Rabu, 26 Disember 2012

KUBUR ISLAM PENGERANG DIGALI Tanpa Pengetahuan WARIS


Pada 22hb Disember, Gabungan NGO Pengerang (GNP) telah menerima aduan daripada seorang pemilik tanah di Kampung Sebong bahawa tanahnya telah diceroboh oleh dua syarikat, iaitu ICEDECOR BINA SDN. BHD. dan PIJ HOLDING SDN. BHD. Beliau telah membuat laporan polis pada hari yang sama. Beliau beritahu kami bahawa rasa tidak puas hati kerana dia tidak pernah menerima notis pengambilalihan tanah atau Borang E dari mana-mana pihak sebelum ini.

Selepas itu, tuan tanah tersebut membawa laporan polis ke tanah miliknya untuk menghentikan kerja-kerja penggalian kubur. Kakitangan kontraktor juga tergesa-gesa untuk mengemaskan alat-alat kerja selepas menggali 5 kubur. Sebuah kubur yang sedang digali juga dikebumikan sebelum mereka meninggal tapak perkuburan tersebut. Kami juga mendapati beberapa batu nisan yang kontraktor tidak sempat ambil telah ditinggalkan di tempat tersebut.

Penggalian kubur di Kampung Sebong telah dihentikan kerana penduduk kampung melaporkan polis.

Antara batu nisan yang dicabut ditinggalkan di bawah pokok.

Pada 23hb Disember, seorang ahli Gabungan NGO, En. Yusoff, telah memasuki kawasan penggalian kubur di Kampung Jawa Darat untuk mendapat maklumat yang selanjut. Wakil dari JPDC (JOHOR PETROLEUM DEVELOPMENT CORPORATION) menjamin bahawa semua kubur yang digali tidak mempunyai waris. Baliau juga berkata, sekiranya kubur berwaris digali, kontraktor akan memikul tanggungjawab sepenuhnya. Pada masa yang sama, seorang jurugambar telah dihalau dari kawasan penggalian kubur tersebut. Pada waktu petang, bendahari GNP, Chua Peng Sian, telah menerima satu panggilan dari seorang Inspektor di IPD Kota Tinggi. Pegawai tersebut meminta beliau supaya jangan campur tangan dalam isu penempatan semula perkuburan Islam.

Janji Auta BN

Pakatan Rakyat jangan gopoh mengambil bola tanggung

Samada negara itu kekal sebagai sebuah negara yang aman dan sentosa buat selama-lamanya, bergantung kepada rakyatnya. Rakyat lah yang boleh membina dan rakyat jugalah yang boleh memusnahkannya. Setiap negara, apatah lagi negara yang majmuk seperti Malaysia ini, perpaduan semua kaum itu adalah ‘ultimate’ dan jika kurang dari itu ia tidaklah sebuah negara yang aman untuk di diami.
Rakyat semua kaum tidak boleh menyalahkan di antara satu dengan lain kerana kewujudan kaum yang berbilang itu adalah kewujudan ciptaan Tuhan yang Maha Esa.. Menyalahkan keadaan itu serupalah menyalahkan Tuhan yang Maha Pencipta. Bukankah kita di cegah dari mengeluh dan murung dengan kejadian Tuhan ini?
Jika kita akui hakikat ketuhanan ini, maka kita wajar berusaha untuk mengenali rakyat senegara yang terdiri dari semua kaum ini dan berusaha untuk menghormati dan hidup bersama-sama dengan aman dan berbaik sangka di antara satu dengan lain. Maka perjuangan untuk bersama-sama hidup dengan aman damai di antara kaum itu merupakan ibadah yang amat besar nilainya di sisi agama dan Tuhan.
Usaha ini bukannya usaha yang mudah kerana politik perkauman yang di jaja oleh setengah pihak menyebabkan tidak dapat tidak kita terpaksa akui yang rakyat masih menyebelahi satu-satu tindakan politik berdasarkan perkauman. Walaupun pada zahiriahnya pimpinan UMNO bercakap lantang tentang perpaduan kaum tetapi bagi pengikut-pengikutnya ia tetap bermain dengan isu perkauman. Tindakan saya menyertai DAP awal tahun ini telah menyebabkan banyak komen-komen dari ahli-ahli UMNO dalam blog saya membidas saya kerana mereka tidak suka saya bersama DAP kerana DAP itu kata mereka adalah parti Cina.

Muslimat Pas di 'gear 5' hadapi PRU13


Siti Zailah
Siti Zailah... 'PRU kali ini memang kita jangka paling kotor'. 
 
DALAM menghampiri pilihan raya, Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd Yusoff yakin mengatakan sayap parti yang kedua terbesar di Malaysia itu kini berada dalam gear lima bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ahli Parlimen Rantau Panjang ini berkongsi aspirasi dan perancangan Muslimat Pas dalam mengatur langkah bersama komponen parti dalam Pakatan Rakyat (PR) menuju ke Putrajaya.

Sejauhmanakah perancangan itu diyakini beliau mampu meyakinkan rakyat terutamanya penyokong Pas. Ikuti wawancara bersama Sinar Harian Online baru-baru ini.

SINAR HARIAN ONLINE: Muktamar baru melabuhkan tirai, berapa peratus persiapan dan keyakinan Muslimat untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU)?

SITI ZAILAH: Setakat ini persiapan Dewan Muslimat Pas untuk menghadapi PRU13 sudah berada pada ‘gear lima’. Sebenarnya Dewan Muslimat dan seluruh jentera Pas sudah menunggu PRU13 ini sejak dari tahun lepas lagi.
Bahkan bukan sahaja kami dari Dewan Muslimat, malahan seluruh rakyat sebenarnya masih tertunggu-tunggu tarikh Parlimen akan dibubarkan.
Insya-ALLAH setakat ini, setakat ini kita Muslimat dan seluruh ahli sudah bersedia. Persiapan kita insya-ALLAH lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini dengan pengalaman yang kita ada, insya-ALLAH semuanya berjalan lancar.
Perincian mengenai  persiapan itu tidaklah dapat saya dedahkan kerana ia adalah strategi kami dami dalam dalam pilihan raya kelak. Kesimpulannya kami sudah bersedia.


SINAR HARIAN ONLINE: Ada pihak mendakwa, pada Muktamar Pas yang berlangsung bulan lalu, isu-isu yang dibawa oleh Muslimat agak hambar dan tidak menjurus kepada persiapan pilihan raya. Komen YB?

MCA main isu perkauman macam Umno


TEMERLOH: Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah (gambar) mendesak MCA berhenti meniru cara Umno dengan memainkan isu perkauman dan fitnah iaitu DAP diperkuda oleh PAS.
Dalam sidang medianya di pejabat PAS Pahang semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Triang berkata, MCA ternyata kehabisan modal politik walaupun terpaksa meniru Umno sehingga memecahbelahkan masyarakat Cina.

Beliau mengulas satu isu majlis makan malam di Telemong, Bentong yang sudah tiga minggu dimainkan oleh MCA dalam akhbar berbahasa Cina dan Inggeris.

Majlis makan malam itu dianjurkan DAP Bentong pada 17 November lalu.

Menurut Leong, seorang ahli DAP telah menaja majlis nyanyian dengan dua orang penyanyi dan pada masa itu Setiausaha PAS Kawasan Bentong Junaidi Ishak, hadir mewakili PAS.

“Apa yang berlaku ialah penyanyi pertama telah mengambil masa yang lama sehingga 20 minit membuat persembahan. Oleh kerana banyak acara lagi selepas itu, penganjur telah membatalkan persembahan penyanyi kedua.

Banjir Terengganu: Korban kedua, seorang masih hilang

KEMAMAN - Kejadian banjir di Terengganu meragut satu lagi nyawa hari ini apabila seorang remaja lemas ketika bermain air banjir di kawasan perumahan Bukit Mentok, di sini petang ini.
Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu mangsa Mohd Hamidi Abdul Hamid, 15, dan seorang rakannya, dipercayai bermain dan mendayung sampan berhampiran rumahnya.
Ketua Polis Daerah Kemaman Che Suza Che Hitam berkata seorang lagi rakan mangsa yang belum diketahui identitinya pula turut dilaporkan hilang dan belum dapat dipastikan lagi nasibnya.
"Kejadian itu disedari keluarga mangsa setelah hampir dua jam mangsa tidak pulang ke rumah.
"Keluarganya melihat sampan yang dinaiki mangsa kosong dan lantas mencari mangsa di kawasan sekitar.
Menurutnya ahli keluarga mangsa bagaimanapun berjaya menemui mangsa kira-kira 4.30 petang tadi berhampiran sampan berkenaan.
Panik dengan kejadian itu bapa mangsa memanggil Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) lalu menghantar mangsa ke hospital dan pihak hospital mengesahkan mangsa telah meninggal.
Difahamkan kediaman mangsa di taman perumahan itu ditenggelami air sedalam 1.5 meter berikutan hujan lebat sejak dua hari lalu.
Dalam pada itu Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang turut melawat mangsa banjir di daerah ini hari ini berkata banjir yang melanda daerah Kemaman tahun ini adalah antara banjir terburuk sejak lebih 30 tahun lalu. - Bernama

Banjir makin buruk, mangsa dipindah 17,443, 2 Maut di Terengganu.


Banjir semakin buruk, mangsa 17,443
Anggota bomba membantu memindahkan mangsa banjir di Kampung Sebidang, Bendang Pak Yong, Tumpat hari ini. - Foto Bernama

Keadaan banjir yang melanda negeri di Pantai Timur semakin buruk dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan di Kelantan, Pahang dan Terengganu meningkat kepada 17,443 petang ini berbanding 13,746 orang pagi tadi.

Keadaan banjir di Terengganu paling buruk apabila jumlah mangsa meningkat kepada 10,412 orang petang ini berbanding 6,550 pagi tadi.

Menurut portal banjir negeri, mangsa yang paling ramai dipindahkan sehingga 6 petang ini ialah di daerah Besut seramai 2,666 orang diikuti Kemaman (2,272 orang), Dungun (1,983 orang), Hulu Terengganu (1,390 orang), Besut (1,088 orang), Kuala Terengganu (807 orang) dan Marang (206 orang).

Sehingga tempoh itu, 30 pusat pemindahan dibuka di Setiu, Kemaman (23), Dungun (29), Hulu Terengganu (16), Besut (10), Kuala Terengganu dan Marang (masing-masing 7).

Setakat ini, banjir di Terengganu meragut dua nyawa, iaitu seorang wanita Samhanim Ramli, 36, yang lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Lanjut di Jambatan Permaisuri, Setiu semalam dan terbaharu, seorang remaja Mohd Hamidi Abdul Hamid, 15, yang lemas ketika bermain air di kawasan perumaham Bukit Mentok pada kira-kira 2 petang.

Tiada Mangsa Korban Tanah Runtuh Di Jabor


Tiada Mangsa Korban Tanah Runtuh Di JaborKEMAMAN – Jalan masuk utama Jabor-Jerangau ke Air Puteh di Kilometer 139 kini sudah boleh digunakan selepas kerja membaik pulih jalan terbabit yang terjejas akibat runtuhan tanah awal pagi ini selesai dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Che Suza Che Hitam ketika dihubungi Bernama berkata, jalan tersebut dibuka kira-kira 5 petang ini dan turut terbabit dalam runtuhan tanah itu ialah sebuah lori dan lima kenderaan jenis sedan.
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu dan kini jalan sudah boleh dilalui semua jenis kenderaan,” katanya.
Katanya dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi ini tebing jalan setinggi 12 meter runtuh dan menimbusi jalan sepanjang 50 meter.
Menurutnya runtuhan itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat sehingga menyebabkan berlaku pergerakan tanah. – BERNAMA

32 rahsia penting Yahudi

1. Tahukah anda bahawa selain bangsa Yahudi, dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?

2. Tahukah anda bahawa setiap bangsa  yahudi yang ada di setiap negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara automatik. Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar Palestin.

3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khusus untuk membezakan antara bangsa Yahudi dan bukan Yahudi.

4. Tahukah anda bahawa Jerusalem bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi Bukit Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan bahagian dari Israel

5. Tahukah anda bahawa Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk bangsa Yahudi dan membahagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel. Secara realiti, Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk Yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya diagihkan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu

6. Tahukah anda bahawa Amerika memperuntukkan 5 juta US dari penghasilan cukainya setiap tahunnya untuk menyumbang kepada Israel

7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel berjumlah 1.8 juta US $ setiap tahun dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua Afrika.

Harapan Rakyat 2013 : Tambah program bantuan, selesai masalah infrastruktur

tunas sg pelek halimah 01
SHAH ALAM : Rata-rata rakyat Selangor berpuashati dan mendapat manfaat daripada program Kerajaan Negeri yang ditawarkan sepanjang 2012 seperti bantuan persekolahan (Kembali Ke Sekolah), Bonus Selangorku TAWAS dan Skim Air Percuma.
Di samping mengharapkan agar bantuan untuk golongan bawahan diperbanyakkan dan diteruskan tahun depan, mereka juga berharap agar Selangor boleh memperbaiki dan memberi kemudahan infrastruktur di bawah kawalannya.
Contohnya Nasaruddin Mohd Yusof, tidak pernah membayar bil air sejak Kerajaan Negeri memperkenalkan skim air 20 metre padu percuma empat tahun dahulu.
“Harapan pada 2013 pula, semoga PR kekal mentadbir Selangor dan menang di Putrajaya supaya dapat tumpu program membela nasib pekerja swasta yang berpendapatan rendah seperti saya,” ujar pegawai keselamatan, 39 tahun itu.
Beliau juga berharap agar Kerajaan Negeri memperbanyakkan lagi sekolah agama dan lebih tegas membenteras kegiatan mesin judi di seluruh Selangor.
Di samping mendapat manfaat dari skim air percuma, Sembagavalli Kaniapan, 35, turut menikmati faedah dari program ‘Kembali Ke Sekolah’ yang diwujudkan Kerajaan Negeri.
“’Kembali Ke Sekolah’ ini juga banyak membantu meringankan beban saya, lebih-lebih lagi harga barang semakin mahal dan dengan penjimatan ini saya dapat biayai keperluan lain,”katanya.

Sambutan poskad ‘Tanya Rosmah’ hangat, cetakan Mandarin diedar

KUALA LUMPUR 26 Dis: Poskad ‘Tanya Rosmah’ kini diterjemah ke dalam Bahasa Mandarin dan akan diedar ke seluruh negara, kata Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon.
“Sambutan kempen poskad sehingga sekarang sangat menggalakkan. Orang ramai bukan sahaja tanda tangan dengan nama sendiri atas poskad. Malah mereka faham dengan isu dari tiga soalan yang ditanyakan, dan mereka menambah sendiri soalan untuk dijawab Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri.
“Ketika edaran dibuat, ramai yang tahu tentang kempen AMK ini. Mereka ketawa dengan cara kreatif ini,” kata Khai Loon kepada Keadilan Daily.
Tambahnya, beliau bersama AMK Pulau Pinang turut berkempen dan mengedarkan poskad tersebut di atas Bukit Mertajam, dekat Cheruk To’ Kun sambil membawa replika poskad, Ahad lalu.
“Ia juga peluang kita berjumpa masyarakat sambil mengedar risalah ’100 Hari Janji Pakatan Rakyat’ dan mengajak orang ramai turun ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka 12 Januari depan,” katanya.
Dalam pada itu, Khai Loon memberitahu, setiap AMK Cabang dan Negeri telah dihantar kit maklumat kempen edaran poskad ‘Tanya Rosmah’.

RAPAT KEMUNCAK MENGIRA DETIK #KL112 | 11JAN | 8.40MLM | KSS KG BARU | K.LUMPUR


Jelajah #KL112 #12 KUALA LUMPUR
Kenyataan Umum
26 Disember 2012
RAPAT KEMUNCAK MENGIRA DETIK #KL112
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari ini melancarkan Jelajah Anak Muda Mobilisasi #KL112 – 1 Juta Rakyat. Siri jelajah yang merangkumi 12 venue di seluruh negara yang mengandungi perbagai program menumpukan mobilisasi anak muda untuk merialisasikan 1 juta rakyat turun bersama dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat yang jatuh pada tanggal 12 Januari 2013 bertempat di Kuala Lumpur.
Himpunan 12 Januari 2013 atau #KL112 akan mencipta sejarah himpunan perpaduan rakyat terbesar dalam negara, dengan menampilkan seluruh tuntutan yang tidak dipeduli oleh regim pemerintah maka rakyat hadir dari pelbagai lapisan masyarakat menunjuk menifestasi berbentuk kemarahan secara aman.
Bagi tujuan melancar mobilisasi yang ampuh, satu rapat Kemuncak mengira detik #KL112 akan diadakan bagi tujuan menimbulkan mood ‘pesta tuntutan rakyat’ dan memberikan pengarahan terakhir agar himpunan majoriti peserta himpunan memahami pengarahan untuk esoknya dan menjamin kelicinan dan kejayaan himpunan.
Dengan ini diumumkan ;
RAPAT KEMUNCAK MENGIRA DETIK #KL112
11 Januari 2013
8.40 malam (acara bermula 5 petang)
Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur

Cops: 6P fiasco probe ‘almost’ done

Investigations into a company accused of exploiting and assaulting dozens of Bangladeshi workers nearing completion, says district police chief.

PETALING JAYA: Police are wrapping up investigations against a government-appointed firm in the 6P amnesty programme accused of human trafficking related and cheating offences.
Cheras district police chief ACP Mohan Singh Tara Singh said that statements from all relevant parties have been recorded but refused to divulge details on the investigations.
“We won’t reveal more. We will be referring the case to the DPP [deputy public prosecutor]‘s office soon, probably within this week, and seek further instructions,” he said.
He added that this would be the second time the investigation papers will be handed to the DPP as the first time around, more investigations were required to ‘tighten up’ the case.
Asked if police recorded statements from all the directors of the company, which previous reports showed links to Umno, an ex-home minister and a current MP, Mohan replied: “No comments.”
However, he said that police would investigate all aspects, including utilising Section 12 of the Anti-Trafficking in Persons (ATIP) Act 2007 as well as Section 420 of the Penal Code.
The first covers a wide range of offences, including the use of force, threat, abduction and deception, and the latter is for cheating offences.
Three foreigners were arrested in connection with the investigations and released later, with police saying they were hunting down another suspect, apparently more vital to the case.
But Mohan today declined to say how many arrests or statements in total have been recorded, and only said, “investigations are almost complete.”
Workers cheated

2012: The year of SEX SCANDALS

The word "sex" has probably been spoken or written about more this year than in any other year in Singapore and Malaysia,
From neighborhood coffee shops to office pantries to dinner parties, sex scandals involving top leaders, civil servants, teachers and other high-fliers fuelled many a conversation for an entire year and kept both nations riveted.

2012: The year of SEX SCANDALS 'I work hard for my money' - actress accused of being Minister's RM1.5mil mistress

Even as the clock ticked down on a 7-day deadline, popular Malaysian actress Zahida Rafik was unfazed. Perhaps she knew she would be 'well-protected and announced plans to take legal action against her accusers.
With an imperious toss of her head, the starlet dismissed allegations that she had received RM1.5 million from an Umno minister with whom she was said to be in an "intimate relationship" and who had splurged RM3 mil to buy her a luxury bungalow in Ampang.
The scandal came to a boil after Opposition lawmakers, PKR MP for Ampang Zuraida Kamaruddin and PKR MP for Subang Sivarasa Rasiah, told a press conference that the minister, a Muslim, had lavished RM1.5 million on the actress over a period of just 4 months.
They urged the minister to come clean and account to the public on how he could afford such a lifestyle on his Cabinet pay. Otherwise, they would reveal his identity. Even though the PKR leaders have not revealed any names yet, the alleged affair has been an open secret for months, especially after the actress's driver lodged a police report exposing the duo.
The driver, Noor Azman Azemi, lodged the complaint on March 13, following an accusation by the actress that he had absconded with RM200,000of her company's funds. He claimed that the Umno minister, who hired him, had an "intimate relationship" with Zahida spanning three years.
Afraid of reprisals, a relative of the driver then sought Zuraida's help and gave her a copy of the report. In the police report, the driver called himself the "trusted middleman" who helped channel the funds into the personal account of the actress.
Let Allah be my judge

351 peneroka saman Felda, tuntut RM200 juta

Felda Palm Industries didakwa berniat jahat dan sengaja menurunkan KPG sehingga enam peratus bertentangan dengan kadar sepatutnya.

PETALING JAYA: Seramai 351 peneroka Felda Mempaga 1, 2, dan 3 serta Felda Bukit Damar, Pahang hari ini memfailkan saman menuntut ganti rugi keseluruhan kira-kira RM200 juta terhadap Felda kerana menipu kadar perahan gred (KPG) sawit.
Saman difailkan melalui Tetuan Daim dan Gamany di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang pagi tadi menamakan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sebagai defendan pertama dan Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai defendan kedua.
Plaintif dalam writ saman antara lain mendakwa, Felda Palm Industries berniat jahat dan sengaja menurunkan KPG sehingga enam peratus bertentangan dengan kadar sepatutnya dengan tujuan untuk menurunkan harga setiap tan buah sawit.
Peneroka terbabit turut mendakwa wujud konspirasi antara defendan pertama dan kedua menyalahgunakan kaedah penggredan untuk memastikan KPG diturunkan, selain menjual buah sawit dibawah KPG yang sepatutnya tanpa pengetahuan plaintif.
Disebabkan itu, plaintif mendakwa setiap mereka mengalami kerugian sebanyak  RM30,912 pada tahun 2008.
Manakala bagi buah yang ditahan tapi tak dilupuskan, setiap peneroka telah kehilangan pendapatan sebanyak RM1345.63 (RM560.08 setan).
“Kerugian kesemua plaintif untuk tahun 2008 lebih kurang RM11.322 juta,” writ saman itu menyebut.
Ganti rugi

KEADILAN bongkar Umno BN seleweng peruntukan hospital

KUALA LUMPUR 26 Dis: Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri bakal membongkar penyelewengan dan penipuan Umno BN terhadap projek hospital kerajaan, khususnya mengenai peruntukan katil buat pesakit dan hospital baru yang gagal dibina untuk setiap negeri.
Beliau berkata, kerajaan sepatutnya menyediakan peruntukan 60,000 katil hospital untuk lebih 28 juta rakyat, tetapi perjanjian itu dilanggar apabila jumlah yang disediakan tidak mencukupi.
“Apa yang berlaku sekarang, hanya ada 30,000 katil di setiap hospital seluruh negara, iaitu separuh daripada yang diperuntukkan,” jelasnya kepada Keadilan Daily.
Bagaimanapun, kata Yahya, butiran lanjut mengenai penyelewengan tersebut akan didedahkan beliau pada sidang media 2 Januari.
Ketua Cabang Tanjung Karang itu turut mempertikai pengumuman kerajaan untuk membina hospital di setiap negeri, tetapi hingga sekarang proses pembinaan masih tidak berjalan.
“Konon beriya-beriya umum, buat acara pecah tanah dan sebagainya. Tapi pembinaan tak ada.
Itu yang saya nak persoalkan nanti, dan saya ada jawapan untuk kedua-dua isu ini,” katanya.
“Ia juga bagi menunjukkan janji kerajaan untuk menyediakan khidmat kesihatan yang cemerlang kepada rakyat tidak ditunaikan,” sambung beliau.

‘Latihan undi BN untuk Orang Asal’, Pengerusi SPR mesti letak jawatan

KUALA LUMPUR 26 Dis: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mesti letak jawatan kerana membenarkan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) mengadakan ‘latihan mengundi BN’ kepada masyarakat Orang Asal di Tapah, Perak.
Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Maria Chin berkata, membiarkan perkara itu bermaksud memberi izin kepada parti politik untuk salah guna dan seleweng jentera kerajaan.
“Pengerusi SPR mesti letak jawatan. Apa yang berlaku bersalahan dengan undang-undang. Membiarkan JAKOA mengadakan ‘latihan mengundi BN’ sangat menjijikkan,” katanya kepada Keadilan Daily.
“Membenarkan latihan tersebut diteruskan bermakna memperlekeh hak Orang Asal. Ini tindakan intimidasi kepada kelompok yang terpinggir,” tegas Maria.
“Pihak yang terlibat seperti sengaja memilih kumpulan masyarakat ini. Tidak mustahil perkara sebegini boleh terjadi di Sabah dan Sarawak,” bimbangnya.
Dalam pada itu, kata Maria, Bersih dan 82 NGO yang bernaung di bawahnya akan membincangkan mengenai tindakan ke atas laporan tersebut.

K’jaan perlu jelaskan ‘latihan undi BN’ untuk Orang Asal Perak

IPOH 26 Dis: Pakatan Rakyat Perak memohon penjelasan kerajaan berhubung satu program yang disifatkan ‘latihan mengundi BN’ kepada masyarakat Orang Asal di Tapah yang membabitkan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
Mereka mendakwa program tersebut diadakan secara bersiri sejak bulan lalu di semua perkampungan Orang Asal di sepanjang Jalan Pahang Tapah.
Dalam program yang turut dihadiri pemimpin BN itu kata mereka, penduduk Orang Asal diberikan dua kertas undi (gambar), mirip kertas undi sebenar untuk pilhan raya umum.
Kemudian ujar mereka, masyarakat Orang Asal itu dipaksa memangkah BN dalam kertas undi itu di hadapan pegawai JAKOA dan seorang Adun BN yang turut serta dalam program itu.
“Satu kertas undi adalah undian untuk Parlimen Tapah dan satu lagi kertas undi DUN Chenderiang.
“Penduduk dipaksa memangkah Barisan Nasional dalam kedua-dua kertas undi kemudiannya diberikan beras lima kilogram sebagai ganjaran,” kenyataan media mereka dipetik dari Harakah Daily.
Selepas Orang Asal selesai memangkah BN pada kedua dua kertas undi, mereka dikehendaki mengambalikan semula kertas-kertas tersebut, kata mereka lagi.
Sidang media mendedahkan perkara itu juga dibuat di Perak hari ini yang dihadiri Exco Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Sandrea Ng; Timbalan Setiausaha MPN Perak Tan Kar Hing, Bendahari MPN Perak Dato Dr Yap Yit Thong dan YDP PAS Kawasan Tapah Mohd Rahim Nordin.
Turut sama pada sidang media itu termasuk Peguam Orang Asli, Bah Tony dan Ketua Biro Orang Asli MPN Perak, Bah Arsian.
Menurut mereka, tindakan JAKOA dan seorang Adun BN itu telah melanggar Akta Suruhanjaya Pilihanraya 1957 di bawah Akta 5, Akta Kesalahan Pilihanraya berkaitan pengaruh tidak wajar dan penyogokan.
“Mereka cuba menggunakan taktik yang kotor tersebut untuk menakutkan dan menyogok penduduk orang asli supaya menberikan undi kepada Barisan Nasional.
“Pihak JAKOA yang sepatutnya professional dan menjaga hal ehwal masyarakat orang asli telah diperalatkan untuk berkempen bagi pihak Barisan Nasional,” kata mereka lagi.
Sehubungan itu, mereka menggesa satu penjelasan terperinci dibuat kerajaan termasuk JAKOA berhubung pendedahan itu.

PRU13: Lupakan majoriti dua pertiga



Mustafa Ali SHAH ALAM - Di sebalik keyakinan Barisan Nasional (BN) bahawa ia boleh memperoleh kerusi Parlimen majoriti dua pertiga dengan syarat tiada elemen sabotaj dalam parti, Setiauasa Agung Pas, Datuk Mustafa Ali pula meramalkan tidak ada parti yang akan memperoleh kemenangan selesa pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bercakap dalam satu wawancara khas bersama Sinar Harian Online di pejabatnya baru-baru ini, Mustafa berkata, jika pun Umno-Barisan Nasional dapat mempertahankan Putrajaya, parti itu hanya akan menang dengan majoriti mudah.

"Kalau Pakatan Rakyat menang pun, kita tidak akan dapat majoriti dua pertiga. Tak akan ada mana-mana pihak yang akan mendapat kemenangan majoriti dua pertiga," ujar Mustafa.

Kemewahan anak Taib Mahmud hasil penyelewengan & rasuah

KUALA LUMPUR 26 Dis: Kemewahan pendapatan anak Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib yang dipercayai melebihi RM200,000 sebulan hasil penyelewengan kuasa dan rasuah oleh bapanya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari.
Beliau mengulas pembongkaran seorang saksi di mahkamah berhubung kekayaan terbaru yang dimiliki Bekir, minggu lalu.
Dedah saksi tersebut dalam kes tuntutan Mutaah bekas menantu Tan Sri Abdul Taib Mahmud kepada Mahkamah Tinggi Syariah, Bekir memiliki aset simpanan RM1.3 juta dalam KWSP dan 400,000 unit saham dalam Amanah Saham Nasional (ASN).
Bekir dilaporkan saksi, mencarum sebanyak RM1,367,584.66 sejak 1992 hingga 2012 dan pernah dikeluarkan dua kali iaitu pada 1998 (RM158,312) dan 2011 (RM1,874,331).

Minta Kerajaan Negeri Siasat Dakwaan Penyelewengan Bina Rumah Era BN

Rumah Kerajaan JKR
TANJONG KARANG, 26 DIS :  Kerajaan Negeri Selangor diminta menyiasat dakwaan penyelewengan dalam pembinaan perumahan yang dibina di atas tanah Kerajaan Negeri yang diluluskan semasa era pemerintahan kerajaan BN.
Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Misran Serman berkata, sepatutnya Kerajaan Negeri akan memperolehi 20 unit rumah kos sederhana yang berharga RM200,000 sebuah yang keseluruhannya bernilai RM4 juta.
Rumah Kerajaan JKR1Namun ia dipersoal apabila pemaju hanya menyerahkan 20 unit rumah kos rendah berharga  RM35,000 sebuah dengan jumlah keseluruhannya berharga RM700,000.
Pembangunan perumahan itu dijalankan di tanah berkeluasan 7.7 ekar yag terletak di Lot 176 dan Lot 177 yang berhampiran dengan Dataran Tanjong Karang.
“Permohonan itu diluluskan pada tahun 2004 untuk pembangunan perumahan mengandungi rumah kos sederhana dua tingkat 100 unit dan kuarters 20 unit.
“Kerajaan Selangor sebagai tuan tanah dalam ratio 10:2 sepatutnya mendapat  rumah kos jenis sederhana sebanyak 20 unit yang berharga 1 unit berjumlah RM200,000 atau keseluruhanya berjumlah RM4juta.
“Di sini terdapat penyelewengan apabila Kerajaan Negeri Selangor hanya mendapat rumah murah townhouse yang berharga RM35,000.

Program khas 'ajar' Orang Asal pangkah BN?


 
IPOH: Pakatan Rakyat Perak memohon penjelasan kerajaan berhubung satu program yang disifatkan 'latihan mengundi BN' kepada masyarakat Orang Asal di Tapah yang membabitkan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Mereka mendakwa program tersebut telah diadakan secara bersiri sejak bulan lalu di semua perkampungan Orang Asal di sepanjang Jalan Pahang Tapah.

Dalam program yang turut dihadiri pemimpin BN itu kata mereka, penduduk Orang Asal telah diberikan dua kertas undi (gambar), mirip kertas undi sebenar untuk pilhan raya umum.

Kemudian ujar mereka, masyarakat Orang Asal itu dipaksa memangkah BN dalam kertas undi itu di hadapan pegawai JAKOA dan seorang Adun BN yang turut serta dalam program itu.

"Satu kertas undi adalah undian untuk Parlimen Tapah dan satu lagi kertas undi DUN Chenderiang.

"Penduduk dipaksa memangkah Barisan Nasional dalam kedua-dua kertas undi kemudiannya diberikan beras lima kilogram sebagai ganjaran," Kenyataan media mereka dipetik.

Selepas Orang Asal selesai memangkah BN pada kedua dua kertas undi, mereka dikehendaki mengambalikan semula kertas-kertas tersebut, kata mereka lagi.

Malunya Felda dipijak oleh orang BN



(Petugas BN 'menunggang kenderaan Felda untuk menyekat kembara Oren)

TAMPIN: Yang DiPertua PAS Tampin, Zakaria Khalim menyifatkan tindakan petugas Barisan Nasional (BN) yang berdiri atas kenderaan rasmi pengurusan Felda sambil mengibarkan bendera Barisan Nasional (BN) ketika menghalang Kembara Oren masuk ke Felda Bukit Rokan Barat pada hari Ahad lepas amat memalukan.

"Malu sungguh bila melihat seorang lelaki yang mengibarkan bendera BN berdiri dan memijak bumbung kenderaan rasmi Felda .

Pakatan: Kos RM50 juta bukan satu masalah, yang penting daftar pemilih bersih

KUALA LUMPUR, 26 Dis – Cadangan bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman supaya diadakan daftar pemilih setiap tiga tahun sekali menjelang pilihan raya umum (PRU) disambut baik oleh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dengan mengatakan kos RM 50 juta bukanlah satu masalah akan tetapi yang paling penting pilihan raya menjadi lebih berwibawa.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail (gambar) berkata, cadangan Abdul Rashid itu diterima baik dan ia sememangnya merupakan tanggungjawab SPR.
“Ada tiga tugas hakiki SPR mengikut Perlembagaan, selain daripada membuat persempadanan kawasan pilihan raya dan menjalankan pilihan raya, tugas hakiki SPR juga ialah menjalankan proses pendaftaran dan memastikan daftar pemilih bersih.
“Oleh kerana itu adalah tugas hakikinya, kita bersikap terbuka terhadap apa-apa cadang yang boleh memastikan daftar pemilih itu bersih dan tidak pertikaikan, termasuklah cadangan yang diangkat Tan Sri (Abdul) Rashid memandangkan beliau mempunyai 27 tahun pengalaman di dalam SPR,” kata Saifuddin apabila dihubungi The Malaysian Insider.
Dalam soal mendaftarkan daftar pemilih, kata Saifuddin lagi, faktor kos itu tak seharusnya dijadikan halangan.
“Saya rasa jika angka RM50 juta itu harga untuk membersihkan daftar pemilih, saya merasakan itu harga yang munasabah,” kata Saifuddin lagi.

Samseng umno menampar, tunjuk isyarat lucah dan tolak orang tua

Today in History for December 26th

Sidang Media: Masyarakat Orang Asli Tapah telah undi sebelum PRU ke-13?

MAQASID EDISI 8 : Bagaimana Untuk Membina Gerakan Islam (Bahagian 2)

MAQASID EDISI 8 : Bagaimana Untuk Membina Gerakan Islam (Bahagian 1)

Bashar Al Assad Si Yahudi Yang Kian Terdesak

Bashar Al Asad yang kononnya berseteru dengan yahudi Israel dan pernah melabel yahudi sebagai pembunuh Jesus (Nabi Isa) dan melakukan banyak percubaan untuk membunuh nabi Muhammad SAW sebenarnya adalah seorang berketurunan yahudi Isfahan, Iran. Dia berketurunan Suliman al- Wahash yang berpindah dari Isfahan ke Syria pada tahun 1860 atau 1870 dari Isfahan. Keluarga Asad adalah berasal daripada seorang keturunan Suliman yang bernama Ali Suleyman yang kemudiannya menukar nama keluarga itu kepada Assad.sumber

Adakah menyerupai orang arab?

Status semasa rejim Bashar adalah tidak menentu . Diplomat mengatakan bahawa Assad nampaknya telah menjadi "banduan sistem sendiri," tidak lagi memainkan peranan kepimpinan yang aktif dan berkurung di istananya. Dengan kedudukan FSA yang semaking mendekati dan mengepun istana beliau, Asad dilihat tidak mampu bertahan lama. Satu demi satu kedudukan penting tenteranya ditawan FSA. FSA dilaporkan sengaja membiarkan rakyat asing meninggalkan negara itu melalui jalan udara walaupun berkemampuan menyerang dan melumpuhkan lapangan terbang damsyik. Jalan-jalan utama menuju ke lapangan terbang juga tidak ditutup walaupun FSA menguasai sepanjang jalan tersebut.

#KL112 : MELAWAN SISTEM SPR


Dalam beberapa tulisan yang lalu saya telah menulis tentang sistem mengundi dan pemilihan dalam pilihan raya di Malaysia. Tulisan ini bertujuan untuk mencerahkan lagi pembaca jika kurang faham dengan apa yang saya maksudkan dengan ayat: Dalam PRU13 ini Pakatan Rakyat sedang melawan sistem SPR dan bukan menentang United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya dalam Barisan Nasional.
Justeru : Apakah  dianya  sistem pilihanraya SPR itu?
Mari kita fahami dahulu lembaga  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Lembaga ini  ditubuhkan oleh Parlimen sebagai sebuah lembaga bebas. Pengerusi dan pegawainya  dilantik  oleh Agong. Ini sebenarnya  hanya sandiwara. Hakikatnya SPR ini adalah lembaga yang dilantik dan dipilih oleh United Malays National Organisation. Memang betul  Agung melantik Pengerusi SPR. Bunyinya cukup indah. Cukup molek.  Tetapi hakikatnya yang memberi nama  kepada Agung untuk mengepali SPR  ialah Perdana Menteri. Perdana Menteri ialah Najib Razak.  Najib Razak ialah Presiden United Malays National Organisation. Period.
Justeru mustahil nama Karpal Singh  atau nama Saifudduin Nasution akan dicadangkan oleh Najib Razak  kepada Agung untuk menjadi Pengerusi SPR. Apa yang saya tulis ini bukan fitnah. Bukti telah ditemui bahawa  Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR hari ini adalah ahli United Malays National Organisation.
Pada ketika ini Parti United Malaya National Organisation  sedang bernafas dalam lumpur.  Presidennya Najib Razak dikatakan terlibat dalam kes bunuh. Presiden parti ini juga akan disapina oleh mahkamah Peranchis untuk kes rasuah jula beli kapal selam Scorpene.  

Gali Dan Terjun Sendiri : Umno terus kukuh meskipun dilanda ujian getir..!!!

TAHUN 2012 menyaksikan kedudukan Umno, sebagai sebuah parti politik terbesar tanah air semakin stabil dan lebih kukuh meskipun berdepan pelbagai ujian getir.
Umno dengan keanggotaan 3.3 juta orang terus menunjukkan kesungguhan dan keinginan yang kuat bagi memenangi semula majoriti dua pertiga kerusi Parlimen selepas kehilangan empat negeri iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.
Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini mengerahkan seluruh anggota Umno bersatu mempertahan Putrajaya sambil menegaskan rakyat Malaysia berhak mendapat kerajaan yang terbaik, dan ini hanya mampu ditawarkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).
Perdana Menteri berkata Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) merupakan titik penentu kepada destinasi masa depan negara dan rakyat perlu tahu menilai kelebihan BN berbanding pembangkang.
Katanya ini dibuktikan dengan parti perikatan dan kemudian BN yang ditunjangi oleh Umno sejak lebih 55 tahun lalu, secara berterusan menerajui negara dengan membawa pelbagai perubahan dan pembaharuan dengan lonjakan berganda.
Najib yang juga Pengerusi BN berikrar bahawa beliau bersama-sama pimpinan Umno akan terus mengutamakan kesejahteraan rakyat dan menaikkan martabat orang Melayu dan beliau juga berjanji akan terus mempertahan akidah umat Islam dan memelihara agama yang suci ini.
Pemerhati politik Datuk Dr Kaisan Abdul Rahman berkata beliau kagum dengan kebangkitan semula Umno dengan lebih gagah, berani dan telus di bawah teraju Najib, yang kian menunjukkan kepimpinan yang tegas dan dihormati semua anggota parti bahkan seluruh rakyat Malaysia.

Mangsa banjir di 3 negeri Pantai Timur bertambah

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir yang melanda negeri-negeri di Pantai Timur semakin buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan di Kelantan, Pahang dan Terengganu terus meningkat, pagi ini.
Menurut portal rasmi kerajaan negeri-negeri yang berkenaan, jumlah terkini mangsa yang dipindahkan ialah 13,746 orang berbanding 11,429 malam tadi.

Di KELANTAN, 4,127 mangsa dicatat pagi ini berbanding kira-kira 3,000 orang malam tadi dengan Pahang merekodkan 3,196 orang berbanding 2,329 malam tadi manakala di Terengganu, 6,550 orang berbanding 6,100, malam tadi.
Mangsa di Kelantan terdiri daripada 1,171 keluarga yang ditempatkan di 43 buah pusat pemindahan termasuk Jajahan Pasir Mas (2,781 orang), Kuala Krai (415), Tanah Merah (296), Kota Baharu (260), Tumpat (80) dan Machang (47).
Paras air Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah menyusut ke paras amaran namun bacaan paras air sungai itu di Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah juga berada di atas paras bahaya. Sungai-sungai lain dilaporkan masih bertahan pada paras amaran.
Zon Bebas Cukai di Rantau Panjang yang terletak bersebelahan Sungai Golok dilaporkan masih lagi digenangi air limpahan sungai berkenaan dan hanya boleh dilalui kenderaan berat sahaja.
Tiada jalan utama yang ditutup kepada kenderaan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan di Kelantan sehingga kini dengan keadaan cuaca keseluruhannya mendung dengan sesekali hujan lebat.
Sementara itu, di PAHANG, 2,913 mangsa banjir ditempatkan di 15 pusat pemindahan di Kuantan, Rompin dan Pekan hari ini.

Janji Dicapati : BN tambah 'gear' hadapi PRU13

DENGAN memilih slogan 'Menepati Janji' sebagai agenda utama, keprihatinan Barisan Nasional (BN) akhirnya menyentuh hati ramai rakyat Malaysia tanpa mengira umur, jantina, agama dan taraf hidup melalui usaha berterusan demi kebaikan semua.
Dengan mengutamakan kebajikan rakyat, tiada siapa yang ketinggalan termasuk pelajar, wanita, warga emas, usahawan, penjawat awam dan belia di bawah kerajaan BN.
Pada awal 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN, yang merasai kesusahan masyarakat nelayan telah menyalurkan bantuan antara RM5,000 dan RM10,000 kepada nelayan di seluruh negara bagi membaiki rumah mereka.
Bantuan itu adalah sebahagian daripada Tabung Khas Perumahan Nelayan bernilai RM300 juta, yang diumumkan beliau ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, tahun lepas.
Bagi mengurangkan beban rakyat, kerajaan terus menerus membantu rakyat melalui program-program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Kedai Kain Rakyat 1Malaysia, Kedai Buku 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia), Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) dan Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M).
Hasilnya, keikhlasan BN bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat, angin perubahan mula bertiup ke arah BN termasuk di negeri-negeri yang diperintah pakatan pembangkang.
Laporan terbaru menunjukkan kira-kira 400 anggota tegar Pas di kawasan Dewan Undangan Negeri Semerak di Kelantan menyertai Umno, selepas merasai mereka terpedaya dengan "Amanat Haji Hadi", yang mengkafirkan anggota dan penyokong Umno.

Malah, majoriti lebih 30,000 guru di negeri itu kini menyokong Umno, satu petanda baik bahawa BN mampu merampas semula Kelantan daripada pembangkang.

Use the RM40mil for healthcare, Musa

Crisis-ridden healthcare facilities exposed after cancer patient from Sabah is turned away by several hospitals in the country for wont of functioning radiotheraphy machines. 

KOTA KINABALU: The opposition wants Chief Minister Musa Aman to use the RM40 million mystery donation which Sabah Umno received to help resolve the worsening healthcare crisis in Sabah.
Sabah Progressive Party (SAPP) information chief Chong Pit Fah said Musa should also ask Prime Minister Najib Tun Razak to immediately address the problem as thousands of patients in the state were suffering and many were in critical condition.
He said the Prime Minister should have no excuses not to oblige Musa’s request since he had during his many visits to Sabah, repeatedly assured that Sabah will always get priority in Malaysia’s development.
“The Prime Minister had even during his recent visit to Sandakan to officiate at the LDP Congress acknowledged that Sabah is very important for Barisan Nasional.
“And during his visit to Kundasang in last August, he acknowledged that for the past 49 years, Sabah has contributed a great deal to Malaysia’s growth,” said Chong.
Chong reminded Najib of his blog entry titled ‘Sabah in Malaysia – A Win-Win Situation’ where he wrote: “On the whole, Malaysia depends on Sabah’s contribution very much and therefore, the government places importance on the state’s welfare through the government’s transformation programme.”
He suggested that Musa should also consider spending the RM40 million ‘political contributions’ sent to Umno Sabah, to purchase and install the urgently needed radiotherapy treatment machines at the Queen Elizabeth Hospital which was turning away patients because of its inability to cope, and to bill the Federal government later.

Non-functioning radiotherapy machines

Pohon injunksi: Kontraktor AES mahu jaga ‘periuk nasi’ kroni

KUALA LUMPUR 26 Dis: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu berkata, permohonan injunksi mahkamah oleh syarikat kontraktor memasang Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi menghalang kamera tersebut dirobohkan di negeri itu bertujuan untuk menjaga ‘periuk nasi’nya dan kroni.
Katanya, tindakan tersebut bukan sahaja tidak menghormati kuasa kerajaan negeri malah mengenepikan keselamatan pengguna jalan raya.
“Kontraktor AES pergi pohon injunksi di mahkamah dan mereka berjaya dapat penangguhan perobohan hingga 14 Februari tahun depan.
“Minggu depan Majlis Perbandaran Sepang (MPS) melalui peguamnya akan mencabar keputusan itu bagi membatalkan tempoh injunksi,” katanya kepada Keadilan Daily.
Ronnie (kiri) bersama Exco Yaakob Sapari di lokasi AES di km 6.6 Jalan Kajang Puchong (SKVE).

Samseng Umno Yang Tampar Dan Serang Warga Emas Di Kenal Pasti


Lagi tindakan ganas samseng-samseng upahan Umno apabila bertindak di luar batas menyerang dan menampar salah seorang warga emas yang turut menyertai Kembara Oren. 

Pelbagai aksi kurang ajar boleh kita lihat selain tidak menghormati orang tua, dengan memaki hamun dan terjerit-jerit bagaikan beruk kena belacan serta menunjukkan isyarat lucah, ada di antara mereka tergamak menolak dan menampar warga emas tersebut.

Budaya samseng yang diterapkan oleh pemimpin Umno kepada para penyokong dan samseng-samseng upahan mereka menunjukkan betapa terdesaknya United Malays No Otak, Umno untuk mempertahankan kuasa.

Lihat dengan mata kepala anda sendiri, mereka kata Pakatan Rakyat membuatkan negara huru hara. Namun merekalah pencetus huru hara yang sebenar.

Lihat rakaman bagaimana warga emas diserang dan ditampar oleh samseng-samseng Umno yang membawa bendera Barisan Nasional di bawah ini. 

Sarawak Rela ordered to give ‘undivided support’ to BN

Sarawak PKR has described calls to Rela members to help Barisan Nasional win in the state as 'immoral'. 

KUCHING: The neutrality of paramilitary volunteer corp, Rela, in Sarawak has come under question following a recent “immoral” order by a top ranking officer urging its members to support Barisan Nasional.
Sarawak has 300,000 Rela members stationed in 32 districts.Nationwide, there are 3.2 million members.
At a function in Julau district, Rela officer Lieutenant Colonel (Rela) Moses Sipan reportedly told Rela members that the government had allocated some RM400 million in the 2013 budget for the corp.
“This huge sum shows the government’s confidence in Rela.
“Therefore as a show of our appreciation we must give our undivided support to BN in the coming general election,” he said.
Julau has about 8,000 Rela members. The constituency is currently held by Parti Rakyat Sarawak (PRS) vice-president Joseph Salang, who is also a deputy minister in the federal cabinet.
Sipan’s call to Rela members in Julau is also seen as an ‘order’ to all Rela members in Sarawak. The directive has irked the opposition in Julau constituency and the state.
Slamming Sipan, state PKR chief Baru Bian said: “This is wrong. It is immoral and politically wrong for them to do that.

Teruskan saman AES: Menteri Pengangkutan penting kroni, rompak duit rakyat

KUALA LUMPUR 26 Dis: Kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) diteruskan, bukti beliau lebih pentingkan kroni berbanding bantahan dan kehendak rakyat, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang.
Mengikut Datuk Seri Kong Cho Ha, Putrajaya akan tetap teruskan operasi AES walaupun Jabatan Peguam Negara membeku semua prosiding kes saman, minggu lalu.
Beliau turut mengakui pelaksanaan sistem itu mendapat tentangan rakyat dan bermasalah dari sudut perundangan, tetapi tetap berdegil tidak akan berhenti mengeluarkan saman.
“Kedegilan menteri seperti Cho Ha jelas menunjukkan dia hanya menjaga kepentingan kroni, bukan rakyat. Padahal semua pihak berpandangan sistem itu ada masalah,” kata Lih Kang ketika dihubungi.
Dua syarikat yang mengendali AES ialah Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd, yang mempunyai hubungan dengan Umno Johor dan menteri dari MCA.
Kedua-dua syarikat itu mensasarkan 10 juta saman dikeluarkan setahun dan bakal mendapat keuntungan sehingga RM700 juta hasil kutipan saman.

Jangan terpedaya arahan hadir ke AGM KPF esok


KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendedahkan, terdapat usaha pihak tertentu mengarahkan perwakilan hadir ke Mesyuarat Agung (AGM) Koperasi Permodalan Felda (KPF) esok walaupun mahkamah telah mengarahkan ia dibatalkan.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata,beliau mendapat maklumat, pengurus-pengurus Felda diarahkan supaya membawa para perwakilan ke Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak esok untuk menghadiri AGM KPF.

"Saya terima maklumat, Pengarah Besar Felda, Faizoull Ahmad telah arahkan pengurus-pengurus Felda bawa perwakilan ke AGM esok walaupun ia telah dibatalkan oleh mahkamah," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu membenarkan permohonan KPF agar mahkamah membatalkan AGM KPF ke-31, esok.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) juga akan mengeluarkan surat pemberitahuan kepada pengurus Felda berhubung pembatalan AGM tersebut.

PAS: Ganti ‘God’ dengan 'Tuhan' elak polemik


KUALA LUMPUR: PAS hari ini menyatakan pendirian bahawa Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah ‘God’ dengan 'Tuhan' dan bukannya 'Allah' untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal Bible.

Bagaimanapun, PAS boleh menerima bahawa orang Kristian berhak menggunakan nama Allah dalam gereja atau sebarang upacara agama mereka sebagaimana keputusan PAS sebelum ini.

“Memandangkan Bible Bahasa Melayu adalah terjemahan dari teks asal bahasa Inggeris, maka sewajarnya istilah God tidak bermaksud Allah, kerana terjemahan tepat ialah Tuhan. Maka sewajarnya ia diterjemahkan menurut maksud asal,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.

Hujah Tuan Ibrahim, menterjemahkan God dengan Allah akan mengelirukan penganut Kristian dan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam serta boleh mengelirukan orang Islam jika digunakan di tempat awam termasuk dalam Bible terjemahan.

“PAS melihat isu penggunaan nama Allah di dalam terjemahan Bible dalam Bahasa Malaysia tidak mencerminkan maksud sebenar dari teks asal serta mengelirukan pelbagai pihak.  Bahkan cadangan tersebut juga telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang Islam dan penganut Kristian,” kata beliau.

Tuan Ibrahim turut menjelaskan bahawa nama Allah adalah sensitif dan kesuciannya mesti dipelihara oleh umat Islam.

TNB Kenakan Caj 200% - 500%

Konvoi Jelajah Oren: 'Kami memang rancang sekatan' akui Pemuda UMNO

Konvoi Jelajah Oren:
Laporan akhbar ini Ahad lalu berkenaan konvoi Jelajah Oren yang dikatakan bertukar kecoh di Felda Bukit Rokan Utara.
Abdul Rahman Ramli
Abdul Rahman Ramli
Mohd Nizam Aman
Mohd Nizam Aman
JEMPOL - Pemuda Umno bahagian Jempol mendakwa, insiden kekecohan yang berlaku pada Jelajah Oren ‘Selamatkan Felda’ di Felda Bukit Rokan Utara Ahad lalu sebenarnya berpunca daripada tindakan provokasi pihak berkenaan.

Ketuanya, Mohd Nizam Aman berkata, tidak timbul isu pemuda Barisan Nasional (BN) bersama penduduk bertindak agresif semasa kejadian seperti didakwa.

“Keadaan mula tegang ketika konvoi jelajah terbabit sampai ke persimpangan Felda Bukit Rokan Utara yang dicetuskan oleh kumpulan itu.

“Saya tidak berada di lokasi kerana mengadakan sekatan di Felda Bukit Rokan Barat. Tapi saya diberitahu penduduk yang juga terdiri daripada pemuda BN telah menghalang perjalanan mereka kerana sejak awal lagi kami semua tidak setuju kumpulan itu masuk ke Felda,” katanya.

Menurutnya, mereka sememangnya sejak awal lagi merancang mengadakan sekatan jalan di lebih 30 tanah rancangan di sana sebaik sahaja mengetahui kehadiran konvoi jelajah berkenaan.

Lambakan guru tempatan masih tinggi, tidak perlu import guru India

PETALING JAYA, 26 Dis — Rancangan kerajaan untuk mengimport guru bahasa Inggeris dari India bukan jalan penyelesaian terbaik, kata  pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini serta menggesa kerajaan menangani masalah lambakan guru terlebih dahulu.
Dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR pagi ini, Nik Nazmi berkata rancangan kerajaan tersebut tidak memberi nilai tambah kepada sistem pendidikan kita.
“Perdana Menteri (Datuk Seri Mohd Najib Razak) tidak memberikan alasan kukuh untuk mengimport guru-guru dari India ini.
“Adakah ia akan memberi nilai tambah kepada kualiti dan mutu pendidikan negara,” kata beliau.
Lambakan graduan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) masih lagi belum diselesaikan kini kerajaan mahu melaksanakan rancangan ini pula, kata Nik Nazmi lagi yang tidak menyokong sama sekali rancangan tersebut.
“Kerajaan sewajarnya mengutamakan graduan-graduan TESL tempatan berbanding dengan mengemukakan rancangan sedemikian.
“Malahan hingga kini graduan ISMP masih lagi ramai yang belum mendapat penempatan sebagai guru di sekolah,” kata Nik Nazmi merujuk kepada kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Puad Zarkashi yang mengesahkan seramai 7000 graduan ISMP belum diberi tawaran kerja pada Mac 2012.

Rakyat Sendiri Dipinggirkan : 'Kenapa import dari India, bila graduan ISMP menganggur'

Satu memorandum akan dihantar kepada Kementerian Pelajaran bagi meminta kerajaan menangani masalah pengangguran graduan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (ISMP) yang tidak ditempatkan sebagai guru di sekolah kebangsaan.

Presiden Mahasiswa Keadilan, Haziq Abdul Aziz berkata, pihaknya yang merupakan satu sayap baru dalam PKR kini dalam perancangan untuk berjumpa kementerian pelajaran serta pelajar ISMP bagi menyerahkan memorandum tersebut.

"Kita dalam perancangan nak jumpa kementerian pelajaran untuk hantar memorandum dan berjumpa dengan pelajar ISMP dalam masa terdekat.

"Kita akan sampaikan memorandum dan akan tunggu respons daripada kementerian pelajaran kerana kami merasakan wujudnya diskriminasi terhadap pelajar ISPM di IPTS (Institusi Pengajian Tinggi Swasta)," katanya.

Konvoi Jelajah Oren: Pas mahu jumpa polis


Konvoi Jelajah Oren: Pas mahu jumpa polis
Tuan Ibrahim (duduk, tiga kanan) bersama pimpinan PR Pahang pada sidang media di pejabat Badan Perhubungan Pas Negeri Pahang, semalam.
 
TEMERLOH - Pas akan mengadakan pertemuan dengan polis Pahang bagi membincangkan isu kekecohan yang berlaku semasa Jelajah Oren di beberapa kawasan tanah rancangan di negeri ini.

Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kekecohan berlaku boleh diatasi sekiranya polis menghantar anggota lebih ramai mengawal situasi.

Menurutnya, akibat tiada kekuatan daripada polis, berlaku kekecohan di kawasan tanah rancangan itu akibat provokasi melampau.

“Kita sudah buat laporan polis berhubung perkara ini dan turut mempunyai beberapa bukti bergambar untuk membantu siasatan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Perhubungan Pas Pahang, di sini, semalam.

Turut hadir, pimpinan Pakatan Rakyat (PR) dari DAP dan PKR.

Konvoi Jelajah Oren: 'Kami bukan peserta konvoi'


Konvoi Jelajah Oren: 'Kami bukan peserta konvoi'
Timbalan Pesuruhanjaya II Pas Negeri Sembilan, Abdul Rahman Ramli menunjukkan kesan kecederaan yang dialami Khairul.
 
JEMPOL - Hasrat tiga rakan bertemu atas urusan kerja berakhir dengan insiden tidak disangka-sangka apabila kereta yang mereka dinaiki ditahan kerana didakwa terlibat dengan konvoi Jelajah Oren Selamatkan Felda di Felda Lui Selatan, Ahad lalu.

Mangsa terlibat, Khairul Azidi Ishak, 37, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, kereta Proton Saga yang mereka naiki ditahan sekumpulan lelaki yang kemudian memaksa mereka keluar dari kenderaan tersebut.

"Saya terkejut dengan kejadian itu segera bertindak mengundurkan kereta dan meninggalkan lokasi itu. Bagaimanapun kami kemudian dikejar sekumpulan lelaki menaiki kereta Proton Waja.

"Saya nekad memandu terus ke arah Balai Polis Air Hitam, namun tidak sempat sampai kerana kereta yang saya pandu hilang kawalan dan terbalik," katanya.

‘Can we trust Sabah BN leaders, anymore?’

The only reason Prime Minister Najib Tun Razak is desperately wooing Sabah is because Umno can no longer rule Peninsular Malaysia without Sabah and Sarawak. 

PENAMPANG: A veteran political activist who was once with Parti Bersatu Sabah (PBS) said many among the Barisan Nasional leaders in Sabah had at many times told crowds that BN stands for “Barisan Nah Sial”.
Fredoline Edwin Lojingki, 71, who is now with opposition State Reform Party (STAR) said he could name these hypocrite leaders who are now heaping praises after praises on BN and its corrupt leaders.
“These leaders once referred to BN as Barisan Nah Sial but they are singing a different tune now because they are now ministers, they got projects and all the trappings of power,” he said in a statement here today in response to PBS Johnny Mositun’s statement yesterday.
Lojingki said the PBS information chief has forgotten what had Umno done with its two-thirds majority.
“He forgot that it is because of BN losing its two thirds majority in parliament that it is now wooing Sabah and Sarawak votes,” he opined.