Jumaat, 21 Disember 2012

TANYA ROSMAH...!!!


Deepak: 'I want to clear my name'

Deepak on Anwar, PI Bala & RPK

'Carpet man' concedes taking RM600 mil loan

'Rosmah is like older sister to me, nothing more'

Deepak regrets getting involved in Bala's SD

Deepak: SD 2 Bala sekat hal lebih besar

Deepak to release 'tell all booklet' on Rosmah

Cash for Bala paid by PM's brother, claims Deepak

The Bala Interview Part 3 of 3

The Bala Interview Part 2 of 3

The Bala Interview Part 1 of 3

Rosmah Perempuan Puaka! Part 5

Rosmah Perempuan Puaka! Part 4

Rosmah Perempuan Puaka! Part 3

Rosmah Perempuan Puaka! Part 2

Rosmah Perempuan Puaka! (trailer)

Jangan Ketawa : MALAYSIA GANGNAM STYLE NAJIB & ROSMAH

Jangan Ketawa : So You Think DS Rosmah Mansor Can Dance?

Jangan Ketawa : Critics might be frustrated, jealous

Jangan Ketawa : Rosmah has no time for lies, gossip

Jangan Ketawa : I don't look like a liar, do I?

Clashes erupt in Egypt ahead of crucial vote

NATO: more 'Scud-type missiles' fired by Syria military

2012 in Review: Stories That Turned Heads

Jangan Ketawa : Tolong cari budak MELAKA ni, aku jatuh cinta sama dia

INGAT ! DUA BELAS JANUARI JANJI RAKYAT

PR Kini Di Posisi Menyerang, UMNO/BN Harapkan Pengadil Rasuah

Oleh WFAUZDIN NS

PR kini di dalam posisi menyerang, dan ternyata Umno kini umpama jika bermain bola Umno hanya membawa bola berlegar di dalam kawasan petak Penalti mereka sahaja.  Di dalam keadaan berlegar-legar di situ, kerapkali bola terlepas dan disambar oleh PR. 

Malangnya, setiap kali PR sambar bola dan ditendang ke pintu gol dan masuk mencecah jaring, setiap kali itulah "Off Side" kata Pengadil.

Namun, PR tidak berputus asa dan terus berada di kawasan petak Penalti Umno yang bertahan di situ.  Entah beberapa kali bola terkena tangan pemain-pemain Umno tapi Pengadil buta terus tak nampak.  Begitu juga, entah beberapa kali pemain dari PR disepak terajang, di tarik baju dan sebagainya di dalam kawasan Penalti mereka, Pengadil tetap buta.
Ketua Pasukan Umno, Najib sudah tidak larat untuk beri arahan kepada anak-anak buahnya.  Manakan tidak, semua pemain tidak pernah bersefahaman sesama sendiri.  Pemain MCA tidak lagi yakin dengan penjaga gol dari Umno malah mereka sendiri tahu Ketua Pasukan mereka, Najib bukan pandai main bola pun.  Najib selalu tendang bola tersasar, sebaliknya kaki Najib terjah kaki lawan. Nasib baik Pengadil buta.

Jangan Ketawa : Calon Be End ditapis SPRM???

Semua Calon BN Pada PRU13 Akan Ditapis SPRM Sebelum Dimuktamadkan - PM

NEW DELHI: Senarai calon Barisan Nasional (BN) akan melalui proses tapisan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum dimuktamadkan, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

"Kita akan merujuk nama-nama calon ini kepada SPRM, dan jika mereka mempunyai fail yang masih boleh dipertikaikan, maka mereka tak mungkin lulus tapisan SPRM," katanya.
"Ini merupakan sesuatu yang sedang kita lakukan pada masa sekarang. Pendirian BN ialah setiap calon mesti melalui tapisan SPRM," katanya kepada wartawan Malaysia yang mengikuti lawatan kerja beliau ke India Jumaat.
Mengenai calon yang akan mewakili BN, Perdana Menteri berkata apa jua perubahan yang dilakukan terhadap senarai calon itu nanti bergantung kepada maklumat terkini walaupun pada saat akhir. "Senarai calon adalah satu proses yang berterusan," kata beliau ketika ditanya sama ada senarai calon BN untuk Pilihan Raya Umum ke-13 telah dimuktamadkan.

Perjuangan Umar dibayar dengan hukuman penjara- AIC

Malaysia merupakan sebuah negara yang membangun dan menjanjikan kehidupan yang lumayan kepada rakyatnya,tetapi disebalik gahnya nama Malaysia dalam pembangunan,kerajaan menekan rakyat marhaen dengan menjadikan pendidikan sebagai sebuah medium keuntungan yang hanya akan membebankan Mahasiswa tatkala mereka keluar dari Institusi pengajian mereka kelak.
Bebanan yang terpaksa ditanggung pula akan dipikul lama dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu menjadikan pulangan dari modal pendidikan itu tidak dapat dijana dengan sempurna.Aspek nilai upah yang diterima dengan kos kehidupan tidak selari dengan bebanan yang ditanggung.
Justeru, pada April 2012, aktivis-aktivis Mahasiswa telah mengadakan ‘Occupy Dataran’ untuk memaksa pemerintah memberi pendidikan percuma dan membatalkan sistem PTPTN untuk memberi ruang pendidikan percuma diserap dalam negara.

Himpunan Oren Selamatkan Felda 2.0 pada 28 Disember (Jumaat)

KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), akan mengadakan perhimpunan aman pada 28 Disember ini bagi menyatakan protes kepada Felda.
Menggalakkan peserta memakai pakaian oren, Pengerusinya, Mazlan Aliman memberitahu, keputusan itu dipersetujui Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat 9 Disember lalu.
“Kita akan berarak dari masjid berdekatan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke ibu pejabat Felda Jalan Semarak selepas solat Jumaat untuk menyatakan empat tuntutan dan menyerahkan memorandum kepada pengurusan Felda,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS.
Mazlan berkata, antara tuntutan ialah mendesak kerajaan memecat Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad, menghentikan urus niaga dengan Israel dan menghentikan campur tangan politik dalam KPF dan Felda.
“Kita mahu tanah Felda Plantation dikembalikan kepada rakyat yang dipajaknya selama 99 tahun yang merupakan hak generasi anak-anak peneroka,” katanya.

UMNO umpama buah durian mengkal !

Ahli tidak berkualiti salah Umno sendiri.     Seperti kata Tun Mahathir bekas perdana menteri yang mencengkam kuasa selama 22 tahun,, Umno sebenar sudah begitu lama ketiadaan ahli atau pemimpin yang berkualiti!  Puncanya ialah kerana pemimpin Umno sendiri tidak berapa suka orang-orang cerdik dan berilmu menjadi ahli. Menurut Mahathir ramai para ilmuan nak masuk Umno telah disekat,  kononnya mereka ini dikhuatiri akan mengambilalih kuasa dari tangan mereka suatu hari nanti. 

Hujah Mahathir itu memang tepat sekali! Mungkin maksud beliau itu ditujukan kepada Umno amnya,  tetapi sedarkah Mahathir yang beliau sendiri telah melakukannya,  dimana beliau tidak suka ada orang lain yang lebih cerdik darinya!  Lupakah yang beliau pernah memecat Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas,  diikuti orang kanannya sendiri Dato’ Seri Anwar Ibrahim?. Mereka ini adalah tokoh-tokoh ilmuan yang bersikap telus dan berpandangan jauh. Bagi Mahathir tokoh-tokoh begini akan menghalang segala niat dan perancangannya, maka sebab itu mereka dipecat dengan menimbulkan seribu satu macam fitnah.

Perlantikan Alinah Akan Memberdayakan Wanita

Datin Paduka Alinah Ahmad
SHAH ALAM 21 DIS : Perlantikan Datin Paduka Alinah Ahmad sebagai Datuk Bandar wanita pertama di Malaysia akan memperkukuhkan lagi usaha Kerajaan Selangor dalam pemberdayakan wanita.
Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknnologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata harapan wanita Selangor amatlah besar terhadap semua wanita yang menjawat jawatan-jawatan penting dalam sektor awam.
“Pengalaman dan dedikasi beliau dalam perkhidmatan awam di negeri Selangor serta keperihatinan beliau terhadap isu-isu wanita akan memberi impetus kepada usaha-usaha wanita di Selangor.
“Tahniah dan syabas di atas perlantikan julung kalinya seorang wanita menjawat jawatan tertinggi di peringkat Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) Bandaraya di negeri Selangor dan Malaysia,” kata Rodziah di dalam satu kenyataan media.
Pada 19 Dis, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan perlantikan Alinah, yang merupakan bekas Pengarah Eksekutif, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
Alinah akan memulakan tugas sebagai Datuk Bandar Petaling Jaya bermula Jan 1 nanti.

MTUC cadang guna sistem ‘G to G’ untuk pekerja asing

KUALA LUMPUR, 21 Dis — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini menyokong polisi yang dilaksanakan Kementerian Sumber Manusia berhubung pengambilan pekerja asing melalui kaedah “kerajaan kepada kerajaan” (Government to Government, atau G to G) bagi sektor perladangan.
Setiausaha Agung MTUC, Abdul Halim Mansor menjelaskan melalui satu kenyataan hari ini, pihaknya turut menetang sekeras-kerasnya cadangan Persatuan Pembantu Rumah Majikan Malaysia (MAMA) yang menuntut pasaran menentukan kadar dan bayaran pembantu rumah, kerana jelasnya ia bakal membawa kepada penderaan.
“MTUC membantah cadangan MAMA bahawa pasaran yang akan membuat ketentuan berhubung kadar bayaran pembantu rumah ... Ini bermakna agensi pembantu rumah akan memanipulasi kadar pengambilan tanpa sekatan.
“Majikan akan terbeban ... Ia tidak boleh diterima MTUC kerana cadangan MAMA itu hanya akan membawa kepada berlakunya penderaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

'Kenyataan SPRM tak cukup membersihkan nama Cecil'

Kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa peguam kanan Tan Sri Cecil Abraham tidak terbabit menutup siasatan terhadap penyiasat persendirian P Balasubramaniam, tidak mencukupi untuk membersihkan beliau daripada dakwaan dikaitkan dengan penyediaan akuan bersumpah (SD) kedua Bala.

Kenyataan Pengerusi Panel Penilaian Operasi (PPO) Tan Sri Datuk Dr Hadenan Abdul Jalil semalam menunjukkan suruhanjaya itu "lebih kepada untuk mempertahankan keputusan (menutup siasatan)" berbanding menyiasat sebarang kesalahan, kata Naib Presiden PKR Tian Chua.

"Kenapa SPRM begitu cepat mengeluarkan penafian khususnya bila Cecil menganggotai panel itu. Ia tidak cukup dengan mengeluarkan kenyataan bahawa beliau (Cecil) tidak terlibat.

"(Ia) tidak bermakna keseluruhan isu pemalsuan SD tidak wujud. Ini telah disokong oleh sekurang-kurangnya dua individu," kata Tian Chua yang merujuk kepada Bala dan ahli peniagaan permaidani Deepak Jaikishan.

HARAM BAGI YANG MENYOKONG PAKATAN RAKYAT HALAL JIKA SOKONG DAN DOKONG PERJUANGAN UMNO!!!!!!!


Lihat dengan mata kepala sendiri betapa brengsek dan hapraknya UMNO!!!!!!....

Kalau ianya dianjurkan oleh mana-mana parti dalama gagasan Pakatan Rakyat dianggap haram dan melanggar AUKU dan akan diambli tindakan serta merta termasuklah pensyarahnya jika didapti terlibat.

Mahasiswa/i akan diambil tindakan disiplin gantung pengajian.

Berlainan sekali jika mahasiswa/i ikut serta secara aktif dan terbuka menyokong UMNO.

Inilah yang terjadi dengan beberapa mahasiswa/i dari Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Seremban Negeri Sembilan apabila dijemput untuk satu program anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia..

Majlis Penerangan Tentang Pergerakan Pemuda UMNO kepada pelajar USIM ...Kursus Pengucapan Awam 21/12
oleh Exco Pemuda UMNO.. Lokman Noor Adam.

Tidak mempersoalkan hak dan kemahuan mahasiswa/i dalam menyokong UMNO tetapi hak dan keistimewaan itu juga perlu diberikan kepada mahasiswa/i yang mau menyokong dan mendokong Pakatan Rakyat.

Itu baru dinamakan demokrasi disuburkan dan bukan dikuburkan.

Setiausaha Politik Najib Dilarang Jadi Calon...

Oleh Shahbudin Husin
Harapan serta impian Setiausaha Politik dan Pegawai Khas Najib untuk bertanding dalam pilihanraya umum akan datang bakal menjadi "angan-angan tak sudah" kerana mereka mungkin tidak dibenarkan bertanding oleh Najib sendiri, sebaliknya akan diminta menumpukan perhatian kepada kemenangan UMNO dan BN secara keseluruhannya.


Semua mereka ini dipercayai akan diberitahu sendiri oleh Najib mengenai perkara itu.

Dari Bangunan Perdana Putra dan Seri Perdana, di mana tempat berpusatnya kuasa, berhembus khabar bahawa Najib telah dinasihatkan oleh penasihat-penasihatnya agar melarang semua setpol dan pegawai khas daripada menjadi calon pilihanraya bagi mengelakkan petaka lebih buruk menimpa Najib, UMNO dan BN.

Sebaliknya, semua setpol dan pegawai khas Najib akan dikerah memastikan kemenangan selesa Najib di Pekan, merampas semula Selangor, memberi lebih tumpuan kepada Johor, Sabah serta Sarawak dan memastikan kemenangan yang lebih baik bagi BN di peringkat Pusat.

Jadual penuh Jelajah Himpunan Kebangkitan Rakyat menuju #KL112

Menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) pada 12 Januari di Stadium
Merdeka nanti, Solidariti Anak Muda Malaysia menganjurkan Jelajah Anak Muda
Menuju #KL112- 1 juta rakyat di seluruh negara.
Berikut jadual jelajah tersebut:
26 Disember- Tapak Expo Machang, Kelantan
28 Disember- Taman Ria Mesra, Gurun, Kedah
29 Disember- Bukit Gedong, Bayan Baru, Pulau Pinang
30 Disember- Dataran Dsai, Tambun Tulang, Perlis
1 Januari- Kg Bukit Pulau, Bukit Katil, Melaka
2 Januari- Taman Tasek Jaya, Paroi, Negeri Sembilan
4 Januari- Dewan Dato Fauzi, Sekinchan, Selangor
5 Januari- Padang PPR, Kempas, Johor
6 Januari- Taman Muhibbah, Temerloh, Pahang
8 Januari- Markas PAS Masjid Tinggi, Bagan Serai, Perak
9 Januari- Depan Mydin Kuala Ibai, Kuala Terengganu
11 Januari- Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur

Cukai tanah tak bayar, skandal UMNO Puchong didedah, MCA, Gerakan terbabit


PUCHONG, 21 DISEMBER: Satu persatu skandal “Sapu Tanah 1Malaysia” di Selangor terbongkar dan yang terkini, Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya, Hannah Yeoh mendedahkan bahawa UMNO Puchong gagal membayar cukai tanah berjumlah hampir  RM140,000 kepada Kerajaan Negeri Selangor.
Hannah berkata, tunggakan cukai selama dua tahun itu membabitkan dua lot tanah iaitu lot 0073899 dan lot 0073900.
“Masing-masing dengan tunggakan cukai RM26,935.50 dan RM110,869.20 dengan jumlah cukai taksiran berjumlah sekitar RM150,000.
“Saya akan menulis kepada kerajaan negeri untuk pertimbangkan pilihan yang ada termasuk menguatkuasakan Akta Kanun Tanah Negara (KTN) yang membolehkan tanah itu dirampas.” ujar beliau pada sidang media, semalam.
Menurut Hannah, tanah milik UMNO Puchong itu adalah antara 24 bidang tanah yang diperoleh Barisan Nasional (BN) dengan harga murah sewaktu mentadbir Selangor.
Pada 6 Disember lalu, satu laporan berkaitan pembongkaran itu dibuat Pemuda DAPSY kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.
Hannah berharap SPRM segera bertindak menyiasat isu itu.
Walaupun UMNO-BN mendakwa tanah yang mereka milik itu untuk membangunkan pusat kegiatan masyarakat, sebaliknya kedua-dua bidang tanah itu masih kosong dan tidak sama seperti yang pernah didakwa sebelum ini.
MCA, Gerakan juga ada tanah di Puchong

BN amal politik perkauman, PR perjuang kebaikan bersama

KALAU dibelek-belek berita semasa, makin kerap kedengaran berita sumbang membabitkan perkauman. Daripada politik menakut-nakutkan sewaktu Perhimpunan Agung UMNO 2012 bahawa akan berulangnya peristiwa 13 Mei sekiranya UMNO kalah. Sehingga yang terbaru kononnya berlaku rusuhan kaum di Sungai Petani yang diapi-apikan dengan tiupan khabar angin dan seruan perkauman. Apakah semua itu saling berkait rapat, adakah Sungai Petani medan ujikaji? Entahlah.
Yang pasti kita tidak dapat mengelak daripada bertanya, mengapa selepas 55 tahun merdeka,  dalam banyak perkara kita nampak masih ramai mahu melihat daripada sudut perkauman? Jika terdapat empat orang bertumbuk, dua daripada kaum A dan dua lagi daripada kaum B. Mengapa tidak melihat itu sebagai pergaduhan antara dua kumpulan samseng dan bukannya pergaduhan kaum? Sekiranya seorang pemilik perniagaan daripada kaum A menekan pekerja daripada kaum B. Mengapa tidak melihat itu penindasan kaum pemodal terhadap kaum pekerja dan bukannya penindasan kaum?
Perkauman sudah membarah lama dalam masyarakat. Meskipun di permukaan negara nampak seperti  iklan tahun melawat Malaysia, tetapi tiada siapa dapat nafikan di bawah kulit masyarakat kita ada barah perkauman yang perlu diubat. Amalan melihat sesuatu ikut kaca mata kaum bukan hal tersembunyi malah terang-terangan. Tengok saja politik kita memadai. Pemerintah di negara ini masih lagi terdiri dari perikatan parti politik berasaskan kaum, memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing. Akibatnya tidak semua parti di dalam perikatan pemerintah berdiri setara kerana pastinya ada kaum yang rasa lebih ‘tuan’ daripada yang lain.

Kongres DAP yang bersejarah


Terdapat dua acara penting pada Kongres Kebangsaan DAP ke-16, di Pulau Pinang baru-baru ini.
Pertama, pemilihan pucuk pimpinan parti yang mana seramai 66 calon bertanding untuk mengisi 20 tempat dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dan kedua, ucapan dasar Setiausaha Agung DAP,  Lim Guan Eng.
Bagi mereka yang ghairah bermain politik, terutama juak-juak UMNO, pastinya keputusan pemilihan CEC menjadi perhatian utama mereka. Tidak hairanlah apabila keputusan diumumkan, juak-juak UMNO menerusi lidah rasminya Utusan, memutar belit habis-habisan isu ketiadaan calon berbangsa Melayu yang menang.
Mereka mengambil kesempatan tanpa berfikir panjang dan terus cuba mempengaruhi orang ramai untuk melabelkan DAP sebagai parti cauvinis Cina semahunya. Seolah-olah, rakyat Malaysia itu terlalu bodoh untuk menerima hujah semberono mereka.
Tidak dinafikan, memang calon Melayu gagal dalam perebutan kerusi CEC kali ini, tetapi adakah ini penyudahnya? Adakah ini menjadi indikasi bahawa aspirasi
DAP untuk menzahirkan partinya sebagai parti pelbagai kaum sudah terkubur?
Seperti yang kita sebutkan, bagi mereka yang gila berpolitik cara perkauman seperti UMNO, pastinya keputusan ini dianggap mereka sebagai muktamad atau penyudah kepada hasrat DAP untuk menjadi parti pelbagai kaum..

MyWatch dakwa pegawai polis terlibat kongsi gelap, gesa KPN ambil tindakan

KUALA LUMPUR, 21 Dis -- Kumpulan pemerhati jenayah, MyWatch, yang rapat dengan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mendakwa pegawai polis berpangkat tinggi terlibat dengan penggubahan wang haram, termasuk perjudian haram, pelacuran, mengatur perlawanan bola sepak, malah turut mempunyai hubungan dengan pemimpin kongsi gelap.
Ismail Omar
Malah, mereka turut mempersoalkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, yang tidak mengambil tindakan, dan mereka akan mengemukakan bukti kepada pihak berkuasa. “Kenapa beliau memilih untuk mendiamkan diri ... Adakah beliau tidak boleh bertindak terhadap pegawai yang korup?” soal Pengerusi Malaysian Crime Watch Task Force (MyWatch) R Sri Sanjeevan hari ini.
Jelas Sanjeevan, sekiranya Ismail tidak berjumpa badan NGO tersebut untuk mereka menyerahkan bukti, kumpulannya itu akan mendedahkannya kepada umum.
Jelas beliau, Ismail sebelum ini pernah menolak pertemuan antara mereka.
“Masih lagi tiada jawapan termasuk daripada KPN Tan Sri Ismail Omar, jadi saya rasa bersetuju secara ‘senyap’ terhadap pendedahan kami,” katanya.
Musa Hassan
Musa, telah dikritik oleh beberapa bekas penjawat awam daripada pasukan keselamatan tersebut selepas pendedahan yang dilakukannya bersama MyWatch, termasuk daripada bekas Pengarah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Ramli Yusuff, bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Tan Sri Robert Phang, termasuk Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim. “Kebanyakan kes yang kami dedahkan adalah kes lama yang didedahkan Musa. Sesetengahnya telah pun di bawa dan diselesaikan di mahkamah.
“Jadi tidak perlu bercakap berkenaan perkara itu lagi, kecuali kes itu dibuka semula,” tegasnya.
Beliau turut memberi amaran kepada mana-mana pihak yang membuat tuduhan liar kepada mereka, bahawa mereka akan mengambil tindakan undang-undang.
Mereka sebelum ini mendedahkan sedang menyiapkan dokumen untuk mengemukakan saman terhadap Phang kerana mengaitkan mereka dengan kongsi gelap dan juga Pakatan Rakyat (PR).
Phang semalam berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Musa, dan beliau bakal berhadapan saman RM100 juta kerana dakwanya telah menjatuhkan air mukanya ketika beliau masih berada dalam panel SPRM.
Beliau berkata, Musa telah menjatuhkan reputasinya dengan menuduh beliau menyalahgunakan kuasa untuk memindahkan seorang pegawai polis bagi mempercepatkan projek.
“Saya telah hantar surat menuntut RM100 juta kepada Musa Hassan dan beliau telah menerimanya,” katanya lagi.

PAS keluar arahan hadiri Himpunan Oren Ke-2

Tujuan utama himpunan adalah untuk menyatakan secara aman empat tuntutan NGO Gabungan Selamatkan Felda (GSF) kepada kerajaan mengenai pengurusan Felda yang semakin korup

KUALA LUMPUR: PAS mengeluarkan arahan mengerah supaya semua ahlinya turun berdemonstrasi Himpunan Oren 2.0 Selamatkan Felda di hadapan Ibu Pejabat Felda di Jalan Semarak 28 Disember depan.
Surat pekelilng yang ditandatangani Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali itu dikeluarkan selepas mendapat persetujuan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat awal bulan Disember.
Tujuan utama himpunan adalah untuk menyatakan secara aman empat tuntutan NGO Gabungan Selamatkan Felda (GSF) kepada kerajaan mengenai pengurusan Felda yang semakin korup.
Empat tuntutan himpunan itu  mendesak Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dipecat, menggesa supaya urusniaga antara
Felda dan Isreal dihentikan, mengembalikan tanah Felda Plantation yang dipajak selama 99 tahun kepada Felda Global Ventures (FGV) dikembalkan semula kepada rakyat,

Hina Habibie: Presiden Indonesia tolak alasan Najib Razak

KUALA LUMPUR 21 DISEMBER: Dakwaan kontroversi bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin bahawa bekas Presiden Indonesia, BJ Habibie pengkhianat kepada negaranya, terus hangat minggu ini apabila Presiden Susilo Bambang Yudhoyono membangkitkan perkara itu semasa pertemuannya dengan Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Presiden Indonesia itu menyentuh perkara berkenaan semasa lawatannya ke Kuala Lumpur pada 18 dan 19 Disember, dengan memberitahu Najib bahawa beliau kesal kerana seorang pegawai Malaysia boleh dipetik berkata sedemikian terhadap bekas Presiden Indonesia dalam akhbar tempatan.
“Saya berharap, dan saya menyuarakan ini kepada Najib, bahawa kita boleh mencegah perkara-perkara seperti ini daripada terus berlaku,” kata Susilo dalam satu sidang akhbar di Lapangan Terbang Halim Perdanakusumah di Jakarta Timur, dipetik Malaysia Kini yang memetik The Jakarta Globe.
Perdana Menteri Malaysia dilaporkan memberitahu Susilo bahawa kenyataan Zainuddin adalah pendapatnya sendiri dan telah dibuat selepas bekas menteri itu bertemu dengan Habibie.

PRU13 : Muhyidin buat arahan penting kepada Media Prima


KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin (gambar) mengarahkan media Umno agar membuat promosi kepada kerajaan dan Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum akan datang ini.

Arahan yang biasanya dikeluarkan oleh seorang Perdana Menteri atau orang nombor satu ini dibuat dalam pertemuan beliau dengan para editor kanan Kumpulan Media Prima baru-baru ini.

Media di bawah kumpulan Media Prima adalah TV3, TV7, TV9 serta akhbar NST, Berita Harian dan Harian Metro.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini dalam lawatan ke luar negara termasuk Sidang Kemuncak Peringatan Asean-India di New Delhi selama dua hari bermula semalam.

"Biasanya arahan sebegini keluar dari orang nombor satu atau PM kerana ia melibatkan halatuju laporan media di bawah kawalan kerajaan dan Umno," kata sumber kepada Harakahdaily.

Arahan ini dikeluarkan ketika kajian yang dibuat oleh pelbagai pihak rating Umno, BN dan kerajaan jatuh menjunam walaupun rating Perdana Menteri ketika itu masih bertahan.

Ustaz Nasaruddin - Wajib Lawan Kepada Pemerintahan Yg Tolak Hukum ALLAH Serta Zalim

Nurul Izzah: Jangan Sekali-kali Takut Dalam Melawan Pemerintah Yang Rakus, Yang Zalim

Rafizi Ramli: Jangan Pilih Perdana Menteri Yang Tidak Boleh Selesai Masalah Rakyat

Anak : "Tak berganjak selagi tak jumpa Isa"

UTUSAN kantoi lagi nak menipu hari ini... tobat-tobat la Utusan oi..!!!

Buku kartun 'Negaraku' sarat kritik pemerintah


KUALA LUMPUR: Industri kartun dan komik tanahair bergenre satira politik bertambah meriah apabila muncul sebuah lagi buku kartun bertajuk 'Negaraku' karya kartunis Ronasina.

Dengan bertemakan 'koleksi kartun satira rakyat', buku hasil karya bekas editor majalah Gedung Kartun terbitan Sepakat Efektif Sdn Bhd (telah diharamkan) ini mampu mencuit hati dengan lukisan dan tulisan yang sinis, pedas dan berani.

Isu yang digarap adalah isu nasional seperti kemiskinan, rasuah, penyelewengan kuasa, tangkapan tanpa bicara, pembunuhan kejam terhadap mangsa tahanan serta kerenah lucu ahli politik tanahair khususnya dari pihak parti pemerintah.

"Sebagai kartunis, saya menyampaikan keluh-kesah suara rakyat terhadap kebejatan sosial serta kezaliman pemerintah melalui lakaran kartun. Seniman dan karyawan punya peranan masing-masing untuk menyedarkan rakyat terhadap apa yang berlaku sekarang.

"Buku Negaraku ini adalah antara koleksi kartun dan tulisan humor saya untuk memberi peluang rakyat menilai seterusnya berfikir dengan waras akan kebenarannya," ujar Ronasina yang juga pernah melukis dan menulis di akhbar portal online Merdekareview.com.

Kulit muka hadapan dan belakang buku ini dihiasi dengan lukisan kartun perhimpunan rakyat di Dataran Merdeka dengan dihadiri oleh rakyat Malaysia berbagai lapisan bangsa.

Tanah 606 ekar: PAS Perak gesa SPRM siasat


 
IPOH: Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kelulusan sebanyak 606 hektar tanah kerajaan kepada tiga syarikat milik seorang individu.

Laporan ini berikutan pendedahan Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di persidangan Dun baru-baru ini.

Koordinatornya, Salman Saleh berkata, lokasi tanah tersebut adalah di Mukim Belukar Semang Daerah Hutan Hulu Perak dan kelulusan dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak pada 30 November 2012.

“Kami menggesa siasatan yang menyeluruh dan kemungkinan ada unsur-unsur salah guna kuasa dan berharap ianya berjalan dengan adil.

Siasat lima perkara serius dalam SD Bala – Johari

PETALING JAYA 21 Dis: Siasat lima perkara serius dalam Akuan Bersumpah pertama yang dibuat bekas Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, kata Ahli Parlimen Sungai Petani,  Datuk Johari Abdul.
Menurut Johari, ia terkandung dalam perkara 25 daripada keseluruhan 54 perenggan akuan bersumpah yang ditandatangani Balasubramaniam pada 3 Julai 2008.
Pendedahan itu turut mengaitkan hubungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan warga Mongolia, Altantuya Shaariibu termasuk melakukan hubungan seks luar tabie.
Perkara tersebut ialah:
25. “Ketika perbincangan ini dibuat dalam usaha memujuk saya melanjutkan pekerjaan dengan dia, Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahwa:
25.1 Dia telah diperkenalkan kepada Aminah oleh Datuk Seri Najib Tun Razak di sebuah pameran berlian di Singapura.
25.2 Datuk Seri Najib Tun Razak Abdul Razak Baginda memberitahu bahawa, dia menjalinkan hubungan seks dengan Aminah dan disyaki juga secara anal (anal intercourse)
25.3 Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Abdul Razak Baginda memerhati Aminah kerana dia (Najib) tidak mahu dia (Aminah) mengganggunya kerana beliau sekarang berjawatan Timbalan Perdana Menteri.
25.4 Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdul Razak Baginda dan Aminah bersama dalam satu makan malam di Paris.
25.5 Aminah mahukan wangnya, kerana merasakan berhak atas komisen USD500.000 atas urusniaga kapal selam yang dibantunya di Paris.

Pendedahan Deepak: AMK edar 50,000 poskad Tanya Rosmah

PETALING JAYA 21 DISEMBER: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) akan mengedar 50,000 poskad kepada orang ramai untuk bertanya kepada Datin Seri Rosmah Mansor sendiri kebenaran pendedahan Deepak Jaikrisnan, kata ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
“Ini usaha dan idea anak muda,” katanya ketika berucap pada Jelajah Merdeka Rakyat Suara Anak Muda di Dataran Anak Muda, Taman Petaling Utama di sini, malam tadi, sambil memuji dan menghargai mereka yang komited mahukan perubahan.
Namun, beliau yakin bukan hanya pemimpin muda yang berani membangkitkan pelbagai isu, malah ramai yang sukarela bekerjasama untuk menjayakan program Pakatan Rakyat.

TGNA : ‘Saya masih mampu lawan pihak menentang Islam’

 
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau akan terus berjuang melawan pihak yang menentang Islam selagi diberi kesihatan.

Menteri Besar Kelantan itu juga menjelaskan, beliau sangat bersyukur kerana sehingga kini masih diberi nikmat kesihatan oleh Allah untuk meneruskan tugas dakwah kepada masyarakat.

Menurutnya, hasil pemeriksaan kesihatan di sebuah pusat rawatan di Kuala Lumpur baru-baru ini mendapati gula dalam darah, buah pinggang semuanya baik, malah jantungnya juga dalam keadaan baik.

“Pendek kata, kalau nak lawan pihak yang menentang Islam boleh lagilah,” ujarnya bersemangat ketika berucap meraikan Anak Kelantan di Perantauan Sabah bersama anggota keluarga masing-masing hari ini.

Semalam, beliau sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk bertanding pada PRU13 memandangkan kesihatannya masih baik.

Katanya, untuk bertanding pada pilihan raya, apatah lagi melawan Umno, isu kesihatan tubuh badan bukan menjadi faktor utama sebaliknya cukup dengan mempunyai pemikiran yang baik.

"Insya-ALLAH...apa sahaja yang Umno tidak suka, itulah yang saya akan buat (bertanding).

"Bertanding politik bukan perlu tubuh badan sihat tetapi akal yang sihat. Bertanding bukan semestinya untuk bertumbuk. Kalau bertumbuk saya minta maaf," katanya.

Dalam pada itu, seramai 120 orang anak perantauan diraikan dalam majlis tersebut hari ini dalam satu majlis di JKR 10 di sini.

NGO Hak ditubuh, tentang pencabulan hak asasi

 
KUANTAN: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Angkatan Pembela Hak Rakyat atau ringkasnya Hak, ditubuhkan hari ini bagi memperjuangkan hak-hak rakyat negara ini selaras dengan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

Pengerusi Penajanya, Mohd Harris Abdullah, berkata Hak ditubuhkan berikutan banyak hak asasi seseorang yang dijamin perlembagaan telah banyak dicabul oleh pihak tertentu.

“Saya mengambil contoh Kembara Oren yang dianjurkan oleh Pertubuhan Anak Peneroka telah dihalang memasuki kawasan Felda, ini salah menurut perlembagaan kerana hak seseorang warganegara dia bebas untuk ke mana sahaja dalam negara ini.

“Begitu juga program jelajah yang melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering diganggu bahkan ada tempat beliau disekat masuk, ini juga menyalahi perlembagaan kerana beliau sebagai pemimpin sebuah parti politik mempunyai hak dalam demokrasi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pelancaran Hak di lobi di sebuah hotel di sini.

Dalam sidang media tersebut turut diumumkan 8 orang ahli jawatan kuasa penaja dan akan dimajukan kepada perdaftar pertubuhan dalam tempoh seminggu.

Minyak: Awang Adek dianggap persenda titah sultan

 
KOTA BHARU: Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussain diberi tempoh sehingga 27 Disember ini bagi menarik balik kenyataannya sebelum ini yang disifatkan cuba mempersendakan titah Sultan Kelantan.

Anak-anak muda yang bergabung di bawah Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (R) mendesak Ketua Umno Bachok itu memohon maaf kerana kenyataannya tidak selari dengan hasrat sultan dan rakyat Kelantan.

Baru-baru ini Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan dilaporkan berkata, kerajaan pusat tidak pernah berjanji mendaratkan minyak di telaga di perairan antara sempadan Malaysia dan Thailand di Bachok.

Menurutnya perjanjian mendaratkan minyak yang diperolehi di telaga perairan antara sempadan kedua-dua buah negara hanya dibuat kerajaan pusat dan Thailand pada tahun 1990-an dan dipersetujui didaratkan di Songkla.

Mahasiwa berkhemah kena penjara, perogol mengaku salah dibebas

KUALA LUMPUR 21 DISEMBER: Biro Mahasiswa Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mengkritik pihak berkuasa yang bersikap dwi-standard dalam pelaksanaan undang-undang terhadap rakyat.
“Bandingkan kes rogol dan berkhemah kerana memperjuang hak, rogol itu lebih serius tetapi boleh dibebas. Jelas ada dwi-standard,” kata Pengarah Biro Mahasiswa, Saifullah Zulkifli.
“Sebenarnya undang-undang kita banyak diatur tangan-tangan politik, ikut selera pemerintah. Mana-mana tindakan yang tak disenangi dikenakan tindakan,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini menjatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 terhadap mahasiswa ‘Occupy Dataran’ Umar Mohd Azmi atas alasan menghalang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tugas, 23 April lalu.
Umar didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang Mohd Masran Mamat daripada ‘menangkap dan mengiringi’ aktivis, Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin ketika berkhemah di Dataran Merdeka jam 8 pagi 22 April lalu.
Sekumpulan mahasiswa berkhemah sebagai bantahan terhadap Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tidak adil.

‘We have proof top cops pally with crooks’

Top police officers have been involved in criminal activities, according to MyWatch, which claims to have the evidence.
PETALING JAYA: The Malaysian Crime Watch Task Force, or MyWatch, today claimed that it has in its possession evidence that top police officers are involved in criminal activities.
R Sri Sanjeevan, the chairman of the watchdog NGO, threatened to make public the information unless the Inspector-General of Police Ismail Omar agrees to meet with the group so that an open, high-profile investigation can be carried out immediately.
“We have all the evidence that top police officers are involved in money laundering, illegal gambling, prostitution, football bookies and have direct links with underworld figures and kingpins. Yet to date, there is no answer and no action by the IGP,” Sanjeevan said in a statement.
Sanjeevan also cited a case where a top police officer was given an “all-expense paid trip overseas to play golf with an underworld kingpin” as well as as one where “one senior police official’s son and daughter is working for a kingpin with special privileges”.
“Aren’t they [officers] obliged in some ways to them [kingpins]? Isn’t that conflict of interest?” asked Sanjeevan.
He said that Ismail cannot choose to keep quiet and must act without fear or favour against corrupt officers, which are now being slowly revealed by former Inspector-General of Police Musa Hassan.
“I again invite the IGP to meet with us so we can pass such evidence to him or we will be forced to make this information public. All police officers should be accountable for their actions and must have more sense of responsibility when dealing with crime or public,” said Sanjeevan.
Aside from Ismail, Sanjeevan urged Prime Minister Najib Tun Razak, Home Minister Hishammuddin Hussein, and the Home Ministry secretary-general Abd Rahim Mohd Radzi to respond to Musa’s past allegations.
Several bombshells

Kedudukan Suami & Isteri Di SYURGA & Neraka - Ustaz Azhar Idrus

Sujud Atas RIDAK - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Pakai PURDAH & Tudung Labuh - Ustaz Azhar Idrus

Lupa Lakukan Sunat AB'AD - Ustaz Azhar Idrus

Permainkan IBADAH - Ustaz Azhar Idrus

Agama & POLITIK Tak Dapat Dipisahkan ? - Ustaz Azhar Idrus

Lima Profesional Teliti Projek Kontroversi Kondo Batu Caves

MB Cadang Tabung Kemanusiaan Rakyat Syria Di Masjid Seluruh Selangor

'MACC statement does not clear lawyer Cecil'

'Probe the five involved in Deepak's claims'

Rayuan Gerombolan : 'Jangan ungkit isu lampau, rakyat dah hukum kami'

Penyelaras BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed menggesa DAP agar tidak mengungkit isu-isu lampau berkaitan pentadbiran BN di Selangor sebelum tahun 2008.

"Mengapa (DAP) perlu mengungkit semua isu ini? Segala yang silap berlaku sebelum 2008.

"Kami (BN) berhadapan pelbagai isu dan ya, rakyat telah menghukum kami pada tahun 2008, PM juga telah mengaku silap dan kami juga mengaku kelemahan dan memohon maaf," katanya.

Mohd Zin menegaskan demikian sewaktu diminta mengulas dakwaan-dakwaan DAP berhubung pemilikan 24 keping tanah oleh BN yang didakwa dibeli secara murah sewaktu BN mentadbir Selangor.

Menurutnya, beliau yakin dakwaan-dakwaan itu tidak lebih daripada bersifat putar belit politik dan ia tidak sama sekali akan mengganggu tumpuan BN dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Tak ada mengganggu dan kita menghadapi pelbagai isu dan halangan dan kita tahu itu satu putar belit politik yang dilakukan pihak DAP," katanya lagi.

Robert Phang Saman Musa Hassan RM100 Juta Untuk Bersihkan Menteri KDN & KPN?

Musa Hassan berhadapan saman RM100j kerana menfitnah

KUALA LUMPUR, 20 Dis — Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan mempunyai tempoh seminggu untuk menjawab surat tuntutan daripada dermawan Tan Sri Robert Phang atau berdepan saman fitnah RM100 juta.

Phang menuduh bekas pemimpin tertinggi pasukan polis tersebut telah menjatuhkan reputasinya semasa memegang jawatan panel jawatankuasa penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya sudah menghantar surat tuntutan RM100 juta kepada Musa Hassan dan beliau telah menerimanya. Ditandatangani beliau sendiri," beritahu pengerusi Social Care Foundation kepada wartawan hari ini.

Tokoh terkenal tersebut berkata Musa telah mencalarkan imejnya dengan menuduh beliau menyalahguna kuasa untuk memindahkan seorang pegawai polis lama bertujuan mempercepatkan projek yang dikatakan mempunyai kepentingan dengannya.

Beliau berkata Musa mempunyai tujuh hari untuk membalas, jika gagal beliau akan menfailkan tindakan undang-undang ke Mahkamah.

Musa menjadi perhatian umum kebelakangan ini kerana pendedahan terhadap penyalahgunaan kuasa di dalam badan polis, menuduh Phang mengarahkan seorang pegawai polis senior dengan berkata: "(Phang) mengugut pegawai tersebut, jika tidak meluluskan (projek tersebut), beliau akan dipindahkan dalam masa 24 jam."

STOP CORRUPTION: Guan Eng backs Anwar's call for GFI roundtable

As we celebrate Winter Solsistice 2013, there is also a need to initiate concerted efforts to introduce positive energy and efforts towards establishing integrity over corruption. Such efforts have become more urgent following the shocking expose of RM 200 billion in dirty money siphoned out of Malaysia in 2010 and the scandal of RM 871 billon lost over the last 10 years
STOP CORRUPTION: Guan Eng backs Anwar's call for GFI roundtableWashington-based financial watchdog Global Financial Integrity (GFI) 2012, says the level of illicit flows from Malaysia in 2010 was the highest in 10 years. RM 197 billion of dirty money was siphoned out of Malaysia in 2010 compared to RM 93 billion in 2009, an increase of 112 %. Malaysia has the shameful record of being the No.2 country in the world after China, of illicit outflow of dirty money.
The GFI report, ‘Illicit Financial Flows From Developing Countries: 2001-2010', is co-authored by GFI economists Sarah Freitas and Dev Kar, who is a former senior economist at the International Monetary Fund. GFI has warned that capital flight in Malaysia is "at a scale seen in few Asian countries".
CONSERVATIVE estimates
GFI described its estimates of global dirty money as "extremely conservative". Whilst Malaysia was ranked No. 2 globally in 2010, Malaysia is ranked No. 3 globally over 10 years from 2001-2010. The total 10-year estimate for Malaysia is US$285 billion (RM871.4 billion), while China is US$2,740 billion, and Mexico, US$476 billion.

SPRM dan polis digesa siasat pendedahan Deepak

PETALING JAYA, 21 Dis — Pendedahan terbaru oleh usahawan karpet Deepak Jaikishan Rewachand perlu disiasat pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM), gesa PKR dalam satu sidang media hari ini serta mengecam SPRM yang mempertahankan salah seorang panel mereka dalam sebuah kenyataan semalam.
Menurut ahli parlimen Batu (PKR) Chua Tian Chang, pendedahan terbaru ini serius kerana pendedahan Deepak mengaitkan lima individu yang terlibat dalam penarikan pengakuan sumpah (SD) kedua oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam.
Lima individu tersebut yang harus disiasat oleh PDRM dan SPRM adalah Deepak sendiri, Balasubramaniam, adik perdana menteri Datuk Nazim Razak dan dua peguam Tan Sri Cecil Abraham serta M Arulampalam.
“Hingga hari ini, pihak berkuasa masih tidak melakukan sebarang siasatan ke atas Deepak dan pendedahan yang dilakukannya.
“SPRM dan polis perlu menyiasat terutamanya Deepak kerana pelbagai kesalahan seperti membuat pengakuan bersumpah palsu, penculikan, peras ugut, rasuah, pembunuhan dan cubaan melindungi individu bersalah tertentu,” kata beliau.
Menurut Chua, kelima-lima individu tersebut boleh disiasat Seksyen 107 Kanun Keseksaan atau Seksyen 120a jenayah terancang atau Seksyen 191 pemalsuan bukti dibawah Akta Pengakuan Bersumpan 1960.
Tambah naib presiden PKR itu lagi, menerusi pendedahan ini pihak berkuasa sudah mempunyai asas dan alasan kukuh untuk melakukan satu siasatan baru terhadapan tuduhan Deepak.

Ahli parlimen Batu tersebut juga mengecam kenyataan SPRM semalam yang seolah-olah cuba mempertahankan Tan Sri Cecil Abraham kerana menafikan penglibatan peguam terkemuka itu dalam pasukan semakan badan tersebut yang menutup fail SD kedua Bala pada 2006.
“SPRM sebaliknya mengeluarkan kenyataan mengatakan Tan Sri Cecil Abraham tidak terlibat dalam panel menutup kes SD kedua Bala.
“Mereka sepatutnya menyiasat dakwaan terbaru ini, bukan seolah-olah mempertahankan individu (Cecil) tersebut,” ujar Chua.

DANGER AHEAD: All eyes on 'kamikaze' Dr M amid talk of racial clashes & Najib QUITTING

DANGER AHEAD: All eyes on 'kamikaze' Dr M amid talk of racial clashes & Najib QUITTINGDangerous times are ahead for Malaysia as its ruling party UMNO desperately twists and turns to redeem itself ahead of a general election that some believe will be won by the Opposition and others, that it may never even take place.
Political sources tell Malaysia Chronicle that UMNO divisions in three states - Johor, Terengganu and Perak - have already begun the ball rolling to get scandal-plagued Najib Razak to step down both as Prime Minister and UMNO president before the nation decides who is to form the next government.
The latest tell-tale signs that infighting is reaching a head are the rumors of racial riots spread by several pro-UMNO bloggers. Coming eerily hot on the heels of warnings issued by UMNO-linked leaders such as Ibrahim Ali and Shahrizat Jalil, the rumors fueled fear of a reprisal of the May 13, 1969 racial riots that left thousands injured and hundreds dead.
During the 1969 mayhem, Malay youths were egged on by UMNO leaders to attack the ethnic Chinese community in a 'kill two birds with one stone' stratagem.
The first and primary goal was to replace first prime minister Tunku Abdul Rahman with Abdul Razak Hussein, who ironically is Najib's dad. The second goal was to allow the UMNO leaders to grab complete political and economic dominance by accusing the non-Malays, especially the Chinese, of threatening and robbing the Malays of their losing 'birth rights'.
With the UMNO-led BN coalition now on the ropes following a torrent of corruption scandals that include sex and murder, there is fear that UMNO power brokers might resort to making Najib and his controversial wife Rosmah Mansor the scapegoats.
These sinister 'warlords' would then create chaotic conditions that would allow Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin to delay the country's  13th general election and perhaps even impose martial law until the BN, which has ruled Malaysia since 1957, was again sure of winning.
Three scenarios

Today in History for December 21st

Nurul Izzah : JMR Dataran Anak Muda PJS

Rafizi : JMR Dataran Anak Muda PJS

Penang Botanical Garden's new Consultant Curator

Majlis Peguam siasat untuk sahkan salah urus dalam SD 2 Bala

Lim berkata Majlis Peguam sedang menyiasat perkara ini. – Gambar fail
KUALA LUMPUR, 21 Dis – Majlis Peguam sedang menyiasat kemungkinan berlakunya salah urus dalam pembentukan draf  akuan bersumpah (SD) kedua  P. Balasubramaniam mengenai pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada 2006, kata presidennya Lim Chee Wee hari ini. Lim berkata demikian ketika ditanya berkenaan cadangan Majlis Peguam mengeluarkan emel kepada semua peguam di Malaysia menuntut peguam yang mendraf akujanji detektif persendirian kedua untuk mengesahkan identitinya.
“Majlis Peguam sedang menyiasat perkara ini,” kata Lim kepada The Malaysian Insider hari ini.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat lengkap penyiasatan tersebut.
“Kami sedang menyiasat sama ada berlakunya salah urus dalam perkara ini,” kata Lim
Peguam Balasubramaniam, Americk Singh Sidhu semalam mengusulkan selepas kontroversi terhadap identiti peguam, dengan beberapa ahli majlis peguam mendakwa ia adalah peguam berpangkat “Tan Sri.”

Rang undang-undang cadang haramkan minuman keras di Indonesia

Cadangan pengubalan undang-undang itu akan memperkenalkan penalti berat bagi pengambilan semua minuman beralkohol. – Gambar Reuters
JAKARTA, 21 Dis – Satu rang undang-undang mencadangkan pengharaman terhadap penjualan, pengeluaran dan pengambilan minuman beralkohol di Indonesia adalah antara 70 rang undang-undang penting yang dijadual dibahaskan oleh Dewan Perwakilan Indonesia tahun depan.
Cadangan pengubalan undang-undang itu, didraf oleh parti Islam tertua di negara ini, Perti Persatuan Pembangunan (PPP) akan memperkenalkan penalti berat bagi pengambilan semua minuman beralkohol.
Mereka yang didapati minum alkohol bakal dikenakan hukuman penjara dua tahun, pengedar berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun manakala pengeluar bakal dikenakan penjara maksimum 10 tahun.
“Ini merupakan pengharaman muktamad, bukan sekadar cubaan untuk mengawal pengeluaran, pengedaran dan pengambilan alkohol,” kata Arwani Thomafi, Setiausaha  PPP di Dewan Perwakilan seperti dipetik oleh akhbar berbahasa Inggeris Jakarta Globe pada Jumaat.
Arwani berkata parti memperkenalkan rang undang-undang itu untuk membawa negara “seiring dengan garis panduan agama” serta untuk menangani impak negatif pengambilan alkohol secara berlebihan terhadap kesihatan seseorang.
Beliau berkata kawasan tumpuan pelancong dan “etnik tertentu” mungkin dikecualikan daripada larangan itu, bagaimanapun beliau tidak menjelaskan secara khusus kawasan pelancongan dan kumpulan etnik yang akan dibenarkan berbuat demikian di bawah larangan itu. – Bernama

Konvoi Himpunan Hijau KL – Kuantan 31 Disember

KUALA LUMPUR 21 DISEMBER: Satu konvoi Himpunan Hijau dari Kuala Lumpur ke Kuantan akan diadakan pada 31 Disember 2012, kata Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack.
Beliau berkata, konvoi ‘Protes Anti-Lynas dari Kuala Lumpur ke Kuantan’ bermula jam 8 pagi  di Markas Pas Taman Melewar, Gombak.
“Konvoi akan menjejak kembali laluan Langkah Hijau. Jika kita bermula dengan 10 kereta di Kuala Lumpur, kita jangka ribuan kenderaan akan bersama kita di Kuantan.
“Lynas dan rejim yang korup tak pedulikan bantahan rakyat. Rakyat marah dan keliru dengan kenyataan tak bertanggungjawab dan mengelirukan,” katanya.
Wong Tack  berkata, konvoi itu adalah tindakan pertama ‘blockade’ (pengingkaran) dalam tempoh 100 hari dengan sebuah ‘kem’ akan ditempatkan di Balok, Kuantan.
“Kem dalam mood bersedia. Ada banyak program akan dibuat. Kita akan maklumkan dari semasa ke semasa.
“Dalam 100 hari, rakyat akan lakukan pelbagai cara untuk menghalang Lynas dan rejim yang korup dari kembali ke Putrajaya,” katanya.

Jualan ‘biskut telinga cap Adnan’ di Bentong, Pahang

KUALA LUMPUR 21 DISEMBER: Jualan ‘biskut telinga cap Adnan’ akan dibuat di Markas PAS Chegar Mendang, Bentong sempena konvoi Himpunan Hijau dari Kuala Lumpur ke Kuantan pada 31 Disember 2012
“Kita akan buat jualan biskut telinga cap Adnan,” kata Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam.
Pada 30 November lalu, Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob mendakwa mahu memotong telinganya dan terjun Sungai Pahang kononnya kerana yakin isu Lynas tidak menjejaskan peluang BN di negeri itu.
Beliau berkata demikian ketika membuat pengumuman mengenai konvoi Himpunan Hijau dari Kuala Lumpur ke Kuantan akan diadakan pada 31 Disember 2012.
Konvoi ‘Protes Anti-Lynas dari Kuala Lumpur ke Kuantan’ bermula jam 8 pagi 31 Disember 2012 di Markas PAS Taman Melewar, Gombak.

1 Juta Poskad "Tanya Rosmah"


Tiga suspek samun kedai di Taman Sri Rampai diburu

Isu Vale: Siapa sebenarnya berbohong?

Sidang DUN Perak : Hamidah tak ada standard!

SIAPA TAK SOKONG UMNO DIPERSILAKAN BERAMBUS!!!


Rupa-rupanya mana-mana warga Malaysia yang tak bodek ampu melangit UMNO kena berambus!!

Beritahu kebenaran.. KENA BERAMBUS!!!!

Sebab itulah agaknya kena impot warga Bangla, Indon, Myanmar, Nepal untuk gantikan warga Malaysia yang kena halau kot!!!

Disebabkan penduduk kampong marah sebab sokong UMNO dapat sampah maka ada pemimpin UMNO yang bersikap macam sampah juga.

Inilah kain rentang yang terdapat di
Batu 5, Kg Mohd Noor, Parit Sulong, Johor dibawah DUN N21 Parit Yaani

Cara penyelesaian UMNO amat mudah sekali.....Tak mampu nak selesaikan kena buat cara purba zaman batu.. pakai guna politik primitif.

Lensa : JMR Dataran Anak Muda PJS

Ezad Exist

Antara ribuaan hadirin yg memenuhi Dataran Anak Muda PJS

Orang ramai ambil kesempatan bersalaman dengan DS Anwar Ibrahim


Reformasi!!!!!


Pidato Nurul Izzah tak kurang hebatnya


Pengarah Strategi KEADILAN, sdr Rafizi Ramli menyampaikan penerangan dan pendedahan

Pemimpin aktivis mahasiswa, Sdr Adam Adli, membawa suara anak muda dan mahasiswa dan mengajak semua ke #KL112