Selasa, 18 Disember 2012

Sembang Politik Bersama Prof Agus Yusoff | 16 Dis 2012

PANAS : SAINSTIS MALAYSIA TEMUI SPESIS BARU

https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/s480x480/181849_508847245812384_1643038023_n.jpg

Ada Kaitan Amanat Haji Hadi dengan Yahudi?

KLIK IMEJ
Dari 1985 sampai hari ini, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dinista dan ditohmah berkaitan dengan "Amanat Haji Hadi".

Namun, sehingga ke saat posting ini ditulis, TIADA PENDAKWAAN DI BUAT KE ATAS HAJI HADI di mana-mana Mahkamah Syariah.

Ini bererti dokumen yang dikatakan sebagai "Amanat Haji Hadi" ini adalah SELARI DENGAN ISLAM!!!!!

Tulang Besi mempunyai satu teori. Bahawa isu "Amanat Haji Hadi" ini adalah hasil buah fikiran syarikat perunding Yahudi bernama "Saatchi and Saatchi".

Sememangnya Tulang Besi tiada bukti yang nyata tapi sebab itulah ia dipanggil teori dan bukan fakta.

MAHATHIR DAN SYARIKAT KETURUNAN YAHUDI IRAQ

Untuk pengetahuan pembawa sekelian, sewaktu isu ini mula timbul, Dr Mahathir Muhammad telah mengambil khidmat perunding dari sebuah syarikat Yahudi yang berpengkalan di New York bernama "Saatchi and Saatchi".

Syarikat ini diambil Dr Mahathir untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam hal berkaitan membina imej politik dan pilihanraya kerana ia pakar dalam memenangkan parti-parti atau calon-calon pilihanraya.

Ertinya, dalam Dr Mahathir kuat menghentam dan memaki Yahudi, perkara pertama yang dilakukan oleh Mahathir sewaktu masuk ke Pejabat PM adalah mengambil penasihat bangsa Yahudi.

Kalau Mahathir ada "Saatchi and Saatchi" sebuah syarikat Yahudi Iraq, maka Najib ada APCO, sebuah syarikat Yahudi Israel.

Maka, Tulang Besi berteori bahawa syarikat Yahudi inilah yang memberi saranan supaya "Amanat Haji Hadi" dijadikan isu politik.

Mengapa?

Kerana untuk membawa perhatian orang Melayu Islam dari isu yang sebenar, yakni :
          PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI DI MEMALI

Kalau kita ingat balik, titik sebenar isu AMANAT HAJI HADI dimainkan adalah apabila RTM mula2 memainkan rakaman peristiwa Memali di TV.

Di 5 minit terakhir rakaman tersebut, ditunjuk  satu poster yang dijumpai di dalam madrasah milik Ustaz Ibrahim Libya yang tertulis di atas nya perkataan "Amanat Haji Hadi".

Selepas itu, orang Melayu Islam seluruh Malaysia berhenti berbincang pasal pembunuhan kejam Memali dan hanya bercakap pasal "Amanat Haji Hadi" yang kononnya mengkafirkan orang UMNO.

Padahal arwah Ustaz Fadzil pernah berkata:

"Kita tak pernah kata depa (UMNO) kafir, tapi mereka dok rasa mereka kafir"

Kita tak boleh marah "Saatchi and Saatchi" pasal diorang tu carik makan. Simpati orang umum berubah sama sekali hasil dari kempen fitnah "Amanat Haji Hadi" ini.

Orang umum yang asalnya mula mahu simpati pada PAS rata-rata termakan dengan kempen jahat ini.

Padahal sampai hari ni tiada satu orang pun berani mendakwa Haji Hadi Awang di atas "Amanat" nya ini.

Lebih2 lagi, Haji Hadi sendiri tak pernah memberi amanat ini. Ia hanyalah ucapan beliau sahaja menghurai ayat-ayat 44-49 Surah Al Maaidah. 

Di kala itulah, dalam PAS menghadapi fitnah yang sebegitu buruk dan jijik itu, PAS telah mengarahkan semua ahli dan penyokong untuk membaca doa Qunut Nazilah supaya Allah SWT menghancurkan serta memecah belahkan UMNO.

Elok PAS mula baca doa pada tahun 1985, pada tahun 1987 UMNO pecah belah teruk menjadi 2 team dan kemudian dua parti.

Dan semenjak 1985 sampai ke saat ini, UMNO TIDAK BERHENTI BERPECAH.

UMNO menghadapi bala terus menerus dari doa penyokong dan pendokong PAS pada tahun 1985, yakni UMNO tidak berhenti-henti berpecah belah.

"Tak payah cerita perpaduan dgn PAS la, ko pegi bersatu dalam parti ko dulu" kata seorang penceramah yang bercakap pasal gagasan Perpaduang Melayu UMNO-PAS yang Tulang Besi pernah dengar.

Akhir kata, usaha UMNO menggunakan Mufti yang tiada ijazah menyerang Haji Hadi dan menghidupkan isu yang telah lapuk adalah amat dikesalkan.

TULANG BESI

ps fatwa UMNO kafir ini sudah bermula semenjak PAS belum ditubuhkan lagi. Antara yang berfatwa UMNO adalah kafir adalah Arwah Ustaz Abu Bakar Baqir dari Gunung Semanggul yang sepanjang hayat beliau tidak pernah menyertai PAS.
Itu tidak termasuk Tok2 Guru Pondok dari Kedah dan Kelantan yang terus menerus berfatwa bahawa parti UMNO itu kafir.

Adapaun TG Haji Hadi tidak pernah berfatwa bahawa UMNO itu kafir

Kisah Satu Tun dan Tiga Tan Sri

Diantara 9 July 1999 hingga 20 Ogos 1999, Anwar telah membuat sejumlah empat(4) laporan Polis, mendedahkan perbuatan rasuah pemimpin-pemimpin Politik dan Kerajaan. 

Dalam laporan-laporan berkenaan Anwar turut mendakwa dan menamakan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir, Peguam Negara Allahyarham Mohtar Abdullah dan Gani Patail, ketika itu DPP Kanan, sebagai orang-orang yang telah menyalahgunakan kuasa dan menutup kes-kes rasuah tersebut. Kenapa kes tersebut masih dibiarkan berlalu begitu sahaja? 
Sebaliknya Anwar yang buat laporan, dia pula yang kena bala .... Jom kita baca surat bekas Ketua Jabatan Sisasatan Jenayah(KJSJ) Kuala Lumpur, orang yang telah menangani keempat-empat laporan yang Anwar buat itu kepada KPN  sekarang nih :

Mungkin ini faktornya mengapa akhir-akhir ini ULAMA MUDA UMNO keluarkan fatwa-fatwa yang manarik..!!



Mungkin ini faktornya mengapa akhir-akhir ini mereka keluarkan fatwa-fatwa yang manarik :)

Oh, Ulama Muda UMNO (ILMU), oh Ulama Muda Umno (ULAU)

Apabila orang sesat memberikan fatwa sesat.

Tarik balik saman AES simbol kemenangan rakyat

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini mendesak supaya semua saman AES dimansuhkan serta merta berhubung masalah teknikal yang dialami oleh pihak mahkamah hingga menyebabkan sebahagian daripada keseluruhan saman AES ditarik balik oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Merujuk kepada laman sosial facebook Zulhazmi Shariff yang merupakan peguam Kempen Anti Saman Ekor (KASE), saman AES di semua mahkamah termasuklah di Jalan Duta, Putrajaya, Kajang dan Sepang telah ditarik balik ekoran kesilapan teknikal.
Zulhazmi yang berada di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini ketika sebutan kes turut menyatakan bahawa dokumen mengenai saman AES yang sepatutnya diserahkan oleh JPJ kepada mahkamah didapati masih tidak lengkap dan minta ditangguhkan.
SAMM memandang serius permasalahan AES yang menyusahkan rakyat dan merugikan semua pihak apabila berlaku gejala masalah teknikal. Dilaporkan sebanyak sepuluh ribu mangsa saman AES telah membuat pembayaran. Apakah nasib mereka yang telah membayar saman AES sebelum ini? Bolehkah wang mereka dikembalikan tanpa menyusahkan mereka untuk hadir ke kaunter pembayaran seperti sebelum ini?

Tarik dakwaan AES, pulangkan wang pembayar saman

Hari ini kesemua OKS (Orang Kena Saman) bagi kes saman AES telah dilepas tanpa dibebaskan (discharge not amounting to an acquittal), antaranya di Putrajaya, dimana Mahkamah Majistert Putrajaya telah melepas tanpa membebaskan 5 orang OKS.
Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham) dan Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) tidak terkejut dengan tindakan Peguam Negara yang mengarahkan kesemua kes Saman AES ditarik balik hari ini.
Ini kerana peguam-peguam Juham & KASE dari awal pendakwaan kes saman AES ini lagi telah membangkitkan bantahan awal kepada Mahkamah apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyalahi undang-undang  kerana menjalankan Pendakwaan di Mahkamah tanpa menunjukkan surat kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara.
Bantahan awal oleh peguam-peguam Juham & KASE telah menyebabkan pihak JPJ panik sehingga ada kes yang ditangguhkan dan pihak JPJ telah diberikan amaran oleh Mahkamah untuk mengemukakan surat kebenaran untuk mendakwa daripada Jabatan Peguam Negara atau kes Saman AES tersebut akan dibatalkan oleh Mahkamah.

Dewan Senat : Isu Tabung Haji

Dewan Senat : Isu Peruntukan RM700 juta Hospital Wanita?

Battle rages for Damascus refugee district

Israel approves controversial settlement buildings

31 Tahun Harussani Baca Kitab Bab Kafir Baru Selesai

Oleh Mohd Sayuti Omar
Saya bukan sedih membaca laporan mengenai saranan Mufti Perak Harussani Zakaria yang menyuruh presiden Pas Abdul Hadi Awang menarik balik kata-kata yang dibuat Abdul Hadi 31 tahun yang  dikategorikan sebagai Amanat Haji Hadi tetapi nak tergelak dan nampak sangat mufti itu tidak ada modal bagi mengekalkan populariti beliau dalam Umno.


Kenapa Saya bukan sedih tetapi hendak tergelak dan merasa amat lucu sekali dengan telatah "sekor" Mufti ini (meminjam istilah Najib membahasakan ketiga-tiga naib presiden Umno) dalam usaha mempertahankan Umno dan dalam masa sama menyerang Pas kerana terpaksa mengambil masa 31 tahun untuk membuat gesaan yang dianggap boleh menyedarkan orang Melayu agar menjauhi Pas.

31 tahun atau tiga dekad bukan satu masa yang pendek, tetapi lama.

Jangan bermain politik dalam jubah mufti


KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyeru para mufti agar menjaga nama baik mereka dan tidak bermain politik partisan untuk kepentingan pihak tertentu.

Ingatan itu berhubung kenyataan beberapa orang mufti yang mendesak agar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menarik balik apa yang didakwa sebagai 'Amanat Haji Hadi'.

"Boleh berbincang dengan cara yang elok dan tak perlu bermain politik partisan di dalam jubah mufti.

"Jangan jual harga mufti dengan murah," tulisnya dalam Facebook petang tadi.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu lagi, beliau secara peribadi sangat mengenali Tuan Guru Abdul Hadi dan meyakini bahawa ilmu yang dimiliki oleh Presiden PAS itu tidak lebih rendah daripada ilmu yang dimiliki oleh para mufti.

"Bahkan beliau merupakan lulusan Madinah yang cemerlang.

Mufti: Tarik Semula Amanat Haji Hadi – Apa Kata TG Nik Aziz…


Apa Kata TG Nik Aziz
Pedih lagi terhiris… Kata-kata TGNA memang pedas “Jangan jual harga mufti dengan begitu murah…”

"Hantu" disebalik tuduhan Syirik dalam PAS

Mat Sabu : Najib Mmg Cekap Berhutang Menyamai 5 PM Yg Telah Berjaya Membuat Hutang

Adam Adli: Hari ini kalau tak ubah, 50 tahun akan datang, negara sengsara!

PKR dakwa bekas pegawai polis miliki aset RM2.95 juta

Ibrahim Ali cemas takut karier politiknya terkubur

KUALA LUMPUR, 18 Dis — Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) hari ini mengatakan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali (gambar) dalam keadaan “cemas” hingga terpaksa mengarahkan ahlinya menyokong MCA dalam pilihan raya nanti walaupun parti tersebut sering mengguris hati orang Islam dan kaum Melayu.
Walaupun menyedari MCA sebagai lantang mengkritik orang Melayu dan Islam, Ibrahim menyeru ahlinya mengenepikan perkara tersebut demi kemenangan Umno dan BN pada persidangan Perkasa hujung minggu lalu.
“Dia (Ibrahim) sudah cemas.
“Pilihan raya kali ini mungkin yang terakhir buatnya sebab itu dia berkata demikian, kariernya politiknya akan terkubur,” kata Senator Dr Ariffin SM Omar kepada The Malaysian Insider.
Ariffin juga mengecam Ibrahim yang sering menuduh DAP sebagai anti Melayu dan Islam, tetapi demi kepentingan diri sendiri sanggup mempertahankan MCA hanya kerana mahu menang pilihan raya nanti.
“Ibrahim Ali perlu beri sebab kenapa orang Melayu perlu sokong MCA. Atau adakah ini kerana kepentingan politik?” kata Ariffin yang baru dilantik ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP.
Ahli parlimen Shah Alam (PAS) Khalid Samad pula memberitahu The Malaysian Insider kenyataan Ibrahim bukan sesuatu diluar jangkaan memandangkan kesetiaan ahli parlimen Pasir Mas itu kepada Umno dan BN.
Khalid mendakwa presiden Perkasa tersebut tidak mempunyai “wawasan politik” dan masih lagi mengamalkan sikap politik “lapuk” untuk meraih sokongan.
“Ini membuktikan Ibrahim Ali tidak mempunyai wawasan politik, kaedah yang digunakannya sudah lapuk dan lama,” kata Khalid.

Fuziah: 'Kerajaan patut terima kasih kepada saya'...Kerajaan yang perlu minta maaf pada rakyat...!!!

Fuziah Salleh SHAH ALAM – Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh enggan tunduk kepada desakan beberapa pihak termasuk Pengerusi MCA Kuantan, Datuk Ti Lian Ker yang mahu beliau meminta maaf kepada penduduk Kuantan dan rakyat Malaysia, sebaliknya kerajaan perlu berterima kasih kepadanya berhubung isu projek nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di kawasan perindustrian Gebeng di Pahang.

“Kenapa harus saya minta maaf? Tiada sebab saya perlu minta maaf.

“Seharus bukan memohon maaf, sebaliknya (kerajaan perlu) berterima kasih kerana tindakan-tindakan terpaksa diambil,  kalau nak harapkan MCA, Pengerusinya, Datuk Ti Lian Ker... syarikat itu dah buat duit berjuta-juta dan rakyat yang terdedah kepada potensi bahaya,” kata beliau kepada Sinar Harian Online yang dihubungi hari ini.

Amanat Haji Hadi: Petanda besar parlimen dibubar

KUALA LUMPUR: “Benarlah pandangan beberapa aktivis politik, isu seperti ini adalah petanda ‘kubra’ parlimen akan dibubarkan,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada laporan media mengenai Amanah Haji Hadi.

Katanya, beberapa kerat individu pemimpin utama parti Pakatan Rakyat akan dipersalahkan dan diburukkan dengan pelbagai kempen negatif.

Ini, ujarnya dengan hasrat supaya rakyat menuding jari terhadap pemimpin tersebut, dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS adalah individu utama yang perlu dijatuhkan hukuman.

Berikut ialah kenyataan beliau.

Umno yang dilihat seperti kelemasan menggunakan teknik bertahan bagi menyelamatkan kedudukannya. Isu lapuk terus dimainkan kembali bagi menghidupkan sisa-sisa survival politik mereka. Kali ini isu Amanat Haji Hadi tahun 1981 diolah kembali supaya ianya bermain di bibir umat Islam di negara ini.

Kenapa Umno takut atau tak pernah melihat cermin ?

Hakikatnya,  ramai orang Melayu hari ini  yang sudah sedar dan sudah berubah,  kecuali sekelompok Melayu dari spesis Umno.  Melayu berdarah Umno ini beranggapan di Malaysia ini merekalah bangsa yang paling mulia,  yang ada klas,  bangsa lain tak ada klas!   Dengan berbekal sikap sombong dan angkuh itulah mereka boleh berbuat apa saja, termasuk merompak, menipu dan menyalahguna kuasa.
 
Bab menuduh parti DAP adalah parti perkauman,, ini sudah menjadi kewajipan atau  rukun dalam parti Umno.  Sebab itu mereka tak sudah-sudah menuduh DAP parti perkauman dan anti Melayu, walhal merekalah sebenar-benarnya parti perkauman, diikuti MCA dan MIC.  Selagi tak kering air liur dan tak terkeluar anak tekak agaknya mereka akan terus membuat tuduhan bodoh lagi bangang yang berniat jahat itu.  Mereka bercakap ikut sedap mulut!,  mereka tak pernah menggunakan otak kuniaan Allah sebelum  bercakap atau berhujah!

Tepat sekali peribahasa Melayu yang berbunyi,,,mengata dulang paku serpih, mengata orang aku yang lebih,,, sepuluh jong berlalu, anjing masih bercawat ekor juga.  Maknanya  sikap degil dan kebodohan Umno tetap tidak berubah,,  Lebih teruk lagi mereka sanggup menuduh orang lain berak di tengah jalan padahal mereka sendiri yang melakukan –  inilah akibat kalau seumur hidup tak mahu  melihat cermin!.  Mungkin mereka bimbang perasaan fobia akan menyelubungi hidup mereka  apabila melihat wajah mereka yang kotor dan busuk itu .
 
oleh :   rahimothman

PKR Gesa Polis Bertindak Tangani Budaya Politik Samseng

Bas 01
PETALING JAYA 18 DIS : PKR mengesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak segera menangani budaya politik samseng yang semakin berleluasa berlaku di negara ini.
Malah Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nor Manuty berkata sikap pihak berkuasa itu yang kelihatan ‘berdiam diri’ berhubung isu serangan ke atas bas Jelajah Merdeka Rakyat PKR menggambarkan ketidakadilan pihak tersebut ke atas Pakatan Rakyat dengan tiada sebarang tindakan dilakukan biarpun beberapa laporan dibuat mengenainya.
Terbaru jelasnya, bas tersebut diserang dipercayai menggunakan batu atau lastik hingga cermin sisi bahagian belakangnya pecah ketika dalam perjalanan di kawasan lebuhraya Utara-Selatan untuk program sambutan Deepavali PKR Tapah dan program Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Perak pada Ahad lalu melibatkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Peristiwa ini kali keempat berlaku  dan kita  membuat laporan polis meminta Ketua Balai Polis Tapah untuk mengambil tindakan  dan mereka berjanji untuk bertindak tetapi difahamkan hingga ke saat ini tiada apa-apa dilakukan PDRM.
“Kita ingin menyatakan rasa kesal kerana dalam sebuah negara demokrasi  yang dicanangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pimpinan Umno-BN yang lain namun keganasan politik masih terus berlaku tanpa sebarang kawalan oleh PDRM yang sepatutnya neutral.
“Setakat ini tiada perkembangan mengenai insiden ini dilaporkan termasuk yang berlaku sebelum ini seperti simbahan cat di Kelantan dan Kedah serta balingan batu di Johor dan Melaka,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Biro Kepenggunaan PKR, Mohd Yahya Mat Sahri.

Satu saman AES bawa satu undi untuk Pakatan

KUALA LUMPUR 18 Dis: Setiap saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bermakna satu undi untuk Pakatan Rakyat, kata Koordinator Bersama Kempen Bantah AES, Saifullah Zulkifli.
“300,000 saman yang dikeluarkan, bermakna 300,000 undi untuk Pakatan Rakyat. Sebab itu hanya 10,000 saman dibayar, tak sampai 10 peratus dari keseluruhan jumlah saman. Ini sebenarnya protes senyap.
“Mereka yang disaman mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Tak lagi seperti dulu, berpusu-pusu membayar saman. Rakyat sudah celik, tidak lagi tunduk kepada undang-undang zalim,” kata Saifullah kepada Keadilan Daily.
Katanya, penguatkuasaan sistem AES tidak pernah dirunding atau melibatkan rakyat.
Malah, rakyat juga masih belum jelas bagaimana cara untuk turut sama terlibat dalam pewartaan undang-undang.

Dr Xavier Serah 631 Permohonan MyKad Biru Kepada JPN

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
PUTRA JAYA, 18 DIS: Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar hari ini menyerahkan 631 borang permohonan MyKad biru kepada ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini.
Permohonan tersebut merupakan permohonan dari warganegara Malaysia yang sah dari Klang, tetapi sehingga kini masih tidak memperolehi MyKad biru sepertimana warganegara lain.
Antara yang terlibat termasuklah mereka yang telah melalui proses permohonan berpuluh tahun, tetapi masih gagal memperolehi Mykad biru.
“Mereka terdiri daripada 467 dari kaum India, 110 Cina dan 54 Melayu dari seluruh Klang.
“Ada yang mempunyai MyKad merah, dah mohon lama untuk dapat MyKad biru, datang ke JPN berkali-kali, tetapi masih tak dapat sehingga ada yang dah hilang kepercayaan kepada JPN, berputus asa untuk mencuba lagi,” kata Dr Xavier selepas menyerahkan borang permohonan kepada pihak JPN.

MTUC mahu KWSP beri dividen lebih tinggi


Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengisytiharkan dividen lebih tinggi pada tahun ini berikutan peningkatan pendapatan pelaburannya.

KWSP baru-baru ini mengumumkan pendapatan pelaburannya meningkat kepada RM7.02 bilion pada suku ketiga tahun ini berakhir 30 Sept.

Naib Presiden MTUC A Balasubramaniam hari ini memberitahu Bernama bahawa berdasarkan keadaan itu, adalah wajar bagi KWSP mengisytiharkan dividen lebih tinggi.

KWSP mengisytiharkan enam peratus dividen bagi 2011.

Balasubramaniam berkata majoriti daripada 10 juta pekerja sektor swasta mengharapkan dividen lebih baik daripada KWSP kerana ia merupakan satu-satunya sumber simpanan bagi mereka.

-Bernama

Majlis Peguam mahu bukti kukuh tentang penglibatan peguam dalam akuan bersumpah Bala

President Majlis Peguam Lim menjemput pihak yang mempunyai bukti terhadap peguam Balasubramaniam untuk tampil ke hadapan. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 18 Dis — Majlis Peguam mahu bukti kukuh berkenaan penglibatan peguam yang menulis akuan bersumpah kedua P Balasubramaniam tentang pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006, berkata spekulasi tentang identiti individu ini hanya mengakibatkan “kekeliruan yang tidak perlu”. Dalam kenyataan medianya, presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata, menurut laporan dari Haris Ibrahim semalam, terdapat keraguan terhadap permintaan aktivis politik itu untuk majlis tersebut menyiasat.
“Bagi kami, Haris Ibrahim mungkin mengetahui identiti peguam ini. Ini mencetuskan spekulasi dan kekeliruan yang tidak diperlukan,” kata Lim.
“Majlis Peguam telah melihat keadaan ini dengan serius, dan menjemput kepada mereka yang mempunyai bukti untuk datang secara terbuka.
“Jika terdapat bukti yang menunjukkan salahlaku, sila laporkan bersama bukti bersama aduan kepada Badan Disiplin,” katanya dengan menambah, Majlis Peguam akan membantu untuk perkara ini.
Dalam laporannya, Haris meminta agar siasatan terhadap seorang peguam, yang beliau mendakwa melakukan salahlaku dengan menulis akuan bersumpah kedua Balasubramaniam tanpa merujuk kepada penyiasat persendirian itu.
Tetapi The Malaysian Insider difahamkan bahawa ahli senior dalam Majlis Peguam tersebut merupakan peguam yang bergelar “Tan Sri” yang menulis akuan bersumpah itu tidak melakukan salahlaku, walaupun tidak berbincang dengan Balasubramaniam sebelum menyediakan dokumen penting itu.

Shafei Afdal Bagi Semangat Kepada Pakatan Rakyat?

Semua orang patut bersetuju dengan pandangan salah sekor (pinjam istilah Najib) Naib Presiden Umno, Shafie Afdal yang mengatakan tidak baik bagi kerajaan sekiranya pembangkang kuat di parlimen.

Katanya walaupun ada tanggapan pembangkang yang kuat akan mewujudkan keadaan check and balance tetapi ia akan menjadi masalah kepada kerajaan dan rakyat Malaysia. Apa yang cuba diketengahkan Shafei biarlah kerusi pembangkang di parlimen sekitar 1/3 saja.

Apabila pembangkang kuat seperti hari ini ia menyebabkan kerajaan tidak dapat hendak membuat dasar atau polisi baru yang membabitkan persetujuan di parlimen. Apa lagi bila ia memerlukan pindaan perlembagaan, apabila kerajaan tidak mendapat majoriti 2/3 ia menyulitkan.

Kerajaan yang gagal mendapat majoriti 2/3 juga dianggap sebagai lemah dan tipis.

Hendaknya pandangan Shafei Afdal itu tidak mudah ditolak, sebalik perlu dijadikan panduan di dalam memilih kerajaan akan datang. Para pengundi harus menyematkan di kepala peringatan demikian. Mungkin Shafei sudah memahami bahawa Pakatan Rakyat akan memerintah selepas pilihan raya akan datang, dan biarlah kerajaan itu tidak terjadi seperti kerajaan UBN pada masa ini.

Jadi demi melancarkan kerajaan baru itu, biarlah pembangkang berada di bawah 50 kerusi saja di parlimen. Kerusi sebanyak itu sudah cukup untuk meninggalkan benih buat Umno yang kini menjadi tunggak kepada kerajaan UBN. Umno tidak boleh dilupuskan sama sekali kerana parti itu perlu berada di parlimen untuk menjadi pembangkang tukang semak dan pengimbang.

Bila Perlu Namakan BAYI ? - Ustaz Azhar Idrus

Aqiqah Di KEMBOJA Atau Malaysia ? - Ustaz Azhar Idrus

Bila Perlu TAHNIK ? - Ustaz Azhar Idrus

Baca Surah AL-QADR Sebelum AZAN & Iqamah - Ustaz Azhar Idrus

STATUS Orang Tolak Hukum Islam - Ustaz Azhar Idrus

Lee Chean Chung: Hentikan LYNAS! Selamatkan Malaysia [HKR Perak]

Oley 2 Episod 1

Isu tampar: Anak Orang Asli hanya bersekolah 3 hari

Walaupun jalan tanah mereka yang berlumpur menuju ke Sekolah Kebangsaan Bihai dan taman permainan yang digenangi air setiap kali hujan, bersekolah adalah sesuatu cukup bernilai bagi kebanyakkan anak Orang Asli di Gua Musang, Kelantan.

NONETidak seperti kampung di kebanyakkan kawasan di Semenanjung Malaysia, di mana anak-anak terpaksa melalui perjalanan yang jauh, jalan yang berlaterit, bangunan dua tingkat SK Bihai terletak di jalan masuk ke Kampung Tenrik - salah satu daripada sembilan kampung di Pos Bihai.

Murid-murid yang tinggal di kampung lain, yang terletak beberapa kilometer, mereka disediakan kemudahan asrama dua tingkat ditepi sekolah, yang turut disediakan untuk pra-sekolah.

Tetapi secara eksklusifnya, sekolah Orang Asli - yang terletak lebih dua jam perjalanan dari pekan Kuala Betis dengan menggunakan pacuan empat roda - menjadi perhatian umum selepas empat murid bukan Islam telah ditampar oleh seorang guru pada 23 Oktober kerana tidak membaca doa sebelum makan tengahari.

NONEKetika ditemui di Kampung Tenrik, Arom Asir - wakil penduduk kampung selepas kematian tok batin dan kedudukannya tidak diganti - berkata pendidikan merupakan masalah kanak-kanak di kampung dalam Pos Bihai lebih daripada sekadar insiden menampar.

Arom mendakwa kira-kira 200 murid di SK Bihai hanya diajar selama tiga hari dalam tempoh minggu persekolahan - sedangkan minggu persekolahan di Kelantan bermula Ahad hingga Khamis.

"Guru-guru hanya datang pada Ahad dan oleh itu mereka tidak boleh mengajar, jadi mereka mengajar pada Isnin sehingga Rabu. Dan menjelang tengahari hari Khamis, mereka bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Pelajar pula diminta untuk balik ke asrama," katanya.

Malaysia Negara Paling Rasuah di Dunia (Bisnes) : Indonesia, US, China, Singapura Pun Kalah!

WSJ Malaysia Malaysia Negara Paling Rasuah di Dunia (Bisnes) : Indonesia, US, China, Singapura Pun Kalah!
Tertunggu juga kami dibuatnya…kalau-kalau Utusan Malaysia, Berita Harian ataupun Buletin Utama TV3 ataupun televisyen milik kerajaan RTM ada menyiarkan laporan berita ini atau tidak. Malangnya, selepas beberapa hari berlalu ia masih tidak disiarkan. Mungkin mereka ada berita yang lebih penting daripada laporan The Wall Street Journal ini sehingga slot berita mereka sarat dengan “pengisian” yang lain….
 Jikalau K. Rajagopal ada pernah mengatakan ranking bola sepak Malaysia pada ranking FIFA tidak penting, harap-haraplah pendapat sebegitu tidak keluar untuk ranking di bawah ini..
Rasuah Malaysia 2012 Malaysia Negara Paling Rasuah di Dunia (Bisnes) : Indonesia, US, China, Singapura Pun Kalah!
Dahulu kita ada Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebelum diangkat ke kedudukan yang lebih tinggi di mana dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Adakah bertambah baik? Malangnya orang luar atau agensi luar dilihat lebih berminat & prihatin untuk mengukur dan mengawasi tahap rasuah di negara kita Malaysia.
Dan kami rakyat Malaysia tidak mahu negara yang bernama Malaysia popular dengan berita-berita yang sebegini rupa. Walaubagaimanapun kami sama sekali tidak terkejut dengan laporan berita  The Wall Street Journal ini berdasarkan statistik yang telah dikeluarkan oleh Badan Pemantau Rasuah, Transparency International (TI).

Antara 1970-2012 : Harga Rumah VS Peningkatan Pendapatan? Teres Setingkat RM300K-RM400K!

Harga Rumah 2013 Antara 1970 2012 : Harga Rumah VS Peningkatan Pendapatan? Teres Setingkat RM300K RM400K!
Jikalau sebelum ini pembaca Berita Semasa mungkin sudah membaca laporan DI SINI yang menjangkakan rakyat Malaysia perlu berpandapatan RM12,000 sebulan untuk membeli sebuah rumah teres yang berharga RM800,000. Iaitu 8 tahun daripada sekarang. Bersedialah semua di sini….
Hakikat dan realiti harga rumah semakin melonjak tinggi berkali ganda ketika ini sedangkan….. perbezaan peningkatan GAJI rakyat Malaysia tidak banyak berubah. Belum dimasukkan sekali peningkatan kos barang-barang lain….
Akhirnya golongan pertengahan dan berpendapatan rendah memiliki rumah akibat harganya yang semakin tinggi saban tahun.
  • Kos sara hidup meningkat tinggi tak seimbang dengan pendapatan kalangan rakyat Malaysia
  • Gaji nak 13% harga barang pula naik sehingga 70%. Itupun kenaikan gaji tidak tidak meliputi kesemua golongan yang berkerja di Malaysia. Bergantung dengan majikan masing-masing. Ada yang naik ada yang tidak……Ada yang terpaksa menuntut berkali-kali, ada yang hampir pasti menunggu habuan besar setiap tahun
  • Manakala, kenaikan kos sara hidup tetap perlu ditempuh
  • Akhirnya golongan pertengahan dan berpendapatan rendah memiliki rumah akibat harganya yang semakin tinggi saban tahun.

Ustaz Amno neh tahap pencacai ja rupanya...

Hehe... budak ni tahap pencacai jer rupanye..

Idola Ulama Muda Umno Di Isytihar Sesat Oleh JAKIM!!

Ulama muda mazhab ahlul punnah wal ranah umno iaitu fathul bari menuduh Dr. 
Yusuf Qaradhawi melontarkan provokasi kepada rakyat mesir kerana Dr. Yusuf 
Qaradhawi berada di Qatar bukannya di Mesir tanpa meneliti sebab Dr Yusuf 
Qaradhawi berada disana. 

tahukah anda bahawa beliau berada di Qatar kerana tidak dibenarkan masuk 
ke Mesir oleh pemerintah firaun terdahulu iaitu Hosni Mubarak atau Najib Razak.

sayembara dari itu ulama ulama muda kitab apco ini telah menfatwakan bahawa
tiada jihad di palestine dan boikot zionis adalah satu kebodohan - ulama umno.
Amalan Bertakbir Menyalahi Sunnah - ulama umno
Ikhwan Muslimin Sesat- ulama umno
Yusuf Qaradhawi Sesat dan Khawarij - ulama umno.

akhirnya barulah terbongkar rupa rupanya selama ini ulama muda umno atau ILMU 
mempunyai seorang ahli Majlis Syura yang diisytiharkan sesat oleh JAKIM apabila 
buku buku tulisannya diharamkan sejak 2003 lagi dan namanya adalah Rasul Dahri.

seperti sedia maklum bahawa pemuda pemuda umno yang mempertabalkan diri
mereka sendiri sebagai ustaz dan ulama mempunyai seorang ahli majlis syura
yang telah di fatwakan oleh JAKIM sebagai sesat dan menyesatkan.

kerana itulah tidak hairan bilamana mereka mereka ini selalu mempertahankan
pemimpin mereka yang rasuah dan gila serta mabuk kuasa, ahli ahli umno ini
tidak memperjuangkan agama tetapi memperjualkan agama.


BUKU ULAMA UMNO DI HARAMKAN KERANA SESAT AKIDAH!
AHLI MAJLIS ULAMA UMNO YANG MENGGUNAKAN KITAB APCO.
Rasul Dahri dilahirkan di Singapura pada 27 Mei 1953, merupakan warganegara 
Singapura, orang sebegini jadi idola dan sumber ulama freemason muda umno? 
patutlah pun. kami sudah faham sekarang, tidak mengapalah, memperjualkan
islam lebih di hormati di dunia dari memperjuangkan islam.




AES Hanya Beku Bukan Mansuhkan.. Jangan Seronok Sangat

Putrajaya mempertimbangkan untuk membekukan pelaksanaan kontroversi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) untuk mengelakkan saman berganda dengan sistem saman polis yang boleh menambahkan kesusahan kepada pengguna jalan raya, menurut sumber.
Projek swasta bernilai RM700 juta bermula pada bulan September dengan 14 kamera fasa percubaan tetapi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berikrar untuk melancarkan sebanyak 831 kamera menjelang akhir 2013 untuk menangkap pemandu laju dan mencegah lebih banyak kematian di jalan raya.
Gambar fail menunjukkan kamera perangkap kelajuan. Hampir 300,000 saman telah dikeluarkan sejak pelaksanaan AES pada September 23, 2012.
Pihak polis yang menguatkuasakan undang-undang hadlaju, berkata mereka akan meneruskan penguatkuasaan dan meletakkan perangkap kelajuan mudah alih berhampiran kamera AES, meningkatkan prospek denda dua kali bagi pemandu ingkar.
“Kerajaan sedang mempertimbangkan membekukan pelaksanaan AES disebabkan pertindihan sistem saman. Ini akan menyebabkan kesusahan,” kata satu sumber kepadaThe Malaysian Insider.
Beliau juga menyatakan beberapa ahli parlimen dari Barisan Nasional (BN) juga meminta kerajaan untuk menghentikan pelaksanaan sehingga semua pandangan dipertimbangkan.
Sumber lain berkata kerajaan mahu memastikan AES akan membantu memastikan pemandu mengikut had laju sepanjang perjalanan mereka bukannya hanya di kawasan-kawasan di mana kamera diletakkan.
“Sistem ini adalah untuk menguatkuasakan had laju dan memastikan keselamatan jalan raya,” tambah beliau.
Kira-kira 10,000 pemandu sudah membayar saman mereka di bawah AES sejak ia dilaksanakan 23 September lepas. JPJ berkata ia juga mengeluarkan hampir 300,000 saman sejak itu.

Peguam Negara arah gantung kes saman AES


 
Pejabat Peguam Negara hari ini mengarahkan supaya semua prosiding kes saman melalui Sistem Penguatkuasan Automatik (AES) digantung.

Dalam satu kenyataan petang ini, ia bagaimanapun menegaskan bahawa saman melalui AES yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah sah.

"Bagaimanapun, ekoran kebimbangan yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu mengenai undang-undang dan aspek teknikal lain, maka Pejabat Peguam Negara telah memutuskan untuk mengkaji perkara itu dan mengarahkan semua prosiding ditangguhkan sehingga kebimbangan tersebut ditangani.

"Satu keputusan akan dibuat dalam tempoh beberapa hari akan datang mengenai isu berkenaan," tambahnya.

Mengenai empat kes saman yang telah dilepaskan tanpa dibebaskan,l semuanya akan dikaji semula dan akan didaftar semula jika pendakwaan perlu dibuat.

Menteri Otak Udang : Pembangkang kuat di Parlimen tidak baik untuk negara, kata Shafie

KUALA LUMPUR, 18 Dis — Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (gambar) hari ini berkata pembangkang yang kuat di Parlimen hanya akan mengganggu rancangan pembangunan dan perkembangan ekonomi negara dalam satu majlis di Dewan Perdana Felda hari ini.
Menurut beliau lagi, walaupun terdapat tanggapan mengatakan perkara tersebut akan mewujudkan “semak dan seimbang” (check and balance), ia sebaliknya mewujudkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan buat kerajaan dan rakyat Malaysia.
“Sebuah kerajaan yang tidak kuat, sukar untuk meluluskan dasar dan polisi kerajaan.
“Ia juga menghalang kerajaan untuk melaksanakan segala program demi kepentingan rakyat,” kata beliau.
Menyedari hal sedemikian, rakyat Malaysia khususnya perlu berubah dan menggesa semua untuk memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak, kata Shafie.
“Hanya dengan kerajaan yang kuat dan kemenangan dua pertiga majoriti di Parlimen sahaja akan dapat membangunkan negara dan meningkatkan ekonomi negara,” tambah beliau.

Sains & Matematik : Saya tidak pasti sama ada ketawa atau menangis - Kit Siang


Saya benar-benar tidak pasti sama ada untuk ketawa atau menangis – tahap bahasa Inggeris di Malaysia telah benar-benar jatuh ke paras yang teruk dan memalukan selepas empat dekad pemerintahan Umno BN.
 
Minggu lalu, Malaysia diaibkan pada peringkat nasional dan antarabangsa apabila laporan Kajian Aliran Dalam Sains dan Matematik Antarabangsa (TIMMS) 2011 dikeluarkan, kerana kedudukan negara pada gred kelapan Matematik jatuh daripada tempat ke-20 pada 2007 kepada tempat ke-26 pada 2011 sementara kedudukannya di dalam Sains jatuh dengan margin yang lebih besar, daripada tempat ke-21 pada 2007 ke tempat ke-32 pada 2011. Mata purata Matematik negara kita jatuh daripada 474 pada 2007 kepada 440 dan mata purata Sains negara kita jatuh pada tahap lebih teruk daripada 471 pada 2007 ke 426 pada 2011, kedua-duanya jauh lebih rendah daripada purata antarabangsa untuk kedua-dua subjek di dalam TIMSS 2011.

Apa yang lebih teruk, Malaysia juga diaibkan kerana menjadi satu-satunya negara daripada 6 negara daripada 42 negara terlibat di dalam kajian Matematik dan 45 negara terlibat di dalam kajian Sains untuk melihat kejatuhan pada mata  Matematik dan Sains juga kedudukan! Kebanyakkan negara lain sama ada mata dan kedudukan mereka bertambah baik atau kekal pada tahap sebelumnya.

MB: Cukai Pintu Ditetap Kementerian Kewangan Bukan PBT

MB Batik 01
SHAH ALAM 18 DIS : Proses kenaikan cukai pintu dan lesen perniagaan bukan ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) di Selangor tetapi ia ditetapkan oleh Jabatan Penilaian Harta (JPPH) dan Kementerian Kewangan, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Tak ada 10 kali ganda, itu Zin tak pandai kira, perkara ini bukan dibuat oleh pegawai PBT dengan sewenangnya tapi ada undang-undang, ia berasaskan nilai tanah semasa, bukan dibuat oleh pegawai MBSA atau PBT lain, tetapi dibuat olh JPPH dari kementerian kewangan.
“Mereka yang tentukan nilai dan kita tidak boleh tukarkan nilainya, jadi jangan salahkan PBT.
“Semua pihak harus memahami nilai hartanah di sekitar Lembah Klang tinggi, ditambah pula pelaburan negeri lebih tinggi berbanding negeri lain, jadi tidak mustahil mereka menaikkan cukai itu,” katanya ketika mengulas kenyataan Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin mendakwa kenaikan cukai pintu sehingga 10 kali ganda berlaku di Kampung Baru Sungai Buloh dan Kampung Baru Subang serta kawasan lain mulai tahun depan.
Abdul Khalid juga memaklumkan Kerajaan Negeri akan berjumpa dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan pihak terlibat berhubung isu kenaikan cukai pintu dan lesen perniagaan Januari depan.

Tolak laporan bedah siasat Kugan, polis mahu tutup kesalahan

KUALA LUMPUR 18 Dis: Penolakan polis ke atas laporan bedah siasat kedua mendiang A Kugan oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana mahu lindungi kesalahan pasukan itu, kata peguam keluarga mangsa, Sivarasa Rasiah.
Katanya, polis terpaksa mencipta rekaan baru apabila laporan tersebut tidak berpihak kepada mereka.
“Penjelasan polis bahawa kemungkinan mayat Kugan terusik sebelum bedah siasat kedua dilakukan hanyalah alasan untuk tolak laporan itu. (Padahal) polis tiada bukti mayat itu terusik.
“Selepas ditegur di mahkamah (ketika perbicaraan), Timbalan Ketua Polis Negara (DIGP), Datuk Khalid Abu Bakar akui, beliau tiada bukti berhubung perkara itu. Dia (hanya) kata ada kemungkinan. (Malah) tiada laporan polis dibuat tentang hal tersebut,” jelas Sivarasa ketika dihubungi.
Menurut Ahli Biro Politik KEADILAN itu, beliau kemudian memaklumkan kepada mahkamah, laporan bedah siasat pertama oleh Dr Abd Karim Tajudin tidak lagi boleh digunapakai kerana dia didapati bersalah memalsukan laporan berkenaan.

131,000 M'sians petition govt: STOP SLAVERY, PROTECT RIGHTS of domestic workers

This International Migrants’ Day, we remember the hundreds of thousands of migrant women who raised and continue to raise millions of Malaysian children; who care for the elderly; who clean our homes & clothes; who cook and who carry out the countless chores that need to be done so that our lives are managed and made all the more easier.
131,000 M'sians petition govt: STOP SLAVERY, PROTECT RIGHTS of domestic workersOn this Migrants’ Day, we ask that you think about the 300, 000 domestic workers in Malaysia, migrant women who remain largely invisible and yet essential to our homes and to our country. We urge you to reflect on the hundreds of thousands of women in our homes whose lives continue to be unprotected and who are deprived of the enjoyment of dignity and basic rights; women who in the year 2012, are referred to as ‘servants’ under Malaysian law, who are denied even a single day off a week for rest, who are forced to work months without pay so that employers, brokers and agents can profit from their labour, who are controlled and silenced because we do not recognize them as human persons who deserve to be treated as we wish to be treated ourselves.
On this International Migrants' Day, we remember the over 100 domestic workers who we rescued and who came to us within the first 10 months of this year, women who have faced over 500 forms of violations at the hands of employers and agents. We remember too the thousands of domestic workers Tenaganita has assisted over the years, and the hundreds of thousands more who remain unidentified, silently enduring the violation of their rights at the hands of a system and culture that treats them as less than workers and that refuses to recognize their womanhood and identity as a human person.
IT IS YOUR DUTY

PRU13 : Najib & Dr M Akan Tinggalkan Negara Ini -Husam

 KL: Datuk Seri Najib dan Tun Dr Mahathir, sibuk untuk meninggalkan negara ini..Begitu, PAS penuh keyakinan, perpindahan kuasa yang akan berlaku dalam pilihan raya ke 13 nanti bakal berjalan dengan penuh keamanan. Pihak istana akan memanggil pimpinan Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan seawal jam 10 malam hari pilihan raya nanti.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa membayangkan, pihak istana akan memanggil pimpinan Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan seawal jam 10 malam hari pilihan raya nanti.

"Ketika itu, Datuk Seri Najib dan Tun Dr Mahathir sibuk untuk meninggalkan negara kerana bimbang dengan kesalahan masa lalu mereka.
"Manakala rakyat keseluruhannya menyambut perubahan kerajaan dengan gembira," kata Husam dalam satu majlis bersama jentera pilihan raya PAS di Kota Bharu baru-baru ini.

Senario ini disebut sekali lagi oleh Husam yang juga Pengarah 'Roadmap  to Putrajaya' PAS ini kepada Harakahdaily. Oleh kerana semua rakyat menyambut baik perpindahan kuasa ini, beliau yakin semua pihak yang mendokong negara termasuk angkatan tentera dan polis tidak akan bertembung dengan kehendak rakyat.

"Apabila rakyat membuat keputusan yang jelas memberikan mandat kepada Pakatan, saya yakin semua aparatus negara akan bersama rakyat kerana terlalu tinggi risiko yang diambil kalau mereka tidak bersama rakyat," kata Husam penuh keyakinan.

80 kerusi

16 Kuil Dirobohkan Semasa Era BN, Kenapa MIC Membisu?

Enam belas (16) kuil Hindu telah dirobohkan di Lembah Klang dalam masa 2 tahun semasa era BN.

(senarai ini tidak termasuk seluruh Malaysia)

{SEKARANG MIC NAK TUNJUK HERO DLM KES SEPANG?!!}

1. Kuil Sri Ayyanar Sathiswary Alayam (lebih daripada 65 tahun) Jalan Davies telah dirobohkan pada 22/02/2006 dan patung dikebumikan di tapak.

2. Pantai Malaimel Sri Selva Kaliamman Temple (lebih daripada 100 tahun) telah dirobohkan pada 17/042006 oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

3. Vaalmuniswarar Rajaamman Kovil (lebih daripada 60 tahun) di Hospital Lady Templer dirobohkan pada 03/052006 oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

4. Sri Kaliamman kuil di Midlands Estate, Seksyen 7, Shah Alam (lebih daripada 100 tahun) telah dirobohkan oleh Dewan Bandaraya Shah Alam pada 09/05/2006.

5. Sri Balakrishan Muniswarer kuil di Setapak (lebih daripada 60 tahun) sebahagiannya telah dirobohkan pada 11/05/2006 oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Ini persiapan terhebat pemimpin BN untuk hadapi PRU13?

Tambah-tambah dalam suasana politik yang tak menentu sekarang ni dan ramai yang jangka Umno BN bakal tumbang dalam PRU13 nanti, cuma pemimpin Umno BN yang bangang saja kut yang tak seludup harta haram keluar negara.

Malaysiakini melaporkan:
Hampir RM200 bilion wang kotor mengalir keluar dari Malaysia pada tahun 2010 - meletakkan negara ini di tempat kedua di belakang kuasa ekonomi Asia, China, dalam pengaliran modal global.

Badan pemantau - Global Finandial Integrity (GFI) yang berpangkalan di Washington - dalam laporan terbarunya yang menjejaki pengaliran modal, berkata tahap pengaliran wang haram dari Malaysia itu pada tahun 2010 adalah yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun. - Mkini.  
Juga dilaporkan:

Jumlah anggaran untuk tempoh 10 tahun bagi Malaysia ialah AS$285 bilion (RM871.4 bilion), manakala bagi China ialah AS$2,740 bilion, dan Mexico, AS$476 bilion. - Ibid.
Apa sebenarnya yang dimaksuddkan dengan 'wang haram' ni?

Kalau ikut takrifan undang-undang Akta 613 Seksyen 1
“hasil daripada aktiviti haram” ertinya mana-mana harta yang diperoleh atau didapati, secara langsung atau tidak langsung, oleh mana-mana orang berbangkit daripada apa-apa aktiviti haram; - BNM
.Maknanya wang atau harta hasil dari rasuah dan penyelewengan tentu masuk dalam 'wang haram'.

Jayakan kempen 100 Hari ke Putrajaya

Oleh LIM KIT SIANG
Propagandis Umno-BN telah berkerja keras untuk meramal pelbagai senario buruk untuk DAP, Pakatan Rakyat dan negara menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13. Sebagai contoh, memberi amaran akan berulangnya rusuhan kaum 13 Mei, huru hara dan malahan Malaysia akan muflis dan menjadi seperti Greece dalam tempoh tiga tahun sekiranya Uumno-BN digantikan dengan Pakatan di Putrajaya

Sudah hampir lima tahun Pakatan membentuk kerajaan negeri di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah dan telah lebih 22 tahun sejak PAS menawan kerajaan negeri Kelantan. Pernahkah terjadi rusuhan kaum 13 Mei di negeri-negeri Pakatan Rakyat atau adakah mereka telah muflis?
Sekiranya pemerintahan Pakatan Rakyat begitu teruk, Dato' Seri Najib Razak tidak perlu melalui dua tahun kesengsaraan yang berulang dengan menangguh tarikh PRU13 kerana kurangnya keyakinan beliau bahawa Umno-BN akan memperbaharui mandat untuk terus memerintah Malaysia.

1 Malaysia sudah jadi 'over' - Penganalisis Politik

Politik kotor terhadap DSAI membimbangkan - Penganalisis Politik

Nizar Jamaluddin: 55 Tahun Diberikan Mandat, Barisan Nasional Telah Khianat Rakyat

PKR Kesal Bas Jelajah Merdeka Rakyat Terus Diserang Samseng Politik

Tuan Guru Abdul Hadi Awang: UMNO yang buat huru-hara kalau kalah!

Mat Sabu: 5 PM Berjaya Membuat Hutang RM200 Billion, Najib Buat Semua Banyak Dengan 5 PM

DAP angkat martabat ekonomi Melayu Pulau Pinang


KUALA LUMPUR, 18 DISEMBER: DAP menganggap kenyataan Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Moehamad Izat Emir mengenai “Ekonomi Melayu tergugat jika DAP diberi kepercayaan” sebagai dangkal, tidak berasas dan bermotif perkauman.
Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari berkata, DAP adalah sebuah parti politik yang konsisten dalam pelaksanaan dasar tadbir urus yang cekap, bertanggungjawab dan telus, seperti yang dibuktikan pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang selama hampir lima tahun.
Katanya, tambahan pula keberkesanan tatakelola pentadbiran yang dilaksanakan kerajaan Pulau Pinang mendapat pengiktirafan dan pengesahan daripada Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun.
“Bagaimana mungkin ciri ketelusan dan kebertanggungjawaban boleh menjadi ancaman kepada orang Melayu. Hipotesis yang kurang waras ini hanya diguna sesetengah pihak yang tidak berdaya saing akibat kebergantungan mereka kepada sistem kroni dan amalan rasuah.
“Contohnya, setelah beberapa tahun pelaksanaan sistem tender terbuka yang diperkenalkan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, didapati lebih 70 peratus kontrak kerajaan negeri dianugerah secara telus dan terbuka kepada kontraktor Melayu yang berdaya saing.

Angin perubahan juga berlaku dalam Umno sendiri

Parti perkauman itu terpaksa menghadapi kekalahan buat sementara seperti yang di lalui oleh LDP Jepun dan Kongres India.

Oleh Aspan Alias
Sekarang sudah timbul suara-suara kecil di dalam UMNO sendiri yang perubahan perlu berlaku kalau boleh di dalam UMNO sendiri.
Keadaan ini tentulah di sebabkan oleh kenyataan yang pemikiran baru sudah mula wujud dalam parti itu hasil dari pengalaman yang mereka sedang lalui sekarang ini. Sudah ramai di kalangan yang ahli-ahli UMNO, mereka wajar berubah kerana desakan yang begitu kuat dari rakyat.
Ia bermakna UMNO terpaksa menghadapi kekalahan buat sementara bagi menolak mana-mana pemimpin yang di anggap menjadi penyebab kenapa UMNO sudah sampai ke tahap yang ada masa ini.
Jalan yang terbaik ialah pimpinan yang ada pada masa ini untuk berfikir dan menumpukan usaha untuk memenangi pilihanraya kali ini, walaupun jika terpaksa barisan pimpinan hari ini bersedia untuk berkorban dan mengundurkan diri.
Sesungguhnya tidak hina jika pimpinan hari ini mengundurkan diri dan di berikan tanggungjawab parti dan negara kepada seorang yang lain dari mereka yang berada di dalam Majlis Tertinggi parti atau dalam kerajaan.
Kumpulan ini berkata yang UMNO perlukan imej yang baru dan imej yang baru itu akan hanya wujud jika parti di pimpin oleh orang yang baru yang tidak semestinya orang muda.
Sudah jadi bubur

Jalan RM14.9 juta: SPRM digesa siasat Musa Aman


KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sabah didesak menyiasat Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berhubung sebatang jalan berharga RM14.9 juta.

Mohd Faizal Padlee yang mewakili Jingga 13 membuat laporan kepada SPRM Cawangan Sabah di sini, hari ini berhubung perkara itu. Turut serta ialah Koordinator Jingga 13, Fariz Musa.

Beliau juga mendesak SPRM agar turut menyiasat Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, Timbalan Ketua Menteri Merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Pengarah JKR Negeri Sabah dan syarikat yang mendapat kontrak oleh JKR berhubung pembinaan jalan itu.

Berikut laporan Mohd Faizal kepada SPRM Cawangan Sabah.

Harussani jadilah mufti agama, bukan mufti Melayu


KUALA LUMPUR: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria diharap dapat menjadi mufti Islam, bukan mufti Melayu supaya kewibawaan beliau dihormati.

Persepsi umumnya beliau lebih banyak mengkritik pemimpin Pakatan Rakyat daripada mengkritik Umno, seolah-olah Pakatan Rakyat ini merbahaya kepada Melayu, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Katanya, lebih malang lagi pada fahaman beliau mesti mempertahankan Melayu dan bersatu atas nama Melayu.

“Salahkah PAS dan Pakatan Rakyat  menentang Melayu perasuah, pengkhianat, penindas sesama bangsa.

“Doktrin yang beliau pegang, amat memburukkan Islam di kaca mata orang bukan Islam. Manhaj mana yang beliau rujuk?” ujar beliau dalam satu kenyataan.

Samseng UMNO : Serangan bas, PKR dakwa polis tak serius

PKR memutuskan untuk tidak membuat laporan polis berhubung serangan ke atas bas kempen PKR di Tapak, Perak, Ahad lalu kerana mendakwa kecewa dengan kurangnya tindakan polis terhadap insiden-insiden yang sama sebelumnya.

Menurut Setiausaha Kerja PKR, Raden Shamsulkamar Raden Samsudin, dalam kejadian Ahad lalu, staf PKR menunggu polis hampir sejam di tempat kejadian namun mereka tidak muncul.

NONE"Kami menelefon OCPD untuk memaklumkan kepada beliau untuk mengambil tindakan, namun tiada yang muncul.

"Kami membuat keputusan untuk tidak melaporkannya berdasarkan kejadian-kejadian sebelum ini," katanya.
Menurut Raden, bas itu pada masa kejadian hanya membawa petugas parti dan mereka sedang menuju ke Tapah untuk sambutan Deepavali PKR.

"Kami tidak nampak dari arah mana ia (batu) datang tetapi pemandu mendakwa bas itu melintasi konvoi pemuda bermotosikal yang memakai baju-T BN berwarna biru," katanya.

Pemimpin BN beri amaran kedudukan Malaysia dalam pengaliran wang haram....Macam Duit Haramjadah RM40 Juta Untuk UMNO Sabah..!!!

KUALA LUMPUR, 18 Dis — Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) meminta kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mempercepatkan usaha dan menghentikan pengaliran wang haram daripada ekonomi Malaysia, dan menegaskan  bahawa sekiranya terus dibiarkan, imej dan integriti negara akan menerima kesan buruk, terutamanya kepada pelabur global.
Bercakap kepada The Malaysian Insider hari ini, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai mengakui laporan Integriti Kewangan Global (GFI) terbaru dalam pengaliran modal bagi tahun 2010 dan bersetuju bahawa kerajaan akan mengemukakan langkah pencegahan.
“Kami akan menyemak mengenai perkara ini dan mendapatkan BNM untuk membalas,” katanya memberi jaminan.
Pemantau kewangan yang berpangkalan di US, GFI, dalam laporan terbaru, mendapati Malaysia berada di tangga kedua daripada 150 negara-negara membangun yang dikaji, mencatatkan kerugian sebanyak USD64.38 bilion (RM196.84 bilion) wang haram bagi tahun 2010 sahaja.
Pendahulu senarai adalah China, yang mencatatkan kira-kira RM1.3 trilion kerugian pada tahun 2010.
Secara kumulatif, Malaysia menduduki tempat ketiga, di belakang China dan Mexico, dengan sejumlah USD285.2 bilion (RM871.4 bilion) setelah disalurkan keluar daripada ekonomi negara melalui jenayah, rasuah, pengelakan cukai dan lain-lain aktiviti haram antara 2001 dan 2010.
“Ini teruk. Ia adalah sejumlah besar aliran keluar dan ini tidak memberikan kesan yang baik kepada negara,” kata ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Seri Azmi Khalid.
Azmi, yang merupakan bekas menteri, kini mempengerusikan Parlimen Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), sebuah badan yang mengkaji penguntukan jumlah wang yang diberikan oleh Dewan untuk perbelanjaan awam.
“Dari segi ekonomi, aliran keluar ini juga turut memberikan kesan buruk kerana jika wang dikekalkan selama-lamanya atau digunakan untuk pelaburan di dalam atau di luar negara, ia boleh membawa pendapatan dan kekayaan kepada Malaysia.