Rabu, 2 Januari 2013

TV3 berani siar Amanat Hadi tapi tak berani panggil tuan punya badan...!!!

Rahim Samseng Jadi Ulama...???
TV3 berani siar Amanat Hadi tapi tak berani panggil tuan punya amanat. Ibarat buka gelanggang, tunjuk aksi berdegar dlm gelanggang sendiri tapi bila musuh nak masuk tak dibagi.

Dozens Killed in Syria Airstrike

Kehidupan Remaja Kaya Di Dubai

10 HARI LAGI HIMPUNAN SATU JUTA UMMAT

Himpunan 1 juta Ummat - 12 Januari 2013 - di Stadium Merdeka

10  hari lagi!!!!

Semua kena hadir

Kita mahu pilihan raya bersih

Kita mahu kerajaan bersih

Kita mahu negara bersih

Kita mahu bangsa bersih

Kita mahu agama bersih

Hanya dengan KEBANGKITAN RAKYAT!!!!!

Jangan relax di rumah
Jangan relax di opis
Jangan relax di kebun getah dan ladang sawit
Jangan relax di laut
Jangan relax peluk bini
Jangan relax main dengan anak-anak
Jangan minum kopi dengan kawan-kawan

BANGKITLAH RAKYAT MALAYSIA!!!!

OKU pun datang.
Takkan hangpa tak datang
Malulah!!!!!

Rakyat Malaysia hidup di kelilingi cukai setiap hari..!!!


Lu isi minyak siap cukai... Lu buat roadtax kena cukai.. Lu beli brg kena cukai... Lu bayar astro kena cukai.. Sape kata byr cukai setahun sekali?
Lu pikir kalau sehari kerajaan kutip cukai seringgit.. Kali 23 juta org.. Tu seringgit kalau 5 ringgit? Sehari kerajaan dpt kutip 23 juta.. Setahun?
Tu x masuk cukai beli kenderaan 8% sebuah kereta..kalau sehari yg beli kenderaan kereta purata 20 org.. Lu kali berapa semua kutipan cukai kerajaan malaysia setahun, abis duit tu nk buat pe? simpan dalam tanah mcm cerita pirates of the bananabean tu? semua tu kalau bukan untuk kemudahan rakyat malaysia untuk sape? Bangla? Nepal?

RAKYAT TIDUR DALAM KHEMAH... MENTERI TIDUR DALAM RUMAH MEWAH!!!!!

Dulu warga miskin UMNO/BN jadikan sebagai pengundi yang boleh digula-gulakan dengan sekampit beras 5Kg, 1 tin sardin, 1Kg gula, 2 tin susu pekat manis, sebungkus biskut kering, serbuk teh hancur, sehelai kain batik/pelikat dan wang tunai RM50....Sekali dalam tempoh 5 tahun.

Kini warga berkenaan sudah cerdik dan bijak.. Mereka dah sedar.. Mereka sudah tidak mau lagi diperbodohkan.

Syabas SABOTAJ SEMUA PAM AIR DIROSAK..?

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Syabas, Datuk Ruslan Hassan (kiri) mendengar luahan penduduk flat Sri Melaka berikutan gangguan bekalan air akibat kegagalan kali kedua sistem rumah pam di Wangsa Maju dan Pudu Hulu Baru.
Syabas cuai dan tidak bertanggungjawab — YB Dr Xavier Jayakumar
Kerajaan Negeri Selangor menyelar kecuaian Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas ) dalam menyelenggarakan rumah pam Wangsamaju sehingga menyebabkan gangguan air sekitar Ampang, Pandan, Jalan semarak , Ukay Heights, Cheras Baru dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Dari siasatan pihak kerajaan, kesemua 5 unit pam air rosak di rumah pam termasuk 2 unit 'standby pump' turut rosak.

Keraguan bagaimana 2 unit 'standby pump' yang jarang-jarang diguna turut tidak berfungsi?

Ini jelas menunjukkan kecuaian pihak Syabas dalam menyelenggara secara berkala peralatan di bawah kendaliannya.

Kecuaian Syabas ini mrnyebabkan kepayahan kehidupan harian lebih 60 ribu penduduk kawasan terlibat.
Sekiranya Syabas tidak mampu menyelenggarakan rumah pam tersebut, kerajaan negeri tiada masalah melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) untuk mengendalikan rumah pam tersebut.

Kerajaan menganggap kelalaian Syabas merupakan 'pure negligence and criminal in nature'.

Ini merupakan tindakan sabotaj Syabas bagi memburukkan imej Kerajaan Selangor

2013: Tindakan rakyat turunkan Najib-BN

Oleh SAFAR JUMAAT
SATU perkara yang Perdana Menteri (PM) Dato' Seri Najib Tun Abd Razak ketahui sebelum membubarkan parlimen ialah resolusi rakyat terhadap kepimpinannya dan Barisan Nasional (BN) yang ternyata telah gagal memikul amanah rakyat sejak sekian lama.

Walaupun berkali-kali Najib memohon maaf kepada rakyat kerana kelemahan dan kesilapan BN, tetapi pemohonan maaf bukan penyelesaian masalah yang rakyat tuntut selama ini. Ambil contoh tuntutan Bersih 2.0. Tuntutan lapan perkara itu sebenarnya tidak sukar untuk dipenuhi kerana mereka bukan menuntut bulan dan bintang, tetapi menuntut lapan perkara yang amat mudah dipenuhi, tetapi BN enggan!
Satu, bersihkan senarai pengundi. Sukar sangatkan untuk membersihkan senarai pengundi, sekaligus mendaftar pengundi secara otomatik, mengikut pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara, kepada setiap warga negara yang berusia 21 tahun ke atas?
Dua, reformasi undi pos. Kisah undi pos ini sudah diketahui umum. Dulu, di zaman mereka kuat dan BN tahu segala-galanya, undi pos ini boleh dikatakan "milik mutlak" mereka. Tetapi, apabila pengundi pos sudah tahu hal mereka sebagai pengundi, akhirnya segala penyelewengan terdedah.
Bekas tentera dan bekas polis mendedahkannya. Mereka tidak mengundi tetapi undi mereka digunakan oleh pegawai atasan yang menyokong BN. Dakwaan mengatakan, beribu-ribu undi hanya dipangkah oleh seorang dua yang dipercayai pegawai atasan.
Tiga, gunakan dakwat kekal. Permintaan ini cukup berasas. Supaya tidak ada penyelewengan pada kertas undi yang sudah digunakan oleh pengundi. Malangnya, ini pun menjadi masalah besar kepada SPR untuk memenuhi permintaan.

Najib mahu PRU13 akhir Mac tapi ...

Oleh SELENA TAY
Tarikh Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) memang sudah dekat, bahkan ramai yang berkata, ia amat dekat sekali.
Semua parti komponen BN berada dalam keadaan siap sedia. Tetap, persoalannya, siapakah dalang di sebalik keputusan yang mahukan PRU13 diadakan lebih cepat lagi? Heboh desas-desus bahawa "ibu segala pilihan raya" ini akan diadakan pada bulan Januari ataupun awal Februari, iaitu sebelum Tahun Baru Cina.

Bukankah Perdana Menteri Najib Razak mahu menunggu sehingga pertengahan Mac apabila semua pemohon BR1M yang layak telah mendapat wang bantuan ketika itu? Najib percaya hanya selepas rakyat mendapat habuan yang dijanjikan, barulah BN akan mendapat sokongan. "Jika PRU13 diadakan pada masa pengedaran BR1M sedang dijalankan, ia akan memberikan satu persepsi yang tidak begitu baik. Oleh itu, amatlah wajar untuk PRU13 diadakan selepas agihan BR1M selesai. iaitu sekitar pertengahan Mac," kata Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor.
Justeru, jika PRU13 diadakan sebelum pertengahan Mac, adakah ini bermakna tangan-tangan ghaib yang berkuasa telah mengambil alih tampuk kuasa Umno dan kini sedang merancang serta menguruskan strategi parti tersebut? Bagaimana pula dengan urusan pentadbiran harian parti itu?
Jika terdapat permainan "wayang dan bayang" dalam BN, ini bermakna adalah 1,000 kali lebih baik jika pengundi memilih Pakatan Rakyat di mana semua parti komponen, iaitu PAS, DAP dan KeADILan saling bekerjasama dengan baik sekali demi kebaikan rakyat dengan semangat setiakawan yang kukuh dan padu.

Mogok lapar anti-Lynas, Kuantan terus dibayangi gelar “Bandar Radioaktif” Malaysia

DI SEBALIK hiruk pikuk raptai sempena sambutan Hari Natal dan Tahun Baru 2013 peringkat nasional di Dataran Merdeka, di belakang sebuah pentas dan khemah gergasi, di bawah limpahan cahaya gemerlapan pohon palma yang dihiasi LED kebiruan, satu ceruk pinggir dataran itu ada sekelompok 27 orang anak muda yang tekad menahan lapar demi membebaskan buminya daripada pencemaran.
Kumpulan yang dinamakan “Anak Muda Menentang Projek Memudaratkan Alam Sekitar” sedang mogok lapar 100 jam sehingga jam 12 tengah malam esok, 1 Januari 2013.
Mogok lapar, seperti Ghandi demi kemerdekaan India, seperti Orlando Zapata yang berlapar di penjara Cuba sehinnga hujung nyawanya, Fadzlullah dan Razali berlapar ketika ditahan ISA demi kebebasan. Namun, tindakan mereka tidak dipeduli kerajaan
Ini membuktikan kerajaan BN terlalu angkuh untuk belajar daripada pencemaran radioaktif yang berlaku di Papan, Perak dan tidak lama lagi bumi Kuantan pula akan dinobat gelaran ‘bandar radioaktif’.
Ketika penduduk Bukit Koman menjadi mangsa santau angin Sianida, kerajaan pula bersikap ‘tuli’, enggan mendengar segala teguran, rayuan dan tuntutan rakyat, apa lagi permintaan penduduk setempat untuk dibela dan diselamatkan.

Atau mungkin, kerajaan punya strategi. Mahu harga tanah di kawasan itu jatuh dan penduduk mula berpindah kemudian membangunkan bandar baru dengan segala insentif dan jaminan kepada pelabur dan pemaju. Siapa tahu, apapun spekulasi yang timbul, masyarakat cuma akan bangkit apabila masalah menghempap batang hidung. Ini lebih cocok dengan budaya rakyat Malaysia mungkin?
Mengharap ehsan kerajaan: hentikan Lynas

99 Hari lagi- tukar kerajaan Federal!

Ada kawan saya dari UMNO beritau saya- jangan lah hentam kuat sangat. Kita sama2 Melayu. Jawapan saya mudah- melakukan perubahan dan revolusi bukan lah macam minum teh tarik, atau membuat sulaman. Tak boleh halus mulus sangat. Kesetiaan kepada negara sampai bila2- kesetiaan kepada kerajaan selagi ianya layak.
Bila kamu UMNO hentam Anwar Ibrahim takde pun saya tengok sentiment kita sesama Melayu dicakapkan. Takde belas kesian. Itu bekas TPM yang dulu semua orang berebut nak cium tangan. Dan kaki kalau boleh. Kalau TPM kamu boleh belasah, rakyat biasa bagaimana?
Mengapa politik UMNO hari ini didominasi oleh kegiatan melampau- menikam orang, menyekat pergerakan fisikal, menyimbah cat, baling batu, pukul orang? Majority orang Melayu nak duduk diam, membiarkan orang ganas mencorakkan politik bangsa Melayu?
Inilah akibat nya, bila kita majority orang Melayu membiarkan golongan pelampau mewarnai politik negara. Inilah akibat nya bila pemimpin negara lembik dan mempunyai banyak tengkorak dalam almari membuat dia ketakutan mengekang golongan pelampau. Apa yang Najib boleh buat? Dia sendiri terlalu banyak tengkorak dalam almari yang akan keluar satu persatu. Buat muka sadin dan tunjuk innocent boleh lah. Tapi satu dunia dah tahu temberang dan tembelang Najib.

Amanat Hadi : Padanlah Ketua Pemuda Umno macam itu


KOTA BHARU: Pemuda PAS Kelantan melahirkan rasa simpatinya dengan Pemuda Umno yang mempunyai ketua tetapi tidak dihormati langsung oleh Umno.

Demikian kata Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman (gambar) yang mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin mengenai 'isu Amanat Haji Hadi' hari ini.

Khairy Jamaluddin yang menyatakan bahawa siaran langsung penjelasan Presiden PAS adalah merbahaya.

"Saya hanya ingin menyuarakan simpati kepada Pemuda Umno kerana mempunyai ketua seperti ini.

"Barangkali inilah faktornya beliau tidak terpilih menjawat apa-apa jawatan dalam kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekalipun memenangi jawatan Ketua Pemuda Umno," kata Abdul Latif dalam kenyataannya hari ini.

Dalam kenyataan yang sama, Abdul Latif berkata, beliau terpanggil untuk memberikan respon terhadap kenyataan beberapa orang mufti berkaitan isu permintaan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk muncul di kaca televisyen secara langsung bagi memberikan penjelasan berkenaan apa yang didakwa sebagai 'Amanat haji Hadi'.

Kenyataan para mufti yang dimaksudkan ialah seperti yang tersiar di dalam akhbar-akhbar pada hari ini 2 Januari 2013.

Deepak kata buku tulisannya mula diedarkan esok

Ahli perniagaan Deepak Jaikishan berkata buku tulisannya bertajuk The Black Rose akan dapati diperolehi secara percuma dalam versi digital esok.
Katanya beliau juga mungkin akan mengedarkan edisi cetak buku tersebut, yang diterbitkan secara terhad, kepada individu tertentu.

"Buku tersebut boleh di dapati secara online. Tiada hak cipta terpelihara. Ia ditulis oleh saya sendiri. Jadi jika ada sesiapa yang mahu cetak, cetaklah.

"Memang tak cetak dan bagi kepada orang ramai kerana takut disaman. Kalau dicetak pun terhad kepada orang tertentu sahaja.

"Buku itu dalam bahasa Melayu dan akan ada dalam bahasa Inggeris. Buku itu bertujuan untuk memberi penerangan kepada orang ramai tentang kebenaran," katanya.

Buku itu dijangka akan merakamkan penglibatannya dengan seorang isteri VIP berhubung usaha untuk membuatkan penyiasat persendirian P Balasubramaniam untuk menarik balik akuan berkanun pada 2008.

Deepak sepatutnya melancarkan buku tersebut dalam sidang media hari ini, namun bertukar fikiran atas sebab-sebab perundangan.

“Objektif sidang media hari ini adalah berhubung pelancaran buku dan juga butiran mengenai transaksi tanah yang dijual kepada Boustead Holdings Bhd," katanya.

Pakatan wants PM to 'tepati janji' over Jan 12 gathering

Deepak kecewa dengan perjanjian tanah LTAT, Ropiaah untung besar

KUALA LUMPUR, 2 Jan — Perjanjian tanah yang menyaksikan Ketua Wanita Umno Selangor, Senator Raja Datuk Ropiaah Abdullah menerima pegangan saham terbesar dalam rundingan tanah antara Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan syarikatnya Awan Megah Sdn Bhd ternyata amat mengecewakan Deepak Jaikishan (gambar).
“Saya rasa ia tidak adil, itu tanah saya, saya yang bayar, saya dapat jumlah yang sedikit, tetapi beliau (Ropiah) menerima habuan yang besar,” katanya menyuarakan kekecewaannya ketika sidang media hari ini.
Boustead Holdings Bhd, unit pelaburan LTAT, telah membeli pegangan 80 peratus saham dalam syarikat Deepak, Astacanggih Sdn Bhd pada nilai RM30 juta termasuk RM130 juta untuk tanah di Bukit Raja daripada Awan Megah.
“Beliau menerima nilai yang besar, sedangkan saya hanya mendapat modal saya,” katanya lagi.
Malah, beliau turut mengkritik rancangan kerajaan Selangor untuk menghalang status pemilikan tanah yang menurutnya “ironik” kerana kerajaan PR telah menghalangnya sejak 2008.
“Jika mereka benarkan pada ketika itu, sudah pastinya saya telah jual tanah itu sekarang,” tegasnya.
PKR melalui Pengarah Strategiknya, Rafizi Ramli ketika sidang medianya mendakwa pembelian syarikat Deepak Astacanggih Sdn Bhd oleh kerajaan adalah untuk menutup Deepak daripada terus melakukan pendedahan.
Menjawab perkara itu, Deepak berkata, beliau adalah seorang yang berprinsip dan tidak mudah untuk “membeli” dirinya.
“Kalau kata saya nak tutup mulut ... adakah saya tutup mulut sekarang?”
“Saya tidak akan dibeli,” tambah Deepak.

Pelancaran buku ‘The Black Rose’ Deepak dibatal

KUALA LUMPUR, 2 Jan — Rancangan Deepak Jaikishan untuk melancarkan bukunya bertajuk “The Black Rose” dibatalkan gara-gara pendedahan Rafizi Ramli berhubung pembelian barang kemas dari Hong Kong, kata usahawan karpet itu.
Usahawan itu bagaimanapun turut mengakui bahawa beliau adalah penulis buku 26 muka surat itu, yang dakwanya kisah sebenar disebalik akuan bersumpah (SD) kedua penyiasat peribadi P Balasubramaniam.
“Ya ... Saya ambil masa sehari untuk draf semua benda,” kata Deepak (gambar) ketika sidang media hari ini.
Jelas Deepak, beliau bagaimanapun tidak bercadang untuk menjual buku tersebut, sebaliknya ia hanya akan dimuat naik ke internet, dan boleh dimuat turutn secara percuma.
“Saya tidak mengejar keuntunga, saya menceritakan perkara yang benar,” katanya.
“Saya akan letak ‘bebas hak cipta’ ... Kalau nak cetak, silakan.”
Beliau bagaimanapun mengakui terdapat beberapa keping buku itu yang tersebut yang telah siap dicetak yang hanya akan diedarkan kepada rakan dan sahabat handai terdekat.

Deepak kecewa Anwar tak beri sokongan terbuka

Ahli perniagaan permaidani Deepak Jaikishan melahirkan rasa kecewa ke atas ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihatnya tidak memberi sokongan secara terbuka terhadap tindakannya yang membuat beberapa pendedahan sebelum ini.

"Saya sangat menghargai media yang menyokong saya tetapi saya tidak nampak perkara ini daripada pembangkang.

"Saya telah menyatakan hasrat saya sejak minggu lalu kepada Anwar untuk tampil dan menyokong saya secara terbuka, bukan dengan berdolak-dalik tetapi bertemu saya atau menyokong apa yang saya buat," katanya.

Katanya beliau kecewa kerana Anwar tidak menyatakan sokongan tersebut tetapi menggunakan pengarah strategi PKR Rafizi Ramli untuk menyampaikan perkara itu.

Tambahnya, beliau tidak begitu menghargai tindakan Anwar yang ditunjukkan seperti itu.

Deepak mengakui bahawa beliau telah bertemu dengan Anwar pada malam sebelum beliau hadir ke mahkamah sebelum ini.

Deepak : 'Saya tak pernah beri Rafizi apa-apa dokumen'

Ahli perniagaan Deepak Jaikishan berkata beliau tidak tahu menahu mengenai dokumen yang dikemukakan pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini berhubung dakwaan pembelian barang kemas - didakwa sebahagian daripada sogokan untuk melicinkan satu urusniaga tanah.
Menurut Deepak lagi, beliau juga tidak pernah menyerahkan apa-apa dokumen sama ada kepada Rafizi mahupun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan pembelian barang kemas tersebut.

"Saya tak pernah beri (Rafizi) apa-apa dokumen. Saya sendiri tidak pernah lihat dokumen yang dikatakan.

"Oleh itu saya bersama peguam akan meneliti tentang perkara ini," katanya pada sidang media di ibu negara petang ini.

Deepak juga berkata beliau dinasihatkan peguam supaya tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan bahawa beliau membeli barang kemas tersebut.

Dakwaan Deepak: Muhyiddin dirayu selamatkan Umno?


KUALA LUMPUR: Sumber Harakahdaily di Umno muncul kembali di 2013, kali ini dengan menyatakan bahawa parti terbesar Melayu itu kini amat tertekan dengan dakwaan peniaga permaidani Deepak Jaikishan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

“Kami tidak boleh bersuara dalam isu (dakwaan Deepak). Kami diarahkan tidak boleh berkata apa-apa. Malah semua media pro-kita tidak boleh melaporkan mengenai dakwaan Deepak. Kami tertekan kerana tahu isu ini adalah bom C4 buat Umno di PRU13,” kata sumber itu kepada Harakahdaily hari ini.

Sumber yang rapat dengan pemimpin tertinggi Umno berkata, ramai dalam Umno kini memohon Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bertindak menyelamatkan Umno daripada ditenggelamkan oleh Najib dan isterinya.

“Masalah ada pada wanita tersebut… yang lelaki itu ok, tapi apa nak buat, mereka suami-isteri. Jadi, kalau nak buang wanita, kena buang yang laki bersama. Kami dok doa Muhyiddin akan bersuara untuk memanggil Najib turun takhta demi survival Umno,” kata beliau.

Ditanya samada beliau mempercayai dakwaan Deepak, sumber itu berkata “ada perkara yang boleh dipercayai” terutamanya mengenai bahagian-bahagian mengenai Rosmah.

Kerajaan Negeri Sedia Pelan Bantuan Atasi Gangguan Air

Miter_air_Syabas
SHAH ALAM, 2 JAN : Kerajaan Negeri menyediakan pelan bantuan dengan meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor bersiap sedia bagi mengatasi gangguan bekalan air dibeberapa kawasan di negeri ini.
Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin, Kerajaan Negeri meminta Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk menghantar lori-lori tangki air ke kawasan terlibat di Bandar Tun Razak, Hulu Langat dan Ampang.
Sehingga kini, sebanyak tujuh lori tangki air dihantar oleh PBT-PBT di Selangor ke Wilayah Persekutuan khusus ke kawasan yang terjejas teruk akibat kegagalan Syabas menyelenggara rumah pam air dan membuat pemeriksaan berkala.
“Menteri Besar juga meminta Unit Pembangunan Ekonomi Negeri Selangor untuk memantau pembekalan air di seluruh negeri dan Wilayah Persekutan Kuala Lumpur serta Putrajaya.

Rebat RM200: Tiada had harga beli telefon pintar



Rais Yatim KUALA LUMPUR -  Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.
  
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan di sini, berkata perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementerian tersebut hari ini.
  
Pemberian rebat RM200 itu dilaksanakan di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) selaras dengan ucapan Belanjawan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada September lepas.
  
Menurut kenyataan itu, pelaksanaan skim tersebut ialah atas prinsip 'siapa cepat dia dapat'.
  
Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications.

Sesi Soal Jawab & Pelancaran Tabung GAZA - Bhg 7

Pandangan Isu Pelastine - Dr Juanda Jaya - Bhg 6

DPPM dedah punca sebenar banjir besar di Terengganu

Perumahan Rakyat: Kerajaan PR Sudah Buat, Kerajaan BN Bila Lagi?

Anwar Ibrahim: Perdana Menteri & Pemimpin UMNO Baru Sekarang Teringat Sabah Itu Penting

Answer RM13mil Jewel-gate claim, Rosmah told


Negara Islam,hudud & negara sekular

Nik Abdul Aziz Nik Mat
Apabila memperkatakan Islam dalam konteks parti-parti politik di Malaysia, secara otomatis fokus masyarakat tertumpu kepada PAS. Selaku Parti Islam PAS merasa bertanggungjawab untuk menyatakan perjuangan ke arah penubuhan al-Daullah al- Islamiayyah (Negara Islam) dan ke arah perlaksanaan hukum hudud. Perjuangan PAS dengan versi Islamnya ini di tentang secara terbuka oleh parti-parti yang didominasi oleh orang-orang bukan melayu seperti DAP dan parti Cina iaitu MCA.
Lebih menarik pula tentangan terhadap versi Islam PAS ini ada juga datang daripada pemikir-pemikir Islam tertentu. Pada mereka versi Islam PAS kecundang dan meleset kalaulah didasarkan kepada al-Quran dan al-Hadis mengikut metodoloji dan epistimoloji tertentu. Keyakinan mereka berasaskan kepada tradisi agong lampau. Yang menyedihkan kepada bangsa dan ummah ialah apabila ujudnya pula fenomena penglibatan tokoh-tokoh politik tertentu dalam isu-isu ini demi mengelirukan suasana dan mencari habuan politik murah dalam konteks pilihanraya yang semakin hampir.
Apa yang dapat dilihat konsep Negara Islam dan cita-cita kearah perlaksanaan Hukum Hudud mengikut versi PAS tidak cocok dan serasi dengan konsep Negara bangsa masyarakat majmuk Malaysia kini. Lebih-lebih lagi apabila masyarakat Malaysia dalam era globalisasi kini sentiasa terdedah kepada nilai-nilai pemikiran luar, baik yang positif mau pun yang negatif. Sesungguhnya dalam realiti masyarakat majmuk Malaysia kini, di samping ujudnya banyak warna perbezaan dalam kehidupan, justeru kerana faktor latar belakang sejarah budaya dan agama yang berbeza terbentuk pula dengan kukuh sistem kerajaan dan pentadbiran birokrasi ekoran zaman penjajahan dahulu. Kewujudan kesemua fenomina-fenomina di atas membentuk suatu pola budaya yang pada keseluruhannya bersifat menolak terhadap idealisma politik Islam PAS. Suasana demikian menjadi bertambah keliru dan kompleks lagi apabila isu-isu Islam ini dipergunakan secara pro dan kontra oleh parti-parti politik tertentu dengan sewenang-wenang demi kuasa. Pada umumnya worldview generasi baru masyarakat majmuk kini terutama dikalangan orang-orang bukan Islam didominasi oleh worldview demokrasi, liberal, hak asasi manusia, humanisma, keadilan gender dan lain-lain mengikut perspektif barat. Justeru kerana itu pada worldview mereka konsep al-Daullah al-Islamiyyah dan bentuk Hukum Hudud sudah ketinggalan zaman dan tidak cocok untuk masyarakat global dan moden kini.
Timbul persoalan disini apakah jiwa pengajaran Al-Quran dan Al-Hadis tidak cocok dan sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia kini? Sedangkan apa yang menjadi pegangan kita selaku umat Islam, Al-Quran dan Al-Hadis yang sahih terus releven dan mempunyai fungsi agong sebagai penyelesaian pada kesemua masalah masyarakat dalam apa situasi dan masa. Al-Quran juga mengikut keyakinan kita ialah sebuah kitab ilahi yang agong turun ke bumi dalam pusingan wahyu terakhir yang lengkap dan sempurna bagi memandu kehidupan masyarakat dunia demi pembangunan, kebenaran, keadilan dan kasih sayang manusia di dunia dan seterusnya membawa impak kepada kebaikan hidup di akhirat nanti. Turunnya Al-Quran dalam pusingan wahyu yang terakhir ke bumi ini dengan persoalan otentisiti dan kredibiliti teksnya yang terjamin juga bertujuan untuk mengesahkan, bahawa masih adanya lagi peratus tertentu element-element kebenaran dalam kitab-kitab Ilahi sebelumnya. Justeru kerana itu Al-Quran berupaya berfungsi sebagai kriteria atau kayu ukur untuk menyukat dan mentashihkan teks-teks kitab-kitab Ilahi tadi yang mengalami banyak pencemaran oleh faktor manipulasi dan korapsi dalam perjalanan sejarah yang panjang.

Bukti isu ‘Amanat Haji Hadi’ tidak berkesan

Abd Shukur Harun,

Jika Umno/BN menyangka isu ‘Amanat Haji Hadi’ yang dimainkannya sekarang ini akan berkesan dalam PRU akan datang, maka jangkaannya akan meleset di mana isu itu tidak akan berkesan kepada pengundi betapun parti nasionalis itu ‘meniupkannya’ setiap hari.

Tinjauan di kalangan pengundi di pedalaman, khususnya di Johor, mendapati isu ini tidak menarik minat mereka ketika ditinjau dan ditanyakan pendapat mereka.

Negeri Johor, dulunya kubu kuat Umno, kini nyata pemikiran pengundi sudah jauh berubah, terutama generasi baru yang jumlahnya mencecah 40%. Pengundi generasi lama sudah sangat jauh berkurangan, ada yang berpindah ke negeri lain, mengikut anak, ada yang sudah meninggal, ada yang sudah menerima pandangan anak-anak mereka yang bekerja di bandar. Malah ada yang menyatakan rasa bosan dengan isu ini yang disiarkan berulang-ulang siang dan malam oleh media BN.

Seorang penduduk di pedalaman Mersing – yang dikenali sebagai Pak Ngah Mat – memberitahu saya di sebuah gerai makan, “Ini kerja busuk, dia ingat orang kampung bodoh sangat. Haji Hadi ada ilmu agama yang tinggi tentu dia ada alasan yang kuat.”

Saya bertanya kepadanya, “Ada tengok TV?” Dia menjawab “Ada juga menjengah begitu-begitu saja, tengok berita banjir, berita rompak, bunuh.”

Seorang lagi bernama Osman Abu Bakar, pertengahan umur yang ditemui di Kota Tinggi berkata, “Bosan dengar berita TV, surat khabar, tak ada berita lain selain kempen politik, sedangkan orang kampong sudah, harga barang mahal, ikan lebih mahal lagi, harga kelapa sawit tidak seberapa.”

Muhyiddin kudeta kuasa Najib?

Menjelang 1 Januari 2013 dengan rasminya Muhyiddin Yassin mengambil alih (kudeta) 'kekuasan' dalam Umno daripada Najib Razak tanpa menukar status jawatan. Ramai yang tidak terperasan transisi secara senyap ini. Malahan di dalam Umno sendiri ramai yang tidak tahu mungkin menafikan kalau diberitakan hal ini. Mereka mengira ketiadaan Najib dalam negara sejak 30 Disember ialah rutin biasa kerana bercuti di luar negeri.
Orang Umno apa lagi di peringkat bawahan begitu naif untuk membaca gerak dan gelombang dalam parti itu. Sebab itulah mereka mudah untuk diperdayakan oleh pemimpin mereka. Bagi tahu apa saja mereka akan percaya dan tidak terliur untuk 'mengogeh-ogehkan' apa saja diberi tahu. Kalau dikatakan ahli Umno taksub sampai peringkat hujung kasut mereka marah.

Selain itu mereka yang menyayangi Najib cuba membuat penjelasan pemergian Najib ke luar negara di akhir tahun adalah kebiasaan, untuk berihat atau release tension. Lagi pun kebetulan beliau ada misi perdagangan dalam mencari pelabur untuk membahkan pendapatan negara. Indeks perdagangan negara perlu dinaikkan untuk memberi tahu rakyat Najib layak dan ada wibawa sebagai perdana menteri dan menteri kewangan. Najib kena lakukan dan membukti dia hebat dari Anwar Ibrahim kalau tidak dia akan ditolak oleh rakyat.
Setiap kali Najib ke luar negara dan menanda tangani MoU maka akan dihebohkan kononnya pelabur asing meningkat di negera ini. Kalau dihimpunkan jumlah atau nilai pelaburan asing ke negara ini yang dikatakan Najib rasanya negara sudah kelebihan modal dan rizab negara pun sudah lebih dari mencukupi. Anehnya kenapa pula negara memiliki hutang sebanyak RM476.68 billion?

Najib dikesan berada di luar negara pada hari 28 Disember, beliau sempat hadir menziarahi body Lim Keng Yaik. Sampai hari ini Najib masih lagi belum menampakkan kelibat batang hidung. Sebelum asap pembakaran body Keng Yaik habis berarak ke udara Najib dan isterinya sudah menghilang.

SUARAM kecam OCPD Dang Wangi ekoran satu lagi kes mati dalam tahanan

KUALA LUMPUR, 2 Jan — Badan bukan kerajaan SUARAM dalam satu kenyataan hari ini mengecam Ketua Balai Polis Daerah (OCPD) Dang Wangi Zainuddin Ahmad ekoran tiga kematian dalam tahanan daripada September hingga Disember tahun lepas.
Kematian terbaru K. Nagarajan, 32 pada 21 Disember 2012 merupakan yang ketiga di balai tersebut, sebelum ini dua lagi mangsa Chandran Perumalu, 47 dan Wong Tip Ping, 51 turut mengalami nasib serupa di balai sama.
“Balai polis Dang Wangi belum pun kering lagi darah ditangan tetapi sudah menambah satu lagi kematian dalam rekod, Nagarajanadalah mangsa yang terkini,” kata jawatankuasa SUARAM, R Thevarajan hari ini.
Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), Nagarajan didakwa mati setelah terjatuh di dalam lokap ketika ditahan di balai polis Dang Wangi.
Kumpulan tersebut juga menggesa satu inkuiri bebas dijalankan bagi menyiasat kematian mangsa terbaru tersebut.
“SUARAM sangat marah dan terkilan dengan kematian dalam tahanan yang masih berterusan. Sebagai menuntut keadilan, kami menggesa satu inkuiri bebas diadakan untuk meniyiasat.
Disamping itu, SUARAM juga mengecam Zainuddin sebagai seorang OCPD yang tidak bertanggungjawab memandangkan kematian kali ini adalah yang ketiga sejak beliau menggantikan Mohamad Zulkarnain Abd Rahman pada Ogos tahun lepas.

Pengarang setuju TV3 tak cuba sahkan tulisan Nizar

Pengarang pengurusan kumpulan Media Prima Datuk Mohd Ashraf Abdullah ketika ditanya peguam di mahkamah hari ini bersetuju bahawa TV3 tidak menjalankan apa-apa usaha untuk mengesahkan satu tulisan di Twitter oleh bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamalluddin.

Ketika pemeriksaan balas, Ashraf, 45, juga bersetuju bahawa salah satu keperluan utama dalam kewartawanan adalah pengesahan.

Beliau merupakan saksi pertama responden dalam kes saman RM50 juta oleh Nizar ke atas Sistem Televisyen Malaysia Bhd dan produser TV3 Rohani Ngah.

Ashraf sebelum ini berkhidmat di New Straits Times Sdn Bhd sebagai wartawan dan ketua biro Kuantan, selain sebagai koresponden London.

Beliau mempersetujui kenyataan peguam Nizar, Mohd Fikri Asmuni bahawa bertia berhubung Nizad dan Sultan Johor itu dikira berita "besar" kerana personaliti yang terlibat.

Nizar sebelum ini memberi keterangan bahawa berita Buletin Utama TV3 memfitnahnya dengan memutarbelit tulisannya di Twiiter bahawa bidaan Sultan Johor untuk nombor pendaftaran WWW1 "menggunakan wang rakyat", sedangkan beliau tidak pernah berkata demikian dalam tulisannya.

Beliau juga menyatakan bahawa beliau berada di rumah pada 30 Mei, ketika berita itu disiarkan, dan tiada usaha daripada TV3 untuk menghubunginya.

TV3 gambarkan bidaan WWW1 guna wang rakyat....Utusan dah kalah..!!!

Bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa TV3 memfitnah beliau dengan menggambarkan bahawa beliau menyatakan bidaan untuk nombor pendaftaran WWW1 dibuat oleh Sultan Johor menggunakan wang rakyat.

Nizar (kanan) dalam saman RM50 juta ke atas Sistem Televisyen Malaysia Bhd dan satu lagi pihak berkata beliau tidak pernah merujuk dalam tulisannya di Twitter bahawa beliau menuduh Sultan Johor menggunakan wang rakyat.

Katanya, defendan berkenaan tanpa menyemak dengannya memanipulasi mesej Twitternya dan memfitnah, menghukum serta memberi pendapat dan spekulasi tanpa menghubunginya terlebih dahulu.

Tambahnya, fitnah berkenaan merupakan satu perkara serius kerana defendan menggunakan perkataan "menuduh" dan "wang rakyat" untuk memberi konotasi negatif bahawa ia ditujukan kepada sultan.

"Defendan tidak merujuk kepada saya untuk mendapatkan pengesahan sedangkan (tulisan di Twitter) saya mempunyai asas," katanya.

Nizar, 55, berkata tindakan defendan itu berniat jahat dan program Buletin Utama pada 30 Mei lalu memberi gambaran negatif ke atasnya bahawa beliau anti-sultan dan menentang institusi beraja.

'Hospital tak siap-siap, BN tak tepati janji'

PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya lima buah hospital yang dijanjikan oleh Barisan Nasional di seluruh negara gagal siap seperti yang sepatutnya.

Ketua Biro Kepenggunaan PKR Yahaya Saari berkata, ianya termasuk hospital yang dijanjikan oleh BN sejak 2006 lalu lagi namun tidak siap hingga ke hari ini.

Malah menurutnya, ada projek yang sampai dipecah tanah sebanyak dua kali menjelang pilihan raya 2008 lalu, namun sehingga sekarang tidak nampak sebarang perkembangan.

"Di Tanjung Karang Selangor, hospital telah dijanjikan sebelum pilihan raya ke-10 lagi iaitu pada tahun 1999.

Tak Cukup Duit : K’jaan henti bekal ubat percuma, rakyat tanggung kos sendiri

PETALING JAYA 2 Jan: Orang ramai tidak lagi berpeluang mendapat ubat percuma dari hospital atau klinik kerajaan sebaliknya perlu menanggung sendiri kos menerusi swasta ekoran dasar baru yang bakal dilaksana Kementerian Kesihatan tidak lama lagi.
Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri berkata, maklumat diterimanya menyatakan Kerajaan Persekutuan menangggung RM1.2 bilion untuk membiayai ubat-ubatan pesakit dan ia meningkat 10 peratus setiap tahun.
Oleh sebab itu, kementerian dikatakan terpaksa menghentikan pengedaran ubat-ubatan secara percuma.
“Antara ubat paling banyak diberi kepada pesakit ialah paracetamol (ubat demam) dan ubat penahan sakit, piriton (selsema) dengan kos 10 sen setiap biji. Kementerian membelanja lebih RM1.2 bilion dan ia meningkat 10 peratus setiap tahun.
“Maka satu sistem baru akan diperkenal dalam masa terdekat. Kementerian Kesihatan tidak lagi membekalkan ubat kepada pesakit, tetapi perlu membelinya sendiri di farmasi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Awasi Provokasi Melampau UMNO Dan BN Menjelang PRU13

" Deepak, Musa senjata Dr M dalam 'perang gerila' terhadap Najib & Rosmah?Jangka hayat UMNO dan gerombolan semakin menghampiri penghujungnya setelah segala gerak gempur fitnah adu domba, rasuah, media  dan perkauman sedang di mainkan dengan rakusnya untuk mengabui mata rakyat yang semakin bijak menilai erti bersuara. Rakyat dapat menilai semua itu dengan 5 tahun pemerintahan PR dan 55 tahun pemerintahan UMNO dan gerombolan

Rakyat telah mengambil risiko untuk menyatakan rasa tidak puas hati dengan salah laku UMNO dan gerombolan dengan harapan perubahan akan berlaku. UMNO dan gerombolan langsung tidak mengambil peluang dan ruang untuk memperbaiki setiap kisah salah laku pemimpin mereka yang lalu untuk di jadikan iktibar dan tauladan

Najib adalah makhluk yang sedang menjadi perhatian dunia untuk membuktikan kan ayat-ayat songsang Janji Najib jika diberi mandat PRU13  untuk meraih simpati mungkin yang terakhir sebagai PM UMNO. dan secara tidak langsung untuk menghabiskan sisa-sisa menghitung hari untuk membubarkan Parlimen sementara menunggu arahan Rosmah.
Sudah pasti Najib mengintai acara Tirai terakhir 2012l lepas di setiap lokasi yang di anjurkan oleh BN dan PR untuk mengukur tahap kekuatan zahir dan batin beliau untuk membubarkan Parliman apatah lagi beliau diam buat sengal untuk menjawap isu  Deepak, Musa senjata Dr M dalam 'perang gerila' terhadap Najib & Rosmah?
Setelah Najib kurang mendapat publisiti murahan dengan merasuah RM1.2 Billion (BRIM) hasil rakyat kepada rakyat  dan percaturan terakhir Najib sebanyak BR1M bakal cerahkan peluang BN dalam PRU RM3 Billion (BRIM2) diharap akan membutakan mata rakyat . Yang menariknya semakin menuju jangka hayatnya semakin rakus merembat harta negara.

Maklumat terkini , Media pencacai UMNO dan gerombolan serta pasukan gerak gempur pencacai telah di gerakkan untuk menimbulkan tindak balas dari penyokong Pakatan Rakyat. PR harus sentiasa untuk meneliti setiap gerak laku gerombolan pencacai ini untuk melakukan provokasi di setiap lokasi acara PR. Adu domba ini dapat disaksikan sejak akhir-akhir ini dan setiap provokasi dapat diatasi dengan rasional oleh penyokong PR. 
Rakyat di nasihat kan agar tidak terikut-ikut provokasi UMNO dan gerombolan dengan agenda jahat mereka untuk menghuru-harakan negara.
Ubah Sebelum Parah

Plot PRU13 : Syabas salahkan Selangor punca tiada air

Kelewatan pembangunan sistem pengepaman tambahan di Wangsa Maju di sini, menjadi punca ketiadaan air yang menjejaskan lebih setengah juta penduduk ibu kota sejak seminggu lalu.
KUALA LUMPUR: Kelewatan kerajaan Selangor melaksanakan pembangunan sistem pengepaman tambahan di rumah pam Wangsa Maju di sini, menjadi punca kepada masalah ketiadaan air yang menjejaskan lebih setengah juta penduduk ibu kota sejak seminggu lalu, dakwa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Ketua Pegawai Eksekutif Syabas Datuk Ruslan Hassan berkata cadangan untuk membina sistem itu dikemukakan sejak 2009 dan pada Mac 2012, kerajaan Persekutuan meluluskan pelan pembangunan serta pinjaman untuk projek itu dibangunkan oleh Kerajaan Selangor.
“Tetapi sehingga kini, kita difahamkan projek ini masih di peringkat rundingan reka bentuk oleh Kerajaan Selangor dan dijangkakan projek itu akan mengambil masa setahun untuk disiapkan jika dilaksanakan dengan kadar ‘fast track’,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau juga memperjelaskan cadangan untuk membangunkan sistem pengepaman dibuat pada 2009 selepas menyedari masalah kekurangan air akan berlaku ekoran rumah pam Wangsa Maju yang sedia ada telah beroperasi secara ‘overload’ dengan permintaan bekalan air yang meningkat sejak kebelakangan ini.
Rumah pam Wangsa Maju dengan kapasiti bentuk 136 Juta Liter Sehari (JLH) mula beroperasi sejak tahun 2004 di bawah pengurusan Perbadanan Urus Air Selangor Berhad (Puas) dan kebelakangan ini, kadar pengepaman ditingkatkan sehingga mencecah 200 JLH.
`Reka bentuk 180 JLH’

UMNO Mainkan Politik Perkauman & Ugama Fitnah ADUN Sekincan

Adun Sekinchan, Ng Suee Lim menyatakan komitmen untuk terus mempertahankan kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13(PRU-13) ini yang sudah dimenanginya selama dua penggal sejak 2004.

Ujar beliau, sebaran risalah dan fitnah yang disebar mendakwa Suee Lim akan ‘lari’ ke DUN lain adalah strategi terdesak pihak BN yang cuba mengaburi mata rakyat dengan membohongi masyarakat dengan fakta yang tidak berasas.

Pagi ini, masyarakat di Kawasan Perumahan Taman Ria Sekinchan dikejutkan dengan taburan risalah lapan muka surat yang bertajuk ‘Dosa-dosa Ng Swee Lim’ bagi memburukkan imej Adun Sekinchan itu.

Risalah berbahasa Melayu itu diletakkan di setiap rumah yang dipercayai disebarkan pada waktu malam tahun baru 2013 yang juga dipercayai disebarkan di kawasan lain di DUN Sekinchan.

Ia mengutarakan sembilan isu yang menyerang keperibadian Suee Lim dengan cuba menyalahkan pengundi kerana memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat dalam PRU-12 lepas.

“Ia adalah provokasi BN untuk mengelirukan rakyat.

Melayu Bersatu Untuk Amar Makruf

Pemimpin UMNO ada skim cepat kaya lebih hebat dari skim Pak Man Telo. Sebab? Sebab kalau mereka buat, tidak akan dapat ditangkap. Kecuali kerajaan bertukar dan semua kontrak, semua perjanjian, IPP, lesen pelabuhan, lapanganterbang, lesen ASTRO, lesen TV, lesen Celular, dikaji semula.
Kita kena teliti dan periksa dan lihat sama ada, harga tender, harga kontrak, harga pembelian diUMNOkan. Maka tahulah kita, zikir harian UMNO ialah- wa haramun kalau makan sorang, wa halalun kalau kongsi sama.
Itu sebab nya, kos pembinaan PLUS dari RM3 bilion jadi RM6 bilion. Dan setelah kutipan tol dan pampasan sudah melebihi RM20 billion, lesen untuk kutip tol masih disambung oleh puak UMNO. Demikian juga, harga kapal selam – kita tidak akan tahu harga sebenar sehingga kerajaan baru ambil alih. Yang kita tahu bab komisyen sahaja sudah RM500 juta lebih. Kita tak tengok lagi pembelian RM7 billion kereta perisai yang diberi kepada Syed Mokhtar- lelaki Melayu yang satu dan terakhir di Malaysia. kita tak tengok lagi pembelian pesawat2 dari Rusia, pembinaan bot patrol laju dari zaman amin shah omar shah sehingga zaman Bastard Boustead Holdings.

Politik PRU13: Utamakan kestabilan bila undi, MTUC nasihat pengundi

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini menyeru 12 juta pekerja di negara ini supaya memberi keutamaan kepada keharmonian industri, kestabilan ekonomi dan politik serta kebajikan mereka apabila mengundi pada pilihan raya umum akan datang.
  
Presidennya Khalid Atan berkata sebagai kelompok masyarakat yang mempunyai jumlah anggota yang begitu ramai, pekerja perlu menunaikan hak mengundi masing-masing dengan penuh berhemat kerana keputusan pilihan raya mempunyai kesan yang amat besar terhadap masa depan mereka.
  
Bercakap kepada Bernama, beliau berkata golongan pekerja patut diberi pujian kerana sumbangan besar mereka dalam mewujudkan suasana industri yang amat stabil, yang sekali gus menyumbang kepada kestabilan dan kemajuan negara.
  
Keharmonian industri yang wujud ini juga membantu menarik pelabur asing ke Malaysia, yang seterusnya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.
  
Pilihan Raya Umum ke-13 dijangka diadakan pada bila-bila masa dalam tempoh terdekat.

Tragedi Bukit Setiawangsa: Banglo MP UMNO Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis akan diroboh


Tragedi Bukit Setiawangsa: Banglo 2 MP mungkin diroboh
Kerja-kerja pembersihan sisa runtuhan giat dijalankan di Puncak Setiawangsa di sini hari ini. - Foto Bernama
 
KUALA LUMPUR - Banglo milik Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis yang terletak di kawasan tanah runtuh Puncak Setiawangsa, Bukit Setiawangsa di sini, akan diroboh 80 peratus.

Ketua Pegawai Operasi Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram), Mohd Taufik Haron berkata, belum ada sebarang keputusan untuk merobohkan kediaman Jamaluddin, namun pihak pemaju sedang menyediakan kertas cadangan ke arah itu.

"Apa yang saya boleh katakan, kemungkinan 80 peratus kediaman beliau perlu dirobohkan kerana telah sedikit terjejas berikutan terdapat pergerakan tanah yang berlaku, tambahan pula kita perlu buat zon penampan," katanya hari ini.

Langkah itu juga bagi memberi laluan kepada pembinaan zon penampan untuk mengukuhkan cerun bukit.

Katanya, kerja-kerja meroboh sebuah banglo mewah yang terjejas teruk akibat tragedi tanah runtuh di Puncak Setiawangsa berikutan dikhuatiri menjadi beban pada cerun sudah selesai sebanyak 80 peratus.

Ex-IGP thinks his exposé will bear fruit

MyWatch patron Musa Hassan is optimistic that the police force will eventually improve.

PETALING JAYA: Former Inspector-General of Police Musa Hassan has come under attack from several quarters for his recent revelations about corruption in the force, political interference in its work, and criminal elements infiltrating it at the highest levels.
The government has ignored his allegations, and his successor, Ismail Omar, has dismissed his claims as “unimportant”.
However, the patron of anti-crime watchdog MyWatch said he remained optimistic that his exposes, which he claimed were aimed at improving the police force, would bear fruit.
“You shouldn’t be downhearted when people don’t want to listen,” he told FMT in an exclusive interview. “We still have to tell the truth.”
Musa spoke well of Ismail’s deputy, Khalid Abu Bakar, calling him a “capable leader”. But he dismissed a suggestion that he was ganging up with Khalid to overthrow Ismail.
When asked whether there had been attempts by the Prime Minister Najib Tun Razak or Opposition Leader Anwar Ibrahim to meet him, Musa said no political leaders had met him.
In a new year message to Malaysians, Musa said: “I hope this country will prosper, and there won’t be any political problems. I hope the police will improve themselves. People are now more aware of integrity. That’s a good sign. All agencies should be of high integrity, and avoid themselves from being corrupted, that’s the wishes of the people, and that’s my wish also.”
MyWatch chairman R Sri Sanjeevan, who was with Musa during the interview, said the organisation’s objective was to make Malaysia crime-free society, adding that this required good leadership in the police force.
Excerpts from the interview
The IGP reportedly said that what you said was not important. Don’t you feel like all your criticisms and efforts are falling on deaf ears?
Sanjeevan: No, no, no. We will keep on trying
Musa: We shouldn’t be downhearted when people don’t want to listen to us. We still have to tell the truth.
Sanjeevan: Changes don’t happen overnight.

Where has RM11 bil gone, Taib?

The past eight years have seen the state government allocating billions of ringgit to a secretive 'trust' under the guise of 'economic development'.
KUCHING: More than RM11 billion over the past eight years have gone missing from the Sarawak budget and the opposition believes the monies were channelled to Chief Minister Taib Mahmud’s family-run businesses and cronies of leaders.
Some RM11,3373,179,400 or about 50% of the RM23,281,380,913 over the past eight years have gone missing.
Disclosing this today, state DAP secretary Chong Chieng Jen said that since 2006, a secretive item titled ‘Government Contributions towards Approved Agencies Torts fund’ has appeared in the annual Sarawak’s budgets.
“Approximately 50% of the annual State Department Expenditure is allocated to this Trust fund.
“Why is the state government refusing to disclose the identities of those who have received the funds?
“Why has Chief Minister Abdul Taib Mahmud (Finance Minister) refused to disclose who these so-called ‘agencies’ receiving the ‘contributions’ from the government.
“All we were told is that the ‘approved agencies’ are corporate bodies, companies or organisations which have been approved in writing by the Chief Minister to promote economic, social or educational advancement of the state.
“It can be private companies or cronies or family companies who have received such fund.
“To many BN politicians, advancement of family business is often equated to ‘economic development of the state’.

Starring Datin 'B' or is it Rosmah, DAP launches Gangnam-style 'Ubah' video

An air of festivity surrounded the official launch of the DAP’s catchy multi-language 'Ubah-Rocket style' video at the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall last night.
The individual who caught the most attention was ‘Datin B’, who dressed up as Malaysia’s ‘First Lady’ aka Rosmah Mansor, the premier’s wife.
Starring Datin 'B' or is it Rosmah, DAP launches Gangnam-style 'Ubah' video Datin B called herself ‘momma’ in a sketch depicting Rosmah’s allegedly expensive and extravagant taste in clothes and handbags, among other items. [Watch the sketch here]
Many present took photographs with Datin B, who featured prominently in the four-minute Ubah video.
DAP national publicity secretary Tony Pua, who produced the video, said the DAP got started after secretary-general Lim Guan Eng suggested last September that a video be made based on the ‘Oppa Gangnam’ style popularised by South Korean rapper Psy.
“Lim asked whether I had watched the video as it was very ‘hot’. It was a month after Psy launched the video and it had registered 178 million hits ... (it) has become a worldwide phenomenon,” Pua said.
“There was difficulty in making the video as the authorities, namely the highway authorities and light rail transit (LRT) officials, stopped the shooting.”

Deepak Pernah Belanja RM 13 Juta Beli Barang Kemas Rosmah

Barang Kemas Rosmah 01
PETALING JAYA : Pangarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan invois pembelian barang kemas bernilai RM 13 juta untuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor oleh peniaga karpet Deepak Jaikishan.
Beliau mendakwa invois daripada dua buah syarikat di Hong Kong itu membuktikan bahawa Deepak membayar sebanyak RM 13 juta sebagai ganjaran dalam satu urus niaga tanah.
Beliau mengemukakan dokumen yang didakwanya diperolehi melalui orang tengah daripada Deepak.
Rafizi berkata pembelian 19 jenis barang kemas itu termasuk cincin, rantai dan subang berlian dilakukan dalam tempoh tiga bulan bermula Mac hingga Mei 2009, selepas Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri.
Malah nama Rosmah tertera di dalam satu dokumen emel yang dihantar oleh kakitangan syarikat berlian terbabit.

KEADILAN desak SPRM siasat pendedahan Deepak

KUALA LUMPUR 2 Jan: KEADILAN gesa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim Mohamed segera siasat semua dakwaan penyelewengan yang didedah ahli perniagaan, Deepak Jaikishan.
Bendaharinya, Wiliam Leong berkata, SPRM tiada alasan untuk tidak menyiasat pembelian oleh Boustead Holdings Berhad melalui subsidiarinya, Bakti Wira Sdn Bhd ke atas saham Deepak dalam Astacanggih Sdn Bhd.
Ia termasuk 200 ekar tanah Awan Megah Sdn Bhd milik Ketua Wanita Umno Selangor, Senator Raja Roopiah Raja Abdullah.
“Walaupun jelas dana syarikat milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) diguna untuk ‘diam’kan Deepak, SPRM miliki bidang kuasa luas bawah Akta SPRM 2009 untuk arahkan Deepak hadir dan beri keterangan penuh tentang maklumat yang berkaitan.
“Kegagalan Deepak berbuat demikian adalah satu kesalahan di bawah akta itu,” katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.
Ahli Parlimen Selayang itu berkata, Seksyen 30(1) akta itu membolehkan SPRM mengarahkan mana-mana individu untuk beri keterangan, menyerahkan dokumen, rekod dan akaun serta kenyataan bertulis berkenaan segala maklumat yang diperlukan.

Amanat: Penjelasan 'live', Umno tunggu apa lagi?


KUALA LUMPUR: PAS mendesak Umno untuk segera memberikan ruang kepada Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang muncul secara langsung di televisyen bagi menjelaskan polemik berkaitan isu 'Amanat Hadi'.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, Umno sewajarnya tidak perlu berlengah selepas Presiden PAS itu telah menyatakan hasrat mahu membuat penjelasan secara langsung sama ada di saluran RTM ataupun TV3.

Sebelum ini katanya, Umno bertali arus menggunakan seluruh saluran mereka menyerang Tuan Guru Abdul Hadi dengan mencabar Presiden PAS itu menjelaskan 'amanat' yang dikeluarkan kira-kira 20 tahun dahulu di Banggol Peradong.

"Umno nak tunggu apa lagi? Ustaz Hadi sudah buat permintaan. Segerakan kemunculan Presiden PAS di TV1 dan TV3.

"Saya harap akan ada suatu tindakan dalam masa yang terdekat untuk menunjukkan komitmen mereka," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian itu lagi, Umno kini dilihat tersepit dengan permintaan Presiden PAS itu sehingga terpaksa mencipta pelbagai alasan untuk mengelaknya.

Timbul persoalan insiden bunuh diri 3 beranak di Pengerang

Penduduk Pengerang membawa potret mendiang keluarga mereka sebagai tanda bantahan terhadap projek RAPID. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 2 Jan — Insiden kematian tiga beranak di Pengerang, Johor akibat membunuh diri menimbulkan persoalan dikalangan rakyat sama ada kematian mereka disebabkan pembangunan projek kontroversi, Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) yang bernilai RM60 bilion. Dalam satu kenyataan hari ini, Gabungan NGO Pengerang (GNP) yang berjuang menentang projek tersebut berkata kematian tiga beranak itu, dengan nama keluarga Pang, disebabkan tekanan yang bakal menyebabkan mereka kehilangan rumah tanpa pampasan yang sewajarnya.
“GNP sangat sedih dengan tragedi yang melanda keluarga miskin itu yang gagal mengawal tekanan hidup, disebabkan pengambilan tanah oleh pemaju dan akhirnya membunuh diri.
“Kami juga menggesa kerajaan melihat perkara yang berlaku, dikhuatiri akan berlaku lebih banyak tregedi di Pengerang,” kata Bendaharinya, Chua Peng Sin, dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, beliau dimaklumkan saudara terdekat keluarga itu telah menerima notis makluman bahawa rumah yang didudukinya akan diambil RAPID dan mereka hanya akan menerima wang pampasan RM20,000 kerana rumah itu dibina di atas tanah orang lain.
“Selepas Pang menerima surat pengambilan tanah itu, dia ada meminta bantuan kerajaan pemerintah, malah sudah memaklumkan dia akan membunuh diri,” kata Chua.

Rompakan Siang Hari Berparang Depan Orang Ramai

Bekalan Air Terputus: Kerajaan Selangor kesal dengan alasan Syabas

Ustaz Azhar Idrus - Pahala Musibah

Ustaz Azhar Idrus - Undi Umno masuk NERAKA

Sebab Apa UMNO Kafir..???

Kematian 3 sekeluarga: Ayuh 1 juta rakyat bantah projek Rapid Pengerang di HKR 12 Jan

Hidup susah itu adalah lumrah, namun apabila segelintir rakyat susah ini dihimpit ke dinding tanpa kompromi sewajarnya maka jalan yang diambil bukan kepalang kesannya kepada masyarakat.
Itulah yang berlaku di Pengerang semalam, tiga sekeluarga ditemui mati kerana tidak mampu bertahan dengan tekanan hidup apabila dihalau dari tanah yang dimastautin sejak sekian lama.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak rakyat seluruh negara agar tidak memandang remeh peristiwa hitam yang berlaku di Pengerang ketika satu demi satu tanah dirampas demi melampiaskan nafsu konglomerat membawa pembangunan yang tidak seiring keperluan setempat.
Peristiwa kematian tiga sekeluarga ini merupakan simbol penting kebangkitan rakyat dan api kemarahan rakyat ini harus diterjemahkan pada 12 Januari 2013 yang dikenang sebagai hari kemarahan rakyat secara aman.
SAMM juga menyarankan supaya rakyat seluruh tanahair mulai saat ini berhenti mengeluh dan terus bangkit melawan kezaliman rejim penguasa.

Monyet Nikah.....Moga hangpa bahagia

  Selamat ya Bapak dan Ibu atas pernikahannya, semoga menjadi pasangan yang hebat

Hudud tiada dalam al-Quran, hanya ciptaan ahli fikah - Mahathir

Zunar enggan patuhi Akta Cetak, sedia hadapi tindakan undang-undang

KUALA LUMPUR, 2 Jan — Kartunis politik Zulkiflee Anwar Ulhaque atau Zunar sedia berhadapan tindakan undang-undang walaupun komik terbarunya “Lawak & Lawan” melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA) demi menegakkan keadilan dan hak kebebasan bersuaranya.
Dalam satu kenyataan kepada media hari ini, Zunar berkata komik terbarunya kali ini tidak memiliki nama kilang pencetak di dalam setiap bahan penerbitan seperti yang disyaratkan dibawah akta tersebut.
“Untuk buku terbaru ‘Lawak & Lawan’ saya memadamkan nama pencetak di dalamnya sebagai tanda protes,” kata beliau (gambar).
Dibawah Seksyen 11 (2) akta tersebut mensyaratkan nama kilang pencetak dicetak, kegagalan mematuhi boleh dihukum penjara tidak lebih dari satu tahun serta denda tidak melebihi RM5000 atau kedua-duanya.
“Akta ini digunakan oleh pihak kerajaan bukan untuk tujuan mengawal tetapi untuk menyekat kebebasan bersuara dengan ‘membunuh’ buku-buku dan bahan-bahan bercetak yang mengritik pihak pemerintah,” kecam Zunar.
Walaupun menyedari hukuman yang bakal dihadapinya, Zunar berkata tanggungjawab yang digalasnya lebih besar jika dibandingkan dengan ancaman daripada pihak kerajaan.
“Saya mempunyai tanggungjawab moral untuk melawan undang-undang zalim seperti PPPA,” kata Zunar dalam satu kenyataan. “Saya bersedia menghadapi risiko perundangan atas tindakan ini.”

LHDN: Henti ‘serang’ PKS, siasat kekayaan luar biasa


KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) harus menghentikan ‘serangan keganasanan cukai’ terhadap usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sebaliknya menyiasat mereka yang telah membuat ‘sumbangan’ haram kepada BN atau memiliki kekayaan luar biasa dan gaya hidup mewah.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, ini bagi membuktikan LHDN adil, tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang tanpa rasa takut atau memihak.

Begitupun, katanya DAP mengalu-alukan usaha LHDN untuk meningkatkan hasil cukai melalui keuntungan produktiviti dan memantapkan pematuhan cukai.

“Ini tidak sepatutnya mengakibatkan ‘serangan keganasan cukai’ terhadap perusahaan kecil dan sederhana (PKS), termasuk siasatan untuk kes cukai yang melebihi 6 tahun yang lampau,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Demi kepentingan undang-undang, katanya sebarang peningkatan dalam pengutipan cukai tidak seharusnya diperolehi daripada penindasan sektor tertentu sementara mereka yang mempunyai kabel politik dilepaskan.

2013: OKU harap perubahan lebih besar


KOTA BHARU: Golongan orang kelainan upaya (OKU) yang kini berjumlah 4.2 juta berharap 2013 menjadi titik perubahan lebih besar kepada pembangunan OKU di Malaysia.

Penggerak Kempen OKU Bangkit, Mohammad Faizal Che Yusof berharap setiap isu melibatkan OKU ditangani dengan penuh rasa keinsafan.

Katanya, tahun 2012 memberi kesan amat signifikan kepada perjuangan meletakkan agenda OKU bagi menarik perhatian masyarakat dan pemimpin politik.

Beliau berkata, penghujung 2012 genaplah enam tahun Konvensyen Bagi Hak-Hak Orang Kurang Upaya (CRPD) diterima pakai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Manakala di peringkat domestik pula, penghujung 2012 juga menggenapkan lima tahun Akta OKU 2008 dibentang dan diluluskan di parlimen.

“Terhasilnya CRPD di peringkat antarabangsa dan Akta 2008 di negara kita adalah suatu komitmen sistem perundangan global kepada corak pembangunan OKU berganjak dari berasaskan simpati dan kesihatan kepada berasas hak.

Iklan ‘Sayangi BN’ dalam komuter bukti Najib takut – Haniza

KUALA LUMPUR 2 Januari: Iklan ‘Sayangi BN’ dalam gerabak KTM Komuter bukti ketakutan Umno dan Perdana Menteri yang terdesak meraih simpati rakyat, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Haniza Talha.
Beliau mengulas pemasangan video iklan tiga minit bermula Sabtu lalu memaparkan pertemuan Datuk Seri Najib Razak bersama rakyat.
“Saya dapat maklumat iklan itu dimainkan pada waktu puncak, iaitu ketika orang ramai bersesak-sesak menaiki komuter.
“Kenapa perlu kempen begitu sekali? Ia jelas melanggar etika GLC (badan bukan kerajaan),” katanya ketika dihubungi.
Iklan tersebut dipasang sempena Karnival Sayangi Selangor anjuran BN negeri pada 29 Disember lalu, yang turut memaparkan logo serta slogan BN seperti, “Yakini BN-Sayangi Selangor”, “Dikau menjamin harapan” dan “Sekian lama aman sejahtera”.
“Saluran televisyen, radio, malah agensi-agensi kerajaan semua dikuasai Umno BN. Kenapa begitu terdesak? Kalau benar BN perintah dengan baik dan telus, kenapa nak takut? Rakyat pasti boleh nilai sendiri,” tegas Ketua Wanita KEADILAN Selangor itu.
“Dalam menuju negara maju, rakyat perlu diberi pandangan dan maklumat secara terbuka. Mereka ada hak untuk memilih, tapi kerajaan tutup semua medium perdana untuk akses kepada maklumat dan kemudian suruh rakyat buat pilihan,” tambahnya.
April tahun lalu, 30 bendera BN dipasang di Stesen Komuter Batu Tiga dan 10 lagi di Stesen Komuter Shah Alam.

Sekatan Terhadap Pemerhati, Bukti SPR Tidak Telus

Saifuddin Nasution Ismail putih 01
PETALING JAYA 2 JAN : Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang membuat beberapa sekatan terhadap enam badan pemerhati Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) tidak mencerminkan kesediaan dan ketelusan badan itu.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata SPR masih lagi menyekat enam badan pemerhati itu daripada memantau keseluruhan proses pilihan raya secara bebas, sebaliknya lebih fokus kepada proses ketika pasca pilihan raya.
Enam badan pemerhati yang diberi akreditasi oleh SPR itu ialah Transparency International Malaysia (TI-M), Merdeka Centre, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Pusat Kajian Polisi Awam (CPPS), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (proham).
Manakala antara sekatan itu terdiri daripada larangan memerhati proses pengiraan undi ; tidak dibenarkan merakam sebarang kejadian penipuan tanpa kebenaran pegawai SPR ; tidak dibenarkan berhubung dengan agen parti dan kakitangan tempat mengundi.

MALAYSIAN INDIANS, BEWARE OF TROJAN HORSES preaching greater racism than Umno!

As the festive cheers end the year and a new one begins, the Indian community in Malaysia needs to think really long and hard about what the forthcoming 13th General Election means for them.
Their past has caught up with them and may haunt their future if they are not careful. The 13th GE, more than the 12th GE, will be a watershed year for them in dealing with the politics of the nation. 2013 is indeed a critical year and a time for making New Year Resolutions.
Blowing with the BN wind has not helped
MALAYSIAN INDIANS, BEWARE OF TROJAN HORSES preaching greater racism than Umno!If there’s going to be a complete break with the past, Indians need to consider that politics for them cannot be what it used to be. They must resist swinging from one extreme to another - from bending over backwards to please the Umno political masters to demanding an Indian 'Nation' in Malayisa whatever that means.
Malaysian Indians must learn that trying to blow with the wind, as they have done under 55 years of Umno-BN rule, will not solve their problems. They must stand up and fend for themselves with pride and dignity and fight as a community within and inside the Malaysian nation. And not some grotesque colony that some extremist leaders appear to be promoting for their own vested interests.
It is silly to sulk that Indians are the only community in Malaysia which doesn’t have even one ethnic seat in Parliament or the state assemblies despite having a million voters on the electoral rolls and forming 8% of the 28 million population. It is true their marginalisation and disenfranchisement under the Umno regime over half a century has been complete. But to demand for 'Indian' seats to be created doesn't make sense.
Requiring Indians to live geographically close to each other in order to achieve an Indian-majority constituency would raise another storm of human rights issues all of its own. As the minority races now accuse Umno of apartheid, why are some communal leaders pursuing this very same path? Are they just power-crazed, misguided or worse, the Trojan horse put in place by Prime Minister Najib Razak to create even more disunity and confusion so as to prevent further flight of Indian votes to the Opposition now dominated by the Pakatan Rakyat (PR).
It would indeed be more worthwhile to spend time ensuring the Malaysian Indian community is looked after equally and fairly by whoever forms the government of the day, which currently it is not due to the racist platform undertaken by Umno and supported without question by the MIC which cedes supremacy to the Malays.
False 'prophets'

Zunar terbit buku protes Akta Mesin Cetak

Buku 'Lawak dan Lawan' sebagai tanda protes terhadap akta tersebut yang dianggapnya menyekat kebebasan bersuara.
PETALING JAYA: Kartunis kontroversi, Zunar kini menghasilkan buku anti-Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA) iaitu ‘Lawak dan Lawan’ sebagai tanda protes terhadap akta tersebut yang dianggapnya menyekat kebebasan bersuara.
Zunar memadamkan nama pencetak buku tersebut sekaligus melanggar Seksyen 11 (2) PPPA yang mewajibkan nama kilang pencetak dicetak dalam setiap bahan penerbitan.
Kegagalan mematuhinya boleh dihukum penjara tidak lebih dari satu tahun serta denda tidak melebihi RM5000 atau kedua-duanya.
“Saya tahu tindakan ini bertentangan dengan undang-undang, namun saya mempunyai tanggungjawab moral untuk melawan undang-undang zalim seperti PPPA.
“Saya bersedia menghadapi risiko perundangan atas tindakan ini. Saya tahu tindakan ini akan menyulitkan pendapatan kewangan akibat `Lawak dan Lawan’ tidak dapat dijual di permis-permis awam tetapi saya bersedia menanggung risiko ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Zunar, beliau sebelum ini sentiasa mematuhi PPPA namun sebaliknya yang berlaku apabila kilang cetak berkenaan sering diserbu pihak berkuasa.
Beliau mendakwa pernah berdepan sendiri dengan tekanan terbabit apabila PPPA digunakan kerajaan bukan untuk mengawal tetapi
menyekat kebebasan bersuara dengan ‘membunuh’ buku-buku dan bahan-bahan bercetak yang mengritik pemerintah.
Gedung Kartun diserbu