Khamis, 3 Januari 2013

Kanang Anak Langkau Dalam Kenangan

Ambang 2013 : Konvoi ARC dan Kempen Anti Zina

Wajib Tonton : Anwar Ibrahim Pemimpin Berjiwa Rakyat

PKR pledges RM100m commodity fund

Anwar said the fund will act as a social net scheme meant to help families, especially settlers from the Federal Land Development Scheme. – File pic
PETALING JAYA, Jan 3 – In yet another charm offensive to tilt the outcome of Election 2013, PKR today promised to provide RM100 million for a “commodity fund” to help Felda settlers cope with dropping commodity prices should the opposition helm federal power. Party de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim said the fund will act as a social net scheme meant to help families, especially settlers from the Federal Land Development Scheme who he claimed the government had failed to protect.
Crude palm oil price had fallen by 23 per cent over the last year or at RM2,477 per metric tonne which is sharply lower than last year’s price of RM3,225 per metric tonne.
Crude palm oil futures price is also projected to be gloomy at RM2,666 per metric tonne for January 2014.
Rubber prices have also fallen. The offer price of SMR CV grade hardened rubber for the first week of January 2013 is RM9.61 per kilogramme, compared to RM10.87 per kilogramme price for the same period a year ago, a 12 per cent plunge.
Anwar said this affected the 112,000 families of Felda settlers which translates up to one million Malaysians while families tied to rubber production as of 2009 are 400,598, which can total up to two million Malaysians.

DS Anwar Kutuk Penghinaan Terbaru Terhadap Nabi Muhammad

http://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/27273_10151198211046840_734256303_n.jpg

Saya mengecam sekeras-kerasnya penghinaan terbaru terhadap Nabi Muhammad dengan melakar kisah kehidupannya dalam sebuah majalah satira yang diterbitkan di Perancis baru-baru ini. Karya tersebut, yang bertujuan untuk menimbulkan provokasi umat Islam serta cuba untuk membangkitkan kekacauan sewajarnya ditarik semula dan dikutuk sekeras-kerasnya oleh pemimpin-pemimpin dunia.

Allah SWT melarang sama sekali menggambarkan Nabi Muhammad SAW dalam apa jua cara, melainkan seperti yang telah digambarkan dalam Al Quran. Sewajarnya diletakkan suatu batas yang membedakan di antara penghinaan dan penyelewengan agama dengan kebebasan bersuara dan hak untuk berkarya.

Perancis perlu bertanggungjawab dengan bertindak terhadap mereka yang sengaja mencetuskan provokasi ini dengan kadar segera. Hak kebebasan berkarya bukan alasan untuk disalahguna oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.

Amanat Haji Mahathir Vs Amanat Haji Hadi


Bertam: Ahmad Said Takut pada Najib Razak.

Isu lambangan telaga minyak Bertam menjadi duri dalam daging menteri besar Terengganu Dato Sri Ahmad Said. Bacaan apa bentuk sekali diatas dunia, lempangan telaga Bertam adalah milik mutlak Negeri Terengganu.

Sepatutnya Ahmad Said dan kerajaan Negeri Terengganu termasuk ketuasetiausaha kerajaan meminta penjelesan dari perdana menteri Malaysia Datuk Najib Razak mengapa dan kenapa lampangan telaga minyak Bertam diberi kepada kerajaan Negeri Pahang.

Kedua, Ahmad Said  wajib menghantar rombongan berjumpa dan berbincang dengan pehak Petronas apa yang sebenar berlaku pemindahan Bertam kepada kerajaan Negeri Pahang. Siapa yang mengarahkannya.
Ahmad Said hanya sekadar membuat kenyataan dalam dewan Negeri Terengganu, Telaga minyak Bertam adalah dalam jajaran negeri Terengganu. Itu sahaja jawapan Ahmad Said  apabila ditanya oleh wakil rakyat PAS .
Sehingga kini tiada tindakkan susulan yang diambil oleh pentadbiran kerajaan Negeri. Dimana tugas penasihat undang undang kerajaan Terengganu?. Adakah penasihat undang undang kerajaan Terengganu dan Dato' SUK takut untuk bersuara dalam isu Bertam.?.
Nampak jelas Dato" SUK dan penasihat undang undang kerjaan Terengganu juga menjadi bisu dan tidak cerdik memberi nasihat dan pandangan kepada Ahmad Said. 

Latest Syrian death toll "truly shocking", says UN

Apakah Staretgi PAS di Pasir Mas?



Poster Ibrahim semasa p raya kecil.
Salah satu kawasan atau kerusi yang akan menjadi perhatian dalam pilihan raya akan datang ialah kerusi Parlimen P 22 Pasir Mas. Bukan saja orang Kelantan tetapi orang luar hatta rakyat Malaysia yang berada di luar negara juga sedang memberi perhatian kepada perkembangan politik di Pasir Mas. Kenapa?

Faktor utama,  kerana kerusi itu yang kini disandang oleh Inchek Ibrahim bin Ali yang dikatakan akan terus mempertahankan kerusi berkenaan. Kepastian itu sudah pasti kerana sebagai ahli politik dia akan pertahankan kerusi itu walaupun apa keadaan sekali pun.

Kalau orang yang sakit dan sudah berdekad menjadi wakil rakyat masih ingin pertahankan kerusi dengan alasan-alasan tersendiri, maka tidak salah baginya juga berbuat hal yang sama. Lagi pun Ibrahim tidak ada kompilasi kesihatan untuk dijadikan alasan.

Kalau orang lain menjadikan sokongan akar umbi dan parti untuk terus bertanding, Ibrahim juga boleh menggunakan alasan sama. Rakyat di Pasir Mas masih memerlukan khidmatnya. Apa lagi perjuangan Ibrahim dalam soal Melayu konsisten walaupun ia bersikap radikal dan ultra.

Dr M: 5 years of PR rule is dangerous, BN will have NO CHANCE TO RETURN TO POWER

In his campaign to become President of the US Barack Obama promised change, “time for change”, he said.
He promised to close down Guantanamo Detention Camp.
He promised to stop trials of detainees by Military Courts.
He promised to pull out from Iraq and Afghanistan.
And many more.
Now, four years into his first term he has failed to keep his promises.
Dr M: 5 years of PR rule is dangerous, BN will have NO CHANCE TO RETURN TO POWERGuantanamo is still holding so-called terrorists; still torturing them. No military courts but no trials by civilian courts either.
Instead of pulling out from Iraq and Afghanistan he approved a “surge” in the troops sent to this area. Later he pulled out some troops but American soldiers are still in the two countries.
Making promises during campaigns for elections is easy. Keeping them is a different matter. The best hope is that people’s memory is short. They would normally forget the promises.
Now the opposition in Malaysia have copied Obama and is promising change.
Give them a chance they say. The BN has ruled this country for 55 years. It is time to change. They will change this into a welfare state. Everything will be free. No fees for education. No tolls. Large subsidy for petrol. 20% royalty to oil producing states etc.
PR will turn Malaysia into a 'welfare state'
The Socialist and Communist have tried this welfare state idea. They failed. Malaysia has no ideology. But the reality is that all Governments need money in order to develop the country and to subsidise living cost for the people. But when Government foregoes taxes, tolls and fees, it will have less money. But it will still have to spend money on running and maintaining utilities, expressways, schools, hospitals, operational and development cost, pension, subsidies, etc.
So where does the Government get necessary funds.

Gangguan Bekalan Air : Syabas Gagal Baiki Pam Rosak Lebih Setahun

syabas-AIR1
SHAH ALAM 3 Jan : Tindakan Syarikat Bekalan Air Selangor  (Syabas) menunding jari kepada Kerajaan Selangor bagi menutup kegagalan syarikat itu membekalkan air kepada pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur amat tidak bertanggungjawab.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, SYABAS patut menyelenggara semua aset pengagihan air seperti yang termaktub dalam Perjanjian Konsesi yang ditandatangani di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Selangor dan syarikat itu.
“Sejak 1 Januari 2005, semua aset dan fasiliti pengagihan air milik Kerajaan Selangor diserahkan untuk dikendalikan sepenuhnya oleh SYABAS termasuklan Rumah Pam Wangsa Maju.

LTAT: Pengambilan Astacanggih adalah tindakan korporat Boustead

KUALA LUMPUR, 3 Jan – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) berpendapat pembelian 80 peratus syarikat Astacanggih Sdn Bhd dan tanah di Bukit Raja merupakan tindakan korporat Boustead Holdings Bhd (Boustead) yang berasaskan pertimbangan komersil.    
Pengerusinya Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor, dalam kenyataan akhbar hari ini berkata tindakan tersebut adalah untuk menambah bank tanah Boustead dan memberi keuntungan kepada Boustead dalam jangka masa panjang.
Mohd Anwar berkata LTAT tidak terlibat dalam pembelian saham berkenaan walaupun LTAT memegang 60 peratus saham Boustead.       
“Boustead telah menggunakan keuntungan daripada projek pembangunan hartanahnya untuk membiayai pembelian saham 80 peratus Astacanggih.
“Astacanggih pada masa ini tidak mempunyai sebarang pinjaman bank, akan membuat pinjaman untuk membiayai pembelian dan menjalankan kerja-kerja pembangunan tanah di Bukit Raja,” katanya.
LTAT, kata Mohd Anwar, akan memantau rapi semua pelaburannya, termasuk pelaburan dalam Boustead untuk memastikan pelaburannya memberi keuntungan yang sebaik-baiknya untuk pencarum LTAT iaitu anggota ATM.

Tak peduli sentimen, rakyat Sabah & Sarawak tolak penyelewengan BN

KUALA  LUMPUR 3 JAN: Majoriti Rakyat Sabah dan Sarawak lebih mengambil berat isu urus tadbir dan menghapus penyelewengan, jauh mengatasi sentimen anti-Semenanjung yang cuba dimainkan sesetengah pihak.
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beberapa kali mengunjungi kedua-dua negeri itu, mendapati sentimen yang cuba dibangkitkan itu tidak mendapat sambutan penduduk tempatan.
“Mereka lebih ambil berat soal melindungi kepentingan negeri, keadilan kepada rakyat dan hapuskan rasuah dan salah guna kuasa,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN, pagi tadi.
Anwar berkata, penyelewengan boleh dilakukan  pemimpin dan parti politik tanpa mengira sama ada mereka berasal dari Semenanjung mahupun pemimpin tempatan, yakni Sabah dan Sarawak.
“Lagi pun, pemimpin yang rasuah di Sabah dan Sarawak pada masa ini adalah orang Sabah dan Sarawak sendiri, dari parti politik tempatan. Isu utama ialah urus tadbir, ketelusan. Sama ada kerajaan dapat menunaikan janjinya serta memastikan tadbir urus yang baik,” katanya.
Mengulas isu berkaitan, beliau meminta Parti Progresif Sabah (SAPP) menurunkan permintaan kerusi untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 supaya rundingan diselesaikan dengan cepat.
Pakatan Rakyat sebelum ini mengadakan siri rundingan dengan parti yang diketuai bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yong Teck Lee itu demi mengelakkan pertembungan tiga penjuru.

Isu tanah: Propaganda murahan tajaan Umno

KOTA BHARU: Temuilah sesiapa sahaja yang bersedia memburukkan kerajaan negeri dan PAS, pastinya ada peluang untuk disiarkan di muka hadapan akhbar.

Kalau sebelum ini pemimpin NGO Umno yang sering dimuatkan dalam akhbar Umno, namun sekarang tidak kira siapa lagi, boleh muat janjinya menghodohkan kerajaan negeri.

Inilah kaedah yang diulang-ulang bagi memastikan propaganda murahan setiap kali menjelang pilihan raya mampu membantu Umno Kelantan.

Sedangkan isu pembangunan tanah bagi projek ladang hutan di Gua Musang sudah dijelaskan berkali-kali tiada kaitan dengan jawatan Menteri Besar Perak ketika Pakatan Rakyat menang pada Mac 2008.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, nampak sangat pemimpin Umno ketandusan isu sehingga mengulang-ulang perkara sama tanpa fakta.

“Sepatutnya tidak berbangkit lagi isu tanah yang cuba dikaitkan dengan pemimpin DAP Perak kerana penjelasan panjang lebar sudah diberi.

“Tanah itu dimajukan kerajaan negeri dengan kerjasama syarikat swasta di Gua Musang pada 2005. Anehnya mengapa pula cuba dikaitkan dengan tawaran jawatan Menteri Besar di Perak pada Mac 2008.

“Tidak sukar bagi memahami isu terbabit kalau diteliti kronologi yang berlaku. Lagi pun dua pemimpin DAP yang cuba dikaitkan Umno hanya membeli saham syarikat terbabit tahun lepas,” katanya di sini.

Akhbar Umno sebelum ini mendakwa tanah tersebut diberi kepada pemimpin DAP Perak sebagai habuan setelah mereka menyerah kerusi Menteri Besar Perak kepada PAS selepas pilihanraya umum 2008.

Lagi pun projek ladang tersebut mendapat sokongan dua kementerian iaitu Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi menghantar surat kelulusan kepada Upayapadu Plantation Sdn Bhd pada 12 Oktober 2005.

Surat itu ditandatangani menteri terbabit Datuk Peter Chin Fah Kui.

Pihak berkuasa mesti siasat serahan bukti dokumen Deepak kepada orang ketiga

Saya sedia maklum reaksi Deepak Jaikishan mengenai dokumen-dokumen yang membabitkan syarikat-syarikat beliau yang kini didedahkan kepada umum.

Saya ingin mengesahkan beberapa perkara:

1. Saudara Deepak memang menyerahkan sendiri dokumen-dokumen itu kepada individu tertentu yang dihubunginya sebelum ini dengan harapan ia akan dibawa oleh pimpinan KEADILAN;

2. Beliau sebelum ini mendakwa dokumen-dokumen itu adalah bukti yang beliau ada mengenai salahlaku dan rasuah membabitkan Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor;

"Aku Tak Halalkan Duit Pampasan Itu" - Mangsa Buruh Paksa Jepun

"Saya tak halalkan duit pampasan tu "kata Pak Hashim Yaakob,mangsa buruh paksa Jepun beumur 112 tahun yang ditemui sekretariat "jejak".

SSekretariat "Jejak" buruh paksa landasan maut akan pergi ke kedutaan Jepun untuk mendapat maklumat dan penjelasan kenapa wang RM207 bilion tidak sampai ke tangan mangsa buruh paksa,landasan keretapi maut. Sedangkan negara sperti Indonesia dan Vietnam sudah membayarnya.

Menurut DS Nizar pada 13 Disember 2004, Bank Negara mengeluarkan banker's cek bernilai RM107 bilion dan RM100 bilion lagi diperuntukkan dalam bentuk syer Maybank yang didaftarkan pada 13 Disember 2004.

Ini bermakna, wang RM207 bilion yang sepatutnya diberikan kepada 30,000 mangsa buruh paksa ini telah diterima kerajaan sebelum tarikh 13 Disember 2004 lagi, iaitu kira-kira 10 tahun lalu.

30,000 rakyat Malaysia yang terlibat dalam pembinaan landasan itu. Sejumlah 60% daripada mereka itu adalah orang Melayu, 20% orang India, dan 15% orang Cina. Selebihnya 5% itu adalah kaum lain”.


LAPORAN SEBELUM INI

Eh Najib, #BubarParlimen Sekarang!

Oleh Izmil Amri

PERDANA Menteri, Najib Razak tidak perlu menunggu hingga ke akhir hayat mandat PRU-12 untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Kalau Najib Razak ini Perdana Menteri yang mendengar rintihan rakyat jelata; beliau pastinya sedar dan tahu bahawa rakyat sudah tidak sabar lagi mahu mengundi pada PRU-13. Penantian yang sedemikian lama ini sememangnya suatu penyeksaan yang amat berat untuk ditanggung.
Saya pasti ramai antara kita yang tertangguh banyak urusan kerana menanti berlangsungnya pilihan raya. Saya sendiri sudah muak menanti. Selagi belum pilihan raya, adalah amat rumit untuk saya menyusun jadual keluar berkencan dengan kekasih dan merancang hari bahagia kami. Itu pun dengan syarat, kekasih hati perlu dicari dulu.
Tapi tak apa. Cinta dan segala yang terkait dengan kehidupan peribadi boleh duduk di nombor corot. Yang penting mesti langsai dulu PRU-13 ini. Kemudian kita boleh cerita soal nikah kahwin.

Nasib Tun M dan Najib selepas PRU13...

Pilihan Raya Umum ke-13 terpaksa diadakan kerana tuntutan perlembagaan negara. Kerajaan tahu keputusan PRU-13 tidak berpihak kepada BN tapi terpaksa diadakan juga.
Bagi mengatasi supaya tidak terlepas kuasa selepas pilihan raya umum nanti, pihak BN akan berbuat berbagai-bagai cara.
Terutamanya, menawarkan wang kepada rakyat. Terbaru, pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kewangan ll iaitu pengagihan wang BR1M 2.0 akan mula dibagi bulan Februari 2013. Jelas nampak pemberian RM500.00 itu akan diminta tukar dengan undi. Wang menjadi senjata terakhir bagi BN mendapat undi daripada rakyat.

Ukuran kematangan rakyat Malaysia boleh dinilai selepas pilihan raya umum, apakah rakyat membentuk kerajaan kerana wang atau atas kesedaran mahu melihat sebuah kerajaan yang benar-benar adil dan bebas daripada gejala rasuah. Apakah golongan muda sudah pintar secukupnya.

Tanda-tanda awal boleh dilihat, wang bukan segala-galanya. Lihat apa yang berlaku kepada pemandu-pemandu teksi. Mereka melahirkan kekecewaan terhadap kerajaan kerana mereka minta untuk memiliki permit sendiri tapi tayar 2 biji diberi. Mereka tidak berpuas hati dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan maka mereka turut berkempen kepada penumpang supaya jatuhkan kerajaan BN pada PRU-13 nanti.

Para guru pula melahirkan perasaan kurang senang kerana setiap kali kehadiran pemimpin UMNO, mereka dipaksa keluar untuk memberi sambutan dan menghadirkan diri sebagai peserta sedangkan majlis yang dipaksa guru-guru hadir itu bukanlah program Kementerian Pelajaran tapi program parti UMNO dan BN. Tentunya guru-guru bersungut kepada ibu bapa dan sekali gus melahirkan kekesalan. Suara guru boleh mempengaruhi ibu bapa supaya tidak mengundi BN.

Status Pakatan: RoS ambil sikap diam diri


 Datuk Saifuddin Nasution Ismail PETALING JAYA - Meskipun tempoh yang ada sebelum Dewan Rakyat dibubarkan sudah begitu hampir, Pakatan Rakyat (PR) yang sudah pun membuat permohonan mendaftarkan gabungan itu sebagai sebuah entiti yang sah masih belum mendapat sebarang maklum balas daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, sehingga ke saat ini, usaha permohonan gabungan itu belum menampakkan hasil.

"Kita sudah masukkan pendaftaran baru di mana Jawatankuasa Penaja Pakatan Rakyat dipengerusikan Datuk Kamarudin Jaffar.

"(Tetapi) sampai saat ini, kita tidak pernah mendengar apa-apa jawapan balas," ujar beliau pada sidang mingguan PKR, di sini, hari ini.

Meskipun begitu, katanya, Pakatan tidak akan mengambil langkah untuk menekan RoS dalam hal ini meskipun wujud kes-kes tertentu di mana begitu mudah sesebuah pertubuhan itu diluluskan pendaftarannya.

"Pakatan Rakyat tidak akan ambil tindakan untuk menekan.

Isu tanah di K'tan, DAP mahu saman blogger, Berita Harian

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham telah memulakan tindakan undang-undang terhadap seorang blogger pro-BN dan sebuah akhbar harian berbahasa Melayu yang didakwanya telah melaporkan berita palsu terhadapnya dan rakan separtinya, Nga Kor Ming.

NONEBerita tersebut didakwa berkaitan dengan kontroversi baru-baru ini yang melibatkan beliau dan Nga yang berkaitan dengan satu isu tanah di Kelantan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Ngeh (kiri) berkata bahawa tindakan undang-undang telah dimulakan terhadap blogger pisau.net, Mohd Jeffrey Amin Abdul Hamid dan Berita Harian kerana didakwa memfitnah beliau dan Nga.

Ngeh menyaman Mohd Jeffrey kerana posting di blognya yang bertajuk "Hot! Tanah 10,526 Ekar Sebagai Syarat Nizar Jadi Menteri Besar Perak Adalah Benar" pada 17 Disember.

Mahkamah keluar sapina ke atas Zahid Hamidi


KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah mengeluarkan sapina kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) agar datang ke mahkamah 6 Januari ini.

Sapina itu dikeluarkan oleh mahkamah atas permohonan Datuk Husam Musa yang menyaman blogger Papa Gomo.

"Mahkamah telah meluluskan permohonan saya untuk sapina Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi. Ini kerana, Ahmad Zahid kenal siapa Papa Gomo ini apabila beliau membenarkan blogger ini memasuki kapal selam Scorpean sebelum ini," kata Husam kepada Harakahdaily.

Husam menyaman Papa Gomo ekoran satu laporan fitnah yang dibuat blogger Umno itu melalui blognya.

Writ saman tersebut difailkan Husam melalui peguam Hisham Fauzi baru-baru ini dengan menuntut gantirugi sebanyak RM10 juta, memohon maaf secara bertulis, gantirugi teladan, gantirugi melampau dan gantirugi punitif.

Selain itu injunksi menghalang defendan atau ejen atau pembantu berkomunikasi, memberi komen, mengulangi penerbitan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif.

Rais bohong


KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim didesak memohon maaf kepada Presiden PAS kerana didakwa berbohong mengenai fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung 'Amanat Hadi'.

Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Nasrudin Hassan berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan sebarang fatwa berkait amanat tersebut.

Sebaliknya hanya Majlis Fatwa Negeri Melaka yang berbuat demikian.

"Kita desak Rais tarik balik dan mohon maaf kepada Ustaz Hadi," kata beliau dalam satu kenyataan.

Kementerian Penerangan, komunikasi dan Kebudayaan hari ini membatalkan rancangan untuk menyiarkan penjelasan Ustaz Hadi berhubung isu ini.

Menterinya Datuk Seri Rais Yatim berkata penyiaran amanat Hadi itu akan bercanggah dengan satu fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 24 Julai 2002.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub tidak menolak kemungkinan Umno akan menggunakan institusi agama serta mufti bagi menghalang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang muncul di televisyen menjelaskan isu berkaitan 'Amanat Hadi'.

RM12.3J Wang Ehsan K'tan Melalui UMNO Lesap?


Orang ramai yang berdemo depan pejabat JPP Kota Bharu

KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan didesak agar menuntut pihak Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), menyiasat dan membentangkan Laporan Kewangan Jawatankuasa Wang Ehsan Kelantan, kepada rakyat negeri ini.

Ini berikutan adanya laporan, sejumlah RM12.3 juta telah lesap dari akaunnya. Justeru itu, satu memorandum telah dihantar oleh Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti), kepada pihak JPP, tengah hari tadi, di bangunan JPP Kota Bharu.

“Ini memorandum kali ke dua dari pihak kami kepada JPP bagi membentangkan laporan kewangan wang ehsan yang lesap sebanyak RM12.3 juta,” kata Presiden Royalti, Nazri Deraman dalam  sidang medianya, selepas menyampaikan memerandum kepada wakil JPP, di sini.

“Pihak kami juga dapat tahu, sebanyak RM2 juta dari wang royalti minyak yang dijadikan sebagai wang ehsan di negeri ini telah disalurkan kepada Umno bahagian negeri Kelantan.

Taliban commanders killing heightens drone debate

Ahmadinejad blamed for Iran's economic woes

Indian gang rape: Five suspects to be charged

Pakistan: Battling measles and mistrust

Dakwah Kepada Bukan Islam - Br Kamaruddin Abdullah IPSI

KITAB "MUSTIKA HADIS NABI SAW" Vs Ucapan Pemimpin UMNO

Musa: 'I never lied about crime statistic during my tenure' - PART II

Students to fight for education through GE13

Kelab wartawan muda (Pro UMNO@BN) kecam gejala dedah dokumen sulit

KUALA LUMPUR, 3 Jan — Gejala mendedahkan dokumen sulit dan rahsia yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini membimbangkan, kata Kelab Wartawan Muda Malaysia hari ini.
Presidennya, Dzulkarnain Taib (gambar), berkata, pihaknya memandang serius gejala seperti itu yang menurutnya hanya untuk kepentingan politik sesetengah pihak bagi meraih undi dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan dilaksanakan tahun ini.
“KWMM memandang amat serius sikap tidak bertanggungjawab pemimpin pembangkang seperti (Pengarah Strategik PKR) Rafizi (Ramli) yang membuat andaian dan dakwaan yang tidak berasas tanpa pembuktian yang nyata,” katanya dalam kenyataan tersebut.
“Tanpa bukti yang sahih dan kukuh, Rafizi telah mengaitkan pembelian barangan kemas berjumlah AS$3.66 juta (RM11.2 juta) itu kepada isteri kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak), Datin Seri Rosmah Mansor.”
Rafizi ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR semalam mendedahkan dokumen yang didakwanya bukti transaksi Deepak Jaikishan menjadi orang tengah dalam pembelian barang kemas dari dua syarikat yang berpangkalan di Hong Kong.

Keluarga remaja mati ditendang polis tuntut keadilan

PETALING JAYA 4 Jan: Keluarga Mohd Azrul Zulkifli menuntut keadilan di atas kematian remaja itu selepas motosikalnya ditendang polis.
Allahyarham Azrul
Dalam kejadian awal pagi 25 Disember lalu, motosikal yang ditunggang Mohd Azrul, 19, dikatakan terbabas selepas ditendang anggota polis berpakaian preman.
Bapa mangsa, Zulkifli Hashim, 49, dan rakan allahyarham, Khairul Azrisham Abu Kassim, memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya, 11.30 pagi tadi kepada ASP Lim Chee Koon.
Peguam mewakili keluarga Mohd Azrul, Yusmadi Yusuf menempelak kenyataan Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supritendan Tuah Masrom yang membela kesalahan anggotanya.
“Saya kecewa kerana kenyataan tersebut dikeluarkan ketika siasatan masih belum lengkap dan saksi penting masih tidak memberi keterangan, namun polis membuat kesimpulan sendiri, sepatutnya ia disiasat dulu.
“Polis juga menyatakan bahawa laporan keluarga mangsa adalah fitnah untuk memburukkan imej mereka.
“Saya ingin tegaskan, tidak ada siapa yang memfitnah. Kita hadir untuk menuntut keadilan bagi pihak keluarga mangsa dan mempunyai bukti kukuh dalam kes ini,” katanya ketika ditemui.

Lori bergerak jadi pentas mahasiswa gempur PRU 13

KUALA LUMPUR 3 Jan: Kumpulan mahasiswa dinamakan Gerakan Mahasiswa PRU 13 (GM13) bakal menjelajah ke seluruh negara dengan Lori Mahasiswa yang disewa khas RM150 sehari untuk dijadikan pentas menyampaikan ceramah.
Pengerusi GM13, Syis Abdul Kadir berkata, siri jelajah itu akan memulakan program pertamanya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim.
Katanya, dasar Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan tuntutan pendidikan percuma agenda utama penerangan itu nanti.
“Kita akan gerakkan sekurang-kurangnya 1,000 mahasiswa untuk fokus pada pilihan raya kali ini. Kita harap dapat memberikan penerangan mendalam kepada mahasiswa lain berkaitan pendidikan percuma dan akta Auku yang zalim.
“Dengan lori ini, kita boleh ke mana-mana dengan hanya membuka pagar lori untuk dijadikan pentas ceramah, termasuk di pasar malam,” katanya pada pelancaran Lori Mahasiswa di Dataran Merdeka, hari ini.
Menurut Syis, GM13 ditubuhkan untuk memobilisasi mahasiswa supaya hadir Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) 12 Januari ini.
“Himpunan itu dijadikan medan menyatakan agenda dan pendirian 10,000 mahasiswa yang dijangka hadir,” katanya.

Organ jadi saksi, MCA fobia hudud kata anggota dipotong


KUALA LUMPUR: MCA sekali lagi menimbulkan kemarahan umat Islam apabila menafsir nasihat Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Datuk Aziz Nik Mat (GAMBAR) yang berdasarkan satu ayat Al Quran secara salah.

Tan Cheng Lian, Ketua Wanita MCA Pulau Pinang yang memberikan reaksinya kepada ucapan tahun baru TG Nik Aziz yang menyeru rakyat Malaysia untuk membuat pilihan terbaik dalam PRU13 nanti.

Nik Aziz membuat rayuan tersebut berdasarkan satu nasihat yang lazim didengari di dalam Islam, mengingatkan umat Islam mengenai Surah Al-Fussilat ayat 19-21, bahawa semua anggota badan akan menjadi saksi amalan manusia di padang Mahsyar kelak.

Surah Al-Fussilat (19:21)


Dan (ingatlah) hari dihimpun musuh-musuh Allah untuk dibawa ke neraka, lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanannya masing-masing. Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, (maka) pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa yang mereka telah kerjakan.


Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" Kulit-kulit badan mereka menjawab: "Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata - telah menjadikan kami dapat berkata-kata; dan Dia lah yang menciptakan kamu pada mulanya, dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan).


"Yakinlah, setiap anggota badan termasuk tangan yang mengundi juga akan menjadi saksi terhadap amalan manusia di padang Mahsyar," tulis Nik Aziz di laman blognya sebagai ucapan Tahun Baru.

Nasihat itu sememangnya mudah difahami oleh orang Islam, tapi bagi MCA, terutamanya Tan yang ditakutkan dengan imej hudud yang dicanangkan partinya sendiri berkata, nasihat itu adalah amaran bahawa tangan dan anggota badan akan dipotong!

K'jaan UMNO@BN tak jadi siar penjelasan 'amanat Hadi'.....terbukti sikap bacul dan flip-flop...!!!

Kementerian penerangan, komunikasi dan kebudayaan membatalkan rancangan untuk menyiarkan penjelasan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung satu ucapan kontroversi presiden PAS itu yang dibuat pada 1981.

NONEMenurut laporan Utusan Malaysia, menterinya Datuk Seri Rais Yatim berkata penyiaran amanat Hadi itu akan bercanggah dengan satu fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 24 Julai 2002.

Rais berkata, amanat yang diucapkan Hadi di Kampung Banggol Peradong, Terengganu pada 7 April 1981 itu bercanggah dengan ajaran Islam.

"Sehubungan itu, kementerian dan RTM khususnya adalah terikat dengan fatwa yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Kesimpulannya, forum berkenaan tidak dapat diadakan kecuali jika Abdul Hadi bersedia menarik balik amanatnya," katanya seperti dipetik akhbar milik Umno itu.

Menurut laporan itu lagi, Rais menjelaskan bahawa Majlis Fatwa mendapati amanat tersebut bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam, kemuliaan agama dan prinsip dakwah Islamiah.

NONERais juga berkata, fatwa tersebut melarang orang Islam daripada menyebar, mengajar, mempelajari dan mengamalkan amanat berkenaan.

Selain itu, fatwa berkenaan menggariskan larangan ke atas perbuatan menjual, mencetak, mengedar, membeli atau memiliki amanat berkenaan, kata Rais lagi.

Isu berhubung fatwa berkenaan dibangkitkan dibangkitkan semula oleh pemimpin Umno dan media pro-parti berkenaan bagi menuntut Abdul Hadi supaya menarik balik amanat yang didakwa memecah-belahkan masyarakat Islam.

Rais sebelum ini menyatakan kesediaan kerajaan untuk memenuhi permintaan Abdul Hadi untuk menjelaskan amanat tersebut melalui siaran RTM, sekiranya kandungan itu "sesuai".

Bagaimanapun, beliau menetapkan supaya Abdul Hadi memohon terlebih dahulu kepada RTM dan agar tokoh agama dan para mufti turut ditampilkan dalam program tersebut.

GFI datang ke M'sia untuk jelaskan aliran keluar modal

Badan pemantau kewangan - Global Finance Institute (GFI) - telah bersetuju untuk membentangkan kajiannya mengenai pengaliran keluar modal dari Malaysia dalam satu seminar yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Rafizi berkata seminar itu dijadual diadakan pada 17 Januari, manakala Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim menambah bahawa beliau akan menulis kepada Bank Negara lewat hari ini untuk menjemput bank pusat itu secara rasmi menghadirinya.

azlanGFI sebelum ini melaporkan kira-kira RM196.8 bilion telah dibawa
keluar dari Malaysia pada tahun 2010, meletakkan negara ini kedua selepas China dalam kedudukan global bagi pengaliran modal haram.

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Anwar berkata pihaknya mahu GFI hadir menjelaskan butir-butir dan mekanisme bagaimana mereka mendapat angka tersebut dan kemudiannya pihaknya akan menjemput Bank Negara dan semua pihak yang berkaitan.

Anwar juga pernah sebelum ini berkata beliau mahu menjemput Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar untuk menjelaskan isu tersebut.

Rafizi berkata adalah sukar untuk membawa GFI datang ke Malaysia, dan oleh itu, beliau berharap untuk mendapatkan seberapa ramai yang mungkin bagi menghadiri seminar tersebut, terutama ahli ekonomi.

Katanya, konsep 'dana haram' adalah benar-benar baru dan ia bukan konsep ekonomi tradisional.

"Kebanyakan orang tidak memahaminya. Saya akan bertaruh bahawa kebanyakan orang di Bank Negara pun tidak memahaminya," katanya sambil menambah bahawa seminar itu merupakan peluang yang baik bagi mereka untuk melihatnya dari dekat.

Mahasiswa tubuh GM13 hadapi PRU

 
KUALA LUMPUR: Gabungan 13 kumpulan mahasiswa menubuhkan Gerakan Mahasiswa PRU ke-13 (GM13) dengan menyediakan sekurang-kurangnya 1,000 mahasiswa yang memberikan fokus sepenuh masa bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

13 kumpulan tersebut terdiri daripada Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI), Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Persatuan Mahasiswa Islam Uni. Malaya (PMIUM), Persatuan Mahasiswa Islam Uni. Putra Malaysia (PMIUPM), Demi Mahasiswa KUIS (DMK), Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Watch 13, Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Pro-Mahasiswa Nasional (Pro-MN), Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA) dan Sisters In Movement (SIM).

Menurut Pengerusi GM13, Syis Abdul Kadir, GM13 akan memberi fokus kepada isu-isu universiti dan mahasiswa serta bersedia dengan polisi pengajian tinggi negara yang baru sebagai solusi kepada kepincangan pengajian tinggi negara.

"Perjuangan mahasiswa dekad ini menyaksikan gerakan mahasiswa konsisten melawan undang-undang rimba Auku yang membelenggu idealisme dan aktivisme mahasiswa lebih 40 tahun.

Nafikan segera tuduhan Rafizi dan Deepak

Anuar Mohd Nor

Dalam apa pun perkara, menjadi pembangkang ini amat menyeronokkan. Apa tidaknya asyik mencari kesalahan — memang mudah dan senang. Lebih lagi bila sentiasa buat sidang media membuat dan memberi kejutan atas kesalahan dan penyelewengan. Namun sekiranya penyelewengan itu benar dan mempunyai asas — maka siasatan perlu diambil. Penafian perlu di buat atas tuduhan dan tindakan keras perlu diambil sekiranya tuduhan itu palsu agar pengajaran dapat diberi terhadap mereka yang sentiasa menuduh tanpa bukti. Apa pun kita sepatutnya sudah matang dalam mengambil langkah khususnya berdepan dengan tuduhan dan mempertahankan maruah individu yang dituduh. Alasan mengatakan yang lain rasuah kenapa kita tidak boleh, adalah satu alasan yang tidak cerdik. Mendedahkan rasuah orang lain sebagai alasan untuk menutup rasuah seorang lain tidak wajar. Kesalahan tidak boleh ditutup dengan kesalahan lain — salah tetap salah.
Baru-baru ini Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR membuat berbagai tuduhan dan pendedahan khususnya berkaitan dengan Deepak Jaikishan. Pendedahan dan tuduhan Rafizi Ramli dan Deepak amat serius — melibatkan kepimpinan tertinggi negara Perdana Menteri Najib dan isterinya. Tuduhan turut membabitkan nama Menteri Pertahanan Zahid Hamidi dalam urusan pembelian syarikat Deepak yang dikatakan untuk menutup mulut Deepak dengan menggunakan wang tabung pencen Angkatan Tentera Malaysia. Semua tuduhan amat serius dan perlu ditangani segera. Tuduhan yang sebegini mampu membentuk persepsi buruk kepada rakyat dan ini akan melibatkan BN/Umno itu sendiri.

Menilai amanat Haji Hadi dengan adil

Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Isu Amanat YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sedang dibangkit menjelang Pilihanraya ke-13 ini. Walaupun amanat tersebut lebih dari 30 tahun usianya, namun seperti biasa politik mampu membangkit-ungkit apa sahaja. Kedua belah pihak; kerajaan dan pembangkang memakai pendekatan yang hampir sama. Cumanya, ‘kelebihan’ kerajaan di negara kita ini ia menggunakan media awam demi tujuan politik kepartian. Saya tidak pasti apakah jika pembangkang hari ini jika berkuasa akan menggunakan pendekatan yang sama ataupun tidak?!
Amanat
Amanat Haji Hadi itu berbunyi:
Saudara-saudara sekelian percayalah, Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.
Adil
Saya ingin mengajak pembaca melihat isu amanat ini di luar dari kerangka fanatik kepartian, sebaliknya menelusurinya secara fakta dan rasional.
Amanat Hj Hadi itu dibuat pada tahun 1981 dalam ceramahnya pada 7 April di Kpg Banggol Peradong. Ketika itu saya masih lagi bersekolah rendah. Saya rasa bukan DS Abdul Hadi yang menamakannya amanat, sebaliknya ia adalah initiative orang-orang PAS sendiri.
Apakah amanat ini satu-satunya punca sebahagian orang PAS mengkafirkan UMNO? Saya tidak pasti. Namun kita tahu, ramai guru-guru agama yang lain yang pro-PAS juga mengkafirkan UMNO. Ada sesetengah tokoh agama yang mengkafirkan UMNO ketika itu kemudiannya masuk UMNO dan mendapat pelbagai jawatan.

BN Sabah: Petronas muflis jika royalti minyak 15%......ha..ha...UMNO takut Muflis...!!!!


Datuk Abdul Rahman Dahlan KOTA KINABALU - Setiausaha Barisan Nasional (BN) Negeri, Datuk Abdul Rahman Dahlan mengingatkan rakyat bahawa janji pembangkang untuk menaikkan 15 peratus royalti minyak kepada Sabah akan akhirnya menjejaskan kewangan Petronas "yang boleh membawa kepada muflis."

Beliau menegaskan bahawa berdasarkan formula semasa, bagi setiap RM100 hasil yang diraih dari minyak Sabah, lima peratus akan ke tabung negeri manakala lima peratus lagi kepada tabung Persekutuan.

"Kira-kira 45 peratus masuk ke dalam kos penemuan dan baki 45 peratus kepada keuntungan kasar usaha sama. Akhirnya, keuntungan Petronas, selepas mengasingkan hasil dengan yang lain dan selepas membayar cukai, hanya kira-kira 16.74 peratus.

"Jika Petronas diminta membayar sehingga 15 peratus daripada margin keuntungannya, ini akan menyebabkan mereka tidak mampu untuk membayar overhed mereka, komitmen kewangan dan pelaburan semula untuk pendapatan masa depan.

"Akhirnya akan memberi tamparan kepada kewangan yang boleh membawa kepada muflis, " katanya di sini pada persidangan akhbar untuk menjawab propaganda palsu pembangkang menjelang pilihan raya umum.

TAK JADI BERI HJ HADI JAWAB DI TV : DAH AGAK DAH!!!

Kementerian penerangan, komunikasi dan kebudayaan membatalkan rancangan untuk menyiarkan penjelasan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung satu ucapan kontroversi presiden PAS itu yang dibuat pada 1981.

Menurut laporan Utusan Malaysia, menterinya Datuk Seri Rais Yatim berkata penyiaran amanat Hadi itu akan bercanggah dengan satu fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 24 Julai 2002.

Rais berkata, amanat yang diucapkan Hadi di Kampung Banggol Peradong, Terengganu pada 7 April 1981 itu bercanggah dengan ajaran Islam.

Perkara ini memang sudah dijangkakan dari awal. Mana mungkin Umno/BN berani bersemuka dan memberi peluang kepada Tuan Guru untuk bercakap dan menjawab segala fitnah dan tuduhan berkaitan ucapannya itu. Kita semua kenal dan sedar siapa pemimpin Umno sebenarnya. Mereka bukannya mahu mencari kebenanran tetapi sengaja menimbulkan isu untuk kepentingan politik mereka.


Macam-macam alasan yang diberi oleh Rais sedangkan sebelum ini beliau kelihatan bagaikan anak jantan dan panglima perang bercakap dengan tegas bahawa Presiden PAS ini akan diberikan hak sewajarnya bercakap di dalam media khususnya TV.


Tiba-tiba hari ini Rais melakukan u-turn. Mungkin beliau telah tersilap dan ditegur oleh 'boss' dan rakan-rakannya yang sedar betapa 'bahaya'nya Tuan Guru diberi peluang menjelaskan perkara sebenar tentang sebahagian dari ucapan beliau di Banggol Peradong yang dibuat pada 1981. Mereka sedar bahawa rakyat yang sekarang ini cerdik, matang dan dahagakan kebenaran sudah tentu akan berfikir dan membuat penilaian kepada penjelasan Tuan Guru.


Sudah tentu mereka akan menerima penjelasan Tuan Guru kerana sememangnya ucapan itu tidak langsung mengkafirkan sesiapa. Cuma tuan-puan teliti ucapan tersebut yang dikatakan sebagai amanat.

Semua ahli PAS pun tahu bahawa mereka tidak pernah pun diminta merujuk kepada ucapan itu ketika dalam apa juga program dalaman samada usrah, tamrin dan sebagainya. Malah kitab-kitab ulama muktabar yang lain dengan lebih jelas memperincikan tentang batas-batas iman dan kufur.

Hadi mahu rakyat turun perhimpunan 12 Januari

Pakatan Rakyat dan NGO merancang mengadakan perhimpunan besar-besaran sebelum menghadapi pilihan raya umum ke 13.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdul Awang meminta rakyat turun ke perhimpunan kebangkitan di Stadium Merdeka 12 Januari ini.
Dalam blog rasmi parti, Presiden PAS itu berkata:
“Saya menyeru kepada seluruh ahli dan penyokong PAS khususnya di semua peringkat untuk turun memberi sokongan kepada himpunan ini.
“Dalam masa yang sama, kerjasama semua pihak penting bagi memastikan himpunan berjalan dengan aman dan para peserta mesti mengekalkan disiplin yang tinggi sebagaimana biasanya,” tegasnya sebagaimana di siarkan Harakah.
Pakatan Rakyat dan NGO merancang mengadakan perhimpunan besar-besaran sebelum menghadapi pilihan raya umum ke 13.
“Kedatangan tahun 2013 merupakan satu debaran bagi rakyat Malaysia kerana pada tahun ini, mahu atau tidak mahu, PRU13 pasti diadakan.
“Memilih kerajaan dalam menentukan masa depan negara dan rakyat menjadi tanggungjawab besar agar negara selamat dan nasib rakyat terbela,” tambah bekas Menteri Besar Terengganu itu.

WHAT A JOKE: Rais Yatim CHICKENS OUT on TV air time for Hadi

Less than a week after giving the green light for PAS president Abdul Hadi Awang to explain his ‘Amanat Haji Hadi' (Haji Hadi's Message) over national TV, Information, Communications and Culture Minister Rais Yatim has shelved the plan.
WHAT A JOKE: Rais Yatim CHICKENS OUT on TV air time for HadiAccording to a Utusan Malaysia report today, Rais (left) has explained that the proposal to air the message will breach the fatwa issued by the Muzakarah committee of the National Fatwa Council on July 24, 2002.
He said the fatwa had ruled that the message delivered by Abdul Hadi during a ceramah in Kuala Terengganu on April 7, 1981 branding Umno ‘infidel', is against Islamic teachings.
The fatwa, Rais claimed, prohibits Muslim from spreading, teaching, learning and practising the message apart from selling, printing, distributing, purchasing or possessing it, as it is against the benefit of Muslim community and the sanctity of the religion, as well as principles of Islamic preaching.
"Therefore the ministry and Radio Television Malaysia (RTM) are bound by the fatwa made by the Muzakarah committee of National Fatwa Council.
"As a conclusion, the forum cannot be held unless Abdul Hadi is ready to retract the message," he was quoted as saying.
The dispute surrounding the message delivered 32 years before was resurrected recently by Umno leaders and the pro-Umno media demanding Abdul Hadi to retract it as it has split the Muslim community.
Rais had earlier responded to Abdul Hadi's request,saying he could explain over the state-owned RTM if the content is suitable.

Kedutaan Jepun sahkan serah wang pampasan RM207b kepada kerajaan UMNO@BN

(Pertemuan Sekretariat Jejak dengan wakil Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR: Kedutaan Jepun di Malaysia mengesahkan kerajaan negara itu telah menyerahkan sejumlah wang pampasan kepada kerajaan Malaysia untuk diserahkan kepada buruh paksa pembinaan landasan keretapi Thailand Myanmar.

Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun ke Malaysia, Takaharu Suegami, ketika mengesahkan penyerahan wang itu berkata,

"Berdasarkan maklumat yang dikaji, kami dapati wang tersebut diserahkan sekitar tahun 1990an.

"Kami akan merujuk kepada Tokyo selepas ini (untuk maklumat lanjut)," kata beliau.

Ketika ditanya, siapa penerima pampasan ini, pegawai kedutaan Jepun itu berkata, "Kami tidak tahu macam mana kerajaan Malaysia mengagihkan wang pampasan itu."

Bagaimanapun, Takaharu berjanji akan merujuk balik dengan Tokyo berdasarkan dokumen yang diberikan hari ini.

Sekretariat Jejak mencari bekas buruh paksa dan waris landasan maut Siam Burma  yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin mengunjungi Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur hari ini bagi mendapatkan maklumat lebih mendalam tentang pampasan itu.

RM207b Duit Pampasan : Nizar jumpa Duta Jepun

Anwar desak Nong Chik, Syabas cepat selesai masalah air

PETALING JAYA 3 Jan: Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim gesa Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin segera selesaikan masalah gangguan bekalan air dan henti menyalahkan Kerajaan Selangor.
“Selama ini dia kata ada masalah air di Selangor, (sedangkan) masalah juga berlaku di Wilayah Persekutuan. Ini diakibatkan kerosakan loji di Wangsa Maju.
“Ia harus dijawab Menteri Wilayah. Ini (juga) melibatkan peranan Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor),” katanya pada sidang  media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
“Di media Umno, ada cubaan untuk menyalahkan Kerajaan Selangor. Tak munasabah kalau rosak di Wangsa Maju, Menteri Besar Selangor yang salah.
“Hari ini Tan Sri Khalid (Ibrahim) mempengerusikan mesyuarat (Majlis Tindakan Kerajaan Selangor) MTES dan akan menjelaskan langkah-langkah tambahan,” sambung Ketua Umum KEADILAN itu.
Dalam isu sama, Timbalan Pengerusi KEADILAN Selangor, Zuraida Kamaruddin yang melawat Rumah Pam Wangsa Maju pagi tadi mempersoal alasan kebakaran rumah pam mengakibatkan semua gagal berfungsi.
Kerosakan Rumah Pam Wangsa Maju kali kedua berlaku pada 1 Januari 2013 setelah mengalami masalah pertama kali 29 Disember lalu.
Rumah Pam Pudu Hulu Baru turut rosak sekitar 1.30 petang pada hari sama disebabkan kerosakan pada papan ‘switch utama’ 11kv selepas kerja penyelenggaraan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) di pencawang elektrik.
Zuraida bantu penduduk Ampang yang terbeban akibat tiada bekalan air.

Bank Negara diajak sertai seminar atasi RM200 bilion wang haram

PETALING JAYA 3 JAN: Kerajaan Selangor akan mengadakan seminar bersama badan pemantau bebas kewangan antarabangsa, Global Financial Integrity (GFI) berkaitan masalah RM200 bilion aliran keluar wang haram di negara ini.
Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) juga dipelawa menghadiri seminar pada 17 Januari ini.
“Kita akan tulis (surat) kepada Gabenor BNM  hari ini. Kita mahu GFI terangkan perincian bagaimana jumlah (hutang negara). Kita juga panggil pihak lain yang berkaitan. Kita minta tarikh dengan GFI dan mereka setuju (untuk datang),” katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Ketua Umum KEADILAN itu pada 20 Disember 2012 mendedahkan, aliran wang haram dari Malaysia meningkat 111 peratus dari USD 30.41 bilion (bersamaan RM94.27 bilion) pada 2009 kepada USD64.38 bilion (bersamaan RM199.58 bilion) pada 2010.
Pada 2000, ia berjumlah RM67.7 bilion (AS$22.2 bilion) dan lapan tahun kemudian, melonjak kepada RM208 bilion (AS$68.2 bilion).
GFI menggariskan tiga aspek utama mempengaruhi aliran wang haram sesebuah negara iaitu isu makroekonomi bersabit rapat persepsi rasuah dan berleluasa rasuah.

Siapa bakal diletup Deepak?

Ahmad Lutfi Othman,


Tahun 2013 sudah pasti tahun pilihan raya, tiada keraguan lagi. Semua maklum hal ini. Tarikh PRU13 tidak begitu dibincangkan lagi sekarang. Cepat atau lambat, bedanya tidak ketara, sama sahaja.

Walaupun ramai menjangkakan Parlimen akan dibubar selepas Tahun Baru Cina -- mungkin atas perkiraan pengundi Tionghua yang sukar dijinakkan BN -- tetapi jika Najib Razak terus menganjak sedikit lagi ke depan, saya rasa, tiada siapa yang peduli.

Setiap parti komponen dalam Pakatan Rakyat dan BN sudah bersiap sedia sejak lebih setahun lalu, malah mungkin sebahagiannya mula mengadu keletihan dan tidak mustahil ada jentera kempen yang semakin kepupusan sumber.

Namun begitu, tinjauan rambang yang saya lakukan secara tidak sengaja semasa cuti hujung tahun baru-baru ini menunjukkan mood untuk melakukan perubahan sukar digugat lagi.

Bertemu anak-anak muda yang kelihatan masih mentah dalam politik dan tidak gemar berbicara soal pemerintahan, namun apabila diajukan siapa pilihan mereka dalam pilihan raya, hampir sepakat mahu melihat kerajaan dan pimpinan yang baru.

Di kenduri kahwin, walaupun sekadar bersembang sepintas lalu sambil berselisih bahu , tetapi ramai kenalan memberi mesej jelas: Cukuplah Umno yang korup dan rasuah. Berilah peluang kepada Pakatan Rakyat untuk buktikan mereka juga mampu menawarkan yang lebih baik.

"Saya lama dalam kerajaan, masak sangat dengan bermacam-macam cara dan kaedah rasuah, sebahagiannya tidak dapat dihidu undang-undang," bisik seorang pesara kanan bahagian penguatkuasaan kepada saya semasa menjamah pemanis mulut.

Segera saya teringat kalimat "korupsi berjemaah", suatu istilah yang sememangnya tidak manis, tetapi mampu mengingatkan bagaimana terancangnya jenayah keji itu.

Sambil berlibur di lokasi peranginan, bukti-bukti penyalahgunaan kuasa elit Umno juga yang ditunjukkan pemabaca Harakah kepada saya. Daripada projek-projek kecil potong rumput dan papan tanda jalan, segalanya mahu dibolot, apatah lagi agihan tanah dan anugerah  jutaan ringgir, semuanya untuk kroni dan suku-sakat. Termasuk kawasan perairan pantai yang cantik dan landai!

Polis sahkan RAPID bukan punca keluarga bunuh diri di Pengerang

KUALA LUMPUR, 3 Jan — Insiden membunuh diri tiga sekeluarga di Pengerang, Johor, tiada kaitan dengan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) yang bernilai RM60 bilion, kata polis.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Che Mahazan Che Aik yang dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan kemurungan dan tekanan emosi menjadi punca Pang Kim Yong, 63, nekad untuk membunuh diri bersama isterinya, Wong Ah Heng, 56, dan anak mereka Pang Kee How, 21.

“Ini seperti yang dikatakan adik kandung (Pang Mew Soon, 54) ... dia (Kim Yong) stress sebab isteri sakit ... tiada kaitan dengan projek RAPID,” tegas Che Mahazan kepada The Malaysian Insider. “Ianya telah diputar-belitkan oleh media yang tidak bertanggungjawab.”
Dalam satu kenyataan, Che Mahazan berkata, ketika 1 Januari lalu sekitar jam 11.05 pagi, polis Pengerang telah menerima maklumat daripada orang awam memaklumkan terdapat seorang perempuan dan dua lelaki terbaring di sebuah rumah di Kampung Jawa, Pengerang, Kota Tinggi, dalam keadaan bilik rumah berkenaan bertutup rapat.
Siasatan polis jelasnya turut menjumpai pasu mengandungi arang terbakar di sebelah katil simati, dan hasil bedah siasat mendapati sebab-sebab kematian ialah “lemas akibat terhidu asap”.
“Motif bunuh diri kerana tertekan ‘depresi’ beban kehidupan untuk mengurus isteri yang telah uzur serta anak yang cacat ‘down sindrom’,” katanya dalam kenyataan.
“Pihak polis meminta orang ramai supaya tidak memutar belitkan fakta dalam kejadian ini.”
Sumber daripada Umno Pengerang pula berkata, Mew Soon juga membuat laporan polis di Balai Polis Pengerang semalam ekoran laporan media yang menyebut tiga beranak itu membunuh diri akibat tidak mendapat pampasan sewajarnya daripada pembangunan projek RAPID.

PAS Selangor seru ahli sertai Himpunan 12 Jan


KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Othman menyeru seluruh ahli dan kepimpinan PAS negeri turut serta dalam Himpunan 1 juta rakyat pada 12 Januari yang dirancang diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Beliau berkata, himpunan 1 juta rakyat itu merupakan kemuncak himpunan yang telah diadakan di seluruh negara bagi menuntut pilihan raya yang bersih dilaksanakan.

"Saya mengarahkan semua ahli dan pimpinan PAS cawangan, kawasan dan negeri serta penyokong PAS dan Pakatan Rakyat mesti turun menyatakan kehendak untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih," katanya.

Beliau menjamin ahli dan pimpinan PAS Selangor tidak akan melakukan sebarang provokasi sebaliknya hanya berkumpul secara aman di Stadium sebagaimana yang pernah dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mufti Umno ‘ghairah’ isu Hadi, bisu syarikat arak milik kroni – Anwar

PETALING JAYA 3 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak segelintir mufti yang ‘menari’ mengikut gendang Umno memberi reaksi terhadap kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tetapi berdiam isu kemungkaran pemimpin BN.
“Ada kenyataan pimpinan Umno yang jelas menentang Islam dan hukumya. Ada juga pemimpin Umno yang menguasai syarikat arak.
“Bukan bidang saya nak nasihat mufti. (Namun), saya tak pernah dengar ada teguran.
“Kenyataan Haji Hadi tahun 1981. Kenapa Mufti nak buat kenyataan sebelum pilihan raya umum (ke-13)?” kata Anwar menjawab soalan wartawan pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Berikutan polemik yang dikitar semula Umno BN sebagai kempen pilihan raya, Hadi pada 29 Disember lalu menyatakan kesediaan mambalas hujah menerusi siaran langsung di TV1 dan TV3.

Ambang 2013: 'Perang' BN dan Pakatan tarik pengundi

Ambang 2013: 'Perang' BN dan Pakatan tarik pengundi
Orang ramai membanjiri i-City, Shah Alam sambil menanti ambang tahun baru 2013 Isnin lalu. - Foto Bernama
 
SHAH ALAM - Malam sambutan Tahun Baru 2013 yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional di dua lokasi berasingan di negeri ini dilihat dari pelbagai sudut pandang dan persepsi berbeza para pemerhati sementelah ini adalah tahun penting, tahun 'ibu segala pilihan raya'.

Di blog-blog misalnya beberapa gambar dipaparkan bagi menonjolkan program anjuran siapa yang mendapat sambutan lebih baik dan paling penting program mana yang memberi pengisian dan faedah lebih banyak kepada rakyat.

Mengambil kira kedua-dua program ini diadakan di awal tahun bakal berlansgungnya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), elemen politik pastinya tidak dapat dipisahkan daripada aktiviti yang dianjurkan oleh kedua-dua parti politik ini.

Menurut Koordinator BN negeri, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed, Karnival Sayangi Selangor ini mencapai sasarannya untuk menarik masyarakat Malaysia terutama sekali golongan muda mengisi masa cuti panjang sempena sambutan Tahun Baru 2013 dengan menjalankan aktiviti berfaedah di samping mampu merapatkan hubungan kekeluargaan bersama Barisan Nasional.

Musa: IGP, top brass avoided me

The ex-top cop defends his open criticism of the police force, saying that he had reached a dead end when trying to engage with the top brass and his successor the inspector general of police. 

PETALING JAYA: Each time Musa Hassan approached his successor Inspector General of Police (IGP) Ismail Omar, the latter would “walk away” from him, making all communication between the two impossible, the ex-IGP said.
“I don’t have the chance to talk to [Ismail] because whenever we meet even in public, he just walks away from me,” said Musa in a recent interview with FMT.
“I don’t know [why]. Maybe they think I am no longer relevant,” he said.
Musa said this when asked if he had raised the issue of criminal elements and political interference in the police force with the IGP before announcing it to the public.
Musa had dropped the bombshell two months ago during a press conference with crime watchdog MyWatch, which coincided with the opening of the Umno general assembly.
His timing, as well as his new role as the patron of the NGO lead by PKR members, had led many to grill him on his motives.
While the question on most people’s lips is “why now?” (Musa’s reply: the timing was a coincidence), others have expressed disgust at what they perceive as efforts that could destroy the police force’s credibility.
Musa’s rival, former top cop Ramli Yusuff had slammed him for turning to the media instead of discussing the issues with Ismail in private.
“You don’t have to say these kind of things in the open. These are internal matters. Musa could have discussed it discreetly with Ismail, meet up with him, tell him nicely,” the former commercial crimes investigation department (CCID) chief had told FMT last month.
But Musa told FMT that not only did Ismail deliberately avoid him, but the top brass also refused to speak with him on the matter.
“I have spoken to some police officers. But of course they are lower rung, they can’t do anything about it. But the bosses, they refuse to talk to me,” claimed Musa.
When asked whether the current leadership of the police was open to discussing such issues head-on in a transparent manner, he said: “I don’t think so.”
“I see Ismail [as] only a ceremonial IGP. He would only attend ceremonies,” Musa remarked.

Encouraging transparency

PSM, Jerit offer monitoring on RM900 minimum wage

Dokumen Barang Kemas : Deepak Wajar Disiasat - Rafizi Ramli

Pakatan Bincang Isu Kalimah Allah Pada 8 Januari

Anwar Bidas Harga Sawit Merosot

Sidang Media Mingguan Anuar Ibrahim : Isu Kalimah Allah, Amanat Hadi

Kes pegawai MB Perak dapat projek ke SPRM Putrajaya


 
KUALA LUMPUR: PAS Perak hari ini menyerahkan satu memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bagi menuntut siasatan segera dilakukan terhadap isu pemberian projek kepada pegawai khas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Kadir.

Ini berhubung pendedahan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di persidangan Dun baru-baru ini tentang satu perjanjian di antara pemilik tanah Rumah Perak di Batu Feringgi, Pulau Pinang dan syarikat yang dimiliki pegawai khas Zambry.

Penyerahan itu dibuat Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS negeri itu ke pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya hari ini.

Koordinatornya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dalam laporannya berkata perjanjian tersebut berdasarkan BOT (build-operate-transfer) di mana syarikat pemaju akan diberikan konsesi selama 30 tahun untuk mengurus projek itu.

"Oleh kerana ianya melibatkan laporan salahguna kuasa terhadap Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir, dan menjejaskan pentadbiran Kerajaan Negeri Perak khasnya dan Rakyat Negeri Perak amnya adalah menjadi desakan kami agar ianya perlu disegerakan siasatan terhadap laporan tersebut," katanya.

Himpunan 112 : Kita ke jalan raya sebelum ke pilihan raya


SATU  JUTA  AZAM

Ini adalah tulisan saya yang akhir untuk tahun 2012. Minggu hadapan tulisan saya muncul ditahun yang baru. Saya mengucapkan selamat tinggal 2012 dan selamat  datang 2013. Kalendar Maya  juga telah berakhir  untuk satu pusingan selama 26 ribu tahun.  Heboh-heboh dalam Kelender Maya  tentang dunia ini akan kiamat pada 21 Disember lalu telah meleset.  Perjalanan hidup manusia diteruskan dengan gangguan koma, sengkang dan tanda tanya. Noktah akhir masih jauh lagi.

Minggu ini media – akhbar dan radio –  saperti biasa telah  menjadi Pak Sibuk dengan  mengajak warga membuat azam baru. Juga media ini meminta pendengar dan pembaca  untuk melihat kembali azam  tahun lalu sama ada telah dapat dikotakan atau hancur ditengah jalan.

Saya sendiri  tidak pernah membuat apa-apa azam untuk tahun baru yang lepas-lepas. Untuk saya  mustahil  azam saya hanya muncul ditahun baru. Mustahil  saya ini  hanya akan membuat azam hanya  di tahun baru. Saya tidak melihat lojik dan rasional yang kita hanya membuat azam ditahun baru. Apakah kalau tidak ditahun baru kita tidak ada kepuayaan untuk membuat azam.  Hidup ini bukan saperti syarikat untuk dihitung sama ada untung atau rugi dari tahun ke tahun.

Tetapi untuk tahun 2012  ini agak berbeza. Untuk pertama kali dalam dalam hidup ini saya  telah membuat azam di tahun baru. Bukan ini sahaja – azam tahun baru saya ini juga untuk memiliki tarikh dan masa ininya wajib saya capai.  Ertinya azam saya ini ada  tarikh lupus. Bunyinya agak ganjil tetapi inilah sebenarnya yang sedang berlaku.

Pada malam berakhirnya 2012 dan bermulanya 2013 saya berazam untuk menghasut  1 juta warga Malaysia untuk turun berhimpun di Kuala Lumpur.  Azam tahun baru  saya cukup jelas lagi benderang. Saya berazam untuk meghasut 1 juta warga turun pada  hari Sabtu  12 Januari 2013 akan datang ini . 1 juta ini akan mula berhimpun di Stadium Merdeka  pada jam 2:00 petang.   Lihat dan perhatikan azam saya kali ini – ada  memiliki tarikh , waktu-waktu yang wajib diikuti termasuk juga dimana azam saya ini akan meledak.