Sabtu, 16 Mac 2013

7 DOSA : Najib bohong dan tuding jari kepada PR...

Najib berbohong lagi, kali ini di Kuala Krai. Najib turut dilapurkan oleh media penjilat berucap di hadapan 45 ribu penduduk (ya ker? atau 450 orang). Najib kononnya mendakwa keselamatan bukan perkara main main sambil menuding kepada PR(yang dirujuknya sebagai pembangkang pada hal dia tu dah jadi pemandu yang lesennya sudah tamat tempoh). Katanya sepatutnya dalam soal keselamatan kita kena bersatu tak kira bulan ker, roket ker atau mata sebelah ker.
Tapi Najib buat buat tak nampak bendera bulan yang tergantung di rumah keluarga Arwah Ahmad Hurairah yang dengan jelas, orang bulan juga redha dengan pemergian arwah mempertahankan negara. Mempertahankan negara dari perbuatan tidak bertanggungjawab kerajaan UMNO selama hari ini. Hakikat inilah yang menyebabkan PR lantang mengkritik kerajaan UMNO, bukan tidak sokong kehadiran pasukan keselamatan menghalang penceroboh negara.
Pencerobohan yang disebabkan oleh sikap rakus pemimpin kerajaan UMNO selama ini. Tian Chua yang didakwapun tidak pernah menghina pasukan keselamatan, Tian Chua hanya menghina UMNO kerana tidak cekap menguruskan soal keselamatan. Najib cuma benar tentang satu perkara ia itu rakyat berada di belakang pasukan keselamatan tetapi Najib macam tak sedar tentang kesungguhan rakyat supaya anggota keselamatan mesti dijaga bukan hanya menjadikan mereka perisai kerajaan UMNO sahaja!

Ketika Najib meluahkan rasa prihatin yang tidak prihatinnya mengenai sumbangan pasukan keselamatan di Lahad Datu, seorang pembodek setianya dari JATI, Hasang Ali bersorak di depan masjid negara menuduh Anwar sebagai dalang Lahad Datu. Ingat dalang wayang kulit ker? Itulah Najib dalam satu aspek dia mengajak semua rakyat bersatu tetapi di pihak yang lain mahu menyalahkan orang lain atas masalah yang sepatutnya menjadi tanggungjawab penuhnya.

Najiblah yang mempolitikkan isu Lahad datu, bukan pemimpin PR. Najib sepatutnya menjelaskan banyak perkara mengenai keselamatan terutama keraguan yang timbul dari peristiwa Lahad Datu, antara yang paling penting mengenai IC yang dimiliki oleh pendatang Sulu dan terbaru keluhan bekas ketua polis Lahad Datu yang mendakwa kedudukan pasukan polis di Lahad Datu tidak dihiraukan kerajaan selama ini yang membuka jalan yang luas kepada pencerobohan itu.

Najib juga berhutang dengan rakyat mengenai penjelasan dari kenyataan Nur Misuari tentang janji Najib kepada penceroboh itu. Sehingga kini, lapuran media Filipina mengenai perkara ini dihilangkan sebaliknya yang ditimbulkan ialah mengenai penglibatan pihak ketiga dari Malaysia dan dengan lapuran lapuran ini, digerakkan pula satu aktiviti menuduh seperti dilakukan Hasang Ali sebentar tadi serta lakonan samseng NGO membakar bendera dan membaling telur.

Sambil Najib terus berbohong. Najib mungkin akan terus berbohong selagi diberi kesempatan tetapi Najib tak boleh lupa, sampai bila kah Lahad Datu akan berakhir? Najib tak boleh lupa tentang penemuan penemuan oleh anggota keselamatan kita selama mereka berada di Lahad Datu yang boleh dikaitkan dengan ketidakcekapan kerajaan Najib menguruskan keselamatan negara.

Najib boleh terus berbohong, tetapi berita benar terus tiba ke pangkuan rakyat yang membolehkan rakyat menyedari siapa sebenarnya mempolitikkan isu lahad Datu?"

(ALLAH BAYAR TUNAI)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA