Isnin, 25 Mac 2013

Papa Gomo PENGECUT! TAK BERANI Datang Mahkamah!


Kah kah kah...

Ini ada berita 'gumbira' untuk semua pembaca kah kah kah...

Beberapa minit lalu, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail memberitahu status terbaru di akaun Twitternya memaklumkan bahawa Papa Gomo yang mengugut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim supaya menarik balik saman RM100 juta, rupanya tidak hadir ke mahkamah!

Dalam mesej Saifuddin, beliau menyebut:

@saifnasution: Bsama dato husam di mahk kb saman fitnah terhadap papagomo ..berhempas pulas lawyer dia hujah minta tangguh!

Manakala tweet seterusnya memberitahu:
@saifansution: Dato husam,peguam dan saksi2 siap siaga ..penakut rupanya papagomo ni,dia tak hadir pun di mahkamah pagi ini

Seterusnya, Saifuddin memberitahu:

@saifasution: Selaku defendan papagomo mesti hadir di mahk biarpun lawyernya bhujah mohon penangguhan ..rupanya PENAKUT bila disaman

Pada 16 Februari lalu, blogger terbabit disaman seorang peguam terkenal, Shukri Mohamad juga berkaitan artikel fitnah yang disiarkan dalam blognya.




Writ saman tersebut difailkan Husam melalui peguam Hisham Fauzi dengan menuntut gantirugi sebanyak RM10 juta, permohonan maaf secara bertulis, gantirugi teladan, gantirugi melampau dan gantirugi punitif.

Selain itu injunksi menghalang defendan atau ejen atau pembantu berkomunikasi, memberi komen, mengulangi penerbitan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif.

Defendan melalui blog; http://www.papagomo.com bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll’ diterbit pada 6 Disember 2011 cuba mengaibkan Husam dengan menyiarkan gambar tersebut.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri menyifatkan gambarnya dimanipulasikan sehingga memberikan gambaran plaintif sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan Cina.

Defendan atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris yang beralamat di Villa Apartment, Jalan 5/23 e, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis;

“Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni.”




Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China.

Plaintif sedang memegang saputangan di tangan dan perempuan itu berjalan di belakang.

Plaintif sebelum ini mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut supaya memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi.

Bagaimanapun defendan gagal dan enggan berbuat demikian
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA