Sabtu, 5 Januari 2013

Memburu target 1 juta, tanah Kelantan dan Rahim Noor

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN
Himpunan Kebangkitan Rakyat, yang dijadual petang Sabtu depan, 12 Januari 2013, sekitar Stadium Merdeka, nampaknya belum lagi diberi "publisiti percuma" oleh media Umno. Pihak polis pun masih enggan membuka mulut.

Lantaran itu, ada rakan-rakan yang diusik kebimbangan dengan jumlah kehadirannya nanti. Bagaimanapun, saya optimis kali ini, ia bakal mencatat rekod perarakan paling besar pernah disaksikan di ibu kota.
Memang targetnya cukup besar. Mengumpulkan satu juta orang. Sasaran yang dikira berpadanan dengan objetif utama perhimpunan, iaitu memastikan tiada penipuan dalam pilihan raya nanti.
Sebelumnya, melalui siri himpunan Bersih sejak 2007, hanya sekitar 100,000 ... dan berjaya. Dalam Bersih 3.0, pada 28 April 2012, dianggarkan hampir suku juta hadir. 
Dilihat gerakerja yang bermula di majlis pelancaran, Taman Seremban Jaya, Negeri Sembilan, 3 November lalu, kemudiannya mendapat sambutan meriah di peringkat zon dan negeri, program kemuncak di Kuala Lumpur ini begitu "menjanjikan".
Tahun lalu, Himpunan Bersih 3.0 pun tiada "publisiti percuma" di peringkat awal. Akhirnya kecoh dan heboh juga seluruh negara.
Mungkin strategis BN mengambil iktibar daripada gembar-gembur dan riuh-rendah yang sia-sia seperti laporan polis beramai-ramai, larangan pakaian kuning dan amaran agar menjauhi Dataran Merdeka; ia hanya mempopularkan "demonstrasi haram" itu!

PENGUMUMAN JAWATANKUASA HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT #112


semua yang akan turun sila ambil perhatian
untuk mengelakan kesesakan
sila jangan bawa kereta ke dalam kota kuala lumpur
sila jangan buat ganguan jalan
sila jangan jamkan jalan raya

perhimpunan ini dijalankan dengan aman
perhimpunan ini dijalankan dengan santai
suasana pesta
suasana bersama kaum keluarga

PANTAI TIMUR
- dari pantai timur 
- dari kelantan
- terangganu
- dari pahang
ambil komuter ambil lrt 
di wilayah gombak
berhenti di masjid jemek
dan bergerak dari sana ke stadium merdeka

Jangan terheret dengan isu ‘Amanat Haji Hadi’ yang dicanang UMNO@BN



Serangan demi serangan untuk menjatuhkan kredibliti Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melalui media masa dan cetak. Terbaru adalah isu ‘Amanat’ yang sebenarnya petikan ceramah beliau pada 7 April 1981 lalu.

Kisah 31 tahun yang lalu diungkit dan diperhangatkan kembali oleh semua media milik Umno BN.

Jaringan Profesional Muslim (MPN) melihat isu ‘Amanat Haji Hadi’ ini adalah siri saraf dan serangan politik Umno BN bagi menjatuhkan musuh politik mereka. Mereka tiada modal lain untuk menjatuhkan kewibawaan dan kredibiliti kepimpinan PAS.

Jika PKR mereka momokkan dengan kononnya skandal seks pemimpin utama, DAP dengan isu komunis dan PAS mereka akan mengheretnya dengan isu keagamaan.

MPN menyeru seluruh pemimpin dan pengikut Pakatan Rakyat jangan leka dengan isu yang dicipta oleh Umno BN ini. Tumpukan sepenuh perhatian dengan membongkar dan mendedahkan kepincangan pemerintahan Umno BN.

Amanat : Ustaz Hadi cabar Majlis Fatwa hantar surat rasmi

KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencabar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan surat rasmi berkenaan keputusan mengenai ‘Amanat Haji Hadi’.

Mengulas kenyataan Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan turut memutuskan amanat itu bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan kemuliaan agama serta prinsip dakwah Islamiah, beliau menafikan menerima sebarang surat daripada mufti tersebut.

“Saya tidak menerima surat dari Majlis Fatwa Kebangsaan. Saya cabar Majlis Fatwa hantar surat kepada saya. Dia (Majlis Fatwa) tak panggil saya.

“Surat rasmi pun tidak ada…atas angin sahaja. Bukan boleh atas angin begitu…bukan ‘meniaga’ ni dan kalau berniaga pun tidak boleh atas angin. Ini soal agama,” tegasnya.

Beliau berkata ‘amanat’ itu merupakan satu petikan daripada ucapan beliau yang dibuat di Banggol Peradong 31 tahun yang lalu.

Kes rogol Delhi: Tak siapa pun berhenti, kata saksi



Memecahkan kesunyian, saksi tunggal dan kekasih kepada mangsa rogol berkumpulan di Delhi mendedahkan, tiada sesiapa pun berhenti membantu dan ketibaan polis hanya membuang masa untuk memutuskan kes itu bawah bidang kuasa balai yang mana.

delhi gang rape victim student strike"Kami tidak berpakaian. Kami cuba hentikan orang yang lalu lalang. Beberapa beca bermotor, kereta dan motosikal memperlahankan kenderaan tetapi tiada siapa pun berhenti kira-kira 25 minit.

"Kemudian, seseorang yang sedang meronda berhenti dan panggil polis," katanya dalam wawancara dengan Zee News yang berpangkalan di India pada Jumaat malam.

Menurut Bernama dan Reuters pula, beliau memberitahu pihak yang menemuramahnya bahawa tiada sesiapa, termasuk polis memberikan mereka pakaian atau menelefon ambulans.

"Mereka hanya memerhatikan kami," beliau dipetik sebagai berkata.

Menurutnya lagi, selepas mengulang minta, seseorang tampil memberikannya sebahagian alas tilam untuk menutup badan temannya.

"Jika kamu dapat bantu seseorang, bantulah. Jika ada seorang tampil tolong saya pada malam itu, keadaan mungkin akan berbeza," katanya.

Where’s the crime in ‘Ubah Rocket Style’ video, DAP asks

The launch of the “Ubah Rocket Style” video earlier this week. — file pic
KUALA LUMPUR, Jan 5 — The DAP has defended its publicity video, “Ubah Rocket Style”, a parody of the Korean hit song “Gangnam Style”, insisting that no laws were broken despite the lodging of police reports against the party.
The opposition party’s video producers asked their detractors to show how “Ubah Rocket Style” had purportedly insulted the country’s leadership, even as the clip was criticised for its personal attacks that appeared to be aimed at Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and his wife Datin Seri Rosmah Mansor, who is not a politician.
Teo Nie Ching, the DAP assistant publicity secretary, said that the party’s video clip is open to interpretation.
“We didn’t specify who are the characters in the video. If they think we are referring to Rosmah or Najib, it’s up for their interpretation,” Teo, who is also one of the video’s assistant producers, told The Malaysian Insider today.
Today, there were a few Twitter users who re-tweeted that “DAP sebar video mencemarkan imej Rosmah dan Najib…laporan Polis dibuat!” (DAP releases video tarnishing the image of Rosmah and Najib…police report lodged!).

Today in History

Musa gesa PDRM perbaiki perkhidmatan

Pemuda Pakatan bersedia untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat

Apabila Pandangan Ulama diSamakan Dengan Wahyu - Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Umno Kelantan Sudah Mula Gaduh

Barang kali tidak ada berita lain paling panas di Kelantan hari ini dalam padang politik melainkan cerita tunjuk perasaan di lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa, Kota Bharu oleh beberapa orang ahli Umno yang meminta supaya Dali Hussin tidak dipilih menjadi calon.


Dali ialah bekas ketua pemuda Umno Kelantan dan kini adalah Ketua Bahagian Umno Pengkalan Chepa.

Dengar khabar banyak juga sepanduk dan kain rentang diangkat semasa tunjuk perasaan berkenaan. Di sebuah kain rentang terpampang tulisan antara lain menyebut "ketua-ketua cawangan". Bermakna yang tunjuk perasaan itu terdiri dari ahli Umno sendiri.

Tidak jelas lagi apakah sebab musababnya. Khabarnya tunjuk perasaan itu mahukan agar Dali tidak dipilih menjadi calon. Satu memorandum juga hendak diserahkan kepada Pengerusi Umno Kelantan Mustapa Mohamed tetapi gagal.


Apa yang terdengar Dali dikatakan mengamalkan kronisme di Pengkalan Chepa. Kronisme apa tidak pula dijelaskan lanjut. Sikap kronisme itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ketua-ketua bahagian.

Menurut maklumat dalam usaha melaporkan perkara itu kepada pihak tertinggi dalam parti termasuk presiden dan timbalan presiden juga telah dibuat tetapi tidak ada apa-apa tindakan. Selalu berlaku begitu (ketidakpedulian) di dalam Umno dimana laporan orang bawahan tidak dipedulikan yang kemudian menimbulkan masalah.

Jurucakap UMNO : NGO tidak beretika jika mengadu kepada PKR, kata Wan Ahmad

KUALA LUMPUR, 5 Jan — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini berkata, pihak NGO yang mengadu kepada PKR adalah tidak beretika kerana mereka dilantik untuk memantau pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dengan tidak memihak kepada mana-mana parti politik.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar turut menolak dakwaan dari Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail bahawa SPR menyekat pemerhati NGO ini dari memantau pilihan raya.
“Saya dah kata dalam banyak kenyataan sebelum ini, kenapa NGO-NGO ini perlu nak mengadu kepada PKR yang merupakan sebuah parti politik?
“Kalau NGO ini benar-benar mahu menjadi pemerhati (pilihan raya), ia harus bebas dari mana-mana parti politik,” kata Wan Ahmad (gambar) apabila dihubungi The Malaysian Insider.
Menurut Wan Ahmad lagi, pihak SPR menemui kesemua NGO yang mahu menjadi pemerhati dalam pilihan raya yang akan berlangsung pada tahun ini.
“Asas pelantikan NGO-NGO ini ialah berkecuali, itu syarat utamanya.
“Tapi saya sangat sedihlah, kalau NGO-NGO ini pergi mengadu dengan PKR, ini tidak beretika.
“(Datuk) Saifuddin Nasution (Ismail) ini pandai-pandai bercakap, tak patut macam ini,” kata Wan Ahmad lagi.

Kenyataan Mat Sabu ‘Allah untuk bukan Islam’ melegakan, kata uskup


 
KUALA LUMPUR, 5 Jan — Kenyataan timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu bahawa bukan Islam juga dibenarkan merujuk Tuhan sebagai “Allah” melegakan, selepas kenyataan yang bercanggah dari ketua penerangan parti Islam tersebut.
“Jaminan timbalan presiden PAS kekal dengan pendiriannya tiga tahun lalu sungguh melegakan. Kami menghormati pendirian konsistennya, dan mengagumi keberaniannya dan mengalu-alukan beliau sebagai rakan kebenaran yang ikhlas,” kata Uskup Paul Tan yang dilaporkan kepada sebuah portal berita, sehari selepas Mohamad menerangkan pendirian parti.
Semalam The Malaysian Insider melaporkan pemimpin PAS yang dikenali sebagai Mat Sabu, berkata: “Presiden PAS telah memberi kenyataan pada 2010 untuk tidak melarang agama lain selain Islam untuk menggunakan nama ‘Allah’. PAS masih kekal dengan pendirian itu.”
Untuk orang Islam di Malaysia, yang merangkumi 60 peratus dari 28 juta penduduk, mendakwa perkataan Arab itu adalah nama yang ekslusif untuk Tuhan mereka, dan bercanggah dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan Gereja Katolik untuk menggunakan perkataan tersebut sebagai Tuhan untuk orang Kristian dalam bahagian Bahasa Melayu akhbar mingguannya, Herald, yang dibaca kebanyakannya dari Borneo.

PRU13 : ‘Satu undi untuk BN, satu undi untu masa depan’ rayuan Najib

KUANTAN, 5 Jan — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata setiap satu undi untuk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU) nanti, bermakna “satu undi untuk masa depan”.
Katanya beliau optimis rakyat tidak akan memperjudikan masa depan kepada pihak pembangkang, sebaliknya rakyat kini dilihat semakin yakin dengan kerajaan BN untuk terus menerajui negara bagi mencapai wawasan negara maju.
“Alhamdulillah, sekarang rakyat (dilihat) bertambah yakin dengan kerajaan Barisan Nasional, undi satu untuk BN adalah adalah satu undi untuk masa depan, (kalau) undi pembangkang, (masa depan) tidak menentu,” katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra dan minum petang bersama pemimpin setempat Dewan Undangan Negeri kawasan Pulau Manis di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Damai, di sini, hari ini.
Perdana Menteri berkata kerajaan BN adalah kerajaan yang sentiasa prihatin dengan setiap masalah yang dihadapi rakyat.
“Kalau rakyat susah, kerajaan prihatin, wang ehsan (bantuan untuk rakyat misalnya) baru permulaan, nanti kita akan bagi lagi, ini adalah konsep kerajaan Barisan Nasional,” katanya.
Najib berkata Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) misalnya, dapat diberikan kepada rakyat kerana kerajaan dapat menguruskan kewangan negara dengan baik.

Pakatan anjur program pemanas badan untuk HKR 12 Jan

NONEPemuda Pakatan Rakyat akan mengadakan beberapa siri program bermula Selasa ini sebagai pemanas badan untuk perhimpunan besar-besaran pada 12 Januari yang dirancang di tapak bersejarah Dataran Merdeka.

Program ini akan diadakan di pelbagai tempat, termasuk di Selatan, Utara, Pantai Timur dan kawasan tengah sebelum perhimpunan utama pada Sabtu depan.

Ketua Pemuda PKR  Shamsul Iskandar Mohd Akin (kanan)  juga memberitahu Malaysiakini, mereka juga sudah membentuk kumpulan sekretariat daripada ketiga-tiga parti dalam Pakatan untuk bertemu dengan pengurusan Stadium Merdeka pada Isnin ini untuk mempercepatkan kelulusan permohonan menggunakan tempat itu.

"Ini selari dengan permintaan Perdana Menteri Najib Razak supaya perhimpunan awam diadakan di stadium dan kami mahu memastikan pihak stadium mengeluarkan kelulusan dan ia mestilah dilakukan dengan telus tanpa sebarang masalah.

"Kami harap pihak stadium akan memberikan kelulusan memandangkan Pakatan sudah mengemukakan permohonan sebelum ini," katanya.

Dilaporkan Pakatan bulan lalu mengemukakan permohonan menggunakan nama sasterawan negara.

Ada Pimpinan Pas Yang Mabuk - TG Haji Hadi

Siapa pemimpin yang mabuk dalam bahtera (PAS)...Oleh kerana tak tahan,Mamat tu terus terjun dari kapal...siapa lagi kalau bukan Si Hassan Jati...dan mabuknya sampai sekarang tak hilang..itu yang meracau  siang malam..

HKR #KL112... IBRAHIM ALI TAK SUDAH-SUDAH NAK MENIPU...

Kalau dah namanya IBRAHIM ALI maka TAK SUDAH-SUDAH lah beliau NAK MENIPU beb... gua rasa lah beliau ni dan KEBANYAKAN yang namanya ISI PERUT UMNO dengan PENIPUAN mungkin KEMBAR kot beb... selagi apa yang boleh DITIPU semua nya nak ditipu... bukan saja setakat SEJARAH NEGARA... PROJEK DAN PERUNTUKAN hendak ditipu... bahkan SEJARAH DIRI pun beliau nak GELENTUNG... kah kah kah... yang PELIK BIN AJAIB nya kalau SEJARAH DIRI yang DALAM KELAMBU beliau NAK TIPU itu mungkin juga dikatakan boleh... sebab nya yang dalam kelambu siapa yang tahu beb... tapi kalau SEJARAH DIRI yang melibatkan RAKYAT mana mungkin boleh ditipu... tambahan lagi MASA dan KETIKA kejadian belum lagi lama atau belum pun sampai SEPENGGAL PARLIMEN... kah kah kah !.

Tapi beb kalau dah KAKI PENIPU mana ISI PERUT UMNO ni PEDULI... ditambah lagi memang punya MUKA TAK MALU TAMPAL KULIT BABI 14 INCI... kah kah kah... gua ada membaca laporan dari FMT yang memetik kata-kata Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASAM) Datuk Ibrahim Ali yang mana  mengatakan bahawa PERKASAM TIDAK BERCADANG TURUN MENGHALANG HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT#KL112 DI STADIUM MERDEKA PADA 12 JANUARI 2012 nanti... yang LAWAK GILA nya beb ialah bila YB AL-KATAKI  ni mengatakan TIDAK SEPERTI BERSIH 1.0... BERSIH 2.0 serta BERSIH 3.0... YANG MANA KALI INI PERKASAM TIDAK AKAN BERTEMBUNG DENGAN PENYOKONG PAKATAN RAKYAT (PR) KERANA ENGGAN MENGERUHKAN LAGI KEADAAN JIKA BERLAKU PROVOKASI... kah kah kah !.
Agak-agak lu orang lah beliau ni MENGIGAU atau BERMIMPI beb... bila masanya PESERTA BERSIH 1.0... 2.0 dan 3.0 pernah BERTEMBUNG dengan PERKASAM dihari KEJADIAN... sedangkan semasa BERSIH 1.0 nama PERKASAM pun BELUM UJUD... dan kalau mengikut CERITA dimasa itu beliau sedang SIBUK BERULANG ALIK KE RUMAH TOK GURU NIK AZIZ bagi MEMINTA dijadikan CALON untuk BERTANDING atas TIKET PAS di PARLIMEN PASIR MAS pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12)... semasa BERSIH 2.0 pulak beliau memang ada MEMBERI AMARAN akan MENURUNKAN AHLI PERKASAM SERAMAI 50 RIBU BAGI MENGHALANG PESERTA BERSIH 2.0... yang KESUDAHAN nya BATANG HIDUNG beliau pun TAK NAMPAK... dan mengikut KHABAR BERITA semasa itu beliau berada DALAM SELIMUT... tapi TAK PASTI apa yang beliau buat DALAM SELIMUT tersebut... kah kah kah !.

Ulama Bangang Dan Ulama Cari Makan..

Kit Siang: Mesyuarat tergempar Parlimen untuk bersih nama Najib

KUALA LUMPUR, 5 JAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dicabar mengadakan mesyuarat tergempar Parlimen bagi membersihkan dirinya daripada semua dakwaan serius yang berlegar di sekelilingnya yang timbul daripada perkembangan sejak dua bulan lalu.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata ini kerana sudah hampir sebulan negara dikejutkan dengan satu demi satu pendedahan mengenai kes pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu membabitkan akuan bersumpah kedua penyiasat persendirian, P Balasubramaniam dan dakwaan serius ahli perniagaan, Deepak Jaikishan terhadap Najib dan keluarganya.
“Sekarang ini yang menjadi tanda tanya rakyat Malaysia sama ada kebenaran mengenai kes pembunuhan misteri Altantuya menggunakan C4 yang didakwa membabitkan Najib dan isterinya, Rosmah Mansor hanya akan terjawab jika berlaku pertukaran kerajaan di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
“Najib sendiri sepatutnya menjawab dakwaan Deepak itu kerana Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini gagal mengotakan janji untuk menjawab semua dakwaan itu terhadap Najib ketika penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO ke-66 lalu,” katanya dalam satu kenyataan sempena perhitungan detik 97 hari PRU-13.

WWW1:TV3 setuju perlu buat rujukan dari Nizar


KUALA LUMPUR:
Timbalan Pengarang Berita Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Mohd Ashraf Abdullah bersetuju bahawa pihaknya perlu membuat rujukan daripada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi memastikan berita yang dilaporkan tidak lari daripada maksud sebenar sesuai dengan prinsip adil dan tepat.

Katanya, pihaknya mengakui tidak membuat rujukan serta tidak mendapatkan kenyataan daripada Nizar (plaintif) tentang kesahihan berita tersebut sebelum menyiarkannya di Buletin Utama.

Bagaimanapun beliau tidak bersetuju bahawa TV3 bersikap tidak adil dan tepat dalam mengeluarkan berita dalam Buletin Utama berhubung isu WWW1 pada 30 mei tahun lalu itu.

Bercakap dalam perbicaraan kes saman itu semalam, Ashraf sebagai defendan bagaimanapun berkata, TV3 menepati prinsip adil dan dalam memaparkan berita tersebut.

PKR Sasar Menang 60 Kerusi Tawan Putrajaya

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
PETALING JAYA, 8 JAN : PKR bersedia untuk menyumbangkan kemenangan 60 kerusi Parlimen bagi menjamin kemenangan bersama Pakatan Rakyat(PR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Keyakinan ini disuarakan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dalam ucaptama ketika merasmikan Simulasi dan Taklimat Pilihan Raya PKR Selangor anjuran bersama Majlis Pimpinan Negeri dan Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri Selangor.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Menurutnya, perkara ini dinyatakan kepada Majlis Pimpinan Pusat berdasarkan penelitian prestasi parti di beberapa Parlimen, khususunya kerusi yang diwakili PKR pada tahun 2008 dan beberapa kerusi tambahan yang bakal ditandingi.
“Daripada simulasi yang kita lakukan, audit berdasarkan keaggotaan parti, gerak kerja dalam tempoh setahun yang lalu, beberapa maklumat daripada NGO, ada beberapa kawasan baru yang kita punya sokongan dan kekuatan yang cukup kuat.
“Setelah kita meneliti keseluruhannya, dalam Majlis Pimpinan Pusat (semalam) kita mengesahkan dan mengenalpasti 60 kawasan yang PKR tandingi InsyaAllah akan kita menangi dalam PRU-13,” katanya ketika ditemui di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Bercakap dihadapan hampir 300 petugas PKR tegas Azmin, PR kini tidak lagi membicarakan soal mahu menjadi pembangkang yang kuat mahupun menafikan majoriti dua pertiga kerusi Parlimen sebaliknya memberikan fokus sepenuhnya kepada usaha menawan Putrajaya.
Dalam PRU-12 tahun 2008, PKR berjaya memenangi 31 kerusi Parlimen daripada 97 kerusi Parlimen yang ditandingi secara keseluruhan.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Gombak ini turut mendakwa, berdasarkan maklumat yang diperoleh, Perdana Menteri yang juga Presiden Umno bakal melantik Ahli Parlimen Rompin Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis selaku ketua ‘perang saraf Umno’ (War Room) bagi mematahkan segala tomahan dan isu dibawa Pakatan Rakyat menjelang PRU-13

Syaitan Dikenali : Memalukan, Ketua Kampung Halau Petugas PR Hulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Di Kuantan

[Foto di atas ialah aksi seorang Ketua Kampung (Tok Empat UMNO) yang menghalau petugas Pakatan Rakyat yang hadir untuk memberikan bantua banjir kepada mangsa di Rancangan Rumah Murah (RRM) Semambu Kuantan baru-baru ini.  Tindakan beliau amatlah memalukan, kerana memberi bantuan banjir sebenarnya tidak terikat kepada mana-mana parti politik. Malah, pemimpin UMNO BN yang turun padang meninjau mangsa banjir selama ini pun dilihat tidak membezakan fahaman politik kepartiaan. Semua mangsa diberi bantuaan seadanya mengikut keperluan masing-masing. Persoalannya, wajarkah ada pihak yang menghalau pihak lain memberikan bantuan hanya kerana berbeza fahaman politik?. Bukankah bantuan itu bagi meringankan bebanan mangsa terbabit. Makanya, kenapa terbawa-bawa politik ketika musibah melanda?. Apa yang berlaku ini jelas sekali memalukan dan tidak wajar. Tambahan pula dikala kerajaan sendiri mengatakan semua rakyat akan didahulukan sekarang ini. Menerima adalah hak kita, sama ada mahu menggunakan bantuan tersebut itu perkara lain. Justeru semoga kejadian seperti ini tidak beraku lagi pada masa akan datang. RRM Semambu terletak di DUN Semambu yang diwakili oleh MCA, manakala parlimennya pula ialah Indera Mahkota yang diwakili oleh PKR. Tidak salah pembangkang hulur bantuan kerana Semambu berada di dalam parlimen mereka].

PDO

Sistem Islam VS Sistem Sekular

Assalamualaikum dan salam blogger,

Pernah tak anda dengar satu sistem keselamatan yang begitu canggih yang dapat menangkap penjahat sebelum dia melakukan kejahatan lagi,bahkan semasa mula-mula niat berputik dalam hati lagi dia sudah dtangkapkalau adapun itu hanyalah khayalan dalam filem.

Tahukah anda itulah sistem islam,bagaimana caranya?
Dalam islam ,kita diasuh supaya tolong menolong dalam perkarakebajikan dan sama-sama mencegah diri dan oranglain dari melakukan kemungkaran/kejahatan.Apa sebenarnya yang menyebabkan semua kejahatan bermaharajalela di dunia hari ini,tak lain ialah hati,apabila hati terpenjara dalam kurungan iman dibantu dengan ilmu .Maka dengan sendirinya orang yang berniat untuk berbuat kejahatan tidak akan meneruskan niat tersebut disebabkan takut pada balasan Allah.


Sehebat manapun undang-undang manusia tak akan dapat menandingi sistem islam yang telah di tetapkan oleh Allah kerana undang-undang manusia hanya akan menagkap penjenayah selepas dia melakukan jenayah tetapi kekuatan iman dan ilmu dalam dada sudah mengikat hati-hati manusia dari melakukan kejahatan.Sebab itulah program-program keagamaan seperti bulan solat,dan pelbagai program keagamaan dan yang terbaru program sambutan tahun baru seperti yang dibuat kerajaan selangor baru-baru ini tidak boleh dipandang rendah,
Anda boleh fikir sendiri manasatu program yang lebih baik untuk mengisi ilmu agama,program bersama ulamak atau program yang melalaikan .
Ada tak kes khalwat dalam program bersama Ulamak?Ada ke kondom dan botol arak selepas program bersama ulamak? tapi kalau program yang satu lagi ,anda boleh tengok sendiri..
wasalam...

Jepun Hanya Bina Terowong, Tidak Terlibat Pembinaan Langat 2

Dr Xavier Jayakumar
SHAH ALAM, 5 JAN : Kerajaan Negeri hari ini menafikan kenyataan Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar berhubung rancangan pembinaan projek Langat 2 yang dikatakan mendapat sokongan Kerajaan Jepun.
Sebaliknya, menurut Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar, Jepun hanya terlibat dengan kerja-kerja pembinaan terowong sepanjang 44 kilometer (km) bagi penyaluran air dari Pahang ke Selangor melalui pinjaman dana sejumlah RM2.4 bilion.
Justeru, adalah tidak wajar bagi Noh untuk mengatakan bahawa Jepun menyokong penuh usaha Kerajaan Pusat membina Loji Rawatan Air Langat 2 itu.
“Kita sarankan Noh Omar agar menyorot kembali ‘sejarah’ 16 tahun kebelakang di mana pada sekitar tahun 1998, projek Langat 2 bukanlah menjadi keutamaan pemimpin Umno-BN pada masa itu.
“Ini kerana, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad lebih cenderung terhadap projek mega seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bernilai RM10.6 bilion, Putrajaya ( RM20.5 bilion), Menara Berkembar Petronas (RM4.8 bilion), Litar Lumba F1(RM286 juta) dan pembelian dua kapal selam Scorpene (RM4.5 bilion).

Pemuda Pas: Tidak ada fatwa berkait Amanat Hadi


Nasrudin Hassan
KUALA LUMPUR – Pemuda Pas mendakwa Majlis Fatwa Kebangsaan dijadikan ‘kambing hitam’ oleh kerajaan untuk membatalkan hasrat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberikan penjelasan mengenai Amanat Haji Hadi yang kembali muncul polemik.

Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, kerajaan menggunakan Majlis Fatwa Kebangsaan dengan mengatakan bahawa badan itu telah memfatwakan Amanat Haji Hadi sebagai pandangan sesat dan bercanggah dengan Islam.

“Satu pembohongan. Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan sebarang fatwa berkait dengan isu amanat ini. Kalau ada tindakan daripada kerajaan menganggap amanat tidak betul, mengapa tidak bertindak sebelum ini.

“Mereka membenarkan perkara ini berlarutan sehingga 30 tahun dan kini ia ditimbulkan semula,” katanya pada sidang media, hari ini.

Beberapa hari lalu, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan memutuskan tidak akan menyiarkan forum yang membincangkan Amanat Haji Hadi menerusi RTM.

Muat turun buku satira pendedahan kes Altantuya – ‘The Black Rose’

KUALA LUMPUR 5 JANUARI: Buku berjudul ‘The Black Rose’ yang mengisahkan perseteruan antara ahli perniagaan, Deepak Jaikishan dengan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor kini boleh dimuat turun di dalam bentuk PDF.
Buku setebal 26 halaman dengan pengarangnya dinama sebagai ‘Spirit of Altantuya’ tidak menyebut mana-mana personaliti individu sebaliknya menggunakan nama samaran tertentu.
Antaranya ialah Kapeed, Bijan, Black Rose, Popiah, Lala, Jim dan beberapa personaliti lain.
Buku itu dikatakan mengisahkan persengketaan Deepak-Najib-Rosmah berhubung beberapa kontroversi termasuk penukaran akuan bersumpah P Balasubramaniam, dalam bentuk satira.
Beberapa dokumen tertentu turut dilampir dalam buku berkenaan.
Sebelum ini, Deepak yang pernah menganggap Rosmah Mansor sebagai ‘kakak’ mahu menghasilkan buku yang mendedahkan penglibatan beliau, Najib Razak dan isteri dalam penukaran akuan bersumpah Bala.
Untuk memuat turun buku berkenaan, klik ini.

Kes rompak, cabul babitkan ‘polis’ bukti jenayah berleluasa – Tian

KUALA LUMPUR 5 JANUARI: Kejadian jenayah di sekitar Sentul melibatkan kes penyamaran polis kian menjadi-jadi menyebabkan ramai rakyat tempatan mahupun pekerja Indonesia menjadi mangsa rompakan dan cabul.
Pada sidang media hari ini, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, penjenayah pula berlagak seakan-akan polis sebenar kerana memiliki perwatakan dan peralatan polis termasuk gari dan walkie talkie.
Beliau mendedahkan kes masing-masing seorang rakyat tempatan dan pekerja Indonesia yang tinggal bersebelahan di di Kondominium Pelangi Indah, Jalan Ipoh di sini yang menjadi mangsa rompkan dan cabul pada 3 Januari lalu.
Menceritakan detik kejadian, pekerja Indonesia, Irene Irmal  44, mengadu dicabul manakala empat telefon bimbit, jam tangan, kamera digital dan wang tunai RM900 dilarikan sekumpulan lima lelaki dan seorang wanita sekitar jam 9 pagi.
“Dalam kejadian itu, seorang lelaki memaksa sayaa tanggalkan seluar, kemudian meraba dada saya,” katanya yang kemudian dibawa ke rumah Tan Sook Kuin yang terletak bersebelahan.
Mengikut Sook Kuin yang berusia 29 tahun, pintu rumahnya diketuk kumpulan ‘polis’  itu atas alasan untuk melakukan pemeriksaan.

HKR: Pemuda PAS kerah 100,000 ahli hadir


KUALA LUMPUR: Pemuda Pakatan Rakyat akan menggerakkan 100,000 anak muda untuk hadir dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari ini.

Ketua Pemuda PAS Malaysia Nasrudin Hassan berkata, sebahagian besar mereka yang akan memenuhi Stadium Merdeka Sabtu ini adalah dari kalangan anak muda.

Katanya, setiap parti akan menggerakan sekurang-kurangnya 30,000 anak muda untuk menyemarakan kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat itu nanti.

"100,000 itu adalah target paling minima, dan kita percaya lebih daripada ini akan bersama-sama dalam himpunan nanti,"katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS.

Pelabur tidak takut dengan janji ahli politik untuk batalkan projek, kata pemerhati


KUALA LUMPUR, 5 Jan — Pelabur akan terus melabur di Malaysia walaupun ahli politik pada tahun lepas berjanji kepada pengundi untuk membatalkan projek yang menyebabkan kemarahan orang ramai disebabkan kebimbangan tentang kesihatan dan keselamatan, menurut pemerhati yang ditanya The Malaysian Insider.
Menuju Pilihan Raya Umum 2013, Barusan Nasional (BN) berjanji akan membatalkan projek kondominium 29 tingkat Dolomite Park Avenue di Batu Caves jika gabungan tersebut memenangi semula Selangor, sementara lawannya Pakatan Rakyat (PR) berjanji akan menutup kilang pemprosesan nadir bumi Lynas Corporation bernilai RM2.5 billion di Kuantan, Pahang.
Ketua PKR Johor Datuk Chua Jui Meng pada September berjanji untuk membatalkan projek RM60 billion projek pembangunan penapisan dan petrokimia Petronas (RAPID) di Pengerang, Johor, tetapi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebulan kemudian dilaporkan berkata PR hanya mahu melambatkan projek tersebut untuk mendapat pandangan orang ramai dan kajian alam sekitar yang terperinci.
Wan Saiful Wan Jan, ketua eksekutif Institut Perhubungan Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) berkata, janji-janji ini tidak baik untuk negara sekiranya ia hanya dilakukan untuk mendapat undi.
“Saya fikir ini menunjukkan ahli politik memberi respon kepada permintaan rakyat. Dalam hal ini memang baik, tetapi apabila ke satu tahap untuk membatalkan projek yang sudah dipersetujui hanya untuk mendapat populariti, ini tidak sihat.”
“Saya fikir ia patut dijadikan sukar untuk kerajaan untuk membatalkan perjanjian mengikut suka hati mereka,” kata Wan lagi.

Bekas ketua hakim: Yakini undang-undang Islam




Umat Islam perlu meyakinkan diri sendiri serta masyarakat bukan Islam di negara ini bahawa undang-undang Islam adalah adil dan saksama, kata bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Beliau berkata sayangnya hari ini umat Islam Malaysia begitu cuai dan alpa sehingga mengabaikan khazanah berharga yang diwarisi daripada para ulama Islam dan cendekiawan ilmu perundangan Islam.

"Kita harus mempelajari undang-undang Islam ini dan berikhtiar serta berjihad, jika perlu, untuk menjadikan undang-undang Islam itu undang-undang kebangsaan di Malaysia," kata Ahmad Fairuz, yang merupakan Ketua Hakim Negara pada 2003 hingga 2007.

Beliau berkata demikian dalam ucaptamanya di Seminar Mendaulatkan Islam Agama Negara (SEMAIAN) anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang dihadiri kira-kira 1,200 peserta di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata beberapa langkah telah pun diambil Jabatan Syariah, Fakulti Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Fakulti Undang-Undang di Universiti Malaya (UM) untuk memartabatkan Islam di negara ini.

Serentak dengan itu juga, beliau berkata Kulliyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa turut ditubuhkan dengan tujuan menyiapkan para penuntutnya untuk menerima dan mengemukakan undang-undang Islam sebagai undang-undang asas bagi umat Islam di negara ini.

Damascus rebels focus on strategic strikes

Sidang media Pemuda PR - Isu Amanat Hadi

Aisyah - Isteri Nabi Yang Kritis - Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Bersugi - Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Masjid Kita Tak Mesra Kanak Kanak - Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin

It Was, Dulunya Macam Tu Lah - Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Pembawang, Perokok dan Pendurian - Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainul ...

Masjid dan Orang Bukan Islam - Prof Madya Dato Dr Mohd Asri Zainul Abidin

PRU13 : Siapa Bakal Ketua Menteri Sabah?


Makin hampir dengan pilihanraya umum, persoalan mengenai siapa yang layak menduduki kerusi nombor satu di negeri Sabah ini kian menarik.

Masing-masing dari Umno dan Pakatan Rakyat difahamkan sudah memuktamadkan senarai calon-calon yang akan menggantikan ketua menteri sekarang, Musa Aman yang dikatakan sudah tidak lagi dikehendaki Kuala Lumpur termasuk perdana menteri, Najib Altantuya.

Beberapa nama besar sudah mula melobi untuk jawatan yang menjanjikan kekayaan segera itu antaranya Naib Presiden Umno, Shafie Apdal, bekas Speaker Dewan Undangan Negeri, Salleh Said Keruak dan veteran Umno negeri, Yahya Hussin.

Dari segi pengalaman, tentulah Yahya nampaknya akan dipilih tetapi pengaruh Shafie yang disokong Kuala Lumpur tidak boleh dipandang ringan.

Walaupun Shafie terpalit dengan skandal membabitkan artis yang kini mendiamkan diri, Zahida Rafik, tetapi sokongan penduduk Semporna terhadapnya masih kuat kerana dipercayai skandal tersebut disenyapkan dari pengetahuan mereka terutamanya yang tidak memperolehi sumber maklumat alternatif.

'Hanya kerana keangkuhan...Syabas tidak hubungi SUK'

Selangor dukacita dengan tindakan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) yang meminta bantuan daripada syarikat bekalan air daripada luar bagi tujuan pembekalan ke kawasan terjejas sebelum ini.

Sedangkan, menurut exconya Dr Xavier Jayakumar, kerajaan negeri dalam pelan bantuannya mengarahkan seluruh pihak berkuasa tempatan (PBT) menyediakan lori tangki masing-masing.

"Apa yang SYABAS perlu lakukan ialah menghubungi Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Datuk Khusrin Munawi untuk mendapatkan bantuan, tetapi disebabkan keangkuhan SYABAS itu tidak berlaku," katanya.

Bernama kelmarin melaporkan, SYABAS menggerakkan 40 lori tangki air dan menyediakan 174 tangki air statik ke kawasan terjejas akibat kerosakan di dua rumah pam, yang menjadi punca krisis air di ibu negara sebelum ini.

Yatt Hamzah: Jangan takut berhijrah



Pelakon, Yatt Hamzah TAHUN 2012 menyaksikan penghijrahan sebilangan besar selebriti tanah air. Baik pelakon, penyanyi, pengarah atau pengacara. Ramai yang sudah melalui proses hijrah dan yang lebih ketara apabila artis wanita yang dahulunya tidak bertudung kini sudah menutup aurat.

Dalam pertemuan bersama Sinar Harian Online, pelakon Haryati Hamzah atau yang dikenali dengan panggilan Yatt Hamzah, yang sudah berhijrah sejak lapan bulan lalu, menceritakan pengalaman beliau.

SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana Yatt melihat situasi penghijrahan artis dan selebriti masa kini?

YATT HAMZAH: Soal penghijrahan itu, kalau kita lihat yang paling ketara ialah perempuan. Kembali ke pangkal jalan itu maknanya dia menutup aurat. Kalau dulu mungkin tidak bertudung, sekarang pakai tudung, yang pakai seksi, mungkin sekarang kurang seksi. Kalau lelaki tidak berapa nampak.

Kalau nampak pun mungkin jika dia pakai kopiah sepanjang masa. Apa yang penting, penghijrahan itu datang daripada hati, hijrah itu biar dari dalam. Ruang hati yang paling dalam, di mana ALLAH beri hidayah kepada kita untuk bangkit daripada kealpaan. Bagi orang seni, kita masih meneruskan perjuangan dalam bidang seni tetapi selepas berhijrah itu, pengisiannya berbeza. Lebih kepada islamik, cara hidup berubah tidak macam dulu lagi. Saya rasa yang paling penting jangan melampaui batas. Maksudnya kalau dah berubah itu tidak perlulah menghebohkan kepada semua. Kalau orang tanya tidak mengapa.  Kalau kita yang beria-ia, tetapi kalau awal-awal lagi berubah bukan kerana ALLAH kerana sebab-sebab lain, itu dah salah.

Semua bergantung pada niat. Tetapi orang macam itu, kita doakan supaya akhirnya nanti niatnya betul kerana ALLAH. Bagi saya, ini merupakan satu bukti ataupun petunjuk yang Islam sedang menang di dunia dan Insya-ALLAH di akhirat. Insan-insan seni inilah bukti ataupun orang kata ejen untuk menyebarkan Islam.

Bagi saya apa yang bagus, insan-insan seni, artis atau selebriti yang berhijrah ini sebab kami semua mempunyai pengikut yang sangat ramai. Itu adalah peluang bagus yang artis patut rebut. Bila kita sudah ada peminat yang ramai, kita perlu rebut untuk kita berdakwah walaupun kita tidak sedar sebenarnya kita sedang berdakwah. Walaupun hanya senyum, senyum itu satu dakwah. Kita tidak tahu sebab itu kita kena sama-sama menuntut ilmu. Jadi, bila ilmu itu ada di dada, kita tahu apa yang kita buat dan lebih menghargai masyarakat dan agama, Insya-ALLAH.

SINAR HARIAN ONLINE: Selepas berhijrah tidak boleh berfesyen. Apa komen Yatt?

Pakatan: Kenyataan RoS tak benar


Saifuddin Nasution Ismail PETALING JAYA - Pakatan Rakyat menyifatkan kenyataan Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (RoS), Datuk Abdul Rahman Othman berhubung permohonan baru untuk mendaftar gabungan tiga parti sebagai satu pembohongan.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya sudah membuat permohonan

baru selepas permohonan asal ditolak kerana Pengerusi Penaja ketika itu, Datuk Zaid Ibrahim telah keluar PKR.

"Kami sudah kemukakan permohonan baru dan mempunyai rekod termasuk salinan surat, serta butiran mengenai pegawai RoS yang terlibat ketika permohonan kedua dibuat.

"Jadi, kenyataan beliau (Abdul Rahman) mengenai tidak menerima permohonan PR itu adalah bohong,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

2013 lookahead: Iranians to vote in presedential election

Campaigner Malala well enough to leave hospital

Friend of rape victim describes attack in India

IF PR WINS, the truth about Altantuya, Bala's 2nd SD and Deepak's allegations will be made KNOWN

IF PR WINS, the truth about Altantuya, Bala's 2nd SD and Deepak's allegations will be made KNOWNFor over a month, the country had been convulsed by a series of exposes revolving around the murder of Mongolian Altantuya Shaariibuu relating to the second Statutory Declaration of Private Investigator P. Balasubramaniam and very serious allegations against the Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and his family by carpet businessman Deepak Jaikiishan.
The question many Malaysians are asking is whether the truth about the C4 murder of Altantuya Shaariibuu, the mystery surrounding Balasubramaniam’s second Statutory Declaration and the very serious allegations by Deepak against Najib and his family would only be known if there is a change of government in Putrajaya in the 13th general elections.
Although the Defence Minister Datuk Seri Zahid Hamidi had said that he would respond to Deepak’s allegations against Najib at the winding-up of the  66th UMNO General Assembly, he conspicuously failed to do so, although it was not Zahid but Najib himself who should be responding to Deepak’s allegations.

Amanat Hadi: Pas tolak idea muzakarah tertutup


SHAH ALAM - Pas menolak cadangan agar diadakan muzakarah secara tertutup, seperti yang diutarakan oleh seorang penonton satu program siaran langsung RTM malam tadi, sambil menyifatkannya sebagai tidak adil kepada Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, media arus perdana setiap hari memaparkan kritikan dan kutukan terhadap Hadi secara terbuka dan boleh ditonton oleh semua rakyat Malaysia.

Menurutnya, cadangan yang diberikan untuk mengadakan sesi muzakarah secara tertutup itu tidak adil kepada Hadi.

Beliau juga berkata, Pas tidak bersetuju bukan kerana takut atau untuk lari daripada isu tersebut, tetapi cadangan itu dilihat tidak adil.

"Bukan kita tidak setuju buat secara tertutup, tetapi masalahnya media arus perdana menghentam dan mengkritik Hadi secara terbuka.

"Tetapi bila dekat Hadi, nak buat secara tertutup, ini tak adil.

"Sekarang ini pun semakin melampau kritikan dibuat terhadap Hadi, kita tak setuju bukan sebab kita nak lari dari isu, (atau) sebab kita takut, tapi cadangan itu tak adil," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Umno-BN Tidak Pernah Belajar Daripada Kesilapan Seleweng Wang Rakyat

Nurul Izzah-SAMM2
SEKINCHAN, 5 JAN : Pemimpin Umno- BN tidak pernah belajar daripada skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) apabila dengan terus menerus terpalit dengan pelbagai skandal penyelewengan wang rakyat
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, kes terbaru yang membabitkan Ketua Wanita Umno Selangor, Senator Raja Ropiah berhubung pendedahan saudagar karpet Deepak Jaikishan adalah bukti pimpinan Umno-BN perlu ditolak dalam pilihan raya nanti.
Sebelum ini didedahkan bahawa Raja Ropiah membeli tanah itu dengan harga RM7 sekaki tetapi mendapat keuntungan atas angin apabila menjualnya kepada syarikat lain dengan harga RM16 kaki persegi.

Tanah itu digazetkan untuk pembinaan kem tentera terletak di Mukim Bukit Raja didakwa dijual secara komersil dan tidak dibangunkan dengan objektif asalnya.
“Dalam banyak-banyak syarikat yang bagus di Malaysia tetapi projek itu diberikan kepada syarikat Raja Ropiah yang luasnya lebih 200 ekar.

Najib dah tak ada modal hanya pandai takutkan orang Melayu dan askar Melayu

Ayat biasa yang keluar daripada mulut pemimpin Umno ialah Umno tumbang Melayu merempat.Dalam masa yang sama puak ni pulun habis-habisan rembat tanah dan projek.Melayu di kampung-kampung dan bandar yang tak celik hanya dapat dua tiga puluh RM upah baling batu,buat honar dan kacau ceramah parti lawan.Lebih pada tu tak ada apa.

Mari kita baca apa kata PM Najib sebagai pesanan terakhir Najib kepada askar Melayu dan yang dah pencen.Ada macam cuba menakut-nakutkan askar Melayu walaupun diri sendiri takut jawab isu yang kini hangat diperkatakan iaitu pendedahan Deepak kes pembunuhan Altantuya dan kes projek RM100 juta Pusat Pengajian Pertahanan Nasional
(Puspahanas) yang diberikan kepada syarikat Ketua Wanita Umno Selangor dan syarikat buat berus gigi seperti yang didakwa Rafizi Ramli Pengarah strategik PKR.

Berucap ketika merasmikan persidangan perwakilan PBTM ke-87 dan Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Najib berkata 
"Siapa boleh jamin masa depan kita, siapa boleh menjamin kelangsungan Rejimen Askar Melayu Diraja tanpa kerajaan yang ada hari ini, tepuk dada tanya selera.
"... Dan inilah sebenarnya mengapa kita berjuang, mengapa kita meletakkan 'nyawa kita dihujung tanduk' sebagai para perajurit yang telah berjuang selama ini, sebab itulah negara terhutang budi pada anda semua," katanya.Baca di sini.


Rakyat bukan nak dengar Najib takut-takutkan orang Melayu dan askar pencen rakyat nak dengar penjelasan Najib kes yang dibongkar Deepak dan skandal Puspahanas.Pandai ya takut-takutkan rakyat.Jangan nak corner-corner!

VIDEO menghina NAJIB dan Rosmah...kah..kah..!!!

Melayu pertahan Melayu.. kahkahkah

Para macai telah membuat laporan polis kerana penyebaran video ini, menurut para pencacai video ini menghina Najib dan Rosmah.

Sebelum video ini di tarik balik sila tonton puas puas. dan ketawa lah sepuasnya sebelum ketawa di aktakan haram oleh kerajaan zalim.. kahkahkah


Biarkan para macai nak buat seberapa banyak report polis sekali pun. gua tengok video ini tak menghina Najib Rsamah pun, malah memuja muji lagi Najib Rosmah.. kahkahkah
Macai.. Macai.. selamanya Macai... kahkahkah

Bagaimana video di bawah? video ini menghina Najib dan Rosmah malah mengaitkan kasus pembunuhan Altantunya dan menceritakan tabiat Rosmah berbelanja barang kemas?

kahkahkah

Share beb video ini.. ini video memuja muji rosmah najib, sebabtu para macai tak buat laporan polis.. kahkahkah

Koleksi Amanat Pemimpin Umno

Lapangan Terbang Sultan Muhammad Di Kelantan Bergegar!

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/47603_10200231992024797_1201910992_n.jpg

Demo bantahan Umno Pengkalan Chepa ke atas Ketua Bahagiannya, Dato' Dali Husin, di lapangan terbang Sultan Ismail Petra, pagi tadi. 

http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/406762_10200232148348705_2050694741_n.jpg

Ada yg bertanya, betul ke ahli Umno yg dtg berdemo. Sebagai bukti, ini adalah bekas SU Umno bahagian Pengkalan Chepa yg juga Ketua Umno cawangan Lapang Terbang, bercakap kpd pemberita selepas demo berkenaan.

PENTING!!! Panduan bagi peserta HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT #KL112

TOLONG SEBARKAN dan BUAT PERSEDIAAN PERLU dengan KAWAN-KAWAN.
HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT #KL112, 2 petang di STADIUM MERDEKA, KUALA LUMPUR ataupun di JALAN RAYA KUALA LUMPUR

KUASA RAKYAT
Tuntutan HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT #KL112 daripada:
1. BERSIH
2. Anti LYNAS
3. ANAK
4. ROYALTI

5. Bersama NGO-NGO yang lain
Jawatankuasa Pakat-Pakat Kalih :Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak KERAJAAN MALAYSIA untuk UNDUR.
Oleh itu bagi melancarkan HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT #KL112 ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.

*Perkara yang perlu anda bawa/sediakan *
1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
2. Duit-maksimum RM100 sahaja.
3. Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning, Oren, Merah dan Hijau. Sebaiknya ada logo
4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut bertutup.
5. Aksesori kempen-Button, kopiah, arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Berkaitan HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT SAHAJA boleh digunakan.
6. Bendera Malaysia, Bendera negeri masing-masing & Bendera NGO yang menyokong HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT #KL112 
7. Air Mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
8. Sedikit Garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
9. Kain Tuala Kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
10. Digalakkan memakai Penutup Mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
11. Jika anda mempunyai Asma atau Alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email sammbukitmertajam@gmail.com
*Perkara yang tidak dibenarkan*

TG Nik Aziz seru rakyat sertai Himpunan 12 Jan


KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru seluruh rakyat negara ini sama ada penyokong Pakatan Rakyat atau kerajaan turun ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di stadium Merdeka pada 12 Januari ini.

Menurutnya, perhimpunan itu amat perlu bagi menyatakan bantahan terhadap ‘penderaan’ dan kezaliman yang telah dilakukan oleh kerajaan pada rakyat di negara ini.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily di rumahnya sebentar tadi bagi mengulas program himpunan besar-besaran pertama tahun ini dan terakhir sebelum pilihan raya umum.

Pada masa yang sama beliau menyeru semua pihak turun untuk menjayakan himpunan itu walaupun dengan berkerusi roda demi untuk menyatakan bantahan terhadap pemerintah yang zalim.

Katanya, mudahan dengannya juga dapat membuktikan Islam itu kuat.