Ahad, 6 Januari 2013

BERSIH 3.0: The Truth

Anwar Ibrahim: Bila Rakyat Gaduh Di Bawah, Dia Curi Di Atas

Kisah Pengalaman Pahit Buruh Paksa Tentera Jepun...Duit Pampasan Lesap...!!!

KOTA BAHARU - Kenangan pahit menjadi buruh paksa 64 tahun lalu masih menghantui seorang warga tua yang kini berumur 81 tahun.

Pengalaman sukar semasa Perang Dunia Kedua itu mengingatkan beliau akan bahaya pencerobohan kuasa asing dan erti kemerdekaan.

Setiap kali menyambut Hari Kemerdekaan, beliau sebak kerana terkenang keperitan hidup pada zaman penjajahan Jepun.

"Pak cik tidak dapat lupakan kekejaman Jepun sehingga akhir hayat dan pak cik tidak akan halalkan perbuatan kejam mereka," kata Muhammad Awang yang terlantar akibat lumpuh separuh badan selepas diserang angin ahmar lebih tiga tahun lalu.

Muhammad hanya mampu terbaring dan isterinya Khadijah Awang Ngah, 76,menjadi tempat beliau bergantung hidup menguruskan makan minumnya.

Khadijah seringkali mencelah sebagai "jurucakap" suaminya itu
disebabkan pertuturan Muhammad yang tidak jelas tetapi pengalaman Muhammad ketika menjadi buruh paksa itu tetap terpahat kukuh dalam ingatannya.

MUHAMMAD MEMULAKAN PERJALANAN BERBAHAYA

Ketika menceritakan kisah silam itu, air mata Muhammad sentiasa
bergenang dan kadang kala keadaan menjadi lebih emosi dengan
tangisannya semakin kuat.

Pada Jun 1942, pemerintah tentera Jepun mula mengumpulkan pekerja bagi membina jalan keretapi dari Nong Pladuk, di daerah Kanchanaburi di Thailand, ke Thanbyuzayat di Burma.

Ketika dibawa ke Thailand ketika itu, Muhammad yang berasal dari
Kampung Chicha Tinggi, Pasir Mas baru memasuki usia 18 tahun.

Mengikut catatan sejarah, selepas selesai penaklukan Jepun di Tanah Melayu dan Singapura pada Februari 1942, negara matahari terbit itu mula merencanakan pembinaan landasan keretapi sejauh 415 kilometer dari Thailand ke Burma bagi meluaskan penaklukan rantau itu sehingga ke India.

Muhammad turut serta dengan 61,000 tahanan perang British, Australia, Amerika, New Zealand dan Belanda dan 200,000 lagi buruh paksa India, China dan Melayu dari rantau itu.

Sepanjang tempoh tiga tahun pembinaannya, seramai 16,000 tawanan perang maut dan lebih 100,000 buruh dari Asia itu dilaporkan meninggal dunia atau hilang.

MUHAMMAD TERSEKSA

Kerajaan Negeri Selangor Sumbang Tanah Komersial RM17 juta kepada SJK (C) Khe Beng

sumbangan tanah sekolah cina kota kemuning 01
SHAH ALAM 06 JAN : Pelajar dan guru SJK (C) Khe Beng kini tidak perlu lagi bersesak di ruang belajar yang sempit setelah Kerajaan Negeri memperuntukkan tanah komersil bernilai RM 17 juta untuk pembinaan sekolah baru di Kemuning Utama.
Sebelum ini, 1,400 pelajar terpaksa belajar dalam ruang yang terhad dan sempit manakala guru-guru di sekolah itu terpaksa berkongsi kerusi dan meja sejak beberapa tahun yang lalu.
Tanah yang berkeluasan empat ekar itu diluluskan oleh mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MKKN) pada 18 Mei 2012 hasil laporan daripada Adun Sri Muda, Suhaimi Shafei.
Sekolah itu ditubuhkan pada 1929 di Jalan Bukit Kemuning dengan tanah tapak sekolah seluas 0.95 ekar didermakan oleh seseorang.
Namun, tapak tanah sekolah itu masih belum digazetkan oleh kerajaan negeri Umno-BN dahulu sedangkan bangunannya sudah didirikan berpuluh tahun lalu.
Setelah populasi pelajar bertambah setiap tahun pengurusan sekolah meminta tapak tanah baru namun ini ditolak oleh Kerajaan Selangor Umno-BN dahulu.
Suhaimi berkata proses permohanan tapak tanah sekolah yang baru itu mengambil masa kira-kira setahun setengah yang lalu.
“Kita mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana berjaya mendapatkan hak mereka yang sebelum ini dinafikan oleh pentadbiran sebelum ini.

PKR akan bantu Deepak dedah perjanjian kontroversi

PETALING JAYA, 6 Jan — Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli berkata beliau akan membantu Deepak Jaikishan mendedahkan cerita sebenar disebalik perjanjian projek kontroversi demi kepentingan orang ramai.

Ahli perniagaan itu dikatakan terlibat dalam urusan tanah yang turut melibatkan syarikat dimiliki ketua Wanita Umno Datuk Raja Ropiaah dan juga Lembaga Tabung Angkatan Tentera. "Yang paling penting, ini bukan untuk kepentingan politik, tetapi kepentingan orang ramai," kata Rafizi (gambar) kepada The Malaysian Insider dalam sebuah temubual.
"Niat kita cuma satu, kita tidak mahu wang pencen tentera berjumlah RM160 juta digunakan untuk ini," kata pengarah strategi PKR itu, merujuk kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang terlibat dalam perjanjian tersbeut. Deepak baru-baru ini memanggil ahli politik dalam membantunya, dalam apa yang dikatakan menghadapi "ribut dan taufan 350km/j".
Ahli perniagaan kontroversi itu pada awalnya mengkritik Rafizi kerana mendedahkan transaksi bank antara beliau dan dua pembekal intan berlian berjumlah AS$4 juta (RM12.15 juta), menuduh pengarah strategi PKR itu menggunakan beliau untuk kepentingan politik.

Anwar Ibrahim: Kita Tawan Putrajaya, Embangan Baram Akan Dibatalkan

OKU Perlu Menyertai HKR 12 Januari 2013

Oleh Muhamad Faizal Che Yusof

KONVENSYEN Antarabangsa Bagi Orang Kurang Upaya (CRPD) melalui Artikel 12 jelas menyatakan Orang Kurang Upaya (OKU) adalah berhak kepada layanan yang samarata di sisi undang-undang. Artikel 12 CRPD adalah antara artikel yang telah diratifikasikan dan diperakui oleh kerajaan Malaysia pada Julai 2010 yang lalu.

Perlembagaan Persekutuan melalui artikel-artikel 5, dan 8jelas memperuntukkan keadilan kepada seluruh rakyat. Artikel 10 pula secara khusus mengiktiraf hak rakyat Malaysia untuk bersuara, berhimpun dan berpersatuan.
Akta OKU 2008 melalui muqaddimahnya telah menjelaskan hak-hak OKU yang diiktiraf oleh undang-undang dan hanya tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan.
Dengan penjelasan pengisytiharan di peringkat antarabangsa dan domestic, Sekretariat Prihatin OKU mendokong sepenuhnya hak-hak rakyat terutamanya OKU untuk melontarkan pandangan dan menyatakan pendirian untuk didengari oleh pucuk pimpinan politik dan Negara.
Dalam ambang Pilihan Raya Umum ke-13 yang mana bila-bila saja akan diadakan, ini adalah masa terbaik untuk kita memulakan langkah kea rah perencanaan dan perlaksanaan pembangunan OKU yang lebih baik pada masa hadapan.

Kerajaan Pulau Pinang akan siasat penahanan pembantu TKM I, kata Lim

KUALA LUMPUR, 6 Jan — Kerajaan Pulau Pinang akan menyiasat penahanan ahli PKR yang dikatakan pembantu kepada Timbalan Ketua Menteri I (TKM I) atas dakwaan cubaan rasuah bernilai RM30,000, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini. Lim berkata penahanan pembantu TKM I Datuk Dr Mansor Othman sebagai bersifat "peribadi" dan tidak termasuk dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Ahli parlimen Bagan itu (gambar) kemudian menambah kerajaan negeri akan mengambil "tindakan tegas" ke atas pesalah rasuah.
"Kami sedang menyiasat perkara ini, ini tidak ada kena mengena dengan tugas kerajaan, ini adalah bersifat peribadi, dan ini akan dilakukan oleh TKM yang akan melaporkan kepada saya.
"Kita tidak akan berkompromi dengan rasuah, kita akan ambil tindakan," kata Lim kepada The Malaysian Insider hari ini.
Pentadbiran kerajaan negeri Lim mengamalkan prinsip Kecekapan, Akauntabiliti dan Ketelusan (CAT) yang diperkenalkan oleh Pakatan Rakyat (PR) selepas memenangi negeri tersebut selepas pilihan raya 2008.
Setiausaha politik ketua menteri, Ng Wei Aik, mengatakan beliau tidak tahu lebih mendalam tentang penahanan tersebut apabila dihubungi The Malaysian Insider.

Berjihad pilihan raya mendepani taktik jahat

Oleh greencresent
Menyambung kepada kemungkinan pihak UMNO-BN menggunakan pelbagai taktik jahat bagi mempertahan Putrajaya, maka dinukilkan pula suatu tiupan semangat untuk para pejuang Pakatan Rakyat sebagai pedoman.


Tahun 2013 sah sebagai tahun pilihan raya umum ke-13. Tempoh hayat dewan negeri dan parlimen dikatakan akan berakhir pada 28 April dan boleh dilanjutkan sebagai caretaker government selama dua bulan. Menurut perlembagaan negara, tempoh dua itu adalah bagi membolehkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia menyempurnakan suatu pemilihan bagi mendapat mandat baru rakyat. 
Walau bagaimanapun, tempoh yang disebutkan itu masih tertakluk kepada kehendak Perdana Menteri, sama ada untuk mengadakan pilihan raya lebih awal, sebelum 28 April. Jika kuasa itu tidak digunakan bermakna selepas 28 April, kabinet caretaker perlu dibentuk dan Peguam Negara dan Ketua Setiausaha Negara bolehlah berperanan bagi memastikan kerajaan caretaker berperanan dengan baik sehingga selesai urusan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.
Gambaran pilihan raya hangat
Berdasarkan ‘permainan’ tarikh pilihan raya yang belum pasti, kesannya menyebabkan suasana kehangatan berpilihan raya akan berlaku pada saat akhir. Sekarang ini sedang menuju saat akhirnya dan rasa kehangatannya sudah dirasai. Berdasarkan perkembangan beberapa isu, nampak jelas isu-isu yang berputar kini sudah mulai panas.
Pihak Barisan Nasional mulai panas dengan pelaksanaan pelbagai program pemberian untuk rakyat. Ia dilihat semacam pemberian yang sebenarnya pancing undi. Persoalannya, adakah pemberian pancing undi itu bakal memastikan Barisan Nasional kekal menguasai Putrajaya?

Lebih Elok Memoir Rosmah Diterbitkan Selepas Najib Tidak Lagi Jadi PM...

Oleh Shahbudin Husin
Belum pun sempat buku biografi isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor siap dicetak dan diterbitkan, sebuah buku mengenai beliau telah pun diedarkan dalam talian yang bertajuk The Black Rose 1.0 oleh Deepak Jaikishan dan penulisnya menggunakan nama Spirit of Altantuya.

Buku ini ditulis dalam bentuk cerita dengan nama watak-wataknya dieja secara terbalik atau diberi mirip nama yang hampir sama seperti Deepak diterbalikkan menjadi Kadeep, Najib diterbalikkan menjadi Bijan dan Raja Ropiaah ditukar kepada King Popiah.

Buku The Black Rose 1.0 yang dipercayai mempunyai sambungan lagi ini diedarkan sebagai memenuhi janji Deepak sebelum ini bahawa beliau akan menerbitkan sebuah buku setebal 26 mukasurat untuk menceritakan kebenaran mengenai hubungannya yang penuh warna warni dengan isteri Perdana Menteri itu termasuk penglibatannya dalam memujuk penyiasat persendirian P Balasubramanin membuat akuan bersumpah kedua bagi menafikan akuan bersumpah pertama sebelumnya yang mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Antantuya yang melibatkan Razak Baginda.

Buku yang boleh dimuat turun secara bebas dalam talian dan jua diberi kebenaran kepada sesiapa yang mahu mencetaknya supaya orang kampung, rakyat pedalaman, ketua kampung, JKKK, imam surau, bilal masjid dan pelbagai golongan yang tidak mempunyai kemudahan internet boleh membacanya, turut mengisahkan mengenai penglibatan Deepak dalam mengolah akuan bersumpah kedua itu setelah beliau diarahkan oleh Rosmah dan Najib untuk berbuat demikian dan pelbagai perkara lainnya.

Kerana Kerap Memfitnah, Utusan & TV3 Akhirnya KANTOI!


Utusan mabuk fitnah?

Itula jadinya bila kerja dia asyik menfitnah orang jek. Takan editor tak boleh perasan kesalahan yang jelas seperti di bawah ini?

Citer pasal negara Khazakhstan tak silap. Rujuk google, dia cakap Astana ialah ibu negara bagi negara Khazakhstan.

Justin ialah negara? Beragama islam dan bermazhab hanafi?


Harap editor utusan berfikir masak2. Sudah sampai masanya untuk mereka hentikan segala fitnah, penyelewengan maklumat dan penipuan mereka terhadap sesetengah pihak. Hari neh masih ada nyawa, masih sempat membetulkan kesilapan. Esok lusa dah takde nyawa, nak minta maaf pada mereka2 yang utusan dah fitnah pun taktau macam mana melainkan depan Allah swt je korang semua kena jawab. Ingat sket, hidup neh bukan kat dunia je. -blogserius

Manakala TV3 pula kantoi. Buletin Utama menyiarkan satu laporan mengenai masalah air di Selangor, tetapi yang dipaparkan ialah lori Syarikat Air Johor (SAJ).

Lihat video di bawah ini:



Demikianlah apabila hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Sekalipun Utusan dan TV3 didokong oleh kerajaan UMNO BN, namun segala fitnah mereka akan tetap menerima balasan...

Kesilapan yang amat mnemalukan negara. Dan akhirnya mereka akan terus menerima padah yang lebih hebat lagi selepas ini. Tunggu dan lihat wahai sang pemfitnah!

Jawatan MB Pahang jadi rebutan, Pakatan makin mantap

Oleh SAFAR JUMAAT
DI KALANGAN orang Umno, mereka sedang rancak serang menyerang mengenai siapa bakal Menteri Besar (MB) Pahang, jika BN masih memerintah di negeri yang paling luas di Semenanjung Malaysia ini. Bagi yang menyokong Dato’ Seri Dr Jamaluddin Jarjis, masing-masing mengatakan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak lebih berminat dengan bekas menteri kabinet ini menjadi MB, berbanding yang lain-lain.

Dalam diam-diam, ada juga yang menyebut nama Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Sharkar Shamsuddin lebih layak menggantikan Dato’ Seri Adnan Yaakob, memandangkan Sharkar sekarang adalah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Pahang, satu jawatan yang dilantik oleh Najib selaku Presiden Umno. Kenapa dengan Adnan? Mestikah beliau digantikan? Apa sebabnya?
Rata-rata yang enggan menerima Adnan menyifatkan Adnan sebagai MB Pahang yang “overstay”.
Kehadirannya sudah tidak diperlukan, bukan sahaja di kalangan pembangkang, malahan, di kalangan Umno-BN sendiri. Sikapnya yang kasar, brutal dan samseng tidak menyenangkan sesiapa.
Mungkin, suatu ketika dahulu, Umno berbangga dengan tindak-tanduk Adnan yang kasar dan brutal ini, tetapi, apabila Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dilihat mendekati rakyat dengan cara yang lebih lembut dan sopan, perangai Adnan dilihat berlawanan dengan sikap PM dan Timbalan Perdana Menteri.
BN kehilangan dua kerusi Parlimen di Pahang, Indera Mahkota dan Kuantan. Ia tentunya mengejutkan Najib selaku PM yang juga datang dari Pahang.

WHO SAYS WOMEN DON'T CARE? Raja Ropiaah, Shahrizat graft cases hurting Umno - analysts

WHO SAYS WOMEN DON'T CARE? Raja Ropiaah, Shahrizat graft cases hurting Umno - analysts
KUALA LUMPUR, ― Scandals engulfing top Wanita Umno leaders are undermining the backbone of the ruling party and will affect Barisan Nasional (BN)’s chances in Election 2013, say analysts.
The latest scandal is a lucrative land deal for a defence studies facility that has yet to be built by Selangor Wanita Umno chief Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah’s firm, nearly a year after the National Feedlot Centre (NFC) scandal cost her boss Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil her senatorship and a Cabinet post.
“Issues that are raised by the Opposition can undeniably affect Wanita Umno’s image, and we know that Umno’s strong support comes from the women’s wing,” Universiti Utara Malaysia’s (UUM) lecturer Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani told The Malaysian Insider.
“So, it is up to Wanita Umno to change to menangkis tohmahan (dispel these accusations),” he said of the wing whose members have been effective in canvassing votes for BN.

MB : Tanah di Bukit Raja Diambil Untuk Kepentingan Awam, Bukan Komersil

MB PC Songkok 01
BANGI, 6 JAN : Tanah 200 ekar yang diambil di Bukit Raja oleh Kerajaan Selangor adalah untuk kepentingan awam, iaitu untuk membina kem tentera, dan adalah tidak adil jika ia digunakan untuk tujuan komersial.
Oleh itu, Kerajaan Selangor tetap dengan berpendirian bahawa sebarang pembangunan komersial di tanah tersebut tidak akan diluluskan.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Selangor mengambil tanah tersebut daripada pemilik estet untuk diberi kepada Kerajaan Persekutuan untuk kegunaan awam.
“Kerajaan Negeri membuat surat mengambil alihan tanah itu. Surat pengambilan tanah ini adalah untuk kegunaan awam. Dalam surat itu kita sebut tentang penggunaannya.
“Jadi apabila kita beli tanah daripada tuan tanah, ia dijual mengikut kegunaan awam.
“Tetapi apabila ia ingin digunakan bagi tujuan komersial, tanggungjawab Kerajaan Negeri adalah berbeza,” katanya kepada pemberita selepas Program Mesra Rakyat dan Lawatan Tapak di Sekolah Rendah Agama (SRA) di Sungai Tangkas, di sini hari ini.
Tambah Abdul Khalid, Kerajaan Negeri tidak keberatan untuk mendengar sebarang cadangan daripada Kerajaan Persekutuan, namun menyarankan agar Kerajaan Persekutuan melaksanakan apa yang telah dirancang.

TGNA : Penjawat awam diseru tadbir nafsu lebih dahulu


KOTA BHARU: Para petugas dan penjawat awam di negeri ini diingatkan supaya mentadbir nafsu mereka terlebih dahulu kerana ia adalah yang paling utama sebelum mentadbir negeri ini.
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengingatkan demikian sewaktu menyampaikan amanatnya di Majlis Himpunan Anggota Perkhidmatan Awam Kompleks Kota Darul Naim, di sini pagi tadi.

“Tadbir nafsu sendiri dari melakukan perkara-perkara yang tidak betul amat penting sebelum mentadbir negeri.

“Apabila kita mampu mentadbir nafsu sendiri maka senanglah kita untuk mentadbir negeri ini,” ujarnya.

Beliau juga berkata, sepanjang tahun iaitu dari bulan Muharam hingga bulan Zulhijah perlulah dianggap dan disambut sebagai tahun baru.

“Kita perlu ada semangat hijrah sepanjang tahun, iaitu tinggal barang-barang karut dan ambil barang yang berguna, “ katanya.

Is another conflict looming in the Balkans?

Al Jazeera correspondent comments on Assad's speech

Today in History for Jan. 6th

Defiant Assad blames Syria conflict on "outside" forces

Syria death toll 60,000 - UN

Masjid & Peranannya Dalam Membangunkan Ummah - Dato' Dr MAZA

Sidang Media TGNA | Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awan SUK | 6 Jan 2013

Defiant Assad: 'We will teach them a lesson'

Syrian National Coalition: Assad has no desire to relinquish power

Lebuhraya Pantai Barat pecah rekod untuk penswastaan lebuh raya, menurut pakar

 
KUALA LUMPUR, 6 Jan — Lebuhraya Pantai Barat, yang panjangnya 233 kilometer menghubungkan utara Taiping ke Banting akan mengubah haluan penswastaan lebuh raya, menurut laporan akhbar perniagaan mingguan.
Tidak menyebut nama pakar industri tersebut, akhbar perniagaan mingguan The Edge melaporkan West Coast Expressway Sdn Bhd (WCESB) telah bersetuju dengan Putrajaya untuk menamatkan konsesi perjanjian mengutip tol walaupun sebelum 60 tahun yang dijanjikan.
"Jika sekiranya lebuhraya itu berjaya mendapat pulangan pada tahun ke-50, konsesi itu akan tamat dan diberikan semula kepada kerajaan," kata eksekutif kewangan yang mengetahui perjanjian tersebut memberitahu akhbar tersebut.
Selain dari penamatan klausa awal, syarat kontrak perjanjian juga boleh dikaji semula bagi pihak kerajaan, menurut laporan akhbar tersebut, dan berdasarkan mekanisme perkongsian keuntungan dan membuang tiga peratus subsidi faedah dari pinjaman komersil selama 22 tahun.
"Kerajaan sudah melihat jangkaan trafik yang akan diterima dalam projek WCESB terlalu rendah, dan beginilah keuntungan boleh diperolehi. Jika trafik melebihi jangkaan, kerajaan yang mendapat untung," kata eksekutif tersebut yang dipetik dari akhbar The Edge.

Pendidikan politik: Pengkaderan atau pencarian ilmu?

Oleh Mazir Ibrahim
Rata-rata parti politik di Malaysia menjadikan “pendidikan politik” sebagai medan untuk merekrut anak muda untuk menghayati perjuangan parti agar terus taat setia dan kasih kepada parti atau sesuatu entiti yang diikutinya.
Yang menjadi amalan
Dalam bahasa yang lebih mudah, pendidikan politik yang difahami dan diamali hari ini kebanyakannya dijadikan medan pengkaderan untuk menjadikan anak muda atau orang baru sebagai pelapis pemimpin termasuk melahirkan balaci parti.
Bunyinya agak kasar tetapi itulah realitinya dan ini bukanlah asing dalam konteks politik Malaysia. Mentaliti ini dibentuk oleh pengaruh latar sejarah masyarakat dan parti-parti
politik di Malaysia. Mentaliti ‘hamba’ yang terkesan dari zaman penjajahan telah tertanam, bukan oleh penjajah, sebaliknya oleh balaci peninggalan penjajah.
Maka, umumnya yang dipelajari dalam pendidikan politik yang kebanyakannya adalah proses pengkaderan (konsep indoktrinisasi) yakni bagaimana mengenal musuh dan bagaimana mahu menjatuhkan musuh. Ini berlaku dalam kerangka politik parti dan daulah (kerajaan).
Justeru, inilah manifestasi yang dizahirkan dalam kem-kem bina semangat yang dikelolakan oleh Biro Tata Negara (BTN) sejak zaman berzaman.
Senario ini menghasilkan kesan rantaian iaitu parti-parti politik termasuk oposisi mula mengkader ahlinya untuk tujuan yang hampir sama dengan lawannya. Ibarat kata, “jika kau yang berkuasa guna besi, kami yang belum berkuasa guna kayu, janji sama-sama lawan”. Seolah-olah, itulah saja jawapan hakiki pada senario ini.

Fitnah Husam : Mahkamah Tolak Permohonan Papagomo

KOTA BHARU: Permohonan blogger mesra Umno, Wan Mohd Azri Wan Deris (Papagomo) mahu meminda pernyataan pembelaan kes saman Datuk Husam Musa ditolak Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Hakim Datuk Yazid Mustafa ketika menolak permohonan itu bersetuju dengan hujah peguam plaintif, Hisham Fauzi bahawa ianya dibuat terlalu lewat.
Katanya, mahkamah bersetuju hujahan peguam plaintif di mana semua kertas kausa sudah difailkan dan defendan juga telah melihat pernyataan saksi plaintif.Hakim memberitahu sekiranya pindaan dibenarkan ia akan memprejudiskan plaintif.
“Kos untuk permohonan ini diarahkan menjadi kos dalam kes ini secara keseluruhan,” katanya. Bagaimanapun peguam defendan, Jasbeer Singh dan Parvinder Kaur memberitahu kemungkinan memfailkan rayuan.
Sebelum itu hakim menerima permohonan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi untuk mengenepikan sepina ke atasnya dalam kes berkenaan.
Hakim memberitahu individu yang lebih sesuai untuk disepina bagi memberi keterangan dalam kes itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian atau panglima tentera laut.
Mahkamah kemudian mengarahkan plaintif membayar kos sebanyak RM2,000 kepada defendan terbabit. Peguam Kanan Persekutuan, Azizan Mat Arshad mewakili Menteri Pertahanan.

Akhbar Umno kutip apa sahaja di atas jalan


KOTA BHARU: Pemindahan pemilikan saham syarikat Upayapadu membabitkan dua pemimpin DAP Perak tahun lepas telah dimaklum kepada lembaga Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik).

Lembaga Pengarah Yik turut dianggotai Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan. Ia dipengerusikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Manakala anggota-anggota lain iaitu Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, anggota Exco, Datuk Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Azlan Abdul Halim, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat.

Anggota lain Mufti, Ketua Hakim Syarie Kelantan, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan dan pengarah Yik.

Mohd Amar berkata, ahli Lembaga Pengarah Yik dianggotai mereka yang bukan calang-calang orang kerana mempunyai kewibawaan dalam bidang masing-masing.

“Apa yang berlaku membabitkan syarikat itu hanya pertukaran milik saham. Urusniaga dijalankan secara sah. Kalau ada pihak yang masih ragu, SPRM boleh datang menyiasat.

Isu tanah: Kami sedia disiasat, kata Nik Aziz


KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menerima dengan terbuka syor diadakan sebuah suruhanjaya bagi menyiasat secara terus berhubung isu pajakan tanah seluas 4,000 hektar kepada syarikat yang kini dimiliki dua pemimpin DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pihaknya terbuka kepada apa jua bentuk siasatan kerana kerajaan negeri sentiasa mengamalkan dasar telus dalam pentadbirannya.

Menurutnya, pegawainya telah pun menyerahkan fail-fail berkaitan urusan pajakan tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disiasat.

“Saya beri peluang kepada orang buat apa sahaja termasuklah suruhanjaya diraja atau apa sekalipun. Saya selalu sebut, pejabat saya dibuka 25 jam sehari dan bukannya 24 jam.

“Dengan cara itu saya sendiri selalu beringat, pegawai sendiri selalu beringat, kerana apa? Kerana Menteri Besar sebut 25 jam buka pejabat untuk disiasat,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan amanat tahun baru sempena Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengulas desakan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mahu suruhanjaya ditubuhkan bagi merungkai rasa tidak puas hati rakyat negeri ini berhubung penjelasan yang dibuat kerajaan negeri berhubung pajakan tanah tersebut.

What is next for Syria in 2013?

Syria's Assad addresses the nation

Gadai Tanah Air : Biar Hilang Tanah Jangan Hilang BN..

Memang bangang puak2 Umno ni.. Sebab tu le gamaknya tanah Melayu kat Tanjung Pagar dan Pulau Batu Puteh sanggup digadai.. Bahalol..!


Mahathir patut sedar Umno BN yang lingkupkan negara- Johari

KUALA LUMPUR 6 Jan: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya sedar bahawa Umno BN sebenarnya yang membawa kehancuran kepada negara, kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.
Beliau mengulas kenyataan Mahathir di blognya baru-baru ini, kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memusnahkan negara sekiranya diberi peluang menjadi perdana menteri.
Johari berkata, kenyataan itu membayangkan ketakutan Mahathir terhadap salah laku beliau selama 22 tahun akan dibongkar jika Pakatan Rakyat memegang tampuk pentadbiran negara.
“Ya, memang benar, Anwar akan membawa kemusnahan, tetapi bukan kepada negara.  Anwar membawa kemusnahan kepada Umno BN, golongan yang mencuri duit rakyat,  merompak harta bangsa sendiri, memusnahkan nepotisme dan kronisme yang menjahanamkan negara,” katanya ketika dihubungi.
Menyifatkan kenyataan itu tidak berasas, Johari berkata, Mahathir sendiri suatu ketika pernah memberi kepercayaan kepada Anwar ketika masih di dalam kerajaan.
“Beliau sendiri tahu rekod cemerlang Anwar ketika memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan. Sepanjang 8 tahun berkhidmat di kementerian kewangan, Anwar berjaya memacu pertumbuhan ekonomi negara sehingga berkembang pesat.
“Apa jadi kepada ekonomi negara sekarang? Siapa sebenarnya yang menjahanamkannya? Mahathir patut sedar Umno BN sebenarnya yang melingkupkan negara,” tegasnya.

Amanat Hj Hadi : Belum Berdebat Lagi UMNO Sudah Ditelanjangkan

Oleh WFAUZDIN NS

SEPERTI dijangka, sama juga sewaktu tahun 80-an dahulu di mana debat PAS dengan Umno atas tajuk "PAS tuduh Umno Kafir" awalnya seperti hebat dicanangkan oleh media.  Akhirnya beberapa hari sebelum tarikh debat yang dicadangkan oleh Umno itu diadakan, muncul di kaca TV Pemegang Besar Mohor Raja-Raja memutuskan bahawa debat itu dibatalkan.

Melucukan waktu itu, maklumlah kebiasaannya Pemegang Besar Mohor ini akan muncul di kaca TV hanya menjelang Bulan Ramadhan dan Syawal, iaitu untuk mengumumkan bila tarikh puasa dan hari Raya.  Maka, debat pun dibatalkan dan Umno pun selamat dari ditelanjangkan oleh PAS di khalayak ramai.
Kali ini pun tiada beza.  Mereka canangkan isu "Amanat Haji Hadi' yang sudah berpuluh tahun berlalu hanya untuk cari modal pilihanraya.  Maka, Umno mahu tunjuk hebat kononnya Umno lah parti yang bersungguh-sungguh memelihara kesesatan umat.  Mahu pecah perut menahan ketawa bila Umno menunjukkan kehebatannya mempertahankan agama.  Lihat sahaja lah malam sambutan Tahun Baru yang disiarkan secara langsung di TV baru-baru ini sudah cukup buat kita termuntah dengan Umno.
Apabila Tuan Guru Hj Hadi sanggup muncul di kamera TV secara langsung bagi memperjelaskan isu "Amanat Hj Hadi" ini, sebenarnya rakyat sudah tahu bahawa orang yang benar selalunya berani.  DS Anwar benar daripada Najib, maka DS Anwar berani cabar Najib berdebat.  Lojikkah Najib lebih benar dari Anwar maka Anwar lebih berani dari Najib?  Gila tu.

Doa yang baik-baik kat bangsa Umno...


Oleh: paklongdin

"

Salam semua...

Ikut kata Mak Long hang, setiap kata yang terbit keluaq dari mulut kita merupakan satu doa... Dan kesan dari apa yang kita doakan akan mai kat diri kita jugak samaada yang hat elok ataupun yang tak elok...

Sebab tu kita kena pikiaq ngan positif moga apa yang terbit dari mulut kita jugak positif, maka positif la doa kita... Kita kena buat benda-benda baik selalu moga apa yang terbit dari mulut kita jugak benda yang baik-baik belaka, maka baik la doa-doa kita... Setiap doa kalau dah dok uman hari-hari dari mulut kita, insyaallah... Allah s.w.t akan kabulkan.

Sebab tu mak pak kena pikiaq benda yang baik-baik pasai anak-anak moga Allah akan makbulkan anak-anak kita jadi orang baik. Mengkalu anak-anak jadi baik belaka, kita yang tua ni pun tak sakit kepala... haha...

Amanat Hj Hadi: Apa Kaitanya dengan Mufti dan Jakim?

Oleh : Tok Janggut
Setelah berbagai agensi kerajaan digunakan selama ini untuk menjadi alat UMNO bila berdepan dengan pembangkang yang secara jelas menunjukan UMNO sebenarnya tidak punya keupayaan, keberanian dan keupayaan sendiri untuk berdepan dengan pembangkang secara anak jantan dan secara sendirian.

Tidak seperti PAS yang sebelum ini sanggup bersendirian berdepan dengan UMNO dan lebih 10 gabungan parti dalam BN. Inilah sebenarnya anak jantan, bukan pondan. Satu (PAS) lawan 13 atau 14 parti (BN). Itu pun UMNO kecut perut dan kerahkan agensi kerajaan sebagai tambahan untuk berdepan dengan PAS ketika itu.


Kini dua agensi terakhir digunakan yang dimana kedua-dua agensi ini iaitu Jakim dan Mufti tidak ada kaitan langsung dengan isu Amanat Hj Hadi yang dikatakan mengkafirkan UMNO itu.  Ini isu antara PAS dan UMNO, mengapa pula Jakim dan Mufti diheret sama untuk  mempertahankan UMNO?  Dimana ulama, ustaz dan ustazah yang ada jawatan tinggi dalam UMNO?  Sepatutnya merekalah yang seharusnya  berdepan dengan Haji Hadi dalam isu ini.  Bukankah selama ini ustaz dan ustazah UMNO seperti Jamil Khir, Dr Masyitah yang bertaraf Menteri dan Timbalan Menteri UMNO yang menjaga hal ehwal agama yang sering mengkritik PAS dan memperlecehkan usaha PAS untuk melaksanakan syariat inilah yang sepatutnya di arahkan oleh kepimpinan UMNO untuk berdepan dengan Haji Hadi dalam isu ini.  Adakah mereka takut atau tidak mempunyai kemampuan untuk berhujah dengan Hj Hadi secara berdepan? Rakyat hendak tengok juga kehebatan kedua-dua orang Menteri Agama dan Timbalanya memtahkan hujah Hj Hadi nanti sebab selama ini kita sering dengar mereka berdua ini baik melalui TV atau akhbar, bukan main lantang sekali mengkritik PAS dari belakang.

KAJI SELIDIK ANJURAN UMNO/BN SAYANGI SELANGOR MENUNJUKKAN MAJORITI RAKYAT MASIH MENYOKONG PAKATAN RAKYAT!!!!!!



Selepas penganjuran Karnival Sayangi Selangor oleh UMNO/BN Selangor yang dikepalai oleh Zin Badak, maka satu survey diadakan untuk mendapat maklum balas dan reaksi dari rakyat siapa yang mereka akan memberikan sokongan pada PRU 13 nanti, dengan mengajukan soalan berbunyi:..' DIANTARA PR DAN BN, YANG MANA SATU ANDA YAKIN BANYAK MEMBANTU RAKYAT'

Punyalah terkejut beruk UMNO Selangor bila dapati jauh berganda lebih ramai rakyat memberikan sokongan padu kepada Pakatan rakyat untuk menerajui negara ini.

Akibat dari respon yang tidak mereka duga ini maka terus posting tersebut yang dipaparkan di muka Facebooknya SAYANGI SELANGOR dipadamkan.  Tetapi ada pihak yang sempat buat print screen kerana telah menduga insiden memadamkan terus kaji selidik itu akan pasti berlaku apabila keputusan tidak memihak kepada UMNO.

PRU 13 adalah PRU anak-anak muda...Anak-anak muda yang bakal menentukan siapa yang harus diberi mandat dan amanah untuk mentadbir urus negara.

Kelompok ini hanya percaya kepada media ketiga.. INTERNET,  bukannya media arus perdana sama ada cetak maupun elektronik milik dan kawalam UMNO.

Sudah pasti hasil kaji selidik ini akan menambah pening kepala UMNO dalam menghadapi PRU 13.

INI KALILAH TUKAR... JOM UBAH... SELAMATKAN MALAYSIA.

MB : UMNO-BN tolong henti pembohongan terhadap PR

Henti pembohongan terhadap PR
Jumlah penerima bantuan MES meningkat secara konsisten sejak 2008.
 
TAHUN 2012 adalah satu tahun yang produktif untuk Kerajaan Negeri Selangor dan saya serta barisan pimpinan kerajaan mulakan tahun baru 2013 dengan azam untuk menggandakan usaha dalam memberi perkhidmatan pada rakyat.

Namun amat menyedihkan Timbalan Perdana Menteri memulakan tahun baru ini dengan terus membuat tohmahan politik dengan mendakwa rakyat Selangor telah empat tahun diperdaya Pakatan Rakyat.

Hakikatnya, rakyat Selangor dan Malaysia yang telah 55 tahun diperdaya Barisan Nasional (BN). Artikel ini berhasrat menunjukkan bukti kukuh berkenaan keutamaan diberi Pakatan Rakyat khususnya Kerajaan Selangor kepada kebajikan rakyat serta komitmen kami untuk amalkan tadbir urus beramanah.

Kami yakin bukan sahaja di Selangor bawah BN dahulu, tetapi di mana-mana negeri bawah naungan BN sekarang, bukti sebegini tidak mungkin dibentangkan. Dari segi pengurusan dan kedudukan kewangan serta peruntukan program kebajikan, kerajaan Selangor pimpinan PR jauh mendahului negeri-negeri bawah BN mahupun Kerajaan Persekutuan sendiri.

Apabila PR ambil alih kerajaan Selangor pada 2008, rizab tunai negeri hanya berjumlah RM760 juta. Dalam masa singkat empat tahun, kerajaan PR berjaya tingkatkan jumlah ini lebih tiga kali ganda ke RM2.5 bilion. Adakah ini hasil pengurangan perbelanjaan pembangunan?

Semestinya tidak. Sebaliknya, perbelanjaan untuk program-program kebajikan rakyat ditingkatkan setiap tahun, bukan diturunkan. Kelebihan dana tercapai bukannya melalui pengurangan perbelanjaan, tetapi dengan penghapusan ketirisan dan gejala rasuah yang sebelumnya amat berleluasa. Saya amat tegas dalam memastikan setiap sen duit rakyat diurus dengan rapi dan dibelanja secara beramanah.

Kuasai media amalan negara diktator- Kadir

JOHOR 5 Jan: Sekatan maklumat dan penguasaan terhadap media arus perdana adalah amalan negara diktator, kata bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.
Beliau berkata, negara demokrasi seharusnya mengamal kebebasan, sebaliknya berlaku di negara ini apabila media dikawal sepenuhnya Umno- BN.
Beliau merujuk  isu Amanat Haji Hadi yang dimanipulasi hampir sebulan di akhbar dan televisyen tanpa memberi ruang kepada Presiden Pas itu memberi penjelasan.
“Bila (Haji Hadi) nak jawab, minta sejam pun tak nak bagi, nak tapis. Mana boleh tapis. Nama sahaja demokrasi, tapi diktator!, tegas Kadir pada ceramah Jelajah Anak Muda ke Himpunan #KL112 di padang Flat PPR Kempas, Johor malam tadi.
“Kalau kita tengok TV sekarang, ia telah jadi alat propaganda paling rendah yang memperbodoh dan menghina rakyat Malaysia,” katanya sambil menambah akhbar milik parti dalam Pakatan Rakyat pula hanya dibenar dijual kepada ahli.
Kadir, antara menteri dalam kerajaan yang pernah menganjurkan program ‘Debat Perdana di RTM pada 2004 hingga 2006. Program tersebut menghimpunkan ahli parlimen berdebat selama sejam dan disiar secara langsung di seluruh negara.
Menurut Kadir, jabatan-jabatan kerajaan perlu bersikap neutral tanpa mempergunakan jentera untuk berkempen bagi sebelah pihak, namun sebaliknya berlaku di negara ini.
“Semua diperguna, Kemas (Jabatan Kemajuan Masyarakat), Felda, Felcra, Jasa, JPM, cawangan khas, unit ATM, semua. Tak boleh masuk campur!, tegas Kadir.
Beliau turut memberi komitmen untuk bersama sejuta rakyat dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka 12 Januari depan.
“Kita kena selamarkan negara kita. Kita kena ingat kembali perjuangan bapa-bapa kemerdekaan kita. Maka, saya sendiri akan turut bersama saudara semua di Himpunan Kebangkitan Rakyat,” kata Kadir disambut laungan takbir hadirin.

FGV : BURSA MALAYSIA PATUT NASIHATI ATAU AMBIL TINDAKAN


Kerajaan BN telah mengamalkan manipulasi pasaran ke atas kaunter saham FGV (stok kod 5222) dengan melakukan pelbagai aktiviti seperti mengarahkan pengurus dana  institusi ("smart money") contohnya KWSP (EPF), tabung haji dan lembaga angkatan tentera untuk membeli saham FGV agar menyokong harga FGV yang kian merudum dan menghala ke selatan..Sila lihat carta atau graf sahamFGV di sebelah kanan. Pada 04/01/13 Harga buka FGV ialah 4.61, harga tutup juga 4.61 degan harga paling tinggi 4.62 dan harga paling rendah ialah 4.59



Kerajaan BN juga mewujudkan gambaran atau senario FGV yang tidak tepat yang mengelirukan pelabur yang kebanyakannya adalah mengunakan margin dari pinjaman bank.

Penganalisis saham tempatan seperti TA Securities Holding dan Alliance Research menasihatkan pelabur agar menjual pegangan saham FGV mereka dek kerana risiko pelbagai dan pendapatan syarikat yang negatif .

Kesalahan Bursa Malaysia di SINI  dan di SINI

Amanat : Hadi minta Majlis Fatwa Kebangsaan keluar surat rasmi

SHAH ALAM – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencabar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan surat rasmi mengenai isu Amanat Haji Hadi yang didakwa bercanggah dengan Islam.

Menurutnya, sejak 31 tahun lalu, beliau langsung tidak pernah menerima apa-apa surat atau dipanggil untuk memberi keterangan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.

“Saya tidak pernah menerima surat dari Majlis Fatwa Kebangsaan. Saya cabar Majlis Fatwa hantar surat kepada saya. Majlis Fatwa tidak pernah panggil saya.

“Surat rasmi pun tidak ada, atas angin sahaja. Bukan boleh atas angin begitu, bukan ‘meniaga’ ni dan kalau berniaga pun tidak boleh atas angin. Ini soal agama,” katanya dalam laman sosial Facebook hari ini.

Katanya lagi, ‘amanat’ itu merupakan satu petikan daripada ucapan beliau yang dibuat di Banggol Peradong, Terengganu, 31 tahun yang lalu.

PRU13 : Perjuangan Leman Raja Lawak


SEBERANG JAYA: Leman Raja Lawak atau nama sebenarnya Sulaiman Ibrahim (gambar) bertekad menjadi pekerja sepenuh masa untuk jatuhkan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya Umum akan datang.

"Sekarang bukan masa untuk kita berpeluk tubuh, tetapi masa untuk perubahan kerana sikap dan kezaliman yang keterlaluan semua kepimpinan kerajaan.

"Sekarang saya tidak lagi berlakun sebaliknya bekerja untuk memastikan Umno dan BN tersungkur.  Itu kerja saya hari ini.  Sapa tanya pun saya akan jawab benda yang sama," terangnya ketika ditemui di program Perhimpunan Impian Rakyat di Tapak Ekspo Seberang Jaya semalam.

Sudah sampai masanya kata Leman, PAS perlu kuatkan semua saf dan jentera parti  kerana suasana pilihanraya umum sudah dekat.

Isu yang dimainkan oleh kepimpinan BN sekarang semuanya memakan diri sendiri ekoran parti dalam Pakatan Rakyat tidak mudah latah.

"Itulah yang memeningkan kepala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sebab apa yang dinantiya tidak menjadi, " katanya lagi.

Mujahid: 'Kenyataan saya berlandas fekah'


Dr Mujahid Yusof Rawa
GEORGETOWN - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa tidak menafikan pernah mengeluarkan kenyataan bersetuju agar penganut agama lain menggunakan kalimah ALLAH.

Walaupun mengesahkan kenyataannya itu seperti yang didakwa Penyelaras Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin kelmarin, namun beliau menegaskan kenyataannya itu adalah berlandaskan kepada fekah dan perspektif yang lebih luas.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, kenyataan yang dibuat semasa dialog di sebuah gereja kira-kira dua tahun lalu tidak bercanggah dengan pendirian Pas kerana pendapat yang diberikannya berdasarkan soal fekah dan pandangan ulama.

Delhi police refute India gang-rape account

[Exclusive] 'We should get more Chinese in police force' - Part III

Ustaz Fathul Bari Bidas Ustaz Azhar Idrus Tak Faham Erti Jihad

Tuan Ibrahim Tuan Man : Sejarah penubuhan PAS dan sejarah Amanat TG Haji Hadi

Kutipan Premium Tanah Selangor Meningkat Kepada RM800 juta


MB-bantuan-banjir-ijok-01
KUALA SELANGOR, 6 JAN :Sejak Pakatan Rakyat mentadbir Selangor,  kutipan premium tanah meningkat kepada RM800 juta berbanding  RM300 juta sebelumnya.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata,  dengan perolehan yang semakin meningkat itu maka ia menuntut kepada sistem penyimpanan yang efektif di mana hasil daripada simpanan itu dapat digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat ketika ditimpa bencana alam.
Katanya dengan adanya sumber ini maka ia memudahkan Kerajaan Negeri  menggunakan wang tersebut di waktu kecemasan.
Tambah beliau lagi, Kerajaan Negeri mempunyai sistem penyimpanan rekod dan data penerima bantuan bencana yang bersistematik dan memudahkan untuk tindakan  selanjutnya.
“Kita mempunyai semua rekod dengan apabila RM2juta kita memberikannya, kita mempunyai dua juta rekod tersebut.

MB : Kerajaan Negeri Alu-Alukan Pengguna Saman Syabas

salbiah-tunut-beg-sekolah-01
KUALA SELANGOR, 6 JAN : Kerajaan Negeri  Selangor mengalu-alukan tindakan pengguna yang mengalami gangguan air di Selangor dan Kuala Lumpur untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, jika  Syabas tidak mampu untuk menguruskan perkhidmatannya maka sewajarnya ia dikembalikan kepada Kerajaan Negeri untuk menguruskannya.
“Syabas diberi tugas untuk berkhidmat, jika kita rasa tugas Syabas tidak bagus maka kita ada kuasa sebagai pengguna untuk menyamannya,” kata Abdul Khalid.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Penyampaian Bantuan Banjir di Pekarangan Pejabat Dato’ Menteri Besar di Ijok di sini.
Ujarnya, aset-aset dan peralatan seperti paip-paip air  masih  milik Kerajaan Negeri.
Katanya, Kerajaan Negeri tidak akan menyediakan khidmat guaman untuk tindakan itu kerana tidak mahu berlakunya konflik kepentingan.

WOW! Rosmah puts aside 'DIAMONDS' to help clean flood-hit school

WOW! Rosmah puts aside 'DIAMONDS' to help clean flood-hit schoolKUANTAN- The Prime Minister's wife, Datin Seri Rosmah Mansor and Tengku Puan Pahang Tengku Azizah Aminah Maimunah Sultan Iskandar took part in a gotong royong programme today, to clean up Sekolah Agama Rakyat Al-Amin in Kampung Seri Damai, which was affected by the recent floods.
Rosmah, who is the Girl Guides Association of Malaysia president, and 250 Pahang branch members of the association helped to paint the school and plant trees.
She then distributed exercises books and stationery to the school, and prayer mats and Quranic verses booklets to the Al-Amin Mosque located within the compound. She also presented RM5,000 to the Tengku Puan Pahang, who is president of the Pahang Girl Guides.
– Bernama

Don't point at us, tell the people why the TOTAL SILENCE on Deepak-Rosmah- Ropiaah? - Kit Siang

The past three days have been the most difficult days for DAP leaders, members and supporters in the 47-year history of the party, testified by the fact that the DAP had dominated the front-pages of the Barisan Nasional mainstream media (MSM)  in the past two days and hogged the Barisan Nasional-controlled air waves.
The following are the screaming front-page headlines in the BN MSM in the past two days:
DAP silap kira undi? – Pengarah pilihan raya parti itu letak jawatan (Utusan Malaysia 5.1.13)

Drama DAP – Lagi persoal isu silap kira undi (Mingguan Malaysia 5.1.13)

Don't point at us, tell the people why the TOTAL SILENCE on Deepak-Rosmah- Ropiaah? - Kit SiangDAP election FIASCO – Error raises doubts about party’s ability to rule country (New Straits Times 5.1.13)

‘Embarrassing glitch’ – (New Sunday Times 6.1.13)

Sandiwara DAP pujuk Melayu – Ambil masa tiga minggua akui kesilapan pemilihan CEC (Berita Harian 5.1.13)

Tindakan DAP ‘luar biasa’ – Pinda keputusan pemilihan janggal, timbul banyak persoalan: Muhyiddin (Berita Harian t6.1.13)

It doesn’t add up (Star 5.1.13)
When DAP appears in the BN MSM, especially on their front-pages, it is not good news. In fact, often they are about lies – as in the infamous case on May 7, 2011 when Utusan Malaysia carried a front-page article headlined “Kristian agama rasmi?” (“Christianity the official religion?”), claiming that DAP was conspiring with Christian leaders to instal Christianity as the religion of the federation instead of Islam and the other infamous case on July 9, 2012 on the Utusan Malaysia front-page about the  falsehood that the DAP would contest 90 of the 222 parliamentary seats to dominate Pakatan Rakyat and appoint the Prime Minister in the 13th general election.
Gag-order on Deepak?

Who hijacked the Death Railway money?

The money - RM207 billion - is believed to have been transferred by the Japanese government to Malaysia in the 1990s. What has happened to it?

By Chua Jui Meng

Is Dr Mahathir Mohamad  going to take the same “silence is golden” stand as Najib Tun Razak and his infamous diamond-loving wife Rosmah Mansor when cornered by an issue?
The revelation by the Japanese Embassy that it had paid compensation to the Malaysian government for families of victims of the so called “Death Railway” project in the 1940s is shocking.
The sum of RM207 billion or whatever the amount must be revealed by Mahathir. He was close to the Japanese government and corporate sector when he promoted his Look East Policy aimed at enhancing trade with Japan.
The money, believed to be amounting to RM207 billion, was meant to be distributed to some 30,000 Malaysians who had been recruited as forced labourers by the Japanese to build the Thai-Burma rail link.
This means each affected family is entitled to receive between RM2.8 million and RM3 million as compensation.
The stinking part of the Umno-led Barisan Nasional federal government is that the public is today unaware of the compensation payment by the Japanese.
We would have thought Mahathir would have brought the money back from Japan in triumph, like a victorious Roman general.
Umno would have organised a huge gathering of the victims or their families and distributed the money. No, it was all covered in secrecy.
National probe needed

DESPERADO? BN akan sambung BR1M jika menang PRU13 - Muhyiddin

DESPERADO? BN akan sambung BR1M jika menang PRU13 - Muhyiddin
TANJUNG MALIM - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan tohmahan pembangkang bahawa kerajaaan Barisan Nasional (BN) gagal membela nasib rakyat.
Katanya, kemakmuran dan keamanan negara membuktikan kerajaan BN berada di landasan yang betul untuk terus menerajui negara.
"Semua telah elok, tersusun dan terancang, mempunyai ekonomi yang baik, tiada pergaduhan, kenapa nak sokong pembangkang?," katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di padang Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini, malam tadi.
Beliau berkata, banyak yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi membantu menangani masalah kos hidup rakyat.
Katanya antara yang telah dilakukan ialah pemberian subsidi yang besar untuk barang-barang keperluan, kawalan harga barang, bantuan sara hidup dan bantuan persekolahan.
Muhyiddin berkata, bagi menentukan pendapatan rakyat tidak terjejas dengan kenaikan harga barang, kerajaan turut memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Najib Berdepan Krisis Tentukan Calon PRU-13 Yang Setia Kepadanya

Rafizi SACC PKR
PETALING JAYA, 6 JAN : Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendedahkan Umno-BN berhadapan krisis menentukan calon Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) yang menyaksikan Datuk Seri Najib Razak cuba meletakkan mereka yang mampu setia kepadanya dan bukan berdasarkan kesetiaan kepada parti.
Menurutnya, usaha ini dibuat bagi memastikan kedudukan Najib masih selamat selaku Perdana Menteri sekiranya Umno kekal berkuasa meskipun beliau bakal ‘disingkirkan’ daripada jawatan Presiden Umno selepas PRU-13.
Percaturan ini dilihat sebagai usaha monopoli bagi ‘mengikat’ Ahli Parlimen BN supaya terus setia menyokongnya.
“Ini yang saya tidak pernah sebut secara terbuka Umno-BN kini ada masalah dan krisis menentukan calon kerana pimpinan Umno terutamanya sudah nekad untuk ‘buang’ Najib dan Rosmah selepas PRU-13.
“Dia (Najib) tidak akan menang dan Najib akan ‘terpelanting’. Tapi kalau dia (Umno-BN) tipu pun dan menang, Najib akan ‘terpelanting’.
“Kalau lima tahun menjadi perdana menteri cincin Rosmah sudah muat satu dewan, kalau bagi dia lima tahun lagi, lepas ini memang habis Umno. Memang tidak wujud lagi Umno kalau terus bagi Rosmah menjadi Isteri Perdana Menteri,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada sesi Simulasi dan Taklimat Pilihan Raya PKR Selangor.

NGO lancar kempen ‘Pertahankan Taman Merdeka Negara’

KUALA LUMPUR 6 JANUARI: Pertubuhan Pertahankan Taman Merdeka Negara (PTMN) berikrar untuk berjuang hingga perancangan kerajaan Umno BN membina Menara Warisan 118 tingkat di Taman Merdeka Negara dibatal.
“Kita berhimpun menyatakan bantahan kita, tidak suka kepada pembinaan menara 118 tingkat yang akan jahanamkan warisan kemerdekaan negara.
“Kita akan teruskan perjuangan hingga dibatalkan pembinaan menara ini,” kata Pengerusinya, Ishak Surin pada majlis perlancaran kempen ‘Pertahankan Taman Merdeka Negara’ malam tadi.

PAS ucap takziah atas kematian Qazi Husein


KUALA LUMPUR: Para pimpinan PAS mengucapkan takziah kepada Jamiat Islami Pakistan di atas kematian pemimpin ulung mereka, Sheikh Qazi Hussein Ahmed (gambar).

Qazi meninggal dunia hari ini akibat sakit jantung.

Qazi adalah bekas Amir Jamiat Islami dan mempunyai hubungan yang rapat dengan pimpinan PAS khasnya Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

Beliau pernah datang ke Malaysia beberapa kali sebagai tetamu PAS dan berjanji akan datang lagi ke Malaysia selepas tidak dapat menyertai muktamar PAS yang lalu di Kota Bharu.

Presiden PAS telah mengarahkan semua pimpinan dan ahli menunaikan solat ghaib untuk Allahyarham.

Beliau sendiri telah menghubungi pimpinan Jamiat untuk mengucapkan takziah atas pemergian Almarhum.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Datuk Kamarudin Jaffar bersama Dr Syed Azman dan Khalil Abdul Hadi bertemu Allahyarham di Islamabad dua bulan lalu.

PRU13: PAS Perak bertemu pengundi di Lembah Klang


KUALA LUMPUR: Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Perak akan menganjurkan satu majlis ramah mesra dengan pengundi-pengundi Perak yang berada di Lembah Klang pada hari Ahad, 13 Januari ini di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) Taman Melewar, Kuala Lumpur bermula jam 2.30 petang.

Program atas nama Majlis Ramah Mesra Anak-Anak Perak di Perantauan Lembah Klang ini julung-julung kalinya diadakan bagi persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

“Program berbentuk santai ini bakal mengumpul semua penyokong-penyokong PAS / Pakatan Rakyat (PR) daripada Perak untuk disusun menjelangnya PRU13 bagi memastikan mereka akan balik dan seterusnya mengundi PR kelak,” kata Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS negeri, Salman Saleh (gambar).

Katanya, pimpinan utama PR Perak dan kebangsaan dari Perak akan memberikan ucapan ringkas untuk memberikan semangat kepada semua yang akan hadir nanti.

Bantah ikut perundangan diabai, ayuh turun 12 Januari

KUALA LUMPUR 6 JANUARI: Semua bentuk bantahan yang mematuhi saluran undang-undang sudah digunakan demi membaiki sistem pilihan raya tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) enggan melaksanakan lapan tuntutan Bersih.
Aktivis sosial, Hishamuddin Rais kesal kerana tiada satu pun tuntutan dilaksanakan, malah penggunaan dakwat kekal yang dilihat satu-satunya ‘harapan’ dikhianati SPR melalui tipu muslihat.
“Sistem dakwat kekal di luar negara, celup jari dan tanda hitam tak boleh mengundi. Di Malaysia, celup jari ke dakwat boleh mengundi. Undang-undang apa ini?
“Patutnya orang yang jarinya kosong (tak bercelup dakwat) dibenar mengundi. Orang yang dah ditanda – tak boleh mengundi. Sistem apa ini? Ini sistem menipu!
“Kenapa SPR tak ikut standard antarabangsa? Kenapa tak ikut macam negara lain? Inilah contoh klasik penipuan SPR,” katanya dengan lantang.

Skandal Raja Ropiaah: Wanita Umno kena tanggungjawab

(Wanita Umno Selangor yang dipimpin Raja Popiah (ehh bukan)  Raja Ropiaah)

SHAH ALAM: Wanita Umno Selangor diminta bertanggungjawab dengan kekayaan segera yang diberikan kepada ketuanya, Raja Ropiaah Raja Abdullah.

Kali ini tekanan itu datang Wanita PKR Selangor ekoran projek besar yang diberikan kepadanya iaitu membina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas).

Ketua Wanita PKR Selangor, Haniza Talha dalam kenyataannya mempersoalkan, mengapa tabung pencen bekas anggota tentera ini digunakan sewenang-wenangnya, "pemimpin Umno yang korup kaya-raya, rakyat yang mempertahankan negara melopong."

Raja Ropiaah, katanya, perlu jelaskan apakah yang melayakkan Awan Megah diberikan projek Puspahanas serta segala transaksi pemberian dan penjualan tanah kepada pihak LTAT.

Wanita Keadilan Selangor, katanya, mengutuk sikap korup Ketua Wanita Umno Selangor yang pada masa yang sama kempen Sayangi Selangor konon ingin menyelamatkan rakyat.

Situasi yang melanda Ketua Wanita Umno Malaysia kini berulang ke atas Ketua Wanita Umno Selangor.

Isu Raja Ropiaah tidak jejaskan undi, kata pemimpin Wanita Umno

 
KUALA LUMPUR, 6 Jan ― Skandal projek Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) bernilai RM100 juta yang dikaitkan dengan ketua Wanita Umno Selangor adalah isu “peribadi” dan tidak menjejaskan peluang Barisan Nasional dalam pilihan raya umum tahun ini, menurut pimpinan sayap tersebut.
Sayap wanita yang dianggap sebagai tulang belakang Umno ― parti komponen terbesar Barisan Nasional (BN) ― mengalami satu demi satu skandal dalam peringkat kepimpinan, yang menurut para penganalisis akan menjejaskan sokongan terhadap gabungan parti pemerintah itu menjelang pilihan raya umum ke 13.
“Apa juga yang dilakukan yang bersifat peribadi tidak akan menjejaskan parti,” kata ketua Wanita Umno Gombak, Datin Sharifah Salmah Syed Agil kepada The Malaysian Insider semalam.
Kontroversi terbaru melibatkan perjanjian tanah untuk membina pusat pengajian pertahanan yang masih belum dibina oleh syarikat Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah (gambar), tidak sampai setahun selepas skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang menyebabkan ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kehilangan jawatan Senator dan Menteri Kabinet.
Sharifah Salmah menyatakan isu Raja Ropiaah adalah isu peribadi dan tidak akan melemahkan sayap tersebut, kerana isu tersebut masih dibicarakan di mahkamah, dan dimainkan berdasarkan spekulasi orang ramai.
“Pengundi akan mengundi untuk parti, bukan individu,” kata Radziah Ahmad yang merupakan ketua wanita Umno Shah Alam.

Amaran hujan lebat di Pantai Timur 7-9 Januari

Umno sebenarnya yg gadai tanah rizab Melayu - Ust Idris Ahmad

Penyatuan Hamas-Fatah kian hampir

Ibn Taimiyah Mempelajari Ilmu Falsafah - Dato Dr MAZA

Masjid Dalam Membangun Ummah - Prof Madya Dato' Dr MAZA

Diari 3 YB : Nurul Izzah Anwar

Hadi: 'Saya tetap dengan pendirian saya'


ABDUL HADI AWANG KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat kejutan dengan mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan menarik balik fakta ucapan kontroversinya yang dilabelkan sebagai Amanat Haji Hadi.

Beliau bertegas mahu diberi peluang untuk menjelaskan perkara sebenar berhubung dengan ucapan yang dibuatnya di Kampung Banggol Peradong, Manir, dekat sini, 32 tahun lalu.

Menurutnya, masyarakat perlu mendengar penjelasan beliau dahulu, sebelum menilai sendiri sama ada apa yang beliau ucapkan itu betul atau salah.

“(Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais (Yatim) tak nak bagi peluang (kepadanya menjelaskan perkara itu melalui siaran langsung RTM dan TV3).

"Itu hak dia, tetapi saya tetap dengan pendirian saya, supaya masyarakat berlaku adil kepada semua pihak. Hanya cara (memberi penjelasan melalui siaran langsung) itu boleh memulihkan keadaan, kerana kita (Pas) tiada media. Biar rakyat tahu dan jangan dengar sebelah pihak.

“Biar mereka nilai betul atau tidak. Televisyen perlu siarkan satu jam ucapan saya. Amanat itu pentingkan?" katanya di Masjid Abidin, di sini, selepas menziarahi makam bonda saudara Sultan Mizan, Tengku Zaleha Ismail binti Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang mangkat pagi semalam.

Raja Ropiaah dan isu NFC jejaskan Wanita Umno, kata penganalisis

KUALA LUMPUR, 6 Jan  Skandal-skandal menyelubungi pemimpin tertinggi Wanita Umno melemahkan tulang belakang parti pemerintah dan akan menjejaskan peluang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya 2013, kata para penganalisis.
Skandal terbaru adalah perjanjian tanah yang lumayan untuk kemudahan kajian pertahanan yang masih belum dibina oleh firma Ketua Wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah, hampir satu tahun selepas skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) bosnya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyebabkan kehilangan jawatan senator dan Kabinet.
“Isu-isu yang dibangkitkan pembangkang tidak boleh dinafikan dapat menjejaskan imej Wanita Umno sendiri, dan kita tahu sokongan kuat Umno datangnya dari kalangan sayap wanita,” kata pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani kepada The Malaysian Insider.
“Jadi, terpulang kepada Wanita Umno untuk berubah untuk menangkis tohmahan ini,” kata beliau merujuk kepada sayap yang aktif merayu undi untuk BN.
Azizuddin berkata ramai di luar parti sedang memerhatikan Wanita Umno, dan kerana itu mereka perlu lakukan perubahan untuk memastikan mereka dilihat bersih dari skandal-skandal yang boleh menjejaskan peluang BN dalam pilihan raya akan datang.
“Segalanya terpulang buat mereka,” ulang Azizuddin lagi.
Raja Ropiaah (gambar) hanya mendiamkan diri tentang syarikatnya Awan Megah Sdn Bhd yang gagal untuk membina Pusat Pendidikan Pertahanan Negara (Puspahanas) di Putrajaya berharga RM100 juta walaupun dia telah menjual tanah kerajaan yang ditukar untuk kos pembinaan.

Alangkah lucunya mereka ini


Seperti biasa, menjelang pilihan raya umum, semua pihak akan mula merancang pelbagai strategi demi mencapai apa yang mereka hajati, sama ada majoriti atau mungkin juga populariti.

Maka akan timbullah pelbagai isu, segala rahsia yang disimpan beberapa tahun akan dibongkar, segala salah laku yang selama ini tak terlihat akan diperlihatkan dengan jelas dan nyata di mata rakyat marhaen semuanya. 

Mereka yang ketandusan isu akan cuba memainkan isu lama yang sudah basi. Terbaru, tiba-tiba sahaja isu 'Amanat Hadi' yang disampaikan pada tahun 1981 dimainkan kembali.

Dan dalam isu ini, Presiden ISMA Abdullah Zaik Abdul Rahman begitu pantas memberi pendapat mewakili NGO itu. Entah apa tujuan ISMA begitu pantas memberi pandangan dalam isu ini.

Dalam buletin TVISMA terbaru, dimuatkan sidang media oleh presiden ISMA yang memohon agar Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanatnya kerana pada pandangan mereka ia memecahbelahkan umat Islam.

Masih segar di ingatan, ketika ramai memberi komen terhadap "Melayu Sepakat Islam berdaulat" yang ISMA canangkan, mereka meminta agar diberi ruang untuk menjelaskan.

Tetapi apabila sampai kepada Abdul Hadi, begitu pantas pula mereka memberi pandangan sedang beliau belum lagi memberi penjelasan. Alangkah lucunya mereka ini.

Sikap apologetik

Bahaya 'harga palsu' saham FGV

Adalah bahaya kerajaan memanipulasi harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) yang sebenarnya bernilai rendah tetapi menyuntik dana institusi seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menunjukkan harga yang lebih tinggi tetapi palsu.

Sudah banyak contoh betapa harga saham yang bukan membayangkan harga pasaran sebenar akan memperjudikan nasib para pelabur kecil kerana terpedaya dengan kenaikan yang diperbuat  tersebut

Dengan melakukan tindakan ini bermakna kerajaan terlibat dalam kegiatan spekulasi pasaran saham yang amat bahaya bukan sahaja kepada pelabur tetapi juga kepada ekonomi negara.

Kerajaan ini akan menjadi kerajaan yang tidak bertanggungjawab kepada pasaran modal dengan memalsukan aliran pasaran sebenar.

Teras kesal bila analisis bebas menunjukkan harga sebenar saham FGV adalah RM3.50 seunit sedangkan RM4.62 adalah harga kerana campur tangan dalam bentuk pembelian oleh KWSP, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dan institusi-institusi lain.

Allah itu Tuhan semesta Alam dan Tuhan kepada semua makhluk

Tuhan itu zat yang meliputi sekelian alam dan namanya Allah. Selain dari itu Dia ada mempunyai 99 nama sifat. Allah itu nama Tuhan yang Maha Pencipta yang mencipta semua makhluk termasuk manusia, haiwan, gunung ganang, laut, angin dan cahaya dan lain-lain.
Lain-lain perkataan Allah itu adalah Tuhan kepada semua makhluk. Maknanya ia adalah Tuhan Maha Pencipta yang telah mencipta semua makhluk termasuk bulan dan bintang, manusia. serta jin dan syaitan.  Kenapa isu Allah ini menjadi besar ketika kita hendak menghadapi pilihanraya ini.
Kalau tiada Allah semua kita ini tidak ada. Chakrawala tidak ada, manusia tidak ada. Elemen masa tidak akan ada dan elemen terang dan gelap pun tidak ada. Tidak usahlah bercakap dan politikan isu nama Tuhan ini.
Semua makhluk itu Tuhannya Allah. Justru kita beribadah lah, berubudiah lah serta beramal lah kerana Allah. Kita sebutlah nama Allah itu kerana kebesaranNya, yang wajib di tauhidkan. Jangan kita sebut namaNya kerana kita hendak menjadi ‘political champion’.
Sesungguhnya Allah itu adalah Tuhan yang meliputi sekelian alam. Ingatlah Allah itu adalah Tuhan kepada semua makhluk. Tuhan itu Maha Besar dan Maha Pencipta. Takkanlah kita hendak memperkecilkan Allah dengan menganggap Tuhan itu hanya untuk orang Islam sahaja.
Pendirian yang di ambil oleh PAS sepuluh tahun dahulu kita terima lah. Kita tidak boleh menghalang sesiapa yang lain dari orang beragama Islam untuk menggunakan nama itu.
Bukankah Allah itu adalah juga Pencipta kepada semua bangsa dan puak-puak dalam dunia ini?
 
Aspan Alias