Ahad, 30 Disember 2012

‘Hisham’s liaison officer more powerful than IGP’

MyWatch is claiming that the Home Minister's special liaison officer has powers to bypass the Inspector-General of Police himself.
KUALA LUMPUR: Anti-crime watchdog MyWatch alleged today that a police officer with a rank of deputy commissioner [DCP] appointed by Home Minister Hishammuddin Hussein as his special liaison officer is ‘more powerful’ than the Inspector-General of Police Ismail Omar himself.
The NGO’s chairman R Sri Sanjeevan claimed that this was because the officer was able to bypass the IGP to give instructions to top officers of the Royal Malaysian Police [PDRM], including state police chiefs, state CID chiefs and district police heads.
Sanjeevan said that never in the history of the police force has a liaison officer held such a high rank of DCP, which is even higher ranked than the prime minister’s aide-de-camp who is only ranked an Assistant Commissioner of Police [ACP].
The home minister’s current liaison officer is identified as DCP Wan Ahmad Najmuddin Mohamad.
“MyWatch urges the home minister to explain why does he need a PDRM liaison officer in his office with the rank of DCP which is equivalent to state CPO position when all the while it was only a Superintendent [Supt] position.”
Sanjeevan claimed that this “clearly shows that home minister is indeed meddling into PDRM matters without relaying orders directly to the IGP himself”.
“Since the officer advises the home minister, then I think the IGP would have to listen to him as well, right?” he added.

Ustaz Hadi Sudah Lama Jawab Isu Kafir Mengkafir

Joget Maksiat : Setelah Garudi, Goyang Itik & Penguin Pulak....

NAMA  Zaskia Shinta makin melambung di dunia hiburan bermaksiat setelah Goyang Itiknya berhasil mencuri banyak penikmat muzik di Indonesia. Tak hanya tampil secara langsung di sejumlah di tv, Zaskia juga dinanti banyak masyarakat di sejumlah daerah.

Namun, ketenaran Zaskia Goyang Itik sempat terusik dengan salah satu goyangan milik duo Walang Sangit dengan goyang khasnya "Goyang Penguin".  Zaskia dikatakan mengaku tiada masalah dengan munculnya sejumlah goyangan baru di dunia hiburan.

"Aku tak pernah melihat persaingan di dunia hiburan, bagiku semua sama mencari rezeki di sini," ujar Zaskia.

Zaskia mengaku tak pernah memikirkan job yang datang kepadanya saat banyak penyanyi baru bermunculan. Bagi penyanyi 22 tahun ini, Goyang Itik masih diminati ramai orang.

Melayu akan lebih hebat tanpa Umno, berfikirlah wahai orang2 yang cerdik

Boleh percaya kah cakap Rais Yatim?

Janji atau cakap yang keluar dari mulut parti syaitan (syaitan dikenali) boleh percaya ke?  Asal namanya pemimpin Umno,  daripada PM nya sampai kepada menteri,,bahkan ketua bahagian pun,,  susah nak percaya cakap-cakap mereka ini.  PM Najib sudah terbukti banyak kali berbohong kepada rakyat terutama pembangkang. Semalam si Rais menteri yang kuat mengampu ini membuat kenyataan kononnya kerajaan bersedia membenarkan Haji Hadi membuat penjelasan berhubung isu amanat Haji Hadi di TV,  bagaimana pun ia mestilah dibuat secara rakaman.   

Kah, kah, ! kah !!   Izin,, tapi dengan rakaman?  Tentu ada muslihat!!  Kenapa tak berani buat siaran langsung? Takut? Kalau rakaman sudah tentulah ada yang diedit dan dipotong. Akhirnya apa yang nak diperjelaskan oleh Haji Hadi tak sampai kepada orang ramai,,,  yang dapat untung ialah Umno, kerana kenyataan Haji Hadi yang telah diedit itu akan memakan diri Haji Hadi dan PAS sendiri. Umno sebenarnya hanya nak tunjuk baik sempena saat nak mengundi ini,,nak ambil hati rakyat lah konon!,,, itu saja.
Berhati-hatilah wahai seluruh kepimpinan PAS !  Tun Mahathir bekas presiden mereka pernah mendakwa Umno sebuah parti yang  sudah busuk sampai keusus, bermakna setiap yang keluar mulut mereka sudah pasti berbau busuk. Orang yang sama juga pernah mendakwa Umno adalah sebuah parti syaitan (syaitan dikenali). Setiap orang Islam wajib percaya bahawa kerja syaitan ialah menipu dan memperdaya semua manusia?  -  rahimothman

WAJAH-WAJAH PEJUANG ISLAM DARI PERKASA NEGERI TERENGGANU

MINTA TGHA BERTAUBAT DAN TARIK BALIK AMANAT BELIAU DEMI AQIDAH ISLAM!!!!!!

Inilah dia wajah-wajah pejuang "Islam" yang sebenar dari kelompok PERKASA Negeri Terengganu.

Cara keterampilan mereka pun memang memperlihatkan mereka sememangnya pejuang Islam yang sebenar dan cukup kental... Berilmu, berani dan berakhlak mulia.

Contoh ikutan dan layak sangat dijadikan ikon.

Tak rugi Ibrahim Ali memiliki ahli sedemikian punya standard... Amat sukar dan jarang boleh ketemui dizaman ini.

Panel khas pantau Bukit Setiawangsa


KUALA LUMPUR - Satu jawatankuasa khas di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memantau tanah runtuh di kawasan Puncak Setiawangsa di sini telah ditubuhkan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, jawatankuasa itu dianggotai pelbagai agensi termasuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Institut Kerja Raya Malaysia.
Puncak Setiawangsa bergegar Beliau berkata, pasukan keselamatan dan kerajaan tempatan juga memantau 24 jam di kawasan tanah runtuh itu.
"Kita akan dapatkan laporan lengkap mengenai perkembangan semasa terhadap keselamatan dan struktur tanah di sini.
"Kita ambil iktibar apa yang berlaku di sini. Dahulu di sekitar kawasan ini, berlaku tanah runtuh di (apartmen) Highland Towers. Jadi kalau boleh kita tidak mahu ianya berulang lagi," katanya.
Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau keadaan di kawasan tanah runtuh di Puncak Setiawangsa di sini.
Dalam kejadian Jumaat lepas, insiden tanah runtuh berlaku di lereng bukit di Puncak Setiawangsa mengakibatkan 106 penghuni rumah banglo, rumah teres dan rumah kedai diarahkan berpindah.

Maybank tawar moratorium kepada mangsa banjir

KUALA LUMPUR, 30 Dis — Maybank akan menawarkan moratorium bayaran bulanan pinjaman dan pengecualian caj tertentu bergantung keperluan kepada mangsa-mangsa banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang serta di kawasan lain yang terjejas.

Penangguhan bayaran ini diberi kepada pelanggan perbankan perniagaan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta perbankan pengguna beruatkuasa 1 Jan hingga 30 Jun 2013, kata Timbalan Presiden dan Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti bank itu, Lim Hong Tat, dalam kenyataannya di sini hari ini.

Beliau berkata ini kali keenam Maybank menawarkan moratorium itu kepada para pelanggannya.

"Kami bersimpati dengan apa yang berlaku ke atas pelanggan dan berharap kemudahan yang diberikan ini akan dapat meringankan beban ketika mereka berdepan dengan keadaan sukar sekarang," katanya.

Lim berkata Maybank akan memproses permohonan bantuan tambahan mengikut keperluan pelanggan dan ia meliputi bagi kemudahan perkhidmatan konvensional dan Islam yang telah diberikan. 

MAKLUMAT BOCOR... TANAH UNTUK KEM TENTERA YANG DEPA GASAK..!!!

Nampaknya UMNO tidak serik dengan aib yang mereka hadapi setelah kehilangan dana awam RM250 juta menerusi projek NFC yang melibatkan pemimpin tertinggi mereka. Kini wujud pula pengkhianatan yang melibatkan bukan sahaja dana awam tetapi hartanah yang dikhususkan untuk Angkatan Tentera, juga oleh pimpinan kanan dan pemimpin wanita UMNO Selangor.
Selama ini Raja Ropiah cuba menonjolkan watak seorang pemimpin yang membela hak rakyat dengan sering hadir setiap kali ibu tunggal mengadakan perhimpunan menuntut hak dari kerajaan Selangor setelah dilantik sebagai Senator menggantikan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang pelantikannya tidak disambung semula. Rupa-rupanya beliau tidak jauh beza dengan mentornya. 



Deepak mungkin mempunyai agendanya tersendiri tetapi apa yang lebih penting bagi rakyat Malaysia khususnya rakyat Selangor, pendedahan Deepak telah membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan barisan kabinetnya terlalu kotor dan bergelumang dengan skandal dan salah guna kuasa pada setiap peringkat.

Pencacai yang paling disayangi Najib

Sebijak-bijak Nabi Muhammad s.a.w.... bijak lagi Najib..??
Masyaallah...!!!
Inikah yang dikatakan Umno perjuang dan pertahankan akidah ummah neh...
Inikah yang dikatakan sokong Umno sampai bawak rebah neh...
ATAU...
Sokong Umno sampai JAHIL...

Siasat siapa paksa LTAT beli syarikat Deepak

KUALA LUMPUR: Satu siasatan menyeluruh mesti dibuat untuk mengenal pasti siapa yang memaksa Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) membeli syarikat milik Deepak Jaikishan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Bukan sahaja mesti dibuat siasatan menyeluruh untuk mengenalpasti siapa paksa Deepak jual syarikatnya, Astacanggih Sdn Bhd, tetapi lebih dari itu, mesti juga disiasat siapa yang memaksa LTAT membeli 80 peratus saham syarikat Deepak itu.

"Siasatan juga mesti dibuat bagaimana kedua-dua pihak dipaksa termasuk sejauh mana ia melibatkan penyalahgunaan kuasa mana-mana pemimpin negara," kata beliau.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Deepak yang membuat pelbagai pendedahan yang dilihat akan menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui beliau dipaksa menjual syarikatnya itu kepada sebuah agensi di bawah Kementerian Pertahanan.

Deepak berkata, penjualan syarikat tersebut hanya untuk menampung wang yang telah dibelanjakannya dalam urus niaga tanah dengan Awan Megah Sdn Bhd yang tidak menjadi.

Illicit money: Time for Najib to announce ETP's FAILURE

The recent survey on countries with illicit funds outflow which placed Malaysia at the third position globally should prompt prime minister Najib Razak to admit failure of the Economic Transformation Programme.
Illicit money: Time for Najib to announce ETP's FAILUREDAP secretary general Lim Guan Eng said as Finance minister, Najib must fully account for RM 200 billion in dirty money siphoned out of Malaysia in 2010 and the total RM 871 billon over the last 10 years.
"Najib’s stubborn silence and failure to act over this RM 871 billion scandal demonstrates not only his failure to uphold pubic accountability but that the BN government condones the practice of outflow of illict or dirty money," said the Penang chief minister.
In a report released yesterday, the US-based Global Financial Intergrity said among Asian economies, Malaysia ranked second only to China in terms illicit funds outflow, and third in the world.
According to the report, some 80 percent of illicit financial flows were due to trade mispricing, while about 20 per cent was due to corruption.
Lim noted the report's observation that RM197 billion of 'dirty money' was siphoned out of Malaysia in 2010 compared to RM93 billion in 2009, an increase of 112 %.
He said the government had yet to fulfil its promise last year to conduct a probe or to announce the result of any such probe "despite offers of help from top GFI economists".
"Is this another case of BN’s 'Janji Tak Ditepati' of unfulfilled promnises?" Lim asked.
Lim reminded that the GFI report came on the heels of 2012 Transparency International report which put Malaysia at the top of nations which lost business due to bribery.

Selangor akan siasat tanah milik Raja Ropiah

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor akan menyiasat bagaimana tanah yang dikatakan telah diberikan kepada syarikat Awan Megah Sdn Bhd yang mana pengarahnya adalah Ketua Wanita Umno Selangor, Senator Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah.

“Kerajaan Selangor sangat hairan bagaimana tanah yang telah digazetkan untuk kem tentera boleh diurusniaga secara komersil melainkan dengan arahan dan campur tangan pihak yang benar-benar berkuasa,” ujar Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin dalam satu kenyataan.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau.

YAB Dato’ Menteri Besar Selangor memandang serius laporan susulan pendedahan oleh Deepak Jaikishan bahawa usaha sedang giat dilakukan untuk menjual lebih 200 ekar tanah milik Awan Megah Sdn Bhd bernilai RM130 juta kepada Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Boustead Holdings Berhad, milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Jalan Mati : Kerajaan Selangor akan halang perjanjian tanah LTAT

KUALA LUMPUR, 30 Dis — Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan akan mencuba sedaya upaya untuk menghalang rancangan Putrajaya membeli bidang tanah di Bukit Raja yang didakwa ada kaitan dengan penyalahgunaan kuasa kerajaan Barisan Nasional (BN) seperti didakwa ahli perniagaan Deepak Jaikishan. Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Faekah Husin berkata negeri itu telah mengarahkan Jabatan Tanah dan Galian Selangor untuk meneliti perjanjian tersebut bagi menyiasat sama ada berlakunya pelanggaran peraturan.
"Kami tidak teragak-agak untuk menghalang mereka.
"Kerajaan negeri berpendapat transaksi itu adalah serius melibatkan penggunaan dana awam daripada dana pencen angkatan tentera," katanya dalam satu kenyataan.
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), melalui unit pelaburannya Bousted Holdings Berhad, Khamis lalu mengumumkan rancangan untuk memiliki 200 ekar tanah daripada syarikat Awan Megah Sdn Bhd milik Ketua Wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah.
Selain itu, dana itu turut digunakan untuk membeli syarikat Deepak, Astacanggih Sdn Bhd pada harga RM 30 juta, yang mana dakwa pembangkang sebagai "rasuah" dan tindakan untuk menutup mulut peniaga karpet itu daripada terus mendedahkan penyelewengan kerajaan.

Ustaz Haslin Baharin (ustaz bollywood) : Batasan Bersosial (Bhg 3)

Ustaz Haslin Baharin (ustaz bollywood) : Batasan Bersosial (Bhg.2)

Ustaz Haslin Baharin (ustaz bollywood) : Batasan Bersosial (Bhg.1)

Persoalan Di Alam Barzakh Ustaz Haslin Baharin (ustaz bollywood)

Is a diplomatic truce in sight for Syria?

Iraq's battle with Al Qaeda continues

Syrian refugees flock to Greece

Egypt transfers shipment of building materials to Gaza

Egypt holds dollar auctions to avert currency crisis

Adakah SYAITAN Pencipta Arak ? - Shabir Ally VS Jay Smith (subtitle BM)

Doa Penutup & Doa Wehdah | Himpunan Selamatkan Felda 2.0

Ucapan YB Salahudin | Himpunan Selamatkan Felda 2.0

Ucapan Mazlan Aliman | Himpunan Selamatkan Felda 2.0

Today in History for December 30th

Anwar lancar Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS)

KOTA KINABALU 30 DISEMBER: Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) yang diasaskan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin, dilancarkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara rasmi pagi tadi.
Pelancaran itu dibuat selepas tiga bulan penubuhannya pada 5 Oktober 2012 yang  bertujuan bersama-sama perjuangan Pakatan Rakyat di Sabah.
Lebih 2,000 ahli PPPS menghadiri majlis yang berlangsung meriah di Star City Convention Centre dan turut dihadiri beberapa pemimpin utama KEADILAN dan Pakatan Rakyat.
Lajim Ukin selaku Presiden PPPS percaya sokongan luar biasa rakyat terhadap perjuangan PPPS menandakan bakal perubahan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Beliau tidak kesal meninggalkan jawatan dalam Kabinet bagi memastikan rakyat Sabah – atas tiket PPPS – menjadi medium penghubung dengan Pakatan.

Fathul Bari Tak Ada Telor..


Adakah kali ini Fathul Bari berani menyahut cabaran yang di lontarkan oleh Sinar Harian. Debat sinar bertajuk Uli Amri bersama Dr. Asri.

Kali ini jugak Dr. Asri harap Fathul Bari jangan mencari sejuta alasan untuk melarikan diri.

Jikalau Fathul Bari berani mempertahankan pemimpin Umno sebagai Uli Amri sepatutnya beliau berani menyahut cabaran debat Sinar ni.. sama-samalah kita tunggu..

Buku Inikah Yang Dimaksudkan Oleh Dr. Asri Supaya Jangan Dibeli?


Jangan bazirkan wang RM150 untuk membeli buku 165 m/s tentang kisah seorang yang 'wallahu a'lam'. Belilah buku2 yang ilmiah dan manfaat. ~ Dr Maza

Apakah buku yang beliau pesan jangan membazir jika beli ada buku seperti di atas? - King Jason

Mengikut laporan sebelum ini, buku setebal 164 muka surat itu dan berharga RM150 senaskhah ditulis oleh Siti Rohayah Attan dan Noraini Abdul Razak. Ia akan dilancar dan diedar untuk jualan bulan depan - menyamai ciri-ciri buku yang dimaksudkan oleh Dr. Maza!

Terdapat dua bahaya yang selalu mengancam politik

SELAMAT MENEMPUH TAHUN BARU MASIHI 2013 - SEMOGA DILINDUNGI DAN DIRAHMATI ALLAH YANG MAHA ESA.

Guru mengajar ku:-

Segala perkara yang diusaha oleh manusia sebahagiannya berkaitan dengan masalah individu yang mencakupi sebahagian kecil dari aktiviti -seperti mencari nafkah, kegiatan spiritual, hubungan perasaan, dan hubungan individualnya dengan berbagai hal, sementara bahagian yang lebih besar dan utama dari aktiviti manusia adalah kegiatan di tengah masyarakat yang dilakukan secara bersama-sama atau yang disebut dengan politik; iaitu politik ekonomi, politik sosial, politik ketenteraan, politik budaya, politik awam, politik pemerintahan dan politik internasional. Itu semua merupakan bahagian utama dari kegiatan manusia dalam kehidupannya.

Mengapa utama? Karena politik tersebut pada hakikatnya mengarahkan manusia kepada tujuan dan arah tertentu. Kebanyakan kegiatan manusia adalah aktiviti makro (besar) yang secara menyeluruh mengarahkan aktiviti individual hingga yang terkecil sekalipun. Agama berkaitan dengan keduanya, dalam usaha secara individu maupun di kancah politik yang cakupannya sangat luas dalam kehidupan manusia.
Langkah pertama Rasulullah SAW setelah hijrah, adalah pembentukan pemerintahan dan pusat kegiatan politik masyarakat, atau banyak bukti lainnya yang menunjukkan keterkaitan antara agama dan politik. Ya, Islam yang murni menilai politik sebagai bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari agama dan menyeru seluruh umat Islam untuk memahami dan mengamalkan politik.

Namun!

Terdapat dua bahaya yang selalu mengancam politik:

DAP Johor Jaya Sedia Gempur DUN Johor Jaya

DAP Johor Jaya mengorak langkah mendepani sebagai persediaan menghadapi PRU13 dengan pembukaan bilik gerakan pertama mereka di Dun Johor jaya.Keseriusan dan keazaman yang tinggi serta iltizam untuk menyantuni masyarakat,memberi khidmat serta menyalurkan maklumat bagi masyarakat bebilang bangsa di dun johor jaya adalah natijahnya.



Tarikh 28hb disember 2012 adalah tarikh keramat bagi setiap Masyarakat dun Johor Jaya khususnya penduduk plentong yang telah sekian lama menanti kehadiran sebuah parti yang benar-benar boleh memberikan saingan pada Parti komponen BN MCA yang sekian lama mendominasi kawasan tersebut.



Apa yang sama Barisan dan Sadiksigaraga?

MENONTON filem P. Ramlee sememangnya menjadi kegemaran saya. Apatah lagi Allahyarham Tan Sri seniman agong tersebut sering menyelitkan pelbagai pengajaaran dan sindiran untuk kita timbang-timbangkan.

Salah satu filem yang seringkali saya ikuti ialah Tiga Abdul. Apa yang jelas kisah yang dipaparkan dalam filem tersebut begitu hamper dengan kerajaan yang menidakkan suara rakyat. Apatah lagi bila suara rakyat tersebut lebih condong pada kebaikan dan keadilan.

Watak-watak Sadik Sigaraga dan Abdul Wahub amat memberi kesan sindiran yang begitu mendalam. Ia memberi satu pengajaran yang jelas kepada kita betapa pelaku-pelaku kezaliman sukar untuk mengaku kejahatan diri hinggalah ia tidak sedar lagi tentang kelakuan zalim yang diamalkannya.


Lihat saja apa yang ditonjolkan kepada watak Sadik Sigaraga. Keangkuhan yang dipertahankan langsung tidak memberi apa-apa faedah. Walhal, jika beliau mendahului keinsafan lebih awal, beliau tidak akan mengalami bencana yang amat berat iaitu dilelong sebagai hamba.

Tindakan beliau yang pada awalnya diyakini memihak kepada beliau langsung tidak mnejadi. Provokasi yang dilakukan kepada Abdul Wahub supaya Abdul Wahub menjadi marah untuk membolehkannya dijual gagal sama sekali.

Is this our nation's future: CLIMBING CORRUPTION, SLIDING ACADEMIC STANDARDS?

To Malaysia, 2012 should have been a year of accelerated transformation. Everything seems to have been on the track but unfortunately, several year-end international rankings seem to have exposed the "king's new clothes."
In the 2012 corporate bribery survey, Malaysia is right at the bottom. 50% of respondents contacted by Transparency International have replied affirmatively when asked whether they have lost contracts due to bribes offered by their rivals during the past one year, attesting to the fact that commercial bribery is indeed serious in this country.
Is this our nation's future: CLIMBING CORRUPTION, SLIDING ACADEMIC STANDARDS?According to Global Financial Integrity's latest report, some RM196.8bn of black money made its way out of Malaysia in 2010 alone, the second highest in the world. During the past decade (2000-2010), a whopping RM871bn flowed out of the country through illegal means, equivalent to a loss of RM33,000 for each of the country's 27 million inhabitants.
Getting more corrupt and less intelligent too!
In addition, survey by Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) also shows that Malaysia slides the most in mathematics and science performances among 59 countries polled..
It is not true to say that the government's Economic Transformation Programme has resulted in more foreign investments, as Q3 manufacturing investments plummeted 26.1% to RM6.2 billion, against a sharp increase to about US$20 billion for our neighbour Indonesia.
International rankings aside, we also fumbled in a number of domestic issues. While the transport ministry has reiterated that legal issues pertaining to the AES system are non-existent, Attorney-General Abdul Gani Patail lately declared that all prosecution procedures against AES violators would be temporarily halted.
In another development, the MCMC recently awarded eight 4G LTE (Long Term Evolution) permits, with companies having no telecommunication experiences clinching the lion's share.
Don't let the rot infect 2013

Mapim saran jadikan 2013 ‘Tahun Rakyat’


KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyeru agar tahun 2013 dijadikan ‘Tahun Rakyat’.

Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) berkata, ini penting kerana bukan sahaja tahun ini rakyat  akan melalui Pilihan raya Umum ke-13, malah ia juga adalah detik perubahan untuk rakyat mengembalikan fikrah politik dan pembangunan negara yang lebih baik.

Malangnya, kata beliau media arus perdana menjadi pembentuk cara berfikir rakyat  yang sangat terkongkong, lebih parah lagi media yang mengguna wang rakyat diguna untuk merosakkan pemikiran rakyat.

Menurutnya, salah satu pemikiran negatif yang sedemikian lama dipupuk oleh media arus perdana ialah sikap hidup bergantung.

Jelas, ujarnya jika rakyat terus berfikir terbelenggu dalam pemikiran bahawa kerajaan adalah penentu segalanya, maka ciri rakyat yang matang tidak akan dapat direalisasikan.

Tee Keat: Agak lucu Soi Lek label blogger Umno ‘tak bermoral’

KUALA LUMPUR, 30 Dis — Tindakan Dr Chua Soi Lek mengecam blogger pro Umno sebagai "tidak bermoral" adalah melucukan, kerana tahap akhlak presiden MCA itu dipersoalkan umum, kata bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat. Tee Keat yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, kecaman yang dibuat Soi Lek terhadap blogger pro Umno itu juga amat mengejutkan beliau.
"Saya cukup terkejut membaca kenyataan CSL (Dr Chua Soi Lek) membidas kumpulan blogger UMNO (yg wawancarakan dia baru-baru ini) sebagai "tak bermoral" kerana menghebahkan isi kandungan percakapannya yg tertentu dlm wawancara itu.
"Kenyataan itu telah tersiar dlm akhbar Cina pagi tadi . Saya rasa sungguh melucukan krn label 'tak bermoral' itu dilontarkan oleh CSL yg sememangnya tahap akhlak dirinya dipersoalkan umum," kata Tee Keat (gambar) dalam SMS kepada The Malaysian Insider.

Kenapa Polis DIAM Membisu Sejuta Bahasa?


Lagi pemimpin Pakatan Rakyat mula desak siasatan segera dijalankan

Ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjelaskan sama ada pasukan itu bercadang untuk menjalankan siasatan ke atas dakwaan terhadap perdana menteri, Najib Altantuya dan keluarga oleh peniaga permaidani, Deepak Jaikishan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Gobind berkata sudah dua minggu berlalu sejak pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh membuat laporan polis ke atas Deepak namun masih tiada tindakan yang dilihatnya.

"(Ketua polis negara Ismail Omar) sepatutnya berterus-terang dan memberitahu kita berapa banyak kenyataan sudah diambil setakat ini dan daripada siapa?

"Adakah apa-apa PDRM lakukan? Jika tidak, mengapa tidak (bertindak)?," soalnya lagi.

Karpal pada 15 Disember lalu membuat laporan polis terhadap Deepak Jaikishan yang didakwanya mempunyai maklumat baru mengenai kontroversi melibatkan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Abu Hassan: 'Beri peluang orang muda bangunkan negara'


 Abu Hassan: 'Beri peluang orang muda bangunkan negara'
Abu Hassan... 'alhamdulillah saya memang sangat ‘enjoy’ dengan apa dilakukan sekarang'. - Foto Danialshah Ubaeidillah
 
SUDAH lama mahu merisik khabar beliau yang pernah menabur khidmat sebagai menteri kabinet serta menteri besar sekitar tahun 90-an. Apatah lagi ingin mengetahui perkembangan terbaru beliau yang suatu ketika dulu pernah berdepan krisis kontroversi membabitkan bidang kuasa yang diceburinya. Ternyata hajat bertemu dengannya kesampaian apabila beliau menyatakan persetujuan untuk ditemu bual.

Biarpun janji temu terlewat hampir setengah jam, namun beliau masih sudi untuk sesi temu bual bersama majalah Seri Dewi & Keluarga. Sebaik kaki melangkah masuk ke ruang pejabatnya yang terletak di Seksyen 9 Shah Alam, kelihatan susuk tubuh seseorang yang kelihatannya masih sihat dan kuat.

Sebaik tangan bersambut, mantan menteri serta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar, 72 tahun, terus rancak bercerita mengenai sisi terbarunya setelah hampir 41 tahun menimba pengalaman bekerja dalam perkhidmatan awam dan kerajaan.

“Hampir empat dekad saya mengabdikan diri bekerja dan kini masa yang sesuai untuk saya berehat. Walau bagaimanapun saya cuma berehat daripada menjawat jawatan penting dalam kerajaan tetapi masih lagi aktif dalam beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Saya senang dengan apa yang dilakukan hari ini dan ada tiga perkara yang dititikberatkan setelah bersara sekitar tahun 2000 lalu.

“Antaranya saya kini aktif dalam NGO dengan menjadi pengerusi serta presiden beberapa persatuan seperti Majlis Bekas Rakyat (Mubarak) Negeri Selangor, Yayasan Kesihatan Mental, Derma Alam Shah Committe, Pengerusi Majlis Permuafakatan Parlimen Kuala Selangor dan juga Setiausaha Kumpulan Bekas Menteri (GEM).

Perogol Awas, Akta 376 KK baru lebih berbisa

KUALA LUMPUR  -  Keputusan dua kes rogol gadis bawah umur yang menyaksikan tertuduh tidak dikenakan hukuman penjara, menjadi isu hangat yang ‘dibicarakan’ orang ramai sehingga menyebabkan kerajaan membuat keputusan untuk meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Kes pertama membabitkan bekas pemain boling kebangsaan Noor Afizal Azizan, 19, yang dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dan bon jaminan RM25,000 selepas mengaku merogol seorang gadis berusia 13 tahun di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka pada 5 Julai, 2009.
Dalam kes kedua, Mahkamah Sesyen Pulau Pinang membebaskan seorang juruelektrik, Chuah Guan Jiu, 22, dengan perintah berkelakuan baik selama tiga tahun dan bon jaminan RM25,000 selepas mengaku merogol teman wanitanya yang berusia 12 tahun di rumah tertuduh di Ayer Hitam pada bulan Julai 2011.
Ini antara kes mahkamah yang mendapat liputan meluas dan dikritik hebat sepanjang tahun ini.
Pindaan Kanun Keseksaan itu bakal menyaksikan mereka yang didapati bersalah merogol gadis bawah umur akan dijatuhi hukuman penjara mandatori dan tidak boleh merujuk seksyen di bawah akta lain bagi meringankan hukuman.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyatakan beliau mencadangkan pindaan itu untuk mengekalkan hukuman penjara mandatori mengikut Seksyen 376, dan agar hakim tidak boleh mengguna pakai Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah bagi menjatuhkan hukuman mengikut budi bicara mereka.
Beliau juga berkata, pindaan itu dicadang berikutan jumlah kes rogol yang membabitkan gadis bawah umur adalah tinggi, selain melindungi mereka daripada terdedah kepada jenayah tersebut.
Rogol statutori ditakrifkan sebagai kes di mana seorang lelaki melakukan hubungan seks dengan seorang gadis di bawah umur 16 tahun, dengan atau tanpa izinnya, yang membawa hukuman minimum penjara lima tahun maksimum 10 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Tahun ini juga menyaksikan Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersejarah Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 bercanggah dengan perlembagaan.

Rogol statutori : Hukuman tak setimpal, malang bagi wanita

KUALA LUMPUR  –  Keputusan dua kes rogol gadis bawah umur yang menyaksikan tertuduh tidak dikenakan hukuman penjara, menjadi isu hangat yang ‘dibicarakan’ orang ramai sehingga menyebabkan kerajaan membuat keputusan untuk meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Kes pertama membabitkan bekas pemain boling kebangsaan Noor Afizal Azizan, 19, yang dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dan bon jaminan RM25,000 selepas mengaku merogol seorang gadis berusia 13 tahun di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka pada 5 Julai, 2009.
Dalam kes kedua, Mahkamah Sesyen Pulau Pinang membebaskan seorang juruelektrik, Chuah Guan Jiu, 22, dengan perintah berkelakuan baik selama tiga tahun dan bon jaminan RM25,000 selepas mengaku merogol teman wanitanya yang berusia 12 tahun di rumah tertuduh di Ayer Hitam pada bulan Julai 2011.
Ini antara kes mahkamah yang mendapat liputan meluas dan dikritik hebat sepanjang tahun ini.
Pindaan Kanun Keseksaan itu bakal menyaksikan mereka yang didapati bersalah merogol gadis bawah umur akan dijatuhi hukuman penjara mandatori dan tidak boleh merujuk seksyen di bawah akta lain bagi meringankan hukuman.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyatakan beliau mencadangkan pindaan itu untuk mengekalkan hukuman penjara mandatori mengikut Seksyen 376, dan agar hakim tidak boleh mengguna pakai Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah bagi menjatuhkan hukuman mengikut budi bicara mereka.

Ustaz Haslin Bahrin (Ustaz Bollywood) : Masjid Shah Alam 2012

Ustaz Azhar Idrus - Kuliah Khas & Soal Jawab Full

Ustaz Azhar Idrus dan Dr Asri sama-sama bantai ulama muda Umno

UstazAzhar 
Jawapan Ustaz Azhar Idrus dan Dr Asri terhadap ulama muda Umno tentang tiada jihad di Palestin. Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh salah seorang Ahli Syura Ulama Muda Umno. Penjelasan Ustaz Azhar Idrus dan Dr Asri yang terbaik untuk kita hayati. Tak payahlah mendengar ustaz Umno yang sesatkan masyarakat.

Para ulama sedunia telah memfatwakan haram mengakui kedaulatan Israel di bumi Palestin yang terjajah. Pada Tahun 1947, Fatwa Al-Azhar menyatakan haram membahagi-bahagiakan tanah antara Arab dan Yahudi di Palestin dan haram mengiktiraf kewujudan Negara Israel di Palestin. Tahun 1956 Fatwa Syaikul Azhar dan Mufti Mesir ketika itu, al-Imam al-Akbar al-Syaikh Hassan Makmum menyatakan menjadi fardu ain ke atas kaum Muslimin semua untuk membebaskan bumi Palestin kerana Islam tidak mengenal persempadanan antara Negara. Perdamaian dengan Israel untuk merelakan mereka menindas dan membunuh kaum muslimin, perdamaian sebegini adalah haram. Fatwa Syaikhul Azhar terkini, Syaikh Muhammad Tantawi, ulama ulung sedunia, al-Syaikh Yusuf al-Qaradawi, Mufti Mesir Syaikh Nasr Farid Wasil pula menyatakan aksi serangan berani mati ke atas Yahudi penjajah adalah satu aksi jihad dan pelakunya adalah mati syahid.
Eloklah kalau Fathul Bari, bos ulama muda membetulkan anak buahnya terlebih dahulu.

"AMANAT" Ustaz Azhar Idrus....!!

Najib dan era sukar Umno....

Anuar Mohd Nor

Semakin banyak yang mula diperkatakan mengenai PRU 13 yang semakin hampir sungguhpun belum ada penetapan kepastian dibuat oleh kerajaan. Semakin hampir kita kepada PRU 13 semakin banyak bom-bom yang mahu diletupkan oleh parti politik yang kini pantas dan lantang untuk memastikan kemenangan. Akhirnya semua parti politik yang mahu bertanding berlaga-laga untuk mencari kesalahan masing-masing. Satu resam politik tidak sihat. Semua akur bahawa PRU 13 ini merupakan PRU yang paling sengit yang mampu menggoncang BN dan Umno sendiri.  Akhir-akhir ini isu yang dibawa oleh pembangkang adalah isu Zahid Hamidi — Naib Presiden Umno yang juga Menteri Pertahanan memasuki gelangang untuk menyelesaikan masalah Deepak Jaikishan — peniaga karpet yang telah membuat berbagai tuduhan terhadap Najib — Rosmah dan isu pembelian kapal selam serta isu pembunuhan Altantuya. Namun isu itu tidak sekuat isu spekulatif bahawa Najib harus di keluarkan dari senario politik Umno bagi membersihkan Umno dan memberi ruangan kembali untuk BN berkuasa. Isu yang meletakkan Najib — Rosmah sebagai liabiliti Umno semakin kuat kedengaran sealiran dengan nada Tan Sri Muhyiddin Yassin — Timbalan Perdana Menteri mengakui — PRU kali ini amat sengit sungguhpun beliau yakin BN akan menang.
Adakah benar wujud suara-suara dalam Umno sendiri yang mahu Najib disingkirkan sebelum PRU 13 nanti atau suara ini adalah suara perang saraf media oleh pembangkang. Apa pun adakah benar Najib menjelang PRU 13 ini sudah mula terpalit dengan berbagai isu yang memberi kesan besar terhadap peluang BN/Umno dalam PRU 13 nanti. Adakah transformasi politik Najib yang mahu dibawa dalam Umno menemui jalan buntu dengan perubahan yang tidak dapat dilangsungkan kepada ahli Umno sendiri?
Semakin deras suara-suara peringkat bawahan mengenai isu calon, isu siapa yang sepatutnya menjadi calon mampu menang dan apakah ini akan diterima baik sekiranya calon tempatan tersingkir dengan calon pilihan Najib. Semakin membiak isu-isu Najib tiba-tiba wujud dengan kehadiran tuduhan yang melibatkan isteri beliau sendiri. Semakin galak pendedahan baru dibuat dan yang pasti isu yang menghentam Najib semakin lantang dan semakin terbuka.

SORRY DR M, YOU HAVE TO ANSWER for the political, social & economic MESS in M'sia - not the Chinese

I was reminded of the witticism on politicians that “we hang the petty thieves but elect the great ones to office” when I read Dr Mahathir Mohamad’s claim in his blog that the Chinese (and Indians) are the real masters of the country.
Specifically, he wrote that “Because they (the Malays) are willing to share their country with other races, the race from the older civilisation of more than 4,000 years and who are more successful, as such today whatever they have now is also being taken away from them”.
SORRY DR M, YOU HAVE TO ANSWER for the political, social & economic MESS in M'sia - not the ChineseAs election day approaches, this line of argument is being rehashed. We can expect more of this race baiting by Dr Mahathir and his kind in Umno and PEMUDA when they are addressing Malay voters.
Of course, this rehashing will take on new permutations such as “the PKR and PAS are selling out the rights of the Malays” or “the DAP is really the dayang master pulling the strings of the Pakatan coalition”.
What is important is not to get angry or remain silent but to refute it with facts, figures and arguments.
Political idiocy
For Dr Mahathir to accuse the Chinese of being the real masters of the country is really the height of political idiocy. If we want to go by racial perception, it would appear to everyone that Malays dominate in every sphere of life in the country.
They form the majority in Parliament, judiciary, army and police, the MACC and all other important political bodies. In the socio-economic and educational sphere, they control all the major banks except for Public Bank, the GLCs, Petronas, public universities, civil service, etc.
Any Chinese or orang putih wanting to do business has to kowtow to the Malays for licences and permits. Moreover, Malay businesses control some of the monopolies such as water, electricity, toll roads, etc. where it is so easy for them to make more profits by just increasing the price.
Even the richest and most powerful Chinese and Indians such as Robert Kuok, Ananda Krishna, Tony Fernandez, Vincent Tan and others are completely at the mercy of the Malays if they want to do business in Malaysia.
It's Umno-BN that has called all the shots

Lawak Ahad : Ahli Umno perlu sedia korban - Isa Samad

SEREMBAN - Setiap anggota Umno perlu bersedia berkorban dengan melupakan segala ketidakpuasan hati yang menimbulkan perpecahan terutama di peringkat bahagian, menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, pengorbanan tersebut amat penting untuk dilaksanakan setiap anggota parti bagi memastikan tumpuan sepenuhnya dapat diberi terhadap usaha untuk memenangkan calon Barisan Nasional (BN).

"Masalah dalaman di bahagian masing-masing mesti dihapuskan ataupun dikurangkan, kerana jika tidak ia akan memberi kesan kepada (keputusan) pilihan raya nanti.

"Bagi mereka (anggota Umno) yang benar-benar sayangkan parti yang ingin parti menang, tentu akan dapat mengorbankan sedikit sebanyak apa-apa yang menimbulkan keraguan atau masalah terhadap diri mereka, untuk kebaikan parti," katanya kepada Bernama.

Isu siapa Perdana Menteri, hudud dan kontroversi warnai politik pembangkang tahun 2012

KUALA LUMPUR, 30 Dis — Parti-parti pembangkang dalam sebuah pakatan yang rapuh saban tahun boleh dikatakan hanya menyajikan rakyat dengan pelbagai isu yang mencetuskan polemik dan kontroversi, tanpa membawa manfaat yang dapat dihargai oleh rakyat, apalagi yang boleh dinikmati. 
Tahun 2012, pakatan pembangkang yang terdiri daripada PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencetuskan pelbagai isu kontroversi.
Antaranya mereka menyokong semua tindakan menjamin keselamatan negara haram Israel, kebebasan memilih agama yang kononnya harus diperluaskan juga kepada umat Islam dan kenyataan menghina solidariti umat Islam yang bersatu membantah filem ‘Innocence of Muslims’ yang menghina Nabi Muhammad S.A.W.
Semua isu itu mencetuskan kemarahan rakyat khususnya orang Islam di negara ini, namun tidak diendahkan pakatan pembangkang yang mahu menarik perhatian dan simpati kuasa luar terhadap perjuangan mereka menggugat kerukunan hidup rakyat Malaysia.
Tiada kesepakatan pendirian dalam pelbagai isu yang ditimbulkan, malah mereka dilihat seperti mahu menjaga ‘kilas kain masing-masing’ sahaja supaya tidak terlucut sokongan politik.
Satu contoh ialah kenyataan mengenai menjamin keselamatan Israel oleh PKR dibidas keras oleh PAS. PAS mahu dilihat sebagai parti yang kononnya menjaga kepentingan Islam dan Palestin demi mengekalkan sokongan orang Melayu sedangkan PKR mahu menonjolkan ‘rasional’ pendiriannya selari pendirian kuasa Barat yang cenderung melihat kepentingan Israel biarpun rakyat Palestin sebenar-benarnya mangsa yang dizalimi rejim Tel Aviv.
Turut mencetuskan kemarahan di kalangan rakyat juga ialah kenyataan Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham  yang mempersoal tindakan umat Islam membantah penyiaran filem anti-Islam “Innocence Of Muslims”.
Kenyataan Ngeh dalam laman twitternya antara lain berbunyi: ‘Khairy wants muslim protest against Sam Bacile. For Islam or for his political gains? Are muslims wasting too much time and energy on this?’. (Khairy (Ketua Pemuda Umno) mahu orang Islam membantah Sam Bacile (pembikin filem berkenaan). Untuk Islam atau untuk faedah politiknya?. Tidakkah orang Islam membuang terlalu banyak masa dan tenaga dalam hal ini?).
Kenyataan Ngeh itu mencetuskan kemarahan pelbagai pihak termasuk PAS sehingga ada di kalangan badan bukan kerajaan (NGO) mendesak supaya beliau dipecat daripada DAP.

Umno looks to penetrate Permatang Pauh

Party insiders say Najib may opt for a more credible candidate with strong oratory skills and sound financial background.
PENANG: Local Umno is quietly confident of penetrating into PKR’s virtually impregnable Permatang Pauh parliamentary fortress in the forthcoming 13th general election.
Confidence is said to be running high among Permatang Pauh Umno leaders that they can re-capture the constituency’s Penanti and Permatang Pasir, and retain Seberang Jaya state seats.
Permatang Pauh Umno leaders also believe that this time they have an outside chance to upset incumbent MP and the Malay heartland “tribal king” Anwar Ibrahim, the Opposition Leader.
But observers believe Umno must apply the right candidacy jigsaw if the party is to realise its dream.
Sources said currently the division chairman and former Penanti assemblyman Abdul Jalil Abdul Majid had been earmarked to challenge Permatang Pauh favourite son Anwar for federal duel.
In Permatang Pasir, a PAS seat since 1999 general election, Umno is expected to field its constituency coordinator and division vice chairman Rahim Man.
Barisan Nasional’s constituency coordinator and division committee member Ibrahim Ahmad has been listed for Penanti.
In Seberang Jaya, incumbent assemblyman Arif Shah Omar Shah, who won by a mere 553-majority largely thanks to postal votes against PKR’s Rahim Bulat in 2008, is the choice.

Deepak's lawsuit: WHY THE SUDDEN WITHDRAWAL, DARE THE IGP ANSWER? - Gobind

Deepak's lawsuit: WHY THE SUDDEN WITHDRAWAL, DARE THE IGP ANSWER? - GobindThe withdrawal of a lawsuit by Deepak Jaikishan does not change anything in terms of the allegations he has made of late. The allegations made still remain and must still be probed.

I call upon the IGP to state what action has been taken on a police report lodged by the Bukit Gelugor MP, YB Karpal Singh in Penang on 15.12.2012? (http://m.malaysiakini.com/news/216721)

It has been some 2 weeks now. The IGP should be upfront and tell us how many statements have been taken until now and from whom? Has anything been done? If not, why not?

The allegations made by Deepak are to my mind and that of most rational thinking Malaysians, most serious in nature. The police cannot be seen to be dragging their feet in the matter. They must act and act fast.

Will the IGP respond to my question or will he also keep silent?

GOBIND SINGH DEO
DAP MP for Puchong

Nama Adun cadang hudud hilang dari senarai calon?


JOHOR BHARU: Nama Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat (gambar) dikatakan bakal hilang dari senarai calon Umno dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut sumber, ia berikutan cadangan beliau agar kerajaan melaksanakan Hudud bagi menghadapi jenayah yang kian meningkat di Johor sekarang.

Menurut sumber, nama beliau telah hilang dari senarai nama-nama calon Umno sebagaimana yang dikemukakan oleh Ketua Umno bahagian beliau yang juga anggota Parlimen  Sekijang.

Puncanya ialah sifat Ayub Rahmat yang dikatakan suka melawan arus anutan politik yang dibawa oleh pucuk pimpinan Umno peringkat negeri Johor maupun pusat.

"Jika sebelum ini gegak gempita satu dunia pasal menyokong hudud, terbaru gelagat dan perangai beliau yang memacakkan billboard menyeru wanita umat Islam (Muslimah) jaga aurat dikawasan DUN nya di Kemelah.


(Banner yang dinaikkan Adun Kemelah yang mengajak muslimah menutup aurat ini tidak disenangi Umno)

Kempen tutup aurat anjuran beliau ini diberitakan tidak mendapat restu dan kurang disenangi oleh pucuk pimpinan Umno Bahagian dan Negeri, kata sumber itu.

Jika benarlah akan maklumat ini maka sahlah dalam Umno, pemimpin yang mau membawa imej dan mesej Islam tidak akan mendapat tempat.

Selangor : Peruntukan Adun Dimanfaat Kepada Rakyat

Manoharan Mesra Rakyat 03
KLANG, 30 DIS : Peruntukan sejumlah RM500 ribu yang diberikan Kerajaan Negeri Selangor kepada setiap Adun-adun di negeri ini dimanfaatkan demi pembangunan dan kebajikan setiap rakyat di kawasan masing-masing.
Bagi Adun Kota Alam Shah, Manoharan Malayalam, peruntukan yang diberikan kepadanya digunakan sepenuhnya bagi membaiki dan menaiktaraf beberapa kemudahan infrastruktur seperti ‘trek jogging’ dan taman permainan bagi penduduk di kawasannya.
Katanya, hasil penggunaan peruntukan secara berhemah dan berjimat cermat, sebanyak enam kawasan perumahan di Kota Alam Shah bakal menikmati kemudahan ‘trek jogging’ tersebut.
“Hasil peruntukan secara berjimat cermat ini, kita dapat sediakan beberapa kemudahan seperti ‘trek jogging’ yang moden ini dengan setiap satunya melibatkan kos sebanyak RM100 ribu,” katanya.
Beliau ditemui di program mesra rakyat sempena Krismas dan sambutan Tahun Baru Dun Kota Alam Shah yang bertempat di Pusat Khidmat Dun Kota Alam Shah dan dihadiri seramai 300 penduduk pelbagai kaum.
Manoharan juga memaklumkan hampir 60 peratus peruntukan Adun kepadanya disediakan bagi bantuan pendidikan khususnya kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Lebih 100 rumah di Puncak Setiawangsa berisiko


Lebih 100 rumah di Puncak Setiawangsa berisiko
Sebahagian penduduk mula membuat persiapan untuk berpindah.
KUALA LUMPUR - Lebih 100 kediaman termasuk 30 banglo di Puncak Setiawangsa dan 18 lot kedai berhampiran dikhuatiri terjejas berikutan kejadian tanah runtuh yang berlaku akibat benteng konkrit setinggi 50 meter pecah di Jalan Bukit Setiawangsa, di sini, semalam.

Tujuh daripada 30 banglo, iaitu termasuk kediaman Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique, Bekas Duta Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis, yang berada berhampiran lereng bukit, dilaporkan bakal terjejas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintenden Othman Abu Bakar, berkata, sebanyak 58 rumah di bahagian bawah cerun dan 18 rumah kedai juga diarahkan berpindah.

Menurutnya, laporan Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) mendapati pergerakan tanah yang masih berlaku mampu memberi risiko kepada kawasan berhampiran.

“Rumah no.39 (didiami warga Iraq) sudah runtuh separuh, namun nasib baik tiada penghuni, kerana mereka sudah meninggal rumah sejak siang semalam (kelmarin).

Tony Pua: Banyak boleh dibuat jika Pakatan dapat Pusat

TSUNAMI politik 2008 menyaksikan penghijrahan besar-besaran sokongan rakyat beralih arah daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Rakyat (PR) dengan memperlihatkan ramai pemimpin muda baru muncul di arena politik negara. Tidak terkecuali Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang pertama kali menyertai politik dan diangkat terus menjadi Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara yang sebelum ini menjadi kubu kuat MCA.

Sinar Harian Online mendekati Pua, yang dilihat sebagai seorang pemimpin yang sentiasa mengutamakan keperluan rakyat tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan fahaman politik, menentang tradisi kronisme yang diamalkan kerajaan BN dan sentiasa lantang membawa permasalahan rakyat kepada pengetahuan kerajaan supaya peruntukan kepada rakyat dapat disalurkan segera.

Ikuti temu bual eksklusif menerusi segmen Bicara Bersama Ahli Parlimen Penggal Pertama, Tony Pua, yang juga Timbalan Pengerusi DAP Selangor di bangunan Parlimen baru-baru ini.

SINAR HARIAN ONLINE: Sebagai seorang ahli politik muda dan pertama kali muncul secara aktif dalam arena politik negara, adakah Yang Berhormat sudah menjangkakan kemenangan tercapai pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) 2008 hingga diangkat rakyat sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (PJU)?

TONY PUA: Saya ada jangka kemungkinan menang, tapi masa itu memang susah sikit, sebab masa itu Datin Paduka Chew Mei Fun yang merupakan Setiausaha Parlimen bagi Kementerian Pembangunan Wanita, beliau mempunyai reputasi yang cukup baik, tahun 2004 beliau menang dengan majoriti lebih 14,000.

Jadi untuk menumbangkan atau menarik balik sokongan daripada 14,000 bukan perkara mudah, tapi masa itu ada angin perubahan, semua orang tidak sangka angin tsunami bertiup begitu kencang. Saya menang majoriti hampir 20,000 undi, saya rasa tidak kira siapa kita letak kita akan menang, bukan isu calon lagi, ada kemungkinan dan usaha itu nampak akan menyebelahi saya.

SINAR HARIAN ONLINE: Sebagai Ahli Parlimen penggal pertama, sejauhmanakah perkhidmatan Yang Berhormat diterima oleh rakyat PJU dan adakah matlamat yang telah dirancang dapat dipenuhi?

TONY PUA: Bagi penduduk dan pengundi kawasan khususnya PJU, ada dua perkara, pertama pembangunan terlampau sebelum ini yang menyebabkan kualiti hidup menurun. Misalnya kebenaran merancang yang diberikan kepada pihak pemaju untuk membina kompleks yang cukup besar dan cukup padat, kondominium yang cukup tinggi. Ini telah menyebabkan kesesakan jalan raya yang kian meningkat, menyebabkan Petaling Jaya tidak lagi ‘liveable’ seperti dahulu.

Yatt Hamzah : Contohi Selangor Dekati Generasi ‘Y’

Generasi 'Y' 04
SHAH ALAM, 30 DIS: Artis popular Yatt Hamzah memuji langkah Kerajaan Negeri Selangor dalam menangani masalah generasi muda di negeri ini.
Katanya, program seperti Seminar Generasi ‘Y’ yang diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK wajar dicontohi Kerajaan Negeri lain.
Seminar seperti itu dapat memberi panduan kepada generasi muda menyediakan diri menghadapi pelbagai cabaran kehidupan hari ini.
“Pengisiannya sangat baik sebab berbentuk keilmuan dan juga hiburan bagi menarik minat anak muda, syabas kepada Kerajaan Negeri,” ujar Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah ketika ditemui Tv Selangor dalam seminar tersebut.
Mel wings Generasi 'Y' 01Seorang lagi artis Mel Wings atau nama sebenarnya Ismail Zainuddin pula berkata beliau terkejut melihat sambutan menggalakkan dari generasi muda terhadap seminar ini.
“Program ini amat baik, perlu lebih kerap lagi samada sebulan sekali atau seminggu sekali kerana dapat memberi panduan kepada anak muda bagaimana menghadapi cabaran dunia zaman serba mencabar sebagaimana yang difitrahkan oleh Allah” kata Mel.
Sementara itu , peserta yang ditemui turut memuji program yang dianjurkan Kerajaan Negeri ini.
Pelajar Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) Iiman Bte Mohd Zaki, 24, pula mencadangkan agar seminar ini dijadikan acara tahunan dengan penyusunan program yang lebih kemas lagi.
“Tahun lepas dan tahun ini dah buat, saya rasa sangat wajar diteruskan dengan promosi lebih besar dan awal lagi.

Presiden: 'Mesir menuju era baru'


 Mohammed Morsi KAHERAH - Presiden Mesir, Mohammed Morsi mengisytiharkan negara itu kini menuju "era baru" kerana perlembagaan yang diterima baru-baru ini menjamin kesaksamaan dan meletakkan kuasa di tangan anggota perundangan, bukannya presiden.

Beliau mengatakan demikian dalam ucapan sulungnya semalam iaitu tiga hari selepas menurunkan tandatangan ke atas perlembagaan baru.

Perlembagaan kontroversi, yang diterima menerusi referendum baru, dengan 63 peratus menyokong, kini menjadi undang-undang baru negara benua Afrika itu.

"Kini sudah tidak ada kezaliman, diskriminasi atau sudah tidak ada ketidakadilan sosial," kata Mohammed ketika berucap di hadapan anggota dewan tinggi Parlimen, ketua parti-parti politik, orang kenamaan dan diplomat di sini, semalam.

Mohammed yang menyandang jawatan presiden sejak Jun lalu, yang dipilih dalam pilihan raya bebas pertama sejak Hosni Mubarak digulingkan awal 2011 berkata:

"Setiap rakyat tidak kira kelas mereka atau apa yang percaya atau kedudukan politik mereka, kesemua adalah sama rata di bawah undang-undang dan di bawah perlembagaan ini."

"Mesir tidak boleh dibina oleh segelintir rakyat manakala yang lain pula ketinggalan di belakang. Mesir adalah untuk setiap rakyat Mesir.

"Kebebasan adalah untuk semua, tanpa tiada yang terkecuali. Dan, demokrasi adalah hasil usaha setiap orang selepas kejayaan revolusi 25 Januari (2011)," kata beliau.

Jakim: Tindakan pada Hadi jika pertahan 'amanat'...Ugut macam samseng UMNO...!!!

Ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Othman Mustapha berkata tindakan boleh diambil ke atas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekiranya presiden PAS itu tetap mahu mempertahankan satu amanat kontroversi pada 1981 yang didakwa mengkafirkan Umno.

Menurut laporan Berita Harian hari ini, Othman berkata jabatan itu bagaimanapun akan memanggil Abdul Hadi terlebih dahulu dan mahu presiden parti tersebut menarik balik amanat berkenaan.

"Kesan amanat itu besar, mereka lepaskan kepada masyarakat dan tidak cuba memperbetulkan semula, tuduh orang Islam lain tidak boleh kawan, kafir.

"Kalau kita lihat, di negara Arab mereka berpecah-pecah soal mazhab, kita di sini soal amanat... sebenarnya mengkafirkan orang (Islam) lain itu lebih parah," katanya.

INI LAH ORANG YANG DIBANGGAKAN OLEH ORANG2 MELAYU UMNO !!

Photo: This PEDUKANG likes to talk RUBBISH !

Trust your PM..........

Everyone must understand that BN MPs are already disclosing their assets to the prime minister who is the keeper of the gate. If you cannot trust your own PM, who else can you trust?

I am shocked! I am shocked, dumbfounded and flabbergasted that anyone could suggest that election candidates from Barisan Nasional should make public declaration of their assets.
How can they be asked to do anything that could jeopardise their safety or endanger their lives?
Several BN MPs have said that a public declaration of assets by potential election candidates may jeopardise their safety, ahead of what is expected to be the country’s most intensely-fought polls.
Some have gone so far as to suggest that BN members of parliament would look more credible if they disclose their assets publicly.
Can you imagine what could happen to a BN MP if it became public knowledge that he had millions and millions of ringgit stashed at home or in his local or overseas banks or even in parts unknown?
That YB will become the target of every samseng who will not only proceed forthwith to the MP’s gated mansion to rob him blind, but more worrying they will track his wife, girlfriend or mistress on their shopping trips to Milan, London or New York and then have the wife, girlfriend or mistress kidnapped for ransom.
Aiyah sure die one lah – not only got to pay out but also if the wife hears about the girlfriend or mistress, sure die twice!
BN MPs have already done enough untuk bangsa, negara, ugama dan lain lain……more of the lain lain than anything else.
Some of them have braved the wraths of their first wives by marrying another one or two other wives on the sly – an actress, a model or perhaps even a singer. Call it love, call it libido, call it anything you like. I call it the stupidity of aged fat lothario whose only attraction to the opposite sex is a fat bank balance.
One of them was ‘brave’ enough to confront the authoritative Malacca Custom and Excise Office and demanded that they ‘close one eye’ while he himself would probably be closing both his eyes in this game of dare.

Abdul Hadi berdosa jika tidak tarik amanatnya - Abdullah Saamah (RM2 Juta)


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang wajib menarik balik amanat yang dibuatnya pada 1981 sehingga menyebabkan umat Islam di negara ini berpecah-belah. Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa‘amah berkata, sekiranya Abdul Hadi enggan berbuat demikian, maka beliau akan berdosa di dunia dan akhirat kerana amanatnya itu telah menyebabkan ada umat Islam yang putus saudara dan bermusuhan sesama sendiri.

Malah katanya, persengketaan umat Islam angkara Amanat Haji Hadi hanya membuka ruang kepada pihak-pihak berfahaman pluralisme dan golongan yang menyokong gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) mengukuhkan kedudukan mereka.

“Kesan daripada Amanat Haji Hadi itu juga wujud fahaman assabiyah dan kumpulan yang taksub kepada Pas serta pemimpin parti sehingga memberi kesan berpanjangan kepada perpaduan sesama umat Islam," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Nanti BN hulur rm2juta ya Abdullah Saamah. Tunggu tawwwww.


kah kah kah 

Banjir di Terengganu, Kelantan semakin pulih

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di dua negeri di Pantai Timur semakin pulih dengan jumlah mangsa keseluruhan di Terengganu dan Kelantan seramai 3,171 orang berbanding 16,083 malam tadi.

Menurut Portal Banjir Negeri Terengganu, jumlah mangsa yang masih berada di pusat penempatan banjir sehingga pukul 8.30 pagi ini adalah seramai 2,617 berbanding 15,529 petang semalam.

Menurut portal itu lagi, empat daripada tujuh daerah yang mengalami banjir telah pulih dengan daerah terbaru Hulu Terengganu.

Mangsa yang masih berada di pusat penempatan ialah Dungun 1,915 melibatkan 549 keluarga, Kemaman 557 orang (156 keluarga) dan Kuala Terengganu 145 orang (31 keluarga).