Ahad, 23 Disember 2012

Pendokong UMNO tolong jawab ni?

Kepada pendokong UMNO dari kalangan pemimpin,ulamak muda dan tua,pencacai,pengendali media,kroni,NGO dan lain lain kelompok, penulis ada beberapa persoalan yang penulis kutip dari pembacaan, interaksi penulis dengan beberapa golongan pendokong UMNO(terutama pencacai) di FB dan dari apa yang penulis dengar di radio dan TV kawalan UMNO.

Soalan soalan yang ingin penulis tanya ini merupakan soalan soalan berkaitan pengertian Islam sebagaimana sudah termaktub dalam pengajian pengajian Islam yang disampaikan oleh para ulamak muktabar dalam mazhab ahli sunnah wal jamaah. Soalan 1a:

Apa makna KAFIR?tolong huraikan makna kafir seperti mana terdapat dalam Al Quran dan Hadis Hadis Baginda Nabi serta nyatakan kitab kitab rujukan yang menghuraikan makna kafir. 

Soalan 1b:
Seterusnya tolong huraikan makna KAFIR harbi DAN kafir zimmi, ciri cirinya dan tindakan yang patut diambil oleh umat Islam terutama pemerintah terhadap kedua dua jenis kafir ini.

Soalan 2a:
Apa makna kufur nikmat?Adakah ianya merujuk kepada orang orang yang tidak menerima JALUR GEMILANG dan mengatakan ianya perlu ditukar? 

Soalan 2b: 
Apa pula makna syukur nikmat?Apakah ianya bermakna mesti mentaati pemerintahan UMNO sementara orang orang yang menolak UMNO itu mesti keluar  dari bumi Malaysia?Apakah bersyukur itu tidak termasuk penyerahan diri secara total kepada ALLAH dengan berusaha melaksanakan semua perintahnya termasuk hudud dan mencegah kemungkaran? cukup sekadar mengundi UMNO dalam PRU dan membiarkan UMNO buat apa saja yang mereka suka?

Soalan 3:
Apakah  keamanan dan kesejahteraan yang dikecapi sekarang merupakan hasil usaha UMNO dengan kerjasama MCA dan MIC?Atas dasar dan alasan apakah ALLAH menganugerahkan keamanan dan kesejahteraa kepada Malaysia berdasarkan apa yang telah dijelaskan oleh ALLAH dalam Al Quran dan Al Hadis?Adakah ianya kerana UMNO?Atau kerana adanya orang orang yang dimakbulkan doanya di bumi Malaysia  yang sentiasa berdoa demi keamanan dan kesejahteraan Malaysia?  

Soalan 4a:
Apakah rasuah, berlaku zalim serta menyebarkan kepalsuan itu dibenarkan oleh ugama dan tidak perlu ditentang malah mesti dituruti oleh semua umat? 

Soalan 4b:
Atau berikan bukti fakta bukan auta bahawa UMNO tidak rasuah, tidak zalim dan tidak pernah berbohong.

Soalan 5:
Adakah Kewajiban melaksanakan hukum Islam bukan tugas UMNO dan usaha PAS untuk melaksanakanya pula perlu diperlekehkan kerana berkerjasama dengan DAP?

Soalan 6:
Berikan dalil bahawa cuma UMNO yang diutuskan ALLAH untuk membela melayu?Jadi sesiapa yang menolak UMNO dan memilih PAS atau PKR atau DAP adalah pengkianat dan tempatnya nanti di neraka ALLAH!

Soalan 7:
Berikan nas dan dalil Al Quran dan Al hadis bahawa PAS adalah parti sesat dan yang benar cuma UMNO.
Demikianlah beberapa soalan yang penulis lontarkan untuk dijawab oleh mana mana orang UMNO.Silakan........

Karpal minta Tunku Aziz tarik balik kenyataan



GEORGETOWN - Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh hari ini menggesa bekas naib pengerusi parti itu, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim supaya menarik balik secara terbuka kenyataannya dalam artikel berita bertajuk 'DAP's triumph of chauvinistic will'.
Karpal Singh Beliau mendakwa dalam artikel itu yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam, Tunku Aziz menyebut bahawa beliau (Karpal Singh) mengeluarkan apa yang boleh dianggap sebagai perintah yang menghalang anggota DAP daripada menerima darjah kebesaran negeri daripada Raja-raja Melayu.

"Kenyataan Tunku Aziz itu sememangnya separuh benar dan dilakukan semata-mata dengan tujuan dan matlamat untuk memburukkan saya pada pandangan orang Melayu di negara ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Karpal Singh berkata beliau tidak pernah mengungkapkan perkataan Raja-raja Melayu, sebaliknya hanya menyatakan bahawa anggota DAP, iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri dan Parlimen, tidak wajar menerima anugerah yang membawa gelaran 'Datuk' dalam tempoh memegang jawatan bagi memastikan ketelusan.

Pemuda Pas: Muhyiddin wajar cermin diri

DEWAN Pemuda Pas Negeri Kelantan menyelar kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ‘bermulut celupar’ kerana mengatakan bahawa orang Melayu yang menyokong Umno adalah mungkar. Kenyataan Muhyiddin tersebut disiarkan oleh beberapa akhbar termasuk Berita Harian dan Sinar Harian hari ini 23 Disember 2012.
Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan melihat kenyataan terbaru Muhyddin ini sebagai satu kenyataan yang melampau dan tidak berasas. Ia dihamburkan semata-mata untuk mengalih perhatian daripada isu sebenar yang dilontarkan oleh Menteri Besar Kelantan itu.
Apa yang patut difahami oleh Muhyiddin ialah kenyataan  Nik Abdul Aziz bermaksud perjuangan Umno yang berterusan menentang Pas khususnya di Kelantan dan berusaha menjatuhkan kerajaan Kelantan yang jelas melaksanakan dasar-dasar pentadbiran Islam adalah satu perbuatan yang mungkar. Ini kerana jika Pas diganti dengan Umno di Kelantan, sudah pasti dasar-dasar mesra syariat yang diperkenalkan di Kelantan akan dirombak semula dan Kelantan akan kembali ditadbir sebagaimana negeri-negeri lain di bawah pentadbiran Umno/Barisan Nasional.

Adam Adli: Kita Kena Bagi Amaran Kepada Kerajaan, Jangan Main-Main Dengan Kuasa Rakyat

Shamsul Iskandar - Poskad Tanya Rosmah Mansur.

Today in History for December 23rd

UMNO NAK TAWAN DUN MANIR PARLIMEN HULU TERENGGANU CARA PERTUMPAHAN DARAH???????

Rakaman gambar Abdul Rahman Bakar bekas Ahli Parlimen Marang, dengan beberapa ahli UMNO dengan bersenjatakan parang dan keris kononnya mau tawan DUN Manir, Parlimen Hulu Terengganu mengundang beberapa persoalan, kini berlegar ligat dialam siber.

Adakah beliau mau mengajak ahli,penyokong dan pendokong UMNO mau tawan/rampas DUN Manir dari tangan PAS secara pertumpahan darah?

Jika ini dimaksudkan maka ini sudah mengamalkan budaya politik yang cukup berbahaya.

Trying to scare Dr M with the MACC? YOU MUST BE JOKING, NAJIB!

Raised eyebrows, annoyance, snorts and sniggers. Those were the among the most common responses to a plan by Umno President and Barisan Nasional chairman Najib Razak to seek the help of the Malaysian Anti Corruption Commission to vet the ruling coalition’s candidates for the forthcoming 13th General Election.
To make it worse, there has been nothing but an ominous silence to this proposal from the most powerful man in Umno today, Najib's former boss and ex-premier Mahathir Mohamad, and with good reasons too.
Trying to scare Dr M with the MACC? YOU MUST BE JOKING, NAJIB!Mahathir's son, Mukhriz, is unlikely to make the grade given the father’s reported US$ 44 billion in assets and the flight of US$ 200 billion in dirty money last year. In fact, few if any of the top leaders in Umno would be able to make the grade, with the entire plan already ridiculed by the public and tagged as an eye-wash to curry favor in a most childish way with voters.
Trying to scare the Devil or negotiating better exit terms
What is Najib trying to do? As far as the general perception goes, Najib along with Mahathir should to be among the first to be axed given the former's humongous Scorpene corruption and Altantuya Shaariibuu murder scandals. Can the 59-year-old Najib really be so fatuous as to believe that by roping in the MACC, whose own integrity is in doubt, it will make things right with voters?
Come on, voters are already sick and tired of the Umno-BN's neverending story of bribery and plundering of the national coffers especially. So what is Najib after? Is he trying to warn Mahathir and his own deputy, the also corruption-tainted Muhyiddin Yassin, to back off? Red-hot on the Umno grapevine is talk that Mahathir and Muhyiddin have struck a deal to push out Najib before GE13. Is Najib trying to signal that he won't be giving up so easily and if he has to, he will fight back?
Those who are watching the developments in Umno will know soon enough. However, given the strength of Mahathir's sinister character  and Najib's weak indecisivness, few believe Najib can do much to scare Mahathir. That would be like a kitten trying to take on a wolf.
At the most, it might buy the PM and his wife Rosmah Mansor a few more months in power, allowing them to make a more advantageous and graceful exit. Instead of relinquishing the premiership before GE13 as Mahathir and Muhyiddin are said to have demanded, Najib might get to lead Umno-BN into GE13 before stepping down as Umno president at the party's internal election due to be held later in 2013.
Mahathir conducted a purge of Umno, BN candidates

Cikgu setiap tahun keluaq IPG dan U tetapi dok galak nak ambik dari INDIA nak buat apa kejadahnya..!!

Guru bingung dengan cadangan import guru bahasa Inggeris dari India
Oleh Zurairi AR
KUALA LUMPUR, 23 Dis — Rancangan Putrajaya untuk mengimport guru bahasa Inggeris dari India kelihatan ditentang oleh para pendidik yang meragui idea dari kerajaan untuk membantu pelajar menguasai bahasa tersebut.
Guru bahasa Inggeris tempatan dan kumpulan reformasi pendidikan ketika dihubungi The Malaysian Insider merasa gusar dengan apa yang mereka sifatkan sebagai “penyelesaian jangka pendek”, yang tidak akan membantu kelas berbilang kaum untuk mempelajarinya, kerana penggunaan loghat yang berbeza.
“Saya ingin bertanya, kenapa kita perlukan orang asing mengajar rakyat Malaysia?” kata Khairun Nisa yang mengajar bahasa tersebut di sebuah sekolah di Manjung, Perak.
Guru yang berusia 27 tahun itu berkata dakwaan kerajaan mengenai kekurangan guru bahasa Inggeris adalah mitos dan tidak masuk akal.

KEMBARA OREN DIHENTIKAN SERTA-MERTA ?

  Kembara OREN ditamatkan serta merta selepas keganasan pagi tadi. Naraza dari ANAK Terengganu ditikam dengan kayu tajam... Kereta adik Mazlan di pecahkqn cermin diserang 10 lelaki. Jurukamera dipukul.. Sekatan dibuat ditengah jalan besar... Kembara berehat di Felda Raja Alias menunggu ceramah perdana malam ini. Kemungkinan serangan berlaku malam ini... Mohon solat hajat.





Mengapa UMNO Perasan Mereka KAFIR?????

Seperti semalam, masih tergiang di dalam telinga saya ucapan Arwah UStaz Fadzil yang berbunyi:

"Kita tak kata depa (mereka) kafir. Depa (mereka) yang perasan depa (mereka) kafir"

Kononnya "Amanat Haji Hadi" mengkafirkan UMNO. Padahal, bahagian "Amanat" yang merujuk kepada hukum kafir itu berbunyi:

Tak sebut pun nama UMNO dalam ayat di atas.

Tuan Guru Haji Hadi kata sesiapa yang mengamalkan "Politik Suku Agama Suku" dia adalah kafir. TG Haji Hadi kata sesiapa yang menganut fahaman SEKULARISMA itu menjadi kafir. 

Semua ulama dalam dunia mengakui bahawa menganut ajaran sekularisma menjadikan orang itu kafir.

Tak sebut langsung nama UMNO?????

Mengapa UMNO perasan mereka kafir ni???? Adakah UMNO mengaku mereka penganut SEKULARISMA?

Kalau UMNO tak kafir, kenapa nak marah kenyataan Tuan Guru Haji Hadi ni?

Kenapa sampai guna khidmat Mufti yang tiada ijazah untuk menyerang Tn Guru Haji Hadi yang ada Masters dari Al Azhar?

Para pembaca akan nampak mengapa sampai hari ini UMNO tidak mampu mendakwa Tuan Guru Haji Hadi di mana-mana mahkamah syariah atas isu ini.

Ia adalah kerana tiada silap dan salahnya kenyataan Tuan Guru Haji Hadi tersebut.

Ditakuti kalau dibawa ke Mahkamah Syariah maka akan terbuktikan KEKAFIRAN UMNO itu???

TULANG BESI

11X MENIPU : UMNO TIDAK SEPATUTUNYA SERTAI PRU13 DI SELANGOR

Dalam keadaan UMNO menghadapi isu-isu berat,  pemimpin seperti Noh masih menggunakan kuasa di kementeriannya untuk melakukan perkara yang menipu rakyat tani serta menguggut mereka dengan penarikan balik subsidi diesel dan sebagainya.

Itu sebabnya dikatakan  UMNO dan pimpinan mereka sedang menghadapi krisis ketagihan rasuah yang merupakan ketagihan yang lebih merbahaya dari ketagihan dadah. Ketagihan ini menghinggapi keseluruhan kepimpinan UMNO di setiap peringkat.



Sebenarnya UMNO tidak sepatutnya menyertai pilihanraya kali ini


  'Jangan ungkit isu lampau, rakyat dah hukum kami'

Bohong! Bohong!! Bohong!!!... itulah Utusex Meloya

Tak bohong kalu, bukan Utusex namanya...


Tercatat di muka hadapan Utusex Meloya kenyataan Pengarah Perhutanan Kedah, Ku Azmi Ku Aman yang kononnya berkata:

"Memang dari segi pendirian kami di Jabatan Perhutanan tidak setuju dengan rancangan pembangunan di Pedu kerana kawasan tadahan dan disuarakan dalam mesyuarat bersama Exco, tetapi hutan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri."

Kenyataan tersebut tersiar dalam Utusex Meloya 22 Disember 2012. Pada pagi hari 23 Disember 2012, Ku Azmi datang bertemu YAB Menteri Besar Dato' Seri Di-Raja Ustaz Azizan Abdul Razak menjelaskan pendirian sebenarnya bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan seumpama itu. Memang musykil jugaklah macam mana pengarah hutan boleh menghadiri dan memberi pandangan dalam mesyuarat Exco.

Abih tu kenyataan sebenar Pengarah Perhutanan Kedah macam mana. Ini dia surat rasmi yang dikeluarkan dan ditandatanganinya sendiri. Adakah dokumen ini akan disiarkan oleh Utusex Meloya? Mustahil!

(BACA BAGI HABIS... JANGAN MALAS MEMBACA!!!)

Baru Meniti Di Kaki Lima UMNO Dah Pandai Bohong!

Rupaya UMNO bukan setakat dirinya yang sakit tetapi juga membawa penyakit yang berjangkit
Jadi sesiapa yang nak dekati UMNO fikir-fikirlah
Janganlah.... tak usahlah
Luaran berpenyakit, dalamannya pula busuk!
Tengoklah Hasan Ali (jati)
Sejak berbaik dengan UMNO dan menjadi penjilat UMNO
Tak ada lain kerjanya menokok tambah pekong di dalam baju PAS dengan mulut busuknya itu
Cakapnya tidak sah kalau tidak bohong dan fitnah
Akhir-akhir ini Nasharudin pula cuba menjejak kaki ke kaki lima UMNO dengan muka tersengih-sengih yang tidak malunya
Dengar apa yang keluar dari mulut dia sejak itu? 
Brahim katak tak payah masuk bukulah
Memang dia tu dari dulu memang begitu.... 
Tak boleh pakai kepada yang berakal!

‘Tunku Aziz is lying’

Athi Shankar | December 23, 2012
Karpal Singh says he had never issued an edict prohibiting DAP members from accepting awards from Malay rulers.
GEORGE TOWN: DAP national chairman Karpal Singh today denied that he had ever issued an edict prohibiting party members from accepting state titles and awards, especially Datukships, from Malay rulers, as alleged by former party vice-chairman Tunku Abdul Aziz Ibrahim.
He blasted Tunku Aziz for “lying publicly” and demanded an immediate retraction of his statement published in an English daily article yesterday.
Karpal insisted that he had only told party leaders, assemblymen and MPs not to accept Datukships or, state titles or awards, as long they were active in politics.
He said the party rule was DAP leaders and members can accept such titles and awards after retirement from active politics.

ADNAN YAAKUB NAK KELENTONG RAKYAT LAGI


Oleh kerana PR Pahang berjanji untuk memberikan keluluasan tanah dengan segera kepada rakyat Pahang yang layak jika PR menang PRU 13, tak semena-mena Kerajaan BN Pahang memberi jaminan akan menyelesaikan permohonan pemilikan tanah oleh rakyat negeri ini selepas selesai pilihan raya ke-13.

 Menteri Besar, Adnan Yaakob berkata di kebanyakan tempat, permohonan tanah telah diselesaikan oleh jawatankuasa permohonan tanah pejabat daerah.

“Ada tempat yang 100 memohon, semua dapat. Tapi ada juga kebanyakan tempat hanya 30 peratus yang selesai, 70 peratus lagi masih dalam proses. Ini akan kita selesaikan selepas pilihan raya nanti,” katanya dipetik dari FMT.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan Kasih Sayang Komuniti 1Malaysia di Kampung Labu, dekat Jerantut, semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri juga dalam proses memperincikan projek pembinaan jalan raya bagi menghubungkan kawasan Sungai Lembing di Kuantan dan Jerantut melibatkan jarak kira-kira 40km.

ANAK2 TOK KETUANAN MELAYU YANG KONONNYA MELAUNGKAN "HIDUP MELAYU"........ "HIDUP ISLAM"

INI DIA ANAK2 TOK KETUANAN MELAYU YANG KONONNYA MELAUNGKAN "HIDUP MELAYU"........ "HIDUP ISLAM"

BARU INI SAJA AHLI-AHLI UMNO DAH KENA KELENTONG HIDUP-HIDUP..... 

- anak tokjib
- anak nazri
- anak tok yidin
- anak tokdey

APAKAH MEREKA INI MELAYARI HIDUP CARA "MELAYU DAN ISLAM" ???

Belajarlah Sesuatu Dari Ng Suee Lim

Saya tidak mengenali secara mendalam mengenai dirinya dan siapa dia. Sering juga saya konfius apakah dia wakil rakyat atau tidak, dan selalu juga bertukar apakah dia orang PKR ataupun DAP. Yang  saya tahu dia seorang yang mudah mesra dengan sesiapa saja. Wajah familiar dalam program-program besar Pakatan Rakyat.


Papan iklan Ng Swee Lim, ringkas dan tidak menunjukkan lagak.
Bila ada demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur dia sering muncul. Dan selalu pula terserempak dengan saya dan pernah berjalan seiringan bersama demostran Melayu lain sama-sama melaungkan slogan mengubar semangat untuk menjatuhkan UBN. Kadang-kadang berlari sama-sama dari curahan water cannon oleh 'polis cis.' Dia tidak kekok berada dalam kelompok Melayu.

Sehinggalah semalam, baru saya mengenali lebih dekat sosok ini. Mengenali mengenai perjuangan dan kerajinannya dalam perjuangan. Dia yang saya maksudkan oleh Ng Swee Lim, 43 Adun Sekinchan Selangor. Ng begitulah panggil rakan-rakannya, dia merupakan wakil rakyat DAP kawasan Sekinchan. Memenangi kawasan itu dua penggal -  2004 dan 2008.


Menterjemahkan diri Ng dia seorang yang ringkas dan selamba saja. Kalau dia tidak menghulurkan kad namanya atau diberi tahu, orang tidak percaya bahawa dia wakil rakyat. Watak dan cara berbual seperti orang biasa, tidak ada belang dan rupa sebagai wakil rakyat. Wakil rakyat selalunya akan cuba seberapa boleh menunjukkan dirinya adalah wakil rakyat baik menerusi pakaian, gaya bercakap dan juga muncul di khalayak.

Begitu juga melihat kepada iklan-iklannya yang terpacak di sekitar pekan Sekinchan orang tidak menyangka dia wakil rakyat, tetapi akan menganggap dia adalah seorang petani muda yang sedang mempromosikan sawah padi di Sekinchan. Begitulah ringkasnya cara hidup Ng selaku wakil rakyat.

Lelaki Hina Al-Quran Dibakar

Lelaki Hina Al-Quran Dibakar

HYDERABAD – Orang ramai menyerbu sebuah balai polis dan membakar seorang lelaki hidup-hidup kerana menghina al-Quran, kata polis semalam.
Lelaki terbabit dikatakan seorang pengembara bermalam di sebuah masjid di Seeta, wilayah Sindh, malam Khamis lalu.
Keesokan harinya, penduduk kampung itu gempar apabila mendapati al-Quran di masjid berkenaan musnah dibakar. Seorang imam berkata, lelaki terbabit bermalam sendirian di masjid berkenaan. Pegawai Polis Daerah Dadu, Usman Ghani, berkata orang ramai membelasah lelaki terbabit sebelum menyerahkannya kepada polis.
“Beberapa jam kemudian, kira-kira 200 orang menyerbu balai polis yang menahan lelaki itu dan mengheretnya keluar sebelum mereka membakarnya,” katanya.
Menurut Usman, 30 orang ditahan atas kesalahan membunuh, manakala tujuh anggota polis ditahan kerana disyaki cuai. – Reuters

Seruan NGO-NGO negeri Johor menghadapi PRU-13

Memecahkan Hegemoni UMNO,
Menubuhkan Barisan Persatuan Demokratik;
Menyatukan Rakyat Seluruh Negeri,
Merealisasikan Tiga Tuntutan yang Mendesak!

Pendahuluan
Keputusan Pilihanraya Umum Ke-12 menyaksikan kumpulan berkuasa BN yang didominasi oleh UMNO (UMNO-BN) terus menguasai kerajaan pusat walaupun telah hilang kuasa di lima negeri, iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perak (dirampas balik oleh BN apabila terdapat ADUN PR yang membelot), Selangor dan Kelantan. Kumpulan berkuasa BN (pusat) yang diketuai oleh Najib menopengkan program transformasi politik, ekonomi dan sosial, terus melaksanakan pemerintahan institusionalisasi fahaman perkauman, yang menindas dan mengeksploitasi pekerja negara kita
dengan kejam dan meminggirkan atau mengasimilasi secara paksa kaum minoriti, bahkan ada (seperti kaum India dan kaum minoriti di Sabah dan Sarawak) yang dihimpit sehingga menghampiri keadaan pupus.

Dalam 4 tahun yang lepas, majoriti rakyat masih menghadapi pelbagai keadaan kritikal, seperti pemerintahan kuku besi hegemoni, penyalahgunaan kuasa dan korupsi, harga barangan semakin meningkat, kehidupan semakin susah dan keterpinggiran budaya, pendidikan, agama kaum minoriti.

Hanya menjelang pilihanraya, kumpulan berkuasa akan sedekahkan sedikit gulagula pilihanraya dalam bentuk peruntukan kepada aspek kebudayaan dan pendidikan atau aspek lain kaum minoriti, untuk memujuk hati rakyat tanpa mengubah dasar sedia ada, supaya pemimpin parti komponen BN seperti MCA, Gerakan, SUPP, MIC dan PPP boleh merebut jasa daripada kaum masing-masing dan menipu undi kaum minoriti demi mengekalkan kedudukan politik mereka.

Setelah mengalami pengajaran yang pahit selama lebih daripada 50 tahun di bawah pemerintahan hegemoni yang didominasi oleh UMNO, rakyat tertindas semua kaum negara ini, terutamanya kaum India di semenanjung Malaysia dan kaum Iban (Dayak) di Sarawak dan Kadazan-Dusun di Sabah telah bangkit. Kaum Cina, selain daripada segelintir golongan berkuasa dan strata atasan yang berkepentingan diri, rata-rata telah timbul rasa sugu dan tak puas hati yang kuat terhadap pemerintahan hegemoni yang didominasi oleh UMNO.

Zizan Razak Bakal Digam Gara-Gara Bantah AES?


Tengah hari tadi, dianggar lebih 300 penunggang motosikal yang menderu ke perkarangan Sri Pentas, tempat stesen penyiaran TV3 beroperasi terkejut apabila pelawak terkenal Zizan Razak tiba-tiba keluar dari celah-celah mereka membawa sekeping kertas!

Penunggang motosikal yang berang dengan tindakan wartawan Majalah 3, Mazidul Akmal Sidik menggelar mereka 'pelesit jalanan' dalam paparan isu 'AES dan rasional dilaksanakan' yang disiarkan dua minggu lalu, nyata terubat dengan kemunculan Zizan atau nama sebenarnya Razizan Abdul Razak yang menyokong kehadiran mereka dengan membawa bersama kertas dengan tulisan 'Tolak AES' (Automated Enforcement System).

Tindakan Zizian pantas disorak penunggang motosikal dengan membunyikan hon motor masing-masing dengan dikawal lebih 30 anggota polis yang berkawal di pintu masuk bangunan itu di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Menurut seorang saksi, Zizan dengan spontan keluar dari bangunan tersebut setelah selesai mengacarakan rancangan hiburan 'Melodi' terbitan stesen itu bersama Awal Ashaari dan Ziana Zain kira-kira jam 1.45 tengah hari sambil membawa kertas berkenaan tanpa dipaksa sesiapa mahupun diarah oleh mana-mana pihak.

Apabila Umno dan ulamaknya sama-sama “ngok”........

Apabila saat-saat dekat nak pilihanraya, para pemimpin Umno mulalah menunjukkan sikap gabra dan ketidaktentuanhala mereka,, kadang-kadang sasau dan merapu, melulu macam babi hutan.
Tindakan-tindakan bodoh dan memalukan ini turut disokong dan didokong oleh ulamak-ulamak pengampu mereka, termasuk tuan-tuan Mufti yang seratus peratus menyokong mereka. Demi kepentingan diri, kedudukan dan habuan dunia,  mereka ini mereka sanggup menjadi bodoh atau diperbodohkan? 
 
Terbaru – isu amanat Haji Hadi @ Haji Hadi tuduh Umno kafir.    Mereka mendakwa kononnya TG Haji Hadi telah menuduh orang Umno kafir   semasa beliau memberi ceramah politiknya pada tahun 1981 di Terengganu lebih tiga dekad yang lalu. Mereka juga mendesak agar TG Haji Hadi menarik balik kenyataannya itu.  Kah, kah!  kah !!  balik-balik cerita lapok itu juga yang diulangtayang,  balik-balik cerita basi itu juga mahu disajikan!,  demikianlah bangang dan biulnya orang Umno. Mereka ingat Haji Hadi itu budak tadika boleh digertak dan diugut ?

Hampir 50 tahun hilang hak mengundi...


Hampir 50 tahun tak mengundi
Bahran menunjukkan salinan permohonan dan butiran peribadi bagi mendapatkan taraf warganegara
 
SABAK BERNAM - Selepas 47 tahun menanti, seorang penduduk di Kampung Teluk Kemboja gusar apabila permohonan warganegara masih menjadi tanda tanya dan tidak mendapat respons pihak berkenaan.

Bahran Yahya,59, berkata permasalahan tersebut bermula apabila ibu dan ayahnya berhijrah ke Indonesia bagi menguruskan kebun sekitar 1951.

“Saya dilahirkan di Indonesia ketika ibu dan ayah menguruskan kebun di sana, menyebabkan saya tidak mendapat taraf warganegara setelah pulang ke Malaysia sebaik ayah meninggal dunia.
"Saya berulang kali ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendapatkan status permohonan warganegara namun sehingga kini tiada kata putus diberikan malah diminta terus menunggu," katanya.

Menurutnya, permohonan tersebut dibuat sejak 1965, namun sehingga kini, statusnya masih terus menjadi tanda tanya.

Safwan Anang: SMM bukan pembangkang


Safwan Anang
Safwan Anang.. 'Saya sendiri telah mempertimbangkan untuk bertanding pada PRU13'.
 
KEBANGKITAN suara anak muda semakin jelas terserlah sejak pilihan raya umum 2008 dengan menyaksikan ramai pemimpin muda diberi mandat oleh rakyat dalam membuat perubahan kepada landskap politik negara yang perlu menerima pakai pendapat dan memahami kemahuan mereka dalam menentukan hala tuju negara.
Penerimaan rakyat terhadap pemimpin muda tidak dapat disangkal lagi. Ini terbukti apabila golongan mahasiswa kini menjadi pemimpin kecil dalam masyarakat dan akar umbi dalam memberi penerangan kepada rakyat akan politik baru kini mula diperkatakan.

Mahasiswa juga tidak terlepas dalam memikul tanggungjawab ini dalam memastikan rakyat mendapat pilihan terbaik dalam pentadbiran negara menerusi dasar dan polisi yang lebih baik untuk kepentingan rakyat.

Ikuti temu bual Sinar Harian Online bersama Muhammad Safwan Anang, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) dalam membicarakan calon wakil rakyat yang ditekankan anak muda dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.


SINAR HARIAN ONLINE: Apakah ciri-ciri seorang calon wakil rakyat PRU13 yang ditekankan oleh golongan muda dan apakah kaitannya dengan faktor 'winnable candidate' yang disyaratkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini?
SAFWAN ANANG: Faktor atau ciri-ciri golongan seperti kami, mahasiswa dan anak muda tekankan dalam memenangi pilihan raya akan datang ialah pertamanya mereka mestilah sesuai dengan kehendak semasa. Bagi saya, pemimpin masa ini mereka perlu menyelami dan bersama-sama dengan golongan muda terutamanya, mereka perlu menitikberatkan soal pembangunan golongan muda, sebagai contoh dalam isu pembiayaan pendidikan itu sendiri.
Mereka juga mestilah rapat dengan anak muda dan mendekatkan diri golongan ini menerusi media sosial dan sebagainya. Dalam keadaan sekarang ini, media sosial itu begitu luas seperti Facebook, Twitter dan YouTube. Pemimpin perlu mendalami ataupun bersama-sama dengan anak muda dengan cara berinteraksi menggunakan media sosial. Mereka perlu beri maklum balas terhadap isu-isu anak muda sekarang.

Bagi saya kenapa penting bagi mereka kerana keadaan negara kita tidak sebelumnya, pemimpin sifatnya kadang kala lebih banyak turun padang dan menghadiri majlis-majlis kenduri ataupun sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh penduduk setempat.Tetapi bagi saya, anak muda juga mereka perlukan maklum balas dalam media sosial dan itu yang menjadikan pemimpin hari ini mereka perlu cekap menguasai media semasa, dan menjawab segala persoalan dalam konteks mereka memahami hasrat orang muda.

Saya tekankan sehingga sekarang dalam isu pembiayaan pengajian tinggi, saya masih berpendirian bahawa mana-mana pemimpin dari parti mana sekalipun, mereka mesti menitikberatkan soal pembiayaan pendidikan tinggi iaitu isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang pernah saya bangkitkan sebelum ini. Kita lihat hal itu sebagai isu yang besar. Baru-baru ini ada sekumpulan mahasiswa yang membuat sidang media mengenai isu pengangguran di kalangan mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Kita rasa, hari ini, universiti swasta ini tidak disediakan ruang kerja yang tepat apabila mereka tamat pengajian. Pemimpin sekarang perlu tangani masalah ini segera dan mereka perlu menyediakan peluang pekerjaan yang baru. Dalam keadaan konteks ekonomi semasa, sudah tentulah anak muda melihat pemimpin hari ini bahawa mereka perlu cekap menguruskan soal kehidupan anak muda termasuklah pembiayaan pengajian tinggi.

Himpunan Hijau sertai perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR 23 DIS: Himpunan Hijau peserta perkhemahan ‘Solidariti Untuk Omar’ di Dataran Merdeka mulai petang ini, kata Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang.
“Kita sedang tunggu mereka. Perkhemahan dijangka bermula petang ini. Difahamkan sayap pemuda Himpunan Hijau yang akan sertai kita. Tujuannya untuk beritahu orang ramai mengenai perjuangan pendidikan percuma dan hukuman penjara sebulan terhadap Omar.
“Esok kita akan beramai-ramai ke Mahkamah Jalan Duta memberi sokongan kepada Omar yang memfail rayuan hukuman,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.
Ketua Pemuda DAPSY, Teo Kok Seong yang berada di Dataran Merdeka pagi ini menyelar kerajaan yang menggunakan Akta Majlis Perbandaran Tempatan bagi menyekat demokrasi dan hak berhimpun secara aman.
“Isunya tentang pendidikan. Mereka ‘Occupy’ untuk bersuara memansuhkan PTPTN. Itu cuma permintaan. Kerajaan patut turun dengar. Anak muda ada idea berbeza tentang pendidikan,” katanya.

Provokasi Samseng Halang 'Kembara Oren' Di Pahang Dan N.Sembilan !

Kembara Oren, anjuran Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) yang bermula di Pahang semalam berhadapan dengan berbagai rintangan termasuk tindakan samseng oleh pihak yang berkenaan. Kembara yang turut disertai oleh Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Ibrahim Tuan Man dan Presiden ANAK, Mazlan Aliman bermula di Felda Bukit Kepayang, Bera dan berakhir di Felda Jengka 11, Bandar Jengka malam tadi. Kembara yang awalnya berjalan dengan baik tanpa sebarang provokasi akhirnya menjadi kecoh apabila dihalang oleh pihak Felda dan beberapa kerat pemimpin setempat yang kononnya tidak mahu kampung mereka diganggu. Insiden bermula di Felda Kampung Awah, apabila Ketua Penerangan ANAK, Noraza Muda telah ditangkap dan diikat oleh polis bantuan di Felda terbabit. Tindakan itu mencetuskan kemarahan ramai pihak hingga dia dibebaskan akhirnya. Tidak cukup dengan itu, Kembara Oren juga dihalang memasuki Felda Jengka 23 dan Jengka 11, lokasi ceramah umum yang sepatutnya diadakan disebelah malamnya. Ramai mempersoalkan provokasi itu.
"Kami bermula dengan baik di Felda Bukit Kepayang, dapat berjumpa orang ramai, edar risalah di pekan sari dan tiada sebarang sekatan. "Tetapi bila kami mula disekat di Felda Kampung Awah. Pihak Rela yang saya yakin diperalatkan pihak tertentu, menutup pintu pagar dan membuat sekatan di pondok pengawal," kata Mazlan Aliman. Beliau juga memberitahu, peserta Kembara Oren turut dihalang masuk ke Jengka 23 dan Jengka 12Lebih teruk lagi katanya, mereka tidak dibenarkan solat Asar di Masjid Jengka 12 menyebabkan mereka terpaksa menapak kira-kira 1 kilometer ke masjid lain yang berdekatan. "Pihak Rela buat kubu sekat kami masuk. Pihak polis daerah pun ada. "Alasan tak bagi kami masuk, penduduk tak terima kehadiran kami sedangkan saya yakin kira-kira 150 orang yang membuat benteng manusia itu, bukan semua penduduk Felda itu. Orang luar disuruh pihak tertentu," katanya lagi. 
Bagaimanapun, halangan-halangan tersebut tidak akan mematahkan semangat Kembara Oren untuk ke Jengka 11 malam tadi bagi acara kemuncak. Dipercayai, kehadiran mereka  dihalang hebat oleh seorang lelaki yang bernama "Jelan". 


Khabarnya pihak penganjur Kembara Oren akan menghantar surat saman kepada pemuda terbabit atas tindakan biadap beliau "ala samseng" yang jelas mencabuli hak-hak rakyat untuk berhimpun dan bergerak bebas daam negara ini seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Apa yang berlaku jelas sekali melanggar undang-undang. Bahkan ia juga telah mencabuli hak-hak asasi manusia.


Tindakan provokasi tidak berakhir di Pahang, ia turut merebak ke Negeri Sembilan. Dilaporkan Kembara Oren yang bermula di Felda Kepis juga telah dihalang oleh pihak berkenaan. Malah lebih teruk lagi kenderaan yang membawa peralatan penerangan Kembara Oren juga telah dipecahkan cermin dengan objek keras seperti kayu di Felda Bukit Rokan Utara, Gemas. Kenderaan terbabit juga telah ditendang hingga kemek-kemek oleh pihak terbabit. Malah, Ketua Penerangan ANAK, Noraza Muda yang diikat di Felda Kg.Awah semalam juga sekali lagi  telah dicederakan. Tindakan ini  jelas sekali satu perbuatan zalim dan ganas yang dilakukan terhadap rakyat dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini. Ia amat memalukan !!.


Sementara itu, difahamkan Yang DiPertua PAS Temerloh, Tuan Hj.Jusoh Darus selaku Pengarah Konvoi Kembara Oren  telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temeroh hari ini berhubung tindakan ganas dan provokasi yang dilakukan oleh pihak berkenaan di Jengka 23 dan 11 semalam.  -PahangDaily

Video : Kembara Oren dihalang memasuki Jengka 23 (part 2)

Video : Kembara Oren dihalang memasuki Jengka 23 (Part 1)

Pas pertahan Nik Aziz, dakwa Muhyiddin 'macam anak kecil'


Salahuddin Ayub SHAH ALAM - Pemimpin kanan Pas mempertahankan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil menyifatkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, yang melabel Mursyidul Am Pas bermulut celupar, sebagai "anak kecil yang menangis apabila dipukul."

Sehubungan itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, sebagai seorang pemimpin tertinggi negara, Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno tidak perlu bertindak seperti anak kecil apabila dipukul terus menangis.

Menurutnya, Muhyiddin seharusnya menggunakan kebijaksanaan apabila mengeluarkan kenyataan balas membidas Nik Aziz.

"Seharusnya Muhyiddin menjawab apa yang dikatakan oleh Nik Aziz secara "gentlemen."

"Bukan menjadi seperti anak kecil, apabila dipukul sedikit terus menangis.

"Umno kena balas balik dengan hujah-hujah (yang bernas) untuk nafikan apa yang dikatakan Nik Aziz jika tak betul, bukan menangis," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Isunya sekarang ni berapa lama Umno BN patut dihukum?


Walaupun semua isu-isu lampau tu berlaku sebelum tahun 2008, sangat-sangat wajar Pakatan Rakyat membangkitkan isu-isu tu supaya rakyat bukan saja di Selangor tapi juga di Penang dan Kedah supaya rakyat di negeri-negeri tu menghukum Umno BN dihukum lebih lama macam di Kelantan.
Kelmarin Malaysiakini ada melaporkan:
Penyelaras BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed menggesa DAP agar tidak mengungkit isu-isu lampau berkaitan pentadbiran BN di Selangor sebelum tahun 2008.

"Mengapa (DAP) perlu mengungkit semua isu ini? Segala yang silap berlaku sebelum 2008.

"Kami (BN) berhadapan pelbagai isu dan ya, rakyat telah menghukum kami pada tahun 2008, PM juga telah mengaku silap dan kami juga mengaku kelemahan dan memohon maaf," katanya. - Mkini.

Terima kasih untuk Mohd Zin pasai mengaku Umno BN memang perompak hak rakyat. Dan secara tak langsung mengaku rakyat memang patut menghukum Umno atas dosa merompak hak rakyat.

Jadinya rakyat negeri-negeri lain macam Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak jugak patut bersama rakyat Selangor, Penang, Kedah dan Kelantan menghukum Umno BN di negeri masing-masing.

Pasainya Umno BN di Selangor lebih kurang sama ja macam Umno di negeri-negeri lain, memang jenis merompak duit rakyat.

Takkan kut rakyat di 7 negeri lain tu bangang sangat tak nampak dan tak sedar yang pemimpin Umno BN di negeri depa jugak merompak harta rakyat.

Walaupun semua isu-isu lampau tu berlaku sebelum tahun 2008, sangat-sangat wajar Pakatan Rakyat membangkitkan isu-isu tu supaya rakyat bukan saja di Selangor tapi juga di Penang dan Kedah supaya rakyat di negeri-negeri tu menghukum Umno BN dihukum lebih lama macam di Kelantan.

Dan yang paling cantiknya rakyat perlu menghukum Umno BN bukan setakat di peringkat negeri tetapi jugak di peringkat persekutuan.

Kekayaan milik Dr. Mahathir membuktikan memang pemimpin Umno BN merompak duit rakyat macam bukti kat bawah ni.

Semua pemimpin lain yang berdosa dihukum rakyat tapi Dr. Mahathir belum sempat dihukum

PRU13: 80% pengundi sudah ada pilihan


KOTA BHARU: Kira-kira 80 peratus pengundi di negara ini dianggap sudah mempunyai pilihan masing-masing bagi menentukan sama ada berlaku perubahan di Putrajaya atau sebaliknya.

Cuma sekarang Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional perlu merebut bakinya sebanyak 20 peratus lagi, di mana mereka belum membuat sebarang pilihan dan bergantung kepada situasi saat-saat akhir.

Bagaimanapun Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, berdasar kepada banyak kajian rata-rata rakyat tidak senang dengan kerajaan yang ada sekarang.

“Suhu kebencian rakyat terhadap pemerintah yang ada hari ini kadang-kadang melebihi penyokong Pakatan Rakyat,” katanya pada perasmian penutup pelancaran Agenda Berkebajikan Wanita Malaysia peringkat negeri Kelantan di Putik hari ini.

Program berkenaan dihadiri ketua-ketua wanita Pakatan Rakyat di mana PAS diwakili Siti Zailah Mohd Yusoff, Zuraida Kamaruddin (PKR) dan Chong Eng (DAP).

Kekayaan Luarbiasa : Pengisytiharan harta mungkin membahayakan keselamatan calon, kata ahli parlimen BN

KUALA LUMPUR, 23 Dis—Beberapa ahli parlimen Barisan Nasional (BN) berkata pengisytiharan harta secara terbuka oleh calon pilihan raya mungkin membahayakan keselamatan mereka, dengan menjangkakan pilihan raya yang dikatakan paling sengit dalam sejarah negara.
Ahli parlimen BN mengatakan calon boleh dipastikan bersih dengan mengisytiharkan harta kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan juga ditapis oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Najib, yang juga pengerusi BN berkata calon dari gabungan partinya akan ditapis oleh SPRM - pengumuman yang dikatakan oleh seteru politiknya di Pakatan Rakyat (PR) sebagai publisiti semata-mata.
Sesetengah ahli parlimen PR hari ini dilaporkan mangatakan jika calon BN mengisytiharkan harta secara terbuka mereka akan dilihat lebih berkredibiliti, dan berkata tugas SPRM untuk menghapuskan rasuah, dan bukan menapis calon pilihan raya dengan rekod kewangan meragukan.
Tetapi Datuk Abdul Rahman Dahlan dari Umno berkata, pengisytiharan harta tidak perlu dilakukan secara terbuka, kerana harta bersifat peribadi, dan keselamatan bagi mereka yang mewakili rakyat juga perlu dijaga.
“Bagi saya, harta ini personal (bersifat peribadi). Jadi bagi saya memadailah kalau isytihar harta kepada Perdana Menteri. Takkan kita nak canang semua harta kita kepada seluruh rakyat? Kita kena fikirkan keselamatan wakil rakyat itu sendiri,” kata ahli parlimen Kota Belud itu.

Pelesit Jalanan : Penunggang desak Mazidul, Majalah 3 mohon maaf

Mass protests held in India over sexual violence

Egypt Draft Charter Gets 'Yes' Majority in Vote

Senior minister killed in Pakistan

Egypt: opposition cry foul after constitution vote

Syria: a country burning out

Pusat judi: Kuasa PBT terhad, kata MPSJ

Sketsa 1Ekor

Sketsa 1Shopping

Sketsa 1Wasiat

Sketsa 1Jerebu

Sketsa 1Liwat

Sketsa 1Menara

Sketsa 1Sula

Wawancara Bersama Bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman Part 7

Wawancara Bersama Bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman Part 6

Wawancara Bersama Bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman Part 5

Wawancara Bersama Bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman Part 4

Wawancara Bersama Bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman Part 3

Wawancara Bersama Bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman Part 2

Wawancara Bersama Bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman - Part1

Bukit Botak: Bukti kerajaan tidak abaikan penduduk

Ustz Nasarudin - Ulama Genting Umno Minta Nas Yg Membolehkan PAS Berkerjasama Dgn DAP

Cikgu MATEMATIK Dapat Pahala Dalam KUBUR ? - Ustaz Azhar Idrus

Ustaz Sharir Long: Jangan iri hati !

Ustaz Sharir Long : Kuliah Surau At-Taqwa Shah Alam

Pasang TALIAN Telefon Untuk Syarikat ARAK - Ustaz Azhar Idrus

CIKGU Ajar Murid OKU Atau Murid NORMAL ? - Ustaz Azhar Idrus

Isteri BERSALAM Dengan Ayah TIRI Suami - Ustaz Azhar Idrus

Jumpa Barang HARAM Dalam Bas - Ustaz Azhar Idrus

TERHANTUK Pada Kerusi Makmum Ketika SOLAT - Ustaz Azhar Idrus

Ustaz Sharir Long: Enjin jet akan dipikul diakhirat kelak :)

Ben Ali's riches go to auction

Penunggang motosikal desak Mazidul, Majalah 3 mohon maaf



 
Seramai kira-kira 300 penunggang motosikal berkuasa tinggi hari ini berkumpul di hadapan Sri Pentas- Media Prima Berhad (MPB) untuk menyerahkan memorandum mendesak pengacara Mazidul Akmal Sidek memohon maaf secara terbuka.

biker protest sri pentas tv3 231212Kumpulan tersebut, antaranya daripada Motor Corner dan ARC Selangor, turut mendesak  program Majalah 3 membuat permohonan maaf secara terbuka dan terperinci.

biker protest sri pentas tv3 231212Kumpulan motosikal itu tiba di perkarangan Sri Pentas kira-kira jam 12 tengah hari. Kelihatan kira-kira 30 anggota polis di kawasan sekitar Sri Pentas.

Sebelum menyerahkan memorandum, kumpulan itu berhimpun di pintu masuk Sri Pentas dan melaungkan "Kami bukan bukan pelesit", "Get out Mazidul" dan  "Kami sayang TV3".

Memorandum telah diserahkan oleh wakil kumpulan motosikal, Mohd Shahid Tasiran kepada Pengurus Kanan Perkhidmatan Pengurusan MPB, Alwi Husni Yahya.

DAPSY tuntut bebaskan Umar


KUALA LUMPUR, 23 DIS: Pemuda DAP (DAPSY) menuntut supaya mahasiswa peserta Occupy Dataran, Umar Mohd Azmi yang dihukum penjara 30 hari dan denda RM1000 atas tuduhan menghalang pegawai DBKL menjalankan tugas, dibebaskan serta merta.
Ketua DAPSY, Teo Kok Seong dalam kenyataan medianya kecewa dengan keputusan mahkamah ke atas anak muda itu yang ikut serta dalam ‘Occupy Dataran’ sebelum perhimpunan Bersih 3.0 April lalu bagi menuntut pendidikan percuma dan membantah pinjaman PTPTN.
Umar didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang pegawai DBKL, Mohd Masran Mamat daripada “menangkap dan mengiringi” seorang lagi aktivis ‘Occupy Dataran’. Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin.