Sabtu, 12 Januari 2013

#KL112 : Juham Sedia 100 Peguam Dan 3 Nombor Hotline.

Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda PAS Malaysia menyediakan 100 peguam untuk bertugas sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR#KL112).
Pengarahnya Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi, berkata pihannya bersedia untuk membantu para peserta dari sebarang tangkapan jika berlaku namun menasihatkan peserta sentiasa berwaspada dari sebarang tindakan yang boleh menimbulkan provokasi.

"Juham menasihatkan para peserta HKR#KL112 untuk sentiasa berwaspada dengan sebarang provokasi yang mungkin dicetuskan oleh agen-agen UMNO/BN sepanjang perhimpunan aman tersebut berlangsung.

"Juham percaya perhimpunan pasti akan berjalan dengan aman dan lancar sekiranya ia bebas daripada sebarang provokasi jahat agen-agen tertentu sepertimana yang berlaku pada perhimpunan-perhimpunan aman sebelum ini," katanya.

Bagi memudahkan para peserta untuk membuat laporan terhadap sebarang insiden mahupun tangkapan, Juham juga telah melancarkan tiga nombor Hotline untuk dihubungi.

Peserta dinasihatkan menyalin nombor-nombor berikut bagi memudahkan mereka menghubungi peguam jika berlaku sebarang tangkapan.

"Juham mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk turun beramai-ramai ke HKR#KL112 tanpa rasa gentar dalam menuntut keadilan dan juga suatu pilihanraya yang adil dan bersih di Malaysia," katanya.

Nombor HOTLINE Bilik Gerakan Peguam PAS adalah seperti berikut:
1. 01-112-835421
2. 01-112-835485
3. 01-112-836139

2 ulasan:

  1. Kenapa la tak habis2 nak salahkan orang lain hasil krja jahat sendiri·Rakyat yang cerdik tidak harus terpengaruh dengan usaha menjadikan mereka alat merosakkan negara sendiri

    BalasPadam
  2. PAS MENIPU MENGGUNAKAN PERKATAAN ISLAM UNTUK TERUS TIPU ORANG ISLAM DAN PKR GUNAKAN PERKATAAN RAKYAT UNTUK TIPU RAKYAT

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA