Selasa, 9 Julai 2013

Syariah Islam punca Mesir bergolak


Mesir adalah antara negara umat Islam yang menjadi perhatian musuh-musuh Islam sejak sekian lama selain daripada Pakistan dan Indonesia. Keadaan geografinya yang strategik ditambah pula dengan sumber minyak yang banyak cukup membuatkan Mesir sebagai sebuah negara Afrika Utara yang penting di rantau Asia Barat.

Sejak sekian lama, Mesir terlibat dalam perang Arab-Israel, termasuk Perang Enam Hari 1967, yang mana Mesir dan Israel menjadi pemain utamanya termasuk juga sekutu Israel iaitu AS.

Jeneral yang memimpin Mesir dalam Perang Enam Hari adalah Jeneral Jamal Abu Nasser, menyaksikan Mesir kalah dalam pertempuran tersebut termasuk beberapa tempat yang berjaya ditawan Israel antaranya Bukit Golan di Selatan Syria dan Baitul Maqdis.

Mesir sangat berkepentingan bagi Israel dan AS, bukan hanya atas kepentingan ekonomi tetapi juga atas kepentingan kedudukan Mesir yang berjiran dengan Palestin. Ini beerti, menyelamatkan negara Islam Mesir dari kongkongan sekutu-sekutu Israel dan kelompok-kelompok berkepentingan akan turut memberi kesan kepada Palestin.

Pemilihan Dr Morsi sebagai Presiden Mesir cukup membimbangkan musuh-musuh Islam. Mereka tidak takut dengan pemerintah yang amanah dan adil, meskipun pemerintah itu seorang muslim, tetapi apa yang sangat dibimbangi adalah seorang pemerintah yang ber’sama’nya syariat Allah SWT dalam memimpin negara.

Itu sahaja alasan mereka untuk memusuhi gerakan Islam di mana sahaja mereka berada. Hakikat yang pejuang Islam mesti sedar, syariat Allah SWT yang sedang kita junjung sentiasa membuatkan musuh-musuh Islam gelisah.

Isu kerajaan Mesir digulingkan bukan isu baru, tahun 1952 menyaksikan pemerintahan beraja Mesir digulingkan. Husni Mubarak juga digulingkan beberapa tahun sebelum ini. Isu yang perlu menjadi fokus utama di Mesir sekarang adalah kerajaan Islam yang berhasrat melaksanakan syariah telah digulingkan.

Musuh-musuh Islam atas nama sekularisma, nasionalisma dan liberialisma juga Israel, AS dan sekutu-sekutunya yang lain sentiasa bersatu hati menentang Islam dan pemerintahannya.

Saya jamin jika Dr Morsi tidak berhasrat melaksanakan syariah Allah SWT atau tidak ada kecenderungan ke arah itu ketika memegang jawatan presiden sebelum ini, nescaya tidak akan berlaku rampasan kuasa seperti yang berlaku tempoh hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA