Sabtu, 8 Disember 2012

HKR Melaka : Melaka Negeri Selamat UMNO..???


Rakaman gambar diatas ialah suasana di Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Negeri Melaka malam ini dan bukannya jamuan makan malam bersama najib Razak dan Ali Rustam.

Mereka datang dengan kerelaan sendiri tanpa diberi upah, makan nasi bungkus dan air mineral.  Tiada pengangkutan bas percuma disediakan.

Dahlah tiada duit saku disediakan, duit dalam saku mereka pula dikeluarkan untuk tujuan derma dana politik PR menghadapi PRU 13.

UMNO sedar yang Melaka tidak boleh lagi dianggap sebagai simpanan tetap mereka.

Dulu kalau pihak pembangkang mengadakan ceramah, petugas lebih ramai dari pendengar, tapi itu sudah menjadi bahan sejarah.

Pasal itu Najib Razak sampai sekarang langsung tidak berani nak bubarkan parlimen.

TANYA SAMA NAJIB MENGAPA KAU GOYANG NANTI JAWAB NAJIB UMNO NAK TUMBANGGGGGGG.

HKR Melaka : Puluhan Ribu Hadir

Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Negeri Melaka Sedang Berlangsung dengan aman..Kalau ikutkan sumber-sumber yang boleh dipercayai puak2 Umno Gila nak bikin sabotaj beb..Tapi..takda pun..Dan ketika Ini. Ribuan Rakyat Melaka Hadir & Skrin Besar Disediakan Kerana Ceramah Diadakan Di Lorong Pandan, Bangunan DAP, Memandangkan Tapak Sebelum Ini Dibatalkan Akibat Ugutan UMNO Haprak  Terhadap Pemilik Tanah tersebut.

Allah, Malaikat, Adam; demokrasi!

Oleh Tarmizi Bin Anuwar
Dan (ingatlah) tatkala Tuhan engkau berkata kepada Malaikat : sesungguhnya Aku hendak menjadikan di bumi seorang Khalifah. Berkata mereka (Malaikat) : Apakah Engkau hendak menjadikan padanya orang yang merusak di dalamnya dan menumpahkan darah, padahal kami bertasbih dengan memuji Engkau dan memuliakan Engkau? Dia berkata : Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui. (Al-Baqarah : 30)

Dan telah diajarkanNya kepada Adam nama-nama semuanya, kemudian Dia kemukakan semua kepada Malaikat, lalu Dia berkata : beritakanlah kepadaKu nama-nama itu semua, jika adalah kamu makhluk-makhluk yang benar. (Al-Baqarah : 31)
Mereka menjawab : Maha Suci Engkau! Tidak ada pengetahuan bagi kami kecuali yang Engkau ajarkan kepada kami. Karena sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Tahu, lagi Maha Bijaksana. (Al-Baqarah : 32)
Berkata Dia : Wahai Adam! Beritahukanlah kepada mereka nama-nama itu semuanya! Maka tatkala telah diberitahukannya kepada mereka nama-nama itu semua, berfirmanlah Dia : bukankah telah Aku katakan kepada kamu, bahawa sesungguhnya Aku lebih mengetahui rahsia semua langit dan bumi, dan lebih aku ketahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan. (Al-Baqarah : 33)

Tiada Islam lagi atas perlembagaan saja

Oleh Subky Latif
TELAH cukup Islam UMNO itu mengikut ucapan pimpinannya termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Shafie Apdal di Perhimpunan Agungnya yang lepas kerana sudah tercatit dalam perlembagaan parti itu tentang kedudukan agama Islam dan apa yang wajar dilakukan mengenai Islam. 


Mungkin perlembagaan itu sudah merakamkan begitu sejak ia ditubuhkan oleh Dato Onn Jaafar 66 tahun lalu, tetapi ia tidak menghalang ulamanya keluara menubuhkan PAS kerana tidak puas hati dengan keislaman parti itu.

Siapa Panik Anwar Atau Puad Zakarsi?

Oleh Mohd Sayuti Omar
Ahli Parlimen Batu Pahat, Puad Zarkashi mendakwa Anwar Ibrahim kini semakin panilk dengan angan-angan dan impian untuk menjadi perdana menteri sehinggalkan terpaksa membawa bekas presiden Indonesia BJ Habibie datang ke negara ini untuk menyakinkan ahli parti Pakatan Rakyat khasnya ahli PKR.


Puad di zaman kampus dikenali sebagai seorang pengkagum Anwar di ranting teratas menyifatkan kedatangan Habibie ke negara ini untuk mengembalikan reputasi Anwar untuk jadi PM setelah ianya terganggu apabila ada mereka dari pembangkang yang menimbulkan kesangsian terhadap Anwar.

Kata Puad akar umbi dalam parti dan golongan intelektual Islam mempertikaikan kepimpinan Anwar untuk menjadi PM. Sayang sedikit Puad tidak mendedahkan nama-nama yang dikelaskan sebagai intelektual Islam itu? Apakah orang itu Zainal Kling ataupun Kamaruddin Kacau ataupun Sidek Baba?

Justeru bimbang dengan situasi itulah menurut Puad menyebabkan Anwar terpaksa membawa bekas Presiden Indonesia itu ke negera ini dan memberi beberapa syarahan. Kelmarin Habibie ke Universiti Selangor (Unisel) kampus Shah Alam, di mana lebih 500 hadir mendengar ceramahnya.

Selepas Deepak Dan Musa Hasan, Mungkinkah Mumtaz Selepas Ini?

Oleh Shahbudin Husin
Minggu-minggu kebelakangan ini kedudukan Najib terus dicalar dan dirobek oleh pelbagai pendedahan yang dilakukan oleh ahli perniagaan karpet, Deepak yang pernah mempunyai hubungan rapat dengan Rosmah Mansor dan juga bekas IGP, Musa Hassan.


Deepak yang kini sudah bertalak tiga dengan keluarga Najib mendedahkan pelbagai perkara termasuk dakwaan memberi sejumlah wang kepada Najib, bagaimana beliau dikhianati dan juga dakwaan bahawa isteri PM itu mengumpul projek berjumlah RM26 bilion sejak Najib mengambil alih kuasa pada 2009 lalu.

Walaupun Deepak dipercayai akan terus membuat pendedahan demi pendedahan mengenai Najib, Rosmah dan keluarga PM itu, sehingga ini pasangan Najib-Rosmah masih mengunci mulut dan enggan menjawab dakwaan yang ditimbulkan.

Ini sekaligus menjadikan sekali lagi persepsi rakyat memihak kepada Anwar dan PR serta menjadi mimpi yang amat buruk kepada Najib di ketika beliau sedang memikir-mikir tarikh yang sesuai untuk mengadakan pilihanraya umum ke 13.

Kantoi : Najib & UMNO Tiru PAP Singapura Lafaz Ikrar Setia Kepada Parti!


Kini tembelang sudah pecah.

UMNO meniru cara PAP Singapura melafazkan ikrar taat kepada parti.

Dulu siang malam pagi petang kutuk PAP akhirnya ikut juga cara parti itu melafazkan ikrar.

Kalau ikut cara mereka sifar rasuah alangkah bagusnya.

Ku Li saran mansuh Akta Rahsia Rasmi


Ku Li: Jangan uji kesetiaan sayaKUALA LUMPUR - Kerajaan digesa membentuk Suruhanjaya Kebenaran dan Rekonsiliasi bagi membantu menangani isu tadbir urus yang baik menerusi penemuan kebenaran berkaitan keadaan semasa rasuah, takat amalan dan cara menghapuskannya sebagai satu cara hidup.
Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata, badan itu mesti mempunyai status sebuah mahkamah undang-undang dengan kuasa kehakiman yang diperlukan bagi meninggalkan kesan.
"Selepas melihat keberkesanan Suruhanjaya Kebenaran dan Rekonsiliasi di Afrika Selatan dalam menyatupadukan negara itu tanpa wujud sebarang perbuatan salah, banyak pihak di Malaysia berpendapat penubuhan badan itu sememangnya mempunyai merit," katanya dalam ucaptama pada Persidangan ke-78 Rotary International District 3300 di Petaling Jaya hari ini.
Teks ucaptama beliau diberi kepada Bernama di sini.

Bukti, Najib tak buat homework sebelum kencing orang Penang

Najib ni tau ka orang susah neh rasa camana...
Jangan nak berlakon pemurah tak bertempat la tapi bagi contoh macam ngan haram...

Hari ni dalam laporan Bernama sewaktu melawat Penang, Najib menawarkan 20,000 unit rumah mampu milik akan dibina di Penang kalau BN kembali memerintah. Hangpa tau ka rumah mampu milik yang Najib bagi sebagai contoh tu berapa harga dia??? Nah!! Rumah mampu milik dimata si Najib anak bangsawan neh berharga sekitar 300k...

'BRAND NAJIB' now instead of Barisan Nasional? Is BN so UN-WINNABLE?

GEORGE TOWN, - The Brand Najib (BN) phenomenon as well as Barisan Nasional, also BN, are fast transforming the political landscape of the northern states in peninsular Malaysia now being controlled by Pakatan Rakyat.
'BRAND NAJIB' now instead of Barisan Nasional? Is BN so UN-WINNABLE?This can be gauged by the large and enthusiastic turnout of people whenever Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak goes to Penang and Kedah.
It was evident again this morning when 20,000 people turned up at Universiti Sains Malaysia here to listen to him as he launched the "Jelajah Janji Ditepati" (Promises Fulfilled Tour) Carnival for Penang where he reminded them about BN's track record, about what it has done for the country and people and what it would do for the people's future.
Granted that many came in organised transport, there were some who came on their own, just to see him and, if possible, shake his hand in the process.
Sixty-five-year old Ariffin Mohd Salleh was one such person. He drove all the way from Sungai Petani in Kedah with his wife, just to greet the prime minister.
And why did he do that? "For me, I believe he is the perfect leader. And he really loves the people," he said as he trudged slowly for more than a kilometre just to go to the carnival site and meet Najib.
Asked whether he was invited by the organisers, he said he was not.

Pakatan mahu angkat martabat Melayu-Islam lebih dari Umno – Anwar

ALOR SETAR 8 DIS: Pakatan Rakyat tidak akan sesekali mengorbankan hak orang Melayu-Islam, bahkan martabat itu akan diangkat lebih tinggi daripada sepanjang Umno memerintah, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Tak mungkin KEADILAN dan PAS akan nafi majoriti hak orang Melayu apabila menguasai pemerintahan Kerajaan Persekutuan. Begitu juga DAP.
“Kita tidak akan korbankan martabat Islam dan Melayu. Kedudukan ini akan didaulatkan lebih tinggi dari Umno BN semasa mereka memerintah negara selama 56 tahun,” katanya.
Beliau berkata demikian depan lebih 20,000 hadirin yang membanjiri Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar 7 Disember lalu.
Anwar berkata tiada guna slogan Ketuanan Melayu diheboh sedangkan orang Melayu masih miskin dan tidak terbela sekalipun negara sudah mencapai kemerdekaan begitu lama.
Beliau yakin pemimpin Pakatan memiliki berpengalaman dan kelayakan untuk menerajui Kabinet demi memberi pembelaan kepada orang Melayu.

Aktivis bidas dakwaan MCA kaum Cina menerima loji Lynas

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Aktivis alam sekitar membidas dakwaan MCA yang mengatakan masyarakat Cina sudah menerima kilang nadir bumi kontroversi Lynas Corp di Kuantan dan menyifakan ia bermotif politik kerana pilihan raya umum (PRU) ke-13 semakin hampir.
Pengerusi Gabungan Henti Lynas (SLC), Andansura Rabu menggambarkan kenyataan sedemikian sebagai sebuah kenyataan politik dan “kempen” oleh MCA untuk mendapat undi daripada kaum Cina.
“Mereka tidak ada data untuk menyokong kenyataan mereka,” kata beliau kepada The Malaysian Insider, sambil mengakui kebanyakkan kumpulan anti-Lynas adalah daripada masyarakat Cina.
Malahan Andansura berkata rata-rata peserta yang turun pada Himpunan Hijau di Dataran Merdeka bulan lalu majoritinya daripada masyarakat Cina.
Beliau merujuk kepada perhimpunan 25 November lalu semasa peserta berjalan daripada Kuantan ke ibu kota dengan jarak perjalanan 300km selama 13 hari.
“Ia bukti kaum Cina menentang Lynas, mereka tidak menerima,” kata beliau dan menambah masyarakat Cina tempatan sering bertanya tentang langkah susulan selepas ini.

PKR: 'Tanggungjawab polis kekal keamanan di perhimpunan Gombak'



 
PKR berkata tidak kira alasan polis bahawa ia tidak lagi melaras perhimpunan dengan adanya Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 berhubung pergaduhan di ceramah Pakatan Rakyat di Gombak, namun ia menjadi tanggungjawab polis untuk memastikan keamanan.

pkr weeklly pc 090807 amirudin shariADUN Batu Caves, Amirudin Shari (kiri) berkata penganjur telah
melakukan peranan mereka dalam mengawal penyokong selaras dengan PAA semasa ceramah pada malam 4 Disember.

"Kita (pihak penganjur) telah mengawalselia perhimpunan malam itu, kita mempunyai 300 orang bertugas untuk menjaga keselamatan, keselamatan jalan raya dan logistik," tambahnya.

Bagaimanapun, kata Amirudin, jika melihat video perhimpunan itu, pergaduhan hanya berlaku selepas pihak yang tidak bertanggungjawab masuk ke kawasan mereka.

Apabila itu berlaku, katanya dalam satu sidang akhbar hari ini, pihak polis mesti bertanggungjawab, kerana pasukan itu yang mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan, dan bukan pihaknya.

Tuan Guru Dato' Dr Haron Din | KuliahJumaat 07 Dec 2012

Video Promo Media Baru DPPM

Dr Abd Basit Rahman - Hapuskan Serta Lawan Bisikan Syaitan & Ajakan Syaitan Di Kenali

President Mursi set to press ahead with talks

Penduduk Gombak Utara desak Umno mohon maaf

Today in History for December 8th

Petanda awal Kemerdekaan Palestin

Syria's war economy

Syria's weapons of mass destruction

Syrians losing confidence in rebel forces

Dedikasi Buat Pejuang Muda Di Himpunan Kebangkitan Rakyat Alor Star

Ramli : Musa adalah anjing yang saya tolong lepaskan dari tersepit

Korang perlu berhati-hati bila mahu menolong seseorang. Jangan jadi macam Ramli Yusuff, bekas Pengarah CCID yang pernah menolong orang bawahannya ketika itu, Musa Hasan, yang akhirnya menjadi KPN dan cuba memerangkap Ramli dgn pelbagai dakwaan  melalui komplot bersama Peguam Negara dan SPRM.

Kalau seorang macam Ramli ini pun hampir-hampir lingkup dikerjakan oleh anjing-anjing liar tetapi kelihatan jinak sahaja, Maka tidak hairanlah kalau rakyat biasa macam Teoh Beng Hock, Kugan , Aminurashid dan ramai lagi senang-senang diratah atau dianiaya.


Ikuti pendedahan Ramli Yusuff, bekas pengarah CCID (kiri) terbabit dalam urusan copgate, memetik tiga keadaan di mana beliau berkata Musa Hassan (kanan) adalah tidak jujur.
 
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan adalah orang yang tidak boleh dipercayai dan ini terbukti sepanjang masa beliau dalam pasukan polis, kata bekas rakan sekerja Ramli Yusuff. 

 Dalam beberapa minggu lepas, Musa telah menarik perhatian dgn menuduh menteri kabinet dan ahli-ahli politik mengganggu siasatan dan tangkapan polis, menamakan Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein khususnya. 

HKR MELAKA : BENDERA PAS, PKR DAN DAP DICURI HANTU


Bendera PAS, DAP dan PKR di perkarangan kawasan Program Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka 'dicuri' oleh hantu-hantu yang disuruh oleh tuannya.

Kita amat kesal kerana hantu-hantu ini tidak pula mencabut dan mencuri bendera-bendera Umno dan BN yang dipasang di sepanjang jalan tertentu di seluruh negeri Melaka.

Inilah demokrasi ala Melaka demokrasi drakonian dan rimba.

Himpunan telah bermula jam 4.00 petang tadi hingga 12.00 malam ini

Mahathir Sudah Lupa

Oleh Mummy Rokiah

Dalam dunia ini hanya ada dua orang pemimpin yang telah turun takhta tetapi masih berkuasa. Seorangnya ialah Lee Kuan Yew di Singapura dan seorang lagi ialah Mahathir Mohamad di Malaysia.

Hari ini Mahathir bersuara menyokong Barisan Nasional seperti tidak kering air lior. Beliau terlupa bahawa jantungnya pernah dipintas di IJN. Beliau terlupa bahawa ‘harware'nya sudah lanjut cuma minda ‘softwarenya' masih cerdas.

Malah yang perdananya ialah beliau terlupa bahawa sebaik turun dari jawatan beliau pernah berulang-ulang kali menyatakan tidak mahu bercakap politik, terlibat politik apa lagi mencampuri urusan Kerajaan.

Mahathir kini seperti diberi tenaga baru untuk betul-betul mahu BN dan Najib meneruskan kepimpinan negara setelah beliau sendiri meruntuhkan Abdullah Hj Ahmad Badawi sehingga beliau merajuk membawa hati luka dan lara keluar dari UMNO.

“Himpunan Kebangkitan Rakyat” Kedah tercapai.

 
Matlamat “Himpunan Kebangkitan Rakyat” tak kira dimana pun termasuk di Kedah kelmarin ialah nak mengajak rakyat meningkatkan azam dan tekad dalam membuat perubahan. Sekian lama rakyat di wayang kulitkan oleh kerajaan UmnoBn,  kini sudah tiba masanya sebuah kerajaan baru (PR) mengambil alih tampok pemerintah. “HKR” yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar malam kelmarin  menyaksikan sambutan rakyat Kedah yang tidak kalah dengan sambutan HKR di Stadium Sultan Mohamad, Kota Bharu, kelmarin.

7 agenda berkebajikan untuk anak muda

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan mengumumkan tujuh agenda berkebajikan anak muda pada 1 Januari tahun hadapan.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, tujuh agenda yang akan dilaksanakan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya itu merupakan adunan daripada Dokumen Negara Berkebajikan PAS, Buku Jingga dan Belanjawan Pakatan Rakyat.

"Kita akan umumkan tujuh agenda berkebajikan anak muda meliputi pendidikan, kebajikan, kos sara hidup dan lain-lain.

"Ini rentetan daripada perbahasan pemuda di muktamar PAS baru-baru ini yang mahukan polisi yang mesra anak muda," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, dekat sini hari ini.

Marathon 100 hari pemuda

RM40 Juta : SPRM minta AG kaji semula keputusan terhadap Musa

Panel Semakan Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah meminta peguam negara menyemak semula keputusannya berhubung kes RM40 juta dari Michael Chia yang didakwa disalurkan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Perkara ini diumumkan oleh salah seorang anggota panel tersebut dalam sebuah forum awam yang diadakan oleh Majlis Peguam dan SPRM hari ini.

Naib Presiden Majlis Peguam, Chris Leong menimbulkan soalan berkaitan pendedahan di Parlimen bahawa kes itu mungkin telah ditutup dan respon pihak berkuasa Hong Kong bahawa mereka tidak mendapat maklum balas dari Malaysia.

Nik Aziz: Melayu pecah bukan kerana Pas


Nik Aziz
KOTA BHARU - Di sebalik ajakan berterusan pemimpin Umno untuk berdamai, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa perpecahan Melayu  kini disebabkan Umno yang tidak mengamalkan dasar Islam dalam perjuangannya.

Menteri Besar berkata, oleh kerana tindakan Umno yang enggan mengubah dasar  itu menyebabkan Pas yang ditubuhkan oleh ahli Umno sendiri satu ketika dulu sukar untuk mendekati parti itu kembali.

“Saya lama dah sebut benda ni, tapi orang kata ini gimik politik... dia tak faham.

"Saya kata Melayu berpecah ni bukan kerana Pas, tetapi kerana Umno yang ada hari ini tolak pandangan Biro Ulama Umno sendiri, Pas yang ada hari ini bukan orang Pas buat, sebaliknya Biro Ulama Umno yang buat.

Politik Samseng : Penduduk Kampung Gombak Utara tuntut Pemuda Umno minta maaf

KUALA LUMPUR 8 DIS: Penduduk Kampung Gombak Utara menuntut Ketua Pemuda Umno Gombak, Megat Zulkarnain Omardin memohon maaf atas perbuatan biadab samseng Umno sehingga menyebabkan kecederaan pengunjung ceramah Merdeka Rakyat, 4 Disember lalu.
“Kami menyeru Ketua Pemuda Umno memohon maaf atas cubaan menyemai budaya samseng kepada penduduk kampung yang selama ini dikenali bersopan santun dan berbudi pekerti. Di Gombak Utara, tidak ada budaya samseng sampai hari ini.
“Padahal kami sekian lama kedatangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke kampung ini,” kata Ketua kampung Gombak Utara, Said Zakaria pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Said berkata, lebih separuh samseng Umno yang mengganggu program dengan membuat bising, membaling batu, menyerang petugas dan penjaja malam, adalah orang luar yang dibawa Megat Zulkarnain.
“Ia mencalar imej kampung, tidak menggambar sikap sebenar penduduk yang beradab dan menghormati tetamu. Kami yakin sebahagian besar penduduk kampung menerima cara Pakatan Rakyat mentadbir,” katanya.

SPR digesa jelaskan pegawai terlibat dalam Umno

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menuntut penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung seorang pegawainya yang memegang jawatan dalam Umno.

Ketua DPPM, Nasruddin Hassan berkata, Timbalan Pengarah (Operasi) SPR Sabah, Aksyah Nasrah yang dilantik sebagai Ketua Penerangan Pemuda Umno Bahagian Kinabatangan mencemarkan  ketelusan SPR.

"Persoalannya, bagaimana Ketua Penerangan Pemuda Umno boleh bekerja di SPR yang sepatutnya bebas dari mana-mana parti politik.

"SPR mesti menjelaskan perkara ini kerana ia boleh menjejaskan ketelusan dan kebebasan SPR di Sabah," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

Nasrudin juga berkata, pihaknya bimbang perkara ini turut berlaku di Semenanjung.

PRU13: Pendekatan baru, elak cara perkauman Umno


KLANG: Ketua Penerangan PAS PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru petugas PAS agar tidak mencontohi taktik perkauman yang sering digunakan Umno BN untuk menarik sokongan pengundi.

Katanya, jika kempen penerangan parti membawa isu bersifat kepentingan kaum tertentu, sudah tentu akan wujud isu-isu sensitif yang boleh mengguris hati kaum lain.

Bercakap pada Seminar Antara Budaya Masyarakat Malaysia di sini hari ini, beliau mencadangkan agar PAS menggunakan pendekatan 'usia' berbanding 'kaum'.

Ini kerana, pendekatan melalui peringkat umur lebih memudahkan penerangan dengan isu yang lebih menjurus kepada golongan sasar tersebut.

Wanita Umno hanya berebut untuk jadi “calon”, kata Fuziah

Fuziah berkata Wanita Umno hanya berebut menjadi "calon", manakala wanita Pakatan Rakyat berjuang demi martabat dan penghargaan untuk golongan tersebut.
KUALA LUMPUR, 8 Dis — Sikap Wanita Umno semasa perhimpunan agung minggu lalu yang meminta perdana menteri (PM) Datuk Seri  Mohd Najib Razak mengutamakan calon wanita dalam pilihan raya membuktikan mereka hanya berebut mahu menjadi “calon”, kata Naib  Presiden PKR Fuziah Salleh kepada The Malaysian Insider. Fuziah berkata ini adalah perbezaan ketara berbanding wanita Pakatan Rakyat (PR) yang berjuang demi martabat dan penghargaan untuk golongan tersebut.
“Kita lihat dalam perhimpunan agung Umno lalu delegasi wanitanya meminta Najib untuk beri mereka kuota calon dalam pilihan  raya.
“Berbeza sama sekali dengan wanita dalam PR yang tidak pernah meminta untuk menjadi calon,” kata ahli parlimen Kuantan itu apabila dihubungi semalam.
Perkara tersebut membuktikan Wanita Umno sama dengan pemimpin lain dalam parti itu yang hanya mementingkan kuasa dan tidak mendengar suara rakyat.
“Hal tersebut mencerminkan sikap sebenar mereka mementingkan kuasa.

Mat Sabu - Himpunan Kebangkitan Rakyat Alor Star ( 07 Dec 2012 )

Dari Lubang Tahi Dia Datang...Kepada Lubang Tahi Dia Kembali...!!!

Najib melakukan lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang hari ini. Lawatan itu membuka peluang BN untuk merampas negeri itu daripada DAP.
Pada PRU-12, BN menang 11 kerusi DUN sementara Pembangkang 29. Berasaskan perkiraan semasa, BN mempunyai kedudukan cerah bagi 17 DUN dan berpeluang menambah 5 kerusi yang menjadikan jumlahnya kepada 22 daripada 40 DUN yang tersedia.
Sementara itu melalui lawatan Najib ke negeri Pulau Mutiara itu, beliau dijangka menerima penyertaan MP Bayan Baru Datuk Zahrain Hashim seorang wakil rakyat bebas bersama-sama lebih 300 penyokongnya.

Carpets, mattresses and dirty linen

Carpet trader Deepak Jaikishan and ex-IGP Musa Hassan have stirred up more political controversies. The question on everyone’s lips is, “Why are they singing now?”

Former inspector general of police Musa Hassan claimed that he was unsuccessful in his efforts to alert his superiors, the Prime Minister Najib Tun Razak and the Home Minister Hishammuddin Hussein to the problems in the police force.
Should we believe him as it is his word against theirs? Najib and Hishammuddin have not issued a denial. They may be seething on the inside, but have chosen to remain silent. Their “good name” has been kicked into the gutter, and they do nothing to defend themselves. Perhaps they are too stunned to react.
It is ironic that senior Umno politicians claim to be able to unite the Malays, when it is clear that the party is itself divided.
It is ironic that Musa has blamed the spread of gangster politics in political campaigning when during his tenure as IGP, he allegedly protected gangsters and criminal syndicates.
It is ironic that Musa assumes the moral high ground when most people revile him for allegedly fabricating evidence for his political masters.
Carpet trader Deepak Jaikishan and Musa Hassan have stirred up more political controversies. The question on everyone’s lips is “Why are they singing now?”

Politik Samseng : Sekumpulan penduduk dakwa Umno dalang insiden kekecohan di Gombak

PETALING JAYA, 8 Dis — Sekumpulan penduduk tampil dalam satu sidang media hari ini bagi memberikan cerita sebenar kejadian yang berlaku semasa kekecohan pada malam ceramah Jelajah Merdeka Rakyat oleh Pakatan Rakyat (PR) pada 4 Disember di Gombak, Selangor.
Wakil kumpulan tersebut Said Zakaria, 57, yang juga merupakan ketua Kampung Gombak Utara, mendakwa insiden tersebut didalangi Umno dan menyalahkan parti tersebut kerana menyebabkan nama kampung tercemar.
“Apa yang saya lihat malam kejadian, separuh dari sekumpulan 200 orang Pemuda Umno membuat bising, membaling batu dan menyerang petugas serta penjaja pada malam insiden tersebut,” kata Said dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR pagi tadi.
Said Zakaria (kiri kedua) semasa sidang media hari ini, di iringi oleh (dari kiri) Kamaruddin Mohamad, Adun Batu Caves Amirudin bin Shari, dan Musa Zakaria.
Menurut Said lagi, rata-rata yang membuat kecoh pada malam itu bukan penduduk kampung sebaliknya orang luar yang dibawa oleh ketua pemuda Umno Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin. “Malahan, mereka (pemuda Umno) yang hadir malam itu adalah orang luar yang dibawa oleh ketua pemuda Gombak (Megat) dengan tujuan menghalang ceramah ceramah daripada pimpinan Pakatan.
“Justeru kami menolak dakwaan bahawa kekacauan itu dibuat oleh orang kampung kerana menolak kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim dan lain-lain,” tambah beliau.
Selain Said, dua lagi penduduk kampung Kamaruddin Mohamad, 70, dan Musa Zakaria, 61, juga senada dengan ketua kampung mereka itu dan menuduh Umno yang memulakan provokasi.

BUMI DIPIJAK MILIK ORANG!!! Betul la lirik lagu tu, tapi milik Kawan UMNO


Satu tinjauan mendapati mendapati sebuah bangunan bagi menempatkan ibupejabat MCA bahagian Langat terletak di atas tanah negeri yang didakwa dipajak kepada parti itu pada harga RM1 sekaki persegi.

Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie ching yang mengetuai tinjauan itu bersama ahli majlis tempatan, Lee Kee Hiong hari ini berkata, dalam perbandingannya, nilai tanah komersial di bandar Kajang di tempat bangunan itu terletak adalah RM150 sekaki persegi.

Bangsatt..MCA Mahu Orang Cina Bebas Buat Maksiat Di Kelantan...??

Pihak berkuasa tempatan di Kelantan dikritik kerana mengambil tindakan terhadap empat orang, bagi apa yang dilihat sebagai kes khalwat yang melibatkan orang bukan Islam.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata jika PAS boleh melaksanakan undang-undang tersebut kepada orang bukan Islam di Kelantan, mereka juga boleh berbuat demikian di seluruh negara jika Pakatan Rakyat berkuasa.

"Ini perlu menjadi satu kesedaran kepada orang Cina kerana ia menunjukkan DAP tidak mempunyai kuasa politik, kerana ia adalah harimau tak bertaring sebelum PAS," katanya.

Dr Chua berkata demikian sebagai tindak balas kepada rasa tidak puas hati yang disuarakan oleh Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Hu Pang Chaw terhadap pihak berkuasa tempatan yang mengeluarkan saman bagi tingkah laku tidak senonoh dua lelaki bukan Islam yang telah ditangkap di dalam kereta yang diletakkan di tepi jalan berhampiran Lapangan Terbang Kota Baru.

'Ms Tow Truck' bukan lagi penyelaras BN Selayang...MCA makin bergelora....



 
Ketua Beliawanis MCA Selangor, Jessie Ooi tidak lagi menjadi penyelaras BN Selayang apabila dia tidak dilantik semula selepas tempoh jawatannya itu tamat enam bulan lalu.

jessie ooi 05Ooi menjadi terkenal dan mendapat gelaran 'Ms Tow Truck'
selepas meledakkan kemarahannya sewaktu debat umum antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng Februari lalu.

Dalam genangan air mata, Ooi memberitahu satu sidang akhbar semalam bahawa dia gagal mendapat sokongan padu daripada pemimpin parti dan jawatannya sebagai penyelaras BN Selayang kemudiannya tidak dilanjutkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga pengerusi BN.

Ooi, 33, dilihat sebagai calon pilihan presiden MCA untuk bertanding di Parlimen Selayang yang dirampas PKR dalam pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun, Pengerusi MCA Selangor yang juga Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim dikatakan turut berminat bertanding kerusi tersebut.

Parlimen Selayang kini diwakili Bendahari PKR, William Leong, yang memenangi kerusi itu dengan majoriti 3,567 undi.

BN menamakan pasukan penyelaras di kawasan-kawasan yang dikuasai Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum lepas dan menyediakan mereka dengan sumber dan peruntukan untuk membantu merampas kembali kerusi terbabit.

Oleh itu, para penyelaras berkenaan, pada umumnya dilihat berpotensi menjadi calon di kawasan-kawasan berkenaan.

Menurut laporan Nanyang Siang Pau, Ooi berkata beliau telah diarahkan oleh ketua bahagian MCA Selayang supaya berhenti menggunakan gelarannya sebagai penyelaras BN selepas beberapa ahli parti mengadu tempoh jawatannya telah tamat pada 14 Jun.

Umno dakwa Anwar mula panik....ni sekor lagi menteri UMNO berotak udang...!!!


BATU PAHAT – Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa PKR semakin tergugat sehingga memaksa Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, membawa bekas pemimpin luar untuk meyakinkan ahli parti pembangkang itu.

Beliau berpendapat, tindakan itu menunjukkan Anwar mulai panik, terutamanya apabila peringkat akar umbi Pas serta intelektual Islam mula mempertikaikan kepimpinannya untuk menjadi perdana menteri, jika Pakatan Rakyat (PR) menawan Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Katanya, Anwar bimbang dengan situasi itu sehinggakan membawa bekas Presiden Indonesia, Prof Dr Ir Bacharuddin Yusuf Habibie atau lebih dikenali BJ Habibie ke Universiti Selangor (Unisel) kampus Shah Alam, kelmarin.

“Dibawanya Habibie untuk merasionalkan apa yang berlaku di Indonesia semasa zaman reformasi.

“Namun sebenarnya, Anwar bimbang kehilangan sokongan akar umbi Pas dan golongan intelektual Islam, “ katanya selepas majlis penyerahan Tabung Bantuan Palestin di Kampung Petani, semalam.

Cubaan Utusan Membangangkan Rakyat Malaysia..


"Orang ramai pegang nadir bumi bukti lynas selamat" - Utusan. Nak kata bengong, marah - tp mmg bengong pun. Korg pegang nadir bumi dalam bentuk fizikal mcm tu mmg la selamat bongok.

Yg jd x selamatnya ialah ketika logam atau galian itu diproses, iaitu ketika ia berada dalam keadaan x stabil. Apa jua logam atau galian adalah berbahaya ketika berada dalam keadaan x stabil.

Memandangkan nadir bumi ini beradioaktif tinggi, lagi la bahaya. Faham? Suh belajo kimia, xnak.Mcm ko pegang bom la. Mati x pegang bom? Mana mati. Sebab bom tu x berbahaya ketika stabil. Cuma ko tarik pin dia tgk.

Masa tu cepat2 la taubat. Sebab bila ko tarik pin bom, ianya akan menjadikan bom itu tidak lagi stabil. Cuba la cerdik rakyat malaysia. Jgn la dok diperbodohkan org.

Sumber ~fb Fais Al-Hajari

Tahap kewartawanan utusan.. tahap longkang.. bodoh dari lembu shahrizat..

KEMBARA OREN(ANAK) ke FELDA SELASIH - UMNO guna Kanak-kanak dan Wanita sebagai perisai manusia

Ayuh Ke Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Pahang!!

Another May 13? Umno leaders will be guilty of COWARDLY & COLD-BLOODED MURDER

Another May 13? Umno leaders will be guilty of COWARDLY & COLD-BLOODED MURDERThe fires of May 13, 1969 still burn in the mind of older Malaysians who lived through the racial riots that swept through the major cities of the peninsula.
I was a teenager then and the sight of my father quickly putting on his shoes to go out to our middle-class and predominantly Chinese neighbourhood to call for the menfolk to come out and defend their homes if the Malays attacked us was hard to reconcile with the 'happy-go-lucky' life we were enjoying.
We could hear the drums beating in the distance where there was a Malay kampung. And for his efforts my father came back fuming that an old Chinese woman had scolded him for being a ‘busybody’. It turned out she was also a distant relative.
A month before Penang had seen a curfew when a policeman was killed after a politically linked incident. Tension was high. But not all of us were bent on spilling racial blood.
We made sure that the Malay teacher and his mother who lived in our street was safe. I checked with my Malay friend and his family who lived in an adjoining suburb (which was predominantly Chinese) that they were safe. We took care of one another and there was no incident in all the neighborhoods around us – Chinese protecting Malays and Malays protecting Chinese.
Not everyone, in fact few Malaysians considered in total, were infected with the madness.

Political blockbuster: Dragon vs Dinosaur

Are Najib's ideas Jurassic and unlikely to bring the nation or its people forward?

At the recently concluded Umno general assembly, Prime Minister Najib Tun Razak was reported by a local English daily dated Dec 2, 2012 as having made the statement that “a vote for DAP is a vote for the oppression of the Malays.”
This statement is racist. Is it therefore meant to provoke Malay anger against DAP?
Asked for his comments on Najib’s statement, PAS Kuala Selangor MP, Dzulkefly Ahmad remarked that “PM Najib’s statement is the epitome of a siege-mentality because he is stuck in a racial construct and it is obvious that he is very fearful of losing power to Pakatan Rakyat (PR).
“His statement on DAP does not even contain an iota of truth. Najib is oblivious to the positive political development of New Politics that has debunk racial politics, hence his insistence in sticking to racial politics. Therefore he is hellbent on inciting the Malays to fear DAP.”
Dzulkefly also noted that despite the enormous window-dressing given to Najib’s transformation programmes and his 1Malaysia slogan, the latter has turned into a ‘dinosaur’.
“Najib’s style of politics is antiquated and dull. He has no place in the political construct of a New Malaysia,” commented Dzulkefly.
It is clear then that PM Najib is still stuck in the pre-historic times. His ideas are Jurassic and will not bring the nation nor its people forward.
As for Khalid Samad, the PAS Shah Alam MP, his view is that “Najib is plainly talking rubbish because the ones who are oppressing the Malays are in fact Umno as in the case of the Umno-BN government’s failure to pay the oil royalties to the people of Kelantan, the majority of whom are Malays.”

Politik Samseng: Polis rekod lebih lima percakapan

SHAH ALAM - Polis merekodkan lebih lima percakapan berhubung insiden provokasi yang berlaku semasa ceramah umum Pakatan Rakyat (PR) 'Jelajah Merdeka Rakyat' di Batu 8, Gombak, Selasa lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, semua keterangan yang diambil itu adalah termasuk keterangan daripada Ketua Pemuda Umno Bahagian Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

"Kesemua keterangan itu akan digunakan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 9 (5) Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

"Kita juga ingatkan semua ahli politik yang mengadakan ceramah agar menjalankan ceramah secara teratur tanpa ada sebarang unsur keganasan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang, semalam.

Saling fahami budaya, hilangkan ketakutan 13 Mei


 
KLANG: PAS hari ini mengadakan Seminar Antara Budaya Masyarakat Malaysia yang berlangsung di Hotel Goldcourse di sini.

Ianya adalah satu inisiatif Lajnah Penerangan PAS Pusat untuk memberi kefahaman mengenai kepelbagaian budaya masyarakat di negara ini agar saling memahami antara satu sama lain.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata seminar ini juga penting bagi menangkis tomahan dan taktik pihak tidak bertanggungjawab yang suka melaga-lagakan antara kaum untuk kepentingan politik.

Al Fatihah : BEKAS KETUA POLIS DAERAH DAN PEGAWAI CAWANGAN KHAS (SB) YANG MENGAMATKAN MUKTAMAR PAS BARU-BARU INI SUDAH KEMBALI KERAHMATULLAH PAGI TADI

Bekas Ketua Polis Daerah (OCPD) Slim River Haji Abdullah Haji Omar telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi...

Dalam Muktamar PAS di Kelantan yang lepas beliau berucap monyokong usul PAS Pusat dalam isu pengkhianatan UMNO kepada negara. Pengalaman beliau dalam pasukan polis termasuk 25 tahun menjawat jawatan polis cawangan khas (SB) menginsafkan beliau dalam perjuangan PAS yang sebenar.



(Video Ucapan Terakhir Beliau )

Beliau katanya sudah bertaubat dan telahpun meminta maaf pada seluruh ahli PAS di atas apa yang beliau lakukan selama ini.

PAS dan rakyat merasakan permergian beliau satu kehilangan besar buat PAS dan negara dan berdoa semoga Allah ampunkan dosa dan rahmatkan beliau dan di tempatkan rohnya bersama-sama para nabi dan syuhada di akhirat sana...ALFATIHAH..


 
P/S : Solat jenazah lepas zohor Di masjid Kg Expo, Kamunting. Ziarah jenazah di Kpg Sg Rantin, Kamunting.

Dilabel samseng, NGO Royalti sangkal tohmahan...pihak yang menafikan royalti adalah samseng...!!!

KOTA BHARU- Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menyifatkan mereka sebagai pertubuhan samseng.

Presidennya, Nazri Deraman berkata, dakwaan tersebut mungkin wujud kerana kepelbagaian golongan dalam NGO itu yang terdiri daripada ulama, belia, remaja, dan veteran dan masing- masing mempunyai pendekatan tersendiri dalam perjuangan mereka.

“Terima kasih kepada yang kata kami samseng. Itu petanda masyarakat sedar kehadiran kami.

“Tetapi ingin saya tegaskan bahawa Royalti bukan seperti didakwa malah ahli R juga dalam kalangan profesional dan setiap gerak kerja berdasarkan nasihat dan pemantauan pengamal undang- undang,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Sambil menyifatkan ia dakwaan negatif yang cuba merosakkan reputasi NGO R, Nazri berkata, ketika ini pertubuhan itu antara paling popular di Malaysia apabila mempunyai lebih 500,000 pengikut Fan Club.

Pahang : Rintihan Peneroka Felda Lakum (Bahagian 2)

Pahang : Rintihan Peneroka Felda Lakum (Bahagian 1)

Pahang : Pasar malang Lanchang

Pahang : Baik pulih Jalan Jerantut Maran Terbengkalai

Pahang : Gajah Putih Pelangai (Fokus Pelangai - Part 3)

Pahang : Hutan Simpan NAN (Fokus Pelangai - Part 2)

Pahang : Masih Mundur (Fokus Pelangai - Part 1)

PR tumpu menang lebih 4 juta pengundi ‘atas pagar’ untuk tawan Putrajaya

Kit Siang

KUALA LUMPUR, 8 DISEMBER: Pakatan Rakyat (PR) mesti memberi tumpuan untuk memenangi lebih empat juta undi ‘atas pagar’ jika mahu berjaya dalam pertembungan menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata bagaimanapun pertembungan merebut Putrajaya pada PRU-13 akan menjadi sangat sengit dan parti mana yang memenangi majoriti empat juta pengundi ‘atas pagar’ akan mendapat kelebihan.
Katanya, jadi untuk menawan Putrajaya PR perlu memberi tumpuan penuh untuk meraih empat juta pengundi “atas pagar”.
“Untuk PRU-13 nanti, daftar pemilih meningkat lebih daripada 13 juta pengundi, termasuk kira-kira tiga juta pengundi baru iaitu 60% adalah di bawah usia 30 tahun dan 25% daripadanya terdiri daripada pengundi baru.
“Pengundi baru bersama kira-kira 10 peratus pengundi atas pagar daripada PRU 2008 membentuk jumlah empat juta pengundi pada PRU-13. Mereka yang akan menentukan siapa yang akan memerintah di Putrajaya nanti,” kata Ali Parlimen Ipoh Timur dalam kenyataan medianya semalam.
Menurut Kit Siang, adalah tidak mencukupi untuk PR memenangi majoriti tiga juta pengundi baru bagi menawan Putrajaya berdasarkan anggarkan bahawa peratus undi yang dimenangi BN dan PR pada PRU 2008 adalah sama, walaupun PR menang bersih 70% pengundi baru sedangkan PR hanya dapat memenangi 109 daripada 222 kerusi Parlimen.

fin de regime – AES paku terakhir keranda BN

Liew Chin Tong

Fin de regime, dalam bahasa Perancis, mungkin boleh diterjemahkan sebagai “penghujung regim”.  Sebagaimana penggunaannya dalam fin de siècle, iaitu “di penghujung alaf”, ia bermaksud zaman kemerosotan atau zaman penamat yang sukar dijelaskan.
Sudah seramai 250,000 saman AES dikeluarkan sejak bulan September dan ramai telah diheret ke mahkamah termasuk seorang wanita berusia 80 umur. Pelbagai drama  melibatkan orang ramai.
Tertanyalah saya, adakah Kerajaan Barisan Nasional telah sampai hujung hayatnya sampai tidak terasa sentimen dan persepsi rakyat jelata?
Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) adalah manifestasi masalah struktur yang mendalam dan berjangka panjang, malah keruntuhan sesebuah sistem.
Saya melihat sekurang-kurangnya tiga persoalan timbul pada zaman penghujung regim ini, iaitu terasing dari realiti hidup rakyat, kekeliruan fungsi kerajaan dan aktiviti merentir (rent-seeking) atas nama dasar penswastaan.
Tanda-tanda keruntuhan sistem
Pada petang 21 November 2012, selepas bajet Kementerian Pengangkutan dan AES hangat diperbahaskan, Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat meminta diadakan “undi belah bahagi”, iaitu undi yang lebih sulit berbanding “undi suara” yang terbuka serta lumrah dilakukan.
Ketika Dewan berhenti bersidang tatkala undi dihitung, masing-masing mengambil gambar dengan kamera, termasuk Speaker.  Untuk dua tahun kebelakangan ini, hampir setiap kali sebelum persidangan Dewan Rakyat ditangguh, masing-masing akan mengucapkan selamat tinggal, mengandaikan pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi.

PR tekad baiki kedudukan CPI Malaysia ke-30 dan ke atas jika menang PRU-13 dan tadbir Putrajaya

Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR, 8 DISEMBER: Pakatan Rakyat dan DAP berjanji  memperkenalkan reformasi terhadap perkara yang dicadang oleh Transparency International (TI) bagi memastikan Malaysia menduduki tangga ke-30 dan ke atas dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) sebaik memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan memerintah negara.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata DAP bersetuju dengan cadangan Transparency International untuk melakukan perubahan struktur  bagi memerangi rasuah termasuk:
1.   Reformasi politik untuk mengurangkan politik wang dan menyisihkan peluang yang mengakibatkan rasuah besar.
2. Memperkasakan institusi penguatkuasaan undang-undang seperti SPRM, badan kehakiman dan polis supaya benar-benar bebas demi meyakinkan rakyat.
3.   Meluhurkan undang-undang tanpa takut atau memihak supaya “ikan besar” tidak imun (kebal) daripada dakwaan.
4.   Membaik pulih Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan memperkenalkan Akta Kebebasan Maklumat di peringkat persekutuan.

Ceramah HKR Kedah [071212]- Ust Azhar Idrus

Video HKR Kedah 7-12-2012



Video streaming by Ustream

Najib, LIABILITI yang semakin berat: Umno ditenggelami bom Altantuya & Deepak

Najib, LIABILITI yang semakin berat: Umno ditenggelami bom Altantuya & DeepakPerhimpunan Agung Umno ke-66 yang hangat diperkatakan telah berakhir dengan tangisan. Laungan bahawa mereka akan merampas dua pertiga kerusi di Parlimen bakal dimusnahkan oleh peluru berpandu yang disasarkan dari akar umbi mereka sendiri kepada pemimpin teratas yang sering dibelenggu skandal dan masalah, iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Walaupun akur bahawa rasuah itu sendiri merupakan musuh ketat Umno, Najib telah gagal menyentuh isu rasuah atau berjanji untuk memulakan lembaran baru dimana ketelusan akan menjadi kewajiban dan tiada yang akan terkecuali.
Ini tidak mengejutkan pesaing politiknya, Ini berdasarkan 3 kes yang terbongakar hanya beberapa hari sebelum perhimpunan Umno bermula.

"Apa lagi yang boleh katakan. Sudah sememangnya jelas Umno tidak akan berubah. Pemimpinnya boleh mengarahkan media arus perdana, TV dan surat khabar untuk tidak menyiarkan berita. Mereka boleh mencanangkan bahawa mereka yakin akan menang dalam pilihan raya umum ke-13 namun jauh dilubuk hati perwakilan Umno dan ahli-ahlinya yang lain, mereka tidak percaya," ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad memberitahu Malaysia Chronicle.
"Sebenarnya, akar umbi telah kecewa dan jijik dengan kecurangan dan rasuah pemimpin mereka tetapi mereka tidak mampu berbuat apa-apa kerana ini sememangnya sifat Umno. Sesiapa yang tidak tahan akan meninggalkannya,dan yang masih bertahan pula sebenarnya berharap akan mendapat sedikit sebanyak habuan daripada rasuah walaupun mereka tahu ianya salah. "
Bom BERGANDA, ada lagi bakal menyusul?

Tentera Malaikat : Warak bekalan jihad...

BERANI MATI....anggota Komando Qassam.
BERANI MATI....anggota Komando Qassam. 
 
GAZA: Barisan pejuang bergelar Komando Qassam kini menjadi pasukan paling digeruni Israel berikutan tidak pernah tewas ketika bertempur biarpun hanya berbekalkan senjata api model lama.
Kehebatan pasukan Komando Qassam yang turut digelar tentera malaikat itu kian tersebar apabila mereka yang dianggotai golongan muda, terpelajar dan ulama mampu menumpaskan ratusan tentera Zionis serta menembak jatuh pesawat pejuang mereka.

Hasrat penulis dan jurugambar menemui pasukan elit itu tercapai melalui orang hubungan di sini, berjaya mengatur pertemuan dengan sekumpulan anggota Komando Qassam.

Mereka diketuai seorang komander yang hanya mahu dikenali sebagai Sheikh dan pertemuan diadakan di satu lokasi sulit dalam ladang zaitun pada jam 12 tengah malam.

Untuk ke sana, kami dibawa menaiki kenderaan khas sebelum diarah berjalan sejauh 500 meter ke sebuah pondok dalam ladang itu. Di situ, Sheikh bersama kira-kira 20 anggotanya menyambut kami dengan mesra sebelum dibawa duduk mengelilingi unggun api kecil.

Kes Aminulrasyid : Desak Koperal Jenain mohon maaf secara terbuka


Desak Koperal Jenain mohon maaf secara terbuka
Khalid, Azura, dan Norsiah ketika sidang media di Pejabat Parlimen Shah Alam, semalam.
 
SHAH ALAM – Koperal Jenain Subi  didesak memohon maaf secara bersemuka dengan ibu dan keluarga Allahyarham Aminulrasyid Amzah, 15 yang mati terkena tembakan anggota polis terbabit dua tahun lalu.

Kakak mangsa, Aisyah berkata, Jenain, 42, perlu menemui ibunya, Norsiah Mohamad, 62, untuk meminta maaf dan menceritakan segala yang berlaku kepada mereka pada malam kejadian.

“Dia (Jenain) perlu datang berjumpa, bersemuka dan meminta maaf dengan kami, terutamanya ibu. Kami hendak dengar dari mulut dia sendiri, apa sebenarnya berlaku pada malam tersebut,” katanya.

Norsiah kesal dengan tindakan Jenain yang hanya memohon maaf kepada keluarganya  di hadapan pemberita, selepas dibebaskan  daripada hukuman penjara dalam kes tersebut Rabu lalu.