Isnin, 24 Disember 2012

Banjir semakin buruk di Kelantan


banjir kelantan
Dua remaja perempuan mengharungi banjir di Kampung Wakaf Bunut, Jalan Jerteh, Pasir Puteh, hari ini.
 
banjir kelantan

KOTA BHARU - Banjir di Kelantan semakin buruk apabila enam daerah mula dilanda bencana alam itu melibatkan 465 mangsa daripada 110 keluarga dipindahkan ke 13 pusat pemindahan sehingga jam 6 petang tadi.
Menurut portal rasmi Kerajaan Negeri, mangsa di enam jajahan iaitu Kota Bharu, Machang dan Pasir Mas, Kuala Krai, Pasir Puteh dan Tanah Merah mula berpindah sejak tengah malam tadi.
Kuala Krai mencatatkan jumlah mangsa tertinggi apabila Kampung Telekong dinaiki air menyebabkan 31 keluarga melibatkan 122 mangsa terpaksa dipindahkan ke dua pusat pemindahan, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keroh dan Sekolah Kebangsaan (SK) Telekong.
Di Kota Bharu, 113 mangsa daripada 28 keluarga dari Kampung Tiong, Kampung Hutan Buloh dan Kampung Mulong dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Tiong, Pejabat Penggawa Peringat dan SMK Mulong.

Bilik Gerakan Banjir DPP di seluruh negara

1. Bilik Gerakan Banjir Pemuda PAS di PERAK tlh dibuka, hbngi sdr arif shaarani 013-4213636 utk tindakan lanjut

2. Bilik Gerakan banjir Pemuda di TERENGGANU tlh dibuka, hubungi Us Saiful Anbiya 0199229158 utk tindakan lanjut,

3. Bilik Gerakan Banjir Pemuda PAS di KELANTAN  tlh dibuka, hbgi sdr Nik Asmawi +60129289859 utk urusan di Kelantan

4. Bilik Gerakan Pemuda PAS tlh dibuka di JOHOR, Penyelia sdr Faizul Salleh 0136263800 sila hbgi utk tindakan lanjut

5. Pemuda PAS tlh buka bilik Gerakan Banjir di negeri KEDAH sila hbgi ust Zelani 0194156624 utk tindakn lanjut

6. Bilik Gerakan Banjir Pemuda PAS tlh dibuka di MELAKA, sila hbgi sdr Mohd Puhat 012-242-8942 utk tindakan lanjut,

7. Bilik Gerakan Pemuda PAS tlh dibuka di WILAYAH PERSEKUTUAN sila hubungi sdr Shidi 012-2428942 utk tindakn lanjut

8. Bilik Gerakan Banjir Pemuda PAS tlh dibuka di PERLiS, hbgi sdr Mior Hassan  0194575605 utk tindakan lanjut

9. Bilik Gerakan Banjir tlh dibuka di PULAU PINANG, hbgi sdr Norazman 0134076770 utk tindakan lanjut

10. Bilik gerakn banjir Pemuda PAS tlh dibuka di PAHANG, sila hubungi sdr Sharudin 0139191721  fadli 0199111163 utk info & bantuan

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tengku Abdullah: Sistem parit di Kuantan perlu dikaji semula


banjir
Kelihatan seorang kakitangan sebuah hotel Shiaha Salleh,48, melihat bandar Kuantan yang dilimpahi air banjir hari ini. - Foto Bernama
 
banjir
Sebahagian 131 keluarga menikmati makanan yang disediakan di pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Galing, Kuantan hari ini. - Foto Bernama
 
KUANTAN - Kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta mengkaji semula sistem perparitan di sekitar bandar Kuantan kerana ia didapati menjadi faktor utama berlakunya banjir kilat di sini hari ini.
Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, kebanyakan sistem perparitan yang sedia ada didapati terlalu sempit dan sudah usang menyebabkan ia tidak dapat menampung jumlah air hujan sehingga ia melimpah dan mengakibatkan banjir kilat di sekitar pusat bandar.
"Ketika saya terbang tadi (dengan helikopter) buat tinjauan, ia (banjir kilat) bukan disebabkan oleh paras air sungai yang meningkat atau sistem perparitan yang tersumbat.

Banjir terburuk di Kuantan dalam sejarah



(Sebelah Berjaya Mega Mall)

KUANTAN: Hujan lebat lebih daripada 10 jam telah menyebabkan bandar Kuantan dilanda banjir terburuk dalam sejarah hari ini.

Pelbagai gambar yang memperlihatkan jalan-jalan utama dan kenderaan ditenggelami air sedang hangat dikongsikan di laman sosial media.

(Kawasan terminal bas Kuantan penuh dengan air)

Antara jalan yang ditenggalami air ialah Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Pasar, Jalan Bukit Ubi, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Mahkota, Jalan Abd Aziz, Jalan Air Putih, Jalan Haji Ahmad dan Jalan Beserah.

Ombar di Laut China Selatan dilaporkan mencecah 4 meter berdasarkan pengamatan seorang nelayan di Balok yang dihubungi Harakahdaily.

Kawasan-kawasan popular seperti Berjaya Megamall, Sri Dagangan, East Coast Mall and Zenith Hotel diselubungi air dengan kenderaan dilihat di bawah air setinggi paras pinggan.

Rise in domestic debt places Malaysia at risk of crisis, economists warn

Kuala Lumpur skyline at dusk. WSJ reported that Malaysia had one of the higher figures of debt levels in the region, with the country’s credit-to-GDP ratio this June rising to 117 per cent from 96 per cent in late 2007. – Reuters pic
KUALA LUMPUR, Dec 24 – Economists warn that a rise in domestic debt that has been keeping Asia’s economy strong could place the region, which includes Malaysia, at risk of a major crisis, the Wall Street Journal (WSJ) reported. The WSJ noted the great increase in the number of loans being taken by Asian businesses and individuals due to the low interest rates offered by banks.
But Frederic Neumann, co-head of Asian economic research at HSBC, warned that the Asia could be at the brink of a major debt crisis, saying: “I believe we are at the beginning of a major debt cycle in Asia.”
“We are certainly seeing the early symptoms of a debt bubble emerging, and I think it’s worth keeping a close eye on,” he told the international business paper last Friday.
The WSJ reported that Asia’s debt levels had jumped far greater than the troubled Euro zone and the US.
Asia’s credit-to-GDP ratio shot up to 104 per cent this June from 82 per cent in December 2007, while the Euro Zone’s was a slower rise of 131 per cent from 123 per cent and the US’ ratio had went down by one per cent to 62 per cent.

Mengapa Najib Altantuya SEKALI LAGI Ke Sabah?


Di saat kebanyakan rakyat sibuk menghabiskan cuti bersama keluarga hujung tahun ini, rupanya ada juga yang tak senang duduk memikirkan apakah kuasa masih boleh disambung paling kuat sepenggal lagi.

Itulah yang terjadi kepada perdana menteri, Najib Altantuya yang nampaknya terpaksa 'menghabiskan cuti hujung tahunnya' sekali lagi ke Sabah dalam apa yang disifatkan sebagai misi antara hidup dan mati Barisan Nasional (BN) terutamanya mempertahankan seberapa banyak kerusi parlimen dari jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Untuk makluman, kunjungan kali ini adalah yang ketujuh kali untuk tahun ini sahaja, sekaligus mencatat rekod sebagai perdana menteri paling kerap melawat negeri di bawah bayu itu dalam tempoh setahun, dan turut mencatat sejarah sebagai perdana menteri paling takut kehilangan negeri ini dan dalam masa yang sama, masih belum memperolehi mandatnya sendiri sebagai perdana menteri.

Najib Altantuya dijangka terbang ke negeri ini pada 28 Disember setelah baru seminggu mengadakan lawatan ke Sandakan bagi merasmikan mesyuarat agung tahunan Parti Liberal Demokratik (LDP) yang diketuai Liew Vui Keong yang juga ahli parlimen Sandakan serta sesi bertemu pengundi di beberapa kawasan parlimen di negeri ini.

‘Soi Lek the trishaw peddler’

Mural by Lithuanian artist Ernest Zacharevic along Penang Road a hit among locals for its likeness to the MCA chief.

PETALING JAYA: The public have given imagination its full scope when appreciating 12 murals in George Town, likening one to MCA president Dr Chua Soi Lek on a trishaw.
A Kwang Wah Yit Poh’s journalist from Penang said today that many of his friends from other states took a jibe at him, requesting to see the “Soi Lek the trishaw peddler”.
The journalist said he was initially puzzled by such requests, only to realise later that they were poking fun at the mural in Penang Road which they claimed resembled the MCA chief.
The mural, measuring 15.2m by 15.2m, depicts an elderly trishaw peddler sitting in his vehicle, awaiting customers.
Titled, “The Awaiting Trishaw Peddler”, it was one of 12 murals painted by Lithuanian artist Ernest Zacharevic, portraying life in the heritage city.
The journalist said his friends have quipped that the Pakatan-led Penang state government had intentionally arranged for the trishaw peddler to be portrayed as Chua.
But according to Zacharevic, the painting was inspired by his encounters in Penang road where peddlers always spent their afternoon sipping coffee while awaiting customers.
The road is the congregation point for many trishaw peddlers on the island.
Besides the trishaw peddler, murals like “Litte Boys with Pet Dinasour” and “Little Children on a Bicycle” have become increasingly popular among tourists.

Visual kemusnahan alam

Kiamat Mayan tidak berlaku dan kini ianya menjadi jenaka. Apa yang pasti kiamat pasti berlaku dan kita harus serius bersedia dengan dunia akhir zaman yang kita diami sekarang. Steve McGhee menghasilkan gambaran hari kiamat versi beliau.


BN Beli Tanah di Selangor Dengan Harga Murah RM1 Sekaki Persegi? Bayaran Tunggakan Cukai Taksiran Sebanyak RM26,935.50 & RM110,869.20?

BN Beli Tanah Selangor BN Beli Tanah di Selangor Dengan Harga Murah RM1 Sekaki Persegi? Bayaran Tunggakan Cukai Taksiran Sebanyak RM26,935.50 & RM110,869.20?
Tanah di Selangor : Sebelum ini, DAP ada membuat pendedahan tanah yang dikatakan milik Umno Puchong gagal membayar cukai selama dua tahun berturut-turut ke atas tanah itu. Tanah-tanah tersebut merupakan sebahagian daripada 24 keping tanah yang diperolehi Barisan Nasional dengan harga murah semasa pentadbiran mereka sebelum tumbang pada Mac 2008. Itu kata Hannah Yeoh, ADUN Subang jaya….

Dakwaan DAP : Isu Tanah di Selangor & Tunggakan Cukai Taksiran

  • Tanah dengan nombor lot 0073899 dan 0073900 itu mempunyai bayaran cukai tertunggak sebanyak RM26,935.50 dan RM110,869.20
  • Kedua-dua cukai taksiran mencecah hampir RM150 ribu
  • Tanah itu merupakan sebahagian daripada 24 keping tanah yang diperolehi BN dengan harga murah sewaktu pentadbiran mereka di Selangor dengan harga RM1 sekaki persegi
  • MCA dan Gerakan turut  memiliki sekeping tanah dalam daerah Puchong. Tanah yang nombor lot PT29095 terletak di Pekan Kinrara yang didakwa didaftarkan di atas nama Gerakan manakala tanah yang didakwa milik di MCA itu didaftarkan atas nama MCA cawangan Batu dan terletak di Pekan Pucung Jaya dengan nombor lot PT235.
RM1 kaki persegi? Rakyat Selangor pun tidak mendapat menikmati keistimewaan sebegitu rupa untuk memiliki tanah di negara sendiri. Tetapi andaikata, tanah tersebut digunakan untuk tujuan kebajikan contoh pusat kemasyarakatan tiada masalah. Tetapi jika untuk pembinaan kondominium contohnya atau lain-lain yang tidak berkaitan dengan rakyat.
Bukan tugas kami untuk menentukan siapa yang salah, siapa yang betul. Undang-undang tetap undang. Jikalau mereka menyalahgunakan tanah tersebut dan tidak mengikut prosedur yang betul, diharapkan tanah tersebut perlu dirampas kembali di bawah Kanun Tanah Negara. Siapa yang bersalah, perlu diberikan hukuman sebagai pengajaran kepada semua…

Jawapan Balas BN Selangor : Usah Ungkit Cerita Lampau, Rakyat Sudah Hukum Kami

Dakwaan demi dakwaan....Najib tak mahu jawab?....lebih baik letak jawatan !!

Sedarkah kita bahawa perbelanjaan Negara di bawah tadbiran Najib@altantuya Perdana Menteri Malaysia keenam, telah mencapai angka RM500 bilion  dan  menyamai belanjawan negara lima perdana menteri sebelumnya.    Ini menjadikan hutang negara  meningkat melebihi 50% pendapatan  Negara.  Wow,  sungguh dahsyat!  dan amat membimbangkan !!.  Amalan  rasuah pula khabarnya melimpah ruah,  meningkat berkali-kali ganda!  Menurut kajian, Malaysia menduduki ranking kedua di dunia,  dalam bab rasuah.  MasyaAllah! malunya ! Musnah!,  lingkup negara ini dibuat oleh Najib !  .


Seperkara lagi, seperti kita sedia maklum,,,  pengaliran wang haram keluar  dari negara ini amat menggerunkan,, telah mencapai hampir RM200 bilion.  Najib selaku Perdana Menteri 1Malaysia yang juga  Menteri Kewangan wajib menjawab dakwaan ini.  Bagaimana pengaliran  wang haram keluar  negara yang begitu besar jumlahnya  boleh dibiarkan berlaku? Lebih memburukkan keadaan lagi,kes rasuah kapal selam yang melibatkan najib belum lagi selesai,  Ditambah pula pendedahan terbaru oleh Deepak usahawan kapet,  yang mendakwa Najib dan keluarganya terlibat dengan kes pembunuhan Altantuya. Dimana Najib nak letak muka dan kenapa Najib masih tidak menjawab atau menafikannya ?

Malaysia sebuah Negara Islam contoh konon!!  tetapi amat malang dan memalukan! pemimpinnya membudayakan rasuah, tidak bermoral dan terlibat dengan jenayah. Justeru kalau Najib tidak mampu membersihkan diri atau tidak berupaya memberikan jawapan yang manasabah, yang boleh diterima oleh rakyat eloklah Najib meletak jawatan !!   Negara akan runtuh jika Perdana Menterinya menyalahguna kuasa, tidak bermoral dan tidak tahu mentadbirurus kewangan negara dengan betul !
Oleh : rahimothman

BN Rampas 20 Kerusi Pakatan: Ramalan Rabun Mat Maslan

Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan meramalkan UBN akan berjaya merampas 20 kerusi milik Pakatan Rakyat dan sekaligus akan memperolehi majoriti 2/3 di parlimen. Kerusi yang bakal dirampas ialah lima kerusi milik PAS, lima milik DAP dan 10 milik PKR.


Ahmad Maslan: Syok sendiri?
Menurutnya kemunasabahan pencapaian itu berpandukan kepada kerusi-kerusi milik Pakatan Rakyat sebelum ini bermasalah apabila wakilnya keluar meninggalkan parti. Sekali dengar kenyataan Ahmad Maslan itu agak mengejutkan juga, tetapi bila membaca laporan itu sampai habis menyebabkan orang tersenyum sendiri kerana ramalan itu hanya ilusi oleh seseorang yang baru menikamti 'air' kekuasaan.

Kata Ahmad Maslan kemungkin itu berlaku sekiranya tidak berlaku cah keting di dalam parti berkenaan dan ia juga dibantu oleh calon boleh menang (winnable candidate) yang dikemukakan oleh UBN serta disumbangkan oleh kepimpinan Najib Razak.

Kalau itu bentuk dan gaya ramalan Ahmad sesiapa pun boleh membuat ramalan seperti itu. Sepuluh ramalan sehari pun boleh dilakukan, bukan saja setakat 20 kerusi 50 kerusi boleh dilakukan. Pihak Pakatan Rakyat juga boleh menyatakan mereka akan menang lebih 30 kerusi yang dimiliki oleh UBN sekarang.



Setakat hendak sebut jumlah kerusi dari PAS, PKR dan DAP, Pakatan Rakyat juga boleh berbuat demikian. Apakah kalau Pakatan Rakyat mendakwa mereka akan merampas 14 kerusi parlimen di Sabah dan 10 kerusi parlimen di Sarawak, manakala tujuh atau lapan kerusi di Johor di samping menambahkan satu di Pahang, satu Melaka dan dua di Perak?

Najib mesti jawab tuduhan Deepak dulu

Gobind

KUALA LUMPUR, 24 DIS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disaran menunjukkan kepimpinan melalui tauladan dengan memberi respon kepada tuduhan berat Deepak Jaikishan terhadap beliau berkaitan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Saranan itu disuarakan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berikutan langkah yang dicadang Perdana Menteri supaya calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti ditapis terlebih dulu bagi membersihkan imej BN.
Gobind berpendapat demi membersihkan imej parti berkenaan, BN mesti tidak lagi menimbulkan sebarang curiga dengan dakwaan yang boleh memberi kesan kepada parti itu pada PRU-13.
“Najib sepatutnya memimpin melalui tauladan dengan mengadakan siasatan terbuka dan memberi respon terhadap dakwaan Deepak Jaikishan baru-baru ini,” ujar Gobind, sambil menambah bahawa Perdana Menteri sendiri mesti memberi kerjasama penuh dalam siasatan terbabit demi membuktikan beliau benar-benar serius.

Tapis Calon : Siasat Najib Razak dan Taib Mahmud dahulu

Teo Nie Ching

KUALA LUMPUR, 24 DIS: Orang pertama yang harus disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, jika benar UMNO betul-betul serius mahu menapis calonnya yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.
“Walaupun gaji Perdana Menteri atau Menteri Kabinet boleh dikatakan tinggi, pastinya ia tidak begitu tinggi sehingga begitu mudah mampu berbelanja sehingga RM80,000 untuk majlis hari jadinya dan RM410,000 untuk majlis pertunangan anak perempuan beliau, dan juga barangan mewah yang diperagakan isterinya, Rosmah Mansor yang diketahui umum memiliki sejumlah besar beg tangan Birkin,” kata Ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching.
Nie Ching dalam kenyataannya mempertikaikan keikhlasan Najib Razak untuk membersihkan imej UMNO-BN dengan menapis calon BN untuk PRU-13.
Menurutnya, kerjaya politik Najib bermula dengan mewarisi kerusi ayahnya pada usia 23 tahun, dan memegang jawatan menteri pada usia 25 tahun sehingga dilantik menjadi Perdana Menteri pada 2009 setelah Tun Abdullah Ahmad Badawi berundur.
“Saya pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana beliau dapat mengumpulkan begitu banyak kekayaan ketika menjadi ahli politik sepenuh masa sejak usia pertengahan 20-an,” ujar Nie Ching.

Tapis calon: 'Undang-undang sudah cukup'


Mohd Tap Salleh KUALA LUMPUR - Hak untuk 'menapis' calon bertanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) seharusnya diserahkan sepenuhnya kepada pengundi seiring dengan tradisi amalan demokrasi yang sebenar.

Sehubungan itu, menurut Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr Mohd Tap Salleh, perundangan sedia ada sudah mencukupi dalam menentukan calon-calon yang bertanding itu 'bersih' rasuah dan sebarang kes jenayah.

Selebihnya ujar beliau, biar rakyat memilih siapa calon yang menjadi pilihan mereka untuk mewakili kawasan masing-masing selepas PRU13 kelak.

Cumanya, jika tapisan calon-calon pilihan raya ini merangkumi soal integriti mereka, buat masa ini katanya, tidak ada mekanisme yang benar-benar konkrit untuk mengukur sama ada calon itu benar-benar berwibawa dari segenap sudut katanya.

"Boleh mungkin (bentuk undang-undang tapis)... tapi yang ada sekarang ini, setahu saya agak susah.

"Tapi kalau boleh dibentuk kemudian hari kelak, yang boleh diterima oleh semua pihak, itu mungkin. Tapi buat masa ini, pada saya untuk mengatakan orang ini layak atau tidak, undang-undang sudah ada dan jelas. orang macam ini boleh, orang macam ini tak boleh, memang sudah ada undang-undangnya," kata beliau ketika ditemui Sinar Harian Online, hari ini.

Perutusan MB Selangor sempena Hari Krismas

Masyarakat Malaysia terkenal dengan perayaan yang rencam. Sifatnya sebagai masyarakat yang majmuk telah menjadikan Malaysia sebagai antara negara yang unik di dunia dari segi budaya & kepercayaan warganya.
Sambutan Krismas merupakan salah satu daripada kerencaman kepercayaan tersebut.
Jika dilihat semangat positif yang boleh digarap sempena perayaan ini, Krismas membawa simbol semangat setiakawan & kesatuan rakyat yang berbilang kaum di negara ini.
Bahkan sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita, budaya kunjung-mengunjung, ziarah-menziarahi dan bantu-membantu telah tersemat sebagai agenda wajib dalam proses melahirkan apresiasi yang bersifat rentas agama dan budaya.
Tidak sekadar itu, perayaan yang diserikan dengan cuti umum ini telah mendatangkan kegembiraan yang bukan sedikit buat rakyat kebanyakan. Walaupun tidak disambut atas faktor beza kepercayaan, namun cuti yang diperoleh pastinya menjadi medan solidariti secara tidak langsung antara warga Kristian & bukan Kristian dalam negara ini.
Dek kerana itulah Selangor sentiasa menjadikan hubungan harmoni antara kaum & kesentosaan hidup masyarakat beragama sebagai pasak kukuh yang harus diikuti dalam setiap agenda kerajaan negeri.
Setiap kemajuan & pemeringkatan kualiti hidup rakyat disuluh sehingga ke akarnya agar ianya tetap melestarikan implementasi nilai-nilai positif yang terkandung dalam setiap kepercayaan & agama.
Tidak hairanlah jika di bawah pentadbiran kerajaan sekarang, selain menyediakan bantuan kepada pembangunan Islam, kita juga menyediakan peruntukan khas untuk membantu perjalanan rumah-rumah ibadat seperti gereja Kristian, kuil-kuil Buddha dan Hindu serta agama-agama yang lain.
Hal ini penting agar setiap rakyat di negeri Selangor ini memperoleh bantuan yang saksama dan adil. Inilah mekanisme yang telah digunapakai sepanjang kita diberi mandat. Mudah-mudahan ianya diterima rakyat & terus diberi kepercayaan oleh rakyat, khususnya di Selangor.
Oleh yang demikian, saya mewakili kerajaan negeri Selangor berbesar hati untuk mengucapkan selamat bercuti untuk semua & selamat menyambut Hari Krismas untuk warga Selangor yang beragama Kristian.


Abdul Khalid Ibrahim
Menteri Besar Selangor

Perutusan Hari Natal dan Tahun Baru 2013 oleh Anwar Ibrahim

Selamat menyambut Hari Natal kepada masyarakat Kristian di Malaysia! Moga musim perayaan ini membawa keharmonian, kebahagiaan dan harapan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Hari Natal adalah masa untuk bersama keluarga dan masa bersama dengan orang yang tersayang. Marilah kita bersyukur dengan kenikmatan yang kita ada dan tidak dilupakan juga kepada yang kurang bernasib baik.
Masyarakat Kristian memainkan peranan penting dalam masyarakat berbilang bangsa dan berbilang agama dalam negara kita. Hubungan antara masyarakat Kristian dan kerajaan seharusnya dibina atas kepercayaan dan semangat kerjasama, dan kebebasan fundamental mereka seperti yang termaktub dalam Perlembagaan wajib dihormati dan dilindungi.
Ini adalah perkara yang sangat esential untuk Malaysia bergerak maju bersatu demi keharmonian dan kesejahteraan. Negara tidak tampak hebat dengan masyarakat yang tidak bersatu.
Sempena dengan kehadiran musim perayaan ini, saya ingin ulangi bahawa kegembiraan, kestabilan dan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia harus menjadi batu pengukur kepada kekuatan negara bangsa ini dan kemampuan untuk mengharungi cabaran di hadapan. Marilah kita bersatu di bawah panji keamanan, kebebasan, reformasi dan keadilan untuk semua.
Saya bersama teman-teman dalam Pakatan Rakyat bekerja keras bertahun-tahun untuk memastikan komitmen kami bahawa Malaysia ini adalah milik seluruh rakyat Malaysia. Dalam semangat itu, kami ingin sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Natal kepada seluruh masyarakat Kristian di Malaysia.


Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN

Oren nafi berkeras masuk Felda Bt Rokan Utara

(Samseng yang membawa bendera BN menghalang Kembara Oren masuk ke kawasan Felda Bukit Rokan Utara)

JEMPOL: Pengarah Program Kembara Oren Negeri Sembilan, Abdul Rahman Ramli hari ini menyangkal dakwaan laporan Sinar Harian hari ini bahawa peserta Kembara Oren 'Selamatkan Felda' Negeri Sembilan semalam merupakan orang luar dan kekecohan berlaku kerana peserta Kembara Oren tetap berkeras untuk masuk ke penempatan Felda. 

"Saya menafikan laporan Sinar Harian hari ini yang mengatakan bahawa peserta konvoi merupakan orang luar. Mana ada? Kecuali empat atau lima orang kepimpinan PAS Negeri Sembilan dari Seremban yang membantu kita dari segi logistik, kordinasi dan keselamatan pemimpin, selebihnya merupakan peneroka dan anak peneroka dari seluruh Negeri Sembilan termasuk dari tanah rancangan Felda yang kami bercadang masuk pada mulanya.

“Laporan sumber Sinar Harian yang mengatakan kami tetap berkeras mahu masuk ke Felda Bukit Rokan Utara adalah tidak benar sama sekali.

"Bagaimana kami nak masuk ke Felda Bukit Rokan Utara sedangkan mereka terlebih dahulu telah membuat sekatan jalan di jalan utama yang menghubung Felda Jelai dan Gemencheh.

"Apa kuasa mereka mengadakan sekatan jalan dan menghalang kami terutama di jalan utama," tanya Abdul Rahman.

Malaysia aman, mengapa Jelajah Oren diserang

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengecam pihak yang menghalang konvoi Jelajah Oren ‘Selamatkan Felda’ sehingga mencederakan dua peserta konvoi tersebut serta memecahkan cermin kereta sebuah pacuan empat roda.
“DPPM menganggap tindakan seperti ini adalah suatu tindakan tidak bertamadun oleh golongan yang tidak mahu menerima kebenaran serta menghargai ruang demokrasi yang ada dalam negara ini,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor.

Katanya, DPPM percaya tindakan provokasi tersebut telah terlebih dahulu dirancang bagi mewujudkan insiden keganasan yang tjuannya adalah untuk mengugut rakyat agar tidak berani bangkit menyatakan kebenaran.

Beliau berkata, ia mungkin juga bagi menutup segala kepincangan yang berlaku supaya rakyat tidak tahu isu sebenar yang berlaku di dalam Felda.

Soalnya, kata beliau mengapa mesti tindakan ala samseng seperti ini berlaku dalam negara aman seperti Malaysia.

“Jika sekalipun rombongan Jelajah Oren tidak dibenarkan masuk ke Felda Bukit Rokan Utara oleh penduduk kampung, tidak bolehkah rombongan tersebut hanya dihalang masuk tanpa apa-apa insiden ganas?” katanya dalam satu kenyataan.

KEADILAN: Bukan tugas SPRM tapis calon pilihan raya

KUALA LUMPUR 24 Dis: Ketua Sekretariat Pilihan Raya KEADILAN, Zakaria Abdul Hamid menegaskan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus memberi penekanan kepada tugasan lebih mendesak daripada membuat tapisan terhadap calon pilihan raya.
Beliau mengulas cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang mahu mewajibkan parti politik mengemukakan senarai calon tersebut kepada SPRM untuk proses tapisan.
Menempelak cadangan itu, Zakaria berkata, SPRM perlu memperbaiki tugas asasinya terlebih dahulu bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap badan tersebut.
“Bukan tugas SPRM untuk buat tapisan. Tiap parti pastinya telah membuat tapisan sendiri.
“Mengapa SPRM tidak selesaikan dahulu kes-kes salahguna kuasa dan berprofil tinggi seperti didedahkan mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan yang dilaporkan Deepak Jaikishan,” kata Zakaria ketika dihubungi.
Menurutnya, KEADILAN khuatir saranan tersebut akan dimanipulasi oleh Umno BN demi meraih kemenangan dalam PRU 13.
“Kita juga bimbang SPRM kemudian akan digunakan oleh pihak berkepentingan iaitu Umno BN untuk menafikan hak calon-calon Pakatan Rakyat untuk bertanding,” tambahnya.

Polis, FRU biarkan samseng Umno serang Kembara Oren – Saksi

KUALA LUMPUR 24 Dis: Seorang saksi yang turut mengikuti Kembara Oren ‘Selamatkan Felda’ Negeri Sembilan semalam kesal apabila polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) langsung tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghalang serangan samseng Umno ke atas kumpulan itu.
Samseng yang membawa bendera BN menghalang Kembara Oren masuk ke kawasan Felda Bukit Rokan Utara.
Rebin Birham yang juga Setiausaha Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN berkata, sikap pihak berkuasa amat mendukacitakan, walaupun peserta konvoi dipukul, dipijak dan diserang dengan pelbagai objek keras, tetapi serangan itu hanya mampu dilihat dan dibiarkan oleh polis.
“Felda Bukit Rokan Barat dan Utara, dan di Tampin, paling teruk berlaku provokasi. Penyokong Umno awal-awal sudah menunggu dengan bangga mengibarkan bendera BN, sambil memegang kayu, besi dan batu besar,” jelasnya kepada Keadilan Daily.
“Apa yang lebih menyedihkan apabila pasukan Rela turut membantu mereka membawa bendera tersebut,” kata Rebin yang juga Naib Ketua KEADILAN Cabang Jempol.

BN Pahang tiada idea ciplak tawaran Pakatan


TEMERLOH: PAS Pahang menganggap Umno dan BN negeri ini kekeringan idea dalam usaha memancing undi rakyat menjelang Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) sehingga sanggup meniru idea Pakatan Rakyat (PR) Pahang.


Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Saad (gambar) berkata sudah dua tawaran PR diulang balik oleh Adnan iaitu dahulu menyediakan lot-lot tapak rumah, sekarang mahu menyelesaikan urusan tanah pula.

“Nampak sangat Umno BN dah kering idea, bayangkan dah 55 tahun negara merdeka kerajaan masih gagal memberikan keselesaan kepada rakyat sehingga terpaksa berjanji meniru tawaran PR.

“Saya yakin banyak lagi tawaran PR akan diciplak kerana mereka tidak ada idea. Jadi bolehkah rakyat memberikan harapan kepada golongan yang bankrap idea ini?” soalnya ketika ditanya mengenai janji Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang disiarkan akhbar hari ini.

Dalam kenyataan tersebut, Adnan ketika berkempen di Jerantut, memberi jaminan akan menyelesaikan permohonan tanah oleh rakyat negeri ini selepas selesai PRU13.

Sebelum ini, rata-rata rakyat mengeluh akibat kesukaran dan kelewatan untuk memohon satu kelulusan tanah sehingga terpaksa menempuh antara 20 ke 30 meja di Pejabat Tanah Daerah, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Tawaran 6+3: Pakatan sedia pakej kemakmuran buat rakyat Pahang

KUALA LUMPUR 24 Dis: Pengumuman tawaran Pakatan Rakyat (Pakatan) untuk mewujudkan negeri berkebajikan di Pahang amat dialu-alukan.
Tawaran enam perkara itu bakal mengubah taraf hidup rakyat secara keseluruhan, berbanding sewaktu pemerintahan BN yang mengabaikan aspek sosio-ekonomi rakyat.
Timbalan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Bob Manolan berkata, janji Pakatan bukan mustahil untuk dipenuhi berdasarkan hasil bumi Pahang yang banyak, seperti balak, bijih besi dan petroleum.
“Kerajaan BN sebenarnya boleh melaksanakan perkara itu jika ada iltizam meningkatkan taraf hidup rakyat. Tetapi mereka tidak mahu melakukannya.
“Bagi kita, enam janji itu sesuatu yang mampu dilaksanakan apabila kita memerintah kelak.
“Selama ini BN gagal berikan kediaman yang selesa kepada rakyat. Permohonan tanah pula terlalu lama sehingga pemohon meninggal dunia dan waris sukar meneruskannya. Pakatan akan merombak dasar tidak menguntungkan ini,” katanya ketika dihubungi.
Beliau juga yakin melalui sistem tender terbuka, hasil negeri akan bertambah sepertimana di Pulau Pinang dan Selangor.
Warta rizab orang Asal

Amaran hujan lebat di K'tan, T'ganu dan Pahang

Penduduk di beberapa daerah di Kelantan, Terengganu dan Pahang dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga ekoran amaran hujan lebat peringkat jingga yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) hari ini.    
Menurut JMM hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat di beberapa jajahan di Kelantan seperti, Tumpat, Pasir Mas, Machang, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh erta di beberapa daerah di Terengganu seperti Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman, dijangka berterusan sehingga esok.
  
Keadaan itu akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah, kata JMM dalam kenyataan.
  
Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat di Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang juga dijangka berterusan sehingga Rabu ini dan keadaan itu akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.
    

Bandar Kuantan dilanda banjir kilat

Mahkamah Tinggi batalkan AGM KPF 27 Dis

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan seorang ahli lembaga pengarahnya agar mahkamah membatalkan Mesyuarat Agung (AGM) KPF ke-31 pada 27 Disember ini.

Hakim Hakim Abang Iskandar Abang Hashim turut membenarkan KPF mencabar kesahihan keputusan Panel Rujukan pertikaian Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) membatalkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) KPF ke-31.

SKM mengeluarkan surat pada 4 Disember lalu, mengarahkan KPF mengadakan AGM ke-31, bersama surat kuasa yang menyatakan AGM pada 20 Jun lalu tidak sah dan AGM akan dipanggil oleh SKM.

Surat tersebut menyatakan bahawa asas bagi mengarahkan mesyuarat itu diadakan semula adalah pertikaian dalaman pada 26 November.

Ia mengandungi agenda mesyuarat seperti yang disenaraikan di bawah:

PKR tampil pertikai air mineral BN Selangor

Demam pilihan raya kebelakangan ini semakin dirasai apabila PKR hari ini tampil mendakwa air mineral yang diedar BN Selangor semasa program-programnya tidak mematuhi peraturan air mineral.

NONEPengerusi biro kepenggunaan PKR, Yahya Sahri mendakwa air dengan label Barisan Nasional dan bertulisan 'Nurani Rakyat' serta mempunyai bendera Selangor itu, tidak mematuhi Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Halal dan Akta Makanan.

Menurutnya di bawah Seksyen 360 Akta Makanan, mana-mana air yang dibotol dan dilabel sebagai air mineral perlu dinyatakan sumber perolehan dan alamat kilang yang membotolkannya.

Yahya kemudian menunjukkan botol yang didakwa sebagai air mineral BN yang tidak mempunyai kedua-dua butiran itu pada labelnya.
 
Menurutnya, tindakan itu boleh menyebabkan pengguna bakal berhadapan kesukaran untuk membuat tuntutan kepada BN jika mengalami kejadian tidak diingini akibat meminum air berkenaan.

"Kalau kita minum air (ini), kita sakit, tuntutan itu boleh dibuat kepada syarikat yang menjualnya," katanya mempersoal ketiadaan alamat pengilang pada air berkenaan.     

Beliau turut mempertikai air mineral itu yang didakwanya menggunakan logo halal tanpa kebenaran daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Selepas PRU13 : Pakatan mungkin potong dividen tahunan Petronas RM30 billion kepada Putrajaya

KUALA LUMPUR, 24 Dis — Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memotong dividen tahunan Petronas RM30 billion kepada Putrajaya jika Pakatan Rakyat (PR) menang dalam pilihan raya umum akan datang, menurut laporan portal berita perniagaan Bloomberg.com hari ini.
PR bercadang untuk menetapkan dividen Petronas kepada negara berdasarkan peratus keuntungan syarikat yang ditetapkan, dan dengan ini membenarkan syarikat petroleum negara itu untuk membuat lebih pelaburan di luar negara yang dijangka memberi lebih banyak keuntungan, kata pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli.
“Petronas seharusnya diuruskan secara komersil sepenuhnya,” katanya kepada Bloomberg semasa menerangkan cadangan Anwar, yang merupakan ketua umum PKR.
Menurut Bloomberg, pentadbiran PR akan mengadakan jawatankuasa peringkat parlimen di Dewan Negara untuk meningkatkan ketelusan terhadap Petronas, yang sekarang ini melapor terus kepada perdana menteri.
Petronas kini dilihat sebagai sumber kewangan negara, dengan laporan dari Reuters berkata pada Julai lalu ia adalah pembayar cukai terbesar dan sumber kewangan terbesar negara, dan menyumbangkan 45 peratus dari perbelanjaan kerajaan yang terus mempunyai hutang yang tinggi.

Jelajah Oren: Kenderaan rosak, 2 peserta cedera

Sebuah kenderaan pacuan empat roda konvoi Jelajah Oren ‘Selamatkan Felda” pecah cerminnya manakala dua peserta konvoi itu cedera dalam satu kejadian di Negeri Sembilan.NONEBerikutan itu, beberapa pemimpin PAS dan PKR serta mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol.

Kejadian itu didakwa berlaku lebih kurang jam 10 pagi di Jalan Dangi-Jelai yang hanya beberapa meter sahaja dari simpang utama ke NONEFelda Bukit Rokan Utara.

Ia didakwa berlaku apabila peserta Jelajah Oren itu dihalang oleh lebih kurang 80 peneroka dan anak peneroka Felda Bukit Rokan Utara yang dipercayai penyokong Umno dan BN berdasarkan NONErata-rata mereka memegang bendera BN dan Umno.

Presiden Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman, mendakwa, sejurus peserta Jelajah Oren tiba di situ, NONEterdapat sekatan jalan yang dibuat peneroka Felda Bukit Rokan Utara di tengah-tengah jalan.

Dalam kekecohan tersebut, sebuah kereta pacuan empat roda milik salah seorang peserta Jelajah Oren didakwa dirosakkan apabila cermin depan dan cermin tingkap sebelah kiri dipecahkan oleh NONElelaki-lelaki yang tidak dikenali.

“Dua peserta kita turut dicederakan. Naraza Muda luka di kepala manakala Razali Rashad cedera di kening," kata Mazlan.

Beliau mendakwa pihak polis yang berada di lokasi kejadian itu, hanya NONEmemerhatikan sahaja dan tidak menghalang serangan tersebut.

Ekoran kejadian itu, Mazlan membatalkan niat untuk meneruskan konvoi ke destinasi seterusnya iaitu ke Felda Jelai, Tampin; Felda Palong 4, 5 & 6, Jempol; Felda 9 & 10, Jempol; Felda Lui Selatan, Jelebu dan Gugusan Felda Serting di Jempol.

Sebaliknya Mazlan, beberapa pemimpin PAS dan PKR serta mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol di Bandar Baru Serting pada pukul 12.30 tengahari.

Ganu Kite : Tragedi stadium runtuh terus jadi igauan

Dr Syed Azman

Terlalu banyak telah diperkatakan tentang isu keruntuhan yang menimpa Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Projek ’gajah putih’ kerajaan negeri Terengganu ini telah menelan kos hampir RM300 juta dan ia tidak dapat digunakan sehingga kini setelah hampir empat tahun struktur bumbungnya runtuh walaupun pelbagai laporan dan kajian telah dilaksanakan bagi mencari punca-punca kepada keruntuhan yang berlaku ini.

Pada Jun 2009, satu Jawatankuasa Khas Penyiasatan telah ditubuhkan oleh Kementerian Kerjaraya (JKR) untuk menyiasat punca berlakunya keruntuhan bumbung stadium ini.

Hasil dari penyiasatan yang telah dijalankan ini telah di taklimatkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di bawah Parlimen Malaysia.

Pada awal tahun 2012, kerajaan negeri juga turut  membelanjakan lebih RM2 juta bagi membayar firma perunding yang dilantik iaitu Tetuan Khairi Consultant bagi menyediakan laporan kajian akhir dan dikemukakan kepada pihak kerajaan negeri Terengganu.

Namun stadium bernilai hampir RM300 juta yang sepatutnya menjadi lambang kegemilangan sukan Terengganu ini terus di biarkan tanpa diurus dengan baik sehingga sekarang, mengakibatkan pelbaga kerosakan dan kecacatan yang amat ketara telah berlaku.

Yang terkini, didedahkan di pelbagai portal berita bagaimana keadaan padang bola stadium yang kini seolah-olah menjadi 'hutan mini’ dan 'zoo’ dengan di biarkan padang dan rumputnya tanpa terurus dengan baik.

Sebagai imbasan, pada awal Januari 2012, baru di sedari telah berlaku kecurian pelbagai peralatan pendawaian elektrik, sistem elektronik dan kelengkapan lain termasuk set jana kuasa stadium sejak dari tahun 2010 selepas sebahagian daripada bumbungnya runtuh setahun sebelumnya.

Kehilangan sistem pendawaian dan pelbagai peralatan ini di anggarkan lebih RM50 juta walaupun pada masa yang sama pihak kerajaan negeri membayar sebuah syarikat kawalan dan keselamatan lebih RM 1 juta setiap tahun bagi menjaga stadium tersebut.


(Rakyat Terengganu melihat stadium mereka yang runtuh belum dibaik pulih setelah sekian lama berlalu)

Kejadian yang amat memalukan ini adalah merupakan malang berganda bagi seluruh rakyat Terengganu kerana usaha membaiki dan membuka semula stadium ini bagi pembangunan sukan negeri telah terbuang hampir empat tahun.

LUAS : Bekalan air Selangor cukup sehingga 2030

Pengarah LUAS berkata, sehingga 20 Disember lalu, kapasiti air di kebanyakan empangan adalah penuh sehingga berlakunya limpahan.

PETALING JAYA: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yakin bekalan air mentah di Selangor kini 100 peratus mencukupi dan mampu menampung keperluan rakyatnya sehingga tahun 2030.
Pengarah LUAS, Md Khairi Selamat berkata, sehingga 20 Disember lalu, kapasiti air bagi Empangan Tasik Subang, Empangan Semenyih, Empangan Langat, Empangan Klang Gates dan Empangan Batu adalah penuh pada tahap 100 peratus sehingga berlakunya limpahan.
Manakala kapasiti air bagi empangan Sungai Tinggi pada tarikh yang sama adalah pada tahap 93.33 peratus dan Empangan Sungai Selangor (90.17%).
“Kapasiti Empangan Sungai Selangor dan Sungai Tinggi ini dijangka akan terus meningkat hasil daripada kadar hujan yang banyak ketika Monson Timur Laut daripada bulan November sehingga Mac.
“Berdasarkan kadar peningkatan takungan, kapasiti kedua-dua empangan ini dijangka akan kembali penuh sebelum bulan Februari 2013,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Md Khairi, berdasarkan kajian semula sumber air negara (2000-2050), jumlah air larian permukaan di Negeri Selangor adalah sebanyak 17,000 juta liter sehari (JLH) setelah mengambil kira jumlah penyejatan dan susupan semula air bumi.
Manakala jumlah air yang diabstrak untuk bekalan air kepada penduduk adalah sebanyak 4501 JLH.
“Sekiranya usaha dilakukan untuk menakung atau menyimpan sebanyak 40 peratus daripada jumlah air larian permukaan tersebut, sumber air mentah di negeri Selangor boleh dimanfaatkan sehingga tahun 2030,” katanya.

Are you truly serious about change, Najib? What if MACC clears Taib, will the people believe you?

If UMNO is truly serious about vetting BN's GE13 candidates for corrupt practices, bankruptcy and moral misconduct, the first person who should be vetted must surely be the Prime Minister and UMNO President, Datuk Seri Najib Razak.
Although the salary of a Prime Minister or a Minister is quite considerable, surely it isn't so high that he can easily afford such excessive extravagance as spending RM80,000 on his birthday party and RM410,000 for his daughter’s engagement party, as well as the luxury items flaunted by his wife Rosmah Mansor, who is known to possess a large number of Birkin handbags?
Are you truly serious about change, Najib? What if MACC clears Taib, will the people believe you?Najib Abdul Razak started his political career at the young age of 23 by inheriting, without a fight, the parliamentary seat held by his father, Tun Abdul Razak who was the second Prime Minister of Malaysia. In his smooth-sailing political career, he held his first ministerial position at the age of 25 and held various portfolios continually until he was appointed Prime Minister of Malaysia in 2009.
I'm sure all Malaysians would be curious to know how he managed to accumulate so much wealth while being a full-time politician since his mid-20s.
Will MACC clear Taib Mahmud?
The  second politician that needs to be vetted immediately is none other than the Chief Minister of Sarawak.
An explosive report by the Swiss-based NGO Bruno Manser Fund (BMF) entitled ‘The Taib Timber Mafia: Facts and Figures on Politically Exposed Persons from Sarawak, Malaysia’ estimated the assets of Taib Mahmud’s family at US$21 billion (RM64 billion), with the wealth of Taib himself put at a whopping US$15 billion (RM46 billion) making him Malaysia’s richest man outstripping tycoon Robert Kuok who has US$12.5 billion.
It is the first report that describes in detail the business activities and personal wealth of 20 members of the Taib family in Malaysia, Australia, Canada, Hong Kong, United Kingdom, United States and other countries.
Despite all the details in the report, our Prime Minister Najib Abdul Razak has dismissed allegations that Taib Mahmud had amassed billions of ringgit during his tenure as Sarawak Chierf Minister for 31 years in September this year by making a most irresponsible comment: “There are all kinds of allegations, jangan kita layan (let’s not entertain it)."
Show your mettle

Hukuman ke atas Umar: DBKL sekat hak kebebasan bersuara rakyat

KUALA LUMPUR 24 Dis: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menempelak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mengheret aktivis mahasiswa, Umar Mohd Azmi ke mahkamah walaupun beliau tidak melakukan sebarang jenayah.
Pengerusinya, Safwan Anang berkata, inisiatif melampau DBKL ini menunjukkan kepada rakyat kelemahan kredibiliti badan penguatkuasa tersebut.
“Umar tidak melakukan apa-apa kesalahan dan kes ini tidak menjadi masalah jika DBKL tidak membawanya ke mahkamah.
“Tindakan ini nyata mengesahkan bahawa penguatkuasa awam seperti DBKL yang sememangnya menyekat dan tidak mengendahkan hak kebebasan bersuara rakyat.
“Hak rakyat untuk bersuara dan menyatakan kebenaran tidak sepatutnya disanggah,” kata Safwan ketika dihubungi.
Umar adalah salah seorang peserta protes ‘Occupy Dataran’ April lalu yang dijatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 Jumaat lalu, kerana didakwa kononnya menghalang pegawai awam menjalankan tugas.
Aktivis siswa berkhemah di dataran tersebut sebagai bantahan mereka terhadap Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang didakwa mereka tidak adil.

Kekayaan Luarbiasa : Mahkamah diberitahu Bekir ada RM9j tunai, unit amanah

Anak lelaki ketua menteri Sarawak, Datuk Seri  Mahmud Abu Bekir Taib memiliki lebih sembilan juta ringgit dalam bentuk wang tunai dan akaun unit amanah, demikian Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur diberitahu hari ini.

Jumlah ini termasuk RM4.4 juta dalam satu akaun semasa CIMB, RM3 juta simpanan tetap dengan bank yang sama, dan RM1.3 juta dalam KWSP dan lebih RM500,000 dalam akaun unit amanah ASN dan ASB.

NONEIa didedahkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah,  Datuk
Mohamad Abdullah oleh saksi-saksi yang dipanggil oleh plaintif, bekas isteri Bekir,  Shahnaz Abdul Majid, yang menyamannya untuk harta sepencarian semasa perkahwinan mereka.

Saksi pertama hari ini,  ketua pasukan Unit Resolusi Pelanggan CIMB, Sia Kwai Buay, memberitahu mahkamah bahawa Bekir mempunyai RM4,401,987.45 dalam akaun semasa, serta RM3,008,663.10 dalam akaun deposit tetap yang telah diambil balik dan kemudiannya diagih ke dalam tiga deposit tetap yang lain.

Kemudian, saksi kedua yang dipanggil, Anizah Jaafar, seorang penolong pengurus dari Jabatan Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), memberitahu mahkamah bahawa akaun KWSP Bekir adalah kira-kira RM1,367,584.66.

Katanya, Bekir memiliki akaun KWSP sejak tahun 1992 dan menerima sumbangan sebagai seorang pekerja dari pelbagai syarikat, yang paling terkini ialah caruman bulanan sebanyak RM4,600 daripada Cahya Mata Sarawak Berhad dan RM9,200 daripada Titanium Project Management Sdn Bhd dari tahun 2011 hingga sekarang.

Pengesahan SPRM untuk calon PM

Pengumuman oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, bahawa semua calon pilihanraya Barisan Nasional perlu ditapis oleh SPRM disambut dingin di kalangan kebanyakan ahli partinya sendiri.

Pengumuman tersebut dilihat sebagai respon kepada cadangan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah supaya setiap parti politik yang bertanding perlu menyerahkan senarai calon untuk dinilai oleh SPRM.

Apa yang saya setuju


Saya bersetuju secara prinsip bahawa setiap calon yang bertanding pada pilihanraya ke-13 yang digelar sebagai ‘mother-of-all election’ ini, terdiri daripada lelaki dan wanita yang beramanah, penuh integriti dan kompetensi.

Ini kerana kekayaan dan khazanah negara dan negeri yang akan diamanahkan pada tiap ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri adalah amat tinggi nilainya, dan dalam banyak keadaan ianya boleh menggelapkan mata si pemegang amanah tersebut.

Apa yang saya tidak setuju

Bandar Kuantan lumpuh dilanda banjir kilat



 
Beberapa kawasan di sekitar bandar Kuantan hari ini dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat yang berlarutan sejak malam semalam.

Kejadian itu juga menyebabkan beberapa jalan utama di pusat bandar mengalami kesesakan lalulintas setelah jalan raya dinaiki air sedalam 1.5 meter.
  
NONEAntara jalan yang ditenggelami air setakat pukul 3 petang ini ialah Jalan Tun Ismail Satu, Jalan Beserah, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Abd Aziz, Jalan Mahkota, Jalan Bukit Ubi, Jalan Air Putih, Jalan Pasar dan Terminal Makmur.
  
Tinjauan Bernama di beberapa kawasan sekitar pusat bandar mendapati banyak kenderaan yang terkandas di jalan raya dan beberapa premis serta pusat beli-belah utama terpaksa menutup perniagaan akibat situasi yang tidak terduga itu.
  
Di kawasan Air Putih dan Semambu, orang ramai mula meninggalkan rumah masing-masing seawal pukul 10 pagi dan menyelamatkan barangan keperluan utama setelah paras air sebatang anak sungai di Kuantan melimpah dan naik sehingga 1 meter.

NONETinjauan juga mendapati beberapa taman perumahan iaitu di Sungai Isap, Taman LKNP, Bukit Setongkol, Taman Perumahan Transit Quarters dan Taman Teratai turut ditenggelami air antara 0.1 meter dan satu meter.
  
Sementara itu di Jerantut, polis menasihati 10,000 penduduk yang tinggal di kawasan rendah sepanjang Sungai Tembeling dan Sungai Pahang di daerah itu supaya berpindah segera jika paras air kedua-dua sungai naik.
  
Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail berkata keadaan cuaca yang tidak menentu dengan hujan setiap petang sejak tiga hari lalu boleh menyebabkan air Sungai Tembeling dan Sungai Pahang naik bila-bila masa.
  

BN yakin rampas 20 kerusi parlimen pembangkang, kata Ahmad Maslan

MELAKA, 24 Dis — Barisan Nasional (BN) mampu merampas 20 kerusi Parlimen yang dimenangi pembangkang, sekali gus meraih kemenangan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13.
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata beliau yakin BN dapat mempertahankan 140 kerusi Parlimen yang dimenangi sekarang serta merampas lima daripada 23 kerusi PAS, lima daripada 29 kerusi DAP dan 10 daripada 31 kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau berkata keyakinan tersebut berdasarkan pelbagai faktor termasuk masalah yang dihadapi pembangkang di beberapa kawasan yang dimenangi mereka sebelum ini.
“Semua perkara ini logik kerana sebagai contoh, tujuh kerusi PKR sudah bermasalah di mana enam daripadanya telah cabut masuk bebas sementara satu lagi kalah di Hulu Selangor,” katanya kepada pemberita selepas Program Pemukiman Pemantapan Profesionalisme Kelab Kebajikan dan Rekreasi Penerangan (KKRP) yang dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam di sini.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga bakal menjadi faktor utama kemenangan BN.
“Rakyat telah menikmati pelbagai insentif dan keistimewaan yang diperkenalkan Perdana Menteri termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Baucar Buku 1Malaysia serta program transformasi,” katanya.
Selain itu, beliau berkata faktor calon boleh menang yang dimiliki BN akan turut membantu merampas kembali kerusi pembangkang.
Bagaimanapun, katanya kemenangan tersebut hanya akan dicapai sekiranya anggota BN tidak melakukan sabotaj atau 'cah keting' terhadap parti. — Bernama

UK floods expected to worsen over Christmas

Many die and are displaced in Sri Lanka floods

Shock reverberates as Syrian bakery obliterated

Today in History for December 24th

PKR gesa ladang bela nasib pekerja diberhenti

Jelajah Oren di Negeri 9 ~ Ameno gile babi

Yahya : 60-year-old Sime Darby subsidiary company retrenched workers

Yahya : 'BN's mineral water not in compliance with Food'

Masa Depan Pas Kelantan 20 Tahun Akan Datang

Pengenalan:

Selalu orang bertanya siapa akan memimpin Kelantan selepas Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ada beberapa nama disebut-sebut tetapi tiada siapa pula berani menegaskan nama disebut itu akan jadi MB. Ironisnya pula Timbalan Menteri Besar Kelantan, selalunya akan ternafi ditengah jalan. Keadaan ini menjadi kenan dan menyebabkan persoalan siapa MB selepas Nik Aziz menjadi tanda tanya. Catatan kecil ini akan cuba merungkaikan permasalahan. "

Walaupun Tokguruku Nik Abdul Aziz Nik Mat nekad untuk berjuang sampai ke akhir hayatnya dalam PAS, dan sanggup mati di atas kerusi pemerintah atas alasan kerana Umno berdegil mempertahankan doktrin sekularismenya, tetapi hakikatnya beliau akan berhenti juga bila sudah sampai masanya nanti. Masa untuk itu sebenarnya sudah terlalu hampir dan rapat.

Nik Aziz: tidak menyebut penggantinya secara jelas.
Mengenai semangat dan nekadnya tidak siapa boleh menafikan. Saya sendiri yakin dia akan meneruskan nekad murni itu. Mungkin cita-citanya 'syahid' dalam perjuangan adalah rahsia yang tidak terucap kepada umum dan menjadi rahsia peribadinya.

Walaupun selepas pilihan raya ke- 13 nanti beliau dikatakan tidak akan meneruskan tugasnya, sebagai MB, tetapi saya percaya selagi Nik Aziz mampu mengangkat tangannya ke atas untuk angkat sumpah, beliau akan terus menjadi MB. Alasannya mudah, PAS masih memerlukan dia.

Apakah selepas ini, kalau tertakdir PAS menang besar, alasan ataupun keperluan itu masih berlaku; PAS mahukan Tokguru? Firasat saya mengatakan ia tetap akan berlaku.




Sebabnya tidak akan ada sesiapa tergamak untuk mengatakan; Tokguru, silalah berhenti locing sudah berbunyi. Tidak akan ada walaupun beliau sangat letih dan berhajat begitu untuk menyudahi game seterusnya dan menamatkan permainan. Bukankah ini satu penganiayaan dan zalim? Ketaksuban dan rasa sayang kepadanya begitu tinggi. Kerana itu bila ada yang tersalah cakap, atau ikhlas cakap memberi nasihat orang itu akan menjadi mangsa kritikan dan dicemuh.

Timbalan menteri gembira Umar dibenar ikat jamin

KUALA LUMPUR, 24 Dis — Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah gembira aktivis pelajar “Occupy Dataran”, Umar Mohd Azmi dibenarkan ikat jamin dan dibebaskan.
“Saya bersyukur kerana Umar dibenar ikat jamin. Ini kerana lazimnya dalam kes-kes seperti ini, memang dibenarkan ikat jamin.
“Lagipun, ada kes yang lebih besar juga dibenar ikat jamin,” kata Saifuddin apabila dihubungi The Malaysian Insider sebentar tadi.
Saifuddin berkata beliau berharap proses rayuan Umar di Mahkamah Rayuan akan berjalan lancar, dan dalam pada masa sama memahami perasaan rakan-rakan dan penyokong yang bersolidariti bersama Umar.
“Kepada mereka, saya harap agar bertenang dan biarkan rayuan berjalan mengikut prosesnya,” katanya.
Sementara itu, aktivis pelajar, Adam Adli Abdul Hamid berpendapat keputusan mahkamah untuk menjatuhkan hukuman penjara kepada Umar adalah sesuatu yang silap kerana Umar tidak melakukan sebarang jenayah.
“Bagi saya, apa yang terjadi ini adalah satu keputusan yang silap kerana mengheret pelajar ke penjara, kerana Umar ini masuk penjara bukan hisap dadah, merogol atau lakukan jenayah, tetapi berdemo untuk memperjuangkan hak pelajar,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Adam turut berharap peristiwa ini dapat membakar semangat kawan-kawan untuk terus berjuang, dan merupakan satu pengalaman kepada Umar untuk memperjuangan hak pelajar.
Umar dihukum penjara selama satu bulan selepas mahkamah mendapati beliau bersalah pada April lalu, ketika menyertai demonstrasi “Occupy Dataran”, di Dataran Merdeka.