Isnin, 10 Disember 2012

Takiyuddin Hj Hassan - Isu Salon Ikut Akta Persekutuan

Ceramah KOBAT 6.12.2012 oleh W.Fauzdin

Monopoli ruang media oleh Najib tidak berapa bagus

Oleh Mohd Sayuti Omar
Menjadi persoalan kenapa yang muncul di dalam tv tiap-tiap malam berkempen untuk kemenangan UBN hanya Najib Razak manakala pemimpin Umno dan BN lain diam membisu atau hampir sesetengahnya tidak muncul langsung. Najib semacam memonopoli ruang berita di tv. Semua berita mengenai Najib, baik penting atau tidak muncul di waktu puncak (prime time).

Apakah ada peraturan baru semua telivesyen kena memberi keutamaan kepada berita perdana menteri meskipun tidak penting? Mungkin inilah sifat kewartawanan tv yang baru? 

Bukan saja untuk mengumumkan polisi atau dasar-dasar baru kerajaan untuk membantu rakyat, aktiviti Najib berjumpa dengan rakan Fb juga dilaporkan di ruang utama. Kenapa begitu sekali? Kita tahulah tv semua akur dan bersujud sawi kepada perdana menteri, tetapi sampai cerita terjerlus longkang atau isteri keluar dari salon unisex pun dilaporkan melampau sangatlah.

Menukar kerajaan itu hak mutlak rakyat

Oleh Aspan Alias
Dr Mahathir berkata di Sik Kedah dua hari lepas, ahli-ahli UMNO mesti menyokong sesiapa sahaja yang dicalonkan oleh pucuk pimpinan parti. Ahli-ahli UMNO, kata Dr Mahathir mesti memenangkan parti bukannya calon. Kali ini Dr Mahathir mahukan semua menyokong parti dan ini merupakan pendirian yang terbalik jika kita ingat apa yang beliau seru pada pilihanraya yang lalu

. Pilihanraya ke-14 nanti tidak pula kita ketahui apa sikap Dr Mahathir. Mungkin beliau akan kekal dengan seruan menjayakan parti dan ada juga kemungkinan beliau akan membuat seruan untuk menyokong calon bukannya parti. Kali ini Dr Mahathir berusaha keras untuk memenangkan UMNO dan BN. Beliau telah memanggil pimpinan bahagian seluruh negara untuk berbai’ah dan berjanji tidak mensabotaj calon UMNO dalam pilihanraya ini. Kita telah diberitahu yang kali ini UMNO akan menurunkan calon-calon yang baru untuk menukar imej parti itu dalam menghadapi rakyat dalam pilihanraya kali ini.
Tetapi ramai berpendapat yang usaha ini telah terlambat. Sepatutnya ia dilakukan dua puluh tahun dahulu dengan mengenepikan pemimpin-pemimpin yang tidak baik kerana semasa itu keadaan UMNO tidak seteruk sekarang. Tetapi oleh kerana kelalaian pimpinan semasa itu yang hanya memberikan tumpuan kepada kepentingan peribadi dan sokongan padu dari pimpinan bahagian dan cawangan UMNO tidak peduli sama ada mereka itu korap atau pelaku jenayah yang tegar dalam parti itu.

Untuk Terus Kekal Sebagai PM, Najib Wajib Cantas Orang Muhyiddin

Oleh Shahbudin Husin
Di ketika Najib begitu bersungguh-sungguh menyeru ahli UMNO agar bersatu, tidak melakukan sabotaj dan memberikan kemenangan dua pertiga kepadanya, beberapa pihak lain pula terus membuat ramalan dan kajian tentang keputusan pilihanraya akan datang ini.


Keputusan pilihanraya akan datang ini bukan saja menarik perhatian rakyat yang sedang berdebar-debar ingin mengetahui sama ada UMNO dan Najib akan terus kekal menguasai Putrajaya atau terpaksa menyerah kalah Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim, tetapi juga turut menarik perhatian beberapa golongan cendekiawan dan pensyarah universiti.

Selepas beberapa pihak meramalkan kekuatan BN dan PR agak seimbang dan strategi di saat-saat terakhir mungkin mempengaruhi keputusan dan menenntukan siapa menang dan siapa kalah, mutakhir ini beberapa pensyarah universiti tampil dengan hasil kajian dan ramalan masing-masing.

Terbaru ialah Prof. Muhammad Abu Bakar daripada UM yang diketahui mempunyai pandangan kritis mengenai politik negara, secara terbuka meramalkan UMNO dan BN hanya mampu menang tipis saja dalam pilihanraya akan datang ini.

Umno Tolong Ambillah Ibrahim Tanding Di Pasir Mas

Oleh Mohd Sayuti Omar
Ibrahim: Berilah lambang dacing kepadanya.
Pernyerahan borang permohonan oleh Zahrain Hashim untuk menyertai semula Umno kepada Ha Najib Razak semalam memecah liur beberapa orang lain yang ingin juga berbuat demikian. Salah seorang yang saya yakin sedang mengira-ngira untuk berbuat perkara sama ialah ahli Parlimen Pasir Mas, Inchek Ibrahim Ali.

Semasa melihat Zahrian menyerah borangnya, saya terfikir apakah bersama lebih 300 borang lain yang didakwa ikut sertai Umno itu, juga terselit borang Ibrahim Ali? Kenapa saya mengatakan demikian kerana Ibrahim kini dalam keadaan terdesak untuk bertanding semula di kerusi Pasir Mas. Pas tidak akan melakukan kesilapan dua kali untuk memberi laluan sekali lagi kepadanya, cukuplah sekali sebagai pengajaran dan juga teladan.

Pas kini sudah mengenali siapa dia Ibrahim Ali. Kenal bukan setakat wajah tetapi perut pedalnya sekali. Jika Ibrahim dicicang 78, mayatnya berkecai, namun bau hamis pedalnya Pas kenal. Kiamat dunia pun Pas tidak akan mengulangi perkara sama untuk beliau. Mustahil.

Perkara ini disedari Ibrahim sejak awal-awal lagi. Dia pun sudah berkerat rotan berpatah arang dengan Pas. Niat awal lagi dia hanya mahu menjadikan Pas sebagai jambatan untuk melepaskan diri ke seberang. Bila lepas, dia menang dan dapat kerusi Pas ditinggalkan, bahkan dikencing hacing begitu saja. Perbuatan Ibrahim terhadap Pas samalah seperti dia kecing dalam beladi dan menjirus dirinya sendiri. 

Ahmad Maslan 'tak kisah' dengan ANAK

Timbalan menteri di jabatan perdana menteri Datuk Ahmad Maslan berkata, beliau "tidak kisah" dengan usaha Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) untuk menghalang pengerusi Tan Sri Mohd Isa Samad daripada dilantik sebagai pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF).
Ahmad menjelaskan beliau tidak kisah dengan usaha itu kerana ANAK menurutnya tidak mewakili suara peneroka dan bukan pertubuhan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan.

"Mereka ini bukan satu pertubuhan berdaftar. Mereka nak halang apa? (ANAK) Pertubuhan haram yang buat fitnah demi fitnah. Manalah mereka dapat cerita khayalan dan dongeng seperti itu.

"Tak kisahlah apa dia nak buat.. nasiblah.. Walaupun dia anak peneroka itu tak jadi masalah. Tapi dia tak mewakili suara peneroka," katanya.
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada awal bulan ini mengarahkan KPF mengadakan semula perhimpunan agungnnya sebelum 31 Disember.
ANAK mempersoalkan keputusan berkenaan, yang didakwa sebagai satu percubaan Felda Global Ventures (FGV) supaya KPF menjadi pemegang saham utama Felda Holdings.
Pengerusi ANAK Mazlan Aliman mendakwa langkah itu juga bagi memastikan Isa serta pemangku ketua pengarah Felda Faizoull Ahmad dilantik menganggotai KPF.

Tahun depan petaka untuk CPI TI Malaysia

KUALA LUMPUR: Apa yang tidak dapat dipertikaikan adalah rasuah di bawah pemerintahan Najib selama empat tahun lebih teruk daripada tempoh 51 tahun Malaysia berada di bawah lima Perdana Menteri sebelum ini.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan berkata, apa yang sepatutnya menjadi kebimbangan besar seluruh rakyat adalah tahun depan merupakan tahun yang buruk buat Malaysia untuk CPI TI kerana tahun depan Umno BN tentu akan membelanjakan berbilion ringgit untuk cuba mengekalkan kuasa dalamPRU13 - membawa politik wang ke satu paras baru sejarah negara.

Kenyataan beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur seperti di bawah.


Untuk empat tahun berturut-turut, sepanjang tempoh Najib menjadi Perdana Menteri (2009-2012) telah mencatatkan kedudukan rendah di dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) 2012 berbanding dua Perdana Menteri sebelumnya iaitu Tun Mahathir dan Tun Abdullah.

Di tahun pertama CPI TI pada 1995, Malaysia berada pada kedudukan ke-23 daripada 41 negara, menjunam ke tempat ke-37 pada 2003 ketika Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada hujung tahun itu.

PAS desak T’ganu pertahan medan minyak Bertam dari dirompak Pahang..!!!


KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu mendesak kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mempertahankan hak milikan medan minyak PM307-Bertam sebagai hak kedaulatan rakyat Terengganu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata kerajaan negeri Terengganu perlu mengambil tuntutan agar pihak Petronas dan Kerajaan Persekutuan mengembalikan hak negeri ini.

Katanya, hak milikan kawasan tersebut wajar dikembalikan sebagaimana Perjanjian Akta Petroleum 1974 atas nama royalti dan bukan dana khas atau wang ehsan.

“Kita minta Menteri Besar dengan tegas pertahankan hak untuk dapat hak milik itu kepada negeri Terengganu. Kita perlu ambil tuntutan itu dari Petronas dan Kerajaan Pusat (Persekutuan) ikut sebagaimana Perjanjian Petroleum 1974 sebagia royalti,” tegasnya kepada Harakahdaily.

Umno gagal bela Islam dan Melayu – Muhammad Nur

KUALA LUMPUR 10 Dis: Umno gagal membela Islam dan Melayu, malah bertanggungjawab ke atas masalah seperti keruntuhan akhlak, ekonomi Melayu dan gejala murtad serta budaya rasuah yang menyebabkan orang Melayu dilihat begitu rendah dan hina, kata Dr Muhammad Nur Manuty.
“Selepas 55 tahun Umno berkuasa, orang Melayu masih dendangkan lagu ‘Anak Kecil Main Api’, mengalirkan air mata dan merintih mengenangkan nasib mereka sendiri.
“Umno (juga) menindas gerakan Islam dan dakwah…Pelbagai tuduhan nista dan fitnah dilemparkan. Ramai pemimpin ditangkap, didera dan ditahan di bawah ISA. Kemuncaknya, pembunuhan pendakwah Ustaz Ibrahim Libya dalam peristiwa Memali (19 November 1985),” kata Ketua Penerangan KEADILAN itu dalam kenyataan.
Beliau berkata, kepimpinan Umno kini begitu lemah sehingga terpaksa bergantung kepada budaya politik perkauman dan keselamatan.
“Melayu dimomokkan dengan isu perpecahan dan risiko perubahan kepimpinan. Hakikatnya, orang Melayu tetap bersatu. Umno (sebenarnya) yang sentiasa berpecah dari dalam sejak awal penubuhannya,” kata bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) itu.

Jangan tembak kami dari belakang, SPRM nasihat ahli politik


Datuk Seri Abu Kassim Mohamed PUTRAJAYA - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed merayu kepada ahli politik semua parti, agar tidak 'menembak SPRM dari belakang', suatu kecenderungan yang beliau katakan akan hanya menyulitkan lagi usaha memerangi rasuah.
"Saya ingin katakan kepada ahli politik daripada semua parti... janganlah tembak dari belakang. SPRM adalah tentera untuk memerangi rasuah. Jika anda menembak kami dari belakang, kepada siapa lagi masyarakat boleh meminta pertolongan untuk menentang rasuah?" katanya pada majlis jamuan malam sempena sambutan Hari Pencegahan Rasuah Sedunia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini malam tadi.
Abu Kassim berkata, SPRM, yang dulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah, bersama rakannya dari Hong Kong dan Singapura adalah antara badan pencegahan rasuah tertua di dunia, yang tugas mereka mendapat pengiktirafan antarabangsa, terutama oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu.
Katanya, sebelum 1990, hanya terdapat 20 badan pencegah rasuah di seluruh dunia, tetapi sekarang, jumlahnya bertambah kepada 150 dan ini mencerminkan wujudnya kesedaran yang semakin meningkat tentang pentingnya memerangi penyakit itu.

PRU13: SPRM komited perangi politik wang


 Datuk Latifah Md Yatim SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) senantiasa berusaha mempertingkatkan kawalan dan pencegahan gejala rasuah dan politik wang di negara ini, apatah lagi menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Latifah Md Yatim.

Ujarnya, SPRM mempunyai tanggungjawab besar bagi memastikan amalan berkenaan yang salah di sini undang-undang tidak dipraktikkan dalam pilihan raya di Malaysia.
"Politik wang ini memang kita pantau. Perkara itu memang satu kesalahan di bawah akta kita. Apabila kita menggunakan wang untuk memancing undi, dengan wang itu kita mahu dipilih atau apa, jadi itu memang satu kesalahan.
"SPRM pada setiap masa kita akan lipat gandakan kita punya usaha pencegahan rasuah. Di samping pencegahan, kita juga akan mendidik masyarakat, turun padang, mesra pelanggan," katanya ketika ditemui pada majlis Konvoi Avanza Pencegahan Rasuah SPRM.

Tragedi JMR Gombak :Dedah SMS bukti provokasi dicetus samseng Umno

ANTARA SMS yang disebar:

1. Adalah dimaklumkan pada tarikh 4.12.2012 hari Selasa malam, ketua pembangkang Anuar Ibrahim akan datang ke Gombak Utara bt 8, diharapkan tuan-tuan dapat menurunkan seberapa ramai pemuda cawangan bagi menghalang kehadiran beliau ke Gombak Utara. Tuan-tuan! Gombak Utara adalah maruah kita, sama-samalah kita turun beramai ramai pada malam tersebut.


2. A.kum & slm perjuangan... diseru semua ketua 4 sayap caw2 (Cawangan-cawangan). PDM (Pusat Dun Mengundi) Bt (batu) 9 Gbk (Gombak) dpt (dapat) menurunkan seberapa ramai ahli caw.ke pekarangan pjb (pejabat) Dun Simpang bt 8 gbk (Gombak) mlm (malam) ini jam 8mlm (malam) bg (bagi) menyokong BANTAHAN kehadiran KETUA PENGKHIANAT BANGSA ke kg kita gbk (Gombak) Utara.. moga kita sama2 dpt (dapat) membela kg kita & mempertahankan kubu kuat kita dr (dari) dikhianati oleh egen ZIONIS ini – su (Setiausaha) pdm (Pusat Dun Mengundi) bt (batu) 9 gbk (Gombak).

Penyebaran SMS itu turut disahkan Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Gombak, Amirudin Shari

Persidangan mengabsahkan Umno tidak relevan untuk se-Malaysia

Oleh Wan Nik Wan Yussof,
Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan

Persidangan agung Umno ke-66 sudah berlalu dengan meninggalkan pelbagai kesan yang dilihat amat negatif di sisi PAS dan Pakatan Rakyat. Amat negatif kerana di medan persidangan itu terbitnya segala macam fitnah dan putar belit yang langsung ditujukan terhadap PAS dan parti-parti rakan PAS (Pakatan Rakyat).

Tidak kurang pula, timbulnya persoalan yang tidak berkesudahan kalangan penyokong Umno kerana sebahagian telah menyaksikan sendiri betapa ruang persidangan tidak dijadikan titik muhasabah berguna bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Sebaliknya, banyak ucapan perwakilan termasuk presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden, ketua-ketua sayap yang kesemuanya asyik menuding jari dan menghukum PAS dan musuh-musuh politik mereka.
Sebagaimana ucapan presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang berleter-leter dan berdegar-degar sehingga terungkapnya kata-kata ‘sampai titisan darah terakhir’ demi mempertahan kuasa di Putrajaya. Ia sudah mengulangi kisah ketiga-tiga sayap Umno ketrika perhimpunan tahun 2011 yang lalu. Justeru ia dilihat semacam Umno sahaja yang layak meratah nikmat se-Malaysia.
Kesemuanya telah menampakkan sirip-sirip Umno sudah tidak relevan lagi untuk survival masyarakat Malaysia pada masa hadapan!

Sedari strategi Umno

Oleh Beruang Hijau

Apabila Umno terkejut dengan kekalahan paling besar dalam sejarahnya pada tahun 2008, maka dengan bingkas mereka bangun untuk berlawan balik.

Langkah pertama ialah penukaran pucuk pimpinan tiga parti utama Barisan Nasional iaitu Umno, MCA dan MIC. Tetapi paling penting ialah Umno.

Maka berlakulah perubahan ketua Umno. MCA dan MIC dengan paling penting ialah Najib Razak menggantikan Abdullah Ahmad. Langkah kemudiannya ialah menyatukan Umno.

Mahathir Mohamad menyertai semula Umno dan penyokong-penyokongnya berdamai dengan Najib. Langkah seterusnya ialah menarik orang Melayu yang selama ini menyokong Umno tetapi pada pilihan raya 2008 telah mengundi Keadilan dan PAS. Ini merupakan langkah untuk memecahkan pengundi-pengundi Pakatan Rakyat.

Maka caranya ialah mencergaskan persatuan-persatuan yang memperjuangkan agenda Melayu bagi menarik pengundi-pengundi yang beralih arah. Maka lahirlah Perkasa dan cergaslah lain-lain NGO.

DAP: Kenapa Chua Jr diam isu tanah murah BN?

ADUN Kampung Tunku Lau Weng San menyelar ketua biro profesional MCA Chua Tee Yong yang berdiam diri dalam isu tanah yang diperolehi BN di Selangor.

"Apabila Chua menyerang kita dengan soal tanah Talam (Corporation), kami memberi jawapan kepadanya.

"Tapi sekarang dia berdiam diri dan melarikan diri daripada isu tanah BN," katanya kepada pemberita selepas melawat sekeping tanah di Sungai Way yang didakwa diperolehi Umno Petaling Jaya dengan harga murah.

Tanah komersil seluas 5010.6 kaki persegi itu, yang kini menempatkan pusat penjaja, merupakan salah satu daripada 24 keping tanah yang didakwa diperolehi BN dengan harga RM1 sekaki persegi.

‘Fixed deposit remark insulting Indians’

Indian leaders say Najib's remark was demeaning to the community.
PETALING JAYA: Prime Minister Najib Tun Razak has insulted the Indian community by referring to them as Barisan Nasional’s fixed deposit.
Some Indian community leaders said that this was a most disrespectful term.
Najib said Indians were BN’s fixed deposit during the MIC’s 66th annual general meeting yesterday.
“In the 11th general election [2004], the BN had its fixed deposit in the Indian voters but in the 12th general election, the Indian fixed deposit moved from the BN bank to the opposition bank.
“Maybe our interest rates were not good in 2008 for the Indian fixed deposit votes, but over the last three years, I have raised the interest rates and they are making a comeback to the BN bank. The confidence on the BN government is back,” Najib said.
Bersih 2.0 co-chairman S Ambiga said she was stunned to hear the term, fixed deposit, in reference to the Indian community.

FROM CHILDHOOD TO TERRIBLE PRESENT: Sultan launches Rosmah's BIOGRAPHY

FROM CHILDHOOD TO TERRIBLE PRESENT: Sultan launches Rosmah's BIOGRAPHY
KUALA LUMPUR- "Rosmah Mansor", a book which chronicles the life of the prime minister's wife, was launched today by the Sultan of Pahang Sultan Ahmad Shah.
Yayasan Amanah Perdana Malaysia chairman Shamsulbahrin Ludin, the book's publisher, said the new biography will allow readers a well-rounded glimpse into Rosmah's life from her childhood to the present.
"Some of the facts presented in this book have never been told to anyone before."
Its highlights, he said, include her marriage to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak - in particular, the challenges she faced first as the wife of a cabinet minister, deputy prime minister and now the country's leader.
Written in an informal and relaxed tone, the book features stories from her school days at Tunku Kursiah College, Negeri Sembilan, and includes interviews with her closest friends.

BE WARNED DR M & POLITICIANS LIKE SHAHRIZAT: The next May 13 will be very different from 1969

BE WARNED DR M & POLITICIANS LIKE SHAHRIZAT:  The next May 13 will be very different from 1969YES. I couldn’t agree more with Koon Yew Yin (see story reproduced below), a respected Chinese community senior citizen.
In fact, I have also blogged on this earlier: http://victorlim1982.blogspot.com/2012/12/may-13-bogey-umnos-archaic-bid-to.html and http://victorlim1982.blogspot.com/2012/12/umno-must-be-buried-politically-to-save.html
I wish to add two very pertinent points which Mr Koon and I overlooked.
Point No.1: The majority of Malays, I believe some 90% of them, don’t pay taxes to the federal government.
They pay what is known as zakat (tithes), a form of Islamic tax.
This means Malaysia has been developed for the past 55 years with contributions from the non-Malays or non-Muslims and the corporate sector.
Therefore, if the business climate is ruined by the super corrupt, evil and racist Umno-led Barisan Nasional (BN) because it wants to remain in power at all costs, including the propagation of the May 13 violence and bloodshed, who will suffer more? Who is the majority race in Malaysia?

The cousins … the real danger Malaysians’ face

Point No.2: However, should violence really break out after BN-Umno loses the next general election, it will not be the same May 13, 1969.
In 1969, the majority of Malays were really living in abject poverty. They were envious of others who were better off economically.

Keselamatan Negara Terancam: Polis Diraja Malaysia (PDRM) TIDAK BOLIH DIPERCAYAI !!!

Keselamatan Negara Terancam: Polis Diraja Malaysia (PDRM) TIDAK BOLIH DIPERCAYAI !!!
Tan Sri Musa Hassan mendedahkan, satu projek komunikasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) bernilai ratusan juta ringgit mempunyai kaitan dengan perunding perhubungan awam, APCO Worldwide – syarikat Israel untuk menggilap imej peribadi Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan di mata dunia.
Kata bekas Ketua Polis Negara itu, ia adalah projek komunikasi Motorola dari sistem analog ke digital PDRM.
“Projek tersebut diperolehi pada akhir 2009. (Hal) Apco dulu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Menurut Musa, bekas anggota penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang ‘mengarahkan’ pegawai polis untuk meluluskan projek tersebut.

Wanita DAP harus siap siaga terima cabaran-Chong Eng

KUALA LUMPUR, 10 DISEMBER: Wanita DAP berikrar untuk memperkasa sayapnya memikul amanah parti dalam memartabatkan golongan wanita, berjuang mempertahan dan menjelaskan maklumat sebenar mengenai parti dan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat yang lebih berhemah dan bertanggungjawab.
Sehubungan itu, komrad Wanita DAP harus sentiasa bersiap siaga menerima pelbagai amanah dan tanggungjawab yang diberi termasuk menjadi calon di mana-mana peringkat pimpinan atau calon bagi pilihan raya umum yang akan datang.
Ketua Wanita DAP, Chong Eng berkata, suara wanita perlu kuat dan lantang kerana mereka adalah golongan penting yang menjadi penentu kepada peneraju kerajaan samada Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional pada PRU-13 nanti.
“Untuk mencapai hasrat itu, Wanita DAP bertekad meningkatkan bilangan ahlinya dengan mensasarkan 30 peratus penyertaan jumlah ahli wanita daripada jumlah keseluruhan ahli parti,
“Kemajuan Wanita DAP sejak penubuhannya pada 1972 mencerminkan status pembabitan kaum wanita di dalam masyarakat dan sektor awam. Oleh itu, kami memerlukan perubahan agar kerajaan memberi bantuan dalam penjagaan keluarga dan anak, supaya membolehkan lebih ramai wanita menyertai kerja sosial dan politik.” kata Chong Eng ketika berucap pada Konvensyen Wanita DAP Kebangsaan 2012, semalam.
Katanya, sekiranya rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah kerajaan Pusat, Wanita PR akan memberi keutamaan dalam melaksanakan lima perkara dalam memperkasa agenda wanita negara ini.

Konvensyen Wanita Kebangsaan DAP 2012

Sdr Chong Eng

Hari ini merupakan satu hari yang bersejarah kerana hari ini adalah kali pertama Wanita DAP dan DAPSY mengadakan konvensyen bersama-sama. Hari ini, wakil-wakil dari bahagian Wanita DAP yang datang dari seluruh negara akan memilih pimpinan Wanita DAP Kebangsaan melalui mengundi, ini menunjukkan Wanita DAP telah mencipta satu lembaran yang baru!
Pada tahun 2006, ketika keluarga saya menemani ibu saya menziarah ke kampungnya, kami menggunakan jalan tar yang rata di dalam 德化巿, kami bertukar menggunakan jalan konkrit ketika meninggal pekan, jalan batu ketika di kawasan luar bandar, dan akhirnya jalan tanah merah ketika kami tiba di kampung; Pada pandangan saya, tahap perkembangan Wanita DAP pada hari ini seumpamanya memaju dari jalan batu ke jalan konkrit, menuju ke satu arah yang lebih luas, lebih kuat dan bersatu!
Lembaran baru ini adalah disebabkan rakyat menggunakan kuasa undi di tanggannya mengubah landskap politik negara ketika 308, ramai wanita memilih DAP sebagai platform dalam penglibatan politik. Oleh itu, saya ingin mengucapkan terima kasih atas keberanian rakyat yang memilih perubahan ketika pilihan raya ke-12 pada tahun 2008.

DAPSY : “Buka Lembaran Baru”

UCAPAN DASAR KETUA PEMUDA SOSIALIS DAP LOKE SIEW FOOK DI KONGRES KEBANGSAAN DAPSY 2012 DI HOTEL FEDERAL, KUALA LUMPUR:
 
Tuan Speaker Kongres DAPSY 2012 Sdr Ean Yong Hian Wah, Penasihat Seumur Hidup Parti Sdr Dr.Chen Man Hin, Setiausaha Agung DAP Sdr Lim Guan Eng, Ketua Wanita DAP Sdri Chong Eng, Ahli-ahli Majlis Eksekutif Kebangsaan DAPSY dan Wanita, para perwakilan dan pemerhati, wakil-wakil dari Dewan Pemuda PAS dan Angkatan Muda Keadilan, wakil-wakil media massa, tuan-tuan dan puan-puan, saudara dan saudari yang saya hormati sekalian, selamat pagi dan salam Ubah! Selamat datang ke Kongres Kebangsaan DAPSY 2012.
Negaraku, tanggungjawab bersama, Masa depan milik kita semua, Jalan berliku tentu mencabar, Bersama kita harungi. Orang muda pikul harapan bangsa, Mara depan negara tentu cerah, Kuat semangat kita berjuang, Bersama menuju cita-cita rakyat. Ubah, selamatkanlah Malaysia, Bersama pahatkan sejarah, Buka lembaran baru, Sama-sama kita menuju, Perubahan di tanganmu! Petikan-petikan ini adalah lirik lagu tema PRU13 untuk DAP. Lirik lagu ini bukan sahaja sedap didengar namun setiap ayat perlu dihayati pengertiannya supaya seluruh anggota DAPSY faham halatuju kita bersama dalam PRU13. Saya akan cuba melakarkan pengertian ini dalam ucapan dasar saya pada pagi yang mulia ini.
Negaraku, tanggungjawab bersama

Kerajaan BN dicabar ikut jejak Pulau Pinang laksana enam langkah integriti – Guan Eng

GEORGE TOWN, 10 DISEMBER: Kerajaan BN Persekutuan dicabar mengikut jejak langkah Pulau Pinang melaksanakan enam langkah integriti untuk membanteras rasuah di negara ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata jika tidak melaksanakan enam integriti itu, Malaysia bukan saja gagal mencapai kemakmuran, juga gagal membongkar skandal kewangan yang terbaru bagi memastikan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparancy International (TI) bagi tahun depan tidak merudum.
Katanya, enam langkah yang dilaksanakan Pulau Pinang ialah mengistutusikan pengisytiharan harta secara terbuka oleh Ketua Menteri dan barisan Exconya, melaksanakan tender terbuka, tidak membenarkan ahli keluarga untuk membabitkan diri dalam kontrak kerajaan, melindungi pemberi maklumat yang tulen, menggugurkan pemimpin yang hidup mewah dan berterus terang dalam sumbangan politik.
“Negara masih dihantui skandal kewangan dan dakwaan rasuah besar yang membabitkan pemimpin tertinggi sebab itu kedudukan CPI Malaysia berada di tangga ke-54 daripada 176 negara tahun ini baik sedikit berbanding tangga ke-60 daripada 183 negara tahun lalu,” katanya dalam perutusan sempena Hari Anti-Rasuah Antarabangsa, semalam.

Bukan setakat Najib, Mahathir juga terdesak – Lim Kit Siang


KUALA LUMPUR, 10 DISEMBER: Bukan setakat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang terpaksa bekerja keras memastikan Barisan Nasionl (BN) memperoloehi majoriti dua pertiga pada PRU-13, tetapi Tun Dr Mahathir Mohamad juga turut berbuat demikian.
Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, berkata Dr Mahathir yang sudah bersara akhir 2003 selepas 22 tahun menjadi Perdana Menteri juga terpaksa bekerja keras kerana bimbang Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.
Katanya, semalam, Mahathir berada di Sik untuk mengingatkan ahli UMNO bagi menghilangkan rasa tidak puas hati terhadap calon yang dipilih kepimpinan tertinggi UMNO/BN jika mahu lihat UMNO/BN kekal berkuasa selepas PRU-13.
Mahathir meminta ahli UMNO mengenepikan perbezaan dan memberi sokongan penuh kepada calon UMNO/BN yang terpilih kerana keutamaan sepatutnya untuk memastikan kejayaan supaya BN dapat menang besar dan membentuk kerajaan yang kuat.

RM2 bilion bajet Terengganu: Ke mana?

 RM2 bilion bajet Terengganu: Ke mana?
Apakah reaksi seluruh rakyat Terengganu apabila sekali lagi Menteri Besar Datuk Sri Ahmad Said membentangkan bajet bagi tahun 2013 yang mencecah hampir RM2 bilion?
Bajet yang bertemakan ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan: Bajet Kesejahteran Rakyat’ itu berjumlah RM1.995 bilion itu diluluskan di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.
Jumlah ini sekali lagi meletakkan kepimpinan Ahmad Said mencatatkan rekod bajet yang tertinggi di seluruh Semananjung Malaysia.
Ini juga merupakan penerusan perbelanjaan ‘amat luar biasa’ dan menghairankan sepanjang pentadbiran Ahmad Said memimpin negeri ‘Darul Iman’ ini.
Seperti yang telah saya tegaskan, siapa boleh menjangkakan bahawa ‘negeri kaya rakyat miskin’ ini boleh meluluskan bajet tahunan kerajaan negeri untuk empat tahun terakhir dengan jumlah yang amat besar dan menakjubkan. Cuba kita renungkan angka-angka berikut;
Tahun 2009 - mencecah hampir RM2 billion dengan meluluskan peruntukan tambahan RM280 juta.
Tahun 2010 - mencecah hampir RM1.9 billion dengan bajet tambahan lebih RM200 juta menjadikan ia mencecah lebih RM2.1 billion.
Tahun 2011 – mencecah lebih RM2 bilion dengan bajet tambahan lebih RM250 juta.
Tahun 2012 – mencecah lebih RM2.25 bilion dengan bajet tambahan lebih RM260 juta.
Malah sepanjang empat tahun pentadbiran Ahmad Said, kerajaan negeri telah berbelanjakan lebih RM10 billion. Jumlah perbelanjaan ini adalah amat besar dengan mengambil kira nisbah penduduk negeri Terengganu yang hanya berjumlah 1 juta orang berbanding dengan kebanyakan negeri-negeri lain yang jauh lebih maju.

‘Black knight’ Musa vs ‘White knight’ Ramli

The former IGP took a swipe at his critics for portraying him as the bad cop out to destroy the PDRM.

PETALING JAYA: Former Inspector-General of Police Musa Hassan today lashed out at his critics, especially his former colleagues Ramli Yusuff and Mat Zain Ibrahim, suggesting that they have strong backing from powerful figures.
“I think this Ramli, he has strong influence with IGP [Ismail Omar] and the police,” he told a press conference here.
“From the outside, it seems like he’s the white knight, saviour of PDRM [Royal Malaysian Police]… while I’m the black knight who is destroying PDRM… the picture has been painted as such,” he said when asked about Ramli’s unending crusade against him.
Musa, the patron of the new anti-crime NGO MyWatch, said that he suspects that Ramli has the backing of certain powerful figures that he did not name.
“I just want to know who is behind him… who has given him this platform to attack me,” he said.
Musa maintained that he had no links with underworld figures, a claim that Ramli, retired Commercial Crimes Investigation Department (CCID) director, has repeated, and instead asked the latter himself to answer to the public.
“He should answer to the public… how he owns so much riches and wealth when he was still in service. Even I don’t have so much…”
Musa said despite the courts clearing Ramli of failing to declare some RM27 million worth of assets, for him, it was still an unresolved question.

Tawaran mega 3+6 PR untuk rakyat Pahang


Anwar Ibrahim
Anwar bersama pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat pusat dan negeri mengumumkan tawaran mega kepada rakyat Pahang sekiranya mereka menang dalam PRU13, semalam.
 
TEMERLOH - Pakatan Rakyat (PR) mengumumkan tiga tawaran mega peringkat pusat dan enam tawaran lagi peringkat negeri kepada rakyat Pahang sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan berlangsung sebelum akhir Jun depan.
Tawaran peringkat Pusat ditandatangani Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.
Tawaran peringkat negeri pula ditandatangani Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman; Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah.
Anwar mengumumkan tawaran itu di hadapan lebih 20,000 penyokong pakatan pembangkang semasa program Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang di Dataran Rakyat, Kompleks Pas Pahang, Kerdau dekat sini semalam.
Anwar bersama pemimpin PR Pusat dan negeri mengumumkan tawaran mega kepada rakyat Pahang sekiranya mereka menang dalam PRU-13 nanti pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang di Dataran Rakyat, Tapak Kompleks Pas Pahang.

Musa Hassan dedah Phang arah polis lulus projek berkaitan APCO

PETALING JAYA 10 Dis: Tan Sri Musa Hassan mendedahkan, satu projek komunikasi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bernilai ratusan juta ringgit mempunyai kaitan dengan perunding perhubungan awam, APCO Worldwide – syarikat Israel untuk menggilap imej peribadi Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan di mata dunia.
Kata bekas Ketua Polis Negara itu, ia adalah projek komunikasi Motorola dari sistem analog ke digital PDRM.
“Projek tersebut diperolehi pada akhir 2009. (Hal) Apco dulu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Menurut Musa, bekas anggota penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang ‘mengarahkan’ pegawai polis untuk meluluskan projek tersebut.
“Saya tak tahu berapa jumlah projek. Tapi saya dimaklumkan oleh sumber-sumber tertentu bahawa projek komunikasi belum lengkap sepenuhnya, tetapi telah diminta untuk dikomisenkan (diluluskan) untuk beroperasi.
“Kalau pegawai komunikasi yang menjaga itu tadi tidak dikomisenkan, maka mereka tidak dibayar. Oleh itu dia (Robert) telah meminta untuk seorang pegawai yang menjaga komunikasi untuk komisenkan komunikasi itu,” katanya.

HKR lakar sejarah baru politik Pahang



(500 pasukan bermotor tiba di Dataran Kerdau)

“Hari ini kalau (Tun) Daim Zainuddin ada di sini, beliau pun tak akan berani ramalkan Pahang (bersama Johor dan Melaka) akan kekal di bawah BN,” kata seorang yang hadir semasa ceramah Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang (HKRP) di Kerdau malam tadi.

Ketika itu jam menunjukkan kira-kira pukul 10.30 malam, tetapi segenap sudut di tapak Kompleks PAS Pahang seluas 8 ekar itu sudah padat diisi lebih hampir 40,000 manusia.

Di pentas utama, Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim secara bersahaja mengatakan, perhimpunan yang diadakan secara susah payah ini merupakan yang terakhir sebelum pilihan raya umum (PRU).

“Lepas ini, insyaallah kita bertemu dalam suasana seperti ini di Stadium Darul makmur pula,” katanya sambil diiringi laungan takbir dan pekikan semangat oleh pelbagai kaum yang hadir.
Tuan Ibrahim memulakan ucapan dengan melahirkan rasa bimbangnya kalau-kalau program HKRP yang dirancang itu tidak mendapat sambutan kerana Perhimpunan Agung Umno (Pau) baru sahaja berlalu dan ‘mood’ belum dapat dibaca akibat propaganda media Umno.

“Tambahan pula sekarang musim hujan dan secara kebetulan malam ini perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Thailand (Piala Suzuki AFF). Tetapi Pakatan Rakyat (PR) melakar sejarah hari ini. Rakyat tetap datang yang dikira paling ramai dalam sejarah. Ini membuktikan rakyat negeri ini mahukan perubahan,” ujarnya.

Lynas mesti eksport keluar semua sisa, kata menteri...kenyataan yang tidak menyakinkan...!!!


 
Kerajaan persekutuan menegaskan pendirian bahawa syarikat Lynas Corporation Australia perlu mengeksport sisa yang terhasil daripada loji di Gebeng untuk memenuhi syarat lesen pengendalian sementaranya (TOL).
Empat menteri kabinet dalam satu kenyataan bersama hari ini menyatakan bahawa TOL itu boleh digantung atau dibatalkkan sekiranya syarat berkenaan tidak dipatuhi.

"TOL yang dikeluarkan kepada Lynas menetapkan syarat khusus bahawa syarikat Lynas perlu menghantar keluar dari Malaysia semua residu yang dihasilkan oleh LAMP.

"Ini termasuk semua produk yang diperbuat daripada residu tersebut. Dalam hal ini, kabinet juga memperakukan syarat khusus tersebut.

"Sekiranya Lynas gagal mematuhi syarat khusus ini, Lembaga Pelesenan Atom mempunyai kuasa bawah Seksyen 22 Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) untuk menggantung atau membatalkan TOL dan memerintah Lynas memberhentikan operasinya serta merta," kenyataan itu dipetik.

Arab leaders agree on funds to help Abbas

Rebels gain ground in Aleppo

Syria conflict leads to more violence in Lebanon

Warga India failkan kes ke mahkamah untuk tuntut kad pengenalan

Imam TERBALIKKAN Tapak Tangan Ketika Baca DOA Tolak BALA - Ustaz Azhar Idrus

ISTERI Suka Salah Sangka & MARAH-MARAH - Ustaz Azhar Idrus

PUJUK Ayah Yang Suka Minum ARAK & Judi - Ustaz Azhar Idrus

NON-Muslim Masuk MASJID / SURAU - Ustaz Azhar Idrus

Cara AJAK JIRAN Yang Tak Suka Majlis Ilmu - Ustaz Azhar Idrus

12 JANUARI 2013 | HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT | 1 JUTA

Today in History for October 10th

Puan Normah :Marilah Melayu Kita Sokong PR & Datuk Seri Anwar Ibrahim !!

Sokong Pakatan Rakyat Untuk Pacu Pembangunan - INFO 12

DSAI - Singkap Sejarah Hijrah ( Kebangkitan Anak Muda Melangkah Dlm Perjuangan )

Musa : Robert Phang ugut pegawai polis

Musa reveals more, implicates businessman

Konvoi Perangi Rasuah Bersama Kumpulan Media Karangkraf - SPRM - Kelab Avanza NARC

LGE : Menteri Pengangkutan tolong datang tengok Lapangan Terbang Antarabangsa P Pinang

CM launches world class eco theme park

LGE : Isu Rumah Hijau: 103 Unit Rumah Kos Rendah Diberi PERCUMA

Phang had hand in cop's transfer, says ex-IGP

'Home Ministry sec-gen also interferes with police'

Orang luar lebih berkuasa dalam PDRM - Musa



KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sekali mendedahkan bahawa campur tangan di dalam jabatan polis jelas wujud apabila terdapat orang awam lebih berkuasa dan membuat arahan kepada pihak atasan Polis di Raja Malaysia (PDRM).

Musa yang mendakwa bekas anggota panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang yang mana sebelum ini pernah mengugut seorang pegawai tinggi polis berhubung dengan satu projek komunikasi di jabatan tersebut.

"Kes ini melibatkan seorang pegawai polis berpangkat Datuk dan juga memegang ijazah PhD yang mempunyai kepakaran dalam komunikasi.

"Beliau telah ditukarkan ke jabatan lain apabila enggan memenuhi permintaan Robert Phang untuk pentauliahan satu projek berkaitan komunikasi bernilai jutaan ringgit kepada sebuah syarikat yang melibatkan Robert Phang pada tahun 2009," kata beliau pada sidang media di sebuah hotel di Petaling Jaya.

Musa memberitahu, pegawai tersebut telah ditukarkan ke ibu pejabat polis Bukit Aman, Kuala Lumpur oleh Ketua Polis negara Tan Sri Ismail Omar.

Musa minta SB tumpu jenayah bukan politik


KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meminta agar pegawai Cawangan Khas (SB) polis memberi lebih tumpuan kepada isu-isu jenayah dan tidak hanya tertumpu kepada isu politik sahaja.

(Musa dalam sidang media MyWatch hari ini)

"Saya harap SB ini berikan tumpuan kepada isu-isu untuk banteras jenayah dan jangan terlalu lebih beri tumpuan kepada isu-isu politik.

"Biarlah kerja-kerja siasatan politik ini dijalankan oleh mereka yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), kerja polis untuk memastikan kadar jenayah terus berkurangan dan rakyat lebih terjamin keselamatan mereka," sambung beliau lagi.

Beliau yang berkata demikian pada sidang media anjuran Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) di sebuah hotel di Petaling Jaya petang tadi.

Musa dakwa KSU kementerian juga campur tangan urusan Polis


 
Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan hari ini tampil dengan dakwaan baru bahawa ketua setiausaha kementerian dalam negeri Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi turut campur tangan dalam hal ehwal polis.
Tanpa menamakan Abdul Rahim, Musa mendakwa setiausaha agung kementerian itu memberi arahan terus kepada pegawai polis tertentu, yang menurutnya menyebabkan pasukan itu keliru dalam mengikut arahan.

Musa mendakwa Abdul Rahim mengeluarkan arahan supaya pegawai polis berkenaan memberi laoran kepadanya.

Katanya lagi, pegawai berkenaan kemudiannya mengadu kepadanya kerana keliru.

MB: Medan minyak baru milik Terengganu...ha..ha..Najib Dan Nan Telinga tipu rakyat Pahang...!!!



KUALA TERENGGANU - Kawasan medan minyak yang baru di Blok PM 307 Bertam di luar pantai Semenanjung antara Terengganu dan Pahang adalah milik Terengganu.
Ahmad Said
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata, kerajaan negeri telah menulis surat secara rasmi kepada Petronas untuk mendapatkan penjelasan mengenai penemuan minyak di blok berkenaan dan setakat ini jawapan rasmi masih belum diperoleh.

"Kita menerima surat dari syarikat Lundin Oil (syarikat carigali yang berpangkalan di Sweden) yang melaksanakan kerja-kerja carigali di kawasan berkenaan (dengan kerjasama Petronas Carigali) mengesahkan bahawa ia adalah di kawasan perairan Terengganu," katanya dipetik Bernama.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Pas-Batu Buruk) yang ingin tahu status hak milik kerajaan Terengganu ke atas medan minyak berkenaan dan kedudukan terakhir tuntutan royalti minyak dari Petronas dan Kerajaan Pusat pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu, hari ini.
Pada 30 Oktober lalu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, penemuan rizab minyak tambahan di medan minyak Bertam, di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan Pahang, bukan sekadar memberi manfaat kepada negeri ini, malah dikongsi manfaatnya oleh negeri-negeri lain.

Adnan berkata, pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari yang sama, 30 Oktober lalu bahawa Pahang dijangka menerima wang ihsan sekitar RM100 juta setahun, juga dilihat bakal memberi impak besar kepada ekonomi Pahang.

Kes Scorpene: Kalau tak bersalah, mengapa Najib takut?

KUALA LUMPUR 10 Dis: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua persoal mengapa kerajaan Najib Razak menghalang peguam Perancis memberi taklimat di Malaysia, jika tiada penyelewengan.
Beliau mengulas kenyataan NGO pro Umno, Jaringan Melayu Malaysia dan media kawalan BN yang memetik kenyataan Ahli Parlimen Batu itu di Parlimen, 21 November lalu.
Presiden JMM, Azwanddin Hamzah dilapor berkata, Tian berbohong mengenai kes berkenaan apabila memberitahu Parlimen bahawa tiada perbicaraan di Perancis.
Tian berkata, Azwanddin dan media seperti TV3 cuba mengelirukan orang ramai berhubung sistem perbicaraan di Mahkamah Perancis.
“Dari awal memang kita sebut tiada perbicaraan, tetapi harus ingat sistem mahkamah Perancis berbeza dengan Malaysia.
“Dalam kes ini yang menyiasat ialah Hakim Perancis dan beliau mendapati ada bukti kukuh berlaku penyelewengan (Scorpene).
“Hakim juga sedang melakukan inkuiri dengan menyenarai tujuh individu termasuk Najib. Persoalannya kalau Najib tidak bersalah, mengapa beliau takut walaupun sekadar memberi keterangan,” katanya ketika dihubungi.
Sehubungan itu, Tian menasihatkan JMM berhenti mengelirukan rakyat dan mencabar Najib hadir ke Mahkamah Perancis bagi membersihkan imejnya, apabila dipanggil kelak.

Hebat Rosmah jawab dakwaan fitnah dalam biografi

Buku biografi Datin Seri Rosmah Mansor yang bakal terbit pada pertengahan Januari depan hari ini dipromosi sebagai penerbitan yang "bakal menjawab secara telus" isu serta dakwaan fitnah yang dikaitkan dengan isteri perdana menteri itu.
Penasihat penerbitannya Datuk Ahmad Maslan berkata perkara itu diperuntukkan khas dalam satu bab untuk buku setebal 164 halaman itu.

NONE"Bab menarik dalam buku ini ialah bab soal jawab secara terus terang dan beliau (Rosmah) akan jawab secara terus terang tentang pelbagai isu dan fitnah," katanya.

Jelasnya, ia merupakan salah satu objektif buku yang memuatkan pelbagai gambar, serta menceritakan kisah hidup Rosmah dari kecil sehingga kini.

"Kalau ada 10 objektif (penerbitan buku), salah satu objektifnya ialah nak jawab tohmahan dan ceritakan siapa sebenarnya beliau yang kadang-kadang disalah anggap dan pelbagai tuduhan telah dibuat," katanya.

"Bukan nak jawab tuduhan (semata-mata) tapi untuk gambarkan siapakah sebenarnya Datin Seri Rosmah dan perjuangannya," kata Ahmad Maslan.

Ketika ditanya, Ahmad bagaimanapun enggan mengulas apakah dakwaan fitnah yang akan diperjelaskan Rosmah dalam buku berkenaan.

"Kita tunggulah. Kemudian," katanya ketika ditanya pemberita dalam sidang media selepas pelancaran buku yang bakal diterbitkan Yayasan Amanah Perdana Malaysia (YAPM) itu.

Jawapan sama juga diberikan oleh pengerusi YAPM, Shamsulbahrin Ludin yang bertindak sebagai penerbit buku berkenaan.

"Kena tunggulah. Kita tunggu. Apa yang disediakan akan diteliti dan bila selesai akan dijawab," katanya.

Turut hadir dalam majlis pelancaran hari ini ialah perdana menteri Datuk Seri Najib Razak serta Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Musa dakwa pegawai polis dilucut jawatan kerana Phang...Jabatan Polis dan KDN...!!!!



 
Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan mendakwa bekas anggota panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Robert Phang pernah mengugut seorang pengawai tinggi polis dan menyebabkan pegawai berkenaan dilucutkan jawatan.
Musa berkata, pegawai polis berpangkat Datuk dan memegang ijazah PhD itu enggan memenuhi permintaan untuk mentauliah satu projek jutaan ringgit kepada satu syarikat melibatkan Phang pada 2009.

Pegawai itu kemudiannya ditukarkan ke ibu pejabat polis Bukit Aman, Kuala Lumpur oleh ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar.

Politik PRU13 : Tak keluar Umno tapi Ahli Parlimen Jerantut akui sokong Pakatan

KUALA LUMPUR 10 Dis: Ahli Parlimen Jerantut, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar yang juga Ketua Umno Bahagian Jerantut, mengakui menyokong perjuangan Pakatan Rakyat (Pakatan).
Beliau yakin dengan hala tuju Pakatan yang disifatkannya lebih berani bertemu rakyat bagi menerangkan dasar mereka untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Katanya, tindakan mesra rakyat itu bukan sahaja berjaya meraih undi untuk Pakatan, malah lebih senang mendekati pengundi dengan tawaran menarik.
“Mereka (Pakatan) cuba terangkan apa yang boleh diberikan kepada rakyat dan negara jika menang dalam pilihan raya. Ini tak ada masalah,” katanya kepada Keadilan Daily.
Dalam pada itu, Tengku Azlan menafikan dakwaan akhbar berbahasa Tamil dan laporan beberapa blog menyatakan beliau keluar Umno dan menyertai badan bukan kerajaan (NGO) Amanah Merdeka Rakyat (Amanah).

Mat Zain: Kemarahan Musa hanya satu 'sandiwara' ....bekas Polis bergaduh...!!!!



 
Bekas ketua jabatan siasatan jenayah Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim berkata, kemarahan yang disuarakan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan ke atas perdana menteri dan menteri dalam negeri baru-baru ini "hanyalah satu lagi sandiwara".

Mat Zain berkata, beliau pada mulanya berpendapat bahawa Musa sudah bertaubat dan mahu membawa pasukan itu kembali ke zaman kegemilangannnya.

"Baru-baru ini, Musa membuat beberapa komen ke atas menteri kabinet dan pemimpin Umno, namun beliau  menegaskan bahawa tiada campur tangan dalam siasatan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Beliau juga berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak terlibat dan tiada konspirasi untuk mengenakan Anwar dalam kedua-dua kes Liiwat I dan II.

"Saya kemudiannnya sedar bahawa kemarahan Musa itu, atau apa sahaja yang anda mahu panggil, hanya satu lagi sandiwara," katanya.

Beliau mendakwa, Musa hanya berpura-pura menentang pemimpin tertinggi dalam kabinet dan dalam Umno, namun sebenarnya melindungi individu tertentu – terutamanya peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Musa perlu sedang bahawa kejujuruan seseorang itu bukan perkara yang sukar untuk diuji, katanya.

Tuduh Menuduh : Ada ahli politik di belakang Ramli Yusuff, kata Musa

PETALING JAYA, 10 Dis — Tan Sri Musa Hassan (gambar) mencadangkan hari ini terdapat tokoh politik yang tidak dinamakan menyokong pengkritik dan bekas rakan sekerja beliau Datuk Ramli Yusuff dalam ‘perang mulut’ antara kedua-dua bekas pemimpin tertinggi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) itu.
Menurut bekas Ketua Polis Negara (KPN) itu, Ramli diberi platform untuk mengkritik beliau dan menunjukkan imej PDRM dalam keadaan baik.
“Kelihatan seperti beliau adalah penyelamat PDRM…. Dan saya adalah penjahat yang memusnahkan PDRM,” kata Musa dalam sidang akhbar disini hari ini.
Menjawab soalan oleh wartawan tentang bagaimana Ramli boleh mengumpulkan kekayaan ketika hanya memegang jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Musa berkata Ramli “mungkin mempunyai pautan di beberapa tempat”.
“Beliau harus menjawab kepada orang awam... bagaimana dia mempunyai begitu banyak harta dan kekayaan,” kata Musa.
Musa minggu lalu bertegas dengan pendiriannya beliau tidak pernah menyalahgunakan kuasa semasa 41 tahun berkhidmat dengan pasukan polis walaupun Ramli secara konsisten menuduh bekas KPN itu mempunyai kaitan dengan kongsi gelap di Johor.

Himpunan Kebangkitan: Rakyat Pahang sedia ubah

TEMERLOH: Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Negeri Pahang semalam menyerlahkan sikap rakyat negeri ini yang mahu berubah pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Kehadiran lebih 30,000 orang pada majlis ceramah sempena himpunan itu di Dataran Kerdau, kira-kira 20 kilometer dari sini malam tadi memberi isyarat yang sangat baik kepada Pakatan Rakyat dalam PRU13.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika bercakap kepada media selepas majlis ceramah amat berpuas hati dengan kehadiran yang begitu memberangsangkan, tambahan pula ia diadakan di sekitar rancangan tanah Felda.

Baginya, jumlah mereka yang hadir itu memberi gambaran bahawa masyarakat Felda juga mahukan perubahan pada PRU13 akan datang.

Ditambah dengan tawaran menarik Pakatan Rakyat kepada rakyat Pahang, beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat optimis hasrat untuk menawan Putrajaya dan mengambil alih kerajaan negeri dapat direalisasikan.

Sehubungan itu, ketika berucap malam tadi, beliau terus mengingatkan para pendukung Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP untuk melipatgandakan usaha menarik sokongan pengundi.

Tuan Ibrahim juga menekankan supaya sikap bekerja dalam jemaah jangan diabaikan dalam usaha mengajak rakyat membuat perubahan pada PRU13 nanti.

Umno boleh lingkupkan negara – Anwar

TEMERLOH 10 Dis: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak pemimpin Umno BN yang rakus memfitnah Pakatan Rakyat (Pakatan) dan merompak hasil negara, tetapi mengabai keperluan dan kebajikan rakyat.
Umno katanya, cuba mengapi-apikan ahli mereka dan rakyat dengan menuduh Pakatan punca kepada perbalahan kaum dan permasalahan di negara ini jika berjaya mengambil alih pemerintahan.
“Dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) dimainkan lagu anak kecil main api, air mata darah bumi dipijak milik orang.
“Maksud ayat ini kita perlu faham, ia seolah-olah menyatakan negara ini bukan milik orang Melayu, tetapi milik kaum Cina dan India. Ini amat bahaya kerana hasutan sebegini ditanam kalangan ahli Umno,” kata Anwar menyifatkan PAU sebagai medan Umno mencerca beliau dan Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Jerantut Keluar Umno!




Ahli parlimen Jerantut, Pahang yang juga merupakan bekas timbalan menteri pengangkutan di era pemerintahan rejim bekas perdana menteri kelima, Abdullah Ahmad Badawi, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar mengisytiharkan dirinya keluar Umno berkuat kuasa semalam.

Dalam satu laporan yang dipetik melalui akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai, Tengku Azlan yang merupakan adinda kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pernah mengisyaratkan bahawa dirinya tidak akan bertanding semula mempertahankan kerusi parlimennya kira-kira dua bulan lalu menerusi satu temubual bersama sebuah akhbar berbahasa Melayu ketika itu.

Peliknya, tiada satu pun akhbar berbahasa Melayu mahupun Inggeris kawalan rejim Zionis Umno menyiarkan berita yang memalukan Umno Pahang ini.

Tengku Azlan merupakan antara veteran Umno negeri yang awal-awal lagi bertindak keluar dari parti reput itu dipercayai tidak berpuas hati dengan kepimpinan perdana menteri, Najib Altantuya yang dianggap gagal memulihkan Umno yang semakin berpecah akibat kelemahan pentadbirannya sendiri.

Maklumat ini diperolehi menerusi satu mesej di Twitter milik Naib Presiden KEADILAN yang juga ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang menghantar foto keratan akhbar itu semalam.

Ulama' Muda UMNO VS Dr. Asri (MAZA)

DON'T WORRY GUYS! We'll take on the UMNO THUGS - PAS Youth

Selangor PAS Youth has warned the state UMNO Youth to rein in thuggery among its members so that they could get involved in politics as 'gentlemen'.
“The Selangor PAS Youth is ready to take on any challenge by UMNO Youth should they continue with provocations in future," said Selangor PAS Youth leader Hasbullah Mohd Ridzwan .
His warning followed an incident in Gombak on December 4, where a group of UMNO supporters attempted to disrupt an event featuring Pakatan Rakyat leaders by staging a march and shouting provocative slogans.
DON'T WORRY GUYS! We'll take on the UMNO THUGS - PAS Youth  Their action later led to a melee among opposing crowds, resulting in several injuries including a PR supporter who was stabbed on his shoulder.
Hasbullah said the incident which he blamed on Gombak UMNO Youth members only helped to convince the public about UMNO and Barisan Nasional's uncivilised character.
He said it also exposed the division's Youth leader who had been issuing denials over UMNO's involvement despite video clips and photographs showing otherwise.
“Selangor PAS Youth does not rule out the possibility that UMNO and Barisan Nasional are desperate to restore their damaged image in the eyes of the public, and thus they would commit violence and then play the victims to evoke people's sympathy," said Hasbullah.
Saying PR programmes had so far been conducted peacefully, Hasbullah stressed that there was no way such violence was started by PR supporters.

Sabotaj ada di mana-mana!

Markus Lim
Sekarang merupakan musim sabotaj.Barangkali kerana itulah, perkataan sabotaj menjadi bualan hangat orang ramai sejak kebelakangan ini.
Dari perhimpunan Agung Umno hinggalah ke perhimpunan MCA yang berakhir baru-baru ini, keluar arahan daripada pucuk kepimpinan parti agar pengkhianat parti perlu ditangani.

Nampaknya semua begitu “menyukai” dan jatuh cinta terhadap perkataan sabotaj. Nampaknya juga istilah sabotaj mendatangkan kesan yang begitu mendalam terhadap sesebuah pihak hinggakan arahan sedemikian dikeluarkan.
Mutakhir ini, semua perwakilan parti bukan sahaja diingatkan untuk tidak mensabotaj calon lain bahkan juga usah menikam dari belakang. Malah barisan pemimpin berkenaan digesa untuk berganding bahu dalam menjayakan agenda yang ditetapkan.
Ternyata, sabotaj boleh berlaku di mana-mana sahaja baik di rumah, tempat kerja malah hubungan antara satu sama lain. Ia didorong oleh sikap cemburu, marah mahupun kecewa terhadap seseorang.
Perbuatan sabotaj akan terus berlaku selagi si pelaku menaruh perasaan syak-wasangka dan ketidakpercayaan terhadap musuhnya. Pokoknya, individu yang berkelakuan sedemikian hanya menunjukkan mereka sebenarnya tidak yakin kepada diri mereka sendiri.

Habibie, samseng politik dan ekonomi Melayu

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN
Semasa Bacharuddin Jusuf Habibie dilantik menjadi Presiden Indonesia ketiga menggantikan Soeharto pada 21 Mei 1998, seperti ramai rakan-rakan yang lain, saya tidak meletakkan harapan tinggi buat anak Bugis kelahiran Sulawesi Selatan ini untuk melakukan reformasi agar pemerintahannya benar-benar berbeda daripada kebobrokan Orde Baru.
Tanggapan itu mungkin disebabkan beliau dilihat "anak didik" Presiden Soeharto dan bukannya "putera reformasi" yang bangun menuntut perubahan bersama rakyat tertindas. Habibie yang memperolehi ijazah doktor falsafah kejuruteraan pada 1965 di Jerman dan bekerja dalam industri penerbangan di Hamburg kembali ke Indonesia pada 1973 atas permintaan Soeharto. Lima tahun kemudian, beliau menyertai kabinet sebagai Menteri Teknologi.
Tidak kurang yang memandang sinis -- termasuk saya di peringkat awalnya -- keupayaan BJ Habibie memulakan pembaharuan di sebuah republik yang mewarisi kacau-bilau, rusuhan dan demonstrasi, dengan imej Soeharto yang cukup kelam, terutama daripada segi rekod hak asasi manusia, demokrasi dan keadilan.
Saya masih ingat ada rombongan kecil penyokongnya datang ke pejabat Harakah, ketika Habibie dilantik baru Naib Presiden. Mereka seperti mahu menjelaskan bahawa Habibie sememangnya berbeda daripada Soeharto, dan bersedia untuk melakukan perubahan, di samping mempunyai semangat keislaman yang tinggi. Posisinya dalam Ikatan Cendekiawan Muslim Indonesia (ICMI) dtonjolkan dalam diskusi kami itu.
Semua pihak mengakui kehebatan ilmu dan kepakaran teknologi Habibie, yang  sememangnya cemerlang dalam industri kejuruteraan pesawat sehingga pada tahun 1994 mendapat anugerah tertinggi Edward Wanner Award, sempena ulang tahun ke-50 International Civil Aviation Organization (ICAO), namun rekodnya dalam bidang politik dipersoalkan.
Berbanding Soeharto yang memerintah selama 32 tahun (1966-98), tempoh penggal Habibie sebagai presiden cukup singkat, hanya setahun lima bulan; sebagai Naib Presiden sekadar dua bulan tujuh hari.

Kemenangan BN tidak jamin kestabilanKemenangan BN tidak jamin kestabilan

Oleh Lim Hong Siang
Setelah menyaksikan gelagat pimpinan tertinggi dan perwakilan yang memekik dan menengking dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, mungkin ramai yang tertanya-tanya, "Fokusnya apa ya?" Ada pula yang "berlembut hati" apabila Najib memohon maaf atas kekhilafan bagi pihak kepimpinan parti dan kerajaan.
Saya teringat sepatah dialog yang terkenal dalam drama bersiri Taiwan, "Untuk apa kita perlukan polis seandainya ia memadai sekadar dengan meminta maaf?" Ia bukan kali pertama Najib "merendahkan diri" untuk memohon maaf. Namun sejauh manakah keikhlasannya? "Khilaf" dalam kamus bermaksud kesalahan lantaran kecuaian, kurang pengalaman dan sebagainya. Bukankah ia sesuatu yang kelakar bahawa sesebuah kerajaan yang memerintah untuk lebih 55 tahun melakukan kesilapan kerana "kurang pengalaman"? Lebih-lebih lagi, kita boleh maafkan seandainya wujud perselisihan faham atau berlakunya peristiwa yang menyinggung perasaan. Tetapi apakah "kesilapan" yang melanggar undang-undang boleh diselesaikan hanya dengan meminta maaf? Adakah pemandu akan dikecualikan saman AES jika mereka memohon maaf? Adakah peminjam PTPTN akan dikecualikan membayar hutang jika mereka meminta maaf? Semestinya tidak!

Syarikat Syed Mokhtar dapat 40 dari 60 4G-LTE

KUALA LUMPUR: Langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menganugerahkan peruntukan 40 Mhz 4G-LTE kepada sebuah syarikat baru, Puncak Semangat Sdn Bhd, yang dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (gambar) mengejutkan.

Ini kerana, syarikat ini tidak pernah diketahui terlibat dalam bidang ini berbanding dengan beberapa syarikat utama yang terlibat selama ini.

Syarikat yang sedia ada iaitu Maxis Broadband Sdn Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Celcom Axiata Bhd, U Mobile Sdn Bhd, Redtone Marketing Sdn Bhd, YTL Communications dan Packet One Networks (M) Sdn Bhd hanya diberikan 20MHz daripada peruntukan jalur lebar itu.

"Soalan untuk SKMM adalah, kenapakah syarikat yang tidak mempunyai sebarang pengalaman telah diberikan hak untuk mendapat bahagian terbesar dalam peruntukan jalur lebar itu," tanya Tony Pua, Setiausaha Publisiti DAP.