Sabtu, 19 Januari 2013

PRU13: Mahathir, Najib Dan Rosmah Mula Mengelabah.

Hanya tinggal tidak sampai 3 bulan sahaja lagi parlimen akan terbubar dengan sendirinya walau pun Najib cuba mengelakkannya. Inilah pertama dalam sejarah negara penggal parlimen hampir cukup 5 tahun kerana sebelum ini parlimen dibubarkan paling lama pun 4 tahun selepas BN memerintah. Kenapa Najib terlalu takut untuk mengadakan pilihan raya umum sehinggakan ia menyusahkan parti-parti yang bersama dengan Umno dalam BN.
Adakah kerana Najib/Rosmah belum selesai memindahkan aset-aset mereka keluar dari negara atau beliau cuba untuk mengadakan darurat agar beliau mempunyai masa untuk mempersiapkan dirinya. Antara orang yang paling takut pada PRU13 ini ialah Tun Mahathir, mantan PM ke 4 kerana ia melibatkan kepentingan anak-anaknya yang pasti akan tersepit sekiranya BN kalah pada Pakatan Rakyat. 
Jika mengikut kepada ilmu gerak badan, Mahathir benar-benar rasa tertekan dengan sisa-sisa kuasa yang dimiliki oleh Umno. Beliau yang terkenal dengan sikap suka memuji diri sendiri dan apa yang beliau lakukan adalah betul dan tidak kepada pengganti-pengganti beliau. 
Lihatlah bagaimana beliau dengan berat hati mengaku akan peranannya memerintahkan agar I/C diberi kepada pendatang asing tetapi masih mengaku apa yang beliau lakukan adalah betul sebetulnya dengan alasan-alasan yang tak masuk akal.
Tanpa merasa malu, beliau cuba menegakkan benang yang basah dengan menuduh Tunku lebih teruk kerana memberi lebih sejuta kewarganegaraan kepada pendatang asing semasa Malaya baru mendapat kemerdekaan dari bapak tiri Umno. Apakah beliau ingat rakyat Malaysia buta atau pun masih boleh diperbodohkan sedangkan apa yang Tunku lakukan adalah mengikut perlembagaan yang digubal oleh bapak tiri Umno agar setiap bangsa yang datang sebelum Malaya diberi kemerdekaan, mestilah diberi kerakyatan dengan syarat mereka wajib taat kepada Raja-Raja Melayu.
Mahathir yang merasakan beliau masih berkuasa walaupun sudah tidak lagi menjawat jawatan Perdana Menteri telah mengugut orang Melayu dengan mengatakan yang bangsa Melayu akan pupus jika Umno/BN kalah pada PRU13 nanti jejas menunjukkan betapa bimbangnya beliau akan masa depan bisnes anak-anaknya. Benarkah Melayu akan pupus atau berpecah belah seperti yang beliau laung-laungkan itu kerana yang pasti bangsa Melayu tidak sesekali berpecah belah tetapi Umno sebenarnya yang berpecah belah.
Bangsa Melayu tetap akan kuat selagi mereka menolak parti sekular Umno dengan menyokong PAS yang sudah terbukti berjaya mengangkat martabat bangsa Melayu pada tempatnya iaitu berpaksikan kepada Islam. PAS dan PR tidak takut untuk menerima kekalahan kerana PAS sudah berpengalaman lebih dari 55 tahun berjuang. PAS tetap berdiri teguh walau pun saban pilihan raya mereka kalah kerana pendokong Islam tahu bahawa akan tiba masanya Islam akan mencapai kemenangan yang gemilang dan terbilang apabila Allah s.w.t. mengizinkannya.
Hanya Umno dan Mahathir sahaja yang takut menghadapi kekalahan kerana mereka sudah lama merasa betapa empuknya kerusi di Putrajaya. Kita sedia maklum hanya orang yang bersalah sahaja yang takut menghadapi kekalahan kerana mereka tahu geriji Penjara Sungai Buluh sedang menunggu mereka dengan penuh sabar untuk menyambut para pemimpin agung Umno dan yang sewaktu dengannya. 
Pakatan Rakyat bukannya sezalim Mahathir atau pun Umno/BN, mereka pasti akan diadili dengan adil tanpa ada campur tangan dari mana-mana pemimpin PR yang akan memimpin negara nanti. Tidak mustahil parti Umno akan terpapar di muzium untuk tatapan generasi akan datang menambahkan ilmu yang parti keris ini pernah memerintah negara dengan penuh kezaliman sehingga sanggup membunuh rakyatnya sendiri demi untuk terus berkuasa. 
Maka marilah kita sama-sama membaca al-Fatihah buat parti Umno yang telah dikuburkan oleh rakyat Malaysia pada PRU13. Semoga segala kejahatan, kezaliman dan penyalahgunaan kuasa semasa pemimpin mereka memerintah negara diampunkan dosa-dosa mereka oleh Allah s.w.t..... Aminnnnnn.

16 ulasan:

  1. Nak wat apa bacakan Al-fatehah? Bacakan Tabat-yada lagi bagus..!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. EMMMMM..... UMNO tetap berjasa pada bangsa dan negara Malaysia.
      Tapi kantong mereka penuh duit juga.....
      kita pengundi hanya dapt tangki.....

      Padam
  2. Aku ingat umno dah mampus pada tahun 1988, yg ada ni zombi dia. Mmana logik no ahli nya 000000001 wujud tahun 1988, tapi no 000009999 ahlinya tahun 1950? Logik tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. SEBENARNYA PARTI UMNO SEKARANG UMNO(BARU).
      PARTI YANG MAHATHIR DAFTAR.
      MAHATHIR PRESIDEN PARTY UMNO(BARU)
      TAPI BERLINDUNG DALAM SEMAK.....

      Padam
  3. baca talkin la lagu comel dan molek bebenor. ke gana.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum yg menulis.kalau nak kata kita bagus tunjukkan dulu bagusnya kita.agama Islam tak mengajar kita mengata orang lain samaada orang Isam atau org bkn Islam.yg pentingmarila kita berdoa agar negara.bangsa dan agama kita terpelihara oleh yg maha Esa.yg salah biar Allah yg menghukumNya jnglah sebab org kita jd berdosa pula sy dah hidup dengan bahagia di Malysia ini 56 th.sydan anak2 semua tlh menjejak kaki ke menara gading tanpa sebarang masalah dan tlh menjejek kaki di bbrp negara Asian dan Asia dan Eropah sy babgga negara sy dr segala segi dan blh menjalankan akt.tanpa madalah.cuma perlu ditambah mana yg kurang.mari ktsama2 baikinya dngcara yg harmoni tanpa kata mengata ok.maaf atas apa yg dikata.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wooi ngok kalau perkara maksiat dan kemungkaran tu kita kena kata dan beri peringatan pd orang lain supaya tidak memilih orng yg rasuah, penjenayah untuk memimpin negara. Jgn hidup ni nak cari mencekik je

      Padam
    2. Ada lagi lembu belaan umporno d sini yg tak boleh berfikir..

      Padam
    3. Pandangan org yg. beku otak kerana terlalu taksub ngan ulamak kerak nasi....ulamak yg terlalu banyak khilaf untuk membenarkan yg batil. wallahu a'lam.

      Padam
    4. Aik...Tanpa Nama ni bangang ka apa? Mula2 kata suruh org tunjuk baik. Pastu pesan jgn mengata kat org... tup tup dia pula yg emosi dan mengata kat ulamak plk. Kata ngaji sampai menara gading...tapi tak bole pakai jgk. Now listen listen listen... let me speak... ni lah jenis manusia yg Umporno nak lahirkan...biar ngaji sampai varsiti...tetapi tetap jahil dan boleh diperbodohkan macam lembu kondo walaupun kemungkaran, rasuah, kezaliman dan pelbagai penindasan berlaku di depan mata..let me speak...ini kalilah... pru13 kita talkinkan umporno be end..

      Padam
    5. kalau tak kata kat orang,takkan nak kata kat lembu-kambing....Al-Quran turun kepada sapa,bukan kepada manusia...?

      Padam
  5. Talkinkan aje!

    BalasPadam
  6. masih ader lagi yg nk tegak benang basah...sian dier

    BalasPadam
    Balasan
    1. listen..listen..listen..10...tuntaik mahadir, najib/rosma dukun...ini sarifah ziraffah lembu...boleh jawab..

      Padam
  7. doakan UMNO BN kalah alhamdulillah ubah sebelum parah....bukan umno shj yg merdekakan tanah melayu banyak org lain yg jasasnya tidak dikenang...

    BalasPadam
  8. Haji hadi jd PM krn memikiki ilmu dunia dn akhirat,manakala Anuar jd penasihat kpd PM krn pengalamannya..bagus tak cadangan sya

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA