Jumaat, 7 Disember 2012

HKR Kedah : Lebih 50 ribu banjiri Stadium Sultan Abdul Halim

Alhamdulillah seperti dijangka lebih 50 ribu membanjiri padang Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat untuk negeri Kedah. Sejak petang ribuan rakyat Kedah sudah membanjiri tempat perhimpunan mengisi program santai anak muda bersama Ustaz Azhar Idrus.
 
Selepas solat Maghrib berjemaah orang ramai mengadakan Solat Hajat memohon Allah SWT memberi kemenangan untuk perjuangan Islam. Solat diimamkan oleh Tuan Guru Haji Salleh Musa.
 
Kemuncak ceramah di sebelah malam ialah ucapan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tuan Haji Mohamad Sabu dan YB Lim Kit Siang.
 





 
 
 

Rasuah: Menteri Sukan Indonesia letak jawatan...di Malaysia...????



Rasuah: Menteri Sukan Indonesia letak jawatan JAKARTA - Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Andi Mallarangeng yang menjadi suspek kes rasuah projek pembinaan pusat pendidikan dan latihan sukan serta sekolah sukan di Bukit Hambalang, Bogor, Jawa Barat, hari ini meletakkan jawatan dari Kabinet.
  
Andi mengumumkan perletakan jawatannya itu pada sidang akhbar di pejabatnya di sini Jumaat pagi selepas menyerahkan surat pengunduran dirinya itu kepada Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono di pejabat Presiden.
  
Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) Indonesia, yang telah menetapkan Andi sebagai suspek kes rasuah projek bernilai lebih satu trilion rupiah itu, telah pada semalam memohon kepada Jabatan Imigresen Indonesia supaya menghalang beliau dan dua lagi yang terbabit dalam kes sama, daripada melakukan perjalanan ke luar negeri.

Philippines Typhoon Bopha: nearly 400 dead

Hamas leader Khaled Meshaal visits Gaza

Ibu Bapa TAK SETUJU Pilihan ANAK - Ep3 Kemah Keming Ustaz Azhar

KERANI Larang Solat Jemaah Di Tempat KERJA - Ep3 Kemah Keming Ustaz Azhar

Agama IBU BAPA Rasulullah S.A.W ? - Ep3 Kemah Keming Ustaz Azhar

Suami Tak Selesai Masalah Harta SEPENCARIAN - Ep3 Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus

Kedai Makan OPERASI Waktu Maghrib - Ep3 Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus

Kembara Oren Terengganu; Ucapan Pelancatran Pengerusi Anak Terengganu

Kembara Oren Terengganu; Ucapan Pengerusi Anak Mazlan Aliman di Felda Kerteh 2

Tian Chua on "Whistle blower vs corruption" Part 2

Tian Chua on "Whistle Blower vs Corruption" Part 1

Peruntukan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang RM181.83 Juta (2009-2012). Kenaikan 300%. Pengerusi BN Kritik DAP?

Pulau Pinang Agama Islam Peruntukan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang RM181.83 Juta (2009 2012). Kenaikan 300%. Pengerusi BN Kritik DAP?
Di Pulau Pinang, berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Penang Institute untuk data tahun 2011 menunjukkan majoriti di Pulau Pinang adalah bangsa Cina dengan 41.5%, bangsa Melayu dengan 39.9% manakala India pula 10%.
Apabila bercakap langskap bangsa Melayu bumiputera di Malaysia, apabila Melayu mesti Islam.
Jadi mungkin atas pertimbangan ini & juga bilangan bangsa melayu Islam di Pulau Pinang, dengan jumlah dana lebih bagi yang dimiliki kerajaan negeri Pulau Pinang ditambah terdapat ruang sebenarnya untuk menambahbaik & agama Islam telah diangkat dan diberi lebih perhatian berbanding sebelum ini, oleh sebab itu peruntukkan hal ehwal agama Islam di Pulau Pinang dinaikkan.
Majlis Agama Islam Pulau Pinang Peruntukan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang RM181.83 Juta (2009 2012). Kenaikan 300%. Pengerusi BN Kritik DAP?
SAGUHATI TAHUNAN GURU KAFA
  • Tahun 2008 …………..RM659,000.00
  • Tahun 2009 ……………RM879,000.00
  • Tahun 2010 ……………RM913,200.00
  • Tahun 2011 ……………RM900,000.00
  • Tahun 2012 ……………RM900,000.00
PERUNTUKAN TAMBAHAN TAHUNAN UNTUK SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR)
  • Tahun 2008 ………….TIADA
  • Tahun 2009 …………..RM1.50 juta
  • Tahun 2010 …………..RM1.75 juta
  • Tahun 2011 …………..RM1.75 juta
SUMBANGAN DAN PENGIKTIRAFAN AL-HUFFAZ(Penghafal al-Quran)
  • Tahun 2008………..TIADA
  • Tahun 2009 ………….RM75,000.00
  • Tahun 2010 ………….RM100,000.00
  • Tahun 2011 ………….RM130,000.00
SUMBANGAN EHYA’ RAMADAN (KEPADA SELURUH MASJID)
  • Tahun 2008 …………TIADA
  • Tahun 2009 ………….RM213,000.00 setahun sehingga sekarang
Dan disebabkan angka-angka seperti di atas inilah yang membangkitkan kemarahan pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang sehingga bertindak mengkritik kerajaan Pulau Pinang di bawah kendalian Lim Guan Eng.

Rasuah : Rakyat hanya puas hati jika ikan besar didakwa



 
DAP bersetuju dengan cadangan Transparency International (TI) untuk melakukan perubahan struktur dalam memerangi rasuah, kata setiausaha agungnya, Lim Guan Eng.
Cadangan-cadangan tersebut ialah:

1.       Reformasi politik untuk mengurangkan politik wang dan menyisihkan peluang yang mengakibatkan rasuah besar.

2.       Terus memperkuatkan institusi-institusi penguatkuasaan undang-undang seperti SPRM, badan kehakiman dan polis. Keyakinan awam hanya boleh diperolehi jika mereka benar-benar bebas.

3.       Meluhurkan undang-undang tanpa takut atau memihak supaya “ikan besar” tidak imun daripada dakwaan.

Polis nafi benarkan aktiviti BN, Pakatan berdekatan




Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah menafikan bahawa pihak polis membenarkan kedua-dua BN dan Pakatan Rakyat mengadakan aktiviti di kawasan berdekatan yang mencetuskan pergaduhan semasa ceramah PKR di Gombak tiga hari lalu.

Menurut Akta Perhimpunan Aman 2012 (PPA), kata Tun Hisan, polis tidak lagi mengawal perhimpunan kerana Seksyen 27 Akta Polis 1967 telah digantikan dengan PAA.

NONETun Hisan (kanan dalam gambar) menjelaskan di bawah Seksyen 9
PAA, penganjur mana-mana perhimpunan awam bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada pihak polis terlebih dahulu.

Oleh itu, beliau menolak dakwaan bahawa polis membenarkan kedua-dua pihak mengadakan aktiviti mereka rapat antara satu sama lain.

"Itu tidak benar. Selepas Seksyen 27 Akta Polis digantikan dengan PAA, polis tak regulate (mengawal) lagi (perhimpunan), mereka perlu

maklumkan kepada polis (sebelum perhimpunan diadakan)," katanya kepada Malaysiakini di luar sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya hari ini.

PAS Melaka mahu HKR esok bebas provokasi


KUALA LUMPUR: PAS Melaka meminta pihak keselamatan memberikan kerjasama bagi memastikan tiada sebarang kekacauan berlaku di Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan berlangsung esok.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari berkata, Pakatan Rakyat Melaka sudah cuba sedaya upaya mengelakkan pertembungan antara penyokong Pakatan dan BN bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Hal ini katanya termasuk menukar tempat program dari Kampung Bukit Palah ke Lorong Pandan, juga dalam Daerah Melaka Tengah.

"Pakatan Rakyat seboleh-bolehnya tidak mahu ada sebarang pertembungan antara penyokong Pakatan dan peyokong BN. Jadi kita elakan buat program sebelah-menyebelah.

"Walaupun kita rancang dari awal lagi untuk adakan himpunan di Kampung Bukit Palah tapi BN tetap juga mahu menganggu program kita dengan turut adakan program di situ.

"Pakatan Rakyat sudah maklumkan kepada pihak polis tentang pertukaran tempat program dan harap pihak polis dapat menjalankan tugas dengan baik. Sebab pengalaman kita lepas-lepas, BN Melaka suka ikut ke mana kita buat program," kata Adly ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Negara Tidak Akan Aman Selagi UMNO masih Wujud


Oleh: Tok Janggut

Manusia, apabila diberikan sesuatu kelebihan oleh Allah akan mula jadi takbur, sombong, riak, bongkak dan lupa diri kecuali mereka yang punya keikhlasan hati, tawadduk, iman dan taqwa kepada Allah.

Begitulah apa yang terjadi di Gombak baru-baru ini. Serangan di ceramah Pakatan Rakyat di serang oleh kumpulan samseng UMNO yang tidak berakhlak yang diketuai oleh Ketua UMNO kawasan Gombak yang juga merupakan anak kepada Mahaguru Silat Lincah Malaysia. Sepatutnya kelebihan bersilat yang dianugerah Allah digunakan untuk kebaikan, meleraikan jika didapati ada dua puak yang bergaduh secara baik dan mesra, tetapi sebaliknya yang ditonjolkan ialah mereka ingin menunjukan mereka hebat, jaguh dan tidak ada siapa yang boleh menentang mereka kerana mereka ahli silat dan penyokong tegar UMNO.

Analisa PAU 66 di PWTC

Ramai penganalisa politik meramalkan Perhimpunan Agung Umno ke 66 kelmarin adalah perhimpunan agung terakhir bagi Najib sebagai PM. Jika Umno kekal pun ia akan berketuakan TPM yang sedang resah gelisah tidak sabar - sabar menantikan gilirannya itu.

Ucapan Najib R selaku Presiden parti Bn terbesar itu, adalah agaknya ucapan terakhir dan tutur ayatnya paling tersentuh dan menyentuh hatinurani perwakilan (ramai yg menitis airmata sayu) rakyat dan cukup beremosi sekali. Berucapan penggulungan bersemangat dan amat bersungguh-sungguh nampaknya. Himpunan kumpulan pejuang pelbagai sayap Umno itu kali ke 66 lebih menggagaskan kepada mempertahankan kemenangan mereka sahaja. Putarjaya dipertahankan dengan apa cara sekalipun. Maknanya gugatan PR disambut dan dipaksa jawab. Kini, amat tergugat dan terganggu sungguh Umno.
Selain itu, perhimpunan ini sekadar menghimpun ahli dan pimpinan pertengahan secara langsung dipaksa mendegar ikrar Umno oleh presiden yg semakin layu kemelayuaannya, himpunan ini tiada menjanjikan apa-apa kemajuan dan kesungguhan ikrar mereka sekadar mahu kekal terajui Putrajaya dan kekal berkuasa menerajui negara ini.

Kedah tolak pemasangan kamera AES termasuk mobile

(Firdaus berucap mewakili Kase dalam Himpunan  Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Abdul Halim)

ALOR SETAR: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menyambut baik tindakan kerajaan negeri Kedah untuk tidak membenarkan pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di negeri itu termasuk kamera bergerak sehingga kajian mengenainya dilakukan.

Anggota Parlimen Jerai yang juga pengerusi Kase Kedah, Firdaus Jaafar berkata, pihaknya menyokong penuh langkah kerajaan negeri itu.

Firdaus ditemui selepas berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Kedah yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti petang tadi.

HKR Kedah! Hanya 25 Orang Saja Hadir Ceramah UAI - Utusex

Hanya 30 orang saja hadir ceramah ustaz azhar idrus di kedah semalam - utusan malaysia
sambutan menghampakan untuk ustaz azhar idrus kerana Pakatan - tv3





Prinsip pemimpin Umno..selagi ada kuasa...

 Pemimpin Umno diperingkat pusat,  negeri mahu bahagian sama saja. Sejak dulu, kini dan selamanya,,selagi Umno memegang kuasa selagi itu lah mereka menggunakan kuasa atau pengaruh untuk mendapatkan harta dan kekayaan.

Budaya mengumpul harta dikalangan pemimpin Umno ini sudah menjadi lumrah. Daripada peringkat Perdana menteri,  menteri hinggalah keperingkat ketua bahagian, mahupun cawangan.   Semuanya berebut peluang,, masing-masing      mahu dapat projek. Paling tidak dapat memiliki lesen pasir pun kira ok!  atau dapat projek membuat langkang pun jadilah !! 
Itu bab projek!  Ini pula bab tanah,,  Sesusah mana pun, pemimpin Umno tetap berusaha untuk dapatkan tanah,  paling tidak tapak rumah. Kalau syarat nak dapatkan sesuatu perlu atas nama syarikat mereka pun berlumba-lumba tubuh syarikat. Maka wujudlah Syarikat Kulup Sdn Berhad lah,  Mamat Limbat Enterprise le dan berbagai lagi. Perniagaan cara Ali Baba turut menjadi-jadi sama ada secara terang-terang atau sembunyi.

Negara musnah menteri campur tangan kerja polis

KUALA LUMPUR: Pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengenai campur tangan menteri mengenai urusan polis adalah suatu yang merbahaya kepada keselamatan negara.

“Apakah jaminan keselamatan rakyat, jika penjenayah mempunyai hubungan yang intim dengan menteri? Mampukah keadilan dapat diperolehi oleh rakyat biasa?” tanya AJK PAS Pusat, Idris ahmad dalam kepada Harakahdaily.

Katanya, institusi polis sepatutnya bebas tanpa memilih bulu, justeru siapa sahaja yang salah tidak kira apa-apa kedudukan mesti diambil tindakan.

Peranan Musa Hassan dalam politik tanah air

Mohd Sayuti Omar
KEMUNCULAN secara aktif bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bercakap mengenai beberapa tindakan jabatan atau pasukan yang pernah dipegangnya, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kebelakangan ini menimbul sedikit tanda tanya. Apa lagi penglibatan beliau itu memberi kesan negatif kepada PDRM dan terutamanya mereka yang bertanggungjawab dalam menjaga hal ehwal polis.
Orang menjadi sasaran beliau ialah Menteri Dalam Negeri sendiri.
Kritikan itu dilihat sebagai satu keberanian yang pelik kerana jarang bekas pegawai tinggi kerajaan yang sedang menikmati kemudahan selepas bersara membuat kritikan terbuka seperti itu. Selalunya adalah sesuatu yang berlaku, pelik kerana kalau tidak masakan tempua bersarang rendah.

Apa ditimbulkan Musa kononnya Hishammuddin mencampuri urusan polis dengan memberi arahan kepada pegawai junior polis dan seorang ketua polis negeri melakukan sesuatu tanpa memaklumkan kepadanya. Perbuatan Hishammuddin itu dianggap mencampuri
urusan polis dan salah mengikut akta polis.

Lantaran itu ada orang bertanggapan beliau berbuat begitu kerana dendam disebabkan kontreknya kali kedua sebagai KP tidak disambung oleh Hishammuddin. Bagaimana pun beliau menafikan, apa dilakukan untuk memperbetulkan sesuatu yang salah dalam pasukan itu demi menjad imej dan integriti polis.

Akta Ketelusan Maklumat Jamin Ketelusan Tadbir Urus Negara


SHAH ALAM, 7 DIS : Pemuda PAS menyokong saranan Transparency International Malaysia (TI-M) bagi menggesa kerajaan memperkenalkan Akta Ketelusan Maklumat bagi menjamin ketelusan dalam tadbir urus negara.
Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, akta ini perlu kerana ia akan memperuntukkan hak rakyat untuk mengetahui dan menyemak dokumen-dokumen berkaitan.
“Ia adalah supaya sebarang ketirisan dan penyelewengan duit rakyat tidak boleh diklasifikasikan ‘rahsia kerajaan’,” kata Nasrudin dalam kenyataan medianya.
Beliau berkata, walaupun Indeks Persepsi Rasuah yang baru diumumkan dengan Malaysia naik enam anak tangga ke tangga 54 daripada 183 negara.
Namun peningkatan ini masih mengecewakan apabila melihat markah keseluruhan Malaysia hanya 49 daripada 100 markah.
“Kalau dinisbah kepada pencapaian anak-anak kita dalam peperiksaan 49/100 belumpun mampu meraih markah C.
“Pencapaian itu, Malaysia berada di belakang negara membangun yang lain seperti Rwanda (50), Botswana (30), Bhutan (33), Taiwan (37) dan Brunei (46) dengan negara jiran, Singapura berada di tempat ketiga keseluruhan.

‘Anak’ mahu halang AGM koperasi Felda diadakan semula untuk lantik Isa jadi pengerusi

KUALA LUMPUR, 7 Dis — Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman berkata, pihaknya akan memastikan mesyuarat agung tahunan (AGM) Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang berlangsung 20 Jun lalu tidak diadakan semula, termasuk memohon injuksi dari mahkamah, kerana mahu melantik Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Abdul Samad sebagai pengerusi.
Menurut beliau, pada AGM lalu, usul untuk menjadikan Isa sebagai pengerusi KPF telah dibatalkan dan kini terdapat percubaan untuk melantik Isa sekali lagi sebagai pengerusi badan koperasi tersebut.
“Ada komplot untuk memastikan Isa Samad jadi pengerusi KPF, kalau Isa Samad jadi pengerusi KPF, dia merancang nak pinda KPF, antaranya mengecilkan pegangan saham KPF dalam Felda Holdings dari 51 peratus, kepada hanya 29 peratus sahaja,” kata Mazlan apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider hari ini.
Mazlan berkata, terdapat salah guna kuasa berlaku apabila Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan pengerusi eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Mohd Yusof Samsudin untuk mengadakan semula AGM untuk KPF dan membatalkan mesyuarat 20 Jun itu.
“Ini kononnya ada satu pertikaian yang dibangkitkan oleh perwakilan dan SKM telah menyiasat melalui tribunal.

Strong quake hits Japan's northeastern coast

Powerful Earthquake Hits Japan

Egypt crisis: Muslim Brotherhood offices ransacked

Egypt's President Mursi appears in public to address violence over draft constitution

Anwar Ibrahim: Kekuatan Semangat Kita Boleh Mengalahkan Kekuatan UMNO

Teo: MCA division building stands on cheap land

PRU13 : Dato' Dr Asri sah jumpa Anwar namun belum "tentu" tanding

Anwar Ibrahim: Saya Tak Akan Tolak Ansur Dengan Orang Yang Rasuah & Zalim

'TNB can save RM3.5bil a year on IPP payments'

Berita Dr. Asri jadi calon PKR fitnah Ulama’ Muda Umno (ILMU) ?

Memang tak mustahil khabar angin ni dicipta puak-puak Ulama’ Muda Umno yang cukup tak puas hati dengan Dr. Asri untuk menjejaskan reputasi Dr. Asri .
Semalam aku post ulasan aku berkaitan khabar angin bekas mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin yang katanya akan bertanding atas tiket PKR di Dun Penanti Pulau Pinang “Dr. Asri akan bertanding tiket DAP kerusi Parlimen dan PKR kerusi Dun?

Aku sebenarnya tak berapa percaya khabar angin tu dan harap sangat khabar angin tu fitnan semata-mata. Macam tak berapa sesuai kalau Dr. Asri bertanding Dun di Pulau Pinang pasainya kalau dia menang pun paling tinggi pun dia cuma boleh jadi Exco Agama di bawah pimpinan DAP.

Nampak tak berapa nak sesuai orang macam Dr. Asri yang selalu mencetuskan kontroversi dengan pandangan dia yang agak kerap jugak dilihar menentang arus duduk di post macam tu.

Kalau betul dia nak jadi orang politik lebih sesuai kalau dia pegang jawatan menteri di peringkat pusat ataupun Menteri Besar walaupun pada aku dia aku nampak lebih sesuai jadi pembangkang.
Apa pun, kat bawah ni aku salin tampal timeline tweeter dia berkenaan khabar angin tu.


Memang tak mustahil khabar angin ni dicipta puak-puak Ulama’ Muda Umno yang cukup tak puas hati dengan Dr. Asri untuk menjejaskan reputasi Dr. Asri .


Aku malas nak buat kesimpulan, hangpa baca sendiri dan hangpa simpul sendiri.

Deepak Dan Musa Bergabung Musnahkan Najib Altantuya?


Pendedahan mengejutkan bekas rakan perniagaan Rosmah Mansor, Deepak Jaikishan berhubung akuan bersumpah (SD) yang dibuat bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam membuktikan wujudnya konspirasi peringkat tertinggi bagi menutup penglibatan perdana menteri Najib Altantuya dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu pada 2006.

Tidak lama selepas itu, bekas ketua polis negara, Musa Hassan pula tampil dengan kenyataan mengerikan membuatkan lidah Najib Altantuya kelu untuk menjawab dan hanya berani mengucapkan takziah kepada penuntut Malaysia yang meninggal dunia di London pagi tadi di Twitter.

Apa yang menyebabkan kedua-dua bekas orang suruhan Najib Altantuya berbuat demikian?

Mudah saja, jika anda sudah tidak diperlukan lagi menyelamatkan perniagaan kroni dan suku sakat, bersedialah untuk ditendang keluar umpama kucing kurap.

Bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad dipercayai dalang di sebalik keluarnya dari pertapaan kedua-dua nama besar yang pernah menjadi topik hangat sebelum menghilangkan diri akibat tekanan berterusan yang dikenakan ke atas mereka.

NATIONAL ISSUES & 4 mil "middle ground" voters will determine PR's fate in GE13

NATIONAL ISSUES & 4 mil "middle ground" voters will determine PR's fate in GE13The five-day 66th UMNO General Assembly, which a critic has described as “A five-day orgy of sound and fury”,  ended with the UMNO leaders breathing confidence that UMNO/BN are  headed to “a resounding electoral victory” -  winning back the  two-thirds majority in Parliament as well as state power in the Pakatan states of Kelantan, Penang, Selangor and Kedah in the 13 General Election and retaining illegal and unconstitutional power in Perak.
However, the speeches of UMNO leaders after the UMNO General Assembly, particularly the UMNO “eminence grise”,  Tun Dr. Mahathir do not bear out this confidence.
Be that as it may, the battle for Putrajaya in the 13GE is going to be a very close one and whoever wins the majority of the four million “middle ground” voters will have the upper hand.
Who are 'middle ground' voters - 3mil new voters & 1mil swing voters
Pakatan Rakyat should focus on winning the over four million “middle ground” voters if we are to succeed in the battle for Putrajaya in 13GE.
For the 13GE, the electorate has increased to slightly more than 13 million voters. There are approximately 3 million new voters in the electorate, 60% of whom are under the age of 30. New voters will comprise 25% of the electorate in the next general election.
The new voters, together with the 10% or so of the swing voters from the 2008 GE, will constitute about 4 million voters in the next GE. These voters will decide on who will govern in Putrajaya after GE13.

‘AG Chambers aiding human traffickers’

A labour activist claims that the AG Chambers is working hand in glove with the Bangladeshi High Commission to aid human traffickers.

KUALA LUMPUR: Labour activist Abdul Aziz Ismail has accused the Attorney-General’s Chambers of colluding with the Bangladeshi High Commission to aid human traffickers.
In an open letter to the government, the Selangor Anti-Human Trafficking Council member said he came to such a conclusion after his appointment as a workers welfare adviser under the Bangladeshi High Commission here was suddenly revoked.
“The sudden cancellation of my appointment by the commission under the instructions of the AG Chambers is beyond their boundaries and perimeter and it was done in bad faith,” he wrote.
He said he suspected that the AG Chambers and the Bangladesh High Commission had, willingly or unwittingly, become the tools of human trafficking syndicates, by protecting them.
In 2007, Aziz said he was officially appointed to assist or represent Bangladesh migrant workers on matters concerning their welfare by the commission. He was then empowered to assist them to obtain temporary stay visas, lodging police reports and accompanying them during legal proceedings as a translator.
He said in the years of voluntarism in this manner, he succesfully secured about more than RM700,000 of unpaid wages for exploited foreign workers.

HOW AFRAID IS NAJIB: Suaram slams cops & RoS for "TERRIFYING" secretary

HOW AFRAID IS NAJIB: Suaram slams cops & RoS for "TERRIFYING" secretaryThe Companies Commission of Malaysia (“CCM”), Registrar of Societies (“RoS”) and the police are on high gears to harass SUARAM and other individuals they deemed to be related to SUARAM.
The Company Secretary of SUARAM’s landlord was served a notice under S66 of the Societies Act 1966 at or about 9:00am this morning. The manner of service of the said notice was both terrifying and embarrassing for the company secretary (“the secretary”).
Yesterday, the RoS had attempted to serve the said notice at the secretary’s residence at least twice at about 4:00pm and later returned at or about 8:00pm. Earlier this morning, the RoS has sought assistance from the police, possibly believing that the secretary was evading service. Blaring police patrol car arrived at his residence together with the RoS’ heavily tinted vehicle.
Medical check-up due to harassment

Pertikai peruntukkan Islam Pulau Pinang meningkat 300 peratus: Umno perguna Parti Gerakan?

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pulau Pinang mengutuk pandangan serong pemimpin Gerakan yang juga Pengerusi Bn Pulau Pinang, Teng Chang Yeow yang mempertikai langkah kerajaan Pakatan Rakyat (PR) menaikkan peruntukkan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang sebanyak 300 peratus. SAMM juga melihat ada muslihat di sebalik kenyataan Teng Chang.
Sekiranya kerajaan campuran Bn yang diketuai Gerakan suatu ketika dulu tidak mengendahkan peruntukkan hal ehwal Islam kerana tidak mendapat nasihat dari Umno, maka tiada sebab untuk Teng Chang cemburu dan iri hati terhadap kepedulian kerajaan PR pilihan rakyat hari ini yang banyak mengambil berat terhadap pembangunan dan perkembangan Islam di Pulau Pinang.
SAMM Pulau Pinang berpendapat bahawa Umno sememangnya tidak boleh diharap untuk menjaga perihal Islam tidak kira di Pulau Pinang atau di mana jua. Umno bukan sahaja gagal memimpin dan mendidik parti komponan bersama dalam Barisan Nasional tentang Islam malah Umno tidak berbunyi sepatah haram untuk pertahan Islam apabila hukum menutup aurat dipersenda oleh Tan Keng Liang, juga dari Gerakan tidak lama dulu.

PRU13: Tok Mun simpan hasrat tanding lagi dalam p'raya

Mungkin masih ramai mengingati Maimun Yusof atau 'Tok Mun', warga emas yang mencabar jagoan PAS Mohamad Sabu dan calon BN (Allahyarham) Datuk Razali Ismail bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya umum 2008.

Sekalipun tewas dan hilang deposit pada pilihan raya umum itu, nenek berusia 93 tahun ini menyimpan hasrat untuk bertanding sekali lagi pada pilihan raya umum ke-13 yang bakal diadakan bila-bila masa.

Maimun Yusof nenek calon bebas 04"Kalau Tok menang, Tok nak jaga hati rakyat yang menyokong Tok. Orang-orang susah, Tok nak bagi rumah kepada mereka," katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Jalan Panji Alam di Kuala Terengganu.

Beliau bagaimanapun sedar hasratnya untuk bertanding sekali lagi mungkin sukar menjadi kenyataan kerana faktor kewangan selain tiada siapa mahu menjadi pencadang dan penyokongnya.

Pada pilihan raya umum 2008, Maimun yang menjadi calon tertua, mengaku kepada media beliau mengeluarkan simpanan Tabung Haji untuk membayar deposit bagi melayakkannya bertanding.

Beliau cuba bertanding pada empat pilihan raya umum sebelum itu namun ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya kerana tidak memenuhi syarat.

Bil elektrik akan naik hingga 41 peratus jika BN kekal memerintah

PETALING JAYA, 7 Dis — Sekiranya Barisan Nasional (BN) kekal memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang, PKR menjangkakan rakyat akan membayar tarif elektrik yang lebih tinggi sehingga kadar 41 peratus dalam tempoh empat tahun akan datang.
Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen berkata, melalui pelan rasionalisasi subsidi PEMANDU untuk meningkatkan kadar tarif elektrik setiap enam bulan selama lima tahun, pengguna yang kini membayar kadar purata sekitar RM0.33 sen /kWj, akan membayar sehingga kadar mencecah RM0.46 sen /kWj.
“Rakyat akan sengsara dengan kenaikan 41 peratus kadar bil elektrik bagi tempoh empat tahun seterusnya,” kata Wong, serta menambah kenaikan pertama tarif elektrik sudah pun dilaksanakan pada Jun tahun lalu.
Jelas beliau, melalui cadangan Pakatan Rakyat (PR) untuk menyemak semula kadar pulangan atas pelaburan (ROI) untuk Pembekal Kuasa Bebas (IPP) pada kadar purata 10 peratus berbanding 19 peratus sekarang, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mampu untuk menjimatkan bayaran kapasiti sebanyak RM2.6 bilion setahun.

Disaman RM10Juta.. PapaGomo tak mengaku dia pemilik Blog PapaGomo..

Dari pendedahan-pendedahan yang berunsur fitnah yang dibuatnya, aku sangkakan dia ini seorang yang bertanggungjawab.. tapi rupanya sama saja dengan pencacai-pencacai UMNO yang lain.. berani baling batu tapi takut nak tunjuk tangan..

Menurut sumber yang mengikuti pusingan pertama saman Husam terhadap PAPAGOMO yang berjumlah RM10juta itu:

PAPAGOMO ini menggunakan peguamnya untuk kerap meminta penangguhan.

Tak tau kenapa PAPAGOMO nak pengangguhan ni.

Yang lebih menyedihkan, PAPAGOMO seboleh-boleh MENAFIKAN yang blog PAPAGOMO beliau itu bukan miliknya.

Kita semua ingatkan PAPAGOMO mahu mempertahankan hujjah tulisan beliau yang tidak disukai Husam Musa itu. Rupanya, sikit pun dia tak sentuh tulisannya itu. PAPAGOMO lebih selesa menafikan blog beliau itu adalah miliknya.

SSM datang lagi siasat Suaram, panggil 7 orang

Siasatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terhadap Suaram nampaknya belum berakhir walaupun ia telah mengemukakan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara bulan lalu.

killthebill bersih 2 one year anniversary vigil 070912 suaram executive director nalini elumalai"Kami fikirkan ia sudah berakhir tetapi mereka datang lagi, kami terkejut," kata Pengarah Eksekutif Suaram, E Nalini.

Menurutnya, tiga pegawai SSM menyerahkan notis mengikut
Seksyen 7D(1) Akta Syarikat 1965 kepada tujuh petugas dan bekas petugas pejabat Suaram pagi tadi.

Mereka adalah Diane Savari, Maisarah Muhd Najib, Lee Hui Fei dan bekas petugas - Ong Jing Cheng, Fang Pei Fen, Andika Wahab and Yap Heng Lung.

Mereka dikehendaki hadir di ibu pejabat SSM di Putrajaya pada 17 Disember jam 10 pagi untuk membantu siasatan suruhanjaya itu.

Operasi Lynas akan diberhentikan serta-merta jika langgar peraturan

Para aktivis menunjukkan untuk membantah loji nadir bumi milik syarikat Australia Lynas Corp ketika Himpunan Hijau di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, 26 November, 2012. — Gambar Reuters
KUALA LUMPUR, 7 Dis — Lesen Peringkat Pengendalian Sementara (TOL) dan operasi Syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd boleh digantung dan diberhentikan serta-merta daripada beroperasi sekiranya syarikat pemproses nadir bumi Australia itu melanggar syarat pengendalian dan peraturan beroperasi  ditetapkan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA). “Di bawah Seksyen 22 Akta 304, sekiranya pihak syarikat melanggar mana-mana syarat lesen atau melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta, LPTA boleh membatalkan atau menggantung TOL yang telah dikeluarkan kepada syarikat sebelum ini.
“Dalam hal ini, sekiranya berlaku perlanggaran kepada syarat-syarat lesen yang telah ditetapkan, operasi syarikat akan diberhentikan secara serta merta sebelum tindakan selanjutnya diambil di bawah peruntukan akta yang sama,” jelas Setiausaha Eksekutif, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan, dalam satu kenyataan hari ini.

PERJUANGAN ISLAM ALA UMNO : MALAYSIA AKAN MENJADI TUAN RUMAH ANUGERAH GRAMMY K-POP MELIBATKAN 20 KUMPULAN K-POP PADA 15HB JANUARI HINGGA 16 HB JANUARI 2013 DI LITAR ANTARABANGSA SEPANG!!!!



"Yakin dan percayalah satu undi untuk PKR (Parti Keadilan Rakyat) bermaksud satu undi untuk kerosakan akidah dan kerosakan umat. Satu undi untuk Pas bermakna satu undi untuk perpecahan. Satu undi untuk DAP bermakna satu undi penindasan ke atas bangsa tercinta.

"Satu undi untuk UMNO dan BN adalah satu undi untuk keselamatan akidah orang Islam. Satu undi untuk BN, satu undi untuk perpaduan dan kekuatan umat. Satu undi untuk BN, satu undi pembelaan bangsa Malaysia," kata Datuk Seri Mohd najib tun Abdul Razak, Presiden UMNO ketika menggulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2012 di PWTC baru-baru ini.


REALITINYA?....

Seperti apa Kelantan itu?

Oleh Rossem
Dua kali hujan turun. Khalayak yang membanjiri Stadium Sultan Muhammad Ke -IV malam 1 Disember 2012 tetap tak  berganjak dari tempat duduk masing-masing. Hujan pertama saat pengacara memulakan ucapan untuk mempersilakan para panelis maju ke pentas khas yang dibina di depan astaka stadium untuk memulakan acara. Hujan kedua takala  wacana masuk pusingan akhir.


Para panelis terdiri Ustaz Azhar Idrus, pelakon Heliza Helmi dan artis terkenal Indonesia, Medya Sefira mundur kembali ke kerusi masing-masing di sebelah pentas, menunggu hujan reda. Hujan yang turun secara tiba-tiba tanpa amaran itu berhenti 10 minit kemudian, panelis lalu mengambil tempat di pentas. Khalayak yang hadir tak kurang 10,000. Walaupun malam itu bertembung dengan siaran langsung di televsyen perlawanan bolasepak piala Aff Suzuki 2012, Malaysia – Indonesia. Majoritinya anak muda, datang untuk menonton acara Bicara Selberiti siri ke 7, anjuran Kerajaan Negeri Kelantan.
Program yang dihostkan Hari Hiburan Islam (HAI) yang dipimpin Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri Kelantan, Haji Ahmad Baihaki Atiqullah upaya menarik minat anak-anak muda negeri Kelantan sehingga pada siri terakhir penutup tirai 2012 ini kehadiran peminat luar biasa sekali, namun jumlah kehadiran sudah dapat dijangkakan, justeru penganjur mengubah tempat acara dari Kelantan Trade Centre atau Balai Islam Lundang seperti sebelumnya kepada tempat yang lebih luas dan selesa iaitu Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.
Publik memenuhi stadium sejak jam 8.00 malam, mereka kemudiannya mendirikan solat Insya berjamaah. Hal seperti ini dianggap lumrah di Negeri Serambi Mekah yang ditadbirkan ulama lebih 22 tahun dengan dasar Membangun Bersama Islam. Setiap kali berlangsung acara di lapangan, mendirikan solat fardu berjamaah tak pernah diabaikan, kerana itu antara yang diajarkan pemimpin kerajaan negeri kepada rakyat.

Hishamuddin, Musa Hassan sama-sama bersalah

Oleh  MOHAMED HANIPA MAIDIN
Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan mendedahkan bahawa Menteri Dalam Negeri, Dato' Hishamuddin Hussein terlibat dalam memberi arahan kepada pegawai-pegawai polis yang lebih rendah daripadanya dan pegawai polis di peringkat daerah.


Musa menyatakan beliau telah menegur tindakan Hishamudin tersebut dengan menarik perhatian kepada Seksyen 4 Akta Polis 1967 yang memperuntukkan bahawa kuasa memberi arahan kepada pihak polis hanya diberikan kepada KPN.

Bagi PAS dan penyokong Pakatan Rakyat  yang seringkali menjadi mangsa kerakusan dan kezaliman pihak berkuasa, khususnya pihak polis, sudah lama merasakan kerakusan dan kezaliman polis tersebut hasil restu Umno dan pemimpin tinggi parti tersebut. Pendedahan Musa  membenarkan tanggapan Pakatan selama ini - polis adalah ejen Umno!

Polis telah disalahgunakan oleh Umno melalui Hishamuddin. Jika apa yang dilakukan Hishamuddin  di era Musa KPN logiknya hal sama terus berlaku sehingga kini iaitu di bawah KPN sedia ada.
 

“BN gelabah kaji royalti minyak Sabah yang dinafi lebih 30 tahun lalu”

Dr Hiew King Cheu

KOTA KINABALU, 7 DISEMBER: Penafian hak rakyat Sabah untuk menikmati 20 peratus royalti minyak oleh kerajaan BN sejak lebih 30 tahun lalu adalah antara sebab negeri itu menghadapi masalah ekonomi, kemiskinan, kurangnya pembangunan dan infrastruktur yang baik.
Justeru, desakan PR menuntut kenaikan royalti kepada 20 peratus bertujuan mengembalikan hak rakyat Sabah yang dinafikan selama ini bagi menjana keberlangsungan pembangunan dan memulihkan sosio ekonomi negeri yang selama ini tidak dipedulikan BN.
Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Dr Hiew King Cheu berkata, sejak lima tahun mulai 2008 hingga 2012, Sabah cuma menerima sekitar RM4 juta, Sarawak sebanyak RM10.4 juta manakala Terengganu RM11.6 juta.
“Apa yang diterima Sabah itu amat sedikit berbanding negeri lain,
“Sebab itu PR mendesak agar 20 peratus royalti petroleum diberi kepada Sabah. Jika ia dilaksanakan, ini akan meningkatkan pendapatan kerajaan negeri daripada sekitar RM941 juta pada 2012 kepada RM4,000 juta sekiranya PR mengambil alih pusat.” jelas beliau.

UMNO, dulu… kini… dan selamanya rasuah.

Oleh Adil Mat Selamat
BARU-BARU ini politik tanah air digegarkan lagi dengan satu siri skandal ‘projek rembat tanah rakyat’ oleh UMNO-BN di negeri Selangor.
Pendedahan itu dicetuskan oleh ADUN DAP Sekinchan, Ng Suee Lim ketika sesi Petrsidangan Dewan Undangan Negeri Selangor yang lalu. Beliau mendedahkan bahawa terdapat 24 bidang tanah ‘dibeli’ dengan harga murah oleh parti komponen Barisan Nasional (BN) di Selangor.
Kemudian, Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua, terus membongkar status tanah yang dijual dengan harga paling murah iaitu RM1 sekaki persegi yang kini dibangunkan dengan kondominium mewah yang dianggarkan bernilai ratusan juta ringgit.
Kita difahamkan, terdapat banyak lagi bukti membabitkan beberapa lot tanah yang akan didedahkan kepada umum, satu persatu.
Ketika ini UMNO sedang giat bertempik ke hulu ke hilir dengan slogan membela rakyat, slogan mendukung Islam dan memperjuangkan ekonomi rakyat. Rupa-rupanya dalam diam UMNO-BN Selangor selama ini membuat ‘onar’ kepada rakyat.
Keinginan UMNO nak berubah, nampaknya hanya omong kosong. Perangai salahguna kuasa, culas pada tanggungjawab dan tidak amanah masih menjadi amalan harian mereka.
Skandal ini ibarat petunjuk jelas kepada rakyat bahawa UMNO itu ..dulu..kini dan selamanya akan terus bergelumang dengan rasuah dan salahguna kuasa.
Persoalan yang menarik di sini ialah;

‘Umno memang tak boleh diharap bela Islam’

Sekali lagi Umno diam membisu apabila Gerakan mempertikai peruntukan bagi pembangunan hal ehwal Islam di Pulau Pinang.

PETALING JAYA: Umno sememangnya tidak boleh diharap untuk memelihara dan meninggikan syiar Islam, kata Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pulau Pinang, Aidil Ibrahim.
Beliau berkata, sekali lagi Umno diam membisu apabila Gerakan mempertikai peruntukan bagi pembangunan hal ehwal Islam di Pulau Pinang jauh lebih besar dari negeri yang dipimpin Umno.
Baru-baru ini, seorang pemimpin Gerakan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow mempertikai langkah kerajaan Pakatan Rakyat negeri itu menaikkan peruntukkan Hal Ehwal Islam sebanyak 300%.
Beliau menegaskan, sekiranya kerajaan campuran BN yang diketuai Gerakan suatu ketika dulu tidak mengendahkan peruntukan hal ehwal Islam kerana tidak mendapat nasihat dari Umno, maka tiada sebab untuk Teng Chang cemburu dan iri hati terhadap kepedulian kerajaan
Pakatan hari ini yang banyak mengambil berat terhadap pembangunan dan perkembangan Islam di Pulau Pinang.

12.12.12 RALLY IS ON: Marginalized & living-in-limbo, M'sian Indians WON'T BE MUZZLED

With just 5 days to go, the police appear to be pulling out all stops to block the planned December 12, 2012 rally to protest the plight of stateless Malaysian Indians.
But despite the concerted efforts to intimidate the rally organizers, the 'sit-in' demonstration due to be held in front of the JPN or National Registration Department in Putrajaya will go ahead as planned, PKR vice president N Surendran told Malaysia Chronicle.
12.12.12 RALLY IS ON: Marginalized & living-in-limbo, M'sian Indians WON'T BE MUZZLED"It's a continuing harassment of a peaceful demonstration to highlight the government's neglect. This confirms Najib's show of democratization is a complete sham. Having failed to resolve the problem of statelessness among Malaysian Indians, the government is now trying to prevent the victims from peacefully gathering to voice their grievances," said Surendran.
"Irrespective of this harassment, the rally will proceed."
According Surendran, the organizers have been told to report to the IPD in Putrajaya at 2.30pm on Friday (December 7) to have their statements taken.
Living in limbo
Indeed, with the general election just months away, the votes of the minorities, especially the Indians, have become "very sensitive" to Prime Minister Najib Razak's BN coalition which may lose its stranglehold on power if it fails to placate irate voters.

Skandal tanah: UMNO Selangor salahkan sama sendiri


KUALA LUMPUR, 7 DISEMBER: Perdana Menteri Najib Razak disaran agar memberhentikan usaha menyedihkan oleh pemimpin UMNO Selangor untuk cuci tangan daripada terpalit skandal pemilikan tanah ketika memerintah di negeri itu.
“Adalah sangat kelakar untuk melihat bagaimana pemimpin UMNO Selangor kelam kabut untuk tidak bertanggungjawab terhadap peranan mereka dalam skandal tanah Selangor,” kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam kenyataan medianya hari ini.
Selasa lalu pihaknya membongkar bagaimana sebidang tanah seluas 87,188 kaki persegi di Ara Damansara telah ‘diberi’ kepada UMNO Subang pada harga yang teramat murah pada tahun 2004. Tanah itu kini dibangunkan menjadi kondominium Suria Damansara yang dianggar bernilai RM90 juta.
Pada sidang DUN Selangor baru-baru ini, wakil daripada UMNO dan MCA, Abdul Shukor Idrus dan Wong Koon Mun menyatakan bahawa tanah yang mereka dapat adalah untuk kegunaan rakyat termasuk pembinaan tadika dan dewan orang ramai.
“Apabila mereka tertangkap, pemimpin UMNO kini lintang pukang menafikan pembabitan mereka dalam skandal tanah terbabit dan menyalahkan pemimpin lain,” ujar Tony yang juga Setiausaha Publisiti DAP.

Skandal Tanah Selangor : Najib Perlu ‘Cuci Tangan’ Pemimpin Umno-BN


SHAH ALAM 07 DIS :  Datuk Seri Najib Razak perlu memikul tanggungjawab berhubung skandal tanah yang membabitkan pemimpin Umno-BN Selangor kini.
Ini keran pemimpin terbabit salaing menuding jari antara satu sama lain terutama membabitkan skandal tanah di Subang.
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata mereka kini sudah terperangkap dalam skandal terbabit dan mula menafikan penglibatan mereka dalam skandal itu.
Sebelum ini, DAP mendedahkan sebanyak 87.188 kaki persegi tanah diberikan kepada Umno Subang yang didakwa dibeli dengan harga murah pada tahun 2004.
Tony mendakwa tanah itu kini menjadi tapak projek sebuah kondominium, Suria Damansara 200 unit yang berharga RM450,000 seunit manakala harga pasaran pada masa kini mencecah RM90 juta.
Bagaimanapun sebelum ini, Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus menjelaskan tanah itu dibeli bagi tujuan kegunaan masyarakat antaranya pembinaan tadika dan dewan serbaguna.
“Apabila mereka (BN) menafikan dakwaan kami, mereka kata tanah itu untuk bina tadika dan dewan komuniti dan perkhidmatan lain. Tetapi, ini bukan kes sebenar.
“Selepas terperangkap, kini mereka menyalahi antara satu sama lain dan mula menunding jari kepada pemimpin Umno-BN yang lain,” katanya dalam satu kenyataan media.

Politik Samseng : Lebih banyak keganasan menjelang parlimen dibubar


KUALA LUMPUR: Sikap polislah yang menyebabkan pihaknya dilihat bersubahat dengan keganasan yang dilakukan oleh Umno terhadap perhimpunan-perhimpunan Pakatan Rakyat (PR), kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Malah, katanya, serangan terhadap ceramah PR di Gombak Selasa lalu dengan sendirinya menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya kemarahan Umno terhadap parti lawan "tidak sampai tahap nak tembak bunuh".

Mohamad juga melihat kejadian tersebut sebagai notis keganasan Umno yang kelihatan tidak sabar-sabar lagi mahu mencetuskan ulangan peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

"Bila (bekas Ketua Polis Negara Tan Sri) Musa Hassan tegur sikap polis yang tidak halang pihak yang mengganggu ceramah PR di Gombak dan membiarkan pertumpahan darah berlaku, rakyat serta merta melihat polis bersubahat dalam kejadian itu," katanya.

Siap siaga hadapi provokasi melampau musuh politik yang samseng..


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta semua jentera Pakatan Rakyat (PR) di segenap peringkat agar bersiap sedia menghadapi kemungkinan tindakan provokasi dan keganasan pihak musuh dalam menghadapi Pilihan raya Umum ke-13.


Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata ternyata apa yang berlaku di Dataran Sharuddin, Batu 8 Gombak beberapa hari lepas di mana ada penonton yang cedera ditikam dan dibaling objek menunjukkan ada pihak tertentu yang sanggup melakukan apa sahaja demi mengekalkan kuasa mereka.

Katanya, DPPM menganggap ada pihak cuba untuk menggagalkan program penerangan seperti ceramah yang dianjurkan oleh PR kerana sifat dengki dan hasad ekoran ceramah anjuran PR kerap mendapat sambutan yang hebat daripada rakyat.

“Ia juga dibuat dengan harapan supaya rakyat tidak mendapat maklumat yang lengkap dan tepat mengenai isu-isu semasa.

SAT1M : MCA dapat tanah murah di Kajang?


 
KAJANG: Sedikit demi sedikit skandal projek sapu tanah oleh BN Selangor sewaktu memerintah negeri itu dahulu mula terdedah. Terbaru, Ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching pula tampil dengan pendedahan berikutnya.

Beliau mendedahkan bahawa tanah seluas 6,900 kaki persegi yang terletak di kawasan komersil di tengah bandar Kajang ‘dibeli’ MCA Hulu Langat pada Januari 2001 juga dengan harga RM1 sekaki persegi.

“Lebih memeranjatkan apabila tanah itu kini diambil pula oleh Kerajaan Persekutuan untuk projek MRT dengan bayaran pampasan kepada MCA dengan satu jumlah yang tidak diketahui,” katanya pada sidang media, hari ini, lapor Roketkini.

Menurut Nie Ching, tapak itu kini sedang dibina bangunan pejabat MCA Hulu Langat (kanan) dan bukan untuk dibina tadika atau dewan orang ramai seperti yang didakwa.

Nie Ching juga menuntut MCA melalui pimpinannya termasuk Presidennya, Chua Soi Lek, Donald Lim dan terutamanya Chua Tee Yong untuk menjelaskan kepada umum bagaimana MCA dapat memiliki lot tanah itu pada harga yang terlalu murah dan berapa pula pampasan yang dibayar Kerajaan Persekutuan kepada mereka.

Menurut Nie Ching, pampasan yang perlu dibayar untuk pengambilan balik tanah oleh kerajaan harus mengikut harga pasaran semasa.

“Sewaktu tanah itu dibeli MCA, mereka sekadar membayar RM1 sekaki persegi.

“Pampasan yang mereka dapat daripada Kerajaan Persekutuan adalah keuntungan yang mereka perolehi,” katanya.