BENTONG - Rakyat di negeri Selangor mempunyai kuasa untuk menentukan
sama ada projek bekalan air mentah dari Pahang ke Selangor atau projek
Langat 2 boleh diteruskan atau sebaliknya iaitu dengan mengembalikan
semula pemerintahan negeri Selangor kepada kerajaan Barisan Nasional
(BN).Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kuasa itu sebenarnya terletak di tangan mereka walaupun Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui mempunyai kuasa membatalkan projek pembekalan air ke Lembah Klang.
"Kalau mereka ingin mendapatkan bekalan air tanpa sebarang gangguan, mereka seharusnya berfikir untuk mengembalikan semula pemerintahan negeri Selangor kepada kerajaan Barisan Nasional.
"Kerajaan BN sentiasa prihatin dan mengutamakan kebajikan rakyat dan sudah tentunya tidak akan membiarkan penduduk Lembah Klang menghadapi masalah gangguan bekalan air seperti yang berlaku pada hari ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan khas awal persekolahan kepada 445 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Chemomoi
dan Sekolah Kebangsaan Pelangai di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau menasihati rakyat negeri Selangor supaya membuat perbandingan semasa era kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim daripada kerajaan PKR dengan BN.
Menyentuh mengenai persiapan menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) Adnan berkata, BN Pahang kini telah bersiap sedia untuk membuka bilik gerakan di semua bahagian selewat-lewatnya bulan depan.
Mengenai bantuan awal persekolahan, Adnan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pelangai berkata, walaupun bantuan persekolahan tersebut hanya sekadar RM100 sahaja tiap seorang, tetapi ia membuktikan bahawa kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sangat prihatin dengan kepentingan rakyat.
Katanya, jika dibandingkan negara-negara lain, ada kalangan rakyat atau pelajarnya yang tidak menerima bantuan seumpama itu.
"Pemberian pelbagai bantuan kepada rakyat bukan kerana sebab pilihan raya semakin hampir, tetapi kerajaan sejak dahulu lagi memberikan pelbagai bantuan termasuk bantuan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia)," katanya. - Bernama
Perasan tak habis MB pahang yg samseng nie.....siapa yg berlagak dulu yg kata nak batalkan perjanjian yg berat sebelah sekarang..kunun nak naikkan harga air....bila kerajaan selangor suruh buat secara hitam putih cabaran die tu.....tersentap telur.....itulah cabaran tak der otak dari org yg tak der otak.....dia ingat kerajaan selangor kebulur sgt.....kalu boleh...sekarang jugak....nak batalkan perjanjian berat sebelah tu.....ttp kerajaan pusat(penyamun) telah kunci perjanjian dgn klausa2 yg berat sebelah....jadi kene cari jalan lainlah.......dan kerajaan negeri selangor terus mencuba dan berusaha mencari jalan utk menstruktur semula perkhidmatan air utk kesenangan rakyat bukan utk kroni......
BalasPadam