Rabu, 13 Mac 2013

PI Bala : 'Altantuya tak izin saya mati dulu'

Campur tangan Ilahi dan malaikat pelindung telah menyelamatkannya daripada kematian yang dekat.

Begitu bekas penyiasat persendirian kontroversi P Balasubramaniam menyifatkan kejadian pada 3 Mac lalu di wad jantung di sebuah hospital swasta selepas dia disahkan mempunyai penyakit saluran koronori tersumbat.

altantuya and son 050309Balasubramaniam, 53, percaya beliau boleh mati akibat serangan jantung pada bila-bila masa selepas meninggalkan India untuk pulang ke kampung halaman, justeru terlibat dalam kempen Pakatan Rakyat dan pelbagai program pertemuan dengan orang ramai.

Lebih dikenali sebagai PI Bala, kepercayaannya kuat untuk menyakini bahawa "pihak di atas" dan semangat wanita Mongolia yang terbunuh Altantuya Shaariibuu masih memerlukan dia dan perjuangannya.

"Tiap tahun, pada 19 Oktober, saya bersembahyang untuk dia (Altantuya). Saya harap suatu hari keadilan akan ditegakkan," kata Bala kepada Malaysiakini dalam wawancara eksklusif pada Isnin lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA