Isnin, 31 Disember 2012

2013: Pilih Pakatan pertama kali dalam 55 tahun

KUALA LUMPUR: Biar 2013 menamatkan pencacatan negara dan membawa era transformasi yang sebenar dengan memilih kerajaan Pakatan Rakyat buat pertama kalinya dalam tempoh 55 tahun.

Demikian kata Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dalam perutusan sempena tahun 2013.

Menurut Ahli Parlimen Ipoh Timur itu, empat tahun pemerintahan Najib akan dikenang oleh rakyat Malaysia sebagai pentadbiran yang penuh dengan menjunamnya pelbagai indeks global dan hakikat yang tidak enak ini telah ditonjolkan melalui tiga laporan antarabangsa dalam bulan terakhir tahun ini.

Di bawah adalah perutusan beliau.

Hampir empat tahun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menjanjikan satu demi satu program transformasi – kerajaan, ekonomi, politik, pendidikan, sosial dan sebagainya dengan slogan 1Malaysia di bawah satu demi satu agensi.

Yang dicapai oleh semua pengumuman dan inisiatif itu adalah gelaran “Negara Akronim” sementara pencacatan negara dalam semua aspek kehidupan masih berterusan.

Empat tahun pemerintahan Najib akan dikenang oleh rakyat Malaysia sebagai pentadbiran yang penuh dengan menjunamnya pelbagai indeks global dan hakikat yang tidak enak ini telah ditonjolkan melalui tiga laporan antarabangsa dalam bulan terakhir tahun ini, iaitu:

Anwar Ibrahim: Tanah Kita Bagi Kepada Orang, Kamu Masih Cium Tangan Mereka, Malu!

Kebangkitan Rakyat : #KL112 Promo

Kalau Amanat Hadi Dibangkit Kenapa Memali Didiamkan?

Sebelum kita semua dibawa melangkah ke tahun baru masihi saya ingin melontarkan pertanyaan 'bodoh cerdik' kepada kita semua untuk dijawab secara senyap. Apa yang saya ingin kemukakan begini; kalau orang Umno mempertikaikan apa dinamakan 'Amanat Haji Hadi' dan meminta presiden PAS itu memohon maaf, apakah tidak boleh dipertikaikan tragedi Memali dan meminta orang terlibat dalam tragedi itu juga memohon maaf sama?


Makam syuhada korban Memali di Baling Kedah.
Kita tahu kenapa isu amanat ditimbulkan untuk dijadikan modal politik. Isu itu bukan berat seperti mana ditonjolkan kerana ia sudah lama berlaku. Sudah 31 tahun perkara itu timbul tetapi kenapa tidak pernah ambil serius untuk menyelesaikannya.

Barang kali betul apa yang diucapkan oleh bekas seorang ahli Parlimen asal Terengganu kepada saya dua hari lalu tatkala tersebut perkara itu. Katanya isu itu sudah lama berlaku dan tidak diselesaikan kerana ia dijadikan modal politik. Sebab itu bila setiap kali menjelang pilihan raya ia diungkitkan, begitulah ujarnya jujur.



Apa yang diucapkan bekas ahli parlimen pernah menjadi timbalan menteri itu ia menepati apa yang saya jangkakan sebelum ini. Amanat Haji Hadi adalah modal politik Umno.

Di sinilah tampak PAS jauh lebih baik berbanding dengan Umno. PAS lebih gentlemen dan tidak suka mengungkit-ungkitkan perkara yang sudah berlaku. Kalau PAS hendak berbuat seperti apa Umno lakukan, PAS juga boleh, sebab parti itu juga ada peristiwa yang tidak kurang juga menarik dan boleh menguntungkan parti itu kalau ia ditimbulkan apa lagi dieksploitasikan.

Nik Aziz: Hadi wajar diberi peluang muncul di TV


Nik Aziz
KOTA BAHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyambut baik kesediaan RTM memenuhi permintaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Awang untuk menjawab mengenai amanatnya 31 tahun dahulu yang dikaitkan dengan gejala perpecahan umat Islam di negara.

"Haji Hadi wajar diberi peluang menjelaskan apa yang menimbulkan persoalan berhubung isu itu," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa RTM bersedia memenuhi permintaan Hadi untuk muncul di RTM berhubung isu Amanat Hadi pada 1981 yang dikaitkan dengan perbuatan seperti sembahayang dua imam dan menolak sembelihan orang Umno.

Amanat: Presiden PAS sedia dailog dengan Jakim


KEMAMAN: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sedia mengadakan dialog dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan syarat dirakamkan pertemuan itu.

Katanya, ia sama seperti yang pernah diundang ke Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) rakaman perlu dibuat dengan Jakim.

“Saya minta rakaman. Saya berdailog dengan Jakim kena buat rakaman. Macam dengan Ikim, saya pernah pergi. Saya boleh pergi Jakim tetapi dengan buat rakaman, rakaman sepenuhnya. Saya minta orang saya rakam. Saya setuju tapi dengan rakaman,” tegasnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Beliau berkata demikian kepada media sempena lawatan serta menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di Kemaman, di Surau Kampung Jaya Batu 2, Chukai, hari ini. (Gambar atas)

Manakala, katanya, syarat satu jam diberi peluang secara ‘live’ di saluran RTM1 dan TV3 tidak berubah bagi menjelaskan isu ‘amanat’ tersebut.

TELINGA ADNAN YAAKOB SUDAH KENA POTONG SEBENTAR TADI DIBENTONG, PAHANG!!!!!!!

Menitip sisa berharga 2012 menuju kemenangan demokrasi dan rakyat

Oleh Hafiz Zainuddin

KIAMAT tidak jadi. Dalam beberapa detik lagi, 2012 bakal tercatat dalam sejarah masa yang diwarnai dengan conteng lorek politik negara yang tak pernah selesai. Daripada politik suku-sakat, politik kepartian, politik jemaah, politik tuhan, politik punggung, sehinggalah kepada politik ahli politik. Segalanya berlalu pantas meninggalkan rekah dan parut yang dalam.
Rakyat makin dewasa setelah disajikan dengan rentetan kejadian, trauma dan kesaksian jelek akibat tindakan politik Barisan Nasional (BN). Ia lebih berbekas buat mereka yang merasai hidup penangan tembakan kanister, air asid dan sepak terajang FRU dalam himpunan aman yang pernah diraikan.
Struktur masyarakat yang dibina dalam kerangka feudal UMNO-BN sudah lama berakar umbi dalam masyarakat Malaysia. Ia meletakkan sebahagian masyarakat menjadi dangkal dan bantut akal. Doktrin, ajaran, isme yang ditanam UMNO-BN pada minda rakyat bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicabut. Apapun, detik pembodohan massa masyarakat ini semakin berubah dan akibat impak teknologi maklumat dan iklim politik dunia.
2012 menyaksikan kebangkitan dan kesedaran rakyat membedah dan bereksperimentasi dengan proses pendemokrasian negara. Perhimpunan Bersih, Bersih 2.0, Bersih 3.0, perhimpunan mansuhkan ISA, perhimpunan mahasiswa, perhimpunan Hijau, himpunan Oren, tunjuk rasa di Pengerang malah himpunan-himpunan yang dianjurkan UMNO-BN sendiri termasuklah wacana-wacana bebas anjuran media-media utama negara, ia adalah manifestasi perkembangan proses pendemokrasian yang semakin subur.
Persoalannya, sejauh mana proses pendemokrasian ini mampu memberi impak perubahan dalam Malaysia sekiranya kepompong demokrasi itu masih berlegar dan dimain dalam kerangka jumud yang dicipta pemerintah UMNO BN? Misalnya himpunan aman Bersih dituduh himpunan yang mahu menggulingkan kerajaan malah lebih berat adalah perhimpunan untuk menghapuskan institusi beraja, melemahkan Melayu dan Islam.
Atau mungkin, inilah satu-satunya jalan yang harus ditempuh sebelum mengecap perubahan dan kejayaan perjuangan rakyat yang mahu atau tidak, perlu dituntun komponen oposisi dalam Pakatan Rakyat sebagai wadah rasmi dengan segala kewajaran.
.
Mungkinkah 2013 peluang terbaik ‘jalan mati’ buat UMNO-BN?

DAP cabar Menteri Dalam Negeri dedah bukti kematian tahanan dalam lokap


KUALA LUMPUR, 31 DIS: DAP mencabar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendedahkan bukti rakaman CCTV kematian K Nagarajan yang didakwa mati setelah terjatuh di dalam lokap ketika ditahan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Isnin lalu.
Pengerusi Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo, berkata ketiadaan bukti kukuh boleh menimbulkan rasa tidak puas hati masyarakat umum, terutama ahli keluarga mangsa.
“Ini bukan perkara baru, kematian yang berlaku ke atas Teoh Beng Hock, Kugan dan Ahmad Sarbani Mohamad juga menimbulkan tanda tanya di kalangan masyarakat umum mengenai apa yang sebenarnya berlaku ketika mereka ditahan,” katanya.
Tambah beliau, pihak polis banyak kali dikritik dan menuntut agar kerajaan mengambil langkah tertentu supaya insiden seperti itu tidak berulang.
“Sebelum ini, Suruhanjaya Siasatan Diraja pernah memberi cadangan agar perubahan dilakukan. Malah kita juga menuntut agar kamera CCTV dipasang untuk memastikan semua insiden membabitkan serangan dan kematian dapat diselesaikan dengan adanya rakaman,” ujarnya.
Gobind yang juga Ahli Parlimen Puchong berkata, pada November 2012, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Abu Seman Yusop memberitahu Parlimen bahawa semua balai polis kini dilengkapi dengan kamera CCTV.

2013 tahun untuk Rakyat tukar kerajaan rasis, ekstrim


KUALA LUMPUR, 31 DIS: Jika Malaysia ingin kembali ke jalan yang lurus dari segi ekonomi dan hak politik, 2013 harus menjadi tentangan rakyat, bukannya menentang siapa yang lebih rasis dan ekstrim.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, 2013 adalah tahun penting bagi rakyat Malaysia mengubah kerajaan berusia 56 tahun yang takut kepada idea baru kerana mereka sudah hilang idea dan membelakangi prinsip keadilan, kebebasan, kebenaran, demokrasi dan integriti dalam pentadbiran.
Katanya, jika rakyat ingin mengatasi golongan yang mahu memecah-belahkan perpaduan kaum dan agama, rakyat harus ingat selain pelbagai sejarah, mereka juga terikat dengan sejarah kemerdekaan dan Perlembagaan Persekutuan sejak 1957.

Bumiputera Warga Ekonomi Kelas Tiga

Oleh A Kadir Jasin
KALAU kita dengar dan percaya kepada perangkaan, sama ada awam atau swasta, ekonomi kita tidaklah seteruk Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah.
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK/GDP) kita tahun ini dianggarkan 5% berbanding AS sebanyak 1.5% dan Zon Euro dalam 0.3%. Tapi pertumbuhan ekonomi kita lebih rendah daripada China, India, Indonesia dan banyak lagi negara di rantau ini.

Bukan sahaja pertumbuhan ekonomi kita tidak lagi sepesat sebelum Krisis Kewangan Asia 1997/98, malah telah mengalami beberapa krisis kecil selepas itu. Sejak krisis 1997/98, KDNK kita berkembang di bawah paras 5% sedangkan kita memerlukan pertumbuhan purata 7% setahun dari awal 1990-an hingga tahun 2020 untuk mencapai taraf negara maju.
  
Jurang Ekonomi Melebar Semula
Seperti saya nyatakan dalam ruangan Kunta Kinte Original, Berita Harian 28 Disember bahawa perangkaan menunjukkan pada 2009, jurang pendapatan antara kaum sudah berbalik kepada yang asal yakni pada permulaan Dasar Ekonomi Baru atau lebih teruk. Jurang pendapatan bandar dan luar bandar sudah kembali kepada waktu kita mencapai kemerdekaan pada 1957.
Walaupun jurang pendapatan bulanan isi rumah Bumiputera dan Cina misalnya, telah menguncup pada1990, tapi ia melebar semula pada 2009.
Pada 1990, bagi setiap RM1 pendapatan Bumiputera, Cina memperoleh RM1.70. Menjelang 2009, jurang ini meluas menjadi dua kali ganda.

Jakim: Penggunaan Allah oleh agama lain akan membawa kemudaratan kepada Islam

KUALA LUMPUR, 31 Dis — Kerajaan pusat mengulangi pendirian mereka hari ini bahawa hanya umat Islam dibenarkan untuk menggunakan perkataan Allah, di tengah-tengah ketegangan yang diperbaharui berikutan tuntutan oleh orang Kristian dan agama lain untuk menggunakan istilah tersebut bagi merujuk kepada Tuhan.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha, mengeluarkan satu kenyataan hari ini menegaskan bahawa penggunaan kalimah Allah oleh agama lain akan membawa kemudaratan kepada agama Islam.
Beliau mengatakan pendiriannya itu berdasarkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2008.
Gereja Katolik Roman tempatan sedang menunggu Mahkamah Rayuan untuk membuat keputusan mengenai hak untuk menggunakan perkataan “Allah” sebagai rujukan kepada tuhan Kristian dalam penerbitan mereka, selepas Putrajaya merayu terhadap penghakiman 2009 yangmengatakan gereja mempunyai hak berperlembagaan untuk berbuat demikian.
Minggu lalu, Majlis Gurdwara Malaysia (MGC) menegaskan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2010 tidak terpakai kepada bukan Islam.
Dalam satu kenyataan, presiden MGC Jagir Singh menegaskan majlis tersebut tidak mempunyai bidang kuasa langsung ke atas orang bukan Islam dan tidak boleh mengeluarkan fatwa melarang masyarakat lain dari menggunakan perkataan tertentu.
Setiausaha Agung DAP mencetuskan kegemparan apabila beliau menggesa kerajaan persekutuan untuk membenarkan penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam Bible Kristian versi Bahasa Melayu.
Beliau menegaskan bahawa ini dibenarkan di Sabah dan Sarawak semenjak 50 tahun lalu dan diamalkan di Timur Tengah selama lebih daripada seribu tahun.

2013 : Taktik jahat, bukti musuh sedang terdesak

Teori perang bersenjata, pendekatan konvensional belum cukup memastikan kemenangan. Ia kerana faktor kemenangan bukan terletak hanya pada kecanggihan senjata (alat, prasarana, teknologi), sebaliknya perlu gabungan kebijaksanaan General menguruskan senjata yang dikongsi sama dengan kemahiran unit-unit yang siap-siaga untuk mengalahkan musuh!


Teori faktor kemenangan itu sedia terbukti, tatkala perang zaman Rasulullah, misalnya dalam perang Khandak atau Ahzab, ternyata pendekatan bertahan menggunakan 'parit' adalah membukti nilai pengorbanan tinggi para tentera pimpinan Rasulullah.

Ia belaku 'semata-mata keikhlasan atas nama Allah' sehingga menguasai pemikiran pihak barisan Ahzab (puak kafir): "Kehebatan pasukan pimpinan Muhammad berjaya menggali parit."

Pandangan pemuka Ahzab: "Hanya tentera yang kuat sahaja mampu menyiapkan tugas gali parit dalam saat kritikal."

Pengajaran daripada kisah singkat tentang perang Ahzab ini, sudah tentu ia menuntut peri pentingnya melaksanakan pengurusan yang menzahirkan kehebatan. Atas kehebatan yang berjaya dipamerkan (dengan izin Allah SWT) pasti menggerunkan musuh!

Musuh sedang terdesak

Dalam tempoh kebelakangan ini, gendang peperangan pilihan raya umum ke-13 sudah rancak dipalu. Ia seumpama semarak semangat pasukan perang Khandak pimpinan Rasulullah SAW. Semarak semangat itu sudah berada di pihak Pakatan Rakyat. Kejayaan menggali parit adalah nilai pengorbanan dan keikhlasan. Ia kehebatan dalaman dan luaran tentera Islam.

Tahun baru, bolehkah dikembalikan maruah wartawan?

Oleh Lanh
TAHUN 2012 akan melabuhkan tirainya, kini jendela 2013 dibuka. Sesuai dengan tahun baru, tentulah ramai bersemangat baru. Kebanyakan daripada kita berharap melalui tahun baru dari sudut positif. Jika ada hal kurang enak, tanganinya dengan baik, bijak pandai Melayu ada mengungkapkan; buang yang keruh ambil yang jernih. 

Bagi memulakan tahun baru ini, izinkan saya berbicara mengenai bidang yang saya tahu selok beloknya iaitu dunia kewartawanan. Saya terpanggil membicarakan hal ini selepas pelbagai pihak mempertikai kesahihan laporan akhbar lebih-lebih lagi pada ketika sebuah akhbar harian nasional kerap benar disaman dan kalah dalam kes dihadapkan terhadapnya. Antara kata-kata kesat dilemparkan yang menghiris hati ini adalah seperti: Akhbar bukan boleh dipercayai sangat, mereka penipu. Laporan akhbar bukannya betul. Daripada membazirkan masa membaca akhbar, lebih baik baca Quran, dapat juga pahala. Wartawan buat laporan betul tetapi editor seleweng fakta. Ya, dalam akhbar dua perkara saja betul – keputusan nombor ekor dan jadual waktu sembahyang.

UBN Melengkapkan Serangan, Menjadikan Hadi Sasaran Akhir

Oleh Mohd Sayuti Omar
Mulanya saya mengira UBN akan menyisihkan presiden PAS Abdul Hadi Awang daripada diserang dalam usaha untuk mencari sokongan dan membina kekuatan parti itu. Umno akan kekal Hadi sebagai tidak berdosa bagi mengelirukan rakyat dan pihak Pakatan Rakyat.
Tetapi ternyata anggapan saya itu meleset. Abdul Hadi tidak terlepas ikut sama memeriahkan dada-dada media massa PB dengan kecaman dan cercaan terhadapnya.


Abdul Hadi: Dituduh sesat.
Isu yang dimainkan untuk memburuk dan menghuduhkan Abdul Hadi ialah, isi ucapan beliau tahun 1981 yang disifatkan sebagai satu 'amanat' yang menyesatkan ummah.

Sebelum ini semua pemimpin ternama di dalam Pakatan Rakyat telah diserang dan digodam semahu-mahunya. Ia dimulai dengan Anwa Ibrahim yang dianggap sebagai kepala jahat dalam Pakatan Rakyat dan pengkhinant negara dan bangsa Melayu nombor satu oleh Umno. Semua bahasa huduh dan jahat dilemparkan ke atas Anwar. Anwar digambarkan manusian banjingan.

Tidak tertinggal satu kejahatan Anwar pun yang dialpkan. Semua diungkit dan dibangkitkan, dijual dan dijaja dari gedung hinggakan ke pasar malam politik. Dari isu-isu membabitkan negara sampailah ke isu peribadi yang mengaibkan. Sekiranya segala itu dijadikan prasyarat utama untuk seseorang menjadi perdana menteri, maka Anwarlah paling layak bahkan terlebih layak menjadi PM kerana beliau sudah sampai ke peringkat "Ulul Azmi."

Pecah pengundi ikut kaum, SPR mudahkan kempen BN

KUALA LUMPUR 31 Dis: Maklumat yang diberi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada Umno masih dalam bentuk pecahan kaum untuk memudahkan perjalanan kempen BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), dedah Ketua Sekretariat Pilihan Raya KEADILAN, Zakaria Abdul Hamid.
Beliau mempersoal tindakan SPR yang berat sebelah kerana hanya membekal maklumat berkaitan kepada Umno tetapi membelakangi Pakatan Rakyat.
“SPR beri maklumat pada kita (Pakatan) dan orang ramai tanpa menunjukkan pecahan kaum. Ia  satu kaedah yang bagus, tetapi kita persoalkan kenapa maklumat yang diberi pada Umno berbeza?” soalnya.
“Saya dapat info SPR bekalkan maklumat pengundi mengikut pecahan kaum di setiap kawasan untuk memudahkan perjalanan kempen mereka,” jelasnya ketika dihubungi.
Ekoran itu, beliau bimbang sikap Umno yang gemar ambil kesempatan dari majoriti kaum setiap kawasan mengundi.
“Di kawasan ramai Melayu, Umno akan takut-takutkan rakyat dengan propaganda tentang Cina yang akan memerintah. Kawasan Cina pula, mereka akan cakap jika PAS perintah, semua dipaksa masuk Islam, inilah cara Umno nak pertahan kuasa,” katanya.
Zakaria berkata, pecahan pengundi mengikut kaum di setiap kawasan sepatutnya tidak berlaku kerana setiap parti yang hendak bertanding perlu fokus pada keperluan rakyat.

Pengerang: Kontraktor Tanam Mayat Hanya 15 Inci?

Oleh: Mazlan Aliman
Untuk pengetahuan, pendedahan yang saya buat mengenai kerja-kerja mengorek kubur dan memindah mayat berlaku di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jawa Laut, Kampung Jawa Darat dan Kampung Sebong yang terletak di Parlimen Pengerang.
Ahli Parlimennya ialah Dato' Seri Azalina Othman Said, juga Ketua Umno Bahagian Pengerang.
Lesen untuk menggali semula mayat di bawah Seksyen 10(B) Enakmen Perkuburan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dikeluarkan kepada PIJ Holdings Sdn Bhd.
Mengikut kenyataan Penolong Pengarah Wakaf, Majlis Agama Islam Johor, Mustapahayuddin Abd Halim, syarat yang perlu dipatuhi untuk tapak tanah kubur yang baru ialah samada ia mesti lebih luas daripada tapak yang hendak diambil atau nilai tanah tapak kubur baru itu mesti lebih tinggi daripada tapak sedia ada atau kedua-duanya.
Realiti sebenarnya sangat menyedihkan. Tapak baru seperti dlm lesen di Plot PTD 54492, Punggai  becak, bergenang air dan tanah lembik. Mayat yang di tanam pula hanya kedalaman 15 inci sahaja.
Ia diukur sendiri oleh Skuad Pemantau NGO Pengerang yang diketuai Saudara Zaaba.

400 ahli UMNO sertai PKR

KETUA Umum Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata terdapat beberapa sebab mengapa sejak kebelakangan ini ramai di kalangan ahli-ahli parti komponen BN/UMNO meninggalkan parti masing-masing kemudian mereka menyertai parti pakatan rakyat khususnya Parti KeAdilan Rakyat (PKR) kerana mereka sudah hilang keperpayaan langsung dan muak terhadap pucuk pimpinan BN/UMNO untuk terus menjadi tampuk pemerintahan di negara ini khususnya di Sabah.

Ini jelas kata Anwar kemasukan beramai-ramai ahli-ahli parti komponen BN khususnya PBS kawasan Sekong yang membabitkan 15 cawangan dan melibatkan seramai 400 orang termasuk 200 ahli-ahli UMNO cawangan Kampung Tinosa kawasan Libaran menunjukkan mereka telah menolak perjuangan UMNO/BN yang tidak jelas banyak janji-janji dilafazkan oleh wakil-wakil rakyat tetapi tidak pernah ditetapi.


Katanya lagi, beberapa cawangan PBS dan UMNO yang keluar dan menyertai parti Pakatan Rakyat ialah iaitu PBS cawangan Shing Kee di ketuai Dalius Lusius Lobinting; cawangan Bangsawan Osman Jambu; Pemuda Bahagian Karamunting Suhardi Awang; Wanita bahagian PBS Faridah Selamat; PBS Karamunting Baru Atang Usop; PBS Cawangan Kg Segaliud Kalana Hj Basah; PBS Cawangan Kg Gas, Imam Abdul Rahman Asan; PBS Cawangan Kg Gas Tengah Nasib Jaapar dan Cawangan UMNO Kampung Tinosa II Manguna Hamzah.

RUNTUH BANGLO : KERAJAAN AKAN BAYAR PAMPASAN KEPADA JJ & ZULHASNAN..???? BERAPA BANYAK DUIT RAKYAT AKAN JADI MANGSA..!!!


Kerajaan mungkin akan membayar pampasan kepada pemilik 2 banglo Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis yang akan dirobohkan bagi memberi ruang zon penampan antara tebing runtuh dan rumah-rumah berhampiran yang terletak di Puncak Setiawangsa.

Ketua Pegawai Operasi Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) Mohd Taufik Harun berkata langkah tersebut bertujuan menyelamatkan empat rumah lain yang terletak di atas bukit dan mengurangkan tekanan tanah di atas bukit.

Beliau berkata sebelum sebarang tindakan diambil pihaknya perlu mendapatkan semua maklumat berkenaan keadaan tanah dan cerun tersebut.

Kata lagi, kaedah yang betul bagi proses merobohkan banglo itu perlu dilakukan bagi mengelakkan keadaan runtuhan tanah dan cerun menjadi teruk.

... jumlah pampasan agak-agaknya boleh beli 4 biji lagi  banglo serupa itu???

Tahun 2013: Runtuhkan Kezaliman Gantikan Dengan Keadilan - TGNA

Harapan saya setiap hari hanyalah untuk melihat tertegaknya Islam sebagai agama yang syumul di bumi Malaysia ini. Sudah terlalu lama sekular berakar umbi dalam politik sehingga mengakibatkan kerosakan yang dahsyat. Jika dibiarkan berterusan, Melayu pun tidak terbela, Islam pun entah ke mana.
Sempena kedatangan tahun baru 2013 ini, saya menyeru semua pihak agar memperbaharui tekad untuk meruntuhkan kezaliman dan menggantikannya dengan keadilan. Perlihatkan keindahan Islam di dalam kehidupan di segenap sudut agar ia dipandang tinggi oleh orang lain. Saya optimis masa depan yang cerah untuk Islam di seluruh pelusuk dunia. Insya-Allah.
Tahun 2013 ini juga akan menyaksikan berlakunya pilihan raya umum ke-13. Gunakanlah hak untuk memilih ini dengan sebaik-baiknya. Jangan silap membuat pilihan. Jika silap akan menyebabkan kita menyesal di hari Akhirat.
Yakinlah, setiap anggota badan termasuk tangan yang mengundi juga akan menjadi saksi terhadap amalan manusia di padang Mahsyar.
Semoga kita semua terus diberikan hidayah dan taufik oleh Allah SWT dan memasukkan kita di dalam golongan hamba-hamba-Nya yang beriman.

Amin.

Kota Darulnaim,

End of Year Madness

Last week, Ong Tee Keat a former MCA president recommended the present MCA president go see a psychiatrist. May we get the same services for the people at LTAT? Some people have gone mad at LTAT.
Why buy a useless company called Astacanggih? The company has no value. It has no property. It has an outstanding liability of RM98 million with Kuwait Finance House. It’s entangled in a legal dispute with a company called Awan Megah Sdn Bhd. All it has is a claim on the rights to 3 parcels of land totaling 200 acres which once belonged to MINDEF/kerajaan Malaysia. Its madness to pay RM30millon of LTAT’s money for a messed up company. Quick! get a psychiatrist or the son of a particular psychiatrist.
In an earlier article, I asked why buy 80% from Deepak and other minority shareholders? What about the balance of 20%? It must be held by a friendly party. The name of the 20% holder is Putra Nazrain bin Abdul Jalil, presumed to be a close friend to Raja Ropiaah or some proxy for people within LTAT itself.  
It was not LTAT that gave the land to Awan Megah. It was the government through MINDEF. MINDEF screws up. MINDEF can sue RR for the return of the 200 acres. It can further sue her until she’s left with her panties for failing to deliver the RM100 million Puspahanas. Nothing to do with LTAT.

Najib -Rosmah liabiliti kepada Umno.Selamatkan Umno atau Najib-Rosmah?

Penganalisis politik Awang Abdillah menulis dalam FMT dalam bahasa inggeris Which will it be :Najib or Umno?Antara lain beliau tulis Though Najib is not as weak as his predecessor, he has nothing better to offer – no good leadership traits and no political and economic models on nation-building.
Umno members, from top to bottom, are very concerned about the party’s future.
What they hear are only hollow slogans and rhetoric such as the 1Malaysia concept, transformation plan, financial painkillers like BR1M, KR1M, TR1M and other crap that play on the mindsets of the people.
Bahasa Melayu nya lebih kurang bunyi begini,"Walaupun Najib tidaklah  lemah sebagai pemimpin terdahulu, dia tidak mempunyai apa-apa yang lebih baik untuk ditawarkan ,tidak ada ciri-ciri kepimpinan yang baik dan tiada model politik dan ekonomi ke atas pembinaan negara.
Ahli UMNO, dari atas ke bawah, sangat bimbang mengenai masa depan parti itu.
Apa yang mereka dengar adalah hanya kosong slogan dan retorik seperti konsep 1Malaysia, pelan transformasi, ubat penahan sakit kewangan seperti BR1M, KR1M, TR1M dan crap lain yang bermain di minda rakyat."

Kata Awang Abdillah sebaliknya Najib beri lebih kuasa kepada isteri beliau Rosmah Mansor ," He gave more political clout to Rosmah who is neither an elected MP nor a cabinet minister than the delegates.
She has travelled all over the country and overseas acting as if she is the de facto premier overshadowing the cabinet ministers and extends her sphere of influence over their ministries and their respective departments and agencies."Bahasa Melayunya lebih kurang bunyi begini,"Beliau memberi lebih kuasa politik untuk Rosmah yang bukan seorang Ahli Parlimen yang dipilih mahupun seorang menteri kabinet daripada perwakilan.
Beliau (Rosmah) telah mengembara di seluruh negara dan luar negara yang bertindak seolah-olah dia adalah Perdana Menteri de facto overshadowing menteri-menteri kabinet dan memanjangkan sfera pengaruh ke atas kementerian dan jabatan-jabatan dan agensi-agensi masing-masing mereka."

15 Ciri-Ciri Penganut Syiah Yang Anda Patut Kenali


Penganut Syiah di Malaysia atau di Indonesia selalu bersembunyi dalam segala hal, terutama mereka mendakwa bahawa Syiah merupakan bahagian mazhab dalam Islam.
Padahal sebenarnya tidak. Dalam istilah Syiah, hal itu disebut "Taqiyah". Namun sebenarnya ada beberapa yang boleh kita perhatikan dari penganut Syiah dari 15 ciri-cirinya yang berikut ini:
1) Mengenakan songkok hitam dengan bentuk tertentu. Tidak seperti songkok yang dikenali umumnya songkok mereka seperti songkok orang arab hanya saja warnanya hitam.


songkok parsi

2) Tidak solat Jumaat. Meskipun solat Jumaat bersama jamaah, tetapi dia langsung berdiri setelah imam mengucapkan salam. Orang-orang akan menyangka dia mengerjakan solat sunat, padahal dia menyempurnakan solat Zuhur empat rakaat, kerana pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat kecuali bersama Imam yang ma'sum atau wakilnya.

Buktikan hak asasi rakyat 12 Jan 2013 - Juham


KUALA LUMPUR: “Juham mengharapkan agar di tahun 2013 ini, kerajaan lebih menghormati hak-hak asasi rakyat untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan, sebagaimana yang dijamin oleh perlembagaan,” kata Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi.

Ini, katanya dapat dibuktikan dengan kerjasama baik yang boleh diberikan oleh pihak berkuasa dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan berlangsung pada 12 Januari 2013 di Kuala Lumpur nanti.

Pengarah Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia itu menyatakan demikian dalam perutusan sempena tahun 2013.

Berikut perutusan penuh beliau.

Secara kesuluruhannya, tahun 2012 merupakan tahun yang baik bagi Jabatan Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia kerana misi utama kami untuk merakyatkan Juham di mata masyarakat sudah berjaya dicapai walaupun diakui masih banyak lagi yang perlu diperbaiki.

Penglibatan Juham dalam kes-kes di peringkat nasional seperti Himpunan Bersih 2.0 & 3.0, Himpunan Hijau Lynas, Himpunan Oren, Himpunan Mansuhkan ISA yang masih lagi dalam perbicaraan di mahkamah, Inkues siasatan kematian Baharuddin Ahmad, saman AES dan juga kes-kes yang melibatkan kemahasiswaan spt kes UPSI, semakan kehakiman kes pelajar UniMap dan kes-kes  pelajar yang melibatkan AUKU.

Amanat Haji Hadi: beri TGHA satu jam secara langsung di TV1, TV3 dan Astro

Isu Amanat Haji Hadi yang di bising-bisingkan oleh UMNO sekarang sepatutnya boleh di selesaikan jika ada sikap bertanggungjawab pihak yang berkuasa dan berlaku adil dan demokratik menghadapi isu yang diperbesarkan oleh UMNO itu.. Amanat yang sudah berusia 31 tahun itu kini menjadi isu mainan pihak UMNO sekarang kerana pilihanraya semata-mata. UMNO sedang mencari isu walau sekecil mana pun untuk merentap PAS dari mendapat sokongan rakyat. UMNO masih mempunyai keyakinan yang orang Melayu dan rakyat kita masih bodoh dan tolol.
Isu terhadap PAS sedang di cari oleh UMNO ibarat mencari kutu di dalam rambut. Walaupun sekecil mana sekali pun ia akan tetap di raut untuk memperlekehkan PAS. Tok Guru Haji Hadi telah menyahut cabaran itu dan meminta semua orang mendengarnya dan meminta semua orang membuat penilaian terhadap apa yang beliau akan perkatakan.  TGHA meminta supaya beliau di berikan liputan melalui TV1 dan TV3 secara langsung dan selepas beliau memberikan penerangan nanti biarlah rakyat membuat penilaian terhadap isu itu.
Tetapi yang tidak eloknya, pihak berkuasa tidak mahu memberikan peluang itu kerana takutkan pemimpin PAS itu dapat mendekati rakyat melalui saluran-saluran TV perdana itu. Jika benar UMNO jujur dan ikhlas permintaan TGHA itu tidak sepatutnya di tolak tetapi sebaliknya pihak kerajaan tidak mahu melayan permintaan TGHA itu. Maklum sajalah, negara kita ini demokrasinya ada acuan tersendiri seperti yang lazim di sebut oleh pimpinan UMNO seperti Dr Mahathir Mohammad dahulu.

Amanat Haji Hadi: Kenapa Baru Sekarang?

Khair Mutanazzar Ismail ,
Isu kafir mengkafir menerusi ”Amanat Haji Hadi” dihangatkan lagi diambang PRU ke 13.  Isu yang berlegar pada tahun 1981 cuba dihangatkan kembali oleh media dan akhbar tertentu. Bayangkan, sudah 31 tahun, ia kembali dihebohkan seolah-olah berlaku baru setahun dua.

Memang ia merupakan isu yang menjadi petanda kepada paluan kompang pilihanraya.

Antara yang terlibat menimbulkannya adalah seorang ustaz muda, Fathul Bari, yang ketika isu ini bermula, baru berusia setahun dua.

Dalam tulisannya dalam akhbar Sinar, beliau menekankan soal tabayyun (memastikan kedudukan sebenar) dalam menangani isu ini.

Dengan membawakan contoh kisah Ammar dan keluarganya, soal takfir perlu disiasat sebelum hukuman dijatuhkan.

Kita bersetuju bahawa soal takfir bukan soal yang boleh dipermudah-mudahkan lantaran ia melibatkan soal batas iman dan kufur.

Oleh sebab itulah, umat Islam perlu sentiasa diingatkan tentang batas-batas akidah. Pada masa yg sama, hukum kafir juga tidak boleh dijatuhkan sewenang-wenangnya.

PERUTUSAN TAHUN BARU 2013 : DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

Banjir: 8 sekolah di Kelantan, Terengganu ditutup esok


KUALA LUMPUR - Lapan buah sekolah di Terengganu dan Kelantan tidak akan memulakan sesi persekolahan esok, berikutan persekitaran sekolah masih digenangi air dan dibimbangi membahayakan keselamatan pelajar.

Meskipun dilaporkan keadaan banjir di dua negeri itu hampir pulih sepenuhnya, namun keadaan cuaca yang mendung serta hujan berterusan dan kadang-kala lebat menyebabkan paras air sungai utama di dua negeri tersebut kembali meningkat dan mungkin menyebabkan berlaku gelombang kedua banjir.

Di TUMPAT, Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan, Hussain Awang berkata lima buah sekolah di dua jajahan tidak akan memulakan sesi persekolahan esok.

Menurutnya sesi persekolahan bagi empat sekolah di Tumpat dan sebuah lagi di Pasir Mas ditangguh selama sehari.

"Hari ini kita memutuskan semua sekolah itu akan ditangguhkan sesi persekolahan selama sehari. Kita tengok esok untuk menentukan sama ada ia boleh dibuka untuk hari berikut atau sebaliknya," katanya ketika melawat Sekolah Kebangsaan Tok Jering yang terjejas banjir.

Tragedi Bukit Setiawangsa: Memorandum ke Kabinet minggu depan


Tragedi Bukit Setiawangsa: Banglo 2 MP mungkin diroboh KUALA LUMPUR - Satu memorandum akan dihantar ke Kabinet bagi tindakan yang perlu diambil untuk mengatasi masalah kejadian tanah runtuh di Puncak Setiawangsa sebelum Rabu minggu hadapan.

Ahli Parlimen Setiawangsa Datuk Seri Zulhasnan Rafique berkata, memorandum tersebut dibuat bersama Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pihak pemaju perumahan.

"Kami baru sahaja membincangkan dua aspek yang diberi perhatian iaitu daripada segi teknikal yang perlu diambil untuk menentukan kawasan ini selamat dan juga kebajikan penduduk di kawasan ini.

"Keselamatan dan kebajikan penduduk amat penting bagi mengelakkan kejadian yang buruk berlaku dan keadaan tanah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, kejadian tanah runtuh tersebut merupakan satu kes bencana alam dan memohon kerajaan memberi bantuan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

"Kita akan mengadakan taklimat harian untuk penduduk di Dewan Masyarakat di Taman Setiawangsa agar kita dapat maklumkan keadaan semasa termasuk sebarang keputusan yang diambil," katanya.

Tragedi Bukit Setiawangsa: Banglo 2 MP UMNO mungkin diroboh


Tragedi Bukit Setiawangsa: Banglo 2 MP mungkin diroboh KUALA LUMPUR - Dua banglo, masing-masing milik Anggota Parlimen Setiawangsa Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, yang terletak di Puncak Setiawangsa berkemungkinan akan dirobohkan bagi memberi ruang zon penampan antara tebing runtuh dan rumah-rumah berhampiran.

Ketua Pegawai Operasi Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) Mohd Taufik Harun berkata sebelum sebarang tindakan diambil pihaknya perlu mendapatkan semua maklumat berkenaan keadaan tanah dan cerun tersebut.

"Orang boleh bagi pelbagai cadangan, tetapi kami akan mencari penyelesaian sebenar," katanya di Pusat Operasi Bencana Tebing Runtuh di sini hari ini.

Beliau berkata langkah tersebut bertujuan menyelamatkan empat rumah lain yang terletak di atas bukit dan mengurangkan tekanan tanah di atas bukit.

Kuantan dilanda gelombang kedua banjir, 152 dipindah

KUANTAN - Seramai 152 orang mangsa banjir dipindahkan ke tiga pusat pemindahan di sekitar Kuantan hari ini ekoran daerah itu dilanda gelombang kedua banjir berikutan hujan berterusan sejak malam semalam.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), seramai 98 mangsa dari kawasan Kampung Galing, Galing Besar dan Taman Sri Kuantan kini ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Galing.

"Manakala sembilan orang mangsa dari Kampung Sungai Ular dipindahkan ke SK Sungai Ular dan 45 orang mangsa dari Kampung Seberang Balok dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Balok," katanya.

Menurut portal itu, banjir itu menyebabkan dua laluan ditutup kepada kenderaan ringan mulai hari ini iaitu di Km24, Bukit Penggorak-Cherating dan KM18, Jalan Kuantan-Bypass (selepas Balai Bomba Gebeng). - Bernama

Amanat Hadi : Umno dan JAKIM tersedak kahak!

Begitulah Umno, kalau tak membelit bukan Umno namanya! Lain yang TG Haji Hadi minta, lain yang hendak disediakan. Minta live 1 jam sahaja untuk memberi penjelasan kemudian bolehlah dinilai oleh rakyat. Sebaliknya yang hendak disediakan ialah forum tanpa penonton dengan kehadiran para mufti dan tokoh-tokoh agama yang sudah tentu ke-Umno-an belaka. 

Isunya TG Haji Hadi minta live 1 jam adalah untuk menjamin keadilan kepada setiap penjelasannya. Bolehkah forum tanpa penonton dengan kehadiran para Mufti dan tokoh-tokoh agama terpilih yang sudah tentu dipilih  oleh Umno itu memberi keadilan kepada penjelasan TG Haji Hadi untuk kemudiannya dinilai oleh masyarakat?

Yang keduanya ialah Umno telah menyediakan forum antara TG Haji Hadi dengan para mufti dan tokoh agama tertentu yang terpilih sedangkan isunya yang sebenarnya adalah antara TG Haji Hadi dengan Umno! Apakah Umno bersikap bergaduh dengan Haji Hadi, tetapi meminta orang lain yang tidak ada kena mengena dengan Umno berlawan bagi pihaknya. Ke mana perginya tokoh-tokoh agama Umno? Tido?

Pandai sungguh Umno untuk akhirnya nanti duduk jauh-jauh dari gelanggang sambil bertepuk tangan apabila Haji Hadi bergaduh dengan para mufti! Kalau katakan Haji Hadi dinilai kalah, Umno akan cepat-cepat naik ke pentas mendakwa dialah yang paling menang! Manakala kalau yang berforum dengan Haji Hadi itu dinilai kalah oleh masyarakat, Umno akan berlepas tangan dan berlalu pergi buat hal sendiri untuk cari isu lain pulak! Cheh memang dasar bacul!

Rais anak Yatim kata "RTM adalah hak rakyat dan ia boleh diguna untuk menjelaskan sesuatu perkara, tapi bukan satu saluran sahaja (Hadi seorang), ia mesti disertai oleh pihak-pihak yang juga ada ilmu, nas dan pengalaman". Maksudnya saluran TV bukan hak Haji Hadi seorang?

Tak pernah masuk TV, kemudian minta 1 jam sahaja.... live....bukan hari-hari macam yang diperolehi Najib dan Rosmah, entah-entah itulah agaknya sekali seumur hidup buat Haji Hadi, dah kata TV bukan untuk Haji Hadi seorang? Amboi anak Yatim, memang hampas taik punya anak Yatim!

Amanat : Hadi mahu siaran langsung TV, bukan rakaman

KEMAMAN – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia untuk berdialog dan menjawab apa juga soalan yang dikemukakan semasa beliau menjelaskan mengenai isu Amanat Haji Hadi menerusi televisyen.

Sehubungan itu jelas beliau, penjelasan itu harus disiarkan secara langsung di RTM atau TV3 dan bukan dalam bentuk rakaman.

“Terpulang pada kerajaan bila mahu diadakan (sesi penjelasan) tetapi dengan syarat ia perlu disiarkan secara langsung selama sejam, saya tidak mahu rakaman sebab ia boleh ditipu (diedit).

“Dalam soal ini, mestilah jujur, mesti ikhlas untuk cari kebenaran. Kalau diadakan dialog semasa penjelasan itu dilakukan pun boleh,” kata beliau mengulas mengenai kesediaan RTM untuk menyiarkan penjelasannya mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan itu.

MCA Kritikal : Jangan serang sesama sendiri, kata Tiong Lai

KUALA LUMPUR, 31 Dis — Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini berkata perkara sensitif yang tidak menguntungkan MCA seharusnya tidak dibangkitkan dalam suasana kritikal sekarang sebelum pilihan raya umum 2013 tahun hadapan, memandangkan pertelagahan antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyerang blogger pro Umno masih lagi berlaku.
Dr Chua dilaporkan berkata kepada blogger pro Umno agar Liow (gambar) tidak mencabarnya untuk jawatan presiden, dan berkata seterusnya Datuk Seri Ong Tee Keat akan melompat parti jika Parlimen digantung selepas pilihan raya.
Khamis lalu, Dr Chua berkata kepada blogger Liow tidak seharusnya bertanding kerusi presiden kerana ia hanya akan menamatkan karier politik Menteri Kesihatan itu.
“Nasihatnya kepada Datuk Liow Tiong Lai, timbalan presiden MCA untuk bersabar dan tidak mencabarnya untuk kerusi presiden. Beliau berkata sekiranya Liow tewas, ia akan menjadi penamat untuk kariernya. Beliau berkata kesemua timbalan presiden MCA tidak pernah menjadi presiden, kecuali seorang — dirinya,” kata Syed Akhbar Ali dalam blognya (syedsoutsidethebox.blogspot.com).

Tak Pandai Guna Duit Rakyat : Simpanan tunai Selangor kini RM2.5 bilion

SHAH ALAM 31 Dis: Hasil negeri Selangor terus meningkat  walaupun pelbagai dasar kebajikan dilaksana sejak Pakatan Rakyat (Pakatan) diberi mandat pada Mac 2008.
Ia ekoran dasar diamal berteraskan ketelusan menerusi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kejayaan itu sekaligus menguburkan fitnah Umno BN kononnya Selangor akan bankrap dalam beberapa tahun ekoran dasar yang memberi banyak manfaat kepada rakyat.
“Kerajaan negeri berjaya meningkatkan simpanan tunai dari RM400 juta pada 2008 menjadi RM2.5 bilion pada Oktober 2012.
“Manakala RM800 juta disalur semula kepada rakyat melalui lebih 20 program kebajikan dalam dasar MES,” katanya dalam perutusan sempena Tahun Baru 2013.
Umum Khalid, Kerajaan Selangor akan membina jambatan ketiga bagi mengurangkan kesesakan di tengah pusat bandar Klang untuk ke Kuala Lumpur atau ke Pelabuhan Klang bermula awal tahun depan.
“Pembinaan jambatan ini pernah dijanji BN pada 2008 tetapi gagal ditepati. Ia dijangka mempunyai enam lorong merentasi Sungai Klang sepanjang dua kilometer dengan kos RM300 juta yang dibiayai sepenuhnya Kerajaan Selangor,” katanya.
Bagi memenuhi permintaan rakyat memiliki rumah pula, Khalid berkata, setakat 2012, kerajaan negeri sudah membina 6,470 unit rumah kos rendah berharga RM42,000 ke bawah bagi setiap unit di Petaling, Hulu Langat, Gombak, Sepang dan Kuala Selangor.
“Jumlah ini tidak termasuk 12,481 unit yang sedang dalam pembinaan.

Rafizi beli saham Boustead untuk bela tentera dianiaya

KUALA LUMPUR 31 Dis: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli akan beli satu saham Boustead Holdings Bhd (Boustead) untuk membolehkannya mempunyai kepentingan bagi pihak bekas anggota tentera yang mencarum dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Ini berikutan Boustead tidak membenarkan pencarum LTAT menyemak dokumen perjanjian jual beli tanah dan syarikat milik Deepak Jaikishan dan Ketua Wanita Umno Selangor, Raja Ropiah Raja Abdullah bernilai RM160 juta.
“Boustead adalah milik LTAT. Pencarum LTAT, iaitu bekas anggota tentera ada hak untuk periksa dokumen.
“Selepas ini saya akan jadi pemegang saham Boustead. Kita akan semak perjanjian dan berusaha untuk hentikan pembelian gila menggunakan duit pencen tentera,” tegas Rafizi.
Terdahulu, lobi Menara Boustead di Jalan Raja Chulan kecoh apabila seorang pegawai syarikat berkenaan berkata, LTAT tiada kena mengena dengan Boustead.

Veteran tentera tak dibenar lihat dokumen Boustead


 
Sekumpulan bekas anggota tentera hari ini dihalang daripada melihat dokumen Boustead Holdings Bhd berhubung pengambilalihan sebuah syarikat milik peniaga permaidani Deepak Jaikishan dan juga pembelian tanah daripada sebuah syarikat milik ketua Wanita Umno Selangor Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah.

“Mereka memberi alasan hanya individu yang memegang saham secara terus boleh berbuat demikian," kata pengarah strategi PKR Rafiz Ramli yang mengetuai delegasi tersebut.

Seramai kira-kira 20 orang bekas pegawai tentera daripada NGO mewakili bekas anggota tentera - PAHLAWAN dan KERABAT - berhimpun di ibu pejabat Boustead di Jalan Raja Chulan di Kuala Lumpur sejak jam 1 petang ini.

Pesara tentera bantah perjanjian tanah LTAT

Sekumpulan 15 pesara tentera berdemonstrasi hari ini bagi membantah rancangan pembelian tanah di Bukit Raja oleh Boustead, unit dana pelaburan kerajaan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). — Gambar oleh Choo Choo May.
 
KUALA LUMPUR, 31 Dis — Sekumpulan pesara tentera berdemonstrasi di hadapan Menara Boustead hari ini untuk membantah rancangan pembelian tanah di Bukit Raja di tengah-tengah dakwaan penyalahgunaan kuasa terhadap kerajaan persekutuan oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan. Sekumpulan 15 veteran yang diketuai oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berhimpun di hadapan pejabat Boustead Holdings Bhd di Jalan Raja Chulan dengan memegang sepanduk berbunyi, “Demi Kroni, Deepak dan Rosmah, LTAT diperalat” dan “(Datuk Seri) Zahid Hamidi gadai masa depan pencarum LTAT”.
Bantahan ini berlaku tatkala Boustead, unit dana pelaburan kerajaan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), membeli kepentingan 80 peratus dalam Astacanggih Sdn Bhd dengan harga RM30 juta serta sekeping tanah berharga RM130 juta dari Awan Megah.

Mahasiswa mahu tukar kerajaan di Dataran Merdeka

Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) telah melancarkan baru-baru ini satu kempen yang membawa tema “Mahasiswa Mahu Tukar Kerajaan” . Daripada tema ini, GAMIS secara lantang telah menyatakan pendirian menolak sekeras-kerasnya segala macam kebobrokan dan kezaliman yang telah dilakukan oleh kerajaan sedia ada selama tempoh mereka memerintah.
Rakyat hari ini terpaksa untuk berhadapan dengan hutang yang bertimbun, kos sara hidup yang semakin tinggi, penyelewengan wang rakyat oleh pemimpin atasan, rasuah dan salah guna kuasa serta pelbagai jenis kezaliman lagi yang sedang berlaku dalam negara. Oleh sebab itu, hari ini kita berpendirian untuk melihat negara ini maju dan berkembang untuk rakyat hanya dengan satu cara iaitu menukar kerajaansedia ada yang dipimpin oleh parti UMNO dalam pilihanraya umum yang akan datang.

2013 tahun perubahan: Harapan rakyat Malaysia di Australia


Ucapan Selamat Tahun Baru 2013 daripada Majlis Perwakilan PAS Western Australia (PRC WA)

Majlis Perwakilan PAS Western Australia (PRC WA) ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada seluruh rakyat Malaysia.

Dengan harapan yang menggunung tinggi  agar tahun 2013 akan membawa wajah baru kepada landskap politik tanahair, dan membersihkan imej negara di persada antarabangsa.

Sesungguhnya tahun 2012 amat menarik bagi arena politik tanahair, dimana kita tidak terkecuali dari mood serantau ke arah perubahan. Ianya bermula dengan pembebasan ketua umum pembangkang daripada tuduhan Liwat 2, setelahlebih 2 tahun kes berjalan di mahkamah.

Keputusan mahkamah tersebut telah memberi isyarat baru kepada rakyat di mana kerajaan sangat bimbang dengan kebangkitan suara keramat rakyat dan dalam masa yang sama kerajaan cuba memulihkan imej kehakiman yang telah tercalar.

Namun demikian, rakyat terbanyak masih sangsi dengan keikhlasan kerajaan.

Gelombang besar yang berlaku seterusnya ialah pada bulan April 2012 dimana Bersih 3.0 telah berjaya mendapat perhatian  dunia terhadap tuntutan pilihanraya yang bersih dan adil.

Sorotan 2012: Tahun pendedahan skandal & salah tadbir BN

Skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC)
- Ibu segala skandal melibatkan dana sejumlah RM250 juta.
- Ketua Wanita Umno yang juga bekas Menteri Pembagunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Shahrizat Jalil didakwa mempunyai kepentingan dalam kelulusan projek penternakan lembu fidlot yang dianugerahkan kepada syarikat suaminya.
- Perdana Menteri Najib Razak pada 2007, ketika projek NFC diluluskan adalah Pengerusi Projek Impak Tinggi Negara. Timbalannya, Muhyiddin Yassin merupakan Menteri Pertanian yang meluluskan dana kepada NFC.
- Projek NFC hanya menternak sejumlah 8,016 ekor lembu dalam tempoh 2008 – 2010. Sepatutnya projek itu menghasilkan 60,000 ekor lembu setahun.

- Sebahagian besar dana didakwa dibelanjakan untuk membeli kereta mewah, percutian dan mendanai perniagaan keluarga Shahrizat di Singapura.

Demonstrasi Lynas, Kuantan
- Kumpulan anti kilang radioaktif Lynas membentuk NGO Himpunan Hijau
- Pada februari 2012 demonstrasi di beberapa buah Bandar utama dilakukan.
- Demonstrasi terbesar di Kuantan, mengumpul 20,000 peserta. Manakala himpunan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang 3,000 peserta
- Perjuangan menolak kilang nadir bumi melibatkan pemfailan kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tetapi mahkamah menolak semua kes
- Kerajaan memberi kelulusan lesen beroperasi sementara (TOL) kepada Lynas dan pada November 2012, loji Lynas menerima bahan mentah untuk diproses biar pun rakyat Malaysia menentang keras.

Demonstrasi Bersih 3.0
- Dianjur pada 28 April 2012.
- Menggesa 8 tuntutan dipenuhi agar pilihan raya ke 13 berlangsung dalam suasana bersih dan adil
- Mengumpul 300,000 peserta di pinggir Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
- Tunjuk perasaan terbesar dalam sejarah. Ia dicemari dengan keganasan berleluasa polis pada sebelah petang ketika menyuraikan peserta demonstrasi

Skandal Scorpene

Remaja mahu sambut hari lahir mati ditendang polis

PETALING JAYA 31 Dis: Seorang lagi mangsa kekejaman polis ketika menjalankan tugas. Kali ini, Mohd Azrul Zulkifli, 19, meninggal dunia akibat ditendang polis berpakaian preman.
Kejadian berlaku berhampiran Petaling Jaya Selatan sekitar 3 pagi 25 Disember lalu.
Rakan mangsa, Asmawi (gambar), 28, berkata, Mohd Azrul dan kira-kira sembilan lagi rakan lain yang membonceng lima motosikal ketika itu dalam perjalanan ke pusat karaoke sempena hari jadi mangsa.
“Ketika lalu di jalan gelap, tiba-tiba dua motor tahan mereka. Mereka lari sebab takut ada orang cuba ragut atau rompak mereka. (Lagi pun) mereka berpakaian biasa,” katanya menceritakan semula kejadian itu selepas dihubungi salah seorang rakan yang terselamat.
Menurut Asmawi, polis yang mengejar berjaya menahan sebahagian dari mereka, manakala mangsa dan rakannya, Khairul Azri Sham Abu Kasim, 22, yang menaiki motor Honda EX5 sempat melarikan diri.
“Awalnya jarak mereka dengan polis lebih kurang 500 meter. Tapi polis pakai (motor) Yamaha 135 LC, mesti dapat kejar. Kemudian polis tendang mereka. Arwah meninggal sebab kepala terhentak pada divider jalan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya hari ini.
Beliau kesal laporan akhbar menyatakan Mohd Azrul meninggal akibat terlanggar pokok, dan polis kononnya gagal mengejar mereka.
Memetik laporan Malay Mail 28 Disember lalu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supritendan Tuah Masrom berkata, siasatan awal mendapati motorsikal Azrul hilang kawalan dan terlanggar pokok, dijumpai selepas polis meneruskan rondaan.

Nilai wang haram cukup untuk bina Pan Borneo Highway – Anwar

KUALA LUMPUR 31 Dis: Rancangan membina Lebuhraya Pan-Borneo (Pan-Borneo Highway) yang menghubungkan Sabah dan Sarawak bukan mustahil kerana kos pembinaannya boleh diambil dari penyelamatan ketirisan rasuah.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia berikutan jumlah ketirisan dan kebocoran ke atas ekonomi negara terlalu besar dan lebih dari mencukupi untuk dijadikan dana pembangunan di Sabah.
“Mengikut Laporan Ketua Audit Negara, ketirisan wang dalam kerajaan berjumlah lebih RM20 bilion setahun manakala pengaliran wang haram Malaysia pula berjumlah RM200 bilion.
“Dengan wang sebanyak ini, Pakatan boleh memulakan kerja membina Lebuhraya Pan-Borneo dari Kuching ke Kota Kinabalu dengan segera selepas menang PRU 13,” kata Anwar.

UCAPAN TAHUN BARU 2013 MB SELANGOR

Revving up for the Hijau convoy to Kuantan

RM160 juta dana pencen tentera bakal dilupus kepada kroni – Rafizi

PETALING JAYA 31 Dis: Bekas anggota tentera bakal kehilangan RM160 juta wang pencen sekiranya bayaran oleh Bousted Holdings Berhad (Boustead) melalui Bakti Wira Sdn Bhd kepada Awan Megah Sdn Bhd dianggap sebagai pelaburan lupus.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, mengikut undang-undang perakaunan syarikat, apabila sesebuah pelaburan dibuat, nilai yang dimasukkan mesti berpadanan dengan keuntungan.
“Ini hanya pembayaran sia-sia. Pelaburan yang tidak dapat pulangan akan dilupuskan. Ia berdasarkan kepada kewangan dan akaun syarikat. Kerana ia pelaburan yang teruk.
“Nilai RM160 juta akan dilupus. Setiap syarikat yang ada pelaburan, (akan membuat semakan) untung rugi. Perkara ini dibuat setiap tahun,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.
Rafizi berkata, Bakti Wira membayar RM160 juta untuk syarikat yang dibeli, dan pembelian tanah.
Jelasnya, setiap tahun auditor akan semak sama ada projek telah berjalan atau tanah dipindah milik.
“(Itu) memang tugas auditor. Bila dah tahu title (geran) dipindahmilik, RM30 juta diguna (untuk) beli syarikat,” katanya.
Bakti Wira adalah anak syarikat milik penuh Boustead. Saham majoriti Boustead dikuasai oleh Lembaga Tabung Amanah Tentera (LTAT) iaitu sebanyak 61.36 peratus.

PAS arah jentera bantu mangsa banjir

KUALA LUMPUR: PAS menyeru semua jenteranya dan orang ramai memberikan bantuan kepada mangsa banjir kerana masalah mereka belum selesai dengan surutnya air banjir ini.

Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat (LKKPP), Dr Siti Mariah Mahmud (gambar) berkata,   walaupun ramai yang telah dapat pulang ke rumah masing-masing, cabaran  yang bakal dihadapi  pasca banjir seperti memperbaikii kerosakan rumah dan menggantikan barangan serta peralatan rumah yang rosak sudah tentu menuntut perbelanjaan yang banyak.

Tambahan pula bagi keluarga yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah, semua persediaan peralatan dan buku sekolah juga mungkin sudah tidak dapat dipakai langsung.

Mengikut anggaran yang diberi oleh pihak kerajaan dan media jumlah mangsa yang terpaksa dipindahkan sudah melebihi daripada 6,000 orang dan mungkin akan mencecah 7,000 orang.

Walaupun ada pelbagai pihak telah memberi sumbangan melalui NGO dan sebagainya, Dr Siti Mariah meminta ahli PAS khasnya untuk menyumbang melalui Dana Kami Prihatin, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat supaya bantuan  dapat disalurkan dan diagihkan kepada mangsa melalui petugas-petugas parti dinegeri-negeri yang terlibat.