Jumaat, 14 Disember 2012

Perarakan ke JPN Putrajaya: "Jangan nafikan Hak kami, berikan Kad Pengenalan Biru segera!"

Today in History for December 14th

Kuliah Maghrib Syeikh Mahmud Siyam | Bekas Imam Masjidil Aqsa Palestin

MANA PERGI RM 680, 747 ? !!! Dah la harta rakyat UMNO sapu, tak kan la duit derma Palestin pun nak kebas juga.....



Click untuk besarkan.
  • Merujuk kepada Laporan Audit 2010, kerajaan Negeri Melaka telah mewujudkan akaun Amanah Tabung Kemanusiaan Palestin pada 2009.
  • Jabatan audit negara mendapati sejumlah RM680,747.00 telah berjaya dikumpulkan hasil dari sumbangan Jabatan/Agensi kerajaan dan orang awam.
  • Namun Jabatan audit menemui bahawa wang tersebut tidak disalurkan kepada rakyat Palestin sehingga April 2011 (tarikh audit dilakukan).
  • Saya berharap Ketua Menteri, Datuk Seri Ali Rustam memberi penjelasan berikut :- 
  • Pertama : Bila wang tersebut diserahkan kepada Rakyat Palestin.?
  • Kedua : Sekiranya wang itu telah disalurkan, kenapa ia mengambil masa yang sebegitu lama?
  • Penjelasan Ketua Menteri adalah dituntut kerana ia melibatkan sumbangan orang ramai.

Kantoi Lagi : 'Azeez bukan yang pertama jadi duta khas, laporan muka depan UTUSAN kata yang pertama'



KUALA LUMPUR: Sehingga kini beratus orang mungkin telah dilantik sebagai Duta Khas Palestin dari seluruh dunia dan salah seorang dari mereka adalah Datuk Abdul Azeez Rahim, Ketua Putera Umno Malaysia.

Kerana berbangga dengan perlantikan itu, akhbar Umno telah membuat laporan muka depan tentang perlantikan Abdul Azeez, Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia itu.

Antara laporan itu, Utusan memaklumkan, perlantikan itu satu pengiktirafan buat Malaysia yang pertama kali dilakukan.

Namun sebelum perlantikan Abdul Azeez, kira-kira 50 orang dari seluruh dunia telah menerima perlantikan yang sama pada 4 Syawal lalu.

19 dari mereka adalah rakyat Malaysia yang datang ke Gaza atas nama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

Salah seorang penerima itu, Dr Fauzi Zakaria  berkata, beliau dan kira-kira 50 lagi ditanya apakah mereka mahu memperjuangkan nasib rakyat Palestin sebelum diberikan watikah sebagai Duta Khas itu.


(Dr Fauzi menunjukkan sijil Duta Kehormatnya yang diberikan oleh kerajaan Palestin pada 22 Ogos 2012 lalu)

Selepas berkata setuju, mereka diminta berbaiah (berikrar) dengan nama Allah akan memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

Selepas itu, mereka dianugerahkan sijil  berupa perlantikan sebagai Duta Khas itu sebagaimana surat yang diterima Abdul Rahim yang dilaporkan akhbar Umno itu hari ini.

"Kami dah terima perlantikan itu 4 Syawal (22 Ogos 2012) iaitu kira-kira empat bulan lalu lagi, tetapi kerana bukan pemimpin Umno, tak adalah muka kami masuk muka depan Utusan," kata Fauzi kepada Harakahdaily.

Menurutnya, pelbagai NGO dari seluruh dunia datang ke Gaza untuk membantu rakyat Palestin.

"Biasanya ketua rombongan atau ketua NGO yang datang akan dilantik sebagai Duta Khas Palestin ini," katanya.

The Last Supper?


 Perhaps it was the biggest understatement of all. Najib owning up to the hollowness of his 1Malaysia slogan. We however know his game. It was an act of pious humility designed to endear himself to an ever expanding doubting public. We know he is a consummate actor. Having lunch to be with the people at Banana leaf in Jalan Gasing etc etc. maybe he will repeat some of the other things that he has done before, like officially opening a public toilet in a kampong?
Why was he profusely complimenting Mahathir at the UMNO General Assembly while blithely ignoring his immediate predecessor? Because he didn’t have the presence of mind to do what is honorable. Abdullah must be sitting somewhere in front, and Najib cavalierly not cleverly, brushed him aside. Didn’t Abdullah achieve anything during his short stint as PM?
Or because he has never had an iota of appreciation and respect for the colorless Abdullah. Abdullah Badawi has been and still is the object of Mahathir’s invectives.

Guan Eng: 'AGM esok penting secara dalaman dan luaran'


Lim Guan Eng
GEORGETOWN - Kongres Kebangsaan DAP ke-16 yang bermula esok adalah penting secara dalaman dan luaran kepada parti untuk memilih barisan kepimpinan baharu, selain memulakan kiraan detik 100 hari sebelum pilihan raya umum ke-13, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
      
Beliau berkata pemilihan barisan kepimpinan pada kali ini mencatat rekod tersendiri apabila sejumlah 2,576 anggota perwakilan layak mengundi pada pemilihan yang akan berlangsung esok.
      
"Ia adalah kongres parti DAP yang akan memilih barisan kepimpinan baharu untuk tiga tahun yang akan datang. Kongres ini penting secara dalaman dan luaran.
      
"Pada aspek dalaman, ini adalah urusan untuk ahli-ahli dan satu proses demokrasi yang penting bagi parti DAP yang akan ditentukan oleh ahli-ahli," katanya kepada pemberita semasa mengadakan lawatan kerja ke Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA), di sini hari ini.

DAP dakwa KPM ‘sengaja’ manipulasi Sains dan Matematik untuk meningkatkan jumlah pelajar lulus


KUALA LUMPUR, 14 Dis — Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) didakwa “sengaja” memanipulasi standard lulus mata pelajaran Sains dan Matematik untuk membolehkan lebih ramai pelajar yang mengambil peperiksaan memperolehi keputusan baik, kata pemimpin DAP.
Dakwaan mengikut penilaian antarabangsa menunjukkan kedudukan Malaysia bagi dua mata pelajaran tersebut mengalami penurunan.

Tony Pua
Dalam satu kenyataan bersama, Tony Pua dan Ong Kian Ming hari ini menegaskan, tindakan KPM “memudahkan” silibus pendidikan bagi kedua-dua mata pelajaran terbabit adalah punca kepada penurunan standard pendidikan negara.
 “Tindakan kementerian memudahkan silibus dan menurunkan markah lulus merupakan sebab utama penurunan standard sistem pendidikan negara kita,” kata mereka dalam kenyataan tersebut mengenai peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kementerian telah memudahkan silibus bagi memberikan persepsi terdapatnya peningkatan prestasi, diukur melalui jumlah lulus dan ‘A’ yang diperolehi semasa peperiksaan,” tambah mereka.

Zunar mahu tumbangkan BN dengan 'Lawak & Lawan'



Kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque tampil dengan satu lagi buku kartun berjudul Lawak & Lawan yang bakal dilancarkan esok di Petaling Jaya.

Zunar Lawak & LawanKarya terbarunya itu, diterbitkan dalam edisi Bahasa Melayu dan Inggeris, merupakan himpunan kartun yang disiarkan dalam portal berita Malaysiakini dan laman sesawang lain sepanjang 2012.

Zunar berkata beliau masih mengekalkan mesej berkaitan rasuah dan salahguna kuasa yang didakwanya dilakukan oleh kerajaan BN dalam karya berkonsepkan "kartun untuk rakyat" itu.

"Apa yang saya nak sampaikan ialah rasuah bukan isu politik, tetapi adalah isu jenayah yang keji, sebab ia melibatkan wang rakyat.

"Kerana itu dalam buku ini, banyak kartun-kartun yang menggambarkan bagaimana rakyat menanggung derita akibat rasuah oleh pemimpin BN dan kroni mereka.

NONE"Judul Lawak & Lawan juga mencerminkan keazaman saya sebagai kartunis untuk sama-sama berjuang dengan rakyat bagi menumbangkan rejim BN," katanya dalam satu kenyataan.

Pemenang anugerah dari Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa itu berkata buku kartunnya cetakan berwarna setebal 108 halaman itu tidak akan diedarkan ke kedai buku.

Sebaliknya, ia hanya boleh diperolehi melalui tempahan secara atas talian melalui zunarcartoonist.com dengan harga RM25 senaskhah, katanya.

Majlis pelancaran dijangka diadakan selama dua hari bermula esok (15 Disember) di perkarangan Amcorp Mall – di kawasan menghadap Tasik Taman Jaya – bermula jam 11 pagi hingga 9 malam.

Hampir 20,000 Ibu Tunggal Sudah Terima Bantuan Kerajaan Selangor


SHAH ALAM, 14 DIS : Seramai 19,454 ibu tunggal di Selangor telah mendapat manfaat dan kemudahan daripada berbagai skim yang dimulakan Kerajaan Selangor antaranya bantuan kewangan dan program keusahawanan.
Mereka adala daripada 24,009 ibu tunggal yang disahkan layak menerima skim-skim tersebut, berdasarkan statistik yang dikeluarkan portal rasmi ibu tunggal, e-bu.selangor.gov.my sehingga November.
Daripada 24,009, sebanyak 75.01 peratus didominasi kaum Melayu, diikuti India seramai 6.5 peratus, Cina 3.3 peratus, Orang Asal 0.01 peratus, dan kaum lain 15.12 peratus.
Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknnologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, Kerajaan Negeri komited dalam mengendalikan serta menawarkan pelbagai skim serta kemudahan kepada ibu tunggal yang tidak pernah diberikan Kerajaan Umno-BN sebelum ini.

PAS tetap perjuang bayaran royalti Terengganu



KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS akan tetap memperjuangkan hak royalti Terengganu biarpun Kerajaan Negeri yang diterajui BN ketika ini telah membatalkan saman terhadap Petronas.

Presiden PAS itu berkata, perjuangan menuntut bayaran balik royalti Terengganu yang dihentikan pada 2000, iaitu sebaik sahaja PAS mengambilalih negeri itu selepas pilihanraya umum 1999, bukan atas sentimen politik, tetapi perjuangan mengembalikan hak rakyat negeri itu.

"Kami (PAS) berjuang untuk dapat balik royalti Petroleum. Walaupun, kerajaan negeri telah menarik-balik saman yang dikemukakan. Ini adalah hak negeri yang wajib diminta.

“Kerana sentimen politik, (Umno) sanggup meminta supaya royalti ini dibatalkan. Dengan sebab sentimen politik mengatasi kepentingan negeri dan rakyat negeri ini," katanya yang juga Adun Rhu Rendang.

Beliau berkata demikian ketika mengambil bahagian membahaskan Belanjawan Negeri Terengganu (Bajet) 2013 pada Mesyuarat Yang Ketiga Penggal Persidangan Yang Kelima Dewan Undangan Negeri (Dun) ke-12, di Wisma Darul Iman, dekat sini, Rabu lalu.

Pemimpin Umno rosakkan nama negara di mata dunia, bukan rakyat


Umno seringkali menuduh rakyat merosakkan nama negara di mata dunia. Contohnya dalam isu himpunan rakyat Bersih bagi menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. Demi menutup kerosakan yang telah dibuat kepada Negara, pemimpin Umno cuba meletakkan kesalahan ke atas bahu rakyat.
Keratan akhbar di bawah ini jelas menunjukkan bagaimana pemimpin Umno bertaraf Menteri lah yang sebenarnya merosakkan dan mencemarkan imej Negara. Seluruh dunia menumpukan perhatian kepada kebodohan dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional.

Malaysian Insider
Dalam isu logo dan lagu sambutan Kemerdekaan ke-55, hanya kerana kepentingan politik dan kerja bodek ampu orang atas, Negara menanggung malu dan menjadi bahan hinaan di seluruh dunia dengan kualiti sambutan kemerdekaan Negara yang hambar. Pertama kali dalam sejarah Negara, seluruh rakyat mengutuk kerajaan dalam sambutan kemerdekaan. Pakatan Rakyat dengan bantuan Sasterawan Rakyat, A. Samad Said terpaksa mengambil peranan menghasilkan tema dan logo berkualiti serta lagu yang memenuhi aspirasi rakyat Malaysia. Kerja siapa lagi jika bukan kerja Menteri Rais Yatim.
Siapakah yang mencemarkan nama Negara jika bukan pemimpin Umno?

THERE IS NO ESCAPE: Najib, Gani must respond to the latest Altantuya allegations


Malaysia will forever remain in a dark cloud over the killing of Mongolian Altantuya Shaariibuu because of the failure on part of our criminal justice system to secure complete justice for her.
We have failed until now to explain why Altantuya was killed and more importantly who directed her killing.
The recent claims by Deepak Jaikishan surrounding the making of a statutory declaration has added more fuel into a fire which just cannot seem to be put out.
THERE IS NO ESCAPE: Najib, Gani must respond to the latest Altantuya allegationsThe Attorney General Tan Sri Gani Patail, should respond to the allegations made by Deepak that "justice has not yet been done "in the case involving Altantuya
WHO ORDERED THE KILLING?
Deepak was earlier reported as saying:
"Whoever actually killed her, who actually instructed her killing, should be responsible. They must take the responsibility."
This question has been asked again and again. The AG should tell us, who ordered the killing and why? This is the most important aspect of the case which has not been answered until now.
This angle ought to have been probed further during the trial of those who were charged with her murder. It is basic in all cases like this that motive is established. The prosecution owe the family of the deceased and the general public a duty here.
DEAFENING SILENCE
It is also surprising to note the Prime Ministers silence in this matter.
The Prime Minister has in past cases involving suspicious deaths, recognized the need for full 'no stone unturned' inquiries so as to get to the truth and so as to find justice and closure for the deceased and the families of the deceased.
Why is it different with Altantuya? Why are we not pressing for answers to these most important aspects of the case? Isn't the Prime Minister as head of the government interested to know what actually happened more so given the manner in which the murder was executed?
JUSTICE MUST BE DONE
It is said that "Justice must not only be done, it must be seen to be done".
I challenge the Prime Minister to direct a full inquiry into these aspects of this case. We must get to the truth. The truth must prevail.
With the election looming, the Prime Minister cannot afford to have this problem hoovering over his head. If he feels there is no need for further inquiry, and that the earlier investigations have answered all questions, then he should tell us, what does the investigation reveal?
Who ordered the killing of Altantuya and why?

GOBIND SINGH DEO is the DAP MP for Puchong

Deepak dakwa Najib ada peranan dalam isu SD Bala



Ahli perniagaan Deepak Jaikishan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memainkan peranan utama dalam tindakan penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang menarik balik pengakuan berkanun (SD) pertamanya pada tahun 2008.

Dalam satu wawancara dengan Harakah, seperti dimuatkan di Youtube, Deepak mendakwa Najib berbuat demikian demi mengelakkan tindakan yang mungkin diambil seteru dalam Umno bagi menghalang cita-cita Najib menjadi perdana menteri.

NONE"Tetapi satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi perdana menteri, mereka ada kepentingan mereka, mereka dudah bersedia.

"Salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini dan siapa yang mengarah orang itu, ini sangat high level," kata Deepak.

Pada masa itu, Najib merupakan timbalan perdana menteri. Beliau kemudiannya dilantik menjadi perdana menteri pada 2009 selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi terpaksa berundur ekoran pencapaian buruk dalam pilihan raya umum 2008.

SD pertama Balasubramaniam, didedahkan pada 3 Julai 2008, mengandungi kenyataan bersumpahnya bahawa Najib mempunyai kaitan dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh.

ISA SAMAD KIAN TERDESAK!


Beberapa hari ini media arus perdana menyiarkan kenyataan Tan Sri Isa Samad, bahwa Felda memberi tempoh 14 hari kepada saya selaku Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK), Harakah dan Suara Keadilan agar memohon maaf dan membayar pampasan dalam jumlah tertentu berhubung dengan isu penjualan minyak sawit kepada syarikat yahudi.Untuk makluman, sampai hari
ini notis tuntutan tersebut belum saya terima. Saya hanya berpandukan berita dalam media sahaja. Beberapa pemberita hubungi saya, adakah saya akan minta maaf?Kenapa saya mesti minta maaf?
Isa dan Ahmad Maslan tuduh saya buat fitnah. Lebih melucukan, Isa Samad kata invois yang saya dedahkan itu berkaitan getah, bukan minyak sawit…..Alahai rendahnya knowledge Isa Samad. Sebagai Pengerusi Felda, adakah dia tidak tahu kewujudan anak syarikat, FELDA IFFCO OIL PRODUCTS SDN BHD(FIOP)FIOP dulunya dikenali FELDA OIL PRODUCTS SDN BHD(FOP) ditubuhkan sejak tahun 1977. Menerima ribuan tan metrik minyak sawit mentah(MSM) dari kilang2 Felda seluruh negara pada setiap bulan. Sejak bila pulak FIOP memproses getah??? Telah saya katakan, maklumat dihujung jari. Saya bukan menerima maklumat tepi jalan. Ini bukan cerita tahun 60an atau dahulu kala yang penguasa zalim boleh tutup penyelewengan mereka. Apatah lagi era 75% kakitangan Felda menyokong Pakatan Rakyat!
Saya bukan sekadar memiliki invois dan Trade Confirmation, bahkan bukti2 lain yang akan saya dedahkan dari masa ke semasa. Bunge Agribusiness Singapore Pte Ltd yang membeli minyak sawit Felda adalah rangkaian induknya, Bunge Limited, yang beribu pejabat di White Plains, New York dan beroperasi di lebih 30 buah negara.
Sudah diketahui umum, BL adalah sebuah syarikat Yahudi yang menjalankan perniagaan dengan matlamatnya ‘ menguasai dan memonopoli’. BL bermula di Amsterdam pada tahun 1750 diasaskan keluarga Bunge. Ia bermula dengan berniaga kulit, rempahratus dan getah dari tanah jajahan Belanda. Berkembang hingga ke sektor perkapalan, menubuhkan syarikat Bunge and Born di Buenos Aires, Argentina. Bergabung dengan pedagang gandum berbangsa Yahudi bernama Alfred Hirsch, yang kemudiannya menjadi Presiden syarikat selama 30 tahun.
Dominasi syarikat Yahudi ini hingga ke sektor perladangan, menguasai berjuta juta kawasan tanah subur di Argentina hingga menguasai ekonominya.
Untuk makluman, FGVH telah membeli sebuah sykt rangkaian Bunge Limited, Twin Rivers Technologies Holding. Inc(TRT) Amerika Syarikat dengan suntikan dana RM1.3 bilion. Dr Rosli Yaakob, Penasihat ekonomi ANAK telah dedahkan kepincangan syarikat ini. FGVH juga telah membuat hubungan dengan satu lagi syarikat Yahudi, Loius Dreyfus selaku rakan kongsi strategik. MOU yang dimeterai antara FGVH dengan Loius Dreyfus disaksikan sendiri Perdana Menteri.
Kalau saya nak hurai, terlalu panjang. Cukup kalau dikatakan hubungan dagang Felda dengan syarikat yahudi tidak boleh dinafikan dan bukan baru!
Saya bersedia untuk hadapi Isa Samad di Mahkamah. Insyaallah, berani kerana benar, takut kerana salah. Bukan itu sahaja, akan saya bongkar penyelewengan Jabatan Seranta Felda dibawah seliaan Ahmad Maslan dan Datuk Eshanuddin, kedudukan kritikal FGVH itu sendiri dan banyak lagi kemelut dalam Felda.
” Sekiranya kamu menolong Agama Allah, Allah pasti menolong kamu dan menetapkan pendirian kamu”- maksud Firman Allah.
Tekad dan azam ANAK ialah menyingkirkan pengkhianat dan petualang yang sedang menjahanamkan institusi orang melayu, FELDA. Kami akan lawan habis2an….!!!

Umno Kata ANAK Bohong Apabila…..

1.Umno kata ANAK bohong apabila:

  • Mendakwa Isa samad tak layak menjadi Pengerusi Felda kerana beliau telah terpalit dengan rasuah / politik wang dan pernah dikenakan tindakan disiplin oleh Umno
Akhirnya:
  • Selepas 9 bulan menjadi Pengerusi Felda,beliau telah membelanjakan duit Felda berjumlah RM 353,00.00  untuk jamuan raya bersama pengundinya di Bagan Pinang.Sedangkan Pengerusi Felda sebelum ini hanya diperuntukkan sekitar RM 30 Ribu untuk jamuan raya yang dibuat bersama kakitangan Felda di Ibu Pejabat Felda. 
2.Umno kata ANAK bohong apabila:
  • Mazlan Aliman mendakwa Felda pinjam 6 bilion dari KWSP
Akhirnya:
  • Dato Ahmad Maslan mengaku di Parlimen memang Felda pinjam dari KWSP tapi jumlahnya lebih besar iaitu 6.5 bilion.
3.Umno kata ANAK bohong apabila:
  • Mendakwa Pengarah Besar Felda Dato Dzulkefli Wahab dipaksa bercuti dalam usaha menyingkirkan beliau dari Felda.Ahmad Maslan dan Isa Samad memberi alasan Dato Dzul sambung belajar untuk persedian melaksanakan transformasi dalam Felda.
 Akhirnya:

Wajah politik baru

Ubah, tukar, ganti diantara bahasa politik yang bergema sekarang, sama ada di Kelantan, Sabah dan Malaysia. Di Kelantan UMNO jadikan perkataan TUKAR sebagai agenda untuk merampas Kelantan dari PAS. Sabah pula mengunakan perkataan UBAH untuk menjatuhkan Kerajaan UMNO Sabah, manakala rakyat Malaysia beria-ia benar untuk GANTI kerajaan BN kepada PR.

Ramalan demi ramalan dikeluarkan oleh pihak-pihak yang ingin menjadi jaguh kepada andaian keputusan PRU13. ada yang mengatakan BN akan kekal memerintah tapi menang tipis, ada yang mengatakan BN menang tapi tidak cukup korum 2/3 manakala ada yang memberi angka bahawa BN akan menang dengan 125 kerusi Parlimen.

Pihak yang menyokong PR mengatakan tidak sukar untuk PR menang mejoriti sekiranya dilihat keatas kebanjiran rakyat berhimpun semasa memberi sokongan kepada majlis PR. Disetiap program jelajah Anwar Ibrahim ke seluruh negara, pulohan ribu rakyat hadir disetiap program untuk melahirkan sokongan kepada PR, rakyat tidak peduli dengan ancaman dan sabotaj yang dialami oleh PR.

Sepanyol sita aset RM112 juta Hosni Mubarak


Hosni Mubarak dipenjara seumur hidup MADRID - Polis Sepanyol merampas aset bernilai RM102 juta (AS$34 juta) yang dikaitkan dengan bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak, yang digulingkan awal tahun lalu.

Sepanyol mengambil tindakan itu selepas pihak berkuasa Mesir membuat permintaan antarabangsa agar menyekat aset 130 orang yang dikaitkan dengan pemerintahannya.
Polis mendakwa sebanyak £18.4 juta pula dibekukan oleh pihak bank Sepanyol.

Aset Mubarak yang lain di Madris, sebuah resort di Marbella dan tujuh kereta mewah turut disita.

Dua bangunan di daerah Madrid Moraleja bernilai £7 juta manakala tujuh hartanah di Marbella bernilai lebih £3 juta disita.

UTUSAN DIDAPATI BERSALAH MEMFITNAH YB KARPAL SINGH KERANA ISU PENENTANGANNYA MAU JADIKAN NEGARA INI NEGARA ISLAM!!!!!


Mahkamah Tingggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Utusan Malaysia, lidah biawak rasmi UMNO, membayar YB Karpal Singh RM50,000 kerana didapat bersalah memfitnah dirinya dua hari sebelum PRK Permatang Pauh tahun 2008 dengan mengaitkan seolah-olah beliau anti Islam.

TAKE NOTE NAJIB: Indonesian Parliament slams Utusan's insult on Habibie

JAKARTA - Indonesia’s House of Representatives says it will soon send a letter to Malaysian authorities in protest of a recent editorial published in a Malaysian newspaper that referred to former Indonesian President B.J. Habibie (pic) as a “dog of imperialism.”
“We’ll send a letter to the Malaysian prime minister. We condemn such things,” House Deputy Speaker Pramono Anung said in Jakarta on Wednesday.
“We think it is improper to make such a statement, not to mention it came from a former information minister. He should have known better as to how to communicate well with his neighbors,” Pramono added, as reported by Ind
TAKE NOTE NAJIB: Indonesian Parliament slams Utusan's insult on HabibieIn an editorial piece published by Malaysian newspaper Utusan Malaysia on Monday, former Malaysian Information Minister Zainuddin Maidin criticized Habibie’s recent public lecture at Malaysia’s Universiti Selangor, calling him arrogant and likening the former president to Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim before ending the article by calling them both “dogs of imperialism.”
“I can’t imagine how tortured the audience at [Universiti Selangor] must have felt to have to listen to a man with such a high ego, especially after he finally got an opportunity to speak in front of people whom he deems as dumb, after a long period when Indonesian people no longer wish to listen to him nor respect him,” Maidin said in the editorial.
Pramono said Maidin’s statement could hurt bilateral ties between Indonesia and Malaysia.
Separately, the chairman of Indonesia’s ruling Democratic Party, Anas Urbaningrum, issued a statement similarly condemning Maidin’s commentary.

Presiden Anak tolak tuntutan Felda, enggan minta maaf



mazlan aliman SHAH ALAM – Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman menegaskan, beliau tidak akan meminta maaf seperti yang dituntut oleh Felda berhubung dakwaannya bahawa agensi itu menjual minyak sawit mentah kepada Israel.

Mazlan berkata, beliau bukan sahaja enggan mohon maaf, malah tuntutan tersebut sama sekali tidak menggugatkan semangatnya untuk terus mendedahkan penyelewengan Felda kepada rakyat.

“Saya yakin apa yang saya dedahkan adalah benar.

“Malah saya akan teruskan membuat pendedahan sama ada melalui sidang media ataupun ceramah saya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Melaka Maju: Turap jalan guna bahan terbuang

ALOR GAJAH - Penduduk Kampung Bukit Bonbon, Jalan Kolej Universiti Islam Melaka (Kuim), Kuala Sungai Baru, di sini, bengang kerana terpaksa melalui jalan utama yang rosak setiap hari.

Tinjauan di sepanjang laluan empat kilometer yang menempatkan lebih 20 buah rumah penduduk mendapati laluan yang rosak teruk itu hanya diturap dengan serpihan batu marmar.


Penduduk, Abd Razak, 50, berkata, kali terakhir laluan itu diturap pada 2007 sebelum ia rosak semula sejak setahun lalu.

“Apabila masalah ini dikemukakan kepada pihak yang berkaitan, tindakan diambil tetapi seperti melepaskan batuk di tangga apabila bahan terbuang digunakan untuk menurap kerosakan jalan.

“Kami difahamkan pihak berkenaan menurapnya dengan batu buangan dari serpihan membina rumah, malah ada serpihan batu marmar tajam hingga tayar kenderaan pecah,” katanya.

Menurutnya, keadaan lebih membebankan pengguna apabila terpaksa melalui laluan itu pada hari hujan kerana air memenuhi laluan berlopak.

Ada Berani : Deepak cabar Papagomo dan blogger UMNO siar video sepenuhnya


Ahli perniagaan Deepak Jaikishan mencabar kepada penulis blog pro-Umno agar menyiarkan secara penuh video perbualannya yang didakwa menunjukkan beliau mengakui diperguna PKR.

Deepak mengakui beliau merupakan individu dalam video tersebut yang menurutnya dirakam tanpa disedarinya pada petang 30 November lalu, semasa perhimpunan agung Umno ke-66 berlangsung.

Deepak interviewMenurut Deepak, perbualan itu berlangsung di antara dirinya dan seorang ahli majlis tertinggi Umno serta dua lagi penulis blog pro-Umno.

Tambahnya, video itu telah disunting dan dipertontonkan dengan konteks yang salah kepada orang ramai.

Katanya lagi, beliau tiada apa-apa yang mahu disembunyikan justeru beliau mencabar agar video itu ditayangkan sepenuhnya.

"Saya tidak lari daripada apa-apa dan tiada yang perlu disembunyikan.

"Perkara yang saya katakan adalah perkara yang saya mahu nyatakan. Perkara yang mereka tulis adalah perkara yang mereka mahu dengar.

"Tolong tayangkan video itu dari awal hingga akhir," katanya sambil menambah bahawa percakapan dan transkrip percakapannya yang dimuatkan dalam blog pro-Umno itu tidak selari dengan apa yang beliau tuturkan.

"Jika anda tengok video itu, mereka tulis apa yang saya kata dengan berbeza sama sekali," tegasnya.

Royal Highness Raja Zarith Sofiah : Social entrepreneurship

Ali Imran (3) : 145 - Ustaz Shofwan Badrie

Gejala MURTAD - Ustaz Azhar Idrus

Bina RUMAH Sebelah Kuil - Ustaz Azhar Idrus

Jamming Lagu HARDCORE Tapi Solat - Ustaz Azhar Idrus

Beza INFAQ & Zakat - Ustaz Azhar Idrus

Hukum KOMISYEN - Ustaz Azhar Idrus

Ramasamy : Petronas should be answerable to the Parliament !

12-12-12 : 'Stateless Indians' protest [Full]

Unarmed protesters come under fire in S Sudan

Car bomb close to Syrian capital Damascus kills 16

More punch-ups in Ukraine parliament

Analyst: Fight in Syria 'far from over'

DAP, PR buktikan ramalan ahli nujum UMNO/BN salah


KUALA LUMPUR, 13 DISEMBER: DAP perlu buktikan bahawa ramalan ahli nujum UMNO/BN itu salah apabila mendakwa pelbagai senario buruk termasuk berulangnya rusuhan kaum 13 Mei, huru-hara dan negara akan muflis dalam tempoh tiga tahun jika Pakatan Rakyat (PR) memenangi PRU-13 dan mentadbir Putrajaya.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, ini terbukti tidak berlaku rusuhan kaum dan negeri muflis selepas PR memerintah Pulau Pinang, Selangor, Kedah hampir lima tahun dan Kelantan sudah lebih 22 tahun.
Beliau berkata, jika pemerintahan PR begitu teruk, Datuk Seri Najib tidak perlu melalui dua tahun kesengsaraan menangguhkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kerana kurang yakin UMNO/BN akan memperolehi mandat baru untuk terus memerintah.
“Najib tidak perlu memilih jalan tidak mengikut perlembagaan dan tidak demokratik pada Februari 2009 apabila merampas kuasa kerajaan PR Perak, negeri yang dipilih rakyat sehingga rakyat bertekad akan mengembalikan kuasa pada PRU-13 nanti.
“Pemimpin dan propagandis UMNO/BN perlu diberitahu agar menghentikan ‘ramalan akhir zaman’ bohong demi rakyat jika mereka benar-benar cintakan Malaysia,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, Kelantan yang diperintah oleh PAS lebih 22 tahun lalu, serta Pulau Pinang, Selangor dan Kedah yang diterajui PR masih belum muflis malah menunjukkan rekod urus tadbir yang lebih baik dan menegakkan kebajikan rakyat berbanding ketika negeri berkenaan diperintah oleh BN.

Antara sumpah Najib, sumpah Mahsuri dan sumpah Hantu Raya

Oleh Hafiz Zainuddin
SUMPAH bukan perkara asing bagi dunia Melayu. Ia sudah menjadi sebahagian daripada nilai dan sejarah zaman berzaman.
Benar atau salah sumpah Mahsuri, Kedah mula bangkit selepas tujuh keturunan selepas kematiannya difitnah. Dalam sastera Melayu klasik, Hikayat Marakarma mencatatkan bagaimana Maharaja Angkasa Indera Dewa atau Betara Angkasa Indera Dewa turun dari Kayangan ke dunia bersama isterinya tanpa kebenaran Betara Guru, akibatnya, mereka disumpah menjadi sepasang suami isteri yang miskin dan  melarat dibenci orang.
Antara kisah sumpah paling popular ialah kisah si Tanggang. Si Tanggang lakonan Jins Shamsudin telah menidakkan Si Deruma sebagai ibunya dengan angkuh, lantas berdoalah ibu tua itu kepada tuhan, “Oh, Tuhan! Tunjukkanlah kepada Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya.” Semena-mena sahaja langit bertukar gelap, laut bergelora dan malanglah nasib Si Tanggang dan anak kapalnya menjadi batu.
Begitu juga halnya dengan makhluk yang terkenal dengan gelaran sebagai Sang Kelembai. Makhluk berupa gergasi yang menghuni di hutan ini mempunyai kesaktian menyumpah orang yang ditegurnya menjadi batu. Manifestasi ‘kewujudan sang kelembai’ ini boleh dilihat melalui batu berbentuk gajah di Batu Gajah, Perak dan Gua Mat Sirat di Kampung Kepayang Ipoh.
Ini cuma sekelumit kecil kisah sumpah dan sumpahan yang popular dan dekat dalam masyarakat kita. Takkan selesai kalau diceritakan semuanya di sini.
Manifestasi sumpah

Khalid Samad: 'Saya wakil rakyat semua kaum'

KALAH sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya. Itulah yang pegangan dan kepercayaan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang sentiasa mengetengahkan pendekatan baru untuk memenangi hati rakyat yang dianggapnya “sudah selesa” dengan pendirian politik berkecuali. Namun detik 2008 mengubah segala persepsi itu.
Malah menjadikannya lebih komited untuk terus memperkenalkan Pas di kalangan masyarakat bandar khusus orang Melayu yang sebelum ini adalah penyokong dalam senyap BN.

Ikuti temu bual bersama  Khalid yang juga Yang Dipertua Pas Shah Alam menerusi segmen Bicara Bersama Ahli Parlimen Penggal Pertama baru-baru ini.

SINAR HARIAN ONLINE: Adakah pernah YB menjangkakan kemenangan pada Pilihan Raya Umum 2008 berpihak kepada Pakatan Rakyat khususnya parti Pas itu sendiri?

KHALID SAMAD: Pada tahun 2008, memang kita telah melihat terdapat ada banyak perubahan dari segi kesedaran rakyat, keinginan untuk melihat akan berlakunya perubahan dan sensitiviti rakyat terhadap beberapa isu yang telah berlaku ketika hampir dengan pilihan raya.

Pada asalnya, Shah Alam adalah kubu Umno-BN, dan tidak dianggap sebagai salah kerusi yang mempunyai potensi yang tinggi untuk dimenangi kerana pernah mencatat majoriti terbesar bagi pihak Umno-BN pada 1990-an dan 2004 pun bila saya bertanding menentang calon yang sama, Datuk Aziz Shamsudin telah kalah dengan majoriti 13,000 undi. Maka bila saya bertanding pada 2008, saya mengharapkan akan berlakunya penurunan dari segi majoriti tetapi tidak menjangka akan menang, bukan sekadar menang tetapi menang dengan majoriti yang hampir 10,000 undi.

Maka rasa itu bukti akan perubahan yang berlaku, tidak dizahirkan oleh rakyat jelata walaupun pada 1999 kita pernah hampir menang tapi pada ketika itu, persempadanan Shah Alam itu pun berbeza, pada 2004 persempadanan yang baru dan pada ketika itu, saya kalah dengan majoriti 13,000 undi, lalu ia kerusi yang dianggap sukar untuk dimenangi.

Shah Alam ternyata bukan kawasan “simpanan tetap” Umno-BN sebelum 2008, tidak boleh dikatakan begitu, oleh kerana pada 1999 itu hampir dimenangi oleh calon Barisan Alternatif yang pada ketika itu diwakili oleh saudara Ezam Md Noor tetapi ia pernah menjadi kubu kuat Umno-BN.

Deepak and Musa: An Umno inside job?

A good many Umno members believe Najib Tun Razak had something to do with Altantuya's murder although they don't believe he had given the order.

The whispers by the anti-Najib faction along the corridors of the recent Umno general assembly were all centred on Rosmah Mansor (Najib Tun Razak’s wife) and Muhyiddin Yassin (Deputy Prime Minister).
Whispers also revolved around the fact that Najib hides behind the office of the prime minster, using his powers not to answer the many allegations thrown at him.
The corridors were abuzz with talk about Rosmah’s insatiable hunger to grab business opportunities, wealth and anything that would enrich her.
The name of a certain prominent Malaysian Indian businessman (not Deepak Jaikishan) kept coming up over and over again, a new television company to rival Astro was mentioned and so many other matters. All roads, however, led back to the house of Najib.
Najib is seen as a weakling because of the Rosmah factor. They feel that Rosmah has too much control over him.
Today, a good many Umno members believe Najib had something to do with the murder of Altantuya Shaariibuu.

Anggaplah kritikan sebagai pujian - Habibie

Oleh Abd Shukur Harun
Di tengah-tengah pelbagai pihak mempertahankan mantan Presiden Indonesia, B.J. Habibie dari sebuah kritikan tajam terhadapnya, tokoh reformis Indonesia itu kelihatannya ‘biasa-biasa saja’.

Kritikan itu datang dari seorang pendukung parti politik Umno baru-baru ini.


Bagaimanapun ada jawapan dari tokoh reformis Indinesia itu yang santai tetapi menarik dan penuh makna.

Iaitu ada ungkapan darinya melalui Twitter resminya - @habibiecenter  - pada Selasa lalu, yang menyebut BJ Habibie berkata: “When s''one insults u, take it as a compliment that they spend so much time thinking abt u, when u don''t even think abt them."

(Kalau ada yang menghina anda, anggap saja sebagai pujian bahwa dia menghabiskan waktu memikirkan anda, sedangkan anda tidak sedetikpun memikirkan dia).

Ini sebuah jawapan yang sangat menarik, pandangan dari seorang tokoh intelektual besar yang dengan tangannya membuka gerbang demokrasi seluas-luasnya di negara Indonesia, bahkan boleh dianggap sebagai ‘Guru Demokrasi’ sekurang-kurangnya di rantau ini.

Habibie adalah seorang reformis dan intelektual bangsa yang berjaya mengubah hala tuju pentadbiran negara itu ke arah sebuah sistem yang demokratik dengan memerdekakan rakyat dari belenggu pemikiran dan hegemoni yang sempit.

PRU 13: Bom jangka perkauman berdetik kencang

Oleh Anuar Mohd Nor
PRU 13 — kaum Cina sudah buat keputusan — bom jangka perkauman berdetik kencang. Adakah benar kaum Cina telah membuat keputusan — majoriti mereka telah menetapkan tidak akan mengundi BN/Umno. Adakah ini benar. Ini telah disuarakan kepada www.umno-reform2.com oleh salah seorang kepimpinan BN baru-baru ini.

Menurut kepimpinan itu harapan BN/Umno adalah pada undi Melayu dan India sahaja. Ini pasti akan memberi kesan besar kepada BN dengan pengurangan besar undi Cina yang menyokong BN dan ini akan melibatkan kawasan-kawasan bandar dan tepian bandar yang berdesak dengan arus desakan perubahan yang dilancarkan oleh pembangkang.
Kenapa perkara ini berlaku? Kenapa majoriti Cina dikatakan menolak BN dan apa puncanya? Dimaklumkan kepada kami — dalam diskusi ringkas dengan kepimpinan BN ini — punca peralihan sokongan ini adalah kerana sebelum ini orang Cina adalah dalam keadaan ketakutan dan hanya yakin bahawa MCA/BN sahaja yang dapat menyelamatkan mereka. Peristiwa 13 Mei 1969 juga dikatakan faktor mereka terus mengundi BN kerana mereka tidak mahu ada gangguan perhubungan kaum. Ketakutan ini menyebabkan mereka akur dan tidak mengundi parti lain selain dari BN.

PAS dan Umno bersaudara dalam agama

Umno dan PAS tidak perlu berhenti bersaing jika persaingan mereka itu bertujuan menawarkan khidmat yang lebih baik kepada rakyat. Persaingan untuk memberikan khidmat adalah persaingan yang sihat dan memberikan kebaikan bukan negara.
Tidakkah kita lihat bahawa kewujudan persaingan di pasaran membolehkan orangramai mendapat barangan yang lebih berkualiti. Sementara monopoli tanpa saingan akan merosakkan kualiti khidmat dan merugikan orang awam.

Persaingan PAS dan Umno jika atas dasar ingin menawarkan khidmat yang lebih baik, bukan kerana dendam dan permusuhan yang lahir dari politik kepuakan, akan memakmurkan masyarakat muslim secara khusus dan negara secara amnya. Jika persaingan itu atas slogan yang Allah firman (maksudnya) “Bersegeralah kepada kebaikan”(Surah al-Maidah, 48) maka ia menjadi pahala kebajikan untuk semua pihak yang terlibat.
Saingan politik
Seperti yang selalu ditegaskan, pada asalnya, Islam tidak suka perasaan tamakkan jawatan tanpa sebab yang berasas yang Allah redha. Keinginan mendapatkan kedudukan politik untuk kepentingan diri atau sebagai kebanggaan adalah dilarang dalam agama ini. Ini jelas daripada hadis-hadis, antaranya sabda Nabi s.a.w: “Kamu semua begitu bercita-cita terhadap jawatan kepimpinanan, ianya akan menjadi penyesalan pada hari kiamat. Ianya sesuatu yang nikmat pada permualaannya tapi keburukan pada akhirnya” (Riwayat al-Bukhari).
Baginda juga pernah menasihati `Abd ar-Rahman bin Samurah: "Wahai `Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa pemintaan maka engkau dibantu" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Memerdekakan polis dari gangguan Umno

Oleh Subky Latif
BETAPA polis dipandang rendah oleh masyarakat disebabkan gangguan orang politik telah didedahkan oleh Tan Sri Musa Hasan yang baru setahun jagung bersara dari Ketua Polis Negara.
Lebih dari sekali dia bersungut tentang campuran tangan orang politik mengganggu polis menjalankan tugasnya.


Jika sekadar sekali dua atau sekali sekala gangguan itu berlaku, tentu pegawai polis yang diketahui tinggi disiplinnya terhadap kerajaan tidak akan bersungut secara terbuka kepada umum. Dia tidak menamakan orang politik mana yang campur tangan kerja polis itu, tetapi tentulah bukan PAS, PKR dan DAP walaupun kumpulan pembangkang itu sering mengkritik polis yang dikatakan tidak profesional menjalankan tugas.

UMNO Akhirnya Akur Rosmah Adalah Liabiliti Bagi Najib

Shahbudin Husin
Akhirnya sebuah buku biografi mengenai isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor akan diterbitkan dan muncul di pasaran pada pertengahan Januari depan yang antara lainnya dikatakan akan menyediakan satu bab khusus untuk menjawab pelbagai tohmahan mengenai dirinya.


Penasihat penerbitan buku itu, Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata, pelbagai tohmahan dan cakap-cakap yang berlegar di pasaran politik mengenai isteri Najib itu akan dijawab melalui wawancara khas dengan Rosmah yang akan dimuatkan dalam satu bab khusus buku tersebut.

Buku tersebut hanya dijangka siap pada pertengahan Januari 2013 tetapi majlis pra pelancarannya sudah pun dilakukan baru-baru ini oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Dengan terbitnya buku ini sekurang-kurangnya membuktikan dua perkara. Pertama, UMNO dan Najib mengakui bahawa watak dan perilaku Rosmah selama ini adalah beban kepada UMNO dan BN serta disedari menjadi antara halangan utama untuk memenangi pilihanraya umum akan datang.

Bahasa dan ucapan menjelang PRU13

Oleh DR AMINUDIN MANSOR
Bahasa, percakapan yang baik melambangkan ketinggian budi pekerti seseorang itu. Jika seseorang itu bertutur, berbicara dan berucap dengan bahasa yang baik dia akan mendapat pahala dan balasan yang baik daripada ALLAH. Bahasa dan ucapan dari lidah dan mulut mestilah dijaga semasa berkempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


Ada yang mengatakan, jikalau kempen pilihan raya mengikut adab tidak seronok. Penceramah dan pendengar juga kebanyakannya gemar mendengar ceramah yang ada unsur fitnah, caci-maki, kutukan dan sebagainya. Bahasa dan ucapan dalam PRU13 sepatutnya menjurus kepada kesejahteraan rakyat, apa yang akan dilakukan jika partinya menang dalam PRU13.

Banyak isu yang boleh dibangkitkan semasa berceramah seperti isu bahasa, pendidikan, pembangunan bandar dan desa, kemudahan kepada rakyat, kejayaan akan datang dan juga perpaduan dalam kalangan rakyat. Isu-isu ini boleh dijelaskan kepada rakyat sebagai penjelasan kepada manifesto sesebuah parti politik.

How to get a crowd for Najib? With goodie bags, t-shirts and, yes, cordless phones!

How to get a crowd for Najib? With goodie bags, t-shirts and, yes, cordless phones!
Some 20,000 people greeted prime minister Najib Razak during the launch of his "Promises Fulfilled Tour" held at Universiti Sains Malaysia in Penang on December 8, according to the government-controlled national news agency Bernama.
But a Penang-based activist-journalist has detailed how the crowd was gathered.
Writing on his blog, Anil Netto posted pictures of how scores of factory buses were mobilised to the event to bring in passengers "already wearing orange ‘Janji Ditepati’ T-shirts".
"Quite a few people were seen wearing black Pekida T-shirts," he said, referring to the pro-UMNO right-wing association.
"The person who received a letter from Telekom to collect a loyalty gift turned up in the afternoon to collect an Aztec DTEC cordless phone and a TM mug(!). Plus half a dozen RM3 tickets for the month-long Pesta Pulau Pinang held nearby," said Anil, who also published pictures of goodie bags, each containing a bottle of mineral water and fruits, distributed to every attendee.

Pemuda Pas: SPR perlu bebas pegawai aktif politik


Nasrudin Hassan
SHAH ALAM - Pemuda Pas mengharapkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bertegas untuk tidak membiarkan mana-mana pegawainya menjadi ahli parti-parti politik.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, jika ada pegawai SPR menganggotai mana-mana parti politik, ia akan mendedahkan ketidaktelusan pengendalian dan menjejaskan kualiti pengurusan tertinggi SPR.

Ia juga, katanya, mendorong SPR tunduk kepada pengaruh politik kepartian yang boleh menghakis kredibiliti sistem demokrasi negara.

“Pengerusi SPR mesti peka dengan pendedahan seperti ini dan berasa bimbang akan kesannya terhadap kredibiliti SPR, apatah lagi mengambil kira pengajaran dari banyak kajian kes sedia ada, sejarah dan iklim politik semasa, khususnya di Sabah yang sensitif kepada perubahan kerajaan.

Sultan Muhammad V sertai majlis solat hajat, tahlil


Sultan Muhammad V bersalaman dengan para jemaah.

KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berangkat menghadiri Majlis Solat Hajat, Bacaan Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat di Masjid Muhammadi di sini malam tadi.

Turut berangkat pada program sempena Sambutan 100 Tahun Penubuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik)  itu Tengku Mahkota Kelantan Dr. Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.

Turut hadir pada program tersebut Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaacob, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, Pegawai Kewangan Negeri Datuk Mohd Faudzi Che Mamat, Mufti Kerajaan Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad dan Timbalannya Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad dan Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Mohamad.

Pusat Judi Siber Di Temerloh, Penduduk Hairan, Makin Operasi Semakin Banyak Pula Tumbuh

TERMERLOH, 14 Dis - Orang ramai terutamanya umat Islam di sekitar Temerloh kecewa dengan senario terkini isu "pusat judi siber" yang semakin bercambah-cambah walau pun pihak berkuatkuasa sudah melakukan serbuan dan operasi. Mereka hairan dan pelik, kenapa operasi meningkat tetapi kewujudan pusat judi siber ini semakin banyak tumbuh bagaikan "cendawan tumbuh lepas hujan".  Malah, difahamkan kini sudah ada hampir 800 pusat judi siber di sekitar kawasan ini termasuk juga di kawasan penempatan Melayu. Apa sudah jadi dengan penguatkuasaan agaknya?. Kenapa ini harus berlaku sedangkan operasi sudah dijalankan?. Kenapa tokey-tokey Cina semakin berani membuka pusat judi siber, sedangkan pihak berkuasa terutamanya polis sudah lakukan tanggungjawab mereka?. Atau, apakah operasi hanya melepaskan batuk ditangga bagi mengaburi mata rakyat kononnya kerajaan sudah bertindak?. Inilah yang dipersoalkan oleh para penduduk Temerloh sekarang. Menurut seorang penduduk Taman Bukit Semantan yang ditemui berkata pihak terbabit menyasarkan dua ribu (2,000) pusat judi siber di kawasan Temerloh. "Operasi hanya dibuat setiap enam bulan sekali. Mereka tutup sekejap.. lepas tu mereka untung balik .. kemudian operasi lagi... kemudian mereka buka semula.. untung RM60,000 hingga RM100,000 sehari... pekerja dalam tu ramai anak Melayu. Mereka bagi gaji besar,  sebulan sampam RM1,800-RM2,500? Kini ia dah jadi isu besar", katanya. Menurut beliau, baru-baru ini ada aduan di buat ke pejabat Agama Islam Daerah Temerloh. "Masa tu Kadi dan Timbalan Kadi tak ada... mula-mula Pejabat Agama Islam Temerloh tak nak terima aduan.... selepas di desak barulah mereka terima...Mungkin mereka takut sebab pusat judi siber (haram) ni ada "kabel besar" dengan orang atasan.. Yang sedih budak-budak Melayu juga ramai terlibat ... sampai ada yang sanggup jua laptop 1Malaysia yang diberi oleh kerajaan untuk main judi siber nii..", tambah beliau lagi. Menurutnya lagi, premis judi siber ini boeh mengundang berbagai masalah gejala sosial yang lain seperti kecurian, pergaduhan, dadah, ragut dan sebagainya. "Saya difahamkan kini lokasi baru yang dibuka ialah di Taman Bukit Semantan (Kedai No.14 dan 32). Taman Sri Semantan pula ialah tempat Ahli Parlimen Temerloh (Dato' Saifuddin Abdullah) dibesarkan.. anehnya kat situ jer ada tiga premis judi haram dibuka iaitu di barisan kedai kereta Toyota. Pihak berkuasa (polis) memang rampas komputer dari pusat judi nii.. tapi yang dirampas hanyalah gimik... skrin komputer mereka "flat screen" yang leper.. tapi yang dirampas oleh pihak berkuasa ialah komputer lama (tiub) yang sebenarnya sudah disimpan dalam stor.. atau memang tokey-tokey pusat judi ni beli dari kedai komputer untuk dijadikan bukti kepada media kononnya premis mereka sudah diserbu.. tapi hari ni kena serbu.. esok bukak semua.. Operasi tak berkesan kerana promosi hebat termasuk merek beri "mee maggi percuma" kepada pelanggan", tambah beliau.

Karpal: 'Saya tak takut usaha guling saya'



Karpal Singh PETALING JAYA – Konvensyen DAP ke-16 yang bermula hari ini, yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13, dijangka menjadi medan pertemuan tahunan yang paling 'panas', helah dan dipercayai akan ada beberapa pendedahan mengejutkan.

Menurut Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh, beberapa ahli berjanji akan mendedahkan ‘kekotoran’ dan perkara ini dijangka dilakukan semasa sesi perbahasan perwakilan.

“Bagaimanapun, saya boleh beri jaminan kepada anda bahawa keseluruhan prosiding akan dijalankan dengan demokratik," kata pemimpin veteran ini.
Ahli Parlimen ini seterusnya berkata: "Saya juga mengetahui rancangan untuk menggulingkan saya."
"Tetapi saya tidak takut, saya telah membuktikan diri saya dan rekod saya bercakap untuk dirinya sendiri," kata beliau lagi.
“Selain itu, konvensyen itu tidak membuat keputusan parti. Keputusan hanya dibuat oleh jawatankuasa eksekutif pusat (CEC). Konvensyen ini adalah semata-mata mengenai siapa yang mendapat dipilih ke CEC,’’ katanya.

MB: Langat 2 Hanya Selepas Penstrukturan Semula Air

SHAH ALAM 14 DIS : Projek Langat 2 hanya akan dilaksanakan selepas Kerajaan Pusat bersetuju untuk Kerajaan Negeri Selangor melakukan penstrukturan semula industri air.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata setakat ini, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) masih belum memberi sebarang maklum balas berhubung surat yang dihantar oleh Kerajaan Negeri.
“Saya masih lagi menunggu maklum balas daripada surat itu dan jika Kerajaan Pusat bersetuju untuk Kerajaan Negeri membuat penstrukturan air itu, kita boleh adakan perbincangan lanjut,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan program Selangor Agro Fest 2012 (SAF 2012) yang diadakan di perkarangan Stadium Malawati Shah Alam, di sini.
Sebelum ini, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air, Datuk Sri Peter Chin Fah Kui berkata projek pembinaan Langat 2 mengalami kelewatan 29 bulan berbanding jadual asal ekoran keengganan Kerajaan Negeri Selangor memberi kerjasama dengan Kerajaan Pusat dalam projek berkenaan.

Salun: BN tunjuk tindakan ala samseng kepada rakyat

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan melahirkan rasa dukacita di atas tindakan sekumpulan anggota parti Gerakan Negeri Sembilan yang mendapatkan khidmat pendandan rambut wanita di Kota Bharu sebagai usaha mencabar undang-undang Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).


Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan (gambar) berkata, kerajaan negeri melahirkan rasa terkilan dengan tindakan yang amat tidak wajar itu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas sekumpulan anggota Gerakan Negeri Sembilan datang ke Kota Bharu dengan sengaja mendapatkan khidmat di salun pemilik wanita bukan Islam dengan tujuan untuk mencabar undang-undang MPKB yang telah berjalan sejak 21 tahun lalu.

Tindakan itu turut disiarkan oleh sebuah portal berita berbahasa Melayu, pagi kelmarin dengan menyiarkan rasa kecewa pemimpin Gerakan itu berikutan penguatkuasa MPKB-BRI tidak datang untuk mengambil sebarang tindakan terhadap mereka.

INTV with Anwar Ibrahim part 1


Dikejar Dan Ditikam Samseng Umno

Ketua Pas Cawangan Lubuk Durian, Ismail Muhammad, 45, menerima tiga jahitan di punggung, selepas ditikam dengan sebilah pisau oleh seorang lelaki di hadapan sebuah kedai roti canai di Kampung Talak Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.10 malam, sementara menunggu pesanan roti canai, beliau membantu mengunting nombor bertuah untuk penyokong Harimau Malaya yang datang menyaksikan perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2012 bertemu dengan Thailand.


Bagaimanapun, beliau dikejutkan dengan bunyi skrin besar yang dipasang Pemuda Pas Dun Wakaf Bharu untuk siaran langsung perlawanan bola tersebut tumbang. Ismail berkata, terkejut dengan bunyi kuat itu, beliau segera keluar dari kedai untuk ke lokasi kejadian dan ternampak seorang lelaki sedang memotong tali ikatan skrin.

Voice for the voiceless

Tindakan Hishammuddin menukar status masyarakat India menyalahi undang-undang negara

Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Hussein Onn dalam satu kenyataan pada 12.12.12 telah memberikan bukti bahawa wujudnya agenda kerajaan Bn untuk menukar status masyarakat India ‘tanpa kerakyatan’ kepada bukan warganegara.
Ini adalah amat berbahaya, tindakan Kementerian Dalam Negeri dibawah Hishamuddin ini menyalahi undang-undang dan harus dipandang serius. Hishamuddin semalam mendakwa bahawa bahawa JPN Putrajaya hanya menerima 308 permohonan, yang mana 280 adalah untuk status pemastautin tetap. Ini adalah satu pembohongan terang-terangan dan tindakan yang tidak bertanggungjawab.
308 Orang India Malaysia di JPN Putrajaya semalam mengisi permohonan untuk pengeluaran MyKad biru. Mereka tidak mengisi sebarang permohonan bagi penduduk tetap. Pemohon dari masyarakat India, semuanya dilahirkan di negara ini atau ada diantara ibu bapa mereka adalah warganegara.
Oleh itu, di bawah Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan, ini menjadikan mereka warganegara Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang. Kerajaan telah menyalahi undang-undang apabila menafikan MyKad biru kepada mereka.
Jadi mengapa Hishamuddin sanggup menafikan hak mereka yang selayaknya merupakan warganegara melalui kuat kuasa undang-undang sebagai penduduk tetap?
Malah, semasa perhimpunan yang dianjurkan Pakatan Rakyat pada 12.12.12, kira-kira 500 kaum India tidak bernegara hadir di JPN Putrajaya dan turut disertai oleh kira-kira 1000 penyokong. Walaupun notis terlebih dahulu telah diberikan, JPN tidak dapat untuk memenuhi jumlah besar tersebut dan hanya 308 berjaya untuk dimasukkan ke dalam permohonan mereka.