Isnin, 8 Julai 2013

Ceramah Perisytiharan Calon PRK N01 Kuala Besut

Malam esok siapa calon yang mewakili Pas pada PRK N01 KUALA BESUT bakal terjawab.Dijangka calon akan diumumkan sendiri oleh Tuan Guru Presiden dalam ceramah di Kg Nail Kuala Besut.
Selain Tuan Guru,turut berucap antaranya Hj Mohamad Sabu,Hj Husam Musa,Hj Mustaffa Ali,Saifuddin Nasution dan Mohd Abdul Wahid Endut.
Sebagai pengundi dan jentera Pas Dun Kuala Besut tentunya aku mengharapkan yang terbaik menjadi calon untuk menang PRK ini dan sejarah 16 - 16 tercipta.
Walaubagaimana pun siapa saja yang dipilih pucuk pimpinan,aku akan bagi sokongan yang tak berbelah bagi.Aku dan rakan2 jentera pilihanraya akan bekerja semaksima mungkin.Semoga sejarah bakal tercipta.Doakan kejayaan kami

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA