Khamis, 6 Disember 2012

Gambar dan Video suspek yang menikam petugas Pakatan Rakyat didedahkan!!


Dalam insiden 'ceramah berdarah' di Gombak pada 5 Disember 2012 yang lalu, seorang petugas dari Pakatan Rakyat telah mengalami kecederaan akibat ditusuk dengan objek tajam.

Menurutnya beliau ditusuk ketika cuba menghentikan provokasi dan menghalang serta menasihati penyokong-penyokong kedua-dua belah pihak agar bertenang.

Malangnya beliau telah ditikam..

Dan malang juga pemuda yang menikam petugas Pakatan Rakyat itu kerana tanpa disedarinya perbuatannya itu telah terakam oleh seseorang..

Perhatikan video di bawah..

Pada minit ke 1:38 kelihatan seorang pemuda memakai helmet dari arah penyokong UMNO meluru ke arah penyokong Pakatan Rakyat dan menikam salah seorang penyokong Pakatan Rakyat kemudian ditarik kebelakang oleh Penyokong UMNO..
640" height="380"> 640" height="380">



MALAIKAT Tadah Air Wudhu ? - Ep3 Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus

MINTA Kembali Hadiah - Ep3 Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus

02/02 Episod 3 KEMAH KEMING Ustaz Azhar Idrus

01/02 Episod 3 KEMAH KEMING Ustaz Azhar Idrus

Kenapa Baca KUAT Semasa Solat Subuh Maghrib Isyak ? - Ep3 Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus

Lapor Polis Konvoi Oren Tindakan Pengecut

Video Penuh : Politik samseng,di manakah maruah kita?

Wacana Sinar Harian Siri 16: Politik Samseng Di Mana Maruah Kita Part 7

Wacana Sinar Harian Siri 16: Politik Samseng Di Mana Maruah Kita Part 6

Wacana Sinar Harian Siri 16: Politik Samseng Di Mana Maruah Kita Part 5

Wacana Sinar Harian Siri 16: Politik Samseng Di Mana Maruah Kita Part 4

Wacana Sinar Harian Siri 16: Politik Samseng Di Mana Maruah Kita Part 3

Wacana Sinar Harian Siri 16: Politik Samseng Di Mana Maruah Kita Part 2

Wacana Sinar Harian Siri 16: Politik Samseng Di Mana Maruah Kita Part 1

Penganjur: Himpunan di Melaka pindah kerana 'ugutan'

Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka mendakwa, seorang pemilik tanah menerima pelbagai ugutan daripada individu tertentu sehingga takut untuk menyewakan kawasan berkenaan bagi digunakan sebagai lokasi perhimpunan pada hari Sabtu depan.

Setiausaha program himpunan itu, Asri Shaikh Abdul Aziz berkata perkara itu menyebabkan lokasi berkenaan terpaksa dipindahkan ke satu kawasan lapang di belakang pejabat DAP negeri.

Tanpa menamakan individu tertentu, Asri yang juga setiausaha perhubungan PAS Melaka mendakwa ugutan berkenaan disampaikan oleh "Umno dan BN".

"Sebelum ini (pemilik tanah) telah mengeluarkan surat persetujuan untuk menyewakan tanah tersebut tetapi tengahari ini beliau menghubungi kita menarik balik persetujuan tersebut atas alasan ada pihak yang mengugut beliau.

"Kita berasa amat kesal dengan tindakan tersebut kerana ianya dibuat hanya 2 hari sebelum program dilaksanakan dan kita terpaksa melakukan persiapan dari awal di lokasi baru," kata Asri dalam kenyataan medianya hari ini.

Gagal Patuhi 4 Faktor Utama :Urusan jual tanah Taman Manggis pada BN tak jadi

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memutuskan untuk membatalkan tawaran BN Pulau Pinang untuk membeli tanah Taman Manggis untuk perumahan awam.

Pengerusi BN negeri itu, Teng Chang Yeow telah menawar untuk membeli tanah seluas 1.1 ekar di sepanjang Jalan Zainal Abidin dengan harga RM22 juta.

NONEKetua Menteri Lim Guan Eng (kiri) berkata tawaran itu, yang
tamat pada 4 Disember, telah ditolak kerana kegagalan BN untuk mematuhi empat faktor utama.

"Tidak ikhlas dan tiada komitmen tulen oleh Teng dan BN Pulau Pinang untuk membina rumah awam atau rumah kos rendah untuk disewa," kata Lim, dalam satu kenyataan hari ini.

Ini, katanya, ekoran kenyataan bercanggah PengarahTaman Manggis Phase II Development, Khoo Boo Soon bahawa perumahan mampu milik berharga RM400,000 akan dibina di situ.

Khoo, bekas pemangku pengarah dengan Majlis Perbandaran Pulau Pinang, telah dibidas oleh Teng kerana membuat pengumuman mengejutkan itu yang tidak direstui oleh BN.

Dua syarat-syarat tidak dipatuhi
Lim berkata, BN juga telah gagal untuk mematuhi dua syarat kerajaan negeri bagi memenuhi tawaran, termasuk menukar pengarah dan pemegang saham syarikat pembangunan yang mesra BN itu.

Nasrudin cabar Najib dan Khairy isytihar harta


KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan mencadangkan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kabinet dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengisytiharkan harta masing-masing sebagai satu usaha untuk memulihkan persepsi rasuah negara.


“Saya juga mengambil kesempatan untuk mencadangkan kepada Perdana Menteri dan para menteri yang melaungkan politik baru pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) supaya mengisytiharkanharta masing-masing. Tidak lupa juga kepada rakan sejawat saya dalam Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nasrudin berkata sedemikian setelah Malaysia mencatatkan markah ‘gagal peperiksaan’ 49/100 di dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International (TI) 2012 yang baru diterbitkan.

“Indeks persepsi rasuah yang baru diumumkan, Malaysia naik 6 anak tangga ke tangga 54 daripada 183 negara. Walaupun saya agak gembira dengan peningkatan ini, kegembiraan itu terbantut apabila melihat markah keseluruhan Malaysia hanya 49 daripada 100 markah.

“Kalau dinisbah kepada pencapaian anak-anak kita dalam peperiksaan 49/100 belumpun mampu meraih markah C,” kata beliau.

UTUSAN DAH HAMPIR BANKRAP SAMPAI DAH TAK MAMPU NAK BAYAR UPAH PEGUAM!!!



UTUSAN DAH HAMPIR BANKRAP SAMPAI DAH TAK MAMPU NAK BAYAR UPAH PEGUAM!!!
...TERPAKSA PERKASA BUAT KUTIPAN DERMA KILAT!!!!
Oleh kerana lidah biawak rasmi UMNO, Utusan Malaysia sering disaman dan kalah kerana melakukan fitnah, kini difahamkan kantungya sudah hampir kosong.

Terpaksalah pihak PERKASA buat kutipan derma bagi membantu Utusan membayar kos guaman, sebab terlampau banyak saman sedang dan bakal menunggu.

Penyata kewangan Utusan Malaysia tahun ini difahamkan  Kumpulan Utusan dan anak-anak syarikatnya kerugian puluhan juta ringgit.

MAU TAK BANKRAP!!!!!... ASYIK KENA SAMAN  DAN KALAH....RAKYAT PUN SEMAKIN MENGECIL NAK BELI AKHAR-AKHBAR KELUARANNYA.

Tidak Puas Mendengar Bicara BJ Habibie

Sebelah pagi tadi dalam keadaan selesema sempat juga saya menyempatkan diri hadir di majlis pidato oleh bekas presiden Indonesia Bapak Prof. Ir Bacharuddin Jusuf Habibie di Universiti Industeri Selangor (Unisel). Saya pergi kerana ingin sangat mendengar pandangan beliau khasnya mengenai politik dan demokrasi kerana selalunya politik bangsa Indonesia itu lebih matang bersifat ilmiah dan rencam berani berbanding dengan politik Malaysia.


Habibie sedang menyampaikan pidato.
Dari beliau juga diharap dapat mendengar bicara mengenai sejarah saat-saat kebangkitan rakyat Indonesia menentang oder baru di bawah pimpinan Seoharto di mana beliau juga turut menjadi pendokong Suharto. Diharap sangat bekas presiden itu memberi sedikit point-point atau pun rempah ratus bagaimana untuk rakyat Malayisa ikut sama berbuat demikian, - menyuluh dengan jelas wajah politik mereka sambil membuat perbandingan dengan siasah Indonesia.

Ini perlu dirasakan kerana dalam memahami politik dan demokrasi sebenarnya, kita masih lagi terikat dengan fahaman yang usang dan kolot lebih sentimen menurut acuan kita sendiri.

Juga diharap Habibie akan mencuplikkan sedikit mengenai tempoh pemerintahannya sebagai presiden, cubaan dan cabaran atau beberapa kesempatan yang beliau berjaya melakukan sebagai presiden berdasarkan aspriasi dirinya atau berdasarkan perwatakan beliau sebagai tokoh terkemuka dalam bidang teknologi dan engineering di Indonesia dan juga kehebatan dan kejayaannya dalam mengikut individu cendekiawan Indonesia menerusi Ngo bernama Ikatan Muslim Cendekiawan Indonesia (ICMI).

FELDA : Cacing dah jadi Naga.

Di fahamkan Isya Azlin telah diberi amaran oleh org besar Felda, Beliau disuruh henti menulis kisah benar ARIZAN, drebar Faizoul yg merupakan drebar paling hensem dikalangan drebar2 yg ada di bilik 400 dan seluruh Felda. ???? Arizan yg merupakan drebar yang paling mewah, paling istimewa dan digeruni dibilik 400. Arizan boleh susahkan sesiapa saja yg cuba nak membongkar tabiat buruknya atau kutuk 3 serangkai, dari drebar2 hinggalah ke pengarah2 yg tak sehaluan dgn Faizoul akan pasti jadi mangsanya.
Difahamkan sdr Isya Azlin yg merupakan org yg paling rapat dan tahu kisah2 benar Arizan dan keluarganya juga. Beliau disuruh berhenti serta merta membongkar kisah2 Arizan dan cuba diberi sogokan jika setuju …… Difahamkan kes BUNTINGkan anak org dan cabul cleaner Felda semua penghuni bilik 400 dah tahu …. ?????? Difahamkan org besar Felda itu kata jgn ganggu Arizan lagi sbb dia dah tak boleh kerja, diganggu dgn berita bergini. “Dia stress & fobia, kesian dia”
Kwan2, org besar Felda kita ini sungguh perihatin kes2 mcm ini pun dia ambil tahu, bnyk betul keja dia….
Tapi kan elok duit yg nak didosok itu bagi Arizan dan singkir dia dari Felda sbb klu seorg itu ada tabiat buruk amat bahaya simpan lagi, dia akan ulang pekara yg sama, lebih2 lagi diberi muka mcm ini, lagi naik tocang lah dia ini…. Sepatutnya kemungkaran dicanggah justeru dipantau bkn di cover atau didiamkan. ?????

AWAS Warga Peneroka, KPF Bakal Lingkup?


Felda dibolot Isa Samad. Pengerusi Felda, Pengerusi FGVH, Pengerusi Felda Holding, Pengerusi Felda Asset Holding dan tak lama lagi Pengerusi KPF. 


Anak Peneroka tidak ada seorang pun yang layak. Kalau ada pun setakat ' budak suruhan' Isa Samad sahaja.


Maka berpesta lah Isa Samad dengan 'penyamun2' yang lain....
KPF BAKAL LINGKUP?

UMNO tidak bermoral, rendah pula akhlaknya

Apa yang sedang dikatakan oleh Tan Sri Musa Hasan akhir-akhir ini merupakan ‘consequence’ yang amat buruk hasil dari pencerobohan pihak ‘executive’ terhadap badan-badan bebas seperti Badan Kehakiman dan Perundangan serta ‘Badan Legislative’ yang mula dilakukan oleh pentadbiran Dr Mahathir dan Dr Mahathir itu sendiri. Walaupun ramai yang menentang tindakan Dr Mahathir mencemari badan-badan bebas negara semasa itu, tetapi mereka ini tidak dipedulikan kerana ketamakan kuasa dan tidak mahu tunduk kepada sistem demokrasi negara.
Pihak kerajaan pimpinan Mahathir semasa itu amat jelas tidak berakhlak dengan memecat Ketua Hakim Negara dan empat Hakim Mahkamah Agong semasa itu. Ini semua adalah kerana tekanan Dr Mahathir terhadap Badan Kehakiman Negara khususnya terhadap Tun Salleh Abas semasa Mahkamah Agong bersedia untuk menghakimi tuntutan ahli-ahli UMNO (asal) untuk menghidupkan UMNO yang telah dibunuh oleh Dr Mahathir.
Kalau dikaji dari mana sudut kehakiman sekali pun, UMNO asal akan hidup, dan inilah yang tidak di gemari oleh Dr Mahathir. Mahathir mahukan UMNO asal itu mati terus dan tidak mahu melaksanakan penghakiman Mahkamah Tinggi yang memutuskan untuk di adakan sekali lagi pemilihan UMNO kerana dalam pemilihan sebelumnya itu tidak sah kerana wujudnya beberapa orang yang tidak layak mengundi dan menjadi perwakilan UMNO ke Perhimpunan Agung 1987.

Dituduh ‘Pengkhianat’ Pendedahan Musa Hassan Demi Kebaikan Polis Dan Negara

SHAH ALAM, 6 DIS : Tan Sri Musa Hassan menegaskan walaupun ada pihak yang melabelkan beliau sebagai ‘pengkhianat’ kerana mendedahkan campurtangan yang berlaku dalam urusan Polis, namun ia adalah untuk kepentingan Polis sendiri.
Bekas Ketua Polis negara itu berkata pendedahan beliau mengenai campurtangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hissammuddin Hussein adalah supaya professionalisme Polis dipelihara sebagaimana diperuntukkan undang-undang.
Sebelum ini, Musa mendedahkan bahawa semasa pentadbirannya,
Hishammuddin memberikan arahan kepada pegawai polis bawahan tanpa merujuk kepadanya.
Beliau berkata demikian dalam Wacana Sinar Harian kali ke-16 yang mengetengahkan topik “Politik Samseng, Di Mana Maruah Kita”.
Musa merupakan Mantan Ketua Polis Negara yang memegang jawatan itu selama empat tahun sejak tahun 2006 sebelum digantikan oleh Tan Sri Ismail Omar pada 13 September 2010.
Musa berkata tindakan campurtangan politik bertentangan dengan Seksyen 4 (1) Akta Polis 1967, yang mengatakan arahan dan kawalan polis adalah di bawah Ketua Polis Negara (KPN) dan bukan di bawah kuasa Menteri.

Politik Samseng: Tindakan akan diambil jika pemimpin BN terlibat, kata Kamalanathan

Menurut Kamalanathan, tindakan akan diambil jika pemimpin BN terlibat dengan politik samseng. — Gambar oleh Anne Muhammad
 
SHAH ALAM, 6 Dis — Ahli Parlimen Kuala Selangor P Kamalanathan mengatakan jika terdapat pemimpin Barisan Nasional (BN) terlibat dengan politik samseng, kepimpinan tertinggi gabungan tersebut tidak teragak-agak untuk melucutkan jawatan pemimpin terbabit. "Jika ada calon bersalah dan terlibat dalam politik samseng, kita sentiasa terbuka jika polis mengambil tindakan kepada mana-mana pemimpin yang bersalah.
"Apa yang saya boleh katakan di sini, saya sebagai wakil rakyat akan sentiasa membuat perubahan kepada diri saya sendiri.
Apa yang saya boleh ubah, saya akan cuba berubah menjadi pemimpin yang baik," kata beliau dalam Wacana Sinar Harian, "Politik Samseng Dimana Maruah Kita", disini hari ini.
Pemimpin MIC itu yakin ahli politik di negara ini mempunyai etika mereka tersendiri.
"Saya yakin ahli politik di negara ini mempunyai etika, jika tidak, mereka tidak akan kekal lama sebagai ahli politik atau pemimpin parti, jadi untuk memudahkan perjalanan, kita ikut sajalah undang-undang yang ditetapkan," katanya.
Pada 4 Disember lalu, pergaduhan berlaku diantara penyokong Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) di Gombak sehingga menyebabkan penyokong kepada kedua-dua kumpulan tersebut cedera parah.

Ugutan 13 Mei dan budaya politik samseng

1. Dewasa ini kerap kedengaran di bibir-bibir berita dan akhbar budaya ‘politik kotor’ dan ‘politik samseng’ dalam dunia politik Malaysia. Sungguh memalukan ! Inikah budaya yang diamalkan di dalam sebuah negara yang demokrasi ?

2. Sebelum ini pada 14 Febuari 2012 pernah berlaku insiden ‘Tumbuk menumbuk di ceramah Datuk Seri Anuar Ibrahim’ di Felda Tun Ghafar, Alor Gajah, Melaka.

3. Pada 17 Julai lalu, ceramah YB Nurul Izzah di Pagoh juga turut diganggu. Kalau kita masih ingat insiden yang menimpa mahasiswa yang mendiami Dataran Merdeka pada 19 April yang lalu, mereka diserang dan banyak kerugian yang mereka alami hasil dari tindakan dan perbuatan politik yang tidak bertamadun ini.

4. Terbaru adalah ‘tragedi berdarah’ yang berlaku di Gombak pada 5 Disember semalam, apabila ceramah Jelajah Merdeka Rakyat diganggu dan mengakibatkan seorang petugas ditikam dibahu.

Defisit fiskal Malaysia 41 kali

Kadar defisit Belanjawan Malaysia pada kira-kira 4.5 peratus daripada KDNK boleh dikatakan tinggi. 

PETALING JAYA: Senator Dr Syed Husin Ali mendedahkan bahawa pengurusan belanjawan negara ternyata amat buruk kerana dalam tempoh 44 tahun, Malaysia mengalami defisit fiskal sebanyak 41 kali (41 tahun), dari tahun 1970 hingga 2013.
“Sekiranya kita buat perbandingan kadar defisit Belanjawan Negara ini dengan kadar defisit di negara-negara lain, kita dapati gambaran yang kurang menyeronokkan,” katanya ketika membahas Belanjawan 2013 di Dewan Negara semalam.
Beliau berkata, mengikut statistik yang dikemukakan oleh Bank Dunia untuk tahun 2011 (kerana tidak ada statistik selepasnya), kita dapati bahawa kadar defisit Belanjawan Malaysia ialah kira-kira 4.5 peratus daripada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar).
“Ini boleh dikatakan tinggi apabila dibandingkan dengan beberapa buah negara lain seperti Indonesia (1.2 peratus), Singapura (1.3 peratus), Korea Selatan (1.5 peratus), Thailand (1.5 peratus) Taiwan (2.3 peratus) dan Vietnam ( 2.6 peratus).

Ceroboh tapak ceramah, samseng Umno bersalah – Musa Hassan

SHAH ALAM 6 DIS: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyifatkan serangan samseng Umno yang diketuai Pemuda Umno Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin sebagai suatu bentuk pencerobohan.
“Apabila ada satu pihak menceroboh masuk, tugas polis ialah jangan sampai ada pertumbahan darah.  Kalau nampak dia (Pemuda Umno masuk, jangan benarkan,” katanya pada forum ‘Wacana Sinar Harian: Politik Samseng Di Mana Maruah Kita’  hari ini.
Beliau merujuk keganasan samseng Umno pada ceramah di Gombak Utara, 4 Disember lalu yang menyebabkan seorang lelaki cedera tikam manakala Ketua Pas Cawangan Gombak Utara, Haider Samsudin luka di kepala akibat dibaling pasu.
Musa berkata, mana-mana pihak termasuk parti pembangkang berhak mengadakan ceramah di tempat terbuka, apatah lagi dalam premis persendirian.
“Hanya bagi notis. Kalau di tempat awam, ada permit. Tempat sendiri tak perlu. (Kalau) saya, tak letak berdekatan. Sebelum berlaku, cegah dulu,” katanya.

Musa Hassan: Tak lama jadi k'jaan jika biar politik ganas


 
Mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberi amaran bahawa kerajaan yang membiarkan keganasan politik berleluasa mengundang risiko digulingkan melalui cara yang sama.
Katanya, beliau berkata demikian atas perhatiannya bahawa situasi politik pada masa ini "mewujudkan generasi yang bertindak ala samseng".

"Kalau awak (kerajaan) menggalakkan keganasan politik, saya merasakan kerajaan itu tak lama akan menjadi kerajaan kerana ia juga akan dijatuhkan melalui keganasan.

"Ini kerana hate politics atau politik kebencian telah mewujudkan generasi yang bertindak ala samseng.

"Ini saya rasa orang politik kita perlu menentukan penyokong mereka dikawal kerana kadangkala apabila mereka tidak mengawal penyokong mereka, ini yang berlaku," katanya dalam satu forum di Shah Alam hari ini.

Menurut pemerhatiannya lagi, ini berbeza dengan keadaan politik semasa pilihan raya sebelum ini.

"Kita tengok dahulu pilihan raya macam pesta semua keluar bersama-sama.
"Pihak pembangkang dan parti kerajaan sama-sama berjalan tak ada masalah. Sekarang tak boleh," katanya.

Musa kata tak pernah diarah siasat buku '50 Dalil...'


 
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menegaskan beliau tidak pernah diarahkan oleh sesiapa untuk membuka kertas siasatan ke atas buku 50 Dalil Anwar Tidak Boleh Jadi PM pada sekitar tahun 1998.
Menurutnya, siasatan ke atas buku itu hanya dijalankan apabila terdapat laporan polis dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan timbalan perdana menteri pada masa itu

"Dalam kes itu saya tak diarah sesiapa kerana yang buat laporan adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri," katanya.

Tambahnya, beliau ada memberikan taklimat kepada Anwar berkenaan perkembangan kes itu pada peringkat awal siasatan.

Beliau bagaimanapun berhenti berhenti berbuat demikian kerana timbul konflik kepentingan.
Jelasnya, bekas timbalan perdana menteri itu merupakan pengadu kes dan pada masa sama terdapat laporan polis lain terhadap Anwar, kata Musa.

"Masa permulaan, ya betul (saya jumpa beliau) untuk maklum (siasatan kes)," katanya.

Teams search for survivors after Typhoon Bopha

Philippines struggles in wake of Typhoon Bopha

Egyptian army parks tanks near Presidential palace

Isu Aziz Bari : Polis rampas laptop Malaysiakini

Kita Yang Membuat Pilihan - Ustaz Mohd Khairil Anwar

KASE : 14 pesalah lalu lintas saman AES tidak mengaku salah

Al Fadil Ust Shahril Long - Berbicara Ttg Umno Mengapa Melayu Berpecah

Manusia Paling Zalim - Ustaz Mohd Khairil Anwar

Hidayah - Ustaz Mohd Khairil Anwar

PRU13: Parti politik beri maklum balas positif

KUALA TERENGGANU - Semua parti politik memberi maklum balas positif kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bagi mengendalikan pilihan raya umum ke-13 selepas beberapa sesi taklimat dan simulasi dijalankan di seluruh negara, menurut SPR hari ini.
  
Timbalan Setiausaha SPR Datuk Noordin Che Ngah berkata semua yang menyertai taklimat dan simulasi itu, sama ada parti komponen Barisan Nasional atau parti pembangkang, jelas dan faham tentang beberapa kekeliruan yang timbul sebelum ini.
  

Musa: Negara perlu pembangkang, tapi berkualiti

SHAH ALAM - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, yang menjadi tumpuan politik tempatan ekoran kenyataan kontroversi sejak baru-baru ini, mengakui negara demokrasi memerlukan pembangkang.

Bagaimanapun menurut beliau, barisan pembangkang itu sewajarnya terdiri daripada barisan "berkualiti" untuk menstabilkan hala tuju negara.
Musa Hassan - Wacana 16 Musa yang bersara sebagai Ketua Polis Negara dua tahun lalu berkata,  pembangkang dapat mengelak kerajaan daripada "bermaharajalela", dengan menggunakan kuasa ke atas rakyat secara sewenang-wenangnya.

"Sesebuah negara demokrasi perlu ada pembangkang, tapi perlu ada kualiti untuk menentukan apa yang perlu dibantahnya.

"Kalau tak ada pembangkang, pemerintah kerajaan akan bermaharaja lela dalam menggunakan kuasa.

"Bukan buat bantahan sesuka hati yang akan mencetuskan perkara lain yang ancam keselamatan dan sebagainya," kata beliau pada Wacana Sinar Siri ke-16, bertajuk "Politik Samseng Di Mana Maruah Kita?"  di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.

Pas: 'Sikap tertutup punca politik samseng'


Hanipa Maidin SHAH ALAM - Politik samseng tidak wujud sekiranya semua pihak menerima kepelbagaian idea dan perbezaan pendapat dalam ruang terhad kerana politik adalah pertembungan idea yang sihat, kata pemimpin Pas hari ini.

Penasihat Undang-undang Pas, Hanipa Maidin berkata, ia juga tidak akan ada sekiranya ahli-ahli politik dapat menerima idea dilontar pihak lain.

Menurutnya, ahli politik perlu bersedia untuk memberikan idea dan peluang kepada rakyat untuk menentukan sendiri sama ada idea tersebut diterima atau tidak.

Beliau yang juga ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menegaskan perbezaan pegangan dan pandangan politik seseorang itu seharusnya dilihat sebagai satu pertembungan yang sihat malah tidak wajar sesetengah pihak yang berkepentingan khususnya parti politik yang memerintah untuk menolak kepelbagaian pandangan itu.

Musa Hassan: 'Saya bukan pengkhianat'..mmph Siapa Pengkianat Sebenarnya..????


Musa Hassan SHAH ALAM - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menafikan dirinya pengkhianat apabila mendedahkan campur tangan Menteri Dalam Negeri dalam soal Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurutnya, perkara tersebut baru didedahkan kerana sepanjang dalam perkhidmatan kata-katanya tidak didengar.

"Ada orang berkata, jika kita berada dalam sesebuah kumpulan, kata-kata kita tidak ada yang mahu mendengar.

"Jadi apabila sudah tidak ada apa-apa ini (bersara), saya perlu mendedahkannya. Ini penting... untuk anggota polis sendiri, tidak ada niat lain," katanya.

Minggu lalu, Musa dalam satu sidang media mendakwa bahawa pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campur tangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang pernah memberi arahan terus kepada pegawai-pegawai 'junior' dan seorang ketua polis daerah tanpa pengetahuannya.

Mengakui tidak menjadi kesalahan untuk Menteri Dalam Negeri mencampuri urusan polis seperti dalam hal-hal kenaikan pangkat atau disiplin anggota polis, tetapi tidaklah sampai ke tahap campur tangan dalam hal-hal berkaitan operasi polis yang berada di bawah bidang kuasa Ketua Polis Negara.

Tindakan itu dibuat demi melihat rakyat terus percaya kepada polis dan juga menjaga reputasi PDRM.

Islamisasi Pulau Pinang: Teng Chang Yeow dedah belang perkauman.

GEORGE TOWN, 6 DISEMBER: Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang kelihatan bersusah payah menyampaikan mesej politik bercampur-campur mengenai Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat pimpinan Lim Guan Eng.
Terbaru, Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow pula bertanya sama ada negeri itu sedang menuju ke arah Islamisasi.
Teng dilaporkan mempersoalkan kemungkinan itu berikutan peruntukan hal ehwal agama Islam yang meningkat sebanyak 300 peratus berbanding ketika Pulau Pinang diperintah BN.
Menurut laporan Malaysiakini, Teng berkata pada majlis makan malam anjuran MCA di Bagan, kawasan Parlimen yang diwakili Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa, “Lim lebih takut kepada PAS. Mereka hanya menang satu kerusi di Pulau Pinang, kenapa mereka perlu takut (kepada PAS) seperti ini?”.

Siapa Lelaki cina Ini..?? Mengapa Umno/Pekida/Perkasa/Jati Takut Dengannya..??

Terserlah sikap rasis, khianat dan anti Melayu Islam yang ditunjukkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow yang juga Setiausaha Gerakan Pulau Pinang. Tindakan beliau mempertikai keputusan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menambahkan peruntukan Hal Ehwal Agama Islam sebanyak lebih 300 peratus sejak tahun 2008, jelas memaparkan wajah huduh dan perkauman sempit mereka.

Ditambah dengan sikap membisu dan hipokrit pemimpin Umno yang berlagak kononnya pejuang Melayu pembela agama, yang bersekongkol dan merestui tindakan rakan komponen mereka. Selama ini, pemimpin Umno inilah yang menabur fitnah kononnya kerajaan negeri anti Melayu anti Islam bagi meracuni pemikiran orang Melayu. Sebenarnya tindakan Pengerusi BN negeri itu, jelas menolak dakyah Umno selama ini terhadap kerajaan negeri.

Ia juga membuktikan kepada rakyat, bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, berkhidmat dan bertanggungjawab kepada rakyatnya secara adil tanpa mengambilkira latar kaum, agama dan fahaman politik. Sikap rasis dan busuk hati Teng itu juga, mengesahkan selama lebih 50 tahun BN mentadbir Pulau Pinang, golongan tersebut telah menafikan hak masyarakat Melayu dan Islam dalam pelbagai bidang.

Makin Panas : Blogger BN nasihat puak BN jangan cuba Jolok Bekas KPN MUSA HASAN...!!!

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bukan lah seorang yang mudah diheret ke gelanggang politik. MR pernah berbual mesra dengannya ketika diperkenalkan oleh Allahyarham Dr Rastina Majid.
Beliau seorang yang mesra dan telus dengan perinsipnya yang tersendiri. Banyak perkara yang beliau tahu tentang kecurangan politik yang orang tidak tahu. Maka tidak hairanlah jika Musa berpendirian teguh untuk tidak terlibat di dalam mana-mana parti politik.
Mungkin Musa kecewa semasa beliau menjadi KPN ada tangan-tangan ghaib politik yang terlibat dalam tugas beliau seperti isu Bersih di mana menteri juga memberi arahan sehingga pegawai bawah sukar menjalankan tugas. 
MR kira Menteri Dalam Negeri yang seringkali dilabelkan sebagai lembik dan kulai terpaksa bangun menunjukkan beliau itu keras. 

Musa: Polis patut hentikan keganasan di Gombak..ha.ha..lupa eh..Polis ikut arahan menteri UMNO bukan KPN..!!!

Polis sepatutnya boleh menghidu lebih awal akan sebarang kewujudan unsur provokasi dan bertindak tegas menghalang ceramah terbabit.
SHAH ALAM: Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menegur sikap polis menangani insiden ceramah politik di Gombak kelmarin sehingga menyebabkan kecederaan orang awam.
Beliau berkata, polis sepatutnya boleh menghidu lebih awal akan sebarang kewujudan unsur provokasi dan bertindak tegas menghalang ceramah terbabit.
“Polis patut halang pihak lain mengganggu ceramah dan jangan biarkan  pertumpahan darah berlaku.
“Jangan benarkan pihak lawan buat tempat yang sama,” katanya dalam sidang media selepas menjadi panel dalam wacana Sinar Harian
“Politik Samseng: Dimana Maruah Kita” di Kompleks Karangkraf di sini petang tadi.
Turut menjadi panel Presiden Institut Integriti Malaysia Datuk Dr Mohd Tap Salleh, Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan dan Penasihat Undang-Undang PAS Hanipa Maidin.
Katanya, undang-undang Akta Perhimpunan Aman 2012 yang tidak lagi memerlukan permohonan permit secara tak langsung menyebabkan

Mohd Tap: Rakyat muak, harapkan politik baru..politik samseng dan ego ketinggalan zaman..!!!


Mohd Tap Salleh - Wacana 16
Mohd Tap Salleh menyampaikan hujahnya pada Wacana Sinar Harian, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh Muhammad Zulfadhli Ahmad Zaki 
 
SHAH ALAM - Suasana politik di negara ini termasuk budaya politik samseng yang semakin menular menyebabkan rakyat Malaysia  semakin "muak dan jelek" untuk mengambil peduli hal politik negara, kata Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr Mohd Tap Salleh.

Buktinya, berdasarkan kajian yang dilakukan oleh institusi berkenaan, tiga hingga empat juta generasi muda pada hari ini enggan mendaftarkan diri sebagai pemilih ekoran senario politik tidak matang yang berlaku pada hari ini, ujar Mohd Tap.

"(Seramai) 35 peratus mengatakan (muak), bukan hanya orang Umno, orang yang menyokong Pas, dan orang yang menyokong DAP juga memandangkan arena politik kita ini tidak menyumbang kepada pembangunan negara.

Kerjasama M’sia-Indonesia bantu pulih isu tenaga kerja – Anwar

SHAH ALAM 6 Dis: Kerjasama erat antara Malaysia dan Indonesia amat penting dalam menyelesaikan masalah berbangkit, terutama isu Tenaga Kerja Indonesia (TKI) di negara ini, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berucap pada majlis Pidato BJ Habibie di Universiti Selangor (Unisel), di sini pagi tadi, mantan Timbalan Perdana Menteri itu menceritakan kembali kerjasama beliau bersama tokoh demokrasi itu ketika masih berkhidmat dalam kerajaan.
Habibie merupakan mantan presiden ketiga Indonesia, pengganti Suharto dan memegang jawatan presiden daripada Mei 1998 hingga Oktober 1999.
“Kerjasama antara Indonesia dan Malaysia perlu diterapkan. (Dahulu) bila ada masalah, saya akan hubungi beliau (Habibie). Contohnya ketika ada bantahan terhadap kehadiran TKI (tanpa izin ke Malaysia).
“Kata Habibie: “Senang saja Pak, Tentera Laut Indonesia ada kapal. Di pelabuhan, kita aturkan dan kirim pulang dengan cara baik”.
Disebabkan itu jelas Anwar, penghantaran TKI berjalan lancar dan tidak menimbulkan pergeseran antara rakyat kedua-dua negara.

Habibie : Pluralisme Budaya Kekuatan Sesebuah Negara

SHAH ALAM, 6 DIS : Mantan Presiden Republik Indonesia, Prof Dr Bacharuddin Jusuf Habibie (BJ Habibie) mengingatkan setiap individu supaya mempertahankan pluralisme budaya yang menjadi kekuatan kepada sesebuah negara.
Mengambil contoh negara Indonesia dan Malaysia, Habibie berkata, kedua-dua negara ini sudah mengamalkan pluralisme budaya sejak sekian lama yang membawa kepada perpaduan sesama kaum.
“Pluralisme merupakan satu lambang kekuatan buat sesebuah negara dan ia perlu dipertahankan oleh semua masyarakat.

Polis rampas komputer riba pendakwah bebas


KUALA LUMPUR: Pihak polis bertindak merampas komputer riba milik seorang pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussien kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi, ekoran kritikannya terhadap seorang sultan beberapa minggu lalu.

Beliau yang dihubungi Harakahdaily, berkata dua orang polis masing-masing berpakaian uniform dan biasa menyerbu rumahnya.

"Ketika itu saya sedang baca buku, mereka datang dan merampas komputer riba katanya untuk menjalankan siasatan berhubung kritikan saya lepas," katanya.

Oktober lalu, beliau telah dipanggil ke balai Shah Alam, Seksyen 9  untuk memberikan keterengan ekoran dakwaan menghina sultan dalam satu 'posting' di Facebooknya.

Beliau disiasat, atas dakwaan berkaitan dengan isu kebebasan bersuara.

Sebelum ini, polis juga telah merampas telefon bimbitnya.

Umno hidupkan kembali budaya samseng era 1969


KOTA BHARU: Rakyat Kelantan masih lagi mengingati aksi ganas kumpulan samseng yang dinamakan Pemuda Tahan Lasak digunakan Umno bagi menghalang kemaraaan PAS di Kelantan.

Kumpulan samseng tersebut digunakan secara meluas terutamanya di Rantau Panjang sehingga mereka menghalang penduduk mahu keluar mengundi dengan membakar sebuah jambatan.

Penduduk veteran di kampung tersebut memberitahu mereka terpaksa dikawal anggota tentera untuk balik daripada mengundi di Gual Periuk pada 1969.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, situasi yang pernah berlaku di sini pada 1960-an kini seperti mahu dihidupkan kembali pihak terbabit.

“PAS ada banyak pengalaman pada 1969 apabila Umno dalam keadaan hampir kalah pilihan raya mereka mencetuskan budaya samseng bagi mewujudkan suasana takut dalam kalangan rakyat.

Bersih 3.0 : Ambiga dakwa pihak membencinya gunakan isu sensitif untuk serang peribadi

KUALA LUMPUR, 6 Dis — Pengerusi bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk Ambiga Sreneevesan berkata pihak yang menyerang beliau dalam isu Bersih, bukan disebabkan apa yang diperjuangkannya, tetapi kerana isu bangsa dan agama. "Saya boleh kata, yang mereka menggunakan isu agama dan bangsa untuk menyerang saya, bukan apa yang saya perjuangkan.
"Saya fikir orang ramai akan marah kepada mereka sekiranya mereka menyerang seorang Sasterawan Negara," kata Ambiga (gambar) semasa soal jawab dalam inkuiri mengenai keganasan yang berlaku pada 28 April semasa perhimpunan Bersih 3.0 yang diadili oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), sambil merujuk kepada seorang lagi pengerusi bersama Bersih, Datuk A Samad Said.
Ambiga mendakwa, pada 6 April 2012 Ketua Wira Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa), yang mewakili sayap pemuda pertubuhan tersebut, Irwan Fahmi berkata bahawa dirinya akan menyerang habis-habisan terhadap Ambiga kerana Anti-Christ kepada orang Islam.
"Irwan telah membuat kenyataan bahawa beliau akan menyerang saya habis-habisan dengan mengatakan saya adalah Anti-Christ kepada orang Islam, kerana menyokong hak LGBT dan hak untuk orang Islam murtad.
"Untuk terus kekal Islam, beliau berkata kepada wartawan pada tarikh tersebut supaya tidak ke Bersih kerana pemimpinnya adalah pengkhianat bangsa dan agama," kata Ambiga membacakan kenyataan Irwan.

MP BN: Gubal MoU elak politik samseng


MP BN: Gubal MoU elak politik samseng
Kamalanathan menyampaikan hujahnya pada Wacana Sinar Harian Siri ke-16, hari ini.
 
SHAH ALAM - Satu bentuk memorandum persefahaman (MoU) perlu diadakan antara calon-calon yang bertanding dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengelakkan salah faham dan budaya ‘politik samseng’ ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan memberi cadangan ini agar calon-calon dan penyokong parti-parti politik yang bertanding boleh mengikuti tatacara dan undang-undang semasa PRU13 dijalankan tidak lama lagi.
“PRU13 merupakan satu medan kepada wakil parti menunjukkan kebolehan mereka untuk memimpin.

"Justeru, sebagai pemimpin, kita perlu beri kerjasama dengan SPR,” kata beliau pada  Wacana Sinar Harian Siri ke-16, bertajuk "Politik Samseng, Di Mana Maruah Kita?" di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, petang ini.
Menurut beliau lagi, pemimpin juga harus sentiasa memberi kerjasama kepada SPR dan pihak polis bagi mengawal pengundi semasa PRU.

Tak terima perbezaan idea punca samseng politik

 
SHAH ALAM: Pencetus kepada wujudnya politik samseng berkemungkinan hasil daripada kongkongan yang dilakukan dalam demokrasi politik negara ini, kata peguam Hanipa Maidin.

Bercakap dalam Wacana Sinar Harian hari ini beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata, politik samseng itu juga wujud apabila pemain politik itu tidak mahu menerima kepelbagaian pandangan politik sebagai satu pertembungan sihat.

Malah katanya, ia menjadi lebih parah jika satu pihak itu melihat idea pihak lain sebagai ancaman kepada mereka.

"Mereka selalunya merasakan idea mereka tak diterima, mereka tidak senang dan iri hati dengan idea orang lain, maka timbul politik samseng," katanya.

Wacana Sinar Harian ke-16 hari ini membincangkan tajuk "Politik Samseng, Di Mana Maruah Kita?"

Bekas IGP: Parti jangan ceramah sebelah-menyebelah..Umnolah paling suka buat ceramah macam tue..!!!!


 
Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata ceramah politik tidak boleh dibuat sebelah-menyebelah atau berdekatan dengan acara parti lawan untuk mengelakkan kejadian tidak diingini seperti yang berlaku Selasa lalu.
Katanya, beliau sendiri tidak pernah membenarkan perkara itu dilakukan ketika menjadi ketua polis di sebuah daerah di Melaka.

"Pemimpin politik perlu sedar politik ini perlu dibuat secara aman. Kalau sesuatu ceramah dibenarkan, jangan pula benarkan pihak lawan buat perkara yang sama," katanya pada sidang media selepas menyertai satu wacana di Shah Alam petang ini.

Beliau mengulas kejadian yang didakwa menyebabkan penyokong BN dan Pakatan Rakyat cedera dalam kejadian pada ceramah PKR di Gombak itu.

Musa Hassan: Akta Perhimpunan Aman 2011 mungkin penyebab keganasan politik

Musa menasihatkan agar semua pihak agar berpolitik dengan lebih matang dan pihak berkuasa tidak seharusnya membiarkan kumpulan politik yang berbeza berceramah secara bersebelahan. – Gambar oleh Anne Muhammad
SHAH ALAM, 6 Dis — Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata Akta Perhimpunan Aman 2011 mungkin menjadi punca kepada insiden keganasan politik seperti yang berlaku di Gombak baru-baru ini oleh kerana kuasa polis untuk memantau sudah berkurangan. "Saya rasa... berkemungkinanlah because why (sebab apa), polis dah tak boleh nak pantau lagi keadaan itu.
"Tetapi saya merasakan dalam keadaan begitu, polis kena berhati-hatilah untuk menentukan keselamatan orang di tempat-tempat ceramah," kata Musa (gambar) apabila ditemui oleh pemberita selepas acara 'Wacana Sinar Harian: Politik Samseng Kemana Maruah Kita?' disini hari ini.
Musa menasihatkan agar semua pihak agar berpolitik dengan lebih matang dan pihak berkuasa tidak seharusnya membiarkan kumpulan politik yang berbeza berceramah secara bersebelahan.
"Tetapi saya ingin menasihatkanlah, kalau ada ceramah politik, janganlah bergaduh, tak elok, malu orang tengok.

CPI: SPRM masih harimau tanpa taring


Kedudukan CPI Malaysia meningkat daripada tempat ke-60 daripada 183 negara pada 2011 kepada 54 daripada 176 negara pada 2012 tetapi tiga teras utama NKRA Membanteras Rasuah masih mempunyai banyak kelemahan.

(Lim Kit Siang - Khairi's Art)


Di dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International 2012 yang baru diterbitkan, kedudukan CPI Malaysia telah meningkat daripada tempat ke-60 daripada 183 negara pada 2011 kepada tempat ke-54 daripada 176 negara pada 2012.

Sementara Malaysia mungkin boleh berasa sedikit selesa dengan penurunan pada kedudukan Malaysia di dalam kedudukan CPI, haruslah diketahui bahawa kedudukan ke-54 masih teruk berbanding kedudukan Malaysia di tempat ke-43 daripada 179 negara pada tahun 2007 dan jauh lebih teruk daripada kedudukan ke-33 daripada 102 negara pada 2002 (Lihat jadual 1 di bawah).

Jadual 1: Kedudukan CPI Malaysia, mata dan  jumlah negara di dalam sampel, 2001 hingga 2012

Tahun
2001
2002
2003
2004
2005
2006
2007
2008
2009
2010
2011
2012
Kedudukan
36
33
37
39
39
44
43
47
56
56
60
54
Mata
5
4.9
5.2
5
5.1
5
5.1
5.1
4.5
4.4
4.3
49
Jumlah Negara
91
102
133
145
158
163
179
180
180
178
183
176

Malah, tidak seharusnya kita berasa sangat selesa dengan hakikat bahawa peningkatan Malaysia adalah kerana kita berjaya mengatasi kerajaan yang ‘terkenal’ dan ‘bersih’ seperti Jordan, Namibia, Oman, Kuwait dan Arab Saudi.

Pengerusi BN Pulau Pinang rasis, anti Melayu dan Islam

Terserlah sikap rasis, khianat dan anti Melayu Islam yang ditunjukkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow yang juga Setiausaha Gerakan Pulau Pinang. Tindakan beliau mempertikai keputusan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menambahkan peruntukan Hal Ehwal Agama Islam sebanyak lebih 300 peratus sejak tahun 2008, jelas memaparkan wajah huduh dan perkauman sempit mereka.
Ditambah dengan sikap membisu dan hipokrit pemimpin Umno yang berlagak kononnya pejuang Melayu pembela agama, yang bersekongkol dan merestui tindakan rakan komponen mereka. Selama ini, pemimpin Umno inilah yang menabur fitnah kononnya kerajaan negeri anti Melayu anti Islam bagi meracuni pemikiran orang Melayu.
Sebenarnya tindakan Pengerusi BN negeri itu, jelas menolak dakyah Umno selama ini terhadap kerajaan negeri. Ia juga membuktikan kepada rakyat, bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, berkhidmat dan bertanggungjawab kepada rakyatnya secara adil tanpa mengambilkira latar kaum, agama dan fahaman politik.

Former IGP: Political violence should not occur in a democracy

Musa said he hoped that if PR were to take power, they would not become ‘political thugs’. – File pic
 
KUALA LUMPUR, Dec 6 – Political violence should not happen in a genuine democracy and the authorities must take stern action to curb such incidents, former Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan said today amid more reports of violent clashes between Barisan Nasional (BN) and Pakatan Rakyat (PR) supporters ahead of elections expected next year. He told a public forum organised by the Sinar Harian newspaper today that he hoped BN would reform and stop the culture of violence if it won the next polls.
And if PR were to take power, the former top police officer said he hoped PR would not become “political thugs”.
Rough house tactics have become a feature of Malaysian politics, and went up a notch yesterday with the first stabbing at a political rally ahead of the 13th general elections.
A group of people alleged to be Umno Youth members yesterday attacked a PKR rally in Gombak that left a few opposition volunteers injured, leading to swift condemnation from PR leaders.
In the attack, a PKR supporter is believed to have been stabbed with a sharp weapon on his left shoulder, the party’s paper Keadilan Daily reported.
This is not the first attack on a PR rally, with a similar incident happening in Lembah Pantai earlier this year where a crowd at a rally held by Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim was attacked.

SPRM buka kes PI Bala jika ada maklumat baru

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia membuka semula fail siasatan melibatkan penyiasat persendirian P Balasubramaniam sekiranya terdapat maklumat baru walaupun siasatan berkenaan selesai.
Timbalan ketua pesuruhjaya SPRM Mohd Shukri Abdull berkata demikian ketika mengulas pendedahan ahli perniagaan Deepak Jaikishan kepada Malaysiakini pada minggu lalu.

Dalam wawancara tersebut, Deepak mengakui peranannya dalam tindakan Balasubramaniam yang membuat akuan berkanun (SD) kedua.

Bagaimanapun, ahli perniagaan itu kesal kerana terlibat dalam kes berkenaan – yang menyebabkan penyiasat persendirian itu menukar keterangan dalam SD pertamanya yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Musa : ‘PM, Home Minister ignored my complaints’

Ex-IGP Musa Hassan says he had previously informed the Prime Minister and Home Minister about his complaints, but were ignored.
PETALING JAYA: Many wonder why Musa Hassan has suddenly become such a vocal man, but the former Inspector-General of Police said that it was not something that happened overnight.
He said that his complaints of political interference, of criminal elements which had infiltrated the police force, were not new.
When he was in service, these issues were already raised through the “proper channels” to the Prime Minister and Home Minister before, but to no effect.
“I have a number of times personally informed even the prime minister and home minister, when I was Johor CPO, when I was director of CID, and also as the IGP. It seems that they do not want to change.
“Many times I have raised this, not just now that I am retired,” he explained.

Why is the system failing?

Najib’s elegant silence, pretending that the hundreds of socio-financial scandals are non-existent, is killing the system and governance.

By Chua Jui Meng
The Barisan Nasional government is clearly breaking down or crumbling. How else do you explain the police’s inability to carry out a simple task of crowd control.
Worse, they just stood and watched the troublemakers resorting to violence against those attending political rallies organised by Pakatan Rakyat.
The incident in Gombak on the night of Dec 5, 2012, is only one of the many visible examples of a serious breakdown in the system of governance.
There has to be a limit to the degradation of professionalism in governance by the civil service.
A hooligan-like Pahang Menteri Besar Adnan Yaakob is able to remain in office for more than a decade. Where is the integrity and morality expected of a leader?
It is because of the 55 years of rule under the BN that the civil service’s vision is now blurred and is unable to tell the difference between politics and governance.

ANTI ISLAM DAN MELAYU : SEMUA PEMIMPIN UMNO TERMASUK PERKASA/PEKIDA DAN JATI SENYAP MEMBISU TERKEDU!!!!!


Terserlah sikap rasis, khianat dan anti Melayu Islam yang ditunjukkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow yang juga Setiausaha Gerakan Pulau Pinang.

Tindakan beliau mempertikai keputusan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menambahkan peruntukan Hal Ehwal Agama Islam sebanyak lebih 300 peratus sejak tahun 2008, jelas memaparkan wajah huduh dan perkauman sempit mereka.

Ditambah dengan sikap membisu dan hipokrit pemimpin Umno yang berlagak kononnya pejuang Melayu pembela agama, yang bersekongkol dan merestui tindakan rakan komponen mereka.


Selama ini, pemimpin Umno inilah yang menabur fitnah kononnya kerajaan negeri antiMelayu anti Islam bagi meracuni pemikiran orang Melayu.


Sebenarnya tindakan Pengerusi BN negeri itu, jelas menolak dakyah Umno selama ini terhadap kerajaan negeri.

HKR : Tuan tanah diugut, himpunan di Melaka bertukar tempat


 
MELAKA: Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Melaka 8 Dis ini terpaksa dipindahkan ke lokasi baru ekoran tuan tanah lokasi asal iaitu di Bukit Palah membatalkan persetujuan memberi tapak itu untuk program tersebut.

Setiausaha program, Asri Sheikh Abdul Aziz berkata, pembatalan itu dibuat tuan tanah selepas diugut pihak tertentu agar tidak membenarkan kawasan itu digunakan.

"Sebelum ini beliau telah mengeluarkan surat persetujuan untuk menyewakan tanah tersebut tetapi tengahari ini beliau menghubungi kita menarik balik persetujuan tersebut atas alasan ada pihak yang mengugut beliau.

"Kita berasa amat kesal dengan tindakan tersebut kerana ianya dibuat hanya 2 hari sebelum program dilaksanakan dan kita terpaksa melakukan persiapan semula di lokasi baru" ujar Asri yang juga merupakan Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Melaka.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka di Pejabat PKR Negeri Melaka, Taman Bukit Piatu Mutiara di sini tengahari tadi.

Ekoran pembatalan tempat itu, himpunan tersebut akan dipindakan ke tempat baru iaitu di  belakang Pejabat DAP Negeri Melaka, Lorong Pandan.

Pengerusi BN : Adakah Pulau Pinang menuju ke arah Islamisasi?

Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow mempersoalkan sama ada kerajaan negeri kini menuju ke arah Islamisasi dengan membangkitkan bahawa peruntukan bagi hal ehwal agama Islam meningkat 300 peratus tetapi tidak banyak diberikan kepada Dewan Perbandaran Cina Pulau Pinang.
"Ketua Menteri Lim Guan Eng selalu mengusik pemimpin sebelumnya Koh Tsu Koon takut kepada Umno tetapi semasa pentadbiran (Koh), tidak ada begitu banyak peruntukan untuk majlis agama Islam,| katanya seperti dipetik dalam akhbar berbahasa Cina.

"Lim lebih takut kepada PAS. Mereka hanya menang satu kerusi di Pulau Pinang, kenapa mereka perlu takut (kepada PAS) seperti ini?," katanya dalam satu majlis makan malam anjuran MCA di Bagan – kawasan parlimen yang diwakili Lim – pada Isnin lalu.

Kenyataan berkenaa, seperti disiarkan di akhbar semalam, tidak dipersetujui Lim yang berkata "Ini adalah satu sentimen rasis yang sangat jahat kerana ia memberi gambaran bahawa hak orang bukan Melayu atau bukan Islam dipinggirkan".

Lim berkata kenyataan daripada pemimpin BN itu tidak akan disiarkan dalam akhbar berbahasa Melayu seperti Utusan Malaysia yang dimiliki Umno.

Sebaliknya, akhbar tersebut, akan menggambar beliau sebagai "anti-Melayu dan anti-Islam", kata Lim.

Bersih 3.0: Agen provokasi cetus ketegangan


KUALA LUMPUR: Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0, Datuk Ambiga Sreneevasan yakin ada agen provokasi yang diletakkan polis dalam kumpulan peserta perhimpunan aman Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Menurut beliau, agen provokasi tersebut yang bertanggungjawab menyebabkan keadaan menjadi huru-hara.

“Saya sekali-kali tidak lupa bahawa ada agen provokasi pada hari tersebut, berbanding semasa Himpunan Hijau, tiada agen provokasi, perhimpunan diadakan dalam keadaan aman,” kata beliau pada sidang pendengaran awam mengenai dakwaan pelanggaran semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 di Ibu Pejabat Suhakam hari ini.

Ambiga juga berkata,jika betul ada individu yang merempuh halangan di Dataran Merdeka, pihak polis harus menangkapnya, bukan dengan cara melepaskan gas pemedih mata kepada semua peserta.

SAMM : Polis Tidak Pernah Mohon Maaf Kepada Keluarga Aminulrasyid

SHAH ALAM 6 DIS : Sehingga hari ini, pihak polis dan Menteri Dalam Negeri tidak pernah mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati oleh anggota polis.
“Walaupun didesak berkali-kali, pihak polis tidak menarik balik tuduhan penjenayah dan tetap tidak akui bahawa parang tersebut adalah ‘planted evidence’.
“Jangan sesekali kita lupa bahawa polis telah melepaskan 21 das tembakan untuk memberhentikan sebuah kereta biasa, bukan kereta kebal dan ini melangkaui keraguan munasabah,” tegas Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan dalam satu kenyataan media.
Aminulrasyid, 15 tahun ditembak mati oleh anggota polis semasa beliau memandu kereta kepunyaan kakaknya di dalam satu kejadian kejar-mengejar antara 1 -2 pagi di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini 26 April tahun lalu.
Selepas kejadian awal pagi itu, Polis Kontijen Selangor mendakwa polis melepaskan tembakan ke arah kereta itu kerana mendakwa Aminulrasyid cuba melanggar anggota polis yang mengejarnya.
Polis turut mendakwa Aminulrasyid seorang penjenayah kerana kononnya sebilah parang dijumpai di dalam kereta yang dipandunya.
Akan tetapi, semasa perbicaraan mahkamah, kawan Aminulrasyid yang berada di dalam kereta pada masa itu berkata Aminulrasyid mati di tembak di kepala.

Campur tangan: Giliran Hisham lepas jawatan


KUALA LUMPUR: Jika benar Datuk Seri Hishammuddin Hussein mahu mereformasikan Umno dan kerajaan pimpinannya, beliau perlu berani mengambil tanggungjawab dan mengambil langkah serupa dengan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang melepaskan jawatan beliau sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Hanya dengan cara ini beliau dapat membersihkan dirinya dan mengelak lebih banyak tuduhan dilemparkan ke atas dirinya,” ujar Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor dalam satu kenyataan.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau.

Saya mengalu-alukan langkah Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Negara secara berani berusaha membetulkan kebejatan kepimpinan negara yang dianggap telah semakin rosak.