Sabtu, 22 Disember 2012

(Bersih 3.0) Want To Say Something To Najib? #112 Coming Soon...

Rival Mali rebels agree to suspend fighting

Post-apartheid South Africa fails to meet expectations

Clashes leave dozens dead in Kenya

Egypt votes on divisive draft constitution

Thailand: Tightening the screws on migrants?

Rape sparks nationwide protests in India

Dasar Kroni UMNO.. Tokoh Alumni UIAM atau tokoh UMNO..

Mereka tak peduli ... apa saja yang ada semua mereka nak bolot,, projek, anugerah, saham, balak, pingat.... serba serbi sehingga Tokoh Universiti pun mereka nak...
  1.  KUALA LUMPUR, 20 Dis -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) menyampaikan Anugerah Tokoh Alumni UIAM 2012 kepada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Noriah Kasnon pada Majlis Makan Malam Persatuan Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.
  2. Memerhatikan Presiden Persatuan Alumni UIAM, Khalek Awang (kanan).
  3. -- fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA
 KUALA LUMPUR, 20 Dis -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) menyampaikan Anugerah Tokoh Alumni UIAM 2012 kepada Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pada Majlis Makan Malam Persatuan Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.
Turut kelihatan Presiden Persatuan Alumni UIAM, Khalek Awang (kanan).
-- fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 20 Dis -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) menyampaikan Anugerah Tokoh Alumni UIAM 2012 kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim pada Majlis Makan Malam Persatuan Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, hari ini.
-- fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA

Tak mungkin tak ada tokoh-tokoh yang lebih mulia dari muka-muka di atas tu....

Solidariti Buat Umar: Aktivis Dihalang Guna Masjid Satu Perbuatan Biadap


Satu perbuatan biadap yang tidak boleh dimaafkan – itu ungkapan yang paling sesuai kepada pentadbiran Penjara Kajang khususnya dan Kementerian Dalam Negeri kerana tidak membenarkan aktivis yang membanjiri perkarangan penjara menunaikan solat di Masjid penjara tersebut.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengutuk keras tindakan biadap apabila pihak penjara tidak boleh berkompromi dalam soal menunaikan panggilan solat. Namun ia tidak menghalang aktivis daripada menunaikan solat di atas rumput di luar pagar penjara.
solat luar pagarSejak dari malam tadi, ratusan aktivis termasuk dari SAMM, SMM dan PSM menemani Umar Mohamad dari luar Penjara Kajang sebagai tanda solidariti. Umar Mohamad yang dipenjara hanya kerana tekadnya mendesak pendidikan percuma, telah disumbatkan ke dalam penjara dengan kesilapan yang disengajakan oleh mahkamah ketika sesi rayuan dibatalkan apabila pegawai pendakwaraya ‘hilang’ dari mahkamah sebelum jam 4 petang semalam.
Wakil SAMM telah dihalang seorang petugas bernama Roslan untuk masuk menuju ke masjid yang terletak hanya 50 meter dari pondok kawalan. Masjid tersebut juga difahamkan turut menjadi tempat untuk solat Jumaat di mana ia dibuka kepada orang awam, bukan hanya dibuka kepada penduduk kuaters penjara.
Bagi SAMM, masjid adalah tempat ibadat yang terbuka kepada semua orang yang beragama Islam, malah sesetengah masjid dalam negara ini juga membenarkan pelancong asing memasuki masjid. Apakah keistimewaan masjid Penjara Kajang sehingga aktivis berugama Islam dilarang masuk untuk menunaikan solat dan ibadat lain?

RM100 mill mystery : Lets meet, NIAT tells MIC

A local NGO wants MIC to explain why an alleged RM90 million meant for Tamil schools was returned to the government.
KUALA LUMPUR: The National Indian Rights Action Team (NIAT) wants to meet MIC leaders to trash out issues pertaining to the RM100 million allocation for Tamil schools nationwide.
NIAT chairman Thasleem Mohamed Ibrahim, they will be sending MIC and official letter requesting them to attend a meeting on January 5 at the Soma Hall in Menara Manickavasagan here.
He said in addition, NIAT will also invite other Indian officials like Pemandu director D Raveendran and the head of Tamil school development Dr NS Rajendran for the meeting.
“Our office bearers will be present. We hope MIC leaders will also attend.  We believe the proposed talk will only strengthen the community as this is a community issue. So we hope MIC would not overlook the matter due to political differences,” he said.
Thasleem said the Indians are still fighting for fundamental rights like education and job opportunities and there is an urgent need to find out why monies allocated for Tamil schools repairs were allegedly returned to the government.

MIC HAS DONE NOTHING: Malaysian Indians left to scrape the waste cans

It’s now a blessing that the country has a two-party system – Barisan Nasional and Pakatan Rakyat. MIC, UMNO or Barisan cannot go on hoodwinking the poor Indians after being in power for 55 years. With four states – Penang, Selangor, Kelantan and Kedah – now under Pakatan the poor Indians are beginning to feel the change and difference in their destinies.
MIC HAS DONE NOTHING: Malaysian Indians left to scrape the waste cansSeemingly, the welfare of the poor Indians is not neglected in these four Pakatan states. Understandably though, because of limited resources at the state level not much can be done to help this ethnic group unless the present Federal Opposition takes over the government in the next general election – expected to be held any time before April next year.
Left to scrape the waste cans
It’s estimated that over 70 percent of the Indians living in this country – the majority of them the descendants of estate labourers who were brought into the country during British rule as indentured labourers to work in the rubber plantations and build roads and railways – are living in pitiable conditions.
UMNO and MIC have neglected them for a long time since Independence. They will only approach this group before elections to secure votes and just after fortifying their selfish needs these poor Indians would be left to scrape the waste cans.
With the present two-party system, the Indians today are well represented in both Pakatan and Barisan. In fact, the equation has favoured Pakatan more than Barisan since the 2008 general election. A change of government at the national level in the next general election is expected to bring optimisms for the underprivileged Indians, as can now be seen in the states under Pakatan rule.
Poor Indians living in states under Pakatan rule – Selangor and Penang especially – are beginning to see their destinies changing. However, it’s still an uphill task to change the mindset of these poor Indians though, as MIC has failed them for the past 55 years. The self-seeking leaders in the party have only made use of the poor Indians in the past for them to cling on to power.
UMNO and other Barisan component parties on their part would only seek Indian votes with empty promises for the community, also with the intention for them to stay in power. Beyond that, these marginalised Indians are left to eke a living on their own with so little opportunities for them to climb up the economic ladder.
Indians need sincere leaders

PAS cabar Najib saman jika Deepak bohong

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dicabar mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli perniagaan, Deepak Jaikishan yang membuat beberapa dakwaan ke atas beliau dan ahli keluarganya.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Najib harus berbuat demikian kerana dakwaan yang dibaut Deepak bukan sahaja mencemarkan imejnya sebagai Perdana Menteri tetapi turut melibatkan nama baik negara.

"Rakyat menanti keberanian Najib untuk tampil mengambil tindakan undang-undang terhadap Deepak.

"Rakyat tidak boleh terima pemimpin yang mempunyai masalah peribadi yang begitu berat jika benar apa yang didakwa Deepak itu," kata beliau dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini .

Mahfuz juga berkata, najib seharusnya mencontohi keberanian bekas pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Robert Phang yang berkemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan.

Kembara Oren dihalang lagi, kali ini di Pahang


KUALA LUMPUR: Kembara Oren Selamatkan Felda terus dihalang pihak tertentu, hari ini di beberapa Felda di Jengka, Pahang pula.

Menurut Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, walaupun konvoi mereka bermula dengan baik di Felda Bukit Kepayang, Bera, namun keadaan itu tidak berkekalan apabila mereka bergerak ke Felda Kampung Awah.

"Kami bermula dengan baik di Felda Bukit Kepayang, dapat berjumpa orang ramai, edar risalah di pekan sari dan tiada sebarang sekatan.

"Tetapi bila kami mula disekat di Felda kampung Awah. Pihak Rela yang saya yakin diperalatkan pihak tertentu, menutup pintu pagar dan membuat sekatan di pondok pengawal," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau juga memberitahu, peserta Kembara Oren turut dihalang masuk ke Jengka 23 dan Jengka 12.

Lebih teruk lagi katanya, mereka tidak dibenarkan solat asar di Masjid Jengka 12 menyebabkan mereka terpaksa menapak kira-kira 1 kilometer ke masjid lain yang berdekatan.

"Pihak Rela buat kubu sekat kami masuk. Pihak polis daerah pun ada.

Caj Elektrik Penghuni Subang Jaya Naik Sampai Lima Kali Ganda

hannah yeoh bil elektrik 01
SUBANG JAYA, 22 DIS : Penghuni dan pemilik premis perniagaan di sekitar Subang Jaya mendakwa kadar tarif elektrik mereka naik sehingga lima kali ganda setelah menukar meter analog ke digital awal September lalu.
Timbalan Pengerusi Rukun Tetangga PJS 9, Mohamad Noor Ahmad berkata, beliau merasa teraniaya terhadap tindakan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang mengenakan caj terlalu tinggi berbanding sebelum ini.
Lebih buruk katanya, TNB hanya menukar meter tersebut di kediaman tertentu sahaja dan tidak mengeluarkan sebarang surat rasmi bagi menjelaskan perkara tersebut.
“Sekiranya meter itu sememangnya perlu ditukar, maka semua penduduk perlu menukar meter mereka kepada digital.
“Penduduk yang tidak menukar meter masih dikenakan caj sama (rendah), tetapi yang telah tukar, cajnya naik dua kali ganda.
“Saya hanya seorang pesara dan tidak mempunyai wang untuk menjelaskan bil yang terlalu tinggi ini.
“Saya rasa tertipu dengan tindakan TNB ini. Mereka perlu beri penjelasan,” katanya kepada TV Selangor.
Hal sama turut diluahkan Ari Krishna yang merupakan seorang pengusaha restoran di Bandar Sunway di sini yang berpendapat kenaikan tarif elektrik begitu tinggi berbanding sebelumnya.
Beliau berkata, caj elektrik yang dikenakan meningkat lebih dua kali ganda daripada RM 648 pada Jun lalu kepada RM 3,246 pada September setelah menukar meter digital.
Katanya, beliau telah membuat aduan kepada pihak TNB, namun tiada tindakan diambil sehingga kini.
“Apabila aduan dibuat, TNB terus memotong elektrik di premis perniagaan pada pukul 5 petang iaitu waktu yang sama restoran saya mula beroperasi.
“Saya tidak mempunyai pilihan selain menjelaskan bil tersebut kerana bimbang perniagaan tidak dapat dijalankan.

Selama 22 tahun jadi PM, Tun Mahathir kumpul harta bernilai RM146 billion..!!

Kekayaan Tun Mahathir kumpul harta bernilai RM146 billion
Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad telah berjaya merakusi harta kekayaan berjumlah AS44 billion (RM146 billion). Kesemua kekayaan tersebut telah dikumpul oleh Mahathir Mohamad semasa 22 tahun beliau menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. 

(Butiran kekayaan bekas ketua-ketua negara seluruh dunia di sini )


Dengan jumlah kekayaan Mahathir sebanyak AS44 billion bermakna bekas Perdana Menteri Malaysia itu telah berjaya merakus harta rakyat Malaysia sebanyak dua kali ganda harta kekayaan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang berjumlah AS20 billion. Nilai kekayaan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dipetik daripada Forbes - The World's Richest Royals" edisi April 2011.

Kekayaan bekas Mahathir Mohamad


Kekayaan Tun Mahathir bernilai RM146 billion

UNDANG-UNDANG RIMBA!!! Ketua Penerangan ANAK diikat dan dihalang masuk ke Felda

Kronologi Jelajah Merdeka

 Kembara oren Pahang sudah bertolak dari Felda Kepayang Bera menuju ke Felda Kg Awah, Pihak Polis Bantuan dah Mula membuat sekatan untuk mengelak orang luar masuk ke Felda kg Awah. 

Ketua Penerangan Anak Kebangsaan Sdr. Naraza Muda telah di halang masuk ke Felda Kg Awah. Beliau kini di tahan laluan masuk.Walau rombongan kembara oren ini cuba dihalang masuk oleh segelintir penyokong umno dan Jkkr pada sebelah pagi dengan berkumpul di laluan masuk, kembara oren ini dapat masuk tanpa apa-apa halangan.
Terkini Dari Felda Kg Awah - Ketua Penerangan Anak Kebangsaan Sdr. Naraza Muda telah di bebaskan setelah campur tangan pelbagai pihak yang menpersoalkan tindakan manahan beliau.
Kini kembara Oren Pahang selesai satuni warga Felda Kg. Awah dengan penampilan bekas Pengurus Felda Kg Awah Tuan Haji Nasarudin saleh 64, 
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) 

Baru Setahun - Dibunuh Dan Dibakar - Apa Dosanya?

Polis Tubuh Pasukan Khas Siasat Budak Dibunuh Dan Dibakar

Polis Tubuh Pasukan Khas Siasat Budak Dibunuh Dan Dibakar

Polis Johor menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes seorang kanak-kanak perempuan dipercayai berusia setahun yang dibunuh cara kejam dengan perutnya terburai sebelum dibakar.
Pemangku Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Superintenden Abdul Samad Salleh ketika dihubungi (pihak TV3) memaklumkan pihaknya sedang menunggu hasil bedah siasat.
Mayat kanak-kanak perempuan yang dibungkus plastik dengan kesan terbakar itu ditemui di tepi Jalan Salleh, Taman Ungku Aziz, semalam.
Polis turut meminta orang ramai yang melihat kejadian tampil membantu siasatan.
Mereka yang kehilangan kanak-kanak juga diminta tampil membuat laporan di balai polis berdekatan.
Kanak-kanak perempuan dipercayai dibunuh sebelum dibakar secara kejam di kawasan bekas flat Bukit Chagar, Johor Bahru.
Tiada identiti ditemui pada bayi itu dan polis turut menemui kesan minyak petrol dan plastik yang dipercayai untuk membungkus bayi sebelum dibakar.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
P/S: Persoalan yang bermain di kepala…apalah dosa budak setahun sampai perlu dibunuh dan kemudian dibakar? Marilah kita berdoa pelaku yang bertangungjawab ditangkap dan dihukum gantung!

Dipenjara 1 bulan dan denda RM1,000 kerana merakam video.

Hina Habibie, Presiden Susilo Tolak Alasan Najib, Minta Jangan Ulangi Penghinaan Itu

SBY: Jangan ulangi penghinaan terhadap Habibie

Indonesia mengajak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mengulang kembali insiden penghinaan terhadap mantan Presiden BJ Habibie yang dilakukan bekas Menteri Penerangan Malaysia, Tan Sri Zainuddin Maidin.

Permintaan itu disampaikan oleh Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono atau lebih dikenali dengan panggilan SBY kepada Najib dalam pertemuan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Saya sampaikan kepada Pak Najib (PM Malaysia Najib Razak) marilah kita cegah hal begini terus terjadi,” kata Presiden Indonesia itu kepada wartawan di Jakarta hari in seperti dilaporkan Repbulika Onlinei.

Menurut Susilo, Najib memberitahu bahwa tulisan tersebut tidak mewakili suara pemerintah ataupun Umno yang sedang berkuasa.

“Memang diberitahu kepada saya, …itu pandangan seseorang yang katanya disampaikan menyusul pertemuan Bapak Habibie dengan salah satu tokoh politik di Malaysia,” katanya.

Susilo memahami jika Malaysia saat ini sedang menghadapi pilihan raya umum sehingga banyak isu yang menjadi sensitif .

Namun beliau menilai tulisan mantan menteri Malaysia tentang Presiden Habibie itu tidak baik bagi hubungan persahabatan, kerja sama dan hubungan dagang.

“Sungguhpun demikian bagi saya pilihan raya umum atau tidak tentunya harus saling menjaga, apalagi kalau merendahkan ketua negara atau mantan ketuaa negara-negara lain,” katanya.

Kit Siang: Hukuman penjara ke atas Umar bukti sistem keadilan negara masih buruk

KUALA LUMPUR, 22 Dis — Hukuman penjara satu bulan terhadap mahasiswa yang menyertai “Occupy Dataran”, Umar Mohd Azmi membuktikan sistem keadilan jenayah masih buruk, kata ahli parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang.
Veteran DAP itu berkata, walaupun Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri, sistem keadilan jenayah di Malaysia masih buruk di bawah empat tahun pemerintahan Najib.
“Hukuman penjara satu bulan berserta dengan denda maksimum RM1,000 terhadap mahasiswa yang menyertai “Occupy Dataran” Umar Mohd Azmi telah menjadi peristiwa menggemparkan negara juga antarabangsa kerana benar-benar merupakan satu peringatan dahsyat dan memeranjatkan.
“Sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-13 bahawa meskipun terdapat laungan slogan tentang program transformasi kerajaan, ekonomi, pendidikan, sosial dan politik, sistem keadilan jenayah di Malaysia masih teruk di bawah empat tahun pemerintahan Datuk Seri Najib Razak,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau yang kini berada di Sydney, Australia berkata, jika bukan kerana beliau berada di luar negara, beliau akan melawat khemah protes pelajar di Penjara Kajang.
“Mengapa Umar dikenakan hukuman yang berat dengan denda maksimum RM1,000 berserta satu bulan penjara, sekiranya hukuman maksimum untuk kesalahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang kakitangan awam menjalankan tugas mereka adalah maksimum tiga bulan penjara atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya sekali?
“Sebab itu perlunya pertukaran kerajaan Persekutuan di Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13 yang bakal menjelang kerana negara dipenuhi dengan kes-kes yang mana keadilan jenayah benar-benar teruk seperti kes Umar,” katanya.

Aktivis Dipenjarakan : Bukti Kerajaan Pusat Dwi-Standart

umar khemah kajang 01
SHAH ALAM 22 DIS : Kes aktivis mahasiswa yang dipenjarakan semalam adalah bukti bahawa polis dan pihak berkuasa mengamalkan sikap berbeza terhadap parti politik Pakatan Rakyat dan Umno-BN.
Ini dapat dilihat apabila aktivis pro-Umno-BN yang melakukan keganasan terhadap pemimpin dan penyokong PR dibiarkan tetapi aktivis pro-PR dihukum dan dipenjarakan.
“Apakah ini merupakan tindakan sengaja pihak polis ataupun keputusan Jabatan Peguam Negara yang tidak mengadakan pertuduhan.
“Ini adalah persoalan yang tidak terjawab sehingga sekarang mengapa perkara ini dilengah-lengahkan,” kata Ketua AMK Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Beliau berkata sehingga kini, polis masih tidak menjalankan tindakan susulan terhadap kes insiden membaling cat ke arah Bas Jelajah Merdeka di Melaka dan Kota Baru.
Malahan masih tiada tangkapan atau dakwaan dalam insiden pergaduhan di ceramah PR di Batu 8, Gombak pada 4 Dis sehingga mencederakan seorang aktivis PR.
Akan tetapi, mahasiswa Umar Mohd Azmi, yang merupakan aktivis ‘Occupy Dataran’, telah dijatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM 1,000.

Keluarga Aktivis Dipenjara Disaran Saman Pendakwaraya

Umar Kajang prison 03
SHAH ALAM, 22 DIS : Keluarga aktivis mahasiswa ‘Occupy Dataran Merdeka’, Umar Mohd Azmi yang dipenjara sebulan dan denda RM1,000 disarankan untuk menyaman pihak pendakwaraya yang menyebabkan proses rayuan tidak dapat dijalankan.
Ketua AMK Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, beliau dimaklumkan oleh pihak media kes itu tidak sempat dibuat rayuan kerana ketiadaan pendakwaraya.
“Ini perkara yang memalukan kerana seseorang itu boleh dibebaskan atau ditangguhkan sementara hukuman itu sementara menunggu rayuan.
“Jadi jika pihak pendakwaraya tidak ada, itu menunjukkan mereka tidak serius untuk memastikan keadilan itu ditegakkan,” kata Shamsul ketika dihubungi TVSelangor.
Umar dibawa ke Penjara Kajang petang semalam bagi menjalani hukuman tersebut, selepas gagal mendapat pendengaran penangguhan pelaksanaan hukuman terhadapnya.

Umar hantar mesej 'semangat' dari kamar besi

 
KUALA LUMPUR: Aktivis 'Occupy Dataran', Umar Muhammad Azmi yang ditahan di Penjara Kajang sejak semalam menghantar mesej kata-kata semangat buat rakan-rakan yang 'berkampung' di luar penjara itu.

Mesej tersebut berbunyi "Dunia belum kiamat, Berjuang sampai tamat," dikirim Umar kepada rakan-rakan melalui bapanya yang hadir melawatnya tengah hari tadi.

Sejak malam tadi lebih 50 aktivis mahasiswa 'berkampung' di hadapan Penjara Kajang sebagai tanda sokongan terhadap Umar.

Selain mahasiswa, turut hadir memberi sokongan siang tadi termasuk ahli politik dari Pakatan Rakyat seperti Ahli Parlimen Hulu Langat Dr Che Rosli Che Mat, Kartunis Zunar serta selebriti Abby Abadi.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 kepada Umar kerana menghalang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tugas semasa serbuan terhadap gerakan mahasiswa pada April lalu.

Insiden itu didakwa berlaku semasa serbuan mengejut DBKL ke atas perkhemahan protes di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pada jam 8 pagi 22 April lalu.

Aktivis siswa berkhemah di dataran tersebut sebagai bantahan mereka terhadap Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang didakwa mereka tidak adil.

Konvensyen Sunnah : Kenapa?

Egypt votes in date with destiny

Today in History for December 22nd

Mungkinkah 27 Dis 'hari gelap' peneroka

KUALA LUMPUR: Gerakan selamatkan Felda (GSF) merancang untuk berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Felda sewaktu Mesyuarat Agung Koperasi Permodalan Felda (KPF) berlangsung pada 27 Disember ini.

Presiden Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, rancangan itu akan diteruskan jika keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menyebelahi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) membenarkan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad kekal di KPF.

16 peneroka Felda Jengka pada Jun lalu memfaikan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan SKM mengekalkan keanggotan Isa dalam KPF walaupun mengakui perlantikan Isa itu salah di sisi undang-undang.

"Kalau mahkamah menyebelahi mereka kita tak ada pilihan melainkan menggerakkan ahli KPF di seluruh negara untuk berkumpul di depan pintu masuk pejabat Felda pada 27 Disember ini sebagai tanda protes kita," kata beliau dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan raja Laut semalam.

Panel SPRM tiada kuasa untuk semak siasatan, kata Mat Zain

PPO tidak mempunyai kuasa memantau keputusan kes akuan bersunpah Balasubramaniam (gambar), kata Mat Zain.
KUALA LUMPUR, 22 Dis — Bekas pegawai polis, Datuk Mat Zain Ibrahim, berkata bahawa ketua panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Hadenan Abdul Jalil dan Panel Pemantau Operasi (PPO) tidak mempunyai kuasa untuk menutup fail kontroversi akuan bersumpah P. Balasubramaniam tentang pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006. “PPO tidak ada kuasa untuk memantau keputusan kes,” kata bekas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur itu dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar, memohon untuk bertindak ke atas dua akuan bersumpah Balasubramaniam yang bercanggah yang melibatkan beberapa pegawai tinggi kerajaan dan ahli politik.
Mat Zain memberi respon tentang kenyataan Hadenan dua hari lalu mengatakan peguam Tan Sri Cecil Abraham, yang juga berada dalam PPO -- tidak berada di dalam pasukan pemantau SPRM yang menutup fail bekas penyiasat persendirian mengenai akuan bersumpah keduanya tentang pembunuhan pada tahun 2006.
Hadenan berkata dalam kes ini, yang melibatkan peniaga permaidani Deepak Jaikishan Rewachand, yang telah dibincangkan dalam mesyuarat PPO pada 8 November.
“Kenyataan Tan Sri Hadenan perlu dipersoal,” kata Mat Zain.

Pemuda PKR rancang banjiri peti surat Rosmah


Pemuda PKR akan menganjurkan pengiriman massa poskad kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk mengenakan tekanan terhadapnya  yang berdiam diri terhadap siri pendedahan oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

"Kami fikir Rosmah perlu menjawab pendedahan Deepak, dia tidak harus hanya berdiam diri.

mediarakyat talkshow 160312 lee khai loon"Dia adalah wanita yang paling berkuasa di negara ini, jadi kita
berharap dia akan tampil menjawab soalan-soalan ini, rakyat mahu tahu kebenarannya," kata ketua penerangan pemuda PKR, Lee Khai Loon (kanan) ketika dihubungi.

Deepak, antara lain, mendakwa Rosmah meminta bantuannya untuk mendapat penyiasat persendirian P Balasubramaniam membuat akuan bersumpah (SD) kedua, untuk menyangkal SD pertama yang mengaitkan perdana menteri dengan warganegara Mongolia Altantuya Shariibbuu.

Bagi tujuan ini, Lee berkata, Pemuda PKR telah dicetak poskad khas untuk isteri perdana menteri, yang memaparkan kartunnya dengan perkataan Tanya Rosmah dan tiga soalan dalam ruang dialog.

Ianya berbunyi: Benarkah sumpah Najib yang menyatakan tidak kenal Altantuya? Benarkah Deepak diarah untuk paksa PI Bala batal akuan bersumpah yang kait hubungan Najib dengan Altantuya? dan Kenapa hingga sekarang diam diri daripada sebarang komen selepas pendedahan Deepak?

Negara Islam : Peserta perkhemahan dihalang guna masjid untuk solat Asar

KAJANG 22 DIS: Peserta perkhemahan ‘Solidariti Umar Mohamad’ di depan Penjara Kajang yang berkhemah depan pintu penjara sejak malam tadi, dihalang dari menggunakan masjid untuk solat Asar.
Seorang pegawai Unit Keselamatan Penjara (UKP) berpangkat Koperal dengan tanda nama ‘Roslan’ memaklumkan, larangan itu dibuat terhadap mereka yang berkhemah.
Wartawan Keadilan Daily dan Harakah Daily yang berada di lokasi untuk membuat liputan turut dihalang bersolat Asar di masjid itu.
“Ini arahan orang atasan,” kata pegawai yang tidak menyatakan rasional arahan itu.
Diasak soalan, Roslan kemudia mendapatkan bantuan pegawai atasan yang hanya mahu dikenali dengan nama ‘Kamil’.
“Masjid ini untuk kegunaan keluarga staf penjara. Hanya kami yang ada kuasa untuk benarkan atau tidak sesiapa yang mahu sembahyang di sini,” katanya kepada Keadilan Daily.
“Lagi pun ‘bumi Allah’ sendiri adalah masjid. Dekat mana-mana pun boleh sembahyang bukan,” katanya, memberi alasan.

Nik Aziz celupar, kata Muhyiddin..!!!! UMNO memang celupar..!!


Tan Sri Muhyiddin Yassin
KUALA TERENGGANU - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai bermulut celupar dan suka membuat fatwa sendiri apabila mengatakan orang Melayu yang menyokong Umno sebagai mungkar.
  
Muhyiddin berkata, kenyataan itu adalah rentetan fatwa songsang pemimpin Pas itu setiap kali menjelang pilihan raya.
  
"Itu satu lagi bukti Nik Aziz mengeluarkan faktwa yang tidak mengikut hukum bila dia sebut kumpulan orang yang mungkar ni kafir, orang Umno ni Firaun dan macam-macam lagi zalim dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan khas bersama pegawai, pengurusan dan profesional negeri Terengganu di sini, hari ini.
  

PM Malaysia neh faham ka....


Apa yang Piem India cakap, apa pulak yang Piem Malaysia faham?
Apa yang Piem Malaysia cakap, apa pulak yang Piem India faham?

Kahkahkah...

Hak siswa berhimpun dihalang, kehakiman pincang

Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) membidas keputusan mahkamah yang menghukum Umar Mohd Azmi secara berat sebelah.
Mahkamah Majistret yang menghukum Umar Mohd Azmi dengan sebulan penjara dan denda RM 1000 kerana dikatakan kononnya menghalang kerja-kerja pegawai DBKL ‘membersihkan’ mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka pada bulan April yang lalu.
Kami, GMPP membidas keputusan berat sebelah pihak mahkamah yang hanya melihat tindakan Sdr Umar yang cuba menghalang tindakan intimidasi pihak DBKL yang menghalau para mahasiswa yang berkhemah.
Rakan-rakan kami yang berada ketika itu jelas memberitahu tindakan pihak DBKL adalah satu intimidasi berniat jahat untuk semata-mata menggagalkan sokongan terhadap perjuangan pelajar menuntut pemansuhan PTPTN dan perhimpunan Bersih.
Hukuman sebegini memberi satu pandangan bahawa rakyat di Malaysia tidak diberikan hak untuk berhimpun, bersuara dan menuntut keadilan dan pembebasan.
Hukuman ini jelas juga satu tamparan kepada kebebasan sistem kehakiman negara yang hanya mendengar cereka pihak berkuasa.
Kami di GMPP akan tetap meneruskan sokongan kami terhadap kumpulan mahasiswa yang meneruskan perjuangan untuk penghapusan PTPTN dan menuntut pendidikan percuma di bumi kita.
Hidup Kuasa Anak Muda dan Mahasiswa!
Karthiges
Kordinator
Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP)

Mahasiswa kembali berkhemah di Dataran mulai esok

KAJANG 22 Dis: Mahasiswa akan kembali berkhemah di Dataran Merdeka bermula esok sebagai solidariti kepada  rakan mereka, Umar Muhammad Azmi yang dipenjara sebulan.
Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhamad Safwan Anang berkata, ia juga bertujuan memberi mesej tentang hak pendidikan percuma kepada orang awam.
“Esok (Ahad) kita akan berkumpul semula di Dataran sehingga Isnin untuk ke Mahkamah memfailkan rayuan Umar. Tak kira sama ada DBKL benarkan bina khemah atau tidak, kita tetap berkumpul,” jelasnya.
Bagaimanapun katanya, pada malam ini, mahasiswa  akan berkampung di hadapan penjara Kajang selepas membina khemah di situ sejak semalam.
Dalam pada itu, Safwan berkata, bapa dan ibu Umar yang melawat jam 10 pagi ini  memaklumkan anak mereka  diasingkan daripada banduan lain.

Anak tekad untuk berkampung di Bangunan Felda

Tumbangkan Dinasti BN Dengan Angka

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin
Dalam politik Malaysia angka sering menjadi perhatian ramai. Angka-angka yang diterbitkan oleh media-media massa di Negara ini sama ada media bercetak atau media di alam siber memberi banyak makna.
Bercakap tentang angka sudah tentu Sharizat dan keluarganya mendahului. Kita percaya angka RM 250 juta yang diamanahkan untuk digunakan bagi pembelian lembu tetapi disalahguna bagi membeli kondominium adalah angka keramat bagi kejatuhan dinasti Umno/BN dalam pilihanraya akan datang.
Angka boleh memberi petunjuk bagaimana kaum keluarga ahli politik Baraisan Nasional bergelumang dengan kemewahan hidup dengan wang rakyat. Lihat sahaja pendedahan yang dibuat oleh pegawai bank yang mengesahkan anak kepada Ketua Menteri Sarawak, membelanjakan wang sebanyak RM782,520.88 dalam tempoh enam bulan semasa perbicaraan kes tuntutan bekas menantu Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Shahnaz Majid iaitu kakak kepada penyanyi Sheila Majid.
“Ya, saya mengesahkan semua maklumat dalam penyata akaun kad kredit platinum American Express ini adalah milik Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib,” kata Musinah Manap, pengurus bahagian khidmat pelanggan Maybank dalam perbicaraan tuntutan nafkah sebanyak RM 400 juta oleh Shahnaz.
Dalam penyata bank itu, Mahmud Abu Bekir telah menggunakan kad American Express sebanyak RM166,332.37 pada bulan Januari 2012 ; RM148,763.88 pada Februari; RM102,236.85 pada Mac; RM172,193.23 pada April; RM39,454.70 pada Mei; dan RM153,539.85 pada Jun, menjadikan jumlah keseluruhan ialah RM880,958.91.

Muhyiddin Kencing Kita Lagi..


Muhyiddin Yassin
KUALA TERENGGANU - Sokongan pengundi muda, sebagai tunjang negara untuk mencapai  matlamat negara maju menjelang tahun 2020, kini dilihat sudah memihak kepada Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Beliau berkata kesedaran pengundi muda terhadap kemampuan BN untuk kekal menerajui negara ini kini semakin kuat kerana mereka tahu hanya BN yang dapat memberi jaminan masa depan yang lebih baik kepada negara.

"Bila dah dekat-dekat pilihan raya ni, nampaknya gelombang kesedaran itu sudah dapat kita rasakan, saya ucap syabas kepada orang-orang muda... tadi saya nampak poster "Orang Muda sokong BN"...mereka mahu Datuk Seri Najib Tun Razak kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia di Kampung Pulau Bahagia Manir di sini hari ini. Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Wild accusations the strategy of BN?

It is obvious from his rantings against Pakatan Rakyat that PM Najib is bankrupt of ideas and is in a panic mode before the 13th general election.

Prime Minister Najib Tun Razak was reported as saying, “The Opposition only thinks about chaos. A vote for them is a vote for riots, disturbances and demonstrations”. This statement, carried in an English daily dated Dec 16, 2012, was made during his opening speech at the 1Malaysia Veteran Recognition Programme a day earlier.
Has he run out of ideas on how to gain the people’s support? Why is the leader of a nation who aspires to be a great statesman making such an artless statement? It is obvious that he is in a panic mode before the 13th general election. This is unacceptable and totally debunks the concept of moderation that he talks so much about.
He must remember that moderation also means not being extreme in clinging on to power. Why is he preaching one thing and practising another? His rantings at Pakatan Rakyat are baseless and his desperation is showing.
“He is dragging his feet wherein the 13th general election is concerned because he is really uncertain of the outcome. He is running scared besides running for election,” remarked Dzulkefly Ahmad, the Kuala Selangor PAS MP.

‘PPO has no authority to review Bala’s SD’

Does the Corruption Prevention Advisory Board (LPPR) have powers to override decisions made by MACC and the Public Prosecutor?

PETALING JAYA: Former KL CID chief Mat Zain Ibrahim has questioned the Malaysian Anti-Corruption Commission’s (MACC) operations evaluation panel’s (PPO) authority to review its governing decision involving  investigations into P Balasubramaniam’s second statutory declaration (SD) or any other matters.
Mat Zain has also similarly questioned the PPO’s power to review the Public Prosecutor’s (PP) decisions.
PPO chairman Hadenan Abdul Jalil had recently announced that the case involving carpet trader Deepak Jaikishan was discussed during the PPO pre-meeting on Nov 8.
But Mat Zain said today that Hadenan had no authority to review decisions made by MACC and the PP.
His argument was based on a personal case in which he had appealed to the MACC advisory board to review a decision with regards to an investigation into a police report made by Anwar Ibrahim on July 1 2008. Anwar had accused Abdul Gani Patail, Musa Hassan, Abdul Rahman Yusof and himself for falsifying evidence in the investigation of the “black eye” incident.
Mat Zain said on  July 23 2009, he received an official letter from Abdul Hamid Mohamad, the chairman of Corruption Prevention Advisory Board (LPPR), a MACC panel which is above the PPO.  The letter he said was also copied to Hadenan.
In the letter Abdul Hamid stated: “LPPR’s jurisdiction as provided by MACC Act Section 13 (Act 694) DOES NOT include reviewing any decision made by MACC and the Public Prosecutor in any particular case.”
Said Mat Zain: “If LPPR realised (then) that it did not have the authority to review decisions made by MACC and the Public Prosecutor, why did LPPR discuss in great detail my appeal on three occasions, on April 20, June 15 and June 25 2009?

Saman AES: Banyak soalan belum dijawab, dakwa Pas


Datuk Mahfuz Omar
KUALA LUMPUR - Pas mendakwa Kerajaan Pusat masih gagal menyediakan gambaran yang jelas mengenai status Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) walaupun Jabatan Peguam Negara telah membuat keputusan membekukakan semua prosiding mahkamah sejak awal minggu ini.

Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, pengguna jalan raya masih memerlukan penjelasan berhubung kedudukan saman dan pelaksanaan AES.

Menurutnya, keputusan yang diumumkan Jabatan Peguam Negara juga masih meragukan.

Sehubungan itu kata beliau, kerajaan perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara-perkara yang berkaitan AES.

"Pengguna jalan raya dan orang kena saman masih mempersoalkan, tak ada penjelasan yang jelas terhadap saman AES yang dikeluarkan oleh kerajaan.

"Kita kecewa dengan kegagalan kerajaan berbuat demikian dan keputusan dibuat bukan atas pendirian kerajaan," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.

Makin Ramai Sedar Kebaikan Pengurusan Cekap, Akauntabiliti Kerajaan PR

MB ketua kampung JKKK 01
KUALA SELANGOR, 22 DIS: Hasil amalan pengurusan yang cekap dan akauntabiliti yang dijalankan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah melipat-gandakan projek bermanfaat untuk rakyat Selangor.
Amalan tersebut juga telah mengekang ketirisan yang kerap berlaku dalam projek-projek yang dilaksanakan ketika Selangor ditadbir oleh Umno-BN sebelum ini.
Kesedaran ini bukan sahaja di peringkat menteri besar dan exco PR Selangor tetapi telah diterapkan ke ketua-ketua kampung.
MB ketua kampung JKKK 02Ketua Kampung Ampangan, Hamidon Salim berkata konsep “value for money” (memperoleh nilai untuk setiap sen) telah memastikan bahawa projek dari dana awam betul-betul memberi faedah kepada rakyat.

“Sebelum ini terlalu banyak dengar tentang ketirisan, sebut harga terlalu tinggi, perlaksanakan projek tidak sempurna.
“Tetapi Alhamdullilah dengan pendekatan yang Menteri Besar buat, begitu jimat,” katanya bila ditemui selepas perasmian Bengkel Perancangan Projek Pembangunan 2013 Daerah Kuala Selangor di sini malam tadi.
Bengkel tersebut dirasmikan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ketua Kampung Sungai Burong, Md Yatim Mohd Said pula berkata, bengkel dua hari itu memberi pengetahuan berguna kepada pemimpin masyarakat akar umbi tentang selok-belok sesuatu projek pembangunan luar bandar.
“Pada saya program ini sangat bagus untuk menambah pengetahuan Ketua Kampung yang selama ini tidak berapa memahami prosedur sekiranya kita memohon sesuatu projek di kampung dengan manfaat secara maksima kepada masyarakat kampung,” kata Md Yatim.

Zunar lukis kartun sokong Umar

KAJANG 22 DIS: Pelbagai pihak memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada aktivis Occupy Dataran, Umar Muhammad Azmi yang dijatuhkan hukuman penjara selama sebulan.
Selain ahli politik mula membuat kenyataan sokongan kepada Umar dan mengecam kerajaan, aktivis masyarakat juga tampil ke depan membela Umar.
Memetik Harakah Daily, kartunis Zunar kini juga berada di perkarangan Penjara Kajang dan membuat lukisan khas untuk Umar.
Semalam, sekumpulan aktivis mahasiswa ‘berkampung’ di hadapan Penjara Kajang sehingga Isnin ini sebagai tanda protes terhadap keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara sebulan ke atas
Jurucakap Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Syaza Muaz Sharudin, 22, berkata, kumpulan mereka telah mula berada di hadapan penjara itu sejak malam tadi dan tidak akan berganjak sehinngga keputusan rayuan didengar, Isnin ini.
Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bahau, Teo Kok Seong,pula  melahirkan rasa amat kecewa dan kesal atas hukuman denda RM1000 dan penjara selama 30 hari terhadap Umar.
Katanya, mahasiswa berkhemah di Dataran Merdeka cuma untuk meluahkan perasaan membantah pinjaman PTPTN yang tidak adil.

Bukit Botak : Akhirnya, Satu Lagi Janji Umno-BN Ditunaikan Pakatan Rakyat

bukit botak 961 dis22 01
SELAYANG 22 Dis: Setelah menanti hampir tiga dekad untuk janji Umno-BN tepati, hampir semua peneroka asal Bukit Botak hari ini menerima surat tawaran kepada rumah mereka yang telah disiapkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Seramai 961 individu daripada 1,020 pemilik rumah Bukit Botak telah diberi surat tawaran rumah berkembar teres satu tingkat pada satu majlis hari ini yang dirasmikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Rumah Bukit Botak
Mereka antara peneroka asal yang pada 1985, dijanjikan tanah oleh Kerajaan Umno-BN di dalam skim penempatan semula Bukit Botak.
“Bila buat cadangan penyelesaian pada 2008, mereka pada mulanya tidak percaya kerana telah tertipu oleh (kerajaan) dahulu.
“Di mana mereka diminta tandatangan untuk beri hak mereka kepada pemaju yang akhirnya tanah mereka tergadai,” kata dalam ucapannya di majlis pemberian surat tawaran rumah Bukit Botak pagi tadi.
“Sekarang rumah telah siap dan surat rasmi pun telah diberikan, rakyat nampak yang kita boleh melaksanakan apa yang kita janji.

Mahfuz cabar Najib saman Deepak untuk bersih nama

Naib Presiden, PAS Datuk Mahfuz Omar mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli perniagaan Deepan Jaikishan yang memberi beberapa kenyataan berhubung Najib serta ahli keluarganya.

Mahfuz berkata lagi, tindakan itu perlu dilakukan memandangkan dakwaan yang dilakukan Deepak bukan sahaja memburukkan nama ahli keluarga Najib tetapi juga nama negara.

Dalam pada itu, Mahfuz turut memuji keberanian tindakan bekas pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Robert Phang yang berkemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan.

"Saya 'salute' dengan Robert Phang yang (mahu) menyaman Tan Sri Musa kerana punya keberanian untuk membersihkan nama dia.

"Rakyat juga sebenarnya ternanti keberanian Najib untuk ambil tindakan pada Deepak yang saya anggap dakwaannya mencalarkan nama baik Najib dan keluarganya. Saya tak tahu sama ada Robert Phang lagi berani dari Najib atau Najib yang takut daripada Robert Phang.

"Saya cabar Najib (ambil tindakan). Ini bukan sahaja mengenai Najib dan keluarganya tetapi tentang negara," kata Mahfuz.

Amanat Haji Hadi: Umno terasa pedasnya cili?

Tiba-tiba sahaja isu PAS kafirkan UMNO melalui 'Amanat Haji Hadi' timbul.

Sekian lama ia tidak pernah dibicarakan, tiba-tiba menjadi perbualan hangat di media seolah-olah ada perancangan rapi dan tujuan tertentu ia dibangkitkan.

Tidak dapat dinafikan bahawa UMNO sedang mencari isu untuk menyediakan suasana kondusif untuk mengadakan pilihanraya.

Untuk menang, UMNO perlu mencari isu-isu yang menyerang PAS dan Pakatan Rakyat iaitu isu-isu yang boleh menjadi 'kambing hitam' untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap penyelewengan UMNO dan Barisan Nasional.

Pengakuan Deepak melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu pembunuhan Altantuya dan pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan terhadap campurtangan Datuk Seri Hishamuddin Hussein dalam urusan polis sangat merimaskan UMNO untuk menghadapi pilihanraya.

Amat sukar untuk UMNO dan Barisan Nasional menang dalam pilihanraya jika mereka dalam keadaan bertahan, tidak menyerang.

Justeru, peluru 'zaman Jepun' perlu digunakan untuk menyerang balas Pakatan Rakyat.

'Amanat Haji Hadi' dilihat isu yang terbaik untuk menyerang walaupun ia adalah isu lapuk.

Pelajar berkemah di luar penjara sokong rakan aktivis


Aktivis pelajar berkumpul di luar penjara Kajang malam tadi sebagai tanda sokongan mereka kepada rakan aktivis, Umar Mohd Azmi yang dipenjara di situ.

NONEUmar (di bawah) adalah salah seorang peserta protes 'Occupy
Dataran' April lalu yang dijatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1, 000 semalam, kerana menghalang pegawai awam menjalankan tugas.

Rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara itu akan didengar pada hari Isnin di mahkamah Kuala Lumpur.

Tapak perkemahan pelajar di pintu masuk utama ke penjara tersebut diawasi anggota unit keselamatan penjara (UKP).

Kira-kira 50 aktivis pelajar tersebut, terutamanya dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berkumpul di luar pintu pagar utama Penjara Kajang pada pukul 8 malam tadi di mana pemimpin SAM dan wakil PSM menyampaikan ucapan.

Aktres Drama Gerak Khas, Abby Abadi juga tampil menyokong protes tersebut.

Peserta protes itu kemudian memasang empat kemah mereka di sepanjang jalan menuju ke penjara di mana kira-kira 15 daripada mereka bermalam di situ.  

Egypt votes on divisive draft constitution

Ustaz Asri Daud | KuliahJumaat 21 Dec 2012

TGNA | KuliahJumaat 21 Dec 2012

Selangor : Penduduk Bukit Botak gembira dapat rumah baru

Solat SUNAT Ketika Imam Baca KHUTBAH - Ustaz Azhar Idrus

Makmum Suka BERGERAK Ketika Solat - Ustaz Azhar Idrus

Makmum Baca KUAT Ketika Solat - Ustaz Azhar Idrus

Baca Doa Masuk TANDAS Dalam Hati - Ustaz Azhar Idrus

Air Arak Kena Pada KULIT - Ustaz Azhar Idrus

Minum Kopi NAJIS Musang - Ustaz Azhar Idrus

Penang : Naikkan elaun pegawai masjid lepasi garis kemiskinan

(Salleh menyumbangkan zakat dengan diperhatikan Elias [kiri sekali])

TASEK GELUGOR: Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) akan mempertimbangkan cadangan  untuk menaikkan elaun empat jawatankuasa tertinggi setiap masjid di negeri ini agar elaun mereka melepasi paras kemiskinan.

Yang Dipertua MAIPP, Datuk Salleh Man berkata, cadangan ini akan dibincangkan pada mesyuarat pada hujung bulan ini dengan lebih terperinci.

Jawatan yang dimaksudkan adalah Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari semua masjid di negeri ini.

Tidak sewajarnya, mereka yang menjaga rumah Allah s.w.t diberikan elaun yang rendah iaitu sekitar RM300.00 ke RM500.00 seorang, katanya.

Pengerusi Zakat Pulau Pinang (ZPP), Ustaz Elias Zakaria mencadangkan agar elaun pegawai masjid itu dikaji semula.

Ayat Yang Mana Dalam Amanat Hadi Tuduh UMNO Kafir?


Amanat Haji Hadi tak pernah kafirkan Umno....Tapi pemimpin UMNO sendiri terasa..!!!!

Ceramah Perdana Batu Enam Tn Hj Mohd Sabu Part 5

Ceramah Perdana Batu Enam Tn Hj Mohd Sabu Part 4

Ceramah Perdana Batu Enam Tn Hj Mohd Sabu Part 3

Ceramah Perdana Batu Enam Tn Hj Mohd Sabu Part 2

Ceramah Perdana Batu Enam Tn Hj Mohd Sabu Part 1

Mahfuz cabar Putrajaya tangguh operasi AES

KUALA LUMPUR, 22 Dis — Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mencabar Putrajaya untuk menangguhkan operasi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) minggu lalu mengeluarkan kenyataan menangguh prosedur mahkamah, walaupun saman akan terus dikeluarkan.
Menurut ahli parlimen Pokok Sena itu, kerajaan seolah-olah mahu menyembunyikan apa yang berlaku dalam perjanjian antara kerajaan dan dua syarikat pemegang konsesi untuk kamera AES, Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd.
“Ini adalah satu permainan politik di mana Pejabat Peguam Negara ditunggangi oleh Umno dan BN (Barisan Nasional).
“Apabila Peguam Negara telah membuat kenyataan untuk menangguh prosiding mahkamah, apa pula pendirian kerajaan?
“Apa pendirian kerajaan mengenai AES? Jadi, saya mencabar kerajaan untuk menangguh operasi AES, dan bawa isu ini ke meja perundingan,” kata Mahfuz lagi.

Fitnah: PAS Perak sokong TG Nik Aziz saman Utusan

IPOH: PAS Perak menyokong tindakan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat menyaman akhbar Umno, Utusan Malaysia berhubung laporan fitnah rasuah tanah kepada DAP bagi membolehkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin menjadi Menteri Besar Perak.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Misbahul Munir Masduki (gambar) berkata, tindakan itu wajar kerana tuduhan itu sesuatu yang berniat jahat untuk merosakan imej PAS dan Menteri Besar Kelantan itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 ini.

"Umno BN ternyata ketandusan isu dengan membuat tohmahna jahat terhadap PAS, DAP dan kepimpinannya.

"Tindakan saman ini sangat wajar bagi membersihkan imej Tuan Guru Nik Aziz yang tercalar akibat fitnah tersebut," katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, PAS Perak juga turut tercalar dengan tuduhan melulu itu, dengan itu PAS Perak mencabar BN membuat laporan kepada Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membuktikan dakwaan mereka.

Mahasiswa, aktivis berkhemah hingga Isnin depan Penjara Kajang

KAJANG 22 Disember: Kumpulan aktivis berkumpul depan Penjara Kajang sejak malam tadi sebagai protes terhadap keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sebulan ke atas aktivis Occupy Dataran, Umar Muhammad Azmi.
Jurucakap Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Syaza Muaz Sharudin, 22, ketika dihubungi memberitahu kumpulan berkenaan termasuk mahasiswa akan berkumpul depan penjara itu hingga keputusan rayuan didengar, Isnin ini.
“Sejak malam tadi, kami sudah berkumpul dari jam 8 malam dan tidur dalam empat khemah disediakan. Lebih kurang 30 orang tidur di sini malam tadi,” katanya.
Katanya, meskipun tiada gangguan polis setakat ini, kumpulan itu dipantau pihak berkuasa dari cawangan khas (SB), sejak malam tadi.
“Lebih kurang 8.45 pagi tadi, ada enam orang polis datang ambil maklumat ahli SMM yang duduk berhampiran khemah. Walaupun nampak tenang dengan himpunan aman, tapi kami dikawal 10 orang polis yang memerhati gerak kami,” ujarnya.
Umar, 23, dihukum penjara sebulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur berhubung kesalahan menghalang tugas penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), lapan bulan lalu.

Rapid Pengerang: 22 kubur Islam telah dipindahkan



Tindakan memindahkan perkuburan Islam untuk projek RAPID Pengerang telah mula dilaksanakan pada 21 Disember 2012.

22 buah kubur daripada 28 buah kubur Islam tanpa waris Kampung Jawa Laut telah dipindahkan ke tapak perkuburan Islam baru di Kampung Punggai Pengerang.

Segala tulang-tulang telah dipindahkan untuk dikebumikan ke tapak perkuburan Islam Kampung Punggai Pengerang (tapak perkuburan Islam yang baru).

Siasatan oleh sekumpulan jawatankuasa Gabungan NGO Pengerang yang diketuai oleh Zaaba Abdul Samad pada jam 5 petang di lokasi perkuburan Islam Kampung Jawa Laut mendapati kerja-kerja penggorekan dan Pengumpulan tulang-tulang telah pun disempurnakan.

Dalam pertemuan dengan wakil Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC), En. Mohammad Noor Bin Salleh, pihak NGO dimaklumkan oleh beliau bahawa kerja-kerja untuk proses perpindahan telah pun mengikut semua syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Majlis Fatwa Ugama Islam Negeri Johor.

Antara syarat-syarat berkenaan satu siaran pengumuman di dalam media telah dibuat untuk perihatian waris-waris sekiranya ada. Satu pengumuman juga telah dibuat melalui Masjid Kampung Jawa selepas sembahyang Jumaat. Pada 14 Disember 2012 yang lalu.