Khamis, 20 Disember 2012

Keputusan Majlis Fatwa mengenai Amanat Haji Hadi.

Ini hah amanat Haji Hadi yang sedang kontroversi sekarang neh. Buka buku lama. Korang perhatikan jap amanat kat bawah neh oke.



Dan ini pula keputusan Majlis Fatwa kebangsaan mengenai amanat di atas oke ;



Cakap bodoh kang marah tapi memang bodoh pun.

Keputusan ini telah diputuskan secara rasmi oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2002. Itu kisah 10 tahun yang lepas. Namun pada tahun 1984 ketika ia sedang kontroversi, majlis fatwa awal2 telah memutuskan bahawa amanat itu tidak boleh disebarkan dan pada tahun 2001, perjumpaan telah diadakan dengan tuan guru berhubung perkara tersebut apabila didapati amanat tersebut masih terus disebarkan dan diamalkan di kalangan penganut pas tegar. Sejurus pertemuan tersebut, maka majlis fatwa membuat keputusan di atas.

T-Shirt “Hari Kebangkitan Rakyat” #KL112 versi SAMM

Design Baju HKR versi SAMM 
Baju T-Shirt “Hari Kebangkitan Rakyat” #KL112 versi SAMM
Jika berminat, sila hubungi 012-4702074 (Ibnu Yahya)
Stok Terhad!! dapatkan segera!!

Amanat Haji Hadi ; Akhirnya Menjerat Umno Sendiri. (BHG 1)

Daripada ucapan biasa TG Haji Hadi pada ceramah politik PAS pada tahun 1981 di Kg. Banggol Peradong selama lebih kurang 1 jam, kenapa hanya ucapan selama 2 minit ini sahaja yang dipaparkan oleh ulamak tali barut yang telah dihumban dan akhirnya mereka kembali kepada Umno selepas mereka menganggap perang saraf yang mereka lakukan untuk memecah belah PAS telah berjaya. Di atas jasa-jasa yang dianggap besar oleh Umno, tali barut-tali barut ini telah diberi kedudukan yang selesa dengan segala kemewahan duniawi.
Gua berada di Terengganu semasa isu ini hebat dimainkan oleh puak-puak celaka Umno yang tanpa merasa malu mengaku mereka cukup rapat dengan Haji Hadi dan dengan penuh bangga mengaku semua ini adalah jasa-jasa besar mereka kepada tuan-tuan anjing besar mereka. Jika mereka ini menganggap yang diri mereka adalah ulamak besar yang faham agama, kenapa mereka menyembunyi ucapan yang lain dari ceramah ini. 

Kembara Oren Selamatkan Felda di Pahang Sabtu ini.

grfgDalam usaha untuk meningkatkan kesedaran warga Felda bagi mempertahankan Felda dari pihak yang sedang berusaha untuk mengaut segala kekayaan  Felda untuk kepentingan peribadi dan politik Umno khususnya ,dua lagi siri Kembara Oren Selamatkan Felda akan diteruskan pada minggu ini iaitu pada hari Sabtu 22 Disember di Pahang dan esoknya 23 Disember di Negeri Sembilan.
Kembara Oren bertujuan memberi maklumat kepada peneroka khususnya kepincangan yang sedang berlaku di dalam pentadbiran Felda hasil campurtangan orang politik yang bakal membahayakan masa depan Felda khususnya di bawah pentadbiran Tan Sri Isa Samad selaku Pengerusinya.
Warga Felda tidak seharusnya dibuai dengan keseronokan mendapat habuan durian runtuh tetapi dalam masa yang sama mereka terus dibebankan dengan hutang tanam semula pinjaman perumahan yang mencecah hingga ratusan ribu dalam keadaan harga sawit di pasaran sedang jatuh merudum.
Mereka juga perlu diberi kesedaran bagaimana tanah Felda Plantation seluas lebih 360 ribu hektar yang sepatutnya boleh diagihkan kepada 80 ribu keluarga di kalangan generasi kedua yang tidak bertanah telahpun dipajak kepada Felda Global Vanture yang sekarang ini haraga sahamnya Bursa Malaysia sedang merudum.Sekiranya keadaan ini berterusan,tanahyang boleh dimanafaatkan oleh generasi kedua Felda itu juga bakal tergadai.

700 RIBU TENTERA NAMRUD VS NYAMUK


Kebinasaan Namrud ini terjadi pada hari Rabu, ia dibinasakan Allah SWT dengan tentera nyamuk.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri.” (Al-Muddatsir: 31) Namrud mempunyai tentera sebanyak tujuh ratus ribu penunggang kuda dengan senjata yang lengkap. Namrud berkata kepada Nabi Ibrahim: “Hai Ibrahim, jika Tuhanmu mempunyai malaikat, maka kirimkanlah kepadaku untuk berperang denganku. Jika sanggup ambillah kerajaanku ini.”

Maka Nabi Ibrahim as. munajat kepada Allah SWT: “Ya Ilahi sesungguhnya Namrud dengan tenteranya menunggu kedatangan tenteramu, maka kirimkanlah kepada meraka tentera daripada selemah-lemah makhlukmu iaitu nyamuk.”

Ketika Namrud dan tenteranya telah berkumpul di padang yang luas, maka Allah memerintahkan nyamuk keluar dari lautan. Lalu keluarlah tentera nyamuk hingga menutupi permukaan bumi dan langit.

Kemudian nyamuk bertanya:
“Ya Tuhan kami, apakah yang harus kami laksanakan?”

Anwar jemput Zeti bincang isu aliran keluar wang haram



 
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz menyertai wacana bagi membincangkan usaha membanteras aliran keluar wang haram dari negara ini.

Menyifatkan penemuan Global Financial Integrity (GFI) berhubung perkara itu sebagai mengganggu, Anwar berkata beliau akan menghantar jemputan kepada Zeti, menteri besar dan ketua menteri Pakatan hari ini untuk menghadiri wacana itu yang dijangka diadakan pada Januari 2013.

Anwar juga berharap Zeti akan mengambil bahagian dalam perbincangan itu dan ahli Umno serta BN juga boleh berbuat demikian di mana, forum itu akan pada bulan depan.

"... jumlah aliran keluar wang haram yang meningkat 111% dari angka US$30.41 bilion (bersamaan RM94.27 bilion) pada 2009 kepada US$64.38 (bersamaan RM199.58 bilion) dalam 2010 adalah bukti kegagalan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri dan menteri kewangan dalam menguruskan ekonomi negara," katanya.

Anwar menyifatkan tempoh 2009 dan 2010 ini adalah tempoh kritikal pentadbiran Najib yang menggambarkan dasar dan pendekatan ekonomi yang beliau laksanakan.

Soalan nya ialah apa untung nya Melayu jika UMNO tewas, bukan apa rugi nya mereka kalau UMNO tewas

Pemilihan anggota CEC dalam DAP tiba2 jadi isiu yang hangat. Mengapa demikian? DAP bukan parti komponen BN. MCA yang sama usia dengan UMNO tidak ada bangsa Melayu. MIC pun demikian juga. UMNO pun tidak ada bangsa Cina. Persoalan pokok nya, janganlah kita hendak memaksakan nilai yang kita pegang keatas parti lain. Tahulah DAP dan Melayu dalam DAP membuat adjustments nya. Yang paling penting DAP bersama PAS dan PKR mahu menumbangkan UMNO yang rasuah, korap dan penindas bangsa sendiri. Amat benar kata Zaaba 80 tahun yang lebih, penindas yang zalim sekali ialah dari kalangan bangsa sendiri.
Apa pasal orang Melayu yang beragama Islam mahu meletakkan masa depan, keselamatan mereka, rezeki mereka kepada UMNO? UMNO hanya sebuah parti politik dan tidak boleh menyamai Tuhan. Dan orang Melayu sudahpun insaf bahawa tanpa UMNO, mereka tetap boleh hidup bahkan menikmati kehidupan yang lebih baik daripada bergantung kepada UMNO.

Sebelum memilih, pandanglah segala-galanya dengan mata hati

Pilihanraya mahu tidak mahu akan sampai juga. Samada penggal kali ini penggal yang penuh atau sebaliknya ia akan sampai juga. Seperti yang saya sebut dalam posting yang lepas, pengundi atas pagar merupakan pengundi yang terpenting untuk diyakini. Isu yang terpenting sekarang ialah bagaimanakah persepsi kumpulan ini terhadap kedua-dua belah pihak yang sedang berebut untuk menguasai Putrajaya itu. Tidak ramai yang begitu minat dengan kerajaan-kerajaan negeri kerana yang terpenting ialah kuasa di Putrajaya itu.
Kalau ada pun minat terhadap kerajaan-kerajaan negeri, yang direbutkan dengan kuat ialah Selangor dan Pulau Pinang kerana kedua-dua negeri ini menyumbang sebanyak tidak kurang dari 40 peratus dari GDP negara ini. Kebetulan kedua-dua buah negeri ini di bawah tadbiran Pakatan Rakyat dan negeri-negeri ini merupakan negeri yang ditadbir secara relatifnya lebih baik dari zaman pentadbiran BN dahulu.
Banyak dari pembaharuan yang berlaku di kedua buah negeri ini tidak dapat dipersoalkan oleh mana-mana pihak kerana ia telah menunjukkan prestasi yang sangat luar biasa kalau dinilai dan dibandingkan dengan pentadbiran BN dahulu. Bagi saya untuk BN mengambil alih kembali kerajaan-kerajaan negeri-negeri di bawah Pakatan ini agak ‘impossible’ kerana BN pun bermasalah untuk menonjolkan calon Menteri Besar masing-masing. Baik di Selangor, Pulau Pinang, Kedah mahu pun Kelantan, BN tidak berdaya memberikan pimpinan ‘alternative’ yang berkesan kepada Pakatan Rakyat sekarang ini.

Mat Sabu: Mari lepas marah anda secara aman pada k'jaan

NONETimbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyeru semua mereka yang tidak puashati dengan kerajaan supaya menghadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari ini.

Katanya, himpunan tersebut dianjurkan oleh semua NGO dan
parti-parti politik yang ingin membuat perubahan, termasuk DAP, PAS, PKR, Parti Sosialis Malaysia dan pihak-pihak lain, NGO dan oleh mereka yang bukan dari mana-mana NGO.

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Mohamad berkata sesiapa sahaja yang marah dengan kerajaan dijemput untuk melepaskan kemarahan mereka dengan cara aman yang demokratik, seperti yang diamalkan di seluruh dunia.

Perhimpunan itu akan berlangsung dari jam 2 petang hingga 5 petang 12 Januari bertempat di Stadium Merdeka.

Wang Haram 200b: Najib Menteri Kewangan 'terbaik' negara


1. Pendedahan yang dibuat oleh Global Finance Integrity (GFI) bahawa Malaysia mencatatkan pengaliran keluar modal haram berjumlah USD 64.38 billion pada tahun 2010 adalah sesuatu yang sangat mengejutkan ramai pihak. Jumlah ini meletakkan Malaysia pada tangga ketiga jumlah wang haram terbesar di belakang China dan Mexico.

2. Apa yang tidak mengejutkan kita ialah usaha kerajaan menyekat media arus perdana dari membuat pendedahan lanjut. Ianya adalah satu tindakan sia-sia apabila mengambilkira pandangan PM sendiri di dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini bahawa masyarakat kini didorong oleh teknologi ICT dan menjadikan mereka khususnya golongan muda lebih bermaklumat.

3. Kita juga boleh menjangkakan bahawa kerajaan akan segera menempelak angka GFI ini sebagai menyimpang. Ianya berdasarkan kenyataan dangkal PM tahun lepas yang menyangkal angka GFI tahun 2000 - 2009 sebanyak RM 662.6 billion lalu mendedahkan angka rasmi kerajaan yang kononnya jauh lebih kecil iaitu sebanyak RM 135.4 billion bagi tempoh yang sama.

4. Variasi tersebut adalah dijangkakan kerana perbezaan pada kaedah pengiraan tetapi pertikaian angka ini telah menjadi akademik semata-mata. Sama ada angka Kerajaan yang betul atau pun angka GFI, hakikatnya PM sendiri telah mengakui wujudnya modal haram yang berbilion ringgit nilainya.

Dun Perak : Zambry nafi tawar Nizar jawatan MB


Zambry Abd Kadir IPOH - Sidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini kecoh apabila beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) membangkitkan pemberian tanah melibatkan dua pemimpin DAP Perak sebagai habuan bagi melantik Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak.
Kekecohan bermula apabila Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib (BN-Slim) yang membahaskan Belanjawan Perak 2013 di persidangan Dun berhubung isu tanah di Perak.
Datuk Rosli Husin (BN-Trong) bangun dan meminta penjelasan mengenai sebidang tanah di Kelantan yang didakwa diberikan kepada dua pemimpin DAP terbabit sebagai pertukaran Nizar dilantik sebagai menteri besar sedangkan DAP memenangi banyak kerusi di Perak berbanding Pas pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).
Beliau berkata sebelum pelantikan menteri besar sememangnya ada pertikaian antara DAP dan Pas mengenai siapa yang sepatutnya menjadi menteri besar.
Wong Kah Woh (DAP-Canning) yang tidak berpuas hati dengan kenyataan itu mencabar Rosli untuk mendedahkan bukti dakwaannya di luar dewan.
"Sekiranya dakwaan Trong benar perlu bersikap jantan, sekiranya ada bukti buat kenyataan di luar untuk tentukan," katanya.

Pas: Hadi diserang kerana dicadang jadi PM



SERANGAN ke atas Presiden Pas khususnya berhubung Amanat Haji Hadi dilakukan semata-mata kerana ada ura-ura nama beliau disenaraikan sebagai calon PM.
Sedangkan sebelumnya beliau jarang diserang sebegini hebat. Di Malaysia, jawatan Perdana Menteri seolah-olah hak Umno. Sesiapa sahaja yang disebut-sebut akan mengambil alih jawatan ini akan diserang habis-habisan.
ABDUL HADI AWANG Mungkin ramai yang masih ingat bagaimana Pertubuhan Al-Arqam mengeluarkan sebuah buku yang menggambarkan  Ashaari Mohammad sebagai bakal Perdana Menteri. Selepas itu, Al-Arqam terus diserang habis-habisan sehingga segala perniagaan, program dan perkumpulannya dipantau; bahkan galakan poligami turut diserang.
Sedangkan asal bantahan hanya kepada amalan Aurad Muhammadiah. Begitulah nasib sesiapa yang disenarai sebagai Perdana Menteri. Walaupun kita mengakui ada beberapa amalan dan keyakinan bertentangan dengan syarak, tetapi antara sebab hebatnya serangan adalah kerana ada cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.
Sudah tentu, rakyat masih ingat bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang kerana namanya disenarai sebagai Perdana Menteri. Kini Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula diserang sedangkan namanya hanya disebut oleh perwakilan dalam Muktamar Pas bagi menolak tohmahan Umno bahawa kalau Pakatan Rakyat menang, DAP akan jadi Perdana Menteri.

Umno Hipokrit bahasa moden, munafik bahasa agamanya

Keuntungan politik Umno yang kekal lama, satu-satunya modal yang dapat meregut kepercayaan pengundi Melayu Islam adalah isu Amanat Haji Hadi.

Ketakutan luarbiasa adalah mewajahkan Hj Hadi sebagai 'pesalah'. Modal ini nampak laku dan dimakan/dihadam rakyat sebagai satu 'kepercayaan baru' mereka.


Umno-Bn sekadar memikirkan laba dan keuntungan politik mereka semata-mata. Ucapan dan ajakan mereka supaya berpolitik secara 'pro' tidak jelas. Mereka sendiri yang terbawa-bawa dengan 'sistem kepuakan mereka' dan kepartian mereka secara berpajangan.

Ahli-ahli pembangkang amat merasai seluruhnya. Mereka menipu dan terus menipu rakyat sepanjang masa. Keharmonian masyarakat atau ahli dalam masyarakat diabaikan.

Umno adalah penipu besar, walaupun rata-rata pemimpin mereka beragama Islam dan bernamakan nama islam.



Amanat Hadi bukan sekadar soal politik

Presiden Pas Abdul Hadi Awang berucap pada Muktamar Pas di Kota Bharu baru-baru ini. - UTUSAN/Rosni Masri


MUNGKIN sekali lagi Pas tidak akan memandang serius isu 'Amanat Haji Hadi' yang kembali diperkatakan selepas seorang bekas ahli seumur hidup, C.N Al-Afghani atau Zainon Ismail menghasilkan buku berjudul Kafirkah Aku? Apatah lagi mereka menganggap amanat itu adalah cerita lama kerana ia dilafazkan 31 tahun lalu.

Namun begitu satu perkara yang tidak harus dilupakan amanat tersebut bukan satu ucapan politik yang boleh dilupakan begitu sahaja, ia bukan sekadar berkaitan dengan usaha meraih sokongan dalam pilihan raya tetapi jauh daripada itu ia melibatkan soal isu agama dan akidah.

TGNA | Fitnah Jahat Utusan Malaysia | Isu rasuah tanah

Talks going on well with SAPP, says Anwar

Anwar Ibrahim today played down talks of tension between the 'original' Sabah PKR members and allies of Wilfred Bumburing and Lajim Ukin. 

PETALING JAYA: Opposition Leader Anwar Ibrahim today dismissed reports that talks were not going well with former Sabah chief minister Yong Teck Lee’s Sabah Progressive People’s (SAPP) party.
He said Pakatan Rakyat, which he leads, has been “more successful with SAPP” as there has been a more active process of negotiations and “they have been attending our joint meetings”.
Anwar’s comments contradict a report on Tuesday quoting a SAPP insider who claimed that Yong had implied that SAPP could well be on a collision course with its “allies” PKR and DAP (Pakatan members) in many seats.
Speaking to FMT after SAPP’s supreme council meeting on Monday, the insider said Yong told his comrades that SAPP must stick to its “principle” that a local-based party must take the majority of the State Legislative Assembly seats.
But Anwar insisted that talks were going smoothly and that seat negotiations in Sabah were underway.
Anwar said that the opposition allies are more inclined towards a one-to-one fight against Barisan Nasional parties.

TGNA | Program Aqiqah Perdana Permata Junjungan | 17 Dec 2012

Ratusan pelarian Palestin memasuki Lubnan

Senator DAP lapor polis dakwa difitnah portal

Parti-parti dalam Pakatan dibenar tambah kerusi

AJK Umno dilantik Setiausaha Senat KISDAR

SIDANG DUN PERAK: Penternak lembu di Sungai Terap Batu Gajah dizalimi

Apa Sebab Kita Kena Turun Ke Jalan Raya Pada #KL112 ?


Ada yang bertanya kepada saya, apa pentingnya kita mesti turun ke jalan raya dan berarak ke Stadium Merdeka pada hari Sabtu, 12 Januari 2013 nanti?

Jawabnya sangat mudah.

Setelah berkajang-kajang surat dihantar, beratus-ratus memorandum diserahkan, berpuluh-puluh ribu laporan polis dibuat, beribu-ribu notis bantahan didedahkan, beratus-ratus dokumen penyelewengan dan salahguna kuasa dibongkar, nampaknya rejim Zionis Umno dan Barisan Nasional (BN) dan barua-barua dibawahnya langsung tidak melakukan tindakan mengikut lunas undang-undang penjajah yang mereka sendiri junjung.

Inilah masanya kita semua rakyat Malaysia mesti turun ke jalan raya buat kali penghabisan sebelum pilihanraya umum diadakan pada bulan Mac tahun depan.

Membuat perubahan di jalan raya satu bentuk tuntutan demokrasi, setelah semua cara dan langkah menurut lunas perlembagaan dibuat dan setelah kita semua bersabar dengan permainan politik rejim yang berkuasa.

Maka dengan ini, perubahan dan kuasa rakyat mesti ditunjukkan kepada rejim Zionis Umno sebelum sebarang tindakan yang menghancurkan negara dilakukan mereka.

ANSWER Deepak's allegations unless you "FEAR THE TRUTH", Anwar tells Najib & Rosmah

ANSWER Deepak's allegations unless you "FEAR THE TRUTH", Anwar tells Najib & Rosmah Opposition Leader Anwar Ibrahim called on Prime Minister Najib Razak and wife Rosmah Mansor to come clean on the series of "very serious allegations" made by Deepak Jaikishan, a carpet trader and once a part of Rosmah's inner circle of friends. "We cannot live in this sort of system... where anyone can just come up and smear another person. This should not be allowed," Anwar told a press conference on Thursday.
"It could be they fear the truth will all come out," said Anwar, when asked why the first couple had kept a stoic silence despite being pin-pointed by Deepak as being behind the suppression of information in the controversial Altantuya Shaariibuu murder.
Murder and corruption
According to Deepak, the first couple had ask him to "facilitate" the withdrawal of a statutory declaration made by private investigator P Balasubramaniam that implicated them in the Altantuya case.
The SD would also link the murder to the Scorpenes submarines corruption scandal in which Najib has been accused of taking an illicit commission to seal the government's purchase of the ships from French vendor DCNS.
Deepak also named Najib's younger brother Nazim, an architect by profession, as the person who paid Bala to come out with a second statutory declaration overturning the first, which among others had also accused Najib of having an extra-marital affair with Altantuya.
"I affirm what was earlier said that Datuk Nazim joined the meeting to facilitate whatever needed to be done. My involvement was just to get everyone together," Deepak had previously told the press.
Deal with it, don't just blackout the news

Amanat Hadi: Umno kehabisan isu, kata Anwar


Datuk Seri Anwar Ibrahim
PETALING JAYA - Umno-Barisan Nasional disifatkan ketandusan modal politik dan mengundang "bahaya" oleh pembangkang apabila membangkitkan isu Amanat Haji Hadi meskipun sudah 30 tahun berlalu.

"Kita perlu bincang tentang isu sekarang. "Macam Datuk Seri Najib sebut, soal moral, kalau orang tanya moral dia kahwin siapa, cerai siapa, nak bangkit semua isu itu.

Saya tidak mahu. Saya ingatkan beliau (Datuk Seri Najib Tun Razak), bahaya ungkit perkara-perkara lama. Cuba ambil isu sekarang. Apa masalah ekonomi sekarang, apa agenda dia hendak buat," kata Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media hari ini.

Namun katanya beliau tidak terkejut jika selepas ini kisah lama beliau pula yang akan digunakan parti pemerintah menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini demi kepentingan politik mereka.

Malaysia juara rasuah di dunia – Akhbar India

KUALA LUMPUR 20 Dis: Malaysia menjuarai amalan rasuah dan paling korup di dunia, lapor akhbar India, Hindustan Times 13 Disember lalu.
Demikian kupasan akhbar tersebut merujuk laporan badan pemantau rasuah, Transparency International (TI) bahawa Malaysia mendapat markah terburuk dalam Kaji Selidik Pembayar Rasuah 2012, sepertimana dilapor The Wall Street Journal 11 Disember.
Bertajuk ‘Malaysia is world champion in corruption’, Hindustan Times turut memetik markah keseluruhan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah TI merosot dalam tiga tahun berturut-turut.
Pada 2011, Malaysia mendapat 4.3 markah, lebih rendah daripada 2012 (4.4 markah) dan jauh berbeza berbanding penanda aras kerajaan, iaitu 4.9 markah.
Mengikut laporan itu, 50 peratus syarikat di Malaysia pernah kehilangan kontrak ekoran syarikat pesaing yang membayar rasuah. Mexico pula mendapat peratusan kedua terendah dengan 48 peratus.
Dalam kajiselidik tersebut, Jepun mendapat markah terbaik dengan 2 peratus, Singapura di tangga kedua dengan 9 peratus, China dengan 27 peratus dan Indonesia, yang memiliki reputasi dalam soal rasuah, malah mendapat markah lebih baik dari Malaysia dengan 47 peratus, kata laporan itu.

Peguam misteri dalam SD2 Bala digesa tampil kehadapan

Peguam yang merangka akuan bersumpah (SD) kedua penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang mendakwa dipaksa menandatanganinya, harus tampil menemui Majlis Peguam, kata peguam Bala, Americk Sidhu.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, dengan itu, individu yang tidak bersalah tidak dituduh orang ramai, termasuk peguam veteran Tan Sri Cecil Abraham dan anaknya Sunil, yang Americk tidak percaya terlibat.

americk siva pc 040708 02Dalam emelnya kepada Malaysiakini, Americk (kiri) berkata, anak
guamnya tidak boleh membuat aduan kepada Majlis Peguam kerana dia tidak pernah bertemu peguam misteri itu, ataupun mengarahkan peguam tersebut untuk merangka SD keduanya.

"Memandangkan ini adalah satu perkara yang agak serius, boleh saya cadangkan supaya presiden Majlis Peguam menyediakan satu emel yang mudah untuk dihantar kepada semua ahli Majlis Peguam, meminta ahli yang bertanggungjawab merangka SD kedua itu, melakukan perkara yang betul dan tampil kehadapan," katanya.

Katanya, ini kerana pihak-pihak yang tidak bersalah boleh menjadi mangsa kepada permainan menuding jari yang telah muncul sejak pendedahan peniaga permaidani, Deepak Jaikishen.

Peguam tidak terlibat dalam semakan SD Bala, kata ketua panel SPRM

Gambar fail P. Balasubramaniam.
KUALA LUMPUR, 20 Dis — Peguam terkemuka Tan Sri Cecil Abraham tidak termasuk dalam pasukan semakan badan tersebut yang menutup fail P. Balasubramaniam ekoran pengakuan bersumpah (SD) kedua yang dibuat pada 2006 berkaitan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kata pengerusi Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini. Abraham telah dinamakan sebagai peguam misteri yang disyaki telah membuat draf SD kedua bercanggah ke atas penyiasat persendirian itu.
Malahan sebelum ini, terdapat beberapa orang penting telah mempersoalkan terdapat konflik berkepentingan memandangkan beliau juga berada dalam lembaga panel semakan MACC.
"PPO telah bersetuju dengan keputusan Timbalan Pendakwa Raya untuk menghentikan siasatan kes tersebut atas sebab keterangan saksi-saksi utama yang tidak disokong oleh mana-mana saksi yang lain dan saksi-saksi utama juga merupakan saksi yang boleh dipertikaikan kredibilitinya.
"PPO ingin menyatakan bahawa salah seorang ahli panel, Tan Sri Cecil Abraham tidak hadir dan tidak terlibat di dalam mesyuarat tersebut," kata Tan Sri Datuk Dr. Hadenan bin Abdul Jalil dalam satu kenyataan hari ini.

Hamas dan Briged Al-Qassam bukan pengganas

SIDANG DUN PERAK: Nizar dedah Koperasi Umno Bukit Gantang dapat tanah

Keadilan masih sukar difahami untuk keluarga wartawan dibunuh

Anwar wants Bank Negara to discuss illicit outflows

ISRAHELL ON EARTH [A New Must Watch Documentary]

'Hak Tanah Adat Orang Asli Kekal: Walaupun Bertindih Dengan Rizab Melayu'

SIDANG DUN PERAK: Nizar dedah pemberian 60 ekar tanah kepada satu syarikat

Wang Haram: Laporan GFI bukti rasuah M’sia teruk

KUALA LUMPUR: Laporan terbaru Global Financial Integrity (GFI) yang meletakkan Malaysia sebagai negara kedua paling teruk dalam senarai aliran keluar wang haram menggambarkan besarnya ketirisan ekonomi negara dipindahkan ke luar negara.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ianya juga menjadi bukti bahawa rasuah dan penyelewengan yang menjadi aspek utama mempengaruhi jumlah pengaliran wang haram, sangat kritikal.

"Dapatan kajian GFI ini memberi gambaran besarnya ketirisan ekonomi dalam negara dipindahkan ke luar negara yang akhirnya merugikan rakyat.

"Ia menjadi bukti bahawa rasuah, penyelewengan dan tiadanya disiplin tata kelola yang telus akhirnya akan meranapkan kedudukan ekonomi Malaysia yang dibina selama ini," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan badan pemantau GFI yang berpangkalan di Washington yang merumuskan tahap pengaliran wang haram dari Malaysia itu pada tahun 2010 adalah yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun.

Laporan terbaru itu mendapati lonjakan dramatik pengaliran modal di Malaysia - dari US$30.41 bilion (bersamaan RM94.27 bilion) pada tahun 2009 kepada US$64.38 (bersamaan RM199.58 bilion) dalam tahun 2010.

Ada Berani : Semua parti dicadang hantar nama calon PRU-13 untuk ditapis oleh SPRM

KUALA LUMPUR, 20 Dis — Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) mencadangkan supaya semua parti menghantar nama-nama calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) untuk ditapis atau melalui proses pemeriksaan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengerusi PPPR Datuk Johan Jaafar berkata cadangan itu bagi memastikan calon-calon yang bakal bertanding 'bersih' daripada rasuah selain mengelak sebarang tohmahan tidak berasas ke atas mana-mana individu atau parti di belakang calon itu.

"Kita mengambil semangat bahawa semua parti telah menyatakan sokongan untuk memerangi gejala rasuah. Maka itu, kami mengharapkan sokongan semua pihak dalam soal ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat panel itu di sini, hari ini.

Beliau berkata tapisan itu membabitkan semua calon dari semua parti sama ada mereka yang sudah menjadi anggota Parlimen atau Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) yang bakal dicalonkan semula atau pertama kali bertanding. Menurutnya mekanisme tapisan atau pemeriksaan itu akan ditentukan oleh pihak SPRM.

Umno sebabkan Utusan hilang kepercayaan rakyat


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia menyokong pandangan mantan Ketua Pengarang Bernama, Datuk Seri Azman Ujang bahawa Utusan perlu berubah jika mahu kekal relevan sebagai akhbar nasional.

Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata selagi mana Utusan dipengaruhi parti politik khususnya Umno, selagi itu ianya terus terbelenggu sehingga terpaksa mengikut telunjuk pihak tertentu.

"Bagi saya, pandangan Datuk Seri Azman Ujang wajar diberikan perhatian. Utusan Malaysia, akhbar yang diangkat sebagai akhbar nasional dan menduduki tempat pertama akhbar arus perdana akan terus merosot jualannya jika mereka kekal sebegini.

"Malah, mentaliti atau persepsi rakyat sudah meletakkan Utusan sebaris dengan akhbar nyamuk yang tidak ada harga untuk dibaca," katanya.

Azman Ujang sewaktu bercakap di forum 'Utusan: Kewartawanan Dahulu dan Kini' di Dewan Bahasa dan Pustaka semalam dilaporkan berkata, pendirian editorial Utusan yang membawakan agenda pro Melayu tidak cocok dengan demografi Sabah dan Sarawak.

Serangan Gombak: Wajah samseng Umno tersebar, mana tindakan polis?

KUALA LUMPUR 20 Dis: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amiruddin Shari mempersoal kelewatan polis bertindak ke atas samseng yang menyerang penyokong Pakatan Rakyat pada ceramah di Gombak 4 Disember lalu, meskipun identiti samseng Umno berkenaan tersebar di internet.
Wajah samseng yang bertopi keledar itu dirakam dalam sebuah video dari saksi kejadian, dipercayai individu sama yang menikam penyokong Pakatan ketika provokasi berlaku.
Inilah wajah suspek samseng Umno yang dikenal pasti melalui satu rakaman pada hari kejadian.
Video tersebut juga tersebar di internet dan dengan jelas memaparkan wajah lelaki tersebut.
“Saya gesa polis bertindak profesional. Kalau serangan melibatkan pemimpin Umno, pastinya tindakan segera dan serius diambil,” kata Amiruddin yang juga Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Gombak.
“Tapi bila isu melibatkan pemimpin Pakatan, dengan segera akan dipanggil ke balai polis,” katanya ketika dihubungi.
“Justeru kita minta polis bertindak adil, tanpa mengira pemimpin Umno atau Pakatan kerana kami juga rakyat Malaysia,” sinisnya.

Makin Panas : Musa Hassan berhadapan saman RM100j kerana menfitnah Tan Sri Robert Phang

KUALA LUMPUR, 20 Dis —  Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan mempunyai tempoh seminggu untuk menjawab surat tuntutan daripada dermawan Tan Sri Robert Phang atau berdepan saman fitnah RM100 juta. 

Phang menuduh bekas pemimpin tertinggi pasukan polis tersebut telah menjatuhkan reputasinya semasa memegang jawatan panel jawatankuasa penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

"Saya sudah menghantar surat tuntutan RM100 juta kepada Musa Hassan dan beliau telah menerimanya. Ditandatangani beliau sendiri," beritahu pengerusi Social Care Foundation kepada wartawan hari ini. 

Tokoh terkenal tersebut berkata Musa telah mencalarkan imejnya dengan menuduh beliau menyalahguna kuasa untuk memindahkan seorang pegawai polis lama bertujuan mempercepatkan projek yang dikatakan mempunyai kepentingan dengannya. 

Beliau berkata Musa mempunyai tujuh hari untuk membalas, jika gagal beliau akan menfailkan tindakan undang-undang ke Mahkamah. 

Anwar : Najib gagal bendung pengubahan wang haram


Datuk Seri Anwar Ibrahim
PETALING JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan negara akan ditimpa satu musibah besar sekiranya masalah pengubahan wang haram tidak ditangani segera.

"Selagi rasuah, penyelewengan, tiada disiplin dan tatakelola telus, kedudukan ekonomi tidak dapat dipacu dengan lebih meyakinkan dan nasib rakyat tak dapat dibela," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Menurut Anwar, peningkatan tiga kali ganda jumlah pengaliran keluar wang haram ini pada 2010 membuktikan kegagalan pimpinan Najib mengendalikan dasar ekonomi negara dengan telus.

"Jumlahnya meningkat 111 peratus. Dari AS$30.41 bilion pada 2009 atau RM94.27 bilion meningkat kepada AS$64.38 bilion atau RM199.58 bilion pada 2010," ujar beliau.

OKU ikut bantah PM di Himpunan Kebangkitan Rakyat

KUALA LUMPUR 20 Dis: Orang Kelainan Upaya (OKU) antara sejuta rakyat yang akan ikut serta ke Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari bagi menyatakan bantahan mereka terhadap pentadbiran Perdana Menteri.
“Selepas 55 tahun BN perintah, nasib OKU masih tak terbela. Warga OKU sokong himpunan ini. Kita harap perubahan kepada Malaysia,” kata wakil OKU Bangkit, Shahmar Saad.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, hari ini sempena pengumuman HKR oleh pengarah program, Mohamad Sabu sebelum itu.
Manakala wakil Permuafakatan Kampung Warisan (Muafakat), Ishak Surin menyeru seluruh waris tanah warisan untuk hadir memberi sokongan.
“Terlalu ramai rakyat Malaysia dari semua keturunan yang mendiami kawasan mereka dihalau.
“Di Kampung Railway, Sentul (penduduk) sudah tinggal 120 tahun dan mereka diusir. Begitu juga Kampung Kerinchi, penduduknya dihalau. Kita akan hadapi banyak pengusiran jika si durjana terus dibiarkan berkuasa,” tegas Ishak.
Wakil Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mohd Nasaie Ismail pula berkata, satu himpunan besar-besaran akan diadakan di Wisma Felda, Jalan Semarak 28 Disember ini sebagai ‘pemanas badan’ menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat.
“Ini kerana wang KPF (Koperasi Permodalan Felda) disuntik kepada FGVH (Felda Global Ventures Holdings). Kita akan duduk sampai Isa Samad turun daripada Felda.
“Ada dua lagi NGO yang akan menyertai kami, iaitu Badan Peserta Felcra dan Badan Bertindak Tanah Negeri Sabah. Anak sedang lakukan Jelajah Oren untuk menyeru warga Felda menyertai himpunan,” katanya.
Turut hadir sidang media ialah wakil Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Adam Adli, Penasihat Undang-undang Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Zulhazmi Shariff dan Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edi Nor Riduan.

Anwar cabar Najib debat isu ekonomi negara

PETALING JAYA 20 Dis: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim cabar Datuk Seri Najib Razak berdebat isu ekonomi, supaya Perdana Menteri boleh buktikan rekod pengurusan ekonomi negara berada dalam keadaan baik semasa pentadbirannya.
“Saya sekali lagi mencabar beliau untuk berdebat dan berbahas mengenai pengurusan ekonomi negara.
“Saya lontarkan cabaran ini kerana yakin isu ini merupakan isu yang paling menarik minat rakyat dalam menghadapi PRU 13 (Pilihan Raya Umum ke 13) kerana rakyat nak tahu bagaimana tata kelola pengurusan ekonomi yang baik.
“Najib harus terima cabaran ini untuk buktikan rekod pengurusan ekonomi beliau yang didakwa berada dalam keadaan baik, bukannya mengelak dari menjawab isu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.

Ribuan dijangka sertai satu lagi protes anti-Lynas

Ribuan kereta dijangka membanjiri loji Lynas di di Gebeng di ambang malam Tahun Baru untuk menyertai pemanduan 300km Himpunan Hijau untuk alam sekitar, demikian diumumkan oleh pergerakan itu hari ini.

NONESama seperti perarakan dari Kuantan ke Kuala Lumpur bulan lepas, Pengerui Himpunan Hijau, Wong Tack perhimpunan itu dijangka bermula dari Kuala Lumpur dengan seribu atau dua ribu kereta dan motosikal.

Dijangka apabila mereka sampai ke Kuantan pada tengaharinya, ribuan lagi kenderaan akan menyertai perjalanan ke loji Lynas di sebelah petang, katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Pemanduan protes itu dijadualkan bermula dari Gombak pada pukul 8 pagi 31 Disember dan sampai di Gebeng pada pukul 5 petang.

Wong berkata kempen tersebut adalah untuk menghantar mesej kepada Lynas supaya "keluar dari negara ini", dan kepada kerajaan supaya memastikan tidak ada undang-undang atau prosedur yang dicabuli.

Ditemui selepas sidang akhbar itu,  Wong memberitahu Malaysiakini bahawa Himpunan Hijau telah menyediakan senarai syarikat yang menjalankan perniagaan dengan Lynas dan akan, dalam masa seminggu, menggesa pemboikotan syarikat-syarikat tersebut.

Anak muda anti-Lynas anjur mogok lapar 100 jam

KUALA LUMPUR: Sebuah kumpulan anak muda, yang menggelarkan diri mereka Anak Muda Menentang Projek Memudaratkan Alam Sekitar akan menganjurkan mogok lapar selama seratus jam di Dataran Merdeka, bermula 27 Disember hingga 1 Januari.

Jurucakap kumpulan tersebut, Tan Woon Tian berkata, mereka mahu mewujudkan kesedaran di kalangan rakyat berhubung projek yang mengancam nyawa rakyat termasuk projek pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Kuantan.

"Oleh sebab itu kami bekerjasama dengan Himpunan Hijau. Kami mengharapkan kerajaan akan lebih telus dalam menangani projek seperti ini,” katanya dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), dekat sini hari ini..

Bantah Lynas, NGO Hijau konvoi ke Gebeng


 
KUALA LUMPUR: Kumpulan Anti Lynas, Himpunan Hijau akan meneruskan bantahan terhadap pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi dengan konvoi kenderaan dari Kuala Lumpur ke kilang tersebut di Gebeng, Kuantan pada 31 Disember ini.

Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tuck berkata, konvoi kenderaan tersebut merupakan salah satu program dalam kempen seratus hari menentang projek Lynas yang didakwa mengancam keselamatan penduduk setempat.

"Rakyat sangat marah dengan aktiviti yang akan memusnahkan alam sekitar, rakyat dan negara sendiri.

"Sebab itu rakyat sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan Lynas tidak akan meneruskan operasi mereka," kata beliau dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), dekat sini hari ini.

Konvoi akan bermula di Markas PAS Taman Melewar, Gombak pada jam lapan pagi dan dijangka tiba di Markas PAS Chegar Mendang, Bentong yang akan diisi dengan ucapan pemimpin parti-parti politik dan kumpulan pecinta alam sekitar.

Kumpulan itu kemudiannya akan bergerak ke Gebeng dan akan berkampung di markas Himpunan Hijau di sana.

Dataran Komuniti Mokhtar Dahari Kenang Jasa Super Mokh

Dataran Super Mohk 01
PANDAN 20 DIS: Dewan serbaguna yang akan dibina semula di Jalan Pandan Mewah, Kg Pandan akan dinamakan sebagai Dataran Komuniti Moktar Dahari sempena mengenag lagenda bola sepak Selangor dan Malaysia itu.
Perkara ini dicadangkan oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan, Iskandar Samad.
Menurutnya mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor pada 7 November lalu meluluskan peruntukan di bawah Geran Selangorku untuk membina semula dewan yang sedia ada di situ.
“Di sebelah dewan tersebut terdapat sebuah padang yang digunakan untuk bermain bolasepak oleh penduduk tempatan.
“Adalah dicadangkan padang ini dinaiktaraf dan bersama-sama dengan dewan yang baru itu dinamakan Dataran Komuniti Mokhtar Dahari.
“Allahyarham Mokhtar Dahari pernah tinggal dan bermain bolasepak di Kg Pandan,” katanya dalam satu kenyataan media.
Setakat ini tidak ada sebarang mercu tanda di kampung itu untuk memperingati jasa-jasa Allahyarham.
Walau bagaimanapun cadangan ini adalah tertakluk kepada persetujuan keluarga Allahyarham.
Cadangan-cadangan rekabentuk dewan itu yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dipamerkan kepada penduduk Kg. Pandan.

Najib, Muhyiddin gadai masa depan 7,000 graduan pendidikan IPTS

PETALING JAYA 20 Dis: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertaruh masa depan 7,000 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) demi mengaut keuntungan daripada pelajar, sedangkan kursus tersebut gagal menawar peluang pekerjaan kepada mereka.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, dari jumlah itu, 2,000 graduan tersebut adalah daripada Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) yang dipengerusikan oleh Najib.
Beliau berkata, seluruh graduan tersebut masih menganggur menyebabkan mereka tidak mampu membayar hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
“Umno perlu bertangungjawab terhadap nasib graduan-graduan ini kerana institusi yang rapat dengan pimpinan Umno antaranya seperti UniRazak.
“UniRazak dimiliki Yayasan Pintar dan Lembaga Pengarahnya dianggotai Datuk Seri Najib, Datuk Seri Hishammuddin Hussien, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Mustapha Mohamad dan Datuk Seri Ali Rustam,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini hari ini.
Menurutnya, perkara tersebut berpunca apabila pemimpin Umno memperdagangkan institusi pendidikan demi kemewahan.

Mohon Tambah Kerusi Cuma Perkara Biasa, Anwar

Anwar Kerusi DAP 01
PETALING JAYA, 20 DIS: Soal permohonan pertambahan kerusi bertanding merupakan perkara biasa yang dibangkitkan setiap parti komponen Pakatan Rakyat berdasarkan kebolehupayaan memenangi sesebuah kerusi yang bertanding.
Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara ini dibincangkan di peringkat dalaman dan isu ini sengaja ditimbulkan oleh Umno-BN dengan hanya merujuk kepada Konvensyen DAP yang berlangsung di Pulau Pinang tempoh hari.
Menurut Anwar, jika permintaan DAP yang mahu lebihan kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU13) akan datang adalah tidak munasabah ia tidak akan diterima baik.
“Kalau dia (DAP) mintak melebihi yang munasabah tentu kita tidak dapat terima tetapi (permintaan penambahan kerusi) memang dibenarkan. PKR juga meminta beberapa kawasan, sama seperti PAS.
“Cuma kebetulan kenyataan itu dari DAP,” katanya ketika dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.
Setakat ini, perkara ini masih berada dalam peringkat perbincangan oleh Jawatankuasa Perundingan dan belum sampai kepada Anwar secara rasmi.
“Pembahagian kerusi sudah selesai 90 peratus. Cuma ada beberapa kerusi di Pulau Pinang (1), Kedah (1), Perak (2). Ada sikit di Sabah dan Sarawak. Namun keseluruhannya 90-95 peratus dah selesai.
“Dalam tradisi Pakatan kita akan bincang namun akhirnya peringkat jawatankuasa yang akan buat keputusan.

Anwar drops BOMBSHELL: It is possible for Dr M to have US$ 44 BILLION FORTUNE!

Opposition Leader Anwar Ibrahim dropped a bombshell on Thursday, saying it was not impossible for his former boss Mahathir Mohamad to possess a fortune of as large as US$ 44billion, which would make the latter the world's second wealthiest ex-leader.
"Yes, it is possible. Why not? Look at his family, his cronies. This is why Dr Mahathir should explain," Anwar told a press conference at his party headquarters in Tropicana, Petaling Jaya.
Anwar drops BOMBSHELL: It is possible for Dr M to have US$ 44 BILLION FORTUNE!He was responding to a recent Malaysia Chronicle news report highlighting a Wikipedia page of the world's richest leaders and ex-leaders and how much wealth they possessed. CASE OF THE MISSING NAME: So is Dr M the world's 2nd richest ex-leader with $ 44 BILLION?
The Wiki page, updated on December 14, had put Mahathir as the second richest ex-leader after Egypt's Hosni Mubarak, who it estimated was worth some US$70 billion. However, minutes after the article was published, Mahathir's name mysteriously disappeared from the Wiki list and Indonesia's late president Suharto, in third place with an estimated US$35 billion, was pushed up to replace the former Malaysia premier.
Mr 10%?
Now 87, Mahathir ruled Malaysia for 22 years from 1981 to 2003. His ham-fisted style and use of racial favoritism to gain the political upper hand have been much criticized and he is reviled rather than cherished by large pockets of the Malaysian populace.

Anwar: Pembahagian kerusi PR 90% selesai



Anwar_Ibrahim PETALING JAYA - Pembahagian kerusi Pakatan Rakyat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sudah selesai lebih 90 peratus, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ia memang sedang berlangsung.  Selangor umpamanya selesai, Pulau Pinang satu (kerusi), Kedah satu (kerusi), Perlis satu (kerusi) setakat yang saya diberi maklum, Perak dua (kerusi), jadi maknanya 90 peratus sudah selesai.

"Kalau selesai semua tak ada kerja pula Majlis Perunding," kata Anwar berseloroh pada sidang media mingguan PKR, di sini, hari ini.

Sementara itu ditanya berhubung permintaan DAP untuk menambah bilangan kerusi, Anwar berkata, perkara itu belum sampai secara rasmi kepada beliau.

Bagaimanapun katanya, tradisi dalam Pakatan Rakyat membenarkan permintaan seperti itu dan ia akan dibincangkan.

Anwar cadang sidang meja bulat atasi pengeluaran wang haram

PETALING JAYA, 20 Dis — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyalahkan pengurusan ekonomi kerajaan Malaysia yang lemah berikutan kedudukan Malaysia dalam pengeluaran wang haram.
Bagi menyelesaikan perkara itu, Anwar berkata beliau akan menjemput Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar, Global Financial Integrity (GFI) dan menteri besar daripada Pakatan Rakyat (PR) ke satu program meja bulat pada Januari tahun hadapan.
“Selagi adanya rasuah, salah guna kuasa, dan kurangnya disiplin kerajaan ... ekonomi kita tidak akan berkembang dan rakyat tidak akan terbela,” kata Anwar (gambar) ketika sidang media di sini.
Laporan terkini GFI menunjukkan Malaysia berada di tangga kedua paling buruk dalam pengeluaran wang haram pada 2010, dan satu-satunya negara mengalami tercorot menyaksikan peningkatan sekali ganda antara 2009 dan 2010.
Jumlah wang haram meningkat 111 peratus daripada US$30.4 bilion (RM94.27 bilion) pada 2009 kepada US$64.38 bilion pada 2010.
Anwar turut menjemput Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat supaya Perdana Menteri itu boleh mempertahankan polisi ekonominya yang jelasnya gagal menangani rasuah dan aktiviti jenayah.
“Saya percaya isu yang paling penting ketika pilihan raya akan datang adalah berkenaan pentadbiran baik dan pengurusan ekonomi,” kata bekas Menteri Kewangan itu lagi."Negara kita memerlukan pendekatan untuk menyelesaikan masalah ini. Tindakan segeru perlu dilaksanakan, tindakan perlu diambil."
Jumlah wang haram meningkat 111 peratus daripada USD30.4 bilion (RM94.27 bilion) pada 2009 kepada USD64.38 billion (RM199.58 bilion) pada 2010.

Panel SPRM: Cecil Abraham tak terlibat keputusan henti siasatan SD P Bala

Panel Penilaian Operasi (PPO), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menjelaskan bahawa peguam kanan Tan Sri Cecil Abrahim, yang didakwa dikaitkan dengan  akuan bersumpah (SD) kedua P Balasubramaniam, tidak terbabit dalam keputusan panel itu untuk menghentikan penyiasatan terhadap bekas penyiasat persendirian itu.

NONE"PPO ingin menyatakan bahawa salah seorang ahli Panel, Tan Sri Datuk Cecil Abraham tidak hadir dan tidak terlibat di dalam mesyuarat tersebut," kata pengerusi panel itu, Tan Sri Datuk Dr. Hadenan Abdul Jalil dalam satu kenyataan.

Katanya, kes yang berkaitan dengan SD kedua Balasubramaniam itu telah dibentangkan dalam pra-mesyuarat panel tersebut pada 8 November 2012.

"PPO telah bersetuju dengan keputusan Timbalan Pendakwa Raya untuk menghentikan siasatan kes tersebut atas sebab keterangan saksi-saksi utama yang tidak disokong oleh mana-mana saksi yang lain dan saksi-saksi utama juga merupakan saksi yang boleh dipertikaikan kredibilitinya," tambahnya.

Today in History for December 20th

Rangsangan Kerja Siswazah Selangor - Salam Selangor

Umno Zalim Tidak Laksanakan Hukum Islam

'Malala Day' : Hina Khan

Identity of Deepak's 'backer' is secondary, says Anwar

Anwar to invite PM for 'illicit outflow' meet

Freeze the training of teachers, Rafizi urges Unitar

70 % anggota polis benci Umno - Datuk Tamrin Ghafar

Malaysia is World Champion in Corruption


Malaysia is world champion in corruption
Washington, December 13, 2012 Despite Malaysia’s high-profile anti-corruption crusade, half of the corporate executives surveyed by a global corruption watchdog believe that competitors have obtained business in the country through bribery.
Transparency International said Malaysia scored worst in the 2012
Bribe Payers Survey.It asked nearly 3,000 executives from 30 countries whether they had lost a contract in the past year because competitors paid a bribe, and in Malaysia, 50% of them said ‘yes’.
Second on the dubious honor roll was Mexico, which was at 48%.
According to the Wall Street Journal, Japan was ranked as the world’s least-corrupt place to do business, with just 2% of respondents saying they had lost out due to bribery.
Malaysia’s neighbour Singapore was second-cleanest, which was at 9%.
Even Indonesia, with a long-standing reputation for corruption, fared better than more-developed Malaysia.
By comparison, 27% of respondents in China said they thought bribes had cost them business, the report said.
“It shows the attitude of private companies in Malaysia, indicating that bribery in the public sector could be systemic and in a sense institutionalized,” Paul Low, president of the Malaysian chapter of Transparency International, said.

Bekas YDP Selayang dipenjara tiga tahun, denda RM132,500

Hakim Asmadi Hussin menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
SHAH ALAM:  Bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Datuk Bakaruddin Othman dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM132,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah menggunakan wang pihak berkuasa tempatan itu bagi penyelenggaraan rumahnya sendiri.
Hakim Asmadi Hussin menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
Bakaruddin, 58, yang kini bertugas sebagai pegawai tadbir dan diplomatik di Jabatan Perkhidmatan Awam didakwa menggunakan jawatannya sebagai Yang Dipertua MPS untuk mendapatkan suatu suapan dalam bentuk pembiayaan berjumlah RM26,500.
Pembiayaan bagi menyelenggara rumah miliknya di alamat No. 14413 Jalan Laksamana 9, Kampung Laksamana, Batu Caves Selangor itu didakwa diluluskan Bakaruddin di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga MPS bertarikh 27 Okt 2001 dengan dia mempunyai kepentingan langsung.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara Jun 2001 hingga April 2002 di Bangunan Majlis Perbandaran Selayang, Bandar Baru Selayang. Bakaruddin didakwa mengikut Seksyen 15 Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama iaitu penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Bernama

PRU 13: Antara strategi BN dan Pakatan Rakyat

Umno/BN juga akan mengambil pendekatan meletakkan calon bebas untuk memecah undi di kebanyakkan kawasan Pakatan Rakyat.

oleh Kalakau Untol
Formula Satu Lawan Satu dalam Pilihanraya Umum ke 13
Satu lawan satu adalah formula yang terbaik dan berjaya meletakkan Pakatan Rakyat ke landasan yang kukuh menumbangkan kerajaan Umno/BN pada PRU ke 12 . Di Semenanjung sahaja negeri yang diterajui Umno/BN di lima buah negeri telah tewas. Jesteru strategi pucuk pimpinan Pakatan Rakyat kini cuba dan berusaha dengan lebih gigih menjadikan agar formula satu lawan satu menjadi realiti. Samada menampakkan strategi ini berjaya atau sebaliknya, penulis ingin menyingkap dan berkongsi kebarangkalian bagi dijadikan perhitungan dan pertimbangan pengundi menilai dan memuktamadkan pilihanraya umum ke 13 nanti.
Strategi Umno/BN

Barisan kepimpinan Umno/BN akan menggunakan pelbagai cara helah bagi memungkinkan kejayaan kemenangan dengan mengupah parti-parti politik dan calon-calon mereka agar dapat bertanding di kawasan-kawasan di mana Pakatan Rakyat bertanding dengan tujuan memecah undi bagi memberi kelebihan dan kemenangan kepada pihak Umno/BN. Selain itu Umno/BN juga akan mengambil pendekatan meletakkan calon-calon bebas bagi usaha memecah undi di kebanyakkan kawasan yang berpotensi Pakatan Rakyat untuk menang. Ini jelas pada pilihanraya umum tahun 2008 di mana kebanyakkan kawasan Umno/BN telah meletakkan tajaan mereka. Setiap satu undi yang didapati oleh parti-parti di luar Pakatan Rakyat dan calon-calon bebas adalah satu hadiah `bonus’ kepada Umno/BN. Ini satu kebarangkalian dan strategi untuk mematikan undi kepada Pakatan Rakyat dan ternyata amat berjaya dan mustajab.
Pertahanan dan perkakasan Umno/BN
Bagi memulakan gerakan strategi kotor Umno/BN akan menggunakan pelbagai muslihat dengan mengaburi mata pengundi di mana Umno/BN menggunakan jentera-jentera Biro Tata Negara melalui saluran agensi kerajaan Kemas,Jati atau Tekun dengan mengedarkan mesej-mesej hasutan kepada kakitangan–kakitangan kerajaan di mana mereka akan dikenakan tindakan disiplin mahupun ditukarkan ke jabatan-jabatan lain ataupun ke tempat –tempat yang jauh dan terpencil serta juga akan mengugut suami atau isteri dipisahkan melalui teknik “politic of fears”.
Dalam masa yang sama Umno/BN akan menggunakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebagai pintu mengeluarkan kad pengenalan Mykad kepada pendatang-pendatang tanpa izin seperti Bangaladesh, India, Pakistan, Filipina dan Bugis dan mendaftarkan mereka sebagai pengundi sah. Sudah tentu kenyataan yang dikeluarkan dari kementerian dan JPN yang bertanggungjawab akan menafikan segala tindakan teknik kotor ini. Ini nampak jelas ketika era rejim pemerintahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan Perdana Menteri kini yang diterajui kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak. Penipuan ini bukan lagi setakat di Sabah sahaja tetapi telah menjalar ke seluruh pelusuk Semenanjung.
Peranan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)

PRU13 : Penangguhan AES, GST, cukai tel pra-bayar hanya sementara?


KUALA LUMPUR: Jangan seronok dengan penangguhan sistem AES (Automated Enforcement System), GST (cukai barangan dan servis), tarif elekrik, cukai telefon pra-bayar dan sebagainya kerana ini semuanya bersifat sementara saja sehingga BN berkuasa lagi.

“Kesemua ‘hadiah penangguhan’ ini hanya menanti keputusan pilihanraya umum sahaja sebelum ditarik balik.

"Kalau keputusan menyebelahi BN, maka semua yang ditangguhkan ini akan dikuatkuasa semua, dan rakyat akan terus terbeban dengan pelbagai peraturan yang menyusah dan tidak masuk akal,” Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) memberikan peringatan kepada rakyat dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim turut berkata bahawa disebabkan PRU13 dianggap sebagai pilihanraya umum yang paling penting dalam sejarah negara, maka banyak projek mega untuk kroni terpaksa ditangguh dahulu kerana BN khuatir ia akan menjadi peluru bagi PR.

“Rakyat mempunyai kuasa memilih, samada ingin peraturan yang membebankan mereka diterus atau dibatalkan sahaja. Mengekalkan BN bermakna penangguhan sementara akan dikuatkuasa semula, atau menumbangkan BN, maka peraturan itu akan terus dibatalkan,” tegas beliau.

Sembilan pelabur bawa Genneva ke mahkamah untuk dapatkan kembali RM2juta

Mohamad Siddiq Azani memberi taklimat kepada pemberita selepas memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 20 Disember 2012. – Gambar oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 20 Dis - Sembilan pelabur memfailkan saman terhadap  Genneva Malaysia Sdn Bhd dan empat pengarahnya untuk mendapatkan kembali pelaburan mereka sebanyak RM2juta dengan mendakwa syarikat perdagangan emas itu menipu dan menyalah tafsir undang-undang syariah dalam skim tersebut. ”Kami tidak tahu jika Bank Negara akan mendakwa Genneva. Itu bukan kebimbangan kami sekarang.

 Yang menjadi kebimbangan pelabur, kami mahu duit kami semula,” kata Mohamad Siddiq Azani, peguam yang mewakili pelabur kepada pemberita selepas memfailkan saman di Mahkamah Tinggi hari ini.
Mohamad berkata, sembilan pelabur termasuk - suri rumah, profesional dan ahli perniagaan - mahu menjamin kedudukan mereka sebagai pemiutang.

Himpunan 1 Juta Rakyat, 12 Jan di Stadium Merdeka

 
KUALA LUMPUR: Sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) secara rasmi mengumumkan, Himpunan 1 juta rakyat pada 12 Januari tahun hadapan akan diadakan di Stadium Merdeka.

Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), Mohamad Sabu berkata, ia sebagai menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu rakyat berhimpun di stadium jika ingin menyatakan sebarang tuntutan terhadap kerajaan.

Saranan tersebut dibuat Najib sebelum Gabungan Menuntut Pilihan Raya  Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan perhimpunan pada 28 April lalu.

"Kita mohon (adakan perhimpunan) dibuat di  Stadium Merdeka kerana itulah cadangan Perdana Menteri  yang kita sayangi," kata beliau pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), dekat sini hari ini.

Timbalan Presiden PAS itu juga berkata, permohonan menggunakan stadium dibuat atas nama Sasterawan Negara.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut nama Sasterawan Negara yang dimaksudkan.

Mahasiswa Desak Kerajaan Selesaikan Isu Pengangguran Graduan Pendidikan IPTS

Pengangguran Graduan Pendidikan IPTS 01
PETALING JAYA, 20 DIS :Mahasiswa PKR mendesak kerajaan menyelesaikan masalah pengangguran yang melibatkan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) lepasan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) seperti yang dijanjikan dalam Belanjawan 2013.
Presiden Mahasiswa PKR, Haziq Abdul Aziz berkata kreadibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak layak dipersoalkan kerana gagal menyelesaikan masalah pengangguran graduan universiti.
Jelasnya, baru-baru ini 2000 graduan ISMP Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) menganggur akibat tidak diberi peluang permohonan pekerjaan oleh Kementerian Pelajaran.
“2000 graduan ISMP ini dikatan tidak layak untuk memohon pekerjaan sebagai guru sekolah-sekolah kerajaan walaupun MQA mengiktiraf sijil ijazah pendidikan UNITAR.
“Malah silibus ISMP UNITAR adalah sama dalam silibus ISMP di maktab perguruan dan IPTA. Namun mereka tidak diberi peluang yang sama rata dalam perhononan menjadi guru,” kata pada sidang media di Ibu Pejabat PKR.

Mahkamah: Ucapan 'durian runtuh' Najib bukan fitnah

Mahkamah: Ucapan 'durian runtuh' Najib bukan fitnah
Warga belia Felda Wilayah Jengka bersama sepanduk 'We Love PM' ketika memberi sokongan kepada PM berhubung keputusan kes 8 Peneroka menyaman beliau hari ini. - Foto Bernama
 
TEMERLOH - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan saman fitnah yang difailkan lapan peneroka Felda terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung ucapannya semasa mengumumkan 'durian runtuh' untuk peneroka di Felda Jengka 8, Bandar Jengka, Pahang, 8 Mei lepas.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu dalam kamarnya selepas membenarkan permohonan Najib untuk membatalkan saman itu.
  
Peguam yang mewakili Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun memberitahu pemberita bahawa selepas membaca keseluruhan ucapan Perdana Menteri, hakim itu berpendapat ucapan itu tidak berbentuk fitnah.
  
Katanya mahkamah juga memutuskan ucapan itu adalah satu bentuk kiasan yang tidak merujuk kepada mana-mana pihak.
  
"Oleh itu mahkamah membatalkan saman plaintif (peneroka felda) dan membenarkan permohonan defendan (Najib). Mahkamah memerintahkan plaintif membayar RM3,000 setiap seorang kepada defendan," katanya.