Khamis, 27 Disember 2012

Maqasid - Generasi muda memaknai rempuhan globalisasi (Bahagian 2)

Maqasid - Generasi muda memaknai rempuhan globalisasi (Bahagian 1)

Keadaan banjir di Bandar Chukai

Diana Amir sebak jumpa Tuan Guru Nik Aziz


KOTA BHARU: Artis Diana Amir atau nama sebenarnya Nur Diyana Amir Hashim, tidak dapat menahan sebak apabila bersua dan mula berbicara dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pertemuan 25 minit itu berlangsung di Pejabat Menteri Besar kira-kira jam 11.35 pagi tadi.

Diana terpaksa berdiam diri seketika mengumpul ketenangan agar sebak berlalu pergi sebaik sahaja dijemput duduk di hadapan Tuan Guru dan mendengar bicara.

Diana yang akhirnya tenang semula akhirnya sebak kembali apabila Tuan Guru bertanya  apa kisah di sebalik sehingga Diana berhasrat untuk berhijrah.

“Saya teringat pesanan Rasulullah s.a.w. sebelum baginda wafat, pesanan terakhir baginda ummati…ummati…di saat kematian baginda, masih lagi mengingati umatnya, betapa sayangnya baginda pada umatnya, tetapi kita…” ujarnya dengan nada yang tersekat-sekat.

Tuan Guru tidak menafikan perkara itu, malah baginda sebenarnya adalah rujukan yang sebenar untuk manusia di dunia ini.

“Baginda tidak berpesan pada saudara mara terdekatnya, tetapi pada umat baginda termasuk kita semua,” ujarnya.

Peneroka akan berhimpun menentang FGVH

KUALA LUMPUR, 27 Dis — Hampir 30,000 peneroka dijangka akan berhimpun di ibu negara esok menentang gergasi perladangan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) yang dakwa mereka tindakan menyelamatkan tanah rancangan yang merupakan milik Melayu daripada musnah.
Harga pasaran saham FGVH jatuh dua sen dibawah harga jualan penawaran awam (IPO) RM4.55 di awal penjualannya pada 10 pagi hari ini, meneruskan prestasi lemah sejak beberapa bulan ini yang menyemarakkan kemarahan kumpulan tersebut yang mempunyai pegangan saham dalam syarikat berkenaan.
Diketuai oleh Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (ANAK), perhimpunan dengan tema “Selamatkan Felda” akan bermula selepas sembahyang Jumaat akan menyaksikan 30,000 peneroka berarak ke bangunan Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (FELDA) di Jalan Semarak, menurut Pengerusinya, Mazlan Aliman.
ANAK dan beberapa pemimpin pembangkang telah mengetuai perhimpunan pada Julai lalu menentang penyenaraian FGVH, yang dakwa mereka untuk menawan hati peneroka dan generasi kedua mereka yang menjadi peti undi kepada Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Kumpulan itu juga dilaporkan berkata mereka akan menghantar memorandum kepada Tan Sri Isa Samad, yang didakwa akan dilantik sebagai pengerusi FGVH, Koperasi Permodalan Felda (KPF) ketika Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) mereka.

Polis Dan Peguam Negara Merestui Siri Serangan Samseng Umno Ke Atas Pakatan Rakyat ??

 Adakah Peguam Negara yang tidak mahu membuat pertuduhan atau polis sebenarnya yang tidak menyiasat???






LIHATLAH DUNIA...siri serangan ganas yang tidak bertamadun oleh samseng-samseng umno terhadap penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.Adakah rakyat akan terus membiarkan kerajaan Umno/BN ini terus berkuasa dengan gaya politik kotor dan ganas yang mereka amalkan ini??.Siri tangkapan dan pendakwaan terpilih oleh Polis dan Peguam Negara benar-benar telah mencabul kedaulatan undang-undang negara serta meletakkan keselamatan negara dalam keadaan bahaya,Adakah rakyat sanggup terus menjadi mangsa kezaliman regim korup dan 'double-standard' Umno/BN ini untuk selamanya??
 

Khairy Ada Hutang Dengan Bank Pertanian?

Badrul Hisham Sharin atau Che'GuBard meminta ketua pemuda Umno yang tidak ada kuasa Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjelaskan berhubung satu maklumat yang diperolehinya menunjukkan ketua pemuda itu pernah mendapat kemudahan pinjaman bernilai jutaan ringgit dari Bank Pertanian Malaysia.


Khairy: Ada hutang?
Dakwaan itu dibuat menerusi satu kenyataan yang diemailkan kepada saya sekejap tadi.

MenurutChe'GuBard pinjaman itu diperolehi semasa bapa mertuanya Abdullah Badawi menjadi perdana menteri dan ia mempunyai masalah untuk membayar balik.

Sehubungan itu Che'GuBard memohon Khairy tampil membuat pendedahan.

Berikut adalah kenyataan Che'GuBard:

Kami mendapat maklumat dokumen yang setelah diperiksa balas diyakini sahih menyatakan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin pernah mendapat kemudahan pinjaman membawa nilai jutaan ringgit dari Bank Pertanian Malaysia Berhad. Kemudahan pinjaman ini diperolehi ketika bapa mertuanya Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Deepakgate–Musings on the Law and the Lawyerly

You can damn with faint praise; you can also achieve the same with an aria of it. An example of the first was when George Bernard Shaw extended two tickets to the opening night of one of his plays to Winston Churchill. “One for you and another for a friend, if you have one,” jibed the playwright.
Britain’s wartime leader volleyed back: He said he would like to attend the opening night’s programme but official duties prevented him; however, he would be free to attend the second night’s staging, “if there is one.”
NONEPrivate eye P Balasubramaniam’s lawyer, Americk Singh Sidhu, laid it on copiously when he praised fellow legal practitioner Cecil Abraham’s integrity which he said was a byword among lawyers in the latter’s 40 years of service to the Malaysian Bar.
Americk (right) said he could not conceive that someone of Abraham’s vaunted stature would countenance the drawing up of a false statutory declaration such as carpet trader Deepak Jaikishan had indicated was the case with Balasubramaniam’s second SD that reversed the sensational avowals contained in his first.
Given the gravity of the contents of his first SD, elements of which shed light on the 2006 murder of the Mongolian woman Altantuya Shaariibuu, there was no taking the matter lightly.
Days have passed since Americk unequivocally vouched for Abraham’s probity, but Abraham himself is seemingly unperturbed by the brouhaha, holding his counsel in the face of a hail of imprecations.
cecil abrahamThe chairperson of one of the panels within the ambit of the Malaysian Anti-Corruption Commission interjected in the unfolding drama of the contradictory statutory declarations and its attendant issue of responsibility for them by revealing that Abraham had nothing to do with the MACC’s decision to close its investigation of Balasubramaniam’s conflicting declarations. Abraham (left) is a member of the panel tasked with reviewing the MACC’s operational procedures.
Here was a case of weighty individuals rising to speak up for someone who apparently opts for the silence that is not of the kind that purveyor of aphoristic maxims, La Rochefoucauld, held was the mark of a man who distrusts himself.
This silence is possibly the choice of one who seems intent on tiptoeing through a frightful thicket, mindful or not of what the poet Dante said about the hottest places in hell being reserved for those who in times of great moral crisis maintain their neutrality (read: silence).
The law is a charged field

Jangan Ketawa: Ahli UMNO bukan SAMSENG.....!!!!

AHED TAMİMİ Karşılama

Ahed Tamimi - Little Girl vs Soldier : Where is my brother ??????

100-Hour Hunger Strike Against Hazardous Projects

hunger_strikePETALING JAYA: A pro-environment group called Malaysian Youth Against Public Hazards (MYAP) is organizing a hunger strike tonight at Dataran Merdeka to raise awareness against hazardous projects.
The group had identified five projects – Lynas Rare Earth Plant, Bukit Koman Cyanide Gold Mining, Pengerang Oil Refinery, Sarawak Mega Dams project and the Rawang High Tension Cable.
However, MYAP’s two immediate demands were focused on Lynas.

They are demanding for an end to Lynas’ temporary operating license (TOL) since there is data to show risk to public health and environment whereas their second demand is for a proper Detailed
Environment Impact Assessment (DEIA) to be done and made public before a TOL is issued.

The hunger strike is called Hunger Protest 100. The 100 refers to the number of hours that the hunger strike would be held. The protest, which begins at 8pm, would end on the stroke of midnight on Jan 1, 2013.

MYAP spokesperson and team leader Tan Woen Tien told FMT that at the time of writing 18 participants had confirmed their participation.

Utusan Lawyer: Newspapers Have No Time To Double-Check Accuracy of Reports

FIROZ: If newspapers need to undergo a thorough verification process to check on the truth in a report, then they should be prepared to go to print a day late because it's crucial that news is delivered to the public as soon as possibleFIROZ: If newspapers need to undergo a thorough verification process to check on the truth in a report, then they should be prepared to go to print a day late because it's crucial that news is delivered to the public as soon as possibleKUALA LUMPUR: Utusan Malaysia's lawyer, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin today told the High Court that the Malay-language newspaper "did not have the luxury of time" to verify the accuracy of a news report, when weighing the importance of a report on Datuk Seri Anwar Ibrahim in January.
Firoz gave the explanation today in Anwar's lawsuit against the newspaper, where last January, its report claimed that Anwar had supported the gay rights movement, and claimed that he said so during an interview with the British Broadcasting Television (BBC) early this year, The Malaysian Insider reported.
Firoz said news has a "limited shelf life", and explained that television and radio news might have carried the same report.

"If newspapers need to undergo a thorough verification process to check on the truth in a report, then they should be prepared to go to print a day late. This is because it is crucial that the news is delivered to the public as soon as possible."

Firoz said the media did not have "additional time" to fact check news reports, otherwise it would not be able to publish any news.

Tahanan Lari Dari Mahkamah, Anggota Polis Ditahan Kerana Cuai

KLANG: Polis sedang memburu seorang orang kena tuduh (OKT) yang melarikan diri dari Kompleks Mahkamah Klang semalam sebelum dihantar ke Penjara Sungai Buloh.
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan Supt Azman Abd Razak berkata A. Viswanathan, 34, atau dikenali sebagai Elumba, lari dalam keadaan bergari pada pukul 3.45 petang Rabu selepas didakwa atas tuduhan membunuh dan mencuri kenderaan serta memiliki barang curi.
Azman berkata sebutan semula kes tahan itu ialah pada 21 Jan depan.
Berikutan kes itu, Azman berkata seorang anggota polis berpangkat Korporal dan seorang Lans Korporal ditahan reman hingga 30 Dis bagi membantu siasatan kerana cuai hingga menyebabkan tahanan melarikan diri.
- Bernama

2013 vs PRU 13


Tahun 2013 bakal melabuhkan tirainya tidak berapa hari lagi. 2013 kini sudah diambangnya. PRU ke 13 tidak dapat disangkal lagi akan berlangsung dalam tahun yang sama. Cuma tarikhnya saja yang belum diketemui. Kalau dinegara lain tarikh pilihanraya sudah diumum seawal 6 bulan sebelum tetapi di Malaysia yang diwar-warkan sebagai negara Islam contoh, tarikhnya menjadi hak mutlak sang perdana menteri.

Itulah kelebihan Malaysia yang jarang didapati oleh negara-negara lain didunia. Myammar yang kuku besi tu pun, umumkan tarikh pilihanraya lebih awal menunjukkan demokrasi mereka kini lebih baik dari Malaysia.

Entah kenapa Malaysia sejak merdeka sampai kehari ini masih ditakuk lama dalam amalan demokrasinya. Inilah demokrasi terpimpin yang selalu disebut-sebut. Demokrasi yang dipimpin oleh sang penguasa mengikut arah tujuan mereka. Sesuatu yang berlawanan, maka ia dianggap diluar amalan demokrasi pimpinan mereka. Bila rakyat turun kejalanraya, maka dicanang ia bukan budaya kita. Maka keluarlah terma-terma seperti pengacau, pengkhianat, pembawa budaya songsang dan bermacam-macam lagi istilah buruk yang diberikan.

Lobang Ameno di Felda terburai...

INGATKAH WARGA FELDA...
SIAPA YANG MEMUNGUT BIJI SAWIT @ KUTIP GETAH SEKERAP DI LADANG AYAH KITA DULU-DULU TAPI TIADA UPAH DARI MAJIKAN PUN, DAN KINI LADANG ITU AKAN DI KONGSIKAN DENGAN ORANG BANGSAWAN YANG KAYA RAYA ATAS DASAR SAHAM UNTUK SEMUA GOLONGAN...

Sama macam rumah aku dulu, 1968... rumah ini harganya RM13,777.30... untuk tapak rumah dan rumah papan... berhutang selama hampir 20 tahun, baru selesai bayar...
Harga sebuah banglo kampong yang nilainya sama dengan banglo batu di Petaling Jaya pada tahun 1968, lengkap dengan api dan air bersih... Kami, hanya rumah papan, jalan tanah liat dan batu krekil merah, pelita lampu minyak gas, ditengah hutan yang tiada apa-apa... berkawan dengan binatang buas...
Kita, generasi kedua adalah hamba yang tidak dibayar gaji (Unpaid slave) untuk bantu FELDA sehingga ketahap ini... tapi kenapa kami dianggap "haramajadah "oleh pimpinan rakus yang tak pernah faham erti tanah dan air yang kami pertahankan demi kasihkan negara dan wasiat orang tua.
Kebun kami, kami bayar beransur-ansur, walhal kamilah yang mengusahakannya, hasilnya dimajukan untuk pelaburan Felda dan koperasi kami yang di kenali dunia... namanya KPF yang sekarang nak di jaja kepada yang bukan selayaknya... Bangsa asing yang kaya-raya dengan bantuan orang kuat BN,,, Kami tak rela...
Jalan raya dalam Felda bukan pakai duit Kerajaan pun, tapi duit kami. Pembangunan infra dan selenggaraan, semua pakai duit peneroka... bukan duit kerajaan BN... jadi Kerajaan BN jangan sewenang-wenangnya cuba nak mejahanamkan segala yang kami dan bapa kami telah usahakan sejak 50 tahun yg lalu... Kami tetap pertahankan dengan cara apa sekalipun kerana majoriti 98% kami adalah ORANG MELAYU yang menguasi Tanah Melayu melalui Felda...
Orang Bangsawan dah jadi Pimpinan Hebat.. tapi jangan ganggu kami dengan umpan-umpan yang memperbodohkan kami... Kami ada otak dan berpelajaran hasil usaha susah payah ibu bapa kami.. Izinkan kami yang bangunkan semula FELDA cara terbaik... Bukan penghinaan dan kata nista mahluk yang tak pernah duduk dalam Felda dan terlantik hasil dari politik wang yang datang masa pilihan raya...
FELDA untuk kami, bukan Pimpinan BN, ISA SAMAD @ Ahmad Maslam serta kroni FGVB yang ada agenda licik... cukup kami di buli lagi:
Warga FELDA kita pertahankan hak kita.
Nazari Mokhtar

Pakatan boils EC over rice for votes

The commission's greenlight has drawn condemnation from the opposition, which says that EC condones all of BN's actions. 

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat leaders have criticised the Election Commission over its stance that rewarding Orang Asli with rice in return for a mock vote is legitimate and instead called the move “unethical” and “insulting”.
The opposition pact stressed that it would never follow in Barisan Nasional’s footsteps by showering gifts on people with strings attached while campaigning despite the EC’s apparent green light yesterday.
“Giving donations is fine but you must draw a line. PKR does it to help the poor but we don’t tell them that in order to receive the gifts, they must vote for us,” said PKR communications director Nik Nazmi Nik Ahmad.
“We tell them it’s a gift and then inform them that BN is stealing their lands, taking away their rights and that is why they should vote for change,” he told FMT.
Nik Nazmi said that “forcing” the Orang Asli to vote for PKR even if it was just for a mock election went against everything the party stood for.
“The EC has it wrong here. They have to make it clear that even when campaigning, there is a difference between telling the Orang Asli what Pakatan stands for and threatening them to vote or bribing them with gifts,” he added.
Yesterday, PKR Perak state chief Dr Yap Yit Thong told FMT that officers from the Department of Orang Asli Development (Jakoa) and Chenderiang state assemblyman Dr Mah Hang Soon had visited several Orang Asli villages along Jalan Pahang, Tapah in a series of programmes.
Yap claimed that throughout the visits, the Orang Asli were forced to vote for BN candidates on mock ballot papers and then made to return the marked papers to the officials. They were then rewarded with 5kg of rice.
Yap speculated that once the 13th general election began, BN would return to the villages and remind the Orang Asli that they had already voted for the party and accepted the rice.

WHO'RE THE TRAITORS HERE! The US & S'pore are helping BN RAPE MALAYSIA

Recently Malaysiakini reported as follows:-
Close to RM200 billion of dirty money was siphoned out of Malaysia in 2010, putting the country second only to Asian economic powerhouse China in global capital flight.

Washington-based financial watchdog Global Financial Integrity (GFI), in its latest report which tracks capital flight, says the level of illicit flows from Malaysia in 2010 was the highest in 10 years.

WHO'RE THE TRAITORS HERE!  The US & S'pore are helping BN RAPE MALAYSIAGFI has introduced a new and more conservative methodology in its estimates of illicit financial outflows, which help to zero in exclusively on dirty money. As such, estimates from its previous reports have been revised.
I downloaded the GFI Report from the web and read it for myself.
Para 27 on page 19 of the report reads as follows:-
The private sector in developing countries transfers illicit capital into the global shadow financial system through different channels, depending on the country of origin. For instance, while trade mispricing is the preferred method of sending illicit funds out of China, the balance of payments (captured by the HMN method) is the major channel for transferring unrecorded capital from oil exporters such as Nigeria, the Russian Federation, Saudi Arabia, and Indonesia.
In short, GFI has developed a mechanism to measure the flight of unrecorded capital from countries like Malaysia. You can read about the methodology in the report itself. Whilst the methodology has its shortcomings, it is about the closest measure that GFI can possibly get to in the absence of complete transparency in reporting. The GFI therefore adopted a conservatively focused Hot Money Narrow method adjusted for trade mis-invoicing (HMN+GER). The operative word here is “conservative” – in other words, the total outflows could actually be worse than reported!
Now you know why we had to buy the Scorpenes!
The report also says :

Villager held over row in Pengerang graveyard

He was weeping over the relocation of his grandmother’s grave when an unknown person confronted him.

PETALING JAYA: Police are investigating a scuffle that broke up in Pengerang, Johor, on Tuesday as authorities began relocating 11 Muslim graves to make way for the RM60 billion Refinery and Petrochemical Integrated Development (Rapid) project.
A 60-year-old villager who was seen among anti-Rapid activists was hauled up yesterday for questioning. Police suspect he committed criminal intimidation against a person yet to be identified.
The activists, belonging to Gabungan NGO Pengerang, were monitoring the transfer of corpses to a new site near Kampung Punggai.
The villager, Abdul Yahya Hamid, told FMT today that he was overcome by emotion when he found out to his surprise that his grandmother’s grave was being moved to the new site.
He said he was weeping at the grave when a man, believed to be a Rapid employee, approached him in a rude manner and asked what he was doing.

Deepak withdraws case against Wanita Umno leader

A lawsuit against Awan Megah (M) Sdn Bhd, allegedly a vehicle for Selangor Umno Wanita chief Senator Raja Ropiaah Abdullah, was withdrawn without reasons.

PETALING JAYA: Controversial businessman Deepak Jaikishan today withdrew a lawsuit against a Wanita Umno leader’s company over a Defence Ministry land deal which went sour.
The withdrawal was confirmed by Saseedharan Menon, the lawyer for the main defendant, Awan Megah (M) Sdn Bhd which belonged to Selangor Umno Wanita chief Senator Raja Ropiaah Abdullah.
“Yes, they have withdrawn [it] and the court has struck off the case,” he told FMT. He said that reasons behind the sudden withdrawal today, which was fixed for oral submissions, were not given.
“We had no objections to the withdrawal and there were no orders as to costs,” he said “This is no out-court-settlement.”
Saseedharan said the withdrawal would vindicate Raja Roopiah, saying: “It has to vindicate my client as the withdrawal comes from the plaintiff himself”
Meanwhile, lawyer Latheefa Koya said that Deepak had changed his lawyers on short notice today.
“We are no longer his lawyers on record,” she said, referring to lead counsel R Sivarasa and N Surendran.
She said that Deepak’s matter, including the withdrawal, was handled by another firm, adding that no reason was given for the change of lawyers.
Deal to build defence research centre

Farmers to march against FGVH amid dismal share price

 
KUALA LUMPUR, Dec 27 — Some 30,000 farmers are expected to converge on the city tomorrow against plantations giant Felda Global Ventures Holdings (FGVH) in what they claim is a bid to save the federal land authority — seen as among the last pillars of the Malay community — from crumbling.
The share price of FGVH had dipped two sen below its initial public offering (IPO) of RM4.55 in early trade at 10am today, continuing its dismal performance in recent months which has angered a group of first- and second-generation palm oil farmers who hold stock in the company.
FGVH’s share price rebounded later in the day to close at RM4.60 on Bursa Malaysia when trading halted for the day.
Led by the National Association of Felda Settlers’ Children (ANAK), the rally, codenamed “Save Felda” will kick-off after Friday prayers and will see 30,000 demonstrators marching to the Federal Land Authority’s (FELDA) headquarters in Jalan Semarak, according to the movement’s chief Mazlan Aliman.
ANAK and several opposition leaders held a giant rally here in July to protest FGVH’s listing, which they claimed was being done to curry favour with FELDA settlers and their children who are seen as an important vote bank for the ruling Barisan Nasional (BN) in the run-up to the 13th general elections.

MB kecewa Pusat lambat bina tebatan banjir

RANTAU PANJANG: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa dukacita di atas kelewatan kerajaan Pusat membina tebatan banjir yang telah dirancang sejak sekian lama.
Menurutnya, walaupun berulang kali perkara itu dipohon, namun pembinaannya masih tidak dilakukan hingga hari ini.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melawat mangsa-mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Kedai Tanjung, dekat sini petang semalam.

Katanya, akibat kelewatan berkenaan rakyat menanggung  sengsara kerana terpaksa berpindah apabila musim banjir tiba.

Jelasnya, jumlah hujan yang lebat bukan sahaja sungai tidak mampu menampung jumlah air yang banyak, sebaliknya tebatan yang telah dibina di Sungai Golok menyebabkan air dari sebelah sana mengalir masuk ke jajahan ini.

Cuepacs buat usul gesa tangguh AES



AES KUALA LUMPUR - Cuepacs juga hari ini sebulat suara mengusulkan kepada kerajaan menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

"Kajian terperinci perlu dibuat kerana ada kamera yang dipasang di kawasan yang tidak mempunyai data kemalangan, kawasan yang kerap kemalangan pula tidak dipasang," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Kongres di sini hari ini.

Dipetik Bernama, Omar turut melahirkan rasa simpati terhadap pemandu jabatan kerajaan yang dipaksa membayar sendiri saman sedangkan mereka disaman kerana mematuhi arahan ketua yang menaiki kenderaan berkenaan.

Beliau memohon supaya saman had laju termasuk daripada AES dalam kes-kes seumpama itu dibayar oleh jabatan masing-masing.

 "Mulai sekarang, biarlah yang membayar saman ini terdiri daripada pihak jabatan. Pemandu dengan upah RM800 ke RM1,500 sebulan, mana nak mampu bayar saman dua hingga tiga kali sebulan sedangkan mereka dipaksa (memandu) laju kerana mengikut arahan," katanya.

Sebelum ini, Cuepacs telah dua kali meminta agar AES ditangguhkan.

PADAN MUKA WEH!!!!!!....JANJI DICAPATI!!!!!!


ANAK MUDA KENA KENCING OLEH NAJIB RAZAK!!!!!!!!.... Itulah slogan yang sepatutnya hasil pengumuman Najib Razak semasa membentangkan Bajet 2013 baru-baru ini dimana menjanjikan rebat RM200 untuk para belia terutamanya pelajar untuk membeli dan memiliki telefon pintar 3G.

Kalau anak-anak muda dan belia terutamanya pelajar IPTA/S berangan-angan nak dapatkan rebat RM200 bagi telefon jenama iPhone 5 atau Samsung Galaxy  S III atau Blackberry...baik lupakan saja.

Paling hebat anda boleh gunakan rebat RM200 untuk beli telefon jenama CSL model G10.

Itupun dah kira hebat!!!!!.

Kerajaan UMNO 1M'sia pimpinan Najib Razak telah menipu anda kalian secara terang-terang.

Kalau masih juga tak sedar dan nak juga sokong UMNO dibawah pimpinan Najib Razak....TAK DAPEK DEN NAK NOLONG NYO DOH!!!!

Rebat RM200 hanya untuk telefon pintar harga RM500:-

KALENDAR TAHUN 2013 HINA HUDUD, DIEDARKAN KEPADA ORANG RAMAI!!!!!!!..

PEMUDA UMNO/PERKASA/PEKIDA/JATI SEMUA PAKAT SENYAP MEMBISU TERKELU LIDAH!!!!


Kalendar tahun 2013hina HUDUD yang dipercayai dicetak dan ditaja/biayai oleh MCA, rakan sekutu karib paling akrab dan disayangi serta disanjungi UMNO semenjak belum Merdeka..

Nak tahu juga dimana perginya suara garang bengis Pemuda UMNO/PERKASA/JATI/PEKIDA/PESILAT yang dok terlalak terlong memekik memekak kononnya akan pertahankan Islam sampai sanggup mati bermandikan darah, hancur badan berkecai tulang.

Najib bilang undi UMNO adalah undi pertahankan  Islam dan aqidah.

Ini sampai dah buat kalendar 2013 apa cerita.

Dulu dalam Persidangan Agung Tahuan MCA didepan Najib Razak, Presiden MCA @ Raja Porno Malaysia, Chua Soi Lek hina HUDUD, Najib tersenyum dan hadiahkan MCA RM30juta...Yang kerja buat/cetak/edar kalendar 2013 hina HUDUD boleh dapat berapa juta pula???????

MCA TERDESAK ATAU UMNO YANG NAZAK?

Ulama Muda UMNO : Hadi Awang didesak tarik balik amanat..!!!

Ulama Muda UMNO : Apa hukum sokong DAP dan PKR ?

PAS: Act on Deepak claims or we send memo to Agong

Saman Anwar : Akhbar tiada ‘masa lebih’ untuk semak kebenaran, kata peguam Utusan kepada mahkamah

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Peguam Utusan Malaysia Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa akhbar berbahasa Melayu itu “tidak mempunyai masa yang lebih” untuk menyemak kebenaran laporan, apabila melihat kepentingan laporan tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Januari lalu.
Firoz membuat penerangan tersebut dalam kes saman Anwar (gambar) terhadap akhbar tersebut pada Januari lalu bahawa menuduh beliau menyokong pergerakan gay, dan mendakwa beliau berkata demikian dalam temuramah di televisyen British Broadcasting Corporation (BBC) awal tahun ini.
Firoz berkata berita mempunyai “jangka hayat yang pendek,” berkata televisyen dan radio mungkin akan membawa berita sama.
“Jika akhbar perlu menyemak proses untuk memastikan kebenaran secara teliti, mereka sudi untuk melaporkan pada keesokan hari,” kata Firoz.
Firoz mengatakan bahawa media tidak mempunyai “masa lebih” untuk menyemak kesahihan “fakta” dalam setiap berita yang disiarkan, dengan berkata “tidak ada apa yang dapat disiarkan” jika melakukan sedemikian.
Tetapi peguam Anwar N Surendran mengatakan walaupun “berita penting” dan “tidak boleh basi” tidak bermakna “akhbar boleh melaporkan kenyataan yang salah.”
Surendran mengatakan Utusan Malaysia tidak bertanya pada Anwar tentang komennya sebelum meletakkannya di dalam akhbar mereka.
Firoz turut berkata laporan Utusan terhadap bekas ahli PAS, Datuk Dr Hasan Ali adalah “salinan yang tidak menyebelahi mana-mana pihak tanpa sebarang penambahan”.

Dedahkan rekod panggilan telefon Deepak dengan Najib-Rosmah

KUALA LUMPUR 27 DISEMBER: Polis harus memulakan siasatan pendedahan Deepak Jaikishan dengan menyiasat rekod panggilan telefonnya kepada Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
“Siasat semua nombor telefon yang Deepak hubungi. Kena serah semua nombor telefon yang dihubungi – Orang kanan Najib, Rosmah dan adik Najib. Beritahu semua.
“Dapatkan rekod (panggilan) antara Deepak dengan mereka. Kemuka apa yang ada dalam senarai,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini, hari ini.
Muka depan Suara Keadilan edisi 97 mendedahkan, Deepak dihubungi Rosmah melalui panggilan telefon antara jam 6 hingga 7 petang pada 3 Julai 2008 dan mengajaknya berbincang di rumah Datuk Seri Najib Razak.
Deepak kemudian mengatur pertemuan antara penyiasat persendirian, P Balasibramaniam dengan adik Najib, Datuk Nazim Razak di The Curve, Damansara pada pagi 4 Julai 2008 bagi menarik semula akuan sumpah pertama.
Justeru, Mahfuz mencadangkan polis untuk menghubungi semua syarikat telekomunikasi di negara ini untuk mempercepat siasatan.
“Saya hairan, Peguam Negara, polis yang cekap sebelum ini tiba-tiba senyap. SPRM dan polis tak ambil apa-apa tanggungjawab. Pendedahan Deepak bukan sahaja menyentuh Perdana Menteri dan keluarganya tetapi kepentingan negara,” katanya.

Banjir: 21,800 dipindah di Terengganu dan Kelantan

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan bertukar buruk petang ini apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di dua negeri Pantai Timur itu meningkat kepada 21,800 orang berbanding 14,930 pagi ini.
  
Pagi tadi keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang dilihat semakin pulih apabila lebih 4,000 mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
  
Banjir di Terengganu setakat petang ini telah meragut enam nyawa iaitu tiga di Kemaman, dua di Setiu dan seorang di Kuala Terengganu.
  
Menurut portal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air Sungai Golok di Rantau Panjang, Kelantan dan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau, Terengganu telah melebihi paras bahaya setakat pukul 5 petang ini.
  
Mangsa banjir di Pahang petang ini pula berkurangan kepada 435 orang berbanding 994 orang pagi tadi. Mangsa banjir di Johor kini seramai 13 orang di mana tiada mangsa banjir dicatatkan pagi tadi di negeri itu.
  
Di TERENGGANU, keseluruhan mangsa banjir yang berada di pusat penempatan banjir sehingga pukul 5 petang ini meningkat kepada 14,894 orang berbanding 8,173 orang pagi tadi.
  
Menurut portal banjir negeri, sebanyak lima pusat pemindahan baharu dibuka petang ini menjadikan keseluruhan 76 pusat pemindahan telah dibuka di negeri itu.
  
Di Kemaman jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan petang ini ialah seramai 9,601, Dungun (4,026) , Kuala Terengganu (935), Setiu (185), Hulu Terengganu (104), Besut (31) dan Marang (12).

3 lagi maut banjir di Terengganu


3 lagi maut banjir di Terengganu
Seorang penduduk Kampung Kederang, Permaisuri, Setiu, Mohd Khairulniza Adanan menunjukkan tempat mangsa ditemui.
 
KEMAMAN - Keadaan banjir di Terengganu khususnya di Kemaman kian buruk dengan tiga lagi terkorban, menjadikan mangsa lemas di negeri itu meningkat kepada enam orang.

Dalam kejadian di Kampung Hilir Pasir Gajah, Air Putih, mayat dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dadong, Mohd Ezami Hakim Mohamad, 15, dan rakannya, Muhammad Hafiz Mohd Nasir, 14, yang lemas ditemui kira-kira jam 10.30 malam tadi.

Kedua-dua mangsa lemas kira-kira jam 4.30 petang semalam semasa cuba menyelamatkan tiga rakan mereka yang dihanyutkan arus deras ketika mereka sekumpulan bermain air.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, namun begitu sewaktu mahu menyelamatkan rakan, kedua-dua mereka pula dihanyutkan arus dan hilang sementara tiga rakan mereka pula selamat kerana sempat berpaut pada pokok.

"Tempat mereka mengharung air sedalam kira-kira 0.5 meter dan berdekatannya terdapat parit.

"Susulan itu, usaha mencari dan menyelamat dilakukan polis dan bomba dengan kerjasama penduduk. Mayat Mohd Ezami Hakim dan Muhammad Hafiz ditemui kira-kira jam 10.30 malam, tidak jauh dari lokasi tempat mereka lemas," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Pemimpin Perkasa akui kerajaan BN lemah

KOTA BHARU: Lima bas disewa khas di mana dua berwarna biru dan tiga lagi bas pelancong digunakan bagi mengangkut peserta demontrasi anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) di perkarangan pejabat Mara pagi tadi.

Sebahagian wanita berpakaian tudung merah, seperti pakaian seragam Wanita Umno. Rata-rata berhujah yang hadir tidak sampai 1,000 orang, kebanyakannya warga emas.

Golongan muda hanya boleh dibilang dengan jari, mereka berada di satu penjuru pentas pidato (anak lori). Peserta yang tua berada di bawah bayangan pokok dan ruang parkir.

Biar pun pengerusi pada perhimpunan itu yang dikenali sebagai Ghazali memberitahu 5,000 hadir, agensi berita pula menulis 4,000. Namun rata-rata yang ditemui termasuk wartawan memberitahu tidak sampai 1,000 orang.

Perhimpunan itu mengundang kesesakan lalu lintas di kawasan pusat bandar Kota Bharu. Kelihatan ramai anggota dan pegawai polis.

Anwar Saman Utusan : Keputusan Ditangguh Sehingga Januari 22

Anwar Saman 01
KUALA LUMPUR 27 DIS: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menangguhkan sehingga 22 Januari tahun hadapan bagi keputusan kes saman RM 50 juta terhadap akhbar Utusan Malaysia oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk VT Singham membuat keputusan itu bagi menilai semula semua fakta kes berkenaan.
Anwar dalam pernyataan tuntutannya mendakwa akhbar Utusan Malaysia bertarikh 17 Januari lalu di muka hadapannya dan di muka surat 10 telah dengan salah dan berniat jahat, mencetak serta menerbitkan fitnah terhadapnnya.
Anwar mendakwa artikel Utusan tersebut yang bertajuk “Tolak Anwar-Hasan” memfitnahnya sebagai menghalalkan kegiatan homoksesual.
Dalam satu sidang media di luar mahkamah, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berharap suatu keputusan yang adil dapat diberikan oleh mahkamah supaya dijadikan panduan di masa hadapan oleh semua pihak.

Kristianofobia: Hanya sangkaan buruk Umno

Tegas Anthony, gesaan itu tetap diteruskan agar Kerajaan Persekutuan membenarkan perkataan Allah digunakan dalam semua Bible berbahasa Melayu.
PETALING JAYA: Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook menyifatkan kenyataan yang menuduh Lim Guan Eng sebagai pencetus perasaan ‘Kristianofobia’ di kalangan umat Islam di negara ini adalah satu sangkaan buruk oleh Umno.
Beliau berkata kenyataan Setiausaha Agung DAP yang menggesa Kerajaan Persekutuan membenarkan perkataan Allah digunakan dalam semua Bible berbahasa Melayu seperti di Sabah dan Sarawak hanya satu pandangan dan sewajarnya diterima.
Tegas Anthony, gesaan itu tetap diteruskan agar Kerajaan Persekutuan membenarkan perkataan Allah digunakan dalam semua Bible berbahasa Melayu.
Anthony turut menafikan dakwaan bahawa kenyataan Guan Eng itu akan menimbulkan perasaan ‘Kristianofobia’ seperti yang didakwa.
“Kata-kata sedemikian (Kristianofobia) hanyalah satu sangkaan buruk daripada Umno. Sedangkan kenyataan Guan Eng tersebut tidak memungkinkan untuk perasaan Kristianofobia ditimbulkan.
“Ia hanya sekadar pandangan dan apa yang beliau (Guan Eng) katakan itu akan diteruskan,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

JATI sedang menari mengikut rentak Umno !!

People POwer vs The Tyrany of the Status Quo

The PM likes to thump his chest to say he is PM to all.  He will say that whenever he is away from the UMNO crowd. When he is among the brethren, he will sound the most xenophobic of all Malays. he is the same person now as he was when he unleashed the Kris to say, this will bathe in Chinese blood. So why should Chinese, Christians and non-Christians even want to believe him? Can you believe a PM who even debases himself to declare officially open a public toilet?
He is the same person, who says we will defend what is ours to the last drop of his blood. The PMship, the government, the seat at Putrajaya do not belong to him. They belong to the rakyat.
A PM of the people does not go around saying, you help me, I help you. A PM of the people helps those around him because it is his duty, he is duty-bound and he helps because he can. He does not help because he expects some reciprocity not even the utterance of thank you. If he does and demand that, then we have an insincere and untrustworthy PM. This kind of PM deserves only our rejection.
Everyone else if he/she becomes PM, is PM for all. That kind of declaration isn’t Najib’s to monopolize. If Anwar becomes PM, he is PM of all. if Tengku Razaleigh is PM, he is PM to all. anyone who is PM is PM for all.

Tapis calon: Usah sangsi kami, kata panel SPRM

SHAH ALAM - Sepatutnya tidak timbul langsung sebarang pertikaian bersabit hasrat Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) yang mencadangkan tapisan dilakukan ke atas calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Apatah lagi, menurut ahli panel berkenaan, Datuk Seri Azman Ujang, ia adalah satu bentuk mekanisme yang baik untuk menangkis persepsi di kalangan rakyat bersabit amalan rasuah di kalangan calon-calon yang bertanding dalam PRU13 ini.

"Persepsi rasuah ini yang menyebabkan indeks persepsi rasuah di negara ini tidak seperti yang diharapkan. Jika sudah ditapis oleh SPRM, sekurang-kurangnya rakyat tahu mereka ini sudah ditapis SPRM," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Tambah beliau, panel tidak nampak cadangan berkenaan akan mendatangkan masalah atau pun mengundang tanggapan yang yang bukan-bukan kerana ia bertujuan memberi kebaikan kepada semua pihak.

"Itu sahaja. Kalau ada parti politik, kerajaan atau pembangkang, jika mereka tidak setuju, memang tidak logiklah sebab semua parti benci terhadap rasuah. Ini untuk mengelakkan prasangka dan seboleh-bolehnya calon itu bebas dari kes rasuah.

Rebat telefon untuk tolong syarikat kroni Umno, bukan anak muda

KUALA LUMPUR 27 Disember: Syarat rebat telefon pintar bernilai bawah RM500 menunjukkan Datuk Seri Najib Razak bukan mahu membantu anak muda sebaliknya mahu mengkayakan kroni yang terlibat dalam syarikat komunikasi.
“Ini bukan mahu tolong anak muda tapi nak tolong kroni syarikat telekomunikasi. Mereka yang akan dapat faedah. Pasti banyak untung daripada rebat ini.
“Kalau syarat macam ini, siapa anak muda yang hendak beli telefon pintar sedangkan harganya ribuan ringgit, bukan RM500,” kata Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon.
Perdana Menteri ketika membentang Bajet 2013 pada 28 September lalu, mengumumkan pemberian rebat RM200 pembelian telefon pintar kepada belia berusia antara 21 hingga 30 tahun.
Ia terbongkar selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam laman webnya, menyatakan itu hanya untuk telefon pintar yang berharga maksimum RM500 sebelum kenyataan berkenaan dipadam hari ini.

NGO desak henti bina Menara Warisan RM5 bilion

KUALA LUMPUR 27 DISEMBER: Pertubuhan Pertahankan Taman Merdeka Negara (PTMN) mendesak kerajaan Umno BN menghenti segera projek pembinaan Menara Warisan setinggi 118 tingkat di Taman Merdeka Negara di sini.
Pengerusinya, Ishak Surin berkata, pembinaan menara itu suatu pembaziran selain, mengakibatkan kerosakan terhadap bangunan bersejarah di sekitarnya.
“Projek itu harus dihenti segera dan kawasannya keseluruhan perlu diwarta sebagai Tapak Warisan Kebangsaan mengikut Akta Warisan Negara (2005).
“Ia wajib dipulangkan kepada rakyat sebagai tapak awam sebagaimana sebelum merdeka,” katanya ketika sidang media Tolak Menara 118 Tingkat di Dewan Perniagaan Cina Selangor-Kuala Lumpur (KLSCAH), tengah hari ini.
Turut hadir ialah Naib Pengerusi PTMN, Victor Chin, Setiausaha PTMN, Chai Chik Ying, wakil Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM), Jayanath Appudurai. PTMN pada 5 Januari ini mahu mengadakan acara Pelancaran Tolak Menara 118 di Stadium Chin Hoo bermula jam 7 hingga 10 malam.
Dalam pembentangan Bajet 2012, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembangunan Warisan Merdeka bernilai RM5 billion dalam 3 fasa selama 10 tahun bermula dengan menara setinggi 118 tingkat di Taman Merdeka Negara.

Jangan Flip-Flop, Utamakan Kebolehan Tempatan Dalam Pengajaran BI

Debat Yayasan Selangor Halimah ali 2
SHAH ALAM 27 DIS : Kerajaan Pusat seharusnya mengutamakan pengambilan graduan tempatan dan menambah baik sistem pembelajaran di negara ini sebelum bertindak mengambil guru dari lua negara untuk mengajar Bahasa Inggeris.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah di sekolah-sekolah mungkin berpunca daripada sistem pembelajaran itu sendiri.
Pada masa yang sama, terdapat beribu graduan daripada institut pendidikan yang masih belum mendapat pekerjaan walaupun mendapat keputusan yang baik.
Kerajaan Pusat juga pernah bersikap “flip-flop” dalam membuat keputusan tetang pembelajaran Bahasa Inggeris.
Ini dilihat dalam dasar pembelajaran sains dan matematik di dalam Bahasa Inggeris yang dilaksanakan zaman bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed yang kemudiannya dibatalkan pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Oleh itu, kata Dr Halimah, Kementerian Pelajaran sepatutnya mengkaji perlaksanaan itu sebelum membuat pengumuman.
“Jangan disebabkan kita pergi lawatan ke India, terus berminat untuk mengambil orang dari sana untuk dibawa masuk mengajar di sekolah kita.
“Ia perlu dikaji semula.Kita tidak mahu fenomena flip flop polisi, kejap ada kejap tiada. ” katanya ketika ditemui.

Himpunan 1 Juta Rakyat di stadium sahut seruan PM


KUALA LUMPUR: Angkatan WargaAMAN Malaysia (WargaAMAN) merasa kecewa apabila pihak penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) masih tidak mendapat sebarang respons daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung permohonan menggunakan Stadium Merdeka pada 12 Januari depan.

Setiausaha Agungnya, S.Barathidasan berpendapat pihak DBKL dan polis tidak mempunyai masalah untuk memberi kelulusan kerana pihak penganjur hanya menyahut saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mahu rakyat berhimpun di stadium jika ingin menyatakan sebarang tuntutan terhadap kerajaan.

“Secara terang-terang ini membuktikan keikhlasan serta sikap murni pihak penganjur yang sedia bekerjasama dan menghormati saranan Perdana Menteri untuk berkumpul di Stadium Merdeka,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, ujarnya WargaAMAN meminta agar pihak kerajaan, DBKL dan polis jangan berdolak dalik dan berselindung di sebalik pelbagai alasan seperti akan berlaku huru-hara kononnya, mencetuskan pergaduhan, kemusnahan harta benda, kesesakan lalu-lintas serta bermacam-macam alasan.

Deepak: PAS cadang serah memo kepada Agong

KUALA LUMPUR: PAS bercadang menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah berhubung pendedahan usahawan Deepak Jaikishan.

Penyerahan itu akan dilakukan jika agensi berkaitan seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara terus membisu dengan pendedahan Deepak tersebut.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, berkata pihaknya memberi masa sehingga dua minggu untuk agensi-agensi terbabit memulakan siasatan terhadap pendedahan yang dilakukan usahawan karpet berkenaan.

"Kita memberi tempoh sehingga dua minggu untuk SPRM, polis dan Jabatan Peguam Negara memberikan respons berhubung pendedahan Deepak ini.

"Jika tidak, kita tidak teragak-agak untuk menyerahkan memorandum ke bawah Yang Dipertuan Agong terhadap ketiga-tiga agensi," tegas beliau pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Pengerang: MB membisu, NGO Mantap ke mahkamah

 
KUALA LUMPUR: PAS mempersoal sikap Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman yang masih membisu berhubung isu Projek Petrokimia Bersepadu (Rapid).

Menurut Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub (gambar), sehingga kini sudah beberapa kali surat dihantar malah kunjungan ke pejabat menteri besar juga telah dibuat namun Abdul Ghani tidak mahu bersemuka dengan wakil penduduk dan NGO yang memperjuangkan isu itu.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Bertindak Pengambilan Tanah Pengerang (Mantap) berkata, sekarang ini timbul pula masalah apabila kerja-kerja pengalihan kubur Islam dilakukan.

Katanya,penduduk tidak berpuas hati dengan operasi menggali kubur itu yang didakwa dilakukan tanpa memaklumkan kepada waris dan juga penduduk.

"Kenapa kerajan negeri khususnya menteri besar membisu. Tidak langsung mahu bertemu dengan penduduk dan NGO kita.

"Mereka secara senyap-senyap telah melakukan pemindahan (kubur) ini," katanya.

Sidang media TGNA | 26 Dec 2012

Banjir di Pantai Timur semakin pulih pagi ini

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang semakin pulih apabila lebih 4,000 mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, pagi ini.
  
Seramai 15,674 mangsa berada di pusat pemindahan banjir negeri masing-masing pada pagi ini berbanding 19,958 mangsa malam tadi.
  
Di TERENGGANU, jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan sehingga pukul 9 pagi tadi adalah seramai 8,173 berbanding 11,489 orang malam tadi.
  
Menurut portal banjir negeri, 71 pusat pemindahan masih dibuka di Terengganu pagi ini berbanding 147 malam tadi.
  
Keadaan banjir di daerah Marang dan Besut bertambah baik apabila lebih banyak pusat penempatan banjir ditutup dan mangsa dibenarkan pulang, manakala daerah lain tidak menunjukkan perubahan yang ketara.

Di Besut jumlah mangsa yang masih berada di pusat penempatan ialah 121 orang, Marang (23), Kemaman (4,027), Dungun (2,130), Kuala Terengganu (1,021), Setiu (566) dan Hulu Terengganu (285).
  

Rebat RM200 hanya untuk telefon pintar harga RM500

KUALA LUMPUR 27 DIS:  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan bahawa rebat RM200 untuk telefon pintar  yang diumumkan dalam Bajet 2013 hanyalah untuk telefon pintar yang berharga maksimum RM500.
SKMM telah menerbitkan kriteria berikut dalam laman webnya:
-    Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.
-  Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah.
-    Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500.
-    Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baru.
-    Hanya satu telefon pintar untuk seorang belia.
Menurut notis yang disiarkan semalam, program rebat di bawah Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) telah diperuntukkan sejumlah RM300 juta oleh kerajaan yang akan memberi manfaat kepada 1.5 juta belia, lapor Malaysiakini.

Penafian Isa perlu difahami 'sebaliknya', kata Mazlan

KUALA LUMPUR: Kenyataan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang menafikan beliau melobi untuk jawatan pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) disifatkan sebagai 'baling batu sembunyi tangan'.

Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, beliau tidak pelik dengan penafian Isa itu malah menganggapnya 'skrip lama' yang digunakan untuk menempatkan diri beliau dalam jawatan tertinggi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV).

"Sewaktu dia 'promote' FGV, dia juga nafi bahawa dia ada kepentingan. Tapi akhirnya dia yang jadi pengerusi FGV.

"Dia juga kata tidak akan sentuh sedikitpun aset peneroka. Akhirnya dia tubuh syarikat Felda Asset Holdings yang pegang 20% kepentingan peneroka dalam FGV yang dia sendiri jadi pengerusi," kata Mazlan kepada Harakahdaily.

A-G sudah tangguh prosiding AES, JPJ jangan kutip kompaun, gesa Mahfuz

Mahfuz berkata JPJ tak sepatutnya kutip kompaun AES sebab ia telah ditangguhkan. – Gambar fail
KUALA LUMPUR, 27 Dis — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak seharusnya mengutip kompaun saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) daripada pesalah memandangkan Jabatan Peguam Negara (AGC) telahpun menggantung prosiding mahkamah, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar. Ahli Parlimen Pokok Sena itu menegaskan tindakan JPJ mengutip kompaun AES bakal menyebabkan lambakan kes prosiding di mahkamah, memandangkan pesalah trafik tersebut akan membawa kes berkenaan ke mahkamah.
“Sepatutnya, JPJ tak boleh kutip kompaun sebab ia telah ditangguhkan AGC,” tegas Mahfuz ketika sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini.
Jelas beliau kepada pemberita, AGC telah pun mengeluarkan kenyataan terdapatnya masalah teknikal dalam proses perundangan di mahkamah, dan JPJ seharusnya mengeluarkan kenyataan untuk menghentikan kutipan kompaun sehingga AGC mengumumkan tarikh terbaru untuk prosiding di mahkamah di teruskan.
“Bila saman (AES) berlaku penangguhan dari segi teknikal di mahkamah, JPJ tak boleh kutip kompaun... ini tidak wajar, prosiding di tangguh tetapi kompaun dikutip.

Sesi tinjauan DAP di Bentong dicemari pergelutan kecil

Sesi tinjauan DAP Pahang di Kampung Baru Manchis, Bentong semalam telah dicemari oleh pergelutan kecil apabila kumpulan itu bertembung dengan sekumpulan ahli MCA.

NONEAhli MCA, Lee Shu Hwa pergi menemui kumpulan yang diketuai pengerusi DAP Negri Sembilan, Anthony Loke DAP, dengan membawa keratan akhbar yang menyiarkan isu-isu yang membabitkan kawasan parlimen Rasah.

Shu Hwa menuntut penjelasan Loke mengenai rancangan ahli
parlimen DAP itu untuk menyelesaikan beberapa isu-isu tertunggak di kawasan Parlimen Rasah yang diwakilinya.

mca dap scuffle in bentong 261212Apabila Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah cuba
campurtangan, abang Shu Hwa - Ah Kaw yang merupakan ketua MCA Kampung Manchis - didakwa mula bertindak kasar.

Satu klip video insiden yang dimuat naik oleh penyokong DAP memaparkan Ah Kaw menarik lengan baju Leong dari belakang.

Satu pergelutan pendek tercetus apabila ketua DAP Bentong, Ching See Tai cuba menghalang Ah Kaw. Shu Hwa bertindak balas dengan menolak Ching.

Ketika Dihubungi petang semalam, Ah Kaw menafikan dakwaan pemimpin DAP bahawa adiknya Shu Hwa cuba menolak Ching ke tanah dan telah merosakkan mikrofon DAP.

Katanya, beliau mempunyai bukti fotografi untuk menyokong dakwaannya.