Sabtu, 29 Disember 2012

JMR : Ceramah Perdana Wanita Keadilan Sabah - Tanjung Aru Plaza K.Kinabalu


Brahimi urges political fix in Syria

Shimon Peres: 'Self-victimising Palestinians'

Fligt hantar duit haram kpd Annuar Musa pada PRU12 - Datuk Tamrin

Rasanya Umno tidak sebingai dan sebacul seperti dijangkakan......rasanya Majlis Tertinggi Umno akan mendengar secara 'live' dari TGHA di TV


Kita menjangkakan seluruh Majlis Tertinggi Umno, seluruh Mufti di 14 buah negeri, seluruh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Negeri akan berkunjung ke Angkasapuri untuk mendengar penjelasan dari TG Abdul Hadi Awang berkaitan apa yang dipolimikkan dan dipolitikkan oleh media cai iaitu 'Amanat Hadi Awang'. [sumber .]

Kita tidak menjangkakan Umno akan sebingai dan sebacul seperti yang lepas-lepas kerana apa yang dilaung-laungkan apa yang dikatakan transformasi politik dan berbagai lagi oleh Presiden Umno......kita berharap mereka telah ikhlas untuk menjaga kesucian Islam...mereka akan beri laluan untuk semua rangkaian TV membuat siaran langsung.

Kita masih berbaik sangka pada Umno.....berilah 1 jam kepada TGHA untuk memberi penjelasan dan saya rasa rakyat jelata akan sanggup untuk men'sponsor' tempoh 1 jam di waktu 'prime'.

Kita menjangkan Umno akan bersikap 'gentleman' lebih -lebih lagi PRU sudah hampir sangat...inilah masanya Umno akan mengambil hati rakyat.

Adesss bermimpi ke al-brangi nih?

al-brangionline:

Ada berani ke, untuk hilang sesuatu yang sangat disayangi oleh puak-puak Umno iaitu T - - - R

Presiden PAS diberi peluang beri penjelasan di RTM....Tapi bukan rakaman..LIVE tau...!!!

Presiden PAS  Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan diberi peluang memberi penjelasan mengenai amanatnya yang mengkafirkan Umno pada 1981, di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM).
  
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Abdul Hadi perlu memohon kepada kementerian mengenai saluran yang dipilihnya untuk memberi penjelasan itu.
  
"Pihak RTM boleh siarkan kenyataannya sekiranya kandungannya sesuai dan ada nilai berita. Tetapi pada masa yang sama, Abdul Hadi perlu memberi peluang kepada pihak lain memberi pandangan mereka kerana amanatnya ini telah
dibuat pada 1981," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan raptai sambutan Rumah Terbuka Malaysia Krismas dan sambutan Tahun Baru 2013 di Dataran Merdeka di ibunegara hari ini. Sambutan itu dijadual diadakan pada 31 Disember.
  
Rais berkata pandangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan mufti perlu diambil kira untuk mengetahui status amanat itu yang mengkafirkan Umno dari sudut akidah.

Kanak-kanak 3 tahun maut ditetak ibu saudara


Kanak-kanak 3 tahun maut ditetak ibu saudara BALING - Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut dan ibunya cedera selepas ditetak dengan parang oleh ibu saudaranya kira-kira jam 11.30 pagi di rumah neneknya di Kampung Kejai Mukim Tawar di sini.

Mangsa Mohd Muaz Mohd Izwani, 3, maut dalam perjalanan ke hospital setelah mengalami kecederaan teruk bahagian kepala, tangan dan leher.

Ibu saudara mangsa berusia 36 tahun itu dikatakan mempunyai masalah mental sejak 20 tahun lalu.

Ketika kejadian, mangsa anak sulung dari dua beradik sedang bermain di beranda rumah neneknya sebelum ditetak oleh ibu saudara itu.

Ibu mangsa yang cuba meleraikan keadaan turut ditetak mengakibatkannya cedera di bahagian leher dan tangan.

UMNO TANPA RASUAH BAGAI IRAMA TANPA LAGU.....

UMNO+Rasuah.jpg (870×483)
1.Isa Samad/ Pengerusi Felda:

Lembaga Disiplin Umno menggantung keahliannya selama tiga tahun (24 Jun 2005 hingga 23 Jun 2008) berhubung amalan politik wang dalamPerhimpunan Agung UMNO 2004 selepas menangi jawatan naib presiden. Lembaga Disiplin UMNO dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail. Beliau bersalah terhadap lima daripada sembilan pertuduhan politik wang .Antaranya membabitkan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi.

2.Ali RustamKetua Menteri Melaka:

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu hadapan setelah didapati bersalah melibatkan politik wang.

Lembaga Disiplin Umno mendapati beliau melakukan kesalahan mengikut Perkara 10.1 tataetika ahli Umno, demikian diumumkan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail .

3.Khairy Jamaluddin/Ketua Pemuda:

Lembaga Disiplin itu juga mendapati Khairy Jamaluddin, calon Ketua Pemuda, bersalah kerana melanggar perkara yang sama tetapi hanya diberi amaran.

4.Khir Toyo/Mantan Menteri Besar Selangor:

 Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah.

5. Abd Ghani Ismail/ Ketua Umno Bahagian Pandan:

Dihukum penjara lapan tahun dan didenda RM977,560 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini selepas didapati bersalah terhadap 10 pertuduhan rasuah membabitkan RM193,512 antara Mei 2006 hingga Mac 2007.

Begitulah kehebatan UMNO .......

Muhyiddin, Najib 2x5...sengaja persenda rakyat !!

Mandat kerajaan BN akan berakhir pada 28 April tahun depan dan secara automatik Parlimen akan terbubar dengan sendiri pada 29 April.  Tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13  masih menjadi teka-teki , namun begitu,  Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan ia sebagai satu keseronokan untuk rakyat bermain  teka-teki mengenai tarikh sebenar PRU13.

“Seronok juga kerana ada peluang dengar teka-teki dan kalau kita dah buat pengumuman tarikh sebenar, kita tak ada 'fun' lagi,"  katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat di Majlis Interaksi Timbalan Perdana Menteri Bersama Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Muda di sini hari ini.  Jangan perasan le duhai Mat Sembab !! Rakyat bukan saja tak seronok, bahkan menyampah dan sakit hati kerana dipersenda begitu rupa !
Muhyiddin seolah-olah bersetuju dengan apa yang Najib dah buat, berhubung dengan penangguhan demi penangguhan ini. Nampaknya kedua-duanya sama saja,, 2x5 !  Belum pernah dalam sejarah di negera ini Perdana Menteri dan suku-sakatnya bersikap demikian. Perbuatan menangguh-nangguh tarikh pilihanraya ini adalah satu cubaan untuk menipu dan mempermain perasaan rakyat !   Baik Muhyiddin mahupun Najib sebenarnya mereka ini amat takut, kerana tidak ada satu tarikh pun yang sesuai dan selamat untuk BN menghadapi PRU 13.  Kesiannn,  anjak punya anjak,  akhirnya tersepit kat dinding!!   -   rahimothman

Tanah runtuh setiawangsa-PC dari rumah mangsa datuk jamaluddin jarjis

Kantoi Penyokong Isa : Najib razak atau najib muhammad?

RTM tiada masalah siar penjelasan Hadi jika sesuai....Apa lagi kasi laa "LIVE".....rakaman tak aci!!!

KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pihaknya tiada masalah untuk menyiarkan penjelasan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan isu Amanat Haji Hadi.

Bagaimanapun kata beliau, ia boleh dibuat secara rakaman dan bergantung kepada pertimbangan RTM sama ada ia sesuai dijadikan bahan berita atau sebaliknya.
"Kita minta Datuk Seri Hadi beritahu lokasi penjelasan itu hendak dibuat rakaman.

"RTM boleh buat liputan dan sekiranya kandungan berita itu sesuai, kita akan tayangkan di TV," kata beliau kepada pemberita ketika menyaksikan persiapan dan raptai Majlis Rumah Terbuka Krismas 2012 dan sambutan Tahun Baharu 2013 di Dataran Merdeka di sini, hari ini.

Pagi tadi di Marang,  Hadi berkata, beliau sedia menjelaskan isu amanatnya pada 1981 sekiranya beliau diberi peluang untuk berbuat demikian menerusi siaran langsung di stesen televisyen tempatan.

Bendera PAS di demonstrasi isu Allah: Hati-hati strategi musuh


GOERGETOWN: Ketua Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang, Bukhori Ghazali mengingatkan ahli PAS negeri ini lebih berhati- hati dengan strateji musuh yang sengaja mencari jalan memecahkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat untuk memenangkan Umno dan Barisan Nasional (BN).


(Gambar demo yang ada bendera PAS yang disiarkan blog Umno, pisau.net)

Musuh sekarang tambahnya, tidak lagi berhadapan dengan PAS tetapi mempergunakan bekas kepimpinan PAS untuk mengucar kacirkan istiqamah perjuangan yang telah terpahat lama dalam diri ahli.

Penggunaan nama Allah ujarnya, telah pun diputuskan oleh kepimpinan PAS dan tidak timbul percanggahan sehingga perlu melakukan demontrasi di Masjid Simpang Enam selepas solat Jumaat semalam.

"Berhati-hatilah dengan taktik musuh yang telah menyelinap masuk menerusi bekas kepimpinan PAS yang telah menjauhkan diri dari perjuangan.  Mereka sedang berusaha memecah belahkan perpaduan yang dipupuk dalam Pakatan Rakyat untuk membantu BN kekal berkuasa," tegasnya.

HOW LAUGHABLE! All BN candidates for GE13 are FREE OF CORRUPTION - Adnan

PUTRAJAYA, – All Barisan Nasional (BN) candidates for the 13th general election have been found to be free of corruption and other crimes, BN secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor said today.
HOW LAUGHABLE! All BN candidates for GE13 are FREE OF CORRUPTION - AdnanHe said the candidates for the 222 parliamentary and 505 state seats had undergone screening by the police, Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) and Department of Insolvency to ensure that they were “clean” and did not have any problems.
Tengku Adnan spoke to reporters after presenting school aid and People’s Volunteer Corps (Rela) uniforms at a gathering of the people here where a durian feast was also held.
He also said that the background of the candidates was subjected to scrutiny to ensure that they were the people’s choice.
“We want the candidates to be whom the people want, not whom the party or individuals in the party want. We want candidates whom the people feel they can represent them,” he said.

PAS sokong Presiden jelas isu ‘Amanat Hadi’


KUALA LUMPUR: PAS menyokong penuh hasrat Presidennya,  Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk diberi peluang satu jam bagi menjelaskan isu amanat Haji Hadi di RTM1 dan TV3 secara langsung.

Setelah berminggu menyerang Presiden dalam isu ini menggunakan seluruh media perdana, kerajaan sewajarnya memberikan ruang sebagaimana yang diminta Presiden PAS untuk memberikan penjelasan kepada pengikut media perdana yang sama yang mengikuti serangan Umno dalam isu ‘Amanat Hadi’, kata Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau mengulas kesediaan Tuan Guru Abdul Hadi untuk memberikan jawapan dalam isu 'Amanat Hadi' yang dimaikan oleh media Umno khasnya Utusan Malaysia sejak kebelakangan ini.

Sebelum ini, Tuan Ibrahim (gambar kanan) berkata, isu ini dimainkan ekoran ada cadangan agar Abdul Hadi dilantik sebagai Perdana Menteri.

"PAS melihat isu ini sebagai isu yang sengaja dibangkitkan semula bagi mengelirukan orang ramai.

"Peluang 1 jam ini wajib diberi kepada Presiden PAS untuk menjawab segala tohmahan jijik ke atas beliau yang telah berminggu lamanya," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi beliau, adalah sesuatu yang sangat tidak adil apabila peluang tidak diberi kepada yang dituduh dan sepatutnya golongan yang membuat tuduhan mesti mendengar dahulu penjelasan dari beliau.

"Lebih malang bagi kalau ada mufti atau golongan agama yang terikut sama dalam kemelut yang sengaja ditimbulkan oleh golongan yang jahil terhadap agama," tegas beliau yang merupakan bekas pensyarah pendidikan Islam Universiti Teknlogi Mara (UiTM) itu.

Hebat Malaysia dari antara negara ISLAM Arab, UAE & Indonesia kita duduk di No. 2 dalam dunia...!!

Pesawat Syria lancar serangan di Damsyik


SEORANG anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di sebuah bangunan yang didakwa terkena serangan meriam tentera kerajaan Syria di Erbeen, dekat Damsyik pada 25 Disember lalu. - REUTERS
 
BEIRUT 28 Dis. - Seorang maut dan berpuluh-puluh orang lagi cedera selepas pesawat perang Syria melancarkan serangan di Damsyik hari ini selepas serangan bom dan pertempuran di seluruh negara itu malam tadi.
Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, tentera udara buat pertama kali menyerang kawasan Assal al-Ward di wilayah Kalamun.
''Seorang maut dan berpuluh-puluh orang cedera dalam serangan udara itu manakala sejumlah rumah turut musnah,'' kata kumpulan pemerhati yang berpangkalan di Britain itu dalam satu kenyataan.
Kumpulan pemerhati itu berkata, tentera Syria semalam berundur daripada beberapa kawasan di Kalamun namun serangan udara dijangka terus dilancarkan ketika mereka cuba merampas kembali kawasan yang dikawal oleh pemberontak.
Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria juga melaporkan pertempuran di beberapa daerah di ibu negera Syria malam tadi.

Berapa kali dah depa neh kena saman neh

CA TEKA...!!!
DALAM TAHUN NI SAJA, DAH BERAPA KALI UTUSAN MELOYA DI SAMAN OLEH PIHAK PAKATAN RAKYAT...??
KALI NIH, TENTU BUNGKUS PUNYA UTUSAN MALAYSIA APABILA :
DSAI SAMAN SEBANYAK RM 150 JUTA KEPADA UTUSAN MALAYSIA, EKORAN FITNAH YANG MELAMPAU YANG TELAH D LEMPARKAN!!
P/S : Agak-agak PERKASA nak buat sumbangan lagi tak untuk bantu paper penyebar fitnah ni...??

Kahkahkah...

Peringatan Tragedi Tsunami Di Aceh 26 Disember 2004

Tsunami berasal daripada perkataan Jepun. “Tsu” bermaksud pelabuhan manakala “Nami” pula membawa maksud gelombang. Jika digabung kedua-dua ayat tersebut akan menjadi “Gelombang Pelabuhan” atau lebih dikenali sebagai TSUNAMI. Tsunami diambil daripada perkataan Jepun kerana kali pertama berlaku fenomena ini adalah terjadi di Jepun.
Tsunami merupakan ombak besar yang disebabkan oleh kejadian gempa bumi yang terjadi di dasar laut. Tanah runtuh, ledakan gunung berapi, letupan dan juga hentaman bahan kosmik seperti meteorit juga boleh menghasilkan tsunami. Ombak ini bergerak dengan laju beberapa ratus kilometer sejam dan dalam perjalanannya akan menaikkan dan menurunkan paras air laut.
Hari ini ,26 december 2012 ,genap 8 tahun tragedi tsunami berlaku di Acheh, Indonesia . Antara yang terkena tempiasnya di beberapa buah negara lain termasuk Malaysia . Tsunami telah meninggalkan ‘parut’ kekal kepada mereka yg masih hidup sehingga hari ini.
Yakinlah, sesuatu yang Allah uji itu ,ada hikmahnya. Di Dalam kitab suci Al-Quran juga ada disebut, Allah akan memberikan suatu bencana pada sesuatu kaum di suatu tempat itu dan kemudiannya akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang terkorban dalam tragedi ini. Moga roh mereka di sayangi, diredhai dan dirahmati oleh Allah. Amin.
Gambar Peristiwa Tsunami:

Biar Betul... Mahasiswa Nak Letak Calon Lawan Najib di Pekan?


Oleh Shahbudin Husin

Hubungan mahasiswa dengan dunia politik sangat akrab sebenarnya. Sejak dulu lagi sudah sekian kerap dituntut agar mahasiswa dibenarkan berpolitik, tidak saja di dalam kampus tetapi juga di luar kampus, sesuai dengan kedudukan mahasiswa itu sendiri sebagai pemimpin pelapis generasi akan datang.

Sejarah pula telah membuktikan meski dihantui pelbagai halangan, penglibatan mahasiswa dalam pelbagai peristiwa politik tidak pernah kunjung menyurut. Daripada zaman Anwar Ibrahim dan Ibrahim Ali dalam isu kemiskinan di Baling, Ahmad Lutfi Othman dengan isu purdah dan penglibatan Adam Adli serta sekumpulan yang lain dalam pelbagai isu politik semasa sejak kebelakangan ini, adalah bukti jelas bahawa mahasiswa sentiasa segar dengan idealisme dan obor perjuangan.

Kerajaan sendiri menyedari kepentingan mahasiswa dalam dunia politik. Mahasiswa seharusnya juga dididik untuk peka dengan persekitaran dan tidak semestinya sepanjang masa hanya diulit dengan buku dan kuliah sahaja.

Cabaran Budak Hingusan UMNO Sudah Di Sambut..Ada Berani?.

Semangat orang muda konon,,, berdarah panas...betui ka... sebelum ni ada dua tiga isu hal kaitan dengan Islam, Pas sesat dan bermacam lagi, sampai nak jumpa Tuan Guru Nik Aziz kononnya,,, tapi tak juga akhirnya...

Tetapi kali ini entahlah,,, hangat-hangat taik ayam lagi rasanya,, sementara nak tunggu tempoh PRU 13,, kerja lobi kena di warwarkan... errmm...


Ha ha ha... Ulama UMNO.... tengok ni.... jangan diam lagi... ada berani ke... secara live telecast beb,, bagi semua rakyat Malaysia tengok dan buat penentuan apakah umno kafir.....


Apa macam budak hingusan UMNO,,, ada berani..jangan lah ikut perangai macai-macai UMNO yang duk pandai tulis komen maki hamun aja....

Kebanyakan Rumah Di Puncak Setiawangsa Rumah Orang Umno

Selepas kembali dari majlis meraikan perkahwinan anak Ahli Parlimen Tumpat Kamarudin Jaffar (Saiful Adli dengan Norita Syazana) di Kelana Jaya tengah hari tadi, saya bersama Dr Wan Suhaimi Wan Daud melencung ke tempat kejadian tanah runtuh di Bukit Setiawangsa, Kuala Lumpur yang berlaku jam 10 malam tadi.


Runtuhan dilihat dari jalan Jalatek.
Lokasi tempat kejadian itu berhampiran saja kawasan saya yang jaraknya tidak sampai 2 kilometer.

Semalam lagi saya telah mengetahui akan kejadian itu tetapi tidak berapa ada 'angin' untuk menjenguknya.  Tidak seperti biasa, kalau terdengar kejadian seperti itu saya akan 'berunga-runga' untuk mengetahuinya. Tetapi tidak kali ini, kenapa?

Kiri ialah rumah Zulhasnan Rafique.
Khabarnya di situ adalah kediaman orang-orang kaya. Orang bangsawan. Kalau orang miskin dan marhain mereka tidak menghuni di situ. Jadi kalau orang kaya dan bangsawan mereka tidak menghadapi apa-apa keuslitan selalunya pasukan penyelamat yang kebanyakan milik kerajaan akan bergegas segera ke tempat itu.

Bukan saja ambulan yang pakai van atau lori, tetapi helekopter juga mungkin boleh digunakan untuk mengangkut penghuni yang terkepong atau bermasalah kalau diperlukan.

Kerana berfikir (jahat) begitulah maka kejadian itu tidak menjadi sesuatu yang terdesak bagi saya untuk mempedulikannya.

Bongkah simen yang terumpil dan runtuh.
Pagi tadi lagi seorang kawan, Zulkefli Sulong telah menghubung saya menerusi SMS beliau bertanya apakah banglo yang terlibat itu milik ahli Parlimen Setiawangsa, Zulhasnan Rafique. Saya jawab tidak tanpa berselera untuk menyiasatnya.

Semasa berjumpa di majlis kenduri kahwin anak Kamarudin tadi, sekali lagi berjumpa dengan Zulkifli dan beliau sekali bertanya hal itu. Cara dia bertanya seolah-olah beliau tidak yakin dengan jawaban saya bahawa salah sebuah rumah yang terbabit dengan kejadian itu bukan rumah Zulhasnan Rafiqeu.

Tidak banyak cerita sekembali dari kenduri itu saya bersama Wan Suhaimi ke tempat kejadian.

PKR persoal syarat rebat telefon pintar, khuatir lariskan stok lama


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mempersoalkan pemberian rebet telefon mudah alih pintar 3G hanya kepada model RM500 ke bawah kerana dipercayai syarat itu cuba menguntungkan pihak tertentu dengan melariskan stok lama.

Katanya, lebih malang lagi apabila pelaksanaan skim itu dilihat berat sebelah apabila belia yang layak perlu membuat pembelian tersebut daripada pengedar telefon bimbit yang dilantik sahaja.

"Hanya pengedar dilantik sahaja diberikan rebat ini, maka model yang lama dalam simpanan mereka akan dikeluarkan semula dan ini akan menguntungkan mereka.

"Sudah tentu model lama itu nanti tidak mampu membantu golongan muda mendapat capaian 3G dan internet yang dikehendaki pada masa ini," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Sakit Jiwa : Kasihan Soi Lek, perlu jumpa psikatris, kata Tee Keat

KUALA LUMPUR, 29 Dis  Datuk Seri Ong Tee Keat menepis kenyataan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di laman sosial Facebook miliknya semalam, dan berkata beliau bersimpati dengan Presiden MCA tersebut serta mencadangkan akan beliau berjumpa pakar sakit jiwa untuk mendapatkan rawatan.
Kenyataan itu dikeluarkannya membalas kenyataan Dr Chua terhadap Ong (gambar), yang dilihat jelas menyelar presiden MCA itu, yang merupakan pakar sakit jiwa selama tiga tahun sebelum menyertai politik.
“Saya kasihankan beliau. Ini hanya kitaran hentaman OTK, ini hanyalah pengulangan kitaran simptom sama ketika musim perayaan, lebih-lebih lagi sebelum GE13. Dia perlu jumpa psikiatris (“I really pity him. This is just a fresh round of OTK-bashing, a cyclical recurrence of d same symptom during festive season, more so b4 GE13. He needs help from a psychiatrist perhaps,”) kata Ong di laman Facebooknya.
Namun, walaupun “bersimpati” dengan Dr Chua, Ong turut mendakwa seterunya itu dilihat cubaan untuk memastikan beliau tidak dapat menyertai pilihan raya ke-13.

21 NGO bantah Warisan Merdeka 118 tingkat

Wakil NGO membantah cadangan projek pembangunan Warisan Merdeka.
Wakil NGO membantah cadangan projek pembangunan Warisan Merdeka.
Lakaran tapak dan bangunan bersejarah.
Lakaran tapak dan bangunan bersejarah.
KUALA LUMPUR -  Sebanyak 21 badan bukan kerajaan (NGO) membantah projek pembangunan Warisan Merdeka yang bermula dengan menara setinggi 118 tingkat di tapak lama Taman Merdeka Negara di ibu kota.

Pengerusi Pertahankan Taman Merdeka Negara (PTMN), Ishak Surin berkata, rakyat mula membantah apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan pembangunan Warisan Merdeka yang bernilai RM5 bilion semasa pembentangan Belanjawan 2012.

Menurutnya, Taman Merdeka Negara yang dibina pada 1958 berserta dengan Stadium Chin Woo (1953), Stadium Merdeka (1957) dan Stadium Negara (1962) telah membentuk ‘hartanah rakyat’.

“Inilah satu-satunya kenangan dan kebanggaan rakyat kerana tapak-tapak ini mewakili warisan peringatan sejarah sebelum serta selepas kemerdekaan.

Where is our PUSPAHANAS?

First we must ask- where is the RM100 million Defence Center? If there is none- how could MINDEF transfer title over the 3 lots of land totaling 223.33 acres to Raja Ropiaah? We must assume she has title to transfer. Otherwise she could not have entered into agreement with Deepak Jaikishan to sell him 200 acres and sold one lot to Guppyunit Sdn Bhd.
Raja Ropiaah does not only receive RM 13 million from Deepak. She was paid RM 13 million and RM 8 million in political contributions. That’s 21 million. Deepak spent RM7 million on legal fees and RM2 million in miscellaneous. He did spend RM30million. RM9 million kira burnt until LTAT gave back RM30 million. But Ropiaah has sapued RM21million cash. From Deepak.
Raja Ropiaah, owner of Astancanggih which has legal title over 223.33 acres of land belonging to MINDEF, which is supposed to build the RM100 million Research Center got the following amount:-

Hadi minta RTM, TV3 beri satu jam jelaskan isu Amanat Hadi


Abdul Hadi Awang
KUALA TERENGGANU – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta kerajaan memberi beliau peluang siaran secara langsung sejam menerusi RTM untuk menjelaskan isu Amanat Haji Hadi yang kembali menjadi polemik semasa.

Selain RTM, Abdul Hadi turut meminta rangkaian Kumpulan Media Prima terutama TV3 juga memberinya peluang yang sama.

Ahli Parlimen Marang itu enggan menyatakan pendirian sama ada amanat itu harus ditarik balik atau tidak dalam sidang media kerana percaya kenyataannya tidak akan disiarkan penuh sebagaimana diharapkan selain berlakunya diputar belit fakta.

“Saya minta supaya diberi peluang secara langsung sejam oleh RTM dan TV3. Beri satu jam biar saya jelas, lepas itu masyarakat boleh nilai,” kata beliau selepas melancarkan Petugas Muslimat Marang PRU13 di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang, pagi tadi.

Amanat: 'Beri ruang saya jawab live di TV1, TV3'


MARANG: PAS sedia menjawab segala polemik yang ditimbulkan dalam isu ‘Amanat Haji Hadi’ dengan syarat diberi peluang satu jam secara langsung melalui RTM oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan diberi peluang kepada beliau satu jam secara ‘live’ dalam RTM dan TV3 bagi menjelaskan isu amanat tersebut.

Malah, beliau turut menyatakan kesediaan merungkai permasalah isu ‘Amanat’ yang diucapkannya dalam satu ceramah di Banggol Peradong, Manir pada tahun 1981.

“Saya minta beri peluang satu jam di saluran RTM, TV1 atau TV3 untuk saya jelaskan secara ‘live’, bukan rakaman.

“Jika saya bercakap di sini nanti akan diputarbelitkan dan satu kenyataan bertulis akan saya berikan. Sama ada saya tarik balik atau tidak ‘amanat’ itu, beri peluang saya bercakap satu jam secara langsung dahulu,” tegasnya selepas Majlis Pelancaran Petugas Muslimat PAS Marang PRU13 di Dewan Tok Guru, Rusila Marang, hari ini. (Gambar atas)

END OF THE ROAD FOR NAJIB & ROSMAH: PKR to block RM160mil Deepak-Ropiaah deal

 Vowing to defend the Armed Forces pension fund from being pilfered by top government leaders, Opposition Leader Anwar Ibrahim's PKR party has demanded that the Najib administration come clean on a RM160million deal to buy back land belonging to the Ministry of Defence.
The PKR response follows news a day ago that a unit of the Armed Forces' pension fund (LTAT) had agreed to pay RM30 million to a controversial businessman Deepak Jaikishan and RM130 million to a firm controlled by Raja Ropiaah, the Selangor Umno Women's chief.
END OF THE ROAD FOR NAJIB & ROSMAH: PKR to block RM160mil Deepak-Ropiaah dealPKR strategic director Rafizi Ramli accused Prime Minister Najib Razak and Defense Minister Zahid Hamidi of "gross abuse of power", describing the latest transaction involving 223 hectares of Defense ministry land in Bukit Raja, Selangor as "outright bribery" and the "worst-ever case of bad investment I have seen".
"It is plain and simple that the RM30million to acquire 80% of Astacanggih (Deepak's firm) and the RM130 million paid (to Raja Ropiaah's firm) for almost non-existent land is clear abuse of power by Zahid Hamidi. I dare say that Najib had tasked Zahid to handle this by whatever means necessary," Rafizi, a UK-trained auditor, told a press conference on Saturday.
"You can ask any investment or research analysts and they will tell you this is not good investment practise. So why does the federal government enter into such a bad investment. One can only conclude this is meant to silence Deepak and to close the entire issue."
Outright bribery?
Deepak, once a close friend of Najib's wife Rosmah Mansor, had in 2007 bought the land from Raja Ropiaah's firm Awan Megah for about RM120mil at RM12psf. But the deal has been "stuck" and the titles still not released to Astacanggih unit Cebur Megah.
This resulted in Deepak suing Ropiaah and Awan Megah for specific performance and "criminal intent", the Defense ministry as well as the land and mining office Pejabat Tanah dan Galian for not releasing the land titles to Cebur Megah.
Deepak also accused Ropiaah of 'stealing' and on-selling one of the three parcels of land to GuppyUnip Sdn Bhd at RM16psf. The case was heard at the Kuala Lumpur High Court late last month, with Deepak personally taking the stand. It was adjourned to December 14 but deferred pending a settlement that Deepak has since insisted was "forced" on him and his firm.
“It is true that my shareholders and me have sold our shares in Asta Canggih for RM30 million which is our actual cost price of RM13 million for Raja Ropiaah, RM8 million in political contributions, RM7 million of financial costs and RM2 million in legal and miscellaneous costs. This was an ultimatum that was forced upon us,” Deepak said in a text message on Friday.
Protecting pension fund of Armed Forces

Rafizi bawa bekas tentera ‘serbu’ syarikat bayar kepada Deepak

KUALA LUMPUR 28 DISEMBER: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli akan mengunjungi pejabat Bakti Wira Development Sdn Bhd di Wisma Bousted, Kuala Lumpur, Isnin depan untuk mendapatkan dokumen pelaburan syarikat itu.
“Kita akan ke Bakti Wira jam 3 petang, Isnin depan. Sebab itu kita bawa pencarum. Kita harap syarikat berkenaan beri kerjasama.
“Kita ada hak untuk bertanya. Macam mana mereka boleh guna duit rakyat? Itu hak kita,” katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Bakti Wira adalah syarikat pelaburan hartanah milik penuh Boustead Holdings Berhad yang dipunyai Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Modal dan aktiviti Boustead pula bergantung kepada modal kepada caruman dari potongan gaji anggota tentera yang disalur melalui LTAT.
Namun, dana Bakti Wira  dalam bentuk wang pencen tentera dikesan digunakan dalam urus niaga melibatkan bayaran RM30 juta untuk membeli 80 peratus saham terbitan Astacanggih milik Deepak dan RM130 juta untuk membeli 200 ekar tanah dari Awan Megah Sdn Bhd milik seorang pemimpin Umno.
Rafizi berkata, bekas anggota tentera memiliki hak meneliti dokumen itu kerana peranan syarikat hartanah itu hanya sebagai perantara bagi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) membuat pelaburan a mengikut garis panduan dan amalan pelaburan baik.
“Ini lebih teruk daripada bail out,” katanya.

PKR akan lobi k'jaan S'gor sekat jualan tanah pada LTAT

PKR berkata ia akan melobi kerajaan Selangor untuk menyekat pembelian sebidang tanah oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang dikaitkan dengan kontroversi antara ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan Ketua Wanita Umno Selangor, Raja Ropiaah Abdullah.

Ini kerana tanah itu terletak di Selangor dan memerlukan kelulusan kerajaan negeri untuk memboleh pembelian itu diteruskan.

PKR strategi pengarah Rafizi Ramli (kanan) menyifatkan urusniaga itu - untuk membeli 80 peratus kepentingan Deepak dalam syarikat Astacanggih Sdn Bhd untuk RM30 juta dan membeli tanah seluas 200 ekar dari syarikat Raja Ropiaah, Awan Megah (M) Sdn Bhd untuk RM130 juta - sebagai "lebih teruk daripada tindakan menyelamat" kerana ia adalah satu cubaan untuk membayar semua pihak dan menutup mulut mereka.

Syria: Battles fought, lives lost, lies told

Scoring Big: The global world of football

India ready for more protests after gang rape victim dies

India mourns death of gang-rape victim

Ust Mohd Nor Hamzah Chabang Tiga KTrg - Part2

Ust Mohd Nor Hamzah Chabang Tiga KTrg - Part1

Dr Azman Chabang Tiga K Trg - Part2

Dr Azman Chabang Tiga K Trg - Part1

Ada Berani : Beri Saya LIVE Satu Jam, Saya akan Jawab Amanat Hadi


UMNO = Roti Canai

Belanja RM6 juta : Itik & Angsa Tinggal 14 Ekor; Pulau Burung DiTutup

Amaran banjir pusingan kedua di Kelantan

ATM bantu bersih banjir

Penduduk di Setiawangsa gempar lereng bukit runtuh.

Nik Aziz: 'Hadi tak pernah murtadkan sesiapa'


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
SHAH ALAM - Di sebalik polemik mengenai isu Amanat Haji Hadi yang berterusan termasuk desakan Umno mahu ia ditarik balik, Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak pernah "memurtadkan sesiapa."

Sebaliknya kata Nik Aziz, Hadi hanya menjelaskan batasan iman dan kufur sahaja.

"Tuan Guru Haji Hadi tidak pernah memurtadkan sesiapa, beliau hanya menjelaskan batasan iman dan kufur sahaja," kata beliau antara entri terbaru laman sosial Facebook.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, seseorang Muslim tetap murtad apabila terbatal syahadahnya sekalipun tanpa Amanat Haji Hadi.

"Dalam perjalanan ke Seremban dari KLIA, membaca akhbar hari ini (semalam) masih menyebut tentang Amanat Haji Hadi. Perlu diketahui bahawa seorang pesakit tetap sakit sekalipun tidak diberitahu oleh doktor.

"Seorang Muslim tetap jatuh murtad apabila terbatal syahadahnya sekalipun tanpa Amanat Haji Hadi," kata beliau yang malam tadi menghadiri majlis kutipan dana Pas menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

PRU13 : Ekonomi masih menjadi penentu bagi undi golongan pertengahan

Ibrahim Suffian berpendapat bahawa BN mahupun PR belum kelihatan memimpin untuk memenangi pengundi golongan pertengahan. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 29 Dis — Langkah jangka panjang untuk menangani jurang pendapatan yang semakin melebar antara golongan kaya dan miskin akan menjadi kunci untuk membuka bank undi golongan pertengahan pada pilihan raya umum (PRU) ke-13, kata penganalisis politik. Golongan pertengahan, terdiri daripada pengundi atas pagar yang membentuk kira-kira 30 peratus daripada 13 juta pengundi berdaftar, menyebabkan kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) meningkatkan inisiatif ekonomi atau berikrar untuk menarik sokongan kumpulan ini dalam beberapa bulan lepas.
Ibrahim Suffian dari Merdeka Center berpendapat BN mahupun PR belum kelihatan  memimpin untuk memenangi pengundi golongan pertengahan.
“Saya fikir ia mungkin berpecah kira-kira sama rata antara kedua-dua pihak,” katanya, memberikan sebab golongan pertengahan dibahagikan kepada pengundi daripada kumpulan etnik berbeza dengan kebimbangan yang berbeza.
Beliau mengatakan pengundi atas pagar Melayu risau tentang kuasa politik dan kemungkinan untuk hak keistimewaan mereka berakhir jika PR berkuasa, manakala masyarakat Cina mahukan pengurusan ekonomi yang baik.
Ibrahim juga mengatakan masyarakat Cina mahu tahu diantara PAS atau Umno “siapa yang akan menolak agenda Islamisasi kedepan.”

Tangguh PRU13 : Tindakan stabil antara pengundi dan ‘warlord’ perlu untuk BN

KUALA LUMPUR, 29 Dis — Ketidak upayaan Barisan Nasional (BN) menyenaraikan senarai calon dan keperluan untuk menyenangkan pengundi dan tidak berpihak kepada “warlord” politik dikatakan menjadi punca pilihan raya ditangguhkan, kata akhbar Singapore Straits Times hari ini.
Datuk Seri Najib Razak (gambar) terus membiarkan rakyat Malaysia berteka-teki tentang tarikh pilihan raya walaupun beberapa tarikh sebelum ini telah digembar-gemburkan sebagai tarikh pilihan raya sejak tahun lalu.
Presiden Umno dan Pengerusi BN itu juga enggan mendedahkan senarai calon BN, walaupun terdapat gesaan daripada pemimpin bawahan, dilihat ianya sebagai keputusan “strategi.”
Memetik kenyataan penganalisis politik Oh Ei Sun hari ini, Singapore ST melaporkan walaupun Pakatan Rakyat (PR) sendiri sedang bertarung merebut kerusi, pemilihan calon untuk BN lebih teruk daripada seteru politiknya.
Oh berkata, PKR dan DAP mempunyai sistem akar umbi yang lemah yang membenarkan pemimpin parti menggerakkan jentera pilihan raya yang akan mengelakkan sabotaj antara calon.
“Dalam Umno bagaimanapun, sistem pemerhatian bermakna ramai orang berhutang budi dengan pemimpin. Keupayaan untuk mensabotaj calon lebih tinggi,” katanya.
Sabotaj telah dikatakan sebagai antara ketakutan utama Umno menjelang pilihan raya umum ke-13.
Ketika perhimpunan agung parti itu, ia adalah mesej jelas yang diutarakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada lebih tiga juta ahlinya.

Tee Keat says pities Soi Lek, tells him to seek psychiatric help

Ong alleges that Chua's latest tirade against him is an attempt to ensure Ong does not make the cut as a candidate in the 13th GE.
KUALA LUMPUR, Dec 29 — Datuk Seri Ong Tee Keat took a swipe at successor Datuk Seri Dr Chua Soi Lek via Facebook yesterday, saying he pitied the MCA president and suggested that he seek psychiatric treatment. The remarks, made in response to Dr Chua's latest tirade against Ong, were clearly to rebuke the MCA president, who was himself a psychiatrist in the years before he became a full-fledged politician.
“I really pity him. This is just a fresh round of OTK-bashing, a cyclical recurrence of d same symptom during festive season, more so b4 GE13. He needs help from a psychiatrist perhaps,” Ong wrote on his Facebook page yesterday.
But despite his “pity” for Dr Chua, Ong also alleged that his foe's latest salvo was likely an attempt to ensure that he does not make the cut to contest in the 13th general election.
Speaking to The Malaysian Insider today, Ong confirmed that he had been referring to Dr Chua on his Facebook.
When asked what he felt were the reasons behind Dr Chua's latest attack on him, the former MCA president repeated that this had been going on since last year, particularly during the festive season.
“It happened last year during the Chinese New Year and then again this year, during the same celebration.
“But this time, it is happening a little earlier than expected and the only reason I can think of is that it is because of the 13GE,” he said.

Deepak - 'Aku mahu buat satu lagi pendedahan besar pada Hari Tahun Baru ini...!!!!

Kecewa dipaksa untuk mengurangkan kerugian dalam apa yang sepatutnya menjadi urusniaga tanah yang lumayan, ahli perniagaan Deepak Jaikishan berikrar untuk terus membuat pendedahan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya.

"Saya akan meneruskan pendedahan saya dan satu lagi (pendedahan) besar ialah pada Hari Tahun Baru," katanya dalam mesej teks hari ini, sambil menambah bukunya mengenai isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang bertajuk 'Black Rose' akan dilancarkan pada hari yang sama.

Bodohnya Umno Tiada Sempadan...!!!!

Gambar ni Abu Nawas dapat daripada facebook individu pro UMNO. Abu Nawas ni memang suka tengok gambaq lawak tapi dalam banyak2 gambaq lawak, umnolah yang paling lawak..!!!!

Baru2 ni Umno mengaku depa pewaris kepada perjuangan Tok Janggut... tak ka lawak umno ni kah kah kah.. macam mana depa boleh mengaku depa perwaris kepada perjuangan Tok Janggut dalam keadaan depa bersama dengan British menentang perjuangan kemerdekaan kah kah kah...

Kot depa silap kot.. sebenaqnya depa nak kata umno perabih harta warisan Tok Janggut kot.. habis tanah anak cucu Tok Janggut depa jual. Hari ni umno buat lawak lagi. Cuba tengok apa yang depa tulis dalam gambaq tu.



No 1) Cina perintah Tanah Melayu selama 14 hari melalui parti Komunis Malaya. Bila masa komunis perintah Tanah Melayu. Dan yang paling lawak ialah apa kena mengena Chin Peng dengan komunis pada ketika itu.. Setiausaha Agung PKM pada ketika itu ialah Lai Tek bukannya Chin Peng. Chin Peng time tu baru umur belasan tahun. Oii Umno lain kali bodo jangan la tunjuk kat orang kah kah kah.

Lagi satu yang menghalang kemerdekaan dan menjemput British untuk menjajah semula Malaya pada ketika itu ialah Tok wan Naib Prsiden Umno yang mulut luas la ni. Dialah barua penjajah. Bila British mai balik British tubuh umno dan haramkan semua parti yang berjuang kemerdekaan pada ketika itu. Semua pejuang kena tangkap kecuali Umno.

Berapa lama PAS nak simpan ahli yang selalu beraksi macam 'si anjing Umno' ni?

Bukan sekali ni Ust Hafiz Nordin buat kelaku macam 'si anjing Umno' macam ni tapi dah banyak kali. Malah dia banyak kali berceramah sepentas dengan Dr. Hasan Jati, membelasah PAS. Yang paling aku geram bila dia dengan bangga bagitau yang dia masih lagi ahli PAS yang berdaftar.

Hafiz Nordin bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang beraksi macam 'si anjing Umno'
Harakahdaily melaporkan: 
KUALA LUMPUR: PAS Pulau Pinang menafikan sebarang penglibatan mereka dalam demonstrasi yang diadakan berhampiran Komtar hari ini.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Saleh Man, berkata pihaknya tidak ada kena-mengna dengan sebarang penganjuran demonstrasi tersebut.

Malah, beliau tidak tahu menahu mengenai demonstarsi tersebut yang diadakan di Masjid Simpang 6, selepas solat Jumaat tadi. - Hrkh

Memang betul PAS Pulau Pinang tak terlibat dengan demonstrasi tu dan memang betul Ust Saleh Man tak tau pasai demonstrasi tu.

Tapi sangat jelas ada bendera PAS berkibar megah dalam demonstrasi tu dan sebagai Pesuruhjaya Ust Saleh Man tak patut sangat berlepas tangan macam tu.

Harakahdaily juga melaporkan:
Selain membawa kain rentang mengecam DAP dan Guan Eng, kumpulan itu juga dilihat membawa bendera PAS.

Mengulas lanjut Saleh berkata PAS mempunyai saluran tertentu jika mempunyai perbezaan pendapat dengan mana-mana rakan di dalam Pakatan Rakyat.

"Kita ada saluran kita sendiri," katanya yang juga Adun Permatang Pasir.

Ditanya tentang kehadiran bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin pada demonstrasi tersebut, Saleh enggan mengulas lanjut, bagaimanapun berkata ramai mengenali 'siapa' Hafiz. - Ibid.

Cikgu Non tersalah masuk usrah yang ahli-ahlinya jahil murakab?


Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Terasa semacam kita kembali berada di tahun 80an apabila isu kafir mengkafir ditimbulkan semula. Solat dua imam, nikah dua kali, tak makan sembelihan orang Umno - adalah antara isu yang berlegar di tahun 80an. Orang yang berpeluang mengikuti perkembangan politik tahun 80an dapat menyaksikan bagaimana isu kafir mengkafir dimainkan habis-habisan oleh media propaganda BN sehingga menyebabkan PAS kalah teruk PRU 1986. Di Parlimen PAS hanya mendapat satu kerusi yang dimenangi oleh Haji Nik Abdullah Arshad di Pengkalan Chepa.

Di saat PAS ditolak-tolak mentah-mentah oleh masyarakat bukan Islam pada masa itu, maka Umno hanya perlu pastikan PAS tidak diterima oleh orang-orang Melayu. Maka isu kafir-mengkafir terbukti sangat berkesan memberikan imej buruk terhadap PAS, yang hasilnya Umno dan BN menang besar dalam PRU.

Hari ini, Umno ditolak oleh bukan Melayu. Maka keperluan untuk mendapatkan sebanyak-banyaknya undi Melayu tentulah lebih menekan BN. Jika formula isu 'kafir mengkafir' berkesan tahun 80an maka Umno percaya ia juga masih berkesan hari ini. Sebab itulah isu itu dimainkan secara besar-besaran. Cuma bezanya isu yang disensasikan itu hanyalah catatan bahan sejarah 30 tahun lalu. Sebahagian besar pengundi muda hari ini belum lahir atau masih terlalu kecil untuk memahami politik. Isu yang cuba disensasikan media BN itu nampak mengada-ngada, dibuat-buat dan tiada kena mengena dengan generasi hari ini. Setakat ini belum ada catatan bahawa bahan sejarah mampu mempengaruhi pengundi sehingga ke peringkat menentukan kerajaan memerintah. Rakyat umumnya lebih berminat untuk ambil tahu isu kebajikan, perjalanan kehidupan seharian, harga barang, kos hidup, pendidikan, sosial, cabaran semasa dan sebagainya.

Isu kafir mengkafir tahun 80an bukan bermula dengan 'Amanat Haji Hadi' (AHH). AHH hanyalah petikan ucapan yang dibuat dari satu ceramah Presiden PAS kini Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Banggol Peradong tahun 1981. Ceramah itu telah dirakam dan dijual merata tempat. Jika tidak silap saya, isi ceramah itu menarik minat Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Abdul Malik Husin merakamkannya dalam sekeping kertas. Ia dicetak dan diedarkan.

Makin Gila : Pelik sungguh, marahkan DAP tapi UMNO yang benarkan


Ini wajah sebenar UMNO konon mereka mempertahankan nama ALLAH digunakan, tetapi sebaliknya merekalah sebenarnya yang membenarkan nama Allah digunakan oleh kristian, bukan DAP yang benarkan, TAPI UMNO YANG BENARKAN!


#Cukuplah wahai UMNO memperbodohkan rakyat, kerana rakyat kini tidak sebegitu bodoh seperti kamu sangkakan!

Najib Razak, Zahid Hamidi guna wang pencen tentera untuk tutup mulut Deepak – Rafizi

Pada 30 November 2012, Dato’ Seri Zahid Hamidi mengumumkan kepada wartawan dan Perhimpunan Agong Umno bahawa beliau akan menjawab dan mematahkan tuduhan Deepak yang mengaitkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan pelbagai salahlaku.
Malangnya, keesokan harinya, pada 1 Disember 2012 beliau tidak mengotakan janjinya itu. Tuduhan-tuduhan Deepak kekal tidak dijawab oleh pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Saya beranggapan itu strategi Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Dato’ Seri Zahid Hamidi – iaitu untuk tidak mengendahkan tuduhan-tuduhan tersebut atas alasan ia tuduhan liar tanpa bukti.
Sehingga saat itu pun, rakyat masih samar-samar mengenai bukti yang dikemukakan oleh Deepak, apatah lagi keterlibatan Deepak dengan keluarga Dato’ Seri Najib Tun Razak menimbulkan tanda tanya mengenai motif dan kredibiliti beliau.
Oleh sebab itu, KEADILAN tidak memberi sebarang reaksi mengenai tuduhan-tuduhan tersebut, kecualilah menuntut agar ia disiasat segera.
Ternyata anggapan saya itu tidak tepat. Tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Deepak dipandang serius dan dibuktikan benar-benar mencemaskan Dato’ Seri Najib Tun Razak, sehingga tugas untuk menyelesaikan kemelut ini diserahkan kepada Dato’ Seri Zahid Hamidi.
Walaupun awalnya Dato’ Seri Zahid Hamidi mengelak dari memberi jawapan, jalan penyelesaian yang beliau laksanakan mengikut perintah Dato’ Seri Najib Tun Razak akhirnya terbongkar kepada umum pada 27 Disember 2012.

KITA AKAN JADI LEBIH TERUK DARIPADA BERUK JIKA............

https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/47652_485923934784659_683617189_n.jpg

Jangan Ketawa : BN jamin calon bebas rasuah, jenayah

PUTRAJAYA - Semua calon Barisan Nasional (BN) yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bebas rasuah dan jenayah, kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.
  
Beliau berkata, bakal calon BN bagi kesemua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) telah melalui proses saringan teliti termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi untuk memastikan calon tersebut ‘bersih’ dan bebas masalah.
  
"Semua calon BN yang bakal bertanding telah melalui proses saringan yang teliti,"katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan persekolahan, uniform Rela, ramah mesra bersama pemimpin dan pesta jom makan durian di sini hari ini.
  
Selain itu, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno berkata, latar belakang bakal-bakal calon BN juga dikaji secara mendalam untuk memastikan mereka adalah pilihan rakyat.
 

Isu Penggunaan Nama Allah, Ahli Politik Jangan Menangguk Di Air Keruh

Dr Maszlee
SHAH ALAM, 29 DIS: Dialog antara agama di negara ini perlu disuburkan bagi mengelak salah faham antara agama hingga menyebabkan ia dipolitikan.
Dialog ini perlu apabila isu sensitif dalam agama sengaja dijadikan isu politik untuk menyerang lawan demi kepentingan politik masing-masing.
Bagi Pensyarah Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik, sebenarnya isu ini hanyalah merupakan simptom kepada permasaalahan lebih besar iaitu kejahilan di antara penganut sesuatu agama tentang agama lain di negara ini.
Akibat kejahilan bersama ini timbulah salah faham bersama atau ‘mutual misconception’ yang menjadi ruang subur untuk prejudis, fitnah dan perselisihan faham.
Oleh demikian, beliau mengingatkan ahli-ahli politik agar meningkatkan integriti, moral dan etika masing-masing agar tidak menangguk di air keruh atas kejahilan bersama masyarakat di negara ini.
Menurut beliau lagi, salah faham bersama ini dapat dielakkan atau diminimakan sekiranya Kementerian Pelajaran mewujudkan mata pelajaran agama-agama di Malaysia sebagai subjek teras dan diwajibkan ke atas semua pelajar.

Jelajah Mobilisasi #KL112 Siri Ke-3 Pulau Pinang |29Dis |8.30mlm |Bukit Gedong |Bayan Baru


Jelajah #KL112 #3 PULAU PINANG
DISEMBER 29 – P.PINANG [COUNTDOWN 13 DAYS TO #KL112]
Bukit Gedong (Jalan pasar malam), Bayan Baru
YB Malek, YB Sim, Chegubard (SAMM), Isham Rais (BERSIH), Adam Adli (SMM), Aisyah serikandi, Sandrea Ng, Angah Habib (SAMM), Cikgu Faizi (SAMM)

SEMUA DIJEMPUT HADIR!!

BN Guna Dana Awam Tutup Mulut Deepak Jaikishan!


Sekali lagi, kerana terpaksa, harta dan dana awam disalah guna untuk tutup skandal ternganga!

Pembelian syarikat, Asta Canggih Sdn Bhd milik pengusaha permaidani, Deepak Jaikishan oleh Boustead Holdings Berhad, unit pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dakwa Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menggunakan dana tabung pencen angkatan tentera.

Rafizi dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini berkata, Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi perlu berhati-hati memastikan pelaburan yang dibuat LTAT terhadap Asta Canggih oleh Bakti Wira Developement Sdn Bhd - anak syarikat Boustead - bagi memastikan ia pelaburan terbaik untuk anggota tentera.
“Modal dan aktiviti Boustead Holdings banyak bergantung kepada caruman dari potongan gaji anggota tentera yang disalurkan LTAT.
“Sebagai menteri yang bertanggungjawab memikul amanah ini, Zahid perlu berhati-hati bagi memastikan pelaburan ini yang terbaik untuk kepentingan anggota tentera,” kata Rafizi kepada pemberita hari ini.
Rafizi menjelaskan, ini berikutan daripada penelitian beliau, Asta Canggih merupakan syarikat yang tidak memiliki aset mahupun rekod perniagaan yang baik.
“Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan ia tidak pernah memfailkan penyata kewangannya.
“Selain modal berbayar RM20 juta, syarikat ini dibebankan dengan hutang sebanyak RM98 juta dari Kuwait Finance House (KFH) (mengikut rekod SSM),” tegasnya.

Presiden Palestin ancam bubar PA



Mahmoud Abbas RAMALLAH - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, semalam memberi amaran bahawa beliau akan membubarkan Pihak Berkuasa Palestin (PA) jika Israel tidak melakukan sebarang tindakan untuk memperbaharui rundingan damai selepas pilihan raya negara itu pada 22 Januari depan.

Kenyataan itu dikeluarkan semasa wawancara bersama akhbar harian Israel, Haaretz.

Menurutnya lagi, jika tiada tindakan diambil selepas pilihan raya itu, beliau mungkin terpaksa menyerahkan Tebing Barat kepada Israel yang sebelum ini menjadi pertikaian antara kedua-dua negara tersebut.

"Saya bersetuju untuk memulakan semula rundingan tersebut jika Israel membekukan projek pembinaan baru mereka yang diumumkan baru-baru ini dan memindahkan hasil cukai termasuk membebaskan kira-kira 120 tahanan Palestin," jelas beliau dipetik AP.

Difahamkan, amaran itu bukan pertama kali disuarakan oleh Mahmoud selepas rundingan damai Israel-Palestin tertangguh sejak September 2010.

Sebelum ini, Palestin berkeras menuntut Israel membekukan projek penempatan haram mereka sebelum kembali ke meja rundingan manakala rejim Zionis pula sering membuat helah untuk menangguhkan proses itu.