WF=10; Johor=10 (1); Kedah=11; Kelantan 12; Perak=18 (11), Selangor=17,
Terengganu=1; Melaka=1; Negeri Sembilan=3; Pahang=5 (2); Sabah dan
Sarawak=25 (2); Jumlah 124 (jumlah kerusi dimenangi pada PRU-12)
Setidak-tidaknya itulah perkiraan Pakatan Rakyat, jumlah kerusi yang
mereka akan menang pada PRU-13. melalui jumlah kerusi itu, bermakna,
tiga Pakatan parti DAP-PKR-PAS menambah 42 kerusi parlimen daripada
kerusi asal yang mereka menang pada PRU-12 lalu, 82.
Apa Yang Tersirat ingin memeberi komen berasaskan kajian-kajian berbagai
pihak dan persepsi semasa yang dikumpulkan dan gambaran ini mendekati
pola pengundian pada PRU-13 akan datang.
Namun AYT tidak memberi komen tentang kemungkinan jumlah kerusi yang
dimenangi di Semenanjung, AYT lebih berminat memberi ulasan berkenaan
Sabah dan sedikit Sarawak.
Sabah mempunyai 25 kerusi Parlimen. Pada PRU-12 lalu, hanya kerusi Parlimen Kota Kinabalu dimenangi oleh DAP.
Jika benarlah bahawa 80 peratus pengundi cina dan 30 peratus pengundi
bumiputera bukan islam dan 30 peratus pengundi bumiputera islam
menyokong pembangkang, maka kemungkinan hanya tiga kerusi Parlimen yang
boleh dimenangi Pembangkang. Kerusi-kerusi itu, adalah Parlimen Kota
Kinabalu (pasti), Parlimen Sandakan dan Parlimen Tawau.
Disebabkan Pakatan memperkirakan akan mendapat 25 kerusi daripada
Sarawak dan Sabah, maka mereka memperkirakan akan menang 22 kerusi
daripada 31 kerusi parlimen di Sarawak.
Entah darimana analisis mereka itu bersandar; jika berasaskan kepada PRN
Sarawak pada 2011, maksima kerusi yang boleh dimenangi Pembangkang di
bumi kenyalang adalah 7; dan tidak lebih daripada itu.
Kalau kecenderungan pengundian di Sarawak tidak berubah, dan pola
pengundian di Sabah berubah, maka Pakatan Rakyat, maksima akan menang 10
kerusi Parlimen daripada Sabah dan Sarawak.
Jika demikian, maka pakatan tiga parti tidak akan menang pilihanraya dan
menduduki Putrajaya, kerana kerusi yang tidak mencukupi, yakni hanya
109 kerusi, kurang 3 kerusi untuk membolehkan menubuhkan kerajaan dengan
majoriti mudah.
Kenapa Pakatan hanya berfikiran, bahawa parti-parti mereka sahaja yang
boleh menambah kerusi? Apa kah Bn tidak mempunyai kemampuan menambah?
Pada PRU-13 Bn mempunyai harapan menang bagi WF=5 (3); Johor= 25;
Kedah= 8(4); Kelantan 5(2); Perak=16 (13), Selangor=10 (5),
Terengganu=7; Melaka=5; Negeri Sembilan=5; Pahang=14 (12) 2); Perlis=3;
Sabah 22 (24) dan Sarawak= 24 (30)); Jumlah 149; Bn masih boleh
menambah kerusi daripada Sabah atau Sarawak ataupun kedah antara 1 atau 2
kerusi.
Berasaskan perkiraan di atas, atas sebab itu Bn yakin bukan sahaja
menang pada PRU-13 akan tetapi akan kembali menguasai 2/3 kerusi dewan
rakyat, kuasa tradisinya selepas 10 kali pilihanraya umum.
Pada PRU-13 akan datang sebanyak 222 kerusi parlimen dipertandingkan dan
505 kerusi dewan undangan negeri. Semua negeri mempertandingkan DUN,
kecuali Sarawak yang baru sahaja mengadakan pilihanraya Dun pada April
2011.
Apa Yang Tersirat..Pro BN..

biasaah tu bro....puak pro bn akan kata bn menang besar.....pro PR akan kata mereka menang....inikan poitik.
BalasPadam