Rabu, 12 Disember 2012

Italy passes debt test

OPEC keeps output target

Filippinos begin to rebuild after Bopha

Bukti Najib minta rakyat Malaysia kekal BODOH



Ulasan dari Datuk Seri Najib, seperti yang dilaporkan di Malaysiakini......

"Kita kini berhadapan dengan situasi yang berbeza dengan kewujudan media sosial, rakyat juga semakin bijak selain maklumat yang mudah diperoleh," katanya pada sesi soal jawab selepas melancarkan Kelab Koresponden Asing Malaysia di Kuala Lumpur, malam semalam.

“Turun padang akan diteruskan. Tetapi, keadaan semasa memang mencabar. Rakyat makin berpendidikan dan dengan limpahan teknologi baharu. Inilah cabaran masa kini.

“Namun, kalau pilihan raya menghasilkan keputusan yang lemah, ia akan memberi kesan kepada negara,”
katanya. 

Mungkin DS Najib sudah mula penat dan mudah mentuturkan kata-kata yang akan memakan diri beliau dan juga BN.  Ulasan dari beliau ini dengan jelas menyatakan bahawa "rakyat semakin bijak" dan ini akan menyukarkan BN memenangi majoriti dua pertiga pada pilihanraya yang akan datang.  Maknanya selama ini rakyat menyokong BN kerana dibelenggu kebodohan?  

Teknologi dan penggunaan ruang siber untuk menyampaikan berita dan maklumat telah membuka minda rakyat untuk memahami dengan lebih mendalam sesuatu isu.  Rakyat juga makin berani menyoal kerajaan berkenaan sesuatu isu yang menjadi bualan ramai atau mencurigakan.  

Kata-kata DS Najib bahawa rakyat semakin bijak sememangnya suatu penghinaan kepada rakyat Malaysia kerana secara halus Najib memaksudkan bahawa dahulu rakyat BODOH dan kerana itu BN disokong.  Cukup mudah untuk memperolehi majoriti dua pertiga pada pilihanraya sekiranya rakyat kekal BODOH.

Sepandai-pandai kita berkata-kata dengan ayat-ayat manis, akhirnya akan terserlah juga keperibadian kita yang sebenar dan itulah yang terjadi kepada DS Najib.  Beliau mencanang semua yang baik-baik dan mulia sewaktu berucap dihadapan rakyat, tetapi akhirnya, beliau telah menyatakan apa sebenarnya yang terbuku dalam hati beliau...iaitu 

"wahai rakyat Malaysia, tolonglah kekal bodoh dan sokong BN, kami perlukan kebodohan anda untuk memenangi majoriti dua pertiga di Parlimen."

Jaga akhlak tidak dianggap ceroboh hak bukan Islam


KUALA LUMPUR: Keputusan Kerajaan Kelantan untuk menangguh penguatkuasaan Undang-undang Kecil Kedai Gunting Rambut wajar dilakukan jika bertujuan untuk menjelaskan kes yang timbul.

“Peraturan itu sendiri tidak seharusnya diketepikan kerana prinsip menjaga kesopanan dan kesusilaan masyarakat seperti yang terungkap dalam Rukun Negara tidak boleh diremehkan,” kata Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid.

Justeru, tegasnya Mapim berpendirian usaha untuk menjaga akhlak masyarakat adalah usaha yang murni dan tidak boleh dianggap menceroboh hak bukan Islam.


Beliau berkata, Mapim berpegang kepada prinsip bahawa tujuan utama yang harus difahami oleh masyarakat ialah menjaga kemurnian nilai dan sahsiah masyarakat.

“Ia tidak boleh dilihat sebagai mengganggu hak masyarakat bukan Islam kerana ia adalah suatu kesepakatan sosial untuk menjaga budaya hidup masyarakat yang sihat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Selangor Masih Destinasi Unggul Pelaburan

SHAH ALAM 12 DIS: Selangor masih kekal sebagai destinasi utama pilihan pelabur antara semua negeri apabila mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM 7.68 bilion meliputi 24 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan di negara ini.
Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok berkata, bagi tempoh Januari hingga September 2012, Selangor mengekalkan momentum pelaburan yang cemerlang dengan sebanyak 186 projek perkilangan diluluskan.
Projek-projek itu telah mewujudkan sebanyak 16,076 peluang pekerjaan selama sembilan bulan kebelakangan ini.
Jumlah tersebut mendahului negeri lain dari segi jumlah pelaburan yang diterima.
Katanya, dari jumlah pelaburan yang diluluskan di Selangor, sebanyak 71 peratus atau RM 5.47 bilion adalah daripada pelaburan tempatan.
Manakalan 29 peratus atau RM 2.21 bilion daripada pelaburan asing.

Sumpah Laknat Mula Makan Tuan?

Oleh WFAUZDIN NS

NAMPAKNYA Najib kini sudah amat tertekan sekali.  Apabila bos sudah tertekan, apa lagi anak-anak buah mereka.  Justeru itu, jangan terkejut sejak kebelakangan ini berbagai cara dan taktik telah mereka rancang dan gunakan untuk menghalang kemaraan Pakatan Rakyat.

Isu pendedahan bekas KPN, Musa Hassan bukan isu remeh temeh.

Kita tidak mahu tahu mengapa Musa Hassan seolah-olah melakukan "U-Turn" yang bukan sedikit cuma tidak masuk ke dalam kumpulan kita sahaja.  Apa pun nawaitu Musa Hassan samada berniat baik atau sebaliknya, bagi kita yang penting Musa Hassan telah melondehkan kerajaan di bawah Najib.  

B.J. Habibie: Ucapan Di Majlis Makan Malam Negeri Selangor Malaysia

Deepak mahu terbit buku tentang Rosmah, Altantuya

Ahli perniagaan Deepak Jaikishan bercadang untuk menerbitkan buku setebal 26 halaman bagi mengaitkan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan kontroversi berhubung model Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh.

Buku itu katanya akan menceritakan urutan peristiwa sejak beliau diminta oleh Rosmah untuk memaksa P Balasubramaniam membuat pengakuan berkanun (SD) kedua, seperti didakwanya, sehinggalah kepada wawancaranya dengan beberapa portal berita hari ini.

SD kedua itu menyebabkan Balasubramaniam menukar keterangan dalam SD pertamanya yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Altantuya.

"(Ia akan memuatkan kisah) dari hari pertama saya terima panggilan sehingga ke hari ini - semua kebenaran, semua fakta. Saya akan rampaikan semua SMS dan panggilan yang saya terima," katanya.

Buku itu akan dilancarkan Isnin depan dan boleh diperolehi secara bercetak dan dalam talian, tambahnya.

Selain itu, beliau juga akan menerbitkan autobiografinya sendiri, susulan kepada penerbitan biografi Rosmah – yang didakwa sebagai seorang kawan wanita sebelum ini.

"Datin Seri Rosmah membuat keputusan bijak untuk menerbitkan autobiografinya. Atas cadangan seorang rakan media, pagi tadi saya bersetuju untuk menerbitkan dua buku ini," katanya.

Atas rasa hormat kepada Rosmah, kata Deepak, beliau akan melancarkan buku autobiografi tersebut sehari selepas pelancaran buku isteri perdana menteri itu.

Buku tulisannya  itu akan digarap bagi mengisi lapangnya apabila beliau mula menetap di Burma tidak lama lagi.

Fitnah : Mahkamah tetap pengurusan kes saman Nurul Izzah terhadap Utusan 18 Februari

KUALA LUUMUR, 12 Dis — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 18 Februari untuk pengurusan kes saman fitnah yang difailkan anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar (gambar) terhadap Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Aziz Ishak dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.
Hakim Datuk V T Singham menetapkan tarikh tersebut dengan dihadiri peguam Azhana Mohd Khairudin yang mewakili Nurul Izzah dan peguam Nur Atasha Juhaidi Yean Abdullah bagi pihak Utusan.
Pada 23 November lalu, Nurul Izzah memfailkan saman itu kerana mendakwa Aziz dan Utusan memutar-belit kenyataannya dalam satu forum mengenai kebebasan beragama untuk orang Melayu.
Menerusi pernyataannya, anggota Parlimen Lembah Pantai itu mendakwa empat artikel yang mengandungi perkataan fitnah terhadapnya diterbitkan oleh akhbar tersebut pada 6 Nov dan 7 Nov lalu.
Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, memohon perintah supaya kedua-dua defendan memohon maaf dan menarik balik tuduhan fitnah ke atasnya dalam masa 24 jam dari tarikh perintah tersebut.
Beliau juga menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi melampau dan kos yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. — Bernama

Isu Musa Hassan patut menjadi pengajaran kepada semua

oleh Aspan Alias
Isu kenyataan Musa Hassan masih menjadi isu hangat dan entah bila isu ini akan surut. Merata-rata dalam media massa alternatif ianya diperkata dan dibincangkan oleh rakyat khususnya mereka yang tampil untuk menulis tentangnya. Minat rakyat terhadap isu ini semakin besar kerana isu permainan politik di dalam institusi penguatkuasa dan demokrasi dalam negara ini sememangnya isu yang begitu sensitif bermulanya dari pentadbiran Dr Mahathir dahulu.
Pihak eksekutif telah mencerobohi semua badan dan institusi demokrasi dan penguatkuasa kerana kepentingan seseorang atau sekumpulan manusia lemah yang memimpin kita. Mereka ini telah lemah untuk mendapatkan sokongan rakyat secara natural dan berdasarkan kepada kemampuan peribadi maka menggunakan institusi kepolisan merupakan kaedah yang ampuh bagi mereka walaupun dalam jangka panjang ia akan terbongkar dan di hina rakyat.
Dengan kenyataan-kenyataan yang tidak henti-henti dari Musa itu, ia membuktikan yang kerjasama secara haram di antara pemimpin lemah dengan individu-individu dalam PDRM semasa itulah yang menyebabkan BN yang sepatutnya jatuh lama dahulu mampu bertahan sehingga hari ini. Tetapi kerja yang tidak baik akhirnya akan di ketahui ramai juga, kerana konspirasi dua belah pihak untuk melakukan kerja yang tidak betul lambat laun akan terbongkar juga.


Bagi saya Musa bukan isunya. Isu yang terbesar sekarang ialah dengan pembongkaran oleh bekas Ketua Polis Negara itu menunjukkan kepada kita bahawa Polis telah di gunakan untuk kepentingan peribadi pimpinan untuk menahan ombak perubahan yang sebenarnya telah bermula sejak zaman Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri lagi. Apa yang pimpinan tertinggi UMNO dan kerajaan tidak tahu, ialah apabila konspirasi seperti ini dilakukan yang paling penting untuk di jaga ialah mengekalkan perhubungan kedua-dua belah yang berkonspirasi itu.

Friends of Syria officially recognise opposition coalition

Sayangkan Umno, Shafie harus diketepikan..!!!

Apakah yang telah dilakukan oleh Shafie selama empat penggal memegang mandat para pengundi di Semporna ini?

Oleh Rizaldy A Aziz
Tahun 2012 sudah hampir melabuhkan tirainya dan andai direnung kembali peristiwa sepanjang tahun ini sudah tentu bahang PRU13  (pilihan raya umum ke 13) yang tidak berkesudahan tetap menjadi bualan hangat bagi mereka yang merasakan cukup arif tentang suasana politik Malaysia.
Ada sesuatu yang sangat menarik perhatian penulis untuk mengulas kemelut politik yang sedang melanda Malaysia Timur ketika ini dan di antara yang paling panas ialah Parlimen Semporna P189 yang memang terkenal sebagai salah satu kubu kuat Umno semenjak parti tersebut berjaya menakluki negeri Sabah.
Hasil daripada kajian yang penulis telah lakukan semenjak kembali dari bercuti di daerah tersebut, amat mengejutkan apabila disedari bahawa Ahli Parlimen bagi Semporna ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga merupakan salah seorang yang bertanggungjawab membawa kemasukan Umno ke Sabah pada tahun 1991.
Menyingkap titik permulaan beliau di arena politik Malaysia, Shafie hanya bermula sebagai pegawai biasa di Yayasan Sabah berjaya dketengahkan oleh bapa saudara beliau Tun Haji Sakaran in Dandai yang pada masa itu pemilik kerusi DUN N.48 Sulabayan di bawah tiket parti pembangkang Usno.
Setelah Shafie berjaya mengambil alih kerusi parlimen Semporna pada PRU 1995, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Timbalan Menteri Pertahanan, Menteri Hal Ehwal Pengguna dan Korperasi, Menteri Perpaduan Masyarakat dan
Kebudayaan dan kini menerajui Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.
Melalui rekod jawatan yang beliau sandang, ternyata Shafie adalah seorang yang boleh dikatakan pemain peranan utama di dalam kabinet Barisan Nasional.

Isu2 rakyat dalam buku terbaru Zunar “Lawak & Lawan”

KUALA LUMPUR 12 Dis: Kartun untuk rakyat, begitulah pendekatan yang diambil kartunis Zunar melalui buku kartun terbaru beliau berjudul “Lawak & Lawan.”
Menjelas lebih lanjut, kartunis kontroversi itu berkata ia tetap mengekal mesej yang sama iaitu mengenai rasuah dan salahguna kuasa oleh kerajaan BN, cuma kali dia mahu membangkitkan kesedaran rakyat melaui karya kartun.
“Apa yang saya nak sampaikan ialah rasuah bukan isu politik, tetapi adalah isu jenayah yang keji, sebab ia melibatkan wang rakyat. Kerana itu dalam buku ini, banyak kartun-kartun yang menggambarkan bagaimana rakyat menanggung derita akibat rasuah oleh pemimpin Barisan Nasional dan kroni-kroni mereka,” kata Zunar.
“Judul “Lawak & Lawan” juga mencerminkan keazaman saya sebagai kartunis untuk sama-sama berjuang dengan rakyat bagi menumbangkan rejim Barisan Nasional,” tambah beliau lagi.

Tawaran 6+3: Rakyat Pahang alu-alukan lot rumah


TEMERLOH: Tawaran Pakatan Rakyat (PR) Pahang untuk menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat negeri ini kepada yang tidak mempunyai tanah dan rumah kediaman, disambut gembira oleh rakyat yang ditemui.


Bagi mereka, inilah masa yang sesuai untuk PR melaksanakan keperluan asas rakyat itu jika memenangi Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang setelah isu pemberian lot tanah dan rumah dijadikan modal kempen Umno dan BN setiap kali PRU.

Mereka berpendapat, sedangkan Pahang memiliki tanah yang luas tetapi rakyatnya pula masih ramai yang tidak mempunyai rumah dan tanah.

Pemberian lot tanah serta menstruktur semula Kampung-kampung Baru dan Kampung Tersusun, termasuk dalam ‘Tawaran 6+3’ yang diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang di Kerdau, 9 Disember lalu.

Bagi Saifuddin Kamarudin, 35, dari Mentakab, menganggap tawaran PR itu tepat pada masanya dan amat bersetuju kerana beliau sendiri belum mempunyai tanah dan masih tinggal di rumah sewa.

Bapa kepada tiga anak itu berkata, di kampungnya masih ramai yang menyewa hingga ke usia tua gara-gara tanah pusaka berkongsi adik beradik. Sedangkan rumah merupakan keperluan asas, tanpa rumah merempatlah jadinya.

“Memang lot-lot rumah ini penting, kalau orang susah nak buat rumah rakyat miskin (PPRT) atau rumah mesra rakyat pun perlukan tanah sendiri.

“Inilah masalah kerajaan tak mahu tolong. Yang peliknya tiap-tiap kali dekat PRU, orang Umno datang minta kad pengenalan. Kononnya nak bagi lot tanah. Lama sangat dah kami penduduk kampung kena tipu.

Penganalisa Ekonomi Berat Sebelah, Buta Kepada Kelemahan Umno-BN

SHAH ALAM 12 DIS: Analisa dari segelintir “pakar ekonomi” yang ekonomi negara akan merudum sekiranya Kerajaan Umno-BN tumbang dalam pilihanraya akan datang tidak mengambil kira kelemahan pengurusan kewangan Kerajaan Pusat.
Persepsi mereka tidak mengambil kira rasuah, ketirisan dan sikap meninggikan hutang negara oleh Kerajaan Umno-BN, serta dasar penswastaan yang merugikan rakyat dan menguntungkan syarikat kroni, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Analisa mereka juga tidak mengambil kira kejayaan Pakatan Rakyat (PR) dalam mentadbir negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang di mana ia mengurangkan ketirisan, meningkatkan rizab negeri serta meningkatkan pelaburan.
Juga terdapat tafsiran yang salah bahawa pertukaran pentadbiran akan mendatangkan kepincangan kerana negara-negara seperti Thailand dan Indonesia terus mengalami kadar pertumbuhan yang memberangsangkan walaupun telah tukar kerajaan.
Abdul Khalid berkata, kepercayaan bahawa perubahan politik akan membawa kesan negatif terhadap ekonomi adalah hasil daripada politik ketakutan yang cuba disemai kerajaan Umno-BN sekarang.
Dilaporkan sebelum ini bahawa, syarikat analisa antarabangsa seperti JP Morgan mengeluarkan laporan yang mengatakan prestasi ekonomi Malaysia hanya akan baik sekiranya Umno-BN terus menguasai Kerajaan Pusat.

Khalwat: Kelantan kaji tindakan terhadap The Star

KOTA BHARU: Akhbar The Star bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang daripada kerajaan Kelantan berikutan laporan berunsur fitnah ‘isu khalwat’ yang dikenakan terhadap pasangan bukan Islam baru-baru ini.


Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata keputusan itu diambil hasil perbincangan dengan pakar undang-undang, peguam serta pihak yang lain.

“Kami  berpendapat liputan bermula daripada tajuk, liputan akhbar berkenaan yang menyentuh tangkapan khalwat terhadap orang bukan Islam itu suatu tindakan yang berbentuk fitnah,” ujarnya.

Takiyuddin menyebut, dakwaan laporan yang mengatakan kes itu yang pertama di negara ini amat tidak tepat kerana ianya telah berlaku di Kuala Lumpur.

“Kerajaan negeri sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang kerana mendakwa kerajaan negeri pertama  kes berkenaan sebagai khalwat, walhal telah berlaku di DBKL.

“Itu baru dua kes dan kita sedang mengkaji lagi kes-kes lain sekiranya ada unsur-unsur fitnah oleh akhbar terbabit,” ujarnya.

Chua Jui Meng ditolak, dihimpit samseng MIC dalam pejabat JPN

PUTRAJAYA 12 Dis: Kira-kira 30 samseng dipercayai dari MIC mengasari Naib Presiden KEADILAN, Datuk Chua Jui Meng di ruang pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya hari ini.
Mereka yang dibenar masuk dan berkumpul dalam pejabat tersebut, ketika ribuan rakyat berhimpun di pekarangan luar bangunan dan dihalang memasuki JPN, menolak bekas Menteri Kesihatan itu semasa beliau baru keluar dari bilik mesyuarat di situ.
Jui Meng (gambar, kiri) antara pimpinan Pakatan Rakyat yang dibenarkan masuk bertemu Ketua Pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd Said untuk rundingan permohonan kad pengenalan biru.
Pemimpin KEADILAN lain yang turut dibenar masuk adalah Naib Presiden, N Surendran; Pengarah Guaman, Latheefa Koya dan Ahli Parlimen (MP) Subang, Sivarasa Rasiah.
Selebihnya diwakili MP Klang, Charles Santiago dari DAP, sementara PAS pula oleh MP Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud dan MP Shah Alam, Khalid Samad.

Masih ada yang lahir sebelum merdeka tetapi belum dapat kewarganegaraan

(Dari Kiri) Tiga beradik Liyana, Hattan dan Nur Atika yang memegang kad pengenalan merah mereka pada perhimpunan duduk bantah pagi ini di Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya. — Gambar oleh Saw Siow Feng
PUTRAJAYA, 12 Dis — Walaupun lahir sebelum negara mencapai kemerdekaan pada 1957 tetapi masih ada rakyat Malaysia yang masih tidak diberikan kerakyatan sebaliknya masih memegang kad pengenalan merah (MyPR), hasil tinjauan The Malaysian Insider pada perhimpunan duduk bantah di Putrajaya hari ini. Kira-kira 300 orang peserta datang dari seluruh negara untuk berhimpun di perkarangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menuntut hak kerakyatan dan kad pengenalan biru.
Sarasivathi a/p SNS Durai, 69, datang dari Port Dickson ke Putrajaya semata-mata untuk mendapatkan haknya sebagai rakyat Malaysia dengan harapan permohonan kali ini akan diluluskan.
“Saya lahir sebelum Malaysia ini merdeka tapi saya masih pegang kad pengenalan merah,” kata Sarasivathi yang lahir pada tahun 1943 itu.
Menurut beliau lagi, ini bukan pertama kali beliau memohon, dan sebelum ini pernah ditolak beberapa kali oleh JPN tanpa sebarang alasan.
“Sudah empat kali saya pohon untuk dapatkan kad pengenalan biru, tetapi semua ditolak.
“Bila saya tanya kenapa, mereka tidak berikan alasan,” kata beliau yang bekerja sebagai pencuci pejabat itu.
Selain Sarasivathi, seorang lagi warga emas dari Kedah S. Arumugam, 62, turut berhadapan masalah sama, masih memegang kad pengenalan merah.

Sabotaj Parti : Pas, DAP tak bimbang, PKR ada strategi


Saifuddin Nasution Ismail SHAH ALAM - Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail tidak menolak gejala sabotaj turut membelenggu parti yang masih baru itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13, yang dianggap paling genting dalam sejarah.

Bercakap kepada Sinar Harian Online, Saifuddin menegaskan, bagaimanapun senario itu berbeza dengan apa yang berlaku dalam Umno - parti yang sudah lama mentadbir negara ini.

"Lamanya mereka memerintah mewujudkan satu budaya yang selesa... Dalam PKR, walaupun baru, kita masuk pilihan raya tahun 1999, tahun 2004, 2008 dan kali ini Pilihan Raya Umum ke-13, saya menjangkakan hal yang sama akan wujud.

"Punca terbesar ialah apabila seorang penjawat jawatan dalam merasakan diri mereka adalah calon yang terbaik, calon yang sudah lama buat kerja di sesuatu kawasan tetapi atas pertimbangan-pertimbangan strategik lain, pimpinan membuat keputusan untuk meletakkan calon yang lain daripada pemegang jawatan," katanya.

Deepak: Anwar is not behind me

Disputing the so-called video evidence, the carpet dealer says the conversation was taken out of context and he challenges those responsible to release the entire footage.

KUALA LUMPUR: Carpet dealer Deepak Jaikishan today denied that his recent revelations about Prime Minister Najib Tun Razak and wife Rosmah Mansor were engineered by Opposition Leader Anwar Ibrahim, saying that his mention of the latter in a video footage was taken out of context.
Speaking to FMT today, he claimed that his detractors cooked up a story from the video footage that showed him mentioning several PKR leaders, including Anwar.
The footage (photo: below) has been widely circulated by pro-Umno bloggers.
“I did not say that I met Anwar,” he said. “What I said and what was written (in the blog) are two different things.”
He challenged the person who recorded the video to release the entire footage and the transcript of what he had said.
Last week, pro-Umno blogger Papa Gomo posted a two-minute clip in which Deepak is seen speaking to a few people off camera.
Aside from Anwar, Deepak also mentioned Subang MP R Sivarasa and PKR vice-presidents N Surendran and Nurul Izzah in the video.
“So he said I give you the place, whatever you want to do I help you, but you have to help me lah. Of course it is understood lah,” said the man in the video.

UMNO akan kuat jika TIDAK sebagai kerajaan?


"Baru-baru ini saya mencuri dengar dalam satu sembang di kedai kopi. Biasalah kedai kopi seumpama mini parlimen kerana ada juga input berguna yang perlu diambil kira. Setidak-tidaknya ada pandangan dari rakyat bawahan yang perlu diketengahkan.

Dari perbualan 6 orang warga emas (rasanya pesara kerajaan) berkisar isu semasa dan terus kepada politik Umno yang kebetulan berlangsungnya perhimpunan agung parti.

Dalam banyak butir perkara disebut saya tertarik kepada salah seorang dari mereka yang berkata sampai masanya Umno kena jadi pembangkang. Dengan kata yang lain Umno bukan lagi sebagai kerajaan seperti sekarang ini.

Wow..!! Tersentak juga hati dan tegukkan airku minum turut terhenti. Mendengar kalimah kata yang cukup bersahaja membawa tumpuan kepada suara-suara. Memang hebat puak-puak vateran ini..!!

Deepak nafikan Anwar Ibrahim dalang pendedahannya dan cabar Papa Gomo siar keseluruhan video..


Deepak Jaikishan hari ini menafikan bahawa pendedahannya mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Rosmah Mansor didalangi oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap kepada Free Malaysia Today hari ini, Deepak mendakwa Pencacai-pencacai UMNO telah memutar belit cerita hanya berdasarkan video yang menunjukkan beliau menyebut nama beberapa pemimpin PKR termasuk Anwar Ibrahim.

"Saya tidak mengatakan bahawa saya bertemu dengan Anwar," katanya.

"Apa yang saya katakan dan apa yang telah ditulis (dalam blog) adalah dua perkara yang berbeza."

Dalam masa yang sama beliau mencabar individu yang merakamkan video tersebut menayangkan keseluruhan rakaman dan transkrip apa yang dia telah kata.

Syrian Refugees in a Race Against Winter

Isu kondo Batu Caves - Selangor umum ketua jawatankuasa minggu depan

Egypt opposition 'to take part' in unity talks

[HOT] Businessman denies ex-IGP's allegations - Full Press Conference

Sidang Media Dato Husam Musa | Penemuan di Palekbang | 12 Dec 2012

Sidang Media Dato Husam Musa | Notis 14 hari kpd Petronas | 12 Dec 2012

Memori December 2012 - Tertaut Erti Kasih Sayang Big Family Kebangkitan Rakyat...

Ustaz Bollywood - Pergilah Nak Tengok Bola Tp Jgn Tak Solat

Phang: I've no power to influence police transfers

MIC men accused of roughing up Jui Meng

Tun Madey kata isu Lynas,Bersih 3.0 hanya diada-adakan, tuduhan Deepak macam mana?

Kata Tun Madey Isu Lynas,Himpunan Bersih diada-adakan.Tapi tuduhan Deepak towkey karpet yang ada hubungan dengan Najib-Rosmah macammana.Najib hingga kini seperti biasa diam tak berani kata apa segala tuduhan Deepak terhadap kes pembunuhan Altantuya dalam isu akuan bersumpah 1 dan 2 P.Bala yang didakwa ada kaitan dengan Najib.Sebagai seorang PM Najib tidak sepatutnya ambil langkah berdiam diri seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.
Begitu juga dengan tuduhan bekas Ketua Polis Negara Musa Hasan yang kata Menteri campurtangan urusan polis adakah ini semua diada-adakan?

Bom dari Deepak:SD 2 Bala sekat hal lebih besar-Harakahdaily

Deepak : ‘Rosmah told me to look for Bala’

Deepak Jaikishan alleges that the PM's wife rang him at about 6pm on the day private investigator P Balasubramaniam made the first statutory declaration.

KUALA LUMPUR: Carpet dealer Deepak Jaikishan today claimed that Prime Minister Najib Tun Razak’s wife Rosmah Mansor told him to look for private investigator P Balasubramaniam on the day the latter’s statutory declaration (SD) was made known to public.
Revealing the identity of “the female friend” whom he mentioned at his previous press conferences, Deepak claimed that Rosmah called up many people for favours on the day Balasubramaniam disclosed his first SD linking Najib to the murder of Mongolian national Altantuyaa Shaariibuu.
“At about 6pm or 7pm that day, Rosmah called me, asking me to help resolve the matter. I don’t know Bala in person, but we have a mutual friend,” he told FMT.
The well-connected businessman repeated his earlier claim that Rosmah was rushing because one of the five individuals involved in the murder case was going to come forward to speak against Najib.
Although he did not mention the date, it is likely that the incident took place on July 3, 2008.

KEADILAN desak Zainudin mohon maaf pada Habibie dan Anwar

KUALA LUMPUR 12 Dis: Bekas Menteri Penerangan, Zainudin Maidin digesa memohon maaf kepada mantan Presiden Indonesia, BJ Habibie dan Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran kenyataan dangkal dan fitnah beliau terhadap kedua-dua pemimpin ini seperti dilapor akhbar kawalan Umno, Utusan Malaysia.
“KEADILAN mendesak Zainuddin segera memohon maaf secara terbuka kepada kedua-dua tokoh ini. Kepimpinan Umno juga perlu tegas menzahirkan rasa kesal di atas keterlaluan dan sikap keji yang digambarkan melalui kenyataan tersebut,” kata Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali dalam kenyataan hari ini.
Mengecam keras, Azmin berkata, KEADILAN tidak terkejut dengan kenyataan Zainuddin kelmarin bertajuk ‘Persamaan B.J. Habibie dengan Anwar Ibrahim’ kerana ia ditulis oleh orang yang dibesarkan dalam Utusan, akhbar picisan milik Umno yang tidak langsung menjana pemikiran rakyat, tetapi sentiasa menjadi alat untuk menghambur fitnah.
“Adalah tidak salah untuk kita menyatakan Zainudin sedang menghidap ‘Sklerosis Intelek’ yang kronik sebagaimana sebahagian besar pimpinan Umno lain.

Penduduk Pengerang mahu rayu kes alih tanah kubur


Sebahagian penduduk Pengerang di hadapan Mahkamah Tinggi Johor Bahru.

KUALA LUMPUR: Penduduk Pengerang akan membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan Putrajaya berhubung keputusan Kerajaan Negeri Johor mengalih perkuburan bukan Islam di Teluk Kemang, Kampung Jawa dan Sungai Buntu di Pengerang.

Rayuan yang akan dibuat itu ekoran Mahkamah Tinggi Johor Bahru hari ini menolak semakan kehakiman penduduk berhubung keputusan kerajaan negeri yang dibuat pada Julai lalu.

Hakim K Kunalan A/L Muniandy menolak dengan kos permohonan penduduk atas alasan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) belum memuktamadkan pengalihan kubur-kubur berkenaan kerana tiada arahan rasmi dikeluarkan.

Semakan kehakiman dipohon empat wakil penduduk iaitu Chong Chun Yet, Hong Thian Hwa, Chong Ah Sin dan Lim Kui Hak dengan diwakili peguam Hassan Karim.

Bakri: Tiada campurtangan dalam siasatan PDRM

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin menafikan dakwaan bekas ketuanya, Tan Sri Musa Hassan bahawa menteri dalam negeri campur tangan dalam urusan polis.

Menurut laporan Berita Harian, Mohd Bakri juga berkata polis tidak pernah pilih bulu dalam siasatan yang dijalankan.

NONE"PDRM sentiasa memastikan setiap aspek siasatan yang dijalankan tidak melangkaui mana-mana ketetapan undang-undang dengan keperluan siasatan ditentukan bergantung kepada jenis kesalahan dilakukan penjenayah.

"Justeru, dalam pelaksanaan itu, tiada sebarang campur tangan wujud untuk mempengaruhi siasatan sama ada daripada individu atau pihak tertentu," kata Mohd Bakri.

Bakri berkata demikian ketika mengulas dakwaan Musa – bahawa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengeluar arahan kepada pegawai bawahan dan ketua polis daerah tanpa pengetahuannnya semasa Musa menjadi ketua polis negara.
Menurut laporan itu lagi, Mohd Bakri juga percaya Musa menyentuh konteks penyiasatan kes jenayah, dan percaya ia tidak berlaku.

Kerajaan tidak masuk campur hal Musa-Ramli, kata Hishammuddin..ha..ha..Menteri kacau PDRM boleh...!!!!

KUALA LUMPUR, 12 Dis — Kerajaan tidak akan masuk campur dalam krisis melibatkan dua bekas pegawai tertinggi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Tan Sri Musa Hassan dan Datuk Ramli Yusuf, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini.
Hishammuddin berkata krisis yang berlaku antara kedua-dua individu tersebut tidak mempunyai kaitan dengan kerajaan sama sekali dan ia adalah perkara peribadi antara mereka.
“Biarlah mereka (Musa dan Ramli) tuduh menuduh antara satu sama lain.
“Kerajaan tidak akan masuk campur,” kata beliau selepas menghadiri satu majlis di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Menurut Hishammuddin, perkara yang menjadi keutamaan ketika ini adalah kerajaan berusaha untuk memperbaiki pasukan polis dan melihat ke depan.
“Saya tidak mahu kata siapa salah, siapa betul.
“Lebih baik kita melihat ke depan untuk memperbaiki diri masing-masing daripada saling tuduh-menuduh,” tambah beliau.
Bekas ketua polis negara (KPN), Musa dan bekas pengarah jabatan siasatan jenayah komersial (JSJK), Ramli secara terbuka menunding jari kepada satu sama lain dengan mengatakan kedua-dua telah menyalahguna kuasa semasa memegang kuasa dalam pasukan polis.
Ramli telah menuduh bekas KPN tersebut telah menyalahguna kuasa semasa memimpin PDRM dari 2006 hingga 2010 dan bersekongkol dengan peguam negara (AG) Tan Sri Gani Patail semasa beliau didakwa dalam kes “RM27juta” yang kemudiaan digugurkan kerana tiada bukti kukuh.

Bajet 2013. Terengganu RM2 ribu juta untuk makan rimau dan singa


Oleh: mohdnoorawang
"Terengganu satu satu negeri dalam Malaysia meluluskan bajet yang paling besar dan lumayan. Bajet 2013 sebanyak RM2 ribu juta dibentang dan diluluskan oleh MB Dato Sri Ahmad Said @ Mat Zoo. Sepanjang lima tahun Ahmad Said menjadi menteri besar Terengganu keseluruhan bajet Terengganu berjumlah RM10 ribu juta.

Hakikatnya rakyat Terengganu masih berada dalam geraf miskin dan susah. Dimana wang bajet RM10 ribu juta dihalakan oleh Ahmad Said?. Mungkin bajet yang lumayan itu untuk dibaham oleh rimau dan singa yang ada di zoo Kemaman. Orang Terengganu Zoo Mat Said.

Jika dilihat pembangunan sekitar Zoo di Kemaman dan pembangunan pusat bebas cukai di Tasek Kenyir yang menelan belanja ratusan juta ringgit tidak berjalan mengikut jadual dan seperti projek sakit.

Untuk rekod pembikinan zoo di Kemaman tidak menepati spesikasi yang ditetapkan oleh badan selia sesebuah zoo di Malaysia.

Begitu juga membina pusat bebas cukai di Tasek Kenyir tidak pratikal kerana jauh dari tanah besar. Satu projek pembaziran yang ketara.


Hebatnya Ahmad Said menghalau penduduk Melayu Bandar dan menghapuskan indentiti bandar orang Melayu didalam bandar Kuala Terengganu.

Pas jawab Karpal, Hadi tak perlu komen isu salun


Mustafa Ali
SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak perlu menyatakan pendirian parti bersabit isu pengasingan gender di Kelantan seperti yang diminta Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana perkara tersebut di luar bidang kuasa pemimpin parti itu.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, Karpal sepatutnya maklum bahawa hal-hal berkaitan penguatkuasaan undang-undang dan pentadbiran merupakan hak mutlak kerajaan negeri sementara parti hanya boleh memberi nasihat.

"Dia (Hadi) tidak ada kuasa untuk campur tangan begitu. Karpal sebagai ahli undang-undang dia kena tahulah, hak kerajaan dan hak parti politik.

"Apa yang melalui kerajaan, kita kena serahkan kepada kerajaan lah untuk uruskan. Ia ada peraturan dan kaedahnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Karpal menerusi satu kenyataan media semalam meminta Hadi menyatakan secara terbuka pendirian parti itu mengenai isu pengasingan gender membabitkan kes salon di Kota Bharu baru-baru ini dan bukannya menyerahkan isu itu kepada Exco Kelantan.

Kelantan tangguh kuat kuasa syarat lesen salun rambut


Takiyuddin Hasan
KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan memutuskan untuk menangguhkan penguatkusaan syarat-syarat lesen salun rambut bukan Islam yang beroperasi di bawah penyeliaan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hasan pada sidang media selepas mesyuarat Exco sebentar tadi.

"Semua penguatkuasaan ditangguhkan sementara satu kajian dan penilaian dibuat," katanya.

Menyentuh mengenai isu tangkapan terhadap terhadap dua remaja Cina di negeri ini, Takiyuddin berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Star yang didakwa membuat laporan secara tidak profesional.

Lagi aksi tergeliat lidah Pengerusi SPR mempertahankan Umno?

Kalau Pengerusi SPR ni menjiwai semangat Perlembagaan artikel 114(2) bukan takat menasihati malah dia sepatutnya mengarahkan Timbalan Pengerusi SPR Negeri Sabah merangkap Ketua Penerangan Pemuda Umno Kinabatangan tu supaya letak jawatan.

Sinarharian melaporkan:
KUALA LUMPUR - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya tidak bercadang untuk menasihatkan Timbalan Pengarah (Operasi) SPR Sabah untuk meletakkan jawatan ekoran penglibatannya dalam parti politik dan turut memegang jawatan penting dalam organisasi berkenaan.
Bagaimanapun beliau mengakui bahawa pegawai-pegawai tidak boleh aktif dalam parti politik dan memegang jawatan. - SinarHarian.  
Betul la macam aku tulis sebelum ni:
Tapi bila difikir balik, memang pun selama ni SPR tak pernah ambil peduli pasai Perkara 114(2) ni. Dan atas sebab inilah jugak cukup kerap anggota SPR berakzi macam 'si anjing Umno'. - Ibid
Kalau Pengerusi SPR ni menjiwai semangat Perlembagaan artikel 114(2) bukan takat menasihati malah dia sepatutnya mengarahkan Timbalan Pengerusi SPR Negeri Sabah merangkap Ketua Penerangan Pemuda Umno Kinabatangan tu supaya letak jawatan.

Deepak: Nasib 28 juta atau laki-bini?

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan (gambar) mendedahkan, penglibatan beliau untuk membuat akuan bersumpah kedua (SD 2) P Balasubramaniam bukan untuk menyelesaikan isu SD itu saja tetapi menyekat pendedahan yang lebih besar.
"Satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi Perdana Menteri, mereka ada kepentingan mereka."
"Mereka sudah bersedia, salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini (pembunuh Altantuya) dan siapa yang mengarah orang itu. Ini sangat high level.

"Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ni. Objektif utama besar dari itu.

"Mereka kena hentikan langkah seterusnya. Malam itu jugak kena siap, kena U-turn, kena tutup. Itulah yang masalah utamanya," cerita Deepak dalam sidang media khas dengan Harakah.

Deepak dalam sidang media kali ini menceritakan dengan jelas bagaimana beliau boleh terlibat dengan SD 2 yang dibuat oleh PI Bala ini.

Berikut adalah cerita penuh Deepak kepada Harakahdaily.

"Kalau boleh kita bincang secara terperinci bagaimana SD ini bermula.

Saya mendapat panggilan pada hari SD itu dibuat pada jam 6-7 malam. Saya dipanggil oleh Datin Rosmah Mansor melalui telefon.

Muhyiddin perlu jelas kemerosotan Malaysia dalam matematik, sains


KUALA LUMPUR, 12 DISEMBER: Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassan digesa memberi penjelasan mengenai kemerosotan berterusan Malaysia dalam subjek matematik dan Sains berdasarkan kajian Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) 2011.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nuru Izzah Anwar dan Strategis Pilihanraya DAP, Dr Ong Kian Ming dalam kenyataan bersama hari ini mendakwa jurang markah antara pelajar lelaki dan perempuan dalam subjek berkenaan begitu ketara.
Menurut mereka, pelajar Malaysia ketinggalan dalam matematik dan sains berbanding negara lain berdasarkan kajian dua badan pendidikan antarabangsa menunjukkan pencapaian sekolah menengah tahun ini lebih rendah berbanding sebelumnya.

Peluang PR menang PRU-13 cerah kerana BN banyak masalah

Profil
Nama: Dr Tan Seng Giaw
Umur: 70 tahun
Isteri: Dr Oon Hong Geok (Pakar Kanak-Kanak)
Anak: 4 orang
Jawatan: Ahli Parlimen Kepong,
Jawatan dalam parti: Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan
Pengalaman: Doktor Pakar Kulit Angkatan Tentera Malaysia (ATM), memenangi kerusi Parlimen Kepong selama tujuh penggal sejak 1982 dan mula aktif dalam politik sejak 1976.
Pendidikan: Ijazah Sarjana Kedoktoran dari Universiti Leeds, England
Anak: Dua orang

Ikuti wawancara eksklusif wartawan Roketkini.com, Noor Jaafar dan jurugambar Wira Andika dengan Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong mengenai peluang Pakatan Rakyat menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Bagaimana Dr Tan rasa mengenai peluang Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Peluang kedua-dua parti samada PR atau BN adalah seimbang iaitu 50-50, cuma kelebihan PR ialah BN kita menghadapi banyak masalah dalam beberapa dekat ini dan termasuk pendedahan isu penyelewengan dan rasuah yang membabitkan pemimpin parti itu antara isu projek ternakan lembu Nasional Feedlot Corporation (NFC), PKFZ, kedudukan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan Transparancy International (TI) yang merudum, skandal sumbangan politik RM40 juta kepada UMNO Sabah, pendedahan kekayaan luar biasa keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud berjumlah RM64 bilion dan tidak kurang juga pentingnya isu pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dilihat bermotif untuk mengaut keuntungan bukannya berhasrat mengurangkan kemalangan jalan raya. Rakyat juga mengeluh dengan kenaikan harga barang dan merasakan kenaikan akan terus berlaku selepas PRU-13 nanti.

Kongres Kebangsaan DAP ke-16 jadi pembuka bersejarah kempen “Seratus hari ke Putrajaya”


KUALA LUMPUR, 12 DISEMBER: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mahu Kongres Kebangsaan DAP ke-16 di Pulau Pinang hujung minggu ini menjadi pembuka bersejarah kepada kempen “Seratus hari ke Putrajaya” untuk rakyat mencipta sejarah dan membawa Malaysia yang baru benar-benar bersatu, demokratik dan makmur di bawah kerajaan Malaysia Pakatan Rakyat.pada PRU-13 nanti.
Beliau berkata, kongres akan menghantar mesej jelas dan terang kepada semua rakyat, termasuk pemimpin, perwakilan dan ahli DAP supaya mempunyai visi, iltizam, tanggungjawab dan disiplin kuat bagi mencapai misi dan objektif kempen bersejarah itu.
Kit Siang berharap semua rakyat tanpa mengira agama dan keturunan termasuk di Smenanjung, Sabah dan Sarawak bersatu sebagai satu masyarakat bagi memulih kembali kehebatan Malaysia sebagai model masyarakat majmuk yang harmoni.
“Sudah pasti semua mata akan bertumpu kepada Kongres Kebangsaan DAP ke-16 bukan sahaja kerana kongres kali ini adalah yang terakhir tahun ini, juga seratus hari terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang dinanti-nantikan kerana sudah lama tertangguh.

Ustaz Bollywood - Lemah Iman Menyebabkan Malu Utk Cegah Kemungkaran & Buat Amal Ibadat

Deepak: SD 2 Bala sekat hal lebih besar

Royalti: Saman kedua menanti Petronas - Husam


PENGKALAN CHEPA: Kerajaan Kelantan memberi tempoh selama 15 hari kepada Petronas bagi menjelaskan mengapa royalti 5 peratus gagal diberi terus kepada kerajaan negeri.

Anggota Exco, Datuk Husam Musa berkata, berdasar kenyataan Presiden Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas sebelum ini jelas menggambarkan Petronas membayar 5 peratus bahagian Kelantan kepada kerajaan persekutuan.

“Sebaliknya kerajaan pusat tidak menyerah pembayaran itu kepada Kelantan. Selain itu tidak juga memasuk dalam Akaun Wang Yang Disatukan kerajaan persekutuan seperti kehendak Akta Tatacara Kewangan 1957.

“Selain itu kerajaan pusat juga membelanjakan wang itu tanpa sebarang kelulusan Parlimen seperti kehendak akta terbabit,” katanya pada program solat hajat dan ceramah perdana di Putik malam tadi.

Shamsul Azhar dalam kenyataan sebelum ini dilaporkan berkata, bayaran royalti minyak kepada negeri pengeluar sumber itu terletak kepada kerajaan persekutuan.

Tanda besar PRU13 telah diketahui

Mohd Dasuki Mohd Lebar,
Agaknya ramai teruja dan tertunggu-tunggu kemunculan buku tentang kisah hidup isteri PM Najib. Buku itu disahkan oleh Mat Maslan, Menteri Felda akan keluar pertengahan Januari 2013.

Apa agaknya yang mahu dijawab oleh Rosmah tentang "fitnah" dirinya. Antaranya, cincin, tag tangan, pakaian, anak daripada suami pertama, keluarga di Negeri Sembilan, kontrak PLKN, kes bunuh Altantunya, sewa hotel sepanjang lawatan....wow banyaknya!

Apapun, kita tunggu kemunculan buku Rosmah nanti. Beliau agak "berani" daripada suaminya PM Najib yang sehingga hari ini membisu untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim.
Rosmah memang hebat dan nampak seperti " Iron Lady". Perilakunya membayangkan pengaruhnya ke atas orang di sekelilingnya.

Lihat, bagaimana PM Najib terpaksa tunggu beliau turun dari kapalterbang ketika satu lawatan  dahulu. Begitu juga TV3 pernah siarkan jawatan Rosmah sebagai ‘PM’ semasa satu wawancara. Dalam perkahwinan Chong Wei tempoh hari, sekonyong-konyong Rosmah memunculkan dirinya di tengah pasangan itu. Sekali tengok, semacam beliau sebagai tetamu istimewa. Dua kali tengok, beliau seperti pasangan yang berkahwin!

Robert Phang nafi dakwaan bekas IGP

Bekas anggota panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang menafikan dakwaan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan bahawa beliau pernah menyebabkan seorang pegawai tinggi polis bertukar.
NONEPhang yang juga pengerusi Yayasan Penyayang Sosial turut menjelaskan, beliau tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

"Saya menafikan bahawa saya yang menyebabkan pegawai itu dipindahkan dalam tempoh 24 jam," katanya.

Bercakap dalam sidang media di ibu negara pagi ini, Robert juga menegaskan beliau tidak mengetahui siapa individu yang dimaksudkan dalam dakwaan Musa itu.

"Saya juga ingin mengetahui siapa (pegawai polis) yang diperintah berpindah itu," katanya.
Musa kelmarin dilaporkan mendakwa, pegawai polis itu enggan memenuhi permintaan untuk mentauliah satu projek jutaan ringgit kepada satu syarikat yang melibatkan Phang pada 2009, untuk menaiktaraf sistem telekomunikasi polis kepada sistem digital.

Ekoran itu, dakwa Musa, pegawai polis yang berpangkat Datuk dan memegang ijazah PhD tersebut ditukarkan ke ibu pejabat polis Bukit Aman dalam tempoh 24 jam.

Tubuh JK bebas siasat dakwaan Musa - Phang

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak kerajaan Malaysia menubuhkan jawatankuasa siasatan bebas bagi menyiasat dakwaan pendedahan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Ianya berkaitan dakwaan terhadap bekas anggota penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang dan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar dalam projek komunikasi bernilai ratusan juta ringgit.

"Pendedahan Tan Sri Musa Hassan agak mengejutkan kerana ia sekali lagi mengundang persoalan bagaimana ada pihak lain boleh mengarah dan mengugut pegawai polis untuk mengikut telunjuk pihak tertentu.

"Jika bekas KPN sendiri tampil mendedahkan segala kepincangan tersebut, ini bermakna ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku dan dakwaan tersebut amat serius dan perlu diberi perhatian," kata ketua penerangannya Riduan Mohd Nor.

Projek ratusan juta ringgit itu didakwa melibatkan PDRM serta penglibatan Apco Worldwide- sebuah firma perunding yang didalangi pemimpin Zionis-Israel dalam projek menukar sistem analog kepada digital.

Tiga Beradik Melayu Tuntut Hak Sebagai Warganegara

PUTRAJAYA 12 DIS : Jika sebelum ini permasalahan kad pengenalan tertumpu kepada masyarakat India, hari ini tiga beradik berbangsa Melayu tampil menuntut hak mereka sebagai warganegara Malaysia.
Abdul Hakam Rosli, 17, Liyana Rosli, 16 dan Noratika Rosli, 14 masing-masing dilahirkan di Hospital Port Dickson namun, sehingga kini masih menggunakan kad pengenalan merah.
Abdul Hakam menceritakan pengalaman mereka tiga beradik berkata, beliau memohon kad pengenalan warganegara berwarna biru sejak berusia 12 tahun namun hanya diberikan kad pengenalan berwarna merah pada usia 15 tahun.
“Kawan-kawan selalu ejek (mempersenda) sebab ada IC merah di sekolah. Masa peperiksaan terpaksa bayar lebih,” katanya yang juga abang kepada lima beradik.
Mereka yang datang hasil inisiatif yang dilakukan PKR Cabang Teluk Kemang kini tinggal bersama datuknya, Atan Samah di Batu 4, Port Dickson selepas bapa mereka meninggal dunia.

Deepak: SD 2 Bala untuk sekat siapa bunuh Altantuya terbongkar

KUALA LUMPUR 12 Dis: Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan mendedahkan, penglibatan beliau untuk membuat akuan bersumpah kedua (SD 2) P Balasubramaniam bukan untuk menyelesaikan isu SD itu saja tetapi menyekat pendedahan yang lebih besar.
“Satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi Perdana Menteri, mereka ada kepentingan mereka.
“Mereka sudah bersedia, salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini (pembunuh Altantuya) dan siapa yang mengarah orang itu. Ini sangat high level.
“Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ni. Objektif utama besar dari itu.
“Mereka kena hentikan langkah seterusnya. Malam itu jugak kena siap, kena U-turn, kena tutup. Itulah yang masalah utamanya,” cerita Deepak dalam sidang media khas dengan Harakah.
Deepak dalam sidang media kali ini menceritakan dengan jelas bagaimana beliau boleh terlibat dengan SD 2 yang dibuat oleh PI Bala ini.
Berikut adalah cerita penuh Deepak kepada Harakahdaily.
“Kalau boleh kita bincang secara terperinci bagaimana SD ini bermula.
Saya mendapat panggilan pada hari SD itu dibuat pada jam 6-7 malam. Saya dipanggil oleh Datin Rosmah Mansor melalui telefon.
Dia suruh saya cari jalan menyelesaikan masalah dia. Saya pernah jumpa dengan Bala satu dua kali sebelumm itu tetapi tidak kenal rapat dia.

Robert Phang enggan pohon maaf pada Musa, bersedia ke mahkamah

KUALA LUMPUR, 12 Dis — Tan Sri Robert Phang (gambar) enggan memohon maaf kepada bekas ketua polis negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan yang meminta beliau untuk melakukannya dalam masa tiga hari, dan bersedia untuk ke mahkamah.
Bekas ahli panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu berkata, beliau menafikan tuduhan Musa pernah ‘mengarahkan’ seorang pegawai tinggi polis dipindahkan dalam masa 24 jam, menjadi penasihat kepada seorang lagi bekas KPN, Tun Hanif Omar disamping menawarkan diri untuk menjadi penasihat Musa.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang saya pernah menawarkan diri untuk menjadi penasihat KPN.
“Saya rasa tidak perlu untuk jadi penasihat untuk membantu polis,” kata Phang dalam sidang medianya hari ini.
Beliau juga akan membuat laporan polis ke atas Musa, disamping berbincang dengan peguamnya untuk menyaman bekas KPN itu berkenaan tuduhan terhadap dirinya.

Warga emas ditahan di pejabat MB Pahang


Seorang warga emas serta dua rakan wanita berkenaan ditahan polis hari ini di bangunan yang menempatkan pejabat Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.
Tuw Yin Lan, 71, serta dua rakannya ditahan selepas mendekati Adnan dan menggesa menteri besar itu meminta maaf atas kenyataan berhubung perarakan Himpunan Hijau bulan lalu.

Tuw yang dikenali dengan nama Aunty Mei merupakan salah seorang daripada peserta perarakan jalan kaki sejauh 300km dari Kuantan ke Kuala Lumpur itu.

Ketua publisiti Himpunan Hijau, Lee Chean Chung ketika dihubungi berkata, Tuw marah dengan dakwaan Adnan bahawa peserta berkenaan hanya berjalan sejauh 200 meter.

"Beliau menunggu di luar pejabat (Adnan) sejak jam 11 pagi. Apabila MB muncul, beliau tampil dan meminta (Adnan) memohon maaf, tetapi (Adnan) enggan," katanya.

Menurutnya lagi, turut ditahan bersama Tuw ialah seorang lelaki, Wong Chun Yuan dan seorang lagi wanita, Yip Fong Kiew.

Kesemua individu berkenaan kemudiannya dibawa ke ibu pejabat polis daerah Kuantan, katanya.

Jui Meng assaulted at stateless Indians rally: POLICE STOOD BY & DID NOTHING!

Jui Meng assaulted at stateless Indians rally: POLICE STOOD BY & DID NOTHING!
PRK vice president Chua Jui Meng has been assaulted by MIC Youth members who tried to disrupt the much-touted 12.12.12 rally to protest against Prime Minister Najib Razak's government for failing to resolve the plight of stateless Malaysian Indians.
"MIC Youth gangsters have assaulted Dato Chua Jui Meng at JPN Putrajaya. Police stood by & did nothing," PKR vice president N Surendran said on his Twitter.
"There was no punch-up but the way the MIC Youth hooligans surrounded and pushed at Datuk Chua was very menacing and intimidating," PKR MP for Subang Jaya Sivarasa Rasiah told Malaysia Chronicle.
"Datuk Chua was very calm even though the police just stood by and did nothing. It was only after we shouted for help and demanded that they take action, did they move to stop the fracas from escalating further. This is another example of unruly gangsterism by MIC Youth leaders to cover up for their lack of response to the needs of the Indian community. And the irony of it is that all this happened right in front of the federal government offices, as though law and order does not exist."
Jui Meng, a former Health minister, was shaken but unhurt. He lambasted his assailants and the authoristies for "double standards".

Today in History for December 12th

Businessman denies ex-IGP's allegations

Obama announces recognition of Syrian opposition

Ustaz Bollywood - Jadikanlah Dirimu Sbg Hamba Yg Mencintai ALLAH.

Lanskap Kedah Sejahtera

Akta Perlindungan Peribadi akan dikuatkuasa [12 Dis 2012 ]

MB Selangor: Sultan Lambang Perpaduan, Kesejahteraan dan Kemakmuran Negeri

Mutakhir Mimbar Selangor - Salam Selangor

Anwar Ibrahim Ikon Kebangkitan Rakyat - INFO 12

Lensa : Taraf Kerakyatan - Bantah Dan Duduk JPN Putrajaya






PUTRAJAYA 12 Dis: Ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini cemas dengan kehadiran dan sorakan 2,000 rakyat serta pemimpin pembangkang di depan bangunan itu .
Pintu pejabat tersebut ditutup sebaik kumpulan itu sampai di situ kira-kira jam 11.15 pagi tadi.
Kumpulan tersebut datang dengan lebih 10 buah bas persiaran daripada seluruh negara dan mula berkumpul di lapangan parkir berhampiran seawal jam 9.30 pagi sebelum bergerak ke JPN pada 11 pagi.
Sepanjang perarakan, para peserta bersorak “Najib tipu”, “Hishammuddin tipu”, “JPN tipu” serta membawa sepanduk dan replika IC merah bergambar Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.
Sebelum perarakan dimulakan, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan penganjur himpunan memberikan ucapan kepada peserta yang majoritinya masyarakat kaum India yang memegang kad pengenalan (IC) merah.
Penganjur perhimpunan, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dalam ucapannya menempelak Datuk Seri Najib Razak kerana menipu semasa berucap pada Perhimpunan Agung MIC hujung minggu lalu.
Najib menyatakan hanya 9,000 sahaja yang memohon kerakyatan kepada JPN.
“Najib kata 9,000, dia tipu!
“Sebenarnya lebih daripada angka itu. Ramai lagi rakyat Malaysia yang masih belum mendapat kerakyatan sebagai warganegara,” kata Surendran.
Turut berucap, Ahli Parlimen (MP) Kapar, S Manikavasagam dan MP Subang, R Sivarasa.
Manikavasagam di depan pintu JPN menunjukkan IC Hijau yang diberi pada sebahagian rakyat Malaysia berketurunan India.
Manakala peserta himpunan sekarang duduk di depan bangunan itu sambil membantah pengabaian kerajaan ke atas mereka.