Ahad, 9 Disember 2012

Lensa : HKR Pahang Lebih 40,000 Rakyat Hadir














GE13 in March 2013?


KUALA LUMPUR - Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak is expected to dissolve the parliament in mid-March and call for a general election at the end of March, Sin Chew Daily reported today.
The report, quoting Barisan Nasional (BN) sources, said despite Najib's disclosure at the recent Umno general assembly that the 13th general election could be called this month, the chances of the polls being held this year are slim.
GE13 in March 2013?However, Najib's remark prompted another round of speculation, with some MCA leaders predicting that the election will be held after the Chinese New Year, which falls on Feb 10, but the party headquarters believes March will be the month to watch.
Many political punters, too, believe in a March date. A source told the daily the decision to hold the general election in March was in fact made as early as September.
It said BN was unable to set the date due to a number of factors, including Umno's internal problems, seat allocations and Chinese education issues.
Forcing Penang & Selangor
Another factor that caused BN to waver in its election move is the threat by Pakatan Rakyat-led governments of Penang and Selangor to not hold state polls simultaneously with the general election.
And the only way to force the two states to dissolve their state assemblies in tandem with the dissolution of parliament is to hold the general election in March or later.

Rafizi: Permohonan SPRM kepada AG bukti kes RM40juta perlu dibuka semula

KUALA LUMPUR, 9 Dis — Rafizi Ramli berkata pengumuman Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menghantar permohonan kepada Peguam Negara (AG) untuk menyemak semula keputusannya berhubung kes RM40 juta hari ini membuktikan dakwaan mereka selama ini adalah berasas.
Pengarah Strategi PKR yang dihubungi The Malaysian Insider semalam menyambut baik pengumuman tersebut dan berharap kali ini tiada lagi halangan daripada Tan Sri Abdul Gani Patail ataupun campur tangan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak.
“Ini sesuatu yang mengejutkan. Saya gembira dan sambut baik pengumuman ini.
“Cuma saya harap kali ini tiada lagi halangan daripada mana-mana pihak atasan,” kata Rafizi yang merujuk kepada Abdul Gani dan Najib.
Dalam satu forum anjuran Majlis Peguam hari ini, SPRM menerusi salah seorang pegawainya yang juga ahli panel memberitahu bahawa Panel Semakan Operasi sudah menulis kepada AG untuk mengkaji semula keputusannya.

‘Potong telinga’ Adnan riuhkan HKR Pahang


TERMERLOH: Kenyataan ‘potong telinga’ Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan meriuhkan Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Pahang di Dataran Kerdau dengan para penceramah menggunakan kenyataan tersebut untuk membakar semangat mengajak rakyat Pahang berubah.

Hampir semua penceramah sejak petang sehinggalah malam ini menggunakan kiasan Adnan berjanji akan potong telinga dan terjun Sungai Pahang sekiranya Pakatan Rakyat menang di parlimen Bentong secara selang-seli untuk menghiburkan para hadirin.

“Sebagai rakyat Pahang, kita ambil ini sebagai cabaran untuk menawan Bentong dan Pahang,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar).

Adnan ketika bercakap kepada wartawan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 12 berjanji akan memotong telinganya dan terjun ke sungai Pahang jika DAP menang di Parlimen Bentong.

HKR Pahang : Lebih 30,000 rakyat hadir di Kerdau

TEMERLOH: Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengucapkan tahniah kepada rakyat Pahang yang menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang di Dataran Kerdau, malam ini.

Beliau menganggarkan lebih 30,000 hadir pada perhimpunan itu sekalipun pada masa yang sama berlangsung perlawanan bolasepak Piala AFF peringkat separuh akhir antara Malaysia dengan Thailand.

Ini, katanya menunjukkan bahawa isu rakyat dilihat lebih penting oleh orang ramai walaupun mereka minat kepada sukan bola sepak.

“Saya pun minat bila, tetapi isu rakyat lebih penting daripada apa yang kita lihat (bola),” ujarnya ketika menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.

Beliau juga menjelaskan bahawa PAS Pahang mempunyai komitmen yang tinggi untuk menyelesaikan isu tanah tapak rumah rakyat yang tidak mempunyai tanah.

ONLY 9,000 stateless not 300,000: Do you think M'sian Indians believe you, Najib?

I refer to the statement by PM Najib Tun Razak today that there are only 9,000 stateless Indians in the country and that Pakatan Rakyat's estimate of 300,000 is exaggerated.
The PM's statement is a dishonest and disgraceful attempt to play down the number of stateless Malaysians of Indian descent; the tiny figure of 9000 is baseless and illogical. The PM is mocking and lying to the Indian community.
ONLY 9,000 stateless not 300,000: Do you think M'sian Indians believe you, Najib?Absurdly,the PM bases his estimate upon the number of persons who had approached JPN counters during the MyDaftar campaign, which was carried on for just a few weeks last year. Obviously, the majority of the stateless would have been overlooked during this short campaign!
To register the stateless, it is not enough to open extra counters at JPN. In order to resolve the problem, it is necessary to go down to the affected persons throughout the nation and systematically register them.
Unfortunately, Najib has not shown the political will or inclination to carry out this exercise and end this great injustice.
Born & lived in Malaysia all their lives
The problem of statelessness is shockingly widespread among Malaysian Indians, whether rural or urban. The stateless, are denied proper schooling, employment and access to basic amenities.The problem is also becoming worse as it has become generational, with statelessness passed down to the younger generation.
As a result, thousands of Indian children of school-going age are also prevented from schooling or receive incomplete schooling. A prominent example is the case of 17 year old B Reshina who faced obstacles in registering for the SPM exam earlier this year.

Jangan Ketawa : Ibrahim Ali tak akan mohon tapi sedia sertai Umno jika ditawar


Ibrahim Ali KUALA LUMPUR - Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau tidak akan memohon masuk Umno, sebaliknya sedia kembali ke pangkuan parti itu jika dipelawa.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini berkata, bagi beliau untuk menawarkan diri masuk Umno mungkin tidak akan berlaku kerana beliau pernah dipecat, melainkan menerima tawaran menyertai semula parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.

"Saya pernah menjadi ketua bahagian selama 11 tahun dan anggota Majlis Teringgi Umno selama enam tahun, saya akui jiwa dan hati masih pada Umno tetapi nisbah nak masuk balik itu bergantung kepada pucuk pimpinan tertinggi.

"Saya tidak akan mohon kerana pernah dipecat, tetapi jika ditawarkan oleh Umno, saya akan menerimanya secara terbuka. Saya tak mahu dikatakan hidung tak mancung pipi tersorong-sorong," katanya ketika diminta mengulas tindakan Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim yang menyertai semula Umno bersama 347 yang lain semalam.

Najib tiada keazaman politik atasi 300,000 India tak miliki IC biru

KUALA LUMPUR 9 DIS: Tiada keazaman politik punca Datuk Seri Najib Razak tidak tahu seramai 300,000 masyarakat India tidak memiliki kad pengenalan biru, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.
“Sekadar buka kaunter dan tunggu rakyat mendaftar bukan penyelesaian. Patutnya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cari dan jelajah seluruh negara mendaftar rakyat yang berdepan masalah ini khasnya di luar bandar.
“Malangnya, pentadbiran Najib tiada keazaman politik sehingga mereka dihalang ke sekolah, sukar mencari pekerjaan dan pelbagai urusan lain,” katanya pada kenyataan media hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Najib konon Pakatan Rakyat membesar-besar angka, sebaliknya Perdana Menteri itu memberi alasan kononnya hanya 9,000 masyarakat India berdepan masalah kewarganegaraan.

Hindar provokasi di HKR P.Pinang pada 15hb ni


NIBUNG TEBAL: Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man (gambar) mengingatkan semua pihak agar tidak membuat provokasi terhadap program 'Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Negeri Pulau Pinang' yang bakal diadakan di Padang Bandaran Jawi, Seberang Perai Selatan pada 15 Disember ini.

Beliau tidak mahu peristiwa yng berlaku di Dataran Sharudin, Batu 8, Gombak berulang di Pulau Pinang kerana PAS, PKR atau DAP tidak pernah menimbulkan ketegangan sebaliknya berpunca daripada provokasi segelintir Umno dan penyokongnya.

"Terlebih dahulu saya memberikan ingatan kepada Umno, Perkasa dan NGO Melayu yang bersekongkol dengan Umno-BN jangan cuba wujudkan ketegangan semasa program Himpunan Rakyat Peringkat Negeri Pulau Pinang nanti.

"Umno khususnya tidaklah perlu menghantar  samseng untuk tujuan itu, " tegasnya.

Pihak polis juga diharap bertugas dengan amanah dan tegas terhadap sebarang provokasi kerana tanpa ketegasan pihak polis ia membolehkan  kejadian yang tidak diingini.

PRU13: Najib diselubungi kebimbangan


KERDAU: Datuk Seri Najib Razak dilihat diselubungi kebimbangan di sebalik kenyataannya untuk BN menang pilihan raya umum (PRU) ke 13 dengan menguasai 2/3 parlimen.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ditemuramah radio internet, Cili FM menyifatkan, tindakan Najib yang memohon maaf ketika Perhimpunan Agong Umno baru-baru ini jelas menggambarkan BN dalam posisi 'boleh tewas' pada PRU13 nanti.

"Saya tengok, di satu waktu dia kata yakin kuasai 2/3 majoriti.

"Satu masa dia merayu, waktu lain dia mohon maaf. Ini saya ingat tanda-tanda awal… saya tak nak sambung… tanda-tanda awal apa tambah sendiri,” kata beliau sambil berseloroh ketika ditemuramah DJ CucuMatKilau (Ahmad Syukri).

HKR Pahang : 6+3 tawaran Pakatan untuk rakyat

(Orang ramai yang memenuhi Dataran Kerdau dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang)

TEMERLOH: Dengan mood perubahan yang memuncak di Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Pahang, Pakatan Rakyat menawarkan enam tawaran negeri bersama tiga tawaran pusat untuk menyelamatkan negeri terbesar di Semenanjung daripada kezaliman Umno-BN.

Dalam tawaran peringkat negeri PR Pahang yang ditandatangani Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah dan Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman, PR berjanji akan menyelesaikan masalah tanah di negeri Pahang.

Mereka berjanji akan menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat Pahang yang tidak mempunyai tanah dan rumah kediaman serta menstruktur semula Kampung-kampung  Baru dan Kampung Tersusun.

Selain itu, PR Pahang juga berjanji untuk menyelesaikan permohonan tanah yang tertunda sekian lama dipohon oleh rakyat Pahang sekiranya permohonan tersebut benar-benar layak, wajar dan memenuhi syarat.

Untuk kebajikan Orang Asli, PR Pahang turut menawarkan untuk mewartakan tanah komuniti Orang Asal agar tidak dicerobohi sewenang-wenang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Today in History for December 9th

Syrian opposition wary of government informers

Anwar Ibrahim: UMNO Takut Kerana Dia Anggap Kita Boleh Cabar Kekuatannya

Anwar Ibrahim: Air Mata Darah Bercampur Keringat, Bumi Dipijak Milik "Kroni"

DSAI - Anak Kecil Main Api Tanah Dipijak Milik KRONI

Najib must come clean on Petronas money

After three years of governance, Najib has shown himself to be the only finance minister in the world who refuses to clarify economic and financial issues.

By Chua Jui Meng

I have just returned from a ceramah in Kangar on Friday night and a Johor PKR meeting and a Deepavali Open House in Gelang Patah, Johor, yesterday.
As I settled down to pen my response to an article by Zainal Epi, posted by FMT on Dec 7, 2012, titled ‘Chua off the mark on National Trust Fund’, I found another article in FMT posted yesterday, authored by Mohd Ariff Sabri Aziz with the headline ‘What happened to Petronas money?’.
That is the question that I have been asking.
The answer is also what I am seeking to enlighten the people whenever I deliver my ceramahs in Johor and elsewhere.
I will not respond nor clarify what Zainal has written because it is Petronas and Prime Minister Najib Tun Razak who should have rebutted the contents of my ceramah and blog postings on Petronas issues and whether there exists a national oil sovereign fund.
Wouldn’t that have been more credible, instead of using an errand boy to rebut me?
Why can’t Petronas and Najib proudly clarify the matter and tell us how much is in the fund?
How much do you have? Why the secrecy?
Malaysia is one of the bigger oil producing countries in the world, rolling out 693,700 bbl/day as of 2009.

Guan Eng: Satu lagi janji monorel dari BN

Ketua Menteri Pulau Pinang berkata janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membina sistem monorel untuk negeri itu merupakan janji sama yang belum dipenuhi oleh pentadbiran sebelum ini.
Lim berkata, bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi juga menjanjikan sistem monorel untuk warga Pulau Pinang tetapi ia tidak dipenuhi.

"Ini kali kedua perdana menteri membuat janji seperti ini... Saya tidak tahu berapa banyak perdana menteri yang perlu berjanji sehingga Pulau Pinang dapat monorel.

"Ia dijanjikan BN tetapi tidak pernah dibina, ini adalah janji yang tidak ditepati," katanya yang merujuk kepada slogan "Janji Ditepai BN" dalam sidang media selepas pembukaan kongress Wanita dan Pemuda DAP di Kuala Lumpur hari ini.

Gambar Rumah Mewah & Istana Kerabat Tan Sri Taib Mahmud di Sarawak : 27 Gambar EKSLUSIF!

  Gambar Keluarga Taib Mahmud Gambar Rumah Mewah & Istana Kerabat Tan Sri Taib Mahmud di Sarawak : 27 Gambar EKSLUSIF!
Inilah gambar kerabat keluarga besar Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud bersama isteri pertamanya dahulu sebelum digantikan dengan Ragad Waleed Al-Kurdi. Jikalau sebelum ini, kita telah melihat gambar rumah deretan rumah mewah milik pemimpin-pemimpin & VVIP daripada sebelah Semenanjung Malaysia DI SINI & DI SINI.
Kali ini kita saksikan rumah-rumah besar milik kerabat Taib Mahmud & rakan-rakan terdekat Taib Mahmud yang  merupakan salah satu isu-isu yang tidak terjawab di Sarawak.
Orang yang kaya-raya tidak dilarang meminta untuk dipilih sebagai calon menteri. tetapi yang menjadi persoalan sekarang ini, tidak seorang pun yang harus dibenarkan menyalahgunakan kuasa politiknya untuk menjadi kaya. Ianya suatu bentuk rasuah boleh memusnahkan sesebuah negara
Jadi Berita Semasa, adakah dini rumah kerabat Taib Mahmud yang dimaksudkan itu? Oooh…bukan. Ini bukan, kerana ini hanya rumah rakyat Sarawak. Kalau nak lihat koleksi rumah mewah kerabat Taib Mahmud, sebentar sahaja lagi…
Rumah di Sarawak Gambar Rumah Mewah & Istana Kerabat Tan Sri Taib Mahmud di Sarawak : 27 Gambar EKSLUSIF!
Memandangkan limpahan kekayaan yang Tuhan telah kurniakan di Sarawak seperti kemewahan emas hitam (petroleum), gas asli, balak dan tanah yang subur bagi penanaman kelapa sawit, mungkin inilah yang dikatakan penanda aras kemajuan & kesemarataan limpahan kekayaan di Sarawak. Dan…..sesuailah juga dengan kekayaan negeri Sarawak kini melihat keadaan dan rupabentuk rumah mewah & istana kalangan pemimpin dan kerabat Ketua Menteri Sarawak.
Antaranya rumah-rumah pemimpin di Sarawak yang berjaya dirakam ialah :

Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang bermula meriah

(Orang ramai mula memenuhi Dataran Kerdau untuk menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Pahang)

TEMERLOH: Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang bermula dengan meriah petang ini di  Kerdau dengan kira-kira 2,000 hadirin telah mula membanjiri Dataran Kerdau.

Pengarah program yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Dr Hamzah Jaafar berkata PAS Pahang terasa teruja dengan kehadiran yang memberangsangkan.

“Konvoi bermotor anak muda bersama Pakatan Rakyat, kami jangka hanya 500, tapi kehadiran melebihi 1000,” kata beliau.


(Nasrudin di atas pentas HKR Pahang)


Kunjungan konvoi bermotosikal disambut oleh Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan pada 3.30 petang tadi.

Nasrudin dalam ucapannya menyeru rakyat Pahang berubah dan menawan negeri Pahang sebagaimana yang berlaku di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor termasuk Perak yang kembali ke pangkuan BN.

“Jom kita ubah demi selamatkan Pahang,” katanya sambil disambut dengan laungan ‘Insha-Allah.’

Who is Deepak Jaikishan?

'Carpetman' Deepak Jaikishan has stoked the curiosity of many Malaysians, with his 'timely' or 'untimely' decision to expose the prime minister and his spouse.

Who really is Deepak Jaikishan a/l Jaikishan Rewachand? To begin with, he is 40 years old, unmarried and a “successful” Malaysian Indian businessman.
He is perhaps best known now as the “carpetman”, although i3investor.com describes him as coming from a family “pioneering” in property development and investment.
But it also notes that he’s been in carpet manufacturing for 15 years.
Under his leadership, both his Carpet Raya Sdn Bhd and Tek Holding Sdn Bhd (the property development and investment company), chalked billions. Bursa Malaysia notes that from 2000 to 2009, Deepak had completed  property investment projects totalling about RM3 billion.
In the carpet field, he initiated and successfully acquired the largest manufacturing plant in Malaysia known as Noble Carpet Sdn Bhd.
In the year 2000, this manufacturing unit was said to be the only one that produced its own carpet yarn. In 2003 he set up the biggest manufacturing plant (Premier Weavers) with the latest weaving technology in Malaysia.
Deepak is one of five directors in Carpet Raya Sdn Bhd, and an equal shareholder too. It’s this company that he’s been most associated with of late.
‘Rosmah’s like my elder sister’

KANTOI LAGI! Gambar Janji Ditepati 'DIUBAHSUAI'?




Seakan tidak serik dengan pembohongan demi pembohongan yang dilakukan kununnya sambutan rakyat terhadap program bersama perdana menteri tidak surut sambutannya, kali ini The Star pula menyiarkan sekeping gambar yang sudah 'diubah suai' terutama di bahagian belakang imej yang dipaparkan.

Sekiranya sebelum ini, agensi berita nasional Bernama dan Utusan Malaysia saling berlumba-lumba membodek Najib Altantuya hingga penipuan mereka menerusi gambar yang dimuatkan di laman web mereka cukup mudah terbongkar, kali ini akhbar yang dikuasai rejim MCA pula mengambil giliran dilondehkan tembelang mereka.

Peliknya, kedua-dua media rejim Zionis Umno ini tidak mahu mengaku gambar yang disiarkan sudah diedit hingga pembaca terpaksa meneliti sendiri gambar yang ditunjukkan bagi membuktikan penipuan tersebut sememangnya berlaku.

13 Mei Bukan Lagi Senjata Yang Tajam Untuk Menakutkan Rakyat

Oleh Shahbudin Husin
Menjelang pilihanraya umum akan datang, salah satu senjata yang digunakan oleh UMNO untuk mengekalkan kuasa ialah menakut-nakutkan rakyat. Selain ditakutkan dengan isu agama dan kaum, rakyat juga ditakutkan dengan kemungkinanan kononnya negara akan huru-hara jika UMNO tidak lagi berkuasa.
Bayangan tragedi 13 Mei 1969 kerapkali didendangkan untuk memperingatkan rakyat tentang perkara itu. Dalam perhimpunan UMNO baru-baru ini, Shahrizat Jalil yang kehilangan jawatan menteri kerana ditanduk lembu NFC, secara terang-terangan menyebut tentang kemungkinan 13 Mei akan berulang jika UMNO kehilangan kuasanya.

Kononnya rakyat akan memberontak kerana tidak sanggup melihat UMNO hilang kuasanya.

Sebelum itu, dalam nada yang berbeza, Mahathir juga pernah membayangkan bahawa jika PR kalah dalam pilihanraya akan datang itu, mereka juga kemungkinan akan mencetuskan huru-hara dalam negara ini.

Logik Mahathir ialah rentetan demonstasi yang dianjurkan pembangkang sejak kebelakangan ini adalah usaha tersusun ke arah itu walaupun sebenarnya demonstasi itu digerakkan adalah kerana adanya isu-isu yang spesifik dalam negara dan tidak sama-sekali berunsur keganasan kecuali jika ada provokasi daripada pihak lain.

Beberapa pemimpin UMNO lainnya termasuk Najib, Muhyiddin dan lain-lain juga pernah mengeluarkan kenyataan tentang kemungkinan negara ini tidak lagi stabil jika UMNO hilang kuasa. Bagi mereka ini hanya UMNO yang mampu menganugerahkan kestabilan kepada Malaysia.

PAS Bersama 25th Anniversary of HAMAS in Palestine

Kembara Oren Terengganu; Ceramah Ust Wan Azhar Felda Tenang

Kembara Oren Terengganu; Cikgu Solah Felda Tenang

25th Anniversary of HAMAS in Palestine

Govt silence on palm oil price drop causing jitters

The government is accused of just waiting for things to happen rather than plotting new strategies to benefit smallholders.

RANAU: The plummeting price of Sabah’s main commodity – palm oil – has made government leaders vulnerable to criticism from the opposition for failing to address the issue
Jalibin Paidi, a state committee member of State Reform Party (Star) is the latest to take to task both the federal and state governments for not taking any concrete step to alleviate the situation that threatened to push thousands of smallholders back into the poverty bracket.
Days ago, Sabah Progressive Party (SAPP) president, Yong Teck Lee, highlighted the issue during a visit to the east coast of the state.
Planters and smallholders on the east coast are anxious about their golden crop, the source of an economic boom after it replaced timber as one of the state’s top earners, after demand for the commodity failed to keep up with production.
Jalibin, a former secondary school principal who is set to face the Barisan Nasional in Ranau, said it was astounding that government leaders were silent on such an important issue.
“I for one am very concerned that thousands of our palm oil smallholders in Sabah are now in difficulty with the steady drop in prices recently.
“Crude palm oil used to fetch more than RM500 per metric tonne but now it stands only at RM300 per tonne.
“Smallholders who produced two-tonnes previously and earn more than RM1,000 a month are now only earning RM600 under current prices,” he said.
“This has affected thousands of smallholders in Sabah, but it seems the federal government is mute on this matter. Can the Federal Plantation Minister, Bernard Dompok enlighten us on the causes please?” Jalibin asked.
He said the Plantation Ministry appeared to be just waiting for things to happen rather than plotting new strategies.

LUAS Sahkan Kapasiti Air Di Tujuh Empangan Memuaskan

SHAH ALAM, 9 DIS : Lembaga Urus Air Selangor (Luas) mengesahkan kapasiti air bagi ketujuh-tujuh empangan di Negeri Selangor berada dalam keadaan baik dan memuaskan.
Pengarahnya, Md Khairi Selamat berkata, kapasiti bagi lima empangan iaitu Empangan Tasik Subang, Empangan Semenyih, Empangan Langat, Empangan Klang Gates dan Empangan Batu berada pada tahap 100 peratus sehingga semalam.
Manakala kapasiti air bagi Empangan Sungai Tinggi pada tarikh sama berada pada tahap 90.03 peratus, sementara Empangan Sungai Selangor meningkat kepada 83.44 peratus, iaitu sebanyak 191.91 juta meter padu pada ketinggian 214.00 meter.
“Peningkatan ini adalah berbanding dengan kapasiti air empangan tersebut pada 11 Oktober 2012 iaitu sebanyak 52.02% dengan jumlah 119.65 juta meter padu pada ketinggian 199.3 meter.
“Limpahan air juga dilaporkan berlaku bagi Empangan Tasik Subang, Empangan Semenyih, Empangan Langat dan Empangan Klang Gates,” katanya dalam satu kenyataan media.
Selain itu, menurutnya, baki aliran (residual flow) di Baraj Bestari Jaya pada 8 Disember adalah sebanyak 14,737 juta liter sehari (JLH) dengan peningkatan sebanyak 5416 JLH berbanding bacaan sebelum ini.

Air Percuma Pangsapuri : Syarat SYABAS Sukarkan Penduduk

KLANG 9 DIS : Tindakan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam menetapkan syarat ketat untuk permohonan proses migrasi meter pukal kepada individu merupakan punca utama Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan penduduk pangsapuri tidak dapat menikmati pemberian air percuma oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Berkongsi pengalaman dalam menguruskan permohonan itu, Pengerusi JMB Pangsapuri Bukit Kuda, Ahmad Ibrahim berkata Kerajaan Negeri sebenarnya banyak memudahkan urusan migrasi itu namun Syabas tidak memberikan kerjasama yang sepenuhnya selain meletakkan prosedur yang ketat.
Katanya, antara syarat yang dikenakan Syabas ialah memerlukan persetujuan 100 peratus dari pemilik ia termasuk membuat permohonan baru melalui borang SMP(borang kebenaran tukar meter) bagi setiap individu dan menyediakan RM130 setiap rumah untuk membayar deposit meter air.
Selain itu, penduduk juga dikenakan syarat membayar jumlah keseluruhan bil tunggakan dan segala kos pembaikan paip serta pengubahsuaian meter ditanggung pemilik.
“Syarat yang ditetapkan itu sangat menyusahkan. Sewajarnya mereka (Syabas) faham, untuk melaksanakan semua syarat itu bukan mudah, banyak masalah yang dihadapi oleh penduduk dan JMB sendiri.
“Pengalaman saya dalam menguruskan permohonan itu memakan masa setahun baru ia selesai itu selepas ditolak beberapa kali oleh Syabas sehinggakan saya terpaksa ke Ibu Pejabat Syabas untuk berusaha mendapatkan air percuma,” katanya kepada TV Selangor ketika ditemui.
Menceritakan lanjut, Ahmad berkata JMB pangsapurinya terpaksa mengeluarkan wang tabung pengurusan itu sebanyak RM15,000 untuk didahulukan bagi membayar bil tunggakan.
Katanya, tidak cukup dengan itu, beliau terpaksa mencari pemilik sebenarnya setiap unit rumah untuk mendapatkan persetujuan daripada mereka.

Rakan baik Aminulrashid hampa dengan keputusan mahkamah

SHAH ALAM 9 DIS: Azamuddin Omar yang berada dalam kereta ketika Aminulrashid Amzah ditembak mati dan meriba rakan baiknya itu, kecewa dengan pembebasan Koperal Jenain Subi.
“Biarlah. Biar Tuhan yang balas. Dekat dunia memanglah susah (menang kes). Kerajaan pun sebelah dia (Korporal Jenain),” katanya yang baru menamatkan peperiksaan SPM, dengan nada penuh kehampaan terhadap keputusan mahkamah.
Biarpun tragedi itu sudah lama berlaku, Azamuddin juga masih trauma dan langsung tidak mengikuti perbicaraan kes di mahkamah mahupun melayari Youtube berkaitan peristiwa paling menyayat hati, sebaliknya di.
“Mahu tengok Youtube (berkaitan kes kejadian) pun saya tak sanggup,” katanya dilihat cuba mengelak  dari menjawab soalan secara terperinci berkaitan  tragedi itu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebas Koperal Jenain Subi dari tuduhan  menyebabkan kematian Aminulrasyid antara jam 1.10 pagi dan 2 pagi, 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, Shah Alam, sekalipun melepaskan 21 das tembakan.
Sepanjang temu bual dengan Keadilan Daily, Azamuddin kelihatan agak keliru tapi tetap menyatakan kekecewaan kerana polis hingga kini masih menuduh mereka penjenayah dalam kes berkenaan.
“Bila nampak roadblock (sekatan), nampak pula muka polis yang berlagak semacam, saya jadi menyampah. Saya rasa perangai mereka semuanya sama saja.
“Tapi, itulah masalahnya. Bapa saya anggota polis. Nak buat macam mana?”  katanya.

Timbalan Ketua Polis: Dakwaan rogol hanya tohmahan

BUKIT MERTAJAM, 9 Dis – Polis Pulau Pinang hari ini menyanggah laporan seorang wanita Indonesia yang mendakwa dirogol dua anggota polis di Taman Limau Manis, Bukit Tengah, semalam.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata pemeriksaan perubatan dan siasatan awal mendapati wanita berusia 26 tahun itu bukan sahaja tidak dirogol dan dipukul, bahkan tiada anggota polis yang digambarkannya bertugas pada waktu kejadian.
“Saya menafikan kejadian itu dan ini adalah satu tohmahan kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutama kepada anggota saya di Pulau Pinang,” katanya kepada Bernama, di sini.
Beliau mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini yang antara lain  menyatakan seorang wanita Indonesia mendakwa dirogol dan dipukul dua anggota polis peronda dalam kejadian pukul 12.30 tengah malam itu.
Wanita itu mendakwa teksi yang dinaikinya ditahan sebuah kereta peronda polis dan dia ditahan kerana hanya membawa salinan pasport. Dakwanya lagi, dia turut dipukul sehingga pengsan selama dua jam.
Dia kemudian membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik swasta di Bayan lepas dan memaklumkan dirogol serta dipukul kepada doktor di klinik tersebut sebelum kesnya dirujuk kepada polis.
Mengulas lanjut, Abdul Rahim berkata siasatan lanjut terhadap wanita berkenaan juga mendapati banyak keraguan dalam keterangannya.

ADUN TERUNTUM DICABAR BERDEBAT DALAM ISU LYNAS

Meskipun Kilang Operasi Lynas telah dibenarkan oleh mahkamah untuk beroperasi di Gebeng, Kuantan namun polemik berkaitan keputusan kerajaan membenarkan projek ini masih hangat diperkatakan.
 
Sdr Lee Chean Chung, Pemangku Ketua Cabang KEADILAN Indera Mahkota
Pada asalnya isu Lynas diperbahaskan dari aspek keselamatan dan alam sekitar juga dari segi keuntungan kepada negeri Pahang khususnya, tetapi kini telah mula dijadikan isu politik perkauman.  Pihak media pula turut memanaskan isu ini dengan laporan yang amat tidak adil di mana hanya beberapa individu tertentu ditemubual kononnya mendakwa operasi Lynas ini terjamin dan terkawal.  Tiada kenyataan atau temubual dilakukan ke atas pihak yang menentang kewujudan kilang ini.
 
YB Chang Hong Siong (Adun Teruntum) dicabar untuk berdebat

Pemimpin Hamas Ditakuti, Siapa & Mengapa?

HAMAS merupakan sebuah organisiasi yang ditakuti oleh negara Israel. Hamas berjuag di atas dasar Islam yang sekai gus tetap memperjuangkan kebebasan tanah Palestin agar tidak dijajah oleh Israel. Perjuangan atas dasar Islam tetap memberi kemenangan samada di dunia atau di ahirat sebagai syuhadak. Rugilah mereka yang bejuang  di atas nama kebangsaan asobiah atau untuk negara kebangsaan semata-mata bukan untuk menegakkan negara dan syariat Isam di atasnya

Bila berjuang dan berjihad kerana Allah maka lahirlah ketakutan dari musuh-musuhnya kepada pendokong-pendokong Agamanya. Beberapa pemimpin Hamas  yang sangat ditakuti musuh Allah saperti Israel dan Amerika Syarikat (AS). Siapa dan mengapa? Antaranya ialah...

Anwar Ibrahim: Tolong Sekali Bagi UMNO Rasa Jadi Parti Pembangkang Di Malaysia

Bank Negara pantau dana asing sabotaj Umno, BN....!!! Kalau UMNO BN sabotaj Pakatan (RM40 Juta Musa) Ape Citer..???


Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin BACHOK - Bank Negara akan memantau sebarang kemasukan dana asing menerusi badan bukan kerajaan (NGO) bertujuan membantu pembangkang membiayai usaha mensabotaj Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
  
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, sekiranya berlaku, Bank Negara sudah pasti dapat mengesan kegiatan seumpama itu.
  
"Kita akan dedahkan kepada umum supaya rakyat membuat penghakiman," katanya kepada pemberita selepas menemui 100 ulama muda di pejabat Umno Bahagian Bachok di sini hari ini.
  

Kembara Oren Terengganu; Mazlan Aliman Felda Tenang Part4

DSAI - Hangpa Semua Ni Tak Pernah Dengar Ke Nasihat Tv3suku Dan Utusan

Ustaz Naik FERRARI Merah ? - Ustaz Azhar Idrus

Nampak PEREMPUAN Cantik Sebut SUBHANALLAH ? - Ustaz Azhar Idrus

Tiada AIR Wuduk Tiada DEBU Tayamum - Ep3 Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus

Solat JAMAK Zohor & Asar Dalam Waktu Asar - Ep3 Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus

Isteri SYAK Suami Ada Perempuan Lain - Ep3 Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus

Hamas' Meshaal vows to 'continue resistance'

DPPM : Montage muktamar

Kembara Oren Terengganu; Dr Azman Felda Tenang

Kembara Oren Terengganu; Mazlan Aliman Felda Tenang Part3

Kembara Oren Terengganu; Mazlan Aliman Felda Tenang Part2

Kembara Oren Terengganu; Mazlan Aliman Felda Tenang Part1

SAMSENG UMNO-BN Di Depan Pejabat DAP MELAKA

DAP janji tiada rusuhan jika tewas dalam PRU..tidak seperti UMNO jika kalah 13 mei..!!!!

Ching Eng menggesa pengerusi Barisan Nasional (BN) dan perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk 'membuat komitmen sama'. – Gambar oleh Saw Siow Feng
KUALA LUMPUR, 9 Dis – DAP berjanji tidak mewujudkan kekecohan sekiranya mereka gagal menubuhkan kerajaan pada pilhan umum ke-13 nanti, sambil mencabar parti lain untuk membuat perjanjian yang sama. “Kami telah kata kami akan hormat pilihan orang dalam pilihan raya depan ini; jika kami tidak dipilih atau terpilih sebagai kerajaan oleh rakyat, kami tidak akan buat kekecohan,” kata ketua Wanita DAP, Chong Eng semasa Kongres Kebangsaan Wanita dan Pemuda Sosialis (DAPSY) disini hari ini.
Beliau turut menggesa pengerusi Barisan Nasional (BN) dan perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk “membuat komitmen sama jika BN tewas dalam pilihan raya, (dengan janji) mereka juga akan memberikan laluan kepada Pakatan untuk memerintah secara aman”

.
Mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan amaran bulan lepas pembangkang Pakatan Rakyat (PR) mungkin akan menganjurkan demonstrasi jalanan sekiranya tewas dalam pilihan raya umum (PRU) yang bakal menjelang sebelum April tahun depan.

Tetapi pemimpin PR menolak pandangan amaran tersebut dengan berkata mereka tetap menyokong proses demokrasi yang termaktub dibawah Perlembagaan Persekutuan, termasuk pilihan raya.

Monorel lagi?.. Dulu Pak Lah pun janji Monorel juga Najib.. tapi bila kalah..??


Dalam lawatannya ke Pulau Pinang semalam, Najib Tun Razak yang juga dikenali sebagai Bapa Pengumuman Malaysia dengan nada meneran telah mengumumkan dua janji.

Beliau berjanji untuk memberi dua hadiah besar kepada rakyat Pulau Pinang iaitu pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik dan perkhidmatan monorel jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat semula untuk memerintah negeri ini.

Katanya dengan nada meneran, 10,000 unit rumah mampu milik itu akan dibina dalam masa terdekat di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) manakala baki 10,000 unit akan dibina oleh agensi-agensi kerajaan termasuk JKP Sdn Bhd, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB).

MB Selangor : Sokong PR Untuk Pacu Pembangunan

BANDAR SUNWAY, 9 DIS : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggesa rakyat Selangor untuk terus menyokong kepimpinan Pakatan Rakyat(PR) agar dapat memacu pembangunan negeri dalam suasana aman dan gembira.
Menurutnya, sebagai keluarga besar, rakyat di negeri ini tidak boleh dipinggirkan dalam setiap pembangunan kerana setiap kejayaan yang diperoleh negeri merupakan kejayaan bersama.
“Saya harap anda dapat memberikan sokongon agar kita dapat gerakkan negeri menjadi sebuah negeri untuk semua.