpunan Aman 2011 bagi memastikan kekecohan dahulu tidak berulang.
“Tan Sri Ismail sendiri mengajak kita bersama-sama untuk mencipta satu ‘historical moment’ dalam negara bahawa polis dan penganjur boleh bekerjasama dalam satu perhimpunan aman.
“Mereka juga mengaku kesilapan dahulu dan bertekad untuk belajar daripada kelemahan dan tidak mengulanginya lagi selepas ini,” jelas Saifuddin sewaktu dihubungi TVSelangor hari ini.
Himpunan yang digerakkan gagasan Pakatan Rakyat itu bakal menarik satu juta peserta pada Sabtu ini.
Pihak penganjur masih lagi memohon kepada Permodalan Nasional Berhad untuk menggunakan Stadium Negara, tetapi sehingga kini, tiada maklumbalas dari PNB.

Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Jan pencetus ‘Malaysian Spring’

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) berpandangan bahawa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang bakal diadakan pada 12 Januari 2013 ini adalah “Malaysian Spring” yang boleh mencetus era baru bagi negara ini.
Sentuhan bersemangat dari pempinan rakyat bakal menjadikan kebangkitan rakyat yang boleh melakar sejarah penting di Malaysia.
Walaupun kami berpendapat terlalu banyak kebangkitan dalam bentuk lain harus dijalankan serentak seperti kebangkitan sosial-budaya, kebangkitan rohani, kebangkitan pemikiran dan kebangkitan intelektual, namun perhimpunan yang akan disemangati oleh keinganan menganjakkan negara dari era kroni, salahguna kuasa dan rasuah kepada negara yang bersih dari kepincangan uruskelola harta negara , sangat penting.
Pasca HKR akan menjadi lebih mencabar kerana jika ia tidak dituruti menggerakkan kebangkitan yang menyeluruh maka ia tidak akan membawa sebarang makna dan tidak boleh bertahan lama.
Kami percaya dengan kehadiran jutaan rakyat yang akan datang sendiri tanpa sebarang sogokan dan bayaran , ia pasti akan menjadi kebangkitan rakyat di negara ini menjadi Malaysian Spring yang unik seperti yang ditunjukkan oleh Arab Spring .

Deepak tawar untuk beli semula saham Astacanggih

KUALA LUMPUR, 8 Jan — Ahli perniagaan Deepak Jaikishan menawarkan diri untuk membeli semula Astacanggih Sdn Bhd dari Boustead Holding Berhad, pembelian yang dikaitkan dengan pertukaran tanah kepada projek kontroversi Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas). Ahli perniagaan kontroversi itu enggan memberi sebarang komen terhadap penjualan syarikat tersebut tetapi mengatakan beliau mahu membeli kembali Astacanggih.
"Saya mahu membeli kembali saham dari Boustead," kata Deepak (gambar) kepada wartawan di sini hari ini.
Dalam penyataan Bursa Malaysia yang difailkan pada 27 Disember, Boustead dikatakan memiliki Bakti Wira Developement Sdn Bhd membeli 80 peratus saham dalam Astacanggih bernilai RM30 juta.
Boustead juga berkata saham tersebut dibeli dari Prestige Dimension Sdn Bhd dan pemegang saham minoriti Astacanggih pada 20 Disember.

Deepak dakwa nilai tanah Bukit Raja RM400j

Ahli perniagaan kontroversi Deepak Jaikishan berkata beliau sanggup membeli semula sebidang tanah di Bukit Raja yang dibeli Boustead Holdings Bhd dengan harga RM160 juta memandangkan tanah berkenaan kini didakwanya bernilai RM400 juta.

"Saya sanggup membeli semula syarikat dan tanah tersebut. Mereka bayar RM160 juta... Tanah itu bernilai RM400 juta," kata Deepak dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Deepak berkata beliau sanggup berbuat demikian memandangkan beliau boleh menjual semula tanah tersebut dengan harga RM400 juta, mengikut harga pasaran semasa tanah di kawasan itu.

"Jika saya letakkan tanah itu di pasaran dengan harga RM350 juta, saya masih boleh menjualnyna semula, dan bawa semua orang untuk cuti panjang di Maldives.

"Saya cuma mahu pastikan kerajaan Selangor akan memberi hakmilik tanah berkenaan kepada saya," katanya.

Zahid Hamidi nafi terima arahan atasan dalam perjanjian tanah dengan Ropiaah

KUALA LUMPUR, 8 Jan — Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini akhirnya tampil mempertahankan penglibatan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam perjanjian urusan tanah selepas beberapa minggu mendiamkan diri. Zahid berkata, rancangan pemilikan tanah daripada Awan Megah Sdn Bhd pada harga RM130 juta dan pemilikan 80 peratus saham Astacanggih Sdn Bhd oleh Boustead Holdings Bhd adalah keputusan korporat dibuat firma tersebut, tanpa arahan daripada kementeriannya atau Kabinet. LTAT memiliki pegangan saham 60 peratus dalam Boustead.
"Transaksi itu transaksi korporat ... Astacanggih Sdn Bhd telah dibeli pada harga RM30 juta ... Tanah Awan Megah Sdn Bhd RM130 juta juga dibeli Boustead," katanya.
"Tiada arahan dari saya, mahupun arahan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) kepada saya," tegas Zahid (gambar).
Beliau juga turut menafikan Boustead memiliki tanah itu melalui dana daripada LTAT sebaliknya menegaskan Boustead mempunyai simpanan kewangan yang besar.

Tarian Separuh Bogel : Tarian bertentangan budaya, Islam - Polis



 
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob berkata beliau terkejut dengan bentuk persembahan tarian oleh sekumpulan wanita dalam majlis makan malam ketika meraikan anggotanya pada 4 Januari lalu.
NONEKetua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob menjelaskan tarian itu tidak ditempah pihaknya dan ia dipersembahkan secara mengejut.

"Tarian yang dipersembahkan itu tidak bukanlah yang ditempah dan unsur ini tidak timbul semasa raptai.

"Perkara yang berlaku adalah secara mengejut tanpa izin penganjur," katanya.

Tambahnya lagi, penganjur telah membuat aduan dan meminta penjelasan secara peribadi berhubung isu berkenaan kepada pihak hotel tersebut.Zahedi mengulas rakaman gambar tarian pada majlis 'Sekalung Budi Segunung Intan' anjuran Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Shah Alam, yang dikesan berlegar di laman sosial.

Menurutnya juga, majlis itu dijalankan secara tertutup untuk meraikan bakal pesara, pegawai dan anggota pangkat rendah dan dihadiri anggota dan pegawai JSJ Shah Alam sahaja.

"Saya ingin tegaskan bahawa PDRM sejak kewujudannya tidak pernah menganjurkan majlis sebegini kerana ia bertentangan dengan teras budaya PDRM dan agama Islam," katanya.

Polis akan kawal perhimpunan 12 Januari, kata Pakatan

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail, TImbalan Presiden PAS Mohd Sabu dan Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali di sidang akhbar tentang perhimpunan. — Gambar oleh Saw Siow Feng
KUALA LUMPUR, 8 Jan — Polis akan mengawal perhimpunan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dianjurkan Pakatan Rakyat (PR) pada 12 Januari ini dan akan memastikan ianya aman dan menjadi "peristiwa bersejarah", kata penganjur hari ini. Menurut Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar berkata perhimpunan ini akan menjadi "peristiwa bersejarah" di mana mereka belajar dari peristiwa lepas.
"Ditegaskan tadi dalam perjumpaan, IGP (Ketua Polis Negara) berhasrat ini akan menjadi detik bersejarah, untuk belajar dari kelemahan dan kekurangan program-program terdahulu," kata Saifuddin selepas beliau dan penganjur bertemu dengan KPN, Timbalan KPN dan pemimpin tertinggi polis disini.
"Beliau berhasrat untuk memberi servis terbaik untuk memastikan semua hak yang termaktub dalam undang-undang dan Perlembangan dihormati," katanya.
Beliau mengatakan perbincangan selama satu jam di ibu pejabat Bukit Aman sebagai "kondusif", dan berkata perbincangan adalah sekitar perhimpunan dan Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang juga berada dalam sidang media berkata polis memberi kerjasama penuh semasa perbincangan.
"Dan mereka (pihak polis) sendiri akan bersama-sama memastikan himpunan 12 Januari...akan berlangsung dalam keadaan aman dan damai.

Himpunan 12 Jan: Pakatan gembira dengan jaminan polis

Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat yang mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini gembira dengan jaminan polis untuk berperanan sebagai pemudahcara dalam pada perhimpunan pada 12 Januari di ibu negara.
NONESetiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata Ismail dalam mesyuarat berkenaan turut menyatakan kesediaan untuk menjadikan perhimpunan pada hari tersebut sebagai "detik bersejarah" selepas "belajar daripada kekurangan" yang berlaku semasa perhimpunan sebelum ini.

"Tan Sri Ketua Polis Negara sebut peranan polis sebagai fasilitator. Hubungan polis dan wartawan pada perhimpunan itu, mereka akan menyediakan marsyal untuk memandu petugas media berdasarkan (peruntukan) seksyen Akta Perhimpunan Aman.

"Adalah menjadi tanggungjawab semua supaya tertib dan kami ingatkan mereka yang hadir datang dalam suasana mood festival, bagi membantu menjamin kelangsungan perhimpunan.

NONE"IGP mahu menjadi (perhimpunan ini) sebagai saat bersejarah, iaitu belajar daripada kekurangan yang terdahulu. Mereka berhasrat untuk memberi khidmat yang terbaik, untuk memastikan semua hak mengikut undang-undang dan perlu dihormati," kata Saifuddin.

Saifuddin berkata demikian selepas delegasi penganjur himpunan seramai 11 orang yang diketuai Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, bertemu dengan Ismail di Bukit Aman pada kira-kira jam 2.30 petang ini.

Polis janji beri ‘kerjasama’ untuk pastikan HKR paling aman

KUALA LUMPUR 8 Jan: Ketua Polis Negara (KPN) berjanji Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) Sabtu ini akan menjadi detik bersejarah dan menjamin ia paling aman di bawah keselamatan anggotanya.
Perkara itu dimaklumkan Pengarah HKR, Mohammad Sabu selepas pertemuan pihak penganjur bersama Tan Sri Ismail Omar di Bukit Aman petang tadi.
Perbincangan khusus mengenai kelancaran HKR itu dimulakan jam 2.30 petang dan berakhir kira-kira 4.10 petang.
“Penganjur dan polis sama-sama berazam untuk memastikan HKR menjadi himpunan aman dan berjalan lancar,” kata Mat Sabu kepada pemberita.
“Kita berbincang berpandukan Akta Perhimpunan Aman dan berjanji setiap pihak perlu mengikuti undang-undang tersebut,” jelasnya.

HKR: Penganjur puas hati jaminan kerjasama polis

 
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) memaklumkan pertemuan dengan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bersama Pegawai Tertinggi Polis hari ini membuahkan hasil positif.

Pengerusinya Mohamad Sabu berkata, dalam pertemuan di Ibu Pejabat Polis di Bukit Aman tadi itu pihak polis menyatakan kesediaan memberi kerjasama kepada himpunan yang akan berlangsung 12 Januari nanti.

"Pihak polis meminta kerjasama yang baik dari penganjur dan orang ramai dan mereka sendiri akan bersama-sama memastikan himpunan 12 Januari ini akan berlangsung dalam keadaan aman dan damai.

"Polis dan kami sama-sama berazam untuk menjadikan himpunan ini sebagai rekod himpunan paling aman sebelum PRU dan polis juga berkata inilah perubahan sejarah pentadbiran polis dibawah akta baru," katanya kepada media selepas pertemuan itu.

Turut serta dalam pertemuan itu 10 orang wakil termasuk Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution, Ketua Biro Pakatan Rakyat DAP, Teng Chang Kim, Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.

Anwar: Desak Najib perjelas isu RM207b pampasan buruh paksa

PETALING JAYA 8 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak mengadakan siasatan terbuka mengenai status pampasan RM207 bilion oleh kerajaan Jepun kepada rakyat Malaysia yang menjadi buruh paksa landasan maut Siam-Burma semasa Perang Dunia Kedua.
“Najib tak boleh diam. Saya desak adakan siasatan bebas dan penuh terhadap isu ini,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pemberita di ibu pejabat KEADILAN hari ini.
Khamis lalu, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengesahkan selepas bertemu Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun ke Malaysia, Takaharu Suegami bahawa pampasan RM207 bilion telah dibayar pada 90 an.
30,000 mangsa termasuk melalui Sekretariat Jejak dan Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946 memberitahu, sehingga kini pihaknya tidak mengetahui di mana pampasan itu berada.
RM207 bilion dilulus oleh kerajaan dan prosesnya dimaklumkan kepada pejabat Peguam Negara dan di peringkat Kementerian Sumber Manusia.

Deepak sets conditions for Bar Council

Ust Nassuruddin Daud | Akidah rosak sudah berlaku sejak zaman nabi lagi

Ust Nassuruddin Daud | Politik suku agama suku boleh rosakkan akidah

Tanjung Karang (Singgah Selangor) dan Hulu Selangor(Kenali Selangor)

Baru Bian: Pemimpin-Pemimpin Barisan Nasional Tidak Mengutamakan Rakyat

Deepak pledges ‘root to fruit’ exposé

Carpet man to hold a series of nine press conferences every other day, detailing the sordid events involving the second SD and his dealings with Najib's family.
PETALING JAYA: Carpet trader Deepak Jaikishan has vowed to hold a series of nine press conferences exposing every detail in the saga involving the tampered statutory declaration, the Raja Ropiaah Abdullah land issue and his dealings with the family of Prime Minister Najib Tun Razak.
Deepak said he was aware that the saga had grown even more complicated as of late due to the “interference” of PKR’s director of strategy, Rafizi Ramli, as well as “false” copies of the Black Rose booklet which is now making its rounds on the Internet.
“I’m starting a series of nine media conferences every other day where I will go to the base of where this started, from the roots all the way to the fruit itself,” Deepak told reporters at a conference at the Le Meridian hotel here.
“If anything I say turns out to be false or a lie, I’m ready to go before God. But I swear that everything I tell the public will be the truth.”
He explained that the reason he has to hold so many press conferences was because the story was lengthy and he did not want to leave a single stone unturned.
“If I give just a pinch, then this thing will be left hanging. So I need to give the whole event.”
He said that once he had completed the nine press conferences, he would bow out of the limelight for good.

HKR - Bukan Arab Spring Tapi Malaysia Durians

SEBUAH BUKU YANG AKAN MENEMUI PEMBACA TEORI DAN MAKNA POLITIK JALAN RAYA
 

KUALA LUMPUR SABTU INI

Sabtu 12 Januari 2013 minggu  ini satu juta  anak semua  bangsa – tua dan muda -  akan berhimpun di Kuala Lumpur. Ini adalah Himpunan Kebangkitan Rakyat.  Satu juta rakyat yang hadir di Kuala Lumpur telah disusun oleh badan-badan Ngo dengan kerjasama yang rapat dengan parti-parti politik dari Pakatan Rakyat.

Pelancaran resmi HKR ini telah dijalankan pada 3 November tahun lalu di Seremban.Pelancaran ini  telah disambut oleh 30,000 warga yang tidak berganjak walaupun hujan turun mencurah-curah. Kehadiran dalam hujan lebat ini telah dibaca sebagai ‘mood’ rakyat telah bersedia  keluar ke  jalan raya untuk membuat tuntutan. Lalu angka 1 juta dijadikan sasaran.

Selama dua bulan ini para aktivis NGO bersama  pekerja dan pemimpin Pakatan Rakyat telah ke hulu he hilir berkempen untuk meledakkan kemarahan orang ramai. Para aktvis Ngo, perkerja dan pemimpin Pakatan Rakyat  telah ‘ mengocak dan mengacau’ dari  negeri ke negeri – dari kota ke kota – dari kampong ke kampong  - dengan niat jujur untuk menerangkan jenayah United Malays National Organisation.

Saya terlibat secara langsung. Tanpa segan silu  saya telah memperkenalkan satu ‘terminaloji baru’ – MENGHASUT - dalam istilah politik kontemperori Malaysia.  Saya telah merampas kembali  perkataan HASUT yang selama ini  melalui  Akta Hasutan telah digunakan untuk menindas rakyat. Tanpa berselindung, tanpa berlapik – saya telah menjelajah seluruh Semenanjung untuk ‘menghasut’  anak semua bangsa – tua dan muda – agar turun pada hari Sabtu ini.

Pasti ada yang akan bertanya : apakah tujuan HKR ini akan menghasilkan sesuatu? Apakah himpunan 1 juta orang ramai ini akan mengubah lanskap politik tanah air? Apakah himpunan ini akan membawa apa-apa kebaikkan? Apakah ianya akan membawa mudarat dan musibah keatas Pakatan Rakyat? Apakah nanti himpunan ini akan ditohmah dan difitnah?

Semua soalan ini adalah soalan yang jujur. Soalan sademikian lahir dari hati  jujur penyokong Pakatan Rakyat yang mahukan satu kerajaan dan pentabiran baru didirikan di Putrajaya. Justeru saya wajib menjawab soalan-soalan ini dalam usaha bersama-sama untuk membawa pencerahan dan perubahan.

Duit Dah Ambil : Projek Puspahanas alami kelewatan hampir 2 tahun

Pembinaan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) yang dikesan mengalami kelewatan hampir dua tahun.
Menurut Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, kerja pembinaan Puspahanas sepatutnya bermula pada 25 September 2008 dan siap pada 24 Januari 2011.

NONEKementerian Pertahanan mentauliahkan projek berkenaan dan menandatangani perjanjian dengan pemaju Awan Megah (M) Sdn Bhd ketika semasa Datuk Seri Najib Razak menjadi menteri.

Awan Megah dimiliki ketua Wanita Umno Selangor Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah yang diheret ke kancah kontroversi oleh peniaga permaidani Deepak Jaikishan selepas urusniaga kewangan mereka berhubung projek tersebut menghadapi masalah.

Beliau juga mendakwa telah membayar sejumlah wang untuk campurtangan Najib bagi membenarkannya disertakan sebagai satu pihak dalam projek tersebut.

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli membawa Malaysiakini ke tapak pembinaan berkenaan di PT111, Presint 1 Putrajaya, untuk melihat kemajuan projek tersebut.

Tapak seluas hampir 40 ekar (16ha) itu dipagar dengan penghadang setinggi tiga meter dan satu-satu nya jalan masuk ke tapak itu hanya memberi laluan kepada kenderaan pembinaan dan pengangkutan untuk pekerja.

Bukti Wang Pampasan Buruh Paksa Jepun sudah kena rembat

AKHBAR milik Umno, Utusan Malaysia dalam portal rasminya ada menyiarkan kisah sedih lagi menyayat hati tentang nasib salah seorang daripada lebih 30,000 rakyat Malaysia yang menjadi buruh paksa Jepun namun sehingga kini tidak mendapat pampasan mahupun sebarang pembelaan ~ Kisah Pak Embong.



Pak Embong sama seperti puluhan ribu bekas buruh paksa yang dikerah oleh tentera Jepun untuk membina landasan kereta api maut di antara Thailand-Burma (kini Myanmar) sejauh 415 kilometer ketika Perang Dunia Kedua.

Mereka sangat-sangat mengharapkan wang pampasan daripada Kerajaan Jepun untuk membela nasib mereka yang kebanyakannya hidup dalam keadaan dhaif dan serba kekurangan.

Pas Pusat ulang cetak buku Amanat Haji Hadi


 buku Amanat Haji Hadi MARANG - Di sebalik polemik amanat Datuk Seri Abdul Hadi Awang tahun 1981 yang kembali hangat, Jabatan Penerangan Pas Pusat akan mengulang cetak sebuah buku bertajuk Amanat Haji Hadi bagi memberikan penjelasan kepada isu-isu berkaitan.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang dijangka akan melancarkan buku tulisannya itu pada majlis yang bakal diadakan di Dewan Tok Guru di pekarangan Masjid Rusila, Marang pada Jumaat ini.

Buku berkulit depan berwarna hijau dengan gambar wajah Presiden Pas itu dicetak pada 2002 dan diterbitkan oleh Jabatan Penerangan Pas Pusat, bagaimanapun berbeza dengan buku Amanat Haji Hadi, Amanat Haji Mahathir dan Haji Najib.

Terdahulu, Jabatan Penerangan Pemuda Pas Kelantan melancarkan buku Amanat Haji Hadi, Amanat Haji Mahathir dan Haji Najib yang diisi dengan fakta-fakta penting tentang amanat itu termasuk keratan akhbar membabitkan isu-isu dibincangkan.

Lokasi Terakhir Himpunan Kebangkitan Rakyat Diumumkan Esok

Himpunan Kebangkitan Rakyat 02
PETALING JAYA, 8 JAN: Lokasi terakhir Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) Sabtu ini akan ditentukan esok petang sekiranya pihak pengurusan Stadium Merdeka masih tidak memberikan sebarang maklum balas.
Pengerusi Jawatankuasa HKR, Mohammad Sabu berkata, pihaknya turut akan berbincang dengan Ketua Polis Negara bagi menerangkan perancangan himpunan bagi memastikan ianya berlangsung secara aman.
“Setakat ini pihak stadium masih belum menyatakan ya atau tidak.
“Esok pada jam 4.00 petang kita akan memberikan maklumat terakhir lokasi himpunan,” katanya di sidang media di Ibu Pejabat PKR.
Turut hadir sama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
Sementara itu, Anwar menggesa semua penyokong dan ahli Pakatan Rakyat hadir pada himpunan yang akan diadakan pada Sabtu, 12 Januari ini.
Jelasnya pimpinan Pakatan Rakyat menyokong penuh himpunan tersebut dan meminta pihak polis memberikan kerjasama agar ia berlangsung dengan aman.

Pemuda PAS: Perhimpunan Sabtu ini fasa terakhir rampas Putrajaya

Rakyat Malaysia di London, Taiwan dan Sydney telah pun bersedia untuk mengadakan himpunan yang sama bagi meraikan himpunan rakyat di Kuala Lumpur ini.

PETALING JAYA: Himpunan kebangkitan rakyat di Stadium Merdeka di Kuala Lumpur Sabtu merupakan fasa terakhir Pakatan Rakyat merampas Putrajaya dalam pilihanraya umum ke 13.
Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata, pihaknya telah mengeluarkan arahan kepada seluruh saf pemuda untuk turun beramai-ramai menjayakan himpunan ini.
“Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya golongan muda untuk  turun beramai-ramai menjayakan himpunan ini.
“Ayuh kita jadikan himpunan kebangkitan rakyat 2013 suatu pengalaman yang menakjubkan lalu mencatat lakaran penting dalam lipatan sejarah negara untuk menuntut perubahan.
“Mari bersama kita mencorak masa depan yang lebih gemilang untuk Malaysia,” katanya dalam blog Pemuda PAS yang diterbitkan hari ini. Nasrudin berkata, pihaknya menjangkakan sekurang-kurangnya 50,000 Pemuda PAS untuk bersama-sama warga Malaysia yang lain membanjiri dataran Stadium Merdeka.
“Suara sejuta umat akan bergema merayakan perubahan, InsyaAllah!,” katanya lagi.
Himpunan di luar negara

HKR : Perkasa@pencacai UMNO lapor polis

Perkasa bimbang himpunan itu sebagai cubaan menghidupkan suasana seperti di Dataran Tahrir, Mesir kerana mendapat maklumat kumpulan itu akan berkumpul di Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR:  Perkasa membuat laporan polis terhadap Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) anjuran Pakatan Rakyat pada Sabtu ini.
Timbalan Ketua Penerangan Perkasa Abdullah Mansor membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.
Abdullah dalam laporan polisnya berkata, pihaknya bimbang pembangkang sengaja mengadakan himpunan itu sebagai cubaan untuk menghidupkan suasana seperti di Dataran Tahrir, Mesir kerana mendapat maklumat kumpulan itu akan berkumpul di Dataran Merdeka.
“Perkara seperti ini sudah beberapa kali berlaku, termasuk mereka pernah membohongi Tuanku Yang diPertuan Agong (YDPA) untuk mengadakan himpunan haram Bersih 3.0.
“Bersih 3.0 akhirnya mencetuskan rusuhan dan kacau bilau menyebabkan banyak harta awam rosak dan menjejaskan keselamatan awam,” katanya dalam laporan polis tersebut.
Beliau berkata, wujud juga keluhan daripada peniaga dan pemandu teksi sekitar Kuala Lumpur yang bimbang perniagaan mereka bakal terjejas sekiranya berlaku rusuhan akibat HKR.
Sehubungan itu, pihaknya berkasa polis dapat mengambil tindakan menghalang himpunan itu kerana bimbang berlakunya rusuhan lagi seperti himpunan lain anjuran pembangkang.
‘Countdown’ HKR akan bermula pada malam 11 Januari di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru dan akan berterusan pada esoknya di sekitar sini.
Tiga lokasi mulanya berkumpul seperti yang dicadangkan penganjur adalah Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), Masjid Negara, Kelab Sultan Sulaiman sebelum berarak menuju ke Stadium Merdeka.

Pas Terengganu sokong Hadi, pertahan ucapan 1981


Satiful Bahri Mamat
KUALA TERENGGANU – Pas Terengganu menyatakan sokongan padu terhadap pendirian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang enggan menarik balik ‘Amanat Haji Hadi’ walaupun didesak ramai pihak.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat menegaskan, Abdul Hadi sememangnya wajar mempertahankan amanat tersebut kerana mendakwa ucapan yang dibuat di Banggol Peradong pada 1981 itu adalah perkara benar.

Beliau sebaliknya menyalahkan Umno yang memutarbelitkan isu terbabit dan menjelaskan Umno silap dalam percaturan untuk mengitar semula isu amanat.

“Bagi Pas Terengganu, tiada salahnya amanat tersebut tetapi Umno yang silap kerana apabila diputar belit, anak-anak muda dengan sendirinya akan bertanya dan melihat sendiri isu tersebut.

Najib jadi PM bukan rakyat yang pilih

Daing Yahya

NAJIB Tun Razak ada masa sekitar 90 hari untuk mempersiapkan diri dan menentukan untung nasibnya, baik sebagai Perdana Menteri Malaysia atau Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).
Jika seorang ibu yang baru bersalin, tempoh pantang ini dianggap sangat penting, baik untuk dirinya mahupun bayinya. Jika tak jaga pantang, bayi atau ibu akan mudah dapat penyakit. Ini bahaya untuk ibu dan anak.
Jadi, dalam tempoh ini juga Najib sendiri menghadapi saat paling kritikal dalam sejarah hidupnya berkecimpung dalam arena politik Malaysia.
Jika salah langkah, masa sekitar 90 hari ini adalah tempoh terakhir beliau menjadi PM atau Presiden UMNO. Jika nasibnya baik, tempoh itu digunakan untuk muhasabah dirinya untuk menjadi pemimpin yang baik.
Katanya, Najib sudah tidak banyak pilihan. Pertama, tarikh pilihan raya sudah semakin pendek, ini memberi kesan terhadap strategi BN pada PRU-13. Orang UMNO sendiri sudah semakin jemu dengan penangguhan Najib. Malah sesetengahnya berpendapat, masa terbaik untuk Najib memanggil PRU-13 sudah berlalu, kini hanya menunggu keadaan dengan harapan ‘keadaan’ (suasana ekonomi) menyebelahi Najib. Ibarat menyerahkan nasib pada takdir.
Katanya lagi, kredibaliti Najib juga semakin merudum, bukan kerana kerja atau slogannya yang klise, tetapi kerana watak yang mengelilingi beliau.
Pertama – Wanita Pertama beliau. Watak ini bukan saja menjengkelkan rakyat malah orang UMNO sendiri sudah menyampah dengan gelagat dan gaya hidupnya. Sudah menjadi rahsia umum bahawa wanita ini memberi imej buruk pada UMNO. Mereka yang baik di dalam UMNO juga terkena palitan kekotoran imej yang dibawa Rosmah.

Bersih launches citizen monitoring campaign

Zunar di Masjid Tanah Melaka kubu kuat Umno

Anwar Ibrahim: Najib, Kamu Kalau Mahu Pimpin, Kamu Mesti Berani

Anwar Ibrahim: Pakat Betul-Betul, Kita Tarik & Buang Dia, Baru Kita Merintah

HKR Pahang - Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Rakyat Dok Tunggu 'Roti Deepak' Bukan Roti 1Malaysia!

Macam-macam ada sampai roti pun nak dipolitikkan. Bini PM Rosmah mahu Roti1Malaysia di perluas Permata.

Rosmah buat-buat tak dengar, buat tak tau apa dengan serangan towkey karpet Deepak yang tuduh Rosmah dan Najib terlibat dalam akuan bersumpah kedua P.Balasubramaniam dalam kes pembunuhan wanita cantik Altantuya dari Monggolia. Macam-macam roti dah ada. Semua roti rasa serupa ja cuma nama lain-lain. Yang rakyat 'nak makan' dan ingin tahu sedap atau tak sedap ialah 'Roti Deepak' bukan roti 1Malaysia!

Hingga kini Najib-Rosmah senyap tak kata apa dengan dakwaan Deepak. -misaimerah

Isu saham Felda: Anwar tidak hasut, tegas Rafizi


SHAH ALAM - Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lalu berkaitan ketidakstabilan harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) tidak sepatutnya dianggap sebagai satu langkah menghasut rakyat sebagaimana didakwa oleh kepimpinan Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya, pemimpin PKR mempertahankan Anwar sambil menyifatkan beliau dan partinya bertanggungjawab untuk memberitahu perkara yang sebenar dan melindungi kepentingan pelabur-pelabur selain peneroka Felda itu sendiri.

"Ya, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ada berkata Datuk Seri Anwar menghasut, sebenarnya Datuk Seri Anwar tidak menghasut, hanya memberitahu keadaan yang sebenar, mengenai harga saham Felda yang semua orang tahu, terus turun, sejak enam bulan lalu (disenaraikan)... jadi, menjadi tanggungjawab Datuk Seri Anwar menjaga kepentingan pelabur dan peneroka supaya kejatuhan harga saham  Felda Global Ventures Holdings tidak menjejaskan kepentingan mereka," kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli ketika dihubungi.

Mangsa AES kesal seolah dipermainkan kerajaan


TANJONG MALIM: Perbicaraan kes saman mangsa Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dijadualkan berlangsung di Mahkamah Majistret Slim River hari ini tidak dapat dijalankan apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak mendaftarkan kes tersebut di mahkamah.

Seramai lebih 100 Orang Kena Saman (OKS) daripada 34 980 kes hadir untuk mengikuti perbicaraan namun ianya tidak dapat dilaksanakan.

Mangsa saman AES dibenarkan pulang selepas mengisi nama dan memaklumkan kehadiran kepada pegawai JPJ yang bertugas.

Beberapa mangsa yang hadir menyatakan kekesalannya apabila merasakan diri mereka dianiaya serta dipermainkan oleh pihak kerajaan.

Ramai mangsa yang hadir daripada jauh termasuklah Johor, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor berasa terkilan kerana terpaksa menghabiskan wang ringgit untuk hadir ke mahkamah namun ianya tidak dapat dijalankan seperti yang tertulis dalam surat saman.

HKR 12 Jan: Himpunan sejuta umat, ‘game-over’ untuk Umno BN

Dengan ketibaan tahun baru 2013 maka kita telah memasuki fasa pecutan terakhir di dalam persiapan PRU 13 untuk mempertahan dan meluaskan kemenangan khususnya bagi menawan Putrajaya.
Fasa terakhir ini bermula dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 yang akan diadakan pada hari Sabtu – 12 Januari 2013, dari jam 2.00 pm hingga 5.00 pm di Stadium Merdeka.
Dari soal Lynas, Felda, Royalti, Pengerang, tuntutan Bersih, pembelian kapalselam dan banyak lagi isu rasuah dan penyelewengan; himpunan gergasi ini akan menjadi tanda jelas penolakan rakyat terhadap kejelekan dan sikap semberono pemerintah Umno BN merompak hak rakyat. Penolakan ini kita akan muktamadkan dalam PRU 13 kelak.
Saya juga percaya terdapat usaha sistematik pemerintah dan media arus perdana dengan membangkitkan isu-isu lapuk seperti Amanat Hadi yang telah berusia lebih 30 tahun bagi mengalih perhatian masyarakat dari acara terbesar dalam sejarah tanah air kita ini.
Memandangkan kerajaan takut untuk menjemput Tuan Guru Presiden untuk bermuzakarah secara “live”, kami berpandangan isu ini telah gagal diexploitasi oleh Umno dan boleh diisytihar sebagai “game-over”.
Saya ingin mengajak semua pihak untuk meninggalkan permainan media pemerintah, kembali fokus kepada PRU 13 dan menggunakan semua ruang yang ada  – facebook, twitter, emel, banner dan sebagainya untuk merancakkan hebahan Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 ini lantas melipat-gandakan penyertaan.
Dewan Pemuda PAS Malaysia telah pun mengeluarkan arahan kepada seluruh saf pemuda untuk turun beramai-ramai menjayakan himpunan ini.  Kita menjangkakan sekurang-kurangnya 50,000 pemuda PAS untuk bersama-sama warga Malaysia yang lain membanjiri dataran stadium merdeka kelak. Suara Sejuta Umat akan bergema merayakan perubahan, InsyaAllah!

Rapat Kemuncak Mengira Detik #KL112, di Kampung Baru Jumaat ini

Sepertimana yang telah diumum sebelum ini, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan kerjasama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) disokong oleh badan induk sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat akan menganjurkan sebuah Festival Rakyat yang menjadi Rapat Kemuncak Menjelang Hari Kebangkitan Rakyat.
Bertempat di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru Kuala Lumpur, kemuncak program telah disusun satu festival rakyat mengira detik (countdown) kehadiran tanggal yang bakal menjadi sejarah iaitu 12 Januari 2013. Rapat mengira detik ini juga akan menjadi lapang sambutan bagi peserta himpunan yang datang dari luar Kuala Lumpur yang dijangka sampai awal.
Selain ucaptama amanat pimpinan yang mengetuai himpunan, akan ditampilkan juga rakyat tertindas yang akan muncul menyuarakan masalah mereka sendiri selaku suri rumah, pekerja kilang, pemandu teksi, pesawah dan petani, pekerja swasta, mahasiswa, penganggur, profesional muda dan ramai lagi. Ini akan menjadikan rapat memuncak mengira detik #KL112 ini benar – benar pentas rakyat yang memulakan mood pesta tuntutan rakyat.

TG Hj Salleh ketuai 50,000 penyokong PAS Kedah ke HKR

ALOR SETAR: Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang akan berlangsung di Stadium Merdeka Kuala Lumpur 12 Jan ini bukan sahaja akan disertai ahli dan penyokong politik, malah juga golongan guru pondok.

Antaranya Mudir Pondok Ar Rahmaniah Sik Tuan Guru Salleh Musa yang juga bakal mengepalai 50,000 rakyat Kedah ke perhimpunan itu nanti.

Setiausaha PAS Kedah, Musoddak Ahmad berkata, seluruh ahli PAS Kedah yang akan ke himpunan itu menganggap Tuan Guru Salleh telah mengetuai kontinjen ini.

“Kita anggap Tuan Guru Salleh telah mengetuai seluruh kontinjen PAS Kedah dan kita ambil semangat kesediaan beliau turun untuk menggembleng 50,000 ahli kita turun ke sana,” ujarnya pada sidang media selepas Mesyuarat Mobilisasi HKR di Kompleks PAS Kedah, di sini semalam.

Sebelum ini, tokoh ulama berusia 85 tahun itu telah membuktikan komitmennya dalam menuntut keadilan apabila turut serta dalam himpunan Bersih 3.0 tahun lalu.

Sementara itu Musoddak berkata, seluruh ahli PAS Kedah akan pergi secara konvoi berkenderaan mengikut PAS Kawasan masing-masing termasuk lebih 200 bas yang ditempah khas.

HKR: Pemimpin Pakatan Rakyat jumpa KPN hari ini


 
PETALING JAYA: Pimpinan Pakatan Rakyat akan bertemu dengan Ketua Polis Negara jam dua petang ini bagi mendapatkan jaminan keselamatan polis sepanjang Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) pada 12 Januari ini.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat mahu pihak polis memberikan kerjasama penuh bagi memastikan kelancaran HKR.

"Jam 2.30 petang ini pimpinan Pakatan Rakyat akan bertemu dengan Ketua Polis Negara di Bukit Aman bagi memastikan himpunan aman dan mendapat kerjasama plis dari jam dua hingga lima petang hari tersebut," kata beliau dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, dekat sini hari ini.

Turut bersama ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Timbalan, Mohamad Sabu dan Penasihat DAP, Lim Kit siang.

Mohamad yang juga Pengarah HKR berkata, pihaknya sedang menunggu jawapan daripada pihak pengurusan stadium Merdeka hingga jam 12.30 tengah hari esok.

Jika tiada sebarang jawapan, sekretariat akan mengumumkan perkembangan terbaru jam 4 petang esok.

"Pihak pengurusan stadium tak kata bagi (guna stadium), dan tak juga kata tak bagi.

"Kita tunggu hingga 12.30 esok. Kalau tak ada, kita akan buat pengumuman keputusan kita empat petang esok," katanya.