Sabtu, 15 Disember 2012

Syrian protesters say 'Assad is the terrorist'

Interview with Freedom and Justice party spokeswoman

Egyptians vote on divisive new constitution

Today in History for December 15th

Ulama muda UMNO akui terdapat amalan syirik dalam PAS..!!!!

Mufti Perak: Saya bukan rasis, tidak akan sertai politik...!!!

Baiah Perkatak : Perkasa Mahu Ahlinya Sokong MCA Dan MIC, Kekal Kuasa UMNO@BN

Datuk Mokhtar Hamid sertai PAS, anggap Umno tergelincir dan perompak duit rakyat

Datuk Mokhtar mengisi borang permohonan keahlian PAS di atas pentas PGU.

DUNGUN: Tokoh korporat, Datuk Mokhtar Abd Hamid yang baru menyertai PAS petang tadi mendakwa Umno tergelincir dari perjuangan asal mereka iaitu membela Melayu.

Bercakap di Himpunan PAS Ganti Umno (PGU 6.0) di Dataran PGU Paka, dekat sini malam ini,  Mokhtar, 68 berkata, pemimpin Umno kini hanyalah perompak duit rakyat.

"Suatu masa dulu Umno perjuangkan bangsa dan agama tapi kini mereka (ibarat) kereta api tergelincir dari landasan.

"Mereka sesat lagi menyesatkan. Menangis di Perhimpunan Agung Umno kononnya Melayu berpecah belah,  tak bersatu padu tapi sebenarnya merekalah puncanya," katanya yang merupakan anak kelahiran Paka.

Beliau berkata, sudah tiba masanya beliau berjuang bersama PAS dan Pakatan Rakyat demi kepentingan agama dan negara.

"Inilah masanya sebab saya mungkin tak ada masa panjang untuk berjuang bersama PAS.

"Kita mesti hentikan kejahatan kerajaan sekarang. Pakatan Rakyat bersungguh-sungguh berjuang tapi kalau rakyat tak menyokong mereka tak boleh buat apa juga.

"Marilah sama-sama kita mengundi PAS dan Pakatan Rakyat," katanya disambut laungan takbir kira-kira 50,000 hadirin.

Mokhtar menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada  Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang petang tadi.

Lebih 15,000 sertai HKR Pulau Pinang


NIBONG TEBAL: Sekalipun padang becak kerana hujan petang tadi, namun tidak menghalang lebih 15,000 orang menghadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Pulau Pinang di Padang Awan Jadi, malam ini.

Hujan yang turun renyai-renyai kira-kira jam 5.40 petang, yang kemudiannya lebat selama 15 minit pada jam 6.00 petang menyebabkan padang menjadi becak dan sebahagiannya ditakungi air.

Begitupun, selepas solat Isyak, orang ramai yang terdiri daripada pelbagai kaum mula berpusu-pusu ke padang tersebut untuk mengikuti pidato yang disampaikan pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu.

'FOUL-MOUTHED' Adnan disgraces himself & Pahang: Calls senior citizen "GILA"

'FOUL-MOUTHED' Adnan disgraces himself & Pahang: Calls senior citizen "GILA"Confronted by an angry senior citizen outside his office demanding an apology for a remark he made, Pahang Menteri Besar Adnan Yaakob, after a round of vulgar exchanges with the septuagenarian, reportedly took out a stack of ringgit notes and offered to "buy food" for her.

"His action has disgraced himself. I don't feel insulted at all. Instead I despise him more. He is not fit to be the MB," said Tuw Yin Lan, the 71-year-old anti-Lynas Green March activist who is more popularly known as Aunty Mei.

"It has shown his personality and the true colours of the government," Tuw said when contacted today.

She was arrested after trying to demand an apology from Adnan outside the MB's office at the state secretariat building in Kuantan on Wednesday afternoon.
March to protest rare earths plant
Tuw was disgruntled with Adnan's earlier remark that the participants in the 300km Green March from Kuantan to Kuala Lumpur last month had only walked 200 metres and completed the rest of their journey "in luxury and in motorcars".

She was among those who joined the march organised by Himpunan Hijau to protest against Lynas rare earths refinery in Gebeng, Kuantan.

The heated confrontation between her and Adnan was reported in detail in yesterday's issue of Chinese daily China Press.

NONEAdnan (right) arrived at his office some 45 minutes after Tuw, who was clad in the symbolic green T-shirt of Himpunan Hijau and armed with a poster, waited alone in front of the state secretariat building.

When Adnan took a quick glance at Tuw as he prepared to enter the building, Tuw shouted at him and demanded, in inarticulate Malay, that he apologises to all the Green March participants for his reported remarks.

This sparked a five-minute war of words between Tuw and the menteri besar, who is well known for his hot temper and crude language.

DAP lodges report against Deepak

Several DAP leaders have lodged a police report against Deepak today. — File photo
GEORGE TOWN, Dec 15 — DAP lodged a police report today against Deepak Jaikishan, accusing the carpet dealer of withholding knowledge on the controversial murder of Mongolian model Altantuya Shaariibuu. Several party leaders including Karpal Singh lodged the report at the Bayan Baru police station at around 3.20pm this afternoon.
Karpal had said in his speech at the DAP's 16th national congress here earlier that Deepak had committed an offence by failing to lodge a police report in the past even though he had details on the murder case.
The renowned lawyer added that that anyone who knows or believes that an offence has been committed must lodge a police report but Deepak had failed to do so.
“He had admitted that he regretted to be involved in something so murky that involved murder,” he said in his speech, adding that the police should launch fresh investigations into the murder case.
Karpal, who is the Bukit Gelugor MP, was also the lawyer who is watching brief for the murder trial of Altantuya’s case in the Shah Alam High Court.
“Altantuya’s spirit should be laid to rest. So, if an offence is committed in relations to this case, whoever is involved, no matter how high up you are, must face the consequences,” he said.
Recently, Deepak revealed his involvement in getting private investigator P. Balasubramaniam to withdraw his second statutory declaration (SD).

PENCACAI TERDIAM : NASIB PENDUDUK KG BUAH PALA TIDAK DIBELA????



Guan Eng Terus Malukan BN- Serah Rumah Mewah RM500K Kepada 24 Penduduk KG Buah Pala

Seramai 24 penduduk Kampung Buah Pala menerima rumah teres dua tingkat yang bernilai kira-kira RM500,000 selepas kemelut yang melanda kampung itu dua tahun lalu.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pemberian itu adalah hasil kerja keras banyak pihak termasuk Kerajaan Negeri yang sentiasa prihatin terhadap hak penduduk kampung berkenaan.


“Kita bukannya menganiaya mereka seperti yang dituduh pihak tidak bertanggungjawab. Kini penduduk tidak perlu risau kerana sudah dapat hak mereka dan ini juga bukti kita tunaikan apa yang dijanji.

“Saya bersyukur kerana Kampung Buah Pala masih kekal di sini bersama penduduknya walaupun namanya kini ditukar kepada Taman Buah Pala. Keadaannya juga seperti dahulu cuma rumah yang dibina lebih selesa.

Nik Aziz hadir program PGU buktikan beliau sihat

DUNGUN - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau menggagahkan diri untuk menghadiri perhimpunan Pas Ganti Umno (PGU) di sini hari ini bagi menyangkal dakwaan oleh musuh politiknya bahawa beliau 'sakit berat'.
Dipetik Harakah Daily, Nik Aziz berkata, beliau mahu membuktikan masih sihat walaupun sesetengah pihak membuat dakwaan dan andaian tidak berasas.
"Saya hadir di PGU Terengganu sebab ada orang telefon setiausaha saya kata Umno kata Nik Aziz sakit berat.
"Saya kata, 'ini kena pergi ini'. Alhamdulillah saya dapat hadir," kata Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas ketika berucap merasmikan perhimpunan ini pagi tadi.
Dakwaan dan andaian seumpama itu bukan kali pertama dihadapi oleh beliau, yang mengetuai Kerajaan Negeri Kelantan sejak 1990.
PGU Keenam berjalan di Kuala Paka mulai pagi tadi hingga malam ini.
Semalam Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) peringkat negeri Terengganu berjalan di tempat yang sama.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan  Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu antara tertamu utama yang berucap pada himpunan malam tadi.
Malam ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas timbalan menteri, Datuk Yahya Lampong antara tetamu utama yang akan berucap.

Adik Najib Mungkir Janji : Gambar & Video Pekerja CIMB Berdemo Di Hadapan SOGO



Deepak: MACC more interested in a ‘cover-up’


'Carpet man' Deepak Jaikishan has asked MACC to reopen their investigations related to the murder of Altantuya Shaariibuu

PETALING JAYA: The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) was more interested in covering up, rather than investigating, the secret dealings following the 2006 murder of Mongolian national Altantuya Shaariibuu.
This was the claim by controversial businessman Deepak Jaikishan, who said that the anti-graft authority had recorded his statement over his role but had taken no further action to follow up.
“I was called by MACC for investigation but the MACC was more interested to cover up the matter,” the well-connected carpet trader said in an interview with PAS mouthpiece Harakahdaily, which was posted in a video online recently.
“I have explained the whole matter. But there was no action. I think they have allowed the case to be closed.”
Deepak said that he now wanted the MACC to reopen the investigations, so that the public can “get to the truth, to find out what really happened. Find out why this matter is left in this way and on what basis this matter was closed.”

Mat Sabu - Najib Memang Hero [ HKR Terengganu ]

10 Taktik Kotor UMNO/BN Yang Rakyat Wajib Ketahui



Ketua Penerangan AMK, Lee Khai Loon membongkarkan 10 taktik kotor UMNO/BN untuk terus berkuasa di tanahair kita. Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) merupakan satu persimpangan sejarah penting bagi semua rakyat Malaysia yang sedang berdepan dengan keangkuhan kuasa UMNO/BN lebih daripada 55 tahun.

Keinginan rakyat berjuang untuk perubahan di Malaysia semakin kuat. Rakyat mahu selamatkan Malaysia daripada masalah politik, ekonomi, sosial serta pendidikan yang kian hari kian serius. Kehidupan rakyat juga dalam keadaan yang susah di mana beban yang semakin berat.

Dalam PRU13, sebanyak 13,052,374 pengundi yang akan menentukan masa depan negara kita. Samada negara kita akan mengembalikan hak kepada rakyat, banteras rasuah dan menubuhkan Malaysia yang baru yang berasaskan dengan prinsip kebebasan, demokrasi dan hak asasi manusia.

Sebagai seorang pengundi yang bijak maka perlu didedahkan dengan pelbagai maklumat yang tepat. Oleh itu, semua pengundi perlu mengetahui 10 taktik kotor yang seringkali dipergunakan oleh UMNO/BN sejak dulu lagi agar tidak tertipu lagi.

Taktik KOTOR 1: Tidak Berupaya Bezakan Negara dan Parti.
Sebagai balasan perjuangan kemerdekaan, UMNO/BN telah rampas tanah rakyat dengan terang-terang. 24 keping tanah komersial di Selangor telah dijual dengan RM1 persegi menunjukkan keangkuhan kuasa yang ada pada UMNO/BN.

Taktik KOTOR 2: Salahguna Kuasa Untuk Kepentingan Politik.
Bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan menuduh Menteri Dalam Negeri campur tangan politik ke atas pasukan polis. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dipergunakan untuk menyiasat badan bukan kerajaan NGO SUARAM yang menfailkan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene di Mahkamah Perancis. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang menukar dan memindah kakitangan awam di negeri-negeri pentadbiran Pakatan Rakyat untuk menjejaskan urus tadbir kerajaan negeri. Semua adalah contoh salahguna kuasa yang bercanggah dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan.

Taktik KOTOR 3: Politik Perkauman.

Kongres DAP : Kit Siang, Guan Eng dapat undi tertinggi



PULAU PINANG: Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng mendapat undi tertinggi pada Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP 2012 yang diadakan di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (Pisa), hari ini.

Masing-masing mendapat 1,607 dan 1,576 undi pada pemilihan sempena Kongres Kebangsaan DAP ke-16.

Berikut ialah keputusan penuh 20 Anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP 2012.

1 Lim Kit Siang  1607 undi
2 Lim Guan Eng 1576
3 Karpal Singh 1411
4 Chong Chieng Jen 1211
5 Loke Siew Fook (Anthony) 1202
6 Wu Him Ven (Vincent) 1202
7 Tan Kok Wai 1199
8 Gobind Singh Deo 1197
9 Pua Kiam Wee (Tony) 1162
10 Teng Chang Khim 1152
11 Fong Kui Lun 1137
12 Nga Kor Ming 1075
13 Chong Eng 1006
14 Chow Kon Yeow 986
15 Liew Chin Tong 984
16 M. Kula 984
17 Boo Cheng Hau 958
18 Kok Suh Sim (Teresa) 925
19 Teo Nie Ching 903
20 Ngeh Koo Ham 824

Jangan Ketawa : Ibrahim Ali arah Melayu beli akhbar Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Berang dengan tindakan portal The Malaysian Insider atas laporan yang didakwanya di putar belitkan, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali mengarahkan masyarakat Melayu di negara ini untuk membeli akhbar milik Umno, Utusan Malaysia kerana menurutnya hanya akhbar berbahasa Melayu itu sahaja yang mendukung perjuangan memartabatkan bangsa Melayu dan agama Islam di negara ini.
Ibrahim ketika ucapan penggulungan Persidangan Agung Tahunan Perkasa ketiga menegaskan, jika benar mereka merupakan Melayu beragama Islam dan menyokong perjuangan memartabatkan Melayu dan Islam, mereka harus membeli akhbar Utusan Malaysia.
“Kalau kita betul Melayu Islam, orang Melayu mesti beli, baca Utusan tiap-tiap hari.
“Rokok pun RM10.20, surat khabar RM1.50 tak nak beli ... balik janji dengan saya, beli Utusan (Malaysia),” katanya kepada perwakilan Perkasa daripada seluruh negara yang berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru sini.
“(The Malaysian Insider) lain saya cakap lain dia terjemahkan ... Sinar (Harian) pun sama ... berita Perkasa hanya disiarkan sedikit,” katanya di hadapan perwakilan Perkasa.
Pada sidang medianya selepas persidangan tersebut, Ibrahim menegaskan beliau yakin kenyataan penuh yang dikeluarkan Sinar Harian tidak di baca oleh Naib Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong yang sebelum itu menyelar Ibrahim kerana mengeluarkan kenyataan komuniti Cina merupakan ancaman sekiranya mereka menguasai politik dan ekonomi negara ini.

Umohon- Lagu Tema Kempen DAP Pilihanraya ke-13 (Edisi Bahasa Kadazan)

Ubah sekarang, Bersihkan Malaysia

HKR Terengganu : Rakyat Akan Pastikan UMNO@BN Jadi Pembangkang Pada PRU13 - (Video)























HKR Terengganu : Jaminan Anwar tidak akan aib Umno-BN jika Pakatan tawan Pusat


Nwar Ibrahim DUNGUN – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menang majoriti dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), perubahan kepimpinan akan berlaku secara terkawal.

Beliau berkata, PR tidak pernah sesekali berniat untuk mengaibkan Umno dan Barisan Nasional (BN) jika berjaya mengambil alih pemerintahan negara nanti.

“Dengan izin ALLAH SWT saya yakin kita akan menang dan bila perubahan (kepimpinan) itu berlaku kita jamin ia (secara) terkawal.

Anggota polis dakwa dalam FB muak jadi alat Umno


KUALA LUMPUR: Tindakan seorang anggota polis yang berani memasukkan dalam Facebooknya tentang gangguan pemimpin Umno dan Barisan Nasional dalam tugasan polis telah mendapat sokongan dari pelbagai pihak.

Norhashimah Mohammad, yang mendakwa dirinya seorang anggota polis wanita memasukkan status "pasukan polis sudah tercemar identiti nya,,dan sudah hilang integriti,,DEK KERANA KERAKUSAN KUASA DAN HARTA PEMIMPIN UMNO DAN BARISAN NASIONAL." hari ini.

Menurut Norhashimah, 29, beliau menjadi polis kerana teruja dengan keberanian dan kekentalan para ibu semasa peristiwa Bukit Kepong.

"Tapi sayang nya hari ini,,,pasukan polis sudah tercemar identiti nya, dan sudah hilang integriti,,DEK KERANA KERAKUSAN KUASA DAN HARTA PEMIMPIN UMNO DAN BARISAN NASIONAL.

"Saya sama sekali tidak akan redha di mana tugasan kami sebagai polis sudah diperkudakan sebegini rupa, sehingga rakyat sudah muak melihat uniform kami," tulis Norhashimah.

Menurut Hashimah yang kini bertugas di Selangor, rakyat sekarang sudah hilang hormat kepada tugasan pasukan mereka.

"Ayuh kawan-kawan semua, kita sama-sama berjuang untuk menegakkan keadilan di muka bumi Malaysia ini.

Gerakan: Ibrahim Ali malukan diri sena masyarakat Cina ancaman..ha..ha..ha..Abe Him..kena lahi..!!!


KUALA LUMPUR, 15 Dis – Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali memalukan diri sendiri apabila mengeluarkan kenyataan komuniti Cina di negara ini sebagai ancaman sekiranya mereka menguasai politik dan ekonomi.
Naib Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong turut menyelar Ibrahim kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian yang menurutnya akan menyemai “benih kebencian di hati rakyat dan menimbulkan ketegangan kaum” di Malaysia.
“Orang seperti Ibrahim Ali (gambar) adalah pihak yang bertanggungjawab menggagalkan usaha 1 Malaysia ... Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berusaha keras untuk menyatukan semua bangsa di Malaysia dan kita patut komited membantu usaha perdana menteri,” kata Mah.
Beliau menjelaskan ahli politik tidak seharusnya memainkan sentimen perkauman untuk mendapatkan sokongan politik yang mana akan menghancurkan negara.
“Masa depan negara lebih penting daripada mengejar undi,” kata Mah dalam satu kenyataan hari ini.
Ibrahim yang merupakan ahli Parlimen Mas semalam mengeluarkan kenyataan berkata komuniti Cina akan menjadi ancaman kepada keselamatan negara sekiranya mereka berkuasa dalam politik dan ekonomi, yang mana menurutnya akan mengulangi sejarah peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

PGU 6.0 : Saya hadir kerana didakwa sakit berat -TG Nik Aziz


DUNGUN: Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, dia gagahkan dirinya datang ke himpunan PAS Ganti Umno (PGU) di sini kerana didakwa 'sakit berat' oleh Umno.

"Saya hadir di PGU Terengganu sebab ada orang telefon setiausaha saya kata Umno kata Nik Aziz sakit berat.

"Saya kata, 'Ini kena pergi ini'. Alhamdulilah saya dapat hadir," kata Tuan Guru Nik Aziz ketika berucap merasmikan perhimpunan ini pagi tadi.

PGU ke 6 berjalan di Kuala Paka mulai pagi tadi hingga malam ini.

Semalam Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) peringkat negeri Terengganu berjalan di tempat yang sama.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan  Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu antara tertamu utama yang berucap dalam himpunan malam tadi.

Malam ini, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Abdul Hadi Awang dan bekas timbalan menteri, Datuk Yahya Lampong antara tetamu utama yang akan berucap.

Waris perjuang lawan kepincangan Ketengah


DUNGUN: Badan Bertindak Pewaris Bumi Malaysia (Waris) memberi jaminan akan terus membantu rakyat keluar dari belenggu kemiskinan akibat kepincangan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).

Presidennya, Roslan Ismail (gambar) berkata banyak kepincangan yang harus diperbetul sejak  kewujudan Ketengah 20 tahun lalu.

"Waris ditubuhkan untuk bela nasib rakyat khususya di kawasan luar bandar.

"Ketengah gagal menyelesaikan masalah kemiskinan penduduk dan gagal menyediakan peluang pekerjaaan seperti yang dijanjikan," kata beliau sewaktu berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Dataran PGU Paka, dekat sini malam tadi.

Justeru beliau berjanji akan meneruskan perjuangan Waris walaupun selepas Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Putrajaya.

Sebelum berjaya Putrajaya, Pakatan sudah menang di mahkamah


BAYAN BARU: Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti PAS kena lajukan lagi larian ke Putrajaya dengan merangka aktiviti  menarik pengundi.

Penasihat DAP Kebangsaan, Karpal Singh berkata, terlalu banyak isu yang boleh dimainkan seperti kes Antantuya Shariibuu yang boleh memusnahkan harapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib kekal kuasa di Putrajaya.

Jika Najib kekal di situ tambahnya, negara pasti bangkrap dan tidak maju ke hadapan ekoran pengeluaran wang negara yang terlalu banyak ke luar negara serta pembaziran hasil ketidak kecekapan kepimpinan Malaysia.

"DAP, PKR dan PAS sudah sebati dalam perjuangan menegakan kebenarn dan keadilan.
Maka, jangan putus asa sebaliknya teruskan langkah dengan laju lagi bagi memastikan Barisan Nasional (BN) jatuh dalam piihanraya ke 13 nanti, " ujarya dalam ucapan aluan sempena Kongres ke 16 DAP Kebangsaan di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA), Bayan Baru sebentar tadi.

DAP ajak PR buat perubahan 3 serangkai


BAYAN BARU: Pakatan Rakyat mesti menghadapi tiga cabaran utama sekiranya mahukan  mandat yang jitu daripada rakyat serta sanggup menjadi Kerajaan yang lebih baik daripada Barisan Nasional (BN) selepas pilihanraya umum nanti sesuai dengan tema 'Perubahan Ditanganmu'.

Demikian kata Setiausaha Agung, Lim Guan Eng ketika berucap dalam Ucapan Dasar Kongres Ke 16 DAP Kebangsaan di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA), Bayan Baru pagi tadi.

Menurutnya, pertama mesti memastikan Pakatan Rakyat kukuh walaupun banyak dugaan ditempuhi

Keduanya ialah pastikan kemenangan Pilihanraya Umum akan datang dan ketiga ialah untuk melahirkan sebuah negara Malaysia yang baru Pakatan Rakyat mesti mengubah langskap politik menjadi parti yang besih daripada rasuah.