Selasa, 12 Februari 2013

No To BN : Persembahan Psy tak guna duit rakyat - Najib.!!!.tapi duit siapa..???



 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menegaskan bahawa persembahan penyanyi popular Korea di majlis rumah terbuka anjuran BN Pulau Pinang semalam tidak menggunakan wang rakyat.

NONEDalam tulisannya di Twitter hari ini, Najib juga menyebut, individu yang hadir juga tidak dikenakan sebarang bayaran untuk menyaksikan persembahan itu.

"Persembahan Psy tidak melibatkan duit rakyat langsung. Orang ramai juga tidak dikenakan bayaran untuk menyaksikannya," katanya.

Najib bagaimanapun tidak menamakan pihak yang bertanggungjawab menanggung kos untuk persembahan artis itu.
Artis berkenaan, yang diiringi penari, mempersembahkan lagu popularnya 'Gangnam Oppa' sebanyak dua kali di majlis yang dihadiri ribuan penonton itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA