Selasa, 25 Disember 2012

Ulama dan Politik: Ibarat Dua Sisi Mata Wang


Secara syar'iy, ulama adalah orang-orang yang paling takut kepada Allah karena kedalaman ilmunya

Siapa sosok ulama itu?. Ulama itu secara bahasa merupakan jamak dari kata alim yang berati orang berilmu. Secara syar'iy, ulama adalah orang-orang yang paling takut kepada Allah karena kedalaman ilmunya. Di antara karakter yang dimiliki ulama adalah, pertama, ulama adalah orang-orang yang merupakan lambang iman dan harapan umat, serta memberikan petunjuk dengan hanya berpegang pada Islam. Mereka mewarisi karakter Nabi dalam keter-ikatannya terhadap wahyu Allah SWT.

Rasullah SAW bersabda: “Sesungguhnya perumpamaan Ulama dimuka bumi laksana bintang-bintang yang ada dilangit yang menerangi gelapnya bumi dan laut. apabila padam cahayanya maka jalan akan kabur.” (HR. Ahmad).

Dalam hadis yang lain Beliau SAW bersabda: “Sesungguhnya kedudukan seorang alim sama seperti kedudukan bulan diantara bintang-bintang. Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi.” (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi). 

Imam Nawawi Al-Bantani menjelaskan kriteria Ulama. Menurut beliau ulama adalah hamba Allah yang beriman, mengasai ilmu syariat secara mendalam, dan memiliki peabdian yang tinggi semata-semata  karena mencari keridlaan Allah SWT, bukan keridlaan manusia. Dan kemudian dengan ilmunya, mereka mengembangkan dan menyebarkan agama yang haq, baik dalam masalah ibadat maupun muamalat.

Ciri yang dimilikinya adalah: (a) Memiliki keimanan yang kukuh, ketaqwaan yang tinggi, berjiwa istiqomah dan konsisten terhadap kebenaran, (b) Memiliki sifat-sifat kerasulan, yaitu jujur (shiddiq), amanat (amanah), cerdas (fatanah), dan menyampaikan (tabligh), (c) faqih fi ad-din (paham dalam agama) sampai rasikhun fi al-Ilm' (amat dalam ilmunya), (d) Mengenal situasi dan kondisi masyarkat, dan (e) Mengabdikan seluruh hidupnya untuk memperjuangkan dan menegakkan ajaran Allah SWT.  ....klik tajuk / suara-islam

Utusan Malaysia laporkan berita bodoh tentang Amanat Hadi


LIHAT berita tentang "Amanat Hadi" yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia di bawah ini baik-baik. Seorang warga emas bekas penyokong tegar PAS telah masuk Umno keranamenyesal terpengaruh dengan "Amanat Hadi" 30 tahun dahulu.

Warga emas berusia 80 tahun, diulangi 80 tahun itu adalah penyokong tegar PAS serta merupakan anggota Pemuda PAS Tahan Lasak. Kalau sekarang umur 80 tahun, "Amanat Hadi" dikeluarkan 30 tahun dulu, maknanya umur pakcik ni masa tu 50 tahun.

Umur 50 tahun bukan pemuda tahan lasak, itu orang tua nak kena gasak kah kah kah...

Pandai pula orang tua ni, dekat-dekat nak pilihanraya ke 13 baru nak menyesal padahal "Amanat Hadi" tu dah berusia 30 tahun kah kah kah...



Lagi satu, sejak bila pula Parti Islam, PAS ada tubuhkan Pemuda PAS Tahan Lasak? PAS tak pernah tubuhkan Pemuda Tahan Lasak. Kalau tak percaya sila tanya pakcik Google.

Pemuda Tahan Lasak ditubuhkan oleh United Malays No Otak, Umno iaitu gerombolan songkok tinggi tiga jengkal yang suka ke hulu ke hilir jerit "hidup Melayu!". Kalau tak percaya sila ke laman sesawang rasmi mereka ~ Umno Online

Amalan Assobiyah 'TRADE MARK' Kepada UMNO


Oleh Dr.Haji Khairuddin Dato' Abd. Malik

Sidang Dewan Undangan Negeri Perak yang terakhir untuk sessi selepas pilihanraya umum ke 12 telah berlangsung selama lima hari (17 Disember hingga 21 Disember 2012).Sidang tersebut  telah mencetuskan banyak pertelingkahan antara wakil-wakil rakyat UMNO dan Pakatan Rakyat (PR).Bahkan kedua-dua pihak, Kerajaan Mahkamah Perak yang diketuai oleh Dr Zambry dan PR yang diketuai oleh Ir Nizar Jamaluddin telah membentangkan belanjawan masing-masing untuk membuktikan siapa yang lebih berwibawa mentadbir Perak.

Penulis sendiri terlibat dalam perbincangan persiapan belanjawan PR Perak yang mampu memberikan banyak manafaat kepada rakyat Perak.Belanjawan PR adalah seimbang manakala belanjawan UMNO kekal defisit.Mungkin ramai yang bertanya, realistikkah belanjawan PR Perak? Pokoknya ramai orang tidak mengetahui bahawa Perak adalah negeri yang sangat kaya jika kerajaannya lebih bijak, cekap dan bebas rasuah.Inilah kegagalan UMNO sejak zaman Ramli Ngah Talib hingga sekarang.

Kerajaan Perak melalui GLC-GLC miliknya pernah memiliki ratusan ribu ladang kelapa sawit, kilang simen dan keuntungan puluhan juta ringgit oleh Lembaga Air Perak (LAP). Kini sebahagian besar asset rakyat Perak tersebut telah tergadai kepada saudagar-saudagar kapitalis yang licik memanafaatkan kecuaian dan kedunguan pemimpin-pemimpin UMNO Perak.Antara lain hanya LAP dan Perbadanan Pertanian (PPNP) sahaja yang masih selamat dan mengisi dana negeri.

AMANAT DARI PRESIDEN-PRESIDEN umno...



Najib must wield the big stick: Act like a sitting PM or become Dr M's SITTING DUCK

Najib must wield the big stick: Act like a sitting PM or become Dr M's SITTING DUCKIt’s high time that Umno President and Barisan Nasional chairman Najib Razak demonstrate that he’s indeed the Prime Minister of Malaysia even if an unelected one.
No one wants to see a Prime Minister being openly insulted and humiliated by two hired goons of a former Prime Minister who lives in a glass house and doesn’t know when to shut up.
No one wants to see a Prime Minister hiding behind his wife’s sarung (long skirt) or being led by the nose by a former Prime Minister who insists on pulling the strings like a Grand Puppet Master from behind the scenes.
No one can tell Najib, or any other husband, on what to do with the wife. All wives are protective, nay over-protective, even to the extent of deciding who the husband should hire as his secretary and the like.
Najib’s weakness, even follies, is that he’s not secretive enough with his wife. Too many pillow talks, which in turn spark speculation there's not enough action between the sheets, have seen Najib seriously compromised by his wife. If the wife is holding him by his “you know what”, he has to get out of the situation as best as he can or suffer the consequences sooner rather than later.
Najib must first regain his credibility with Umno members
It would be smarter for Najib to turn to other pressing issues as he gears up for the 13th General Election.

There’s talk the Prime Minister may call for GE13 in February right after the Chinese New Year. But chances are Najib will dawdle as he is wont to do and GE13 will be held within two months of Parliament expiring on April 28 next year. He has no choice under the circumstances but to allow Parliament to expire undissolved and delay for as long as possible.
Internal surveys are turning up scary forecasts and this is a major factor for the fractious Umno division heads to plot and scheme his ouster. Many want him replaced by his deputy Muhyiddin Yassin before GE13 is held. Umno warlords simply cannot allow their party to fall together with Najib, who despite offering the greatest bumper of election goodies, much more than any of his predecessors, could only raise his popularity by 1 percentage point in the latest survey conducted by the Merdeka Center.
The Budget 2013 was passed this year and there may be enough money for the Najib Administration to last next year without resorting to Supplementary Budgets for which parliamentary approval would be needed. How well Najib utilizes this Budget would be one key factor in his ability to weather the political storms ahead and hobble together at least a Federal Government with a simple majority.

MAT SABU: SIAPA SEKSA CINA KELANTAN?

Dato' Seri Anwar Ibrahim : Masalah Melayu Masalah Pemimpin Sendiri, Kita Tentukan Masa Depan Kita

Video : Nasihat Dato Seri Anwar Ibrahim Kepada Pimpinan UMNO

Gabungan NGO anjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) 12 Januari 2013


KUALA LUMPUR, 25 DIS: Seluruh rakyat Malaysia dipelawa menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang akan diadakan secara aman di Stadium Merdeka mulai jam 2 hingga 5 petang, 12 Januari 2013..
Perhimpunan yang mensasarkan kehadiran sejuta rakyat itu bertujuan mendesak kerajaan memenuhi beberapa tuntutan antaranya lapan tuntutan BERSIH, menghentikan pemusnahan dan pencemaran alam sekitar, membebaskan tahanan ISA, menyediakan pendidikan percuma, menyelamatkan Felda dan menuntut agar royalti petroleum dibayar kepada Kerajaan Negeri Kelantan.
Pengarah HKR, Mohamad Sabu berkata, perhimpunan anjuran NGO dan parti politik itu akan diadakan di stadium sejajar dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri yang mahu rakyat berhimpun di stadium jika ingin menyatakan sebarang tuntutan terhadap kerajaan.
“Sesiapa saja yang marah dengan kerajaan dijemput melepaskan kemarahan mereka secara aman dan demokratik, seperti yang diamalkan di seluruh dunia,” katanya pada sidang media di KLSCAH, baru-baru ini.
Menurut beliau, permohonan untuk menggunakan stadium berkenaan sudah dibuat.
“Saya yakin melalui himpunan sebelum ini, akan berlaku kerjasama yang baik di semua jabatan termasuk pihak polis untuk menjaga keamanan,” jelasnya.

Satira Krismas : Penampakan sosok ngeri ketika banjir di Kuantan.

Penduduk Kampung menunjukan sesuatu. Sekadar gambar hias menghias,.
Mangsa banjir di Kuantan di kejutkan dengan "Makhluk" ganjil timbul sewaktu banjir melanda Bandar Kuantan semalam...

Objek yang seperti kapal selam Scorpion berlegar-legar dikawasan sekitar penduduk.Menurut salah seorang penduduk Kampung,Pak Cik Atan Tuya,mungkin kapal selam Scorpion itu dinaiki oleh Najib dan Rosmah untuk melawat mangsa banjir..Berita ini dari Utuinasing.

Di khabarkan, akibat tidak dapat menyelam maka timbulnya menjadi keresahan penduduk kampung berdekatan terutama JKKK Kampung Pekan Sebelah.
Sumber Karat Hijau KAHKAHKAH
Baca berita di bawah.

Untuk Makluman yang telah dinaiki air iaitu Jalan Tanah Putih Baru menghala ke Bandar Kuantan Sehingga Jambatan sebelum Giant, Jalan Utama Bukit Setongkol, Jalan Utama Tok Sira, Kawasan Perumahan Kuantan Garden, jalan Dihadapan Kuantan Specialist Centre, Lorong Sira Lorong 19.
Kawasan-kawasan Sekitar Semambu terdapat pokok-pokok tumbang. dan banyak di perumahan galing yang khususnya di tepi sungai berhampiran. Mohon kerjasama orang kuantan tidak mengunakan jalan terbabit bagi mengelakan kesesakan lalu lintas. Bagi yang ingin ke Pusat bandar Kuantan. Dinasihatkan supaya menangguhkan untuk ke bandar buat sementara waktu. Sumber IPK Pahang.

Kali ini Ahmad Maslan pula melawak

Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia berkata BN akan merampas dua puluh kerusi Parlimen dari yang di pegang oleh Pakatan Rakyat sekarang ini dan terus memenangi pilihanraya dengan kekuatan 2/3. Telahan Ahmad Mazlan ini amat menggelikan hati banyak pihak.
Mereka hendak bertanya kepada Ahmad Maslan “di mana BN hendak cabutkan 20 kerusi itu?” Di sebaliknya pihak yang inginkan perubahan pula berkata Pakatan Rakyat lah yang akan dapat merampas setidak-tidaknya 20 kerusi dari BN. Masing-masing mempunyai perkiraan masing-masing, tetapi yang jelas UMNO serta BN sedang menghadapi zaman getirnya yang belum pernah di alaminya sejak merdeka.
Buat kali pertamanya pemimpin BN bercakap hendak merampas kembali kerusi dari Pakatan Rakyat, sedangkan sebelum ini untuk pembangkang mendapatkan kerusi dari BN adalah perkara yang sangat mustahil. Keadaan yang mereka alami sekarang ini merupakan fenomena yang sedang menghantui BN khususnya UMNO kerana jika orang Melayu berubah seperti yang kita jangkakan kali ini UMNO akan kehilangan banyak kerusi bukan sahaja di Semenanjung malahan di Sabah sendiri parti itu sedang dalam kemurungan.

Mangsa banjir di Pantai Timur kini hampir 11,000


banjir
Anggota Tentera turut membantu membawa penduduk Kampung Gong Duek, Besut Terennganu untuk keluar selepas Jalan Pasir Akar ditutup akibat banjir. - Foto Bernama
 
KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang semakin buruk petang ini dengan maklumat terkini menunjukkan lebih 10,800 mangsa dipindahkan berbanding lebih 6,000 mangsa pada sebelah pagi.
Seramai 5,297 mangsa dipindahkan di Terengganu berbanding 2,594 pagi tadi, dan jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 3,218 berbanding 1,963 pada sebelah pagi, menurut portal rasmi kerajaan negeri masing-masing.
Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara pula, sejumlah 2,376 mangsa dipindahkan di Pahang berbanding 1,743 pagi tadi, manakala mangsa banjir di Johor kekal 16 orang.
Di TERENGGANU, mangsa banjir di Hulu Terengganu meningkat kepada 1,052 orang petang ini manakala Kuala Terengganu menyaksikan pertambahan 91 mangsa kepada 808.
Bilangan mangsa di Besut ialah 1,096 diikuti Dungun (744), Setiu (717), Kemaman (611) dan Marang (269).

Ganu Kite : Benteng Empangan Paya Peda terpaksa dipecah

KUALA TERENGGANU - Sebahagian benteng Empangan Paya Peda di Besut yang masih dalam pembinaan terpaksa dipecahkan semalam untuk melepaskan takungan air demi keselamatan penduduk kawasan sekitar.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata meskipun tindakan itu menyebabkan kawasan sekitarnya dilandar banjir, namun ia terpaksa dilakukan demi mengurangkan risiko tekanan pada kandungan air berlebihan di empangan.
Katanya langkah itu dibuat untuk membolehkan air daripada empangan berkenaan dialir keluar secara terancang.
Berikutan tindakan memecahkan benteng empangan itu, banjir melanda daerah Besut dengan lebih 1,000 penduduk terpaksa dipindahkan setakat ini, ke pusat pemindahan banjir.
"Empangan ini belum lagi siap dan kandungan air di dalamnya mungkin belum sampai tahap maksimum. Kita takut tekanan dan air melimpah dan sebagainya, sebab itu kita terpaksa buat (pecahkan) melibatkan perunding, kontraktor dan JPS (Jabatan Perparitan dan Saliran)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penganugerahan Pingat Emas dan Sarjana Terengganu Yayasan Terengganu (YT) ke-33 di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI) di sini hari ini.

PERINGATAN BUAT UMNO SELANGOR !

Umno Selangor mengaku rakyat sudah pun menghukum mereka dalam PRU ke-12 yang lalu,    “Jangan ungkit isu lampau,  rakyat dah hukum kami”, kata mereka.    Tetapi apa yang Umno mahu disebalik pengakuan itu?  Umno mahu rakyat memaafkan mereka? dan memberi mereka memegang kuasa sekali lagi?   Oh, tidak!  tidak semudah itu!  Rakyat Selangor tidak mudah diperdaya!  Dosa 55 tahun takkan boleh ditebus dalam setahun dua. 
 
Mengaku menerima kekalahan setelah  kalah dalam pertarungan,  budak sekolah rendah pun boleh buat. Tetapi sanggupkah Umno membuat pengakuan untuk memperjelaskan kepada seluruh orang Melayu apa dosa dan pengkhianatan yang telah mereka lakukan keatas orang Melayu selama ini?  Sanggupkah Umno? Pengakuan secara umum seperti yang dibuat oleh Najib, Noh Omar dan penyelaras BN Selangor  Datuk Seri Mohd Zin Mohamad serta segelintir pemimpin Umno Selangor   itu tak boleh pakai !  Pengakuan begitu hanya sesuai untuk didengar oleh budak-budak tadika saja.

Sampai Bila Najib Nak Berdiam Diri?

Oleh Shahbudin Husin
Sejak Deepak Jaikishan, seorang peniaga karpet yang pernah mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Perdana Menteri, mendedahkan penglibatan Najib dalam akuan bersumpah kedua penyiasat persendirian, P Bala, pelbagai rentetan mengenainya sudah terdedah ke pengetahuan umum. 
Daripada bagaimana Rosmah memintanya mencari P Bala, penglibatan adik Najib, Nazim Razak membayar wang kepada penyiasat persendirian itu, kaitan seorang peguam bergelar Tan Sri merangka akaun bersumpah dan sebagainya, semuanya memperlihatkan kedudukan Najib mula terjejas di mata umum.

Deepak sendiri sejak muncul beberapa minggu lalu, memberi bayangan bahawa beliau tidak akan berhenti setakat ini saja. Beliau pasti akan muncul dengan banyak pendedahan lagi.

Isu yang dibangkitkan Deepak adalah isu yang berlarutan sejak sekian lama. Walaupun rakan karib Najib, Razak Baginda telah dibebaskan dalam kes pembunuhan Altantuya tetapi kesan daripada peristiwa itu terus menyelubungi rakyat kerana begitu banyak misteri yang tidak terungkai disebaliknya.

Selagi rakyat bercakap mengenainya, selagi itulah Najib bagai dikejar bayangan hantu Altantuya itu. Ini berikutan misteri yang pada mulanya tidak terjawab itu seperti mula menunjukkan kebenarannya. Munculnya pendedahan Deepak merupakan salah satu buktinya.

Terdesaknya Umno untuk memburukkan PAS

Bahang pilihan raya umum ke-13 kian terasa tatkala hayat pemerintahan BN akan berakhir pada awal tahun hadapan. Tatkala Perdana Menteri masih teragak-agak untuk membubarkan parlimen, BN masih tercari-cari rentak untuk terus mengekalkan popularitinya di kalangan rakyat.

Nampaknya umpan-umpan material yang ditawarkan dalam Bajet 2013 gagal mempengaruhi majoriti rakyat. Hasil kaji selidik menunjukkan populariti Perdana Menteri hanya melonjak 1 peratus sahaja selepas Bajet 2013 dibentangkan di Parlimen. Di masa yang sama, isu-isu baru membabitkan teraju pimpinan BN timbul satu demi satu.
Komen-komen pedas bekas pegawai tinggi kerajaan terhadap kepincangan pentadbiran kerajaan BN di peringkat pusat juga tidak membantu meningkatkan imej BN. Di masa yang sama serangan demi serangan yang dihadapkan kepada kerajaan-kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat semakin tumpul apabila laporan Ketua Audit Negara 2011 menunjukkan prestasi kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah dalam pelbagai aspek lebih baik berbanding negeri-negeri yang ditadbir BN.

Kembara Oren jalan kaki ke Masjid Jengka 12 untuk mendirikan solat asar

Kembara Oren dihalang ke Masjid Jengka 21 untuk solat asar

Kembara Oren dihalang memasuki Jengka 23 (Part 3)

Kembara Oren dihalang memasuki Jengka 23 (part 2)

Kembara Oren dihalang memasuki Jengka 23 (Part 1)

UMNO dan Impian 2/3 Kerusi Parlimen....ini harta ahmad albob yang punya..!!!!!

Kita biarkan Ahmad Maslan dan mana2 pemimpin UMNO merasakan mereka akan menang 2/3 kerusi parlimen. Kita tidak boleh lawan orang UMNO dalam bab cakap besar. Anwar Ibrahim pun kalah jika berlawan siapa boleh menjerit lagi kuat dengan Najib Razak.
Perasaan itu semua dalam alam angan2 orang UMNO belaka. Di Sabah BN ada potensi untuk hilang 17 kerusi parlimen. Semua kerusi dimana kombinasi China dan Kadazan majority- UMNO dan BN akan kalah. Di Sarawak PBB ada 14 kerusi parlimen. Parti2 bukan PBB ada 16 dan pembangkang ada 1. BN boleh hilang 17 kerusi di Sarawak. jadi di Malaysia Timur, UMNO bakal hilang sehingga 33 kerusi parlimen.
Jika mereka kalah 33 kerusi, kiamat akan tiba awal untuk UMNO.
Di Semenanjung UMNO ada 66 kerusi sahaja. Dicampur dengan 13 dari Sabah, UMNO ada 79 kerusi. Di Semenanjung, UMNO nak kekalkan 66 kerusi pun sesak dan tenat. UMNO sekarang bukan macam UMNO dahulu. Pembangkang sekarang bukan macam pembangkang dahulu. Dulu UMNO kuat, sekarang lemah. Dahulu Pembangkang lemah, sekarang bertambah kuat dan bersatu.

Kalau nak harapkan UMNO/BN.. mungkin kena tunggu 30 tahun lagi...

Kegembiraan jelas terpancar di wajah 961 penduduk asal Bukit Botak , Selayang, di sini, apabila menerima surat tawaran memiliki rumah berkembar yang dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang dijangka siap pada Mac 2013.

Penantian hampir 30 tahun untuk memiliki rumah yang selesa akhirnya menjadi kenyataan kepada suri rumah sepenuh masa, Rajiaah Omar, 73.

“Saya penduduk setinggan di kawasan ini, saya amat bersyukur kepada kerajaan negeri Selangor dan PKNS kerana merialisasikan impian saya untuk memiliki rumah ini.

“Saya tidak pernah menjangka pada umur saya ketika ini, akhirnya saya dapat memiliki rumah yang cantik dan selesa,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Tawaran Rasmi Rumah Berkembar Bukit Botak, Selayang, baru-baru ini.

Pesara kerajaan, Khamisan Mastam, 70, yang juga merupakan penduduk asal penempatan setinggan di sini, menyifatkan PKNS sebagai pemaju yang bertanggungjawab kerana berjaya menyelesaikan isu penempatan semula setinggan Bukit Botak.

Pegawai Nik Aziz: Kurnia tanah 4,259 hektar bukan rahsia, Pusat dimaklum


Pegawai Nik Aziz: Kurnia tanah 4,259 hektar bukan rahsia, Pusat dimaklum
Dua surat berkaitan pengurniaan tanah balak seluas 4,259 hektar yang dikeluarkan oleh pegawai Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini.
 
SHAH ALAM - Isu pemberian tanah balak seluas 4,259 hektar di Gua Musang, yang didakwa diberikan kepada pemimpin DAP Perak bukan satu rahsia, sebaliknya pengurniaan telah diputuskan tujuh tahun lalu dan sedia diketahui oleh dua kementerian termasuk Datuk Dr Awang Adek Hussin, kata Setiausaha Akhbar kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini.

"Kenyataan-kenyataan ini (laporan media) seolah-olah ingin menyebut bahawa projek yang dilaksanakan oleh syarikat ini ialah rahsia sehingga ia terdedah dengan laporan blog pisau.net.

"Dalam hal ini, suka untuk saya nyatakan bahawa projek ini telah dimaklumkan kepada Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Malaysia dan satu surat kelulusan telah dihantar kepada pihak Upayapadu Plantation Sdn Bhd pada 12 Oktober 2005 dan ditandatangani sendiri oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia pada masa itu iaitu Datuk Peter Chin Fah Kui," kata Ahmad Fadhli Shaari dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Ahmad Fadhli berkata, surat kedua pula ialah daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kepada Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi bertarikh 16 Januari 2006, yang turut menyokong permohonan syarikat tersebut bagi tujuan meningkatkan lagi kegiatan ekonomi negeri Kelantan.

Selangor Naiktaraf Kemudahan OKU Di Sekolah

oku i
SHAH ALAM 25 DIS: Kerajaan Negeri Selangor kini melaksanakan 14 projek menaiktaraf sekolah yang melibatkan tujuh buah sekolah rendah dan tujuh buah sekolah menengah khusus bagi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di negeri ini.
Projek menaiktaraf ini giat dilaksanakan sebagai usaha diperingkat akar umbi dengan memperbanyakkan lagi pusat pendidikan bagi golongan OKU supaya mendapat pendidikan yang sama rata dalam masyarakat.
Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan Rodziah Ismail berkata, Kerajaan Negeri juga bercadang mengembangkan lagi projek menaiktaraf ini kepada sekolah-sekolah lain di masa akan datang supaya infrastruktur yang disediakan mesra OKU.

Pekida akan terus pertahankan kedaulatan bangsa Melayu dan agama Islam...!!!! UMNO tak termasuk eh..????

NIBONG TEBAL, 25 Dis – Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) akan terus mempertahankan kedaulatan bangsa Melayu, agama Islam dan tanah air daripada dirosakkan oleh mana-mana pihak, kata Presidennya Jamaludin Yusof.
Beliau berkata sebagai sebuah pertubuhan yang diwujudkan atas dasar Melayu dan Islam, sudah pasti kedua-dua dasar berkenaan menjadi pegangan utama dan akan diperjuangkan sampai bila-bila.
“Pekida mempunyai misi dan visi tersendiri iaitu menegakkan Islam dan memastikan bangsa Melayu terus menjadi tunjang negara. Kita akan terus mempertahankan agama, bangsa dan negara walaupun terpaksa berjuang hingga ke titisan terakhir.
“Justeru kita sebagai anggota (Pekida), kita mempunyai tugas yang berat untuk pastikan kestabilan politik negara dikekalkan supaya negara akan terus aman dan damai,” katanya semasa berucap pada Mesyuarat Agung Pekida Malaysia ke-18 yang dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, di sini hari ini.
Jamaludin berkata sehingga kini keanggotaan Pekida sudah menjangkau kira-kira 300,000 orang dan jumlah itu sangat penting dalam menguatkan pertubuhan itu dalam memperjuangkan matlamat penubuhannya.
“Pekida mempunyai anggota yang ramai dan kita sedang mencari formula bagaimana untuk menyatukan kesemua anggota supaya perjuangan kita mencapai matlamatnya.

Anak muda jelajah Malaysia tarik ke #KL112

KOTA BHARU: Bagi menggandakan momentum mobilisasi ke arah Hari Kebangkitan Rakyat 12 Januari 2013 (#KL112), satu inisiatif besar telah disusun oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Ia dilakukan dengan kerjasama sekutu anak muda terdiri daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia dan dengan sokongan seketreriat Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR).

Mereka akan mengadakan roadshow Jelajah Anak Muda Menuju #KL112 dengan menjengah ke seluruh negara bagi bertemu anak muda.

Mereka menjemput semua NGO yang mempunyai tuntutan rakyat untuk hadir ke pentas jelajah ini bagi terus mengajak orang ramai agar hadir ke Kuala Lumpur pada tarikh yang dimaksudkan.

"NGO diberi keutamaan dan setakat ini, hampir semua venue jelajah akan dihiasi oleh warna-warna NGO bertuntutan," kata Badrul Hisham Shahrin atau Cikgu Bard.

18 sertai mogok lapar 100 jam di Dataran

Lapan belas orang akan mengadakan mogok lapar selama 100 jam mulai jam 8 malam Khamis ini sebagai satu protes terhadap beberapa isu alam sekitar dan kemasyarakatan.

Penganjurnya, Malaysian Youth Against Public Hazard (MYAPH) berkata mogok lapar itu akan berakhir pada detik tengah malam Tahun Baru.

Pesertanya  - yang juga akan terdiri daripada remaja dan pesara -  hanya akan minum air botol sepanjang tempoh tersebut.

Antara lain, kata penganjurnya, ia bertujuan mewujudkan kesedaran awam tentang ancaman yang mungkin dihadapi dari loji nadir bumi Lynas, penggunaan cyanide dalam perlombongan emas di Pahang, projek penapisan minyak Pengerang dan pelbagai projek empangan di Sarawak.

Dalam satu kenyataan semalam, jurucakap penganjur, Tan Woen Tian berkata aktivis dari pelbagai NGO akan berucap mengenai beberapa tajuk di Dataran Merdeka.

Antara mereka ialah anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Wong Chin Huat yang akan bercakap mengenai nasionalisme manakala Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan akan bercakap mengenai pergerakan masyarakat sivil.

Tuan Ibrahim ketuai skuad PAS beri bantuan banjir


(Skuad bantuan banjir Pahang menurunkan bahan bantuan untuk mangsa banjir)

KUANTAN: PAS Pahang mengerah seluruh petugasnya agar bergerak ke Kuantan bagi membantu mangsa banjir yang disifatkan paling buruk dalam sejarah negeri itu.

Arahan supaya jentera PAS digerakkan di semua kawasan banjir itu dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mempengerusikan mesyuarat Perhubungan PAS Pahang di Temerloh hari ini.

"Kita telah pilih Masjid Al Fatah, Kuantan sebagai Bilik Gerakan Bantuan Banjir kita," kata Tuan Ibrahim kepada Harakahdaily.

Tuan Ibrahim berkata, mereka akan memberikan pelbagai bantuan dalam bentuk tenaga, makanan dan nasihat kepada mangsa.

Antara bahan makanan yang diedarkan adalah berupa roti, biskut, makanan segera, sardin dan lain-lain lagi di samping air bersih.

(Petugas PAS sibuk membungkus bahan makanan untuk diedarkan kepada mangsa banjir)


Bandar Kuantan dilanda banjir kilat paling teruk dalam sejarahnya sehingga melumpuhkan keseluruhan bandar itu.

Kenderaan tidak dapat bergerak dan rosak ditenggelami air manakala rumah yang dilanda banjir pula penuh dengan lumpur.

Kuantan : Dalam masa 2 jam, 60 rumah ditenggelami banjir


(Skuad Banjir PAS Indera Mahkota yang diketuai Ustaz Fadhil Nor [berkopiah] membawa mangsa banjir yang lumpuh di Bukit Pelindung ke tempat selamat)

KUANTAN: Dalam tempoh 2 jam saja hampir 60 buah rumah di tenggelami banjir kilat beserta lumpur yang terburuk dalam sejarah taman yang terletak di kawasan Bukit Pelindung, Beserah dekat sini.

Hujan lebat bermula sebelumnya membuatkan semua penduduk di situ berada dalam keadaan resah memikirkan keselamatan harta benda dan keluarga memandangkan banjir di perumahan tersebut seolah-olah ‘acara wajib’ tahunan.

Pada sekitar jam 7 pagi air mulai naik selepas hujan lebat seketika namun ianya surut segera sebaik hujan reda.

(Taman perumahan Bukit Pelindung ditenggelami banjir lumpur)


Namun pada jam 10 pagi hujan mulai lebat dan dalam tempoh yang singkat, kawasan tersebut bertukar menjadi lautan lumpur di sertai arus yang laju memusnahkan banyak harta benda penduduk.

Kekecewaan penduduk jelas terpampar di wajah mereka lantaran masalah ini telah berlarutan bertahun-tahun lamanya dan pelbagai laporan dan sidang media telah di buat namun tiada perubahan yang di buat oleh pihak berwajib.

Seorang wakil penduduk yang di temui berkata mereka memang teramat kecewa dengan sikap yang di tunjukkan oleh pihak agensi yang terbabit dalam menangani isu ini.

Sokongan Orang Muda : Veteran Umno turun padang untuk pasti kemenangan BN

Pengalaman dan pengaruh luas anggota veteran Umno mampu memberikan 'peluru' yang diperlukan BN bagi menidakkan impian pembangkang menakluk Putrajaya.

KUALA LUMPUR:  Cawangan dan bahagian Umno di seluruh negara digesa menggunakan sepenuhnya pengalaman dan pengaruh anggota veteran parti itu bagi memastikan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Setiausaha Kelab Veteran Umno Malaysia Datuk Mustapha Yaakub berkata pengalaman dan pengaruh luas anggotanya mampu memberikan ‘peluru’ yang diperlukan BN bagi menidakkan impian pembangkang menakluk Putrajaya.
“Apa yang kami mahu ialah untuk membantu menguatkan parti sesuai dengan moto kami ‘veteran pemangkin kepimpinan Umno’.
“Kami tidak mempunyai cita-cita untuk kembali aktif di mana-mana peringkat atau bertanding memegang sebarang jawatan. Kami cuma mahu Umno dan BN kekal memerintah serta menang besar nanti,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata menerusi slogan ‘Keluargaku Pengundi BN’, kelab itu akan memastikan setiap undi keluarga veteran Umno tidak akan tercicir dan pasti keluar untuk mengundi memilih BN.
“Dengan kekuatan lebih 700,000 anggota di seluruh negara, kami akan kerah semua anggota kami untuk menguatkan parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti,” tegasnya.
- Bernama

Perutusan Hari Natal oleh Presiden KEADILAN

Dalam kesempatan ini KEADILAN mengucapkan kepada rakyat Malaysia yang beragama Kristian ‘Selamat Hari Natal’ dan sambutlah dengan penuh kegembiraan bersama keluarga, saudara dan juga sahabat handai.
Raikanlah musim perayaan ini dalam suasana penuh kekeluargaan dan mesra. Martabatkanlah budaya Malaysia yang berbilang bangsa ini agar keharmonian kaum terus dipertahankan.
Janganlah kita leka dalam musim-musim perayaan ini bahawa keselamatan adalah menjadi perkara asas yang paling utama dititikberatkan. Ini termasuklah keselamatan di dalam dan luar rumah serta di jalan raya. Sudah pastinya musim perayaan ini ramai yang akan bercuti dan sebagainya.
Maka KEADILAN mengharapkan rakyat Malaysia sama ada menyambut perayaan ini atau pun tidak, marilah bersama menjaga keselamatan dan berkerjasama dengan pihak berwajib untuk membenteras aktiviti jenayah sosial yang semakin meningkat khususnya ketika musim perayaan.
Oleh yang demikian, KEADILAN sekali lagi mengharapkan kerterbukaan daripada semua pihak untuk bersama-sama dalam agenda membela hak rakyat, tua dan muda tanpa membedakan etnik dan kepercayaan mereka.
Inilah dasar kita yang memartabatkan rakyat itu sebagai satu sumber kekuatan bangsa Malaysia.


Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN

Bekas Pengerusi SPR akui ditawar tanding PRU13


Tan Sri Abdul Rashid Abdul RahmadKUALA LUMPUR - Di sebalik 'kehangatan' cakap-cakap politik bekas pesara perkhidmatan awam menyertai parti politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahmad juga ada ditawarkan peluang bertanding kali ini.

Dalam satu temu bual bersama Sinar Harian Online baru-baru ini, Abdul Rashid mengesahkan ada parti yang mendampingi beliau agar bertanding pada PRU13.
Katanya, tempat yang boleh ditandingi juga dinamakan oleh parti terbabit.

Bagaimanapun beliau enggan berkongsi butiran mengenai kerusi dan parti yang menawarkan peluang itu.

"Ada, sebut pun nama-nama tempat (yang saya boleh tanding), tapi saya hanya mahu beri sumbangan kepada pembangunan negara," kata beliau ketika ditanya mengenai parti politik yang mempelawanya tanding.
Abdul Rashid yang kini terlibat dalam bidang perniagaan sekadar berkata, "itu saya tak payah sebut. Tapi saya akan terus berikan perkhidmatan."

Beliau yang menyandang jawatan Setiausaha SPR selama 17 tahun dan Pengerusinya antara 1998 dan 2008 secara berseloroh berkata, "saya nak tanding? Tak bolehlah. Sudah tidak ada tenaga."

Dipercayai buat kali pertama begitu ramai bekas pegawai kanan kerajaan ditawar dan dipelawa oleh parti-parti politik agar bertanding pilihan raya umum.

PRU13 akan diadakan sebelum akhir Jun depan.

Fauzi tidak pernah menyesal sertai Pas...yang menyesal UMNO dan pencacainya..!!!



Datuk Fauzi Shaari SHAH ALAM - Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menafikan ada mengeluarkan kenyataan mengatakan beliau menyesal menyertai Pas.

“Kenapa saya perlu menyesal bersama Pas. Saya sudah buat pilihan yang tepat. Kenapa masih ada yang pertikai dan ragu-ragu dengan tindakan saya ini.

“Saya rasa tindakan saya menyertai Pas membuatkan ada beberapa pihak tidak senang hati. Sebab itu mereka sengaja mencipta isu ini,” katanya, semalam.

Sebelum ini, terdapat mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), yang mendakwa Fauzi menyatakan penyesalannya menyertai Pas.

Mesej itu berbunyi: “Kalau saya tahu begini keadaan Pas taubat saya tidak akan menyertainya. Masuk Pas umpama masuk parti DAP. Belum apa-apa saya disuruh bersumpah baiah cerai isteri talak tiga jika saya tinggalkan Pas.”

Fauzi, yang bakal dicalonkan bertanding Parlimen Larut berkata, kenyataan itu tidak benar.

“Saya amat gembira dan bersyukur atas apa yang saya hadapi dan nikmati sejak bersama Pas,” katanya.

Huru-hara mempunyai kesan besar terhadap pasaran saham berbanding perubahan, kata penganalisis

Ketidaktentuan, bukan perubahan politik akan memberikan impak yang lebih besar kepada pasaran saham selepas pilihan raya umum ke-13. Gambar fail
KUALA LUMPUR, 25 Dis — Ketidaktentuan, bukan perubahan politik akan memberikan impak yang lebih besar kepada pasaran saham selepas pilihan raya umum ke-13, kata para penganalisis.  Fellow Kanan Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI), Dr Michael Lim Mah Hui memberi amaran bahawa persekitaran yang huru-hara, pertikaian sensitif dan sentimen negatif akan mempunyai lebih banyak kesan serius berbanding dengan prospek Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya.
“Saya tidak bersetuju pasaran saham merudum jika berlaku perubahan kuasa atau keputusan pilihan raya tidak memihak kepada kerajaan sedia ada.
“Kalau kerajaan baru lebih bersih, ia lebih baik untuk pasaran saham.
Isu utama ialah mengelak ketidakpastian (uncertainty),” katanya kepada The Malaysian Insider.

Today in History for December 25th

In DANGER..! Projek Jambatan ke-2 Yahya Petra

Lim Guan Eng - Presepsi DAP Tentang Islam

Sabah Goyang : Shafie Apdal Diludah?

Memikirkan tentang pendidikan

Oleh NURUL IZZAH ANWAR
Hujung minggu lepas menyaksikan saya bersama beberapa ibu, ayah berserta anak-anak yang bakal melangkah masuk ke alam persekolahan di sekitar Lembah Pantai dengan penuh semangat.


Memandangkan ramai akan memulakan kehidupan baru bersekolah, kami anjurkan program santai “Kembali ke sekolah” atau dalam bahasa Inggerisnya, “Back to School” di mana peralatan sekolah serta folder kecil dihadiahkan sekadar pemberi insentif buat anak-anak yang diimpikan akan cemerlang di sekolah oleh setiap ibu dan ayah.

Semuanya mengingatkan saya kepada zaman persekolahan saya sendiri - dari Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, SMK Sri Hartamas sehinggalah ke SMK Assunta.

Ayah saya mahukan kami adik-beradik menyertai alam persekolahan biasa. Ternyata, pengalaman bersekolah di sekolah kerajaan membantu saya memahami dua perkara:

Pertama, selok-belok kurikulum dan bebanan guru, memberikan gambaran jelas kelebihan serta kekurangan di sekolah-sekolah kita.

Krisis ekonomi pengaruhi mental

Oleh Ismail Hashim Yahaya
Senarionya seolah-olah merupakan rakaman semula seperti di Tuscon, Virginia Tech dan  Columbine. Cuma kali ini ia lebih menyayat hati di mana majoriti mangsa terkorban ditembak terdiri daripada kanak-kanak yang masih bersekolah.


Kejadian di Newton, Connecticut, Amerika Syarikat (AS) apabila seorang lelaki melepaskan tembakan di sebuah sekolah di mana ibu penembak bekerja di situ sebagai seorang guru tadika, membunuh 20 kanak-kanak dan 6 dewasa. Penembak tersebut kemudiannya membunuh diri.
Seorang lagi mangsa, dipercayai ibu kepada penembak ditemui mati di sebuah rumah di Newton, membawa jumlah mangsa kepada 27 orang.

Ini memang kejadian sangat menyayat hati, terutamanya majoriti mangsa terdiri daripada kanak-kanak sekolah rendah masih tidak tahu apa-apa.

Politik dengki dan busuk hati Zainudin

Rendah betul moral atau martabat bekas wartawan hebat produk Umno yang bernama Zainuddin Maidin ini. Walau pun pernah menjadi menteri penerangan buat seketika kemudian kalah kepada calun PKR dalam PRU 12 yang lalu, namun itu belum cukup mematangkan halatuju politiknya.   

Dari awal sampai pencen kekal dengan politik mengampu dan busuk hatinya. Perbuatannya menghina bekas bekas presiden Indonesia baru-baru ini amat memalukan negara dan rakyat Malaysia.   
 
Begitu mudah beliau melebelkan Habibie, dan rakan baiknya DS Anwar sebagai “anjing imperialisme”  Wow,! dahsyat!  Gelaran sebegini cukup melampau!  Bekas pemimpin Malaysia dan Indonesia yang cukup popular dan berkarisma itu disamakan dengan anjing. Celaka betul si mamak yang mengaku Melayu ini.  Sedarkah dia? yang dia hanya seorang wartawan busuk, wartawan pengampu yang disisih oleh rakyat bahkan oleh Umno sendiri? Bukankah selayaknya beliau dilebel sebagai  Wartawan anjing kurap? - rahimothman

Perutusan Natal: Hanya kerajaan pro-rakyat mampu urus negara dengan baik


KUALA LUMPUR, 25 DIS: Kerajaan Pakatan Rakyat dengan segala dasar pro-rakyat yang diketengahkan mampu membawa Malaysia mengecapi keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan dengan lebih menyeluruh dan adil berdasarkan kepada prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi dan integriti.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, biarpun prinsip dan idealisma dasar pro-rakyat tidak dipedulikan mereka yang mentadbir negara kini, ia akan mampu terlaksana dengan bertukar kepada sebuah pentadbiran baru yang pro-rakyat.
“Misalnya dengan melaksanakan tender secara terbuka, ia bukan saja idealistik malah menjadi komponen yang realistik untuk dipraktikkan dan inilah yang memberi sumbangan besar kepada pencapaian Pulau Pinang sehingga kini.” Ujar beliau dalam satu mesej sempena Hari Natal yang dikeluarkan.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menambah, tanpa berpegang teguh kepada prinsip, sesuatu dasar itu tidak akan jadi praktikal malah akan timbul isu yang menjadi kekhuatiran rakyat terhadap kepentingan dan hak mereka, antaranya ialah;

Lebih 6,000 mangsa banjir dipindah di Pantai Timur


Lebih 6,000 mangsa banjir dipindah di Pantai Timur
Kira-kira 2,000 pelajar termasuk kakitangan Universiti Malaysia Kelantan Kampus Kota di Kota Bharu tidak dapat meneruskan aktiviti mereka seperti biasa selepas kawasan tersebut

Keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang semakin buruk pagi ini dengan lebih 6,000 mangsa dipindahkan.
  
Sebanyak 2,594 mangsa kini berada di pusat pemindahan di Terengganu berbanding 1,301 malam tadi, manakala 1,963 mangsa dipindahkan di Kelantan berbanding kira-kira 1,000 semalam, menurut portal rasmi kerajaan negeri masing-masing.
  
Di Pahang, menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara, 1,743 mangsa banjir dicatatkan berbanding 915 semalam, manakala mangsa banjir di Johor pagi ini kekal 16 orang.   

Di Kelantan, jajahan Kuala Krai menyaksikan paling ramai mangsa dipindahkan iaitu 907, diikuti Tanah Merah (314), Kota Baharu (295), Pasir Puteh (225), Pasir Mas (116), Machang (100) dan Tumpat (enam).
  

Tidak bayar royalti petroleum dianggap lebih menzalimi rakyat Kelantan

Oleh Noor Jaafar

RAMAI yang sengaja buat keliru dan kurang jelas mengenai kelulusan kawasan balak seluas 10,526 ekar di Hutan Simpan Relai, Gua Musang, oleh Kerajaan PAS Kelantan kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK) pada 2000.
Sedangkan Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadzli Shaari sudah menjelaskan perkara itu, begitu juga penafian yang dibuat Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming.
Penjelasan yang macam mana lagi yang pemimpin dan penyokong UMNO-BN mahu kalau mereka masih juga tidak faham atau sengaja buat tak faham dengan penjelasan dan penafian itu.
Mungkin perangai pemimpin dan penyokong UMNO-BN suka melakukan fitnah tanpa usul periksa yang akhirnya mereka sendiri yang dapat malu sepertimana yang dilakukan Utusan Malaysia yang akhir kalah dan dikenakan denda kerana memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat (PR).
Roketkini.com juga tidak faham apa maksud Persatuan Anak-anak Kelantan Darul Naim Malaysia (PAKATAN) yang turut menuduh Kerajaan PAS Kelantan mengkhianati dan mengaibkan rakyatnya dengan memberi tanah balak di Gua Musang kepada pemimpin DAP.
Kalau kerana kes itu dituduhkan menganiayai rakyat Kelantan, bermakna tindakan Kerajaan BN Persekutuan lebih zalim dan kejam apabila menafikan hak royalti petroleum rakyat Kelantan.
Rakyat Kelantan, termasuk PAKATAN yang diterajui Datuk Dr Nordin Ab Razak boleh banding sendiri antara kezaliman dan kekejaman yang dilakukan kerajaan BN dengan tindakan kerajaan PAS Kelantan yang meluluskan tanah itu kepada YIK dan diusahakan pembangunan kawasan balak itu oleh sebuah syarikat yang kebetulan baru saja dimiliki pemimpin DAP Perak.

Pemimpin, ahli PAS diseru ke Himpunan Oren 28 Dis


KUALA LUMPUR: PAS menyeru semua pemimpin dan ahli di seluruh negara hadir ke Himpunan Oren Selamatkan Felda 2.0 yang akan diadakan pada Jumaat, 28 Disember, jam 2.00 petang.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, semua peserta digalakkan memakai pakaian berwarna oren sebagai tanda kebersamaan dalam isu Felda dan mereka dikehendaki berkumpul di Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

"Peserta juga dicadangkan datang lebih awal daripada masa yang ditetapkan untuk mengelakkan tergendalanya perjalanan program ini.

"Kerjasama semua pihak bagi memastikan kejayaan program didahului dengan ucapan jazakallahu khairan kathira," tegas beliau.


Jelas beliau, Mesyuarat AJK Kerja PAS Pusat pada 9 Disember lalu telah memutuskan untuk mengadakan Himpunan Oren 2.0 Selamatkan Felda sebagai langkah kemuncak rakyat untuk selamatkan organisasi itu.

The Current and Next PM visit Sabah

At the end of this month, DS Najib and DS Anwar are going to Sabah. The former will see a bleak future for BN in Sabah. Anwar will be basking in increasing support from Sabahans, tired of being the 12th state in Malaysia. Sarawak on the other hand enjoys more autonomy. UMNO is not there, and its CM is determined by Sarawakians. Sabahans take stock of what is happening in the neigbouring state.
The CM of Sabah on the other hand, is determined by Kuala Lumpur. The non-Muslim majority has seen its dominance diluted by the infamous Project IC. Immigrants were given free passage into Sabah and were given citizenship. Most of them are Muslims thus swelling the number of Muslims in Sabah to about 40-45% now.
Anwar will be experiencing so many more Pensiangans. Pensiangan is a remote rural constituency south of KK. You have to undertake hazardous travel to get there. Yet when Anwar visited Pensiangan not too long ago, 7000 came to greet him.

Bayar Ansuran FIDYAH Melalui Maybank2u - Ustaz Azhar Idrus

ONANI Kerana Isteri PREGNANT - Ustaz Azhar Idrus

Tanda HITAM Atas Dahi - Ustaz Azhar Idrus

Tanggung HUTANG Tak Boleh Keluar Jihad ? - Ustaz Azhar Idrus

Anak Isteri RELA Suami Ke Medan JIHAD - Ustaz Azhar Idrus

02/02 Kenapa Lelaki MUSLIM 112 Tahun KAHWIN Dengan Gadis 13 Tahun? - Dr Zakir Naik (subtitle BM)

01/02 Kenapa Lelaki MUSLIM 112 Tahun KAHWIN Dengan Gadis 13 Tahun? - Dr Zakir Naik (subtitle BM)

Afghan Policewoman Kills US Adviser in Kabul

NATO murder sets dangerous Afghan precedent

Egypt gives Islamist constitution a chance