Selasa, 1 Januari 2013

Samseng UMNO : YDP PAS Gombak dan rombongannya dihalang dari menghadiri ijtima tarbawi di Jengka, Pahang.


Nurul Izzah: Apa Yang Kita Buat Dalam 5 Tahun Jauh Lebih Baik Daripada 50 Tahun Di Bawah Umno BN

Seksanya Bawah UMNO : Shafie Apdal Diludah?

SEKSANYA BAWAH UMNO : INI KALILAH, KERING KITA!

Seksanya Bawah UMNO : King of Palau

Wilfred Bumburing: Pimpinan Pakatan Rakyat Betul-Betul Menghargai Kebebasan Beragama Di Malaysia

2013: Enam Cetus Kecoh Di i-City Ditahan

SHAH ALAM: Polis menahan enam lelaki termasuk seorang remaja berusia 15 tahun kerana menimbulkan kekecohan semasa berlangsungnya Konsert Ambang Tahun Baru di Karnival Sayangi Selangor di I-City di sini malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Supt Mazlan Othman berkata kesemua yang ditahan itu terdiri daripada lima warganegara asing berusia dalam lingkungan 20-an dan seorang remaja lelaki tempatan. 

"Kita menahan kesemua lelaki terbabit apabila mereka menimbulkan kekecohan dengan menolak orang ramai kerana mereka mahu menghampiri pentas utama.

"Pemeriksaan ke atas kumpulan lelaki yang berpakaian seperti 'band punk' itu, pihak polis menemui dua bilah parang daripada dua suspek.

"Manakala sebilah pedang samurai pula ditemui berhampiran tempat kejadian yang kita percaya sengaja dijatuhkan (ke tanah) oleh seorang daripada suspek bagi mengelakkan dia ditahan," katanya ketika dihubungi hari ini.

2013 : Kantoi Sebelum Naik Pelamin

DICEKUP: Pasangan yang ditahan dalam Ops Tahun Baru di sebuah hotel bajet di Jalan Pantai, semalam. Pic: Harian MetroDICEKUP: Pasangan yang ditahan dalam Ops Tahun Baru di sebuah hotel bajet di Jalan Pantai, semalam. Pic: Harian MetroBATU PAHAT: Tidak sabar untuk hidup bersama sebagai sepasang suami isteri, sepasang kekasih yang hanya menunggu tidak sampai sebulan untuk diijabkabulkan ditahan di sebuah hotel bajet di Jalan Pantai, di sini, kelmarin.
Dalam operasi Ambang Tahun Baru, kira-kira jam 2 pagi itu, pasangan lingkungan 20-an itu pada mulanya berlagak seolah-olah sepasang suami isteri sebelum siasatan membongkar status sebenar hubungan mereka yang masih belum bernikah.
Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ketika serbuan, pasangan terbabit enggan membuka pintu.

Menurutnya, selepas beberapa kali pintu diketuk, baru lah pasangan terbabit akhirnya membuka pintu berkenaan.

“Selepas pintu bilik dibuka, kami dapati pasangan berkenaan ketakutan selepas menyedari perlakuan sumbang mereka bakal diketahui.

2013 : Final Countdown To General Election

anwar_vs_najib3NO more guessing when the general election will be held it will definitely be on this year.
The arrival of 2013 marks the start of the final countdown to the 13th general election, the timing of which had been the top political chatter for the past two years.

With just 17 weeks left before the term of the Dewan Rakyat expires on April 28, political parties are all set for what promises to be the most intense polls ever.

It is anyone's guess when Parliament will be dissolved but it will pave the way for Datuk Seri Najib Tun Razak's first voter-mandate since becoming Prime Minister in 2009, though March appears to be an opportune month.

Election Commission deputy chairman Datuk Wan Ahmad Wan Omar said the EC will reach 100% readiness by the end of February, its deadline to complete all polling day preparations, such as securing the indelible ink that would be used for the first time.

Najib and his deputy, Tan Sri Muhyiddin Yassin, are expected to wrap up their final overseas working visits by late next month (February), after which they will remain in the country for the final push to the polls, sources said.

MTUC: Usah persoal tarikh laksana umur bersara


Khalid Atan
KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meminta semua pihak menghentikan sebarang desakan mahupun permintaan mengenai
umur persaraan minimum sektor swasta, sebaliknya, jika perlu, mendapatkan penjelasan dari Kementerian Sumber Manusia. 
 Presidennya, Mohd Khalid Atan berkata, dakwaan beberapa pihak sejak kebelakangan ini bahawa perlakanaan had umur persaraan kepada 60 tahun pada 1 Julai ini sebagai terlalu lambat dan bakal menimbulkan masalah kepada pekerja berusia 55 tahun adalah tidak benar.
"Pihak yang membuat dakwaan itu seharusnya meminta penjelasan dari kementerian dan tidak melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
kerana keputusan itu dibuat selepas perbincangan tiga hala bersama wakil majikan, pekerja dan pelbagai agensi kerajaan berkaitan pada tahun lepas,"
katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Tragedi Bukit Antarabangsa: Runtuhan lebih teruk jika hujan berterusan


Runtuhan lebih teruk akan berlaku jika hujan lebat berterusan di Setiawangsa
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supt Othman Abu Bakar menunjukkan lakaran kawasan lokasi kejadian tanah runtuh yang berlaku di Puncak Setiawangsa dan kawasan sekitarnya.
 
KUALA LUMPUR - Runtuhan yang lebih teruk boleh berlaku sekiranya hujan lebat berterusan melanda kawasan Puncak Setiawangsa yang runtuh Jumaat lepas, menurut Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) hari ini.

Ketua Pegawai Operasi Ikram Mohd Taufik Haron berkata tiada sebarang penggelosoran tanah yang teruk dikesan sejak Sabtu lepas walaupun hujan lebat turun sekejap-sekejap.

"Hujan yang turun sekejap-sekejap menyebabkan struktur tanah tidak stabil dan kita risau jika hujan lebat berterusan runtuhan akan berlaku," katanya kepada pemberita semasa meninjau kerja-kerja menstabilkan cerun dengan diiringi Jurutera Geo-Teknikal IKRAM, Ir Abd Razif Abd Malek.
Beliau berkata pemantauan mendapati pergerakan tanah pada hari pertama cukup aktif namun gelongsoran tanah mula menurun pada hari kedua dan kekal sehingga ke hari ini.

Darul Runtuh : Pentas astaka Kemaman runtuh tutup tirai 2012


 

KEMAMAN: Negeri Terengganu Darul Iman menutup tirai 2012 dengan insiden bumbung pentas astaka di Taman Bandar Chukai, Kemaman runtuh pada 30 Disember lalu.

Kejadian ‘runtuh’ seolah-olah badi bagi negeri ini selepas kejadian bumbung utama Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu runtuh pada 2 Jun 2009.

Tinjauan Harakahdaily mendapati sengkuap (awning) di pentas astaka berkenaan runtuh menyembah bumi dipercayai strukturnya yang lemah serta reput sekitar jam 2.30 petang.

Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai, Hanafiah Mat menggesa agar siasatan perlu dibuat secara telus bagi memastikan punca sebenar sebahagian bumbung astaka itu runtuh.

Ini kerana, katanya kejadian runtuh, roboh dan tumbang banyak berlaku di negeri ini seolah-olah membenarkan jolokan gelaran ‘Terengganu Darul Runtuh’ yang memalukan.

Di atas robohan Kota Melaka


Di atas robohan Kota Melaka Kita dirikan jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.

Nukilan  Allahyarham Dr Burhanudin Al-Helmy
Bekas Presiden PAS dan pejuang Kemerdekaan.

Marilah kita sambung nukilan perjuangan ini.

Kita dirikan jiwa merdeka,
Ke dalam setiap sanubari rakyat jelata,
Rakyat yang tak takut pada mana manusia,
Rakyat yang hanya akur kepada yang maha Esa.

Bersatulah segenap baka,
Berjuanglah kita memartabatkan bangsa,
Berkorban kita mendaulat negara,
Berpaksikan kepada Addin yang mulia,
Membela hak keadilan pusaka,
Membenteras segala penyelewengan kuasa,
Menentang segala kebobrokan mereka yang berkuasa,
Menegak keadilan untuk semua makkluknya.

Di atas robohan Kota Melaka,
Kami bersumpah atas nama yang maha esa,
Kami berjanji pada mu Burhanudin Perkasa,
Kami ada generasi yang sudah merdeka,
Akan kami bina tamaddun para anbiya',
Di bumi Nusantara.

Selamat menyambut tahun baru 2013, moga kebaikan, kebahagiaan, kesejahteraan dan kejayaan serta keadilan milik kita bersama.


Naib Presiden PAS,
Ahli Parlimen Pokok Sena.

‘Amanat’ selesai jika jadi debat PAS-Umno 1985


KUALA LUMPUR: “Isu amanat sudah berlalu sejak tahun 1981, tiba-tiba isu ini dibangkitkan semula walaupun sudah berlalu lebih 31 tahun,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Menurutnya, semasa isu itu dibangkitkan, ada di kalangan pemimpin Pemuda Umno masih memakai pampers lagi.

“Isu yang sepatutnya sudah selesai jika Debat PAS-Umno tidak dibatalkan pada tahun 1985,” ujarnya kepada Harakahdaily.


Tambahnya, tujuan isu itu dihidupkan supaya  ia menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu kepada PAS.

Harapan Umno, katanya supaya isu kafir mengkafir akan dihidupkan kembali kerana mereka sedar undi Melayu perlu dipungut dengan apa cara sekali pun.

Menurutnya lagi, undi bukan Melayu nampaknya sudah tidak ada harapan, walau pun Datuk Seri Najib memberikan wang sebanyak RM30 juta kepada sekolah Cina.

Pengarah filem XX TRAY terpesona dengan Ust. Azhar

《乌巴火箭风》UBAH Rocket Style (江南Style搞笑) 中文版

Sekitar banjir di Pantai Timur

Umohon- Lagu Tema Kempen DAP Pilihanraya ke-13 (Edisi Bahasa Kadazan)

DAP berjuang untuk Rakyat Malaysia

BN=Bankrapkan Negara

UBAH Rocket Style (Parodi Gangnam) Versi Bahasa Malaysia

UBAH Rocket Style (Malaysian Gangnam Parody) English Version

UBAH ROCKET STYLE - (Malaysian Gangnam Parody) Tamil Version

Malaysia Boleh : Wanita Dakwa Cuba Dirogol Budak Lelaki 13 Tahun!

Dirogol Budak
Semalam di Melaka, seorang wanita Cina mendakwa hampir dirogol oleh seorang budak lelaki yang umurnya terlalu muda iaitu 13 tahun.
Dakwaan itu disebarkan melalui akaun Facebook miliknya dan ia mula viral petang ini.
Ketika kejadian, dia mendakwa sedang berada di dalam tandas wanita di sebuah stesen minyak di Jalan Munshi Abdullah, Melaka.
Dengan tidak semena-mena, pintu bilik airnya ditolak oleh budak lelaki tersebut dan dia cuba melakukan perkara yang tidak senonoh.
(BACA: Takkan 7 Hari Nak Pulih Bekalan Air?)
Wanita itu mendakwa melawan tindakan budak lelaki tersebut dan berjaya diselamatkan oleh pekerja stesen minyak itu.
Wanita itu juga meluahkan rasa sedih kerana selepas kejadian itu berlaku, dia telah pergi ke balai polis untuk membuat laporan tetapi dia mendakwa tidak mendapat layanan yang sewajarnya dari pihak polis.
Setiap kejadian itu diceritakan oleh wanita berkenaan dalam laman Facebooknya sendiri.
Berikut adalah tulisan wanita itu:
rogol budak 3
“Dear all, i was nearly been raped by a 13 year old malay kid at Shell Petrol Kiosk female toilet (Jalan Munshi Abdullah). I stop by there for a poo break and he stormed in when i opened the door after m done. With such a young mind, he manage to hold me and shut my mouth..he kissed my cheeks and molested my breast… While i struggled to fight him off … I shouted my lungs out till the opposite Bank Simpanan Nasional staff and customer heard my shouting..In between of fighting him off, i manage to bite his fingers..

Takkan Syabas Ambil Masa 7 Hari Nak Pulih Bekalan Air?

Bekalan Air

KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) diminta tampil menjelaskan mengapa ia memerlukan sehingga 7 hari untuk memulihkan sepenuhnya bekalan air di beberapa kawasan di ibunegara yang terjejas berikutan kegagalan stesen pam penggalak Wangsa Maju Sabtu lalu.
Gabungan Persatuan Penguna-Penguna Malaysia (Fomca) merasakan tempoh itu sebagai terlalu lama untuk berlaku di bandar terbesar di negara ini.
Pengarah Komunikasinya, Mohd Yusof Abdul Rahman memberitahu, kerosakan adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan dalam apa jua bidang tetapi tempoh pemulihan terutama untuk bahan penting seperti air tidak boleh mencapai tempoh yang keterlaluan.
“Syabas perlu tampil menjelaskan mengapa begitu lama baru bekalan akan pulih sepenuhnya? Apakah rancangan luar jangka atau alternatif yang dimiliki Syabas untuk memastikan bekalan dipulihkan dalam tempoh yang terpantas bila berlaku kerosakan.
“Dalam kes terbaru ini, kita hendak tahu apa yang sebenarnya berlaku, apakah bila dah rosak baru nak mula buat tempahan barangan, kita perlukan penjelasan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Personaliti Tahun 2012 Ustaz Azhar Idrus

PENCERAMAH BEBAS

Ustaz Azhar Idrus adalah personaliti paling menyerlah pada tahun 2012. Beliau merupakan seorang penceramah bebas yang paling mendapat sambutan dalam tahun 2012. Cara ceramahnya yang bersahaja dan mudah difahami serta di selang seli dengan jenaka telah dapat menarik ribuan golongan muda hadir dalam setiap cermahnya.
Bukan mudah untuk mengumpulkan orang menghadiri ceramah agama pada masa ini. Tetapi nama Ustaz Azhar Idrus telah berjaya menarik kehadiran ramai orang dalam mana-mana program yang dianjurkan. Walaupun ada yang mempersenda dan meremehkan kehebatanya. Ini adalah lumrah biasa selagi namanya manusia. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang namanya sahaja Melayu yang berketurunan Islam.
Tahniah buat Ustaz Azhar Idrus kerana berjaya mengubah dirinya dari seorang penyanyi kepada seorang pendakwah yang berjaya. Semoga tahun 2013 akan lebih berjaya lagi.

Himpunan Hijau sambut tahun baru di hadapan kilang Lynas

2013 : Perutusan Sekretariat Prihatin OKU

Oleh Mohamad Faizal

BERAKHIRNYA 2012 memberi kesan amat siknifikan kepada perjuangan meletakkan agenda OKU sebagai agenda yang perlu diberi perhatian oleh pimpinan masyarakat termasuklah pimpinan politik.

Di peringkat antarabangsa, penghujung 2012 genaplah 6 tahun Konvensyen Bagi Hak-Hak Orang Kurang Upaya "CRPD" diterimapakai oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu "PBB". Manakala di peringkat domestic pula, penghujung 2012 juga menggenapkan 5 tahun Akta OKU 2008 dibentang dan diluluskan oleh Parlimen Malaysia.

Terhasilnya CRPD di peringkat antarabangsa dan Akta 2008 di tanah air adalah suatu komitmen system perundangan global kepada corak pembangunan OKU yang berganjak dari pembangunan berasaskan simpati dan kesihatan kepada pembangunan yang berasaskan hak.
Secara atas kertas dan ucapan, pembangunan OKU berasaskan hak mudah difahami dan dimengertikan. Namun tiba waktu perlaksanaan, ia penuh liku dan cabaran yang tidak mudah didepani.

Banjir: 900 pelajar dan warga kerja sekolah 'dihalau' pulang

HULU TERENGGANU - Hari pertama sesi persekolahan 2013 bagi Sekolah Menengah Agama Mahmudiah di sini hari ini, terbantut apabila sekolah itu dinaiki air menyebabkan kira-kira 900 pelajar, guru dan warga kerjanya terpaksa pulang ke rumah masing-masing.

Air banjir dikatakan mula memasuki kelas, dewan dan asrama sekolah tersebut pada pukul 8 pagi dan setakat petang tadi seluruh kawasan sekolah itu ditenggelami air sedalam dua meter.

Pengetuanya Mohd Yakin Mahmood memberitahu pemberita, hari ini dijadualkan untuk sesi suai kenal guru dan murid, namun disebabkan air naik begitu pantas sesi ditangguhkan serta kesemua diarah meninggalkan kawasan sekolah.

Pada awal pagi banjir hanya dikesan berhampiran dewan sekolah dan tidak menjejaskan kawasan lain, namun kira-kira pukul 8 pagi banjir mula merebak, katanya menambah arahan meninggalkan sekolah tersebut dibuat selepas mendapat kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT).

Setakat ini belum dapat dipastikan bila sekolah akan dibuka, katanya. 

Terengganu, Kelantan dan Kedah merupakan tiga negeri yang memulakan sesi persekolahan 2013 hari ini, manakala negeri lain akan bermula esok.

Sementara itu, seorang pelajar Siti Nurhidayah Sharudin berkata walaupun beliau agak terkejut dengan pengumuman pihak sekolah berkenaan, perkara tersebut agak melucukan.

"Selepas cuti panjang, saya dan kawan-kawan sangat bersemangat untuk pergi ke sekolah semula. Namun tidak sampai sejam selepas itu kami diarahkan balik sebab banjir pula," katanya ketika ditemui.

Sambutan Ambang 2013 P Pinang penuh makna



(Skestsa yang dipertontonkan pada semua hadirin.)

BUTTERWORTH: Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) menerusi Jawatankuasa Pembangunan Generasi Pewaris berjaya menyantuni anak muda sempena Sambutan  Ambang Tahun Baru 2013 bertempat di Rehat dan Rawat (R&R) Bagan Ajam, Butterworth malam tadi.

Program yang berlangsung secara santai itu juga merupakan program menutup tirai tahun 2012.

Menurut Pengerusi Generasi Pewaris MAIPP, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamuden (gambar bawah kanan), Generasi Pewaris sengaja memilih R&R Bagan Ajam kerana ia bersesuaian dan strateji berikutan ianya terletak bersebelahan dengan Lingkaran Luar Butterworth (BORR) memudahkan para pengunjung berhenti rehat serta datang bersama keluarga tersayang.

2013: Fajar untuk Negara Berkebajikan

Yang benar tidak terikat dengan waktu – Pak Hamka

Tanpa sedar, masa begitu pantas berlalu. Segala hiruk-pikuk 2012 yang ditinggalkan kekal menjadi batas tauladan baik dan buruk dalam kelangsungan rentak hidup yang kian pantas.


Pengundi muda pemangkin kebangkitan

Tahun 2013 bakal menjadi medan penentu kepada golongan muda untuk mencorak peta masa hadapan Malaysia.

Melihat kepada peningkatan pengundi baru dan pengundi muda yang dianggarkan sekitar 50% daripada jumlah pengundi berdaftar kali ini, keputusan penentu PRU13 jelas terletak di tangan pengundi muda di saluran tiga dan saluran empat peti undi yang pastinya teruja untuk memilih pemimpin yang mampu membawa sinar baru di Malaysia.

Cadangan daripada Ketua Penerangan PAS, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, agar SPR mempamerkan pecahan pengundi mengikut usia mahupun jantina sebagai data rasmi yang disalurkan kepada media dan rakyat, amat bertepatan dengan demografi pengundi dan kematangan politik generasi muda yang tidak lagi termakan dengan agenda dan dakyah berbau perkauman.

“Berdasarkan data-data sedemikian, parti parti dan ahli-ahli politik akan berbicara mengenai keperluan masyarakat mengikut usia, dan secara automatik isu-isu yang dibangkitkan akan meliputi semua kaum”, ujar beliau.

Robert Frost (1874-1963) ada mengungkapkan saranan untuk menempa perubahan di dalam syairnya yang popular, The Road Not Taken, “Dua denai yang tersimpang, dan aku.. aku memilih denai yang jarang ditempuhi, dan ia telah mengubah segalanya”.

Agenda mencorak masa depan

Deklarasi R: 2013 Tahun Tuntut Royalti


KOTA BHARU: “2013 Tahun Tuntut Royalti" terkandung dalam Deklarasi Rakyat 2013 yang diserah Gabungan Professional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (R) kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam.

(Sultan Kelantan menandatangani plak tuntutan Royalti)

R juga menuntut setiap Rabu diisytiharkan sebagai hari memperingati perjuangan menuntut royalti.

Manakala kakitangan kerajaan negeri, agensi-agensi dan syarikat milik kerajaan hendaklah memakai baju korporat kempen "2013 Tahun Tuntut Royalti" atau baju batik berwarna merah.

R juga menuntut slogan "2013 Tahun Tuntut Royalti" dijadikan moto rasmi kerajaan negeri dengan menjadikan simbol "R" sebagai logo rasmi kerajaan negeri.

R turut menyarankan plak titah Sultan Muhammad V  mengenai pendaratan gas ke Kelantan ditampalkan di pejabat dan premis kerajaan negeri.



Deklarasi itu juga menyarankan kerajaan negeri hendaklah mewujudkan Urusetia Tuntut Royalti bagi mempastikan perjuangan menuntut royalti menjadi kenyataan.

Amanat antara PAS dan Umno, jangan guna pihak lain


KUALA LUMPUR: Tindakan Umno menggunakan kuasa dan melibatkan pihak lain membuktikan parti itu takut mempertahankan diri berhubung isu Islam, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).

"Amanat (Presiden PAS, Datuk Seri) Tuan Guru Abdul Hadi (Awang) pada tahun 1981 yang menjadi mimpi ngeri kepada Umno itu ialah antara PAS dan Umno, tidak perlu libatkan pihak lain.

"Bila Umno cuba menggunakan kuasa melalui Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan mahu melibatkan para mufti pula, semua itu membuktikan Umno terlalu takut hendak mempertahankan diri bila isu berkaitan pegangan Islam di dalam amanat itu hendak diperjelas dan dibincangkan," katanya.

Walaupun tidak menolak kehadiran para mufti ketika Presiden PAS sendiri memberikan pencerahan mengenai amanat itu, tetapi Mahfuz melihat tindakan mengheret para mufti itu sebagai percubaan Umno untuk memperalatkan institusi mufti bagi mempertahankan dirinya.

PAS tawar ruang Najib dan Rosmah jawab Deepak


KUALA LUMPUR: Memandangkan tiada media perdana yang berani menjawab apa-apa mengenai dakwaan ahli perniagaan Deepak Jaikishan, hari ini PAS menawarkan ruang di Harakahdaily dan TVPAS untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor untuk menjawab segala dakwaan yang dibangkitkan.

“Oleh kerana Deepak melakukan dakwaan di media alternatif, termasuk Harakahdaily dan TVPAS, maka kita kini menawar ruang yang sama untuk Perdana Menteri dan isterinya untuk menjawab segala yang dibangkitkan oleh Deepak,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini.

Tuan Ibrahim berkata keadilan harus diberi kepada Najib dan Rosmah untuk membalas dakwaan yang dibuat Deepak dalam ruang yang sama, supaya pembaca yang sama mendapat penjelasan yang sewajarnya.

Isu yang dibangkitkan Deepak, katanya, mempunyai impak besar terhadap imej negara di kaca mata dunia.


(Deepak membuat pelbagai dakwaan terhadap Najib dan Rosmah melalui TVPAS)

“Bahkan, dalam Umno sendiri, isu ini sebenarnya menyengat. Takkan Umno rela Presiden mereka dituduh macam-macam tanpa sebarang jawapan.

"Harakahdaily dan TVPAS sedia menawarkan ruang untuk Najib dan isterinya menjawab – interview boleh dilakukan secara live dan rakaman tersebut akan diuploadkan ke pawagam awam YouTube supaya penjelasan mereka boleh sampai ke seluruh pelusuk dunia,” kata Tuan Ibrahim lagi.

2013 : JHEAT serbu 'parti liar' di kelab eksklusif T'ganu

 (Gambar Hiasan)


Sebuah kelab eksklusif diserbu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) kerana menganjurkan parti liar sempena sambutan tahun baru awal pagi tadi.


Pihak penganjur turut menyediakan minuman keras untuk para pengunjungnya.

Pesuruhjaya JHEAT, Datuk Mohd Rozali Salleh berkata empat remaja perempuan Melayu berumur lingkungan 20-an turut ditahan kerana berpakaian tidak sopan di tempat awam.

Beliau berkata pihaknya mendapat maklumat mengenai penganjuran parti itu melalui laman Facebook.

"Melalui risikan kami, pihak penganjur mengenakan caj RM50 seorang bagi menyertai parti berkenaan," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu hari ini.

Serbuan dilakukan oleh 80 anggota dan pegawai dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan polis.

- Bernama

Deepak dijangka temui SPRM minggu ini

Ahli perniagaan permaidani Deepak Jaikishian dijangka akan ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya minggu ini.

Deepak berkata, pertemuan itu sepatutnya diadakan semalam tetapi pegawai yang akan beliau temui itu sibuk.

"Oleh itu dia telah meminta saya untuk ke sana dalam minggu ini. Saya akan maklumkan kepada media dengan lebih lanjut mengenai perkara ini kerana saya akan memerlukan bantuan media sebelum masuk.

"Saya akan memberitahu media tentang apa yang saya akan maklumkan kepada SPRM sebelum perjumpaan itu," katanya.

Ditanya mengenai identiti pegawai yang telah memanggilnya, Deepak memberitahu beliau tidak dapat mendedahkannya namun menyatakan bahawa beliau pernah berurusan dengan pegawai berkenaan sebelum ini.

Deepak juga enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai sebab beliau dipanggil dan hanya mengatakan akan mendedahkan perkara itu sebelum memasuki pejabat SPRM.

Majlis Peguam didesak untuk cari peguam misteri di belakang SD kedua Bala

KUALA LUMPUR, 1 Jan — Majlis Peguam hari ini dikritik kerana melengah-lengahkan waktu untuk mendedahkan identiti peguam di belakang kontroversi akuan bersumpah kedua P Balasubramaniam mengenai pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shariibuu pada tahun 2006, walaupun sudah banyak petunjuk diberikan.
Peguam Americk Singh Sidhu yang mewakili bekas penyiasat persendirian itu memberitahu The Malaysian Insider Majlis Peguam harus mempercepatkan siasatan kes berprofil tinggi itu yang sebelum ini dikaitkan dengan pegawai tertinggi kerajaan, muncul semula menjelang pilihan raya umum ke 13 yang akan berlangsung tidak lama lagi.
“Saya mencadangkan Majlis Peguam keberatan untuk menyiasat kes ini,” katanya apabila dihubungi hari ini.
Majlis Peguam sebuah badan mengatur tugas profesional hampir 14,000 pengamal undang-undang negara berkata mereka sedang menyiasat kemungkinan berlakunya salahlaku dalam merangka akuan bersumpah (SD) kedua Balasubramaniam yang bercanggah dengan akuan bersumpah pertama dibuat sehari sebelum itu, tentang kematian penterjemah kerajaan untuk rundingan membeli dua kapal selam Perancis beberapa tahun lalu.

Rais Yatim atur forum syok sendiri, Ahmad Maslan gila.




Macam meroyan jek aku.

Dia main atur sembrono tanpa mempedulikan permintaan TGHH. Betul2 syok sendiri la menteri neh. Korang baca bawah sat ;

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata tokoh agama dan mufti negeri akan dijemput untuk bersama dalam forum yang akan memberi peluang buat julung kalinya kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi memperjelas amanatnya yang memecah-belahkan umat Islam di Malaysia. 

Rais berkata, Hadi tidak boleh membuat keputusan bersendirian dan terlalu yakin dengan kebolehan dirinya yang berlatar belakangkan pendidikan agama "kerana sentiasa ada orang yang lebih bijak daripada kita". 

"RTM adalah hak rakyat dan ia boleh diguna untuk menjelaskan sesuatu perkara, tapi bukan satu saluran sahaja (Hadi seorang), ia mesti disertai oleh pihak-pihak yang juga ada ilmu, nas dan pengalaman," 
"Sehingga kini, belum ada lagi permohonan rasmi dari Hadi tetapi segala perancangan untuk menyediakan rancangan berbentuk forum tanpa kehadiran penonton studio itu sedang berjalan," katanya.

1. Rais Yatim sedang mengaturkan satu forum untuk memberikan peluang kepada TGHH perjelaskan pendapat dari sisi dia mengenai amanat haji hadi [asalnya ia cuma la sekadar ucapan yang dipetik oleh penyokong pas].

2. Program tue pula program rakaman. Bukan siaran langsung. Permintaan TGHH ialah siaran langsung. Kan beza gila antara rakaman dengan siaran langsung?

Bekas Ketua Pemuda UMNO Kelantan akan berceramah di pentas PAS

Dr.Zaiyadi Awang Noh adalah bekas Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan dan pernah bertanding di Parlimen Bachok atas tiket BN tapi kalah kepada PAS, kini dilantik oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengerusi AMANAH Negeri Kelantan dalam satu majlis anjuran UTTV Cakna UT di Kelantan Trade Center KTC pada tahun 10 April 2012 lalu.

Seorang yang masih berpengaruh di Bachok yang mana ibu beliau adalah bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Bachok. Zaiyadi telah di 'tohok' atau dibuang dari berperanan oleh UMNO Negeri Kelantan dan UMNO Bachok kerana bimbang ketokohan beliau akan terserlah dari pemimpin UMNO Negeri Kelantan yang lain sekiranya Zaiyadi diberi tempat dan peranan yang berguna dalam UMNO.

Baru-baru ini Zaiyadi telah mengadakan program ceramah atas pentas AMANAH di Bachok yang mana lebih 5000 orang hadir mendengarnya, sambutan yang mengalakkan itu telah memberi semangat kepada Zaiyadi untuk terus turun ke gelanggan bagi menyebarkan isu-siu yang mesti diketahui oleh rakyat khasnya rakyat Bachok kenapa UMNO tidak boleh disokong lagi.

Ahmad Awang: Belum Ada Fatwa Tentang Amanat Hadi

Menurut bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Ahmad Awang belum ada mana-mana badan atau institusi agama termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan membuat apa-apa fakta terhadap kata-kata Abdul Hadi Awang berkaitan dengan apa dinamakan amanat Haji Hadi itu.


Ahmad: Harussani bukan hakim.
Lantaran itu katanya tindakan Harussani Zakaria yang menghukum Abdul Hadi dengan amanat itu adalah tidak betul dan satu sikap bertentangan dengan Islam. Kerana kalau isu hendak dibincang Abdul Hadi perlu dipanggil katanya. Tanpa memanggil Abdul Hadi beliau menyifatkan hukuman dibuat tanpa memanggil pesalah.

Penjelasan Ahmad Ahamd itu paling berwibawa dan boleh dipercayai kerana beliau pernah berkhidmat di jabatan Hal Ehawal Agama Islam di Jabatan Perdana Menteri ketika isu itu meletup. Juga... kalaulah sudah ada mana-mana pihak memfatwakan amanat Haji Hadi itu sudah tentu ia dipamer dan ditayangkan hari ini sebagai bahan dan modal kempen.

Fatwa yang menunjukkan Abdul HAdi salah itu sudah pasti akan dipamir dan diuar-uarkan seperti mana statistik-statistik kecemerlangan kerajaan dalam bidang ekonomi. 

Sudah pasti tv nombor tiga atau pun tv Rais Yatim akan menayangkan siang malam di tv perkara itu. Begitu juga dengan akhbar arus perdana kelas penjilat bontot akan menyiarkan hari-hari di muka depan sehingga rapat ke hari mengundi untuk memberi tahu rakyat yang betapa kejamnya Abdul Hadi menerusi fatwa berkenaan.


Ataupun boleh jadi juga pihak Fatwa Kebangsaan atau Jabatan-Jabatan Agama Islam sudah pun bersidang mengkajikan apa yang dilafazkan oleh Abdul Hadi itu secara senyap-senyap tetapi tidak diuar-urakan kerana ia tidak menyalahi adat dan hukum ataupun memang menempati kehendak syariah Islam? Mustahil perkara itu tidak dikaji dan diteliti kerana ia dianggap satu ucapan yang boleh menimbulkan bahana.

Unsolved issues loom ahead of Pakistan polls

Sepenggal Kedah Sejahtera

Komunis Bertanya : HINDU & Islam Menindas Wanita ? - Dr Zakir Naik (subtitle BM)

'Being in PKR doesn't break the bridge between me and Musa' - Part 1

Israel culik 900 budak pada 2012


Israel culik 900 budak pada 2012
Askar Israel turut menggari dan menutup mata remaja yang diculik sebelum mereka dibawa ke pusat soal siasat di kawasan penempatan haram.
Israel culik 900 budak pada 2012
Askar Israel turut menggari dan menutup mata remaja yang diculik sebelum mereka dibawa ke pusat soal siasat di kawasan penempatan haram.
 
Kementerian Tahanan Penjara Palestin melaporkan jumlah kanak-kanak diculik mencecah 900 orang pada 2012 berbanding 700 pada tahun sebelumnya, sekali gus membuktikan pencabulan Israel ke atas golongan lemah di negara itu semakin meningkat.

Menurut kementerian tersebut, peningkatan angka tersebut mungkin kerana faktor Perang Israel-Palestin pada bulan lalu dan kejayaan mereka menaik taraf status sebagai negara pemerhati bukan anggota di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Susulan daripada detik bersejarah itu, tentera Israel didakwa sengaja menyasarkan golongan remaja dan kanak-kanak Palestin.

Sebanyak 95 peratus budak yang diculik didakwa turut didera secara fizikal.

Kebanyakan daripada mereka diculik dari rumah masing-masing antara jam 2 dan 4 pagi iaitu semasa remaja atau kanak-kanak tersebut sedang nyenyak tidur bersama keluarga mereka.

Pilih RTM,TV3: Hadi disyaki ada agenda - Ahmad Maslan..ha..ha..tanda UMNO tak benarkan LIVE la...!!!!!



Ahmad Maslan PUTRAJAYA - Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan mengesyorkan supaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengadakan sidang akhbar terbuka atau melalui web TV mengenai amanatnya tanpa perlu memberi penjelasan secara langsung di stesen televisyen tempatan.

Menurutnya, tindakan Presiden Pas itu yang hanya mahu tampil di stesen televisyen Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan TV3, seolah-olah mempunyai agenda tersendiri.

“Mungkin ada tujuan-tujuan tertentu. Tapi pada saya panggil sidang akhbar lagi ramai boleh datang. Ia boleh disiar secara langsung oleh segala web TV. Nak panggil stesen TV luar negara pun boleh,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kopitiam Killiney Putrajaya, semalam.

2013 - YEAR OF THE GE: Najib to be remembered for historic corruption, capital flight & plunging education

For nearly four years, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had been promising one transformation programme after another – government, economic, political, educational, social, etc all under an overarching slogan of 1Malaysia under one agency or another.
All these pronouncements and initiatives have achieved is to earn the nation the epithet of “The Acronym Nation” while national deformations in all aspects of national life have proceeded unchecked.
Najib’s four-year premiership will be remembered by Malaysians as an administration of plunging global indices, and this unpleasant fact has been underlined by three international reports in the last month of this year, viz:
Corruption
In the four-year Najib premiership, Malaysia’s Transparency International (TI) Corruption Perception Index (CPI) rankings sunk to the lowest depths in 18 years – No. 56 in 2009 and 2010, No. 60 in 2011 and No. 54 in 2012  as compared to the worst ranking of No. 23 under Mahathir and No. 47 under Abdullah  – suggesting that corruption under the present Prime Minister is even worse than under all the previous Prime Ministers, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein, Tun Mahathir and Tun Abdullah.
No. 1 in per capita capital flight
Latest Global Finance Integrity report showed that on a per capita basis, Malaysia with a population of 28 million, is No. 1 in the world on illicit money outflow – whether in terms of black money siphoned out of the country for 2010, which is RM196.8 billion, or for the past decade (2000-2010), which is a whopping RM871 billion or equivalent to  over RM31,000  for each of the country’s 28 million population.

2013 : Pasangan khalwat larikan kenderaan Jaip

KUANTAN - Seorang remaja yang ditahan bersama pasangannya berhubung tuduhan berkhalwat bertindak nekad melarikan kenderaan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dalam cubaan meloloskan diri daripada dikenakan tindakan awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, remaja terbabit bersama pasangannya dan dua individu yang turut ditahan atas kesalahan sama dipercayai berada dalam kenderaan sementara dibawa  ke pejabat Jaip untuk siasatan lanjut.

Bagaimanapun remaja berusia 18 tahun itu bertindak menolak pemandu kenderaan jenis Mitsubishi Pajero sehingga terjatuh sebelum  memecut kenderaan menghala ke Indera Mahkota dari di Jalan Wong Ah Jang.

Pegawai penguat kuasa Jaip berjaya mengejar kenderaan terbabit di satu kawasan di Indera Mahkota dan menahan satu pasangan dalam kenderaan itu.

Satu pasangan lagi termasuk lelaki yang melarikan kenderaan tersebut berjaya meloloskan diri.

Bagaimanapun mereka menyerah diri di pejabat Jaip.

Pilih PR perintah negara untuk bawa transformasi sebenar

KUALA LUMPUR, 1 JAN: Biar 2013 menamatkan kecacatan negara dan memilih kerajaan Pakatan Rakyat (PR) menerajui pemerintahan buat pertama kali dalam tempoh 55 tahun untuk membawa era transformasi sebenar.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, ini kerana selama hampir empat tahun janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melakukan satu demi satu program transformasi iaitu ekonomi, politik, pendidikan dan sosial dan jenayah, namun semuanya bukan membawa transformasi sebaliknya kepada kecacatan (deformasi) negara.
Katanya, yang dicapai daripada semua pengumuman dan inisiatif itu adalah gelaran “Negara Akronim” sementara kecacatan negara dalam semua aspek kehidupan masih berterusan.
“Rakyat akan mengenang pemerintahan Najib selama empat tahun sebagai pentadbiran yang merudum dalam pelbagai indeks global yang ditonjol melalui tiga laporan antarabangsa pada bulan terakhir 2012,” katanya dalam mesej Tahun Baru 2013.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, ketika pemerintahan Najib Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) Malaysia menjunam ke paras paling rendah dalam tempoh 18 tahun iaitu pada kedudukan ke-56 pada 2009 dan 2010, ke-60 (2011) dan ke-54 pada 2012 berbanding kedudukan paling teruk ke- 23 ketika Mahathir dan ke-47 ketika Tun Abdullah.

Ambang 2013 : Sambutan Luar Biasa Rakyat, Artis Teruja

DSC_3811
SHAH ALAM 1 JAN : Barisan artis yang hadir di Sambutan Ambang 13 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam semalam, rata-rata teruja dengan sambutan yang meriah diberikan oleh penduduk Selangor.
Bukan sahaja teruja tetapi kebanyakkan mereka juga gugup apabila berada di tengah-tengah lautan manusia yang hadir lebih 140,000 orang untuk bersama-sama memeriahkan majlis.
Malah mereka turut memuji penganjuran program yang bersifat ilmiah dalam usaha mempertingkatkan pembangunan modal insan.

Program Jom Santai bersama GeMS, Generasi Idaman Selangor itu diadakan dengan pendekatan menyambut tahun baru dengan tema keagamaan serta bersifat santai.
DSC_3717Pelakon, Kamal Adli berkata beliau sudah lama teringin untuk menghadiri program sedemikian lebih lagi berpeluang untuk ditemuramah oleh seorang Ustaz popular, Ustaz Azhar Idrus.
DSC_3819Bekas juara bina badan Asia, Datuk Malek Noor berkata sambutan yang diberikan oleh penduduk di negeri itu ternyata luar biasa.

“Alhamdulillah, Kerajaan Negeri Selangor berjaya mengumpulkan lautan manusia untuk ke program keagamaan seperti ini. Inilah yang dikatakan benar-benar Islam,” katanya.
Pemain Bola Sepak negara, Wan Zack Haikal Wan Noor berkata kehadiran pengunjung ke sambutan itu sangat ramai sehingga beliau mula berasa kekok untuk berada di atas pentas.
“Kekok rasa, gugup pun ada kerana semasa beraksi di padang saya rasa tidak melihat sebegini ramai,” katanya.
“Jarang kita lihat mana-mana penganjur yang akan membuat program sebegini, biasanya lebih kepada hiburan dan hari ini kita dapat lihat ramai anak muda yang hadir,” kata Panel tazkirah dalam slot maghrib, Ustaz Norisham Daud.
DSC_3750

Parti politik perlu letak calon muda untuk PRU13, kata penganalisis

 
KUALA LUMPUR, 1 Jan — Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) perlu menampilkan calon-calon muda bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang sebagai salah satu langkah menarik sokongan pengundi baru, kata penganalisis politik.
Mereka juga berpendapat kedua-dua parti harus menggugurkan mana-mana calon yang hanya mengejar populariti dan menjadi beban politik atau bakal ditolak pengundi.
“Di pihak BN ia satu keperluan ... barisan baru untuk memenuhi di semua komponen bagi menggantikan yang lama yang sepatutnya bersara ... jika tidak ia akan menjadi satu kekangan rakyat untuk memberi sokongan,” kata penganalisis politik Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Jayum A Jawan kepada The Malaysian Insider.
“Bagi BN, fokus utamanya adalah negeri yang dikuasai PR. Kita akan saksikan banyak perubahan (calon), terutamanya di Selangor dan Pulau Pinang,” kata pensyarah Sains Politik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Terengganu Asri Salleh.
Kumpulan pengundi baru merangkumi satu perlima daripada 13.1 juta pengundi dalam daftar pemilih di Malaysia, dengan jumlah berdaftar seramai 2.9 juta antara tahun ini dan 2008, ketika pilihan raya umum ke-12.

Royalti berbasikal dari Kota Bharu ke KLCC sempena #KL112

KOTA BHARU 1 Januari: Badan bukan kerajaan (NGO) Gabungan Profesional Menuntut Royalti Pendaratan Minyak dan Gas Kelantan (Royalti) melancarkan program terbaru mereka Cycling For Royalty (C4-R) KB – KLCC # Berbasikal Tuntut Royalti KB – KLCC sejauh 650 km.
Pelancaran C4-R oleh Exco Kelantan, Datuk Abdul Fatah Mahmud
Pelancaran disempurnakan Exco kerajaan Kelantan, Datuk Abdul Fatah Mahmud pagi tadi dengan 10 peserta kayuhan memulakan perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur yang bakal berakhir pada 11 Januari ini.

Ustaz Azhar Idrus - Bila Haid Berhenti

Fathul Bari kata Yusuf Qaradhawi Khawarij

TGNA | Negara dikatakan amal demokrasi tapi siaran LIVE susah nak bagi

Ambang 2013 :Diana rayu rakan artis melalui puisi

Soal jawab: Ust Azhar Idrus, 2 org pelakon - Ambang 2013

2013: Insentif, dasar dan peristiwa penting

TAHUN 2012 telah melabuhkan tirainya semalam. Pelbagai perubahan telah dilakukan oleh kerajaan dan juga pembangkang. Berikut pelaksanaan beberapa dasar, program dan peristiwa penting yang akan berlaku tahun ini.

* Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan berlangsung sebelum akhir Jun. Antara pembaharuan yang akan dilaksanakan ketika PRU13 ialah dakwat kekal. Penggunaan dakwat kekal telah diwartakan pada 13 Februari lalu. Ia sebahagian daripada 22 perkara dikemukakan oleh PSC

* Ekoran pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), pelajar pusat pengajian tinggi boleh bertanding dalam PRU13

* Pelan Pembangunan Pendidikian Malaysia akan dikuatkuasakan. Ia akan dibawa kepada Kabinet bulan ini

* Akta Kebankrapan 1967 mungkin dipinda ekoran permintaan Pemuda Umno pada perhimpunan tahunan akhir November lalu

* Pembayaraan BR1M 2.0 mulai bulan depan

Nik Aziz: 'Saya juga layak muncul di TV'


Nik Aziz: 'Saya juga layak muncul di TV'
Nik Aziz (dua kiri) meninjau keadaan kawasan hakisan di Pulau Gorek, Badang bersama Ketua jajahan Kota Bharu, Adnan Hussin (kiri).
 
KOTA BHARU - Di sebalik isu Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu muncul dalam televisyen berhubung isu Amanat Haji Hadi, Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula berkata, beliau juga layak untuk bercakap menerusi media elektronik bagi memberi penjelasan tentang perjuangan Pas.

Bagi tujuan itu, beliau bersedia bila-bila masa bagi menerangkan perjuangan sebenar Pas yang menurut parti itu kini disalahertikan oleh pelbagai pihak.

“Kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW wajib menyebarkan kebenaran kepada setiap umat di dunia tidak kira Islam atau sebaliknya, jadi sesungguhnya sebagai negara demokrasi kerajaan perlu memberi peluang kepada Pas untuk memberi penjelasan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke kawasan hakisan ombak di Kampung Pulau Gorek, Badang di sini, pagi ini.

2013: Nik Aziz harap rakyat runtuh kezaliman


KOTA BHARU - Tahun 2013 yang bermula hari ini menjadi angka amat penting kepada rakyat di negara ini kerana bukan sahaja menyambut tahun baru bahkan berlakunya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Sehubungan itu Menteri Besar Kelantan,  Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengharapkan rakyat menggunakan hak untuk memilih dengan sebaik-baiknya.

Menurutnya, jangan membuat pilihan yang akan menyebabkan penyesalan di akhirat dan yakinlah setiap anggota badan termasuk tangan individu mengundi akan menjadi saksi terhadap amalan manusia di padang Mahsyar.

“Sempena kedatangan tahun baru 2013 ini, saya meminta semua pihak agar memperbaharui tekad untuk meruntuhkan kezaliman dan menggantikannya dengan keadilan.

“Perlihatkan keindahan Islam di dalam kehidupan di segenap sudut agar ia dipandang tinggi oleh orang lain. Saya optimis masa depan yang cerah untuk Islam di seluruh pelosok dunia Insya-Allah,”  katanya menerusi Facebooknya semalam.

Selain itu,  Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas memberitahu harapan setiap harinya adalah untuk melihat tertegaknya Islam sebagai agama yang syumul di bumi Malaysia.

“Sudah terlalu lama sekular berakar umbi dalam politik sehingga mengakibatkan kerosakan yang dahsyat. Jika dibiarkan berterusan, Melayu pun tidak terbela, Islam pun entah ke mana,” katanya.

Dalam pada itu, sempena tahun baru juga beliau mendoakan semoga semua terus diberikan hidayah dan taufik oleh ALLAH SWT dan dimasukkan dalam golongan hamba-hamba yang beriman.

BR1M menjadi senjata UMNO@BN dalam PRU13

KUALA LUMPUR, 1 Jan — Kerajaan Barisan Nasional (BN) dijangka akan menerima sokongan pengundi yang tinggi dalam pilihan raya tahun ini, memandangkan Putrajaya akan mula mengedarkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bermula Febuari depan.
Penganalisis politik, pemimpin politik daripada Pakatan Rakyat (PR) dan BN mengakui faktor BR1M akan memancing undi untuk golongan pengundi luar bandar, serta mengukuhkan sokongan pengundi tetap BN.
“BR1M akan memberikan impak multipler, bukan sahaja kepada ekonomi, tetapi turut diistilahkan di dalam undi,” kata pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Asri Salleh.
“Penerimanya adalah golongan miskin tegar dan miskin bandar, sudah pasti ia akan meraih undi,” kata DAP pula.
“Impaknya besar, terutamanya mengekalkan pengundi “tradisional” mereka di luar bandar, itu sebabnya kenapa (Perdana Menteri) menangguhkan pilihan raya,” kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua (gambar).
“Beliau sedar pilihan raya akan dilaksankan dalam tempoh tiga bulan selepas BR1M 2.0 jadi kesan positif BR1M tidak akan habis,” kata Pua lagi.
PR jelas Pua tidak memiliki dana sekukuh BN, terutamanya di negeri-negeri yang bukan di bawah bidang kuasa mereka seperti di Johor, Pahang, dan Perak, dan itu menyukarkan mereka untuk mendapatkan sokongan masyarakat luar bandar.
Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad turut menyokong kenyataan Pua, namun mengingatkan BN BR1M hanya mengukuhkan sokongan penyokong tegar mereka, bukannya kumpulan pengundi muda yang merangkumi sekitar 30 peratus daftar pemilih.
“Sementara sekelompok rakyat yang tidak dapat akses kepada media alternatif, mereka semakin yakin untuk menyokong BN.

Cautious 2013 start for Sarawak as BN resorts to BLACK MAGIC & BETRAYAL

Sarawak Report has been made privy to extraordinary accusations of betrayal and ‘black magic’ from deep inside Taib Mahmud’s family-run regime, as deadly rivals square up to succeed the failing Chief Minister.
Allies of brother-in-law, Adenan Satem, who is fighting a fatal heart disease, have confided that they believe his condition is the work of political rivals!
Meanwhile, the carefully constructed BN coalition, which previously dominated each and every federal seat in Sarawak, has started to publicly implode just on the eve of a general election.
Cautious 2013 start for Sarawak as BN resorts to BLACK MAGIC & BETRAYALOnce it was the opposition who were divided, but now we see rival BN parties fighting for the same seats!
Likewise, across the border, the chaos in Sarawak is matched by dismay and defections from UMNO in Sabah.
Here the Chief Minister, Musa Aman, has been discovered red-handed with tens of millions of dollars in backhanders in proxy accounts (we have the bank statements to prove it, backed by testimony from the Swiss bank UBS).
His UMNO allies have refused to prosecute and have lost further credibility as a result.
And the more the picture widens for BN the worse it gets!  There is even talk of ‘Black Magic’ in the Prime Minister’s very own circles, as UMNO party dissidents gossip and criticise the hold of greedy and powerful Rosmah Mansor over her husband, Najib Razak.
Unwelcome ambition – the vanity of Rosmah Mansor has become the target not just of the opposition, but of Najib’s most dangerous enemies, who are in his own party.
Yet black magic appears a paltry concern in comparison to the toxic revelations still pouring out about the murder of the model Altantuya and her links to Najib and his Scorpene submarine deals.
The talk in UMNO is no longer focused where it should be, on winning the election.  It is focused only on when Najib’s pushy deputy, Muyhiddin (backed by the dictator behind the throne, Mahathir) will strike.
Will it be before or straight after the election? That is all that insiders are asking at the moment!
What kind of a New Year does such a state of affairs portend and is it any way for a ruling party of more than 50 years to convince voters they are still fit to govern?
Heart transplant
Before illness struck. Adenan Satem was a preferred successor to Taib among many who fear the ‘thuggish’ Awang Tengah.
Taib Mahmud’s brother in law, Adenan Satem, is currently struggling in intensive care in Singapore, awaiting a heart transplant.
Relatives have been told he has a 50/50 chance of survival from this disease, but we have learnt that many of his closest family are refusing to believe his condition stems from natural causes.
They are clearly dismayed that this once favoured contender to succeed Taib has been edged out of the picture, just as insiders are starting to accept that the old dictator must be removed shortly from his post.
So instead they are blaming ‘Siamese Black Magic’ employed by political rivals!
“He needs to do a heart transplant in Mount Elizabeth Hospital, Singapore. Chances for him to survive are 50/50. Many believe that he had heart disease because of natural sickness. But, in reality he was actually got serious illness because of xxxxxxx xxxxxxx’s magic. Many people in Sarawak know about it actually” [A close relative confiding to Sarawak Report]