Selasa, 11 Disember 2012

VIDEO: Kecoh Isteri Dicerai Alasan Tiada Dara

Differences keep Egypt's opposition divided

Mali's PM forced to resign after trying to leave country

Laser beaming could make power lines obsolete

Philippine typhoon toll passes 700

UNHCR: 500,000 Syrian refugees registered abroad

BILAL Wirid KUAT Sebelum Azan - Ustaz Azhar Idrus

Sah Orang BISU Azan & Jadi IMAM ? - Ustaz Azhar Idrus

Kursus Bersama TUNANG - Ustaz Azhar Idrus

Wanita Buka AURAT Adalah KAFIR ? - Ustaz Azhar Idrus

Exco Kedah Dedah Salah Urus Zaman UMNO BN

SPR: Elak pegang jawatan politik ketika berkhidmat


KUALA LUMPUR: PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) meminta Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) benar-benar menjadi sebuah badan yang bebas dari sebarang kecenderungan terhadap mana-mana parti politik di negara ini.

Ini berikutan pendedahan Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu mengenai Timbalan Pengerusi SPR Sabah, Aksyah Nasrah adalah merupakan Ketua Penerangan Umno Kinabatangan, Sabah.

“Dalam hal ini, PAS WP sependapat dengan gesaan Lahirul supaya Aksyah Nasrah melepaskan jawatan beliau di dalam Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai Timbalan Pengarah SPR Sabah atau meletak jawatan sebagai Ketua Penerangan Umno Bahagian Kinabatangan,” ujar Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.

Planned rally not an opposition ploy, says Nurul

PKR vice-president Nurul Izzah Anwar believes the home minister is not trying to resolve the problems faced by stateless people.
PETALING JAYA: The planned rally tomorrow in Putrajaya to protest the plight of stateless Malaysian Indians is not a political tool of the opposition to instil hatred and incite racial conflicts, PKR vice-president Nurul Izzah Anwar said.
“It is disappointing that instead of resolving the issue, the Barisan Nasional once again falls back on the racial bogey,” she said in a press statement today.
Nuzul, who is Lembah Pantai MP, was rebutting Home Minister Hishammuddin Hussein’s allegation that the planned rally was a mere political ploy of the opposition.
Hishammuddin also dismissed the opposition’s claim that there are 300,000 Malaysian Indians in the country who are stateless.
Said Nurul: “Hishammuddin is directly responsible for the National Registration Department, which has failed to resolve the longstanding issue of stateless Malaysians.”
She also claimed that statelessness is not only a problem plaguing the Indian community, but also other Malaysians as well.

Satu Lagi Bukti Janji Dicapati Najib Altantuya!


Ini realiti hidup, bukan selamanya anda berada di atas, satu hari nanti anda akan berada di bawah juga.

Tetapi apa yang menimpa pelawak terkenal berstatus Datuk, Yahya Sulong yang seangkatan dengan Param, Hamid Gurkha dan AR Badul nampaknya sukar diterima akal.

Bagaimanapun persoalan yang timbul selain daripada pertanyaan klise di mana anak-anaknya yang berjumlah 11 orang itu adalah, di mana suara menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan, Rais Yatim dalam hal ini?

Sejak dilancarkan pada 12 November lalu, antara matlamat penubuhan Yayasan Artis 1Malaysia (YAT1M) yang dirasmikan sendiri presiden rejim Zionis Umno, Najib Altantuya adalah memberi bantuan berupa sara hidup bulanan kepada artis veteran yang sudah tidak mendapat tawaran berlakon dan yang sedang uzur bagi membantu mereka meneruskan hidup.

Rakyat Bangkit!

Sambutan hebat orang ramai di program Jelajah Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR)  di seluruh negara. Bukti jelas rakyat mahukan perubahan dasar pemerintah dan pentadbiran kerajaan pusat. JOM UBAH, PAKATAN RAKYAT PILIHAN RAKYAT.!!!

Mahathir puas hati prestasi Najib hanya lakonan


KUALA LUMPUR: Masalah pembantu rumah pun tak boleh diselesaikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, amat lucu bila Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Untuk berlakon di hadapan rakyat, Dr Mahathir menimbulkan keraguan umum apabila mendakwa beliau berpuas hati dengan prestasi Najib sebagai Perdana Menteri.

"Setakat itu sahajakah Perdana Menteri yang mampu dikemukakan oleh Umno, masalah pembantu rumah pun tak dapat diselesaikan walaupun sudah bertahun-tahun berlarutan sehingga tidak henti-henti kedutaan Malaysia di Indonesia terpaksa berhadapan dengan tunjuk perasaan aktivis sosial dan rakyat negara itu," katanya.

Baru-baru ini kerajaan Indonesia sekali lagi melarang rakyatnya berkerja sebagai pembantu rumah di Malaysia apabila 105 pembantu rumah asing, di mana 95 dari mereka berasal dari Indonesia, dikurung dan dijadikan tawanan di negara ini.

Isu penyelewengan RM3.5 juta projek feedlot di Paya Mat Insun Pendang zaman BN


Oleh Zulkifli Yahaya

Selepas Menteri Besar Dato' Seri Di-Raja Azizan Abdul Razak mendedah empat 'projek sakit' zaman BN yang sedang ditanggung akibatnya oleh kerajaan sekarang ramai yang terkejut kerana belum pernah mendengar isu penyelewengan tersebut sebelum ini.

Jika anda memiliki rumah kaca, jangan membaling batu kepada rumah jiran," Azizan memetik sebuah pepatah Inggeris ditujukan kepada pihak pembangkang yang mula menyerangnya dengan isu kerugian projek balak di Papua.

Empat kegagalan tersebut ialah isu projek perumahan oleh Yayasan Islam Kedah di Tandop, kehilangan untung projek udang Kerpan, Jerai International Park dan 99 East Langkawi. Ia cuma menambah koleksi skandal zaman BN yang kini terdedah untuk diketahui rakyat.


Tiba-tiba selepas itu terdedah lagi isu 'kecurian' balak di laluan TEKIH di zaman BN yang bernilai kira-kira RM3 juta. Terbongkar cerita penghapusan bukti ala Altantuya di mana sebuah pejabat tapak dengan segala dokumen di dalamnya beserta sebuah kenderaan dibakar hangus sebaik Pakatan menang di Kedah Mac 2008. Memang tiada siapa yang tahu skandal tersebut sebelum ini.

Hina BJ Habibe, Duta M'sia Dipanggil

DPR panggil Dubes Malaysia soal artikel hina HabibieSelasa, 11 Desember 2012 16:31:03

Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) berencana memanggil duta besar Malaysia, soal artikel mantan Menteri Penerangan Malaysia Zainudin Maidin yang menyebut Presiden RI ketiga, Bacharuddin Jusuf Habibie pengkhianat bangsa.

Kaum Bukan Islam Terima PAS sebagai Wadah Perjuangan

Oleh Jofri Jaraiee
PAS Miri


Konsep PAS Untuk Semua Diterima oleh Berbagai Kaum

NIAH – Baru-baru ini PAS Miri dengan kerjasama Pemuda PAS Bintulu telah melancarkan serta menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bagi kawasan Sibuti di Rh Mandau Sekerat Kampung Iran.

Sambutan yang sungguh menggalakan dari kaum Iban untuk bersama-sama menyertai DHPP telah memberi semangat untuk PAS bekerja lebih keras lagi untuk menawan parlimen Sibuti.


Terdapat 5 buah wakil rumah panjang sekitar kawasan Niah yang hadir bersama memberi ucapan serta penerangan tentang mengapa mereka memilih PAS sebagai wadah perjuangan.

Kenyataan Zainuddin Gambarkan Kedangkalan Akalnya

Luahan rasa marah dan kebencian bekas menteri penerangan Zainuddin Maidin kepada Anwar Ibrahim dengan menyamakan Anwar sama dengan BJ Habibie sebagai pengkhianat adalah melampau dan bersifat kebencian yang tidak boleh diterima langsung.

  Kalau pun Zainuddin benci kepada Anwar kerana tidak bersetuju dengan gaya politik Anwar yang mengambil berat kepada rakyat marhaen, dan anti kosupsi sehinggakan sedia menentang Mahathir Mohamad, tidak sepatutnya beliau menghumbakan kata-kata demikian yang dilihat sangat tidak profesional dan boleh memberi implikasi negatif.

Zainuddin mungkin ada bukti-bukti jelas menunjukkan Habibie sebagai 'pengkhianat' semasa beliau menjadi wartawan, tetapi beliau harus menyimpan rahsia itu untuk dirinya sendiri kerana cara beliau melemparkan tuduhan itu secara terbuka adalah bahaya. Beliau boleh mendedahkan tetapi dalam ruang lingkup tertutup.

 Dalam satu laporan di akhbar dimana beliau mencari makan dan menjadi bos di situ Zainuddin melahirkan rasa kesal dan mempertikaikan kenapa BJ Habibie dipanggil untuk memberi syarahan di negera ini kerana beliau adalah pengkhinat kepada politik Indonesia termasuk kepada bekas presiden Suharto.

  Kata Zainuddin, Habibie adalah orang yang menjadi gunting di dalam lipatan terhadap Suharto. Beliau juga mengatakan kependekan tempoh Habibie menjadi presiden Indonesia selama 1 tahun setengah disebabkan rakyat Indonesia menolak Habibie. 

  Input atau analisa dibuat Zainuddin itu sekali lagi menunjukkan kebenciannya dan satu analisa yang dangkal, tohor maklumat dan berbentuk pengkhianatan. Zainuddin tidak berlaku jujur di dalam hal ini apabila tanpa menyebut bentuk konspirasi menjatuh dan menekan Habibie. Kalau beliau jujur Zainuddin kena sebut juga beberapa kepala halian yang menjadi konspiratornya.

Woi Najib, ingat orang India ni barang mainan ker?

Oleh: senik

"Assalamualaikum,,..

Najib mahu kelentong orang India pulak!Najib ingat orang India boleh gentel gentel macam keropok, malah Najib tanpa segan silu mahu orang India jadi simpanan tetap BN sebagai penjamin kemenangan pada PRU 13 nanti.Awas orang India, awas kerana anda sekelian sedang dipukau oleh Najib.

Najib terus menerus mahu menipu rakyat, kali ini orang India pula apabila dia mengatakan satu undi kepada PR bermakna huru hara, sedangkan yang sebenarnya satu undi untuk BN merupakan kemusnahan besar kepada negara.

Najib mahu orang India lupa bahawa huruhara yang dicetuskan semasa perhimpunan Hindraf dulu dimulakan oleh BN, Najib mahu orang India lupa bagaimana orang orang India berbondong bondong membanjiri ceramah PAS,PKR dan DAP(sebelum PR ditubuhkan), Najib mahu orang India lupa bagaimana jalinan persaudaraan orang India dan melayu serta cina selepas PRU 12 lalu dan menjadi simpanan tetap kepada BN.

Mustafa Ali: Undang-undang PBT digunapakai kepada semua, pegawai tidak minta rasuah..ingat kes DBKL..MCA diam sehaja..??

KUALA LUMPUR, 11 Dis — Undang-undang “kelakuan kurang sopan” yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) bukan hanya untuk bukan Islam tetapi kepada semua orang, kata Datuk Mustafa Ali, serta menafikan pegawai penguatkuasa meminta wang rasuah seperti yang didakwa.
Setiausaha agung PAS itu dalam satu sidang media hari ini berkata undang-undang yang digunakan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) itu juga digunakan oleh semua PBT diseluruh negara.
“Undang-undang ini digunakan oleh semua. Bukan hanya di Kelantan sahaja.
“Malahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 2003 juga pernah memberikan saman kepada bukan Islam sama seperti kes di Kelantan,” kata Mustafa (gambar).
Kenyataan Mustafa tersebut merujuk kepada kes saman kontroversi yang dikeluarkan DBKL ke atas satu pasangan bukan Islam di Taman KLCC pada Ogos 2003.
“Mengapa MCA tidak pula membangkitkan isu ini? Adakah sebab perkara ini berlaku di Kuala Lumpur,” tambah Mustafa lagi.
Kes pasangan Ooi Kean Thong dan Siow Ai Wei tersebut berlarutan hingga ke Mahkamah Persekutuan selepas DBKL mengeluarkan saman mengikut Seksyen 8(1) Undang-undang Kecil Taman (Wilayah Persekutuan) 1981 kerana bercumbu dan berpeluk.
“Saman itu bukan kerana khalwat tetapi adalah kerana kelakuan kurang sopan. MCA sengaja memainkan isu ini kerana kepentingan politik mereka,” ujar beliau lagi.

Lakunan Lebai Jib menjadi?

 
Bila dah terdesak apa saja dia sanggup buat,, bersumpah dan berjanji dia dah buat, merayu nak mintak sepenggal lagi dia dah buat, minta ampun kepada sekalian rakyat  dia dah buat, bertaubat Umno tak buat jahat lagi juga dia dah buat !!  Yang terbaru sempena lawatannya ke Pulau Pinang, menyamar seperti orang PAS memakai kupiah putih pun dia sanggup buat !  

Kelihatan dalam gambar di atas Pak Jib menghadiri satu majlis di Pulau Pinang. Dalam hati Pak Jib tentu berharap moga-moga ada mata yang terpukau melihat penampilannya. Tetapi kalau sekadar memakai kupiah di majlis-majlis tertentu saja, tidaklah hebat. Apa pun sekali pandang wajah Pak Jib dalam gambar ini ada iras-iras pemimpin kanan PAS.   Kah, kah, kah!!!
Oleh : rahimothman

Antara keduanya, kenyataan siapa yang lebih jujur ?

Kenyataan yang dibuat dua bekas orang kuat PDRM, Musa Hasan, dan Ramli Yusuf nampaknya macam tak ada kesudahan. Dakwaan Ramli Yusuf yang sebelum ini menuduh Musa Hasan terlibat dengan kongsi gelap dan melindungi ketua kumpulan tersebut bagaikan ada kebenarannya.  
Dan Musa pula dalam kenyataan balasnya menyoal balik bagaimana Ramli dapat mengumpul harta yang begitu banyak semasa berkhidmat. Nampaknya tuduhan tidak berjawab,  tuduhan lain pula yang timbul. Antara kedua-dua dakwaan,  ianya sangat berbeza,, satu soal mengkhianati tugas polis,, satu lagi soal mengumpul harta. Sebagai seorang KPN satu ketika dulu,yang mana satu yang menjadi keutamaan Musa untuk ditegakkan?.

Nampaknya masing-masing menuduh antara satu sama lain. Siapa yang benar-benar ikhlas nak bersihkan PDRM, dan siapa pula yang berpura-pura disebabkan ada kepentingan,  rasanya orang ramai dah boleh meneka. Mengikut rasmi anjing biasanya bila dia tersepit dia kan menyalak dan meraung,, mudah-mudahan ada orang menolong!.

Macam ada suara ghaib menyuruh Musa bersuara! .

Isu Kakitangan Awam & Guru Curi Tulang & Tidak Berkualiti. Setuju Dibuang Cara Sektor Swasta?

Penjawat Awam Curi Tulang Isu Kakitangan Awam & Guru Curi Tulang & Tidak Berkualiti. Setuju Dibuang Cara Sektor Swasta?
Pertama kali tahniah dan terima kasih kepada sebahagian besar kalangan daripada 1.4 juta jumlah penjawat awam di Malaysia kerana mengalas amanah dengan baik sekali untuk bersama-sama membangunkan negara kita Malaysia ini. Tidak lupa juga pengorbanan bersama golongan dan kakitangan di sektor swasta.
Di sektor swasta kami tiada apa yang perlu diulas, kerana mereka ini berorentasikan keuntungan. Oleh sebab itulah, mereka amat-amat memerlukan pekerja yang berkualiti yang menepati “standard” yang telah pihak syarikat mereka tetapkan. Manakala di sektor awam pula, kosnya ditampung oleh duit orang awam termasuklah pekerja swasta. Jadi…..
Jadi pastilah rakyat Malaysia mengharapkan hanya kakitangan berkualti sahaja diamanahkan bagi menggalas tangungjawab menjalankan tuhas-tugas di pihak kerajaan sekarang. Bukannya hanya memenuhkan kuota 1.4 juta kakitangan awam semata. Oleh itu…
“Sekarang ada ramai kakitangan awam yang berkualti, tetapi tidak lupa ada juga kakitangan awam yang bermasalah, curi tulang dan tidak berprestasi baik”
Oleh itu, kami mengharapkan kerajaan mestilah jelas dalam menangani masalah kalangan kakitangan awam yang tidak berkualiti dan tidak berprestasi baik ini supaya tidak terus menjadi “nanah” di dalam sektor awam. Bukannya “exit policy” yang dicanang dalam SBPA sebelum ini (KLIK SINI) sehingga memerlukan 3 tahun untuk dibuang andaikata kakitangan awam tersebut tidak menunjukkan prestasi yang baik.
Sektor swasta tidak perlu menunggu sehingga 3 tahun, sebaliknya hanya satu bulan sahaja notis jika kakitangan mereka tidak “perform”. Kadang-kadang kami berasa pelik dan hairan manalah kerajaan dapat idea seperti itu, memerlukan 3 tahun untuk menyingkirkan kalangan penjawat awam yang tidak berkualiti ini. Yang masalah akhirnya, berbalik kepada rakyat malaysia yang merupakan pelanggan yang akan berurusan dnegan kakitangan-kakitangan yang bermasalah seperti ini.

Pengerusi Tetap Wanita UMNO dianugerah projek jalan RM300Juta.. duit lesap, jalan tak siap-siap?


Projek menaik taraf Jalan Pasir Panjang-Linggi adalah satu lagi projek oleh Kerajaan Barisan Nasional, ianya penuh dengan kontroversi dan menimbulkan banyak persoalan..

Carian di internet mendapati projek ini telah beberapa kali terbengkalai, Ianya sepatutnya siap pada tahun 2007.

Amat memeranjatkan walaupun projek ini telah terbengkalai dan kontraktor yang terlibat sepatutnya disenarai hitam, laman web CIDB menunjukkan kontraktor yang sama telah dilantik semula untuk memulihkan projek ini.

Kos projek pada asalnya cuma RM118 juta kini telah menjadi hampir RM300 juta, dan masih belum siap-siap.

Jika projek lembu NFC Gemas dengan nilai RM250 juta melibatkan keluarga Menteri Wanita Umno, projek RM300 juta Jalan Pasir Panjang ke Linggi ini pula melibatkan bekas Menteri Wanita Umno dari N.Sembilan iaitu Dato Napsiah Omar.

Felda hantar notis tuntutan pada ANAK, Harakah. Suara Keadilan

Felda menghantar notis tuntutan kepada Presiden Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman, akhbar Harakah dan Suara Keadilan berikutan didakwa membuat tuduhan yang
Felda menjual minyak sawit mentah kepada Israel.

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata tuduhan itu tidak benar sama sekali dan berunsur fitnah.

"Malah, ia telah menjatuhkan imej Felda sebagai sebuah konglomerat antarabangsa," katanya dalam kenyataan di ibu negara, hari ini.

Justeru, beliau berkata Felda menerusi peguamnya telah mengambil tindakan awal untuk menyaman Mazlan, Harakh dan Suara Keadilan mengenai kenyataan-kenyataan itu, yang turut disiarkan di laman web sosial Facebook Mazlan.

"Notis tuntutan telah dihantar oleh pihak peguam kepada pihak-pihak yang terlibat pada 10 dan 11 Disember," katanya.

Isa berkata Felda mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis, pengarang, ketua pengarang, penerbit dan pencetak akhbar "Harakah" yang didakwa selaku pihak-pihak bertanggungjawab dalam penyebaran fitnah terhadap Felda.

Pemuda Pas: Pilih salah satu, Umno atau SPR

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda Pas Pusat  memberikan kata dua kepada Ketua Penerangan Umno Bahagian Kinabatangan, Aksyah Nasrah untuk meletakkan jawatannya dalam parti itu jika mahu terus berkhidmat dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ketua Pemuda Pas Sabah, Lahirul Latigu berkata, sebagai individu yang memegang jawatan penting dalam Umno, Aksyah tidak sepatutnya memegang jawatan Timbalan Pengarah (Operasi) SPR Sabah.

"Pemuda minta Aksyah memilih salah satu daripadanya. Sama ada terus pegang jawatan dalam Pemuda Umno dan tinggalkan SPR atau sebaliknya.

"Saya kira beliau harus meletak jawatan sebab kebimbangan kepada kita, kita orang yang bertanding di dalam pilihan raya, kalau kita lihat ada orang yang bias sebagai pengadil atau orang yang mengendalikan pilihan raya itu, bagaimana kepercayaan kita kepada SPR itu?" katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Pas di sini, hari ini.

Ke mana sisa Lynas dieksport atau henti operasi


KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan dan Lynas Corporation perlu menyatakan dengan jelas di mana sisa Lynas akan dieksport dahulu sebelum kilang dibenarkan operasi untuk memproses nadir bumi.

“Yang pasti, negara asal sumber nadir bumi itu, Australia tidak mahu menerimanya, sebagaimana mereka tidak mahu memberi kelulusan kepada syarikat Lynas sendiri untuk beroperasi di negara sendiri,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Justeru, beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat menegaskan kerajaan mesti menghalang operasi harian di kilang LAMP di Gebeng, Kuantan selagi syarikat tersebut gagal menjelaskan di mana sisa akan dibuang, walaupun mahkamah telah memberi kebenaran untuk Lynas beroperasi, namun syarat lesen tol mesti dipatuhi.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Kerajaan Persekutuan BN dan Lynas Corporation perlu menyatakan dengan jelas di mana sisa Lynas akan dieksport  dahulu sebelum kilang dibenarkan operasi untuk memproses nadir bumi.

Kenyataan empat Menteri BN, Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Sains Teknologi Dan Inovasi Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sumber Asli Datuk Seri Douglas Unggah Embas Dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa syarikat Lynas Corporation Australia perlu mengeksport sisa yang terhasil daripada loji di Gebeng untuk memenuhi syarat lesen pengendalian sementaranya (TOL) adalah tidak mencukupi tanpa menuntut Lynas untuk menyatakan dengan jelas di mana sisa radioaktif kilang Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) itu akan dieksportkan.

Anwar: Zam antara punca krisis bilateral Malaysia-Indonesia



Anwar_Ibrahim SHAH ALAM – Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa sikap angkuh dan rasis bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin atau yang dikenali sebagai "Zam" menjadi salah satu penyebab tercetusnya krisis bilateral membabitkan Malaysia-Indonesia
Katanya, tulisan Zainudin sememangnya diketahui dangkal dan mewakili susuk elit Umno yang berprasangka keji terhadap Indonesia.
Ramai sedia maklum tentang latar belakang Zainuddin. Beliau merupakan bekas editor akhbar Utusan Malaysia milik Umno dan juga bekas menteri Kabinet yang sering menuding jari serta melabelkan kelompok yang tidak sehaluan dengan Umno sebagai ‘pengkhianat’.
“Zainudin merupakan satu-satunya menteri kanan yang tewas dalam pilihan raya umum (PRU) lalu kepada calon PKR. Justeru, kita bisa memahami keresahan, dendam dan motif beliau dalam melancar serangan sebegini,” dakwa beliau dalam satu kenyataan, hari ini.

PDRM dipaksa guna khidmat Apco: Desak SPRM siasat pendedahan Musa Hassan

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor hari ini mendesak satu siasatan bebas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berikutan tindakan Tan Sri Musa Hassan mendedahkan satu projek komunikasi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bernilai ratusan juta ringgit mempunyai kaitan dengan perunding perhubungan awam, Apco Worldwide.
AMK Selangor menyelar skandal penyelewengan ini kerana dengan jelas sistem keselamatan dalam negara adalah tidak lagi tulen, dan terdedah untuk dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan peribadi.
Projek tersebut dikatakan diperolehi pada akhir 2009 dahulu, iaitu setahun sebelum perihal Apco didedahkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim di dalam sidang Dewan Rakyat sehingga membawa kepada penggantungan beliau dari sesi Parlimen.
Tan Sri Musa Hassan turut menamakan bekas anggota penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang sebagai individu yang mengarahkan pegawai polis untuk meluluskan projek tersebut.
Malah tindakan Robert Phang mengugut untuk menukar pegawai itu dalam masa 24 jam sekiranya tidak meluluskan sistem komunikasi tersebut, menimbulkan tanda tanya betapa rapuhnya pengurusan PDRM sehingga orang luar mampu memberikan arahan langsung serta mengugut mana-mana pegawai polis sesuka hati.
AMK Selangor mempersoalkan siapakah sebenarnya yang berkuasa dalam PDRM dan sekiranya Ketua Polis Negara tidak mempunyai kawalan penuh, apakah nasib 28 juta rakyat Malaysia yang bergantung harap terhadap keselamatan hidup mereka di negara ini?
Desak PDRM jawab 24 jam

Lajim Isytihar Umno Sabah Tak Pernah Terima RM 40 Juta

PETALING JAYA, 11 DIS: Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin mengisytiharkan Umno Sabah tidak pernah menerima derma politik RM40 juta dari ahli perniagaan, Michael Chia.
Pengisyiharan itu bercanggah dengan dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz Oktober lalu yang wang tersebut adalah untuk Umno Sabah.
Perisytiharan tersebut dibuat dalam satu akuan bersumpah (SD) bertarikh 10 Disember 2012, di pejabat Pesuruhjaya Sumpah Malaysia, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Sabah.
Menurut Lajim dalam SD tersebut, dakwaan Nazri di dalam Parlimen adalah supaya pendakwaan rasuah melibatkan skandal konsesi balak terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Micheal terpaksa digugurkan.
Pada 9 Oktober lalu dalam persidangan Dewan Rakyat, Nazri memberitahu, RM 40 juta yang disalurkan Micheal kepada Musa merupakan sumbangan politik kepada Umno Sabah dan bukannya untuk Musa secara peribadi.
Nazri membuat kenyataan itu selepas terdapat laporan media bahawa Michael ditangkap di Lapangan Terbang Hong Kong disyaki cuba menyeludup keluar wang haram berjumlah S$16 juta (RM 40 juta).
Menurut laporan media ketika itu, Michael mendakwa wang tersebut milik Musa.

Disability Child Protection - Get Informed Protect Children

Ganu Kite : Stesyen Teksi Sepatutnya Dekat Dengan Stesyen Bas

HSBC to pay $1.9bn money-laundering fine

Filipina gubal undang-undang untuk kawal populasi penduduk

Hamas probes killing of 'collaborators'

Egypt on alert as pro and anti-Mursi camps plan rival rallies

Mali's PM Resigns After Being Arrested by Junta

Arrested Mali PM resigns as military deny new coup

PEREMPUAN Dipaksa MELACUR - Ustaz Azhar Idrus

YB Sen Syed Shahir Bahas Rang Undang2 Perbekalan 2013 (3)

YB Sen Syed Shahir Bahas Rang Undang2 Perbekalan 2013 (2)

YB Sen Syed Shahir Bahas Rang Undang2 Perbekalan 2013 (1)

John Fernandez : DAP got more Indian MPs than MIC, we are a truly multiracial party. .

Yayasan Amal Malaysia hantar misi Ke Palestin

Majlis Amal Dana TKO : Tok Guru Hadi Awang

Khalid Samad - Atas Nama Melayu, UMNO Rasis Yg Rampas & Gadai Tanah Org Melayu

MEJA BULAT (Edisi 12) - Calon 1 Kerusi : Buruk Baiknya (Bahagian 2)

MEJA BULAT (Edisi 12) - Calon 1 Kerusi : Buruk Baiknya (Bahagian 1)

SPR: Macamana nak profesional kalau bias?

PAS: MCA sensasi isu saman bukan Islam

Pentadbiran Umno seleweng punca Tengku Azlan sokong Pakatan – Fauzi

KUALA LUMPUR 11 Dis: Pengerusi KEADILAN Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman tidak menolak kemungkinan punca Ahli Parlimen Jerantut, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar menyokong Pakatan Rakyat walaupun masih bersama Umno kerana sedar parti itu menyeleweng.
“Sikap terbuka Tengku Azlan yang menyenangi perjuangan Pakatan Rakyat disebabkan beliau sedar Umno sekarang tersasar daripada landasan sebenar.
“Saya percaya apa yang dinyatakan itu ikhlas dari hatinya. Sudah pasti beliau menyertai politik tanpa ada kepentingan kerana pangkat, harta semuanya beliau miliki,” katanya kepada Keadilan Daily.
Fauzi berkata, Tengku Azlan juga mungkin menyedari penubuhan Umno atas kepentingan rakyat kini medan untuk mencari kemewahan.
“Umno sekarang adalah ciptaan Tun Mahathir (Mohamad) kerana parti itu pernah diharamkan suatu masa dahulu.
“Pemimpin Umno dulu berjuang memartabatkan Islam dan kemerdekaan negara. Inilah bezanya dengan pemimpin Umno sekarang,” kata Fauzi.

PAS Pahang: Kemana sisa loji Lynas akan dihantar?

KUALA LUMPUR, 11 Dis — PAS Pahang mahu Putrajaya dan Lynas Corp menyatakan dengan jelas ke mana sisa Lynas akan dieksport terlebih dahulu sebelum kilang tersebut dibenarkan operasi untuk memproses nadir bumi. Pesuruhjaya PAS negeri, Tuan Ibrahim Tuan Man juga menggesa kerajaan menghentikan semua aktiviti harian di Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) sehinggakan syarikat tersebut membuktikan negara asal syarikat tersebut akan menerima sisa pemprosesan merbahaya itu.
"Yang pasti, negara asal sumber nadir bumi itu, Australia tidak mahu menerimanya.
"Sebagaimana mereka tidak mahu memberi kelulusan kepada syarikat Lynas sendiri untuk beroperasi di negara sendiri," kata beliau (gambar).
Tuan Ibrahim juga mendakwa kenyataan empat orang menteri sebelum ini bercanggah dan tidak mencukupi tanpa menuntut Lynas untuk menyatakan dengan jelas di mana sisa LAMP itu akan dieksportkan.

Dr M: Time for Rosmah to correct "all sorts of allegations" made against her


Dr M: Time for Rosmah to correct "all sorts of allegations" made against her
KUALA LUMPUR, -- The soon-to-be-released biography of the prime minister's wife, Datin Seri Rosmah Mansor is the most appropriate avenue for the latter to rebut wild accusations thrown against her, former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad said.
He said Rosmah had the right to make corrections to all negative issues concerning her by certain irresponsible quarters.
"She (Rosmah) is not going high profile. Only those people made her a high profile figure by all sorts of accusations and she has the right to reply.
"Although she is the Prime Minister's wife, it does not mean that she has to keep quiet to all sorts of accusations," Dr Mahathir told reporters after witnessing the RM63 million Assets and Technologies Acquisition Agreement signing ceremony between Proton Holdings Bhd and Petronas Bhd, here today.
On Monday, the pre-launch of the biography was officiated by the Sultan of Pahang, Sultan Ahmad Shah who was accompanied by the Sultanah of Pahang, Sultanah Kalsom and Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.
-- BERNAMA

Gambar Biografi Rosmah Mansor (Harga RM150: 164 M/S). Semua Tohmahan & Fitnah, Bakal Terjawab!

Biografi Datin Seri Rosmah Mansor Gambar Biografi Rosmah Mansor (Harga RM150: 164 M/S). Semua Tohmahan & Fitnah, Bakal Terjawab!
Biografi Rosmah Mansor : Biasanya individu yang sudah mencapai taraf untuk menghasilkan biografi ni adalah kalangan individu-individu yang terlibat lama dalam sesuatu bidang dan pekerjaan yang diceburi selama ini. Mungkin ada sebab-sebab tersendiri yang menyebabkan Rosmah Mansor mengambil keputusan untuk mengeluarkan biografinya sendiri. 

Pelancaran Biografi Rosman Mansor

Buku Rosmah Mansor Gambar Biografi Rosmah Mansor (Harga RM150: 164 M/S). Semua Tohmahan & Fitnah, Bakal Terjawab!KUALA LUMPUR, (Bernama) — Sebuah biografi yang memaparkan pengalaman dan perjalanan hidup isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor sejak zaman kanak-kanak hingga perjuangannya pada masa ini. Majlis prapelancaran biografi itu disempurnakan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah. Turut berangkat Sultanah Pahang Sultanah Kalsom.
Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Yayasan Amanah Perdana Malaysia (YAPM) yang juga penerbit biografi itu Shamsulbahrin Ludin. Buku setebal 164 muka surat itu dan berharga RM150 senaskhah ditulis oleh Siti Rohayah Attan dan Noraini Abdul Razak. Ia akan dilancar dan diedar untuk jualan Januari 2013.

Habibie: Zainudin dangkal, berprasangka keji

Habibie: Zainudin dangkal, berprasangka keji
KUALA LUMPUR- Zainudin Maidin adalah sosok angkuh (arogan) dan rasis yang merupakan salah satu antara penyebab tercetusnya krisis bilateral membabitkan Malaysia-Indonesia.
“Saya dimaklum dan terkesan dengan serangan jelek oleh Zainudin Maidin ke atas mantan Presiden Indonesia, BJ Habibie seperti yang diterbit semalam oleh Utusan Malaysia, akhbar milik Umno,” ujar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan.
Tambahnya, tulisan Zainudin sememangnya diketahui dangkal (mediocre) dan beliau mewakili sosok elit Umno yang berprasangka keji terhadap negara Indonesia.
Menurutnya, ramai sedia maklum tentang latar belakang Zainudin; mantan editor akhbar Utusan Malaysia milik Umno, juga mantan menteri penerangan yang sering menuding jari dan melabel kelompok yang tidak sehaluan dengan Umno sebagai ‘pengkhianat’.
“Zainudin merupakan satu-satunya menteri kanan yang tewas dalam pilihan raya umum lalu kepada calon dari Parti Keadilan Rakyat, justeru kita bisa memahami keresahan, dendam dan motif beliau dalam melancar serangan sebegini,” ujarnya yang juga Ketua Pembangkang.

Hydro Tasmania pullout: SEB contradicts Taib’s statement

According to Sarawak PKR, Taib Mahmud had indicated during the State Legislative Assembly sitting that Hydro Tasmania was 'signed on for the long haul'.

KUCHING: Sarawak Energy Bhd’s (SEB) recent assertion that Hydro Tasmania’s phased withdrawal from Sarawak’s dam project was “pre-planned” contradicts Chief Minister Taib Mahmud’s statement during the last State Legislative Assembly sitting.
According to Sarawak PKR chief Baru Bian, Taib’s “unscripted comment” at the sitting indicated that Hydro Tasmania had been contracted for the long haul and not as suggested by SEB.
“I note that Sarawak Energy and Hydro Tasmania assert that their staff are here for the purpose of ‘transfer of knowledge and skills that SEB requires’ and insist that the exit of Hydro Tasmania was pre-planned.
“They maintain that the actions of NGOs and other pressure groups had nothing to do with the announcement of their withdrawal.
“However, the statement by the chief minister that the withdrawal ‘has nothing to do with technology but is part of NGO politics’ and that the state could find a replacement to continue its plans to build more dams contradicts SEB and Hydro Tasmania’s stance.
“The CM’s unscripted comments suggest that Hydro Tasmania had actually signed on for the long haul and that the government needs continuing help to build the planned dams of his dreams,” Bian said.
Bian, however, lauded Hydro Tasmania for distancing itself from the project, having now realised that holding on to its role in the scheme would become increasingly untenable.
“Whatever the case may be, the fact that Hydro Tasmania has announced its intention to distance itself from a project that is tainted with immoral, illegal, inhumane and reprehensible elements is, to my mind, a reflection of the company’s realisation that it had to make an ethical decision upon being confronted with the uncomfortable realities on the ground.
“It made a sensible decision to quit, “ he said.
Taib won’t stop

Pakatan tidak pernah terima dana asing, kata Pas



KUALA LUMPUR - Pas Pusat hari ini menempelak hasrat Bank Negara yang akan memantau sebarang kemasukan dana asing yang bertujuan membantu pertubuhan bukan kerajaan propembangkang mensabotaj Umno-Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.
Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, seingat beliau, tidak pernah berlaku kes seumpama itu dalam pembangkang bagi meneruskan survival politik mereka.
Mustafa Ali "Setakat ini saya tak pernah dengar. Tak ada. Tapi Umno mungkin ada. Kes (Ketua Menteri Sabah) Musa Aman belum selesai lagi," katanya  pada sidang media di sini, hari ini.
Bagaimanapun beliau bertanya, "kalau Umno (pula) ambil dana asing sabotaj pembangkang macam mana?

"Kalau nak pantau, pantau ini kena teluslah. Memang kita ini istilah bantu pembangkang ini, saya tak pernah dengar dana asing ini yang membantu pembangkang," tambah beliau.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin sebelum ini memberitahu Bank Negara akan memantau sebarang kemasukan dana asing menerusi badan bukan kerajaan (NGO) bertujuan membantu pembangkang membiayai usaha mensabotaj Umno-BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Ujarnya, jika perkara itu berlaku, Bank Negara pastinya dapat mengesan kegiatan itu.
"Kita akan dedahkan kepada umum supaya rakyat membuat penghakiman," katanya kelmarin.

Penang : Janji Najib bina rumah macam Mat Jenin

Janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membina 20 ribu rumah mampu milik menerusi Perbadanan Perumahan 1 Malaysia (PRIMA) dan pembinaan Monorail diandaikan 'Janji Mat Jenin' pada era globalisasi ini.

Dulu Mat Jenin dikaitkan dengan cerita rakyat sedang berangan-angan di pelepah kepala yang akhirnya apabila terkena angin sepoi- sepoi bahasa, dia pun jatuh ke tanah dan mati.

Angan-angannya berakhir di situ tanpa dapat direalisasikan untuk membuktikan apa yang dihajatinya dikotakan.

Mengimbau kembali kisah pembinaan perumahan oleh PRIMA, Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB), JKP Sdn Bhd dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), kononnya kerana Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat pimpinan Lim Guan Eng membelakangkan kehendak penduduk Melayu khususnya yang amat mengharapkan perubahan masa depan dengan menduduki rumah sendiri.

Namun, Guan Eng dalam kenyataan akhbarnya sebelum ini mengatakan bahawa Barisan Nasional (BN) sekadar 'tanam tebu tepi bibir' tetapi manisnya tidak langsung terasa.

Aktivis: Putrajaya harus tangguh lesen Lynas jika iklas mahu pelihara alam sekitar

KUALA LUMPUR, 11 Dis — Kerajaan harus menangguhkan serta merta lesen sementara kilang pemprosesan nadir bumi Lynas bagi memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia bukan sekadar retorik, kata pejuang alam sekitar. Aktivis alam sekitar berkata, kenyataan dari pengarah urusan Lynas Malaysia, Datuk Mashal Ahmad bahawa syarikat tersebut tidak akan menghantar keluar sisa radioaktif, sebaliknya diproses di dalam negara membuktikan dakwaan bahawa Putrajaya bersekongkol dengan syarikat perlombongan Australia dan tidak akan menutup kilang tersebut walaupun ia membahayakan kesihatan dan ekologi telah dibuktikan.
"Jika kerajaan serius, sila lakukannya sekarang. Saya tidak mahu tindakan dilakukan selepas pilihan raya. Lakukan sekarang, hari ini," kata pemimpin Himpunan Hijau, Wong Tack kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi semalam.
Beliau berkata, ketua pengarah Badan Perlesenan Tenaga Atom (AELB) sebelum ini berkata bahawa lesen operasi sementara (TOL) yang diberikan kepada Lynas membenarkan pengeluar nadir bumi itu untuk diproses dalam relau awal bulan ini berdasarkan perjanjian bahawa mereka akan mengeksport sisa radioaktif -- dengan empat kementerian bertanggungjawab dalam portfolio yang berkaitan dengan projek Lynas.
Dalam kenyataan bersama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Unggah Embas dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan Lynas mesti menghormati klausa perjanjian untuk membuang sisa dari pemprosesan nadir bumi keluar dari negara ini, dalam kerajaan cuba menangani kebimbangan orang ramai mengenai kilang pemprosesan kontroversi ini.

Peserta kayuh untuk perubahan serah memo kepada MB N Sembilan

KUALA LUMPUR 11 Dis: Seramai 20 peserta program ‘Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0′ anjuran NGO Jeritan Rakyat Tertindas (Jerit) tiba di Wisma Negeri, Seremban semalam bagi menyerahkan memorandum tujuh tuntutan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan.
Mohamad menerima memorandum berkenaan menerusi Setiausaha sulitnya, Shahrul Faizal. Ia turut diterima Ketua Pembangkang Negeri Sembilan, Anthony Loke.
Sebelum itu, pintu pagar pejabat MB Negeri Sembilan yang masih terbuka, ditutup serta merta sebaik para pengayuh sampai.
Antara pimpinan yang hadir memberi sokongan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Port Dickson, M Ravi, Teo Kok Seong (Bahau), P Gunasegaran (Senawang) dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, S Arutchelvam.
“Peserta bertolak dari Seremban Jaya pada jam 10.45 pagi dan sampai ke Wisma Negeri pada jam 11.40 pagi. Dalam perjalanan, kami turut edar risalah di bandar Seremban,” kata Koordinator Jerit, R Thevarajan ketika dihubungi.
“Tiada peserta cedera atau diganggu sepanjang perjalanan, cuma ramai ‘SB’ (polis cawangan khas) yang ikut kami,” katanya yang turut menyertai program empat hari itu.

MCA tidak ada moral benchmark - Mustafa


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali hari ini menyifatkan MCA tidak mempunyai angka rujukan (benchmark) yang jelas dalam isu moral di negara ini.

Atas dasar itulah, MCA tidak kesah dengan apa-apa isu moral di negara ini.

Beliau mengulas tindakan MCA yang selalu menjadikan isu kawalan moral di negara ini sebagai menganggu hak-hak bukan Islam.

Mustafa mengulas apa yang berlaku di Kota Bharu apabila dua pasangan orang bukan Islam di saman oleh pihak berkuasa tempatan adalah tidak tepat sebagaimana digambarkan oleh akhbar MCA, The Star.

Akhbar The Star melapurkan tindakan kedua-dua pasangan itu sebagai berkhalwat padahal apa yang dibuat oleh pihak berkuasa tempatan adalah bertindak ke atas Indecent behaviour (kelakuan tidak senonoh) di tempat awam.

Hishammuddin tak serius selesai masalah IC kaum India – Izzah

KUALA LUMPUR 11 Dis: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar menyifatkan kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung isu kad pengenalan (IC) kaum India sebagai tidak bertanggungjawab dan cuba mengalih perhatian daripada masalah sebenar.
Beliau merujuk kenyataan Menteri Dalam Negeri itu semalam yang mendakwa masalah 300,000 masyarakat India yang tidak memiliki IC biru hanya cubaan Pakatan Rakyat menanam perasaan benci kepada BN dan mencetuskan konflik perkauman menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, sangat mengecewakan apabila BN sekali lagi menggunakan ‘hantu’ perkauman dan bukannya menyelesaikan masalah tersebut.
“Hishammuddin sebagai menteri berkaitan secara langsung bertanggungjawab ke atas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang gagal atasi masalah sekian lama ini.
“Sebaliknya, beliau kerahkan tugas itu kepada program MyDaftar yang dijalankan oleh MIC yang tidak cekap. Jelas, Hishammuddin tidak ada niat serius untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya pada kenyataan hari ini.
Justeru, KEADILAN mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Hishammuddin dan kabinet segera menyelesaikan masalah ini dan berhenti menjadikannya sebagai isu perkauman.
“Walaupun majoriti rakyat tanpa warganegara adalah dari keturunan India, ia turut jejaskan kaum Cina, Melayu dan sejumlah rakyat di pedalaman Sabah dan Sarawak.

Pemuda PAS tidak puas hati penjelasan SPR, tiada bukti pegawai ‘memihak’

KUALA LUMPUR, 11 Dis — Pemuda PAS melahirkan rasa tidak puas hati di atas kenyataan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan bertegas badan tersebut perlu bebas daripada sebarang pengaruh politik.
Namun, ketua pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu, apabila disoal oleh The Malaysian Insider, gagal memberikan bukti untuk menyokong dakwaan pegawai itu terlibat dalam salahguna kuasa memihak.
“Kami belum ada bukti pegawai SPR itu memihak kepada Umno, tetapi secara prinsipnya ia adalah tidak telus.
“Bagaimana SPR mahu memastikan satu pilihan raya itu adil kalau ada orang politik dalam organisasi mereka?” soal beliau.
Sebelum itu, Lahirul mendedahkan nama pegawai tersebut yang merupakan timbalan pengarah SPR Sabah, Aksyah Nasrah yang memegang jawatan ketua penerangan Umno bahagian Kinabatangan (No ahli 03657122).
Menurut Lahirul lagi, pegawai tersebut merupakan ahli aktif Umno di kawasan tersebut dan seringkali mengeluarkan kenyataan secara terang-terangan yang memihak kepada parti tersebut.

Lawan Pak Lah kerana prestasi tak baik, kata Dr M

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir menafikan beliau bersikap double standard dengan membantu kempen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi menentang perdana menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi.
NONE"Tidak ada double standard. Jika prestasi seseorang (itu) tidak baik saya akan berkempen, melawan sesiapa sahaja," kata Mahathir ketika ditemui selepas majlis Malaysia Petroleum Club di Menara Berkembar Petronas (KLCC) di ibu negara hari ini.

"Sama ada beliau adalah calon saya atau orang lain, saya akan berkempen sekiranya seseorang itu tidak tunjuk prestasi bagus," katanya lagi yang berpendapat Abdullah tidak menunjukkan prestasi baik.

Ditanya sama ada jawapan beliau itu bermaksud beliau berpuas hati dengan prestasi Najib, Mahathir berkata: "Ya, saya berpuas hati".

Lynas: Adakah MB Pahang sanggup potong telinga?

Kerajaan Persekutuan BN dan Lynas Corporation perlu menyatakan dengan jelas di mana sisa Lynas akan dieksport  dahulu sebelum kilang dibenarkan operasi untuk memproses nadir bumi.

Kenyataan empat Menteri BN, Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Sains Teknologi Dan Inovasi Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sumber Asli Datuk Seri Douglas Unggah Embas Dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa syarikat Lynas Corporation Australia perlu mengeksport sisa yang terhasil daripada loji di Gebeng untuk memenuhi syarat lesen pengendalian sementaranya (TOL) adalah tidak mencukupi tanpa menuntut Lynas untuk menyatakan dengan jelas di mana sisa radioaktif kilang Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) itu akan dieksportkan.

Yang pasti, negara asal sumber nadir bumi itu, Australia tidak mahu menerimanya, sebagaimana mereka tidak mahu memberi kelulusan kepada syarikat Lynas sendiri untuk beroperasi di negara sendiri.


1. Kerajaan mesti menghalang operasi harian di kilang LAMP selagi syarikat tersebut gagal menjelaskan di mana sisa akan dibuang, walaupun mahkamah telah memberi kebenaran untuk Lynas beroperasi, namun syarat lesen tol mesti dipatuhi.

PKR Serah Bukti Rasuah Konsensi Balak Sabah Kepada ICAC Hong Kong

PETALING JAYA, 11 DIS: PKR menghantar satu delegasi ke Hong Kong dalam usaha membuka semula siasatan Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) terhadap tuduhan rasuah yang didakwa melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Delegasi itu yang diketuai Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli akan membawa bukti-bukti transaksi wang dari syarikat yang mendapat konsesi balak Sabah kepada akaun milik ahli perniagaan, Michael Chia.
Rafizi menunjukkan salinan slip pemindahan wang yang beliau mendakwa adalah bayaran deposit bagi syarikat yang medapat konsensi balak.
Antara syarikat yang mendapat konsesi balak dari Kerajaan Negeri Sabah dan membuat bayaran bernilai jutaan ringgit kepada Michael, termasuklah Ever Fame Enterprise Limited, Borion Enterprise Limited dan Wayco Enterprise Limited.
“Kewujudan akaun yang dimiliki Michael dan pemindahan wang oleh pemegang konsensi mengesahkan bahawa Michael bertindak sebagai orang tengah untuk mengutip wang hasil dari konsensi balak yang dikeluarkan kerajaan Sabah,” kata Rafizi.
Transaksi tersebut melibatkan akaun Bank UBS di Hong Kong dan akaun Shahghai Banking (HSBC) di Singapura.

RM40 Juta : Lajim lempar 'bom' melalui Akuan Bersumpah


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Panglima Lajim Ukin (gambar) membuat Akuan Bersumpah (SD) hari ini dengan mendakwa pemimpin BN Sabah telah menggunakan balak untuk kekayaan ahli politik utama dan pemimpin kerajaan Sabah.

Menurut Lajim dalam SD itu, buat sekian lama, pembalakan telah menjadi sumber untuk mengkayakan diri bagi segelintir ahli politik dan pemimpin kerajaan Sabah.

"Dari pengalaman saya sendiri sebagai Timbalan Ketua Menteri, saya mengesyaki bahawa lesen pembalakan sering dianugerahkan kepada individu yang rapat dengan pemimpin kerajaan Sabah," katanya.

Bukan kes khalwat, Pas pertahan MPKB-BRI



KUALA LUMPUR - Pas hari ini mempertahankan tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) membabitkan isu empat orang bukan Islam yang ditangkap kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam baru-baru ini.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, tindakan yang diambil oleh penguat kuasa MPKB bertepatan di bawah Undang-undang Kecil Taman MPKB 1986, dan ia bukanlah kes 'khalwat' sepertimana yang dilaporkan oleh beberapa media sebelum ini.
Mustafa Ali "Kes sebelum ini mungkin diberi nasihat, tapi dalam kes ini teruk sikitlah. Dicerita kepada saya secara detail tapi saya tak nak cerita lah apa yang berlaku.

"Jadi kita serah kepada (MPKB) kalau perkara ini jadi kes," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Tambah beliau, kes berkenaan yang beliau sendiri tidak "tergamak" untuk menceritakannya kepada media, mungkin mendorong penguatkuasa yang bertugas bertindak mahu terus menyaman kedua-dua pasangan terbabit.

"MPKB telah mengambil langkah-langkah pencegahan ini bukan sekadar saman, setiap ada kes seperti ini sama dan failkan kes, tidak (sebenarnya).

Bank Negara dan SPRM ‘bisu’ kes rasuah RM40 juta Musa Aman

KUALA LUMPUR 11 Dis: Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih membisu terhadap laporan KEADILAN mengenai kes rasuah RM40 juta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan taikun balak, Michael Chia.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pada 25 Oktober lalu mendesak BNM menyiasat Musa, Chia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dan pemimpin Umno yang terlibat dalam skandal itu.
Rafizi turut melaporkannya ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 5 November lalu mendesak Nazri disiasat kerana keluarganya mendapat manfaat dengan tujuan mempengaruhi keputusan membersihkan nama Chia.
“Sehingga kini saya belum menerima apa-apa perkembangan dari BNM dan SPRM. Kami masih menunggu apa tindakan mereka berhubung laporan kami,” katanya kepada Keadilan Daily.

UMNO Rompak BN : Telaga Bertam milik Pahang atau Terengganu....????



Telaga Bertam milik Pahang atau Terengganu, soal Pas SHAH ALAM - Pas mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan kedudukan sebenar kawasan telaga minyak PM307-Bertam sama ada ia berada dalam perairan Pahang atau Terengganu kerana ia turut dituntut oleh Kerajaan Negeri Terengganu.
Parti itu mendakwa sedangkan Najib pada Oktober lalu ada mengumumkan penemuan medan Bertam sebagai hak Pahang.
Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, berdasarkan perkembangan pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu semalam, maklumat baru timbul menyatakan bahawa telaga minyak tersebut dijumpai di perairan Terengganu dan bukannya Pahang.
"Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata syarikat cari gali minyak di kawasan berkenaan iaitu Lundin Oil mengesahkan tentang penemuan itu dan menyatakan ia berada di kawasan negeri ini.
"Kita tidak mahu Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat... kerana ini tidak sepatutnya berlaku dan memalukan negara," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

PR berjaya tembusi kubu BN kawasan Ali Rustam

BUKIT KATIL: Pakatan Rakyat berjaya memecahkan kubu kuat BN di Peti Undi Tambak Paya, apabila satu ceramah penerangan anjuran DAP berjaya diadakan di Taman Tambak Paya di sini malam tadi.
Sebelum ini Pakatan Rakyat sukar untuk mengadakan program di kawasan Ketua Menteri itu disebabkan tiada pihak yang berani membenarkan pekarangan rumah mereka dijadikan tapak ceramah.

Pakatan Rakyat juga menghadapi situasi yang sama untuk mengadakan program tersebut sehingga tapak program terpaksa ditukar tiga kali kerana tuan rumah telah diugut pihak tertentu yang dipercayai mendapat arahan pimpinan BN.

Pengarah Program, Gandhi Rajan (gambar) berkata kejayaan PR mengadakan program malam tadi membuktikan bahawa rakyat sudah berani membuat perubahan walaupun mereka diugut.

"Rakyat sudah buka mata, mereka tidak takut lagi, apa yang penting mereka mahu buat perubahan demi masa depan anak cucu mereka dalam semua bidang termasuk ekonomi, pendidikan, maruah dan sebagainya.

Peristiwa Baling Jadi Contoh Kebangkitan Rakyat

PETALING JAYA, 11 DIS : Peristiwa Baling, Kedah pada tahun 1974 yang menunjukkan kebangkitan rakyat dalam menuntut keadilan harus dihayati dan dijadikan iktibar oleh semua masyarakat, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, walaupun peristiwa Baling merupakan suatu sejarah terpencil, namun ia mampu membangkitkan suara dan pandangan rakyat bahawa sistem pimpinan kerajaan pada ketika itu adalah ‘rosak’.
“Upacara memperingati peristiwa Baling harus dijadikan acara tahunan yang perlu disebarluaskan supaya anak muda tahu apa yang berlaku dari kebangkitan rakyat era 70 an.
“Jangan kita andaikan kelompok paling miskin itu tidak ikuti perkembangan semasa. Peristiwa Baling harus mengajar bukan sahaja pengalaman sejarah, tetapi mengajar orang bandar bahawa rakyat di desa boleh beri pimpinan,” katanya semasa menyampaikan syarahan memperingati Demonstrasi Baling di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini semalam.
Hadir sama, Senator Dr Syed Husin Ali, aktivis Prof Gurdial Singh, bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Kamarazaman Yaakob, Syed Hamid Ali dan Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Md Akin.

Anwar Lambang Gerakan Perpaduan dan Perubahan Rakyat

PETALING JAYA, 11 DIS : Senator Dr Syed Husin Ali menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai lambang gerakan bagi perpaduan dan pemacu perubahan rakyat di negara ini.
Ini kerana menurutnya, Anwar yang juga Ketua Umum PKR merupakan medium utama dalam menyuara dan membawa kehendak rakyat yang inginkan perubahan dari sudut politik, ekonomi dan sosial di Malaysia.
Beliau berkata, penerimaan rakyat terhadap Anwar sebagai ikon perubahan mencetuskan kebimbangan di kalangan pemimpin Umno-BN.
“Dalam kehendak untuk perubahan ini, kita bernasib baik kerana mempunyai seorang pemimpin yang amat dikagumi. Rakyat terimanya sebagai lambang dan kerana itu Umno-BN terlalu takut untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
“Dalam membicarakan soal peristiwa di Baling, Kedah pada tahun 1974, kita mempunyai lambang yang merupakan pimpinan di mana beliau (Anwar) mengalami kezaliman yang dikenakan ke atas pejuang Baling,” katanya semasa syarahan signifikan memperingati demonstrasi Baling di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini malam tadi.

Langgar syarat: Kerajaan didesak tarik balik TOL Lynas


KUALA LUMPUR: Gabungan NGO Solidariti Hijau menggesa kerajaan membatalkan lesen sementara (TOL) kepada Lynas ekoran keengganannya menghantar sisa toksid kilang itu ke luar negara.

Ini kerana, berdasarkan kenyataan dari empat menteri sebelum ini, lesen TOL Lynas diberikan dengan syarat bahan sisa toksid kilang itu dibawa ke negara asal iaitu Australia.

Zulkefly Mohd Omar (gambar) yang juga Pengerusi Green Wold mewakili 80 NGO Solidariti Hijau dalam kenyataannya berkata, terbukti sekarang Lynas akan melanggar syarat yang diberikan oleh kerajaan.

"Maka sewajarnya, Lesen Sementara Operasi(TOL) itu TERBATAL dengan sendirinya dan LYNAS Malaysia seharusnya tidak dibenarkan memulakan operasi kilang LAMPnya di Gebeng Kuantan," kata beliau dalam kenyataannya.

Pengarah Urusan Lynas, Datuk Mashal Ahmad dalam kenyataannya berkata, sisa buangan dari Kilang Lynas itu tidak akan dihantar keluar dari Malaysia kerana Lynas terpaksa mematuhi Konvensyen Antarabangsa yang menghalang eksport keluar sisa buangan berbahaya itu ke luar negara.

Menteri : Produk sisa Lynas boleh dipasarkan di M'sia jika...

Menteri sains teknologi dan inovasi Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili berkata sisa daripada operasi Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) boleh dipasarkan di Malaysia sekiranya ia ditukar kepada produk sintetik yang hanya mengeluarkan radiasi rendah.
Sisa itu juga boleh dipasarkan sekiranya syarikat berkenaan berjaya mendapatkan pembeli, katanya dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini.

Sekiranya tiada pembeli, Lynas perlu mengeksport bahan tersebut katanya lagi.

Beliau menjelaskan, hasil produk itu tidak berbahaya kerana hanya akan mengeluarkan radiasi pada skala 1 Becquerel setiap gram – jauh lebih rendah daripada had 5 Becquerel setiap gram seperti ditetapkan oleh piawai antarabangsa untuk bahan yang dikira berbahaya.

Namun, beliau menjelaskan bahawa bahan berkenaan termaktub bahawa bidang kuasa Akta Kualiti Alam Sekitar dan perlu mematuhi keperluan akta berkenaan sebelum dipasarkan.

Maximus juga menegaskan bahawa ia perlu dieksport keluar daripada negara, mengikut syarat yang ditetapkan, sekiranya ia dalam bentuk sisa mentah.