Rabu, 8 Mei 2013

Rafizi: Perhimpunan Suara Rakyat Suara Keramat malam ini diteruskan

PKR menegaskan perhimpunan “Suara Rakyat Suara Keramat” yang dijadual berlangsung di Stadium Kelana Jaya malam ini diteruskan seperti dirancang meskipun tidak dibenarkan polis.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, perhimpunan yang dianjurkan ini adalah berdasarkan semangat Akta Perhimpunan Aman yang diguna pakai sebelum ini di mana permit untuk perhimpunan tidak diperlukan, sekadar memaklumkan kepada pihak polis.

“Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad telah memaklumkan secara rasmi kepada pihak balai berkenaan.
“Ini bertepatan dengan amalan biasa sebelum ini memandangkan perhimpunan diadakan di tempat persendirian yang telah dipersetujui dengan pengurusan dan pemilik stadium,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menegaskan, perhimpunan yang dirancang pembangkang malam ini merupakan perhimpunan haram berikutan penganjur tidak membuat sebarang permohonan kepada polis.
  
Sehubungan itu, Ismail berkata, polis akan menahan peserta jika perhimpunan itu tetap diadakan.
  
"Penganjur perlu mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Ini kerana tindakan berarak di tempat tertentu tanpa kebenaran bertujuan membangkitkan kemarahan adalah salah disisi undang-undang," katanya.


Mengulas perkara itu, Rafizi berkata, beliau percaya dengan keikhlasan dan kebijaksanaan pasukan polis di bawah pimpinan Ismail yang menghargai hak rakyat untuk berhimpun seperti ditunjukkan dalam perhimpunan-perhimpunan sebelum ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengecam anasir penghasut yang cuba menakut-nakutkan rakyat terutamanya golongan bukan Melayu kononnya perhimpunan itu adalah satu alasan agar satu pergolakan kaum bermula.

“Beberapa pesanan ringkas merujuk kepada peristiwa 13 Mei yang kononnya dikaitkan dengan perhimpunan malam ini sedang berlegar jelas berniat jahat.

“Saya akan membuat satu laporan polis di Balai Polis Tropicana pada jam 3 petang ini agar pihak berkuasa menyiasat secepat mungkin pihak yang cuba menimbulkan huru-hara dan ketakutan dengan memainkan sentimen perkauman melalui edaran pesanan ringkas tersebut,” katanya lagi.

10 ulasan:

  1. kah kah kahsedarlah saudaraku semua.. tiada kerajaan yang korupsi dan rasuah jatuh dgn pilihanraya.. kesemuanya jatuh dgn jalan raya

    BalasPadam
  2. Kalau dah kalah...semua orang nak disalahkan...Inilah manusia kini. Daripada dulu hingga kini asal ada pilihanraya...ada je pengundi hantu...rasuah.... Terimalah keputusan dengan redha...cuba 5 tahun lagilah!!

    BalasPadam
  3. tunggu 100 tahun lg pun ok xde masalah biar anak cucu cicit kita yg jd pemimpin pulak,kita dah tenang di sana.....tp kalau berpuluh tahun menipu dan khianat utk berkuasa semata2 nk menyamun harta rakyat,tunggulah saat2 kehancuran berkecai,amin.

    BalasPadam
  4. Macai umno korg bodoh sama mcm otak najib. X tahu malu. Rakyat da x sokong umno. Tp still nk berkuasa. Sanggup jual Negara pada bangladesh. Bodoh macai umno. Otak mcm babi.

    BalasPadam
  5. Salam hormat,
    Hai warga malaysia tak perlu gaduh gaduh, cuma luangkan masa untuk memikir secara dalam hak asasi kita sebagai warga Malaysia. Kita mesti peka dengan maklumat terkini agar hak kita tidak terancam disebabkan pimpinan kerajaan yang merunsingkan masa depan negara kita.

    BalasPadam
  6. TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA.

    SEMUA YANG BERLAKU DALAM DUNIA INI SUDAH DITAKDIRKAN OLEH ALLAH.
    MAKA KITA WAJIB PERCAYA KEPADA QADA DAN QADAR.
    JIKA DATO SRI ANWAR IBRAHIM DITAKDIRKAN MENJADI PM.
    PASTI BELIAU AKAN MENJADI PM.
    JIKA SEBALIKNYA BERLAKU. KITA HENDAKLAH REDHO DAN BERSABAR ATAS SEMUA KEJADIAN YANG BERLAKU.

    TAKDIR KINI DATO SRI NAJIB TUN RAZAK MENJADI PM. KITA REDHO APA-APA YANG BERLAKU. SEMUANYA DARIPADA ALLAH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayuh bangsaku...marilah kita bersatu demi agama. Perpecahan kita hanya menguntungkan bangsa lain yg ditunjangi oleh DAP. UMNO dan PAS bersatu lah demi anak cucu cicit bangsa melayu Islam di masa hadapan.

      Padam
  7. ape cter kat stadium.
    jln jem gler dr.highway pn jem.
    tak lpas aku nak gi tadi
    patah balik umah je

    BalasPadam
  8. Semua kerja bodoh...cina jga yg untung. Melayu berpecah

    BalasPadam
  9. Melayu umno ler yg berpecah tamak haloba taik hidung masin
    Kantung dia jer penuh kantung rakyat abuk yg dpt poraah.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA