Penyokong
Sultan Sulu, Jamalul Kiram III memegang sebuah poster semasa protes di
hadapan Masjid Biru di Taguig, Filipina pada 1 Mac 2013. — Gambar
ReutersKUALA LUMPUR, 5 Mac — Ribuan penduduk Tausug atau
lebih dikenali sebagai Sulu telah belayar ke Sabah untuk membantu
sahabat militan Filipina mereka itu berikutan serangan besar-besaran
pasukan keselamatan Malaysia sejak pagi tadi, lapor The Philippine Inquirer hari ini.Dakwaan yang dibuat Pengerusi Jawatankuasa Islam Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Habib Hashim Mudjahab, itu bercanggah dengan laporan kebanyakan media yang pihak berkuasa Malaysia dan Filipina yang menghalang laluan masuk ke Lahad Datu, di mana militan berkenaan berkubu.
“Kami tidak mampu menghalang orang-orang kami. Kami sedih, dan ramai orang kami, termasuk mereka yang bukan pejuang, pergi ke Sabah untuk membantu tentera sultan,” kata Mudjahab dipetik akhbar tersebut.
Namun Inquirer turut melaporkan penafian berkenaan pergerakan tersebut daripada Ketua Angkatan Tentera Mindanao Barat Lt. Gen, Rey Ardo, dan juga pemangku Gabenor Wilayah Autonomi Muslim Mindanao Mujib Hataman.
Kedua-dua pemimpin itu berkata mereka tidak pasti berkenaan perkara itu.
Jelas Mudjahab, bagaimanapun, 10,000 Tausug daripada Basilan, Sulu, Tawi-Tawi dan Zamboanga telah meninggalkan Filipina sejak malam tadi dalam menggunakan bot pancung melalui “pintu belakang selatan.” - laluan yang menjadi laluan pelayar.
Pegawai rasmi MNLF berkata halangan tentera laut juga tidak akan berkesan kerana mereka tidak biasa dengan perairan tersebut dan boleh melepasinya tanpa rasa curiga.
“Ia soal maruah dan harga diri, dan orang-orang kami sedia untuk berkorban,” tambahnya.
Awal hari ini, pemimpin MNLF, Nur Misuari menafikan penglibatan dalam ketegangan di Sabah dalam satu sidang media, yang masih berterusan.
Datanglah kalo rasa dah lama hidup..dtg cara baik, disambut baik..dtg cara jahat..jahat la layanannya. Malaysia negara berdaulat, petualang wajib dihapuskn. Datang buat kacau 'rumah' org,mampus la jawabnya.
BalasPadamDatang sebagai tyetamu...kamu layan sebagai tetamu. Datang utk menceroboh amat kami benci
BalasPadamjangan cari hal lagi,,,jadilah manusia yang berguna,perang tak da guna,hanya membawa sengsara dan ''MAUT''
BalasPadamhajar bro tentara malaysia itu, mereka nggak bisa perang melayu pengecut itu
BalasPadam