Sabtu, 30 November 2013

Isu gaji: Adun PKR Selangor sumbang RM1,000 sebulan isi tabung biasiswa


Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) bersalaman dengan orang awam di satu majlis di Pulau Pinang hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 30 November, 2013.Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) bersalaman dengan orang awam di satu majlis di Pulau Pinang hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 30 November, 2013.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dari parti itu akan menyumbang RM1,000 sebulan daripada gaji mereka, selepas dikecam pelbagai pihak termasuk pimpinan tertinggi parti itu.
Beliau berkata, jumlah berkenaan atau 20% daripada keseluruhan kenaikan gaji yang yang diterima akan disalurkan kepada program pendidikan di bawah Tabung Pendidikan Keadilan Anak Selangor.
"Saya menerima pandangan semua pihak mengenai kenaikan gaji yang melibatkan wakil rakyat Selangor. Saya juga mendapat penjelasan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai rasional kenaikan gaji tersebut.
"Setelah berbincang dengan Menteri Besar,saya bersetuju bahawa satu Tabung Pendidikan Keadilan Anak Selangor ditubuhkan bertujuan mengagihkan biasiswa pendidikan kecil dan mengendalikan program pendidikan terutama di peringkat sekolah menengah dan pra-universiti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar berkata, jumlah sumbangan wakil rakyat PKR Selangor kelak dijangka mencecah setengah juta setahun, hasil daripada kenaikan gaji mereka dan ini dapat membantu keluarga berpendapatan rendah dalam bidang pendidikan.
Katanya, PKR sebagai parti yang membawa semangat reformasi perlu terus sensitif dengan kesempitan hidup yang dihadapi rakyat.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Khamis meluluskan kenaikan gaji 56 anggotanya berkuatkuasa Januari 2014, dengan timbalan speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3%.
Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN daripada RM6,109.29 kepada RM22,500; timbalan speaker daripada RM3,327.50 kepada RM15,750 dan Adun daripada RM6,000 kepada RM11,250.
Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 2011.

Abdul Khalid ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata mesyuarat exco pada 22 November bersetuju menaikkan kadar gaji itu berdasarkan formula 75% daripada elaun dan gaji yang diterima Adun dan anggota pentadbiran Sarawak.

1 ulasan:

  1. main potong aje ker atau dah masuk dalam mesyuarat nih?? nuar, nuar!! tak habis2 nak buat orang benci!

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA