Ahad, 16 Disember 2012

Rm2 seekor upah menangkap tikus di Kuala terengganu - Mat Said

HKR PGU6 Terenganu : YB Tuan Guru Presiden PAS Part 4

HKR PGU6 Terenganu : YB Tuan Guru Presiden PAS Part 3

HKR PGU6 Terenganu : YB Tuan Guru Presiden PAS Part 2

HKR PGU6 Terenganu : YB Tuan Guru Presiden PAS Part 1

HKR PGU6 Terenganu : Husam Musa Part 3

HKR PGU6 Terenganu : Husam Musa Part 2

HKR PGU6 Terenganu : Husam Musa Part 1

Samseng upahan UMNO menyerang bas Jelajah Merdeka Rakyat lagi!!


 


Sekali lagi samseng-samseng upahan UMNO mempamirkan keganasan mereka terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat.

Bas yang dalam perjalanan ke Bandar Baru Seri Iskandar, Perak bagi turut bersama dalam sambutan Deepavali di Taman Hijau, Tapah dilaporkan telah diserang.

Samseng-samseng upahan UMNO yang dipercayai menerima peruntukan yang kecil hingga tidak cukup untuk membeli cat merah telah menggunakan batu untuk menyerang bas.

Serangan telah dilakukan selepas kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah, Perak.


Namun begitu tiada kecederaan dilaporkan oleh Maisurie Zainal, Setiausaha Kerja Wanita Pusat Parti KeAdilan yang turut berada di dalam bas.

Hanya cermin sisi berjaya dipecahkan mereka..

Kesian betul kat bas ni... lagi lama Najib tangguh Pilihanraya mahu hancur bas ni dikerjakan pencacai UMNO..

Yang aku hairannya apa hal dengan pencacai-pencacai UMNO ni..

Najib kata UMNO kuat tapi pencacai-pencacainya.. dengan Billboard takut.. PR buat ceramah takut dan bas pun depa takut.. 

Selangor Bagi Insentif Perkahwinan Tahun Depan

MB belia insentif perkahwinan 01
SHAH ALAM, 16 DIS: Kerajaan Negeri Selangor akan menyediakan insentif perkahwinan kepada belia-belia Negeri Selangor yang mendirikan rumahtangga pada tahun hadapan.
Belia Selangor yang memenuhi syarat yang dijangka diumumkan tidak lama lagi bakal menerima RM 200 sumbangan dari Kerajaan Negeri.
Selain itu, mereka yang terlibat dalam program insentif perkahwinan ini juga bakal ditawarkan program perumahan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri.
Pengumuman tersebut dibuat Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika melancarkan Majlis Perkahwinan Belia Mengikut Adat Resam Melayu Negeri Selangor yang diadakan di pentas utama Selangor Agrofest 2012, perkarangan Stadium Shah Alam hari ini.
“Insentif itu kita tak dapat mulakan kali ini sebab ia menggunakan peruntukan dari Belanjawan 2013 baru-baru ini, sebab itu kita mulakan mulai 1 Januari 2013.
“Dalam program itu juga nanti, Kerajaan Negeri akan membiayai dengan konsep perkongsian,” ujar Abdul Khalid.

Selangor : Wang Rakyat Patut Labur Ke Pendidikan Bukan Kapal Selam

MB pink songkok 01
BANDAR TUN RAZAK, 16 DIS : Semua negeri sewajarnya mencontohi negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang membelanjakan dana awam kepada program yang betul-betul beri manfaat kepada rakyat dan bukan kepada dasar hanya menguntungkan segelintir individu.
Misalnya, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Kerajaan Selangor melabur di dalam sektor pendidikan menerusi peruntukkan dana kepada sekolah jenis kebangsaan dan sekolah agama dan hadiah anak masuk universiti.
“Kita patut banyakkan peruntukan di pendidikan bukan banyakkan wang rakyat untuk membeli kapal selam.
“Kita harus berperang dengan menggunakan pendidikan bukan senjata. Kita harus bertanding dengan pakar-pakar yang dididik oleh negara,” ujar beliau lagi.
Semalam, Kerajaan Negeri juga membantu belia yang berpendapatan rendah dengan menanggung kos majlis perkahwinan dengan mengadakan kenduri dan majlis bersanding serentak yang melibatkan 61 pasangan.
“Kos perkahwinan sekarang semakin tinggi dan ini telah mengakibatkan ramai belia berhutang untuk menanggung kos tersebut.

BN, PR sepakat lupakan tragedi 13 Mei...Tapi UMNO dan pencacainya terus berselindung disebalik 13 Mei...!!!

Ibrahim Ali: Sasaran kritikan kerana mengeluarkan kenyataan tragedi 13 Mei. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 16 Dis — Pemimpin politik daripada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) hari ini sepakat untuk melupakan peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Mereka malah menegur Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali untuk tidak lagi mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana itu hanya akan menyebabkan hubungan antara kaum di negara ini terganggu.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini, pemimpin kedua-dua parti politik tersebut menasihati Ibrahim agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan kerana ia bakal mengguris perasaan sesetengah kaum.
Chor Chee Heung
“Kadangkala, sahabat saya Ibrahim Ali, beliau ketinggalan ... Seperti tertinggal daripada dunia moden,” kata Naib Presiden MCA, Datuk Chor Chee Heung, kepada The Malaysian Insider. “(Tindakan) beliau itu umpama merugikan BN, walaupun kadangkala kenyataannya itu mahu rakyat menyokong BN.
“Dalam Malaysia moden sekarang, Melayu, semua bangsa, mempunyai minda yang berbeza ... mereka lebih progresif, rakyat lebih mengutamakan kerajaan, bukan bangsa.”
Dalam satu temu ramah eksklusif Sinar Harian yang dipetik The Malaysian Insider sebelum ini, Ibrahim mengeluarkan kenyataan bahawa komuniti Cina di negara ini sebagai ancaman sekiranya mereka menguasai politik dan ekonomi.
Ekoran kenyataannya itu, Naib Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong, turut menyelar Ibrahim kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian yang menurutnya akan menyemai “benih kebencian di hati rakyat dan menimbulkan ketegangan kaum” di Malaysia.

Jangan Ketawa : Kedudukan Orang Melayu & Islam Terancam - Zulkifli Noordin

Saifuddin Nasution- DAP mampu tarik sokongan Melayu pada PRU13

Amanat hj hadi yang diakui oleh ADUN (UMNO) jabi

Kematian Akhbar Harian Di Malaysia ?

Oleh Nobisha
Untuk sekian lama, pagi hujung minggu ialah masa untuk bersantai. Bagi kebanyakan orang, inilah masa untuk minum pagi, makan roti canai dan nasi lemak, sambil membaca akhbar.
Akhbar merupakan antara media utama orang ramai mendapatkan berita. Bagaimanapun, sejak ledakan internet pada tahun 2000 (rujuk "The World is Flat"), internet dikatakan mula mengambilalih peranan akhbar.

Sekiranya ini benar, adakah ini merupakan petanda bahawa akhbar-akhbar harian akan berkubur - sekiranya tidak sekarang, mungkin dalam tempoh yang tidak berapa lama?
Menurut Pew Research Center for the People & the Press, televisyen masih merupakan sumber utama warga Amerika Syarikat mendapatkan berita dalam dan luar negeri, iaitu untuk sekitar 70% penduduk negara itu.
Bagaimanapun, untuk pertama kalinya pada tahun 2008, internet mula mengatasi akhbar sebagai sumber utama mereka mendapat berita; 40% mengatakan mereka mendapatkannya dari internet, berbanding 35% dari akhbar.
Ini adalah satu peralihan yang ketara, berbanding dengan masa awal ledakan internet dulu.
Pada tahun 2001, hanya 13% rakyat Amerika Syarikat mendapat berita dari internet, berbanding 45% dari akhbar dan 74% dari televisyen.
Implikasi kepada fenomena ini ialah kemerosotan jualan edisi cetak akhbar dan majalah.
New Orleans menjadi bandar besar pertama di Amerika Syarikat yang tidak mempunyai akhbar harian apabila The Times-Picayune dikeluarkan tiga kali seminggu saja. Akhbar itu sebelum ini dikeluarkan setiap hari.

Ratapan Orang UMNO Berbeza-beza

Orang Melayu akan ditimpa malang jika UMNO tewas dan bukan lagi jadi kerajaan. Ungkapan kata2 ini berkemundang dalam dewan PWTC semasa PAU 2012 baru2 ini. Beberapa orang telah menangis hiba. Maklum sahajalah, presiden UMNO memekik dan melolong melafazkan kebimbangan nya.

Walau bagaimanapun, kita tidak akan memandang rendah kepada pahlawan2 UMNO yang menangis. Pahlawanis pula yang di ketuai oleh ketua nya, srikandi UMNO nombor wahid, Shahrizat Abdul Jaleel, mungkin bercadang mahu menarik narik rambut jika mereka berjiwa Melayu. Atau kalau ada darah campuran Hindu, akan mahu menyelak kain dan menyinsing lengan baju. Kalau ada tembakau dimulut akan nampak hebatlah lagi pahwalawanis UMNO.

Najib telah menggambarkan bagaimana kehidupan orang Melayu akan tergugat dan diancam. Jika mudah sangat UMNO rasa terancam, maka 55 tahun memegang kuasa, apa sudah mereka lakukan?

Rakyat mahu hapus, kerajaan UMNO@BN lanjut tol jambatan P Pinang


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar menyokong desakan yang dibuat oleh NGO, Hapus Tol Jambatan Pulau Pinang (HAPUS) yang meminta agar kerajaan memansuhkan segera tol yang telah membeban hidup rakyat Pulau Pinang setiap hari.

Beliau yang dihubungi memberitahu tindakan melanjutkan perjanjian asal dari 33 tahun sebelum ini dengan melanjutkan lagi 20 tahun adalah satu tindakan yang tidak sewajarnya dan jelas hanya untuk keuntungan kroni sahaja.

"Kita tahu Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Malaysia dan merupakan keempat di Asia Tenggara dan kita hargai.

"Namun dalam pada masa yang sama rakyat terus terbeban dengan kadar tol yang dikenakan apatah lagi tempoh konsesi yang telah dilanjutkan kepada 20 tahun lagi, yang mana perjanjian asal hanya 33 tahun sahaja," kata beliau kepada Harakahdaily.

Menurut beliau lagi, kadar tol sebanyak RM7 bagi perjalanan dua hala satu beban besar kepada mereka yang merupakan penduduk Pulau Pinang yang sentiasa berulang alik menggunakan jambatan tersebut.

Dalam pada itu, beliau memberitahu kerajaan sepatutnya memberikan kadar diskaun kepada mereka yang sentiasa menggunakan jambatan tersebut terutamanya mereka yang menetap di bahagian pulau bukannya melanjutkan konsesi hanya untuk kepentingan kroni sahaja.

Sementara itu, HAPUS melalui kenyataannya memberitahu penghapusan tol Jambatan Pulau Pinang adalah amat perlu kerana rakyat Pulau Pinang tidak pernak mendapat manfaat dari keuntungan kutipan dari tol tersebut.

Malah menurut HAPUS lagi, kerajaan Pulau Pinang tidak pernah mendapat hak atau komisen daripada kutipan tol walaupun dalam perjanjian mengatakan mereka mempunyai pegangan sahan sebanyak 15 peratus atau 375,000 saham pada 1994.

Konsesi tol sepatutnya tamat pada tahun 2018 tetapi telah dilanjutkan sehingga tahun 2038.

PRU13 : Umno pindah semula pengundi Tganu ke Selangor


DUNGUN: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) mendakwa Umno BN sedang berusaha membawa pengundi Terengganu ke Selangor bagi membantu parti itu menawan semula Selangor dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Bercakap di Himpunan PAS Ganti Umno (PGU 6.0) di Dataran PGU Paka, dekat sini malam tadi, Husam berkata pengundi tersebut merupakan pengundi Selangor yang dibawa ke Terengganu pada tahun 2004.

Beliau berkata, kerana yakin Umno mampu menang besar di Selangor dalam PRU ke-11, sebahagian besar pengundi di negeri itu dipindahkan ke Terengganu.

Akibatnya dalam pilihan raya umum ke-12, Umno BN Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat kerana kehilangan pengundi yang dipindahkan ke Terengganu dalam PRU sebelumnya.

"Pada tahun 2004 Terengganu berjaya ditawan semula oleh BN bukan atas kehendak rakyat Terengganu. Majoriti rakyat Terengganu memilih PAS ketika itu.

"Bagaimana kerajaan PAS boleh tumbang adalah melalui penipuan pilihan raya yang dibuat oleh Umno.

Jangan Ketawa : Marilah sokong umno nasihat tok guru.....

Bumi Dipijak Milik Kroni : Skandal Penjualan Tanah Danga Bay Terbongkar!


Ini satu lagi maklumat yang perlu Najib Altantuya ambl peduli sesuai dengan slogannya Berubah Atau Rebah kerana tatkala beliau dan Timbalan Presiden Umno sedang berusaha dan hampir berjaya sepenuhnya memulihkan imej parti dan kerajaan, ada pula pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan mengaut keuntungan secara peribadi dan mungkin percuma tetapi meninggalkan kesan yang amat besar serta parah kepada rakyat.

Najib Altantuya dan Muhyiddin pasti yakin dan mengetahui bahawa Johor adalah kubu kuat ataupun benteng yang mempertahankan Umno selama ini dan rakyat Johor hidup mati mereka adalah sebagai orang Umno dan akan terus menyokong Umno sampai bila-bila tetapi kalau maklumat yang diterima ini benar dan Najib terus mempertahankan kepimpinan yang ada,kita bimbang kedegilan Wan Mokhtar Menteri Besar Terengganu satu ketika dulu berjangkit terhadap rakyat Johor.

Menjelang PRU13 nanti, Najib Altantuya tidak ada pilihan, beliau perlu berani membuat tindakan dan bukan sekadar tegas bercakap semata-mata, itupun kalau Najib Altantuya sayangkan rakyat Johor yang cinta serta kasih sayang mereka pada Umno dan Barisan Nasional tidak pernah pudar,

Saya harap maklumat ini tidak benar dan kalau ada kebenarannya, ada pihak yang perlu dipertanggungjawabkan terutama sekali mengenai isu pengambilan tanah untuk pembangunan di Danga Bay yang asalnya milik Kumpulan Prasana Rakyat Johor (KPRJ) telah dijual kepada Danga Bay Sdn Bhd dan dikecualikan daripada bayaran premium.

Sukar kita membayangkan andainya maklumat ini benar bahawa Danga A seluas 214 ekar dan Danga B seluas 135 ekar dijual dengan harga satu kaki persegi dengan RM13.12 sedangkan harga semasa bermula dari RM200-RM250 satu kaki persegi. 

Manakala Danga C seluas 524 ekar dikatakan telah dijual satu kaki persegi dengan harga RM1.50 sedangkan harga semasa RM80-RM120 satu kaki persegi. Danga D1 da Danga D2 192 ekar dijual dengan harga RM1.50 satu kaki persegi sedangkan harga semasa bermula dari RM80.00 ke RM 120.00. 

Danga D3 seluas 84 ekar dijual dengan harga RM1.50 satu kaki persegi, harga semasa bermula dari RM80.00 ke RM100.

Jangan Ketawa : Ibrahim Ali akui dia hebat berucap....!!!! ha..ha..ha..abe him...

Ahli parlimen Pasir Mas itu memperakui dirinya hebat semasa berucap di perhimpunan Perkasa di Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur semalam.

PETALING JAYA: Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali boleh dilabel sebagai seorang yang suka membangga diri serta gemar mencanang kehebatan sendiri.
Ahli parlimen Pasir Mas itu memperakui dirinya hebat semasa berucap di perhimpunan Perkasa di Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur semalam.
“Dalam tempoh empat tahun (Perkasa ditubuhkan) ahli Perkasa sudah 300, 000 orang.
“ Saya tidak dapat satu benda  dari (Najib) Datuk Seri  Najib Tun Razak. Kalau saya dapat  geran saya boleh kumpulkan orang Melayu seramai 500, 000 atau sejuta umat Melayu,” katanya.
Beliau merujuk kepada kepada kehadiran program perhimpunan Perkasa di Tasik Titiwangsa semalam yang munurutnya 10, 000 orang.
“Ini tidak kira lagi berpuluh-puluh bas yang belum sampai kerana tersekat di tengah jalan kerana mereka bertolak lewat,” tambah presiden Perkasa itu.
Ibrahim juga mengatakan beliau seorang yang setia kepada parti tetapi  menjadi mangsa cemburu kepada orang PAS dan Umno kerana kehebatannya.

PRU13: DAP akan letak calon Melayu


Lim Guan Eng GEORGETOWN - DAP akan menampilkan calon-calon mengikut kelayakan dan mempunyai peluang cerah untuk menang Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13), kata Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

Katanya, calon keturunan Cina yang dipilih oleh parti juga mestilah yang boleh berkhidmat untuk kepentingan masyarakat lain, tidak terhad kepada kaum Cina sahaja.

"Yang penting ialah kita mahu semua pemimpin mendekati semua rakyat Malaysia. Kenapa hanya Melayu mendekati orang Melayu, Cina mendekati kaum Cina, India mendekati kaum India sahaja? Ini bukan konsep Malaysian Malaysia yang kita tentukan (perjuangkan)," katanya pada sidang akhbar selepas berakhirnya Kongres Kebangsaan DAP ke-16 hari ini.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, memberi jaminan bahawa DAP, yang menjadi tunjang parti pakatan DAP-PKR-Pas, akan menampilkan calon Melayu bagi meraih sokongan khususnya orang Melayu.

Pak Lah: Melayu boleh berjaya tanpa perniagaan haram..!!! Melayu UMNO buat perniagaan haram..???

Pak Lah berkata kejayaan bergantung kepada kemampuan dan kebolehan sendiri. — Gambar fail
SUBANG JAYA, 16 Dis ― Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini menepis dakwaan presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang mengatakan larangan dalam Islam menghalang kejayaan Melayu, sebaliknya beliau menegaskan agama bukanlah penghalang kepada kejayaan individu. Veteran Umno yang lebih mesra dengan panggilan Pak Lah itu menjelaskan pembaharuan dilaksanakannya terhadap Islam ketika pemerintahannya, dilihat sedih dengan tindakan Datuk Ibrahim Ali menggunakan agama bagi mengukuhkan tindakan affirmatif.
Ibrahim sebelum ini pernah berada di dalam Ahli Majlis Tertinggi Umno bersama Pak Lah, namun dipecat pada November 2003 dan keahliannya dilucutkan.
“Apa lah, itu yang dia nak ambil jadi satu hujah pula.
“Kita jangan katakan kalau itu maka kita tak boleh berniaga ... Tak bermakna kita tak boleh jadi usahawan.
“Ada juga syarikat Melayu yang maju ... Semua bergantung kepada kemampuan dan kebolehan untuk dia menguruskan perniuagaan dia tanpa mesti ada bahan haram,” katanya.
Semalam, Ibrahim berkata jutaan ringgit tidak dapat dinikmati masyarakat Melayu kerana mereka tidak boleh menjalankan perniagaan yang haram di sisi Islam, sedangkan usahawan bukan Islam mengutip jutaan ringgit daripada perniagaan perjudian dan arak.
“Judi, arak, premis hiburan ... Melayu tidak boleh menjalankan perniagaan seperti itu, boleh kita bersaing?” kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu ketika Persidangan Agung Tahunan Ketiga Perkasa semalam.
“Kami menggesa kerajaan meneruskan tindakan affirmatif untuk memastikan keselamatan negara.”

Jangan Ketawa : Perkasa Zahid, Mat Said dan Ust Azhar

Jangan Ketawa : JOM ikrar bersama ibrahim al kataki

Pendedahan NUBE: CIMB Bank Dituduh Zalimi Pekerja Di Malaysia

Norlaily Mat Loddin yang berkhidmat di CIMB Bandar Baru Nilai dan hamil 4 bulan telah dijerit, dimarahi dan diugut oleh Pengurus Cawangan, Amiruddin Hanuddin di hadapan para pelanggan dan rakan-rakan sekerjanya apabila enggan melakukan transaksi secara salah. Akibatnya, beliau pengsan dan terlantar di hospital. 
Satu laporan polis telah pun dibuat.




Dengar dan lihat pula video kedua dibawah bagaimana wakil NUBE menjawab semua tuduhan terhadap pekerja bank CIMB.

Menurut video tersebut hanya pihak atasan CIMB shj mendapat faedah tinggi.

(NUBE) Malaysian Made Slaves By CIMB Bank

Union busting by Hamidah Naziadin, Head of Group Corporate Resources, CIMB Group. She was lying to Young Corporate Malaysians (YCM) on 2nd December 2011 at Intercontinental Hotel, Kuala Lumpur.




~CIMB membayar RM70, bayaran yang tidak seberapa sebagai Bonus Prestasi PMS untuk sebahagian para pekerjanya tetapi mampu membelanjakan USD6.1 juta untuk ‘Golf - CIMB Classic 2012’ dan pelbagai bantuan dan tajaan lain demi memasyhurkan nama CEOnya

PRU13 : Nizar yakin PR Perak bebas calon sabotaj

IPOH – Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin melahirkan keyakinan isu sabotaj tidak akan pernah berlaku dalam kalangan calon Pakatan Rakyat (PR) Perak.

Beliau berkata, selama pembentukan PR di negeri itu, amalan sabotaj parti tidak pernah timbul atau dibincangkan dalam kalangan pemimpin tertinggi negeri.

“Umno lainlah, mereka ada menyebutnya kerana mungkin mereka merasakan unsur itu wujud dalam kalangan ahli sendiri.

“Kita di PR tidak perlu buang masa untuk memikirkan soal sabotaj ini kerana elemen seumpama itu tidak ada dalam budaya politik PR,” katanya.

Mengulas lanjut, Nizar berkata, budaya percaya terhadap keputusan pimpinan Pusat menjadi garis panduan penting kepada PR agar tidak sesekali terjerumus dalam kancah budaya sabotaj.

Katanya, sehingga kini semua senarai nama calon yang bakal bertanding pada pilihan raya umum akan datang sudah diserahkan kepada pucuk pimpinan.

“Apa yang sahaja yang ditetapkan, kita akan akur, jadi daripada senarai yang kita berikan itu kita tahu, sabotaj tidak akan berlaku,” katanya.

PAS : Tutup kilang Lynas, bukan berdolak-dalik


Zulkefly Mohd Omar SEREMBAN – Kerajaan perlu segera menutup operasi kilang Lynas Advanced Materials Plant bukannya berdolak-dalik tentang isu bahan buangan mahupun keselamatan kilang berkenaan.

Pengerusi Lajnah Alam Sekitar Pas Pusat, Zulkefly Mohd Omar berkata, kilang Lynas yang beroperasi di Taman Perindustrian Gebeng, Kuantan itu perlu segera ditutup kerana ia merbahaya kepada orang ramai termasuk sisa buangan nadir bumi itu.

“Saya dan seluruh rakyat mahu mempersoalkan kenapa kerajaan masih membenarkan kilang Lynas beroperasi dan diberi lesen operasi sementara meskipun Lynas gagal memberi pelan lengkap dari aspek keselamatan, alam sekitar termasuk pelan kecemasan sekiranya berlaku kebocoran gas dan sebagainya.

Briged Izzudin Al-Qassam : Skuad keselamatan elit Palestin

Anwar sahkan Mansor bertanding Parlimen PKR Nibong Tebal

Chek'gu Bard Realisasikan Tuntutan Bersih, Bersihkan Piliharaya Kita

Isu syirik - PAS mahu jumpa Ismail Mina

Untuk faham ekonomi, tanya suri rumah.....

 
UALA LUMPUR, 16 Dis — Siapa yang lebih baik daripada separuh pasangan wanita untuk mengetahui turun naiknya ekonomi?
Mungkin majoriti suami adalah mereka yang menanggung beban kewangan namun isteri dan ibu yang merasakannya sebelum pasangan mereka. Mereka menguruskan yuran sekolah, barangan keperluan harian, gaji pembantu rumah, dan serta-merta mengetahui bila caj elektrik naik.
The Malaysian Insider menjalankan kaji selidik rawak dalam kalangan kenalan dan rakan-rakan, berumur antara 30-40, dan berpendidikan, dan sama ada bekerja dari rumah.
Belanjawan adalah pertarungan berterusan walaupun sesetengahnya datang daripada keluarga kelas pertengahan tinggi. Sesetengahnya merupakan golongan profesional, bekerja sendiri, mahupun suri rumah sepenuh masa.
Perkara pertama yang menjelma di minda adalah kualiti dan kos pendidikan di negara ini. Mereka semua mengakui pendidikan yang beremampuan adalah dengan menghantar anak-anak ke sekolah kerajaan, namun aktiviti selepas sekolah dan tuisyen boleh menyusutkan poket. Mesti akan ada yang perlu dibayar, dan atas harga apa apabila mereka merasakan sistem pendidikan telah jatuh dengan drastik daripada persekolahan mereka?
Persoalan hartanah
Kebanyakan mereka mengakui hartanah dan peningkatan kos pendidikan, termasuk kesihatan, adalah di luar kawalan dan “tidak masuk akal”. Harga pasaran hartanah melambung, namun masih lagi ada lebihan kediaman dan ruang pejabat di seluruh Lembah Klang dan Selangor.
Walaupun hartanah yang belum dimiliki masih banyak, tetapi mereka (harga) hanya mensasarkan golongan berpendapatan tinggi. Sazlin Daud, seorang yang pernah menjadi pengamal undang-undang, yang kini seorang suri rumah, ibu kepada dua anak mengulas,” kita bukan bercakap soal satu dua pemaju dalam dua kawasan, mereka ada di mana-mana, di sekitar Lembah Klang! tidak masuk akal bila hartanah baru sekarang di kawasan pinggir bandar, superlinks, rumah berkembar dan banglo dengan harga yang bermula pada kadar melebihi RM1.5 juta? Apa yang berlaku kepada rumah teres lama? Dan apa yang lebih tidak masuk akal adalah hartanah yang sedia ada, walaupun rumah teres di Subang Jaya boleh dijual dengan harga RM700-800,000, di Bandar Utama untuk RM800,000 hingga RM1 juta dan di Mutiara Damansara untuk RM1.2 juta?”
Mereka juga mengakui walaupun rumah lama dijual pada harga RM700-800,000; rumah yang sama di Bandar Utama hampir RM1 juta. Keadaan seperti itu tidak sesuai untuk pasangan muda dengan keluarga yang semakin membesar. Persoalannya, bila masa mereka boleh pindah dan anak-anak boleh membesar?
Untuk itu, sebahagian daripada mereka mendapati menyewa adalah caranya. Ia lebih praktikal dan berkemampuan. Namun ia turut memberikan tekanan. Menyewa masih lagi dipandang rendah oleh masyarakat Asia.
Semakan belanjawan

Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP 2012-2015


Pengerusi: Karpal Singh

Timbalan Pengerusi: Tan Kok Wai

Naib-naib Pengerusi:

1. Chow Kon Yeow
2. M. Kulasegaran
3. Chong Chien Jien
4. Teresa Kok
5. Dr. Ariffin Omar

Setiausaha Agung: Lim Guan Eng

Timbalan Setiausaha Agung:
1. Chong Eng
2. Ngeh Koo Ham
3. Dr. P. Ramasamy

Bendahari Kebangsaan: Fong Kui Lun

Timbalan Bendahari Kebangsaan: Nga Kor Ming

Setiausaha Organisasi: Anthony Loke Siew Foke

Timbalan Setiausaha Organisasi:
1. Vincent Wu
2. Thomas Su

Setiausaha Publisiti: Tony Pua Kiam Wee

Timbalan Setiausaha Publisiti:
1. Teo Nie Ching
2. Zairil Khir Johari

Setiausaha Antarabangsa: V. Sivakumar

Pengarah Biro Pendidikan Politik: Liew Chin Tong

Timbalan Pengarah Biro Pendidikan Politik: Dr. Boo Cheng Hau

Biro Pakatan Rakyat:
1. Teng Chang Khim (Pengerusi)
2. Vincent Wu
3. Anthony Loke Siew Foke
4. Teresa Kok
5. Liew Chin Tong
6. Gobind Singh Deo
7.  Tony Pua Kiam Wee

Penasihat Seumur Hidup: Dr. Chen Man Hin

Biro Disiplin:
1. Tan Kok Wai (Pengerusi)
2. M. Kulasegaran
3. Lim Hock Seng
4. Dr. Tan Seng Giaw
5. Dr. P. Ramasamy

Biro Undang-undang: Gobind Singh Deo

Biro Buruh: Sivanesan

Biro Budaya: P. Gunasekaran

Biro Pilihanraya: Tan Kok Wai

AHLI-AHLI JAWATANKUASA YANG DILANTIK (10 Orang)
1. Dr. Tan Seng Giaw
2. Dr. P. Ramasamy
3. Dr. Ariffin Omar
4. Zairil Khir Johari
5. Jimmy Wong  Sze Phin
6. John Brian Anthony
7. Edwin Bosi
8. Leong Ngah Ngah
9. V. Sivakumar
10. Thomas Su

John Kerry SU Negara AS ganti Hillary?


John Kerry WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama telah memutuskan untuk mencalonkan Senator John Kerry menyandang jawatan Setiausaha Negara menggantikan Hillary Clinton yang mahu melepaskan jawatannya.

Laporan CNN menyebut Obama kemungkinan akan membuat pengumuman mengenainya awal minggu ini.

Pencalonan itu menyusul pendirian Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Susan Rice yang memutuskan untuk menarik diri daripada pertimbangan dilantik memegang jawatan berpengaruh itu.

Rice menarik diri ekoran kritikan parti Republikan mengenai kenyataannya berkenaan dengan serangan 11 September 2012 ke atas pejabat konsul AS di Benghazi, Libya, yang menyebabkan empat orang termasuk dutanya Chris Stevens.

Hanya Islam penyelamat Melayu

KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) tidak dapat menerima bahawa survival Melayu hanya bergantung kepada politik kuasa semata-mata terutama dakwaan bahawa hanya Umno sahaja yang membela Melayu.

“Sesungguhnya pemikiran ini adalah pemikiran yang sangat dangkal, ketinggalan dan sangat sempit berbaur asobiyyah yang tidak membantu membina bangsa Melayu yang berfikiran matang dan dewasa dalam menghadapi realiti semasa,” ujar Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Katanya, jauh sekali jika dikaitkan dengan prinsip perjuangan Islam, membela nasib sesuatu kaum itu hanya akan diterima berasaskan prinsip keadilan dan kebenaran yang dituntut oleh Islam.

Justeru, tegasnya Teras berpendirian bahawa dengan mengapi-apikan sikap fanatik bangsa yang bercanggah dengan Islam akan berakhir dengan kesatuan yang sangat rapuh dan lemah sebaliknya ia boleh mencetuskan ketegangan dan saling mencurigai  antara kaum yang tidak menguntungkan dan berbahaya.

Beliau menambah, jika hanya perpaduan Melayu semata-mata menjadi paksi bagaimana pula perpaduan dengan kaum lain yang beragama Islam.

“Umumnya kaum lain yang beragama Islam terutama kaum Tionghua merasa bahawa menganut Islam tidak sama dengan menjadi Melayu kerana bangsa Melayu sendiri banyak yang tidak menunjukkan contoh sebagai Muslim yang baik,” ujarnya.

Makin Panas : Pelekat tolak Najib, sokong Muhyiddin


Pelekat
Pelekat yang ditampal di peti pos Pejabat Sinar Harian Edisi Terengganu di Batu Burok di sini
 
KUALA TERENGGANU – Penemuan dua pelekat dengan gambaran tulisan seolah- olah menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi menyokong timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada peti pos Pejabat Sinar Harian Edisi Terengganu, Batu Burok dilihat cubaan pihak tertentu untuk menarik perhatian editorial di sini.

Bagaimanapun, pelekat dengan tulisan ‘Najib Perdana Menteri dok rok cetong. Kami nok Muhyiddin’ dengan lambang 1Malaysia tertera di bawahnya mungkin bertujuan menghangatkan bahang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Tidak pasti sama ada ia dilakukan dengan tujuan tertentu untuk melaga-lagakan ahli dan penyokong Barisan Nasional (BN) ataupun wujud gerakan yang benar-benar menolak Najib, pemimpin Umno bagaimanapun tidak melihat ia sebagai perkara serius.

Pengarah Strategi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan menganggap ia hanya tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba melaga-lagakan kepimpinan BN.

Beliau turut menjangka lebih banyak lagi perkara yang timbul daripada pihak tidak bertanggungjawab untuk menambah kehangatan PRU13.

“Isu-isu untuk melaga-lagakan. Lepas ni, macam-macam lagi yang timbul,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian tanpa mengulas lanjut.

Kongres DAP : Guan Eng bangga perwakilan guna Bahasa Melayu


GEORGETOWN: Lim Guan Eng melahirkan rasa gembira kerana para perwakilan menggunakan Bahasa Melayu sepanjang perbahasan pada Kongres Kebangsaan DAP ke-16 yang berakhir hari ini.

Setiausaha Agung DAP itu ketika menggulung perbahasan di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang pagi ini berkata, penguasaan Bahasa Melayu merupakan suatu yang penting kepada rakyat negara ini.

Begitupun, beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang merasa kecewa apabila ada pihak yang menuduh DAP anti Melayu dan Bahasa Melayu.

Beliau turut menjelaskan bahawa perjuangan dan pengorbanan DAP adalah untuk semua kaum.

Justeru, tegasnya tidak ada pemimpin parti yang masuk penjara kerana berjuang untuk semua kaum kecuali DAP.

Guan Eng turut menyentuh serangan Umno BN terhadap parti itu terutama melalui media massa.

“Kerana dia kuasai media, dia ingat dia dia boleh buat putih jadi hitam, hitam jadi putih.

“Tapi rakyat sudah tahu siapa baik, siapa jahat,” ujarnya.

Jawatankuasa Pusat Tertinggi DAP 2012-2015 seperti di bawah.

PAS, PKR, DAP berbeza dengan Umno, MCA, MIC


DUNGUN: Kerjasama PAS dengan orang bukan Islam adalah kerjasama yang dibenarkan dalam Islam selagi tidak melanggar dasar prinsip Islam.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, kerjasama PAS dengan PKR dan DAP tidak boleh disamakan dengan kerjasama Umno dengan MCA dan MIC.

Bercakap di Himpunan PAS Ganti Umno (PGU 6.0) di Dataran PGU Paka, dekat sini malam tadi, Ustaz Hadi berkata, PAS tetap dengan prinsip mereka yang mengangkat martabat Islam walaupun bekerjasama dengan orang bukan Islam dalam politik.

Beliau membacakan ayat lapan Surah Al-Mumtahanah yang bermaksudi: "Allah tak melarang kamu mengadakan hubungan dengan orang kafir yang tidak memerangi kamu dan tidak menghalau kamu dari tanah air".

"Dia (Umno)  kata dulu PAS kata tak boleh kerjasama dengan orang kafir pada tahun 60-an dulu (tapi) sekarang kita pula kerjasama dengan kafir.

Kongres DAP : Senator Ariffin Omar dilantik Naib Presiden DAP Kebangsaan

http://roketkini.com/wp-content/uploads/2012/07/51.jpgSenator Ariffin Omar dilantik sebagai Naib Presiden DAP Kebangsaan, manakala Zairil Khir Johari, yang juga merupakan setiausaha politik Guan Eng, turut dilantik menyertai jawatankuasa kerja tersebut dan memegang jawatan Timbalan Setiausaha Publisiti.

Seperti yang dijangka, barisan baru jawatankuasa kerja pusat (CEC) DAP memutuskan untuk mengekalkan Karpal Singh sebagai pengerusi dan Lim Guan Eng sebagai setiausaha agung selepas pemilihan parti itu semalam.

Jangan Ketawa : Agak-agak hampa ada ke lagi orang yang nak kat Berahim katak ni?

alt
 
KUALA LUMPUR 16 Dis - Anggota Parlimen Pasir, Mas Datuk Ibrahim Ali bersedia untuk bertanding atas mana-mana tiket pada pilihan raya umum akan datang bagi mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas yang disandangnya.
 
Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) berkata beliau sedia berunding dengan mana-mana pihak atau bertanding atas tiket Bebas bagi mempertahankan kerusi itu.
 
"Perlu ada perbincangan sebelum boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak. Saya mengharapkan sokongan semua pihak termasuk pembangkang dan Barisan Nasional (BN) kerana saya tahu saya boleh buat lebih baik daripada mereka.
 

Ceramah Perdana | TGNA |- Putik 11 Dec 2012

Jangan Ketawa : Ucapan Dasar Presiden PERKASA Sempena Persidangan Agung Tahunan 15-12-2012

DAP tuntut kerusi lebih: Perkara biasa - Mahfuz

KMPP: Melayu takkan hilang di Pulau Pinang..!!! Bumi Dipijak Milik Kroni Dan Pengkhianat

MCA Belajar Dari UMNO: The Star belajar spinning dari Utusan - Musataf Ali

Ceramah Perdana | Syaikh Mohd Ali AL- Sobuni

Ceramah Perdana | Ust Hj Abd Latiff Abd Rahman

Lafaz Bai'ah Pejuang Muda Vs Lafaz Ikrar Perkasa

Rekod Dunia : Malaysia negara paling rasuah di dunia

UMNO Terus DIbelenggu Doa Laknat PAS Tahun 1985

Sejurus Peristiwa Berdarah MEMALI, seluruh jentera kerajaan dan UMNO telah digunakan untuk memburukkan mangsa2 peristiwa tersebut.
Media2 milik UMNO seperti Utusan Malaysia dan TV1+2 telah melabel Ustaz Ibrahim Libya sebagai pengganas Islam yang mahu mengamuk dan menjahanamkan Malaysia secara berdarah.
Musa Hitam, Menteri Dalam Negeri pada waktu itu mengubah lebel kepada mangsa2 Kg Memali dari penjenayah pada paginya, pengganas komunis pada tengahari dan akhirnya kepada pelampau agama.
Secara ringkasnya, Peristiwa Memali itu boleh di baca di akhir posting ini.

Pada waktu itu, PAS mendapati masyarakat Melayu tiada lansung simpati kepada mangsa2 Memali. Malahan, majoriti Melayu samada berdiam diri ataupun turut sama menyebarkan fitnah ke atas Asy-Syahid Ustaz Ibrahim Libya serta 13 syuhada lagi.
Seluruh jentera kerajaan digunakan untuk menguatkan fitnah ke atas mangsa2 Memali.
Hatta, Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa Negeri Kedah turut sama dilacurkan oleh UMNO untuk menguatkan fitnah mereka ke atas Syuhada2 Memali.
Bayangkan Ustaz Azhari Abdul Razak serta Pak Ya Junid yang mulanya Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah telah dipecat kerana mengeluarkan fatwa Ustaz Ibrahim Libya itu syahid.
Hatta, 3 kali batu nesan di pusara para Syuhada' itu dibuang oleh pihak2 berkuasa sampailah TUanku Sultan Kedah sendiri mencemar duli dan menziarahi pusara Syuhada' Memali tersebut
TINDAKAN SUSULAN PAS
Di kala itu, dalam keadaan PAS yang sebegitu lemah dan daeef, Tok Guru Nik Aziz telah mengajar ke semua ahli PAS untuk membaca Qunut Nazilah seperti di atas.
Perhatikan bahagian doa qunut nazilah yang ini:
Di kala itu puluhan malahan ratusan ribu ahli2 dan penyokong PAS mengamalkan doa ini di dalam solat sunat, solat witir, solat duhha malahan solat fardhu kerana membalas kezaliman dan fitnah yang dihambur ke atas para Syuhada' Memali. Kalau mereka tak baca lafaz ini, berdetik dalam hati mereka meminta Allah SWT menurunkan bala pada UMNO./
Peritiwa Memali berlaku pada tahun 1985, tidak sampai lima tahun setelah PAS mengamalkan doa ini, UMNO telah porak peranda dan pecah kepada Semangat 46 serta UMNO (Baru).

Goyang : Najib Altantuya Sudah ENAM KALI Ke Sabah!




Seperti dijangka, perdana menteri, Najib Altantuya telah pun tiba di Sabah sebentar tadi, menjadikan lawatan kali ini adalah lawatan keenam sepanjang tahun ini.

Perkara ini disahkan sendiri timbalan speaker Dewan Rakyat yang juga ahli parlimen Beluran, Ronald Kiandee dalam satu mesej di Twitter.

@rkiandee Akan hadir majlis pecah tanah masjid DUN Sekong dan Mesyuarat Agong LDP di sandakan oleh YAB PM pagi ini. Kali ke6 PM lawat sabah tahun ini

Bagaimanapun, lawatan Najib Altantuya kali ini tidak dihebahkan kepada umum oleh Jabatan Penerangan dan pejabat ketua menteri Sabah termasuk agensi berita nasional, Bernama seperti kebiasaannya, dipercayai bagi mengelakkan dari diketahui seluruh Malaysia.

Strategi tersebut digunakan berikutan presiden Umno itu tidak mahu lawatan keenamnya dipublisitikan secara meluas setelah banyak kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN) pecah di negeri itu sejak akhir-akhir ini.

Anwar sandarkan sokongan kepada DAP di P. Pinang menjelang PRU

 
NIBONG TEBAL, 16 Dis — Datuk Seri Anwar Ibrahim menyandarkan sokongannya kepada DAP untuk terus memimpin Pulau Pinang menjelang pilihan raya umum (PRU) walaupun tidak disenangi oleh penduduk Melayu tempatan, sambil berkata beliau lebih rela menjadi “alat Cina” DAP daripada bekerja dengan MCA.
Perkara tersebut dinyatakan Anwar (gambar) dalam sebuah ceramah besar semalam di negeri kepulauan tersebut selepas Barisan Nasional (BN) mendapat kembali keyakinan memenangi semula 17 kerusi dewan undangan negeri (Dun) dan peluang sama rata di lima negeri lain milik Pakatan Rakyat (PR).
Umno dan BN ketika ini memiliki 11 kerusi manakala selebihnya daripada 40 kerusi Dun adalah milik PR.
“Mereka boleh kata Anwar telah jadi alat Cina. Jadi apa masalahnya?
“Lebih bagus saya baik dengan Lim, yang jauh lebih baik daripada Chua tetapi jika kamu mahu memilih Chua, silalah teruskan. Saya lebih rela memilih pemimpin Cina dalam PKR dan DAP,” kata Anwar kepada ribuan yang merujuk kepada rakannya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dan musuh mereka presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Dr Chua dan partinya dilihat sering mengkritip DAP dengan menggunakan akhbar rasmi mereka The Star untuk menghentam setiausaha agung DAP tersebut kerana mengawal projek pembangunan dan gagal melindungi kepentingan masyarakat Cina.
DAP juga dituduh sebagai mendokong rancangan kerajaan negara Islam oleh PAS.
Walaubagaimanapun, media lain yang dikawal oleh BN menggambarkan DAP sebagai anti-Islam dan anti-Melayu dalam negeri pengeluaran dan pelancongan tersebut.
Anwar merupakan penceramah utama dalam perhimpunan semalam yang diadakan sempena Kongres Kebangsaan DAP di pulau itu.

Kongres DAP : Ahli Melayu tiada masalah pendirian hudud DAP

Keahlian orang Melayu dalam DAP bukan lagi perkara luar biasa walaupun jumlah mereka belum lagi seramai keanggotaan kaum Cina atau India.

Malaysiakini  semalam bertemu beberapa di antara mereka di Kongres Kebangsaan ke-16 DAP di Pulau Pinang dan berpeluang memahami perkara yang menarik minat mereka untuk menyertai parti yang dilihat masih lagi didominasi oleh kaum bukan Melayu ini.

Zainal Mohd Nasir dapMohd Nasir Zainal, 54, (kiri) merupakan antara ahli pengasas bahagian Sungai Tong, Terengganu yang ditubuhkan pada tahun 2000.

Menurutnya, beliau berminat dengan sebuah parti yang menampilkan keahlian pelbagai kaum dan DAP merupakan pilihan terbaik.

Menurutnya beliau boleh memilih untuk menyertai PKR namun pada peringkat awal penubuhannya PKR dianggotai terlalu ramai bekas ahli Umno - dan ia bertentangan dengan prinsipnya yang tidak menyukai Umno.Ditanya tentang pendirian DAP yang menolak pelaksanaan hudud, Nasir nyata tiada masalah dengan perkara itu kerana menurutnya pelaksanaan hudud itu sendiri tidak meliputi golongan bukan Islam.

"Hudud itu untuk orang Islam, untuk bukan Muslim saya rasa tiada masalah," katanya.

Menurutnya, beliau menghormati perjuangan PAS dalam isu hudud dan yakin parti itu akan mendapat persetujuan semua pihak sebelum melaksanakannya.

Mengimbau kembali awal penglibatannya, Nasir berkata beliau pernah ditanya ibu bapanya kenapa beliau "masuk parti Cina dan bukan parti Melayu".

"Saya beritahu mereka saya berminat dengan DAP.

Menolak politik fitnah dan persepsi

Oleh Mohd Riduan Khairi
Perkataan fitnah selalu ditafsirkan oleh masyarakat Melayu sebagai ‘menuduh secara dusta’. Ini sesuai dengan definisi yang diberikan oleh Kamus Dewan sebagai, “Tuduhan (khabar, kisah dan lain-lain) yang diada-adakan (dibuat-buat) untuk memburukkan atau membencanakan seseorang.”


Namun perkataan fitnah di dalam al-Quran dan Sunnah membawa maksud yang lebih luas mencakupi maksud syirik, maksiat, ujian atau bala, melakukan kerosakan, pembunuhan, kesakitan, peperangan dan lain-lain.

Menuduh secara dusta tanpa bukti dan menyebarkan persepsi serong untuk menimbulkan huru-hara juga termasuk dalam skop luas fitnah yang dimaksudkan oleh agama Islam.

Ini kerana hujung-hujungnya tuduhan dusta dan persepsi serong akan membawa kepada yang bencana dan bala lebih besar.

Lihat kepada tuduhan dusta yang disemarakkan oleh kaum munafik kepada Ummul Mukminin Aisyah bt Abu Bakar dalam peristiwa yang disebut sebagai ‘hadis Ifk’. Begitu juga tuduhan bahawa kononnya bahawa Abu Hurairah banyak memalsukan hadis Nabi.

Tidak lepas juga Muawiyah b Abu Suffyan ra, antara susuk sahabat Nabi yang paling banyak dicerca, dicela dan ditohmah dengan pelbagai tuduhan palsu. Walhal Syaikhul Islam Ibn Taimiyah menyebutkan beliau sebagai raja yang paling mulia dalam Islam. Bahkan ada yang memasukkan beliau sebagai salah seorang khulafa’ ar-Rasyidin.

Politik Wang : Bantuan wang bawa bahaya - Wan Saiful



Wan Saiful Wan Jan SHAH ALAM – Politik wang atau janji memberi peruntukan kepada rakyat, boleh menyumbang ketidakstabilan ekonomi dan berbahaya kepada negara, jika digunakan sebagai cara memancing undi.

Ketua Eksekutif Institut Perhubungan Demokrasi dan Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan berkata, amalan menjanjikan habuan dalam bentuk kewangan menyebabkan rakyat bergantung harap terhadap bantuan tanpa berusaha memajukan diri.

Beliau berkata, ahli politik sama ada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR) disifatkan sama sahaja, iaitu berlumba memberi wang ganjaran kepada rakyat sekiranya mereka menang.

“Keadaan ini menyebabkan rakyat dimanjakan atau hanya mengharapkan bantuan daripada kerajaan tanpa berusaha memajukan diri.

Sejauh manakah kredibiliti tinjauan pendapat?

Oleh Markus Lim
Tinjauan pendapat, bancian, survei mahupun exit poll ― inilah antara terma-terma yang sering digunakan oleh badan/organisasi dalam mengendalikan kajian mereka.
Kelazimannya, fokus kajian mencakupi pelbagai bidang: politik, ekonomi, sosial mahupun yang bersifat spekulatif.

Semuanya dicanangkan dalam bentuk yang mudah difahami dan ditelaah agar responden yang disasarkan dapat menjawab persoalan-persoalan yang diberikan dengan mudah sekaligus menjayakan objektif tinjauan pendapat itu. Sebut sahaja mengenai survei atau tinjauan pendapat, beberapa badan terkemuka dunia terus terlintas dalam fikiran umum. Antaranya, Gallup Poll, Pew Research International, Zogby dan IPSOS.
Semuanya tampil dengan reputasi yang menggerunkan. Di negara kita pula, Pusat Kajian Merdeka atau lebih dikenali sebagai Merdeka Research Center merupakan satu-satunya badan tinjauan pendapat yang paling dominan.
Acap kali dalam tempoh setahun, terbit beberapa tinjauan pendapat mengenai populariti kepimpinan negara dan sentimen rakyat terhadap sesuatu isu berbangkit.

Kongres DAP : Maksimum potensi wanita elak hijrah ke luar negara


GEORGE TOWN, 15 DISEMBER:  Ketidakcekapan penggunaan sumber tenaga profesional dalam negara mengakibatkan ramai tenaga kerja berbakat dan profesional berhijrah ke luar negara.
Timbalan Pengerusi DAP Wanita Perak, Shasha Veraiah, berkata penghijrahan ini juga membabitkan sejumlah besar golongan wanita.
“Kini lebih ramai bilangan wanita daripada lelaki melanjutkan pelajaran ke universiti dan mempunyai kelayakan profesional,
“Untuk mengelak lebih ramai rakyat Malaysia terutamanya wanita berhijrah ialah dengan memberikan mereka peranan yang signifikan dalam  membangunkan ekonomi negara,” katanya.
Dalam perbahasan pada Kongres Kebangsaan DAP ke-16, semalam, beliau berkata Agenda Wanita Malaysia (AWM) Pakatan Rakyat sudah dirangka agar golongan wanita lebih terbela dan diberi peluang sewajarnya.
“Antaranya mensasarkan peningkatan kadar guna tenaga wanita mahir dan separa mahir daripada 46 peratus kepada 60 peratus melalui pendidikan dan latihan modal insan wanita.
“Kita melihat dengan penubuhan agensi hak sama rata dalam pekerjaan yang bertujuan mengatasi isu gaji, peluang setara dan pelbagai isu yang berkaitan, masalah ini boleh diselesaikan,” katanya.
Selain menubuhkan Institut Latihan Kepimpinan Wanita, ia juga bakal menyemak dan menerapkan falsafah hormat wanita dan peka gender dalam agenda pendidikan negara dan sebagainya.
“Dengan cara itu golongan wanita tidak lagi akan merasa diri mereka terpinggir dan dapat memberi sumbangan yang lebih besar kepada negara,” katanya.

Kerajaan BN balas mandat rakyat dengan ‘racun’, ‘projek swasta’


GEORGE TOWN, 16 DISEMBER: Ibarat kacang lupakan kulit, kerajaan Barisan Nasional (BN) membalas mandat yang diberi rakyat pada 2008 dengan sisa toksik dan rampasan tanah.
Bendahari DAPSY Negeri Johor, Ee Chin Li, berkata janji transformasi BN selepas tsunami 2008 menjadi satu transformasi ‘jahat’.
“Rakyat, pengundi di Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak sudah memberi mandat kepada BN untuk membentuk kerajaan, namun seperti di Pahang, kerajaan BN membalas budi mereka dengan ‘hadiah’ kilang nadir bumi Lynas yang akan menghasilkan sisa radioaktif yang bakal membahayakan kesihatan penduduk di Kuantan,” katanya ketika sesi perbahasan Kongres DAP Kebangsaan di PISA.
Beliau berkata, ada laporan menyatakan BN juga bersekongkol menghalau penduduk Orang Asal di Sarawak untuk membina empangan manakala di Johor pula keadaan yang hampir sama berlaku apabila kerajaan negeri melancarkan Projek Petrokimia, di Pengerang.

Pakatan Rakyat: Berbeza tetapi bersatu

Saya mendapat banyak pertanyaan tentang perbezaan di antara Karpal Singh dan PAS terutamanya setelah mendengar ucapan Karpal dalam kongress tahunan DAP yang sedang berlansung di Pulau Pinag sekarang ini.. Dalam ucapan beliau semalam, Karpal telah berlembut serta mengakui yang PAS merupakan rakan yang terkuat DAP dalam Pakatan Rakyat walaupun ada beberapa perkara yang berbeza di antara kedua-dua parti itu terutamanya tentang isu yang berkaitan dengan agama Islam dan hukum-hukumnya.
Mereka bertanyakan perkara ini kerana saya telah menyertai parti itu di dalam kongress yang sebelum ini pada 8hb Januari yang lalu. Oleh kerana pertanyaan itu datangnya bertalu-talu akhir-akhir ini maka saya merasakan saya perlu memberikan jawapan walaupun ia merupakan jawapan yang pendek sahaja.
Seperti MCA dan UMNO juga, maka DAP dan PAS tentulah mempunyai perbezaan di antara kedua-duanya. Kalau tidak ada perbezaan maka tidak mungkin wujud dua parti PAS dan DAP. Perbezaan itu memang satu hakikat dan tidak mungkin kedua-dua parti itu sama. Itulah sebabnya ada elemen permuafakatan di antara kedua-dua parti itu bersama PKR dalam apa yang di sebut sebagai Pakatan Rakyat.

TV3 dah mohon maaf... Mazidul bila lagi?

Pihak TV3 memohon maaf kerana tidak memuatkan kenyataan "Ini Bukan Aksi Sebenar". Sewaktu paparan visual segmen berkenaan disiarkan.

TV3 juga ingin menjelaskan bahawa wartawan yang berkenaan, Mazidul Akmal Sidik, sama sekali tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak apabila membuat komentar mengenai kelajuan kedua-dua penunggang motosikal terbabit.

Akhirnya penerbit Majalah 3 dan TV3 mengambil tindakan yang betul kerana memohon maaf secara umum berkaitan isu lakonan aksi pelesit jalanan oleh penunggang Superbike dalam Majalah 3 minggu lalu.

Kenyataan ini disiarkan sejurus sebelum bermulanya siaran Majalah 3 15 Disember 2013.

Prinsip Dewan Himpunan Penyokong Pas tidak ubah

KOTA BHARU – Dewan Himpunan Penyokong Pas Pusat (DHPPP) tetap mempertahankan hak dan suara orang bukan Islam kerana ianya merupakan dasar utama penubuhan sayap keempat Pas tersebut.

Ketua DHPPP, Hu Pang Chaw berkata, keadilan untuk orang bukan Islam tetap menjadi salah satu daripada tanggungjawab yang perlu dijaga.

“Tugas utama kami adalah untuk mewakili rakyat bukan Islam negeri ini dan kami bertanggungjawab atas segala perbincangan yang melibatkan isu-isu berkaitan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya, isu yang melibatkan remaja bukan Islam baru-baru ini bukanlah sesuatu yang perlu dihebahkan, sebaliknya hanya memerlukan perbincangan dan penjelasan yang jelas daripada pihak yang sepatutnya.

Sebelum ini, dua remaja lelaki Cina disaman Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) kerana didakwa berkelakuan tidak senonoh berhampiran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini.

Himpunan Kebangkitan Rakyat Perak hari ini


KUALA LUMPUR: Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) peringkat negeri Perak diadakan pada hari ini  bermula jam 3 petang sehinggalah 12 malam, bertempat di Bandar Seri Iskandar, Perak.
HKR Perak adalah siri himpunan rakyat terakhir sebelum Perhimpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Nasional yang akan berlangsung pada 12 Januari 2013.
Antara matlamat himpunan adalah sebagai persediaan untuk himpunan yang lebih besar dan utama di Kuala Lumpur, membawa masyarakat memahami isu-isu utama negara menjelang PRU13 dan menggerakkan jentera parti dan NGO ke arah menyuntik semangat perubahan dalam masyarakat.

Aturcara

Program akan bermula seawal 9 pagi dengan pertandingan futsal 7 sebelah.

Konvoi berkereta dan motosikal yang bermula jam 10 pagi daripada segenap pelusuk negeri Perak dijangkakan akan tiba di Bandar Seri Iskandar jam 5 petang dan bakal turut serta di dalam Pameran Superbike, Vespa Klassik, Scrambler, Skuter dan juga Kereta.

Acara untuk Pemuda, Wanita dan Pertandingan Melukis untuk Kanak-Kanak turut diadakan serentak.

Majlis Peguam harus dedahkan peguam dibelakang SD kedua Bala, kata aktivis

KUALA LUMPUR, 16 Dis — Aktivis politik, Haris Ibrahim, akan melobi Majlis Peguam untuk mendedahkan identiti peguam kanan yang menulis pengakuan kontroversi kedua penyiasat peribadi P Balasubramaniam tentang pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.
Haris, yang juga peguam sebelum ini, mengatakan beliau akan membuat permohonan di pejabat Majlis Peguam esok (Isnin), memetik alasan bahawa peguam kanan melakukan “dosa besar” kerana merangka akuan bersumpah (SD) tanpa berunding dengan Balasubramaniam terlebih dahulu.
“Terdapat bukti mencukupi membolehkan Majlis Peguam untuk menyiasat perkara ini. Jika majlis melihat ini sebagai serius seperti yang saya llihat, dan ramai peguam kanan lain, mereka akan dapat ke akar kemelut ini sekali dan untuk semua,” Haris (gambar) memberitahu The Malaysian Insider ketika dihubungi di sini.
Beliau menegaskan perkembangan terkini sekitar perkara itu, terutamanya dengan kemunculan semula ahli perniagaan Deepak, memberikan alasan yang cukup untuk majlis mengambil tindakan.
Haris menjelaskan pada masa lalu identiti peguam di sebalik SD kedua Balasubramaniam kekal “misteri”, baru-baru ini secara terbuka dinyatakan oleh Deepak sendiri, semasa pendedahan dalam satu temu bual dengan lidah rasmi PAS, Harakah.
Dalam temubual itu, yang dirakam dan dimuat naik oleh “TVPAS” di saluran Youtube, peniaga karpet itu terlepas cakap nama peguam tersebut apabila menjelaskan peranan beliau dalam SD kedua.
Akan tetapi pada minit ke 14:39 dalam klip itu, nama peguam tersebut disenyapkan.

Pas tak kisah gambaran DAP


Abdul Hadi Awang
KUALA TERENGGANU – Pas tidak kisah gambaran DAP berhubung kerjasama antara kedua-dua parti itu, termasuk menyifatkan hubungan mereka berdasarkan atas prinsip pluralisme atau kepelbagaian agama.

Perkara itu dijelaskan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan pluralisme merupakan satu bentuk fahaman yang tidak boleh dipaksa.

Bagaimanapun, beliau meminta orang Islam supaya berpendirian tegas terhadap agama sendiri.

“Pluralisme itu merupakan kehidupan manusia yang kita tidak boleh paksa dan kita tegas dengan agama kita sendiri kerana ALLAH TAALA membawa dua pendekatan. Pertama, tiada agama yang ALLAH terima melainkan Islam.

“Yang kedua, tiada paksaan dalam agama dan sebab itu dalam negara Islam diizinkan bukan Islam jadi rakyat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Perasmian Himpunan Kebangkitan Rakyat Pas Ganti Umno 6.0 di Paka, semalam.

HKR PGU6 : Sidang Media bersama Tuan Guru Presiden PAS

Pegawai POLIS Ditukar Ke Sarawak Kerana KRITIK UMNO



Yang menariknya selepas Pn Norhashimah ini mendedahkan berita pertukarannya. Semakin ramai pula anggota keselamatan yang menampilkan diri menyokong beliau.

Apa nak heran kan...Musa Hasan pun dah kritik Hishamuddin. Setakat anggota Polis kritik UMNO benda kecik. Sampai nak ambil hati tukar sampai ke Sarawak.

Nampak sangat la Sarawak tu negeri buangan. Kalau rakyat Sarawak tak faham-faham juga tak tahulah. Sebab itulah di Sabah dan Sarawak kerajaan BN akan kekalkan kemunduran tersebut. Kalau dimajukan seperti bandaraya-bandaraya lain seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, tidak ada maknalah nak dicampakkan pegawai-pegawai kerajaan yang mengkritik mereka.

Jadi kepada rakyat Sarawak...Ini kali lah...mesti TUKAR.

Kepada Pn Norhashimah teruskan perjuangan.

PM Sebenar Kerajaan laki-bini : TV3 tak buat silap...

Hangpa ingat lagi sekitar 03hb Julai 2012 yang lalu bilamana 1Malaysia dikejutkan dengan gempa bumi berskala besar?

Gempa bumi menggegarkan negara bila secara angkuhnya TV3 ngan RTM tetiba menobatkan DS Rosmah sebagai Perdana Menteri 1Malaysia. Nama Rosmah, siap ngan gelaran Datin Paduka Seri lagi terpampang megah berserta jawatan Perdana menteri Malaysia ketika di temubual dalam satu siaran langsung eksklusif dengan Rosmah...


Maka, dua tiga hari tu kecohlah 1Malaysia akibat dari gegaran gempa bumi yang kuat tersebut... TAPI, ada PM Rosmah kisah...? Ada Najib peduli semua tuh...? Mahathir yang dinobatkan Umno sebagai negarawan ulung pun termonyeh tengok memang Rosmah yang jadi Piem...
Kahkahkah...
Ni buktinya, apa yang TV3 buat dulu tu memang tak silap...
************************************
ROSMAH RASMI KAPAL TLDM!!! Negarawan macam Mahathir hanya jadi tunggul buruk

Zahid tersenggeh memberi taklimat kepada Rosmah mengenai kapal latihan yang dilancarkan,manakala Tun Mahathir menjadi tunggul buruk dibelakang
Inilah kisah dan perangai isteri Perdana Menteri negara sekarang, Datin Seri Rosmah Mansor...

Baru-baru ini kecoh pasal kisah seorang artis lelaki yang dikatakan bersanding dimajlis perkahwinan dengan memperagakan unifom pasukan keselamatan. Artis tersebut (Faris Kamil kalau tak silap aku) ditegur pihak Mindef kerana berbuat demikian.

Nah..!!! Kini Rosmah Mansor merasmikan sebuah kapal perang TLDM....

Apa kata pihak Mindef...???

PM: Malaysia tak perlu fenomena Arab Spring....!!! Kebangkitan Rakyat makin mencengkam Putrajaya..??

Najib Razak
KUALA LUMPUR - Generasi muda mempunyai tanggungjawab untuk meneruskan usaha kerajaan melonjakkan pembangunan dan kemakmuran negara ke
tahap yang lebih tinggi, selain memastikan Malaysia sentiasa dihormati di persada antarabangsa, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, tanggungjawab generasi muda kini bukan sekadar meraih ilmu di pusat pengajian tinggi tetapi perlu mempunyai misi untuk menjadi generasi penyambung yang akan meneruskan usaha generasi sedia ada untuk mempertingkatkan lagi kejayaan dan kemakmuran negara.
"Kita perlu sedia yang terbaik untuk mereka dan menjadikan mereka sebagai rakan kongsi dalam menjayakan usaha ke arah mencapai Wawasan 2020," katanya pada majlis bersama pemimpin pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) sempena Konvensyen Pemimpin Pelajar 2012 di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Najib berkata: "Jika mahu Malaysia dihormati dan disegani di persada antarabangsa, maka kita mesti tampilkan Malaysia sebagai sebuah negara di mana
perubahan dan kemajuan sebenar berlaku."

Nightmare for Najib & Rosmah: What goes around comes around INCLUDING C4

Nightmare for Najib & Rosmah: What goes around comes around INCLUDING C4
YES! As the window to the 13th General Election shuts on April 28, 2013, we will surely be seeing more and more public revelations on scandals linked to Barisan Nasional (BN) leaders, especially to Prime Minister Najib Abdul Razak and Umno.
That’s because the ruling BN is now actually Umno, all other coalition parties are just irrelevant and are there to just make up the numbers for multi-racial multi-religious Malaysia.
The logic and reality is simple to Malaysians – Umno falls, BN falls, thus the public’s rallying cry for ABU (Asalkan Bukan Umno or Anthing But Umno).

What goes around comes around including C4
In the run-up to the next national polls, Malaysia’s dignity and credibility will surely be blown to bits and pieces by scandals, perhaps with greater effect than the exclusive military C4 explosives that were used on Mongolian interpreter Altantuya Shaariibuu.
Shooting her at point blank on the head was not enough. They had to use C4 to blow up her body – apparently to destroy whatever damning DNA in her body. She was reportedly pregnant but, the BIG question is, with whose flesh and blood?
Seat-warmer for Mukhriz
I have already blogged who are the real players in Umno who wants Najib out at all costs.
They are the evil and racist former premier of 22 years, Mahathir Mohamad, and his most trusted lieutenant Daim Zainuddin who was appointed Finance Minister twice under the former’s regime.
Of course Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin is linked to Mahathir and Daim.
However, Mahathir’s real agenda is to see his son, Mukhriz (now Deputy International Trade and Industry Minister) comfortably positioned to become prime minister in the 14th General Election. Muhyiddin is used by Mahathir as a stop-gap prime minister or one-term PM, if he gets to serve a full term.
Between Najib and Mahathir-Daim, who do you think Muhyiddin will choose to be aligned to?
Two very clear and valid reasons why Muhyiddin chooses Mahathir-Daim: Muhyiddin gets to sit in the prime minister’s chair when Najib is toppled; and with the tainted and scandal-tainted Najib, the days are numbered for Najib, what with Mahathir-Daim’s seemingly bottomless financial war chest.
Here are two-related stories for No News Is Bad News readers:
Deepak and Musa: An Umno inside job?
Toffee Rozario